DIALOG AMIR AL-MUKMININ ALI BIN ABI TALIB DENGAN Majlis
SYURA
Pengenalan
Tujuan rencana ini adalah untuk
mendedahkan secara langsung dialog atau munasyadah Amir al-Mukminin `Ali b. Abi Talib dengan lima orang Ahli majlis Syura mengenai
haknya menduduki jawatan khilafah terutamanya selepas kewafatan khalifah
yang kedua `Umar b. al-Khattab. Justeru itu ia bersifat akademik
semata-mata. Semoga ia dapat meluaskan wawasan berfikir di kalangan
intelek muslim khususnya para mahasiswa dan mahasiswi
jurusan Pemikiran Islam di Nusantara.
Kebiasaannya, orang ramai menerima
keputusan majlis syura tersebut kerana ia, menurut mereka,
merupakan majlis permesyuaratan yang berasaskan keikhlasan dan muafakat. Walaubagaimanapun kajian mendalam
mendapati ianya telah dirancang begitu rapi supaya
jawatan khalifah itu kelak dipegang oleh `Uthman. Justeru itu ia
merupakan saudara kembar Saqifah di mana Khalifah `Umar menjadi perencana utama.
Ahli
majlis Syura yang dilantik mengandungi `Uthman
b. `Affan, al-Zubair b. `Awwam, Talhah b. `Ubaidillah,
`Abd al-Rahman b. `Auf, Sa`d b. Abi Waqqas dan `Ali b. Abi
Talib A.S di mana pengerusinya ialah `Abd Allah b. `Umar . Mereka dikenali sebagai Ahl
al-Hill wa al-‘Aqd.
Terjemahan
Teks
Di sini akan
dikemukakan dialog atau munasyadah
Amir al-Mukminin `Ali b. Abi Talib khususnya mengenai Imamah atau Khilafah terhadap lima orang Ahli Majlis Syura tersebut berdasarkan
teks al-`Allamah al-Tabarsi dalam bukunya al-Ihtijaj[1], Riwayat ini telah diambil daripada
Muhammad al-Baqir daripada bapanya, `Ali Zain al-`Abidin. seorang ulama Mazhab Ja`fari abad keenam hijrah. Untuk mengukuhkan kesahihan hadis-hadis
di dalam munasyadah
tersebut, penulis membuat rujukan kepada buku-buku karangan
para ulama Ahl al-Sunnah kita yang muktabar untuk kajian
bersama.Dengan ini perasaan iri hati dan prejudis dapat dikurangkan,
Insya' Allah.
"Manakala
Amir al-Mukminin `Ali A.S melihat keghairahan
"mereka" untuk memberi bai`ah kepada `Uthman, beliau terus
berdiri di hadapan mereka bagi memberi hujah-hujah
penentangan beliau terhadap mereka.
Beliau berkata: Dengarlah ucapanku, jikalaulah apa yang aku
ucapkan itu benar, maka kalian terimalah dan jikalau ia adalah batil,
maka kalian ingkarilah. Kemudian
beliau berkata:
1. Aku menyeru kalian dengan nama Allah yang mengetahui
kebenaran kalian jika kalian orang yang benar. Dan Dia mengetahui pembohongan
kalian jika kalian berbohong. Adakah di kalangan kalian seorang
yang telah mengerjakan solat menghadapi dua Qiblat selain daripadaku?
Mereka (berlima) menjawab:
Tidak.[2]
2. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah
adakah di kalangan kalian seorang yang telah melakukan dua bai`ah;
Bai`ah al-Fath dan Bai`ah al-Ridwan selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[3]
3. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah
adakah di kalangan kalian seorang di mana saudaranya dihiasi
dengan dua sayap di syurga selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[4]
4. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama
Allah, adakah di kalangan kalian bapa saudaranya (di sebelah
bapa) menjadi penghulu para syahid selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[5]
5. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama
Allah, adakah di kalangan kalian seorang di mana isterinya penghulu
wanita alam sejagat selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[6]
6. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah
adakah di kalangan kalian seorang di mana kedua-dua anak lelakinya
adalah anak-anak Rasulullah (s.`a.w.) dan kedua-duanya penghulu
pemuda syurga selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[7]
7. Beliau berkata: Aku menyeru
kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah
mengetahui nasikh dan mansukh selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[8]
8. Beliau berkata: Aku menyeru
kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana
Allah menghilangkan kekotoran dosa daripadanya dan mensucikannya
dengan sebenar-benarnya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[9]
9. Beliau berkata: Aku menyeru
kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang
telah melihat Jibra'il di dalam bentuk seorang lelaki yang
tempang selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[10]
10. Beliau berkata: Aku menyeru
kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang
menunaikan zakat di dalam keadaan rukuk selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[11]
11. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang
di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah menyapu kedua-dua matanya dan
memberikan bendera di hari peperangan Khaibar selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[12]
12. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang
telah dilantik oleh Rasulullah (s.`a.w.) di hari Ghadir Khum
dengan perintah Allah S.W.T. dan berkata: "Siapa yang aku maulanya, maka `Ali
adalah maulanya. Wahai Tuhanku, hormatilah orang yang mewalikannya dan musuhilah orang yang
memusuhinya" selain daripadaku?
Mereka menjawab:
Tidak.[13]
13. Beliau berkata: aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang
yang menjadi saudara Rasulullah di masa bermukim dan temannya
semasa musafir selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. [14]
14. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang
telah bertarung dengan `Amru bin `Abd Wuddin di peperangan Khandaq dan
membunuhnya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[15]
15. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Kedudukan anda di sisiku sepertilah
kedudukan Harun di sisi Musa hanya tidak ada nabi selepasku" selain
daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[16]
16. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang
telah dinamakan mukmin di dalam sepuluh ayat al-Qur'an selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[17]
17. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang
di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah memberi segenggam tanah
kepadanya kemudian dia melemparkannya ke atas muka orang-orang kafir,
selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[18]
18. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana para malaikat berdiri bersamanya di dalam peperangan Uhud
sehingga orang lain meninggalkan tempat itu selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[19]
19. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang
telah menjelaskan hutang Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[20]
20. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian
seorang yang telah menyaksikan kewafatan Rasulullah
(s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[21]
21. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang
telah memandikan jenazah Rasulullah (s.`a.w.), mengkafan dan meletakkannya di
liang lahad selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[22]
22. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang
telah mewarisi senjata Rasulullah (s.`a.w.), benderanya dan cincinnya selain
daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[23]
23. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang
di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah menjadikan talaq isteri-isterinya di tangannya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[24]
24. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) menanggungnya di atas belakangnya sehingga dia
memecahkan berhala di pintu Ka`bah selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[25]
25. Beliau berkata: Aku menyeru
kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana
namanya diseru di langit di hari peperangan Badr: "Tidak ada pedang melainkan Dhu
al-Fiqar dan tidak ada pemuda melainkan
`Ali" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[26]
26. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang
telah makan bersama Rasulullah (s.`a.w.) seekor burung
panggang yang dihadiahkan kepadanya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[27]
27. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang
telah disabdakan oleh Rasulullah (s.`a.w.): "Andalah pemilik benderaku di dunia dan
akhirat" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[28]
28. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang
yang telah mengadakan perbincangan khusus dengan Rasulullah s.`a.w,
kemudian mengeluarkan sedekah (kepada orang-orang miskin) selain
daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[29]
29. Beliau berkata: Aku menyeru
kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah
memperbaiki kasut Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[30]
30. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Aku adalah saudara anda dan anda
adalah saudaraku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[31]
31. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda kepadanya: "Anda
adalah sebaik-baik makhluk kepadaku dan orang yang paling benar
percakapannya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[32]
32. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang
mendapati Rasulullah (s.`a.w.) sedang lapar lalu dia meminta
seratus baldi dengan seratus tamar, kemudian dia membawa tamar, lalu Rasulullah
(s.`a.w.) memberikannya makan, selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[33]
33. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana malaikat Jibra'il, Mika'il dan Israfil memberi salam kepadanya dengan tiga
ribu para malaikat yang lain di peperangan Badr selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[34]
34. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang
yang telah menutup mata Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[35]
35. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang
telah mentauhidkan Allah sebelumku selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[36]
36. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang
pertama memasuki bilik Rasulullah (s.`a.w.)dan orang yang terakhir keluar
dari sisinya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[37]
37. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang
yang telah berjalan-jalan bersama Rasullullah (s.`a.w.)
kemudian dia melalui sebuah taman, maka dia pun berkata: Alangkah cantiknya
taman ini. Maka beliau bersabda: " Taman anda di syurga lebih cantik daripada taman ini".
Sehingga dia melalui tiga taman pada setiap taman Rasulullah
(s.`a.w.) bersabda: "Taman anda di
syurga lebih cantik daripada taman
ini" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[38]
38. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda kepadanya: "Anda adalah orang pertama yang beriman denganku, membenarkanku
dan orang pertama akan
dikembalikan Haud kepadaku di hari kiamat" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[39]
39. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Orang pertama yang datang kepada kalian
dari pintu ini wahai Anas, maka dialah Amir al-Mukminin, penghulu
Muslimin dan orang yang paling utama di kalangan manusia".Lalu
Anas berkata: Wahai Tuhanku jadikan "nya" seorang lelaki dari
kalangan Ansar. Maka dia pun datang,
lalu Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepada Anas: "Anda bukanlah orang pertama yang mencintai
kaumnya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[40]
40. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang
yang telah diturunkan mengenainya firman-Nya: "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan
RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat,
memberi zakat dalam keadaan rukuk" (Surah al-Maidah 5: 55)
selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[41]
41. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Allah telah menurunkan padanya dan anak-anaknya, firman-Nya: "Sesungguhnya orang-orang yang baik
akan minum daripada gelas di mana
campurannya mengandungi kafur" (Surah al-Insan 76: 5) selain
daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[42]
42. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Allah telah menurunkan ayat mengenai "Apakah (orang-orang) yang memberi minum
kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjid
al-Haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada
Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidaklah sama di sisi Allah" (Surah al-Taubah 9:
19) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[43]
43. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang
yang telah diajar oleh Rasulullah (s.`a.w.) seribu
kalimah dan setiap kalimah berpecah kepada seribu
kalimah selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[44]
Mereka menjawab: Tidak.[44]
44. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang
telah dimunajat oleh Rasulullah (s.`a.w.)
di hari Taif, lalu Abu Bakr dan
`Umar berkata: Wahai Rasulullah!
Anda telah melakukan munajat kepada `Ali dan bukan kepada
kami. Nabi (s.`a.w.) bersabda: "Aku bukanlah ingin bermunajat untuknya
tetapi Allah telah memerintahkan aku
supaya melakukannya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[45]
45. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang
telah disuapkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) dengan tepung manis selain
daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[46]
46. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Anda adalah makhluk yang paling akrab
kepadaku di hari kiamat akan memasuki syurga dengan syafa`at
anda, lebih ramai dari bilangan Rabi`ah dan Mudar" selain
daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[47]
47. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Wahai
Ali! Sesungguhnya anda dikenakan
pakaian ketika aku dikenakan pakaian" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[48]
48. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Anda
dan Syi`ah anda akan mendapat
kemenangan di hari kiamat?" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[49]
49. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: " Berbohonglah
orang yang mengatakan bahawa dia
mencintaiku sedangkan dia membenci `Ali" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[50]
50. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Siapa
yang mencintai bahagian-bahagianku (syatrati) ini, maka sesungguhnya dia
telah mencintaiku dan siapa yang mencintaiku, maka sesungguhnya
dia
mencintai Allah - Ditanya kepadanya: Apakah syatratu-ka? Beliau (s.`a.w.)
menjawab: `Ali, Hasan, Husain dan Fatimah" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[51]
51. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah(s.`a.w.)bersabda kepadanya: "Anda adalah sebaik-baik manusia selepas para nabi"
selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[52]
52. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Andalah al-Faruq yang membezakan di antara kebenaran
dan
kebatilan"
selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[53]
53. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Amalan anda adalah sebaik-baik amalan makhluk selepas para nabi"
selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[54]
54. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) menutup dengan pakaiannya ke atasnya, isterinya
dan dua anak lelakinya kemudian beliau bersabda: "Wahai Tuhanku aku dan Ahlu
l-Baitku kepada anda dan bukan kepada
neraka" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[55]
55. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Andalah saudaraku, wazirku, sahabatku daripada keluargaku"
selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[56]
56. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Anda adalah orang yang paling awal memeluk
Islam, paling alim dan paling perihatin" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[57]
57. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang
di mana dia telah membunuh seorang panglima perang Yahudi secara
berdepan selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[58]
58. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Nabi (s.`a.w.) membentangkan Islam kepadanya lalu beliau menjawab:
Tunggulah sehingga aku berjumpa bapaku.
Lantas Nabi (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Ini adalah satu amanah di sisi anda". Maka dia menjawab: Sekiranya ia adalah
satu amanah di sisiku, maka aku menerima Islam sekarang juga selain”
daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. [59]
59. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang
di mana dia telah mengangkat pintu kota Khaibar di masa
pembukaannya dan membawanya sejauh seratus hasta kemudian empat puluh lelaki cuba
mengangkatnya tetapi mereka tidak mampu selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[60]
60. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana ayat ini diturunkan kepadanya " Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu mengadakan
perbicaraan khusus dengan Rasul hendaklah kamu mengeluarkan
sedekah (kepada orang miskin)" (Surah al-Mujadalah 50: 12). Maka akulah yang mengeluarkan sedekah
dan adakah di kalangan kalian seorang yang melakukannya selain
daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. [61]
61. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Siapa yang mencaci `Ali, maka sesungguhnya dia mencaciku dan
siapa yang mencaciku maka sesungguhnya dia
mencaci Allah" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[62]
62. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Rumahku menghadapi rumah anda
di syurga" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[63]
63. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah(s.`a.w.)bersabda kepadanya:
"Allah memerangi orang yang memerangi anda dan Allah memusuhi
orang yang memusuhi anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[64]
64. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang
telah tidur di atas tempat tidur Rasulullah (s.`a.w.) ketika beliau ingin
berjalan ke Madinah dan mempertahankannya dengan dirinya ketika mereka hendak
membunuhnya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[65]
65. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Anda adalah orang yang utama dalam
umatku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[66]
66. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Anda di hari kiamat di kanan `Arasy dan
Allah akan memakaikan anda dua helai kain; satu
berwarna biru dan satu berwarna merah" selain
daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[67]
67. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana dia telah mengerjakan solat sebelum orang ramai tujuh tahun
dan beberapa bulan selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[68]
68. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Aku di hari kiamat akan mengambil hajzah
(kedudukan istimewa) kurniaan Tuhanku daripada cahaya sedangkan anda akan mengambil
hajzahku dan keluargaku akan mengambil hajzah anda"
selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[69]
69. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Anda sepertilah diriku, cinta anda adalah cintaku dan kemarahan
anda adalah kemarahanku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[70]
70. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah
di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda
kepadanya: "Wilayah anda
sepertilah wilayahku, satu janji yang telah dijanjikan oleh
Allah kepadaku dan Dia memerintahkanku supaya menyampaikannya kepada anda"
selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[71]
71. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Wahai Tuhanku jadikanlah beliau (`Ali)
pembantu dan penolongku" selain daripadaku?
Mereka menjawab:
Tidak.[72]
72. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Harta adalah madu(tumpuan) orang-orang
yang zalim dan anda adalah madu (tumpuan) orang-orang mukmin"
selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[73]
73. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Aku akan mengutus kepada
kalian seorang lelaki di mana Allah telah menguji hatinya untuk keimanan"
selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[74]
74. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) memberi kepadanya sebiji buah
delima dan bersabda: "Ini
adalah buah delima daripada syurga. Hanya
seorang nabi atau wasinya sahaja yang memakannya" selain
daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[75]
75. Beliau berkata: Aku menyeru
kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang lelaki di mana
Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Aku tidak memohon sesuatu
dari Tuhanku melainkan Dia memberikannya kepadaku dan aku tidak memohon
sesuatu daripada Tuhanku melainkan aku memohon untuk anda"
selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[76]
76. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Anda adalah orang yang paling
cekal di kalangan mereka bagi menjalankan perintah Allah, paling
setia di kalangan mereka bagi menunaikan janji Allah, paling
arif di kalangan mereka tentang segala
permasalahan, orang yang paling adil di dalam pembahagian hak
dan orang yang paling mulia di sisi Allah
S.W.T." selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[77]
77. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Kelebihan anda ke atas umat ini sepertilah kelebihan matahari ke
atas bulan dan sepertilah kelebihan bulan ke atas
bintang-bintang" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[78]
78. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Allah akan memasukkan wali anda ke syurga
dan musuh anda ke neraka" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[79]
79. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Manusia dari pokok yang
bermacam-macam (berlainan asal usulnya), tetapi aku dan anda adalah dari satu pokok" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[80]
80. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Aku adalah penghulu anak Adam dan anda adalah penghulu Arab dan bukan
Arab tanpa kemegahan" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[81]
81. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang
di mana Allah telah meridainya di dalam dua ayat al-Qur'an
selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[82]
82. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Janji anda adalah janjiku dan janji Syi`ah
anda di Haud; apabila semua umat merasa takut dan
neraca-neraca mula menjalankan tugasnya" selain
daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[83]
83. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Wahai Tuhanku sesungguhnya aku
mencintainya maka cintailah beliau. Wahai Tuhanku sesungguhnya aku
ucapkan selamat tinggal kepada Engkau untuknya" selain
daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[84]
84. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Andalah yang berhujah dengan orang
ramai supaya mereka mengerjakan solat, mengeluarkan zakat,
menyuruh perkara yang baik dan melarang perkara yang mungkar,
melaksanakan hudud dan membahagikan hak yang sama" selain
daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[85]
85. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) memegang tangannya di hari Badr, lalu
mengangkatnya sehingga orang ramai melihat keputihan kedua ketiaknya
sambil bersabda: "Sesungguhnya
ini adalah sepupuku, wazirku. Oleh itu jadikanlah beliau wazir,
mintalah nasihatnya dan percayailah beliau kerana beliau adalah wali
kalian" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[86]
86. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana ayat ini turun mengenainya: "Mereka mengutamakan orang lain atas diri mereka sendiri sekalipun
mereka dalam kesusahan" (Surah al-Hasyr 59: 9) selain daripadaku?
Mereka menjawab:
Tidak.[87]
87. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Jibrail seorang daripada para tetamunya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[88]
88. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang
di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah memberi kepadanya kapur barus
dari syurga kemudian dia membahagikannya tiga bahagian, " Satu bahagian untukku, satu bahagian untuk
anak perempuanku dan satu bahagian
untuk anda " selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[89]
89. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: " Di mana apabila dia berdepan dengan Rasulullah (s.`a.w.) dia menghormatinya, mendekatinya, mengalu-alukannya dan berseri-seri
mukanya"selaindaripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[90]
Mereka menjawab: Tidak.[90]
90. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang
di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah melepaskannya dengan
Surah al-Bara'ah kepada Musyrikin Makkah selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[91]
91. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Aku bermegah dengan anda di hari kiamat apabila para nabi
bermegah dengan para wasi mereka" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak[92]
92. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Sesungguhnya aku akan memberi rahmat kepada anda dari hasad dengki
orang ramai di dada-dada mereka, tetapi mereka tidak menzahirkannya sehinggalah
ketiadaanku. Dan
apabila mereka kehilanganku, mereka akan melakukan khilaf"
selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[93]
93. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Apabila Allah melaksanakan amanah anda, Allah
akan menyempurnakan dhimmah anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[94]
94. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Andalah pembahagi neraka, andalah yang
mengeluarkan daripadanya orang yang telah bersih dan meninggalkan di
dalamnya setiap kafir" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[95]
95. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang
di mana dia telah membuka benteng Khaibar dan menawan anak
perempuan Rahib kemudian dia membawanya kepada Rasulullah (s.`a.w.) selain
daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[96]
96. Beliau berkata: Aku
menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di
mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda kepadanya: "Haud akan dibentangkan kepadaku di kala itu anda dan Syi`ah
anda berseri muka-muka mereka. Dan
dibentang ke atasku musuh anda dalam keadaan dahaga dan
terbelenggu dalam keadaan muka mereka kehitaman" selain
daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[97]
Kemudian Amir al-Mukminin A.S berkata
kepada mereka: Adapun apabila kalian telah memperakui kebenarannya,
dan telah jelas sabda-sabda Nabi kalian, maka hendaklah
kalian bertakwa kepada Allah sahaja, tidak ada sekutu bagi-Nya. Sekarang
aku melarang kalian dari kemaraha-Nya dan janganlah kalian
mendurhakai-Nya. Kembalikanlah kebenaran itu kepada ahlinya, ikutilah Sunnah
Nabi kalian, kerana sesungguhnya sekiranya kalian menyalahinya,
maka sesungguhnya kalian telah menyalahi Allah. Oleh itu kembalikanlah hak itu kepada
ahlinya dan sememangnyalah ia adalah untuknya.
Beliau berkata:
Mereka pun mengelipkan mata di kalangan mereka dan bermesyuarat
kemudian berkata: "Sesungguhnya kami telah mengetahui
kelebihannya, dan kami telah mengetahui sesungguhnya beliau adalah orang
yang paling berhak dengannya, tetapi beliau adalah seorang yang
tidak melebihkan seorang ke atas seorang. Oleh itu
sekiranya kalian melantiknya untuk jawatan Khalifah, nescaya
beliau akan menjadikan kalian dan orang ramai dari segi hak sama
sahaja. Tetapi sekiranya kalian
melantik `Uthman beliau akan menurut apa yang kalian hajati". Lantaran itu mereka melantik Uthman
sebagai Khalifah.
Ulasan
Amir al-Mukminin `Ali b. Abu Talib
A.S telah mengemukakan hujah-hujahnya terhadap lima orang Ahli
majlis Syura yang dilantik oleh Khalifah `Umar. Beliau telah mengajukan
beberapa soalan munasyadah yang
berasaskan hadis-hadis Rasulullah (s.`a.w.). Kesemua soalan-soalan tersebut diperakui oleh
kelima-lima Ahli Syura tersebut.
Beliau yakin bahawa jawatan Imamah atau Khilafah
adalah untuk beliau dan sebelas anak cucunya daripada Fatimah bt. Muhammad A.S.
Hadis-hadis tersebut telah dicatat oleh para ulama Ahl al-Sunnah di dalam
buku-buku mereka.Tetapi sayangnya berlakulah apa yang berlaku sehingga hari
ini.
Walau bagaimanapun, Majlis Syura yang
dibentuk oleh Khalifah `Umar kelihatan aneh dan menakutkan kerana ia mesti
diselesaikan dalam masa tiga hari dan dikawal oleh 50
orang tentera yang lengkap dengan senjata. Khalifah `Umar
melantik enam orang; `Uthman b. `Affan, `Ali b. Abi Talib,
Sa`d b. Abi Waqqas, Talhah b. `Ubaidillah dan al-Zubair b. al-`Awwam. Kemudian dia mencaci mereka dengan cacian
yang tidak melayakkan mereka menjadi Khalifah.
`Umar berkata: Demi Allah, tidak ada
halangan bagiku untuk melantik anda menjadi khalifah wahai
Sa`d, hanya anda adalah seorang yang kasar (ghalazah) kerana anda adalah ahli peperangan, `Abd al-Rahman hanya
anda adalah Fir`aun umat ini (fir`aun
hadhi-hi al-ummah), al-Zubair, hanya anda adalah seorang mukmin
pada waktu redha dan kafir pada waktu marah (kafir `and
al-ghadab), Talhah, hanya seorang yang angkuh dan Rasulullah
memarahi anda kerana kata-kata anda ketika turun ayat hijab (Surah
al-Ahzab 33: 53) (kata-kata Talhah: Muhammad tidak boleh
membuat apa-apa sekalipun mengenakan hijab ke atas
isteri-isterinya. Apabila beliau wafat, kami akan mengahwini
isteri-isteri beliau).
Justeru itu jika anda dilantik, anda
akan menyarungkan cincin mohornya ke jari isteri anda. Begitu juga
`Uthman, andalah seorang yang asabiyah kepada kaum keluarga anda.
Justeru itu sekumpulan serigala Arab akan menyembelihkan anda dan jika ia
berlaku ingatlah kata-kataku ini.
Dan anda wahai `Ali, sekiranya anda bukan orang yang sukakan kelakar,
`Ali A.S telah menafikan dirinya
sebagai seorang kelakar.[98] nescaya aku melantik anda dan
anda akan membawa kaum muslimin kepada kebenaran yang jelas dan
hujah yang bersih.[99] Kemudian dia berkata kepada
panglima tentera Abu Talhah al-Ansari: Jika seorang daripada mereka menentang
dan lima bersetuju, maka bunuhlah dia. Jika dua menentang dan empat
bersetuju, maka bunuhlah kedua-duanya. Dan jika tiga
menentang dan tiga bersetuju,
maka pilihlah pihak yang ada
`Abd al-Rahman b. `Auf.[100]
Oleh itu, tidak hairanlah jika sistem syura
sedemikian rupa dilihat sebagai suatu perencanaan halus bagi menjauhkan
`Ali A.S daripada menjadi khalifah dan
sekaligus menolak konsep keadilan semua sahabat seperti berikut:
1. Syura ini telah melahirkan permusuhan
terhadap `Ali A.S. Talhah al-Tamimi adalah dari keluarga Abu
Bakr yang telah memindahkan khalifah dari `Ali A.S. `Abd al-Rahman bin `Auf adalah
ipar `Uthman dan dia adalah di antara orang yang
menentang `Ali A.S. Dan dia
di antara orang yang cuba untuk membakar rumah
`Ali A.S kerana keengganannya memberi bai`ah kepada Abu Bakr
. Sa`d b. Abi Waqqas adalah di antara
orang yang dendam terhadap `Ali A.S kerana ramai daripada bapa-bapa
saudaranya telah dibunuh oleh `Ali kerana penyebaran
Islam. Lantaran itu dia lewat memberi bai`ah kepada
`Ali A.S.Dan`Uthman ketua Bani Umayyah yang dikenali dengan permusuhan
dan penentangan terhadap Bani Hasyim.
Justeru itu syura telah diciptakan dengan begitu rupa adalah
semata-mata untuk menjauhkan `Ali daripada jawatan khalifah.
2. Syura ini juga menjauhkan `Ali dari anasir-anasir yang
membantunya di dalam pemilihan, kerana tidak seorang pun orang
Ansar dipilih di dalam majlis syura tersebut.
3. Syura menjadikan `Abd al-Rahman b. `Auf sebagai penentu
apabila tiga bersetuju dan tiga lagi menentang.
Apakah kelebihan `Abd al-Rahman b. `Auf sehingga dia menjadi
penentu? Tidakkah dia (`Umar) berkata kepadanya: "Anda adalah
Fir`aun umat ini?"[101]
4. Syura melahirkan perebutan dan penentangan di kalangan
anggota-anggotanya. Sa`d
bin Abi Waqqas dan `Abd al-Rahman patuh kepada `Uthman
. Dan berlakulah sebagaimana ianya
berlaku.[102]
Amir al-Mukminin `Ali b. Abi Talib nampaknya tidak
berpuas hati dengan ketiga-tiga khalifah yang terdahulu. Beliau telah melahirkan
dukacitanya di dalam khutbah al-Syiqsyiqiyyah. Seramai dua puluh lapan orang ulama Ahl al-Sunnah
memperakui kesahihan khutbah al-Syiqsyiqiyyah,[103]
seperti berikut:
"Demi Allah, si anu (Abu Bakr Ibn Abi Quhafah) telah
memakai baju (kekhalifahan) itu, padahal ia mengetahui dengan
yakin bahawa kedudukanku sehubungan (kekhalifahan) itu samalah
seperti kedudukan sumbu dengan roda.
Air mengalir menjauhiku dan burung tidak dapat terbang
kepadaku. Aku memasang
tirai (terhadap kekhalifahan itu) dan melepaskan diri daripadanya.
Aku pun mulai berfikir,
apakah aku akan menyerangnya atau aku harus menanggung kesengsaraan
kegelapan yang membutakan itu sehingga orang dewasa menjadi daif,
orang muda menjadi tua, dan mukmin yang salih hidup dalam kongkongan
sampai ia menemui Allah (di saat kematiannya). Aku berpendapat adalah lebih
bijaksana untuk menanggungnya dengan tabah. Lalu aku menempuh jalan kesabaran,
meskipun mata rasa tertusuk-tusuk dan kerongkongan rasa
tercekik. Aku menyaksikan perampasan
terhadap warisanku hingga yang pertama (Abu Bakr) menemui ajalnya;
namun ia memberikan kekhalifahan itu kepada Ibn
Khattab. (Lalu `Ali A.S mengutip syair `A'sya):
Hari-hariku
kini berlalu di punggung unta, Dan berlalu sudah hariku bersama Jabir, saudara Hayyan'. Aneh, semasa hidupnya ia
ingin terbebas dari jabatan khalifah, tapi ia mengukuhkannya
kepada `Umar setelah kematiannya. Tidak syak kedua orang ini
hanya membahagi-bahagikan tetek susu di antara keduanya
sahaja. Yang satu ini (`Umar)
mengongkong kekhalifahan itu rapat-rapat, dengan ucapannya
congkak dan sentuhannya kasar. Kekeliruan sangat banyak dan kerana
itu maka dalihnya pun sangat banyak.Orang yang berhubung dengan kekhalifahan
itu ibarat penunggang unta liar.
Apabila ia menarik kekangnya maka muncungnya akan koyak;
dan apabila ia membiarkannya maka ia akan jatuh terlempar. Sebagai
akibatnya, demi Allah, rakyat terjerumus ke dalam kebingungan, penipuan
dan penyelewengan. Sekalipun demikian, aku tetap bersabar dalam waktu
yang lama dengan cubaan yang keras, sampai ketika ia (`Umar) menemui ajal-nya
ia menyerah urusan (kekhalifahan) itu kepada satu kelompok dan
menganggap aku sebagai salah seorang daripadanya.
Tetapi, ya Allah!
Apa urusanku dengan mesyuarat ini! Di manakah keraguan
tentang diriku dibandingkan dengan yang pertama mereka (Abu Bakr)
sehingga sekarang aku harus dipandang sama dengan orang-orang
ini? Namun aku terus merendah sementara mereka merendah,
dan membumbung tinggi ketika mereka terbang tinggi. Seorang dari mereka berpaling menentangku
kerana hubungan kekeluargaannya, manakala yang lainnya cenderung memihak
ke jalan lain kerana hubungan iparnya, dan ini, dan itu, sampai yang
ketiga dari orang-orang ini berdiri dengan dada membusung di
antara kotoran dan makanannya.
Bersama dia anak-anak dari Bani Umayyah bangkit menelan harta
Allah, bagaikan unta melalap dedaunan musim bunga sampai talinya putus, tindak
tanduknya mengakhirinya dan keserakahannya menyebabkan ia terguling.
(Pada saat itu)
orang ramai datang membanjiri ke arahku dari segala penjuru seperti serbuan
kumpulan rubah sehingga Hasanain (Hasan dan Husain) terhinjak dan kedua
tepi bahagian bahu kemejaku koyak.Mereka berkumpul di sekelilingku
seperti kumpulan domba dan kambing. Tatkala aku memegang
teraju pemerintahan sebahagian memutuskan bai`ahnya (nakatha) dan sebahagian lagi
mengingkari (maraqa) dan yang
lainnya bertindak salah, kerana mereka tidak mendengar firman Allah
S.W.T. yang berbunyi:
"(Kebahagiaan) di negeri akhirat Kami
sediakan bagi mereka yang tiada suka menyombongkan diri dan
melakukan kerosakan di bumi. Dan kesudahannya
(adalah baik) bagi mereka yang takwa." (Surah al-Qasas 28: 83).
Tidak,
demi Allah, mereka mendengarnya dan
memahaminya tetapi dunia terlihat kemilau di mata mereka dan
hiasan dunia menggoda mereka. Lihat, demi Dia yang mengembangkan
biji-bijian dan menciptakan makhluk hidup, bila orang-orang
tidak datang kepadaku dan pendukung-pendukung tidak
menegakkan hujah dalam bentuk penolong, dan tidak ada
perjanjian Allah dengan ulama bahawa mereka tidak boleh
menyerah terhadap kerakusan seorang yang zalim dan kelaparan orang
yang dizalimi maka aku akan melemparkan tali kekang (kekhalifahan) itu
dan akan aku beri minum kepada yang terakhir dengan piala
yang aku gunakan untuk orang yang pertama. Maka akan kamu lihat bahawa dalam
pandanganku duniamu tidak lebih dari bersinnya seekor kambing".[104]
Beliau telah memilih " bersabar " daripada menentang
kerana ini adalah lebih baik dan sesuai dengan keadaan pada masa
itu.
Kesimpulan
Amir al-Mukminin `Ali A.S telah
mengemukakan hujah-hujah beliau di majlis Syura mengenai haknya menjadi
khalifah bukan sahaja selepas khalifah`Umar malah selepas Rasulullah
s.`a.w secara langsung berdasarkan kepada keistimewaannya yang
disokong oleh hadis-hadis Rasulullah s.`a.w di mana ia dicatat oleh
kedua-dua sumber Ahl al-Sunnah dan Ahl al-Bait.Meskipun begitu, disebabkan
kepentingan dan alasan tertentu, lima orang Ahli Majlis Syura
tidak dapat menerimanya sebagai khalifah, tetapi beliau tetap
bersabar demi perpaduan umat Islam.
[2]
Lihat umpamanya al-Suyuti, Jalal al-Din
`Abd al-Rahman b. Abu Bakr, al-Durr
al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma'thur, Beirut,1960
M., II, hlm. 304.
[3]
Lihat umpamanya al-Ya`qubi, Ahmad b.
`Ali Ya`qub b. Ja`far b. Wahb b. al-Wadih, Tarikh
al-Ya`qubi, Beirut 1362 H., II, hlm.
204.
[4]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Sulayman b. Ibrahim, Yanabi`
al-Mawaddah fi Syama`il al-Nabi wa Fada`il Amir al-Mu'minin `Ali, Iran, 1385 H., hlm. 519.
[5]
Al-Tabari, Abu Ja`far Muhammad b. Jarir, Tarikh
al-Umam wa al-Muluk, Cairo 1956 M., II, hlm. 84.
[6]
Ibn Hajr al-Makki, Syihab al-Din Ahmad b. Muhammad b. Muhammad b. `Ali b.
Muhammad,
Kitab al-Sawa`iq al-Muhriqah fi
al-Radd `Ala Ahl al-Bida` wa
al-Zindiqah, Cairo 1971
M., hlm. 85; Muhibb al-Din al-Syafi`i
al-Tabari, Dhakha'ir al-`Uqba, Baghdad 1348 H., hlm. 29.
[7]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 164-165.
[8]
Al-Hakim al-Nisaburi, Muhammad b. `Abdullah, al-Mustadrak `ala al-Sahihain fi al-Hadis, Cairo 1969 M., III, hlm. 166; al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh
Baghdad, Baghdad 1950 M., IV, hlm. 348;
Ibn al-Athir, `Izz al-Din Abi
Hasan `Ali b. Muhammad b. `Abd al-Qasim al-Jazari, Usd al-Ghabah fi Ma`rifah al-Sahabah, Baghdad 1349 H., IV, hlm. 22; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz
al-`Ummal, Baghdad 1958 M., VI, hlm. 152.
[9]
Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, V, hlm. 198;
Ahmad b. Hanbal, al-Musnad,
Cairo 1352 H., III, hlm. 259; al-Wahidi,
Asbab al-Nuzul, Cairo 1957 M., hlm.
251.
[10]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 91-92.
[11]
Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 293;
al-Zamakhsyari, Abu al-Qasim Mahmud b. `Umar, al-Kasysyaf `an Haqa`iq
Ghawamid al-Tanzil wa `Uyun al-Aqawil fi
Wujuh al-Ta`wil, Cairo t.t., I, hlm.
422; al-Syablanji, Mu`min
b. Hasan Mu`min, Nur al-Absar fi Manaqib al-Bayt al-Nabi al-Mukhtar (s.`a.w.), Cairo, 1960 M., hlm. 105;
al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, I, hlm. 422;
al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, Tehran 1404 H., hlm.106.
[12]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 132; `Abd al-Rauf al-Munawi, Kunuz
al-Haqa'iq, Baghdad 1368 H,hlm. 98;
al-Khawarizmi, al-Manaqib, Cairo 1340
H., hlm. 65.
[13]
Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, Iv, hlm.
370; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 150;
al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 120; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298; al-Alusi, Syihab al-Din Mahmud b.
`Abdullah, Ruh al-Ma`ani fi Tafsir
al-Qur'an al-`Azim wa al-Sab` al-Masani, Cairo 1958 M., VI, hlm. 172.
[14]
Al-Dhahabi, Abu `Abdullah Muhammad b.
Ahmad b. `Uthman, Mizan al-I`tidal fi
Naqd al-Rijal, Cairo 1348 H., I,
hlm. 257; Ibn `Abd al-Barr, Abu `Umar Yusuf b. `Abdullah b. Muhammad, Kitab al-Isti`ab fi Ma'rifah
al-Sahabah, Cairo 1365
H., II, hlm. 460.
[15]
Lihat umpamanya, Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha'ir
al-`Uqba, hlm. 74; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah
al-Talib, hlm. 277.
[16]
Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm.
175; al-Nasa'i, al-Khasa'is `Ali A.S, Baghdad 1956 M., hlm. 78; al-Turmudhi, Abu `Isa Muhammad b. `Isa b.
Sawrah, al-Jami` al-Sahih, Tunis 1958 M., II, hlm. 301; Ibn Majah,
al-Sunan, Baghdad 1367 H., I, hlm.30.
[17]
Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib,
hlm. 238-258.
[18]
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 158.
[19]
Ibid., hlm. 169.
[20]
Al-Dhahabi, Mizan al-I`tidal, I, hlm.
306.
[21]
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 43.
[22]
Ibid
[23]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 81.
[24]
Lihat umpamanya, al-Khawarizmi, al-Manaqib,
hlm. 78.
[25]
Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 5.
[26]
Al-Muhibb al-Tabari, Dhakha'ir al-`Uqba,
hlm. 78; al-Baihaqi, Abu Bakr Ahmad b.
al-Husayn, al-Sunan al-Kubra, Baghdad 1959 M., III, hlm. 276; al-Hakim, al-Mustadrak,
II, hlm. 385; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 277.
[27]
Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm.
130; al-Turmudhi, Sahih, II, hlm.
299; Abu Nu`aim al-Asfahani, Hilyah al-Auliya' wa Tabaqat al-Asfiya',
Cairo 1956 M., VI, hlm. 339; Ibn al-Athir, Usd
al-Ghabah, IV, hlm. 30.
[28]
Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal,
VI, hlm. 398.
[29]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 100.
[30]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 59.
[31]
Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 199;
Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah,
hlm. 73; al-Suyuti, Tarikh
al-Khulafa', Cairo 1963 M., hlm. 144;
Ibn Hajr al-Asqalani, Abu al-Fadl Ahmad b. `Ali b. Muhammad b. Muhammad,
Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad
1327H., I, hlm. 337.
[32]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 253; al-Turmudhi al-Hanafi, al-Kaukab
al-Durriy, Damascus 1958 M. hlm. 133.
[33]
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 99.
[34]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 93.
[35]
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 98.
[36]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 82.
[37]
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 102.
[38]
Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, V, hlm. 40;
Ibn Hajr, Tahdhib al-Tahdhib, VII, hlm. 109;
al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah
al-Talib, hlm. 272-273.
[39]
Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 152;
Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 72;
al-Muhibb al-Tabari, Dhakha'ir al-`Uqba, hlm. 58.
[40]
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 103.
[41]
Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, I, hlm. 422,
al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf,
I, hlm. 422; al-Alusi, Ruh al-Ma`ani,
VI, hlm. 149; al-Qurtubi al-Andalusi, Abu `Abdullah Muhammad b. Ahmad
al-Andasari, al-Jami` li Ahkam al-Qur'an,
Baghdad 1959 M., VI, hlm. 221; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 106.
[42]
Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm.
530; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm.
331; al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 102; al-Alusi, Ruh
al-Ma`ani, X, hlm. 268; Ibn Hajr
al-`Asqalani, al-Isabah fi Ma`rifah al-Sahabah, Baghdad 1345 H.,
VIII, hlm. 167
[43]
Al-Tabari, Tafsir, X, hlm. 59; Fakhr
al-Din al-Razi, Abu `Abdullah Muhammad b. `Umar, Mafatih al-Ghaib,
Baghdad 1963 M., IV, hlm. 422;
al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, III,
hlm. 218; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi`
al-Mawaddah, hlm. 93.
[44]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 72-73 Al-Tabari, Tafsir, X, hlm.
59; Fakhr al-Din al-Razi, Abu `Abdullah Muhammad b. `Umar, Mafatih al-Ghaib,
Baghdad 1963 M., IV, hlm. 422;
al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, III,
hlm. 218; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi`
al-Mawaddah, hlm. 93.
[44]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi`
al-Mawaddah, hlm. 72.
[45]
Al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 300;
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 159; Ibn
al-Athir, Usd al-Ghabah, IV, hlm. 27;
al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib,
hlm. 328-329.
[46]
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 112.
[47]
Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 393;
al-Muhibb al-Tabari, Riyadh al-Nadhirah,
t.t., II, hlm. 103.
[48]
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 80.
[49]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi`
al-Mawaddah, hlm. 423; al-Suyuti, al-Durr
al-Manthur, VI, hlm. 93.
[50]
Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 399;
al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib,
hlm. 319-320.
[51]
Lihat umpamanya, al-Kanji al-Syafi`i, Ibid., hlm. 80-83.
[52]
Lihat umpamanya, al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 247.
[53]
Al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 58.
[54]
Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal,
VI, hlm. 159.
[55]
Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 251;
al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, V, hlm.
198; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, III, hlm.259.
[56]
Al-Turmudhi al-Hanafi, al-Kaukab
al-Durriy, Damascus 1958 M., hlm. 143; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 251.
[57]
Al-Qunduzi al-Hanafi, ibid., hlm. 60.
[58]
Ibid., hlm. 95.
[59]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 60-61.
[60]
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 60.
[61]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 100.
[62]
Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib,
hlm. 337-338.
[63]
Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah,
hlm. 96; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah
al-Talib, hlm. 227-228.
[64]
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 69.
[65]
Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 60.
[66]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 253.
[67]
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 70.
[68]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 62-63.
[69]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 485-486.
[70]
Lihat umpamanya, al-Kanji
al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm.114.
[71]
Al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm.
422; al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 105-106.
[72]
Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal,
VI, hlm. 117.
[73]
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm.
62; al-Muhibb al-Tabari, Dhakha'ir al-`Uqba, hlm. 56.
[74]
Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 407;
al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah
al-Talib, hlm. 96-97.
[75]
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 69.
[76]
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 80.
[77]
Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 130; al-Munawi al-Syafi`i, Kunuz al-Haqa`iq, hlm. 19.
[78]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 121-122.
[79]
Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib,
hlm. 113.
[80]
Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 24;
al-Khawarizmi, al-Manaqib hlm. 86.
[81]
Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 157;
al-Hakim, al-Mustadrak, III,
hlm. 124.
[82]
Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib,
hlm. 232-265.
[83]
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 72.
[84]
Ibid., hlm. 74.
[85]
Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib,
hlm. 217-219.
[86]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 25; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 218.
[87]
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 82.
[88]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 94-95.
[89]
Lihat umpamanya, al-Khawarizmi, al-Manaqib,
hlm. 83.
[90]
Ibid.
[91]
Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm.
156; al-Muhibb al-Tabari, Dhakha'ir al-`Uqba, hlm. 69; al-Hakim , al-Mustadrak, II, hlm. 51; al-Suyuti,
Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr, Tarikh
al-Khulafa', Cairo 1963 M., hlm. 66.
[92]
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 75.
[93]
Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal,
VI, hlm. 408; al-Khatib, Tarikh Baghdad, XII, hlm. 397; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah
al-Talib, hlm. 273.
[94]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 280.
[95]
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 83-84.
[96]
Ibid., hlm. 95-96.
[97]
Ibid., hlm. 304.
[98]
Lihat, Syarif al-Radhi, Abu Hasan
Muhammad b. al-Hasan al-Musawi, Nahj
al-Balaghah, Baghdad 1364
[99]
Lihat umpamanya, Ibn Qutaibah, Abu
Muhammad `Abdullah b. Muslim, al-Imamah
wa al-Siyasah, I, hlm 24; al-Tabari, Tarikh,
V,hlm. 2778.
[100]
Ibn Qutaibah, ibid., hlm. 24.
[101] Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 24.
[102] Untuk mengetahui lebih
lanjut, sila lihat: Sulaim b. Qais al-Hilali, Kitab Sulaim, Beirut, 1980, hlm.212, 222.
[103]
Lihat al-Amini, `Abd al-Husayn b. Ahmad
al-Najafi, al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab, Beirut 1977 M., I,
hlm. 82-85.
[104] Syarif al-Radhi, Nahj
al-Balaghah, hlm. 48-50.