Total Tayangan Halaman

Minggu, 29 November 2015

Pujian al-Hasan al-Basri terhadap Ali a.s.



Abban berkata: Aku telah memberitahu hadis ini kepada al-Hasan al-Basri daripada Abu Dhar. Beliau berkata: Sulaim dan Abu Dhar memang benar, bahawa Ali bin Abu Talib mempunyai pendahuluan dalam agama, keilmuan, hikmah, fiqh, pemikiran, kesihatan, kelebihan, kesederhanaan, kekeluargaan, kemenantuan (sahr), pertolongan, peperangan, dermawan, keilmuan tentang hukuman, kekerabatan dan ujian. Sesungguhnya Ali dalam setiap urusan adalah terserah kepadaku. Justeru itu, Allah telah memberi rahmat kepada Ali dan bersalawat ke atasnya.

Kemudian beliau menangis sehingga basah janggutnya. Maka aku berkata kepadanya: Wahai Abu Sa'id! Adakah anda berkata kepada seseorang selain daripada Nabi Saw. apabila anda menyebutnya? Beliau berkata: Sebagaimana anda mengucapkan rahmat ke atas Muslimin apabila anda menyebut mereka. Salawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad. Sesungguhnya Ali adalah sebaik-baik keluarga Muhammad. Maka aku berkata: Wahai Abu Sa'id! Lebih baik daripada Hamzah, Ja'far, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain?

Maka beliau berkata: Ya. Demi Allah! Sesungguhnya beliau adalah lebih baik daripada mereka. Dan siapakah yang mengesyaki bahawa beliau adalah lebih baik daripada mereka? Aku berkata kepadanya: Dengan apa? Beliau menjawab: Tidak pernah dikaitkan dengan nama syirik, kekafiran, penyembahan berhala dan peminuman arak ke atasnya. Malah Ali lebih baik daripada mereka kerana beliau orang pertama menerima Islam, keilmuannya dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Sesungguhnya Rasulullah Saw. bersabda kepada Fatimah a.s.: "Suami anda adalah sebaik-baik umatku".

Sekiranya ada pada umat ini orang yang lebih baik daripadanya, nescaya beliau mengecualikannya. Sesungguhnya Rasulullah Saw. telah mempersaudarakan di kalangan para sahabatnya namun beliau telah mempersaudarakan Ali dengan dirinya sendiri. Justeru itu, Rasulullah Saw. adalah orang yang terbaik dari segi diri (nafsan) dan persaudaraan (akhan).

Beliau telah melantik Ali di Hari Ghadir Khum dan mewajibkan baginya al-Wilayah ke atas manusia sebagaimana beliau telah mewajibkannya ke atas dirinya sendiri . Beliau bersabda kepadanya: "Kedudukan anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa a.s." . Beliau tidak bersabda sedemikian itu kepada seorangpun daripada Ahl Baitnya dan umatnya selain daripada Ali a.s. Beliau mempunyai keistimewaan yang banyak mendahului orang lain. Maka aku berkata kepadanya: Siapakah orang yang paling baik daripada umat ini selepas Ali? Beliau (Al-Hasan al-Basri) berkata: Isterinya dan dua orang anak lelakinya. Aku berkata lagi: Kemudian siapa? Beliau berkata: Kemudian Ja'far dan Hamzah adalah sebaik-baik manusia.

Ashab al-Kisa' di mana ayat al-Tathir diturunkan untuk mereka. Rasulullah Saw. telah memeluk dirinya, Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain. Kemudian Beliau bersabda: Mereka itulah kepercayaanku (thiqati), 'itrahku pada Ahl Baitku. Maka Allah telah menghilangkan daripada mereka kekotoran dosa dan membersihkan mereka sebersih-bersihnya. Maka Umm Salamah berkata: Masukkanlah aku dalam al-Kisa'. Beliau bersabda kepadanya: Wahai Umm Salamah! Anda dalam kebaikan dan kepada kebaikan. Sesungguhnya ayat ini telah diturunkan untuk aku dan mereka itu. Maka aku berkata: Allah! Wahai Abu Sa'id! Anda tidak meriwayatkannya tentang Ali a.s. dan aku tidak mendengar anda bercakap mengenainya. Beliau berkata: Saudaraku! Aku menjaga darahku daripada penguasa-penguasa yang zalim, Allah melaknati mereka. Wahai saudaraku! Jikalau tidak, aku akan melakukannya. Tetapi aku telah berkata apa yang aku dengar kepada seseorang, kemudian beliau menyampaikannya pula kepada mereka. Maka mereka akan menghalangku. Apa yang aku maksudkan adalah memarahi orang selain daripada Ali a.s. Lantaran itu, mereka telah menganggap aku bersama mereka. Bagiku firman Allah SWT dalam Surah al-Mukminun (23): 96. ''Tolaklah kejahatan dengan cara yang paling baik" iaitu dengan bertaqiyyah".

Ucapan Ali a.s. selepas memberi bai'ah secara terpaksa



Ali a.s. berkata kepada Umar: Wahai Ibn Sahhak! Kami tidak mempunyai hak mengenainya malah ia untuk anda dan anak lelaki kepada wanita pemakan lalat (Abu Bakr). Umar berkata: Tahan diri anda sekarang juga wahai Abu al-Hasan! Kerana anda telah memberi bai'ah. Lagipun orang ramai meridhai dengan sahabatku dan bukan dengan anda. Justeru itu apakah dosaku?

Ali a.s. berkata: Tetapi Allah (SWT) dan Rasul-Nya tidak meridhai selain daripadaku. Lantaran itu, terimalah berita gembira untuk anda, sahabat anda dan sesiapa yang mengikut kalian berdua maka kemurkaan Allah, azab-Nya dan penghinaan-Nya .

Celakalah anda (waila-ka) wahai Ibn al-Khattab! Adakah anda mengetahui dari manakah anda keluar, dari manakah anda masuk, apakah jenayah yang anda perlakukan ke atas diri anda dan sahabat anda? Maka Abu Bakr berkata: Wahai Umar! Tidakkah dia telah memberi bai'ah kepada kita dan kita telah terselamat daripada kejahatannya, pembunuhannya dan ancamannya? Justeru itu, biarkan dia berkata apa yang dia mahu.

Lalu Ali a.s. berkata: Aku tidak akan berkata melainkan satu perkara; aku mengingatkan kalian akan Allah, wahai kalian berempat (Salman, Abu Dhar, al-Zubair dan al-Miqdad) bahawa aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: "Sesungguhnya Tabut daripada api mengandungi dua belas lelaki. Enam terdiri daripada orang yang terdahulu dan enam lagi terdiri daripada orang yang terkemudian berada di Neraka Jahannam, peringkat terbawah, di dalam Tabut (peti besi) yang bertutup di atasnya dengan batu besar. Apabila Allah ingin memanaskan Neraka Jahannam, Dia akan membuka batu besar tersebut daripada Tabut. Lantas Neraka Jahanam menjadi lebih panas lagi".

Ali a.s. berkata: Aku telah bertanya kepada Rasulullah Saw. dan kalian menjadi saksi tentang enam orang yang terdahulu. Maka beliau berkata: Orang yang terdahulu adalah anak lelaki Adam yang telah membunuh saudaranya, ketua segala Fir'aun yang telah berhujah dengan nabi Ibrahim tentang Tuhannya, dua lelaki daripada Bani Isra'il yang telah mengubah Kitab dan Sunnah mereka. Salah seorang daripada mereka mengyahudikan Yahudi, sementara seorang lagi menasranikan Nasrani, pembunuh unta betina (al-Naqah) dan pembunuh Nabi Yahya bin Zakaria.

Adapun orang yang terkemudian adalah Dajjal dan lima orang yang membuat perjanjian di hadapan Ka'bah (Ashab al-Sahifah) bagi menentang anda. Wahai saudaraku! mereka akan melahirkan penentangan ke atas anda selepasku; ini dan ini sehingga dia namakan mereka satu persatu kepada kami. Salman berkata: Maka kamipun berkata: Anda memang benar. Kami bersaksi sesungguhnya kami telah mendengar perkara itu daripada Rasulullah Saw.

Uthman berkata: Wahai Abu al-Hasan! Adakah di sisi anda dan sahabat anda ada hadis mengenaiku? Ali a.s. menjawab: Ya. Aku telah mendengar Rasulullah Saw. melaknati anda. Kemudian Allah tidak akan mengampuninya selepas beliau melaknati anda. Lantas Uthman memarahinya dan berkata: Apa salahku dan anda? Janganlah anda meninggalkanku pada masa nabi dan selepasnya. Ali a.s. berkata: Ya, Allah telah menundukkan keangkuhan anda.

Maka Uthman berkata: Demi Allah, sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: Al-Zubair akan dibunuh dalam keadaan murtad daripada agama Islam. Salman berkata: Ali a.s. telah berkata kepadaku ketika kami berdua: Benar apa yang telah dikatakan oleh Uthman tadi. Dia telah memberi bai'ah kepadaku selepas pembunuhan Uthman tetapi dia telah menarik balik bai'ahnya daripadaku. Justeru itu, dia telah dibunuh dalam keadaan murtad.

Salman berkata: Maka Ali a.s. berkata lagi: Sesungguhnya orang ramai semuanya telah menjadi murtad selepas Rasulullah Saw. melainkan empat orang. Sesungguhnya orang ramai telah menjadi murtad selepas Rasulullah Saw. sepertilah kedudukan Harun dan orang yang mengikutinya dan kedudukan al-'Ijl serta orang yang mengikutinya. Maka Ali a.s. diumpamakan seperti Harun dan al-Atiq (Abu Bakr) diumpamakan seperti al-'Ijl, sementara Umar sepertilah al-Samiri.

Dan aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: "Akan datang satu kaum daripada sahabatku yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisiku melalui al-Sirat. Apabila aku melihat mereka dan mereka melihatku, aku mengenali mereka dan mereka juga mengenaliku". Tiba-tiba mereka dibawa begitu pantas daripadaku, maka akupun berkata: Wahai Tuhanku! (mereka itu) sahabatku, sahabatku. Maka dijawab: Anda tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka selepas anda. Mereka telah menjadi murtad kebelakang sebaik saja anda meninggalkan mereka".

Maka aku berkata: Mohon dijauhkan perkara tersebut! Dan aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: "Umatku akan mengikut sunnah Bani Isra'il sepenuhnya sehingga jika mereka memasuki lubang biawak sekalipun, mereka akan memasukinya bersama mereka, kerana sesungguhnya Taurat dan al-Qur'an telah ditulis oleh seorang Malaikat dalam satu lembaran dengan satu penulisan. Lantaran itu, contoh-contoh dan sunnah-sunnah adalah sama".

Ucapan Salman al-Farisi selepas memberi bai'ah secara terpaksa di majlis Abu Bakr



Sulaim bin Qais berkata: Maka aku berkata kepada Salman: Wahai Salman! Adakah anda telah memberi bai'ah kepada Abu Bakr tanpa berkata apa-apa? Beliau menjawab: Sesungguhnya aku telah berkata selepas memberi bai'ah: Binasalah untuk kalian sepanjang masa. Adakah kalian mengetahui apa yang kalian lakukan untuk diri kalian? Kalian betul dari satu segi dan bersalah dari satu segi yang lain ? Kalian betul, kerana menepati sunnah orang sebelum kalian yang telah berpecah-belah dan berselisih faham.

Dan kalian telah bersalah kerana menyalahi Sunnah Nabi kalian sehingga kalian mengeluarkan (sunnah) daripada galiannya dan keluarganya. Lantas Umar berkata: Wahai Salman! Justeru sahabat anda telah memberi bai'ah dan anda sendiri telah memberi bai'ah maka cakaplah apa sahaja yang anda mahu dan lakukanlah apa yang terlintas di hati anda. Dan biarlah sahabat anda berkata apa yang terlintas di hatinya. Salman berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: "Sesungguhnya kepada anda dan sahabat anda yang anda bai'ah kepadanya adalah seperti dosa-dosa umatnya sehingga Hari Kiamat dan seperti azab mereka semua".

Maka Umar berkata kepadanya: Katakanlah apa yang anda mahu. Tidakkah anda telah memberi bai'ah? Allah tidak akan mententeramkan dua mata anda jika sahabat anda memegang jawatan khalifah. Maka Salman berkata: Aku naik saksi bahawa sesungguhnya aku telah membaca beberapa kitab Allah yang diturunkan, bahawa anda dan nama anda, keturunan anda dan sifat anda adalah satu pintu daripada pintu-pintu Jahanam. Maka Umar berkata kepadaku: Katakanlah apa yang anda mahu. Tidakkah Allah telah menghilangkan daripada Ahl al-Bait yang kalian telah mengambil mereka sebagai tuhan (arbaban) selain daripada Allah?

Aku berkata kepadanya: Aku naik saksi sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda dan aku telah bertanya kepadanya firman-Nya dalam Surah al-Fajr (89): 25-26 ''Maka pada hari itu tiada seorangpun yang menyiksa seperti siksaaan Allah. Dan tiada seorangpun yang mengikat dengan rantai seperti ikatan Allah" Maka beliau memberitahuku bahawa andalah yang dimaksudkan.

Maka Umar berkata kepadaku: Diam! Allah mendiamkan mulut anda wahai hamba anak lelaki orang yang tidak berkhatan. Lantas Ali a.s. berkata kepadaku: Aku bersumpah ke atas anda wahai Salman supaya diam. Salman berkata: Demi Allah! Sekiranya Ali a.s. tidak memerintahkanku supaya berdiam nescaya aku memberitahunya setiap ayat yang turun mengenainya dan setiap sesuatu yang aku mendengar daripada Rasulullah Saw. tentangnya dan sahabatnya (Abu Bakr). Manakala Umar melihatku dia berdiam seketika kemudian berkata: Anda terlalu mematuhinya!

Apabila Abu Dhar dan al-Miqdad memberi bai'ah dan mereka berdua tidak berkata apa-apa, Umar berkata: Wahai Salman! Tidakkah anda boleh menahan diri anda sebagaimana yang dilakukan oleh kedua-dua sahabat anda? Demi Allah! bahawa sesungguhnya anda bukanlah mencintai Ahl al-Bait ini lebih daripada mereka berdua dan bukan pula lebih membesarkan mereka daripada kedua-duanya.

Sesungguhnya memadailah sebagaimana anda lihat mereka berdua telah memberi bai'ah. Abu Dhar berkata: Adakah anda menghina kami kerana cinta kami kepada keluarga Muhammad dan membesarkan mereka? Allah melaknati dan Dia telah melakukannya kepada orang yang memusuhi mereka, membohongi mereka, menzalimi hak mereka, membuat orang ramai memandang rendah terhadap mereka dan mengembalikan umat ini mundur kebelakang.

Umar berkata: Amin! Allah melaknati orang yang menzalimi hak mereka. Tidak! Demi Allah! mereka tidak mempunyai apa-apa hakpun. Malah manusia adalah sama. Abu Dhar berkata: (Jika begitu) Kenapa kalian bertengkar dengan kaum Ansar tentang hak mereka dan hujah mereka?

Bai'ah Ali a.s. dan para sahabatnya kepada Abu Bakr secara terpaksa



Kemudian Umar berkata: Berdirilah wahai Ibn Abi Talib dan berilah bai'ah. Ali a.s menjawab: Jika aku tidak melakukannya? Dia menjawab: Jika begitu, demi Allah! kami akan memenggal kepala anda. Ali a.s. telah memberi hujah kepada mereka sebanyak tiga kali, kemudian menghulurkan tangannya tanpa membuka tapak tangannya. Maka Abu Bakr pun memegang tangannya dan meridhai hal sedemikian.

Ali a.s. telah menyeru sebelum memberi bai'ah dalam keadaan tali terikat pada lehernya: Wahai Ibn Umm! Sesungguhnya mereka menindasku dan hampir membunuhku. Ada seseorang berkata kepada al-Zubair: Berilah bai'ah, tetapi dia menolaknya. Lantas Umar, Khalid, al-Mughirah bin Syu'bah telah bergegas ke hadapan orang ramai, lantas mereka merampas pedangnya dan memukulnya ke tanah sehingga mereka mematah dan mengucapkan talbiah kepadanya.

Maka al-Zubair berkata dalam keadaan Umar menolak dadanya: Wahai Ibn Sahhak! Sekiranya pedang berada di tanganku, nescaya anda menjauhiku, kemudian diapun memberi bai'ah. Salman berkata: Kemudian mereka telah membawaku dan memegang tengkukku dengan pantas sehingga mereka meninggalkannya seperti barang. Kemudian mereka memegang tanganku, lalu aku memberi bai'ah secara terpaksa. Seterusnya Abu Dhar dan al-Miqdad juga telah memberi bai'ah secara terpaksa.

Tiada seorangpun yang telah memberi bai'ah secara terpaksa selain daripada Ali a.s. dan kami berempat. Dan tiada seorangpun daripada kami yang begitu lantang selain daripada al-Zubair kerana dia berkata ketika memberi bai'ah: Wahai Ibn Sahhak! Demi Allah! Sekiranya tiada mereka yang zalim membantu anda nescaya anda tidak akan datang kepadaku ketika pedangku berada di tanganku, kerana aku mengetahui anda adalah seorang yang pengecut dan keji. Tetapi anda mendapatkan orang yang zalim (thughat) bagi menguatkan kedudukan anda. Kata-kata itu menyebabkan Umar naik marah.

Al-Zubair berkata lagi: Adakah anda masih ingat wahai Sahhak? Umar bertanya: Siapa Sahhak? Al-Zubair menjawab: Apakah yang menghalangku daripada menyebut Sahhak? Sahhak adalah seorang penzina wanita. Adakah anda mengingkarinya wahai Umar? Tidakah dia seorang hamba wanita daripada Habsyah kepunyaan datukku Abd al-Muttalib, kemudian datuk anda Nufail berzina dengannya, lalu melahirkan bapa anda al-Khattab? Selepas itu Abd al-Muttalib memberikannya kepada datuk anda selepas dia berzina denganya kemudian melahirkanya (al-Khattab). Sesungguhnya dia (al-Khattab) adalah hamba kepada datukku, adalah anak zina. Lantas Abu Bakr mendamaikan di antara mereka berdua, lalu kedua-duanya dapat mengawal diri mereka.

Pendirian Buraidah al-Aslami dan amarannya kepada Umar dan Abu Bakr



Buraidah al-Aslami berdiri dan berkata: Adakah anda telah membohongi saudara Rasulullah Saw. dan bapa anaknya? Andalah yang kami kenali dalam masyarakat Quraisy dengan sebenarnya. Tidakkah kalian berdua telah dikatakan oleh Rasulullah Saw: Pergilah kepada Ali dan ucaplah salam ke atasnya kerana menjadi pemimpin Mukminin? Maka kalian berdua berkata: Adakah ia merupakan perintah daripada Allah dan Rasul-Nya? Dia menjawab: Ya. Abu Bakr berkata: Ia memang begitu.Tetapi Rasulullah bersabda selepas itu: Tidak akan berkumpul pada Ahl Baitku al-Nubuwwah dan al-Khilafah. Namun Ali a.s. membalas: Rasulullah Saw. tidak bersabda sedemikian. Demi Allah! aku tidak akan tinggal di negeri di mana anda adalah amirnya. Maka Umar telah memerintahkan supaya beliau dipukul dan diusir.

Pendirian Abu Dhar al-Ghifari dan amarannya kepada orang ramai di majlis Abu Bakr



Abu Dhar bangun dan berkata: Wahai umat yang bingung selepas Nabinya dikhianati! Sesungguhnya Allah berfirman dalam Surah Ali al-Imran (3): 33-34 ''Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran ke atas sekalian alam. (Mereka itu) satu keturunan, sesetengahnya akan sesetengah yang lain dan Allah Maha Mendengar dan Maha mengetahui" Maka Keluarga Muhammad adalah daripada keturunan Nuh, Ibrahim dan Isma'il.

'Itrah (keturunan) Nabi Muhammad Saw. adalah Ahl Bait al-Nubuwwah, tempat turunnya perutusan dan tempat berkunjungnya para Malaikat. Mereka seperti langit yang diangkat, gunung yang tersergam, Ka'bah yang tersembunyi, mata yang bersih, bintang petunjuk dan pokok yang diberkati yang telah memancarkan cahayanya serta diberkati minyaknya oleh Muhammad, penutup segala nabi dan penghulu anak Adam. Sementara Ali adalah wasi kepada segala wasi dan imam bagi orang yang bertakwa.

Beliau adalah al-Siddiq al-Akbar, al-Faruq al-A'zam, wasi Muhammad, pewaris ilmunya dan orang yang paling aula dengan al-Mukminin daripada diri mereka sendiri sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Ahzab (33): 6 ''Nabi adalah aula (dekat) dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri, manakala isteri-isterinya adalah ibu mereka dan kerabat pertalian darah sebahagian mereka lebih aula daripada yang lain di dalam Kitab Allah". Lantaran itu dahulukanlah mereka yang telah didahulukan oleh Allah dan kemudiankanlah mereka yang telah dikemudiankan oleh Allah. Jadikanlah wilayah, dan wirathah bagi orang yang dipilih oleh Allah SWT.

Lantas Umar bangun dan berkata kepada Abu Bakr yang sedang duduk di atas mimbar: Apakah yang membuat anda duduk di atas mimbar ini? Orang yang duduk ini (Ali) adalah penentang dan dia tidak bangun untuk memberi bai'ah kepada anda. Perintahkannya supaya dia memberi bai'ah kepada anda, jika tidak, penggallah kepalanya. Al-Hasan dan al-Husain a.s. sedang berdiri. Apabila mereka berdua mendengar kata-kata Umar, mereka terus menangis.

Lantas Ali a.s. memeluk mereka berdua ke dadanya sambil berkata: Janganlah kalian menangis. Demi Allah! mereka berdua tidak mampu untuk membunuh bapa kalian. Tiba-tiba Umm Aiman (penyusu Rasulullah Saw.) datang dan berkata: Wahai Abu Bakr! Alangkah cepatnya kalian melahirkan hasad dan nifaq (sifat munafik) anda. Maka Umar memerintahkan supaya dia dikeluarkan dari Masjid dan berkata: Perempuan tidak ada kaitan dengan kami.

Pendirian al-Miqdad dan peringatannya kepada orang ramai di majlis Abu Bakr



Maka al-Miqdad pun bangun dan berkata: Wahai Ali! Apakah anda memerintahkan aku untuk melakukan sesuatu? Demi Allah! sekiranya anda memerintahkan aku, nescaya aku akan memukulnya dengan pedangku dan sekiranya anda memerintahkan aku, nescaya aku menahan diriku.

Lantas Ali a.s. berkata: Tahanlah diri anda Wahai al-Miqdad! Ingatlah janji Rasulullah Saw. dan wasiatnya kepada anda. Maka akupun berdiri dan berkata: Demi yang diriku di tangan-Nya, jika aku mengetahui sesungguhnya aku telah menolak bala dan aku lebih mulia di sisi agama, nescaya aku akan meletakkan pedangku di atas tengkukku. Kemudian aku memukulnya sedikit-sedikit. Ali a.s. berkata: Adakah anda membohongi saudara Rasulullah Saw., wasinya, khalifahnya pada umatnya dan bapa anaknya? Maka terimalah berita gembira dengan bala dan janganlah mengharapkan kesenangan.