Total Tayangan Halaman

Senin, 06 Februari 2017

DIALOG TENTANG IMAMAH

                                                               Pemikiran Dan Tamadun Islam
                AL-IHTIJAJ

                                       -DIALOG  IMAMAH -

                           AL- ‘ALLAMAH AL-TABARSI

                                        Wafat pada 620 H
 


 









                       


                     

                        
                                   14
       
                               Diterjemahkan dari buku aslinya  Al-Ihtijaj      
                                              Karya Abu Mansur  Ahmad Bin Ali                                                 
                                                             Bin  Abu Talib al-Tabarsi                                                                                                     
                                                
                              Cetakan Bahasa Arab: Mu’assasah al-A‘alami
                                                                                Beirut, 1983
                         Tahqiq al-Sayyid Muhammad al-Baqir al-Musawi            
                      _________________________________________________
                                 
                      _________________________________________________
                                  Hak terjemahan dilindungi undang-undang
                                                                        All rights reserved
                       _________________________________________________
                                                         Cetakan Kedua: April, 1995
                       _________________________________________________






                          ______________________________________________
                                                                      Edisi Bahasa Arab
                                                                                                Al-Ihtijaj
                             ______________________________________________
                                                                  Edisi Bahasa Melayu 
                          ______________________________________________                     
                                               
                            ___________________________________________________                        
                   


                           
                              

                               
                                   

KATA-KATA PILIHAN


1.“ Hai rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan(apa yang diperintahkan itu bererti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari gangguan manusia.Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir ” 
(Surah al-Maidah (5) :67)    

2. “Wahai  Tuhanku!Aku  bersaksikan  Engkau  dan  cukuplah Engkau sebagai saksi sesungguhnya aku telah menyampaikannya. Wahai manusia!  Sesungguhnya Allah A.W. telah menyempurnakan agama kalian dengan imamahnya(`Ali a.s). Siapa yang tidak  berimamkannya  dan  orang yang menggantikan tempatnya  yang  terdiri daripada anak cucuku dari keturunannya sehingga hari kiamat, maka mereka itulah akan terbatal amalan-amalan mereka dan dalam  nerakalah  mereka  kekal di dalamnya. Seksaan  mereka  tidak  akan diringankan dan mereka pula tidak akan dilayani” 
(Rasulullah S.a.w)

3. “Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan   kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Wilayah anda sepertilah wilayahku, satu  janji  yang telah dijanjikan oleh Allah kepadaku dan Dia memerintahkanku supaya menyampaikannya kepada anda" selain daripadaku? 
(Imama Ali a.s)

4. “Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (s.`a.w.) ketika hampir wafat, Ahl  al-Baitnya berkumpul  dan beliau bersabda: "Sesungguhnya Ahl al-Baitku pada kalian sepertilah bahtera Nuh.  Siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang meninggalkannya tenggelam".
(Imam al-Hasan bin Ali a.s)



                          PRAKATA DAN KOMENTAR

                                   Bismillahi r –Rahmani r- Rahim


       Al-Hamdulillahi Rabbi l-‘Alamin, kerana dapat menyiapkan terjemahan Khutbah atau Hadis Ghadir Khum, dialog Amir al-Mukminin Ali a.s dengan Abu Bakr, dialog Amir al-Mukiminin Ali a.s dengan Ahli Majlis Syura, dan dialog Imam Hasan b. Ali a.s dengan Mu‘awiyah dan rakan-rakannya mengenai Imamah dan khilafah daripada  buku al-Ihtijaj yang mengandungi 526 halaman, dua jilid di dalam satu, cetakan Beirut 1983. Diedit oleh al-Sayyid Muhammad al-Baqir al-Musawi al-Khurasan.
       Al-Ihtijaj adalah karangan al-‘Allamah Abu Mansur Ahmad bin Ali bin Abu Talib al-Tabarsi, mati pada tahun 620 hijrah. Beliau mempunyai beberapa buah karangan, antaranya:
       Al-Ihtijaj, al-Kafi fi al-Fiqh, Tarikh al-Aimmah, Fadhl al-Zahra’ a.s, Mufakharah al-Talibiyyah, Kitab al-Salat, Taj al-Mawalid, dan lain-lain.
       Pemilihan empat tajuk tentang imamah daripada buku al-Ihtijaj yang bererti  hujah atau dialog adalah penting kerana ia merupakan punca pertelingkahan umat Islam semenjak kewafatan Rasulullah (S. ‘a.w ). Ia perlu dikaji dari berbagai-bagi sudut; al-Qur’an, hadis, dan sejarah dengan hati yang jujur dan minda yang terbuka. Adalah diharapkan agar buku al-Ihtijaj yang mengandungi ribuan hujah Ahl al-Bait a.s dapat diterjemahkan kedalam bahasa Melayu secara keseluruhannya pada masa akan datang.
         Di dalam penterjemahan ini saya telah menjadikannya empat bahagian  menurut tajuk asal, dan ia khusus untuk pengikut-pengikut mazhab Ahlu l-Bait a.s atau mazhab Ja‘fari atau  mazhabh Syi‘ah Imam Dua Belas sahaja.
       Semoga ia dapat menambahkan lagi keilmuan mereka dan menjadikanya bahan pemikiran sebelum ajal menjemput mereka, amin.

23hb. April, 1995.

Malaysia.

         

                                     
                                      KANDUNGAN


BAHAGIAN PERTAMA   7

KHUTBAH RASULULLH S.A.W DI GHADIR KHUM   7

Pengenalan   7
Terjemahan teks   9
Ulasan   26
Nama-nama perawi Hadis al-Ghadir   34
Kesimpulan   41

BAHAGIAN KEDUA   42

DIALOG AMIR AL-MUKMININ ALI A.S DENGAN    
ABU BAKR   42

Pengenalan   42
Terjemahan teks   42
Ulasan   49
Kesimpulan   53

BAHAGIAN KETIGA   54

DIALOG AMIR AL-MUKMININ Ali A.S DENGAN AHLI 
MAJLIS SYURA   54

Pengenalan   54
Terjemahan teks   54
Ulasan   71
Kesimpulan   75

BAHAGIAN KEEMPAT   76

DIALOG HASAN BIN ALI A.S DENGAN MU ‘AWIYAH 
DAN RAKAN-RAKANNYA   76                      

Pengenalan   76
Terjemahan teks   76
Ulasan   94
Kesimpulan   95

LAMPIRAN A, B, C, D   96

BIBLIOGRAFI   120

INDEKS   123

BAHAGIAN  PERTAMA

KHUTBAH RASULULLAH S.A.W. DI GHADIR KHUM

Pengenalan

       Khutbah atau Hadis Nabi (s.a.w.) di Ghadir  Khum yang  terletak  sejauh tiga batu dari Juhfah  berhampiran  Rabigh selepas  beliau kembali mengerjakan haji terakhir pada 18hb. Dhul-Hijjah  tahun 10 Hijrah, telah diriwayatkan  oleh  para  ulama  Islam  di  setiap peringkat,  kerana ia  merupakan khutbah Nabi (s.`a.w.) terakhir yang memusatkan kepada konsep imamah (kepemimpinan) selepas beliau, di hadapan lebih seratus ribu para  sahabat-nya .
       Di hari itu Jibrail a.s memerintahkan Nabi(s.a.w.)supaya mengisytiharkan   kepada  para  sahabatnya  bahawa  `Ali   adalah imam atau khalifah selepas beliau. Pada  mulanya  beliau  keberatan  untuk   mengisytiharkannya kerana  khuatir  kebanyakan para  sahabatnya  akan  menentangnya.
       Beliau sendiri menerangkan kedudukan umatnya pada masa itu  sebagaimana  beliau bersabda: Aku telah memohon maaf  kepada  Jibrail lantaran  aku  tidak menyampaikannya kepada  kalian, kerana  aku mengetahui  betapa sedikitnya orang yang bertakwa , betapa  ramainya  orang yang munafik , bersandarkan Islam yang disifatkan oleh Allah A.W di dalam kitab-Nya "Mereka mengucap dengan lidah mereka apa yang tidak ada dalam hati mereka" (Surah al-Fath 48: 11) . Malah  mereka melontar kata-kata kesat  terhadap  Rasulullah (s.`a.w.)  dan menyakiti hati beliau. Peristiwa  tersebut  masih segar di dalam ingatan Rasulullah (s.`a.w.).  
       Justeru itu  beliau bersabda: "Jika aku mahu, aku akan menyebutkan nama-nama mereka atau menunjukkan mereka kepada kalian"  Ini menunjukkan  bahawa orang-orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) masih ada di hadapannya, tetapi beliau tidak mahu melakukannya kerana  ia tidak diizinkan oleh Allah A.W. Di hari itu cuaca panas terik, sekiranya daging dicampak  ke tanah nescaya ia akan masak.  Nabi (s.`a.w.) memerintahkan mereka supaya  menyusun batu seperti mimbar.
       Kemudian diteduhi kain di atasnya. Manakala mereka berhimpun, beliau memberi khutbahnya yang paling bersejarah dengan menguatkan suaranya supaya  dapat didengari oleh lebih seratus ribu kaum muslimin. Selepas  memuji Allah  A.W.,  beliau mengisytiharkan  kepada umatnya  ketika  itu tentang  kematiannya  seraya bersabda: "Aku  telah  dipanggil  dan hampir aku menyahutinya dan denyutan jantung hatiku kian memuncak di hadapan kalian". Kemudian beliau mengangkat tangan `Ali  `a.s sehingga   orang  ramai  melihat  keputihan   ketiak   Rasulullah(s.`a.w.)  sambil bersabda: "Wahai manusia!  Tidakkah  aku  lebih aula  daripada diri kalian?
       Mereka menjawab: Ya! wahai  Rasulullah. Beliau bersabda: Wahai Tuhanku, siapa yang aku telah menjadi maulanya, maka ini `Ali maulanya. Wahai  Tuhanku,  cintailah orang yang mewalikannya dan musuhilah orang yang memusuhinya" .
       Justeru itu, khutbah atau hadis Rasulullah (s.`a.w.) di Ghadir Khum dan lain-lain merupakan penjelasan kepada konsep imamah di dalam al-Qur’an itu sendiri. Di dalam al-Qur'an konsep imamah  terbahagi kepada dua. Pertama, konsep imamah yang membawa  manusia  ke syurga di mana imamahnya (kepemimpinannya) adalah sejajar  dengan al-Qur'an. Di antaranya telah diterangkan di dalam surah al-Anbiya' 21: 73  "Kami telah menjadikan mereka para  imam  (pemimpin-pemimpin) yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan telah Kami wahyukan  kepada mereka mengerjakan kebaikan, mendirikan solat,  menunaikan  zakat dan hanya kepada Kamilah mereka selalu  menyembah".
       Firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah 2: 124 "Sesungguhnya Aku akan menjadikan kamu imam bagi seluruh manusia. Dan Ibrahim  berkata:(Dan saya mohon jawatan imam itu) dari keturunanku.Dia  berfirman: Janjiku (ini) tidak termasuk orang yang zalim".Justeru itu orang  yang zalim tidak sah menjadi imam (pemimpin)  menurut  al-Qur'an, dan firman-Nya di dalam Surah Yunus 10: 35 "Maka apakah orang yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti  ataukah orang  yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali  apabila  diberi petunjuk?   Mengapa  kamu berbuat  demikian? Bagaimanakah  kamu mengambil keputusan? Ini  bererti  para  pemimpin  selepas  Rasulullah  (s.`a.w.) mestilah terdiri dari mereka yang tidak melampaui perintah  Allah dan Rasul-Nya, kerana mereka merupakan Uli l-Amr yang wajib ditaati oleh umat sebagaimana firman-Nya Surah al-Nisa' 4: 59 "Taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan Uli l-Amr di kalangan kamu". Kedua: Imamah yang menyeru manusia kepada neraka. Di antaranya sebagaimana diterangkan di dalam surah al-Qasas 28: 41  "Dan Kami  jadikan mereka para imam (pemimpin-pemimpin)  yang  menyeru(manusia) ke neraka dan pada hari kiamat mereka tidak akan dibantu".
       Dan firman-Nya Surah al-Ahzab 33: 67 "Dan mereka berkata: Ya,Tuhan  kami, sesungguhnya kami telah  mentaati  pemimpin-pemimpin dan  pembesar-pembesar  kami, lalu mereka menyesatkan  kami  dari jalan yang benar". Kedua-dua  konsep  imamah  tersebut telah  dijelaskan  oleh Rasulullah(s.`a.w.) di dalam khutbahnya di Ghadir Khum dan ditempat-tempat  lain. Justeru itu beliau  tidak  mengabaikannya  kerana kepemimpinan (imamah) adalah asas bagi kesempurnaan  agama Islam.

Terjemahan Teks

       Di  sini akan dikemukakan teks khutbah atau hadis  Ghadir  Khum sebagaimana  diriwayatkan oleh Abu Mansur Ahmad b. `Ali  b. Abi Talib  al-Tabarsi , ulama Mazhab Ja`fari abad keenam  hijrah di mana  sanadnya bersambung dengan Imam Muhammad al-Baqir  b. Imam ‘Ali Zain  al-`Abidin b. Imam Husain b. Imam `Ali b. Abi  Talib  `a.s.      
       Untuk membuktikan kesahihannya, penulis membuat rujukan kepada buku-buku karangan para ulama Ahl al-Sunnah seperti  Sahih al-Bukhari, Sunan al-Nasa'i, Musnad Ibn Hanbal, Tarikh al-Tabari,Yanabi` al-Mawaddah, Kanz al-`Ummal, Tarikh al-Khulafa',  al-Durral-Manthur, al-Isabah, Tarikh Baghdad, Kifayah al-Talib,  Manaqibal-Khawarizmi, Tafsir al-Kabir, Ruh al-Ma`ani, Nur al-Absar,  Usdal-Ghabah, al-Isti`ab dan lain-lain.
       Justeru itu khutbah atau hadis al-Ghadir telah dicatat oleh  para ulama Ahl al-Sunnah di dalam buku-buku mereka walaupun kadangkala terdapat  sedikit  perbezaan dari segi lafaz, tetapi  ia  memberi pengertian  yang  sama. Kebanyakan  mereka  mencatatnya  secara terputus,  panjang, pendek dan dimasukkan di dalam  bab-bab  yang berasingan sehingga ia dilihat sebagai tiada kaitan dengan  khutbah  al-Ghadir. Ini berkemungkinan kuasa politik  semasa  tidak membenarkan mereka berbuat demikian .
       Lantaran itu, bahagian-bahagian hadis yang dipisahkan  itu, kelihatan seolah-olah tiada kaitan dengan khutbah di Ghadir  Khum tentang perlantikan `Ali `a.s sebagai imam atau khalifah selepas Rasulullah  (s.`a.w.)  Walaubagaimanapun teks penuh khutbah al-Ghadir yang dikemukakan oleh al-`Allamah al-Tabarsi, akan memberi wawasan  baru  kepada pengkaji-pengkaji tanpa  prejudis  dan  irihati.
Al-Tabarsi  menulis: 

       Al-Sayyid Abu Ja`far Mahdi b. Abi  Harb al-Husaini  al-Mar`asyi r.a telah memberitahu kami  dia  berkata: al-Syaikh  Abu `Ali al-Hasan b. al-Syaikh  al-Sa`id  Abi  Ja`far Muhammad b. al-Hasan al-Tusi r.a, telah memberitahuku dia  berkata: al-Syaikh al-Sa`id al-Walid Abu Ja`far q.r telah memberitahuku  dia berkata: Jama`ah daripada Abi Muhammad Harun b. Musa  al-Tala`kbari telah memberitahu kami, dia berkata: Abu `Ali Muhammad b. Hammam telah memberitahu kami, dan berkata: `Ali al-Suri telah memberitahu  kami, dia berkata: Abu Muhammad al-`Alawi  daripada anak  lelaki  al-Aftas di kalangan hamba Allah yang  salih  telah memberitahu  kami dia berkata: Muhammad b. Musa al-Hamdani  telah memberitahu  kami,  dia berkata: Muhammad b. Khalid  al-Tayalasi telah  memberitahu kami, dia berkata: Saif b. `Umairah dan  Salih b. Uqbah telah memberitahu kami daripada Qais b. Sam`an  daripada `Alqamah  b. Muhammad al-Hadrami daripada Abu Ja`far b.  Muhammad b.  `Ali Zain al-`Abidin b. Husain b. `Ali b. Abi Talib  daripada Rasulullah s.`a.w.
       Beliau bersabda:  "Segala  puji bagi Allah,  Yang Maha Tinggi dalam  kesatuan-Nya, berdekatan dalam keesaan-Nya,mulia dalam  pemerintahan-Nya, besar  dalam kekuasaan-Nya, keilmuan-Nya yang menyeluruh sedangkan Dia "berada" di `Arasy-Nya. Menundukkan seluruh makhluk  dengan kekuasaan  dan hujah-Nya yang mulia sehingga Dia sentiasa  dipuji, Dialah pencipta langit, penjadi sesuatu dengan rapi. Dialah Penguasa bumi dan langit, Maha Tinggi Maha suci Tuhan para malaikat dan ruh, Maha Pemurah kepada semua orang yang tidak mensyukuriNya, Maha Mengetahui di atas segala yang  dijadikan-Nya. Memerhati setiap mata, tetapi mata (mata) tidak dapat melihat-Nya. Mulia, Pemaaf dan menyenangkan, rahmat-Nya  meliputi  setiap sesuatu, mengurniakan  nikmat-Nya  ke atas  mereka. Tidak  cepat membalas dendam dan tidak segera mengenakan azab ke atas  mereka. Dia  memahami segala rahsia, Dia mengetahui segala bisikan  hati, tidak dapat diselindungi oleh perkara-perkara yang tersembunyi.
       Tidak dikelirukan oleh perkara yang halus, mengetahui setiap sesuatu, memenangi  setiap sesuatu, menguasai di  atas segala-galanya.  Tidak sesuatu pun menyerupai-Nya, Dia  mencipta  sesuatu ketika ia (sesuatu) tidak ada. Sentiasa melakukan keadilan, tiada Tuhan melainkan Dia  yang Maha Mulia lagi bijaksana, sekali-kali penglihatan tidak  mencapai-Nya, sedangkan Dia mencapai penglihatan.
        Dia  bertimbang rasa dan bijaksana, tiada seorang pun  dapat mengaitkan sifat-Nya secara "penentuan" dan tiada seorang pun mendapati bagaimanakah Dia secara rahsia atau terang-terangan  melainkan mengikut apa yang telah ditunjuk oleh Dia ke atas diri-Nya. Aku  naik  saksi  sesungguhnya Allah  memenuhi  masa  dengan segala kekudusan-Nya, Dialah yang menutupi cahaya-Nya  selama-lama, Dia  melaksanakan  urusan-Nya tanpa  mesyuarat. Tanpa  bersama-Nya sekutu di dalam sesuatu nilaian dan tidak ada kecacatan di  dalam pentadbiran-Nya. Dia telah menggambarkan apa yang direkakan-Nya tanpa  contoh, Dia  telah  mencipta apa yang diciptakan-Nya  dengan  mudah  tanpa pertolongan orang lain dan bersih dari tipudaya
       Dia  menciptanya kemudian ia terus "jadi", Dialah Tuhan yang tiada Tuhan melainkan Dia  yang  rapi dan elok pembuatan-Nya. Keadilan-Nya  adalah  lebih mulia  dan tidak pernah dizalimi di mana segala  perkara  kembali kepada-Nya. Aku  naik saksi bahawa segalanya tunduk kepada  kekuasaan-Nya serta  mentaati-Nya  kerana kehebatan-Nya  memiliki  segala  milik. Dialah yang membuat cakerawala bergerak, Dialah yang  menundukkan bulan dan matahari, semuanya berjalan menurut masa yang  ditentukan.  "Dialah yang menutupkan malam ke atas siang dan  menutupkan siang ke  atas malam" (Surah az-Zumar 39:5)"yang  mengikutinya dengan cepat". (Surah al-A`raf 7:54) Penentang  setiap penguasa yang degil dan  pembinasa  setiap syaitan  yang menceroboh, tiada bersama-Nya lawan dan teman, satu (ahad) menjadi tempat tumpuan.
        Tidak beranak dan diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun menyerupai-Nya, Tuhan yang satu  dan  Tuhan yang mulia, melakukan sesuatu yang dikehendaki-Nya. Dia  mengetahui  lantas menghitung  sesuatu,  mematikan  dan menghidupkan, pemberi dan pencegah rezeki, "ketawa" dan "menangis", menghalang dan memberi. Bagi-Nya kekuasaan dan baginya kepujian, di tangan-Nya  segala kebaikan,  Dia berkuasa di atas setiap sesuatu. Memasukkan  waktu malam  ke dalam waktu siang dan memasukkan siang ke  dalam  waktu malam.
       Tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Mengetahui lagi pengampun, Dialah penerima doa, pengurnia segala  pemberian  dan penghitung segala jiwa. Tuhan syurga  dan manusia, Dia tidak  menghadapi sebarang kesulitan, tidak menolak laungan orang yang memohon  pertolongan, tidak dimetrikan oleh keluhan orang yang berhajat. Pelindung bagi orang-orang  yang salih, pemberi taufiq kepada  orang-orang  yang bahagia.
       Dialah maula kepada segala alam yang berhak dari  setiap makhlukNya bersyukur dan memuji-Nya. Aku  memuji-Nya di dalam kesenangan dan kesusahan,  kesulitan dan  kelapangan. Aku beriman dengan-Nya, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan para rasul-Nya. Aku mendengar suruhan-Nya, aku mematuhi dan bersegera menurut keridaan-Nya. Aku menyerahkan diriku kepada qada'-Nya kerana cintakan ketaatan-Nya dan takutkan balasan-Nya, kerana Dialah Allah yang tidak menjamin keselamatan jika dilakukan apa  yang  dibenci-Nya. Dan Dia pula tidak teragak-agak mengenakan balasan-Nya. Aku berikrar dengan diriku sendiri untuk beribadah kepada-Nya dan  aku naik saksi tentang ketuhanan-Nya. Aku  akan melaksanakan apa yang diwahyukan kepadaku dengan penuh waspada
       Jika aku tidak melaksanakannya lantas aku akan binasa sehingga tiada  seorangpun dapat  mempertahankanku  dari azab-Nya sekalipun  besar ujian-Nya, tiada Tuhan melainkan Dia. Kerana Dia telah memberitahuku sesungguhnya  jika aku tidak menyampaikan apa yang diturunkan  kepadaku nescaya  aku  tidak  menyampaikan risalahNya.  Lantaran  itu  Dia memberi  jaminan  melindungiku dengan `ismah,  Dia  Allah  adalah mencukupi  (bagiku).  Kemudian Dia  menurunkan  wahyu  kepadaku .
       Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani. Wahai Rasul ! sampailah apa yang telah diturunkan kepada  kamu mengenai  `Ali - [jawatan Khalifah adalah untuk  `Ali  bin  Abi Talib].  Dan jika kamu tidak menyampaikannya bererti  kamu tidak menyampaikan risalah-Nya, "Dan Allah menjaga kamu dari  manusia". (Surah al-Maidah 5:67) Wahai manusia! Aku tidak mengabaikan  tanggungjawabku  di dalam menyampaikan apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadaku. Akulah orang yang menerangkan kepada kalian.  Sebab turunnya ayat "Wahai  Rasul, sampaikanlah apa yang telah  diturunkan  kepadamu daripada  Tuhanmu. Dan jika kamu tidak kerjakan,  bererti  kamu tidak menyampaikan amanat-Nya" (Surah al-Maidah 5:67).
       Sesungguhnya  Jibra'il  telah turun kepadaku  sebanyak  tiga kali memerintahkanku supaya menyampaikan perintah Tuhanku; supaya aku  terus  melaksanakannya. Aku pun  mengisytiharkannya  kepada semu peringkat; sama ada yang berkulit putih dan yang  berkulit hitam bahawa sesungguhnya `Ali bin Abi Talib a.s adalah  saudaraku, wasiku, khalifahku dan imam selepasku di mana kedudukannya di sisiku samalah kedudukan Harun di sisi Musa selain dari  kenabian kerana  tiada nabi selepasku . Beliaulah wali kalian  di sisi Allah  dan RasulNya. Sesungguhnya Allah S.W.T. telah  menurunkan ke  atasku  satu ayat mengenai wilayah `Ali "Sesungguhnya  wali kamu  adalah Allah, RasulNya dan orang-orang yangberiman yang mendirikan solat, menunaikan zakat dalam keadaan  rukuk"  (Surah al-Maidah 5:55).
       `Ali  bin  Abi Talib telah mendirikan solat  dan  menunaikan zakat  di  dalam keadaan rukuk, kerana  melakukan  ibadat  kepada Allah pada setiap masa . Aku  telah memohon maaf kepada Jibra'il lantaran  aku  tidak menyampaikannya kepada kalian. Wahai manusia, kerana aku  mengetahui  betapa  sedikitnya orang yang  bertakwa, betapa  ramainya orang yang munafik, pengkhianat dan tipudaya orang  bersandarkan Islam yang disifatkan oleh Allah di dalam kitab-Nya "Mereka mengucap  dengan  lidah mereka apa yang tidak ada dalam  hati  mereka"(Surah al-Fath 48:11).
       Dan  betapa banyak mereka  telah menyakiti  hatiku  sehingga mereka menamakan aku uzunun (iaitu mendengar atau mempercayai apa saja yang diperkatakan  kepadanya). Mereka menyangka aku sedemikian  rupa kerana selalu "bergaul" dengan-Nya dan sehingga Allah  menurunkannya  di dalam  al-Qur'an  "Di antara mereka ada yang menyakiti  Nabi  dan menyatakan: Nabi mempercayai semua yang didengarnya.  Katakanlah: Ia  mempercayai  semua  yang baik bagi kamu,  ia  beriman  kepada Allah, mempercayai orang-orang mukmin" (Surah al-Taubah 9: 61).
       Jika  aku mahu, aku akan menyebutkan nama-nama  mereka  atau menunjukkan mereka kepada kalian. Tetapi aku tidak mahu  melakukannya, kerana Allah tidak merestuiku melainkan menyampaikan  apa yang diturunkan kepadaku. Kemudian beliau (s.`a.w.) membaca "Wahai  Rasul sampaikanlah apa yang telah diturunkan  oleh  Tuhan kamu - tentang `Ali - dan jika kamu tidak melakukan bererti  kamu tidak menyampaikan risalah-Nya. Dan Allah menjaga kamu dari  manusia"
(Surah al-Maidah 5: 67). 
       Ketahuilah wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah  melantik `Ali  untuk kalian sebagai wali, dan imam yang wajib  ditaati  ke atas Muhajirin, Ansar dan Tabi`in; sebagaimana wajib ditaati oleh penghuni  padang pasir, bandar, Arab bukan Arab,  merdeka,  hamba kecil  besar,  berkulit putih dan hitam. Malah ke atas setiap orang yang mentauhidkan Allah S.W.T. Terkutuk bagi orang yang menentangnya. Dirahmati orang yang mengikutinya, mukmin orang yang membenarkannya. Allah  mengampuninya dan orang yang mengambil ilmu daripadanya dan mentaatinya .
       Wahai  manusia! Ini  merupakan tempat  yang  terakhir  aku berdiri di hadapan kalian. Lantaran itu dengarlah, taatilah  dan ikutilah  perintah  Tuhan kalian. Sesungguhnya  Allah `Azza  wa Jalla  adalah maula kalian dan Tuhan kalian  kemudian  selepas-Nya Muhammad  (s.`a.w.) adalah wali kalian yang sedang  berpidato  di hadapan  kalian.  Kemudian selepasku `Ali adalah wali kalian  dan imam kalian dengan perintah Tuhan kalian.  
       Kemudian imamah adalah pada zuriatku daripada anaknya sehingga di hari kalian  berjumpa Allah dan Rasul-Nya.  Tidak ada suatu perkara pun yang halal  melainkan  apa yang telah dihalalkan oleh Allah dan tidak ada  suatu perkara  pun yang haram melainkan apa yang telah diharamkan  oleh Allah. Dialah yang menerangkan kepadaku halal dan haram di dalamkitab-Nya. Kemudian  aku menerangkan halal dan  haramnya  kepada `Ali . Wahai  manusia!  Tidak ada suatu ilmu  pun  melainkan  Allah telah menyampaikanya kepadaku. Dan setiap ilmu yang aku mengetahuinya, aku menyimpannya pada imam mubin (`Ali a.s) dan tidak ada suatu  ilmu pun melainkan aku mengajarnya kepada `Ali. Dan  beliaulah imam mubin.
       Wahai  manusia! Janganlah kalian  menyimpang  daripadanya, janganlah kalian lari daripadanya, janganlah kalian angkuh dengan menentang  wilayahnya. Kerana beliaulah yang  menunjuk  kepada kebenaran  dan beramal dengannya. Beliaulah  yang  menghilangkan kebatilan dan melarangnya. Janganlah kalian menghiraukan celaan orang yang mencela. Beliaulah orang pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Beliaulah yang mengorbankan dirinya sendiri untuk Rasulnya. Beliaulah bersama Rasulullah. Dan tidak ada  seorang pun  menyembah Allah bersama Rasul-Nya di kalangan lelaki selain daripadanya .
       Wahai manusia! Hormatilah beliau kerana Allah telah mengurniakan kelebihan kepadanya.  Terimalah beliau kerana Allah  telah melantiknya untuk kalian. Wahai manusia! Sesungguhnya beliau adalah imam  daripada Allah. Allah sekali-kali tidak akan menerima taubat seorang yang mengingkari wilayahnya. Dan Allah sekali-kali tidak akan mengampuninya. Sudah pasti Allah akan melakukan hal  demikian ini terhadap orang yang menyalahi perintah-Nya mengenainya. Dan Dia akan menyeksanya dengan seksaan pedih yang berpanjangan. Lantaran  itu kalian berhati-hatilah supaya kalian tidak  menyalahinya. Justeru itu kalian akan dibakar di neraka di mana bahan  bakarnya adalah  manusia dan batu disediakan kepada orang-orang yang  ingkar .
       Dengan kamilah  Allah  telah menurunkan rezeki dan  mengekalkan  makhluk (buat seketika). Terkutuk, terkutuk. Dimurkai-, dimurkai  Wahai  manusia! Dengan akulah demi Allah, para nabi  dan rasul  yang terdahulu diberi khabar gembira. Aku adalah penamat para nabi dan Rasul. Akulah juga hujah ke atas semua makhluk  di bumi  dan di langit.  Sesiapa yang mengsyakinya dia adalah kafir sebagaimana kafir jahiliyah. Dan sesiapa yang mengsyaki sabdaku ini, bererti dia mengsyaki kesemuanya. Orang yang  mengsyakinya adalah neraka sebagai balasannya .
       Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah mengurniakan  kelebihan ini ke atasku sebagai ihsan-Nya. Tiada Tuhan melainkan Dia. Segala puji untuk-Nya daripadaku buat selama-lamanya.Wahai manusia!  Hormatilah `Ali kerana  beliau  sebaik-baik manusia  selepasku  di  kalangan lelaki  dan  perempuan.   orang yang menolak sabdaku ini dan tidak mempersetujuinya. Sesungguh-nya  Jibra'il  telah  memberitahuku  mengenainya daripada Allah S.W.T. dan berkata: Sesiapa yang memusuhi `Ali dan tidak menjadikannya wali, maka laknat dan kemurkaan-Ku ke atasnya. Seseorang itu  hendaklah memikirkan apa yang telah dikemukakan  untuk  hari esok dan bertakwalah kepada Allah supaya beliau tidak  menyalahi-Nya  kerana  dikhuatiri kaki akan tergelincir selepas  ia  tegak. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang dilakukan oleh kalian .
       Wahai manusia! Sesungguhnya beliaulah janb-Allah yang disebutkan di dalam kitab-Nya "Supaya jangan ada orang yang mengatakan amat  besar  penyesalan  atas  kelalaianku  terhadap  janb-Allah" (Surah al-Zumar 39:56). Wahai  manusia! Pelajarilah al-Qur'an dan  fahamilah  ayat-ayatnya. Perhatikanlah  ayat-ayat  Muhkamahnya  dan janganlah kalian mengikuti ayat-ayat Mutasyabihahnya. Demi Tuhan,  tidak akan menerangkan kepada  kalian  tentang halangan-halangannya  dan  tidak akan menerangkan  kepada  kalian penafsiran-penafsirannya  melainkan  orang  yang  aku  memegang tangannya  sekarang.
       Dan aku  memberitahu  kalian  sesungguhnya sesiapa  yang aku maulanya, maka ini `Ali adalah maulanya,  iaitu `Ali bin Abi Talib A.S, saudaraku, wasiku.  Dan wilayahnya adalah daripada Allah S.W.T. yang telah menurunkannya ke atasku .
       Wahai manusia!  Sesungguhnya `Ali dan orang yang baik  daripada  anak cucuku merupakan thiqal al-Asghar (harta paling  kecil yang bernilai) dan al-Qur'an adalah thiqal al-Akbar (harta paling besar  yang bernilai). Setiap orang menceritakan  tentang  sahabatnya  dan bersatu dengannya.Kedua-duanya tidak akan  berpisah sehingga  dikembalikan  Haud kepadaku. Mereka  itulah pemegang amanah Allah  pada  makhluk dan para bijak  pandai  di bumi-Nya. Sesungguhnya  aku  telah menunaikannya. Sesungguhnya  aku  telah menyampaikannya  dan aku memperdengarkannya kepada  kalian. S.W.T. telah berfirman  dan sabdaku itu adalah  daripada  Allah.
       Sesungguhnya tidak ada Amiru l-Mukminin selain daripada saudaraku ini. Dan tidak seorang pun layak untuk melaksanakannya selepasku selain daripadanya. Kemudian beliau meletakkan tangannya ke  bahu `Ali kemudian mengangkatnya . Wahai  manusia!  Ini adalah `Ali saudaraku, wasiku,  penjaga ilmuku, khalifahku ke atas umatku dan di atas tafsir kitab  Allah Azza  Wa  Jalla. Penyeru kepadanya dan beramal dengan  apa  yang diredaiNya,  memerangi  musuh-musuhNya,  setia  mentaatiNya   dan pencegah  dari  mendurhakaiNya.
       Beliaulah  khalifah  Rasulullah, Amiru l-Mukminin,Imam  petunjuk,  penentang Nakithin (Ashab Jamal), Qasitin (Ashab al-Siffin) dan  Mariqin  (Ashab al-Nahrawan) . Aku  berkata:  Sabdaku tidak boleh ditukar ganti  kerana  ia adalah perintah Tuhanku. Aku berkata: Wahai Tuhanku!  Hormatilah orang yang mewalikan `Ali.Musuhilah orang yang memusuhinyaLaknatilah orang yang mengingkarinya, murkailah orang yang  mengingkari  haknya.Wahai Tuhanku! Sesungguhnya  Engkaulah  yang telah  menurunkan ke atasku bahawa Imamah selepasku adalah untuk `Ali sebagai wali Engkau sebaik saja peneranganku mengenainya dan perlantikanku terhadapnya .
       Dengan  itu Engkau telah menyempurnakan untuk  hamba-hamba-Mu agama  mereka. Dan engkau telah menyempurnakan ke atas mereka nikmat-Mu dan Engkau telah meredai bagi  mereka Islam  sebagai agama. Maka Engkau berfirman: "Barangsiapa mencari  agama  lain selain  agama Islam, maka sekali-kali tidak akan  diterima  agama itu  daripadanya dan di akhirat termasuk orang-orang  yang  rugi" (Surah Ali `Imran 3:85).
       Wahai  Tuhanku! Aku  mempersaksikan  Engkau  dan  cukuplah Engkau sebagai saksi sesungguhnya aku telah menyampaikannya. Wahai manusia! Sesungguhnya Allah A.W. telah menyempurnakan agama kalian dengan imamahnya (`Ali a.s). Siapa yang tidak  berimamkannya  dan  orang yang menggantikan tempatnya  yang  terdiri daripada anak cucuku dari keturunannya sehingga hari kiamat, maka mereka itulah akan terbatal amalan-amalan mereka dan dalam  nerakalah  mereka  kekal  di dalamnya.  Seksaan  mereka  tidak  akan diringankan dan mereka pula tidak akan dilayani .
       Wahai  manusia!  Ini ialah `Ali orang yang paling  kuat  di kalangan  kalian  yang membantuku, orang yang  paling  berhak  di kalangan kalian denganku. Beliau adalah orang yang paling  akrab di kalangan kalian kepadaku dan orang yang paling mulia di sisiku dan Allah A.W.  Kami meredhainya. Tidak terdapat ayat  mengenai keredhaan  melainkan ia turun pada `Ali. Allah  tidak  berfirman dengan  "Wahai orang-orang yang beriman" melainkan Dia  memulakan dengan `Ali. Tidak  terdapat ayat pujian  di  dalam  al-Qur'an melainkan  padanya. Dan  Dia tidak  memberi  penyaksian  syurga tentang  Hal  Ata (Surah al-Insan 76:1) melainkan  untuknya. Dia tidak  menurunkannya  selain daripadanya. Dan Dia tidak memuji dengannya (ayat) selain daripadanya (`Ali a.s) .
       Wahai  manusia! Beliau adalah pembantu agama Allah, penyokong Rasulullah. Beliau adalah seorang yang bertakwa, bersih dan petunjuk.   Nabi kalian adalah sebaik-baik nabi dan  wasi  kalian adalah sebaik-baik wasi dan anak-anaknya sebaik-baik para wasi. Wahai manusia!   Zuriat setiap nabi adalah  dari  salbinya, tetapi zuriatku dari salbi `Ali .
Wahai  manusia! Sesungguhnya Iblis telah mengeluarkan  Adam dari  syurga disebabkan hasad dengkinya. Lantaran itu janganlah kalian melakukan hasad dengki terhadapnya (`Ali) nescaya amalan-amalan kalian akan terbatal.
       Dan kaki-kaki kalian akan tergelincir. Sesungguhnya Adam diturunkan ke  dunia  disebabkan  "satu kesalahan"  sahaja  sedangkan beliau adalah pilihan  Allah A.W.  Bagaimana  dengan  kalian, sedangkan di  kalangan  kalian adalah musuh-musuh  Allah.  Sesungguhnya orang yang celaka  sahaja  yang memarahi `Ali. Dan orang yang bertakwa sahaja  yang  mewalikan `Ali. Hanya orang mukmin sahaja yang beriman dengan `Ali. Dan pada `Alilah diturunkan Surah wa l-Asr .
       Wahai manusia! Sesungguhnya aku memohon kepada Allah menjadi  saksi bahawa aku telah menyampaikan risalahku kepada  kalian. Rasul hanya menyampaikan risalah-Nya yang terang. Wahai  manusia!  Bertakwalah  kalian  kepada  Allah  dengan sepenuhnya.  Dan janganlah kalian mati melainkan kalian muslimun. Wahai manusia!  Berimanlah kalian dengan Allah, Rasul-Nya dan al-Nur (cahaya)  yang diturunkan  bersamanya  sebelum  kebenaran dipadamkan.  Justeru itu kita menolaknya ke belakang.
       Wahai manusia!  al-Nur (cahaya) daripada Allah A.W., adalah padaku kemudian pada `Ali kemudian pada keturunannya sehinggalah datangnya al-Qa'im al-Mahdi yang akan menuntut hak Allah dan  hak kami  (Ahl al-Bait A.S) kerana Allah A.W. telah  menjadikan  kami hujah ke atas orang-orang yang cuai, ingkar, penentang, pengkhianat, pelaku dosa dan orang yang zalim dari sekalian alam .
       Wahai manusia! Aku memberi peringatan kepada kalian,  sesungguhnya  aku adalah Rasulullah sebagaimana telah berlalu  para rasul  sebelumku. Sekiranya aku mati atau dibunuh "kamu  kembali ke  belakang  (murtad)?  Barangsiapa yang berbalik  ke  belakang, maka  ia  tidak dapat mendatangkan mudarat kepada  Allah  sedikitpun,  dan  Allah  akan memberi balasan  kepada  orang-orang  yang bersyukur" (Surah Ali `Imran 3:144). Sesungguhnya `Alilah  yang disifatkan  dengan kesabaran dan kesyukuran kemudian  selepasnya cucu cicitku dan zuriatnya. Wahai manusia! Janganlah kalian berangan-angan untuk menentang  Allah dengan "Islam" kalian, maka Dia akan memarahi kalian dan  mengenakan kalian dengan azab di sisi-Nya.  Sesungguhnya  Dia sedang menunggu kalian.
       Wahai  manusia! Akan berlaku selepasku para imam yang  akan menyeru  manusia ke neraka dan di hari kiamat mereka  tidak  akan dibantu . Wahai manusia! Sesungguhnya Allah dan aku bersih daripada mereka. Wahai manusia! Sesungguhnya  pembantu-pembantu mereka, pengikut-pengikut  mereka  dan  penyokong-penyokong  mereka  akan berada di neraka yang paling terkebawah. Dan ia adalah  seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang yang takabbur.Sesungguhnya   "mereka" adalah "pemilik-pemilik" mashaf. Lantaran itu hendaklah  kalian melihat  pada  mashaf  tersebut. Beliau bersabda: Urusan mashaf hanya diambil berat oleh  golongan yang sedikit sahaja. Wahai  manusia!   Sesungguhnya aku tinggalkannya (Sahifah) sebagai imamah dan wirathah pada keturunanku sehingga hari  Kiamat.  
       Sesungguhnya aku telah menyampaikan apa yang  diperintahkan oleh  Engkau  untuk disampaikannya sebagai hujah di  atas  setiap yang  hadir, ghaib dan ke atas setiap orang  yang  menyaksikannya atau tidak, sama ada telah dilahirkan ataupun tidak. Justeru itu hendaklah  orang  yang hadir menyampaikannya  kepada  orang  yang tidak hadir, dan bapa kepada anaknya sehingga hari kiamat  kerana mereka  (selain  daripada  Ahl al-Bait  A.S)  akan  menjadikannya (imamah)  sebagai  hak milik dan barang  rampasan. Sesungguhnya Allah  melaknati perampas-perampasnya.  "Kami akan  memperhatikan sepenuhnya  kepadamu  wahai manusia dan jin.   Maka  kepada  kamu dilepaskan  nyala  api dan cairan tembaga maka kamu tidak dapat menyelamatkan diri (daripadanya)". (Surah ar-Rahman 55: 31, 35)
       Wahai manusia! Sesungguhnya Allah A.W. tidak akan  meninggalkan  kalian sebelumnya sehingga keburukan dan  kebaikan  dapat dibezakan. Dan Allah tidak mahu memberitahu kalian perkara-perkara yang ghaib. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada satu bandarpun  melainkan Allahlah  yang  membinasakannya  disebabkan pembohongan penduduknya. Demikianlah  Dia membinasakan  bandar-bandar  yang zalim.  Sebagaimana telah disebutkan oleh Allah S.W.T. di  dalam kitab-Nya.  Ini adalah `Ali imam kalian dan wali kalian.   Beliau di antara janji-janji Allah dan Allah membenarkan apa yang dijanjikannya .
       Wahai  manusia! Sesungguhnya telah  sesat  sebelum  kalian kebanyakan orang-orang yang terdahulu. Demi Allah, Dia telah membinasakan  orang-orang  yang terdahulu dan  Dialah  yang  akan
membinasakan orang-orang yang  terkemudian. Allah berfirman: "Bukankah  Kami telah membinasakan orang-orang yang dahulu? Lalu Kami iringi (azab kami terhadap) mereka dengan (mengazab) orang-orang  yang datang kemudian.  Demikianlah Kami  berbuat  terhadap orang-orang yang berdosa. Kecelakaan besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan" (Surah al-Mursalat 77: 16-19).
       Wahai manusia!  Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku dan melarang aku. Sesungguhnya aku telah memerintahkan `Ali dan melarangnya. Ilmu  suruhan dan larangan adalah daripada  Allah  A.W. Justeru  itu dengarlah kalian kepada larangannya, nescaya  kalian terselamat. Taatlah kalian kepadanya nescaya kalian mendapat petunjuk. Berhentilah kerana larangannya, nescaya  kalian  akan mendapat petunjuk. Ikutilah kehendaknya dan  janganlah  kalian mengikuti jalan-jalan kalian selain dari jalannya . Wahai manusia! Akulah Sirat al-Mustaqim di mana Dia memerintahkan kalian mengikutinya. Kemudian `Ali selepasku  kemudian anak cucuku dari salbinya, para imam yang menjadi petunjuk kepada kebenaran dan dengannyalah mereka memperjuangkan kebenaran .
       Kemudian Rasulullah s.`a.w. membaca : al-Hamdu li Llahi  Rabbi l-`Alamin  sehingga  ke akhirnya. Dan  beliau  bersabda:  Kepada akulah  turunnya Surah al-Fatihah dan juga kepada  mereka  secara umum  dan  khusus.  Mereka itulah para wali Allah,  mereka  tidak takut dan mereka pula tidak berdukcita.Sesungguhnya parti Allah sahajalah yang  mendapat kemenangan. Sesungguhnya  musuh-musuh`Ali adalah terdiri daripada orang-orang yang melakukan  perpecahan,  nifak,  penentang-penentang, saudara-saudara  syaitan  yang berkongsi penentangan dan tipu daya. Sesungguhnya para wali mereka ialah orang-orang yang  telah disebutkan  oleh Allah di dalam kitab-Nya, firman-Nya: "Kamu  tidak akan  mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah  dan  hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya" (Surah al-Mujadalah 58: 22).
       Sesungguhnya  para wali mereka ialah orang-orang yang  telah disifatkan oleh Allah A.W. di dalam kitab-Nya. Firman-Nya: "Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka  dengan kezaliman,  itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan  mereka itu  adalah orang-orang yang mendapat petunjuk" (Surah  al-An`am 6:82). Sesungguhnya  para wali mereka ialah orang-orang yang  telah disifatkan oleh Allah di dalam kitab-Nya. Firman-Nya: "Orang-orang yang akan memasuki syurga dengan aman" disambut oleh para  malaikat dengan aman.Berbahagialah kamu, maka masuklah syurga  selama-lamanya . Sesungguhnya  para wali mereka ialah orang-orang yang  telah difirmankan  oleh Allah A.W., firman-Nya "Mereka  memasuki  syurga tanpa hisab" .
       Sesungguhnya musuh-musuh mereka ialah orang-orang yang  akan dibakar di neraka sa`ir . Sesungguhnya  musuh-musuh  mereka  ialah  orang-orang  yang mendengar tepikan neraka jahanam dan nyalanya .
       Sesungguhnya musuh-musuh mereka ialah orang-orang yang telah difirmankan oleh Allah A.W.  FirmanNya "Setiap umat masuk  (neraka) dia mengutuk kawannya". (Surah al-A`raf 7: 38). Sesungguhnya musuh-musuh mereka ialah orang-orang yang telah disebutkan oleh Allah di dalam kitab-Nya.  
       Firman-Nya "Setiap  kali dilemparkan ke dalamnya satu kumpulan, penjaga-penjaganya bertanya  kepada  mereka: Apakah belum pernah datang  kepada  kamu  (di dunia)  seorang pemberi peringatan?  Mereka menjawab: Benar  ada, sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakannya dan kami mengatakan Allah tidak menyuruh sesuatupun.   Kamu  tidak lain hanyalah di dalam  kesesatan  yang besar" (Surah al-Mulk 67: 8-9). Sesungguhnya para wali mereka ialah "Orang-orang yang  takut akan Tuhan mereka dengan perkara yang ghaib bagi mereka keampunan dan pahala yang besar" (Surah al-Mulk 67: 12). Wahai  manusia!   Dua perkara di antara neraka  dan  syurga. Musuh kita ialah orang yang telah dicela dan dilaknat oleh Allah. Wali kita ialah orang yang telah dipuji dan dikasihi oleh Allah. 
       Wahai manusia! Sesungguhnya aku memberi peringatan dan `Ali memberi petunjuk (Hadi) .
Wahai manusia! Sesungguhnya aku adalah nabi dan `Ali adalah wasiku. Sesungguhnya  penamat para imam ialah al-Mahdi, dan  beliau dari kalangan kami .
       Sesungguhnya beliaulah orang yang mempertahankan agama. Sesungguhnya  beliaulah penuntut bela  daripada  orang-orang yang zalim. Sesungguhnya beliaulah pembuka benteng-benteng dan perosak-nya .
       Sesungguhnya beliaulah orang yang memerangi setiap kabilah yang syirik. Sesungguhnya  beliaulah  orang yang  dapat  mengesan  setiap penentang para wali Allah. Sesungguhnya beliaulah pembantu agama Allah. Sesungguhnya beliaulah pencedok di lautan yang dalam. Sesungguhnya  beliau mengetahui setiap orang yang  mempunyai kelebihan dan setiap orang yang jahil. Sesungguhnya beliau adalah sebaik-baik pilihan Tuhan. Sesungguhnya  beliaulah pewaris setiap ilmu secara  menyeluruh. 
       Sesungguhnya  beliaulah  diberitahu  tentang Tuhannya   dan diberi peringatan tentang imannya . Sesungguhnya beliau adalah seorang yang bijak dan tegas. Sesungguhnya setiap sesuatu diserahkan kepadanya. Sesungguhnya  beliau  telah  diberi  khabar  gembira  kepada orang-orang yang terdahulu. Sesungguhnya beliaulah hujah dan tidak ada hujah selepasnya. Tidak ada kebenaran melainkan bersamanya. Tidak ada nur (cahaya) melainkan di sisinya. Tidak ada orang yang dapat mengalahkannya dan tidak akan dibantu orang yang menentangnya. Sesungguhnya beliaulah wali Allah di bumiNya, hukum-Nya pada makhluk-Nya dan orang kepercayaanNya di dalam semua keadaan. Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah menerangkannya kepada kalian  dan memahamkan kalian.  Ini `Ali akan  memahamkan  kalian selepasku .
       Sesungguhnya manakala selesai ucapanku, aku menyeru  kalian supaya melakukan bai`ah kepadaku sebagai tanda memberi bai`ah kepada  `Ali dan memberi  pengakuan kepadanya, kemudian memberi  bai`ah  kepadanya selepasku. Sesungguhnya  aku  telah membai`ah kepada Allah, dan`Ali telah memberi bai`ah kepadaku. Aku memerintahkan kalian  supaya melakukan bai`ah kepadanya daripada Allah A.W. Firman-Nya "Barang siapa yang melanggar janjinya, nescaya akibat ia melanggar  janji itu akan menimpa diri sendiri" (Surah al-Fath 48:10).Wahai manusia!  Sesungguhnya Haji, Safa, Marwah dan  `Umrah adalah  di  antara syi`ar-syi`ar Allah.  "Maka  barangsiapa yang beribadah  haji ke Baitullah atau berumrah, maka tidak  ada  dosa baginya" (Surah al-Baqarah 2: 158). Wahai manusia! Tunaikan haji di Baitullah ketika mampu dan janganlah kalian meninggalkannya melainkan tanpa kemampuan.
       Wahai manusia!  Setiap mukmin yang berdiri di Mauqif dosanya yang  lalu  akan diampuni Tuhan. Dan  apabila  selesai  hajinya, amalan (baru)nya dimulakan. Wahai  manusia! Orang-orang yang menunaikan  haji  bersifat tolong menolong. Dan perbelanjaan mereka akan digantikan  kerana Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang  melakukan kebaikan. Wahai  manusia!  tunailah haji dengan sempurna dan  memahami (hikmah)nya. Dan janganlah kalian pulang melainkan dengan taubat dan meninggalkan segala dosa.Wahai manusia!   Dirikanlah  solat  dan  tunaikanlah  zakat sebagaimana Allah menyuruh kalian melakukannya.
       Jika masa berpanjangan, kalian mengabaikannya atau  melupai-nya  maka `Ali adalah wali kalian dan orang yang dapat  menjelaskannya  kepada kalian kerana Allah telah  melantiknya  selepasku Dan sesiapa yang Allah A.W. memilihnya untuk menggantikan tempatku, akan memberitahu kalian persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh  kalian dan beliau akan menerangkan kepada kalian  apa  yang kalian tidak mengetahuinya .
       Sesungguhnya halal dan haram adalah tidak terkira banyaknya. Akulah  yang  menyuruh melakukan perkara-perkara yang  halal  dan akulah  yang melarang melakukan perkara-perkara yang  haram. Di satu peringkat aku diperintahkan supaya mengambil bai`ah daripada kalian.   Dan bai`ah kalian adalah dengan menerima apa  yang  aku bawa  dari  sisi Allah A.W. mengenai kepemimpinan `Ali  Amiru  l-Mukminin dan para imam selepasnya, di mana mereka adalah daripadaku dan daripadanya. Dan di kalangan mereka itulah Imam  Mahdi yang  akan memenuhi dunia ini dengan kebenaran  sehinggalah  hari Kiamat .
       Wahai  manusia! Setiap yang halal aku telah  menerangkannya kepada kalian. Begitu juga setiap yang haram aku telah  melarang kalian  dari melakukannya. Aku tidak akan bertolak ansur  mengenainya  dan  aku tidak akan  menukarkannya. Lantaran  itu  kalian hendaklah  sentiasa  mengingatinya, menjaganya, memberi  nasihat dengannya.   Jangan sekali-kali menukarkannya atau mengubahnya pula. Sesungguhnya  aku  ingin  perbaharui kata-kataku: Dirilah solat,  tunailah zakat,suruhlah mengerjakan kebaikan dan tegahlah  kemungkaran. Sesungguhnya  punca "menyuruh" kepada kebaikan dan  melarang kemungkaran ialah berakhir kepada kata-kataku dan kalian  sampaikanlah kata-kataku ini kepada orang yang tidak hadir dan suruhlah dia menerimanya dan menegahnya dari menyalahinya. Kerana  ia adalah perintah daripada Allah A.W dan daripadaku.
       Tidak ada amr ma`ruf dan nahyi munkar melainkan bersama imam yang maksum. Wahai  manusia!  Al-Qur'an  telah  memperkenalkan   kalian bahawa para imam selepas `Ali ialah anak-anaknya.  Dan aku  telah memperkenalkan kalian bahawa dia (`Ali) adalah daripadaku dan aku adalah  daripadanya sehingga Allah berfirman di  dalam  kitabnya .
"Dan dia menjadikan kalimat Tauhid itu kalimat yang  kekal  pada keturunannya" (Surah az-Zukhruf 43: 28) Dan  aku  berkata: Kalian tidak  akan  sesat  selama-lamanya sekiranya kalian berpegang kepada kedua-duanya .
       Wahai manusia! Bertakwalah, bertakwalah! Berwaspadalah tentang  Kiamat,  sebagaimana  firman  Allah  A.W.  "Sesungguhnya kegoncangan  hari  kiamat  itu adalah suatu  kejadian  yang  amat besar"  (Surah al-Hajj 22: 1). Ingatlah  mati,  hisab, mizan, dan  perhitungan  di  hadapan Allah Tuhan sekalian alam, pahala dan seksa.  Sesiapa yang  melakukan  kebaikan akan diberi pahala dan  sesiapa  yang  melakukan  kejahatan, tidak ada bahagian syurga baginya.
       Wahai manusia!  Sesungguhnya kalian yang ramai ini hendaklah memberi bai`ah kepadaku dengan tapak tangan yang satu.   Sesungguhnya  Allah telah memerintahkan aku supaya mengambil  pengakuan daripada  kalian tentang perlantikan `Ali  sebagai  imam atau pemimpin mukminin. Dan para imam yang datang selepasnya adalah daripadaku dan  daripadanya sebagaimana aku telah memberitahu  kalian. Sesungguhnya  zuriatku adalah dari salbinya.Justeru itu  katakanlah:  Kami mendengar, mentaati, meridai, mematuhi apa yang  telah disampaikan oleh anda daripada Tuhan kami dan Tuhan anda  tentang Ali dan para imam selepasnya adalah dari salbinya. Kami memberi bai`ah kepada anda mengenai imamah `Ali  dengan hati kami, diri kami, lidah kami dan tangan kami.
       Di atas pengakuan inilah kami hidup, kami mati kami dibangkitkan kembali. Kami  tidak  akan mengubah dan menukarnya. Kami tidak  melakukan  syak  wasangka, kami tidak akan memungkiri janji, kami mentaati  Allah, mentaati  anda dan `Ali Amiru l-Mukminin dan para imam yang terdiri  dari anak cucunya yang anda telah  menyebutkannya  daripada zuriat anda dari salbinya. Selepasnya Hassan dan Husain di  mana kedua-duanya  aku  telah  memberitahu  kalian  tentang  kedudukan kedua-duanya  di sisiku dan kedudukan kedua-duanya di sisi  Allah A.W .
       Sesungguhnya aku telah melaksanakannya kepada kalian.  Sesungguhnya  kedua-duanya adalah imam selepas bapa mereka  berdua `Ali. Dan aku adalah bapa kedua-dua mereka sebelumnya.  Katakanlah: Kami mentaati Allah tentang perkara tersebut (imamah),  kami mentaati anda, `Ali, Hasan, Husain dan para imam yang  disebutkan oleh anda dengan perjanjian yang kukuh dan ikhlas untuk Amiru  l-Mukminin  dari  hati  kami, jiwa kami, dan  lidah  kami,  dengan "berjabat tangan" kami dengan orang yang melakukan kepada  kedua-duanya (Nabi dan `Ali A.S) dengan tangannya  dan mengakui  kedua-duanya dengan lidahnya. Kami tidak akan mengubah pendirian  kami selama-lamanya,Allah menjadi saksi terhadap kami. Dan  cukuplah Allah  menjadi saksi dan anda (Nabi s.`a.w.) juga  menjadi  saksi kepada  kami. Malah  setiap orang yang taat secara zahir  dan batin,  yang terdiri dari para Malaikat, bala tentera-Nya, hamba-hamba-Nya. Dan Allah yang Maha Besar menjadi saksi .
       Wahai manusia!Apa pendapat kalian sesungguhnya Allah mengetahui  setiap  suara yang tersembunyi.Maka sesiapa  yang memilih  petunjuk  adalah untuk dirinya. Dan siapa yang  sesat, sesungguh-nya dia memilih kesesatan itu. Dan siapa yang  memberi bai`ah  kepada  Allah, "tangan" Allah (kekuasaan Allah)  di  atas tangan-tangan mereka. Wahai manusia!  Bertakwalah kalian kepada Allah dan  berilah bai`ah kepada `Ali Amir al-Mukminin, Hasan, Husain dan para  imam yang  lain.
       Mereka merupakan kalimat yang  baik  selama-lamanya. Allah akan membinasakan orang yang mungkir janji dan akan memberi rahmat  kepada  orang yang menepati janji."Barang  siapa  yang melanggar  janjinya, nescaya akibat ia melanggar janji  itu  akan menimpa diri sendiri" (Surah al-Fath 48: 10). Wahai  manusia!Katakanlah sebagaimana aku  telah  katakan kepada kalian dan ucaplah salam bahagia kepada `Ali bagi memimpin kaum  mukminin.  Katalah "Kami mendengar, kami  taat,  keampunan kamu  wahai  Tuhan  dipinta dan kepada  kamulah  tempat  kembali" (Surah  al-Baqarah  2: 285). Dan katakanlah  "Segala  puji  bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada ini. Dan kami sekali-kali tidak  akan  mendapat  petunjuk kalau Allah  tidak  memberi  kamipetunjuk" (Surah al-A`raf 7: 43).
       Wahai manusia! Sesungguhnya kelebihan `Ali b. Abi Talib A.S adalah  di  sisi Allah A.W.  Sesungguhnya  Dia  telah  menurunkan kelebihannya di dalam al-Qur'an tidak terhitung banyaknya di satu peringkat.  Lantaran itu siapa di kalangan kalian yang  mengetahuinya, hendaklah mereka membenarkannya. Wahai  manusia!  Siapa yang mentaati Allah, Rasul-Nya, `Ali dan  para imam yang aku telah menyebutkan nama-nama mereka  kesemuanya, maka ia akan mendapat kejayaan yang besar . Wahai manusia! Orang yang terdahulu memberi bai`ah  kepada-nya,  mematuhinya,  menerimanya sebagai pemimpin  mukminin,  maka merekalah orang yang mendapat kejayaan di syurga. Wahai  manusia!  Katakanlah bahawa Allah tidak akan  meredai kata-kata penentangan kalian. Sekiranya kalian mengingkari malah jika seluruh penghuni bumi ini mengingkarinya,tidak akan sekali-kali memberi sebarang kemudaratan kepada Allah S.W.T.
       Seterusnya al-Tabarsi menulis: Lalu orang ramai menyeru Rasulullah (s.`a.w.) sambil berkata: Kami  mendengar  dan kami mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya dengan hati kami, lidah kami dan  tangan kami. Mereka datang berpusu-pusu  kepada  Rasulullah (s.`a.w.)  dan  `Ali  a.s. Lalu mereka  berjabat  tangan  dengan Rasulullah (s.`a.w.) dan `Ali a.s. Orang  pertama berjabat tangan dengan  Rasulullah  (s.`a.w.) ialah  Abu  Bakr, kedua `Umar, ketiga `Uthman, keempat Talhah, kelima  Zubair, orang-orang Muhajirin, Ansar  dan  orang ramai menurut martabat mereka sehingga solat Maghrib dan Isyak  dilakukan  secara  jamak dan berjamaah. Mereka meneruskan  bai`ah  dan berjabat tangan sebanyak tiga kali. Rasulullah (s.`a.w.) bersabda,  setiap kali mereka melakukan bai`ah kepadanya;Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kelebihan kepada kami di  atas  sekalian alam .

Ulasan

       Konsep Imamah (kepemimpinan) yang ditekankan oleh Rasulullah (s.`a.w.) di dalam khutbah Ghadir Khum adalah melalui nas  Allah  S.W.T. dan bukan melalui perlantikan atau pemilihan , ia memusatkan kepada dua belas imam yang didahului oleh Amir al-Mukminin  `Ali bin Abi Talib dan sebelas anak cucunya di mana mereka adalah dari keturunan Rasulullah (s.`a.w.) sendiri melalui Fatimah  a.s. Lantaran itu beliau  (s.`a.w.)  bersabda  "Zuriat  setiap  nabi  adalah dari salbinya, tetapi zuriatku dari salbi `Ali" . Lantaran itu beliau bersabda "Sesungguhnya Allah  telah melantik  `Ali  untuk  kalian  sebagai  wali,  imam  yang   wajib  ditaati" . Kemudian  beliau bersabda "Akulah Sirat al-Mustaqim di mana Dia memerintahkan kalian mengikutinya.  Kemudian `Ali  selepasku. Kemudian anak cucuku dari salbinya, para imam yang menjadi petunjuk kepada kebenaran .
       Sebenarnya konsep dua belas imam selepas kewafatan Rasulullah  (s.`a.w.)  telah diriwayatkan tidak terkira  banyaknya  oleh para  ulama  Ahl al-Sunnah di dalam buku-buku mereka  di  samping para  ulama Syi`ah.Umpamanya al-Bukhari telah meriwayatkan di dalam  Sahihnya  dengan perkataan "dua belas  amir".
       Al-Bukhari meriwayatkannya  daripada Jabir b. Samurah bahawa Nabi  (s.`a.w.) bersabda "selepasku dua belas amir". Muslim di dalam Sahih  misalnya meriwayatkannya daripada Jabir b. Samurah  sehingga dia berkata: Aku bersama bapaku  berjumpa  Nabi (s.`a.w.). Aku dengar Nabi (s.`a.w.) bersabda: "Urusan ini tidak akan selesai hingga berlaku kepada mereka dua belas khalifah"  . Al-Turmudhi di dalam Sunannya  meriwayatkannya dengan  lafaz amir bukan khalifah. Ahmad b. Hanbal di dalam Musnadnya  meriwayatkannya daripada Sya`bi daripada Masruq berkata: Kami berada di sisi `Abd Allah b. Mas`ud yang sedang memperdengarkan bacaan al-Qur'an kepada  kami. Tiba-tiba  seorang  lelaki  bertanya kepadanya: Wahai  Abu  `Abd Rahman! Adakah anda telah bertanya Rasulullah(s.`a.w.) berapakah umat ini memiliki khalifah?  `Abd Allah b.Mas`ud  menjawab: Tiada  seorangpun  bertanya  kepadaku  mengenainya  semenjak  aku datang ke Iraq sebelum anda.  Kemudian dia berkata: Ya!
       Sesungguhnya kami telah bertanya kepada Rasulullah (s.`a.w.)  mengenainya. Maka  beliau  (s.`a.w.) bersabda:  "Dua  belas  (Khalifah) seperti bilangan naqib Bani Isra'il". Al-Muttaqi  al-Hindi di dalam Kanz  al-`Ummal  meriwayatkan bahawa Nabi (s.`a.w.) bersabda: "Selepasku akan diikuti oleh  dua belas khalifah". Al-Qunduzi  al-Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah  meriwayatkan  bahawa  Jabir  b.  `Abdullah  berkata:  Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda: "Wahai Jabir!  Sesungguhnya para wasiku  dan para  imam  selepasku  pertamanya `Ali  kemudian  Hasan kemudian Husain kemudian `Ali b.Husain. Kemudian Muhammad b. `Ali  al-Baqir. Anda akan menemuinya wahai Jabir sekiranya anda  mendapatinya,  maka  sampailah salamku kepadanya. Kemudian  Ja`far  b. Muhammad,  kemudian Musa b. Ja`far, kemudian `Ali b. Musa, kemudian Muhammad b. `Ali, kemudian `Ali b. Muhammad, kemudian  Hasan  b.  `Ali.  Kemudian al-Qa'im namanya sama dengan namaku dan  kunyahnya  adalah  kunyahku, anak Hasan b. `Ali.   Dengan  beliaulah Allah akan "membuka" seluruh pelusuk bumi di Timur dan di  Barat, dialah  yang ghaib dari penglihatan. Tidak akan  percaya  kepada imamahnya  melainkan  orang yang diuji hatinya oleh  Allah  SWT".
       Jabir berkata: Wahai Rasulullah! Adakah orang ramai boleh mengambil  faedah darinya ketika ghaibnya? Beliau menjawab: "Ya!  Demi yang mengutuskan aku dengan kenabian sesungguhnya mereka  mengambil  cahaya daripada wilayahnya ketika ghaibnya,  seperti  orang ramai  mengambil  faedah dari matahari sekalipun ianya ditutupi awan".   Ini adalah di antara rahsia-rahsia ilmu Allah yang  tersembunyi.  Justeru itu rahsiakanlah mengenainya melainkan  kepada orang yang ahli.
       Demikianlah dikemukakan secara ringkas konsep imam dua belas menurut  riwayat  para  ulama Ahl al-Sunnah di dalam buku-bukumereka di mana ia adalah sejajar dengan khutbah Ghadir Khum. Memang tidak dapat dinafikan bahawa `Ali a.s sendiri telah mengemukakan khutbah atau hadis Ghadir Khum sebagai hujah kekhilafahan beliau selepas Rasulullah (s.`a.w.). Al-Khawarizmi di dalam Manaqibnya meriwayatkan bahawa Amir al-Mukminin `Ali telah menuntut jawatan khalifah dengan  mengemukakan beberapa soalan munasyadah kepada Ahli Syura pada tahun 23 H.
       Beliau bertanya: Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah di kalangan kalian di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepada-nya: Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka `Ali adalah maulanya Wahai Tuhan, hormatilah orang yang mewalikannya, tentangilah orang yang bermusuhan dengannya.  Tolonglah orang yang  menolong-nya.  Orang  yang hadir hendaklah menyampaikannya  kepada  orang yang tidak hadir selain daripadaku?   Mereka menjawab: Tidak  ada orang lain selain daripada anda. 
       Sulaim  b. Qais al-Hilali seorang tabi` meriwayatkan  bahawa beliau  melihat Amir al-Mukminin `Ali a.s di Masjid Madinah di zaman pemerintahan Khalifah `Uthman b. `Affan dan dua ratus lebih para sahabat sedang bercakap-cakap dan bermuzakarah tentang  ilmu  dan  kezuhudan.Mereka menyebut kelebihan Quraisy tentang orang yang  pertama  memeluk  Islam dan berhijrah dengan  sabda-sabda Rasulullah  (s.`a.w.) tentang mereka. `Ali hanya  berdiam diri kemudian beliau bertanya kepada mereka: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui tentang sebab turunnya "Wahai orang-orang  yang  beriman!  Taatlah kamu kepada  Allah,  taat  kamu kepada Rasulullah dan Uli al-Amr daripada kamu" (Surah  al-Nisa' 4:59).
       Orang ramai menjawab: Wahai Rasulullah adakah ia  diturunkan secara  khusus  untuk sebahagian mukminin?  Atau ia  umum  kepada semua  mukminin? Justeru itu Allah  A.W  memerintahkan  nabi-Nya supaya memberitahu mereka tentang Uli al-Amr mereka, dan  menafsirkan  kepada mereka tentang al-Wilayah sebagaimana beliau  menafsirkan  kepada  mereka  solat mereka, zakat  mereka  dan  haji mereka. Dan   beliaulah  yang  melantik  aku   untuk   menjadi imam atau khalifah kepada mereka selepas Ghadir Khum. Kemudian beliau memberi  khutbahnya dan bersabda: "Wahai  manusia! Sesungguhnya Allah  telah  mengutus aku dengan satu misi  yang  mencemaskan kerana aku menyangka orang ramai akan membohongiku.
       Justeru  itu aku berjanji pada diriku sendiri supaya aku tidak menyampaikannya atau Dia menyeksaku . Kemudian beliau memerintahku supaya solat dilakukan secara jamak dan berjamaah. Kemudian  beliau  berkhutbah: Wahai  manusia  adakah  kalian mengetahui sesungguhnya Allah adalah maulaku, aku maula  mukminin dan  aku adalah lebih aula daripada diri mereka sendiri?   Mereka menjawab: Ya! wahai Rasulullah. Dia bersabda: Berdirilah  wahai  `Ali,  maka  aku (`Ali)pun berdiri.Kemudian  beliau  bersabda: Siapa  yang menjadikan aku maulanya, maka `Ali  adalah  maulanya. Wahai  Tuhanku! Hormatilah orang yang  mewalikannya.  Tentang orang yang bermusuhan dengannya. Maka Salman berdiri dan bertanya: Wahai Rasulullah taat kepada Uli al-Amr seperti siapa? Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Ketaatan kepada Uli al-Amr sepertilah mentaatiku.   Kemudian  turun ayat "Hari ini  aku  menyempurnaka  agama kamu".
       Maka Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Allah akbar, dengan ini sempurnalah kenabianku dan lengkaplah agama Allah dengan  wilayah `Ali selepasku. Lantas Abu Bakr dan `Umar bertanya: Adakah  ayat tersebut khusus untuk `Ali `a.s?  Beliau menjawab: Ya, ianya untuk `Ali dan para wasiku sehinggalah hari kiamat. Abu Bakr dan `Umar meminta  penjelasan lagi. Wahai Rasulullah, terangkanlah kepada kami.`Ali  adalah  saudaraku,  wazirku,  pewarisku,   wasiku, khalifahku  pada umatku dan wali setiap mukmin selepasku.   
       Kemudian  anak  lelakiku  Hasan, kemudian  Husain  kemudian  sembilan daripada  anak  lelakiku  Husain satu  selepas  satu.   Al-Qur'an bersama  mereka dan mereka bersama al-Qur'an.  Mereka tidak  akan berpisah  daripadanya  dan ia (al-Qur'an) tidak  akan  memisahkan mereka sehingga mereka dikembalikan kepadaku di Haud.  Lalu  para sahabat menjawab: Wahai Tuhanku sesungguhnya kami telah mendengar demikian itu dan kami naik saksi di atas apa yang diucapkan  oleh anda (`Ali) .
       Ali  a.s juga telah mengulangi khutbah atau hadis Nabi di Ghadir  Khum   semasa beliau mula menjadi khalifah di Rahbah di Kufah pada tahun35 H. Ahmad b. Hanbal meriwayatkan bahawa `Ali a.s berkata: Aku menyeru kerana Allah bagi setiap orang yang mendengar  Rasulullah (s.`a.w.) bersabda di hari al-Ghadir supaya berdiri dan  memper saksikan  apa yang telah didengarinya. Dan tidak  boleh  berdiri melainkan orang yang melihatnya (Nabi s.`a.w.) dengan matanya dan mendengar dengan kedua-dua telinganya. Lantas tiga puluh sahabat berdiri termasuk dua belas orang yang telah mengambil bahagian di dalam  peperangan Badar.  Mereka telah menyaksikan bahawa  beliau (s.`a.w.)  telah  memegang `Ali dengan  tangannya  dan  bersabda kepada orang ramai,di antaranya: Tidakkah anda mengetahui bahawa sesungguhnya  aku  lebih  aula dengan  mukminin  daripada  mereka sendiri?
       Mereka menjawab: Ya.Kemudian beliau (s.`a.w.) bersabda  lagi:  Siapa yang telah menjadikan aku  maulanya, maka  `Ali adalah maulanya .
       Adalah  diriwayatkan  bahawa terdapat para  sahabat  seperti Anas b. Malik dan lain-lain yang enggan memberi penyaksian tersebut di mana `Ali a.s berkata kepadanya: Kenapa anda tidak berdiri  bersama  sahabat-sahabat Rasulullah (s.`a.w.) yang lain untuk memberi penyaksian kepada apa yang telah anda dengari daripadanya di hari itu?
Dia menjawab: Wahai Amir al-Mukminin, aku telah tua dan  pelupa pula.  Lantas `Ali a.s berkata: Jika anda  berbohong, nescaya  Allah  akan mengenakan anda  dengan  penyakit  keputihan kulit yang tidak dapat ditutupi serban. Dia tetap dengan pendiriannya sehingga mukanya dihinggapi keputihan kanser. Selepas itu dia berkata: Aku ditimpa penyakit ini disebabkan berkat doa hamba yang salih  .
       Di  sini  dikemukakan sebahagian dari  para  sahabat  yang melihat sendiri Rasulullah (s.`a.w.) dan mendengar khutbah beliau (s.`a.w.) di Ghadir Khum. Kemudian memberi penyaksian mereka  di hadapan  Amir  al-Mukminin `Ali b. Abi Talib  di  Rahbah  seperti berikut:

1. Abu Zainab b. `Auf al-Ansari.
2. Abu `Umrah b. `Amru b. Muhsin al-Ansari.
3. Abu Fadalah al-Ansari. Beliau mati syahid di dalam peperanganSiffin  di pihak Amir al-Mukminin `Ali a.s dan  terlibat  di dalam Peperangan Badr.
4. Abu Qudamah al-Ansari. Beliau mati syahid di dalam peperangan al-Siffin di pihak Amir al-Mukminin `Ali a.s.
5. Abu Laila al-Ansari.  Beliau mati syahid di dalam  peperangan al-Siffin di pihak Amir al-Mukminin `Ali a.s.
6. Abu Hurairah al-Dusi.
7. Abu al-Haitham  Ibn al-Taihan. Beliau mati  syahid di  dalapeperangan al-Siffin di pihak Amir al-Mukminin `Ali a.s.  dan terlibat dalam Peperangan Badr.
8. Thabit b. al-Wadi`ah al-Ansari al-Khazraji al-Madani.
9. Hubsyi b. Janadah al-Saluli.
10. Abu Ayyub Khalid al-Ansari. Beliau terlibat dalam  peperangan Badr.
11. Khuzaimah b. Thabit al-Ansari, Dhu al-Syahadataini. Beliau mati  syahid  di dalam peperangan al-Siffin dan  terlibat  di dalam peperangan Badr.
12. Abu Syurah Khuwailid `Amru al-Khuza`i.Wafat ketika berusia 68 tahun.
13. Zaid atau Yazid b. Syarahil al-Ansari.
14. Sahal b. Hanif  al-Ansari al-Ausi. Wafat ketika berusia 38 tahun dan terlibat di dalam peperangan Badr.
15. Abu Sa`id Sa`d b. Malik al-Khudri al-Ansari.
16. Abu `Abbas Sahl b. Sa`d al-Ansari. Wafat ketika  berusia  91 tahun.
17. Amir b. Laila al-Ghaffari.
18. `Abd al-Rahman b. Rabb al-Ansari.
19. `Abdullah b. Thabit al-Ansari.  Khadam Rasulullah (s.`a.w.).
20. `Ubaid b. `Azib al-Ansari.
21. Abu Tarif `Adi b. Hatim.
22. `Uqbah b. `Amir al-Jahani. Beliau wafat  ketika berusia  68 tahun. Dan di kalangan orang yang mati di pihak Mu`awiah.
23. Nahiyah b. `Amr al-Khuza`i.
24. Nu`man b. `Ajalan al-Ansari .
`Ali juga mengulangi  khutbah atau hadis Ghadir Khum  pada  hari Peperangan Jamal tahun 36 H.  Beliau bertanya Talhah: Aku menyeru anda, adakah anda mendengar Rasulullah (s.`a.w.) bersabda:  Siapa yangmenjadikan aku maulanya, maka `Ali maulanya. Wahai  Tuhanku! Hormatilah  orang  yang mewalikannya dan tentangilah  orang  yang memusuhinya? Talhah menjawab:Ya. `Ali berkata: Kenapa  anda memerangiku? Talhah menjawab: Aku tidak ingat. Beliau  berkata: Talhah telah pergi darinya 
       Amir al-Mukminin mengulang kembali khutbah atau hadis Ghadir Khum di Kufah pada tahun 36-37 H. di mana sekumpulan lelaki mengulangi kembali hadis Ghadir al-Khum di hadapan Amir al-Mukminin `Ali ,. Begitu  juga  Fatimah al-Zahra, Hasan, Husain  dan  sembilan para imam Ahl al-Bait Rasulullah (s.`a.w.) berhujah dengan  hadis  al-Ghadir dan lain-lain,  seperti hadis al-Thaqalain, al-Safinah, al-Manzilah,  al-Tair,  al-Dar, Madinah  al-`Ilm  dan  lain-lain. Semuanya menjelaskan kekdudukan kelebihan para imam dua belas.  Adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa  Amir al-Mukminin  `Ali mempunyai keilmuan yang tinggi dan diakui  oleh Rasulullah (s.`a.w.).Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Aku adalah bandar ilmu, `Ali adalah pintunya" .
       Ketinggian  ilmu  dan bahasa yang diucapkan  oleh  Amir  al-Mukminin  `Ali  b.  Abi Talib terserlah  di  dalam  ucapan-ucapan beliu 
di mana pada suatu hari beliau diminta  oleh  sebahagian  para  sahabatnya supaya memberitahu mereka  tentang  keilmuannya. Amir al-Mukminin menjawab: Sesungguhnya ucapanku sukar dan menyukarkan (Sa`bun wa Mustas`abun) di mana ia tidak  akan  difahami melainkan oleh  orang  yang alim  (al-`Alimun). Tetapi  mereka  mendesak  beliau  supaya memberi suatu  ucapan  kata-kata  hikmah kepada  mereka.  
       Lalu beliau menjemput mereka ke rumahnya, kemudian  beliau  berucap: Akulah yang telah tinggi (`Alautu), maka akulah yang memaksa, (Qahartu); akulah yang menghidupkan (Uhyi)  dan mematikan (Umitu), akulah yang pertama (al-Awwal) dan  terakhir (al-Akhir), Zahir (al-Zahir) dan batin (al-Batin). Lantas  mereka  memarahi beliau dan  berkata:  Beliau  telahkafir  (kafara) lalu mereka berdiri untuk keluar  dari  rumahnya. `Ali  a.s  berkata kepada pintu: Wahai pintu,  peganglah  mereka.  Maka pintu itu tertutup dengan sendiri. Beliau berkata: Tidakkah aku telah berkata kepada kalian bahawa ucapanku sukar dan  menyukarkan, di mana ia tidak dapat difahami melainkan oleh orang yang alim?  Datang kemari, aku akan menjelaskannya kepada kalian.
       Adapun ucapanku: Akulah yang telah tinggi  (`Alautu), maka akulah  yang  telah  memaksa (Qahartu), maka  akulah  yang  telah meninggikan (Alautu) kalian dengan pedangku ini. Maka aku memaksa (Qahartu)  kalian sehingga kalian beriman  kepada  Allah  dan Rasul-Nya. Adapun ucapanku: Akulah yang menghidupkan (Uhyi) dan mematikan  (Umitu),  maka akulah yang menghidupkan (Uhyi) Sunnah  dan mematikan (Umitu) bid`ah. Adapun ucapanku: Akulah yang pertama (al-Awwal), maka akulah orang  yang pertama (al-Awwal) beriman kepada Allah  dan  memeluk Islam.
       Adapun ucapanku: Akulah orang yang terakhir (al-Akhir), maka akulah orang yang terakhir (al-Akhir) mengenakan pakaian ke  atas  Nabi (s.`a.w.) dan mengkafankannya. Adapun  ucapanku: Akulah zahir (al-Zahir)  dan  batin  (al-Batin), maka di sisi akulah ilmu zahir dan batin. Kemudian para sahabatnya mengeluh seraya berkata: Anda telah menyelamatkan kami semoga Allah menyelamatkan anda .
       Jikalaulah sebahagian para sahabat Amir al-Mukminin `Ali a.s  sukar  untuk memahami ucapan-ucapan beliau, orang-orang di  zaman kita  ini  lebih  sukar untuk memahaminya. Justeru  itu  mereka melontarkan  kata-kata kafir kepada Syi`ah Amir al-Mukminin  `Ali a.s pula dengan alasan Amir al-Mukminin `Ali tidak berkata  demikian.   Hanya Syi`ah `Ali sahaja yang mengaitkan ucapan tersebut Perbezaannya yang pertama (sebahagian para sahabat `Ali a.s) mengkafirkan  `Ali  sendiri kerana ucapannya.   Sementara  orang-orang  Islam tertentu di zaman ini, menafikan kata-kata  itu  dikaitkan  kepada  `Ali a.s.  
       Sebaliknya menyatakan  bahawa  ucapan tersebut  hanya  direka-reka oleh Syi`ah (`Ali).  Lantas  mereka mengkafirkan  Syi`ah. Jikalaulah mereka  benar-benar  mengetahui bahawa  ucapan  tersebut  datangnya daripada  `Ali  a.s  sendiri, kemungkinan  mereka akan melakukan perkara yang sama  sebagaimana yang  telah dilakukan oleh sebahagian para sahabat `Ali  terhadap beliau sendiri kerana mereka bukanlah terdiri daripada orang yang mempunyai  ilmu yang tinggi,  malah mereka hanya  dapat  memahami sesuatu  secara mendatar.  Meskipun begitu mereka adalah  sahabat Amir  al-Mukminin `Ali dan kemungkinan di kalangan mereka  adalah  sahabat Rasulullah (s.`a.w.) sendiri.
       Di sini dikemukakan nama-nama perawi khutbah atau hadis  Ghadir  Khum di kalangan para sahabat Rasulullah (s.`a.w.) tentang  perlantikan `Ali sebagai khalifah secara langsung selepas Rasulullah (s.`a.w.)  sebagaimana sabdanya: "Siapa yang menjadikan aku  maulanya, maka `Ali adalah maulanya".



Nama-nama perawi Hadis Ghadir Khum

       Nama-nama perawi hadis Ghadir al-Khum telah  diriwayatkan oleh para ulama Ahl al-Sunnah di dalam  buku-buku mereka seperti berikut:

1. Abu Hurairah al-Dausi  (w. 57/58/59 H).   Diriwayatkan  oleh al-Khatib  al-Baghdadi  di dalam Tarikh Baghdad,  VII,  hlm. 290.  Al-Khawarizmi di dalam Manaqibnya, hlm. 130. Ibn  Hajr di dalam Tahdhib al-Tahdhib, VII, hlm. 327.
2. Abu Laila Al-Ansari (w. 37 H).  Diriwayatkan oleh  al-Khawarizmi,  di  dalam Manaqibnya, hlm. 35.  Al-Suyuti  di  dalam  Tarikh al-Khulafa', hlm. 14.
3.  Abu  Zainab bin `Auf al-Ansari.  Diriwayatkan oleh  Ibn  al-Athir  di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307. Ibn  Hajr  di dalam al-Isabah, III, hlm. 408.
4. Abu Fadhalah  al-Ansari, sahabat Nabi  (s.`a.w.)  di  dalam peperangan  Badr.  Di antara orang yang  memberi  penyaksian kepada  `Ali  a.s  dengan hadis al-Ghadir  di  hari  Rahbah. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah,  III, hlm. 307.
5.  Abu Qudamah al-Ansari. Di antara orang yang menyahut seruan `Ali a.s di hari Rahbah. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir  di  dalam Usd al-Ghabah, V, hlm. 276.
6.  Abu `Umrah bin `Umru bin Muhsin al-Ansri. Diriwayatkan oleh  Ibn  al-Athir  di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307. Di  antara  yang  menjadi saksi kepada `Ali a.s di  hari  Rahbah  dengan hadis al-Ghadir.
7.  Abu l-Haitham bin al-Taihan meninggal dunia di  dalam  pepe rangan al-Siffin tahun 37 H.  Diriwayatkan oleh al-Qadhi  d dalam Tarikh Ali Muhammad, hlm. 62.
8.  Abu Rafi` al-Qibti, hamba Rasulullah (s.`a.w.).   Diriwayakan  oleh  al-Khawarizmi di dalam Maqtal dan  Abu  Bakr  al-Ja`abi di dalam Nakhbnya.
9.  Abu Dhuwaib Khuwailid atau Khalid bin Khalid bin Muhrith al-Hazali wafat di dalam pemerintahan Khalifah `Uthman.   Diriwayatkan  oleh  Ibn `Uqdah di dalam Hadis  al-Wilayah,  al-Khawrizmi di dalam Maqtal.
10.  Abu Bakr bin Abi Qahafah al-Taimi (w. 13  H).   Diriwayatka oleh Ibn Uqdah dengan sanad-sanadnya di dalam Hadis  al-Wlayah,  Abu Bakr al-Ja`abi di dalam al-Nakhb, al-Mansur  al-Razi  di  dalam kitabnya Hadis  al-Ghadir,  Syamsuddin  al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna al-Matalib, hlm. 3 di antara perawi-perawi hadis al-Ghadir.
11. Usamah  bin Zaid bin al-Harithah al-Kalbi (w. 54  H).  Diriwayatkan di dalam Hadis al-Wilayah dan Nakhb al-Manaqib.
12. `Ubayy bin Ka`ab al-Ansari al-Khazraji (w. 30/32  H).  Diriwayatkan  oleh  Abu Bakr al-Ja`bi dengan  sanad-sanadnya  di dalam Nakhb al-Manaqib.
13. As`ad bin Zararah al-Ansari.  Diriwayatkan  oleh  Syamsuddin al-Jazari di dalam Asna al-Matalib, hlm. 4.
14. Asma` binti `Umais al-Khath`amiyyah. Diriwayatkan oleh  Ibn`Uqdah dengan sanad-sanadnya di dalam Hadis al-Wilayah
5. Umm  Salmah isteri Nabi (s.`a.w.).   Diriwayatkan  oleh  al-Qunduzi l-Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 40.
16. Umm Hani` binti Abi Talib.  Diriwayatkan oleh al-Qunduzi  l-Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 40 dan Ibn  `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah dengan sanad-sanadnya.
17. Abu Hamzah Anas bin Malik al-Ansari al-Khazraji hamba  Rasulullah (s.`a.w.) (w. 93 H). Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi di dalam Tarikhnya, VII, hlm. 377; Ibn Qutaibah  di dalam  al-Ma`arif, hlm. 291; al-Suyuti di dalam  Tarikh  al-Khulafa', hlm.114.
18. Al-Barra' bin `Azib al-Ansari al-Ausi (w. 72 H). Diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, IV, hlm.  281,Ibn Majah di dalam Sunan, I, hlm. 28-29.
19. Baridah bin al-Hasib  Abu Sahl al-Aslami  (w. 63 H). Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak, III, hlm. 110; al--Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa', hlm. 114.
20. Abu Sa`id Thabit bin Wadi`ah al-Ansari al-Khazraji  al-Madani.  Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd  al-Ghabah,
III, hlm. 307.
21. Jabir bin Samurah bin Janadah Abu Sulaiman al-Sawa`i (w.  70H).  Diriwayatkan oleh al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 398.
22. Jabir bin `Abdullah al-Ansari (w. 73/74/78 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Abd al-Birr di dalam al-Isti`ab, II, hlm. 473; Ibn Hajr di dalam Tahdhib al-Tahdhib, V, hlm. 337.
23. Jabalah bin  `Amru al-Ansari. Diriwayatkan oleh  Ibn `Uqdah dengan sanad-sanadnya di dalam Hadis al-Wilayah.
24. Jubair bin Mut`I
m bin `Adi al-Qurasyi al-Naufali  (w. 57/58/59H).  Diriwayatkan  oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 31, 336.
25. Jarir bin `Abdullah bin Jabir al-Bajali (w. 51/54 H).Diriwayatkan  oleh al-Haithami di dalam Majma`  al-Zawa'id ,  IX,hlm. 106.
26.  Abu Dhar Jundab Janadah al-Ghaffari (w. 31 H).  Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah;  Syamsuddin  al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib, hlm. 4.
27. Abu Junaidah Janda`  bin `Amru  bin  Mazin al-Ansari.Diri-wayatkan  oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, I,  hlm.308.
28.Hubbah bin Juwain Abu Qudamah al-`Arani (w.76-79H).  Diriwayatkan  oleh al-Haithami di dalam Majma`  al-Zawa'id, IX,hlm.  103;  al-Khatib al-Baghdadi di dalam  Tarikh  Baghdad, VIII, hlm. 276.
29. Hubsyi bin Janadah al-Jaluli. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di  dalam  Usd al-Ghabah, III, hlm. 307; V,  hlm.  203; Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, V, hlm. 211.
30. Habib bin Badil  bin Waraqa` al-Khaza`i.  Diriwayatkan  oleh Ibn  al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, I, hlm. 368; Ibn  Hajr di dalam al-Isabah, I, hlm. 304
31.Huzaifah bin Usyad Abu Sarihah al-Ghaffari(w.40/42  H), diriwayatkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi, di dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 38.
32. Huzaifah bin al-Yamani (w. 36 H). Diriwayatkan oleh Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib, hlm. 40.
33. Hasan bin Thabit.Salah seorang penyair al-Ghadir pada abad pertama hijrah.
34. Imam  Mujtaba  Hasan bin `Ali a.s. Diriwayatkan  oleh  Ibn`Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah dan Abu Bakr al-Ja`abi  di dalam al-Nakhb.
35. Imam Husain bin `Ali a.s.  Diriwayatkan oleh Abu  Nu`aim  di dalam Hilyah al-Auliya', IX, hlm. 9.
36. Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari (w. 50/51/52  H). Diriwayatkan  oleh Muhibbuddin al-Tabari di dalam al-Riyadh  al-Nadhirah, I, hlm. 169; Ibn al-Athir di dalam Usd  al-Ghabah,V, hlm. 6 dan lain-lain.
37. Abu Sulaiman Khalid bin al-Walid al-Mughirah al-Makhzumi (w.21/22 H).  Diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Ja`abi di dalam al-Nakhb.
38. Khuzaimah  bin Thabit al-Ansari Dhu al-Syahadataini  (w.  37H). Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd  al-Ghabah,III, hlm. 307 dan lain-lain.
39. Abu  Syuraih Khuwailid Ibn `Umru al-Khaza`i (w. 68  H).Di antara orang yang menyaksikan Amiru l-Mukminin dengan hadis
al-Ghadir.
40. Rifalah bin `Abd al-Mundhir al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah dengan sanad-sanadnya di dalam Hadis al-Wilayah.
41. Zubair bin al-`Awwam al-Qurasyi (w. 36 H).Diriwayatkan oleh Syamsuddin  al-Jazari  al-Syafi`i di dalam  Asna  l-Matalib,
hlm. 3.
42. Zaid  bin Arqam al-Ansari al-Khazraji (w. 66/68  H).   Diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, IV,  hlm.368 dan lain-lain.
43. Abu Sa`id Zaid bin Thabit (w. 45/48 H).Diriwayatkan  oleh Syamsuddin  al-Jazari  al-Syafi`i di dalam  Asna  l-Matalib,hlm. 4 dan lain-lain.
44. Zaid Yazid bin  Syarahil al-Ansari. Diriwayatkan oleh  Ibn al-Athir  di dalam Usd al-Ghabah, II, hlm. 233; Ibn Hajr  di dalam al-Isabah, I, hlm. 567 dan lain-lain.
45. Zaid bin `Abdullah al-Ansari.Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah dengan sanad-sanadnya di dalam Hadis al-Wilayah.
46.  Abu Ishak Sa`d bin Abi Waqqas (w. 54/56/58 H).  Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak , III, hlm. 116 dan lain-lain.
47. Sa`d bin Janadah al-`Aufi bapa kepada `Atiyyah al-`Aufi. Diriwayatkan  oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah , dan lain-lain.
48.  Sa`d bin `Ubadah al-Ansari al-Khazraji (w. 14/15  H). Diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Ja`abi di dalam Nakhb.
49. Abu Sa`id Sa`d  bin Malik al-Ansari al-Khudri  (w.63/64/65H).  Diriwayatkan  oleh al-Khawarizmi di  dalam  Manaqibnya, hlm. 8; Ibn Kathir di dalam Tafsirnya, II, hlm. 14 dan lain-lain.
50. Sa`id bin Zaid al-Qurasyi `Adwi (w. 50/51 H). Diriwayatkan oleh Ibn al-Maghazili di dalam Manaqibnya.
51. Sa`id bin Sa`d bin `Ubadah al-Ansari.Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah.
52. Abu `Abdullah Salman al-Farisi (w. 36/37 H). Diriwayatkan oleh  Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna  l-Matalib, hlm. 4 dan lain-lain.
53. Abu Muslim Salmah  bin `Umru bin al-Akwa` al-Islami  (w. 74H).  Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah dengan  sanad-sanadnya  didalam Hadis al-Wilayah.
54. Abu Sulaiman Samurah bin Jundab al-Fazari (w.58/59/60  H). Diriwayatkan  oleh Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di  dalam Asna l-Matalib, hlm. 4 dan lain-lain.
55. Sahal  bin Hanif al-Ansari al-Awsi (w. 38 H). Diriwayatkan  oleh  Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna  l-Matalib, hlm. 4 dan lain-lain.
56. Abu `Abbas Sahal  bin Sa`d al-Ansari  al-Khazraji  al-Sa`idi (w. 91H). Diriwayatkan oleh al-Qunduzi l-Hanafi di  dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 38 dan lain-lain.
57. Abu Imamah al-Sadiq Ibn `Ajalan al-Bahili (w. 86 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah.
58.  Dhamirah  al-Asadi. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah  di  dalam Hadis al-Wilayah.
59.  Talhah bin `Ubaidillah al-Tamimi wafat pada tahun 35  Hijrah di dalam Perang Jamal. Diriwayatkan oleh al-Mas`udi di dalam Muruj  al-Dhahab, II, hlm. 11;  al-Hakim di dalam  al-Mustadrak, III, hlm. 171 dan lain-lain.
60. `Amir bin `Umair al-Namiri. Diriwayatkan oleh Ibn  Hajr  di dalam al-Isabah, II, hlm. 255.
61. `Amir bin Laila bin Dhumrah. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 92 dan lain-lain.
62. `Amir bin Laila al-Ghaffari. Diriwayatkan oleh Ibn Hajr  di dalam al-Isabah, II, hlm. 257 dan lain-lain.
63. Abu Tufail `Amir bin Wathilah. Diriwayatkan oleh  Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, I, hlm. 118; al-Turmudhi di dalam Sahihnya, II, hlm. 298 dan lain-lain.
64. `Aisyah  binti  Abu  Bakr  bin  Abi  Qahafah,  isteri   Nabi (s.`a.w.).  Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah.
65. `Abbas  bin `Abdu l-Muttalib bin Hasyim  bapa  saudara Nabi (s.`a.w.). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah.
66.  `Abdu al-Rahman  bin `Abd Rabb al-Ansari.  Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307; Ibn Hajr di dalam al-Isabah, II, hlm. 408 dan lain-lain.
67. Abu Muhammad bin `Abdu al-Rahman bin Auf al-Qurasyi al Zuhri (w.  31  H). Diriwayatkan oleh  Syamsuddin  al-Jazari  al-Syafi`i di dalam Asna al-Matalib, hlm. 3 dan lain-lain.
68. `Abdu al-Rahman bin Ya`mur al-Daili. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah dan lain-lain.
69. `Abdullah  bin  Abi `Abd al-Asad  al-Makhzumi. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah.
70.  `Abdullah bin Badil bin Warqa' Sayyid Khuza`ah. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah.
71. `Abdullah bin Basyir al-Mazini. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah.
72. `Abdullah bin Thabit al-Ansari. Diriwayatkan oleh  al-Qadhi di dalam Tarikh Ali Muhammad, hlm. 67.
?73. `Abdullah bin Ja`far bin Abi Talib al-Hasyim (w. 80 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah.
74. `Abdullah  bin Hantab al-Qurasyi  al-Makhzumi. Diriwayatkan oleh al-Suyuti di dalam Ihya' al-Mayyit.
75. `Abdullah bin Rabi`ah.  Diriwayatkan oleh  al-Khawarizmi  di dalam Maqtalnya.
76. `Abdullah bin `Abbas (w. 68 H). Diriwayatkan oleh al-Nasa`i di dalam al-Khasa`is, hlm. 7 dan lain-lain.
77. `Abdullah bin Ubayy Aufa `Alqamah al-Aslami (w.86/87H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah.
78. Abu `Abd al-Rahman `Abdullah  bin  `Umar  bin al-Khattab al- `Adawi (w. 72/73 H). Diriwayatkan oleh al-Haithami di dalam Majma` al-Zawa'id, IX, hlm. 106 dan lain-lain.
79. Abu `Abdu al-Rahman `Abdullah bin Mas`ud al-Hazali (w. 32/33H).   Diriwayatkan  oleh  al-Suyuti  di  dalam  al-Durr  al-Manthur, II, hlm. 298 dan lain-lain.
80. `Abdullah bin Yamil. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 274;  Ibn Hajr di dalam  al-Isabah, II, hlm. 382 dan lain-lain.
81. `Uthman bin `Affan (w. 35 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah
di dalam Hadis al-Wilayah dan lain-lain.
82.`Ubaid bin `Azib al-Ansari, saudara al-Bara' bin  `Azib.  Di antara  orang yang membuat penyaksian kepada `Ali a.s di Rahbah.  Diriwayatkan  oleh Ibn al-Athir di  dalam  Usd  al-Ghabah, III, hlm. 307.
83.  Abu Tarif `Adi bin Hatim (w. 68 H).  Diriwayatkan  oleh  al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 38  dan lain-lain.
84.  `Atiyyah bin Basr al-Mazini. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah.
85. `Uqbah bin `Amir al-Jauhani. Diriwayatkan oleh  al-Qadhi di dalam Tarikh Ali Muhammad, hlm. 68.
86. Amiru l-Mukminin `Ali bin Abi Talib a.s. Diriwayatkan  oleh Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, I, hlm. 152; al-Haithami  di dalam Majma` al-Zawa'id, IX, hlm. 107;  al-Suyuti  di dalam Tarikh al- Khulafa', hlm. 114; Ibn Hajr di dalam  Tahdhib  al-Tahdhib, VII, hlm. 337; Ibn Kathir di  dalam  al-Bidayah wa al-Nihayah, V, hlm. 211 dan lain-lain.
87. Abu Yaqzan `Ammar bin Yasir (w. 37H).Diriwayatkan  oleh Syamsuddin  al-Jazari al-Syafi`i di dalam  Asna  al-Matalib, hlm. 4 dan lain-lain.
88. `Ammarah al-Khazraji al-Ansari. Diriwayatkan oleh al-Haithami di dalam Majma` al-Zawa'id, IX, hlm. 107 dan lain-lain.
89. `Umar bin Abi Salmah bin `Abd al-Asad al-Makhzumi (w. 83 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah.
90. `Umar bin al-Khattab (w. 23 H). Diriwayatkan oleh  Muhibbuddin al-Tabari di dalam al-Riyadh al-Nadhirah, II, hlm.  161; Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, VII, hlm.  349 dan lain-lain.
91. Abu Najid `Umran bin Hasin al-Khuza`i (w. 52 H). Diriwayatkan  oleh syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna  al-Matalib, hlm. 4 dan lain-lain.
92. `Amru bin al-Humq al-Khuza`i al-Kufi (w. 50 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah.
93. `Amru  bin  Syarhabil.Diriwayatkan oleh al-Khawarizmi di dalam Maqtalnya.
94. `Amru bin al-`Asi.  Diriwayatkan oleh Ibn Qutaibah di dalam al-Imamah wa al-Siyasah, hlm. 93 dan lain-lain.
95.`Amru bin Murrah al-Juhani Abu Talhah atau Abu Maryam. Diri-wayatkan  oleh al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz  al-`Ummal, VI, hlm. 154 dan lain-lain.
96. Al-Siddiqah Fatimah binti Nabi (s.`a.w.).Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah dan lain-lain.
97. Fatimah binti Hamzah bin `Abdu l-Muttalib. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah.
98. Qais bin Thabit bin Syamas al-Ansari. Diriwayatkan oleh  Ibn al-Athir  di dalam Usd al-Ghabah, I, hlm. 368;  Ibn Hajr  di dalam al-Isabah, I, hlm. 305 dan lain-lain.
99. Qais bin Sa`d bin `Ubadah al-Ansari al-Khazraji. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah.
100. Abu Muhammad Ka`ab bin `Ajrah al-Ansari al-Madani (w. 51 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah.
101.Abu Sulaiman Malik  bin  al-Huwairath al-Laithi  (w. 84  H). Diriwayatkan  oleh  al-Suyuti di dalam  Tarikh  al-Khulafa', hlm. 114 dan lain-lain.
102. Al-Miqdad bin `Amru al-Kindi al-Zuhri (w. 33 H). Diriwayatkan  oleh  Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah  dan  lain-lain.
103. Najiah bin`Amru al-Khuza`i. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di  dalam Usd al-Ghabah, V, hlm. 6;  Ibn Hajr di  dalam  al-Isabah, III, hlm. 542 dan lain-lain.
104. Abu Barzah Fadhlah  bin `Utbah al-Aslami (w. 65 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah.
105. Na'mar bin `Ajalan al-Ansari. Diriwayatkan oleh al-Qadhi  di dalam Tarikh Ali Muhammad, hlm. 68 dan lain-lain.
106. Hasyim al-Mirqal Ibn`Utbah  bin Abi Waqqas al-Zuhri (w.  37H).  Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd  al-Ghabah, I, hlm. 366; Ibn Hajr di dalam _al-Isabah, I, hlm. 305.
107. Abu Wasmah Wahsyiy bin Harb al-Habsyi al-Hamsi. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah.
108. Wahab bin Hamzah.Diriwayatkan oleh al-Khawarizmi pada Fasal Keempat di dalam Maqtalnya.
109. Abu Juhaifah Wahab bin`Abdullah al-Suwa'i (w. 74 H).  Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadis al-Wilayah.
110. Abu Murazim Ya'li  bin Murrah bin Wahab al-Thaqafi. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah , II, hlm.233; Ibn Hajr di dalam al-Isabah , III, hlm. 542 .
       Demikianlah  dikemukakan  kepada  kalian 110 perawi-perawi hadis  al-Ghadir  di kalangan para sahabat  mengenai  perlantikan `Ali `a.s sebagai imam atau khalifah secara langsung selepas Rasulullah  (s.`a.w.), oleh ulama kita Ahl al-Sunnah di dalam  buku-buku mereka.  Oleh itu ianya sudah mencapai ke peringkat  kemutawatirannya.  Kemudian diikuti pula oleh 84 perawi-perawi dari golongan para Tabi`in yang meriwayatkan hadis al-Ghadir serta 360 perawi-perawi di  kalangan para ulama Sunnah  yang  meriwayatkan  hadis tersebut di dalam buku-buku mereka. Malah terdapat 26 pengarang dari  kalangan para ulama Ahl al-Sunnah yang mengarang  buku-buku tentang hadis al-Ghadir .


Kesimpulan

       Khutbah  atau Hadis Rasulullah (s.`a.w.) di Ghadir Khum pada 18hb. Dhu  l-Hijjah tahun 10 Hijrah telah memusatkan kepemimpinan  umat kepada  dua belas imam atau khalifah. Kemungkinan "keadaan  tertentu" tidak membenarkan ia didedahkan secara menyeluruh  kepada  umum  dengan  berbagai-bagai alasan. Walaupun begitu  setiap  individu "bebas" mempunyai pendapatnya yang tersendiri bagi menerima  atau menolak  mana-mana  hadis yang kurang  sesuai  dengan  fahamannya dengan alasan akademik yang mendalam. Walaupun begitu, dia harus bertanggungjawab di hadapan Allah S.W.T.

BAHAGIAN  KEDUA

DIALOG  AMIR AL-MUKMININ `ALI B. ABI TALIB DENGAN ABU BAKAR

Pengenalan

       Tuntutan  Amir  al-Mukminin `Ali b. Abi Talib  A.S  terhadap jawatan  khalifah selepas Rasulullah s.`a.w adalah  satu  hakikat yang  tidak boleh dinafikan kerana ia dicatat di dalam  buku-buku muktabar Ahl al-Sunnah dan Syi`ah.
       Tuntutan tersebut lebih terserlah di dalam bentuk munasyadah (soal jawab) di mana beliau mengemukakan beberapa soalan  kepada Khalifah  Abu  Bakr  berdasarkan  kepada  hadis-hadis  Rasulullah s.`a.w  mengenai  hak dan kelebihan dirinya, di mana  orang  yang ditanya harus menjawab soalan-soalan tersebut.
       Bagi  Amir  al-Mukminin `Ali A.S, tuntutan  beliau  terhadap jawatan  khalifah selepas Rasulullah s.`a.w adalah satu hak  yang wajib  dituntut.  Kerana Rasulullah s.`a.w telah melantik  beliau dan sebelas anak cucunya daripada Fatimah A.S sebagai Imam atau Khalifah.  Bagi `Ali, perlantikan beliau adalah daripada Allah  S.W.T. melalui rasul-Nya.  Justeru itu orang ramai harus mentaatinya  dansebelas  para  imam  selepas beliau satu  persatu.Apatah  lagi khutbah atau hadis  Rasulullah  s.`a.w di Ghadir Khum pada 18  Dhu  l-Hijjah tahun 10 hijrah menjadi asas yang penting di dalam  tuntutan  beliau  terhadap jawatan khalifah  secara  langsung  selepasRasulullah s.`a.w.

Terjemahan Teks .

       Di sini akan dikemukakan dialog Amir al-Mukminin `Ali A.S yang dikemukakan kepada Khalifah Abu Bakr mengenai Imamah atau Khilafah.Di dalam pembentangan ini, penulis mengemukakan terjemahan  teks  tersebut menurut catatan al-`Allamah  al-Tabarsi  di dalam  al-Ihtijaj . Kemudian penulis  membuat  rujukan kepada  buku-buku  Ahl al-Sunnah kita sebagai  pengukuhan  kepada kesahihan hadis-hadis tersebut.
       Daripada  Ja`far, Imam Ja`far al-Sadiq adalah imam keenam Ahl al-Bait Rasulullah s.`a.w. Ja`far  b. Muhammad, Imam Muhammad al-Baqir b. `Ali Zain al-Abidin b. Husain b.Ali adalah imam kelima Ahl al-Bait Rasulullah s.`a.w.daripada  bapanya,  daripada datuknya  A.S. Beliau berkata: Apabila selesai urusan  Abu  Bakr dan bai`ah orang ramai kepadanya serta perbuatan mereka terhadap `Ali, Abu Bakr masih mengharapkan bai`ah daripada`Ali, tetapi beliau A.S telah menunjukkan  sikap negatif terhadapnya.  Abu Bakr menganggapnya sebagai  serius lalu beliau ingin berjumpa dengannya dan  meminta maaf daripadanya di atas bai`ah orang ramai kepadanya  sedangkangkan dia  (Abu  Bakr) sendiri tidak begitu  berhasrat  untuk  memegang jawatan khalifah kerana kezuhudannya. Dia mengadakan pertemuan empat mata dengan `Ali A.S.
       Dia berkata:  Wahai Abu l-Hasan! Demi Allah perkara ini bukanlah  aku benar-benar mencintainya kerana aku tidak mempunyai  keyakinan kepada diriku sendiri terhadap keperluan umat ini.Aku tidak mempunyai  harta yang banyak dan keluarga yang ramai.Oleh  itu kenapa  anda  menyembunyikan kepadaku apa yang aku  tidak  berhak daripada anda. Anda melahirkan kebencian terhadapku .
Amir al-Mukminin a.s berkata:

1. Apakah  yang mendorong anda untuk memegang  jawatan  khalifah sekiranya  anda  benar-benar tidak menghendakinya dan  anda  pula kurang yakin kepada diri anda sendiri untuk mengendalikannya?
Abu Bakr berkata: Sebuah hadis yang aku mendengarnya daripada  Rasulullah  s.`a.w bermaksud "Sesungguhnya Allah  tidak  akan mengumpulkan  umatku  di atas kesesatan".   Apabila  aku  melihat ijmak mereka terhadapku, maka akupun mengikuti sabda Nabi s.`a.w tersebut .
       Dan aku tidak terfikir ijmak mereka menyalahi  petunjuk.  Lantaran itu aku memberi jawapan yang positif. Dan  sekiranya aku mengetahui mahupun seorang yang tidak bersetuju di  atas perlantikanku nescaya aku menolaknya.
2.  `Ali berkata: Adapun sabda Nabi s.`a.w yang  anda  menyebutkannya "Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umatku di atas kesesatan", adakah aku daripada umat ataupun tidak?
Abu Bakr menjawab:  Tentu sekali anda daripada umat.
3. `Ali berkata: Adakah golongan menentang anda  yang  terdiri daripada Salman, `Ammar, Abu Dhar, al-Miqdad, Ibn`Ubbad  dan orang-orang Ansar yang lain bersamanya termasuk di dalam umat?
Abu Bakr menjawab: Semuanya termasuk di dalam umat.
4. `Ali berkata: Bagaimana anda berhujah dengan hadis tersebut sedangkan orang seperti mereka telah membelakangi anda?   Sedangkan  umat  tidak mencela mereka dan  persahabatan  mereka  dengan Rasulullah adalah baik!
       Abu  Bakr menjawab: Aku tidak mengetahui penentangan  mereka melainkan selepas berlaku pemilihan khalifah.  Aku khuatir sekiranya aku meninggalkan "perkara" tersebut orang ramai akan menjadi murtad dari agama mereka. Lantaran itu perlakuan mereka terhadapku - sekiranya aku menyahuti seruan mereka -lebih senang bagiku mememberi pertolongan di dalam agama dan mengekalkannya dari permusuhan  di kalangan mereka. Justeru itu mereka  kembali  menjadi kafir. Aku  menyedari  bahawa anda bukanlah  orang  yang  dapat mengekalkan keadaan mereka dan agama mereka.
5. `Ali berkata: Ya! Tetapi beritahukan kepadaku tentang  orang yang berhak jawatan khalifah dan dengan apakah dia berhak?
Abu Bakr menjawab: Dengan nasihat, kesetiaan, perlakuan yang baik, melahirkan keadilan, alim dengan kitab dan sunnah, percakapan  yang tinggi, zuhud di dalam soal keduniaan, tidak  terlalu cintakan dunia, menyelamatkan orang yang tertindas dari ditindas,sama ada jauh dan dekat.  Kemudian dia (Abu Bakr) diam.
6. `Ali berkata: Orang yang terawal memeluk Islam dan kerabat?
Abu Bakr menjawab:  Ya!
7. `Ali  berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah  wahai  Abu Bakr,  adakah sifat-sifat tersebut terdapat pada diri  anda  atau pada diriku?
Abu Bakr menjawab: Malah pada diri anda wahai Abu l-Hassan .
8. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah  adakah  aku yang telah menyahuti dakwah Rasulullah (s.`a.w) dari kaum lelaki  atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .
9. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah, adakah  aku yang  mengisytiharkan  Surah  al-Bara'ah di musim  Haji  akbar  di hadapan kaum muslimin atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .
10. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah, aku  telah mempertahankan Rasulullah s.`a.w. dengan diriku di hari al-Ghadir atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .
11. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah, adakah  aku maula kepada anda dan semua muslimin melalui hadis Nabi (s.`a.w.) di hari al-Ghadir atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .
12. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah  ayat al-Wilayah (al-Maidah5:55) daripada Allah bersama Rasul-Nya mengenai  zakat dengan sebentuk cincin untuk aku atau anda?
Abu Bakr menjawab: Untuk anda .
13. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah  al-Wazarah (wazir) untukku bersama Rasulullah (s.`a.w.) umpama Harun bersama Musa atau untuk anda?
Abu Bakr menjawab: Untuk anda .
14. `Ali berkata:Aku menyeru anda dengan  nama  Allah  adakah Rasulullah (s.`a.w.) mempertaruhkan dengan aku, isteriku dan ana- anak  lelakiku apabila bermubahalah dengan Musyrikin atau  dengan isteri  anda dan anak-anak lelaki anda?
Abu Bakr menjawab: Dengan kalian .
15. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah  ayat al-Tathir (Surah al-Ahzab 33: 33) untukku, isteriku dan anak-anak lelakiku atau untuk anda, isteri anda dan anak-anak lelaki anda?
Abu Bakr menjawab: Anda dan anak isteri anda .
16. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah  aku, isteriku  dan  anak-anak lelakiku yang didoakan  oleh  Rasulullah (s.`a.w.) di hari al-Kisa' "Wahai Tuhanku mereka itulah keluargaku kepada Mu dan bukan kepada neraka" atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda, isteri anda dan  anak-anak  lelaki anda .
17. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah  aku yang  dimaksudkan dengan ayat "Mereka menunaikan nazar dan  takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana" (Surah al-Insan76:7) atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .
18. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah  anda yang  dikembalikan  matahari untuk waktu  solat  lalu  ditunaikan solatnya kemudian ia terbenam atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda .
19. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah  anda yang  telah melegakan Rasulullah (s.`a.w.) dan  kaum  Muslimin  dengan pembunuhan `Amru b. `Abd Wuddin atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda .
20. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah  anda yang  telah diamanahkan oleh Rasulullah (s.`a.w.)  dalam  perutusannya kepada jin lalu anda menyahutinya atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda .
21.`Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang disucikan oleh Allah dari perzinaan semenjak Adam  sehinggalah  kepada  bapanya dengan sabda Rasulullah (s.`a.w.)  "Aku  dan anda (`Ali) dari nikah yang sah dan bukan dari perzinaan semenjak Adam hinggalah `Abdu l-Muttalib" atau anda?
Abu Bakr menjawab:  Anda .
22. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang telah dipilih oleh Rasulullah dan mengahwinkan aku dengan anak perempuannya Fatimah (`a.s) dan bersabda: "Allah telah mengahwinkan anda dengan Fatimah di langit" atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .
23. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah  aku bapa  Hasan  dan Husain manakala beliau  bersabda:  "Kedua-duanya pemuda  Ahli  Syurga  dan bapa mereka berdua  adalah  lebih  baik daripada mereka berdua" atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .
24. `Ali  berkata:  Aku menyeru anda dengan  nama  Allah  adakah saudara  anda  yang dihiasi dengan dua sayap  terbang  di  syurga bersama para malaikat atau saudaraku?
Abu Bakr menjawab: Saudara anda .
25. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah  aku yang  telah menjamin hutang Rasulullah (s.`a.w.)  dan  mengadakan perisytiharan  di  musim haji dengan melaksanakan  janjinya  atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .
26. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah, adakah  aku orang  yang  didoakan  oleh Rasulullah  (s.`a.w.)  dalam  keadaan burung  di sisinya, di mana beliau ingin memakannya. Beliau  bersabda:  "Wahai Tuhanku! bawa datanglah kepadaku orang yang  paling Engkau  cintai  selepasku  bagi memakan  (daging) burung itu bersamaku  ". Maka  tidak  seorangpun datang selain daripadaku atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .
27. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah akukah orang yang telah diberi mandat oleh Rasulullah (s.`a.w.) supaya  memerangi al-Nakithin, al-Qasitin, al-Mariqin menurut takwil al-Qur'an atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .
28. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) dengan kehakiman dan  kefasihan di dalam percakapan dengan sabdanya: "`Ali  adalah orang yang paling alim di dalam ilmu penghakiman" atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda . 29.  `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah  aku di mana Rasulullah (s.`a.w.) memerintahkan para sahabatnya supaya memberi  salam kepadanya untuk menjadi ketua pada  masa  hidupnya atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .
30. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah  aku yang  menyaksi  percakapan Rasulullah  (s.`a.w.)  yang  terakhir, menguruskan "mandi" dan mengkafankannya atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .
31. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda kerabat Rasulullah (s.`a.w.) atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda .
32. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah  anda yang dikurniakan oleh Allah dengan dinar ketika dia memerlukannya dan Jibra'il menjualkannya kepada anda dan anda menjadikan Muhammad sebagai tetamu lalu anda memberi makan anaknya atau aku?
Abu Bakr menangis dan berkata: Anda .
33. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah  anda yang  telah diletakkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) di atas  bahunya bagi  menolak dan memecahkan berhala-berhala di atas  ka`bah  sehingga jika aku kehendaki nescaya aku dapat menyentuhi ketinggianlangit atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda .
34. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah  anda yang disabdakan oleh Rasulullah (s.`a.w.) "Andalah pemilik  bendera di dunia dan di akhirat" atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda .
35. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah  anda yang diperintahkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) supaya membuka pintu di  masjidnya  ketika beliau memerintahkan supaya  ditutup  semua pintu keluarganya dan para sahabatnya dan membenarkan pintu  anda dibuka atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda .
36. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah  anda telah  mengeluarkan  sadqah apabila anda  mengadakan  perbicaraan khusus dengan Rasul dikala itu Allah mengkritik satu  golongan"Apakah  kamu  takut akan (menjadi miskin)  kerana  kamu  memberi sadqah sebelum pembicaraan dengan Rasul?" (Surah al-Mujadalah 58:13) atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda .
37. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah  anda yang dimaksudkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) ketika beliau bersabda kepada Fatimah: "Aku nikahkan akan anda kepada orang yang pertama beriman kepada Allah" atau aku?Abu Bakr menjawab: Anda .
38. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah  anda yang  telah diberi salam oleh para malaikat tujuh langit di  hari al-Qulaib atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda .
39. `Ali berkata: Adakah dengan ini dan seumpamanya anda  berhak melaksanakan  urusan umat Muhammad?  Apakah yang membuatkan  anda terlanjur  jauh  dari  Allah dan Rasul-Nya  sedangkan  anda  tidak mempunyai sesuatu yang diperlukan oleh penganut agamanya!
Abu Bakr menangis dan berkata:Memang benar apa  yang  anda perkatakan  wahai Abu l-Hassan.Tunggulah aku hingga  berlalunya hariku. Aku akan memikirkan tentang jawatanku sebagai  khalifah dan  aku tidak akan mendengar lagi percakapan  sebegini  daripada anda .
40. `Ali berkata: Itu terserah kepada anda wahai Abu Bakr. Lantas dia kembali dan jiwanya agak tenang di hari itu dan tidak membenar seorangpun berjumpa dengannya sehingga di malam hari.

Ulasan
       
       Di  dalam dialognya Amir al-Mukminin telah mengemukakan  beberapa soalan kepada Khalifah Abu Bakr  khususnya mengenai  Imamah atau Khilafah di mana beliau berhujah bahawa  jawatan Imamah atau Khilafah  secara  langsung  selepas  Rasulullah  (s.`a.w.) adalah haknya berdasarkan hadis-hadis Rasulullah(s.`a.w.)mengenai  perlantikan beliau sebagai imam atau khalifah.  Ia  juga  disebut oleh  beliau  ketika melakukan  munasyadah  di  antara  beliau  dan Khalifah Abu Bakr di mana Khalifah Abu Bakr kelihatan  memperakui hakikat  ini dan hampir-hampir menyerah jawatan  Khalifah  kepada Amir al-Mukminin Ali b. Abi Talib jika tidak dihalang oleh  `Umar. 
       Persoalan yang timbul, jika perlantikan Rasulullah (s.`a.w.) ke  atas  Ali sebagai imam atau khalifah selepas  beliau  itu  adalah benar - Ia memang benar berdasarkan hadis-hadis Nabi (s.`a.w.) -kenapa  umat  mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mentaati perlantikan beliau? Atau jika perlantikannya daripada Rasulullah s.`a.w.  tidak  benar,  kenapa `Ali  A.S  menuntut  bukan  haknya?
       Adakah ini sifat Ahl al-Bait Rasulullah s.`a.w. yang telah  disucikan di dalam Surah al-Ahzab 33: 33? Sebenarnya  Amir al-Mukminin `Ali telah menerangkan kedudukannya mengenai imamah atau khilafah kepada Ibn Qais yang mengemukakan soalan kepadanya.  Sulaim b. Qais al-Hilali,meriwayatkan bahawa Ibn Qais bertanya kepada Amir al-Mukminin `Ali A.S: Apakah  yang menghalang anda dari menghunus pedang anda untuk menuntut jawatan imamah atau khilafah? 
       Amir al-Mukminin `Ali A.S menjawab: Wahai Ibn Qais! Dengarlah  jawapanku: Bukanlah kerana perasaan pengecut  dan  kebencianku menemui  Tuhanku. Aku bukanlah tidak mengetahui bahawa apa  yang ada di sisi Allah itu lebih baik bagiku daripada dunia dan  kekal di  dalamnya. Tetapi perintah Rasulullah (s.`a.w.) yang telah menghalangku  dan  janji beliau kepadaku. Rasulullah  (s.`a.w.) telah memberitahuku bahawa umat akan belot selepasnya .
       Meskipun begitu aku tidak begitu yakin terhadap apa yang mereka perlakukan di hadapanku kerana aku lebih menyakini sabda   Rasulullah (s.`a.w.) daripada apa yang aku melihatnya sendiri.
       Aku berkata: Wahai Rasulullah! Apakah janji anda kepadaku sekiranya  ia  berlaku sedemikian?  Beliau  bersabda:  Jika  anda dapat  mencari pembantu-pembantu, maka tentangilah  "mereka"  dan jika  anda tidak dapat pembantu-pembantu, tahanlah tangan  anda, peliharalah darah anda sehingga anda mendapati pembantu-pembantu bagi  menegakkan  agama, kitab Allah dan  Sunnahku .
       Rasulullah (s.`a.w.)  telah  memberitahuku  bahawa sesungguhnya umat  aka menghinaku, membai`ah dan mengikut orang lain selain  daripadaku. Rasulullah(s.`a.w.) telah memberitahuku bahawa  kedudukanku  di sisinya  sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa dan  umat  selepasnya seperti kedudukan Harun serta orang yang mengikutnya , dan kedudukan  al-`Ajl (anak  lembu jantan) serta  orang  yang  mengikutnya kerana Musa berkata kepadanya: "Wahai Harun, apa yang  menghalang kamu ketika kamu melihat mereka telah sesat (sehingga) kamu tidak mengikuti  aku?   Maka apakah kamu  telah  (sengaja)  mendurhakai perintahku?Harun menjawab: Wahai putera ibuku, janganlah kamu pegang  janggutku  dan jangan (pula) kepalaku,  sesungguhnya  aku khuatir  bahawa kamu akan berkata (kepadaku): Kamu telah  memecah antara  Bani  Isra'il dan kamu tidak memelihara  ummatku"  (SurahTaha 20: 92-94).
       Apa  yang  dimaksudkan oleh Allah adalah  sesungguhnya  Musa telah  memerintahkan  Harun  ketika beliau  melantiknya  ke  atas mereka  jika  mereka  sesat dan beliau  (Harun)  dapat  pembantu-pembantunnya,  hendaklah  beliau menentang  mereka  dan  sekiranya beliau  tidak dapat pembantu-pembantu, hendaklah  beliau  menahan tangannya dan memelihara darahnya dan janganlah beliau  melakukan perpecahan  di  kalangan  mereka . Dan  sesungguhnya  aku  takut saudaraku Rasulullah (s.`a.w.) akan berkata kepadaku kenapa  anda memecahbelahkan mereka dan tidak memelihara ummatku? Sedangkan aku  telah  menjanjikan  anda sesungguhnya jika  anda  tidak  ada pembantu-pembantu, hendaklah anda menahan tangan anda,  memelihara darah anda, darah keluarga anda dan Syi`ah anda .
       Amir  al-Mukminin  `Ali  berkata  lagi:  Apabila  Rasulullah (s.`a.w.)  wafat,  orang ramai cenderung kepada Abu Bakr  lantas mereka memberi bai`ah kepadanya. Sedangkan aku sibuk memandi dan mengkafan jenazah Rasulullah (s.`a.w.). Kemudian aku  menghabiskan masaku dengan mengumpulkan al-Qur'an sehingga aku  mengumpulkannya di dalam satu kain. Kemudian aku, Fatimah dan di tangan-nya Hassan dan Husain, menyeru kesemua orang-orang yang  terlibat di dalam peperangan Badar dan orang-orang terdahulu memeluk Islam yang terdiri daripada orang-orang Muhajirin dan Ansar,  semuanya aku  telah  mengemukakan hujah-hujahku dengan nama  Allah  S.W.T. mengenai  hakku dan aku telah menyeru mereka  supaya  membantuku. Tetapi semua mereka tidak menyahut seruanku selain daripada empat orang; al-Zubair, Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad .
       Kemudian `Ali meneruskan kata-katanya: Wahai Ibn Qais, sesungguhnya  mereka telah memaksaku dan menekanku hampir  mereka membunuhku. Jika mereka berkata kepadaku: Kami semata-mata mahu membunuh anda,nescaya aku akan menghalang  pembunuhan  mereka terhadapku sekalipun aku seorang. Tetapi mereka berkata:  Sekiranya  anda  memberi bai`ah (kepada Abu Bakr)  nescaya  kami  akan melepaskan anda, memuliakan anda, mendampingi anda,  menghormati anda. Dan sekiranya anda tidak melakukannya, nescaya kami membunuh anda. Apabila aku tidak dapati seorangpun yang  akan  membantuku, maka akupun memberi bai`ah kepada mereka.Tetapi  bai`ahku  terhadap  mereka bukanlah membenarkan  kebatilan  mereka  dan tidaklah mewajibkan kebenaran untuk mereka.
       Kemudian `Ali berkata lagi: Sekiranya aku dapati di hari Abu Bakr  dibai`ah  empat puluh orang lelaki yang taat, nescaya  aku menentang mereka . Beliau  begitu menyesali sikap orang-orang Ansar  dan Muhajirin  yang  tidak  membantunya.   Beliau  mengatakan  bahawa mereka  telah mencintai Abu Bakr dan `Umar secara  membuta  tuli. Beliau berkata: Hairan sekali! Hati umat ini telah dimabukkan oleh cinta kepada  mereka berdua dan mencintai orang-orang yang  menyimpang  dari jalan Allah.
       Sekiranya umat ini berdiri di atas kakinya ke tanah dan  meletakkan  debu  di atas kepala  mereka  bermunajat  kepada Allah, serta menyeru di hari kiamat ke  atas orang-orang  yang telah  menyesat dan menghalang mereka dari jalan  Allah;  menyeru mereka ke neraka, membentangkan mereka kepada kemurkaan Allah dan mewajibkan  azab-Nya ke atas mereka kerana jenayah  yang  "mereka"lakukan ke atas mereka, nescaya mereka tergolong juga dari orang-orang yang cuai (muqassirin) kerana pengkaji yang benar dan  alim dengan  Allah dan Rasul-Nya merasa takut jika ia mengubah  sesuatu sunnah dan bid`ah mereka berdua, orang ramai (umat) akan  memusuhinya.
       Apabila dia melakukannya, mereka akan menyulitkan (kehidupan)nya, menentangnya, membersihkan diri daripadanya, menghinanya,  merampas haknya. Dan sekiranya ia mengambil sunnah mereka berdua, memperkuinya,  memujinya dan menjadikannya agama, nescaya umat mencintainya, memuliakannya dan melebih-lebihkannya. 
       Demi Allah sekiranya aku menerangkannya kepada askar-askarku segala kebenaran yang diturunkan oleh Allah ke atas Nabi-Nya, dan aku mendedah pentafsirannya menurut apa yang aku dengar dari Nabi Allah `a.s, nescaya sedikit sahaja askar-askarku tinggal bersamaku kerana mereka takut mendengarnya .
       Sekiranya janji Rasulullah (s.`a.w.) tidak ada denganku, nescaya aku melakukannya(menyerang mereka).Tetapi Rasulullah(s.`a.w.) bersabda kepadaku: "Wahai saudaraku! Apabila seorang hamba itu terpaksa melakukan sesuatu, maka Allah menghalalkannya untuknya dan mengharuskannya untuknya". Dan aku mendengar beliau bersabda: "Taqiyyah adalah dari agama Allah, tidak ada agama (al-Din) bagi orang yang tidak melakukan taqiyyah untuknya" .
       Walaupun  begitu `Ali percaya bahawa orang lain  selain  Ahl al-Bait a.s tidak layak memegang jawatan Imamah.  Kerana ia telah dipilih oleh Allah S.W.T. Sulaim b. Qais al-Hilali menulis: `Ali berkata: Demi orang yang telah memuliakan kami Ahl al-Bait dengan "kenabian". Dia telah menjadikan di kalangan kami Muhammad. Dia memuliakan kami selepasnya di mana Dia menjadikan pada kami para imam bagi mukminin,  orang lain selain daripada kami tidak  boleh mencapainya. Imamah  dan Khilafah tidak  layak  melainkan  pada kami .

Kesimpulan

       Amir  al-Mukminin`Ali b. Abu Talib  yakin bahawa  imamah atau khilafah  adalah  haknya dan hak sebelas  anak  cucunya  daripada Fatimah  a.s  berdasarkan kepada hadis al-Ghadir dan  lain-lain. Oleh itu bai`ah beliau terhadap Abu Bakr selepas kewafatan  Fatimah  al-Zahra  adalah secara terpaksa, tanpa pembantu-pembantu. Jika tidak beliau akan menghadapi musibat sebagaimana  dihadapi oleh  Nabi  Harun a.s. Justeru itu  janji  Rasulullah  (s.`a.w.) dengan beliau dipeliharanya demi perpaduan umat Islam sejagat.



BAHAGIAN  KETIGA

DIALOG AMIR AL-MUKMININ ALI BIN ABI TALIB DENGAN AHLI
SYURA

Pengenalan

       Tujuan rencana ini adalah untuk mendedahkan secara  langsung dialog atau munasyadah Amir al-Mukminin `Ali b. Abi Talib  dengan lima orang Ahli majlis Syura mengenai haknya menduduki jawatan  khilafah terutamanya selepas kewafatan khalifah yang kedua `Umar  b. al-Khattab. Justeru itu ia bersifat  akademik  semata-mata. Semoga  ia dapat meluaskan wawasan berfikir di kalangan  intelek muslim khususnya para mahasiswa dan mahasiswi jurusan Pemikiran Islam di Nusantara.
       Kebiasaannya,  orang ramai menerima keputusan  majlis  syura tersebut kerana ia, menurut mereka, merupakan majlis permesyuara¬tan yang berasaskan keikhlasan dan  muafakat. Walaubagaimanapun kajian mendalam  mendapati ianya telah  dirancang  begitu  rapi supaya jawatan khalifah itu kelak dipegang oleh  `Uthman. Justeru itu ia merupakan saudara kembar Saqifah di mana Khalifah `Umar  menjadi perencana utama.
       Ahli  majlis  Syura  yang dilantik  mengandungi  `Uthman  b. `Affan, al-Zubair  b. `Awwam, Talhah b.  `Ubaidillah,  `Abd  al-Rahman  b. `Auf, Sa`d b. Abi Waqqas dan `Ali b. Abi Talib A.S  di mana pengerusinya ialah `Abd Allah b.  `Umar .  Mereka dikenali sebagai  Ahl al-Hill wa  al-‘Aqd.

Terjemahan Teks 

       Di sini akan dikemukakan dialog atau munasyadah Amir  al-Mukmi¬nin `Ali b. Abi Talib khususnya mengenai Imamah atau Khilafah terhadap lima orang Ahli Majlis Syura tersebut berdasarkan teks  al-`Alla¬mah  al-Tabarsi dalam bukunya al-Ihtijaj , Riwayat ini telah diambil daripada Muhammad al-Baqir daripada bapanya, `Ali Zain al-`Abidin.  seorang ulama Mazhab Ja`fari  abad keenam hijrah.  Untuk mengukuhkan kesahihan  hadis-hadis  di  dalam munasyadah tersebut, penulis membuat  rujukan kepada  buku-buku  karangan para ulama Ahl  al-Sunnah  kita  yang muktabar untuk kajian bersama.Dengan ini perasaan iri hati  dan prejudis dapat dikurangkan, Insya' Allah.
       "Manakala  Amir  al-Mukminin `Ali  A.S  melihat  keghairahan "mereka"  untuk memberi bai`ah kepada `Uthman, beliau terus  ber¬diri di  hadapan  mereka bagi memberi  hujah-hujah penentangan beliau terhadap  mereka.  Beliau  berkata: Dengarlah  ucapanku, jikalaulah apa yang aku ucapkan itu benar, maka kalian terimalah dan  jikalau ia adalah batil, maka kalian  ingkarilah.  Kemudian beliau berkata:
1. Aku menyeru kalian dengan nama Allah yang mengetahui kebenaran kalian  jika kalian orang yang benar.  Dan Dia mengetahui  pembo¬hongan  kalian jika kalian berbohong. Adakah di kalangan  kalian seorang yang telah mengerjakan solat menghadapi dua Qiblat selain daripadaku?
Mereka (berlima) menjawab: Tidak. 
2. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah melakukan dua bai`ah;  Bai`ah al-Fath dan Bai`ah al-Ridwan selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
3. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan  kalian  seorang di mana saudaranya dihiasi  dengan  dua sayap di syurga selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
4.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah,  adakah di kalangan  kalian bapa saudaranya (di  sebelah  bapa)  menjadi penghulu para syahid selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
5.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah,  adakah di kalangan kalian seorang di mana isterinya penghulu wanita alam sejagat selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
6. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan  kalian seorang di mana kedua-dua anak lelakinya  adalah anak-anak  Rasulullah (s.`a.w.) dan kedua-duanya penghulu  pemuda syurga selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
7. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah mengetahui nasikh dan  mansukh selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
8. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan  kalian  seorang di mana Allah  menghilangkan  kekotoran dosa daripadanya dan mensucikannya dengan sebenar-benarnya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
9. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan  kalian  seorang yang telah melihat  Jibra'il  di  dalam bentuk seorang lelaki yang tempang selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
10.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang menunaikan zakat di dalam keadaan rukuk selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
11.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana Rasulullah  (s.`a.w.)  telah menyapu kedua-dua matanya dan memberikan bendera di hari peperan¬gan Khaibar selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
12.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah dilantik  oleh  Rasulullah (s.`a.w.)  di hari Ghadir Khum dengan perintah Allah  S.W.T. dan berkata:  "Siapa  yang aku maulanya, maka `Ali  adalah  maulanya. Wahai  Tuhanku, hormatilah orang yang mewalikannya dan  musuhilah orang yang memusuhinya" selain daripadaku?
Mereka  menjawab:  Tidak. 
13.  Beliau berkata: aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang yang menjadi saudara  Rasulullah  di masa bermukim dan temannya semasa musafir selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.  
14.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah bertarung dengan `Amru  bin `Abd Wuddin di peperangan Khandaq dan membunuhnya selain  daripa¬daku?
Mereka menjawab: Tidak. 
15.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Kedudukan anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa hanya tidak ada nabi selepasku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
16.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah dinamakan mukmin di  dalam sepuluh ayat al-Qur'an selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
17.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana Rasulullah  (s.`a.w.)  telah memberi segenggam tanah kepadanya kemudian dia melemparkannya  ke atas muka orang-orang kafir, selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
18.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana para malaikat berdiri  bersa¬manya  di dalam peperangan Uhud sehingga orang lain meninggalkan tempat itu selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
19.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah menjelaskan hutang Rasulul¬lah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
20.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian  seorang yang  telah  menyaksikan  kewafatan Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
21.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah memandikan jenazah Rasulul¬lah (s.`a.w.), mengkafan dan meletakkannya di liang lahad selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
22.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah mewarisi senjata Rasulullah (s.`a.w.), benderanya dan cincinnya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
23.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana Rasulullah  (s.`a.w.)  telah menjadikan talaq isteri-isterinya di tangannya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
24.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  menang¬gungnya di atas belakangnya sehingga dia memecahkan  berhala di pintu Ka`bah selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
25.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana namanya diseru di  langit  di hari peperangan Badr: "Tidak ada pedang melainkan  Dhu  al-Fiqar dan tidak ada pemuda melainkan `Ali" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
26.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah makan  bersama  Rasulullah (s.`a.w.) seekor  burung  panggang  yang  dihadiahkan  kepadanya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
27.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah disabdakan oleh  Rasulullah (s.`a.w.):  "Andalah  pemilik  benderaku di  dunia  dan akhirat" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
28.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang yang telah  mengadakan perbincangan khusus dengan Rasulullah s.`a.w, kemudian  mengeluarkan sedekah (kepada orang-orang miskin) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
29.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah memperbaiki kasut  Rasulul¬lah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
30.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Aku adalah saudara anda dan anda  adalah saudaraku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
31.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda kepadanya: "Anda adalah sebaik-baik makhluk kepadaku  dan orang yang paling benar percakapannya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
32.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang mendapati  Rasulullah  (s.`a.w.) sedang lapar lalu dia meminta seratus baldi dengan seratus tamar, kemudian dia membawa tamar, lalu Rasulullah  (s.`a.w.)  memberi¬kannya makan, selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
33.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana malaikat Jibra'il, Mika'il dan Israfil memberi salam kepadanya dengan tiga ribu  para malaikat yang lain di peperangan Badr selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
34.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang yang telah menutup  mata  Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
35.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah mentauhidkan Allah sebelumku selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
36.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang pertama memasuki bilik Rasulullah (s.`a.w.)dan  orang yang terakhir keluar  dari  sisinya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
37.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang yang  telah  berjalan-jalan  bersama Rasullullah (s.`a.w.) kemudian dia melalui sebuah taman, maka dia pun berkata: Alangkah cantiknya taman ini.  Maka beliau bersabda: " Taman anda di syurga lebih cantik daripada taman ini". Sehingga dia  melalui tiga taman pada setiap taman  Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Taman anda di syurga lebih cantik daripada taman  ini" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
38.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda kepadanya:  "Anda  adalah orang pertama  yang  beriman denganku, membenarkanku  dan orang pertama akan dikembalikan Haud  kepadaku di hari kiamat" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
39.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Orang pertama yang datang kepada kalian  dari pintu ini wahai Anas, maka dialah Amir al-Mukminin, penghulu  Muslimin dan orang  yang paling utama di kalangan  manusia".Lalu  Anas berkata: Wahai Tuhanku jadikan "nya" seorang lelaki dari kalangan Ansar.  Maka dia pun datang, lalu Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepada Anas: "Anda bukanlah orang pertama yang mencintai kaumnya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
40.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang yang  telah  diturunkan  mengenainya firman-Nya: "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan RasulNya  dan orang-orang  yang beriman, yang mendirikan solat,  memberi  zakat dalam keadaan rukuk" (Surah al-Maidah 5: 55) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
41.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Allah telah menurunkan padanya dan anak-anaknya, firman-Nya: "Sesungguhnya orang-orang yang  baik akan minum daripada gelas di mana campurannya mengandungi  kafur" (Surah al-Insan 76: 5) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
42.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Allah telah  menurunkan  ayat mengenai  "Apakah (orang-orang) yang memberi minum kepada  orang-orang  yang mengerjakan haji dan mengurus Masjid  al-Haram,  kamu samakan dengan  orang-orang yang beriman kepada Allah  dan  hari kemudian  serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidaklah sama  di sisi Allah" (Surah al-Taubah 9: 19) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
43.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang yang telah  diajar  oleh  Rasulullah (s.`a.w.) seribu  kalimah  dan setiap  kalimah  berpecah  kepada seribu kalimah selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
44.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah dimunajat oleh  Rasulullah (s.`a.w.)  
di hari Taif, lalu Abu Bakr dan `Umar  berkata: Wahai Rasulullah!   Anda telah melakukan munajat kepada `Ali dan  bukan kepada kami.  Nabi (s.`a.w.) bersabda: "Aku bukanlah ingin bermu¬najat untuknya tetapi Allah telah memerintahkan aku supaya  mela¬kukannya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
45.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah disuapkan oleh  Rasulullah (s.`a.w.) dengan tepung manis selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
46.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Anda  adalah makhluk yang paling akrab kepadaku  di hari kiamat  akan memasuki syurga dengan  syafa`at  anda,  lebih ramai dari bilangan Rabi`ah dan Mudar" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
47.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Wahai Ali! Sesungguhnya anda dikenakan pakaian ketika aku dike¬nakan pakaian" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
48.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Anda dan Syi`ah anda akan mendapat kemenangan di hari kiamat?" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
49.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: " Berbohonglah  orang yang mengatakan bahawa dia mencintaiku  se¬dangkan dia membenci `Ali" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
50.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Siapa yang mencintai bahagian-bahagianku (syatrati)  ini, maka sesungguhnya dia telah mencintaiku dan siapa  yang  mencintaiku, maka sesungguhnya
dia mencintai Allah - Ditanya kepadanya: Apakah syatratu-ka?  Beliau (s.`a.w.) menjawab: `Ali, Hasan, Husain  dan Fatimah" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
51.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah(s.`a.w.)bersabda kepadanya:  "Anda adalah sebaik-baik manusia selepas  para nabi" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
52.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Andalah al-Faruq yang membezakan di antara kebenaran
dan kebatilan" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
53.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Amalan anda adalah sebaik-baik amalan makhluk selepas para nabi" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
54.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  menutup dengan pakaiannya ke atasnya, isterinya dan dua  anak lelakinya kemudian beliau bersabda: "Wahai Tuhanku aku dan  Ahlu  l-Baitku kepada anda dan bukan kepada neraka" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
55.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Andalah saudaraku, wazirku, sahabatku  daripada ke¬luargaku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
56.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Anda  adalah orang yang paling awal  memeluk  Islam, paling alim dan paling perihatin" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
57.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana dia telah  membunuh  seorang panglima perang Yahudi secara berdepan selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
58.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Nabi (s.`a.w.)  membentangkan Islam kepadanya lalu beliau menjawab: Tunggulah sehingga aku berjumpa bapaku.   Lantas Nabi (s.`a.w.) bersabda  kepadanya:  "Ini adalah  satu amanah di sisi anda".  Maka dia menjawab:  Sekiranya ia adalah satu amanah di sisiku, maka aku menerima Islam sekarang juga selain” daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.  
59.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana dia telah  mengangkat  pintu kota Khaibar di masa pembukaannya dan membawanya sejauh  seratus hasta  kemudian   empat puluh lelaki  cuba  mengangkatnya  tetapi mereka tidak mampu selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
60.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana ayat ini diturunkan  kepadanya " Wahai  orang-orang yang beriman, apabila kamu mengadakan  perbi¬caraan  khusus dengan Rasul hendaklah kamu  mengeluarkan  sedekah (kepada orang miskin)" (Surah al-Mujadalah 50: 12).  Maka  akulah yang mengeluarkan sedekah dan adakah di kalangan kalian  seorang yang melakukannya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.  
61.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Siapa yang mencaci `Ali, maka sesungguhnya dia menca¬ciku dan  siapa  yang mencaciku maka  sesungguhnya  dia  mencaci Allah" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
62.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Rumahku  menghadapi  rumah anda  di  syurga" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
63.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah(s.`a.w.)bersabda kepadanya:  "Allah memerangi orang yang memerangi anda dan  Allah memusuhi orang yang memusuhi anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
64.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah tidur di atas tempat  tidur Rasulullah (s.`a.w.) ketika beliau ingin berjalan ke Madinah dan mempertahankannya dengan dirinya ketika mereka hendak membunuhnya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
65.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Anda  adalah orang yang utama dalam  umatku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
66.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Anda di hari kiamat di kanan `Arasy dan  Allah  akan memakaikan  anda  dua  helai kain; satu berwarna  biru  dan  satu berwarna merah" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
67.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana dia telah  mengerjakan  solat sebelum orang ramai tujuh tahun dan beberapa bulan selain daripa¬daku?
Mereka menjawab: Tidak. 
68.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Aku di hari kiamat akan mengambil hajzah (kedudukan istimewa)  kurniaan Tuhanku daripada cahaya  sedangkan anda  akan mengambil  hajzahku  dan keluargaku akan mengambil  hajzah  anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
69.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Anda sepertilah diriku, cinta anda adalah cintaku dan kemarahan anda adalah kemarahanku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
70.  Beliau berkata:  Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Wilayah anda sepertilah wilayahku, satu  janji  yang telah dijanjikan  oleh Allah kepadaku dan Dia  memerintahkanku supaya menyampaikannya kepada anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
71.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Wahai Tuhanku jadikanlah beliau (`Ali) pembantu  dan penolongku" selain daripadaku?
Mereka  menjawab:  Tidak. 
72.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Harta  adalah madu(tumpuan) orang-orang yang zalim  dan anda adalah madu (tumpuan) orang-orang mukmin" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
73.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Aku akan mengutus kepada kalian seorang lelaki  di mana Allah telah menguji hatinya untuk keimanan" selain daripada¬ku?
Mereka menjawab: Tidak. 
74.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  memberi kepadanya  sebiji  buah delima dan bersabda: "Ini  adalah buah delima daripada  syurga.   Hanya seorang nabi atau wasinya  sahaja  yang memakannya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
75. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang lelaki di mana  Rasulullah  (s.`a.w.) bersabda kepadanya:  "Aku  tidak memohon  sesuatu  dari Tuhanku melainkan Dia memberikannya kepadaku dan aku tidak memohon sesua¬tu  daripada Tuhanku melainkan aku memohon  untuk  anda"  selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
76.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Anda  adalah  orang yang paling  cekal  di kalangan mereka bagi menjalankan perintah Allah, paling setia di  kalangan mereka  bagi menunaikan  janji Allah, paling  arif  di  kalangan mereka  tentang  segala permasalahan, orang yang paling  adil  di dalam  pembahagian hak dan orang yang paling mulia di sisi  Allah S.W.T." selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
77.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Kelebihan anda ke atas umat ini sepertilah kelebihan matahari  ke  atas bulan dan sepertilah kelebihan bulan  ke  atas bintang-bintang" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
78.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Allah akan memasukkan wali anda ke syurga dan musuh anda ke neraka" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
79.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Manusia  dari pokok yang  bermacam-macam (berlainan asal usulnya), tetapi aku dan anda adalah dari satu pokok" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
80.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Aku adalah penghulu anak Adam dan anda adalah penghu¬lu Arab dan bukan Arab tanpa kemegahan" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
81.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana Allah  telah  meridainya  di dalam dua ayat al-Qur'an selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
82.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Janji anda adalah janjiku dan janji Syi`ah  anda di Haud; apabila  semua umat merasa takut  dan  neraca-neraca  mula menjalankan tugasnya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
83.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Wahai  Tuhanku sesungguhnya  aku  mencintainya  maka cintailah beliau. Wahai Tuhanku sesungguhnya aku ucapkan  selamat tinggal kepada Engkau untuknya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
84.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Andalah  yang  berhujah dengan  orang  ramai  supaya mereka  mengerjakan solat, mengeluarkan zakat,  menyuruh  perkara yang  baik dan melarang perkara yang mungkar, melaksanakan  hudud dan membahagikan hak yang sama" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
85.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  memegang tangannya  di hari Badr, lalu mengangkatnya sehingga orang  ramai melihat keputihan kedua ketiaknya sambil bersabda:  "Sesungguhnya ini adalah sepupuku, wazirku.  Oleh itu jadikanlah beliau  wazir, mintalah nasihatnya dan percayailah beliau kerana beliau  adalah wali kalian" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
86.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana ayat ini  turun  mengenainya: "Mereka mengutamakan orang lain atas diri mereka sendiri  sekali-pun mereka dalam kesusahan" (Surah al-Hasyr 59: 9) selain daripa¬daku?
Mereka  menjawab:  Tidak. 
87.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Jibrail seorang daripada  para tetamunya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
88.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana Rasulullah  (s.`a.w.)  telah memberi kepadanya kapur barus dari syurga kemudian dia membahagikannya tiga bahagian, " Satu bahagian untukku, satu bahagian untuk anak perempuanku dan satu bahagian untuk anda " selain dari¬padaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
89.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  " Di  mana  apabila  dia  berdepan  dengan Rasulullah (s.`a.w.) dia menghormatinya, mendekatinya, mengalu-alukannya dan berseri-seri mukanya"selaindaripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
90.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana Rasulullah  (s.`a.w.)  telah melepaskannya  dengan  Surah al-Bara'ah kepada  Musyrikin  Makkah selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
91.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Aku bermegah dengan anda di hari kiamat apabila  para nabi bermegah dengan para wasi mereka" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak 
92.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Sesungguhnya aku akan memberi rahmat kepada anda dari hasad dengki orang ramai di dada-dada mereka, tetapi mereka tidak menzahirkannya  sehinggalah  ketiadaanku.   Dan  apabila   mereka kehilanganku, mereka akan melakukan khilaf" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
93.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Apabila Allah melaksanakan amanah anda,  Allah  akan menyempurnakan dhimmah anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
94.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Andalah pembahagi neraka, andalah yang  mengeluarkan daripadanya orang yang telah bersih dan meninggalkan di  dalamnya setiap kafir" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
95.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana dia  telah  membuka  benteng Khaibar dan menawan anak perempuan Rahib kemudian dia membawanya kepada Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
96.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda kepadanya: "Haud akan dibentangkan kepadaku di kala itu anda  dan Syi`ah  anda berseri muka-muka mereka.  Dan dibentang  ke  atasku musuh  anda  dalam keadaan dahaga dan terbelenggu  dalam  keadaan muka mereka kehitaman" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
       Kemudian Amir al-Mukminin A.S berkata kepada mereka:  Adapun apabila kalian  telah memperakui kebenarannya, dan  telah  jelas sabda-sabda  Nabi kalian, maka hendaklah kalian bertakwa  kepada Allah sahaja, tidak ada sekutu bagi-Nya. Sekarang  aku  melarang kalian dari kemaraha-Nya dan janganlah kalian  mendurhakai-Nya. Kembalikanlah kebenaran itu kepada ahlinya, ikutilah Sunnah  Nabi kalian,  kerana sesungguhnya sekiranya kalian menyalahinya,  maka sesungguhnya kalian telah menyalahi Allah.  Oleh itu kembalikan¬lah hak itu kepada ahlinya dan sememangnyalah ia adalah untuknya.
Beliau  berkata:  Mereka pun mengelipkan  mata  di  kalangan mereka dan bermesyuarat kemudian  berkata:  "Sesungguhnya  kami telah mengetahui kelebihannya, dan kami telah mengetahui  sesung¬guhnya beliau adalah orang yang paling berhak dengannya,  tetapi beliau adalah seorang  yang tidak melebihkan  seorang  ke  atas seorang. Oleh  itu sekiranya kalian melantiknya untuk  jawatan Khalifah,  nescaya beliau akan menjadikan kalian dan orang  ramai dari segi  hak sama sahaja.  Tetapi  sekiranya  kalian melantik `Uthman beliau akan menurut apa yang kalian  hajati".   Lantaran itu mereka melantik Uthman sebagai Khalifah.

Ulasan

       Amir  al-Mukminin `Ali b. Abu Talib A.S  telah  mengemukakan hujah-hujahnya terhadap lima orang Ahli majlis Syura yang  dilan¬tik oleh Khalifah `Umar. Beliau telah mengajukan beberapa soalan munasyadah yang berasaskan hadis-hadis  Rasulullah (s.`a.w.). Kesemua  soalan-soalan tersebut diperakui oleh  kelima-lima  Ahli Syura tersebut.   Beliau yakin  bahawa jawatan  Imamah atau Khilafah adalah untuk beliau dan sebelas anak cucunya daripada Fatimah bt. Muhammad A.S. Hadis-hadis tersebut telah dicatat oleh para ulama Ahl al-Sunnah di dalam buku-buku mereka.Tetapi sayangnya berla¬kulah apa yang berlaku sehingga hari ini.
       Walau bagaimanapun, Majlis Syura yang dibentuk oleh Khalifah `Umar kelihatan aneh dan menakutkan kerana ia mesti  diselesaikan dalam  masa  tiga  hari dan dikawal oleh 50  orang tentera yang lengkap dengan  senjata.  Khalifah `Umar  melantik  enam  orang; `Uthman b. `Affan, `Ali b. Abi Talib, Sa`d b. Abi Waqqas, Talhah b. `Ubaidillah dan al-Zubair b. al-`Awwam.  Kemudian dia mencaci mereka dengan cacian yang tidak melayakkan mereka menjadi  Khali¬fah.  
       `Umar berkata: Demi Allah, tidak ada halangan bagiku  untuk melantik  anda  menjadi khalifah wahai Sa`d,  hanya anda  adalah seorang yang kasar (ghalazah) kerana anda adalah ahli peperangan, `Abd al-Rahman hanya anda adalah Fir`aun umat ini (fir`aun hadhi-hi al-ummah), al-Zubair, hanya anda adalah seorang  mukmin  pada waktu redha dan kafir pada waktu marah (kafir  `and  al-ghadab), Talhah, hanya seorang yang angkuh dan Rasulullah  memarahi  anda kerana kata-kata anda ketika turun ayat hijab (Surah al-Ahzab 33: 53)  (kata-kata  Talhah: Muhammad tidak boleh  membuat  apa-apa sekalipun mengenakan  hijab ke  atas  isteri-isterinya.  Apabila beliau wafat, kami akan mengahwini isteri-isteri beliau). 
       Justeru itu jika anda dilantik, anda akan menyarungkan cincin mohornya ke jari  isteri  anda. Begitu juga `Uthman,  andalah seorang yang asabiyah  kepada kaum keluarga anda. Justeru  itu sekumpulan serigala Arab akan menyembelihkan anda dan jika ia berlaku  ingatlah kata-kataku ini.  Dan anda wahai `Ali, sekiranya anda bukan orang yang sukakan kelakar, `Ali A.S  telah menafikan  dirinya  sebagai  seorang  kelakar.  nescaya aku melantik anda dan  anda akan membawa kaum muslimin kepada kebenaran yang jelas dan  hujah yang bersih.  Kemudian dia berkata kepada panglima tentera Abu Talhah al-Ansari: Jika seorang daripada mereka menentang dan lima  bersetuju, maka bunuhlah dia. Jika dua menentang dan  empat  bersetuju, maka bunuhlah  kedua-duanya. Dan jika tiga  menentang  dan  tiga bersetuju,
maka pilihlah pihak yang ada `Abd al-Rahman b. `Auf. 
    Oleh itu, tidak hairanlah jika sistem syura sedemikian rupa dilihat sebagai suatu perencanaan halus bagi menjauhkan `Ali  A.S daripada menjadi khalifah dan sekaligus menolak konsep keadilan semua sahabat seperti berikut:

1. Syura  ini  telah melahirkan permusuhan  terhadap  `Ali  A.S. Talhah al-Tamimi adalah dari keluarga Abu Bakr  yang  telah memindahkan        khalifah  dari `Ali A.S.  `Abd  al-Rahman  bin `Auf adalah  ipar  `Uthman dan dia adalah di antara  orang  yang menentang  `Ali  A.S.  Dan dia di antara orang  yang  cuba  untuk membakar  rumah  `Ali  A.S kerana keengganannya memberi  bai`ah kepada Abu Bakr .  Sa`d b. Abi Waqqas adalah di antara orang yang dendam terhadap `Ali A.S kerana ramai daripada  bapa-bapa saudaranya  telah  dibunuh  oleh `Ali  kerana penyebaran  Islam. Lantaran  itu  dia  lewat memberi bai`ah kepada  `Ali A.S.Dan`Uthman ketua Bani Umayyah yang dikenali dengan permusuhan dan  penentangan terhadap Bani Hasyim.  Justeru itu syura  telah diciptakan dengan begitu rupa adalah semata-mata untuk menjauhkan `Ali daripada jawatan khalifah.
2. Syura ini juga menjauhkan `Ali dari anasir-anasir yang memban¬tunya di dalam pemilihan, kerana tidak seorang pun  orang  Ansar dipilih di dalam majlis syura tersebut.
3. Syura menjadikan `Abd al-Rahman b. `Auf sebagai penentu apabila tiga bersetuju dan tiga lagi menentang.  Apakah kelebihan `Abd al-Rahman  b.  `Auf sehingga dia menjadi penentu?   Tidakkah  dia  (`Umar) berkata kepadanya: "Anda adalah Fir`aun umat ini?" 
4. Syura melahirkan perebutan dan penentangan di kalangan  anggo¬ta-anggotanya.   Sa`d  bin Abi Waqqas dan  `Abd  al-Rahman  patuh kepada `Uthman .  Dan berlakulah sebagaimana ianya berlaku. 
Amir  al-Mukminin `Ali b. Abi Talib nampaknya tidak  berpuas hati dengan ketiga-tiga khalifah yang terdahulu.   Beliau  telah melahirkan dukacitanya di dalam khutbah al-Syiqsyiqiyyah.  Seramai dua puluh lapan orang ulama  Ahl al-Sunnah  memperakui   kesahihan khutbah al-Syiqsyiqiyyah,  seperti berikut:
"Demi Allah, si anu (Abu Bakr Ibn Abi Quhafah) telah memakai baju (kekhalifahan)  itu,  padahal ia  mengetahui dengan  yakin bahawa kedudukanku sehubungan (kekhalifahan) itu samalah  seperti kedudukan sumbu dengan roda.  Air mengalir menjauhiku dan  burung tidak  dapat  terbang  kepadaku.  Aku  memasang  tirai  (terhadap kekhalifahan itu) dan melepaskan diri daripadanya.
Aku  pun mulai berfikir, apakah aku akan  menyerangnya  atau aku harus menanggung kesengsaraan kegelapan yang membutakan  itu sehingga  orang dewasa menjadi daif, orang muda menjadi tua,  dan mukmin yang salih hidup dalam kongkongan sampai ia menemui  Allah (di  saat kematiannya).  Aku berpendapat adalah  lebih  bijaksana untuk menanggungnya dengan tabah.  Lalu aku menempuh jalan  kesabaran, meskipun mata rasa tertusuk-tusuk dan  kerongkongan  rasa tercekik.  Aku menyaksikan perampasan terhadap warisanku  hingga yang pertama  (Abu Bakr) menemui ajalnya; namun  ia  memberikan kekhalifahan  itu  kepada Ibn Khattab. (Lalu  `Ali  A.S mengutip syair `A'sya):

       Hari-hariku kini berlalu di punggung unta, Dan berlalu sudah hariku bersama Jabir,  saudara Hayyan'. Aneh, semasa hidupnya ia ingin terbebas dari jabatan  khalifah,  tapi  ia mengukuhkannya kepada `Umar  setelah  kematiannya. Tidak  syak kedua orang ini hanya membahagi-bahagikan tetek  susu di  antara  keduanya sahaja.  Yang satu ini  (`Umar) mengongkong kekhalifahan  itu rapat-rapat,  dengan ucapannya  congkak  dan sentuhannya kasar. Kekeliruan sangat banyak dan kerana itu maka dalihnya pun sangat banyak.Orang yang berhubung dengan kekhalifahan  itu ibarat penunggang unta liar.  Apabila ia  menarik  ke¬kangnya maka muncungnya akan koyak; dan apabila ia membiarkannya maka  ia  akan jatuh terlempar. Sebagai akibatnya, demi  Allah, rakyat terjerumus ke dalam kebingungan, penipuan dan  penyelewen¬gan. Sekalipun demikian, aku tetap bersabar dalam waktu yang lama dengan cubaan yang keras, sampai ketika ia (`Umar) menemui ajal-nya  ia menyerah urusan (kekhalifahan) itu kepada  satu kelompok dan menganggap aku sebagai salah seorang daripadanya.
Tetapi,  ya  Allah! Apa urusanku dengan  mesyuarat  ini!  Di manakah keraguan tentang diriku dibandingkan dengan yang  pertama mereka (Abu  Bakr) sehingga sekarang aku  harus dipandang sama dengan orang-orang  ini? Namun aku  terus merendah  sementara mereka merendah,  dan membumbung tinggi  ketika  mereka terbang tinggi.  Seorang dari mereka berpaling menentangku kerana  hubun¬gan kekeluargaannya, manakala yang lainnya cenderung memihak  ke jalan lain kerana hubungan iparnya, dan ini, dan itu, sampai yang ketiga  dari orang-orang ini berdiri dengan dada  membusung  di antara  kotoran dan makanannya.  Bersama dia anak-anak dari  Bani Umayyah bangkit menelan harta Allah, bagaikan unta melalap dedau¬nan musim bunga sampai talinya putus, tindak tanduknya mengakhir¬inya dan keserakahannya menyebabkan ia terguling.
       (Pada saat itu) orang ramai datang membanjiri ke arahku dari segala penjuru seperti serbuan kumpulan rubah sehingga  Hasanain (Hasan dan Husain) terhinjak dan kedua tepi bahagian bahu kemeja¬ku koyak.Mereka berkumpul di  sekelilingku  seperti  kumpulan domba dan kambing. Tatkala aku  memegang  teraju  pemerintahan sebahagian memutuskan  bai`ahnya (nakatha) dan sebahagian  lagi mengingkari (maraqa)  dan yang lainnya bertindak  salah,  kerana mereka tidak mendengar firman Allah S.W.T. yang berbunyi:

       "(Kebahagiaan) di negeri akhirat Kami sediakan bagi  mereka yang tiada  suka menyombongkan diri dan melakukan kerosakan  di bumi. Dan kesudahannya (adalah baik) bagi mereka yang  takwa." (Surah al-Qasas 28: 83).
       Tidak,  demi  Allah,  mereka  mendengarnya  dan  memahaminya tetapi dunia  terlihat kemilau di mata mereka dan  hiasan  dunia menggoda mereka. Lihat, demi Dia yang mengembangkan  biji-bijian dan menciptakan  makhluk hidup, bila  orang-orang  tidak  datang kepadaku dan  pendukung-pendukung tidak menegakkan  hujah  dalam bentuk penolong,  dan tidak ada perjanjian  Allah  dengan  ulama bahawa mereka  tidak boleh menyerah terhadap  kerakusan  seorang yang zalim dan kelaparan orang yang dizalimi maka aku akan melem¬parkan  tali kekang (kekhalifahan) itu dan akan aku  beri  minum kepada  yang terakhir dengan piala yang aku gunakan  untuk  orang yang  pertama.  Maka akan kamu lihat  bahawa  dalam  pandanganku duniamu tidak lebih dari bersinnya seekor kambing".  Beliau  telah memilih " bersabar " daripada menentang  kerana  ini adalah lebih baik dan sesuai dengan keadaan pada masa itu.

Kesimpulan

       Amir al-Mukminin `Ali A.S telah mengemukakan hujah-hujah beliau di majlis Syura mengenai haknya  menjadi  khalifah bukan sahaja selepas khalifah`Umar malah selepas Rasulullah  s.`a.w secara langsung berdasarkan kepada keistimewaannya yang  disokong oleh hadis-hadis Rasulullah s.`a.w di mana ia dicatat oleh kedua-dua sumber Ahl al-Sunnah dan Ahl al-Bait.Meskipun begitu, disebabkan kepentingan dan alasan tertentu, lima orang Ahli Majlis Syura  tidak dapat menerimanya sebagai khalifah,  tetapi beliau tetap  bersabar demi perpaduan umat Islam.



BAHAGIAN KEEMPAT

DIALOG DI ANTARA HASAN B. `ALI A.S DAN MU`AWIYAH
B. ABI SUFYAN SERTA RAKAN-RAKANNYA

Pengenalan

       Tuntutan Hasan b. `Ali terhadap jawatan  khalifah  selepas bapanya    amatlah  ketara meskipun pada akhirnya  beliau  terpaksa melepaskan jawatan tersebut demi menjaga  dirinya, keluarganya serta Syi`ahnya dari ancaman Mu`awiyah b. Abi Sufyan. Di dalam perbincangan mereka mengenai Imamah atau Khilafah, caci mencaci telah berlaku. Sekali pandang ia tidak  harus berlaku kerana mereka tergolong  di kalangan para  sahabat  Rasulullah s.`a.w. Apatah lagi cacian mereka terhadap Hasan b. `Ali di mana beliau dan bapanya merupakan Ahl al-Bait Rasulullah s.`a.w.
       Mungkin kilauan dunia telah membuat manusia melupai Ahl  al-Bait Rasulullah s.`a.w. Semuanya telah berlaku di  dalam  dunia Islam dan dicatat oleh para ulama dari golongan Ahl al-Sunnah dan Syi`ah.  Persoalan  yang  timbul sekiranya  para  sahabat  boleh mencaci sesama mereka, sementara orang lain yang bukan  bertaraf sahabat  tidak boleh menyebut dan menulis perbuatan  mereka  yang menyalahi nas,  apakah keistimewaan mereka sehingga mereka diberi laluan yang istimewa sehingga mereka boleh menyalahi Allah dan Rasul-Nya?
       Di  sini dikemukakan hujah-hujah Hasan b. `Ali khususnya mengenai Imamah atau Khilafah terhadap Mu`awiyah  dan  rakan-rakannya berdasarkan  catatan al-`Allamah al-Tabarsi di dalam bukunya al-Ihtijaj.  Untuk menguatkan  hujah, penulis membuat rujukan kepada buku-buku  para ulama Ahl al-Sunnah.

Terjemahan Teks
       
       Diriwayatkan  daripada al-Sya`bi, Abi Mikhnaf dan  Yazid  b. Habib al-Misri sesungguhnya mereka berkata: Tidak terdapat per¬tengkaran di dalam Islam pada suatu hari di mana orang ramai berkumpul  di satu majlis yang lebih menggemparkan dari majlis yang dihadiri oleh Mu`awiyah b. Abi Sufyan, `Amru b. `Uthman b. `Affan, `Amru b. al-`As, `Atbah b. Abi Sufyan, al-Walid b. `Uqbah b. Abi Mu`it,  al-Mughirah b. Syu`bah, semua mempunyai nada yang sama.
       `Amru b. al-`As berkata kepada Mu`awiyah: Kenapa anda  tidak mengutus  kepada  Hasan b. `Ali supaya tampil  ke  mari,  kerana beliau telah menghidupkan sunnah bapanya. Sepatu digerakkan di belakangnya, jika diperintahkan maka ia akan dipatuhi. Dia berkata: Percaya¬lah, dua perkara ini akan membawa kepada perkara yang lebih besar daripada itu. Sekiranya anda mengutus kepadanya,  nes¬caya kami boleh menghinanya dan bapanya. Kami  akan  mencacinya dan bapanya. Kami akan memperkecil-kecilkannya dan bapanya. Kami boleh terus melakukannya sehingga beliau membenarkan anda  menge¬nainya.
       Mu`awiyah  berkata  kepada mereka: Aku khuatir  kalian  akan dibelenggu kehinaan sehingga kalian memasuki kubur. Demi  Tuhan, aku  melihatnya  dengan penuh kebencian. Lantaran itu  aku  akan memalukannya.Sesungguhnya jika aku mengutuskan kepadanya hanya¬lah semata-mata bagi mengajarnya di hadapan kalian. 
Amru b. al-`As berkata: Adakah anda  khuatir kebatilannya mengatasi kebenaran kita, kesakitannya mengatasi kesihatan  kita?  Dia menjawab: Tidak.  Dia berkata: Jikalaulah begitu keadaannya, maka jemputlah beliau kemari.
       Utbah  berkata: Aku kurang pasti dengan pendapat ini. Demi Tuhan, kalian tidak akan mampu untuk menghadapinya tetapi  beliau mampu untuk  menghadapi kalian kerana beliau  Ahl al-Bait  yang handal berdebat.Lalu mereka mengutus  seorang  lelaki kepada Hasan.
       Apabila  utusan  itu sampai kepadanya,  lantas  dia  berkata kepada Hasan:Mu`awiyah menjemput anda. Hasan  bertanya: Siapa bersamanya?  Utusan  itu menjawab: Di sisinya si  polan dan  si polan. Dia menyebut nama-nama mereka semua.
       Hasan berkata: Malang untuk mereka dan azab akan  mendatangi mereka dalam keadaan mereka tidak menyedarinya. Kemudian  beliau berkata:  Wahai jariah (hamba perempuan) hulurkan kain  kepadaku. Kemudian  beliau  berkata:  Wahai  Tuhanku, sesungguhnya  dengan Engkau aku menolak ancaman mereka, aku pohon perlindungan dengan Engkau  daripada kejahatan mereka, aku pohon  pertolongan  dengan Engkau  ke  atas mereka.Lantaran itu pertahankan  aku  daripada mereka menurut kehendak Engkau, bilamana Engkau kehendaki dengan segala kekuatan Engkau ya arhama al-Rahimin.
       Beliau  berkata kepada utusan itu: Ini adalah doa bagi  mem¬ohon kejayaan.Manakala mendatangi  Mu`awiyah,  beliau  dialu-alukan   oleh Mu`awiyah  dan  beliau  berjabat   tangan dengan Mu`awiyah.
       Hasan  A.S  berkata: Sesungguhnya orang yang  anda  mengalu-alukan kedatangannya adalah satu keselamatan untuknya dan "berja¬bat tangan" merupakan satu perdamaian. Mu`awiyah berkata: Ya! Mereka mengutus anda ke mari supaya anda memperakui bahawa sesungguhnya `Uthman telah dibunuh secara kejam dan  sesungguhnya bapa  andalah  yang membunuhnya. Oleh  itu  dengarlah  kata-kata mereka  kemudian  berilah jawapannya  kepada mereka  sebagaimana mereka berkata kepada anda. Walau bagaimanapun kedudukanku tidak menghalang anda dari memberi jawapan kepada mereka.
       Hasan  berkata:  Subhanallah, rumah adalah  rumah  anda  dan keizinan  adalah terserah kepada anda! Demi Allah jika aku  mem¬beri jawapan  kepada mereka menurut apa  yang  mereka kehendaki sesungguhnya aku terasa malu kepada anda untuk menerangkan  keja¬hatan  anda.  Dan jika mereka mengalahkan anda menurut  apa  yang anda  kehendaki, sesungguhnya aku terasa malu kepada  anda  untuk menerangkan  kelemahan  anda. Justeru itu yang  mana  satu  anda memperakuinya dan yang mana satu anda memohon maaf.  Sesungguhnya jika  aku mengetahui kedudukan dan pertemuan mereka, nescaya  aku datang  bersama Bani Hasyim seramai bilangan mereka.  Disebabkan aku berkeseorangan, mereka akan lebih bertindak liar terhadapku. Sesungguhnya Allah `Azza Wajalla waliku pada hari ini dan selepasnya. Lantaran  itu  perintahlah mereka dan  biarlah  mereka bercakap sesuatu,  aku  akan mendengarnya. Tidak ada  kekuatan melainkan dengan Allah S.W.T.
       `Amru  b. `Uthman b. `Affan berkata: Kalau boleh  aku  tidak ingin mendengar seperti hari ini seorang pun daripada Bani  `Abdu l-Muttalib selepas  pembunuhan `Uthman. Sedangkan  dia  adalah sepupu mereka, mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam  teru¬tamanya di sisi Rasulullah (s.`a.w). Justeru itu  sejahat-jahat penghormatan Allah terhadap mereka kerana mereka telah  menga¬lirkan  darahnya secara permusuhan dan  menabur  fitnah,  kerana hasad  dengki mereka bagi menuntut apa yang bukan  menjadi  milik mereka. Apatah lagi dia di kalangan orang-orang yang terdahulu memeluk Islam dan kedudukannya yang tinggi di  sisi  Allah  dan Rasul-Nya.Alangkah hinanya jika Hasan dan seluruh Bani `Abdu  l-Muttalib  menjadi pembunuh `Uthman! Mereka masih hidup  berjalan ke  mana  mana sedangkan `Uthman mati  berlumuran darahnya.  Di samping itu kami mempunyai hak bagi menuntut bela di atas  sembi¬lan belas darah Bani Umaiyyah yang dibunuh di Badr.
       Kemudian `Amru b. al-`As berkata: Dia memuji Allah  kemudian berkata:  Di  mana satu anak lelaki Abu Turab yang  kami  utus kepada anda bagi kami meminta pengakuan dari anda bahawa  sesung¬guhnya bapa  andalah  yang telah meracuni  Abu  Bakr  al-Siddiq, bersubahat di dalam pembunuhan `Umar  al-Faruq  dan  pembunuhan `Uthman dhi al-Nuraini secara zalim.  Beliau menuntut  (khalifah) bukan daripada haknya.  Dan menabur fitnah mengenainya.
       Kemudian dia berkata: Sesungguhnya kalian wahai Bani Abdu l-Muttalib, Allah tidak mengurniakan al-Mulk (pemerintahan)  kepada kalian.Lantas kalian menguasai apa yang tidak halal  bagi  kalian.  Anda wahai Hasan, anda mengatakan bahawa anda adalah  Amir al-Mukminin, sedangkan anda tidak mempunyai daya fikir  mengenai-nya.       Justeru  itu  tidak hairanlah jika aku  meninggalkan si bodoh berada di kalangan Quraisy. Ini disebabkan perbuatan bapa anda yang jahat.  Sesungguhnya kami menjemput anda adalah semata-mata untuk mencaci anda dan bapa anda.  Justeru itu anda tidak mampu mencela kami apatah lagi membohongi kami  menge¬nainya, tetapi sekiranya anda dapati kami membohongi kalian  di dalam  sesuatu perkara atau kami mengatakan sesuatu tentang  anda dan sesuatu terhadap anda menyala¬hi kebenaran, maka cakaplah jika tidak, ketahuilah bahawa sesungguhnya  anda  dan bapa anda adalah sejahat-jahat makhluk Allah. Adapun mengenai bapa anda memadailah Allah telah membunuhnya  dan mengasingkannya.  Adapun  anda berada di dalam kekuasaan  kami, kami  boleh membuat pilihan. Demi Allah sekiranya kami  membunuh kalian tidaklah (kami) berdosa di sisi Allah dan tidak mendatang¬kan keaiban di sisi orang ramai.
       Kemudian `Atbah bin Abu Sufyan berkata: Wahai Hasan, sesung¬guhnya  bapa anda adalah sejahat-jahat Quraisy bagi Quraisy.  Dia telah memutuskan silat al-Rahim di kalangan Quraisy  dan menga¬lirkan darahnya.Sesungguhnya anda adalah di kalangan  pembunuh-pembunuh `Uthman.Justeru itu kami berhak membunuh anda kerananya. Sesungguhnya  anda wajib membayar ganti rugi sebagaimana disebutkan  di dalam kitab Allah Azza Wajalla dan kamilah orang yang memerangi anda mengenainya. Adapun bapa anda, Allah telah membunuhnya  dan  ia  sudah selesai.  Adapun harapan  anda bagi mendapatkan khilafah, maka anda bukanlah orang yang layak mengenainya di dalam semua segi.
       Kemudian  al-Walid bin `Uqbah bin Abi Mu`it  bercakap  lebih kurang kepada para sahabatnya dan dia berkata: Wahai Bani Hasyim! Kalianlah  orang pertama yang telah mendedahkan  keaiban  `Uthman dan mengumpulkan orang ramai bagi menentangnya.  Sehingga kalian membunuhnya  kerana inginkan al-Mulk  (pemerintahan),  memutuskan Silat  al-Rahim, membinasakan  umat,  mengalirkan  darah  mereka kerana mengejar pemerintahan, mengejar dunia yang buruk dan mencintainya, sedangkan `Uthman adalah bapa saudara  kalian.  Dia adalah ipar kalian dan sebaik-baik ipar.  Sesungguhnya  ka¬lianlah orang pertama  yang  hasad  kepadanya  dan  mencacinya. Kemudian kalian merencanakan  pembunuhannya.  Bagaimana   pula kalian fikir tentang azab Allah terhadap kalian.
       Kemudian  Mughirah  bin Syu`bah pula berkata: Wahai  Hasan! Sesungguhnya  `Uthman telah dibunuh secara zalim. Justeru  itu bapa anda tidak dapat mengelakkan dirinya dari pembunuhan  terse¬but.  Tetapi kami mengatakan bahawa bapa anda telah melindungi pembunuh-pembunuh `Uthman dengan berbagai cara.  Sesungguhnya dia meredhai  pembunuhan  itu.  Demi Allah dia mempunyai  pedang dan lidah  yang panjang. Dia membunuh orang yang hidup  dan mencela orang yang mati.
       Bani  Umayyah lebih baik daripada Bani Hasyim daripada  Bani Hasyim terhadap Umayyah.  Mu`awiyah adalah lebih baik untuk  anda wahai  Hasan daripada anda untuk Mu`awiyah.Bapa anda telah menentang (nasaba) Rasulullah s.`a.w. pada masa hidupnya dan telah menutupinya sebelum kewafatannya dan ingin membunuhnya.   Perkara tersebut  diketahui  oleh Rasulullah s.`a.w.kemudian  dia  benci memberi  bai`ah  kepada Abu Bakr sehingga  dia  bertindak balas, kemudian  meracuninya sehingga mati. Selepas itu  dia  menentang `Umar  sehingga dia berhasrat memotong tengkoknya.  Kemudian  dia menyokong pembunuhannya.  Selepas itu dia mencaci `Uthman sehing¬ga  dia  membunuhnya pula. Lantaran itu dia  terlibat  di  dalam pembunuhan  mereka. Manakah kedudukannya di  sisi  Allah  wahai Hasan!
       Sesungguhnya Allah  telah  menjadikan sultan (pemerintah) sebagai wali kepada orang yang dibunuh di dalam kitab-Nya. Justeru itu Mu`awiyah adalah wali orang yang dibunuh tanpa hak.   Justeru  itu adalah wajar jika kami membunuh anda dan saudara lelaki anda. Demi Allah darah `Ali tidaklah lebih berbahaya dari darah  `Uth¬man.  Lantaran itu Allah tidak akan menghimpunkan pada kalian dua perkara wahai Bani `Abdu l-Muttalib, pemerintahan (al-Mulk) dan kenabian (al-Nubuwwah).  Kemudian dia berdiam diri.
       Lalu  Hasan  bin `Ali berkata: Segala puji bagi  Allah  yang  telah memberi hidayat kepada orang yang awal kalian dengan  orang yang awal  kami dan orang yang akhir kalian  dengan  orang yang akhir kami.  Selawat dan salam ke atas datukku Muhammad nabi  dan keluarganya.  Kalian dengarlah jawapanku dan  kalian  fahamilah baik-baik.  Dengan andalah aku mulai wahai Mu`awiyah. Demi Tuhan,wahai Azraq (Mu`awiyah) tidak seorangpun mencaciku selain  dari¬pada anda.  Mereka itu tidak mencaciku, tidak mencelaku  selain daripada  anda dan mereka itu tidak mencelaku tetapi  anda  telah mencela  dan mencaciku.  Itu adalah petanda kejahatan  anda  dan pendapat  anda kerana memusuhi kami dan hasad dengki anda  kepada kami  serta permusuhan anda terhadap Muhammad s.`a.w. dahulu  dan sekarang.
       Demi  Allah sekiranya aku dan mereka itu wahai Azraq  berme¬syuarat di Masjid Rasulullah s.`a.w. dan sekitar kami orang-orang Muhajirin dan Ansar, nescaya mereka tidak mampu bercakap sedemi¬kian rupa dan mereka tidak mengalu-alukan kedatanganku  sebegini. Justeru itu dengarlah daripadaku wahai kumpulan yang menentangku. Janganlah  kalian menyembunyikan kebenaran yang  kalian  mengeta¬huinya.  Dan janganlah kalian membenarkan kebatilan sekiranya aku berkata mengenainya. Aku akan mulai percakapanku  dengan  anda wahai Mu`awiyah dan aku tidak akan berkata sesuatu pun  melainkan ia bertepatan dengan anda.
1. Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa lelaki yang kalian telah mencacinya itu adalah orang  yang telah mengerjakan  solat di hadapan dua kiblat, sementara anda masih  menyembah al-Lata dan al-`Uzza?  Dia juga telah mela¬kukan  dua bai`ah, bai`ah al-Ridwan dan bai`ah al-Fath  sedangkan anda wahai Mu`awiyah, di bai`ah pertama kafir sementara di bai`ah kedua anda menarik balik bai`ah anda (nakithin). 
2. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian  mengetahui bahawa  sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) telah  mengepung  Bani Quraidah dan Bani Nadhir kemudian beliau (s.`a.w.) mengutus `Umar b. al-Khattab bersama bendera Muhajirin dan Sa`d b. Mu`adh bersa¬ma bendera Ansar.  Adapun Sa`d b. Mu`adh pergi ke  medan  perang dan tercedera.  Adapun `Umar telah lari dari  medan  peperangan. Dia mengatakan bahawa para sahabatnya pengecut tetapi para  saha¬batnya pula mengatakan dia adalah seorang yang pengecut. 
       Lantas  Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Besok aku akan  mem¬beri bendera kepada seorang lelaki di mana dia  mencintai  Allah dan Rasul-Nya, Allah dan RasulNya  mencintainya  terus mara tanpa lari kemudian terus berjuang sehingga Allah memberi  keme¬nangan melaluinya". 
       Abu Bakr, `Umar serta orang-orang Muhajirin dan Ansar kurang senang  mengenainya. `Ali pada masa itu mengidap penyakit  mata. Rasul  (s.`a.w.) menjemputnya lalu meniupkan di matanya lalu  dia pun sembuh.  Kemudian beliau memberikan kepadanya satu bendera.  Dia pun pergi berjuang sehingga mendapat kemenangan dengan perto¬longan  Allah  S.W.T sedangkan anda pada masa  itu  di  Makkah adalah seorang musuh Allah dan Rasul-Nya.  Adakah sama di antara lelaki yang  mencintai  sesuatu kerana Allah  dan  Rasul-Nya dengan lelaki yang memusuhi Allah dan RasulNya?  Aku bersumpah  dengan nama Allah bahawa hati anda tidak pernah menerima Islam,  tetapi lidah anda takut.  Oleh itu anda bercakap apa yang tidak ada  di hati anda. Lihat umpamanya hadis Nabi s.`a.w. kepada `Ali  A.S:  " Tidak akan mencintai anda  melainkan dia seorang mukmin,  dan tidak membencikan anda melainkan dia seorang munafik". 
3. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian  mengetahui bahawa  Rasulullah(s.`a.w.) telah melantiknya (`Ali) di  Madinah sebelum peperangan Tabuk tanpa memarahi dan membencinya. Lalu orang-orang munafik  bercakap mengenainya. Maka  beliau (`Ali) berkata: Janganlah anda meninggalkan aku wahai Rasulullah  kerana aku tidak pernah meninggalkan anda di dalam mana-mana peperangan.Lantas Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Anda adalah wasiku, khali¬fahku pada keluargaku samalah kedudukan Harun  di  sisi  Musa". Kemudian beliau memegang tangan `Ali A.S seraya bersabda: "Wahai manusia! Siapa yang menjadikan aku wali, maka  sesungguhnya  dia telah menjadikan Allah wali. Dan siapa yang  telah  menjadikan `Ali  wali maka dia telah menjadikan aku wali.Siapa yang telah mentaati aku,maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan siapa  yang mentaati `Ali maka dia mentaati aku. Dan siapa  yang mencintaiku, maka dia mencintai Allah. Dan siapa yang  mencintai `Ali, maka dia telah mencintaiku". 
4. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian  mengetahui bahawa sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) bersabda pada Haji Wida`: " Wahai  manusia sesungguhnya aku telah tinggalkan  kepada  kalian dan kalian tidak akan sesat selepasnya; Kitab Allah dan itrah Ahl l-Baitku.  Justeru  itu  halalkanlah  halalnya  dan  haramkanlah haramnya.  Beramallah menurut muhkamnya dan  berimanlah  menurut mutasyabihahnya.
       Dan katakanlah: Kami percaya apa yang telah diturunkan Allah (al-Kitab),  cintailah  Ahl  l-Baitku dan  itrahku.   Hormatilah orang-orang yang mewalikan mereka.Tolonglah mereka bagi menentang musuh-musuh mereka. Sesungguhnya kedua-duanya akan sentiasa berada pada kalian sehinggalah dikembalikan ke atasku  di  Haud pada hari kiamat. 
       Kemudian beliau menjemput `Ali ketika beliau berdiri di atas mimbar  lalu menarik tangannya seraya bersabda: "Wahai  Tuhanku, hormatilah  orang yang mewalikannya, musuhilah orang yang  menen¬tangnya. Wahai Tuhanku, jangan jadikan di bumi ini tempat  duduk penentang-penentang  `Ali,  dan di langit tidak ada  tempat  naik serta jadikanlah mereka di neraka yang terkebawah". 
5. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian  mengetahui bahawa sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Andalah  orang yang boleh mencebok haudku di hari kiamat. Anda akan membekalkan air  daripadanya  sebagaimana seorang daripada  kamu  membekalkan " wanita asing " di tengah untanya". 
6. Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa `Ali telah berjumpanya (s.`a.w.) ketika sakit yang membawa kepada kewafatannya,  maka  Rasulullah (s.`a.w.) menangis.   Lalu  `Ali berkata: Apakah  yang membuat anda  menangis  wahai  Rasulullah? Beliau bersabda: "Apa yang membuatkan aku menangis adalah  kerana keilmuanku  bahawa hasad dengki masih membara di hati  umat  ini, tetapi mereka tidak berani melahirkannya sehingga aku wafat". 
7. Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa  Rasulullah (s.`a.w.) ketika hampir wafat, Ahl  al-Baitnya berkumpul  dan beliau bersabda: "Sesungguhnya Ahl al-Baitku  pada kalian sepertilah bahtera Nuh.  Siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang meninggalkannya tenggelam". 
8. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian  mengetahui bahawa  para sahabat Rasulullah (s.`a.w.) telah menerima  wilayah `Ali pada masa hidup Rasulullah ? 
9. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian  mengetahui bahawa  sesungguhnya `Ali adalah orang yang pertama  mengharamkan segala  keinginan  duniawi ke atas dirinya,  lantas  Allah  `Azza Wajalla menurunkan ayat Surah al-Maidah 5: 88-89  "Wahai  orang-orang  yang beriman janganlah kamu kalian mengharamkan  apa  yang baik  yang telah Allah halalkan bagi kamu,  dan  janganlah  kamu melampaui  batas.  Sesungguhnya Allah tidak menyukai  orang-orang yang melampaui batas.  Dan makanlah makanan yang halal lagi  baik daripada apa yang Allah telah rezekikan kepada kamu, dan  bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya".
       Di sisinya segala jenis ilmu; ilmu mengenai hukum, kefasihan bercakap, keilmuan yang utuh dan sebab-sebab turunnya al-Qur'an.  Beliau adalah di kalangan kumpulan di mana kami tidak  mengetahui mereka  melengkapi sepuluh orang yang telah  diberitahukan  Allah bahawa  mereka  adalah Mukminin. Sedangkan kalian  di  kalangan kumpulan  yang  hampir bilangan mereka  dilaknati Allah  di  atas lidah Rasulullah (s.`a.w.). Lantaran itu aku menjadi saksi untuk  kalian  dan menjadi saksi bagi menentang  kalian;  sesungguhnya  kalian  adalah orang-orang yang dilaknati Allah  di  atas  lidah nabi-Nya. 
10. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa  sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) mengutus  kepada  anda supaya  anda menulis bagi pihaknya kepada Bani Khuzaimah  ketika Khalid  b. Walid melakukan angkara terhadap mereka,  maka  utusan itu berpaling  kepadanya (Mu`awiyah) lalu  berkata:  Dia  sedang makan.  Maka utusan berpaling kepada anda sebanyak tiga kali. Dan setiap  kali dia berpaling kepada anda dia berkata:  Dia sedang makan.Maka Rasululullah (s.`a.w.) bersabda:  " Wahai  Tuhanku, janganlah Engkau membuat perutnya terasa kenyang." Justeru  itu sabda  itu adalah untuk anda dan makanan anda sehingga hari  kia-mat.
11.  Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian  mengeta¬hui: Sesungguhnya apa yang aku perkatakan itu benar. Sesungguhnya wahai Mu`awiyah anda menarik dengan bapa anda di atas  seekor unta merah diterajui oleh saudara anda yang duduk.Ini  berlaku di  hari al-Ahzab.  Maka Rasulullah (s.`a.w.) melaknati  pemandu, penunggang dan penarik. Bapa anda adalah penunggang, anda penar¬ik dan saudara anda yang duduk adalah pemandu.  
12. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa  sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.)  telah  melaknati  Abu Sufyan:
Pertama:  Ketika beliau (s.`a.w.) keluar dari Makkah  ke  Madinah dan Abu Sufyan datang dari Syam.Lantas Abu Sufyan  marah  lalu mencacinya  dan mengancamnya dan berhasrat untuk melakukan keka¬saran  terhadapnya tetapi Allah memalingkannya dari melaksanakan niat jahatnya.
Kedua:  Hari  al-`Air  (keldai) di mana  Abu  Sufyan  mengusirnya supaya ia tidak menjadi benteng kepada Rasulullah (s.`a.w.).
Ketiga:  Hari Uhud di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda:  " Allah adalah maula  kami sedangkan anda tidak  mempunyai  maula."  Abu Sufyan berkata: Kami ada al-`Uzza sedangkan kalian tidak mempun¬yainya.  Lantaran itu Allah, para Malaikat-Nya, para Rasul-Nya  dan Mukminun melaknatinya.
Keempat: Hari Hunain di mana Abu Sufyan mulai mengumpulkan Qurai¬sy  dan  Hawazin sementara `Uyainah  mengumpulkan  Ghatafan dan Yahudi.  Lalu  Allah menentang mereka dengan  kemarahan mereka sendiri sehingga mereka tidak dapat mencapai kemenangan.
       Ini  adalah firman Allah `Azza Wajalla diturunkan  di  dalam dua surah kedua-duanya mengenai Abu Sufyan dan  para  sahabatnya sebagai kafir dan anda wahai Mu`awiyah di hari itu seorang musyr¬ik menurut pendapat bapa anda di Makkah.  Sedangkan `Ali di hari itu bersama Rasulullah (s.`a.w.) mematuhi  aga¬manya.Kelima: Firman-Nya Surah al-Fath 48:25"Dan merekalah orang-orang kafir yang menghalang kamu dari Masjid Haram”             
       Anda, bapa anda dan musyrikin Quraisy menghalang  Rasulullah (s.`a.w.). Justeru  itu Allah melaknatinya dengan  laknat  yang meliputinya dan zuriatnya sehingga hari kiamat. 
Keenam:  Hari  al-Ahzab di mana Abu Sufyan  mengumpulkan  Quraisy sementara `Uyainah b. Hasin b. Badr  mengumpulkan  Ghatafan.  Lantas  Rasulullah  (s.`a.w.) melaknati  pemandu, pengikut  dan penarik.
       Ditanya  Rasulullah: Adakah di kalangan penunggang itu  muk¬min?  Beliau bersabda: Laknat tidak akan mengenakan mukmin dari  kalan¬gan penunggang (al-Atba`). Tetapi di kalangan pemandu tidak  ada seorang pun daripada mereka mukmin, tidak ada seorang  pun  yang menyahuti seruan dan tidak seorang pun berjaya.
Ketujuh:  Hari  Thaniyyah, di mana  Rasulullah (s.`a.w.) hampir dibunuh oleh dua belas orang lelaki. Tujuh daripada mereka  dari Bani Umayyah, lima daripada semua kabilah Quraisy.  Justeru itu Allah  dan Rasul-Nya melaknati  orang-orang  yang  memasuki al-Thaniyyah selain daripada Nabi (s.`a.w.).  
13. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui sesungguhnya  Abu  Sufyan telah  berjumpa  dengan `Uthman  ketika dia dibai`ah di Masjid Rasulullah (s.`a.w.), dia berkata: Wahai anak saudaraku! Adakah pengintip ke atas kita sekarang? Dia menjawab: Tidak ada. Maka Abu Sufyan berkata: Pusingkanlah jawatan  khali¬fah wahai pemuda-pemuda Bani Umayyah.  Demi orang yang  di  mana diri Abu Sufyan di tangan-Nya, tidak ada syurga dan neraka? 
14. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa  sesungguhnya Abu Sufyan memegang  tangan  Husain  ketika `Uthman  dibai`ah  dan  berkata: Wahai  anak saudaraku, marilah keluar bersama-samaku  ke kubur Baqi`.Lalu beliaupun  keluar bersamanya sehinggalah sampai di pertengahan kubur, dia menendang kubur  itu dan  melaung dengan  sekuat-kuatnya: Wahai  penghuni kubur!  Perkara di mana kalian memerangi kami kerananya  sekarang ia berada di tangan kami sedangkan kalian telah  menjadi  reput. Lantas Husain b. `Ali A.S berkata: Allah menjadikan  uban  anda sehodoh-hodohnya dan Dia menjadikan muka anda  sehodoh-hodohnya. Kemudian beliau melepaskan tangannya lalu meninggalkannya keseor¬angan. Sekiranya al-Nu`man b. Basyir tidak  memimpin  tangannya (Abu Sufyan) dan mengembalikannya ke Madinah, nescaya dia mati di situ.
       Ini  adalah  untuk anda wahai Mu`awiyah. Adakah  anda  mampu menolak  hujah kami dan hujah orang yang anda telah  melaknatinya bahawa sesungguhnya bapa anda Abu Sufyan berhasrat untuk  menjadi Muslim, tetapi anda telah mengutus kepadanya sebuah bait syair yang menonjolkan kelebihan Quraisy dan lain-lain. Justeru  itu anda  telah menghalangnya  dari menerima Islam  dan  anda  telah menghalangnya. 
       Di antaranya `Umar b. al-Khattab telah melantik anda menjadi wali (gabenor) di Syam, tetapi anda  mengkhianatinya.   Kemudian `Uthman melantik anda menjadi wali, tetapi anda hanya menunggu saat kehancurannya.Kemudian lebih daripada itu  anda  beramai-ramai menentang Allah dan Rasul-Nya.  Sesungguhnya  anda  telah memerangi `Ali  A.S sedangkan anda  telah mengenalinya  sebagai orang yang pertama memeluk Islam, kelebihannya,  keilmuannya  di dalam segala urusan. 
       Malah  beliau lebih layak daripada anda dan selain  daripada anda di  sisi  Allah dan Rasul-Nya. Anda  telah  menegahnya  dan membuat orang ramai di dalam kesamaran.Anda telah mengalirkan darah makhluk  Allah  dengan  tipudaya  dan   kelicikan   anda.  Perbuatan orang yang tidak beriman dengan hari akhirat dan  tidak takutkan pembalasan. Malah apabila sampai ajal, anda akan  ber¬pindah ke tempat yang paling celaka sedangkan `Ali ke tempat yang paling baik.  Dan Allah pasti menunggu anda.  Ini adalah khusus untuk anda wahai Mu`awiyah. Adapun keai¬ban-keaiban  anda yang lain aku tidak mahu menyebutkannya  kerana aku tidak mahu memanjangkan perkara ini.
       Adapun anda wahai `Amru b. `Uthman, jawapanku terhadap  anda tidak akan mencapai maksudnya disebabkan kebodohan anda. Sekir¬anya anda mengikuti perkara-perkara tersebut, anda akan  mengeta¬hui bahawa  anda sepertilah nyamuk  manakala ia  berkata  kepada lebah: Berpeganglah sekuat-kuatnya kerana aku ingin turun di atas anda.  Lalu  lebah menjawab: Aku tidak pun  menyedari  kejatuhan anda di atasku. Bagaimana turunnya anda ke atasku akan menyulit¬kanku? Demi  Allah sesungguhnya aku tidak  merasai  bahawa  anda secara terang memusuhiku sehingga ia menyulitkanku. Dan aku akan memberi jawapan kepada kata-kata anda: Adakah cacian anda  terha¬dap  `Ali A.S. akan mengurangkan kemuliaannya atau  menjauhkannya daripada Rasulullah  (s.`a.w.)?  Atau ujiannya  itu  mencacatkan Islam, atau  tidak ada keadilan di dalam hukum?   Atau  cintakan dunia?  Sekiranya anda menjawab salah satu daripada soalan-soalan tersebut, maka sesungguhnya anda telah berbohong.
       Adapun  kata-kata anda: Sesungguhnya bagi kalian  pada  kami sembilan  belas  hutang darah musyrikin Bani  Umayyah  di  dalam peperangan  Badr,   jawapanku  bahawa Allah  dan Rasul-Nya  telah membunuh mereka semua.
       Mudah-mudahan  kamu  akan membunuh di kalangan  Bani Hasyim sembilan belas, dan tiga selepas sembilan belas kemudian dibunuh di   kalangan  Bani  Umayyah  sembilan  belas.  Sembilan belas sekaligus selain apa yang telah dibunuh di kalangan Bani Umayyah di mana bilangan mereka sebenar tidak diketahui melainkan Allah. Sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Apabila sampai Bani Umayyah tiga puluh orang lelaki, mereka membahagi-bahagikan harta Allah  di  kalangan  mereka. Mengambil  hamba-hamba-Nya  sebagai milik, kitab-Nya sebagai lambing semata-mata.Apabila mereka meningkat tiga ratus sepuluh orang, mereka berhak dilaknati.Dan apabila  mereka  meningkat kepada empat ratus tujuh  puluh  lima, kebinasaan  mereka lebih cepat daripada mengunyah sebiji  kurma". Begitu  juga  Hakam b. Abi al-`As termasuk di  dalam  firman  dan hadis itu juga.  Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Rendahlah suara kalian kerana Bani Umayyah sedang mendengar.
       Hal  demikian itu berlaku manakala Rasulullah (s.`a.w.)  melhat mereka  di dalam mimpinya, begitu  juga  orang-orang  yang memiliki urusan khalifah selepasnya.  Ia  meresahkan Rasulullah (s.`a.w.).Lalu Allah `Azza Wajalla berfirman  maksudnya  "Dan Kami tidak menjadikan mimpi yang telah Kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai ujian bagi manusia dan (begitu pula) pohon kayu yang terkutuk dalam al-Qur'an" (Surah al-Isra' 17: 60) iaitu Bani Umayyah.  Allah juga berfirman "Malam al-Qadar  (kemuliaan)  itu lebih baik dari seribu bulan" (Surah al-Qadar 97: 3). Aku menja¬di saksi untuk kalian dan ke atas kalian bahawa kekuasaan kalian selepas pembunuhan `Ali hanya seribu bulan yang telah  ditetapkan oleh Allah `Azza Wajalla di dalam kitab-Nya.
       Adapun  anda  wahai `Amru b. al-`As  yang  dilaknati Allah, sesungguhnya anda adalah anjing (ganas).  Ibu anda adalah  perem¬puan jahat.Anda dilahirkan di atas "hamparan" yang dikongsikan oleh beberapa lelaki Quraisy seperti Abu Sufyan b. al-Harb,  al-Walid  b. Mughirah, `Uthman b. al-Harth, al-Nadar b.  Kaldah  dan al-`As b. Wa'il.  Setiap mereka menyangka bahawa anda adalah anak lelakinya.  Kemudian seorang yang paling jahat  daripada  mereka mendapat kemenangan di atas anda. 
       Kemudian  anda  berkhutbah  di dalam  keadaan  berdiri:  Aku membenci Muhammad.  Al-`As b. Wa'il berkata: Sesungguhnya  Muham¬mad adalah seorang lelaki yang terputus keturunannya. Sekiranya beliau mati nescaya terputuslah keturunannya. Lantas Allah S.W.T. menurunkan ayat Surah al-Kauthar 108: 3 "Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus".
       Ibu  anda pernah datang menawarkan dirinya kepada Bani  `Abd Qais supaya menidurinya (bughyah), dia mendatangi mereka  menurut giliran mereka sama ada di dalam perjalanan ataupun di  wadi-wadi mereka.Kemudian  anda pada setiap  tempat  dipersaksikan  oleh Rasulullah (s.`a.w.) sebagai musuh yang paling kuat  menentangnya dan yang paling pembohong. Kemudian anda adalah di antara penum¬pang-penumpang bahtera; orang-orang yang mendatangi Raja Najjasyi bagi membunuh Ja`far b. Abu Talib dan orang-orang Muhajirin  lain memohon perlindungan  Raja Najjasyi. Tetapi  tipudaya  tersebut terserlah  dan  membuat datuk anda berada di  bawah  (gagal) dan menghancurkan  niat jahatnya serta usaha anda yang sia-sia.   Dia telah menjadikan kalimah orang-orang kafir di bawah dan  kalimah Allah di atas. 
       Adapun kata-kata anda tentang `Uthman, maka anda yang  tidak mempunyai sifat malu dan keagamaan, anda telah menyalakan api  ke atasnya. Kemudian anda telah melarikan diri ke Palestin  semata-mata kerana  menunggu giliran. Manakala  berita  pembunuhannya sampai, anda telah menawarkan diri anda kepada Mu`awiyah. Lantas anda menjual agama anda kepadanya dengan dunia orang lain  wahai si jahat.  Kami tidak mencela anda kerana memarahi kami dan kami tidak juga  mengkritik anda kerana cintakan kami.  Anda  adalah musuh Bani Hasyim pada masa Jahiliyah dan Islam.
       Sesungguhnya  anda  telah menghina Rasulullah  (s.`a.w.)  di dalam tujuh puluh bait syair. Justeru itu Rasulullah  (s.`a.w.) bersabda: "Wahai Tuhanku sesungguhnya aku tidak pandai bersyair, lantaran  itu aku tidak patut menjawabnya oleh itu wahai  Tuhanku laknatilah  `Amru b. al-`As pada  setiap  bait  syair   seribu laknat". 
       Kemudian  anda wahai `Amru, anda lebih mencintai dunia  anda daripada  agama  anda. Anda telah mengadap  Raja  Najjasyi  dan memberi  hadiah kepadanya semasa lawatan anda pada kali  pertama dan  kedua. Tetapi kesemuanya menemui jalan buntu. Hasrat  anda adalah supaya Ja`far dan para sahabatnya dibunuh.  Manakala  Raja Najjasyi  menyalahkan anda mengenainya, lantas anda  menghalalkan darah sahabat anda `Ammarah b. al-Walid. 
       Adapun  anda  wahai Walid b. `Uqbah, demi Allah,  aku  tidak mencela  anda  memarahi `Ali kerana beliau  telah  menyebat  anda lapan  puluh  kali sebat. 
       Dan beliau telah membunuh  bapa  anda tanpa  bertarung  di hari Badr. Atau bagaimana anda  mencacinya sedangkan  Allah telah menamakannya mukmin di dalam sepuluh  ayat al-Qur'an. Dan Dia telah menamakan anda fasiq sebagaimana  fir¬man-Nya  dalam  Surah al-Sajdah 32: 18 "Maka  apakah  orang  yang beriman  seperti  orang yang fasiq?  Mereka  tidak  sama".  Dan firman-Nya  dalam  Surah al-Hujurat 49: 6  "Hai  orang-orang  yang beriman,  jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu  berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan sesuatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menye¬babkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu".
       Adapun anda dan sebutan anda sebagai Quraisy pada hakikatnya anda  bukanlah  Quraisy, malah anda adalah  anak  lelaki  kepada seorang yang tidak mengetahui budi bahasa dari keluarga Safuriyah bernama Zakwan.
       Adapun  sangkaan  anda bahawa kami telah  membunuh  `Uthman, demi Allah, Talhah, Zubair dan `Aisyah sendiri tidak mampu  untuk mengaitkannya dengan `Ali b. Abu Talib. 
       Bagaimana anda  sanggup berkata sedemikian rupa?  Sekiranya anda bertanya ibu anda siapa-kah bapa anda ketika dia meninggalkan Zakwan, lalu dia mengaitkan anda  dengan `Uqbah b. Abu Mu`it, nescaya dia merasa  angkuh  dan bermegah  dengan  apa yang dia lakukan. Sedangkan Allah  telah menyediakan  bagi anda, bapa anda dan ibu anda kehinaan  dan  me¬nanggung  malu di dunia dan di akhirat.  Allah tidak akan  menza¬limi hamba-hamba-Nya. 
       Kemudian  anda  wahai Walid!  Allah lebih besar  dari  orang yang anda kaitkan namanya. Bagaimana anda mencaci  `Ali  kerana sekiranya anda bekerja keras nescaya anda dapat mempastikan nasab anda kepada bapa anda yang sebenar dan bukan kepada  orang  yang dikaitkan namanya  dengan anda.Kerana ibu anda  sendiri  telah mengatakan: Wahai anakku, bapa anda adalah lebih celaka dan jahat daripada `Uqbah.
       Adapun  anda `Utbah b. Abu Sufyan; Demi Allah anda  bukanlah cekap sehingga aku memberi jawapan kepada anda, tidak pula  bera¬kal sehingga  aku mendera anda,  kerana tidak ada di  sisi  anda kebaikan yang diharapkan sekiranya anda mencaci `Ali, tidak  ada keaiban baginya terhadap anda, kerana anda di  sisiku  tidaklah setanding dengan  seorang hamba `Ali b. Abu Talib  sehingga  aku memberi jawapan kepada anda dan mencela anda,  tetapi Allah `Azza Wajalla sedang  menunggu anda, bapa anda, ibu anda  dan  saudara anda.  Anda adalah dari zuriat datuk-datuk anda yang  disebutkan di dalam al-Qur'an, maka Dia berfirman di dalam Surah al-Ghasyiah 88:  3-5 "Bekerja keras lagi kepayahan (nasibah),  memasuki  api yang  sangat  panas, diberi minum (dengan air) dari  sumber  yang sangat panas".
       Adapun  ancaman  anda untuk membunuhku,  kenapa  anda  tidak membunuh  orang  yang anda mendapatinya di  atas  hamparan  anda bersama  isteri anda.Dia telah mengalahkan anda bagi menguasai kemaluannya  (farajnya) dan dia berkongsi dengan anda  pula  bagi mendapatkan anaknya sehingga dia mengaitkan anak lelaki  tersebut dengan  anda sedangkan ia bukanlah anak lelaki  anda. Celakalah anda!  Jikalaulah anda bekerja keras bagi membalas dendam  terha¬dapnya adalah lebih wajar kerana ia merupakan  suatu  kebebasan, kerana anda mengancam untuk membunuhku, tetapi aku tidak mencela anda mencaci  `Ali  kerana beliau telah  membunuh saudara  anda secara bertarung.  Beliau dan Hamzah b. `Abdu  l-Muttalib  telah berkongsi di dalam pembunuhan datuk anda, sehingga Allah membakar mereka berdua  dengan  api neraka dan merasakan  mereka  berdua dengan azab yang pedih. Dan beliaulah yang mengusir bapa saudara anda sebelah ibu dengan perintah Rasulullah (s.`a.w.).
       Adapun harapanku untuk menjadi khalifah, demi Allah  sekira-nya aku  mengharapkannya adalah kerana aku  berhak  menuntutnya. Sedangkan  anda tidak setanding dengan saudara anda dan tingkah laku  bapa anda. Kerana saudara anda lebih kuat menentang  Allah S.W.T. dan paling kuat tuntutannya bagi mengalirkan darah Muslim¬in.  Dia juga menuntut apa yang dia tidak layak untuknya  dengan menipu orang ramai.  Justeru itu Allah memusnahkan tipu  dayanya, dan Allah sebaik-baik orang yang mendedahkan tipu daya mereka.
       Adapun  kata-kata  anda: Sesungguhnya  `Ali  adalah  sejahat jahat  Quraisy  untuk Quraisy. Demi Allah,  beliau  tidak  hina sehingga  memerlukan  kasihan  belas, dan  beliau  tidak  dibunuh secara zalim.
       Adapun  anda wahai Mughirah b. Syu`bah!   Sesungguhnya  anda adalah  musuh  Allah, meninggalkan kitab-Nya,  pembohong  terhadap nabi-Nya. 
       Anda adalah penzina dan wajib dilaksanakan hukum rejam ke atas anda, kerana orang-orang yang adil dan baik menjadi saksi terhadap anda.  Tetapi rejam anda ditangguhkan lantas kebenaran ditolak dengan kebatilan dan kebenaran dengan kekerasan. 
       Justeru  itu Allah menyediakan untuk anda azab  yang  pedih. Kehinaan  di  dalam kehidupan dunia dan azab  di  akhirat  adalah lebih hina. Andalah  orang yang telah  memukul  Fatimah  binti Rasulullah (s.`a.w.) sehingga terkeluar darahnya dan  "tergugur" kandungannya kerana anda menghina Rasulullah (s.`a.w.) dan menya¬lahi  perintahnya "mencabuli" kemuliaan anak perempuannya  kerana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Wahai Fatimah!  Andalah penghulu  wanita syurga". 
       Dan Allah akan  memasukkan  anda  ke neraka dan anda akan menerima akibat dari kata-kata anda sendiri. Mana  satukah di kalangan tiga perkara anda telah  mencaci  `Ali, adakah kekurangannya pada keturunannya?  Atau  jauhnya  daripada Rasulullah  (s.`a.w.)?   Atau ia membawa bencana  pada  Islam  atau kezaliman  di dalam hukuman, atau cinta kerana dunia?  Sekiranya anda berpendapat sedemikian maka sesungguhnya anda berbohong dan orang ramai akan membohongi anda pula.
       Adakah  anda  menyangka  bahawa  `Ali  A.S.  telah  membunuh `Uthman  secara zalim?! `Ali, demi Allah orang yang paling  ber¬takwa dan orang yang paling bersih daripada orang yang mencelanya mengenai perkara tersebut. Sekiranya `Ali telah membunuh `Uthman secara zalim, demi Allah anda bukanlah ada kaitan dengannya. Di masa hidupnya anda tidak pernah membantunya dan pada masa matinya anda tidak menerima pusaka daripadanya.  Anda masih mengelilingi rumah anda mengejar wanita-wanita jahat, anda menghidupkan amalan jahiliyah, anda mematikan Islam sepertilah di masa lalu.
       Adapun  penentangan  anda  terhadap  Bani  Hasyim  dan  Bani Umayyah adalah dakyah anda untuk Mu`awiyah. Adapun pendapat anda mengenai pemerintahan dan pendapat para sahabat  anda  tentang kerajaan (al-Mulk) yang  anda  miliki,  ia adalah seperti Fir`aun yang telah memerintah Mesir selama  empat ratus  tahun sedangkan Musa dan Harun adalah nabi yang  diutus menghadapi penderitaan. Ia adalah milik Allah. Dia  memberi¬kannya  kepada orang yang baik dan jahat.  Allah berfirman  dalam Surah al-Anbiya' 21: 111 "Dan aku tidak mengetahui boleh jadi hal itu cubaan  bagi kamu dan kesenangan sampai kepada  suatu  waktu sahaja".  Dan  firman-Nya dalam Surah al-Isra' 17: 16  "Dan  jika Kami  hendak  membinasakan suatu negeri,  maka  Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaa¬ti  Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri  itu, maka  sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan  (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya".
       Kemudian Hasan pun berdiri dan menyingkatkan kainnya  sambil membaca Surah al-Nur 24: 26: " Wanita-wanita yang keji bagi  lelaki yang  keji  dan lelaki yang keji bagi wanita-wanita yang  keji." Mereka wahai Mu`awiyah, demi Allah, adalah anda para sahabat anda dan pengikut-pengikut anda (Syi`ah anda).
       Dan  lelaki yang baik adalah bagi wanita-wanita  yang  baik. Mereka itulah bersih daripada tuduhan yang dilemparkan  ke  atas mereka.  Bagi mereka pengampunan dan rezeki yang mulia.  Mereka adalah `Ali b. Abi Talib A.S, para sahabatnya dan pengikut-pengi¬kutnya (Syi`ahnya).
       Kemudian  beliau  keluar sambil  berkata  kepada  Mu`awiyah: Rasailah akibat apa yang telah dilakukan oleh tangan  anda.  Se¬sungguhnya Allah telah menyediakan bagi anda dan mereka kehinaan di dalam kehidupan dunia dan azab yang pedih di akhirat.
       Mu`awiyah berkata kepada para sahabatnya:Rasailah  kalian akibat apa yang anda telah lakukannya. Al-Walid  b. `Uqbah berkata:Demi Allah, kami tidak  merasai melainkan sebagaimana anda  merasainya dan  kami  tidak  berani melainkan menentang anda.
       Mu`awiyah berkata: Tidakkah aku telah berkata kepada  kalian sesungguhnya kalian tidak akan dapat menghina lelaki itu (Hasan). Sekiranya  kalian mentaatiku semenjak awal lagi, nescaya kalian beroleh kemenangan menentang lelaki ini apabila beliau  mendedah¬kan keburukan kalian. Demi Allah, beliau tidak berdiri  sehingga beliau menyeksaku seisi rumah. Dan aku bercita-cita untuk  men¬yerangnya. Lantaran itu tidak ada kebaikan di hari ini dan  sele¬pasnya. 
       Dia  berkata: Marwan b. Hakam mendengar  tentang  perjumpaan Mu`awiyah dan para sahabatnya dengan Hasan b. `Ali A.S.Lalu dia datang  berjumpa  dengan mereka di sisi Mu`awiyah dan bertanya mereka. Apakah  (benar) apa yang telah sampai kepadaku tentang Hasan  dan kemarahannya?
       Dia menjawab: Beliau (Hassan) memanglah begitu. Marwan berkata kepada mereka: Kenapa kalian tidak menjemputku  bersama?  Demi Allah, aku akan mencacinya, aku  akan mencaci bapanya, Ahl al-Baitnya dengan cacian sehingga hamba-hamba lelaki dan perempuan aku berpesta dengan penuh kegembiraan.
       Hasan  berkata:  Adapun anda wahai Marwan ,  bukan  aku  yang mencaci  anda  dan bapa anda, tetapi Allah `Azza mWajalla  telah melaknati anda, bapa anda, keluarga anda, zuriat anda dan zuriat yang keluar dari keturunan bapa anda sehingga hari kiamat di atas lidah Nabi-Nya Muhammad. Demi Allah, wahai Marwan,  anda  tidak akan mengingkarinya,  begitu  juga orang yang  datang  di  dalam majlis ini kerana laknat ini adalah daripada Rasulullah (s.`a.w.) untuk anda dan bapa anda sebelum anda.   Allah tidak akan  menam¬bahkan  kepada anda apa yang menakutkan anda melainkan  kezaliman yang  besar.  Memang benar Allah dan rasul-Nya dan  Dia berfirman dalam  Surah al-Isra' 17: 60 "Dan pohon kayu yang terkutuk  dalam al-Qur'an,  dan Kami menakuti mereka tetapi  yang demikian  itu hanyalah menambah besar kedurhakaan mereka".
       Anda  Wahai  Marwan  dan zuriat anda  merupakan  pohon  yang dilaknati Allah di dalam al-Qur'an.Demikian itu adalah daripada Rasulullah  (s.`a.w.)  daripada  Jibra`il  daripada  Allah `Azza Wajalla. 
Mu`awiyah melompat, lalu meletakkan tangannya di mulut Hasan seraya berkata:Wahai Abu Muhammad! Aku bukanlah jahat dan ganas. Lalu Hasan A.S membersihkan kainnya, kemudian beliau berdiri dan keluar.  Mereka juga keluar dari majlis itu dengan  kemarahan dan dukacita serta dengan muka hitam di dunia dan akhirat.
       Sebenarnya tuntutan Hasan b. `Ali A.S terhadap Imamah atau Khila¬fah adalah berdasarkan nas daripada datuknya Rasulullah (s.`a.w.) Beliau begitu yakin bahawa hak Imamah atau Khilafah selepas Rasulullah (s.`a.w.)  adalah  hak `Ali dan kemudian haknya  dan seterusnya. Apatah lagi Mu`awiyah b. Abu Sufyan telah menentang bapanya  `Ali A.S sebagai imam atau khalifah di masa itu secara kekerasan.
       Beberapa  bulan  selepas  kewafatan  bapanya,  beliau  telah mengambil  alih jawatan khalifah, kemudian beliau  pula  terpaksa berdamai  dengan Mu`awiyah. Perdamaian beliau dengan Mu`awiyah telah ditentang oleh kebanyakan Syi`ahnya sendiri.Namun  begitu beliau terpaksa melakukannya demi menjaga dirinya, Ahl al-Baitnya dan Syi`ahnya.  Beliau berkata: Demi Allah sekiranya perdamaianku dengan Mu`awiyah berlaku, nescaya aku dapat menjaga darahku  dan menyelamatkan  keluargaku,  maka ia adalah  lebih  baik  daripada mereka membunuhku.  Lantaran itu keluargaku akan dibunuh. Demi Allah sekiranya aku memerangi Mu`awiyah, nescaya mereka  memotong tengkukku dan membawanya kepada Mu`awiyah. Demi Allah  sekiranya aku  berdamai dengannya dalam keadaan aku mulia lebih  baik  dari dia membunuhku dalam keadaan aku menjadi tawanan. 
       Kemudian Hasan terus mempertahankan tindakannya, beliau berkata: Demi Allah, aku tidak menyerahkan jawatan khalifah kepadanya melainkan selepas aku dapati tiada pembantu untukku.  Sekir¬anya aku mendapati pembantu-pembantu,nescaya  aku memeranginya malam dan siang sehingga Allah menghukum di antara aku dan  dia, tetapi aku mengetahui sikap penduduk-penduduk Kufah dan  ujian mereka. Orang yang fasiq tidak sesuai untukku kerana mereka tidak mempunyai kesetiaan, tidak ada tanggungjawab sama ada dari  segi kata-kata  dan perbuatan.Mereka berselisih di  kalangan mereka dan  berkata: Sesungguhnya hati kami bersama anda, tetapi pedang-pedang mereka ditujukan kepada kami. 

Ulasan
       
       Oleh itu perdamaian yang dilakukan oleh Hasan adalah  kerana terpaksa,  tanpa  pembantu-pembantu. Walau  bagaimanapun  beliau tidak  berpuas hati terhadap sikap penduduk Kufah  yang pengecut untuk berjuang bersamanya menentang Mu`awiyah.
       Walau bagaimanapun caci mencaci secara serius telah  berlaku di antara Hasan dan Mu`awiyah serta rakan-rakannya tentang  Ima¬mah atau Khilafah.   Mu`awiyah  bukan sahaja mencaci Hasan  malah  dia mencaci  `Ali b. Abi Talib dengan cacian  yang melulu  dan  penuh dengan fitnah.  Hasan menjawabnya dengan hujah yang  mantap  se¬hingga  dapat  menundukkan  mereka semua,  kerana  jawapan  Hasan kepada  mereka bukanlah merupakan cacian atau cercaan  kerana ia adalah  suatu hakikat yang sukar ditolak di mana  mereka  sendiri mengakuinya. Lantaran itu ia patut dibezakan di antara  mencaci, mencerca,  mencela dan menerangkan hakikat sesuatu. Apatah lagi jika ia berdasarkan kepada nas.`Ali berkata: Jika seseorang itu memberitahu hal atau keadaan seseorang tertentu menyalahi nas al-Qur'an  dan Sunnah Nabi (s.`a.w.) adalah lebih wajar  dan tidak boleh dikatakan pencaci. 
       Walau  bagaimanapun  Mu`awiyah dan pemerintah  Bani  Umayyah selepasnya  terus mencaci `Ali di atas mimbar masjid  selama  70 tahun.  Hanya semasa  pemerintahan `Umar b. `Abd  al-`Aziz ia dihentikan.  Kemudian ia diteruskan kembali oleh pemerintah Bani Umayyah yang lain.

Kesimpulan

       Hasan  b. `Ali percaya bahawa hak  Imamah atau Khilafah  selepas datuknya  Rasulullah (s.`a.w.) adalah hak Ahl al-Bait  Rasulullah (s.`a.w.).Orang lain adalah tidak layak untuk memegang  jawatan tersebut  berdasarkan  nas dan akal.  Walau  bagaimanapun  beliau akhirnya terpaksa menyerahkan jawatan khalifah kepada  Mu`awiyah dengan syarat-syarat tertentu demi untuk menjaga dirinya, keluar¬ganya dan Syi`ahnya.


LAMPIRAN A

KEKAFIRAN MAJORITI PARA SAHABAT MENURUT CATATAN AL- BUKHARI DAN  MUSLIM

Pengenalan.
                                              I
       Perkataan “kekafiran” adalah pecahan daripada perkataan “kafir”. Menurut Kamus Dewan, perkataan “kekafiran” memberi pengertian sifat-sifat kafir.Dan kafir adalah orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya Sementara perkataan “mengkafir atau mengafir” bererti menganggap kafir atau mengatakan kafir (Kamus Dewan, Kuala Lumpur,1991, hlm.514). Perkataan “murtad” bererti seorang keluar daripada agamanya,  tidak setia kepada agamanya (Kamus Dewan, Kuala Lumpur, 1991, hlm. 846) Justeru itu orang Muslim yang menjadi kafir atau murtad adalah orang yang keluar agama Islam.
       Kajian mengenai para sahabat yang telah menjadi kafir-murtad selepas kewafatan Nabi (Saw.) amat mencemaskan, tetapi ianya suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun kerana ia telah dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih-Sahih mereka di mana kedua dua kitab tersebut dinilai sebagai kitab yang paling Sahih selepas al-Qur’an oleh Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah sendiri. Di samping itu ia juga telah dicatat oleh pengumpul-pengumpul Hadis daripada mazhab Ahlu l-Bait (a.s) di dalam buku-buku mereka.
       Amatlah dikesali bahawa kaum Wahabi yang menyamar sebagai Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah sentiasa menyamarakkan sentiment anti Syi‘ah dengan slogan “Syi‘ah mengafirkan para sahabat” bagi mendapatkan sokongan orang ramai kepada gerakan mereka. Walau bagaimanapun rencana rengkas ini sekadar mendedahkan hakikat sebenar bagi menjawab tuduhan tersebut, dan tidak sekali-kali bertujuan meresahkan kaum Muslimin di rantau ini.
       Sekiranya al-Bukhari dan Muslim telah mencatat kekafiran majoriti para sahabat selepas kewafatan Nabi (Saw.) di dalam Sahih-Sahih mereka,kenapa kita menolaknya dan melimparkan kemarahan kepada orang lain pula? Dan jika mereka berdua berbohong, merekalah yang berdosa dan dipertanggongjawabkan di hadapan Allah (swt) Dan jika kita Ahlu s-Sunnah Nabi (Saw.), nescaya kita menerimanya.Jika tidak,kitalah Ahli anti Sunnah atau Hadis Nabi (Saw.)

Definisi sahabat
       Berbagai pendapat mengenai definisi sahabat telah dikemukakan. Ada pendapat yang mengatakan: "Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi (Saw.) atau melihatnya daripada orang-orang Islam, maka ia adalah daripada para sahabatnya." Definisi inilah yang dipegang oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya (al-Bukhari, Sahih, v , hlm.1). Sementara gurunya Ali bin al-Madini berpendapat: Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi (Saw.) atau melihatnya, sekalipun satu jam di siang hari, adalah sahabatnya(Ibid). Manakala al-Zain al-Iraqi berkata: "Sahabat adalah sesiapa yang berjumpa dengan Nabi sebagai seorang Muslim, kemudian mati di dalam Islam." Said bin Musayyab berpendapat: "Sesiapa yang tinggal bersama Nabi selama satu tahun atau berperang bersamanya satu peperangan." Pendapat ini tidak boleh dilaksanakan kerana ianya mengeluarkan sahabat-sahabat yang tinggal kurang daripada satu tahun bersama Nabi (Saw.) dan sahabat-sahabat yang tidak ikut berperang bersamanya.Ibn Hajar berkata:"Definisi tersebut tidak boleh diterima(Ibn Hajr, Fath al-Bari, viii, hlm.1) Ibn al-Hajib menceritakan pendapat 'Umru bin Yahya yang mensyaratkan seorang itu tinggal bersama Nabi (Saw.) dalam masa yang lama dan "mengambil (hadis) daripadanya (Syarh al-Fiqh al-‘Iraqi,hlm.4-3) Ada juga pendapat yang mengatakan: "Sahabat adalah orang Muslim yang melihat Nabi (Saw.) dalam masa yang pendek(Ibid).
Kedudukan para sahabat
       Kedudukan para sahabat di bahagikan kepada tiga:
1. Sahabat semuanya adil dan mereka adalah para mujtahid.Ini adalah pendapat Ahlu s- Sunnah wa l-Jama‘ah.2. Sahabat seperti orang lain, ada yang adil dan ada yang fasiq kerana mereka dinilai berdasarkan perbuatan mereka. Justeru itu yang baik diberi ganjaran kerana kebaikannya. Sebaliknya yang jahat dibalas dengan kejahatannya. Ini adalah pendapat mazhab Ahlu l-Bait Rasulullah(Saw.) atau Syi‘ah atau Imam Dua belas.3. Semua sahabat adalah kafir-semuga dijauhi Allah-Ini adalah pendapat Khawarij yang terkeluar daripada Islam.
                                           II
       Dikemukan dibawah ini lima hadis daripada Sahih al-Bukhari (Al-Bukhari,  Sahih, (Arabic-English), by Dr.Muhammad Muhammad Muhsin Khan, Islamic University, Medina al-Munawwara, Kazi Publications, Chicago, USA, 1987, jilid viii, hlm.378-384(Kitab ar-Riqaq,bab fi l-Haudh)dan enam hadis dari Sahih Muslim (Muslim, Sahih, diedit oleh Muhammad Fuad  ‘Abdu l-Baqi, Cairo, 1339H, jilid iv, hlm.1793-1800 (Kitab al-Fadha‘il bab Ithbat Haudhi al-Nabi (Saw.) yang berkaitan dengan topik kajian:

Terjemahan hadis-hadis dari Sahih al-Bukhari

1. Hadis no. 578. Daripada Abdullah bahawa Nabi(Saw.) bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh dan sebahagian daripada kamu akan dibawa di hadapanku. Kemudian mereka akan dipisahkan jauh daripadaku. Aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku (ashabi). Maka dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)
2. Hadis no.584. Daripada Anas daripada Nabi (Saw.) bersabda: Sebahagian daripada sahabatku akan datang kepadaku di Haudh (Sungai atau Kolam Susu) sehingga aku mengenali mereka, lantas mereka dibawa jauh daripadaku. Kemudian aku akan bersabda:Para sahabatku(ashabi)! Maka dia (Malaikat) berkata: Anda tidak mengetahui apa yang lakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka(inna-ka la adri ma ahdathu ba‘da-ka)
3. Hadis no.585. Abu Hazim daripada Sahl bin Sa‘d daripada Nabi (Saw.) Nabi (Saw.) bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh. Dan siapa yang akan melaluinya akan miminumnya.Dan siapa yang meminumnya tidak akan dahaga selama-lamanya.Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku kenali, dan mereka juga mengenaliku. Kemudian dihalang di antaraku dan mereka.Abu Hazim berkata : Nu‘man bin Abi  ‘iyasy berkata selepas mendengarku: Adakah anda telah  mendengar  sedemikian daripada Sahl? Aku menjawab: Ya. Aku naik saksi bahawa aku telah mendengar Abu Sa ‘id al-Khudri berkata perkara yang sama,malah dia menambah: Nabi (Saw.) bersabda: Aku akan bersabda: mereka itu adalah daripadaku(ashabi). Maka dijawab: “Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka Aku akan bersabda:Terjauh! Terjauh! (daripada rahmat Allah) mereka yang telah mengubah (hukum Allah dan Sunnahku) selepasku (suhqan suhqan li-man gayyara ba‘di) ”
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah (Saw.) bersabda: Sekumpulan daripada para sahabatku akan datang kepadaku di Hari Kiamat.kemudian mereka akan diusir jauh dari Haudh.Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! mereka itu adalah para sahabatku (ashabi). Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa  yang mereka lakukan selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la  ‘ilma la-ka bima ahdathu ba‘da-ka) Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad kebelakang (irtaddu  ‘ala a‘qabi-bi-himu l-Qahqariyy)
4. Hadis no.586. Daripada Ibn Musayyab bahawa Nabi (Saw.) bersabda: Sebahagian daripada para sahabatku akan mendatangiku di Haudh, dan mereka akan dipisahkan dari Haudh.Maka aku berkata: Wahai Tuhanku! Mereka adalah para sahabatku (ashabi), maka akan dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka.Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad ke belakang selepas anda meninggalkan mereka (inna-hum irtaddu ba ‘da-ka  ‘ala Adbari-ka l-Qahqariyy)
5.Hadis no.587. Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi (Saw.) bersabda: Manakala aku sedang tidur,tiba-tiba sekumpulan (para sahabatku) datang kepadaku. Apabila aku mengenali mereka,tiba-tiba seorang lelaki (Malaikat) keluar di antara aku dan mereka. Dia berkata kepada mereka: Datang kemari.Aku bertanya kepadanya: Ke mana? Dia menjawab:Ke Neraka, demi Allah. Aku pun bertanya lagi: Apakah kesalahan mereka?Dia menjawab: Mereka telah menjadi kafir-murtad selepas kamu meninggalkan mereka (inna-hum irtaddu ba‘da-ka  ‘ala Adbari-himi l-Qahqariyy). Justeru itu aku tidak melihat mereka terselamat melainkan (beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang tersesat/terbiar daripada pengembalanya (fala ara-hu yakhlusu min-hum illa mithlu hamali n-Na‘ am).

Terjemahan hadis-hadis dari Sahih Muslim

1. Hadis no.26. (2290) Daripada Abi Hazim berkata: Aku telah mendengar Sahlan berkata:Aku telah mendengar Nabi (Saw.) bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh.Siapa yang melaluinya, dia akan meminumnya. Dan siapa yang meminumnya,dia tidak akan dahaga selama-lamanya. Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku mengenali mereka dan mereka mengenaliku (para sahabatku). Kemudian dipisahkan di antaraku dan mereka. Abu Hazim berkata: Nu‘man bin Abi ‘Iyasy telah mendengarnya dan aku telah memberitahukan mereka tentang Hadis ini. Maka dia berkata: Adakah anda telah mendengar Sahlan berkata sedemikian? Dia berkata: Ya.
(2291) Dia berkata: Aku naik saksi  bahawa aku telah mendengar Abu Sa‘id al-Khudri menambah: Dia berkata: Sesungguhnya mereka itu adalah daripadaku (inna-hum min-ni). Dan dijawab:Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka(inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka).Maka aku(Nabi (Saw.) bersabda: Terjauh!Terjauh (daripada rahmat) mereka yang telah mengubah (hukum Tuhanku dan Sunnahku) selepasku (Suhqan suhqan li-man baddala ba‘di)
2. Hadis no.27(2293) Dia berkata: Asma‘ binti Abu Bakr berkata: Rasulullah (Saw.) bersabda: Sesungguhnya aku akan berada di Haudh sehingga aku melihat mereka yang datang kepadaku dikalangan kamu (man yaridu  ‘alayya min-kum).Dan mereka akan ditarik dengan pantas (daripadaku), maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu daripada (para sahabat) ku dan daripada umatku. Dijawab: Tidakkah anda merasai atau menyedari apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (amma sya‘arta ma ‘amilu ba‘da-ka)? Demi Allah, mereka sentiasa mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) selepas anda meninggalkan mereka (Wa Llahi! Ma barihu ba‘da-ka yarji‘un  ‘ala a‘qabi-him) Dia berkata: Ibn Abi Mulaikah berkata“ Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kami memohon perlindungan daripadaMu supaya kami tidak mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) atau kami difitnahkan tentang agama kami”
3. Hadis no.28. (2294) Daripada  ‘Aisyah berkata: Aku telah mendengar Nabi (Saw.) bersabda ketika beliau berada di kalangan para sahabatnya(ashabi-hi): Aku akan menunggu mereka di kalangan kamu yang akan datang kepadaku. Demi Allah! Mereka akan ditarik dengan pantas dariku. Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku!  Mereka adalah daripada(para sahabat)ku dan daripada umatku Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma  ‘amilu ba‘da-ka). Mereka sentiasa mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) (Ma zalu yarji‘un ‘ala a‘qabi-him)
4. Hadis no.29 (2295) Daripada Abdullah bin Rafi‘; Maula Ummi Salmah;isteri Nabi (Saw.)Rasulullah (Saw.) bersabda: Sesungguhnya aku akan mendahului kamu di Haudh. Tidak seorang daripada kamu(para sahabatku) akan datang kepadaku sehingga dia akan dihalau/diusir daripadaku (fa-yudhabbu ‘anni) sebagaimana  dihalau/diusir unta yang tersesat ( ka-ma yudhabbu l-Ba‘iru dh-Dhallu). Aku akan bersabda:apakah salahnya? Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka) Maka aku bersabda: Terjauh daripada  daripada rahmat (suhqan).
5. Hadis no.32(2297) Daripada Abdillah, Rasulullah (Saw.) bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh. Dan akau akan bertelagah dengan mereka(aqwaman). Kemudian aku akan menguasai mereka. Maka aku bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku. Mereka itu adalah para sahabatku (Ya Rabb! Ashabi, ashabi). Lantas dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka(inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)
6. Hadis no.40. (2304) Daripada Anas bin Malik bahawa Nabi (Saw.) bersabda: Akan datang kepadaku di Haudh beberapa lelaki (rijalun) daripada mereka yang telah bersahabat denganku (mimman sahabani) sehingga aku melihat mereka diangkat kepadaku. Kemudian mereka dipisahkan daripadaku. Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka adalah para sahabatku.Mereka adalah para sahabatku (Usaihabi) Akan dijawab kepadaku: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka).

Perkataan-perkataan yang penting di dalam hadis-hadis tersebut.

       Daripada hadis-hadis di atas kita dapati al-Bukhari telah menyebut perkataan:
a.  Ashabi (para sahabatku) secara literal sebanyak empat kali
b. Inna-ka la tadri atau la  ‘ilma la-ka ma ahdathu ba‘da-ka (Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan(ahdathu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) sebanyak tiga kali. Perkataan ahdathu bererti mereka telah melakukan bid‘ah-bid‘ah atau innovasi yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah nabi (Saw.).
c. Inna-hum  Irtaddu (Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad) sebanyak empat kali.
d. Suhqan suhqan li-man gyayara ba‘di (Terjauh terjauhlah (daripada rahmat) mereka yang telah mengubah atau menukar-hukum Tuhanku dan Sunnahku- selepasku) satu kali.perkataan “Ghayyara” bererti mengubah atau menukar hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
e. Fala arahu yakhlusu minhum mithlu hamalu n-Na‘am (Aku tidak fikir mereka terselamat melainkan(beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang tersesat atau terbiar daripada pengembalanya) satu kali, Sementara Muslim telah menyebut perkataan:

a. Ashabi(para sahabatku) secara literal satu kali.
b. Ashabi-hi (para sahabatnya) satu kali,
c.  Sahaba-ni ( bersahabat denganku) satu kali
d. Usaihabi (para sahabatku) dua kali.
e. Innaka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka (sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan(ahdathu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) tiga kali.
f. Inna-ka la tadri atau sya‘arta ma  ‘amilu ba‘da-ka (Sesungguhnya anda tidak mengetahui atau menyedari apa yang dilakukan (ma ‘amilu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) tiga kali .Perkataan “Ma ‘amilu” (Apa yang dilakukan oleh mereka) adalah amalan-amalan yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya..
g. Ma barihu atau Ma zalu Yarji‘un  ‘ala a‘qabi-him (mereka sentiasa kembali kepada kekafiran) dua kali
h. Suhqan suhqan li-man baddala  ba‘di (Terjauh terjauhlah (daripada rahmat) mereka yang telah mengganti atau mengubah atau menukar-hukum Tuhanku dan Sunnahku-selepasku) satu kali. Perkataan “Baddala” bererti mengganti atau mengubah atau menukar hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
Justeru itu sebab-sebab  mereka menjadi kafir-murtad menurut al-Bukhari dan Muslim adalah kerana mereka:
(1) Ahdathu=Irtaddu atau  yarji‘un ‘ala a‘qabi-him
(2) ‘Amilu   =Irtaddu atau  yarji‘un ‘ala a‘qabi-him
(3) Ghayyaru=Irtaddu atau yarji‘un ‘ala a‘qabi-him
(4)Baddalu=Irtaddu atau yarji‘un ‘ala a‘qabi-him
       Ini bererti mereka yang telah mengubah hukum-Nya dan Sunnah Nabi-Nya dilaknati(mal‘unin). Lantaran itu sebarang justifikasi (tabrirat) seperti Maslahah, Masalihu l-Mursalah, Saddu dh-Dhara’i‘, Maqasidu sy-Syari‘ah‘, dan sebagainya bagi mengubah atau menukar atau menangguh atau membatalkan sebahagian hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya adalah bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi (Saw.). Jika mereka terus melakukan sedemikian, maka mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (Saw.), malah mereka adalah Ahli anti Sunnah nabi (Saw.)
       Sebab utama yang membawa mereka menjadi kafir-murtad(Irtaddu atau La yazalun yarji‘un ‘ala  a‘qabi-him) di dalan hadis-hadis tersebut adalah kerana mereka telah mengubah hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya(baddalu wa ghayyaru) dengan melakukan berbagai bid‘ah(ahdathu)  dan amalan-amalan(‘amilu) yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi (Saw.) Perkara yang sama akan berlaku kepada kita di abad ini jika kita melakukan perkara yang sama. Menurut al-Bukhari dan Muslim, hanya sebilangan kecil daripada mereka terselamat seperti bilangan unta yang tersesat atau terbiar (mathalu hamali n-Na‘am)   
       Justeru itu konsep keadilan semua para sahabat yang diciptakan oleh Abu l-Hasan al-Asy ‘ari ( al-Asy‘ari, al-Ibanah, cairo, 1958, hlm.12) dan dijadikan akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah adalah bertentangan dengan hadis-hadis tersebut. Dan kekafiran majoriti para sahabat selepas kewafatan Nabi (Saw.) yang dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih-sahih mereka-hanya sebilangan kecil terselamat-amatlah memilukan.
       Walaubagaimanapun ianya bertepatan dengan firma-Nya di dalam Surah al-Saba’(34):131 “Dan sedikit daripada hamba-hambaKu yang bersyukur”, firman-Nya di dalam Surah Yusuf (12):103 “Dan kebanyakan manusia bukanlah orang-orang yang beriman,meskipun engkau harapkan”, dan firman-Nya di dalam Surah Sad (38):24 “Melainkan orang-orang yang beriman,dan beramal salih,tetapi sedikit (bilangan) mereka” Dia berfirman kepada Nuh di dalam Surah hud(11):40 “ Dan tiadalah beriman bersamanya melainkan sedikit sahaja.” Justeru itu Mukminun adalah sedikit. Justeru itu tidak hairanlah jika di kalangan Para sahabat ada yang telah mengubah Sunnah Nabi (Saw.), tidak meredhai keputusan yang dibuat oleh Nabi (Saw.) Malah mereka menuduh beliau melakukannya kerana kepentingan diri sendiri dan bukan kerana Allah (swt).
       Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Jilid IV, hlm. 47 bab al-Sabr 'Ala al-Adha meriwayatkan bahawa al-A'masy telah memberitahukan kami bahawa dia berkata: "Aku mendengar Syaqiq berkata: "Abdullah berkata: Suatu hari Nabi (Saw.) telah membahagikan-bahagikan sesuatu kepada para sahabatnya sebagaimana biasa dilakukannya. Tiba-tiba seorang Ansar mengkritiknya seraya berkata: "Sesungguhnya pembahagian ini bukanlah kerana Allah (swt). Akupun berkata kepadanya bahawa aku akan memberitahukan Nabi (Saw.) mengenai kata-katanya. Akupun mendatangi beliau ketika itu beliau berada bersama para sahabatnya. Lalu aku memberitahukan beliau apa yang berlaku. Tiba-tiba mukanya berubah dan menjadi marah sehingga aku menyesal memberitahukannya. Kemudian beliau bersabda:"Musa disakiti lebih dari itu tetapi beliau bersabar."
       Perhatikanlah bagaimana perlakuan(ma ‘amilu) sahabat terhadap Nabi (Saw.)! Tidakkah apa yang diucapkan oleh Nabi (Saw.)  itu adalah wahyu? Tidakkah keputusan Nabi (Saw.)  itu harus ditaati?Tetapi mereka tidak mentaatinya kerana mereka tidak mempercayai kemaksuman Nabi (Saw.).
Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Jilid IV, Kitab al-Adab bab Man lam yuwajih al-Nas bi l-'Itab berkata: "Aisyah berkata:Nabi (Saw.)  pernah melakukan sesuatu kemudian membenarkan para sahabat untuk melakukannya. Tetapi sebahagian para sahabat tidak melakukannya. Kemudian berita ini sampai kepada Nabi (Saw.), maka beliau memberi khutbah memuji Allah kemudian bersabda: "Kenapa mereka menjauhi dari melakukannya perkara yang aku melakukannnya. Demi Allah, sesungguhnya aku lebih mengetahui dari mereka tentang Allah dan lebih takut kepada-Nya dari mereka."
       Al-Bukhari juga di dalam Sahihnya Jilid IV, hlm. 49 bab al-Tabassum wa al-Dhahak (senyum dan ketawa) meriwayatkan bahawa Anas bin Malik telah memberitahukan kami bahawa dia berkata:"Aku berjalan bersama Rasulullah (Saw.) di waktu itu beliau memakai burdah (pakaian) Najrani yang tebal. Tiba-tiba datang seorang Badwi lalu menarik pakaian Nabi (Saw.) dengan kuat." Anas berkata: "Aku melihat kulit leher Nabi (Saw.) menjadi lebam akibat tarikan kuat yang dilakukan oleh Badwi tersebut. Kemudian dia (Badwi) berkata:Wahai Muhammad! Berikan kepadaku sebahagian dari harta Allah yang berada di sisi anda. Maka Nabi (Saw.) berpaling kepadanya dan ketawa lalu menyuruh sahabatnya supaya memberikan kepadanya."
       Di kalangan mereka ada yang telah menghina Nabi (Saw.)dan  mempersendakan Nabi (Saw.) dengan mengatakan bahawa Nabi (Saw.) “Sedang meracau”  di hadapan Nabi (Saw.)“ Kitab Allah adalah cukup dan kami tidak perlu kepada Sunnah Nabi (Saw.)” .( al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69) “Sunnah Nabi (Saw.) mendatangkan perselisihan dan pertengkaran kepada Umat [Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I , hlm.3]” “ Mereka telah mengepung dan membakar rumah anak perempuan Nabi (Saw.) Fatimah (a.s) dan berkata: "Aku akan membakar kalian sehingga kalian keluar untuk memberi bai'ah kepada Abu Bakar."[Al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 198; Abu-l-Fida”,Tarikh, I, hlm. 156]  merampas Fadak daripada Fatimah (a.s) yang telah diberikan kepadanya oleh Nabi (Saw.) semasa hidupnya(Lihat Ahmad bin Tahir al-Baghdadi, Balaghah al-Nisa’, II ,hlm.14;Umar Ridha Kahalah, A'lam al-Nisa', III, hlm.208; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, IV, hlm.79,92), menyakiti hati Fatimah, Ali, al-Hasan dan al-Husain,kerana Rasulullah (Saw.) bersabda “Siapa menyakiti Fatimah, dia menyakitiku, dan siapa menyakitiku, dia menyakiti Allah”  “Siapa menyakiti Ali, sesungguhnya dia menyakitiku,dan siapa yang menyakitiku, dia menyakiti Allah”  “al-Hasan dan al-Husain kedua-dua mereka adalah pemuda Syurga”  (al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm.129-131 dan lain-lain).
       Mereka telah membakar Sunnah Nabi (Saw.) (Ibn Sa'd, Tabaqat, V , hlm. 140), “ menghalang orang ramai dari meriwayatkan Sunnah Nabi (Saw.) " [al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz,I,hlm. 7], mengesyaki Nabi (Saw.) sama ada berada di atas kebenaran atau kebatilan [Muslim, Sahih,IV, hlm.12,14; al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111] , mengubah sebahagian hukum Allah dan sunnah Nabi (Saw.) (al-Suyuti,Tarikh al-Khulafa’ hlm.136)
       Al-Bukhari meriwayatkan bahawa al-Musayyab berkata: Aku berjumpa al-Barra’ bin ‘Azib (r.a), lalu aku berkata:Alangkah beruntungnya anda kerana anda telah bersahabat (Sahabta) dengan Nabi (Saw.) dan membaiahnya di bawah pokok. Lantas dia menjawab: Wahai anak saudaraku! Sebenarnya anda tidak mengetahui apa yang kami lakukan (Ahdathna-hu) selepasnya (al-Bukari, Sahih, v, hlm. 343 (Hadis no.488 )
       Kesemua hadis-hadis tersebut adalah menepati ayat al-Inqilab firmanNya di dalam Surah Ali Imran (3): 144:"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang(murtad), maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan Allah  akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur." Dan bilangan yang sedikit sahaja yang "terselamat" adalah menepati firman-Nya di dalam Surah Saba' (34): 13:"Dan sedikit sekali dari hamba-hambaku yang berterima kasih."

Kesimpulan

       Kekafiran majoriti para sahabat yang dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih-Sahih mereka amatlah memeranjatkan dan  memilukan sekali. Sepatutnya perkara tersebut tidak berlaku sehingga Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim tidak boleh dikira Sahih lagi kerana catatan mereka menyalahi akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah yang menegaskan bahawa semua para sahabat adalah adil (kebal) atau catatan mereka merupakan suatu kebenaran, tetapi kita tidak boleh menerimanya sehingga kita memusuhi orang lain dengan  melemparkan tuduhan terhadap mereka, malah menghukum mereka pula?
       Lantaran itu mana-mana Muslim sama ada dia seorang yang bergelar sahabat, tabi‘i, mufti, kadi  dan kita sendiri, tidak boleh mengubah atau  menukar atau  menagguhkan atau melanggar atau membatalkan mana-mana hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya dengan alasan Maqasidu sy-Syari‘ah, Maslahah, dan sebagainya.Kerana Allah dan Rasul-Nya tidak akan meridhai perbuatan tersebut. Firman-Nya“ Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah(hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu.Barang siapa yang  mendurhakai Allah dan Rasul-Nya,maka ianya telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab(33):35)
       Firman-nya “Tidak, demi Tuhan,mereka tidak juga beriman sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka,kemudian mereka tiada keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau,dan mereka menerima dengan sebenar-benarnya” (Al-Nisa’(4):65)Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir”(al-Ma ‘idah(5):44)
Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”(al-Ma ‘idah(5):45) Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq”(al-Ma‘idah(5):47)
Dan firman-Nya “Barang siapa yang menentang Rasul,sesudah nyata petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan orang-orang Mukmin,maka kami biarkan dia memimpin dan kami memasukkan dia ke dalam nereka Jahannam.Itulah sejahat-jahat tempat kembali” (Al-Nisa ‘(4);115)
       Semoga semua Muslimun dahulu dan sekarang, sama ada sahabat atau tidak, akan diampun dosa mereka dan dimasukkan ke Syurga-Nya. Amin.


LAMPIRAN  B

KONSEP LAKNAT DI DALAM AL-QUR’AN

Pengenalan

       Perkataan la‘nat (laknat) dan pecahannya disebut sekurang-kurangnya  32 kali di dalam al-Qur’an di dalam berbagai perkara yang  melanggari perintah Allah dan Rasul-Nya. Mengikut  Muhammad Abu Bakr ‘Abd al-Qadir al-Razi perkataan la‘nat  (laknat) memberi erti “ pengusiran dan berjauhan dari kebaikan” ( al-Tard wa al-Ib’ad mina l-khair) (Mukhtaral-Sihhah, hlm. 108, Cairo, 1950). J. MiltonCowan menyatakan la‘nat adalah “curse”. La‘natullahi ‘Alaihi bererti” God’s curse upon him (A Dictionary of Written Arabic, London 1971., hlm.870). Sementara Kamus Dewan pula menyatakan laknat adalah “ kemurkaan Allah dan jauh dari petunjuk-Nya; setiap perbuatan jahat akan menerima kutukan (laknat) daripada Allah. (Kamus Dewan, hlm. 694, Kuala Lumpur,1971)

Mereka yang dilaknati di dalam al-Qur’an

       Di sini dikemukakan sebahagian daripada mereka yang dilaknati di dalam al- Qur’an seperti berikut:

1. Laknat Allah kepada mereka yang mengingkari perintah-Nya.
 
       Firman-Nya “Sesungguhnya Allah melaknat (mengutuk) orang-orang yang kafir(ingkar) dan menyediakan untuk mereka api yang menyala-nyala” (Al- Ahzab(33):64) “Sesungguhnya di atas engkau laknat sampai hari pembalasan” (Al-Hijr(15):35) “Sesungguhnya  di atasmu laknatku sampai hari pembalasan” (Sad(38):78)
       Ini menunjukkan barang siapa yang mengingkari walaupun satu hukum daripada hukum-hukum-Nya adalah termasuk orang yang ingkar terhadap hukum-Nya. Apatahlagi jika seorang itu menukarkan hukum Allah  dengan hukumnya sendiri.Kerana setiap individu Muslim sama ada Nabi (Saw.) atau bukan Nabi tidak boleh menyalahi al-Qur’an.Firman-Nya “ katakanlah: Sesungguhnya aku takut jika aku mendurhakai Tuhan-ku,akan azab hari yang besar” (Al-An’am (96):15). Jika Nabi (Saw.) merasa takut kepada Allah jika dia menderhaka-Nya, maka orang lain  sama ada yang bergelar khalifah atau sahabat atau mana-mana individu sepatutnya lebih takut lagi untuk menderhaka perintah-Nya.


2. Laknat Allah kepada mereka yang menyakiti-Nya dan Rasul-Nya.

       Firman-Nya “Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, nescaya mereka dilaknati Allah di Dunia dan di Akhirat dan Dia menyediakan mereka  seksa yang menghinakan(mereka) (Al-Ahzab(33):57)
       Ini bererti barang siapa yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya walau dengan apa cara sekalipun  dilaknati Allah, Rasul-Nya,para Malaikat-Nya dan  Mukminun.Sama ada dengan menentang hukum Allah dan Sunnah Nabi-nya atau menghina Allah dan Rasul-Nya dengan membatalkan hukum-Nya dan Sunnah Nabi-Nya di atas alasan maslahah umum atau sebagainya.
       Justeru itu, orang yang menghina Nabi (Saw.)dan  mempersendakan Nabi (Saw.) dengan mengatakan bahawa Nabi (Saw.) “Sedang meracau”  di hadapan Nabi (Saw.) “ Kitab Allah adalah cukup dan kami tidak perlu kepada Sunnah Nabi (Saw.)” .( al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69) “Sunnah nabi (Saw.) mendatangkan perselisihan dan pertengkaran kepada Umat [Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I , hlm.3]” “ Orang yang telah mengepung dan membakar rumah anak perempuan Nabi (Saw.) Fatimah (a.s) dan berkata: "Aku akan membakar kalian sehingga kalian keluar untuk memberi bai'ah kepada Abu Bakar."[Al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 198; Abu-l-Fida” ,Tarikh, I, hlm. 156]  merampas Fadak daripada Fatimah (a.s) yang telah diberikan kepadanya oleh Nabi (Saw.) semasa hidupnya(Lihat Ahmad bin Tahir al-Baghdadi, Balaghah al-Nisa’, II ,hlm.14;Umar Ridha Kahalah, A'lam al-Nisa', III, hlm.208; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, IV, hlm.79,92),menyakiti hati Fatimah, Ali, al-Hasan dan al-Husain,kerana Rasulullah (Saw.) bersabda “Siapa menyakiti Fatimah, dia menyakitiku, dan siapa menyakitiku ,dia menyakiti Allah”  “Siapa menyakiti Ali, sesungguhnya dia menyakitiku,dan siapa yang menyakitiku, dia menyakiti Allah”  “al-Hasan dan al-Husain kedua-dua mereka adalah pemuda Syurga”  (al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm.129-131 dan lain-lain).
       Mereka yang membakar Sunnah Nabi (Saw.) (Ibn Sa'd, Tabaqat, V , hlm. 140), “ menghalang orang ramai dari meriwayatkan Sunnah Nabi (Saw.) " [al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 7], mengesyaki Nabi (Saw.) sama ada berada di atas kebenaran atau kebatilan [Muslim, Sahih, IV, hlm.12,14; al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111] , mengubah sebahagian hukum Allah dan sunnah Nabi (Saw.) (al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’’ hlm.136) adalah termasuk orang yang dilaknati Allah, Rasul-Nya, para Malaikat-Nya dan Mukminun. Dan jika seorang itu tidak melakukan laknat kepada mereka  di atas perbuatan mereka yang dilaknati Allah dan Rasul-Nya, maka dia bukanlah Mukmin yang sebenar. Apatah lagi jika dia mempertahankan perbuatan mereka tersebut sebagai sunnah atau agama bagi  bertaqarrub kepada Allah (swt).

3. Laknat Allah kepada mereka yang menyembunyikan hukum-Nya di dalam kitab-Nya.
      
        Firman-Nya“Sesungguhnya mereka yang menyembunyikan apa yang Kami turunkan dari keterangan dan petunjuk setelah Kami menerangkannya kepada orang ramai, nescaya mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati oleh orang-orang yang mengutuknya” (Al-Baqarah (2):159)
       Ini bererti barang siapa yang menyembunyikan hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya yang sepatutnya didedahkan kepada masyarakat, tetapi dia tidak menerangkannya kepada mereka kerana kepentingan tertentu , maka dia dilaknati Allah dan orang-orang yang melaknatinya . Apatah lagi jika dia seorang yang mempunyai autoritatif di dalam agama.Kerana kosep hukum Allah tidak boleh disembunyikannya, kerana ia harus dilaksanakannya. Di samping itu, dia tidak boleh cenderung kepada orang-orang yang zalim, kerana Firman-Nya “ Janganlah kamu cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman, lantas kamu akan disambar oleh api neraka.Dan tidak ada bagimu wali selain daripada Allah,kemudian kamu tiada mendapat pertolongan” (Hud(11):113).

4. Laknat Allah kepada mereka yang membohongi-Nya dan Rasul-Nya.

       Firman-Nya “Barang siapa yang membantah engkau tentang kebenaran itu, setelah datang kepada engkau ilmu pengetahuan,maka katakanlah: Marilah kamu,kami panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu,perempuan kami dan perempuan kamu dan diri kami dan diri kamu,kemudian kita bermubahalah (bersungguh-sungguh berdoa),lalu kita jadikan laknat Allah atas orang yang berbohong”(Ali ‘Imran (3):61)
       Ini bererti mereka  yang membohongi Allah dan Rasul-nya selepas dikemukakan hukum al-Qur’an dan Sunnah Nabi-Nya,tetapi mereka masih membantahnya, maka mereka itulah dilaknati Allah dan Rasul-Nya. Ayat ini dikenali dengan ayat al-Mubahalah. Ia berlaku di antara Nabi (Saw.) dan Ahlu l-Baitnya (a.s) di satu pihak dan Nasrani Najran di pihak yang lain.
Nabi (Saw.) telah mempertaruhkan kepada Nasrani Najran abna’a-na anak-anak kami (al-Hasan dan al-Husain a.s), nisa’-ana perempuan kami (Fatimah a.s) dan anfusa-na diri kami( Ali a.s).Imam Ali al-Ridha berkata: “Sesungguhnya ianya dimaksudkan dengan Ali bin Abi Talib (a.s). Buktinya sebuah hadis telah menerangkan  maksud yang sama, seperti berikut:" ...aku akan mengutuskan kepada mereka seorang lelaki seperti diriku [ka-nafsi]." Iaitu Ali bin Abi Talib. Ini adalah suatu keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain, kelebihan yang tidak boleh dikaitkan dengan orang lain dan kemuliaan yang tidak dapat didahului oleh sesiapa pun kerana diri Ali seperti dirinya sendiri." (Muhammad Babwaih al-Qummi, Amali al-Saduq  Najaf, 1970, hlm.468)
       Akhirnya mereka enggan bermubahalah dengan Nabi )Saw.) dan Ahlu l-Baitnya, lalu mereka membayar jizyah kepada Nabi (Saw.). Jika Nasrani Najran tidak berani menyahuti mubahalah Nabi (Saw.) dengan pertaruhan Ahlu l-Baitnya, kerana kebenarannya, apakah gerangan mereka yang mengakui al-Qur’an dan Sunnah Nabi-Nya sebagai asas agama mereka pula berani menentang Ahlu l-Bait(a.s),kemudian menyembunyikan kebenaran al-Qur’an dan Sunnah Nabi-Nya,khususnys mengenai mereka? Jika mereka melakukan sedemikian,nescaya mereka dilaknati oleh Allah  dan Rasul-Nya, para Malaikat-Nya dan Mukminun.

5. Laknat Allah kepada mereka yang menderhakai-Nya dan Rasul-Nya.

       Firman-Nya “Telah dilaknati orang-orang yang kafir dikalangan Bani Isra’il di atas lidah Daud dan Isa anak lelaki Maryam. Demikian itu disebabkan mereka telah mendurhaka dan melampaui batas. Mereka tidak melarang sesuatu yang mungkar yang mereka perbuat. Sungguh amat jahat apa yang mereka perbuat” (Al-Ma’idah(5):78-79)
       Firman-Nya “Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu.Barang siapa yang  mendurhakai Allah dan Rasul-Nya,maka ianya telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab(33):35)
       Ini bererti barang siapa yang  mendurhakai Allah dan Rasul-Nya; sama ada melakukan perkara-perkara yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya serta tidak melakukan konsep “Amru Ma’ruf Nahyu Munkar”, maka mereka dilaknati Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang dilaknati Allah dan Rasul-Nya, maka para Malaikat dan Mukminun akan melaknati mereka.

6. Laknat Allah kepada mereka yang zalim.

       Firman-Nya “Ahli syurga menyeru ahli neraka: Kami telah memperolehi apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kami  dengan sebenarnya.Adakah kamu memperolehi apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kami dengan sebenarnya? Mereka itu menjawab: Ya. Lalu menyeru orang yang menyeru (Malaikat) di kalanggan mereka: Sesungguhnya laknat Allah ke atas orang yang zalim.(iaitu) orang-orang yang menghalangi jalan Allah dan mereka mencari jalan bengkok, sedang mereka itu kafir terhadap Akhirat” (Al-A’raf (7):44-45)dan, “Barang siapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah,maka merekalah orang yang zalim”) Al-Ma’dah (5):45)
       Ini bererti sebarang kecenderungan terhadap orang-orang yang zalim akan di sambar oleh api neraka.Apatah lagi jika seorang itu  meredai atau menyokong mereka atau bekerja sama dengan mereka.Saidina Ali (a.s) berkata: “Mereka yang bersekutu di dalam kezaliman adalah tiga: Pelaku kezaliman, pembantunya dan orang yang menridhai kezaliman itu” (Tuhafu l ‘uqul ‘n Ali r-Rasul, hlm.23 dan lain-lain. Jueteru itu mereka dilaknati Allah dan Rasul-Nya serta Mukminun.

7. Laknat Allah kepada mereka yang mengingkari perjanjian Allah,  melakukan kerosakan di Bumi dan memutuskan silaturahim.

       Firman-Nya “ Mereka yang mengingkari janji Allah sesudah eratnya dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah supaya diperhubungkan dan mereka membuat kerosakan di muka bumi,untuk mereka laknat dan untuk mereka tempat yang jahat ”(Al-Ra’d(13):25) dan “Apakah kiranya jika kamu menjadi wali (berkuasa) kamu melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan silatu r-Rahim? Mereka itulah yang dilaknati Allah,lalu Dia memekakkan mere ka dan membutakan pemandangan mereka ” (Muhammad(47)22-23)
       Ini bererti mereka yang mengingkari janji Allah dengan mendurhakai-Nya, kemudian melakukan kerosakkan di muka bumi dengan mengubah hukum-Nya dan Sunnah Nabi-Nya serta memutuskan silaturahim, maka bagi mereka laknat Allah dan Rasul-Nya.
       Justeru itu tidak hairanlah jika Saidina Ali (a.s) telah melaknati mereka yang telah mengubah agama Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Beliau berdoa: Wahai Tuhanku! Laknatilah mereka yang telah mengubah agama-Mu, menukar ni‘kmat-Mu (khilafah), menuduh perkara-perkara yang bukan-bukan terhadap Rasul-Mu (Saw.), menentang jalan-Mu, menyalahi agamaMu, mengingkari nikmatMu, menentang kalam-Mu, mempersenda-sendakan Rasul-Mu…(al-Majlisi, Biharu l-Anwar, Bairut 1991, xxx,  hlm. 393) Sementara Imam Ja‘far al-Sadiq pula berdoa: Wahai Tuhanku! Pertingkatlah laknat-Mu dan azab-Mu ke atas mereka yang telah mengingkari ni‘mat-Mu, mengkhianati Rasul-Mu,menuduh Nabi-Mu perkara yang bukan-bukan dan menentangnya…(Ibid, hlm. 395)

Kesimpulan

       Berdasarkan kepada ayat-ayat tersebut, maka Laknat boleh atau harus dilakukan kepada mereka yang mempersendakan Allah dan Rasulullah (Saw.), menghina, mengingkari, membatal, mengubah, menangguh dan menggantikan  sebahagian daripada hukum Allah (swt) dan Sunnah Rasul-Nya dengan pendapat atau sunnah mereka sendiri sama ada orang itu bergelar khalifah atau sahabat atau tabi‘in dan sebagainya.
       Justeru itu, ungkapan “melaknat khalifah atau sahabat tertentu atau polan dan polan” tidak menjadi perkara sensitif lagi jika kita meletakkan mereka sama ada khalifah, sahabat, individu , kita sendiri di bawah martabat Rasulullah (Saw.), dan Rasulullah (Saw.) pula di bawah martabat Allah (swt). Tetapi jika mereka  meletakkan seorang khalifah, sahabat  atau mana mana individu lebih tinggi daripada martabat Allah dan Rasul-Nya dari segi pengamalan hukum dan sebagainya, maka mereka tidak akan meredai Allah dan Rasul-Nya dengan sepenuhnya di dalam perkara tersebut. Kerana  penilaian kebenaran bagi mereka bukanlah  al-Qur’an dan Sunnah Nabi (Saw.) secara keseluruhannya, malah seorang khalifah atau sahabat menjadi penilaian kebenaran mereka. Lalu mereka menjadikan pendapat atau sunnah “mereka” yang menyalahi Nas sebagai agama bagi mendekatkan diri mereka kepada-Nya.



LAMPIRAN C

KONSEP PELAMPAU DI DALAM  AL-QUR’AN

Pengenalan Dan  Definisi

       Perkataan “pelampau” bererti orang yang melakukan sesuatu dengan berlebih-lebihan, orang yang mempunyai faham (kepercayaan) yang berlebih-lebihan (Kamus Dewan, Kuala Lumpur, 1991, hlm.701).Di dalam bahasa Arab di panggil  al-Ghali, kata jamaknya al-Ghulat bererti “ orang yang melampaui had” (Muhammad bin Abu Bakr bin Abdu l-Qadir ar-Razi, Mukhtar as-Sihhah, Mesir 1950, hlm.505). Di dalam bahasa Inggeris bererti  “extremist” .J. Milton Cowan, A Dictionary Of Modern Written Arabic, London, 1971, hlm.683). Di dalam al-Qur’an ia disebut sebanyak dua kali dengan perkataan  “taghlu”.

Terjemahan ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan:

       Pertama. Firman-Nya “Hai Ahlu l-Kitab, janganlah kamu melampaui batas  atau berlebih-lebihan di dalam agamamu (La taghlu fi dini-kum) dan janganlah kamu berkata terhadap Allah melainkan  kebenaran) (wa la taqulu  ‘ala Llahi  illa l-Haqqa). Sesungguhnya Isa anak Mariam Rasul Allah dan kalimah-Nya (Inan-ma l–Masihu ‘Isa bna Maryam Rasulullah wa kalimatu-hu). Dia telah mencampakkan-Nya (kalimat) kepada Maryam berserta roh daripada-Nya (alqa-ha ila Maryama wa ruhun min-hu).Lantaran itu berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya (fa-aminu bi-Llahi wa rasuli-hi). Dan janganlah kamu berkatakan (Tuhan itu) bertiga (wa la taqulu thalathah). Berhentilah kamu,itu adalah lebih baik bagimu (Intahu khairun la-kum).Sesungguhnya Allah hanya Tuhan yang Esa (Inna-ma Llahu ilahun wahidun).Maha suci Dia bahawa ada bagi-Nya seorang anak (Subhanah an yakunu la-hu waladun). Bagi-Nya apa yang di langit dan apa di bumi (la-hu ma fi s-Samawati wa l-Ardh). Cukuplah Allah menjadi wakil (wa kafa bi Llahi wakila).(al-Nisa’(4):171).
       Kedua. Firman-Nya “Katakanlah: Hai Ahlu l-Kitab, janganlah kamu melampaui batas atau  berlebih-lebihan dalam agama selain dari kebenaran (La taghlu fi-dini-kum ghaira l-Haqqi) dan janganlah kamu menuruti hawa nafsu mereka yang telah sesat sebelum  itu (wa la tattabi‘u ahwa qaumin qad Dhallu min qablu)dan telah menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka telah sesat dari jalan yang lurus (wa adhallu kathiran wa Dhallu  ‘an sawa as-sabili)”(al-An‘am(5):77).




Perkataan yang penting di dalam ayat  pertama

1. La taghlu fi dini-kum (Janganlah kamu melampaui batas atau berlebih-lebihan dalam agama kamu.
2. Wa la taqulu  ‘ala Llahi illa l-Haqqa (Janganlah kamu berkata terhadap Allah melainkan kebenaran).
3. Inna-ma l–Masihu  ‘Isa bna Maryam Rasulu Llahi wa kalimatu-hu. (Sesungguhnya Isa anak Mariam Rasul Allah dan kalimah-Nya).
4. Alqa-ha ila Maryama wa ruhun min-hu.( Dia telah mencampakkan-Nya (kalimat itu) kepada Maryam berserta roh daripada-Nya)
5. Fa-aminu bi-Llahi wa rasuli-hi (Lantaran itu berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya).
6. Wa la taqulu thalathah (Dan janganlah kamu berkatakan (Tuhan itu) bertiga)
7. Intahu khairun la-kum (Berhentilah kamu,itu adalah lebih baik bagimu).
8. Inna-ma Llahu ilahun wahidun (Sesungguhnya Allah hanya Tuhan yang Esa).
9. (Subhanah an yakunu la-hu waladun ( Maha suci Dia bahawa ada bagi-Nya seorang anak).

Perkataan yang penting di Dalam ayat kedua

1. La taghlu fi-dini-kum ghaira l-Haqqi (janganlah kamu melampaui batas atau berlebih-lebihan dalam agama selain dari kebenaran)
2. wa la tattabi‘u ahwa qaumin qad dhallu min qablu (dan anganlah kamu menuruti hawa nafsu mereka yang telah sesat sebelum  itu)
3. wa adhallu kathiran wa dhallu  ‘an sawa as-sabili (dan telah menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka telah sesat dari jalan yang lurus)

Ayat-ayat tersebut memberi implikasi:

1. Kebenaran (al-Haqq) adalah menepati  hukum Allah.
2. Kebenaran adalah menepati Sunnah Rasul-Nya.
3. Kebenaran tidak boleh diubah oleh sesiapapun. Mereka tidak boleh mengubah atau mengangkat status al-Masih, dan ibunya Maryam kepada  status Tuhan.
4. Memertabatkan Rasul-Nya setaraf dengan Allah, apatah lagi menjadikan tarafnya lebih tinggi daripada Allah dari segi pelaksanaan hukum dan sebagainya adalah termasuk golongan pelampau  agama (Ghulat fi d-Din).
5. Melebih-lebihkan para sahabat Rasulullah (Saw.) daripada  Rasulullah, apatah lagi menjadikan taraf mereka lebih tinggi daripada Rasulullah (Saw.) dari segi pelaksanaan hukum dan sebagainya adalah termasuk golongan pelampau  agama (Ghulat fi d-Din).
6. Melebih-lebihkan sunnah sahabat sama ada sunnah Abu Bakr , Umar, Uthman atau sesiapa sahaja dari hukum Allah dari segi pelaksanaan hukum dan sebagainya adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi d-Din).
7. Melebih-lebihkan sunnah sahabat sama ada sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman atau sesiapa sahaja  daripada Sunnah Rasul-Nya adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi d-Din).
8. Menolak sebahagian daripada hukum Allah adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi d-Din).
9. Menolak sebahagian daripada Sunnah Rasul-Nya adalah termasuk golngan pelampau agama (Ghulat fi d-Din).
10. Membatal atau menggantikan hukum Allah dengan sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman atau sesiapa sahaja adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi d-Din).
11. Membatal atau menggantikan Sunnah Rasul-Nya dengan sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman atau sesiapa sahaja adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi d-Din).
12. Pelampau agama (Religious exterimist) adalah sesat dan meyesatkan dari jalan yang lurus.

Kesimpulan

       Tidak ada seorangpun yang setaraf dengan Allah dari semua segi. Dia Yang Maha Esa dan Perkasa. Hukum-Nya adalah wajib ditaati oleh para Rasul-Nya dan pengikut-pengikut mereka. Hukum-Nya mengatasi hukum makhluk-Nya. Barang siapa yang melebih-lebihkan (yaghlun) hukum makhluk dari hukum-Nya dengan alasan Ijtihad, Masalih Mursalah, Maqasidu sy-Syari‘ah, Ijmak, Qiyas, dan lain-lain adalah termasuk golongan pelampau agama. Sepatutmya istilah-istilah tersebut  digunakan untuk melaksanakan hukum-Nya, dan bukan untuk membatal atau menangguh atau menyalahinya. Akibatnya mereka menjadi sesat dan meyesatkan sebagaimana terserlah di dalam ayat-ayat tersebut.









LAMPIRAN D  

AKIDAH SYI‘AH TENTANG AL-QUR’AN  

       Sesungguhnya Syi'ah mempercayai bahawa al-Qur'an yang ada sekarang adalah benar dan mereka beramal dengannya. Tetapi ianya tidak dinafikan bahawa terdapat kitab-kitab karangan ulama Syi'ah seperti al-Kulaini dan lain-lain yang telah mencatat tentang kurang atau lebihnya ayat-ayat al-Qur'an yang ada sekarang, tetapi ketahuilah anda bahawa bukanlah semua riwayat itu sahih malah ianya ada yang sahih dan ada yang dha'if. Contohnya al-Kulaini telah meriwayatkan di dalam al-Kafi bahawa Rasulullah (S.a.w telah dilahirkan pada 12 Rabi'ul Awwal tetapi ianya ditolak oleh majoriti ulama Syi'ah kerana mereka berpendapat bahawa Nabi SAW telah dilahirkan pada 17 Rabi'ul Awwal. 
       Begitu juga mereka menolak kitab al-Hassan bin al-'Abbas bin al-Harisy yang dicatat oleh al-Kulaini di dalam al-Kafi, malah mereka mencela kitab tersebut. Begitu juga mereka menolak riwayat al-Kulaini bahawa orang yang disembelihkan itu adalah Nabi Ishaq bukan Nabi Isma'il AS (al-Kafi, IV, hlm. 205). Justeru itu riwayat al-Kulaini umpamanya tentang kekurangan dan penambahan ayat-ayat al-Qur'an adalah riwayat yang lemah (Majallah Turuthuna, Bil. XI, hlm. 104). Kerana ulama Syi'ah sendiri telah menjelaskan kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam al-Kafi, malah mereka menolak sebahagian besar riwayat al-Kulaini. Begitu juga dengan kitab al-Istibsar fi al-Din, Tahdhib al-Ahkam karangan al-Tusi dan Man La Yahdhuruhu al-Faqih karangan Ibn Babuwaih, sekalipun 4 buku tersebut dikira muktabar di dalam mazhab Syi'ah, umpamanya al-Kafi yang mempunyai 16,199 hadis telah dibahagikan kepada 5 bahagian (di antaranya): 
i. Sahih, mengandungi 5,072 hadis. 
ii. Hasan, 144 hadis. 
iii. al-Muwaththaq, 1128 hadis (iaitu hadis-hadis yang diriwayatkan oleh orang yang bukan Syi'h tetapi mereka dipercayai oleh Syi'ah). 
iv. al-Qawiyy, 302 hadis. 
v. Dhaif, 9,480 hadis. (Lihat Sayyid Ali al-Milani, “al-Riwayat Li Ahadis al-Tahrif ‘di dalam Turuthuna, Bil. 2, Ramadhan 1407 Hijrah, hlm. 257). Oleh itu riwayat-riwayat tentang penambahan dan kekurangan al-Qur'an telah ditolak oleh ulama Syi'ah Imamiyah mazhab Ja'fari dahulu dan sekarang. Syaikh al-Saduq (w. 381H) menyatakan "i'tiqad kami bahawa al-Qur'an yang telah diturunkan oleh Allah ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya ialah di antara dua kulit (buku) iaitu al-Qur'an yang ada pada orang ramai dan tidak lebih dari itu. Setiap orang yang mengatakan al-Qur'an lebih dari itu adalah suatu pembohongan." (I'tiqad Syaikh al-Saduq, hlm. 93). Syaikh al-Mufid (w. 413H) menegaskan bahawa al-Qur'an tidak kurang sekalipun satu kalimah, satu ayat ataupun satu surah (Awa'il al-Maqalat, hlm. 55). Syarif al-Murtadha (w. 436H) menyatakan al-Qur'an telah dijaga dengan rapi kerana ia adalah mu'jizat dan sumber ilmu-ilmu Syarak, bagaimana ia boleh diubah dan dikurangkan? Selanjutnya beliau meyatakan orang yang mengatakan al-Qur'an itu kurang atau lebih tidak boleh dipegang pendapat mereka (al-Tabrasi, Majma' al-Bayan, I, hlm. 15). Syaikh al-Tusi (w. 460H) menegaskan bahawa pendapat mengenai kurang atau lebihnya al-Qur'an adalah tidak layak dengan mazhab kita (al-Tibyan fi Tafsir al-Qur'an, I, hlm.3). Begitu juga pendapat al-Allamah Tabataba'i dalam Tafsir al-Mizan, Jilid 7, hlm. 90 dan al-Khu'i dalam Tafsir al-Qur'an al-'Azim, I, hlm. 100, mereka menegaskan bahawa al-Qur'an yang ada sekarang itulah yang betul dan tidak ada penyelewengan.
       Demikianlah sebahagian daripada pendapat-pendapat ulama Syi'ah dahulu dan sekarang yang mengaku kesahihan al-Qur'an yang ada pada hari ini. Imam Ja'far al-Sadiq AS berkata, "Apabila datang kepada kamu dua hadis yang bertentangan maka hendaklah kamu membentangkan kedua-duanya kepada Kitab Allah dan jika ianya tidak bertentangan dengan Kitab Allah, maka ambillah dan jika ianya bertentangan Kitab Allah, maka tinggalkanlah ia" (Syaikh, al-Ansari, al-Rasa'il, hlm. 446).
       Kata-kata Imam Ja'far al-Sadiq itu menunjukkan al-Qur'an yang wujud sekarang ini adalah al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah ke atas Nabi Saw.) tanpa tambah dan kurang jika tidak, ianya tidak menjadi rujukan kepada Muslimin untuk membentangkan hadis-hadis Nabi  (S.a.w) yang sampai kepada mereka. Oleh itu mazhab Syi'ah Ja'fari samalah dengan mazhab Ahlu s-Sunnah dari segi menjaga al-Qur'an dari penyelewengan, tetapi apa yang anehnya ialah terdapat banyak riwayat di dalam buku-buku Sahih Ahlu s-Sunnah sendiri yang mencatatkan bahawa al-Qur'an telah ditambah, dikurang dan ditukarkan, di antaranya seperti berikut:
1. Al-Bukhari di dalam Sahihnya, VI, hlm. 210 menyatakan (Surah al-Lail (92):3 telah ditambah perkataan "Ma Khalaqa" oleh itu ayat yang asal ialah "Wa al-Dhakari wa al-Untha" tanpa "Ma Khalaqa". Hadis ini diriwayatkan oleh Abu al-Darda', kemudian ianya dicatat pula oleh Muslim, Sahih, I, hlm. 565; al-Turmudhi, Sahih, V, hlm. 191. 
2. Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 394; al-Turmudhi, Sahih, V, hlm. 191 menyatakan (Surah al-Dhariyat (51):58 telah diubah dari teks asalnya "Inni Ana r-Razzaq" kepada "Innallah Huwa r-Razzaq" iaitu teks sekarang.
3. Muslim, Sahih, I, hlm. 726; al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 224 meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy'ari, "Kami membaca satu surah seperti Surah al-Bara'ah dari segi panjangnya, tetapi aku telah lupa, hanya aku mengingati sepotong dari ayatnya, "Sekiranya anak Adam (manusia) mempunyai dua wadi dari harta, nescaya dia akan mencari wadi yang ketiga dan perutnya tidak akan dipenuhi melainkan dengan tanah." 
4. Al-Suyuti, al-Itqan, II, hlm. 82, meriwayatkan bahawa 'Aisyah menyatakan Surah al-Ahzab (33):56 pada masa Nabi (Saw) adalah lebih panjang iaitu dibaca "Wa'ala al-Ladhina Yusaluna al-Sufuf al-Uwal" selepas "Innalla ha wa Mala'ikatahu Yusalluna 'Ala al-Nabi..." Aisyah berkata, "Iaitu sebelum Uthman mengubah mashaf-mashaf."
5. al-Muslim, Sahih, II, hlm. 726, meriwayatkan bahawa Abu Musa al-Asy'ari membaca selepas Surah al-Saf (61):2, "Fatuktabu syahadatan fi A'naqikum..."tetapi ianya tidak dimasukkan ke dalam al-Qur'an sekarang.
6. Al-Suyuti, al-Itqan, I, hlm. 226 menyatakan bahawa dua surah yang bernama "al-Khal’ " dan "al-Hafd" telah ditulis dalam mashaf Ubayy bin Ka'b dan mashaf Ibn 'Abbas, sesungguhnya 'Ali AS mengajar kedua-dua surah tersebut kepada Abdullah al-Ghafiqi, 'Umar dan Abu Musa al-Asy'ari juga membacanya   
7. Malik, al-Muwatta', I, hlm. 138 meriwayatkan dari 'Umru bin Nafi' bahawa Hafsah telah meng'imla' "Wa Salati al-Asr" selepas Surah al-Baqarah (2): 238 dan  ianya tidak ada dalam al-Qur'an sekarang. Penambahan itu telah diriwayatkan juga oleh Muslim, Ibn, Hanbal, al-Bukhari, dan lain-lain.    
8. Al-Bukhari, Sahih, VIII, hlm. 208 mencatatkan bahawa ayat al-Raghbah adalah sebahagian daripada al-Qur'an iaitu "La Targhabu 'an Aba'ikum" tetapi ianya tidak wujud di dalam al-Qur'an yang ada sekarang.
9. Al-Suyuti, al-Itqan, III, hlm. 82; al-Durr al-Manthur, V, hlm. 180 meriwayatkan daripada 'Aisyah bahawa dia berkata,"Surah al-Ahzab dibaca pada zaman Rasulullah SAW sebanyak 200 ayat, tetapi pada masa 'Uthman menulis mashaf ianya tinggal 173 ayat sahaja."
10. Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, V, hlm. 192 mencatatkan bahawa di sana terdapat ayat yang tertinggal selepas Surah al-Ahzab (33):25 iaitu "Bi 'Ali bin Abi Talib". Jadi ayat yang dibaca, "Kafa Llahul Mu'minin al-Qital bi 'Ali bin Abi Talib."
11. Ibn Majah, al-Sunan, I, hlm. 625 mencatat riwayat daripada 'Aisyah RD dia berkata: Ayat al-Radha'ah sebanyak  10 kali telah diturunkan oleh Allah dan ianya ditulis dalam mashaf di bawah katilku, tetapi manakala wafat Rasulullah Saw.) dan kami sibuk dengan kewafatannya, maka ianya hilang.
12. Al-Suyuti, al-Itqan, III, hlm. 41 mencatatkan riwayat daripada 'Abdullah bin 'Umar, daripada bapanya 'Umar bin al-Khattab, dia berkata, "Janganlah seorang itu berkata aku telah mengambil keseluruhan al-Qur'an, apakah dia tahu keseluruhan al-Qur'an itu? Sesungguhnya sebahagian al-Qur'an telah hilang dan katakan sahaja aku telah mengambil al-Qur'an mana yang ada." Ini bererti sebahagian al-Qur'an telah hilang. Demikianlah di antara catatan para ulama Ahlu s-Sunnah mengenai al-Qur'an sama ada lebih atau kurang di dalam buku-buku Sahih dan muktabar mereka. Bagi orang yang mempercayai bahawa semua yang tercatat di dalam sahih-sahih tersebut adalah betul dan wajib dipercayai, akan menghadapi dilema, kerana kepercayaan sedemikian akan membawa mereka kepada mempercayai bahawa al-Qur'an yang ada sekarang tidak sempurna, sama ada berkurangan atau berlebihan. Jika mereka mempercayai al-Qur'an yang ada sekarang adalah sempurna - memang ianya sempurna - ini bererti sahih-sahih mereka tidak sempurna dan tidak sahih lagi. Bagi Syi'ah mereka tidak menghadapi dilema ini kerana mereka berpendapat bahawa bukan semua riwayat di dalam buku-buku mereka seperti al-Kafi, al-Istibsar fi al-Din dan lain-lain adalah sahih, malah terdapat juga riwayat-riwayat yang lemah. Oleh   itu untuk mempercayai bahawa al-Qur'an yang ada sekarang ini sempurna sebagaimana yang dipercayai oleh Syi'ah mazhab Ja'fari, maka Ahlu s-Sunnah terpaksa menolak riwayat-riwayat yang terdapat di dalam sahih-sahih mereka demi mempertahankan kesempurnaan al-Qur'an. Dan mereka juga harus menolak riwayat-riwayat yang bertentangan dengan al-Qur'an dan akal seperti hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, "Sesungguhnya Neraka Jahanam tidak akan penuh sehingga Allah meletakkan kaki Nya, maka Neraka Jahanam berkata: Cukup, cukup. "(Al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 127; Muslim, Sahih, II, hlm. 482).
Hadis yang bertentangan
       Hadis ini adalah bertentangan dengan ayat al-Qur'an Surah al-Sajdah (32):13 yang bermaksud,...."Sesungguhnya Aku akan penuhi Neraka Jahanam dengan jin dan manusia." Juga bertentangan dengan Surah al-Syura (42):11 yang menafikan tajsim "Tidak ada suatu  perkarapun yang menyerupaiNya."  Lantaran aitu tidak hairanlah jika al-Suyuti di dalam Tadrib al-Rawi, hlm. 36 menyatakan bahawa al-Bukhari telah mengambil lebih 480 periwayat yang tidak disebut atau diambil oleh Muslim dan ia mengandungi para periwayat yang lemah, sama ada disebabkan oleh pembohongan dan sebagainya, sementara Muslim pula mengambil 620 periwayat yang tidak disebut atau diambil oleh al-Bukhari dan terdapat di dalamnya 160 periwayat yang lemah. Murtadha al- Askari pula menulis buku berjudul 150 sahabat khayalan, Beirut, 1968., berkata: Hanya nama-nama mereka sahaja disebutkan oleh al-Bukhari dan Muslim tetapi mereka sebenarnya tidak pernah wujud.
Kesimpulan
       Oleh itu 'sahih" adalah nama buku yang diberikan oleh orang tertentu, misalnya al-Bukhari menamakannya 'Sahih" iaitu sahih mengikut pandangannya, begitu juga Muslim menamakan bukunya 'Sahih" iaitu sahih mengikut pandangannya. Justeru itu buku-buku 'sahih' tersebut hendaklah dinilai dengan al-Qur'an, kerana Sahih yang sebenar adalah sahih di sisi Allah SWT. Dan kita naik saksi bahawa al-Qur'an yang ada di hadapan kita ini adalah sahih dan tidak boleh dipertikaikan lagi.Dengan itu anda tidak lagi menganggap Syi'ah mempunyai al-Qur'an 'lebih atau kurang' isi kandungannnya kerana mereka sendiri menolaknya. Dan ianya telah dicatat di dalam buku-buku Sahih dan muktabar Ahlu s-Sunnah tetapi mereka juga menolaknya. Dengan demikian Syi'ah dan Sunnah adalah bersaudara di dalam Islam dan mereka wajib mempertahankan al-Qur'an dan beramal dengan hukumnya tanpa menjadikan 'ijtihad' sebagai alasan untuk menolak (hukum)nya pula.


                                 


                                                   






                                       
    

                                              
                                               BIBLIOGRAFI 


Abu al-Fida’, Tarikh, Cairo, 1364 
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Beirut, 1382 H.
al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad, 1959.
al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis, 1384 H.
al-Bukhari, Sahih, Beirut, 1348 H.
Al-Bukhari, Sahih, Chicago, 1987
al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385 H.
al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo, 1958.
____________,Mizan al-I‘tidal, Cairo, 1978.
al-Fadhl bin Syadhan al-Naisaburi, al-Idhah, Beirut, 1990.
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo, 1382H.
al-Haithami, Majma‘al-Zawa’id, Baghdad, 1378 H.
al-Hakim, al-Mustadrak Baina al-Sahihaini, Cairo, 1969.
Al-Hasan bin  ‘Ali bin al-Husain bin Syu‘bah , Tuhaf al-‘Uqul  
‘an Ali al-Rasul , al-Najaf , 1380 H.
Al-Kasyi, al-Rijal , Baghdad, 1389 H.
Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab fi Ma‘rifah al-Sahabah, Cairo, 1365 H.
Ibn ‘Abd Rabbih, ‘Iqd al-Farid, Tunis, 1378 H.
Ibn Abual-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1382 H.
Ibn al-Athir al-Jazari, Usd al-Ghabah, Baghdad, 1969.
Ibn Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, Cairo, 1956.
al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, Teheran, 1378 H.
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, Cairo,1340 H
al-Kulaini , Usul al-Kafi , Beirut 1413 H
¬¬__________ ,  al-Raudhah min al-Kafi , Beirut, 1412
al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad, 1950.
Ibn al-Nadim , al-Fihris , Baghdad, 1391H.
Ibn ‘Asakir, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, 1386 H.
Ibn Hajr al-‘Asqalani, al-Isabah fi Ma‘rifah al-Sahabah, Beirut, 1345 H.
____________,Fath al-Bari, Cairo, 1965.
____________,Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad, 1328 H.
Ibn Hajr al-Makki, al-S.a.wa‘iq al-Muhriqah, Baghdad, 1374 H.
al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah, Beirut, 1987.
Ibn Hazm al-Andalusi, al-Muhalla, Beirut, 1401 H.
Ibn Hisyam, Sirah Ibn Hisyam, Beirut, 1987.
Ibn Kathir, al-Tafsir, Cairo, 1958.
____________,al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo, 1365 H.
Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad, 1367 H.
al-Majlisi, Muhammad al-Baqir, Bihar al-Anwar , Beirut 1412 H 
Lutpi Ibrahim,Konsep Imamah Dan Khilafah, Shah Alam,1993
_____________, Anthologi pemikiran Islam, Shah Alam, 1993
Malik bin Anas, al-Muwatta’, Tunis, 1972.
Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba, Tunis, 1376 H.
____________, al-Riyad al-Nadirah, Cairo, 1389 H.
Muhsin al-Amini, al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab,
Beirut, 1967.
Muslim, Sahih, Cairo, 1339H.
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz  al-‘Ummal, Baghdad,1958.
al-Nasa’i, al-Khasa’is, Beirut, 1959.
____________, al-Sunan, Cairo, 1958.
al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, Baghdad, 1395 H.
al-Saduq , al-Amali ,al-Najaf, 1389 H
_________, Ma ani al-Akhbar ,al-Najaf , 1391 H
al-Salih al-Hanafi , al-Kaukab al-Durriyy, Tunis, 1367 H.
Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, Tunis,1972.
al-Syablanji al-Syafi‘i, Nur al-Absar, Cairo, 1367 H.
al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghagh, Beirut, 1984.
al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1963.
____________, Tarikh al-Khulafa’, Cairo, 1368 
al-Tabari, Tarikh, Beirut, 1956
al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 1382 H.
Al-Tabarsi,Ahmad bin Ali, al-Ihtijaj , Beirut 1403 H/1983 M
Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, Cairo, 1957
al-Ya‘qubi, Tarikh, Beirut, 1379 H.
al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, Cairo, 1957.
 
                   
                           
                                                                                            
                                             INDEKS

             

A                                                            F
             
Abu Abbas  Sahl, 31                                   Fadak,103,106
Abu Bakr,29,34,36,42,43,                          dhimmah,70
45,47,49,72, 80.81,105,                             dialog,42,49,54,76
111,112                                                      
Abu Daud,45                                             G
Abu Fadhalah,33
Abu Laila, 33                                             gabenor, 86
Abu Sufyan,79,85,86,88,90                       Ghadir,4,7,9,10,26,28,29,            
Abu Zainab,33                                           31,33,44,53,121,131
Ahl alBait,3,4,18,31,42,50,52
75,77,83,93,95                                          H         
Ali bin Abu Talib,12,16,26,39,
54,107,115                                                Harun,10,13,45,50,53,82,92
                                                                  Hasan,4,27,29,31
B                                                   Husain,24,27,31,36,42,46

Bani Hasyim,72,78,79,80,87
89                                                              I
al-Barra’ bin Azib,35
Baridah bin Azib,35                                   Imamah,4,7,8,14,16,19,24,26,
                                                                 37,39,42,49,54,71,76,94,95,
C
                                                           J
Celaan,14                                                                         
Cinta,52,66,92                                          Jabalah,35
                                                                 Jabir bin Abdullah,35
D                                                  Jabir bin Samurah,35

Daud, 107                                                 K
Dhimmah,70                                             
Dialog,42,49,54,76                                    Kufah,31,94


L                                                          T

Laknat,106,107,110,111                          tauhid,24,60

M
                                                            U
Madinah,28,32,65,82,86
Makkah,69,82,85                                     Uthman,26,34,72,78
Al-Maghazali,37
Munasyadah,28,42,49,54,71
                                                               W
P
                                                               Wasi,12,16,21,25,67
Penyelewengan,73,116                             wazir,29,45,64,68

S                                                          Z

Salman,29,37,43,51                                Zaid,31,34,36,37
Sulaim bin Qais,28,35,37,50,52              zakat,8,13,23,28