Total Tayangan Halaman

Minggu, 29 November 2015

Pemberitahuan Ali a.s. kepada al-'Abbas dan pengaduan terhadap pukulan Qunfudh ke atas Fatimah a.s.



Abban daripada Sulaim berkata: Aku sampai di dataran Masjid Rasulullah (Saw.) di mana semuanya dihadiri oleh Bani Hasyim selain daripada Salman, Abu Dhar, al-Miqdad, Muhammad bin Abu Bakr, Umar bin Abu Salmah dan Qais bin Sa'd bin Abu 'Ubadah. Al-'Abbas berkata kepada Ali a.s.: Apakah pendapat anda tentang Umar yang menghalang daripada mengenakan denda ke atas Qunfudh sebagaimana dia mengenakan denda ke atas gabenornya? Lalu Ali a.s. melihat kepada mereka di sekitarnya, kemudian berlinangan kedua-dua matanya. Beliau berkata: Kami mengadu kepadanya mengenai pukulan yang dilakukan ke atas Fatimah dengan cemeti, lantaran itu beliau telah meninggal dunia dan kesannya di bahu sepertilah gelang tangan.

Umar mengenakan denda kepada semua gabenornya selain Qunfudh al-'Adawi



Sulaim berkata: Umar bin al-Khattab mengenakan denda pada tahun itu kepada semua gabenornya dengan membahagi dua akan harta mereka kerana syair Abu al-Mukhtar, tetapi tidak mengenakan denda sedikitpun ke atas Qunfudh al-'Adawi sekalipun dia adalah daripada gabenornya. Malah mengembalikan kepadanya apa yang diambil daripadanya sebanyak dua puluh ribu dirham. Dia tidak mengambil satu persepuluh ('usyar) atau separuh daripadanya.


Pemberitahuan Ali a.s. sebab 'Umar tidak mengenakan denda kepada Qunfudh

Abban daripada Sulaim berkata: Maka aku telah berjumpa Ali salawatullahi 'alaihi, maka aku bertanya kepadanya tentang apa yang dilakukan Umar? Beliau berkata: Adakah anda tahu kenapa dia menahan dirinya daripada Qunfudh dan tidak mengenakan denda sedikitpun ke atasnya? Aku menjawab: Tidak. Beliau berkata: Dialah yang memukul Fatimah dengan cemeti dan sesungguhnya kesan cemeti terdapat di bahunya seperti gelang tangan.

Pemberitahuan Ali a.s. bahawa umat akan belot selepas Rasulullah Saw.



Rasulullah Saw. telah memberitahuku bahawa umat akan belot selepasnya (sani'ah). Tetapi penyaksianku terhadap apa yang mereka lakukan bukanlah membuatku lebih mengetahui dan lebih meyakinkanku daripada sebelumnya. Kerana aku lebih meyakini sabda Rasulullah daripada apa yang aku lihat dengan mata kepalaku. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Apakah janji anda kepadaku apabila ia berlaku?

Beliau bersabda: "Jika anda mendapati pembantu-pembantu (a'wanan), tentangilah mereka. Jika anda tidak mendapati pembantu-pembantu, maka tahankan tangan anda dan jagalah darah anda sehingga anda mendapati pembantu-pembantu bagi mendirikan agama, Kitab Allah dan Sunnahku". Rasulullah (Saw.) memberitahuku bahawa sesungguhnya umat akan mengkhianatiku, memberi bai'ah kepada selain daripadaku dan mengikuti selain daripadaku.

Dan Rasulullah (Saw.) memberitahuku bahawa sesungguhnya umat selepasnya akan menjadi sama dengan kedudukan Harun dan pengikut-pengikutnya. Al-'Ijl dan pengikut-pengikutnya. Manakala Musa berkata kepadanya: Wahai Harun! Apakah yang menghalang anda semasa anda melihat mereka sesat Kenapakah anda tidak mengikutiku? Adakah anda telah menderhakai perintahku? Ini bererti bahawa sesungguhnya Musa telah memerintahkan Harun ketika beliau melantiknya ke atas mereka, jika mereka sesat dan beliau pula mendapati pembantu-pembantu, maka hendaklah memerangi mereka. Dan jika tidak mendapati pembantu-pembantu, hendaklah beliau menahan tangannya, menjaga darahnya dan janganlah memecah belahkan di kalangan mereka.

Begitu juga aku takut saudaraku Rasulullah (Saw.) bersabda kepadaku: Kenapakah anda memecah belahkan di kalangan umat tanpa menjaga sabdaku? Sesungguhnya aku telah berjanji dengan anda, jika anda tidak mendapati pembantu-pembantu, hendaklah anda menahan tangan anda, menjaga darah anda, darah keluarga anda dan Syi'ah anda. Apabila Rasulullah wafat, orang ramai cenderung kepada Abu Bakr. Lalu mereka memberi bai'ah kepadanya. Sementara aku sibuk dengan Rasulullah, memandi dan mengafankannya. Kemudian aku sibuk dengan al-Q`ur'an.

Maka aku telah bersumpah tidak akan memakai jubah melainkan untuk solat sehingga aku mengumpulkannya di dalam satu kitab. Maka aku telah melakukannya. Kemudian aku membawa Fatimah di atas keldai dan memegang al-Hasan dan al-Husain dengan tanganku. Aku tidak meninggalkan seorangpun daripada ahli Badr dan orang terawal daripada Muhajirin dan Ansar melainkan aku menyeru mereka dengan nama Allah akan hakku dan aku telah menyeru mereka supaya membantuku. Maka orang ramai tidak menyahut seruanku melainkan empat orang; al-Zubair, Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad.

Tiada seorangpun bersamaku daripada keluargaku, dapat membantuku. Adapun Hamzah telah terbunuh (qutila) pada Hari Uhud. Manakala Ja'far telah terbunuh pada Hari Mu'tah. Maka tinggallah aku di antara dua orang yang tidak bertamadun; Huqair bin al-Abbas dan Uqail. Mereka berdua masih hampir dengan kekufuran. Sementara itu orang ramai pula membenciku, lantas memaksaku. Maka aku berkata sebagaimana Harun berkata kepada saudaranya dalam Surah al-A'raf (7): 150: Hai anak ibuku! Sesungguhnya kaumku telah menindasku, mereka hampir membunuhku". Maka Harun bagiku adalah ikutan yang baik dan bagiku janji Rasulullah kepadaku adalah hujah yang kuat.

Al-Asy'ath berkata: Begitulah juga yang dilakukan oleh Uthman. Dia memohon bantuan orang ramai dan menyeru mereka supaya membantunya. Maka dia tidak mendapati pembantu-pembantu, lalu menahan tangannya sehingga dia dibunuh dalam keadaan dizalimi.

Ali a.s berkata: Celaka anda wahai Ibn Qais! Sesungguhnya orang ramai ketika memaksa dan menindasku, mereka hampir membunuhku. Sekiranya mereka berkata kepadaku: Kami tetap akan membunuh anda, nescaya aku akan menghalang mereka daripada membunuhku sekalipun tidak mendapati selain daripada diriku.

Tetapi mereka berkata: Sekiranya anda memberi bai'ah, nescaya kami akan membebaskan anda. Kami akan memuliakan anda. Kami akan mendekati anda. Kami akan menghormati anda. Sekiranya anda tidak melakukannya, nescaya kami membunuh anda. Manakala tidak mendapati seorangpun, lalu akupun memberi bai'ah kepada mereka. Dan bai'ahku kepada mereka, tidak membenarkan kebatilan mereka dan tidak pula mewajibkan kebenaran untuk mereka.

Sekiranya Uthman ketika orang ramai berkata kepadanya: Letaklah jawatan, kami akan membebaskan anda, nescaya mereka tidak membunuhnya. Tetapi dia berkata: Aku tidak akan meletak jawatan, lantas mereka berkata: Kami akan membunuh anda. Maka dia menahan dirinya daripada mereka sehingga mereka membunuhnya. Bagiku perletakan jawatannya adalah lebih baik baginya kerana dia mengambilnya tanpa hak. Dia tidak mempunyai habuan untuknya. Dia mendakwa bukan haknya. Malah dia mengambil hak orang lain.

Celaka anda wahai Ibn Qais! Sesungguhnya Uthman tidak dikira menjadi salah seorang daripada dua lelaki. Sama ada dia menyeru orang ramai supaya membantunya, tetapi mereka tidak membantunya atau kaum menyerunya supaya mereka membantunya. Maka dia telah melarang mereka daripada membantunya. Dia tidak boleh melarang Muslimin daripada membantu imam hadi muhtadi yang tidak pernah melakukan bai'ah dan tidak pula pernah melindungi pelaku bid'ah.

Sejahat-jahat apa yang dilakukannya ketika dia melarang mereka. Dan sejahat-jahat apa yang mereka lakukan ketika mereka mentaatinya. Sama ada mereka melihatnya sebagai seorang yang tidak layak dibantu kerana kezalimannya dan pemerintahannya yang menyalahi Kitab dan Sunnah. Bersama-sama Uthman (ketika itu) melebihi empat ribu lelaki yang terdiri daripada keluarganya, hamba-hambanya dan para sahabatnya. Jika dia mahu menghalang mereka, nescaya dia telah melakukannya. Justeru itu, kenapa dia melarang mereka daripada membantunya?

Sekiranya aku mendapati pada Hari Abu Bakr diberi bai'ah empat puluh lelaki yang taat setia, nescaya aku memerangi mereka. Adapun tidak pada Hari Umar dan Uthman di beri bai'ah, kerana aku telah memberi bai'ah. Orang sepertiku tidak akan menarik balik bai'ahnya. Celaka anda wahai Ibn Qais! Bagaimanakah anda fikir perlakuanku ketika Uthman dibunuh dan aku mendapati pembantu? Adakah anda fikir kegagalanku, kebaculanku atau kecuaianku dalam pertempuranku di Basrah?

Mereka yang di sekitar unta mereka dilaknati (mal'un), begitu juga mereka yang bersamanya. Dilaknati mereka yang dibunuh di sekitarnya. Dilaknati mereka yang kembali selepasnya bukan dalam keadaan bertaubat dan bukan dalam keadaan beristighfar. Kerana mereka membunuh pembantu-pembatuku dan mengkhianati bai'ahku. Mereka juga mewakili gabenorku. Mereka menderhakaiku. Maka aku berjalan kepada mereka dengan dua belas ribu lelaki. (Di dalam riwayat yang lain kurang daripada sepuluh ribu). Mereka melebihi seratus dua puluh ribu. (Di dalam riwayat yang lain pula melebihi lima puluh ribu). Maka Allah telah menolongku ke atas mereka dan Dia membunuh mereka dengan tangan kami dan lapanglah dada kaum Mukminin.

Bagaimana anda melihat wahai Ibn Qais pertempuran kami di Siffin dan apa yang Allah telah membunuh mereka dengan tangan kami sebanyak lima puluh ribu pada satu tempat dan secara langsung ke Neraka. (Di dalam riwayat yang lain tujuh puluh ribu). Bagaimanakah anda melihat kami pada Hari Nahrawan semasa aku berjuang menentang al-Mariqin (khawarij) sedangkan mereka kelihatan berpegang teguh kepada agama. Firman-Nya dalam surah al-Kahfi (18): 104, ''Sesungguhnya telah sesat usaha mereka di dalam kehidupan dunia. Mereka menyangka melakukan perkara yang baik" Maka Allah membunuh mereka pada satu tempat dan secara langsung ke Neraka. Tidak tinggal kumpulan mereka melainkan sepuluh orang. Dan tidak terbunuh Mukminin melainkan sepuluh orang.

Celakalah anda wahai Ibn Qais! Adakah anda melihat bendera dikembalikan kepadaku, anda menghinaku wahai Ibn Qais! Aku adalah sahabat Rasulullah pada semua tempat. Orang yang pertama menyahuti cabaran di hadapannya. Aku tidak pernah melarikan diri, tidak pernah mencari perlindungan dan aku tidak pernah memberi belakangku kepada musuh. Kerana tidak harus bagi nabi atau wasi nabi apabila menentang musuhnya, mereka kembali sehingga dibunuh atau Allah memberi kemenangan kepadanya.

Wahai Ibn Qais! Adakah anda mendengarku lari wahai Ibn Qais? Demi Yang Memecahkan Bijian dan Menghidupkan Makhluk yang hidup. Sekiranya aku mendapati pada Hari Abu Bakr diberi bai'ah di mana anda telah menghinaku kerena bai'ahku kepadanya, empat puluh orang lelaki yang setia seperti empat lelaki yang aku dapati, nescaya aku tidak menahan tanganku bagi menentang mereka. Tetapi aku tidak dapati lelaki yang kelima. Al-Asy'ath berkata: Siapakah empat lelaki itu wahai Amir al-Mukminin? Beliau menjawab: Salman, Abu Dhar, al-Miqdad dan al-Zubair bin Safiyyah sebelum dia mengkhianati bai'ahku. Sesungguhnya dia telah mengkhianatiku dua kali.

Adapun bai'ahnya yang pertama dilakukan apabila Abu Bakr diberi bai'ah, empat puluh orang lelaki Muhajirin dan Ansar memberi bai'ah kepadaku. Di kalangan mereka adalah al-Zubair. Aku memerintahkan mereka supaya datang ke rumahku pada waktu pagi dalam keadaan bercukur kepala dan lengkap dengan senjata. Maka tidak seorangpun daripada mereka melakukannya melainkan empat orang; Salman, Abu Dhar, al-Miqdad dan al-Zubair. Adapun bai'ahnya yang kedua, ketika beliau datang bersama sahabatnya Talhah selepas pembunuhan Uthman.

Mereka berdua memberi bai'ah kepadaku dalam keadaan taat tanpa paksaan. Kemudian mereka kembali daripada agama mereka dalam keadaan murtad, khianat, angkuh, ingkar dan hasad. Maka Allah membunuh mereka berdua ke Neraka. Adapun Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad, mereka tetap di atas agama Muhammad Saw. dan millah Ibrahim sehingga mereka berjumpa dengan Allah. Semoga Allah memberi rahmat ke atas mereka.

Wahai Ibn Qais! Sekiranya empat puluh orang yang telah memberi bai'ah kepadaku menunaikan janji mereka kepadaku dan mereka datang pada waktu pagi di rumahku dalam keadaan bercukur kepala sebelum Atiq (Abu Bakr) memaksa bai'ahnya ke atas tengkukku, nescaya aku menentangnya dan aku serahkan penghakimannya kepada Allah SWT. Dan sekiranya aku mendapati sebelum bai'ah Umar pembantu-pembantu, nescaya aku menentang mereka dan aku serahkan penghakimannya kepada Allah. Sesungguhnya Ibn Auf telah menjadikan khilafah untuk Uthman dan mensyaratkannya supaya menyerahkan kepadanya ketika kematiannya. Adapun selepas bai'ahku kepada mereka, maka tidak ada jalan lagi bagiku untuk menentang mereka.

Al-Asy'ath berkata: Adakah perkara ini sebagaimana yang anda katakan, sesungguhnya umat ini telah binasa selain daripada anda dan Syi'ah anda? Beliau berkata: Demi Tuhan! Sesungguhnya kebenaran bersamaku wahai Ibn Qais! Sebagaimana aku katakan. Umat ini tidak binasa melainkan al-Nasibin (para penentang), al-Mukabirin (orang yang angkuh), al-Jahidin (orang yang ingkar) dan al-Mu'anidin (orang yang keras kepala). Adapun orang yang berpegang kepada Tauhid, iqrar dengan Muhammad dan Islam, mereka tidak terkeluar daripada agama. Mereka tidak melahirkan kezaliman ke atas kami, tidak menentang kami. Mereka mengesyaki khilafah, tetapi tidak mengetahui siapakah yang berhak dan tidak mengetahui para walinya dan tidak pula menentang kami. Sesungguhnya mereka adalah Muslim yang tertindas dan diharapkan rahmat Allah ke atasnya dan mereka pula berasa takut akan dosanya.

Sulaim bin Qais berkata: Tidak tinggal seorangpun pada hari itu daripada Syi'ah Ali a.s. melainkan berseri mukanya dan gembira dengan kata-katanya. Kerana Amir al-Mukminin telah menerangkan kepada mereka perkara yang sebenar, tanpa bertaqiyyah. Tidak tinggal seorangpun daripada al-Qurra' (qari/guru agama) melainkan terbuka hati mereka dan hilang syak mereka. Sebagaimana terdapat juga di kalangan hadirin yang menunjukkan kegelisahan pada wajah mereka kerana membenci kata-katanya.

Sulaim bin Qais berkata: Aku tidak pernah melihat orang ramai begitu riang pada hari itu, manakala Amir al-Mukminin telah membuka al-ghita' (penutup) daripada mereka. Beliau menerangkan kepada mereka hakikat sebenar tanpa taqiyyah. Syi'ah makin bertambah ramai selepas majlis pada hari itu. Mereka terdiri daripada tenteranya yang paling sedikit. Semenjak itu orang ramai yang berperang bersamanya, mengetahui kedudukannya daripada Allah dan Rasul-Nya. Syi'ah selepas majlis tersebut menjadi orang yang paling mulia dan dihormati. Pada masa itu beliau a.s. memerintahkan supaya membuat persiapan bagi menentang Mu'awiyah. Selepas beberapa ketika beliau dibunuh oleh Ibn Muljam kerana menuntut bela dengan pedangnya yang beracun.


Sya'ir al-Mukhtar bin Abi al-Sa'aq memuji Umar al-Khattab

Abban daripada Sulaim berkata: Abu aI-Mukhtar telah menulis beberapa bait syair kepada Umar seperti berikut:

Aku menyampaikan Amir al-Mukminin sepucuk surat

Anda adalah Amir Allah pada harta

Dan urusan pemerintahan

Anda adalah Amin Allah pada kami

Dan siapa yang menjadi Amir bagi Tuhan manusia

Dadaku akan menyerah kepadanya

Janganlah anda tinggalkan penduduk bandar dan desa

Mengkhianati harta Allah di segenap peringkat

Utuslah kepada al-Nu'man dan Ibn Mu'aqqal

Utuslah kepada Hazm dan Basyar

Utuslah kepada al-Hajjaj, maka ketahuilah akuannya

Itulah yang di pasar maula Bani Nadhir

Janganlah anda melupai dua pengikutnya

Ipar Bani Ghadhwan pada kaum mempunyai banyak harta

Tidak terlepas padanya

Sekalipun Ibn Ghulab daripada pemanah Bani Nasr

Dia mengaut harta tanpa Ibn Muhraz

Meskipun dia di bandar mempunyai kekayaan

Utuslah kepada mereka

nescaya mereka akan membenarkan anda

Dan memberitahu cerita-cerita tentang harta orang yang mempunyai fikiran

Keluargaku telah membahagi-bahagikan mereka

Maka tebusan anda bahawa mereka akan meridhai

Jika anda membahagikan mereka separuh

Janganlah anda memanggilku untuk penyaksian

sesungguhnya aku akan menghilangkan diri

Tetapi aku memerhatikan keajaiban masa

Aku melihat kuda seperti dinding

Dan keputihannya seperti patung

Terlalu kecil pada bilangan semut

Dan titisan air terikat di bekasnya

Ia dimaksudkan berganda-ganda

Apabila peniaga di rumah membawa tikus daripada misk

Telah pergi dalam perpisahan

Anda mewakili apabila mereka mewakili

Anda serang jika mereka menyerang

Mereka banyak harta, tetapi kita tidak memilikinya.


Ibn Ghilab al-Masri berkata:

Aku menyampaikan kepada al-Mukhtar

sesungguhnya aku mendatanginya

Aku tidak mempunya kerabat di sisinya, maupun ipar

Aku tidak mempunyai warisan yang dipusakai

Begitu juga sedekah yang diberi

Sama ada dari Saba'maupun Ghadar.

Tetapi tendangan mengenakan anda setiap serangan

Kesabaranku- apa lagi kematian- di sebalik kegelapan.

Percakapan Ali a.s. semasa beliau dikritik oleh al-Asy'ath bin Qais



Al-Asy'ath bin Qais berkata: Kenapa anda tidak melakukanya sepertimana dilakukan oleh Ibn Affan? Ali a.s. berkata: Sepertimana dilakukan oleh Ibn Affan, kalian telah melihat aku melakukannya? Aku memohon perlindungan dengan Allah daripada kejahatan kata-kata kalian. Wahai Ibn Qais! Demi Tuhan! Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Ibn Affan adalah amat memalukan; bagi orang yang tidak mempunyai agama. Bagaimana aku akan melakukannya sedangkan aku di atas keterangan daripada Tuhanku, hujah di tanganku, kebenaran bersamaku.

Demi Tuhan! Seseorang yang dapat menguasai musuhnya sendiri, lalu mengharuskan dagingnya, mencalarkan kulitnya, mematahkan tulangnya dan mengalirkan darahnya sedangkan dia berupaya menghalangnya, maka besar dosanya. Jadilah anda sedemikian wahai Ibn Qais! Adapun aku, Demi Tuhan! Jika diberi kemampuan sedemikian, tidak akan melakukannya. Wahai Ibn Qais! Sesungguhnya seseorang Mukmin akan mati dengan pelbagai cara, tetapi dia tidak boleh membunuh dirinya sendiri. Sesiapa yang mampu menjaga darahnya, kemudian dia membiarkan orang lain membunuhnya, maka dia adalah pembunuh kepada dirinya sendiri.

Wahai Ibn Qais! Sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada tujuh puluh tiga kumpulan. Satu kumpulan ke Syurga. Sementara tujuh puluh dua kumpulan ke Neraka. Dan yang paling jahat, paling dimurkai Allah dan paling jauh daripada-Nya adalah kumpulan al-Samirah yang berkata: Tidak ada peperangan. Sesungguhnya mereka berbohong, sedangkan Allah telah memerintah supaya memerangi al-Baghin (pemberontak) di dalam kitab-Nya dan Sunnah Nabi-Nya, begitu juga dengan al-Mariqah.

Maka Ibn Qais memarahi kata-kata beliau a.s. lalu berkata: Apakah yang telah menghalang anda wahai Ibn Abi Talib ketika Abu Bakr, saudara Bani Taim, saudara Bani 'Adi bin Ka'ab dan saudara Bani Umayyah dibai'ah, (adakah) anda memerangi dan menghunus pedang anda? Anda tidak memberi khutbah kepada kami semenjak anda datang ke Iraq. Anda tidakpun menyebutnya di dalam khutbah sebelum anda turun daripada mimbar, "Demi Allah! Sesungguhnya aku adalah orang paling aula. Dan aku sentiasa dizalimi semenjak Muhammad Rasulullah (Saw.) wafat". Apakah yang menghalang anda daripada menghunus pedang tanpa anda dizalimi?

Beliau berkata: Wahai Ibn Qais! Dengarlah jawapannya. Sifat pengecut dan benci berjumpa dengan Tuhanku bukanlah menghalangku. Aku tidak akan menjadi lebih mengetahui bahawa sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik untukku daripada dunia dan kekal di dalamnya. Tetapi perintah Rasulullah (Saw.) dan janjinya kepadaku telah menghalangku daripadanya.

Ucapan Ali a.s. semasa seseorang bertanya: "Sekiranya anda menggesa orang ramai pergi

?"

Abban daripada Sulaim berkata: Kami telah duduk di sekitar Amir al-Mukminin a.s. dan di sekitarnya ada sekumpulan para sahabatnya. Seseorang bertanya kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin! Sekiranya anda menggesa orang ramai pergi?

Beliau berdiri dan berkhutbah: Aku telah menggesa kalian pergi, tetapi kalian tidak menghiraukannya. Aku telah menyeru kalian, tetapi kalian tidak mendengarnya. Kalian datang seperti tidak datang, hidup seperti mati,.pekak seperti tidak mempunyai telinga. Aku akan membaca ke atas kalian hikmah. Aku akan memberi nasihat kepada kalian dengan nasihat yang lengkap dan menyembuhkan. Aku menggalakkan kalian berjihad menentang orang zalim. Tetapi belum sempat aku mengakhiri ucapan, aku melihat kalian bersurai, membaca syair dan perumpamaan, kalian bertanyakan harga gandum dan susu. Binasalah tangan kalian!

Sesungguhnya kalian telah jemu berperang dan membuat persediaan untuknya, sehingga hati kalian kosong daripada menyebutnya. Kalian telah memenuhinya dengan kebatilan dan kesesatan. Celaka kalian! Perangilah mereka sebelum mereka memerangi kalian. Demi Tuhan! tidak berperang satu kaum di tempat mereka melainkan mereka dihina. Demi Tuhan! Aku tidak menyangka kalian akan melakukannya sehingga mereka melakukannya kepada kalian. Kemudian aku mahu sesungguhnya aku melihat mereka, maka aku telah berjumpa Allah di atas kesedaran dan keyakinanku.

Aku beristirehat daripada perlakuan kalian. Kalian adalah seperti unta banyak yang tersesat daripada pengembalanya. Apabila didekati dari satu sudut lantas berkeliaran di satu sudut yang lain. Demi Tuhan! Seolah-olah aku dengan kalian, pada pandanganku, jika dipertingkatkan ketegangan maka banyaklah kematian, sesungguhnya kalian telah terlepas daripada Ali bin Abu Talib seperti terlepasnya perempuan daripada Qubulnya, tanpa menghalang tangan yang menyentuhinya (ketika bersalin).

Kata-kata Ali a.s. bahawa Imamah tidak layak melainkan untuk mereka a.s.



Abban daripada Sulaim berkata: Aku melihat Ibn Umar di majlis tersebut dalam keadaan hiba dan dua matanya berlinangan. Kemudian Ali a.s. sedang berhadapan dengan Talhah, al-Zubair, Ibn Auf dan Sa'd. Beliau berkata: Demi Tuhan! Sekiranya mereka berlima telah berbohong terhadap Rasulullah (Saw.), maka tidak halal bagi kalian mewalikan mereka. Dan sekiranya mereka benar, maka tidak halal wahai kalian berlima! memasukkan aku bersama kalian dalam Majlis Syura. Kerana memasukkan aku di dalamnya adalah menyalahi Rasulullah (Saw.) dan itulah kehendaknya!

Kemudian beliau berhadapan dengan orang ramai dan berkata: Beritahukan kedudukanku di sisi kalian dan apa yang kalian tahu tentangku. Adakah aku ini benar (saduq) di sisi kalian atau pembohong (kadhdhab)? Mereka menjawab: Benar lagi benar (siddiq sadduq). Tidak! Kami tidak pernah mengetahui anda berbohong semasa Jahiliah dan Islam. Ali a.s. berkata: Demi Dia yang memuliakan kami Ahl al-Bait dengan kenabian, maka Dia telah menjadikan Muhammad daripada kami dan Dia memuliakan kami selepasnya dengan menjadikan kami Imam al-Mukminin. Tidak ada seorangpun yang akan mencapainya dalam ertikata yang sebenar selain daripada kami.

Tidak layak imamah dan khilafah melainkan pada kami. Allah tidak menjadikannya sebagai habuan dan hak kepada orang lain. Adapun Rasulullah Saw. adalah penutup segala nabi, tidak ada selepasnya rasul atau nabi. Dia telah menutup para nabi dengan Rasulullah (Saw.) sehingga Hari Kiamat. Dia telah menutup kitab-kitab-Nya dengan al-Qur'an.

Dia telah menjadikan kami selepas Muhammad sebagai khalifah (khulafa') di Bumi-Nya dan para saksi (syuhada') ke atas makhluk-Nya. Dia telah mewajibkan ketaatan kepada kami di dalam kitab-Nya. Dia telah menyertakan kami dengan diri-Nya dan Nabi-Nya dalam ketaatan bukan dalam satu ayat daripada al-Qur'an. Allah telah menjadikan Muhammad seorang nabi dan menjadikan kami khalifah selepasnya pada makhluk-Nya dan sebagai para saksi ke atas makhluk-Nya. Dia telah mewajibkan ketaatan kepada kami di dalam kitab yang diturunkan-Nya.

Kemudian Allah SWT telah memerintahkan Nabi-Nya supaya menyampaikan kepada umatnya, maka beliau telah menyampaikannya kepada mereka sebagaimana Dia memerintahkannya. Justeru itu, siapakah yang lebih berhak dengan majlis Rasulullah (Saw.) dan kedudukannya? Sesungguhnya kalian telah mendengar Rasulullah (Saw.) ketika beliau mengutusku dengan Surah al-Bara'ah. Beliau bersabda: Tidak layak untuk menyampaikan tentang diriku melainkan aku atau seorang lelaki daripadaku. Lantaran itu, sahabat kalian (Abu Bakr) telah tidak layak untuk menyampaikan Sahifah sebesar empat jari daripadanya. Dia tidak layak untuk menyampaikannya selain daripadaku. Siapakah yang lebih layak dengan majlisnya dan tempatnya yang telah dinamakan secara khusus daripada Rasulullah?

Talhah berkata: Berikan penafsiran kepada kami bagaimana orang lain tidak layak menyampaikan (sesuatu) daripada Rasulullah sedangkan beliau telah bersabda kepada kita dan kepada semua orang: Hendaklah al-syahid menyampaikannya kepada al-ghaib. Dan beliau bersabda ketika Haji Wida': Allah memberi rahmat kepada orang yang mendengar sabdaku lalu menjaganya. Kemudian beliau menyampaikannya kepada orang lain. Mungkin orang yang membawa ilmu tidak memahaminya. Dan mungkin pembawa ilmu membawanya kepada orang yang lebih alim daripadanya. Tiga perkara di mana hati seorang muslim tidak akan lalai: Ikhlas amalan untuk Allah, dengar, taat dan menasihati pemerintah serta menyertai kumpulan mereka, kerana dakwah mereka meliputi orang di belakang mereka. Beliau Saw. telah berada di pelbagai tempat dan bersabda: Hendaklah al-syahid menyampaikannya kepada al-ghaib.

Maka Ali a.s. berkata: Sesungguhnya sabda Rasulllah pada Hari Ghadir Khum, pada Hari 'Arafah semasa Haji Wida' dan pada hari beliau wafat, dan pada akhir khutbah ketika beliau bersabda: "Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kalian dua perkara di mana kalian tidak akan sesat selama kalian berpegang kepada kedua-duanya; Kitab Allah dan Ahl Baitku. Kerana Yang Maha Halus dan Yang Maha Alim telah menjanjikan kepadaku bahawa sesungguhnya kedua-duanya tidak akan terpisah sehingga kedua-duanya dikembalikan kepadaku di al-Haudh seperti dua anak jari ini. Kerana salah satu daripada keduanya mendahului yang lain. Justeru itu, berpeganglah kalian dengan kedua-duanya, nescaya kalian tidak akan sesat dan tergelincir. Janganlah kalian mendahului mereka. Janganlah kalian berselisih dengan mereka dan janganlah kalian mengajari mereka, kerana mereka lebih alim daripada kalian".

Sesungguhnya beliau Saw. telah memerintahkan orang ramai (al-'Ammah) supaya menyampaikan kepada mereka yang ditemuinya di kalangan orang ramai tentang wajib mentaati para imam daripada Ali sehngga kepada Muhammad al-Mahdi dan wajib mentaati hak mereka. Justeru itu, perkara-perkara lain tidak dimaksudkan oleh beliau sedemikian selain daripada perkara tersebut. Sesungguhnya beliau telah memerintahkan orang ramai supaya menyampaikan kepada orang lain dengan alasan mereka tidak menyampaikannya daripada Rasulullah Saw. semua perkara yang diutuskan oleh Allah kepada orang lain.

Perhatikanlah, wahai Talhah! Beliau bersabda kepadaku dan kalian sedang mendengarnya: "Wahai saudaraku! Sesungguhnya tidak akan membayar hutangku dan tidak akan membersihkan dhimmahku (diriku) selain daripada anda. Andalah yang akan membersihkan dhimmahku dan akan berperang di atas Sunnahku". Manakala Abu Bakr dilantik menjadi khalifah, beliau tidak membayar hutang Rasulullah (Saw.), maka kalian telah memberi bai'ah kepadanya. Akulah yang telah membayar hutangnya. Beliau telah memberitahu kalian bahawa hutangnya tidak akan dibayar melainkan olehku. Dan apa yang diberikan oleh Abu Bakr kepada mereka bukanlah sebagai membayar hutangnya, kerana orang yang membayar hutangnya adalah orang yang membersihkan agamanya dan menunaikan amanahnya. Sesungguhnya orang yang menyampaikan daripada Rasulullah (Saw.) akan apa yang datang daripada Allah SWT adalah para imam yang diwajibkan oleh Allah mentaati mereka di dalam kitab-Nya dan Dia telah memerintahkan supaya mewalikan mereka, kerana orang yang mentaati mereka sesungguhnya mentaati Allah. Sesiapa menderhakai mereka, mendurhakai Allah.

Talhah berkata: Anda telah membebaskan aku daripada apa yang aku tidak tahu; tentang apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah (Saw.) sehingga anda menafsirkannya kepadaku. Semoga Allah memberi pahala semua umat ini kepada anda, wahai Abu al-Hasan! Wahai Abu al-Hasan! Satu perkara aku ingin bertanya kepada anda. Aku telah melihat anda keluar dengan kain yang tertutup (makhtum), anda berkata: "Aku masih sibuk dengan Rasulullah (Saw.); memandi dan mengafankannya". Kemudian anda pula sibuk dengan Kitab Allah sehingga anda telah mengumpulkannya tanpa meninggalkan meskipun satu huruf. Tetapi aku tidak pernah melihat apa yang anda tulis dan susun. Aku melihat Umar mengutus kepada anda ketika beliau dilantik menjadi khalifah supaya menghantarkannya kepadaku, tetapi anda telah menolaknya.

Lantas Umar telah memanggil orang ramai. Apabila dua orang lelaki telah memberi penyaksian ke atas satu ayat al-Qur'an, beliau telah menulisnya. Dan apa yang dipersaksikan hanya oleh seorang lelaki, maka ditolaknya tanpa menulisnya. Umar telah berkata dan aku mendengarnya: "Banyak lelaki yang hafaz al-Qur'an telah terbunuh di Yamamah". Justeru itu, al-Qur'an telah hilang. Seekor kambing betina (syatun) telah datang ke sahifah (catatan) di mana para penulis Umar sedang menulis, lalu ia memakannya. Maka hilanglah apa yang tertulis padanya.

Dan penulis pada hari itu adalah Uthman, apa pendapat anda? Aku mendengar Umar dan para sahabatnya yang menulis al-Qur'an pada masanya dan pada masa Uthman berkata: Sesungguhnya al-Ahzab menyamai surah al-Baqarah , al-Nur adalah seratus enam puluh ayat, al-Hujurat adalah enam puluh ayat. Di dalam riwayat yang lain, al-Hujurat adalah seratus sembilan puluh ayat. Apakah ini semua? Apakah yang menghalang anda-semoga Allah memberi rahmat kepada anda daripada mengeluarkan apa yang anda telah susun (allafta) untuk orang ramai. Dan aku telah menyaksikan Uthman ketika dia mengambil apa yang telah disusun oleh Umar. Maka dia mengumpulkan untuknya satu kitab. Dan dia memaksa orang ramai membaca satu Qira'at (bacaan). Dia mengoyak-ngoyakkan mushaf Ubayy bin Ka'ab dan Abdullah bin Mas'ud, lalu membakarnya dengan api. Apakah semua ini?

Amir al-Mukminin a.s. berkata: Wahai Talhah! Sesungguhnya setiap ayat yang diturunkan oleh Allah ke atas Muhammad adalah di sisiku dengan imla' Rasulullah (Saw.). Setiap halal, haram, had, hukum atau perkara yang dihajati oleh umat sehingga Hari Kiamat ada di sisiku, tertulis dengan imla' Rasulullah (Saw.) dan dengan tulisan tanganku sehingga peraturan penghormatan diri (arsy al-khidasy).

Talhah berkata: Setiap sesuatu sama ada kecil, besar, khas dan umum, baik yang telah berlaku dan akan berlaku sehingga Hari Kiamat tertulis di sisi anda? Beliau a.s. menjawab: Ya. Di samping itu Rasulullah ketika sakitnya telah memberitahu kepadaku anak kunci (miftah) seribu bab ilmu. Setiap bab mengandungi seribu bab. Sekiranya umat ini semenjak Rasulullah wafat mengikutiku dan mentaatiku, nescaya mereka dikurniakan oleh Allah dengan rezeki yang banyak.

Wahai Talhah! Tidakkah anda menyaksikan Rasulullah menyeru supaya dibawakan kertas untuk menulis padanya perkara di mana umat tidak akan sesat dan bersengketa. Maka sahabat anda (Umar) berkata: "Sesungguhnya Nabi Allah sedang meracau (yahjuru)". Maka Rasulullah Saw. menjadi marah? Talhah berkata: Ya. Sesungguhnya aku telah menyaksikannya.

Ali a.s. berkata: Apabila kalian keluar, beliau telah memberitahuku apa yang beliau ingin tulis. Orang ramai menjadi berat untuk menerimanya. Maka Jibra'il memberitahunya bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mengetahui akan perselisihan umat dan perpecahan mereka. Kemudian beliau menyeru supaya dibawakan sahifah (kertas catatan), lalu beliau telah mengimla'kan kepadaku apa yang mahu ditulisnya di atas kertas. Aku telah dipersaksikan oleh tiga orang; Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad.

Beliau (Saw.) telah menamakan mereka yang akan menjadi para imam petunjuk (al-Huda) di mana Allah memerintahkan supaya mentaati mereka sehingga Hari Kiamat. Maka beliau menamakan aku sebagai orang pertama daripada mereka. Kemudian anakku al-Hasan, kemudian al-Husain, kemudian sembilan daripada anak lelaki kepada anak lelakiku ini iaitu al-Husain. Tidakkah begitu wahai Abu Dhar! Anda wahai al-Miqdad? Mereka berdua berkata: "Kami telah menyaksikan demikian itu di hadapan Rasulullah (Saw.)".

Talhah berkata: Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda kepada Abu Dhar: Langit dan bumi sedikit sekali mempunyai orang yang lahjahnya lebih benar dan lebih baik daripada Abu Dhar. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya mereka berdua tidak memberi penyaksian melainkan ke atas perkara yang benar. Dan anda (Ali a.s.) lebih benar di sisiku daripada mereka berdua. Kemudian Ali a.s. bersemuka dengan Talhah, lalu berkata: Bertakwalah anda kepada Allah. Anda wahai al-Zubair! Anda wahai Sa'd! Anda wahai Ibn Auf! Bertakwalah kalian kepada Allah. Cintalah kalian kepada keridhaan-Nya. Pilihlah kalian apa yang ada di sisi-Nya. Janganlah kalian takut, kerana Allah, akan celaan orang yang mencela.

Talhah berkata: Aku tidak fikir wahai Abu al-Hasan! anda telah memberi jawapan kepada soalanku tentang al-Qur'an, kenapa anda tidak menzahirkanya kepada orang ramai? Beliau berkata: Wahai Talhah! Aku sengaja tidak memberi jawapan kepada soalan anda. Beliau berkata lagi: Beritahuku tentang apa yang ditulis oleh Umar dan Uthman. Adakah ia semuanya al-Qur'an atau sebahagiannya bukan al-Qur'an? Talhah menjawab: Malah semuanya al-Qur'an.

Beliau a.s. berkata: Sekiranya kalian mengambil apa yang ada di dalamnya, nescaya kalian akan berjaya daripada Api Neraka. Dan kalian memasuki Syurga, kerana di dalamnya hujah kami, penerangan tentang hak kami dan kewajipan mentaati kami. Talhah berkata: Memadailah bagiku jika ia adalah al-Qur'an. Talhah berkata lagi: Beritahuku tentang al-Qur'an yang ada di tangan anda, takwilnya, ilmu halal dan haram, kepada siapakah akan anda berikan? Siapakah orangnya selepas anda? Beliau a.s. menjawab: Kepada orang di mana Rasulullah (Saw.) memerintahkan aku supaya memberikannya kepadanya. Talhah berkata:Siapakah orangnya? Ali a.s. berkata: Wasiku dan orang yang paling aula dengan orang ramai selepasku iaitu anak lelakiku ini, al-Hasan. Kemudian anak lelakiku, al-Hasan akan menyerahkannya ketika kematiannya kepada anak lelakiku, al-Husain. Kemudian akan berpindah seorang kepada seorang daripada anak lelaki al-Husain sehingga yang akhir mereka mengembalikan kepada Rasulullah di Haudhnya. Mereka bersama al-Qur'an dan al-Qur'an bersama mereka. Mereka tidak akan berpisah dengannya dan ia tidak akan berpisah dengan mereka.

Adapun Mu'awiyah dan anak lelakinya akan mengikuti selepas Uthman. Kemudian dia akan diikuti oleh tujuh orang daripada anak lelaki al-Hakam bin Abi al-As seorang selepas seorang melengkapi dua belas imam yang sesat. Mereka itulah yang dilihat oleh Rasulullah (Saw.) di atas mimbarnya menolak umatnya mundur ke belakang.

Sepuluh daripada mereka adalah daripada Bani Umayyah dan dua orang lelaki yang telah mengasaskannya untuk mereka. Dan ke atas mereka berdua seumpama dosa umat ini. Mereka berkata: Semoga Allah memberi rahmat kepada anda, wahai Abu al-Hasan dan Allah akan membalas anda dengan sebaik-baik balasan daripada kami.

Percakapan Ali a.s. dengan Talhah mengenai haknya



Maka Talhah bin Ubaidillah, seorang yang licik daripada Quraisy berkata: Bagaimana kita akan lakukan terhadap dakwaan Abu Bakr, Umar dan para sahabatnya yang telah membenarkan dan mempersaksikan kata-katanya pada hari mereka membawa anda bersamanya di mana tengkuk anda diikat dengan tali. Mereka pula telah membenarkan hujah anda. Kemudian dia (Abu Bakr) telah mendengar Nabi (Saw.) bersabda: Sesungguhnya Nabi (Saw.) telah memberitahuku bahawa sesungguhnya tidak akan berkumpul bagi kami Ahl al-Bait, al-Nubuwwah dan khilafah.

Maka Umar, Abu Ubaidah, Salim dan Mu'adh bin Jabal telah membenarkannya. Kemudian Talhah telah bersemuka dengannya dan berkata: Setiap apa yang anda sebut dan tuntut itu adalah benar. Begitu juga apa yang anda hujahkannya terhadap orang kenamaan, kami mengakuinya dan kami mengetahuinya. Adapun mengenai khilafah, maka lima orang telah mempersaksikan apa yang telah anda dengar.

Maka Ali a.s. ketika itu berkata sambil memarahi Talhah. Dia telah mengeluarkan sesuatu yang dia sembunyikan dan dia menafsirkan sesuatu yang telah dia ucapkan pada hari kematian Umar, tetapi beliau (Sulaim) tidak tahu apa yang dimaksudkan dengannya. Lantas Ali a.s. berhadapan dengan Talhah dan orang ramai mendengarnya. Beliau berkata: Demi Tuhan! Sahifah di mana Allah akan mencampakkannya pada Hari Kiamat lebih aku cintai daripada Sahifah mereka berlima di mana mereka telah membuat perjanjian kesetiaan di hadapan Ka'bah semasa Haji Wida': Sekiranya Allah membunuh Muhammad atau mematikannya, mereka akan menjauhkanku dan menentangku. Lantaran itu, aku tidak akan sampai ke jawatan khalifah.

Ali a.s. berkata: Dalil ke atas aku adalah batil kerana sabda Nabi Saw. pada Hari Ghadir Khum: Sesiapa yang aku adalah aula dengannya daripada dirinya, maka Ali adalah aula dengannya daripada dirinya ''Bagaimana aku menjadi aula dengan mereka daripada diri mereka sendiri sedangkan mereka adalah pemerintah (umara') dan penguasa ke atasku?" Dan sabda Rasulullah Saw.: Kedudukan anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa selain daripada kenabian (al-Nubuwwah).

Adakah kalian mengetahui bahawa khilafah bukanlah kenabian. Sekiranya kenabian bersama khilafah, nescaya Rasulullah Saw. telah mengecualikannya. Dan sabdanya: Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua perkara, kalian tidak akan sesat selama kalian berpegang kepada kedua-duanya; Kitab Allah dan 'Itrahku. Janganlah kalian mendahului mereka, janganlah kalian membelakangi mereka dan janganlah kalian mengajari mereka, kerana mereka lebih mengetahui daripada kalian.

Tidakkah wajar khalifah umat ini orang yang paling alim tentang Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah Saw. sebagaimana firman-Nya dalam Surah Yunus (10): 35: "Manakah yang lebih berhak diikuti, orang yang dapat menunjuki kepada kebenarankah atau yang tidak dapat memberi petunjuk? Dan firman-Nya dalam Surah al-Baqarah (2): 247, "Dia menambahkannya dengan ilmu yang luas dan tubuh yang kuat". Dan sabda Rasulullah Saw.: "Umat tidak akan melantik seseorang lelaki sedangkan terdapat pada mereka orang yang lebih alim daripadanya melainkan urusan mereka sentiasa terkebawah sehingga mereka kembali kepada apa yang telah mereka tinggalkan; (iaitu) wilayah".

Lantaran itu, wilayah bukanlah imarah (pemerintahan) ke atas umat. Sebagai bukti kepada pembohongan, kebatilan dan kejahatan mereka bahawa mereka telah menerimaku untuk memimpin Mukminin dengan perintah Rasulullah Saw. Ia menjadi hujah ke atas mereka dan anda secara khusus, ke atas Nabi ini, bersama anda iaitu al-Zubair, ke atas umat secara terus, ke atas Sa'd, Ibn 'Auf, dan khalifah kalian yang sedang menduduki jawatan sekarang (Uthman). Kami ahli Syura masih hidup sekarang.

Kenapa Umar menjadikan aku daripada ahli Syura, sekiranya dia dan para sahabatnya benar ke atas Rasulllah (Saw.). Adakah dia telah menjadikan kita ahli Syura tentang khilafah atau selain daripadanya? Sekiranya kalian menyangka bahawa dia telah menjadikannya Syura selain daripada imarah, maka tiada bagi Uthman imarah. Lantaran itu, kita pasti bermesyuarat perkara selain daripadanya kerana dia telah memerintahkan kita melakukan sedemikian. Sekiranya Syura mengenai khilafah, kenapa dia memasukkan aku di kalangan mereka. Tidakkah dia telah mengeluarkanku? Dia berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah (Saw.) telah mengeluarkan Ahl Baitnya daripada khilafah dan memberitahu bahawa mereka tiada habuan mengenainya.

Kenapa Umar berkata ketika memanggil kita seorang demi seorang di hadapan anaknya Abdullah? Aku menyeru anda dengan nama Allah apakah yang telah dia katakan kepada anda ketika kami keluar? Abdullah menjawab: Disebabkan anda telah menyeruku, maka sesungguhnya dia berkata: Jika mereka memberi bai'ah kepada si botak (asla') Bani Hasyim, nescaya dia akan membawa mereka kepada hujah yang putih dan membuatkan mereka menurut kitab Tuhan mereka dan Sunnah Nabi mereka.

Kemudian Ali a.s. berkata: Wahai Ibn Umar! Apakah yang telah anda katakan ketika itu? Dia berkata: Aku telah berkata kepadanya: Apakah yang menghalang anda daripada melantiknya sebagai khalifah? Ali a.s. berkata: Apakah yang dijawabnya kepada anda? Ibn Umar berkata: Dia menjawab kepadaku sesuatu yang aku menyembunyikannya. Ali a.s. berkata: Sesungguhnya Rasulullah Saw. telah memberitahuku setiap sesuatu yang diperkatakannya kepada anda. Dia berkata: Bilakah beliau memberitahu anda?

Ali a.s. berkata: Beliau telah memberitahuku semasa hidupnya. Kemudian beliau memberitahuku mengenainya pada malam bapa anda mati di dalam mimpiku. Sesiapa yang melihat Rasulullah (Saw.) di dalam mimpinya, sesungguhnya dia melihatnya semasa jaga. Dia berkata: Apakah yang telah beliau beritahu anda? Ali a.s. berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah wahai Ibn Umar! Sekiranya aku memberitahu anda mengenainya, nescaya anda mempercayainya. Dia berkata: Atau aku diam. Ali a.s. berkata: Sesungguhnya beliau berkata kepada anda ketika anda berkata kepadanya: Apa yang menghalang anda daripada melantiknya sebagai khalifah?

Dia menjawab: Sahifah yang telah kami menulisnya di kalangan kami dan janji kami di Ka'bah semasa Haji Wida'. Maka Ibn Umar diam seketika. Dan Ali a.s. berkata: Aku bertanya anda dengan hak Rasulullah, kenapa anda telah menahanku daripada menjadi khalifah?

Orang ramai mengakui kelebihan Ali a.s. selepas beliau menyeru mereka dengan nama Allah



Ali a.s. berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Rasulullah (Saw.) telah mempersaudarakan di antara setiap dua lelaki daripada sahabatnya dan beliau telah mempersaudarakanku dengan dirinya lalu bersabda: Anda adalah saudaraku dan aku adalah saudara anda di Dunia dan di Akhirat? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.

Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Rasulullah (Saw.) telah membeli tapak Masjidnya dan rumah-rumahnya, lalu beliau telah meminta aku bermalam di rumahnya. Kemudian beliau telah membina sepuluh rumah; sembilan untuknya dan menjadikan untukku yang kesepuluhnya pada tengahnya. Beliau telah menutup setiap pintu jalan ke Masjid selain daripada pintuku. Justeru itu, telah bercakaplah mereka yang bercakap mengenainya. Maka beliau bersabda: Aku bukanlah menutup pintu-pintu kalian dan membuka pintunya, tetapi Allah telah memerintahkan aku menutup pintu-pintu kalian dan membuka pintunya. Sesungguhnya beliau telah melarang orang ramai tidur di Masjid selain daripadaku. Aku pernah berjunub di masjid, di rumahku dan di rumah Rasulullah (Saw.). Di masjidlah dilahirkan (anak-anakku) untuk Rasulullah (Saw.) dan di masjidlah aku mendapat anak-anak. Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.

Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Umar telah menebuk satu lubang di dinding rumahnya sebesar biji matanya ke arah Masjid, maka Rasulullah (Saw.) membantahnya. Kemudian beliau bersabda: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan Musa supaya membina sebuah masjid yang bersih (tahir) di mana tidak boleh didiami di dalamnya selain daripadanya, Harun dan dua anak lelakinya . Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku supaya membina sebuah masjid yang bersih (tahir) di mana tidak didiami di dalamnya selain daripadaku, saudaraku dan dua anak lelakiku? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.

Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Rasulullah Saw. bersabda dalam peperangan Tabuk: Kedudukan anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa dan anda adalah wali setiap mukmin selapasku? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.

Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Rasulullah Saw. ketika menyeru ahli Najran bermubahalah, beliau tidak datang melainkan denganku, isteriku dan dua anak lelakiku? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.

Adakah kalian mengetahui bahawa sesungguhnya beliau telah memberi kepadaku bendera Khaibar kemudian bersabda: Esok, aku pasti akan memberi bendera kepada seorang lelaki yang dicintai Allah dan Rasul-Nya, beliau bukan pengecut dan bukan pula melarikan diri, Allah akan membuka (negeri) di tangannya? Mereka berkata: Wahai Tuhanku! Ya.

Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Rasulullah (Saw.) telah mengutusku dengan Surah al-Bara'ah dan bersabda: Tidak akan menyampaikannya melainkan seorang lelaki daripadaku? Mereka berkata: Wahai Tuhanku! Ya.

Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Rasulullah Saw. apabila berlaku perkara yang penting, beliau mendahulukan aku kerana kepercayaannya kepadaku. Beliau tidak memanggil dengan namaku melainkan bersabda: Wahai saudaraku! Dan masuklah kalian berjumpa saudaraku? Mereka berkata: Wahai Tuhanku! Ya. Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Rasulullah Saw. telah menyelesaikan di antara aku dan Ja'far serta Zaid mengenai anak perempuan Hamzah dan beliau bersabda: Wahai Ali! Anda adalah daripadaku dan aku daripada anda. Dan anda adalah wali setiap Mukmin selepasku? Mereka berkata: Wahai Tuhanku! Ya.

Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya aku telah berjumpa Rasulullah Saw. satu kali setiap hari dan malam. Dan apabila aku meminta kepadanya, beliau memberikan kepadaku. Dan apabila aku diam seketika, beliau akan memulakan percakapannya? Mereka berkata: Wahai Tuhanku! Ya.

Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Rasulullah Saw. telah melebihkan aku ke atas Ja'far dan Hamzah, lalu beliau bersabda kepada Fatimah: Sesungguhnya aku nikahkan anda dengan keluargaku yang terbaik, umatku yang terbaik, orang yang pertama memeluk Islam, mempunyai pekerti yang tertinggi serta ilmu yang terbanyak? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.

Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Rasulullah Saw. bersabda: Aku adalah penghulu anak Adam dan saudaraku Ali adalah penghulu Arab. Fatimah adalah penghulu wanita Syurga? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.

Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Rasulullah Saw. telah memerintahkan aku memandikan jenazahnya dan memberitahuku bahawa Jibril akan membantuku mengenainya? Mereka menjawab: Wahai Tuhan! Ya.

Beliau berkata: Adakah kalian mengakui bahawa sesungguhnya Rasulullah (Saw.) bersabda pada akhir khutbah yang diucapkan kepada kalian: Wahai manusia! Sesungguhnya aku tinggalkan pada kalian dua perkara di mana kalian tidak akan sesat selama kalian berpegang kepada kedua-duanya; Kitab Allah dan Ahli Baitku. Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.

Sulaim berkata: Beliau tidak meninggalkan sesuatupun daripada ayat-ayat al-Qur'an dan hadis Rasulullah Saw. mengenainya dan Ahli Baitnya secara khusus melainkan beliau telah menyeru mereka dengan nama Allah tentangnya. Kebanyakan mereka menjawab: Ya. Dan ada juga di kalangan mereka yang diam. Orang yang diam pula berkata: Kalian boleh dipercayai di sisi kami. Sesungguhnya orang yang selain daripada kalian yang kami percaya telah meriwayatkan kepada kami sesungguhnya mereka telah mendengarnya daripada Rasulullah Saw.

Kemudian beliau berkata ketika mengakhiri ucapannya: Wahai Tuhanku! Persaksikanlah ke atas mereka. Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami! Persaksikanlah. Sesungguhnya kami tidak berkata melainkan perkara yang benar. Dan apa yang telah kami dengar daripada Rasulullah Saw. sesungguhnya telah diriwayatkan oleh mereka yang kami percaya, sesungguhnya mereka telah mendengarnya daripada Rasulullah Saw.

Beliau berkata: Adakah kalian mengakui sesungguhnya Rasulullah Saw.bersabda: Sesiapa yang menyangka sesungguhnya dia mencintaiku dan membenci Ali maka sesungguhnya dia telah berbohong, dia bukan mencintaiku. Beliau meletakkan tangannya di atas dadaku. Ada orang bertanya: Bagaimana begitu wahai Rasulullah? Beliau bersabda: Kerana beliau adalah daripadaku dan aku adalah daripadanya. Sesiapa yang mencintainya maka sesungguhnya dia mencintaiku. Dan sesiapa yang mencintaiku maka dia mencintai Allah. Sesiapa yang memarahinya maka dia memarahiku. Sesiapa yang memarahiku maka dia memarahi Allah. Beliau telah berucap sedemikian di hadapan dua puluh orang kenamaan daripada semua suku. Mereka berkata: Wahai Tuhanku! Ya. Bagi yang diam pula Ali a.s. bertanya: Kenapa diam? Mereka menjawab: Mereka yang telah membuat penyaksian di sisi kami, adalah boleh dipercayai (thiqah) dari segi kebenaran, kelebihan dan keutamaan mereka. Maka Ali a.s. berkata: Wahai Tuhanku! Persaksikanlah ke atas mereka.

Penjelasan Ali a.s. mengenai kelebihannya dan Ahl Bait berbanding dengan Quraisy



Abban daripada Sulaim: Beliau berkata: Aku telah melihat Ali a.s. di Masjid Rasulullah Saw. pada masa pemerintahan Uthman dan beberapa kumpulan sedang bercakap-cakap dan bermuzakarah tentang Fiqh dan Hadis. Mereka telah menyebut tentang Quraisy, kelebihannya, keutamaannya, hijrahnya dan sabda Rasulullah Saw. mengenai mereka. Umpama sabdanya (Saw.): Para imam itu adalah daripada Quraisy. Dan sabdanya: Orang ramai adalah pengikut kepada Quraisy dan Quraisy adalah pemimpin Arab. Dan sabdanya: Janganlah kalian mencaci Quraisy . Dan sabdanya: Bagi Quraisy kekuatan dua orang bukan Quraisy. Sabdanya: Allah memarahi mereka yang memarahi Quraisy. Dan sabdanya: Sesiapa mahu menghina Quraisy, Allah menghinanya. Mereka menyebut tentang kaum Ansar, kelebihannya, keutamaannya, pertolongannya, pujian Allah ke atas mereka dalam kitab-Nya dan sabda Rasulullah Saw. tentang kelebihan mereka. Mereka menyebut sabda Rasulullah Saw. tentang Sa'd bin Mu'adh pada jenazahnya, Ghassil al-Malaikah, dan orang yang dikerumuni lebah sehingga mereka tidak meninggalkan sesuatupun daripada kelebihan mereka. Maka dia berkata: Setiap suku daripada kami adalah fulan dan fulan. Quraisy berkata: Rasulullah Saw. adalah daripada kami, Hamzah dan Ja'far adalah daripada kami. Daripada kami Ubaidah bin al-Harith, Zaid bin al-Harithah, Abu Bakr, Umar, Sa'ad, Abu Ubaidah, Salim dan Ibn Auf. Mereka tidak meninggalkan seorangpun daripada suku mereka terdahulu melainkan telah menyebutnya. Di perkarangan Masjid terdapat lebih daripada dua ratus lelaki. Di kalangan mereka ada yang sedang mengadap Qiblat dan ada yang berada di sekitar perkarangannya.

Aku ingat daripada Quraisy adalah Ali bin Abu Talib salawatullahi alaihi, Sa'd, Ibn Auf, al-Zubair, Talhah, Ammar, al-Miqdad, Abu Dhar, Hasyim bin Atabah, Abdullah bin Umar, al-Hasan, al-Husain, Ibn Abbas, Muhammad bin Abu Bakr, Ubaidillah bin Ja'far dan Ubaidillah bin Abbas. Daripada kaum Ansar adalah Ubayy bin Ka'ab, Zaid bin Thabit, Abu Ayyub, Abu al-Haitham bin al-Taihan, Muhammad bin Salmah, Qais bin Sa'd, Jabir bin Abdullah, Abu Maryam, Anas bin Malik, Zaid bin Arqam, Abdullah bin Ubayy, Auf dan Abu Laila bersama anak lelakinya Abd al-Rahman di dalam keadaan duduk dan di sisinya seorang budak yang berseri-seri mukanya

Tiba-tiba Abu al-Hasan al-Basri datang bersama anak lelakinya al-Hasan yang berseri-seri mukanya dan mempunyai ketinggian yang sederhana. Aku mulai melihat kepadanya dan kepada Abd al-Rahman bin Abu Laila, tetapi aku tidak tahu yang mana satu yang lebih tampan. Al-Hasan adalah lebih besar dan tinggi. Mereka telah berhimpun dari pagi sehingga solat pertama. Uthman berada di rumahnya. Beliau tidak tahu apa yang sedang berlaku.

Ali bin Abu Talib a.s. diam seketika dan tidak seorangpun daripada Ahl-Baitnya yang bercakap. Mereka datang kepada Ali a.s. dan berkata: Wahai Abu al-Hasan! Apa yang menghalang anda daripada bercakap? Beliau berkata: Tidak ada seorangpun daripada suku-suku melainkan disebut kelebihannya. Beliau berkata: Memang benar. Kemudian beliau berkata: Wahai kaum Quraisy dan Ansar! Dengan siapakah Allah kurniakan kepada kalian kelebihan ini? Adakah dengan diri kalian, kabilah kalian dan Ahl Bait kalian atau selain daripada kalian? Mereka menjawab: Allah kurniakan kepada kami dengan Rasulullah Saw. bukan dengan diri kami, kabilah kami atau keluarga kami.

Beliau berkata: Kalian memang benar wahai kaum Ansar! Adakah kalian mengakui bahawa orang yang menjadikan kalian mencapai kebaikan dunia dan akhirat ialah daripada kami khususnya Ahl al-Bait bukan kalian? Sesungguhnya sepupuku Rasulullah Saw. bersabda: Sesungguhnya aku dan saudaraku Ali bin Abu Talib adalah daripada tanah bapaku Adam. Ahli Badr, Uhud dan orang yang terawal Islam semuanya berkata: Ya, kami telah mendengarnya daripada Rasulullah Saw.

Dalam riwayat yang lain: Kami adalah cahaya yang berjalan di hadapan Allah sebelum Allah menjadikan Adam empat belas ribu tahun. Apabila menjadikan Adam, Dia telah meletakkan cahaya tersebut pada sulbinya dan Dia telah menurunkannya ke Bumi. Kemudian Dia telah membawanya ke dalam bahtera pada sulbi Nuh. Kemudian Dia telah mencampakkannya ke dalam api pada sulbi Ibrahim. Kemudian Allah sentiasa memindahkan kami daripada sulbi-sulbi yang mulia kepada rahim-rahim yang suci. Dan daripada rahim-rahim yang suci kepada sulbi-sulbi yang mulia terdiri daripada bapa-bapa dan ibu-ibu. Kemudian tiada seorangpun d

Kata-kata Imam al-Baqir a.s: "Kami Ahl al-Bait menghadapi kezaliman daripada Quraisy

…"

Abban berkata: Abu Ja'far al-Baqir a.s. berkata kepadaku: Kami Ahl al-Bait telah menghadapi kezaliman daripada Quraisy, penentangan mereka terhadap kami dan pembunuhan mereka akan kami. Perkara yang sama akan dihadapi oleh Syi'ah kami dan pencinta-pencinta kami. Sesungguhnya Rasulullah Saw. ketika wafat, beliau telah melaksanakan hak kami. Beliau telah memerintahkan supaya kami ditaati, mewajibkan wilayah kami dan kasih sayang (al-Mawaddah) kepada kami. Justeru itu, beliau telah memberitahu mereka bahawa kami lebih aula (utama) daripada diri mereka sendiri. Beliau memerintahkan supaya orang yang hadir (al-Syahid) supaya menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir (al-Ghaib).

Sebaliknya mereka telah menentang Ali a.s., lalu mereka berhujah dengan beliau dengan hujah Rasulullah (Saw.) dan hujah orang ramai mengenainya. Mereka berkata: Anda memang benar. Sesungguhnya Rasulullah (Saw.) telah bersabda sedemikian, tetapi beliau telah membatalkannya (nasakha-hu) dan bersabda: "Sesungguhnya kami Ahl al-Bait telah dimuliakan dan dipilih oleh Allah (SWT). Dia tidak meredai kami dengan Dunia. Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan untuk kami kenabian dan khilafah". Empat orang telah memberi penyaksian mengenainya. Mereka adalah Umar, Abu Ubaidah, Mu'adh bin Jabal dan Salim (maula Abu Hudhaifah).

Justeru itu, mereka telah menabur bibit kesamaran kepada orang ramai (syabbahu-hum), lalu membenarkan mereka, menolak mereka ke belakang dan mengeluarkan khilafah daripada sumber yang telah dijadikan oleh Allah. Mereka telah berhujah dengan kaum Ansar dengan hak kami dan hujah kami. Lantaran itu, mereka telah memberi bai'ah kepada Abu Bakr. Kemudian Abu Bakr telah memberikannya pula kepada Umar sebagai membalas jasanya mengenai khilafah. Kemudian Umar menjadikanya (khilafah) syura di kalangan enam orang. Kemudian Abd Rahman bin Auf telah menjadikannya untuk Uthman dengan syarat dia mengembalikannya kepadanya.

Tetapi Uthman telah mungkir janji lalu Abd Rahman bin Auf telah melahirkan keingkarannya dan kejahilannya. Kemudian dia dijangkiti penyakit taun pada masa hidupnya. Tetapi anak lelakinya telah menyangka bahawa Uthman telah meracuninya sehingga mati. Kemudian Talhah dan al-Zubair telah mengambil bahagian, lalu mereka telah memberi bai'ah kepada Ali (a.s.) secara suka rela tanpa paksaan. Kemudian mereka menarik balik bai'ah mereka daripada Ali (a.s.) dan mengkhianatinya pula. Mereka berdua telah pergi bersama 'Aisyah ke Basrah. Kemudian Mu'awiyah, thughat ahli Syam telah menyeru untuk menuntut darah Uthman, lalu mengisytiharkan perang ke atas kami. Kemudian Ahli Haura' (Khawarij) menentangnya supaya dia menghukum dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Jika mereka menghakimi dengan apa yang disyaratkan ke atas kedua-duanya, nescaya mereka menghakimi Ali Amir al-Mukminin sebagaimana dalam Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Kemudian Ahli Nahrawan telah menentangnya dan memeranginya. Kemudian mereka memberi bai'ah kepada al-Hasan bin Ali a.s. selepas bapanya dan membuat perjanjian dengannya. Kemudian mereka telah mengkhianatinya, menyerahkannya dan menghinanya. Kemudian mereka telah menikamnya dengan khanjar di pahanya. Mereka telah memusnahkan tentera-tenteranya dan mereka telah memperbaiki gelang kaki ummahat al-Aulad. Lantaran itu, beliau terpaksa berdamai dengan Mu'awiyah, kerana menjaga darahnya, darah Ahl Baitnya dan Syi'ahnya.

Mereka adalah sedikit, hak yang sedikit dan ketika itu beliau pula tidak mendapati pembantu-pembantu. Kemudian al-Husain a.s. telah dibai'ah oleh lapan belas ribu ahli Kufah. Namun akhirnya mereka telah mengkhianatinya, menentangnya sehingga beliau dibunuh. Seterusnya kami dihina, disisih, dihalang, dibunuh dan diusir. Kami menjadi takut kerana darah kami dan setiap orang yang mencintai kami. Pembohong-pembohong telah mendapat tempat kerana pembohongan mereka. Mereka telah mendekatkan diri kepada pemerintah-pemerintah dan kakitangan mereka melalui pembohongan mereka di setiap tempat dan menceritakan permusuhan kami dengan pemerintah-pemerintah mereka yang lalu dengan hadis-hadis palsu. Mereka telah meriwayatkan tentang kami apa yang kami tidak kata untuk menghina kami. Mereka telah melakukan pembohongan ke atas kami bagi mendekatkan diri mereka dengan pemerintah dan pembesar mereka dengan licik dan pendustaan.

Ini telah banyak berlaku pada zaman Mu'awiyah, selepas kematian al-Hasan a.s. Justeru itu, Syi'ah dibunuh di setiap tempat. Dipotong tangan dan kaki mereka. Disula semata-mata disebabkan tohmah dan prasangka kerana cinta dan setia kepada kami. Kemudian penindasan telah berlaku lebih dahsyat lagi sehingga ke zaman Ibn Ziyad selepas pembunuhan al-Husain (a.s.). Kemudian datang al-Hajjaj, lalu dia telah membunuh mereka (Syi'ah) dengan sewenang-wenangnya; berdasarkan tohmah dan prasangka sehingga seseorang lelaki itu dikatakan sebagai seorang zindiq atau majusi adalah lebih disenanginya daripada dikatakan bahawa dia adalah Syi'ah al-Husain salawatullahi 'alaihi.

Kadangkala anda melihat seorang lelaki dikatakan baik, warak dan benar telah meriwayatkan hadis-hadis yang besar dan pelik, melebih-lebihkan sesetengah pemerintah terdahulu di mana Allah tidak menjadikan untuk mereka sedemikian! Dia telah menyangka bahawa hadis-hadis tersebut adalah benar. Sementara orang ramai pula telah mendengar hadis-hadis tersebut daripadanya dan tidak mengenali tentang pembohongan dan keburukannya. Mereka telah meriwayatkan perkara-perkara yang buruk, hanya Allah sahaja yang mengetahui tentang Ali, al-Hasan dan al-Husain (a.s.). Sesungguhnya mereka telah meriwayatkan hadis-hadis palsu dan penuh dengan pembohongan.

Aku berkata kepadanya: Aslaha-ka llahu. Sebutkan hadis-hadis tersebut kepadaku? (Beliau berkata): Mereka telah meriwayatkan bahawa ''Dua penghulu bagi orang tua di Syurga adalah Abu Bakr dan Umar", ''Umar adalah Muhdathun", ''Malaikat mengajarnya", ''Kebenaran terdapat pada lidahnya (Umar)", ''Malaikat berasa malu kepada Uthman" sehingga Abu Ja'far a.s. telah menyebutkan lebih daripada seratus hadis. Mereka telah menyangka bahawa semua hadis tersebut adalah benar. Kemudian beliau berkata: Demi Tuhan! Semua hadis tersebut adalah bohong.

Aku berkata: Aslaha-ka llahu! Hadis-hadis tersebut tidak ada nilainya. Beliau a.s. berkata: Hadis-hadis tersebut ada yang palsu dan ada yang diubahsuai. Umumnya hadis-hadis tersebut adalah bohong dan batil. Wahai Tuhanku! Jadikanlah perkataanku ini perkataan Rasulullah Saw. dan perkataan Ali a.s. (Semoga) Umat Muhammad tidak akan berselisih faham mengenainya selepasnya sehingga Allah mengutuskan al-Mahdi a.s.

Penjelasan Rasulullah Saw. kepada Ali a.s. tentang para wasi dan nama mereka



Sesungguhnya Allah telah memberitahuku bahawa Dia telah mengabulkan doaku untuk anda dan syuraka'i-ka selepas anda. Aku bertanya: Wahai Nabi Allah! Siapakah syuraka'i? Beliau bersabda: Mereka ialah orang yang disebut oleh Allah dengan diri-Nya dan diriku bersama-Nya. Mereka ialah orang yang Dia telah berfirman tentang hak mereka dalam Surah al-Nisa' (4): 59, "Wahai orang yang beriman, taatlah kepada Allah, taatlah kepada Rasul-Nya dan Uli al-Amr daripada kamu. Dan sekiranya kamu berbantah-bantah di dalam sesuatu (perkara), maka kembalilah kepada Allah, Rasul dan Uli al-Amr daripada kalian".

Aku bertanya: Wahai Nabi Allah! Siapakah para wasi itu? Beliau bersabda: Para wasi itu akan dikembalikan ke Haudhku, semuanya pembimbing yang mendapat hidayah. Mereka tidak akan dimudaratkan oleh tipu daya orang yang menipu mereka. Tidak pula hina oleh penghinaan mereka. Mereka bersama al-Qur'an dan al-Qur'an bersama mereka. Mereka tidak akan memisahkannya dan al-Qur'an tidak akan memisahkan mereka. Dengan merekalah Allah membantu umatku.

Melalui merekalah rahmat akan dilimpahi. Dia mempertahankan mereka dengan mengabulkan doa mereka. Maka aku berkata: Sebutkanlah nama mereka kepadaku? Beliau bersabda: Anak lelakiku ini-Beliau meletakkan tangannya ke atas kepala al-Hasan. Kemudian anak lelaki kepada anak lelaki ku ini-Dia meletakkan tangannya di atas kepala al-Husain-kemudian anaknya di atas namaku, namanya Muhammad, penyimpan ilmuku dan penyimpan wahyu Allah.

Ali akan dilahirkan pada masa hidup anda, wahai saudaraku! maka sampaikanlah salamku kepadanya. Kemudian beliau berdepan dengan al-Husain, lalu bersabda: Akan lahir untuk anda Muhammad bin Ali pada masa hidup anda, maka sampaikanlah salamku kepadanya. Kemudian sempurnalah dua belas imam-sebelas daripadanya adalah anak cucu anda, wahai saudaraku!

Maka aku berkata: Wahai Nabi Allah! Sebutkanlah nama mereka kepadaku? Maka beliaupun menyebutkan nama mereka kepadaku seorang demi seorang daripada mereka. Demi Allah! Wahai Bani Hilal (Sulaim)! Mahdi umat inilah yang akan memenuhi bumi ini dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana sebelumnya ia dipenuhi dengan kezaliman dan kekejaman. Demi Allah! aku mengetahui semua mereka yang akan memberi bai'ah kepadanya di hadapan Ka'bah. Aku mengetahui kesemua nama mereka serta kabilah mereka.

Sulaim berkata: Kemudian aku berjumpa al-Hasan dan al-Husain Salawatu Llahi 'alaihima di Madinah selepas Amir al-Mukminin Salawatu Llahi 'alaihi dibunuh. Akupun memberitahu mereka berdua tentang hadis ini (yang aku dengar) daripada bapa mereka. Merekapun berkata: Anda memang benar. Sesungguhnya bapa kami Ali telah memberitahu anda tentang hadis ini ketika itu kami sedang duduk. Sesungguhnya kami telah menghafaznya daripada Rasulullah (Saw.) sebagaimana bapa kami telah memberitahu anda satu persatu, tidak lebih dan tidak pula kurang.

Sulaim berkata: Kemudian aku berjumpa Ali bin al-Husain a.s. dan di sisinya adalah anaknya Muhammad bin Ali a.s. Maka aku memberitahunya apa yang aku dengar daripada bapanya dan bapa saudaranya dan apa yang aku dengar daripada Ali a.s. Maka Ali bin al-Husain a.s. berkata: Sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s. telah membacakan salam daripada Rasulullah Saw. kepadaku ketika itu beliau sedang sakit dan aku masih kanak-kanak. Kemudian Muhammad a.s. berkata: Sesungguhnya datukku al-Husain a.s. telah membacakan salam daripada Rasulullah (Saw.) kepadaku ketika itu beliau sedang sakit.

Abban berkata: Aku telah memberitahu Ali bin al-Husain a.s. semua (yang aku dengar) daripada Sulaim. Maka beliau berkata: Sulaim memang benar. Jabir bin Abdullah al-Ansari telah datang kepada anak lelakiku yang masih kecil dan sedang memegang al-Qur'an. Beliau telah mengucupnya dan membaca kepadanya salam daripada Rasulullah (Saw.).

Abban berkata: Ketika pergi mengerjakan Haji, aku telah berjumpa dengan Abu Ja'far Muhammad bin Ali a.s. Akupun memberitahu kesemuanya tentang hadis ini, tanpa meninggalkan satu huruf darinya. Maka kedua-dua matanya berlinang, kemudian beliau berkata: Sulaim memang benar. Sesungguhnya beliau mendatangiku selepas pembunuhan datukku al-Husain a.s., ketika itu aku sedang duduk di sisi bapaku, lalu beliau memberitahuku hadis yang sama. Maka bapaku telah berkata kepdanya: Anda memang benar. Sesungguhnya bapaku telah memberitahu anda tentang hadis ini daripada Amir al-Mukminin (a.s.) dan kami menjadi saksi. Kemudian kedua-duanya telah memberitahunya apa yang mereka dengar daripada Rasulullah (Saw.)

Jawapan Ali a.s. berkenaan hadis-hadis yang bertentangan dan penjelasan tentang periwayatnya



Abban daripada Sulaim berkata: Aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Sesungguhnya aku telah mendengar daripada Salman, al-Miqdad dan Abu Dhar sesuatu daripada tafsir al-Qur'an dan riwayat daripada Nabi Saw. Kemudian aku telah mendengar anda membenarkan apa yang aku dengar daripada mereka. Aku melihat di tangan manusia banyak tafsir al-Qur'an dan Hadis Nabi (Saw.) menyalahi apa yang aku dengar daripada kalian sedangkan kalian pula beranggapan bahawa itu adalah batil. Direka untuk membohongi Rasulullah (Saw.) dengan sengaja. Mereka mentafsirkan al-Qur'an dengan fikiran mereka.

Sulaim berkata: Ali a.s. telah berhadapan denganku dan berkata kepadaku: Wahai Sulaim! Anda bertanya, maka fahamilah jawapannya. Sesungguhnya di tangan manusia (terdapat) kebenaran dan kebatilan, kebenaran dan pembohongan, nasikh dan mansukh, khas dan 'am, muhkam dan mutasyabih. Hafaz dan waham.

Sesungguhnya telah dibohongi Rasulullah Saw. pada masa hidupnya sehingga beliau berdiri memberi khutbah dan berkata: "Wahai manusia! Telah banyak pembohongan ke atasku. Sesiapa yang telah berbohong ke atasku dengan sengaja, maka hendaklah dia menyediakan tempat duduknya daripada Neraka". Kemudian telah berbohong pula mereka yang datang selepasnya setelah beliau wafat. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas Nabi-Nya dan bersalawat ke atasnya dan keluarganya. Sesungguhnya Hadis dibawa kepada anda oleh empat orang, tidak ada yang kelima .

Seorang lelaki munafiq yang melahirkan keimanannya, berpura-pura Islam, tidak rasa berdosa dan keberatan untuk berbohong ke atas Rasulullah (Saw.) dengan sengaja. Sekiranya Muslimun mengetahui bahawa dia adalah seorang Munafiq, pembohong, nescaya mereka tidak akan menerima hadis daripadanya dan tidak akan membenarkannya. Tetapi mereka berkata: Ini adalah sahabat Rasulullah Saw. di mana dia melihat dan mendengar daripadanya. Dia bukanlah pembohong dan mustahil dia membohongi Rasulullah Saw. Sesungguhnya Allah telah memberitahu tentang Munafiqin dan menerangkan sifat-sifat mereka sebagaimana firmannya dalam Surah al-Munafiqin (63): 4 "Dan apabila engkau melihat mereka, nescaya tubuh badan mereka mempesonakan engkau. Dan sekiranya mereka bercakap, nescaya anda mendengar percakapan mereka" Kemudian mereka terus berada selepasnya, menghampirkan diri mereka kepada para imam yang sesat dan pendakwah ke Neraka dengan penuh pembohongan. Justeru itu, mereka dilantik untuk menjalankan tugas mereka dan menguasai orang ramai. Dengan cara ini, mereka menguasai dunia . Sesungguhnya manusia bersama pemerintah dan dunia melainkan mereka yang dipelihara oleh Allah. Ini adalah yang pertama daripada empat.

Kedua: Seorang lelaki telah mendengar daripada Rasulullah (Saw.), tetapi dia tidak menghafaznya, malah dia menjadi kesamaran mengenainya. Dia tidak sengaja berbohong, meriwayat dan beramal dengannya. Dia berkata: Aku telah mendengarnya daripada Rasulullah (Saw.). Sekiranya Muslimun mengetahui bahawa dia dalam kesamaran (waham) mengenainya, nescaya mereka tidak akan menerimanya. Sebaliknya, jika dia sendiri mengetahui bahawa dia berada dalam kesamaran mengenainya, dia sendiri akan menolaknya.

Ketiga: Seorang lelaki telah mendengar sesuatu daripada Rasulullah (Saw.) di mana beliau memerintahkan supaya ia dilakukan, kemudian beliau melarangnya pula sedangkan dia tidak mengetahuinya. Atau dia telah mendengar sesuatu yang dilarang, kemudian diperintahkan supaya dilakukan pula sedangkan dia tidak mengetahui nasikh dan mansukh. Sekiranya dia mengetahui bahawa ia telah dimansuh, nescaya dia sendiri akan menolaknya. Begitu juga jika Muslimun mengetahui bahawa ia telah dimansuh, nescaya mereka menolaknya.

Keempat: Seorang lelaki telah mendengar sesuatu daripada Rasulullah (Saw.), dia tidak melakukan pembohongan terhadap Allah dan Rasul-Nya, kerana benci kepada pembohongan, takutkan Allah, menghormati Rasulullah (Saw.). Dia bukanlah berada dalam kesamaran malah telah menghafaz apa yang didengarnya.

Dia meriwayatkannya tanpa menambah atau mengurangkannya. Dia menghafaz nasikh dan mansukh, lalu beramal dengan nasikh dan menolak mansukh. Sesungguhnya perintah Rasulullah Saw. dan larangannya sepertilah al-Qur'an, ada nasikh dan mansukh, 'am dan khas, muhkam dan mutasyabih. Terdapat sabda (kalam) Rasulullah Saw. yang mempunyai dua pengertian, khas dan 'am sepertilah al-Qur'an, didengari oleh orang yang tidak mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Allah SWT dan apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah Saw. Bukan semua sahabat Rasulullah (Saw.) yang bertanya dan memahaminya . Di kalangan mereka ada yang bertanya tetapi tidak meminta penjelasan daripadanya. Sehingga mereka lebih suka jika ada orang yang datang atau badwi bertanyakan Rasulullah (Saw.) sehingga mereka mendengar jawapan daripadanya.

Aku telah masuk berjumpa Rasulullah Saw. setiap hari sekali dan setiap malam sekali. Maka beliau membiarkan aku pergi bersamanya di mana saja. Sesungguhnya para sahabat Rasulullah (Saw.) telah mengetahui bahawa beliau tidak melakukan sedemikian itu kepada seorangpun selain daripadaku. Mungkin ia berlaku di rumahku atau apabila aku berjumpa dengannya di beberapa tempat kediamannya, hanya aku bersama beliau. Beliau telah meminta isteri-isterinya meninggalkan tempat itu, sehingga tidak ada yang tinggal selain daripada kami berdua. Apabila beliau datang ke rumahku untuk bersendirian. Fatimah (a.s.) tidak meninggalkan tempatnya, begitu juga tidak seorangpun daripada anak-anakku meninggalkan tempat mereka. Apabila aku bertanyakan kepadanya, beliau memberi jawapan kepadaku. Apabila aku berdiam seketika atau mengutarakan masalahku, beliau akan memulakan percakapan denganku. Tiada satu ayatpun daripada al-Qur'an yang turun ke atasnya melainkan beliau membaca dan mengimla'nya kepadaku, lalu aku menulisnya dengan tulisan tanganku (khat). Beliau berdoa kepada Allah supaya memahamkan aku mengenainya dan menjagaku. Aku tidak pernah melupai, meskipun satu ayat daripada Kitab Allah semenjak aku menghafaznya. Beliau telah mengajarku takwilnya, maka aku menghafaznya. Beliau mengimla'nya kepadaku, lalu aku menulisnya.

Beliau tidak meninggalkan sesuatupun yang diajar oleh Allah sama ada perkara halal, haram, suruhan atau larangan, kecuali beliau memerintahkan aku supaya menulisnya. (Aku bertanya) Adakah anda takut aku melupainya? Maka beliau bersabda: Wahai saudaraku! Aku bukanlah takut anda melupainya atau jahil mengenainya

Jawapan Ali a.s. kepada orang yang bertanya berkenaan Iman dan Islam



Daripada Abban bin Abu 'Iyasy daripada Sulaim bin Qais: Beliau berkata: Aku mendengar Ali bin Abu Talib a.s. ditanya oleh seorang lelaki tentang iman. Katanya: Wahai Amir al-Mukminin! Beritahuku tentang Iman di mana aku tidak akan bertanya kepada orang lain selain daripada anda. Ali a.s. berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah Saw. dan bertanya kepadanya soalan yang anda tanyakan kepadaku. Maka Nabi Saw. memberikan jawapan kepadanya sebagaimana aku akan berikan jawapan kepada anda.

Kemudian beliau mulai menceritakan kepadanya dan berkata: Duduklah, maka Ali a.s. telah berdepan dengan lelaki itu dan berkata: Tidakkah anda mengetahui bahawa Jibra'il telah mendatangi Rasulullah Saw. dalam bentuk seorang lelaki dan berkata kepadanya: Apakah Islam? Beliau menjawab: Syahadatain- tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, memberikan zakat, mengerjakan Haji di Ka'bah, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mandi janabah . Dia bertanya lagi: Apakah Iman? Beliau menjawab: Anda beriman dengan Allah, para Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, hidup selepas mati dan dengan qadar baiknya, jahatnya, manisnya dan pahitnya.

Manakala lelaki itu berdiri, Rasulullah Saw. berkata: Ini adalah Jibra'il a.s. mendatangi kalian untuk mengajar agama kalian. Setiap kali Rasulullah Saw. memberi jawapan, Jibra'il berkata: Anda memang benar. Dia bertanya: Bilakah Hari Qiamat? Beliau menjawab: Apakah yang disoal tentangnya padahal orang yang bertanya lebih mengetahui daripada orang yang ditanya! Dia berkata: Anda memang benar. Kemudian Ali a.s. berkata selepas selesai kata-kata Jibra'il: Anda memang benar. Sesungguhnya iman dibina atas empat tiang: Keyakinan, kesabaran, keadilan dan jihad. Keyakinan dibina di atas empat cabang: Syauq (kecintaan) syafaq (kebencian), zuhud dan penilain diri (taraqqub).

Justeru itu, sesiapa cintakan Syurga hendaklah dia menjauhi daripada syahwat. Sesiapa yang membencikan Neraka hendaklah dia menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Sesiapa yang zuhud di dunia maka segala musibah adalah kecil. Sesiapa yang menilai kematian, hendaklah dia bersegera melakukan kebaikan.

Kesabaran di atas empat cabang: Pemerhatian dengan hujah, takwil dengan hikmah, nasihat yang berkesan dan sunnah terdahulu. Sesiapa yang memerhatikan dengan bijaksana akan mendapati hujah. Sesiapa yang terserlah dalam hikmahnya akan mengetahui teladan. Sesiapa yang mengetahui teladan akan menakwilkan hikmah. Sesiapa yang dapat menakwilkan hikmah akan melihat teladan. Dan sesiapa yang dapat melihat teladan, seolah-olah dia berada bersama orang terdahulu.

Keadilan dibina atas empat cabang: Kesamaran fahaman, kecanggihan ilmu, hikmah yang tinggi dan taman pekerti. Sesiapa yang faham dia akan menerangkan sebahagian daripada ilmunya. Sesiapa yang mengetahui, akan menjadi 'arif terhadap jalan-jalan hikmat. Sesiapa yang mempunyai pekerti, tidak akan melampaui urusannya dan bergaul dengan orang ramai secara terpuji.

Jihad pula dibina di atas empat cabang: amr ma'ruf, nahyu munkar, kebenaran pada semua tempat, memarahi kerana Allah dan menentang kejahatan orang fasiq. Sesiapa yang menyuruh melakukan kebaikan, dia memperkukuhkan orang Mukmin. Sesiapa yang menegah kemungkaran, dia dapat menundukkan orang yang fasiq. Sesiapa yang bersifat benar pada semua tempat, akan mengalahkan musuhnya. Sesiapa yang menentang kejahatan (Munafiqin) dan memarahinya kerana Allah, Allah akan memarahinya untuknya. Itulah Iman, tiang-tiangnya dan cabang-cabangnya.

Dia berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Apakah tahap yang paling rendah seseorang itu menjadi Mukmin? Apakah tahap yang paling rendah seseorang itu menjadi kafir? Apakah tahap yang paling rendah seseorang itu menjadi sesat (dhallan)? Beliau berkata: Anda bertanya, maka dengarlah jawapannya dengan hati yang terbuka. Tahap yang paling rendah bagi seseorang itu menjadi Mukmin ialah apabila Allah memperkenalkan diri-Nya kepadanya, maka dia memperakui sifat ketuhanan-Nya dan keesaan-Nya. Dia memperkenalkan kepadanya Nabi-Nya, maka dia pula memperakui kenabiannya dan risalahnya. Dia memperkenalkan kepadanya akan hujah-Nya di Bumi-Nya dan saksi-Nya atas makhluk-Nya, lantas dia memperakui ketaatan kepadanya. Dia berkata: Sekiranya dia tidak mengetahui semua perkara selain dari apa yang anda ceritakan? (Ali a.s. berkata): Ya. Apabila dia diperintahkan, dia mentaatinya. Apabila dia ditegah, dia berhenti.

Tahap yang paling rendah menjadi seorang kafir ialah dia mempercayai sesuatu perkara, kemudian menyangka bahawa Allah memerintahkannya padahal Allah melarangnya. Lantas dia menjadikannya agama. Oleh itu, dia membersihkan dirinya dan mematuhinya. Dia menyangka bahawa dia menyembah Allah yang memerintahkannya supaya melakukannya. Tahap yang paling rendah seorang itu menjadi sesat adalah dia tidak mengetahui hujah Allah di Bumi-Nya dan saksi-Nya ke atas makhluk-Nya di mana Allah memerintahkannya supaya mentaatinya dan mewajibkan wilayahnya ke atasnya.

Dia berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Sebutkanlah nama mereka kepadaku. Beliau berkata: Mereka telah disebut oleh Allah selepas diri-Nya dan Nabi-Nya, maka Dia berfirman dalam Surah al-Nisa' (4): 59, ''Hai orang yang beriman, taatlah kepada Allah, taatlah kepada Rasul dan Uli al-Amri daripada kamu". Dia berkata: Jelaskanlah mereka kepadaku? Beliau berkata: Mereka telah disebutkan oleh Rasulullah Saw. dalam khutbahnya yang terakhir di Ghadir Khum, kemudian beliau wafat. ''Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua perkara,kalian tidak akan sesat jika kalian berpegang kepada kedua -duanya: Kitab Allah dan Ahl Baitku Sesungguhnya Yang Maha Halus Lagi Mengetahui telah berjanji kepadaku bahawa kedua-duanya tidak akan terpisah sehingga dikembalikan kepadaku di Haudh seperti kedua-dua anak jariku. Justeru itu berpeganglah kalian kepada kedua-duanya, nescaya kalian tidak akan sesat selama-lamanya. Janganlah kalian mendahului mereka, nescaya kalian akan binasa. Janganlah kalian membelakangi mereka, nescaya kalian akan berpecah. Janganlah kalian mengajari mereka, kerana mereka lebih mengetahui daripada kalian"

Dia berkata: Sebutkanlah namanya kepadaku? Dia (Ali) berkata: Orang yang dilantik oleh Rasulullah Saw. di Ghadir Khum. Maka Rasulullah Saw. telah memberitahu mereka bahawa beliau lebih aula daripada mereka berbanding diri mereka sendiri. Orang yang datang (al-Syahid) hendaklah menyampaikanya kepada orang yang tidak datang (al-Gha'ib) daripada mereka. Maka aku berkata: Andalah orangnya, wahai Amir al-Mukminin? Beliau berkata: Akulah yang pertama daripada mereka dan yang paling afdal daripada mereka. Kemudian anak lelakiku al-Hasan selepasku yang lebih aula dengan al-Mukminin daripada diri mereka sendiri. Kemudian anak lelakiku al-Husain selepasnya yang aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri. Kemudian para wasi Rasulullah Saw. sehingga mereka dikembalikan ke Haudhnya satu demi satu. Lelaki itu telah berdiri di hadapan Ali a.s. lalu mengucup kepalanya, kemudian berkata: Anda telah menjelaskan kepadaku dan menyelamatkanku serta telah menghilangkan setiap sesuatu dari hatiku.

Abban daripada Sulaim berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Amir al-Mukminin a.s. dan bertanya kepadanya tentang Islam? Maka Ali a.s. berkata: Sesungguhnya Allah SWT telah mensyariatkan Islam dan mempermudahkan syariatnya bagi mereka yang menganutinya dan memperkuatkan rukun-rukunnya bagi mereka yang memeranginya. Dia menjadikannya satu kekuatan bagi mereka yang menganutinya. Kedamaian bagi mereka yang memasukinya. Imam bagi mereka yang berimam dengannya. Perhiasan bagi mereka yang berhias dengannya. Persediaan bagi mereka yang mencintainya. Ikatan bagi mereka yang berpegang dengannya. Talian bagi mereka yang berpegang dengannya. Bukti bagi mereka yang mempelajarinya.

Cahaya bagi mereka yang mencari pencerahannya. Saksi bagi mereka yang bertengkar dengannya. Perpecahan bagi mereka yang menentangnya. Keilmuan bagi mereka yang menjaganya. Hadis bagi mereka yang meriwayatkannya. Hukuman bagi mereka yang melaksanakannya. Pekerti bagi mereka yang mencubanya. Penyembuhan bagi mereka yang memikirnya. Fahaman bagi mereka yang menghalusinya. Keyakinan bagi mereka yang menggunakan akalnya. Matahati bagi mereka yang cekal. Petanda bagi mereka yang tawsum (sujud).

Teladan bagi mereka yang menerima nasihat. Kejayaan bagi mereka yang benar. Kasih sayang bagi mereka yang inginkan islah. Kedekatan bagi mereka yang ingin mendekatinya. Kepercayaan bagi mereka yang bertawakal. Harapan bagi mereka yang menyerah. Pendahuluan bagi mereka yang melakukan kebaikan. Kebaikan bagi mereka yang menyegerakannya. Perisai bagi mereka yang bersabar. Pakaian bagi mereka yang bertakwa. Keterserlahan bagi mereka yang cerdik. Gua bagi mereka yang mencari keamanan. Kedamaian bagi mereka yang menyerahkan dirinya. Roh bagi mereka yang benar. Nasihat bagi mereka yang bertakwa. Kejayaan bagi mereka yang berjaya.

Demikianlah kebenaran di mana jalannya adalah petunjuk. Sifatnya adalah kebaikan. Kesannya adalah ketinggian. Manhaj yang baik. Tempat lahirnya pencerahan. Lampu petunjuk. Halus matlamat. Mudah isi kandungannya. Bersifat keseluruhan. Pelumba yang menang. Penderitaan bagi kecelakaan. Persediaan yang lama. Panglima yang mulia. Keimanan adalah manhajnya. Amalan yang baik adalah mercunya. Kefahaman adalah lampunya. Kematian adalah matlamatnya. Dunia adalah isi kandungannya. Kiamat adalah pembungkusnya. Syurga adalah matlamatnya. Api Neraka adalah kecelakaannya.

Ketakwaan adalah persediaannya. Orang yang baik adalah panglima-panglimanya. Dengan keimanan, ia menjadi pengukur ke atas kebaikan. Kebaikan akan melahirkan kefahaman. Dengan kefahaman, mereka akan takutkan kematian. Dengan kematian berakhirlah Dunia. Dengan Dunia akan melewati Kiamat. Dengan Kiamat akan menghampiri Syurga. Syurga menjadi idaman ahli Neraka. Neraka adalah peringatan bagi mereka yang bertakwa. Takwa adalah asas Iman. Maka itulah Islam.

Penjelasan Ali a.s. tentang kumpulan yang berjaya dan mendapat petunjuk



Adapun kumpulan yang berjaya, mendapat petunjuk, beriman dan melakukan penyerahan yang bijaksana adalah kumpulan yang beriman denganku, menyerahkan diri kepada urusanku, mentaatiku, membersihkan dirinya daripada musuhku, mencintaiku, membenci musuhku yang telah mengetahui hak imamahku, kewajipan ketaatan kepadaku daripada Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Tidak pernah menjadi murtad dan mengesyaki hak kami dan kelebihan kami semenjak pencerahan Allah ke dalam hatinya. Justeru itu, Dia akan memasukkanya ke dalam golongan Syi'ah kami sehingga hatinya menjadi tenang dan yakin; tidak dicampuri syak bahawa sesungguhnya aku dan para wasiku selepasku sehingga Hari Kiamat adalah pemimpin muhtadun yang mana Allah telah menyebut mereka selepas diri-Nya dan Nabi-Nya dalam beberapa ayat al-Qur'an .

Dia telah membersihkan kami, menjaga kami dan menjadikan kami sebagai syuhada' ke atas makhluk-Nya, hujah-Nya di bumi, penyimpan khazanah ilmu-Nya, hikmah-Nya dan penterjemah kepada wahyu-Nya. Dia telah menjadikan kami bersama al-Qur'an dan al-Qur'an bersama kami. Kami tidak akan memisahkannya dan ia tidak akan memisahkan kami sehingga kami mengembalikannya di Haudh Rasulullah Saw. sebagaimana sabdanya. Itulah satu kumpulan daripada tujuh puluh tiga kumpulan yang berjaya daripada Api Neraka, daripada segala fitnah, kesesatan dan syubhat. Mereka itulah daripada ahli Syurga yang sebenarnya.

Mereka adalah tujuh puluh ribu yang memasuki Syurga tanpa hisab. Kesemua tujuh puluh dua kumpulan adalah terdiri daripada orang yang berpegang kepada agama (al-Mutadayyinun) tanpa kebenaran, pembantu kepada agama syaitan yang mengambilnya daripada Iblis dan para walinya. Mereka adalah musuh Allah, Rasul-Nya dan musuh Mukminin. Mereka akan memasuki Neraka tanpa hisab. Bersih daripada Allah dan Rasul-Nya.

Mereka mengsyirikkan Allah dan mengingkari-Nya. Mereka menyembah selain daripada Allah tanpa mengetahui-Nya. Mereka menyangka mereka melakukan perkara yang baik. Mereka akan berkata pada Hari Kiamat, Demi Allah! Wahai Tuhan kami! Kami bukanlah Musyrikin! Mereka bersumpah dengan nama Allah sebagaimana mereka bersumpah untuk kalian. Mereka menyangka bahawa mereka mempunyai asas, tetapi mereka adalah pembohong.

Sulaim berkata: Seorang lelaki berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Apakah pendapat anda tentang seorang lelaki yang berpegang pada satu pendirian, tetapi dia tidak menyalahkan kalian, tidak bermusuhan dengan kalian, tidak menentang kalian, tidak menjadikan kalian sebagai pemimpin (wali), tidak membersihkan dirinya daripada musuh kalian dan berkata: "Aku tidak mengetahui bahawa dia (Ali) adalah benar".

Ali a.s. berkata: Dia bukanlah daripada kumpulan tujuh puluh tiga. Sesungguhnya apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah Saw. dengan tujuh puluh tiga kumpulan adalah penderhaka (al-Baghin,) penentang yang mengisytiharkan diri mereka dan diseru kepada agama mereka. Satu kumpulan daripadanya beragama dengan agama al-Rahman sementara tujuh puluh dua kumpulan beragama dengan agama Syaitan; berusaha untuk menerimanya dan membersihkan diri daripada Pencipta-Nya. Adapun orang yang mentauhidkan Allah, beriman dengan Rasulullah Saw., tetapi mereka tidak mengetahui dan tidak mengambil kesesatan musuh kami, tidak menentang sesuatupun, tidak menghalal atau mengharamkan sesuatu. Mereka tidak mengambil apa yang khilaf, tetapi mengambil apa yang diperintahkan Allah dan menahan dirinya dari melakukan perkara khilaf, malah mereka melakukan apa yang diperintahkan Allah atau meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

Mereka tidak menentang sesuatupun. Tidak menghalal atau mengharamkan sesuatu yang tidak diketahuinya, namun mereka menyerahkan apa yang dimusykilkan kepada Allah SWT. Maka mereka adalah orang yang berjaya. Kumpulan ini adalah antara kumpulan Mukminun dan Musyrikun. Mereka adalah orang yang dihormati dan disegani. Mereka itulah yang dikenali sebagai Ashab al-Hisab, al-Mizan, al-A'raf dan Jahanamiyyun yang akan disyafa'atkan oleh para Nabi, para Malaikat dan Mukminun. Lantas mereka akan keluar daripada Neraka. dan dinamakan al-Jahanamiyyun.

Adapun Mukminun mereka akan berjaya, akan memasuki Syurga tanpa hisab. Sesunguhnya hisab akan dilakukan terhadap mereka yang mempunyai sifat-sifat antara Mukminin dan Musyrikin, orang yang dijinakkan hati mereka (al-Muallafah), pelaku dosa besar, orang yang mencampur-adukkan amalan yang baik dengan yang jahat. Adapun orang yang tertindas (al-Mustad'afin) yang tidak mampu mencari jalan keluar daripada kekafiran dan syirik untuk menjadi Mukminin yang 'arifin. Mereka adalah Ashab al-A'raf. Kedudukan mereka terserah kepada kehendak Allah (masyi'ah). Jika Dia mahu, Dia memasukkan seseorang daripada mereka ke Neraka dengan dosanya. Dan jika Dia memasukkannya ke Syurga adalah kerana rahmat-Nya. Aku bertanya: Adakah Dia memasukkan Neraka seseorang Mukmin yang 'arif dan pendakwah? Beliau (Ali) menjawab: Tidak. Aku berkata: Adakah Dia akan memasukkan ke Syurga mereka yang tidak mengetahui imamnya? Beliau menjawab: Tidak, melainkan jika dikehendaki oleh Allah. Aku berkata: Adakah seorang kafir atau musyrik akan memasuki Syurga? Beliau berkata: Tidak akan memasuki Neraka melainkan seorang kafir, melainkan jika dikehendaki Allah. Aku berkata: Sesiapa yang menemui Allah sebagai seorang Mukmin, mengetahui imamnya dan mentaatinya termasuk golongan ahli Syurga? Beliau berkata: Ya, apabila mereka menemui Allah dalam keadaan mukmin maka mereka terdiri daripada mereka yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam Surah al-An'am (6): 82, "Orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan keimanan mereka dengan kezaliman"

Aku berkata: Sesiapa berjumpa Allah dalam kalangan mereka yang melakukan dosa besar? Beliau menjawab: Dia di atas kehendak Allah. Jika Dia menyiksanya, adalah dengan dosanya sebaliknya jika Dia membebaskan adalah kerana rahmat-Nya. Aku berkata: Adakah Dia memasukkan ke Neraka seorang Mukmin? Beliau menjawab: Ya, kerana dosanya. Ini kerana mereka bukanlah terdiri daripada Mukminin yang dimaksudkan oleh Allah sebagai Wali al-Mukminin. Manakala apa yang dimaksudkan oleh Allah dengan firman-Nya dalam Surah Yunus (10): 62, "Tiada ketakutan bagi mereka dan tidak pula mereka berdukacita", adalah Mukminun yang bertakwa kepada Allah yang melakukan perkara-perkara yang baik dan tidak mencampuradukkan keimanan mereka dengan kezaliman.

Aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Apakah Iman dan apakah Islam? Beliau berkata: Adapun Iman ialah pengakuan dengan makrifah dan Islam ialah apa yang anda perakukannya. Adapun al-Taslim (penyerahan) adalah untuk para wasi dan mentaati mereka. Dalam riwayat yang lain; Islam adalah apabila anda membuat pengakuan dengannya. Aku berkata: Iman adalah pengakuan (iqrar) selepas makrifah? Beliau berkata: Sesiapa yang Allah telah memperkenalkan diri-Nya, Nabi-Nya dan imam-Nya, kemudian mengakui ketaatan kepada-Nya, maka mereka adalah Mukmin.

Aku berkata: Makrifah adalah daripada Allah dan iqrar adalah daripada hamba? Beliau berkata: Makrifah daripada Allah adalah sebagai doa dan hujah. Dan iqrar dengan Allah adalah penerimaan hamba di mana Dia memberi limpah kurnia-Nya ke atas sesiapa yang Dia mahu. Makrifah adalah kurnian Allah di hati. Iqrar adalah perbuatan hati daripada Allah, penjagaan-Nya ('ismah) dan rahmat-Nya. Lantaran itu, sesiapa yang Allah tidak menjadikannya sebagai seorang 'arif, maka tidak ada hujah ke atasnya. Mereka hendaklah menahan dirinya daripada apa yang mereka tidak tahu. Maka Allah tidak akan mengazabnya kerana kejahilannya itu. Dia memujinya kerana amalan baiknya dan mengazabnya kerana amalan jahatnya.

Dia berupaya untuk melakukan amalan taat dan maksiat. Dia tidak berupaya untuk mengetahui dan berupaya untuk tidak mengetahui. Ini adalah mustahil. Perkara ini tidak berlaku melainkan dengan Qadha' Allah dan Qadar-Nya, ilmu-Nya dan Kitab-Nya tanpa paksaan. Dalam riwayat yang lain; tidak berlaku demikian itu melainkan dengan pertolongan Allah, ilmu-Nya dan kitab-Nya tanpa paksaan. Sekiranya mereka dipaksa, nescaya mereka dimaafkan dan tidak dipuji.

Dan sesiapa yang tidak mengetahui tentang usahanya, hendaklah dia merujuk kepada kami apa yang dimusykilkannya. Sesiapa yang memuji Allah di atas nikmat-Nya dan memohon ampun di atas kemaksiatannya, mencintai orang yang taat, memuji mereka kerana ketaatan mereka, membenci pelaku-pelaku maksiat dan mencela mereka, maka demikian itu sudah memadai dan kembalikanlah keilmuannya kepada kami.

Pemberitahuan Ali a.s. bahawa umat akan berpecah kepada tujuh puluh tiga kumpulan



Daripada Abban, Sulaim berkata: Aku telah mendengar Ali bin Abu Talib a.s. berkata: Sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada tujuh puluh tiga kumpulan (firqah). Tujuh puluh dua kumpulan ke Neraka. Hanya satu kumpulan ke Syurga. Tiga belas daripada tujuh puluh tiga kumpulan mencintai kami Ahl al-Bait, tetapi satu kumpulan sahaja ke Syurga. Sementara dua belas kumpulan ke Neraka.

KALKY AUTAR

New Delhi, India. Seorang professor bahasa dari ALAHABAD UNIVERSITY INDIA dalam salah satu buku terakhirnya berjudul “KALKY AUTAR” (Petunjuk Yang Maha Agung) yang baru diterbitkan memuat sebuah pernyataan yang sangat mengagetkan kalangan intelektual Hindu.
Sang professor secara terbuka dan dengan alasan-alasan ilmiah, mengajak para penganut Hindu untuk segera memeluk agama Islam dan sekaligus mengimani risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw, karena menurutnya, sebenarnya Muhammad Rasulullah saw adalah sosok yang dinanti-nantika
n sebagai sosok pembaharu spiritual.

Prof. WAID BARKASH (penulis buku) yang masih berstatus pendeta besar kaum Brahmana mengatakan bahwa ia telah menyerahkan hasil kajiannya kepada delapan pendeta besar kaum Hindu dan mereka semuanya menyetujui kesimpulan dan ajakan yang telah dinyatakan di dalam buku. Semua kriteria yang disebutkan dalam buku suci kaum Hindu (Wedha) tentang ciri-ciri “KALKY AUTAR” sama persis dengan ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah Saw.
Dalam ajaran Hindu disebutkan mengenai ciri KALKY AUTAR diantaranya, bahwa dia akan dilahirkan di jazirah, bapaknya bernama SYANUYIHKAT dan ibunya bernama SUMANEB. Dalam bahasa sansekerta kata SYANUYIHKAT adalah paduan dua kata yaitu SYANU artinya ALLAH sedangkan YAHKAT artinya anak laki atau hamba yang dalam bahasa Arab disebut ABDUN.
Dengan demikian kata SYANUYIHKAT artinya “ABDULLAH”. Demikian juga kata SUMANEB yang dalam bahasa sansekerta artinya AMANA atau AMAAN yang terjemahan bahasa Arabnya “AMINAH”. Sementara semua orang tahu bahwa nama bapak Rasulullah Saw adalah ABDULLAH dan nama ibunya AMINAH.
Dalam kitab Wedha juga disebutkan bahwa Tuhan akan mengirim utusan-Nya kedalam sebuah goa untuk mengajarkan KALKY AUTAR (Petunjuk Yang Maha Agung). Cerita yang disebut dalam kitab Wedha ini mengingatkan akan kejadian di Gua Hira saat Rasulullah didatangi malaikat Jibril untuk mengajarkan kepadanya wahyu tentang Islam.
Bukti lain yang dikemukakan oleh Prof Barkash bahwa kitab Wedha juga menceritakan bahwa Tuhan akan memberikan Kalky Autar seekor kuda yang larinya sangat cepat yang membawa kalky Autar mengelilingi tujuh lapis langit. Ini merupakan isyarat langsung kejadian Isra’ Mi’raj dimana Rasullah mengendarai Buroq.

Sebenarnya dalam Al-Qur’an terdapat ayat-ayat yang dapat dijadikan acuan bahwa Nabi Muhammad mungkin saja adalah juga seorang Nabi yang ramalan kedatangannya terdapat dalam kitab-kitab suci umat agama lain, diantaranya :
1. Dalam surat Asy-Syu’ara(26) ayat 196 : “Dan sesungguhnya Al-Qur’an itu benar-benar (tersebut) dalam kitab-kitab orang yang terdahulu”. Jadi dalam kitab-kitab sebelum Al-Qur’an juga terdapat wahyu Tuhan
2. Dalam surat Fatir(35) ayat 24 dinyatakan bahwa tidak ada suatu kaum di masa lalu tanpa seorang pemberi peringatan
3. Dalam surat Al-Ahzab(33) ayat 40 dinyatakan bahwa Muhammad adalah utusan Tuhan dan merupakan penutup para nabi (utusan terakhir)
4. Dalam surat Al-Anbiya(21) ayat 107 dinyatakan bahwa Nabi Muhammad tidak diutus melainkan untuk seluruh semesta alam.
5. Dalam surat Saba’ (34) ayat 28 dinyatakan bahwa Tuhan mengutus Muhammad untuk seluruh umat manusia, pemberi kabar gembira, dan peringatan akan dosa, tapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
Juga dalam hadits Bukhari vol 1. dalam kitab Shalat bab 56 hadits no 429, nabi Muhammad bersabda :
“Semua rasul yg diutus sebelumku hanya berlaku untuk umat/bangsanya saja, tapi aku diutus untuk semua umat manusia”.
Sekarang akan kita lihat dalam kitab suci agama Hindu. Ada banyak kitab dalam agama Hindu yang diakui sebagai kitab suci mereka. Dari semuanya yang dianggap paling suci adalah kitab Veda (Weda). Bila diantara kitab-kitab itu ada yang bertentangan, maka yang harus menjadi rujukan utama adalah Weda yg juga masih terbagi lagi menjadi beberapa kitab. Kitab-kitab lain selain Weda adalah : Upanishad, Smriti, Dharma Sastra, Bhagavat Gita, Puranas, dll.
Ayat-ayat ramalan kedatangan Nabi Muhammad
Disebutkan dalam Bhavisa Purana –; dalam Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27 :
“Aryadarma akan tampil di muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’ akan memimpin dunia ini. Saya diutus oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya adalah orang yang berada di lingkungan itu, yang kepalanya tidak dikucir, mereka akan memelihara jenggot dan akan mendengarkan wahyu, mereka akan mendengarkan panggilan sholat (adzan), mereka akan memakan apa saja kecuali daging babi, mereka tidak akan disucikan dengan tanaman semak-semak/umbi-umbian tapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil “Musalaman” (perantara kedamaian).”
Kalau anda baca tulisan diatas dengan baik, maka anda akan melihat bahwa ciri-ciri dari pengikut agama kebenaran yg disebutkan adalah ciri-ciri yang umum terdapat pada umat Islam.
Dalam Atharvaveda book 20 Hymn 127 Shlokas 1-14 disebutkan tentang Kuntupsuktas yang mengisyaratkan bahwa nabi Muhammad akan terungkap kemudian.
– Mantra 1 mengatakan : ia akan disebut Narasangsa. “Nars” artinya orang, “sangsa” artinya “yang terpuji”. Jadi Narasangsa artinya : orang yang terpuji. Kata “Muhammad” dalam bahasa arab juga berarti : orang yang terpuji. Jadi Narasangsa dalam bahasa Sansekerta adalah identik dg Muhammad dalam bahasa arab. Jadi Narasangsa adalah figur yang sama dengan Nabi Muhammad. Ia akan disebut “Kaurama” yang bisa berarti : pangeran kedamaian, dan bisa berarti : orang yg pindah (hijrah). Nabi Muhammad adalah seorang pangeran kedamaian yang hijrah dari Makkah ke Madinah. Ia akan dilindungi dari musuh yang akan dikalahkannya yang berjumlah 60.090 orang. Jumlah itu adalah sebanyak penduduk Makkah pada masa Muhammad hidup yaitu sekitar 60.000 orang.
– Mantra 2 mengatakan : ia adalah resi yang naik unta. Ini berarti ia bukan seorang bangsawan India, karena dikatakan dalam Mansuriti(11) : 202 mengatakan bahwa Brahma tidak boleh menaiki unta atau keledai. Jadi tokoh ini jelas bukan dari golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu), tapi seorang asing.
– Mantra 3 mengatakan : ia adalah “Mama Rishi” atau resi agung. Ini cocok dengan Nabi agung umat Islam yaitu Nabi Muhammad SAW.
– Mantra 4 mengatakan : ia adalah Washwereda (Rebb) artinya orang yang terpuji. Nabi Muhammad yang juga dipanggil dengan nama Ahmad adalah berarti juga “orang yang terpuji” yang terjemahan bahasa Sansekerta-nya adalah Rebb.
Beberapa ramalan lainnya :
– Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 6 dinyatakan bahwa di sana disebutkan dengan istilah : “akkaru” yang artinya : “yang mendapat pujian”. Dia akan mengalahkan 10.000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada perang Ahzab yang mana Nabi Muhammad mengalahkan musuh yang berjumlah 10.000 orang tanpa pertumpahan darah.
– Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 7 dinyatakan bahwa Abandu akan mengalahkan 20 penguasa. Abandu juga berarti seorang yatim atau seorang yang mendapat pujian. Ini mengarah pada nabi Muhammad yang seorang yatim sejak lahir dan arti kata Muhammad/Ahmad yang berarti yang terpuji, yang akan mengalahkan kepala-suku-suku dari suku-suku di sekitar Makkah yg berjumlah sekitar 20 suku.
– Dalam Rigveda book 1 Hymn 53 : 9 nabi dipanggil dg sebutan “Suslama” yg artinya lagi-lagi adalah : orang yg terpuji yg merupakan arti dari nama Muhammad.
– Dalam Samaveda Agni Mantra 64 dinyatakan bahwa ia tidak disusui oleh ibunya. Hal ini persis dengan Nabi Muhammad yang tidak disusui oleh ibunya tapi oleh seorang wanita bernama Halimah.
– Dalam Samaveda Uttararchika Mantra 1500 dinyatakan bahwa Ahmad akan dianugrahi undang-undang abadi, yang jelas mengacu pada Nabi Muhammad yang akan dianugrahi kitab suci Al-Qur’an. Tapi karena orang India yang berbahasa sansekerta tidak paham kata Ahmad, maka diterjemahkan menjadi “a” dan “mahdi” yaitu “saya sendiri”, jadi diartikan “saya sendiri yang menerima undang-undang abadi”. Padahal seharusnya “Muhammad sendiri yang dianugrahi undang-undang abadi”.
Nabi Muhammad diramalkan dengan nama Ahmad pada banyak bagian dalam kitab-kitab Weda. Juga diramalkan pada tak kurang dari 16 tempat yang berbeda dalam kitab weda dg nama Narasangsa artinya adalah sama dengan arti dari nama Muhammad, yaitu “yang terpuji”.
Kalky Autar
Salah satu ramalan kedatangan nabi Muhammad yg sangat terkenal yang juga telah membuat seorang professor bahasa dari Alahabad University India mengajak kepada umat Hindu untuk segera memeluk agama Islam, adalah terdapatnya sebuah ramalan penting dalam kitab suci Hindu tentang kedatangan yang ditunggu-tunggu dari seorang Kalky Avtar (baca : autar). “av” artinya : turun. “tr” artinya melewati. Jadi arti kata Avtar adalah “diturunkan atau diutus untuk turun”. Kalky Avtar artinya adalah : “utusan terakhir”.
Pundit Vaid Parkash – sang professor (yang menulis buku berjudul “Kalky Avtar”), secara terbuka dan dengan alasan-alasan ilmiah, mengajak para penganut Hindu untuk segera memeluk agama Islam dan sekaligus mengimani risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW, karena menurutnya, sebenarnya Nabi Muhammad adalah sosok yang dinanti-nantikan sebagai sosok pembaharu spiritual dalam agama Hindu.
Disebutkan dalam Nashpropesy, Nabi Muhammad diramalkan dengan nama Kalky Avtar (Autar terakhir) dan Amtim Rishi. Sedangkan dalam kitab Puranas disebutkan tentang Kalky Autar dan kedatangannya. Diantara ayat-ayat yang menyebutkan adalah :
– Dalam Baghavata Purana Khand 12 Adhyay 2 Shloka 18-20 disebutkan dalam rumah Visnuyash akan dilahirkan Kalky Avtar yang diramalkan akan menjadi penguasa dunia, yang terkenal dengan sifat-sifatnya yang baik & menonjol. Dia akan diberi tanda-tanda. Dia akan diberi oleh malaikat sebuah kendaraan yang cepat. Dia akan menaiki kuda putih sambil memegang pedang. Dia akan mengalahkan orang-orang jahat dan dia akan terkenal di dunia.
– Dalam Baghavata Purana Khand 1 Adhyay 3 Shloka 25 disebutkan akan ada juru selamat di rumah Visnuyash
– Dalam Kalki Purana (2) : 4 disebutkan bahwa di rumah Visnuyash pemimpin – kampung Sambala akan lahir Kalki Avtar
– Dalam Kalki Purana (2) : 5 disebutkan bahwa dia akan datang bersama para sahabatnya (4 orang sahabat) mengalahkan orang-orang jahat
– Dalam Kalki Purana (2) : 7 disebutkan bahwa dia akan dijaga oleh malaikat di medan perang
– Dalam Kalki Purana (2) : 11 disebutkan bahwa dalam rumah Visnuyash dan dalam rumah Summati Kalki Autar akan lahir
– Dalam Kalki Purana (2) : 15 disebutkan bahwa dia akan lahir pada tanggal 12 bulan pertama Madhop
– Semua ramalan yg disebut diatas tadi tiada lain merujuk pada Nabi Muhammad SAW. Penjelasannya demikian :
– Dirumah Visnuyash berarti dirumah pengikut Vishnu (pengikut Tuhan) sedangkan ayah dari Nabi Muhammad adalah bernama Abdullah yang artinya adalah pengikut Allah (pengikut Tuhan). Orang Islam menyebut “Allah” sebagai Tuhan, sedang orang Hindu menyebut “Vishnu” sebagai Tuhan. Jadi di rumah Visnuyash adalah di rumah Abdullah.
– Summati dalam bahasa sansekerta artinya adalah orang yang sangat setia. Sedangkan ibunda nabi Muhammad adalah bernama Aminah yang dalam bahasa arab artinya juga orang yg setia.
– Sambala bahasa arabnya adalah tempat yang aman & damai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah yang terkenal dengan nama “Darul Aman” yaitu tempat yang aman & damai. Akan lahir diantara kepala suku Sambala, artinya bahwa Nabi akan lahir diantara kepala suku di Makkah.
Dilahirkan pada tanggal 12 di bulan pertama Madhop. Nabi Muhammad lahir pada tanggal 12 rabiul awal
Sebagai Amtim Rishi (resi terakhir). Nabi Muhammad adalah juga nabi terakhir dari deretan nabi-nabi yang dikirim Tuhan seperti yang terdapat pada QS. Al- Ahzab : 40.
– Dia akan memperoleh bimbingan di atas gunung dan akan kembali lagi ke arah utara. Nabi Muhammad memperoleh wahyu pertamanya di gua Hira di Jabal Nur. Jabal Nur artinya Gunung Cahaya lalu kembali lagi ke Makkah.
– Dia akan memiliki sifat-sifat yang sangat mulia. Persis seperti nabi Muhammad seperti terdapat pada QS. Al-Qalam : 14 “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang luhur”.
– Kalki Autar akan diberi 8 kemampuan spiritual, yaitu : bijaksana, punya kendali diri, keturunan yg terhormat, punya pengetahuan wahyu, pemberani, perkataannya bertarget kurikulum, sangat dermawan, dan sangat ramah. Semuanya adalah sifat-sifat yang dimiliki oleh nabi Muhammad
– Dia akan diberi kendaraan yg sangat cepat oleh Shiva. Nabi Muhammad juga diberi bouraq yang sangat cepat oleh Allah yg membawanya ke langit dalam peristiwa Mi’raj.
– Dia akan naik kuda putih dengan tangan kanannya memegang pedang. Nabi Muhammad juga ambil bagian dalam peperangan termasuk dengan menunggang kuda dan bertempur dengan memegang pedang dengan tangan kanannya.
– Dia akan menjadi penyelamat umat manusia. Dalam QS. Faatir(35) ayat 24 dan QS. Saba(34) ayat 28 disebutkan bahwa Nabi Muhammad adalah pembawa berita gembira & peringatan bagi seluruh umat manusia, tapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Dia akan menjadi pembimbing ke jalan yang benar. Nabi Muhammad hidup pada jaman jahiliyah yang penuh kegelapan dimana ia membawa umatnya ke jalan yang terang benderang.
– Dia akan dibantu oleh 4 sahabat dalam menyebarkan misi. Kita tahu ada 4 orang khalifah sahabat nabi yaitu : Sayyidina Abubakar, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib.
– Dia akan ditolong oleh malaikat di medan pertempuran. Dalam perang Badr Nabi Muhammad dibantu oleh para malaikat Allah seperti tersebut dalam QS. Ali Imran (3) ayat 123 & 125 : “Jika kamu bersabar dan bertaqwa dan mereka menyerang kamu dengan seketika itu juga niscaya Allah menolong kamu dengan 5000 malaikat yang memakai tanda”. Juga QS. Al-Anfal(8) ayat 9 yang berbunyi “…. sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yg datang berturut-turut.”
Subhanallah..
Ternyata sekian banyak ayat tersebut (yang sebenarnya belum semuanya ditampilkan) yang meramalkan akan datangnya seorang nabi yang ditunggu-tunggu oleh umat Hindu, begitu cocok dengan gambaran Nabi Muhammad, umat Islam, dan sejarahnya. Mungkin saja ini juga merupakan pembuktian yang diberikan Allah bahwa Nabi Muhammad memang diutus Allah untuk seluruh umat manusia.
Hal ini juga dapat membuka diskusi yg menarik tentang agama Hindu, kitab suci umat Hindu, dan syariat-nya. Benarkah agama Hindu memang merupakan agama yang diturunkan oleh Allah jauh sebelum Nabi Muhammad lahir? Kalau ya, apakah berarti umat Hindu bisa disebut “muslim”, atau juga bisa disebut “ahlul kitab”? Bagaimana sesungguhnya ajaran agama Hindu itu, dan sesuaikah dengan ajaran Islam? Bagaimana pendapat anda sendiri?