Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Diriwayatkan bahawa Amir al-Mukminin Ali bin Abu
Talib a.s sedang duduk di masjid dan di sisinya sekumpulan orang ramai. Mereka
berkata kepadanya: Beritahukan kami sesuatu, wahai Amir al-Mukminin. Maka
beliau a.s. berkata: Aduhai kamu, sesungguhnya percakapan aku sulit dan
menyulitkan (inna kalami sa'bun wa mustas'abun), tidak dapat difahami melainkan
oleh mereka yang alim. Mereka berkata: Anda mesti memberitahu kami sesuatu.
Beliau a.s. berkata: Datanglah bersama kami, lantas beliau memasuki rumah dan
berkata: Akulah yang telah tinggi dan perkasa('alau-tu fa-qahar-tu).
Akulah yang menghidupkan dan mematikan (uhyi wa umitu). Akulah yang pertama dan
yang akhir, yang zahir dan batin. Lantas mereka memarahinya dan berkata: Beliau
a.s. telah menjadi kafir (kafara) dan mereka terus berdiri. Maka Ali a.s
berkata kepada pintu: wahai pintu, tutup dan berkata: Tidakkah aku telah
berkata kepada kamu: Sesungguhnya percakapan aku sulit dan menyulitkan, tidak
boleh difahami melainkan oleh mereka yang alim? Datang, aku akan menerangkannya
kepada kamu.
Adapun kata-kata aku: Akulah yang telah tinggi dan perkasa, maka akulah yang
telah meninggikan kamu dengan pedang ini, maka aku telah menguasai kamu
sehingga kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Adapun kata-kata aku, aku
menghidupkan dan mematikan, maka akulah yang menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w
dan akulah yang mematikan bid'ah. Adapun kata-kata aku: Akulah yang pertama,
maka akulah yang pertama beriman dengan Allah dan menerima Islam. Adapun
kata-kata aku, akulah yang akhir, maka akulah yang terakhir meletakkan kain ke
atas Nabi s.a.w dan mengapankannya. Adapun kata-kata aku, akulah yang zahir dan
yang batin, maka di sisi aku ilmu zahir dan batin. Mereka berkata: Anda telah
menyelamatkan kami dan Allah telah menyelamatkan anda .
Ja'far bin Ahmad bin Isa bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Ja'far bin Abu
Talib daripada Ya'qub al-Kufi berkata: Musa bin Ubaid telah memberitahu kami
daripada Umru bin Abu al-Miqdam daripada Abu Ishaq daripada al-Harith daripada
Jabir daripada Abu Ja'far daripada Muhammad bin al-Hanafiyyah berkata: Ketua
Yahudi datang kepada Ali bin Abu Talib a.s selepas beliau a.s. kembali daripada
peperangan Nahrawan. Beliau sedang duduk di masjid Kufah, berkata: Wahai Amir
al-Mukminin! Sesungguhnya aku ingin bertanyakan anda tentang perkara-perkara
yang tidak diketahui akannya melainkan oleh seorang nabi atau wasi nabi.
Beliau a.s berkata: Tanyalah apa yang terlintas di hati anda, wahai saudara
Yahudi. Yahudi berkata: Sesungguhnya kami dapati di dalam kitab bahawa
sesungguhnya Allah a.w apabila mengutus seorang nabi, Dia memerintahkan supaya
nabi itu mengambil daripada ahli baitnya orang yang akan melaksanakan perintah
Tuhannya pada umatnya selepasnya serta membuat perjanjian kepadanya tentang
mereka supaya beliau mematuhinya dan beramal dengannya pada umatnya selepasnya.
Sesungguhnya Allah s.w.t menguji para wasi pada masa hidup para nabi dan
menguji mereka selepas kematian para nabi. Beritahu kepada aku berapa kali
Allah menguji para wasi pada masa hidup para nabi? Berapa kali Dia menguji
mereka selepas kematian para nabi? Dan apakah kesudahan perintah para wasi
apabila Allah meredai ujian mereka?
Ali a.s berkata kepadanya: Demi Yang telah membelah laut untuk Bani Israel, dan
Yang telah menurunkan Taurat ke atas Musa. Jika aku memberitahu anda dengan
benar apa yang anda akan kemukakannya adakah anda akan memperakuinya? Ketua
Yahudi berkata: Ya. Beliau a.s berkata: Demi Yang tiada tuhan selain
daripada-Nya, jika aku membenarkan anda, adakah anda akan menerima Islam? Ketua
Yahudi berkata: Ya. Ali a.s berkata: Sesungguhnya Allah menguji para wasi pada
masa hidup para nabi pada tujuh tempat bagi menguji ketaatan mereka.
Apabila Allah telah meredai mereka dengan ujian itu, maka Dia memerintahkan
para nabi supaya mengambil mereka sebagai para wali pada masa hidup mereka dan
para wasi selepas kematian mereka. Justeru Allah menjadikan ketaatan kepada
para wasi di tengkuk umat sebagai sambungan kepada ketaatan kepada para nabi
a.s. Kemudian Allah menguji para wasi selepas kematian para nabi pada tujuh
tempat bagi menguji kesabaran mereka. Apabila Allah telah meredai mereka dengan
ujian itu, maka Dia akan mengakhiri mereka dengan kesyahidan bagi menghubungi
mereka dengan para nabi. Justeru Allah telah menyempurnakan kebahagiaan untuk
mereka.
Ketua Yahudi berkata kepadanya: Anda memang benar wahai Amir al-Mukminin.
Beritahu kepada kami berapa kali Allah a.w telah menguji anda pada masa hidup
Muhammad s.a.w? Dan berapa kali Dia telah menguji anda selepas kematiannya? Dan
bagaimanakah kesudahan perintah anda? Lantas Ali a.s memegang tangannya dan
berkata: Bangun bersama kami, aku akan memberitahu anda mengenainya wahai
saudara Yahudi. Sebahagian daripada para sahabatnya berdiri dan berkata: Wahai
Amir al-Mukminin, beritahu kepada kami mengenainya bersamanya. Beliau a.s
berkata: Aku khuatir hati kamu tidak boleh menanggungnya. Mereka berkata:
Kenapa begitu, wahai Amir al-Mukminin?
Beliau a.s. berkata: Kerana beberapa perkara yang telah jelas kepada aku
tentang beberapa orang daripada kamu. Al-Asytar terus berdiri dan berkata:
Wahai Amir al-Mukminin, beritahulah kepada kami perkara tersebut, demi Allah,
sesungguhnya kami mengetahui bahawa sesungguhnya tiada di atas bumi ini seorang
wasi nabi selain daripada anda dan kami mengetahui bahawa Allah tidak akan
mengutus seorang nabi selepas nabi kita, dan sesungguhnya ketaatan kepada anda
adalah di atas tengkuk kami bersambung dengan ketaatan kepada nabi kita. Maka
Ali a.s pun duduk berhadapan ketua Yahudi dan berkata: Wahai saudara Yahudi,
sesungguhnya Allah a.w telah mengujiku pada masa hidup Nabi kami s.a.w pada
tujuh tempat. Maka Dia telah mendapati aku mengenainya -tanpa membersihkan diri
aku dengan nikmat Allah- mentaati-Nya (muti'an la-hu).
Ketua Yahudi berkata: Tentang apa, tentang apa wahai Amir al-Mukminin? Beliau
a.s berkata: Pertamanya Allah s.w.t telah mewahyukan kepada Nabi kami tentang
kenabian, kemudian kerasulan. Aku adalah yang termuda di dalam keluarga aku.
Aku telah memberi perkhidmatan aku kepadanya di rumahnya dan aku melaksanakan
suruhannya di hadapannya. Maka baginda s.a.w menyeru yang muda dan yang tua
mereka kepada syahadah "tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya
beliau adalah pesuruh-Nya". Lantas mereka menentangnya, menjauhinya dan
menyisihkannya, kerana semua orang menentangnya.
Mereka membesar-besarkan apa yang telah dibentangkan kepada mereka kerana hati
mereka tidak dapat menanggungnya dan akal mereka tidak dapat memahaminya. Aku
telah menyahut seruan Rasulullah s.a.w seorang diri di dalam keadaan segera,
taat dan yakin, tanpa menimbulkan sesuatu di hati aku. Kami tinggal di dalam
keadaan sedemikian selama tiga musim, pada masa itu tidak ada makhluk di muka
bumi mengerjakan solat dan memperakui apa yang dikurniakan Allah kepada
Rasul-Nya selain daripada aku dan anak perempuan Khuwailid-rahima-ha l-Lah-
Kemudian baliau s.a. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah
ianya begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Kedua: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya Quraisy sentiasa berfikir dan bekerja
keras untuk membunuh Nabi s.a.w sehingga ke akhir hari mereka berkumpul
bersama-sama Iblis laknatu l-Lah yang telah hadir di dalam majlis tersebut di
dalam bentuk seorang lelaki Thaqif yang buta sebelah matanya. Iblis telah
berusaha keras sehingga mereka bersepakat untuk melantik seorang lelaki dari
setiap kabilah. Kemudian setiap lelaki daripada mereka mengambil pedangnya.
Kemudian mereka akan mendatangi Nabi s.a.w yang sedang tidur di atas
hamparannya, lalu mereka membunuhnya dengan pedang-pedang mereka semua dengan
satu pukulan seorang lelaki. Lantaran itu, mereka membunuhnya dan apabila
mereka membunuhnya, Quraisy tidak akan menyerahkan lelaki mereka untuk diadili.
Justeru darahnya akan menjadi sia-sia, maka Jibrail a.s telah turun ke atas
Nabi s.a.w, lalu memberitahu kepadanya mengenai hal itu dan menceritakan malam
yang mereka akan berkumpul untuk membunuh nabi s.a.w. dan waktu mereka akan
mendatangi rumahnya.
Lalu Jibrail memerintahkan nabi s.a.w. supaya keluar untuk ke gua Hira'.
Rasulullah s.a.w memberitahu aku tentang berita tersebut dan memerintahkan aku
supaya aku tidur di tempat tidurnya bagi mempertahankan dirinya dengan diri
aku. Aku telah mempercepatkan diri aku kerana mentaatinya dan bergembira
dengannya dan diri aku. Aku tidur di atas hamparannya. Beberapa orang lelaki
Quraisy di dalam diri mereka untuk pembunuhan Nabi s.a.w. Apabila mereka
memasuki rumah yang aku tidur di dalamnya maka aku bangkit dengan pedangku,
lalu aku mempertahankan diri aku daripada mereka sebagaimana telah diketahui
oleh orang ramai. Kemudian beliau a.s. berhadapan dengan para sahabatnya dan
berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Ketiga: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya dua anak lelaki Rabi'ah dan anak
lelaki 'Utabah adalah pahlawan Quraisy telah menyeru untuk bertarung di hari
Badr. Tidak ada makhluk yang telah menyahuti cabarannya. Rasulullah s.a.w telah
membangkitkan semangat aku bagi menentang mereka sedangkan aku adalah sahabat
yang paling muda dan kurang pengalaman di dalam peperangan. Maka Allah telah
membunuh Walid dan Syaibah dengan tangan aku di samping mereka kenamaan Quraisy
yang aku telah membunuh mereka pada hari itu. Ini tidak termasuk mereka yang
telah dijadikan sebagai tawanan aku, sepupu aku telah mati syahid pada hari
itu-rahimahu l-Lah-Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan
berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Keempat: Wahai saudara Yahudi, Quraisy dan Arab telah berkumpul dan mengadakan
perjanjian di kalangan mereka bahawa mereka tidak akan berpaling ke belakang sehingga
mereka membunuh Rasulullah s.a.w, dan membunuh kami bersamanya Bani 'Abd
al-Muttalib. Mereka melengkapkan diri mereka dengan peralatan perang sehingga
mereka bertapak di Madinah di dalam keadaan masih percaya kepada perancangan
mereka. Maka Jibrail telah turun ke atas Rasulullah s.a.w memberitahu kepadanya
tentang perkara tersebut. Rasulullah s.a.w telah mempersiapkan dirinya
bersama-sama Muhajirin dan Ansar. Quraisy datang dan berkhemah di al-Khandaq
(parit), menyangka bahawa mereka kuat sedangkan kami lemah. Rasulullah s.a.w.
menyeru mereka dengan kekerabatan dan silaturahim, tetapi mereka menolaknya.
Malah mereka lebih sombong lagi. Pahlawan mereka pada masa itu adalah 'Umru bin
'Abd Wuddin menjerit seperti unta ganas menyeru untuk bertarung memegang
lembingnya pada satu masa dan memegang pedangnya pada masa yang lain pula.
Tiada seorang pun berani tampil menentangnya. Rasulullah
s.a.w telah membangkitkan semangat aku dan memakaikan aku kainnya dengan
tangannya, serta memberikan kepada aku pedangnya Dhu l-Fiqar. Maka aku keluar
menuju kepadanya sementara perempuan-perempuan Madinah menangis kerana kasihan
kepada aku bagi menentang Ibn 'Abd Wuddin al-'Amiri, maka Allah telah
membunuhnya dengan tangan aku. Arab tidak mengakui orang lain sebagai pahlawan
selain daripadanya. Al-'Amiri memukul aku dengan pukulan ini -Beliau a.s. telah
memberi isyarat kepada tubuhnya. Allah telah mengalahkan Quraisy dan Arab
dengan pukulan aku terhadap mereka. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para
sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir
al-Mukminin.
Kelima: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya penduduk Makkah datang kepada kami
semenjak awal lagi telah mengumpul kabilah-kabilah Arab dan Quraisy bagi
menuntut bela di atas kematian kaum musyrikin Quraisy pada hari Badr dan
al-Khandaq. Maka Jibrail a.s turun ke atas Rasulullah s.a.w memberitahu
kepadanya tentang perkara tersebut. Lantas Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya
membuat persiapan di Uhud. Musyrikin menentang kami secara serentak. Beberapa
kaum muslimin mati syahid dan yang lain menerima kekalahan.
Semoga Allah memaafkan mereka. Aku telah berada bersama-sama Rasulullah s.a.w
sementara Muhajirin dan Ansar pulang ke rumah mereka di Madinah. Semua berkata:
Nabi s.a.w telah dibunuh dan para sahabatnya juga telah dibunuh. Allah telah
menghina kaum musyrikin, aku telah mengalami luka di hadapan Nabi s.a.w
melebihi tujuh puluh luka di antaranya di sini dan di antaranya di sini.
Kemudian beliau a.s. telah menunjukkannya dengan tangannya. Semoga Allah
memberi pahala-Nya kepada aku pada hari itu, Insya' Allah. Kemudian beliau a.s.
berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka
berkata: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Keenam: Wahai saudara Yahudi, kami telah datang bersama Rasulullah s.a.w. di
bandar sahabat anda Khaibar yang dikawal oleh lelaki Yahudi dan
pahlawan-pahlawan daripada Quraisy. Kami bertembung dengan mereka seperti bukit
yang terdiri daripada kuda, senjata, dan tentera yang ramai. Semuanya menyeru
untuk bertarung dan memulakan peperangan tiada seorang pun di kalangan sahabat
kami bertarung melainkan mereka membunuhnya sehingga aku diseru untuk
bertarung. Setiap orang telah mementingkan dirinya, sebahagian daripada sahabat
aku berkata kepada yang lain: Hentam mereka, wahai Abu al-Hasan, bangun. Maka
Rasulullah s.a.w telah mendorong aku bagi menentang mereka.
Maka tidak seorang pun daripada mereka bertarung dengan aku melainkan aku telah
membunuhnya. Tidak berdiri seorang panglima berkuda di hadapan aku melainkan
aku menikamnya, aku telah menerkam kepada mereka seperti terkaman seekor singa
jantan kepada mangsanya sehingga aku telah memasuki bandar mereka seorang diri.
Aku telah membunuh siapa saja daripada lelaki mereka padanya dan aku telah
menawan perempuan-perempuan mereka sehingga aku telah membuka Khaibar seorang
diri, tiada seorang pun yang telah menolong aku selain daripada Allah. Kemudian
beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu?
Mereka berkata: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Ketujuh: Wahi saudara Yahudi, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila
mengarahkan bagi pembukaan Makkah, baginda s.a.w. suka memaafkan mereka dan
menyeru mereka kepada Allah a.w pada kali terakhir sebagaimana baginda s.a.w.
menyeru mereka kepada-Nya pada permulaannya. Baginda s.a.w. menulis kepada
mereka memberi peringatan kepada mereka tentang azab Tuhan mereka, mengharap
mereka mendapat pengampunan daripada Tuhan mereka dan baginda s.a.w.
membentangkan kepada mereka akhir Surah al-Bara'ah. Semua para sahabatnya
menjadi keberatan untuk membawa Surah al-Bara'ah kepada penduduk Makkah.
Apabila baginda s.a.w. melihat keadaan sedemikian, maka baginda s.a.w. melantik
seorang lelaki untuk membawanya kepada penduduk Mekah. Maka Jibrail datang
kepadanya dan berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya tidak boleh menunaikan
tugasan daripada anda melainkan seorang lelaki daripada keluarga anda. Lantas
Rasulullah s.a.w. memberitahu perkara tersebut kepada aku dan mengarah aku
supaya membawanya kepada penduduk Makkah. Lantaran itu, aku mendatangi Makkah
dan penduduknya sebagaimana kamu telah mengetahui sikap mereka terhadap aku.
Maka aku menyampaikan perutusan Nabi s.a.w dan aku telah membaca suratnya
kepada mereka. Semuanya telah menemui aku dengan ugutan dan kecaman, melahirkan
kemarahan dan kebencian daripada lelaki dan perempuan mereka. Kemudian beliau
a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka
menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Beliau a.s. berkata: Wahai saudara Yahudi, ini tujuh tempat di mana aku
berserta Rasulullah s.a.w telah diuji oleh Allah. Maka Dia telah mendapati aku
mengenainya, dengan kurniaan-Nya, taat kepada-Nya, tiada seorang pun yang
menghadapi ujian seperti aku. Jika aku berkata sedemikian, nescaya kata-kata aku
akan menggemparkan mereka, kerana Allah telah melarang mengangkat diri sendiri.
Mereka berkata: Anda memang benar wahai Amir al-Mukminin. Demi Allah!
Sesungguhnya Allah telah memberi kelebihan kepada anda dengan kekerabatan anda
dengan Nabi kita s.a.w, dan Dia telah membahagiakan anda dengan menjadikan anda
sebagai saudaranya (akha-hu), kedudukan anda dengannya sepertilah kedudukan
Harun di sisi Musa.
Dia telah melebihkan anda di beberapa tempat di mana anda telah menyertainya,
saat-saat kesusahan yang anda telah mengalaminya, simpanan pengalaman anda yang
anda sebutkan dan lebih banyak daripada itu anda tidak menyebutnya di mana
tiada seorang muslim setanding dengan anda, orang yang berkata sedemikian
adalah orang yang telah menyaksikan anda di kalangan kami bersama Rasulullah
s.a.w dan orang yang telah menyaksikan anda di kalangan kami selepasnya.
Lantaran itu, beritahu kepada kami, wahai Amir al-Mukminin, tentang ujian Allah
terhadap anda selepas Nabi kita s.a.w di mana anda telah menghadapinya dan anda
telah bersabar ke atasnya. Jika kami mahu, kami boleh memberitahu anda perkara
yang kami mengetahuinya, tetapi kami suka mendengar daripada anda perkara
tersebut sebagaimana kami telah mendengarnya daripada anda tentang ujian Allah
terhadap anda pada masa hidupnya, maka anda telah mentaati-Nya mengenainya.
Beliau a.s. berkata: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya Allah telah menguji aku
selepas kematian Nabi-Nya pada tujuh tempat. Maka Dia telah mendapati aku
padanya, tanpa meninggi diri aku, dengan kurniaan-Nya dan nikmat-Nya, seorang
yang sabar.
Pertama: Tiada terdapat untuk aku secara khusus dan bagi muslimin secara umum
seorang yang aku telah menemaninya. Aku berpegang kepadanya, aku meminta tidur
kepadanya secara pura-pura. Aku mendekati diri kepada Allah dengan mentaatinya,
aku bergembira ketika senang, berehat ketika susah selain daripada Rasulullah
s.a.w.
Baginda s.a.w. yang telah mendidik aku ketika kecil, menolong aku, ketika
besar, memaksa aku daripada keyatiman, dan membebaskan aku dari meminta-minta,
menjaga aku dari pencarian aku, menanggung diri aku, keluarga aku dan
anak-anak. Ini adalah pengurusan dunia. Baginda s.a.w. telah mengkhususkan aku
dengan darjat-darjat yang membawa aku kepada tempat yang tinggi di sisi Allah.
Telah berlaku kepada aku dengan kematian Rasulullah s.a.w perkara yang aku
tidak pernah menduganya bahawa jika bukit dibawa secara paksa, nescaya ia akan
berlaku. Aku melihat orang ramai di kalangan keluarga aku di antara kesedihan
dan tidak dapat mengawal diri serta tidak tahan menanggung kesusahan. Aku telah
membawa diri aku bersabar selepas kematiannya.
Aku terus berdiam diri dan melakukan perkara yang telah diperintahkan Allah
kepada aku; menyempurnakan jenazah dan mengerjakan solat ke atasnya, meletaknya
di liang kubur, menghimpunkan amanah Allah, kitab-Nya, janji-Nya yang kami
telah menanggungnya untuk makhluk-Nya. Kami telah meletaknya kepada mereka. Air
mata, kecaman nafas, penderitaan dan musibat yang besar tidak melalaikan aku
dari melakukan hak yang wajib bagi Allah dan Rasul-Nya ke atas aku. Aku telah
menunaikan apa yang diperintahkan kepada aku. Maka aku telah menghadapinya
dengan penuh kesabaran dan perhitungan. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada
para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai
Amir al-Mukminin.
Kedua: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melantik aku
menjadi amir pada masa hidupnya ke atas semua umatnya (ammara-ni fi hayati-hi
'ala jami'i ummati-hi) dan telah mengambil baiah daripada mereka yang telah
menghadirinya di kalangan mereka dengan ketaatan kepada perintah aku. Baginda
s.a.w. telah memerintahkan penyaksi (al-Syahid) menyampaikannya kepada yang
ghaib (al-Ghaib) tentang perkara tersebut. Maka akulah penyampai perintah
Rasulullah s.a.w kepada mereka apabila aku telah menghadirinya dan aku menjadi
Amir ke atas mereka yang telah berada bersama-sama aku di kalangan mereka
apabila aku berpisah dengan Rasulullah s.a.w. Tiada sebarang pertengkaran
daripada seorang makhluk yang meresahkan jiwa aku di dalam suatu perkara pada
masa hidup Nabi s.a.w dan selepas kematiannya.
Kemudian Allah telah memerintahkan Rasul-Nya supaya mengarahkan tentera yang
dipimpin oleh Usamah bin Zaid bergerak ke sasarannya pada saat baginda s.a.w.
sakit yang membawa kepada kewafatannya. Rasulullah s.a.w tidak meninggalkan
seorang pun daripada kabilah-kabilah Arab, Quraisy, Aus, Khazraj dan orang lain
yang baginda s.a.w. khuatir akan menentang aku.
Begitu juga baginda s.a.w. tidak meninggalkan seorang pun di kalangan mereka
yang melihat aku dengan mata kemarahan ('Ain al-Baghdha') yang terdiri daripada
mereka yang aku terpaksa membunuh bapa, saudara atau kerabat mereka melainkan
baginda s.a.w telah mengarahkan mereka supaya berada di dalam tentera tersebut.
Begitu juga beliau tidak meninggalkan Muhajirin, Ansar, muslimin dan orang lain
yang terdiri daripada mualaf dan munafikin supaya menyertai tenteranya bagi
membersihkan hati mereka yang tinggal bersama-sama aku di Madinah dengan
kehadirannya s.a.w. Dan supaya tiada seorang pun yang akan berkata sesuatu yang
aku tidak suka di sisi Rasulullah s.a.w. Dan tiada seorang pun yang menentang
al-Wilayah dan pelaksanaan urusan rakyat selepasnya. Kemudian perintah akhirnya
mengenai urusan umatnya adalah penerusan tentera Usamah; supaya tidak seorang
pun daripada mereka tersebut meninggalkannya.
Aku tidak menyedari selepas kematian Rasulullah s.a.w melainkan beberapa lelaki
yang telah diutus bersama-sama Usamah dan tenteranya telah meninggalkan pusat
tentera mereka. Kumpulan itu telah menuju ke tempat lain dan menyalahi perintah
Rasulullah s.a.w. Mereka bersegera untuk membatalkan perjanjian yang telah di
meterai oleh Allah kepada aku dan Rasul-Nya di tengkuk mereka. Maka mereka
telah membatalkannya, sebaliknya mereka telah menjadikan perjanjian untuk
mereka dengan suara yang bising, tanpa berbicara dengan seorang pun daripada
kami Bani 'Abd al-Muttalib.
Atau meneruskan istiqamah baiah aku di tengkuk mereka. Mereka telah melakukan
semua ini ketika aku sibuk dengan urusan penyempurnaan jenazah Rasulullah
s.a.w, kerana ia adalah yang terpenting dan lebih berhak untuk dimulai
dengannya. Semuanya wahai saudara Yahudi, menjadikan hati aku berat dan bencana
menimpa aku adalah besar. Maka aku telah bersabar ke atasnya, kerana ia (khilafah)
berlaku sebaik saja peristiwa kematian rasul. Kemudian beliau a.s. berpaling
kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya,
wahai Amir al-Mukminin.
Ketiga: Wahai saudara Yahudi, al-Qaim selepas Nabi s.a.w. pernah berjumpa dengan
aku memohon maaf pada setiap hari pemerintahannya. Beliau juga berjumpa dengan
orang lain mengenai apa yang telah dilakukannya tentang hak aku dan penolakan
baiah aku. Beliau telah meminta penyelesaian aku, maka aku berkata:
Hari-harinya akan berlalu, hak aku akan kembali kepada aku di mana Allah telah
menjadikannya untuk aku sebagai perkara yang mudah tanpa aku melakukan sesuatu
pada Islam seperti apa yang dilakukan olehnya. Kerana hampir masanya dengan
jahiliah di dalam tuntutan hak aku secara pertelingkahan, kemungkinan ada orang
berkata mengenainya: Ya dan ada pula orang berkata: Tidak. Maka ia bertukar
daripada kata-kata kepada perbuatan, sebahagian daripada para sahabat
Rasulullah s.a.w yang istimewa, yang lebih terkenal dengan nasihat kerana Allah,
Rasul-Nya s.a.w, kitab-Nya dan agama-Nya Islam telah datang kepada aku baik
secara rahsia atau terang-terangan menyeru aku supaya mengambil balik hak aku.
Mereka akan mengorbankan diri mereka untuk menolong aku agar mereka dapat
mengembalikan hak baiah aku di tengkuk mereka. Maka aku berkata: Sabar sedikit,
mudah-mudahan Allah mengembalikan perkara tersebut dengan mudah, tanpa
pertengkaran dan penumpahan darah.
Orang ramai menjadi tidak menentu selepas kematian Rasulullah s.a.w. Mereka
yang tidak layak telah berebut-rebut untuk mendapatkan jawatan khalifah selepas
kematiannya. Sebahagian mereka berkata: Amir hendaklah daripada golongan kami,
orang yang berkata sedemikian adalah mereka yang mahu jawatan khalifah diambil
oleh orang lain selain daripada aku. Manakala hampir kematian al-Qaim (Abu
Bakr) dan telah berlalu hari-harinya, jawatan khalifah telah berpindah kepada
sahabatnya ('Umar) selepasnya. Perkara ini merupakan saudara kembar kepada
perkara yang lalu dan kedudukan aku adalah sama sahaja.
Beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w. berkumpul dan berkata kepada aku
sebagaimana mereka telah berkata kepada aku pada kali pertama. Kata-kata aku
yang kedua dan pertama adalah sama; aku terus bersabar, yakin dan kasihanbelas
terhadap kumpulan yang telah dijinakkan oleh Rasulullah s.a.w dengan kelembutan
dan kekuatan, dengan pengorbanan dan pedang sehingga mereka dapat tinggal
dengan aman, kenyang, gembira, pakaian, tempat tinggal dan kain selimut
sedangkan kami Ahlu Bait Muhammad s.a.w tidak mempunyai rumah yang beratap.
Tidak berpintu dan tidak pula berpagar selain daripada pelepah kurma dan
seumpamanya dan tidak mempunyai halaman dan kain selimut. Kebanyakan kami hanya
mempunyai satu kain untuk mengerjakan solat dan menghabiskan siang dan malam
dengan kelaparan. Kadangkala Allah telah mengurniakan kepada kami al-Fai' dan
menjadikan hak kami secara khusus, tanpa menjadikannya hak orang lain.
Demikianlah keadaan kami sebagaimana aku telah katakan. Rasulullah s.a.w dapat
mempengaruhi pemilik-pemilik harta kerana menjinakkan mereka.
Maka aku adalah orang yang lebih berhak untuk tidak memecah-belah kumpulan yang
telah dijinakkan oleh Rasulullah s.a.w dan tidak membawanya kepada rancangan
yang tidak sampai kepada matlamatnya atau kehabisan ajalnya. Jika aku melantik
diri aku (nasab-tu nafsi) dan aku menyeru mereka supaya menolong aku nescaya
mereka di sisi aku. Dalam keadaan ini urusan aku akan berada di atas salah satu
kedudukan sama ada menjadi pengikut yang berjuang (mutbi'un muqatil) atau akan
dibunuh (maqtul ). Jika ia tidak mengikut orang ramai atau ia menjadi hina dan
menjadi kafir dengan kehinaannya jika ia tidak menolong aku atau tidak mentaati
aku. Sesungguhnya telah diketahui umum bahawa kedudukan aku di sisinya s.a.w
sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa. Ini bererti sebarang penentangan
terhadap aku atau tidak mentaati aku adalah menepati penentangan kaum Musa
terhadap Harun dan tidak mentaatinya.
Aku telah melihat orang ramai berebut-rebut untuk mendapatkannya, menolak nafas
panjang dan terus bersabar sehingga Allah membukanya atau melaksanakan apa yang
disukai-Nya. Bagi menambah habuan aku daripada Allah aku terus mengiringi
kumpulan yang aku telah katakan kepada kamu. Urusan Allah adalah kadar yang
telah ditetapkan, jika aku tidak mempertahankan diri aku di dalam keadaan ini,
wahai saudara Yahudi, kemudian aku menuntut hak aku, nescaya aku adalah orang
yang paling layak di kalangan mereka yang telah menuntutnya, kerana keilmuan
para sahabat Rasulullah s.a.w tentang hak aku termasuk para sahabat yang berada
di hadapan anda.
Aku pernah mempunyai ramai pengikut, mempunyai keluarga yang mulia, mentaati
perintah, mempunyai hujah yang paling terang, mempunyai manaqib dan athar yang
banyak, Islam awal, kekerabatan aku, lebih-lebih lagi hak aku dengan wasiat
yang tidak ada jalan keluar bagi sesiapapun daripadanya dan baiah yang
terdahulu di tengkuk mereka bagi mereka yang telah memberi baiah kepadanya.
Sesungguhnya Nabi s.a.w telah mati dan sesungguhnya wilayah umat adalah di
tangannya dan di rumahnya, bukan di tangan mereka yang telah merampasnya dan
bukan di rumah mereka, malah di rumah Ahlu Baitnya yang telah disucikan Allah
daripada kotoran dosa merupakan Uli al-Amri selepasnya. Bukan orang lain di
dalam semua keadaan. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan
berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Keempat: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya Umar selepas sahabatnya pernah
bermesyuarat dengan aku di dalam beberapa perkara yang sukar, lalu beliau melaksanakannya
menurut pendapat aku. Aku dan sahabat aku tidak mengetahui seorang pun yang
telah berbincang dengannya selain daripada aku dan tiada seorang pun yang ingin
menjadi khalifah selepasnya selain daripada aku. Apabila datang angan-angannya
tanpa kesakitan sebelumnya dan tanpa perintah yang dikeluarkan ketika
kesihatannya, maka aku tidak syak lagi bahawa aku akan mengembalikan hak aku
dengan mudah dan itulah yang aku tuntut.
Sesungguhnya Allah akan melakukan perkara itu di atas sebaik-baik yang aku harapkan.
Di antara perbuatannya ialah, dia telah mengakhiri urusannya dengan melantik
enam orang dan akulah yang keenam mereka. Umar telah menyamakan aku dengan
mereka. Dia tidak menyebut tentang waris aku dengan Rasulullah s.a.w
sebagaimana dia tidak menyebut tentang kekerabatan aku, menantu dan nasab,
tiada seorang daripada mereka telah memeluk Islam lebih awal daripada aku, dan
tidak mempunyai athar seperti athar-atharku, malah dia telah menjadikan syura
di kalangan kami, dia telah menjadikan anak lelakinya hakim ke atas kami dan
memerintahkannya supaya memenggal leher kami berenam jika kami tidak
melaksanakan perintahnya. Cukuplah dengan kesabaran ini wahai saudara Yahudi.
Mereka telah menghabiskan hari-hari mereka semuanya, setiap orang bercakap
untuk dirinya, dan aku telah menahan diriku daripadanya. Hanya apabila mereka
bertanya kepada aku tentang urusanku, maka aku berbincang dengan mereka pada
hari-hari aku dan hari-hari mereka mengenai athar-atharku dan athar-athar
mereka. Aku menerangkan kepada mereka apa yang mereka tidak mengetahuinya
tentang hak aku ke atasnya dan bukan hak mereka. Aku telah menyebut kepada
mereka tentang janji Rasulullah s.a.w untuk aku ke atas mereka dan sokongannya
terhadap baiah aku di tengkuk mereka, cinta kepada pemerintahan dengan
menggunakan kekuatan tangan dan lidah di dalam suruhan dan larangan, cenderung
kepada dunia dengan menuruti mereka sebelum mereka bagi merampas apa yang tidak
dijadikan Allah untuk mereka.
Aku telah memberi ingatan kepada setiap orang daripada mereka tentang hari-hari
Allah dan apa yang akan terjadi kepada setiap orang daripada mereka. Apabila
mereka tidak mendapati aku selain daripada hujah yang terang berpandukan
al-Kitab dan wasiat Rasulullah s.a.w untuk memberi setiap orang daripada mereka
apa yang telah dijadikan Allah untuknya dan menegahnya apa yang tidak dijadikan
Allah untuknya. Maka makin bertambah kedegilan mereka, lantas mereka
memindahkannya daripada aku kepada Ibn 'Affan kerana tamak dunia. Ibn 'Affan
tidak layak jika dibandingkan dengan mereka yang berada di dalam majlis itu.
Kemudian aku tidak mengetahui ke manakah mereka telah menghabiskan "waktu
petang" mereka sehingga mereka telah melahirkan kesesalan mereka dan
berpatah-balik menentangnya.
Setiap orang mencela dirinya dan mencela para sahabatnya. Kemudian hari-hari
tidak lama berlalu dengan Ibn 'Affan sehingga mereka telah mengkafirkannya
(akfaru-hu), melepaskan diri mereka daripadanya (tabarra'u min-hu). Kemudian
Ibn 'Affan telah mendatangi para sahabatnya secara khusus dan semua para
sahabat Rasulullah s.a.w secara umum meminta mereka supaya menarik balik baiah
mereka kepadanya dan dia akan bertaubat kepada Allah daripada kesalahannya. Ini
adalah lebih besar daripada peristiwa yang lalu, tetapi aku terus bersabar di
atas penderitaan ini . Ahli majlis syura dahulu telah datang kepada aku, setiap
orang telah meminta aku supaya membuang Ibn 'Affan dan mengambil hak aku
daripadanya. Setiap orang telah memberi sokongannya dan baiahnya sehingga mati
di bawah bendera aku atau Allah mengembalikan kepada aku hak aku.
Kemudian selepas itu sekali lagi mereka diuji mengenainya dengan bermacam-macam
ujian, sekali dengan mencukur kepala, sekali dengan janji-janji pengasingan
diri dan sekali dengan menepati tempat-tempat tertentu, semuanya janji-janji
kosong yang tidak ditepati. Demi Tuhan, wahai saudara Yahudi, aku tidak
bertindak kali ini sebagaimana aku tidak bertindak di masa-masa yang lalu,
kerana aku melihat pengekalan jawatan mereka lebih baik daripada
memusnahkannya. Aku telah mengetahui sesungguhnya jika aku menanggungnya di
atas panggilan maut, aku dapat melakukannya, adapun tentang diri aku semuanya
telah mengetahui bahawa kematian di sisi aku sepertilah kedudukan minuman air
sejuk pada hari panas terik bagi mereka yang amat dahagakan air (inna l-Mauta
'indi bi-manzilati al-Syurbati al-Baridati fi l-Yaumi al-Syadidi l-Harri min
dhi al- 'atasyi al-Sada).
Sesungguhnya aku telah berjanji kepada Allah dan Rasul-Nya
apabila bapa saudara aku ('ammi) Hamzah, saudara aku Ja'far dan sepupu aku
'Ubaidah di dalam suatu urusan kerana Allah dan Rasul-Nya, maka mereka telah
mendahului aku, dan aku telah tinggal selepas mereka. Maka Allah telah
menurunkan ayat Surah al-Ahzab (33):23 "Di antara mereka mukmin itu ada
mereka yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di
antara mereka ada yang gugur.Dan di antara mereka ada(pula) yang
menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah"
Adapun mereka yang telah gugur adalah Hamzah, 'Ubaidah dan Ja'far, sementara
aku sedang menunggu. Wahai saudara Yahudi, aku tidak akan merubah. Apa yang
telah membuatkan aku menahan diri aku daripada Ibn 'Affan adalah kerana aku
telah mengetahui tentang akhlaknya bahawa dia akan menyeru keluarganya sama ada
yang jauh mahu pun yang dekat untuk membunuhnya atau memecatnya. Lantaran itu
aku berada di dalam keadaan 'uzlah. Maka aku telah bersabar dan aku tidak
bercakap mengenainya walaupun satu huruf selain daripada "Tidak" dan
bukan "Ya". Kemudian satu kumpulan datang kepada aku. Aku -Allah
telah mengetahui- benci kerana aku tahu ketamakan mereka mengumpul harta dan
bersuka ria di bumi. Mereka menyedari bahawa perkara sedemikian tidak ada di
sisi aku. Apabila mereka tidak mendapatinya di sisi aku, mereka telah mencari
alasan yang lain. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan
berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Kelima: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya mereka yang telah memberi baiah
kepada aku, apabila mereka menarik baiah daripada aku, mereka mengajak seorang
perempuan untuk menentangku sekalipun aku pemimpin perempuan itu dan wasi ke
atasnya. Mereka membawa perempuan itu di atas unta betina dan memaksanya supaya
bermusafir melintasi padang pasir dan daratan. Anjing al-Hauab telah
menyalaknya. Alamat penyesalan terserlah pada mereka setiap detik dan keadaan.
Satu kumpulan telah memberi baiah kepada aku kali kedua selepas baiah pertama
pada masa hidup Nabi s.a.w sehingga mereka datang kepada penduduk setempat,
tangan mereka pendek, janggut mereka panjang, akal mereka kecil, pendapat
mereka adalah ganjil, jiran Badwi yang mengharungi lautan!.
Maka 'Aisyah membawa mereka untuk menentang aku dengan pedang-pedang mereka
tanpa ilmu, melontar anak-anak panah mereka tanpa fahaman. Aku berdiri di atas
dua perkara. Kedua-duanya aku tidak menyukainya. Jika aku menegah diri aku,
nescaya mereka tidak akan kembali dan jika aku meneruskannya, nescaya aku akan
sampai kepada perkara yang aku tidak menyukainya. Lantaran itu, aku telah
mengemukakan hujah di dalam bentuk amaran dan peringatan; aku menyeru perempuan
itu supaya kembali ke rumahnya dan mereka yang telah membawanya supaya setia
dengan baiah mereka terhadap aku dan tidak membatalkan janji Allah pada aku
yang telah memberi kepada mereka setiap perkara yang aku mampu melakukannya.
Aku berbincang dengan mereka. Maka ada yang kembali. Aku memberi peringatan
kepada mereka, maka ada yang menerimanya. Kemudian aku berhadapan dengan orang
ramai dan mengemukakan perkara yang sama. Namun mereka menjadi lebih bertambah
jahil dan melampau. Apabila mereka enggan melainkan 'Aisyah untuk memimpin
mereka, maka ke atas merekalah kekalahan dan penyesalan. Pada merekalah
kehancuran dan pembunuhan. Aku telah membawa diri aku pada perkara yang aku
tidak dapat mengelakkannya.
Aku berusaha sehingga ke akhirnya sebagaimana aku telah berusaha pada peringkat
awalnya; menahan diri dari melakukannya. Kamu melihat aku, jika aku menahan
diri aku, sebagai seorang yang menolong mereka melakukan kerosakan dan
pembunuhan, menjadikan perempuan yang kurang akal sebagai hakim dalam semua
perkara seperti yang dilakukan oleh bangsa Rom, raja Saba' dan umat yang
terdahulu. Maka aku terjebak dengan perkara yang aku tidak menyukainya dan aku
membiarkan perempuan dan tenteranya melakukan apa yang mereka kehendaki
sebagaimana aku telah perjelaskan kedudukan dua golongan ini. Aku tidak gopoh
di dalam perkara ini melainkan selepas aku melakukan apa yang sepatutnya; aku
telah menangguhkannya, membuat penelitian, menghantar utusan, bercakap secara
lisan, memberi peringatan, memberi amaran dan memberi kepada mereka apa yang
sepatutnya, tetapi mereka enggan melainkan peperangan. Maka Allah
"menyampaikan" (balagha) kepada aku dan kepada mereka apa yang Dia
kehendaki dan Dia menjadi saksi di atas perkara tersebut. Kemudian beliau a.s.
berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka
menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Keenam: Wahai saudara Yahudi, Tahkim dua orang hakim dan memerangi anak lelaki
kepada perempuan yang memakan hati (akilati al-Akbad) iaitu seorang taliq yang
menentang Allah, Rasul-Nya dan mukminin semenjak pembukaan Makkah secara
kekerasan. Aku telah mengambil baiahnya dan baiah bapanya untuk aku bersamanya
pada hari itu dan pada tiga tempat selepasnya. Sebelum itu bapanya adalah orang
yang pertama yang memberi salam kepada aku sebagai wali mukminin dan mendesak
aku supaya bangkit menentang mereka yang telah merampas hak aku sebelum aku.
Dia memperbaharui baiahnya kepada aku pada setiap kali beliau datang kepada
aku. Dia menguap di hadapan aku hasil daripada pemakanan harta muslimin dan
menguasai mereka bagi mendapatkan sedikit perkara yang akan binasa dan
meluputkan banyak perkara yang kekal.
Apa yang paling pelik sekali adalah apabila dia melihat Tuhanku mengembalikan
hak aku kepada aku dan meletakkannya (hak) kepada tempatnya. Terputus
harapannya untuk menjadi orang keempat pada agama Allah dan pada amanahnya yang
kami telah membawanya sebagai hakim. 'Umru bin al-'As telah lari daripada aku,
lalu dipujuk oleh Mu'awiyah supaya menyokongnya. Kemudian dia telah bersama
Mu'awiyah selepas ditawarkan kepadanya untuk menjadi gabenor Mesir. Lantaran
itu, adalah haram ke atasnya mengambil al-Fai' di atas pembahagiannya walaupun
satu dirham.
Dan haram ke atas mereka yang bertanggung-jawab di dalam harta mereka
menyampaikan dirham kepadanya di atas haknya dan mengampuninya di atas apa yang
diambilnya. Dia mulai memerintahkan negeri dengan zalim. Siapa yang memberi
baiah kepadanya, maka dia meredainya. Dan siapa yang menyalahinya, maka dia
akan menentangnya. Kemudian dia menghadapi aku dengan menarik balik baiahnya
kepada aku, mengubah suasana negara timur dan barat, utara dan selatan. Berita
itu sampai kepada aku mengenai perkara tersebut. Maka seorang lelaki yang
mempunyai mata sebelah dari Thaqif telah mendatangi aku, memberi isyarat kepada
aku supaya aku melantik Mu'awiyah pada tempatnya. Dengan ini aku senang
memecatnya selepas itu. Aku telah bermesyuarat dengan orang yang aku percayai
nasihatnya untuk Allah, Rasul-Nya, untuk aku dan mukminin. Maka nasihatnya
tentang Mu'awiyah adalah seperti pendapat aku. Dia telah melarang aku untuk
melantiknya dan memberi peringatan kepadaku supaya tidak melibatkan Mu'awiyah
dengan urusan muslimin supaya menyaksikan bahawa aku tidak mengambil mereka yang
sesat sebagai pembantu. Aku telah mengarah seorang saudara di Jilah satu kali
dan saudara al-Asy'ariyyin satu kali supaya tidak menyokongnya.
Kedua-dua orang tersebut cenderung kepada dunia mereka dan menurut hawa
nafsunya. Apabila aku melihatnya melampaui hukum-hukum Allah dengan angkuh,
maka aku telah bermesyuarat dengan para sahabat Muhammad di kalangan ahli Badr
di mana Allah telah meredai mereka dan mereka pula telah meredai-Nya ketika
mereka memberi baiah dan lain-lain. Semua pendapat mereka selari dengan
pendapat aku di dalam memerangi Mu'awiyah. Maka aku telah bertindak bersama
para sahabat aku bagi menentangnya dengan menghantar surat-surat aku pada
setiap tempat menyerunya supaya kembali kepada hakikatnya; mematuhi aku.
Sebaliknya dia telah bertindak menentang aku dan bercita-cita ke atas ku dan
mengenakan syarat-syarat kepada aku yang tidak diredai Allah, Rasul-Nya dan
muslimin. Di antara syaratnya dia meminta aku supaya menyerahkan para sahabat
Muhammad s.a.w yang terpilih kepadanya. Antaranya; 'Ammar bin Yasir. Orang
seperti Ammar, demi Tuhan, sewaktu kami telah datang bersama Nabi s.a.w. Maka
baginda s.a.w tidak menghitung kami berlima melainkan Ammar keenam mereka, dan
tidak menghitung kami berempat melainkan Ammar adalah kelima mereka. Mu'awiyah
telah mensyaratkan supaya mereka dikembalikan kepadanya supaya dia dapat
membunuh dan menyulakan mereka.
Darah Uthman telah mengalir, demi Tuhan, Mu'awiyah tidak berkumpul untuk
mempertahankan Uthman dan tidak pula mengumpulkan orang ramai bagi membunuhnya
melainkan dia dan para sahabatnya daripada pokok yang dilaknati di dalam
al-Qur'an. Setelah aku tidak menyahuti syaratnya, dia meneruskan keangkuhannya
dan kezalimannya, memerintahkan mereka yang tidak berfikiran jauh, lalu mereka
mematuhinya. Dia telah memberi kepada mereka apa yang mereka kehendaki. Aku
membentangkan mereka kepada Allah selepas memberi peringatan dan keuzuran.
Setelah aku mendapatinya lebih bertambah keangkuhan dan kezaliman, maka kami
telah menghadapinya dengan peperangan sehingga Allah memberikan kami kemenangan
ke atas musuh-musuh-Nya dan musuh kami, bendera Rasulullah s.a.w berada di
tangan kami. Allah sentiasa memburu parti syaitan dengannya sehingga dia
(Mu'awiyah) mati. Dia adalah pembawa bendera bapanya. Aku telah memeranginya
bersama-sama Rasulullah s.a.w pada semua tempat, lantaran itu dia tidak dapat
menyelamatkan dirinya melainkan melarikan diri. Lantas dia menunggang kudanya
dan membalikkan benderanya tanpa mengetahui bagaimana dia akan bertindak. Lalu
dia meminta pertolongan dengan pendapat 'Umru bin al-'As supaya mashaf-mashaf
diangkat di hadapan orang ramai dan berkata: Sesungguhnya anak lelaki Abu Talib
dan partinya adalah ahli yang berwawasan dan rahmat.
Sesungguhnya mereka telah menyeru anda kepada kitab Allah pada peringkat
pertama dan akan menyahuti anda pada peringkat kedua. Maka Mu'awiyah menerima
pendapatnya, kerana tidak ada jalan lain bagi mengelakkan dirinya daripada
pembunuhan selain daripadanya. Justeru itu dia mengangkat beberapa mashaf dan
menyeru orang ramai kepada apa yang ditulisnya. Maka beberapa orang sahabat aku
telah cenderung kepada mashaf-mashaf tersebut selepas kehilangan pilihan mereka
dan kegigihan mereka di dalam memerangi musuh-musuh Allah dan musuh-musuh
mereka di atas kesedaran mereka. Mereka menyangka bahawa Mu'awiyah setia kepada
seruannya. Justeru mereka telah menerima seruannya dan datang kepada aku. Maka
aku berkata kepada mereka: Itu adalah tipu muslihat daripadanya dan 'Umru bin
al-'As bersama-samanya. Sesungguhnya tipu muslihat adalah lebih hampir kepada
mereka berdua daripada kesetiaan kepada seruan mereka. Tetapi mereka dipihakku
tidak menerima kata-kata aku. Mereka juga tidak mematuhi perintah aku.
Malah mereka enggan kecuali dari menerima seruan Mu'wiyah. Aku suka atau tidak
dan aku mahu atau tidak sehingga sebahagian mereka berkata kepada sebahagian
yang lain: Sekiranya beliau (Ali a.s) tidak melakukannya, maka kaitlah beliau
dengan anak lelaki 'Affan atau tolakkannya kepada anak lelaki Hindun sekali
gus. Maka aku berusaha dengan keras -Allah telah mengetahui usaha aku- Aku
tidak meninggalkan satu tujuan pun di dalam diri aku melainkan aku telah
menyampaikannya supaya mereka menerima aku dan pendapat aku tetapi mereka tidak
melakukannya sehingga aku meminta mereka supaya bersabar seketika. Namun mereka
juga tidak mahu melakukannya selain daripada syeikh ini- Beliau a.s. memberi
isyarat dengan tangannya kepada Asytar- dan sekumpulan keluarga aku.
Demi Allah, tidak ada yang telah menghalang aku dari meneruskan wawasan aku melainkan
aku khuatir dua orang ini akan dibunuh- Beliau a.s. telah memberi isyarat
dengan tangannya kepada al-Hasan dan al-Husain a.s- Maka dengan ini akan
terputuslah keturunan Rasulullah s.a.w dan zuriatnya bagi umatnya. Aku juga
khuatir dua orang ini akan dibunuh -Beliau a.s. telah memberi isyarat dengan
tangannya kepada Abdullah bin Ja'far dan Muhammad bin al-Hanafiyyah r.a.
Sesungguhnya aku mengetahui jika aku tidak mempunyai kedudukan ini, nescaya
mereka berdua tidak akan mengambil sikap sedemikian. Justeru aku telah bersabar
di atas apa yang dikehendaki oleh mereka serta apa yang telah diketahui oleh
Allah mengenainya terlebih dahulu.
Apabila kami meletakkan pedang-pedang kami dari menentang mereka, maka mereka
meminta supaya diadakan penghakiman (tahkim ) di dalam perkara tersebut; mereka
telah memilih pendapat-pendapat dan meninggalkan mashaf-mashaf dan hukum
al-Qur'an. Maka aku enggan dihakimi sedemikian pada agama Allah Yang Esa,
kerana penghakiman sedemikian adalah salah. Tanpa syak lagi, setelah mereka
juga enggan, maka aku mahu seorang daripada keluarga aku menjadi hakim atau
orang yang aku meredai pendapatnya dan akalnya. Orang yang aku percaya dengan
nasihatnya, kasih sayangnya dan agamanya. Aku telah mengemukakannya tanpa
menamakan sesiapapun daripada keluarga aku. Tetapi anak lelaki Hindun
menghalangnya.
Aku telah menyeru kebenaran kepadanya, tetapi dia telah membelakanginya, malah
dia telah memaksa kezalimannya ke atas kami. Semuanya kerana para sahabat aku
mematuhinya di dalam perkara tersebut. Mereka juga enggan kecuali mengalahkan
aku secara tahkim, maka aku telah melepaskan diri aku kepada Allah daripada
mereka dan aku telah menyerahkan perkara tersebut kepada mereka. Maka mereka
telah memilih seorang yang kurang ilmu untuk mewakili mereka. Kemudian wakil
tersebut telah ditipu oleh 'Umru bin al-'As. Penipuan itu terserlah di timur
dan di barat. Orang terkena tipu pula melahirkan penyesalan yang tidak
terhingga. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata:
Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Ketujuh: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah berjanji
kepada aku supaya aku berperang pada saat hari-hari akhir aku ke atas
sekumpulan daripada para sahabat aku. Mereka itu berpuasa di siang hari dan
bangkit mengerjakan solat di waktu malam, membaca kitab Allah. Mereka terkeluar
daripada agama kerana perselisihan mereka dengan aku. Peperangan mereka
(muharabati-him )terhadapku seperti keluarnya anak panah dari lontaran. Di
kalangan mereka adalah Dhu al-Thadyah yang telah mengakhiri aku dengan
pembunuhan mereka dengan kebahagiaan. Setelah aku kembali ke tempat aku ini
-selepas majlis tahkim- sebahagian daripada mereka mengeluarkan kata-kata
cacian sesama mereka kerana telah menyokong tahkim dua lelaki dan mereka tidak
mendapati jalan keluar selain berkata: Amir kita sepatutnya tidak memberi baiah
kepada mereka yang telah bersalah di kalangan kita.
Dan beliau sepatutnya meneruskan pendapatnya untuk membunuh dirinya dan mereka
yang telah menyalahinya di kalangan kita. Sesungguhnya beliau telah menjadi
kafir kerana mengikuti kita. ketaatannya kepada kita adalah di dalam kesalahan.
Justeru pembunuhannya adalah halal bagi kita. Lantas mereka bersepakat di dalam
keadaan tersebut dan keluar dengan angkuh dan menyeru dengan suara yang tinggi:
La hukma illa li-l-Lah (tiada penghakiman melainkan untuk Allah). Kemudian
mereka telah berpecah kepada tiga golongan, satu golongan di Nakhilah dan
golongan kedua di Haraura' dan golongan yang ketiga melintasi ke arah timur
sehingga menyeberangi Dajlah. Golongan ini telah menguji setiap muslim yang
telah dijumpainya.
Sesiapa yang telah memberi baiah kepada mereka, maka mereka membiarkannya
hidup. Sesiapa yang telah menyalahi mereka akan dibunuh. Maka aku keluar kepada
golongan pertama dan kedua satu demi satu menyeru mereka kepada ketaatan kepada
Allah, mengikuti kebenaran dan kembali kepada-Nya. Kedua-dua golongan ini
enggan melainkan pedang. Maka aku pun menyerahkan penghakiman mereka kepada
Allah. Allah telah membunuh mereka. Jika mereka tidak menentang aku, nescaya
aku telah mendapat sokongan yang kuat. Tetapi Allah telah kehendaki sedemikian.
Kemudian aku telah menulis kepada golongan ketiga. Aku mengarahkan utusan aku
kepada mereka.
Mereka terdiri daripada para sahabat yang mulia, ahli ibadat dan zuhud di
dunia, tetapi mereka enggan melainkan mengikut dua golongan yang terdahulu.
Lantas aku mempercepatkan pembunuhan mereka, aku keluar sehingga aku telah
memotong Dajlah daripada mereka. Aku mengutus al-Asytar, al-Ahnaf bin Qais
al-Kindi dan Sa'id bin Qais al-Kindi kepada mereka. Setelah mereka enggan
melainkan pedang maka aku memerangi mereka. Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya
Allah telah membunuh mereka sehingga individu yang terakhir. Pada ketika itu
mereka berjumlah empat ribu orang atau lebih. Tetapi tidak ada seorang pun yang
terlepas dariku. Aku mengeluarkan Dhu al-Thadyah yang telah terbunuh ke
hadapan. Mereka melihatnya. Dia mempunyai payu dara seperti payu dara seorang
wanita. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata:
Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya aku telah melaksanakan tujuh dan tujuh
perkara, wahai saudara Yahudi dan masih tinggal yang lain di mana aku telah
menghampirinya. Maka para sahabat Ali a.s. menangis dan begitu juga ketua
Yahudi. Mereka berkata: Wahai Amir al-Mukminin, beritahu kepada kami tentang
perkara yang lain itu? Beliau a.s. berkata: Perkara yang lain itu adalah akan
menjadi merah di tempat ini -Beliau a.s. memberi isyarat dengan tangannya
kepada janggutnya-daripada tempat ini -Beliau a.s. memberi isyarat kepada
pangkal lehernya.
Beliau a.s. berkata: Maka telah berlakulah riuh-rendah dengan tangisan di
masjid Jamik sehingga semua orang di dalam rumah di Kufah keluar dalam keadaan
takut dan ketua Yahudi telah memeluk Islam di tangan Amir al-Mukminin a.s serta
merta. Beliau terus menetap di Kufah sehingga terbunuhnya Amir al-Mukminin a.s.
Setelah beliau a.s. dibunuh maka Ibn Muljam -la'ana-hu l-Lah- ditangkap. Ketua
Yahudi tersebut datang dan berdiri di hadapan al-Hasan a.s. Orang ramai di
sekelilingnya sementara Ibn Muljam di hadapannya. Dia berkata: Wahai Abu
Muhammad, bunuhlah dia, nescaya Allah membunuhnya. Sesungguhnya aku telah membaca
di dalam kitab-kitab yang telah diturunkan ke atas Musa bin Imran; ini adalah
jenayah yang paling besar di sisi Allah daripada jenayah anak lelaki Adam yang
telah membunuh saudaranya dan pembunuh unta betina kaum Thamud .