KHULAFAURRASYIDIN
ANTARA NAS DAN IJTIHAD
PENDAHULUAN
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim
Perkataan “Sunnah Nabi (S.a.w)” sentiasa difahami sama ada sebagai perkataan
Nabi (S.a.w), perbuatan atau taqrirnya. Dan perkataan “Ahlu s- Sunnah Nabi
(S.a.w)” adalah orang yang percaya dan mengamal Sunnah Nabi (S.a.w) sama ada
dari segi perkataan, perbuatan atau taqrirnya, tanpa menyalahi al-Qur’an”.
Justeru itu, ia memberi implikasi bahawa sesiapa yang mempercayai dan
mengamalkan Sunnah Nabi (S.a.w) adalah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), tanpa
mengira aliran mazhab yang dianutinya. Sementara perkataan “Ahlu s-Sunnah wa
l-Jama‘ah” yang dipimpin oleh Abu I-Hasan al-Asy‘ari dan Abu Mansur al-Maturidi
mempunyai pengertian yang berbeza pula. Lantaran itu, tajuk buku ini JIKA
MEREKA AHLU S-SUNNAH NABI (S.A.W), NESCAYA MEREKA TIDAK MENENTANG SUNNAH NABI
S.A.W memberi implikasi umum kepada sesiapa saja yang percaya dan mengamalkan
Sunnah Nabi (S.a.w).
Metode kajian ini dilakukan berdasarkan kepada al-Qur'an dan Sunnah Nabi
(S.a.w) kemudian catatan para ulama kita Ahlu s- Sunnah wa l-Jamaah di dalam
buku-buku mereka mengenai sunnah-sunah Khalifah Abu Bakr, Umar dan Uthman yang
bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah Nabi (S.a.w) serta akal yang
sejahtera. Dan ianya didasarkan kepada buku saya yang berjodol: Khulafa’
Rasyidin Di antara Nas dan Ijtihad, 1993 dengan sedikit penambahan bahan serta
huraian yang paling rengkas tentang perbezaan antara Sunnah Nabi (Saw.) dan
sunnah para sahabat.
Lantaran itu sekiranya Ahlu s-Sunnah wa l-Jama’ah berbohong di dalam catatan
mereka, maka merekalah yang berdosa dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah
(swt) dan sekiranya catatan mereka itu betul, kenapa kita menolaknya dan
melemparkan kebencian itu kepada orang lain pula?
Buku ini sekali-kali tidak boleh dilihat sebagai merendah atau memandang kecil
jasa baik yang dilakukan oleh mereka. Saya menghormati mereka semua, tetapi
penghormatan saya pertamanya kepada Allah dan kedua kepada Rasul-Nya adalah
mengatasi mereka semua. Kerana Allah SWT adalah sebaik-baik Hakim dan Rasul-Nya
pula sebaik-baik rasul yang diutuskan.
Lantaran itu, perbandingan di antara al-Qur’an, Sunnah Nabi (S.A.W) dan sunnah
mereka hendaklah dilihat dari perspektif Allah SWT sebagai Pencipta (al-Khaliq)
dan Nabi Muhammad (S.a.w) sebagai Nabi yang maksum (al-Ma’sum) sepanjang masa
kemudian sunnah-sunnah Khulafa' Rasyidin yang bertentangan dengan al-Qur'an dan
Sunnah Nabi (S.a.w) serta akal yang sejahtera. Lantaran itu, martabat khulafa’
Rasyidin adalah dibawah martabat Nabi (S.a.w) dan martabat Nabi (S.a.w) adalah
di bawah martabat Allah (swt).
Dengan ini tuduhan “mencaci sahabat’ yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi
(S.a.w) tidak boleh ditimbulkan lagi sekiranya kita meletak al-Qur’an dan
Sunnah Nabi (S.a.w) lebih tinggi daripada sahabat Dan segala sunnah-sunah
mereka yang bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi (S.a.w) pula berada
di dalam martabat yang rendah dan dianggap sebagai ijtihad atau pendapat mereka
sendiri atau sebagai dosa jika ia menyalahi sunnah Nabi (Saw.).
Ijtihad atau pendapat tersebut hendaklah tidak dipaksa ke atas sesiapa pun sehingga
dapat mengatasi al-Qur’an dan Sunnah Nabi (S.a.w). Justeru itu, sebarang
penghinaan atau tindakan hendaklah tidak dilakukan kepada sesiapa yang ingin
mengikuti al-Qur’an dan Sunnah Nabi (S.a.w) secara keseluruhannya. Bagi mereka
yang mengikuti al-Qur’an dan Sunnah Nabi (S.a.w) secara keseluruhannya tidak
pula melakukan perkara yang sama terhadap orang yang mengamalkan ijtihad atau
pendapat tersebut, jika mereka tidak mampu.
Walau bagaimanapun ijtihad secara umum patut diteruskan selama ia tidak bertentangan
dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi (S.a.w), kerana apa yang telah berlaku di
zaman Khulafa' Rasyidin tidak sama dengan apa yang berlaku di zaman kita ini.
Malah Islam menggalakkan umatnya supaya berijtihad di setiap masa bagi menyahut
seruan globalisasi dan keperluan umat. Lantaran itu, buku ini bertujuan
akademik sematamata semoga ianya akan memperjelaskan perbezaan antara hukum al-
Qur’an, Sunnah Nabi (S.a.w) dan sunnah atau pendapat Khulafa’ Rasyidin. Di
dalam ertikata yang lain, siapakah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w)?
Adakah mereka yang telah memansuh, membatal atau menagguh atau mengubah atau
menggantikan sebahagian dari hukum al-Qur’an dan Sunnah Nabi (S.a.w) dengan
pendapat atau ijtihad mereka dan penyokong-peyokong mereka masih dikira Ahlu s-Sunnah
Nabi (S.a.w)? Semoga buku ini akan memberi suatu pencerahan kepada insan yang
berfikir di kalangan umat Islam di rantau ini. Lantaran itu, mereka tidak harus
meninggikan diri dan cepat berpuas hati kerana semata-mata berpegang kepada
mazhab Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah (mazhab pemerintah) pimpinan Abu l-Hasan
al-Asy‘ari dan Abu Mansur al- Maturidi dari segi Teologi di abad ketiga Hijrah,
tanpa menjadikan al- Qur’an dan Sunnah Nabi (S.a.w) sebagai asas kebenaran yang
mutlak dan menyeluruh.
Dengan ini sifat kemanusiaan akan terserlah kepada orang lain yang bukan
sealiran pendapat dengan mereka. Apatah lagi menganggap mereka sebagai sesat
atau terkeluar dari agama Islam. Lantas mereka disisih, disiksa, diusir,
dipenjara, dibunuh dan sebagainya, semata-mata kerana menyalahi sunnah atau
ijtihad atau pendapat khalifah Abu Bakr Umar dan Uthman (sunnah pemerintah)
atau akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah yang bertentangan dengan al-Qur’an dan
Sunnah Nabi (S.a.w). Kerana Agama Islam adalah lebih luas dari fahaman “sunnah
atau pendapat Khulafa’ Rasyidin dan mazhab Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah itu
sendiri.
Oleh itu definisi ajaran sesat adalah wajar jika ia ditujukan kepada mana-mana
ajaran yang menyalahi atau bertentangan atau menyeleweng daripada ajaran
al-Qur’an dan Sunnah Nabi (S.a.w). Dan bukan sebaliknya. Di samping itu, kita
perlu melakukan muhasabah diri kita sendiri dan bertanya: Adakah kita Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w)? Kerana ‘kebenaran bukan dikenali dengan individu,
justeru itu, kenalilah kebenaran dahulu, nescaya anda akan mengenali
penganutnya”.
Akhir sekali saya memohon jutaan maaf dari pembaca yang budiman jika terkasar
atau sebagainya kerana ia bukanlah yang dimaksudkannya kerana mesej yang
sebenar ialah al-Qur’an, Sunnah Nabi (S.a.w) dan sunnah Khulafa’ Rasyidin yang
menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi (S.a.w). Semoga Allah memasukkan kita semua
ke dalam syurga-Nya dan saya bertawakal kepada Allah (swt) Yang Maha Perkasa
dan Maha Bijaksana.
14hb. Jun, 1996.
BAHAGIAN
PERTAMA
JIKA
KHALIFAH ABU BAKR DAN PENGIKUTNYA AHLU S- SUNNAH NABI S.A.W, NESCAYA MEREKA
TIDAK MENENTANG SUNNAH NABI S.A.W
Khalifah Abu Bakr dianggap contoh yang unggul sebagai pelaku atau pengamal
Sunnah Nabi (Sa.w), tetapi para ulama Ahlus Sunnah wa l–Jama‘ah juga mencatat
sebaliknya di dalam buku-buku mereka.
Sekiranya mereka berbohong di dalam catatan mereka, maka merekalah yang
berdosa, tidak boleh dipercayai lagi dan bertanggungjawab di hadapan Allah
(swt). Sekiranya catatan mereka itu betul, kenapa kita menolaknya dan terus
memusuhi Sunnah Nabi (S.a.w). yang bertentangan dengan sunnah Abu Bakr? Justeru
itu, adakah Abu Bakr dan pengikut-pengikutnya Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w)?
Berikut dikemukakan sebahagian daripada sunnah khalifah Abu Bakr yang
bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi (S.a.w) serta akal yang sejahtera
:
1. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menentang orang
ramai dari menulis dan meriwayatkan Sunnah Nabi (S.a.w), tetapi Khalifah Abu
Bakar telah melarang orang ramai dari menulis dan meriwayatkan Sunnah Nabi
(S.a.w) (al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm.3]. Justeru itu, mereka
bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr
atau Ahlu s- Sunnah ciptaan mereka sendiri.
2. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak berpendapat
bahawa Sunnah Nabi (S.a.w) akan membawa perpecahan kepada umat, tetapi khalifah
Abu Bakr berpendapat Sunnah Nabi (S.a.w) akan membawa perselisihan dan
perpecahan kepada umat. Dia berkata: Kalian meriwayatkan daripada Rasulullah
(S.a.w) hadis-hadis di mana kalian berselisih faham mengenainya. Orang ramai
selepas kalian akan berselisih faham lebih teruk lagi” [Al-Dhahabi, Tadhkirah
al-Huffaz, I, hlm.3] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),
malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka
sendiri.
3. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi( (S.a.w), nescaya mereka meriwayat dan
menyibarkan Sunnah Nabi (S.a.w) di kalangan orang ramai, tetapi khalifah Abu
Bakr melarang orang ramai dari meriwayatkannya. Dia berkata: Janganlah kalian
meriwayat sesuatupun (syaian) daripada Rasulullah (S.a.w) . "[Al-Dhahabi,
Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm.3] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
4. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak akan mengatakan
bahawa Kitab Allah adalah cukup untuk menyelesaikan segala masalah tanpa Sunnah
Nabi (S.a.w), tetapi khalifah Abu Bakr berkata: Kitab Allah boleh menyelesaikan
segala masalah tanpa memerlukan kepada Sunnah Nabi (S.a.w) Dia berkata: Sesiapa
yang bertanya kepada kalian, maka katakanlah: Bainana wa baina-kum kitabullah
(Kitab Allah di hadapan kita). Maka hukumlah menurut halal dan haramnya"
[Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm.3]
Kata-kata Abu Bakar ini telah diucapkan beberapa hari selepas peristiwa Hari
Khamis iaitu bertepatan dengan kata-kata Umar ketika dia berkata:"
Rasulullah (S.a.w) sedang meracau dan cukuplah bagi kita Kitab Allah (Hasbuna
Kitabullah)." Lantaran itu, sunnah Abu Bakr tadi adalah bertentangan
dengan Sunnah Nabi yang dicatatkan oleh Ahlu s- Sunnah: "Aku tinggalkan
kepada kalian dua perkara sekiranya kalian berpegang kepada kedua-duanya
nescaya kalian tidak akan sesat selama-lamanya ; Kitab Allah dan Sunnahku)
Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
5. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak membakar Sunnah
Nabi (S.a.w), tetapi Khalifah Abu Bakr telah membakarnya. Oleh itu tidak
hairanlah jika Khalifah Abu Bakar tidak pernah senang hati semenjak dia
mengumpulkan lima ratus hadis Nabi (S.a.w) semasa pemerintahannya. Kemudian dia
membakarnya pula. [al- Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,V,hlm. 237] Dengan ini
dia telah menghilangkan Sunnah Rasulullah (S.a.w). Oleh itu kata-kata Abu
Bakar: "Janganlah kalian meriwayatkan sesuatupun daripada Rasulullah
(S.a.w)" menunjukkan larangan umum terhadap periwayatan dan penulisan
hadis Rasulullah (S.a.w). Ianya tidak boleh ditakwilkan sebagai berhati-hati
atau mengambil berat atau sebagainya.
6. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka menyebarkan Sunnah
Nabi (S.a.w), dan menjaganya, tetapi khalifah Abu Bakr, melarangnya dan
memusnahkannya (l-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, V, hlm. 237] Lantaran itu,
sunnah khalifah Abu Bakar adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w):
"Allah memuliakan seseorang yang mendengar hadisku dan menjaganya, dan
menyebarkannya. Kadangkala pembawa ilmu (hadis) membawanya kepada orang yang
lebih alim daripanya dan kadangkala pembawa ilmu (hadis) bukanlah seorang yang
alim. [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,I, hlm.437; al-Hakim, al-Mustadrak, I, hlm.
78] Dan sabdanya "Siapa yang ditanya tentang ilmu maka dia
menyembunyikannya, Allah akan membelenggukannya dengan api neraka." [Ahmad
bin Hanbal, al- Musnad, III, hlm. 263] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
7. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka berkata: Kami perlu
kepada sunnah Nabi (S.a.w) setiap masa, tetapi khalifah Abu Bakr dan
kumpulannya berkata: Kami tidak perlu kepada sunnah Nabi, kerana kitab Allah
sudah cukup bagi kita. Dia berkata: Sesiapa yang bertanya kepada kalian, maka
katakanlah: Bainana wa bainakum kitabullah (Kitab Allah di hadapan kita). Maka
hukumlah menurut halal dan haramnya."[Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I,
hlm.3] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka
adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
8. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka percaya bahawa taat
kepada Nabi (S.a.w) adalah taat kepada Allah sebagaimana firman-Nya di dalam
Surah al-Nisa’ (4):80 “ Siapa yang mentaati Rasul, maka dia mentaati Allah” Ini
bererti siapa yang menderhakai Rasul, maka dia menderhakai Allah, tetapi
khalifah Abu Bakr dan kumpulannya percaya sebaliknya ketika dia berkata: :
Sesiapa yang bertanya kepada kalian, maka katakanlah: Bainana wa bainakum
kitabullah (Kitab Allah di hadapan kita). Maka hukumlah menurut halal dan
haramnya. "[Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm.3, al-Bukhari, Sahih,
I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69) Baginya menderhakai Nabi (S.a.w) bukan
bererti menderhakai Allah. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
9. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengkasari Ahlu
l-Bait Nabi (S.a.w), malah mereka harus mempunyai sifat kasih sayang kepada
mereka khususnys kepada Fatimah (a.s), tetapi khalifah Abu Bakr tidak mempunyai
sifat sedemikian. Kerana orang yang menilai Nabi (S.a.w) dari segi budi
pekertinya dan apa yang dikurniakan Allah ke atasnya untuk kebaikan umatnya di
mana lidah menjadi lemah untuk melahirkan kesyukuran kepadanya, tidak akan
memusuhinya melalui keturunannya dan Ahlu l- Baitnya.
Mereka tidak menjadikan Ahlu l-Baitnya setaraf dengan mereka seperti kedudukan
mata di sisi kepala, kerana menjaga hati Nabi (S.a.w) dan kasih sayang kepada
anak cucunya. Kenapa tidak, al-Qur'an telah menjelaskannya dan menyeru orang
ramai kepadanya. Sunnah-sunnah telah menetapkan bahawa merekalah Ahlu
l-Mawaddah. Merekalah orang yang Allah mewajibkan kasih sayang terhadap mereka
dan berjanji ganjaran kebaikan ke atas orang yang mencintai Ahlu l-Bait kerana
sekiranya seorang melakukan al-Mawaddah terhadap mereka secara ikhlas, dia berhak
syurga kerana firman Allah Azza Wa-Jalla:"
Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh [berada] di
dalam taman-taman syurga, mereka perolehi apa yang mereka kehendaki di sisi
Tuhan mereka. Yang demikian itu adalah kurniaan yang besar." [Surah
al-Syu'ara 26:22] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),
malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka
sendiri.
10. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w) , nescaya mereka tidak bermusuhan
dengan Ahlu l-Bait Nabi (S.a.w), apatah lagi mengepung dan cuba membakar rumah
anak perempuannya; Fatimah (a.s), tetapi mereka telah mengepung dan cuba
membakarnya dengan menyalakan api di pintu rumahnya. Khalifah Abu Bakar dan
kumpulannya telah mengepung dan cuba membakar rumah Fatimah al-Zahra' sekalipun
Fatimah, Ali, Hasan dan Husain (a.s) berada di dalamnya. Ini disebabkan mereka
tidak melakukan bai'ah kepadanya.
Khalifah Abu Bakar adalah di antara orang yang dimarahi Fatimah (a.s). Beliau
bersumpah tidak akan bercakap dengan mereka sehingga beliau berjumpa bapanya
dan merayu kepadanya. Al-Bukhari di dalam Sahihnya, IV, hlm.196 meriwayatkan
daripada Aisyah bahawa Fatimah as tidak bercakap dengan Abu Bakar sehingga
beliau meninggal dunia.
Beliau hidup selepas Nabi (S.a.w) wafat selama 6 bulan. [Al-Bukhari, Sahih, VI,
hlm.196; Ibn Qutaibah, al-Imamah Wa al-Siyasah, I, hlm.14; Abu l-Fida, Tarikh,
I, hlm.159; al-Tabari, Tarikh, III, hlm.159] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
11. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak membawa Ali
(a.s) di dalam keadaan lehernya terikat, tetapi khalifah Abu Bakr dan
kumpulannya telah memaksa Ali a.s memberi baiah kepadanya di dalam keadaan
lehernya terikat (Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al- Siyasah, I, hlm.18-20,
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, iii, hlm.139; Abu l-Fida, Tarikh, I,
hlm.159; al- Tabari, Tarikh, III, hlm.159].
Perlakuan sedemikian adalah menyalahi Sunnah Nabi (S.a.w) yang bersifat lembut
terhadap Ali (a.s) dan melantiknya sebagai khalifah selepasnya: Siapa yang
telah menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya” dan ia adalah sejajar
dengan tuntutan Ali a.s terhadap jawatan khalifah. (al-Qunduzi al-Hanafi,
Yanabi’ al-Mawaddah, hlm.144, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm.
2180) Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka
adalah Ahlu s- Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
12. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka diizinkan untuk
mengerjakan solat jenazah ke atas Fatimah (a.s), tetapi khalifah Abu Bakr dan
kumpulannya tidak diizinkan oleh Fatimah (a.s) untuk mengerjakan solat ke
atasnya. Beliau telah berwasiat kepada suaminya Ali (a.s) supaya Abu Bakr dan
Umar tidak diizinkan mengerjakan solat ke atasnya. Kerana perbuatan mereka
berdua yang menyakitkan hatinya, khususnya mengenai Fadak [Al-Bukhari, Sahih,
VI, hlm.196; Ibn Qutaibah, al-Imamah Wa al-Siyasah, I, hlm.14; Abu l-Fida,
Tarikh, I, hlm.159; al-Tabari, Tarikh, III, hlm.159]. Nabi (S.a.w)
bersabda:" Sesungguhnya Allah marah kepada kemarahanmu (Fatimah) dan reda
dengan keredaanmu." [Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm.153; al-Muttaqi
al-Hindi, Kanz al-Ummal, VII, hlm.219] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr dan
kumpulannya atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
13. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak dirahsiakan
tentang makam Fatimah (a.s), tetapi Abu Bakr dan kumpulannya telah dirahsiakan
tentang lokasi makam Fatimah (a.s), kerana Fatimah (a.s) berwasiat kepada
suaminya supaya merahsiakan makamnya daripada mereka berdua.
Nabi (S.a.w) bersabda:" Sesungguhnya Allah marah kepada kemarahanmu
(Fatimah) dan redha dengan keredhaanmu." [Al-Hakim, al-Mustadrak, III,
hlm. 153; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VII, hlm.219] ] Justeru itu,
mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu
Bakr dan kumpulannya atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
14. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mencaci Ali
dan Fatimah a.s, tetapi Khalifah Abu Bakar telah mencaci Ali (a.s) dan Fatimah
(a.s) sebagai musang dan ekornya. Bahkan beliau mengatakan Ali (a.s) seperti
Umm al-Tihal (seorang perempuan pelacur) kerana menimbulkan soal tanah Fadak.
Kata-kata ini telah diucapkan oleh Abu Bakar di dalam Masjid Nabi (S.a.w)
selepas berlakunya dialog dengan Fatimah (a.s) mengenai tanah Fadak. Ibn Abi
al-Hadid telah bertanya gurunya, Yahya Naqib Ja'far bin Yahya bin Abi Zaid
al-Hasri, mengenai kata-kata tersebut: "Kepada siapakah ianya ditujukan?
"Gurunya menjawab: "Ianya ditujukan kepada Ali a.s. Kemudian dia
bertanya lagi: Adakah ia ditujukan kepada Ali? Gurunya menjawab: "Wahai
anakku inilah ertinya pemerintahan dan pangkat duniawi tidak mengira kata-kata
tersebut. [Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, IV, hlm. 80] .
Kata-kata Abu Bakar adalah bertentangan dengan firman-Nya: "Sesungguhnya
Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bayt dan
membersihkan kamu sebersih-bersihnya. "[Surah al- Ahzab (33):33] Fatimah
dan Ali a.s adalah Ahlu l-Bait Rasulullah (S.a.w.) yang telah disucikan oleh
Allah SWT dari segala dosa. Rasulullah (S.a.w.) bersabda: "Kami Ahlu
l-Bait tidak boleh seorangpun dibandingkan dengan kami . [Al-Qunduzi al-Hanafi,
Yanabi' al-Mawaddah, hlm.243]
Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
15. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menghentikan
pemberian khums kepada keluarga Nabi (S.a.w), tetapi Khalifah Abu Bakar telah
menghentikan pemberian khums kepada keluarga Rasulullah ( S.a.w). Ijttihadnya
itu adalah bertentangan dengan Surah al-Anfal (8):41“Ketahuilah,apa yang kamu
perolehi seperlima adalah untuk Allah, Rasul-Nya, Kerabat, anak-anak yatim,
orang miskin, dan orang musafir” dan berlawanan dengan Sunnah Rasulullah
(S.a.w) yang memberi khums kepada keluarganya menurut ayat tersebut. [Lihat
umpamanya al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, II, hlm. 127] Justeru itu, mereka
bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr
atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
16. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengambil
kembali Fadak daripada Fatimah (a.s), tetapi Khalifah Abu Bakar dan kumpulannya
telah mengambil kembali Fadak daripada Fatimah (a.s) selepas wafatnya Nabi
(S.a.w). Khalifah Abu Bakar memberi alasan "Kami para nabi tidak
meninggalkan pusaka, tetapi apa yang kami tinggalkan ialah sedekah. Hujah yang
diberikan oleh Abu Bakar tidak diterima oleh Fatimah dan Ali (a.s) kerana ianya
bertentangan dengan beberapa ayat al-Qur'an seperti berikut:
a) Firman-Nya yang bermaksud 'Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian
pusaka) untuk anak-anakmu."[Surah an-Nisa (4):11] Apa yang dimaksudkan
dengan 'anak-anak' ialah termasuk anak-anak Nabi (S.a.w).
b) Firman-Nya yang bermaksud:"Dan Sulaiman telah mewarisi
Daud."(Surah al-Naml:16). Maksudnya Nabi Sulaiman (a.s) mewarisi kerajaan
Nabi Daud (a.s) dan menggantikan kenabiannya.
c) Firman-Nya yang bermaksud:"Maka anugerahilah aku dari sisi Engkau
seorang putra yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya'qub dan
jadikanlah ia, ya Tuhanku seorang yang diredhai."(Surah Maryam:5-6).
Ketiga-tiga ayat tadi bertentangan dengan dakwaan Abu Bakar yang berpegang
dengan hadis tersebut. Dan apabila hadis bertentangan dengan al-Qur'an, maka
ianya (hadis) mestilah diketepikan.
d) Kalau hadis tersebut benar, ia bererti Nabi (S.a.w) sendiri telah cuai untuk
memberitahu keluarganya mengenai Fadak dan ianya bercanggah dengan firman-Nya
yang bermaksud: "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang
terdekat."( Surah al-Syua'ra:214)
e) Hadis tersebut hanya diriwayatkan oleh Abu Bakar sahaja dan ianya tidak
boleh menjadi hujah kerana Fatimah dan Ali (a.s) menentangnya. Fatimah (a.s)
berkata: Adakah kamu sekarang menyangka bahawa aku tidak boleh menerima pusaka,
dan adakah kamu menuntut hukum Jahiliyyah?
Tidakkah hukum Allah lebih baik bagi orang yang yakin. Adakah kamu wahai anak
Abi Qahafah mewarisi bapa kamu sedangkan aku tidak mewarisi bapaku?
Sesungguhnya kamu telah melakukan perkara keji." (Lihat Ahmad bin Tahir
al-Baghdadi, Balaghah al-Nisa’, II, hlm.14; Umar Ridha Kahalah, A'lam al-Nisa',
III, hlm. 208; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, IV, hlm.79,92)
f) Fatimah dan Ali (a.s) adalah di antara orang yang disucikan Tuhan di dalam
Surah al-Ahzab:33, dan dikenali juga dengan nama Ashab al- Kisa'. Dan termasuk
orang yang dimubahalahkan bagi menentang orang Nasrani di dalam ayat
al-Mubahalah atau Surah Ali Imran: 61. Adakah wajar orang yang disucikan Tuhan
dan dimubahalahkan itu menjadi pembohong, penuntut harta Muslimin yang bukan
haknya?
g) Jikalau dakwaan Abu Bakar itu betul ianya bermakna Rasulullah (S.a.w)
sendiri tidak mempunyai perasaan kasihan belas sebagai seorang bapa terhadap
anaknya. Kerana anak-anak para nabi yang terdahulu menerima harta pusaka dari
bapa-bapa mereka.
Kajian mendalam terhadap Sirah Nabi (S.a.w) dengan keluarganya menunjukkan
betapa kasihnya beliau terhadap mereka khususnya, Fatimah as sebagai ibu dan
nenek kepada sebelas Imam as. Beliau bersabda: "Sesungguhnya Allah marah
kerana kemarahanmu (Fatimah AH) dan redha dengan keredhaanmu." [Al-Hakim,
al-Mustadrak, III , hlm.153; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, hlm.522; al-Muttaqi
al-Hindi, Kanz al-Ummal,VI, hlm.219; Mahyu al-Din al-Syafi'i al-Tabari, Dhakhair
al- Uqba, hlm.39] Khalifah Abu Bakar dan Umar adalah di antara orang yang
dimarahi Fatimah (a.s). Beliau bersumpah tidak akan bercakap dengan mereka
sehingga beliau berjumpa bapanya dan merayu kepadanya. [Ibn Qutaibah, al-Imamah
wa al-Siyasah, I, hlm.14] Beliau berwasiat supaya beliau dikebumikan di waktu
malam dan tidak membenarkan seorangpun daripada "mereka berdua"
mengerjakan solat jenazahnya. [Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 542;
al-Bukhari, Sahih ,VI, hlm, 177; Ibn Abd al-Birr, al-Isti'ab, II, hlm.75]
Sebenarnya Fatimah a.s menuntut tiga perkara:
1. Jawatan khalifah untuk suaminya Ali a.s kerana dia adalah dari ahlul Bait
yang disucikan dan perlantikannya di Ghadir Khum disaksikan oleh 100,000 orang
dan ianya diriwayatkan oleh 110 sahabat.
2. Fadak.
3. Al-khums, saham kerabat Rasulullah (S.a.w) tetapi kesemuanya ditolak oleh
khalifah Abu Bakar [Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al- Balaghah, V, hlm. 86]
Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s- Sunnah ciptaan mereka sendiri.
17. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mengenakan hukum had
ke atas pelakunya tanpa pilih kasih, tetapi Khalifah Abu Bakar tidak mengenakan
hukum hudud ke atas Khalid bin al-Walid yang telah membunuh Malik bin Nuwairah
dan kabilahnya. Umar dan Ali (a.s) mahu supaya Khalid dihukum rejam. [Ibn Hajr,
al- Isabah , III, hlm. 336]
Umar berkata kepada Khalid: "Kamu telah membunuh seorang Muslim kemudian
kamu terus bersetubuh dengan isterinya. Demi Allah aku akan merejam kamu dengan
batu. "[Al-Tabari, Tarikh, IV, hlm. 1928]
Kata-kata Umar ini cukup membuktikan bahawa Malik bin Nuwairah adalah seorang
Muslim dan Khalid telah berzina dengan isteri Malik sebaik sahaja ia dibunuh.
Jika tidak kenapa Umar berkata: "Demi Allah aku akan merejam kamu dengan
batu." Umar memahami bahawa isteri Malik bin Nuwairah tidak boleh
dijadikan hamba. Oleh itu pembunuhan ke atas Malik bin Nuwairah dan kaumnya
tidak patut dilakukan kerana mereka adalah Muslim. Keengganan mereka membayar
zakat kepada Abu Bakar tidak boleh menjadi hujah kepada kemurtadan mereka.
Pembunuhan ke atas mereka disebabkan salah faham mengenai perkataan 'idfi'u,
iaitu mengikut suku Kinanah ia bererti "bunuh" dan dalam bahasa Arab
biasa ia bererti "panaskan mereka dengan pakaian" dan tidak
menghalalkan darah mereka. Sepatutnya mereka merujuk perkara itu kepada Khalid
bagi mengetahui maksudnya yang sebenar.
Walaubagaimanapun mereka terus membunuh kaumnya dan Malik sendiri telah dibunuh
oleh Dhirar yang bukan dari suku Kinanah. Oleh itu Dhirar pasti memahami bahawa
perkataaan idfi'u bukanlah perkataan untuk mengharuskan pembunuhan, namun ia
tetap membunuh Malik. Lantaran itu alasan kekeliruan berlaku di dalam
pembunuhan tersebut tidak boleh menjadi hujah dalam jenayah Khalid, apatah lagi
perzinaannya dengan isteri Malik bin Nuwairah selepas dia dibunuh. Dengan itu
tidak hairanlah jika Ali a.s dan Umar meminta Khalifah Abu Bakar supaya merejam
Khalid, tetapi Abu Bakar enggan melakukannya.
Jika tidak membayar zakat djadikan alasan serangan dan pembunuhan, maka Nabi
(S.a.w) sendiri tidak memerangi sahabatnya Tha'labah yang enggan membayar zakat
kepada beliau (S.a.w). Allah (swt) menurunkan peristiwa ini di dalam Surah
al-Taubah (9):75-77.
Semua ahli tafsir Ahlu s-Sunnah menyatakan bahawa ayat itu diturunkan mengenai
Tha'labah yang enggan membayar zakat kerana beranggapan bahawa ianya jizyah.
Maka Allah (swt) mendedahkan hakikatnya.
Dan Nabi (S.a.w) tidak memeranginya dan tidak pula merampas hartanya sedangkan
beliau (S.a.w) mampu melakukannya. Adapun Malik bin Nuwairah dan kaumnya
bukanlah mengingkari zakat sebagai satu fardhu agama. Tetapi apa yang mereka
ingkar ialah penguasaan Abu Bakar ke atas jawatan khalifah selepas Rasulullah
(S.a.w) dengan menggunakan kekuatan dan paksaan. Dan mereka pula benar-benar
mengetahui tentang hadis al-Ghadir. Oleh itu tidak hairanlah jika Abu Bakar
terus mempertahankan Khalid tanpa mengira jenayah yang dilakukannya terhadap
Muslimin kerana Khalid telah melakukan sesuatu untuk kepentingan politik dan
dirinya. Malah itulah perintahnya di bawah operasi "enggan membayar zakat
dan murtad" sekalipun ianya bertentangan dengan Sunah Nabi (S.a.w).
Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
18. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melantik Umar
menjadi khalifah selepasnya secara wasiat, walhal mereka sendiri menolak wasiat
Nabi (S.a.w), tetapi Khalifah Abu Bakar telah melantik Umar menjadi khalifah
selepasnya secara wasiat, walhal dia sendiri menolak wasiat Nabi (S.a.w).
Beliau bersabda: "Ali adalah saudaraku, wasiku, wazirku dan khalifah
selepasku" dan sabdanya: "Siapa yang menjadikan aku maulanya maka Ali
adalah maulanya."Dan penyerahan jawatan khalifah kepada Umar adalah
menyalahi prinsip syura yang diagung-agungkan oleh Ahlu s-Sunnah. Justeru itu,
Abu Bakar adalah orang yang pertama merosakkan sistem syura dan memansuhkannya.
Pertama, dia menggunakan "syura terhad" bagi mencapai cita-citanya
untuk menjadi khalifah tanpa menjemput Bani Hasyim untuk menyertainya. Kedua,
apabila kedudukannya menjadi kuat, dia melantik Umar untuk menjadi khalifah
selepasnya tanpa syura dengan alasan bahawa Umar adalah orang yang paling baik
baginya untuk memegang jawatan khalifah selepasnya. Justeru itu, mereka
bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s- Sunnah Abu
Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
19. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka dilantik oleh Nabi
(S.a.w) untuk menjalankan mana-mana misi penting, tetapi Khalifah Abu Bakar
tidak pernah dilantik oleh Nabi (S.a.w) untuk menjalankan mana-mana misi atau
tugasan, malah beliau melantik orang lain. Hanya pada satu masa beliau
melantiknya untuk membawa Surah Bara'ah, tetapi beliau mengambil kembali tugas
itu dan kemudian meminta Ali (a.s) untuk melaksanakannya. [Al-Tabari, Dhakha'ir
al-Uqba hlm.61; al-Turmudhi, Sahih,II, hlm.461; Ibn Hajr, al-Isabah,II,
hlm.509] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka
adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
20. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mengetahui
pengertian al-Abb di dalam al-Qur’an, tetapi Khalifah Abu Bakar tidak
mengetahui pengertian al-Abb iaitu firman-Nya di dalam Surah 'Abasa (80):31:
"Dan buah-buahan (Fakihatun) serta rumputrumputan (abban). "Dia
berkata: Langit mana aku akan junjung dan bumi mana aku akan pijak, jika aku
berkata sesuatu di dalam Kitab Allah apa yang aku tidak mengetahui?
"[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al- Ummal, I, hlm.274] Justeru itu, mereka
bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr
atau Ahlu s- Sunnah ciptaan mereka sendiri.
21. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak akan melakukan
bid'ah-bid'ah selepas Rasulullah (S.a.w), tetapi Khalifah Abu Bakar telah
mengetahui dia akan melakukan bid'ah-bid'ah selepas Rasulullah (S.a.w). Malik
bin Anas di dalam al-Muwatta’ bab "jihad syuhada’ fi sabilillah' telah
meriwayatkan daripada hamba Umar bin Ubaidillah bahawa dia menyampaikannya
kepadanya bahawa Rasulullah (S.a.w) bersabda kepada para syahid di Uhud:
"Aku menjadi saksi kepada mereka semua. Abu Bakar berkata: Tidakkah kami
wahai Rasulullah (S.a.w) saudara-saudara mereka. Kami telah masuk Islam
sebagaimana mereka masuk Islam dan kami telah berjihad di jalan Allah
sebagaimana mereka berjihad? Rasulullah (S.a.w) menjawab: Ya! Tetapi aku tidak
mengetahui bid'ah mana yang kalian akan lakukan selepasku. Abu Bakarpun
menangis, dan dia terus menangis. Bid'ah-bid'ah yang dilakukan oleh para
sahabat memang telah diakui oleh mereka sendiri, di antaranya al-Bara' bin
Azib.
Al-Bukhari di dalam Sahihnya "Kitabb bad' al-Khalq fi bab Ghuzwah
al-Hudaibiyyah" telah meriwayatkan dengan sanadnya daripada al-Ala bin
al-Musayyab daripada bapanya bahawa dia berkata: "Aku berjumpa al-Barra
bin Azib maka aku berkata kepadanya: Alangkah beruntungnya anda kerana
bersahabat dengan Nabi (S.a.w) dan anda telah membai'ah kepadanya di bawah
pokok. Maka dia menjawab: Wahai anak saudaraku. Sesungguhnya anda tidak
mengetahui apa yang kami telah lakukan (Ahdathna) selepasnya."[Al-Bukhari,
Sahih, III, hlm.32]
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi (S.a.w) bersabda kepada orang-orang
Ansar: "Sesungguhnya kalian akan menyaksikan sifat tamak yang dahsyat
selepasku. Oleh itu bersabarlah sehingga kalian bertemu Allah dan Rasul-Nya di
Haudh. Anas berkata: Kami tidak sabar. "[Al-Bukhari, Sahih, III, hlm.135]
Ibn Sa'd juga telah meriwayatkan di dalam Tabaqatnya, VIII, hlm. 51, dengan
sanadnya dari Ismail bin Qais bahawa dia berkata: "Aisyah ketika wafatnya
berkata: Sesungguhnya aku telah melakukan bid'ahbid'ah (Ahdathtu) selepas
Rasulullah (S.a.w), maka kebumikanlah aku bersama-sama isteri Nabi (S.a.w).
" Apa yang dimaksudkan olehnya ialah "Jangan kalian mengkebumikan aku
bersama Nabi (S.a.w) kerana aku telah melakukan bid'ah-bid'ah selepasnya.
Lantaran itu, khalifah Abu Bakar, al-Barra bin Azib, Anas bin Malik dan Aisyah
telah memberi pengakuan masing-masing bahawa mereka telah melakukan
bid'ah-bid'ah dengan mengubah Sunnah Nabi (S.a.w). Justeru itu, mereka bukanlah
Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau
Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
22. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak akan berkata:
Syaitan menggodaku, sekiranya aku betul, maka bantulah aku dan sekiranya aku
menyeleweng, maka betullah aku, tetapi Khalifah Abu Bakar berkata: Aku digodai
Syaitan. sekiranya aku betul, maka bantulah aku dan sekiranya aku menyeleweng
,maka betullah aku "[Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 6;
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, III, hlm. 126; Ibn Hajr, al-Sawa‘iq
al-Muhriqah, hlm. 7; al-Syablanci, Nur al-Absar, hlm. 53] Ini bererti dia tidak
mempunyai keyakinan diri, dan bagaimana dia boleh menyakinkan orang lain pula?.
Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
23. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menyesal
menjadi seorang manusia, tetapi Khalifah Abu Bakar menyesal menjadi seorang
manusia, malah dia ingin menjadi pokok dimakan oleh binatang kemudian
mengeluarkannya. Abu Bakar berkata: "Ketika dia melihat seekor burung
hingap di atas suatu kok, di berkata:
Beruntunglah engkau wahai burung. Engkau makan buah-buahan dan hinggap di pokok
tanpa hisab dan balasan, tetapi aku lebih suka jika aku ini sebatang pokok yang
tumbuh di tepi jalan. Kemudian datang seekor unta lalu memakanku. Kemudian aku
dikeluarkan pula dan tidak menjadi seorang manusia. "[al-Muhibb al-Tabari,
al-Riyadh al-Nadhirah,I, hlm. 134; Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah, III, hlm.
130]
Kata-kata khalifah Abu Bakar itu adalah bertentangan dengan firman Allah (swt)
di dalam Surah al-Tin (95):4: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
di dalam bentuk yang sebaik-baiknya."Dan jika Abu Bakar seorang wali Allah
kenapa diaharus takut kepada hari hisab? Sedangkan Allah telah memberi khabar
gembira kepada waliwalinya di dalam Surah Yunus(10):62-64, ,"Ingatlah,
sesungguhnya walwali Allah ini tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak
pula mereka bersedih iaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu di dalam
kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat.Tidak ada perubahan
kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui." ? Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),
malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka
sendiri.
24. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mencorobohi
rumah Fatimah (a.s) semenjak awal lagi, tetapi khalifah Abu Bakar telah
mencorobohinya dan ketika sakit menyesal kerana mencerobohi rumah Fatimah
(a.s). Dia berkata: "Sepatutnya akut tidak mencerobohi rumah Fatimah
sekalipun beliau mengisytiharkan perang terhadapku. "[Ibn Qutaibah,
al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 18-19; al- Tabari, Tarikh, IV, hlm. 52; Ibn
Abd Rabbih, Iqd al-Farid, II, hlm.254] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
25. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menjatuhkan
air muka Nabi (S.a.w), tetapi Khalifah Abu Bakar telah menjatuhkan air muka
Nabi (S.a.w) di hadapan musyrikin yang datang berjumpa dengan Nabi (S.a.w)
supaya mengembalikan hamba-hamba mereka yang lari dari mereka. Musyrikun
berkata: Hamba-hamba kami telah datang kepada anda bukanlah kerana mereka cinta
kepada agama tetapi mereka lari dari milik kami dan harta kami.
Lebih-lebih lagi kami adalah jiran anda dan orang yang membuat perjanjian damai
dengan anda, tetapi Nabi (S.a.w) tidak mahu menyerahkan kepada mereka
hamba-hamba tersebut kerana khuatir mereka akan menyiksa hambahamba tersebut
dan beliau tidak mahu juga mendedahkan hakikat ini kepada mereka. Nabi (S.a.w)
bertanya kepada Abu Bakar dengan harapan dia menolak permintaan mereka.
Sebaliknya Abu Bakar berkata: Benar kata-kata mereka itu. Lantas berubah muka
Nabi (S.a.w) kerana jawapannya menyalahi apa yang dikehendaki Allah dan Rasul
Nya. [al-Nasa'i, al-Khasa'is, hlm. 11; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad I, hlm. 155]
Sepatutunya khalifah Abu Bakar dapat memahami apa yang dimaksudkan, tetapi dia
tidak dapat memahaminya, malah dia memihak kepada Musyrikun berdasarkan
ijtihadnya. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi ( S.a.w), malah
mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
26. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka telah membunuh Dhu
al-Thadyah (seorang lelaki yang mempunyai payudara, akhirnya menentang khalifah
Ali (a.s ), tetapi khalifah Abu Bakar tidak membunuh Dhu al-Thadyah sedangkan
Rasulullah (S.a.w.) telah memerintahkan Abu Bakar supaya membunuh Dhu
al-Thadyah. Abu Bakar mendapati lelaki itu sedang mengerjakan solat. Lalu dia
berkata kepada Rasulullah (S.a.w): "Subhanallah! Bagaimana aku membunuh
lelaki yang sedang mengerjakan solat?" (Ahmad b.Hanbal,al-Musnad, III,
hlm.14-150)
Sepatutnya dia membunuh lelaki itu tanpa mengira keadaan kerana Nabi (S.a.w)
telah memerintahkannya, tetapi dia tidak membunuhnya, malah dia menggunakan
ijtihadnya bagi menyalahi Sunnah Nabi (S.a.w). Justeru itu, mereka bukanlah
Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau
Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
27. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengatakan
bahawa saham jiddah (nenek) tidak ada di dalam al-Qur'an dan Sunnah Nabi
(S.a.w), tetapi Khalifah Abu Bakar mengatakan bahawa saham jiddah (nenek) tidak
ada di dalam al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah (S.a.w). Seorang nenek bertanya
kepada Abu Bakar tentang pusakanya. Abu Bakar menjawab: Tidak ada saham untuk
anda di dalam al-Qur'an dan Sunnah Nabi (S.a.w).
Oleh itu kembalilah. "Lalu al-Mughirah bin Syu‘bah berkata: "Aku
berada di sisi Nabi (S.a.w) bahawa beliau memberikannya (nenek) seperenam
saham. "Abu Bakar berkata: "Adakah orang lain bersama anda?"
Muhammad bin Muslimah al-Ansari bangun dan berkata sebagaimana al-Mughirah.
Maka Abu Bakar memberikannya seperenam. [Malik, al-Muwatta, I, hlm. 335; Ahmad
bin Hanbal, al-Musnad, IV, hlm. 224; Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid, II, hlm.
334] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka
adalah Ahlu s- Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
28. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mengetahui hukum had
ke atas pencuri yang kudung satu tangan dan satu kakinya, tetapi Khalifah Abu
Bakar tidak mengetahui hukum had ke atas pencuri yang kudung satu tangan dan
satu kakinya. Daripada Safiyyah binti Abi Ubaid, Seorang lelaki kudung satu
tangan dan satu kakinya telah mencuri pada masa pemerintahan Abu Bakar. Lalu
Abu Bakar mahu memotong kakinya dan bukan tangannya supaya dia dapat
bermunafaat dengan tangannya. Maka Umar berkata: Demi yang diriku di
tangan-Nya, anda mesti memotong tangannya yang satu itu." Lalu Abu Bakar
memerintahkan supaya tangannya dipotong. [al-Baihaqi, Sunan, VIII, hlm.273-4]
Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
29. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak berpendapat
bahawa seorang khalifah bukan semestinya orang yang paling alim, tetapi
Khalifah Abu Bakar berpendapat bahawa seorang khalifah bukan semestinya orang
yang paling alim (afdhal). [Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I,hlm. 16;
al-Baqillani, al- Tamhid,hlm. 195; al-Halabi, Sirah Nabawiyyah, III, hlm. 386]
Ijtihadnya adalah bertentangan dengan firman Tuhan di dalam Surah al-Zumar
(39):9 "Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang
dapat menerima pelajaran" dan firman-Nya di dalam Surah Yunuss (10):35:
Maka apakah orang-orang yang menunjuki jalan kepada kebenaran itu lebih berhak
diikuti ataukah orang-orang yang tidka dapat memberi petujuk? Mengapa kamu
(berbuat demikian)? Bagaimana kamu mengambil keputusan?" Justeru itu,
mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah
Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
30. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka melakukan korban
(penyembelihan) sekali di dalam hidupnya. Tetapi Khalifah Abu Bakar tidak
pernah melakukan korban (penyembelihan) kerana khuatir kaum Muslimin akan
menganggapnya wajib. Sunnahnya adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi (S.a.w)
yang menggalakkannya. [Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, IX, hlm. 265; al-
Syafi'i, al-Umm, II, hlm.189] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s- Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
31. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengatakan
maksiat yang dilakukan oleh seseorang itu telah ditakdirkan oleh Allah sejak
azali lagi, tetapi Khalifah Abu Bakar mengatakan maksiat yang dilakukan oleh
seseorang itu telah ditakdirkan oleh Allah sejak azali lagi, kemudian Dia
menyeksanya di atas perbuatan maksiatnya. Seorang lelaki bertanya kepadanya:
Adakah anda fikir zina juga takdir-Nya? Lelaki itu bertanya lagi: "Allah
mentakdirkannya ke atasku kemudian menyiksa aku?" Khalifah Abu Bakar
menjawab: Ya, demi Tuhan sekiranya aku dapati seseorang masih berada di sisiku,
nescaya aku menyuruhnya memukul hidung anda. [al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa,
hlm. 65]
Oleh itu, ijtihad Abu Bakar itu adalah bertentangan dengan firmanfirman Tuhan
di antaranya:
a. Firman-Nya di dalam Surah al-Insan (76):3 "Sesungguhnya kami telah
menunjukkinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang
kafir."
b. Firman-Nya di dalam Surah al-Balad (90):10:"Dan Kami telah menunjukkan
kepadanya dua jalan."
c. Firman-Nya di dalam Surah al-Naml (27):40:"Dan barang siapa yang
bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya sendiri dan
barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia’”.
Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
32. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak berkata: Jika
pendapat kami betul, maka ianya daripada Allah dan jika ianya salah maka ia
adalah daripada kami dan daripada syaitan Tetapi Khalifah Abu Bakar berkata:
Jika pendapatku betul, maka ianya daripada Allah dan jika ianya salah maka ia
adalah daripada aku dan daripada syaitan. [Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VI,
hlm. 223; al-Tabari, Tafsir, VI hlm. 30; Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm.260] Kata-kata
Abu Bakar menunjukkan bahawa dia sendiri tidak yakin kepada pendapatnya. Dan
dia memerlukan bimbingan orang lain untuk menentukan kesalahannya.
Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s- Sunnah ciptaan mereka sendiri.
33. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka akur kepada Sunnah
Nabi (S.a.w) apabila mengetahui kesannya dengan mengelakkan dirinya dari
kilauan dunia, tetapi Khalifah Abu Bakar mengetahui bahawa dia tidak terlepas
dari kilauan dunia, lantaran itu dia menangis. Al-Hakim di dalam Mustadrak, IV,
hlm. 309 meriwayatkan dengan sanadnya daripada Zaid bin Arqam, dia
berkata:"Kami pada suatu masa telah berada bersama Abu Bakar, dia meminta
minuman, lalu diberikan air dan madu. Manakala dia mendekatkannya ke mulutnya
dia menangis sehingga membuatkan sahabat-sahabatnya menangis.
Akhirnya merekapun berhenti menangis, tetapi dia terus menangis. Kemudian dia
kembali dan menangis lagi sehingga mereka menyangka bahawa mereka tidak mampu
lagi menyelesaikan masalahnya. Dia berkata: Kemudian dia menyapu dua matanya.
Mereka berkata: Wahai khalifah Rasulullah! Apakah yang sedang ditolak oleh
anda? Beliau menjawab: Dunia ini (di hadapanku) telah "memperlihatkan"nya
kepadaku, maka aku berkata kepadanya: Pergilah dariku maka ianya pergi kemudian
dia kembali lagi dan berkata:
Sekiranya anda terlepas dariku, orang selepas anda tidak akan terlepas dariku.
Hadis ini diriwayatkan juga oleh ak-Khatib di dalam Tarikh Baghdad, X, hlm. 268
dan Abu Nu'aim di dalam Hilyah al-Auliya', I, hlm.30] Justeru itu, mereka
bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr
atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
34. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mempunyai kata
pemutus ke atas pemerintahan mereka, tetapi Khalifah Abu Bakar tidak mempunyai
kata pemutus ke atas pemerintahannya melainkan ianya dipersetujui oleh Umar.
Adalah diriwayatkan bahawa "Uyainah bin Hasin dan al-Aqra bin Habis datang
kepada Abu Bakar dan berkata: Wahai khalifah Rasulullah, izinkan kami menanam
di sebidang tanah yang terbiar berhampiran kami.Kami akan membajak dan
menanamnya. Mudah-mudahan Allah akan memberikan manfaat kepada kami dengannya.
Lalu Abu Bakar menulis surat tentang persetujuannya.
Maka kedua-duanya berjumpa Umar untuk mempersaksikan kandungan surat tersebut.
Apabila kedua-duanya membacakan kandungannya kepadanya, Umar merebutnya dari
tangan mereka berdua dan meludahnya. Kemudian memadamkannya. Lalu kedua-duanya
mendatangi Abu Bakar dan berkata: "Kami tidak mengetahui adakah anda
khalifah atau Umar." Kemudian mereka berdua menceritakan kepadanya. Lalu
Abu Bakar berkata: "Kami tidak melaksanakan sesuatu melainkannya
dipersetujui oleh Umar."[al- Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VI, hlm.
335; Ibn Hajr, al-Isabah, I, hlm.56] . Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
35. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak dicaci oleh
seorang lelaki di hadapan Nabi (S.a.w), tetapi Khalifah Abu Bakar telah dicaci
oleh seorang lelaki di hadapan Rasulullah (S.a.w.).
Tetapi Nabi (S.a.w) tidak melarangnya sebaliknya beliau tersenyum pula, Ahmad
bin Hanbal meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah mencaci Abu Bakr dan Nabi
(S.a.w) sedang duduk, maka Nabi (S.a.w) kagum dan tersenyum. [Ahmad bin Hanbal,
al-Musnad, VI, hlm.436] . Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
36. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak bertengkar
sehingga meninggikan suara mereka di hadapan Nabi (S.a.w) khalifah Abu Bakar
dan Umar telah bertengkar sehingga meninggikan suara mereka di hadapan
Rasulullah (S.a.w) . Abu Bakar berkata: Wahai Rasulullah lantiklah al-Aqra‘ bin
Habis bagi mengetuai kaumnya." Umar berkata: "Wahai Rasulullah
janganlah anda melantiknya sehingga mereka menengking dan meninggikan suara
mereka di hadapan Rasulullah (S.a.w). Lalu diturunkan ayat di dalam Surah al-
Hujurat(49):2, "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan
suaramu lebih dari Nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras
sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain,
supaya tidak terhapus pahala amalanmu, sedangkan kamu tidak menyedari."
Sepatutnya mereka berdua bertanya dan merujuk kepada Rasulullah (S.a.w)
mengenainya. [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, IV, hlm. 6; al-Tahawi, Musykil
al-Athar, I, hlm. 14-42] . Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s- Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
37. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak banyak membuat
pengakuan-pengakuan dimana mereka sepatutnya melakukan sesuatu, tetapi Khalifah
Abu Bakar banyak membuat pengakuan-pengakuan dimana dia sepatutnya melakukan
sesuatu, tetapi tidak melakukannya dan sebaliknya. Ibn Qutaibah mencatatkan
dalam bukunya al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 18-19, 9 perkara yang disesali
oleh Abu Bakar seperti berikut:
"Tiga perkara yang aku telah lakukan sepatutnya aku tidak melakukannya dan
tiga perkara yang aku tidak lakukannya sepatutnya aku melakukannya dan tiga
perkara yang sepatutnya aku bertanya Rasulullah (S.a.w) mengenainya. Adapun
tiga perkara yang aku telah melakukannya sepatutnya aku tidak melakukannya:
1. Sepatutnya aku tinggalkan rumah Ali (Fatimah) sekalipun mereka
mengisytiharkan perang ke atasku.
2. Sepatutnya aku membai'ah sama Umar atau Abu Ubadah di Saqifah Bani Saidah,
iaitu salah seorang mereka menjadi amir dan aku menjadi wazir.
3. Sepatutnya aku menyembelih Fuja'ah al-Silmi atau melepaskannya dari tawanan
dan aku tidak membakarnya hidup-hidup.
Adapun tiga perkara yang aku tidak melakukannya sepatutnya aku melakukannya:
1. Sepatutnya ketika al-Asy'ath bin Qais dibawa kepadaku sebagai tawanan, aku
membunuhnya dan tidak memberinya peluang untuk hidup, kerana aku telah
mendengar tentangnya bahawa ia bersifat sentiasa menolong segala kejahatan.
2. Sepatutnya ketika aku mengutus Khalid bin al-Walid kepada orangorang murtad,
aku mesti berada di Dhi al-Qissah, dengan itu sekiranya mereka menang, mereka
boleh bergembira dan sekiranya mereka kalah aku boleh menghulurkan bantuan.
Adapun tiga perkara yang sepatutnya aku bertanya Rasulullah (S.a.w) ialah:
1. Kepada siapakan jawatan khalifah patut diberikan sesudah beliau wafat,
dengan demikian tidaklah jawatan itu menjadi rebutan.
2. Sepatutnya aku bertanya kepada beliau, adakah orang Ansar mempunyai hak
menjadi khalifah.
3. Sepatutnya aku bertanya beliau tentang pembahagian harta pusaka anak saudara
perempuan sebelah lelaki dan ibu saudara sebelah lelaki kerana aku tida puas
hati tentang hukumnya dan memerlukan penyelesaian."
Kenyataan di atas telah disebut juga oleh al-Tabari dalam Tarikhnya, IV, hlm.
52; Ibn Abd Rabbih, ‘Iqd Farid, II, hlm. 254;Abu Ubaid, al-Amwal, hlm. 131]
Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s- Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
38. Jika mereka Ahl al-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengundurkan
diri dari tentera Usamah yang telah dilantik oleh Nabi (S.a.w) menjadi penglima
perang di dalam usianya yang muda, tetapi Khalifah Abu Bakar telah mengundurkan
diri dari menyertai tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid, sedangkan Nabi
(S.a.w) bersabda:
"Perlengkapkan tentera Usamah, Allah melaknati orang yang mengundur diri
dari tentera Usamah. "[Al-Syarastani, al-Milal, hlm.21; Ibn Sa'd,
Tabaqat,II,hlm.249 dan lain-lain lagi]. Jesteru itu, mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
39. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menamakan
dirinya (Abu Bakr) "Khalifah Rasulullah", tetapi Khalifah Abu Bakar
telah menamakan dirinya "Khalifah Rasulullah".[Ibn Qutaibah,
al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm.13]; al-Suyuti, Tarikh al- Khulafa', hlm. 78]
Penamaannya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w.) kerana beliau
tidak menamakannya dan melantiknya, malah beliau menamakan Ali dan melantiknya.
Beliau bersabda: "Siapa yang aku menjadimaulanya maka Ali adalah maulanya.
Dan hadis-hadis yang lain tentang perlantikan Ali (a.s) sebagai khalifah
selepas Rasulullah (S.a.w). Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
40. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak membakar
manusia hidup-hidup, tetapi Khalifah Abu Bakar telah membakar Fuja'ah al-Silmi
hidup-hidup, kemudian dia menyesali perbuatannya. [al-Tabari, Tarikh, IV,
hlm.52] Dan ianya bertentangan dengan Sunnah Nabi (S.a.w) "Tidak boleh
disiksa dengan api melainkan dari Tuannya."(Al-Bukhari, Sahih, X, hlm.83]
Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s- Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
41. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak lari di dalam
peperangan, tetapi Khalifah Abu Bakar telah lari di dalam peperangan Uhud dan
Hunain. Sepatutnya dia mempunyai sifat keberanian melawan musuh. Tindakannya
itu menyalahi ayat-ayat jihad di dalam al-Qur'an dan Sunnah Nabi (S.a.w)
[al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 37; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VI,
hlm. 394; al-Dhahabi, al-Talkhis, III, hlm. 37] Justeru itu mereka bukanlah
Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau
Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
42. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak meragui
jawatan khalifah, tetapi Khalifah Abu Bakar telah meragui jawatan khalifahnya.
Dia berkata: "Sepatutnya aku bertanya Rasulullah (S.a.w), adalah
orang-orang Ansar mempunyai hak yang sama di dalam jawatan khalifah?" Ini
adalah keraguan tentang kesahihan atau kebatilannya. Dialah orang yang
menentang orang-orang Ansar manakala mereka mengatakan bahawa Amir mestilah
dari golongan Quraisy." Sekiranya apa yang diriwayatkan olehnya itu benar,
bagaimana dia meragui"nya" pula. Dan jikalau tidak, dia telah
menentang orang-orang Ansar dengan "hujah palsu. "[Al-Ya'qubi, Tarikh
al-Ya'qubi, II, hlm.127; Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I,hlm.18, 19;
al-Masudi, Muruj al-Dhahab, I, hlm.302] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s- Sunnah Abu Bakr atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
43. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka dapat menyelesaikan
persoalan-persoalan yang dikemukakan kepada mereka, tetapi Khalifah Abu Bakar
tidak dapat menyelesaikan persoalanpersoalan yang dikemukakan kepadanya oleh
orang Yahudi. Anas bin Malik berkata: "Seorang Yahudi datang selepas
kewafatan Rasulullah (S.a.w). Maka kaum Muslimin menunjukkannya kepada Abu
Bakar. Dia berdiri di hadapan Abu Bakar dan berkata: Aku akan kemukakan
soalan-soalan yang tidak akan dijawab melainkan oleh Nabi atau wasi Nabi. Abu
Bakar berkata: "Tanyalah apa yang anda mahu. Yahudi berkata: Beritahukan
kepadaku perkara yang tidak ada pada Allah, tidak ada di sisi Allah, dan tidak
diketahui oleh Allah? Abu Bakar berkata: Ini adalah soalan-soalan orang zindiq
wahai Yahudi! Abu Bakar dan kaum Muslimin mulai marah dengan Yahudi tersebut.
Ibn Abbas berkata: Khalifah Abu Bakr tidak dapat memberikan jawapan kepada
lelaki itu. Abu Bakar berkata: Tidakkah anda mendengar apa yang diperkatakan
oleh lelaki itu? Ibn Abbas menjawab:
Sekirannya kalian tidak dapat menjawabnya, maka kalian pergilah bersamanya
menemui Ali a.s, nescaya dia akan menjawabnya kerana aku mendengar Rasulullah
(S.a.w) bersabda kepada Ali bin Abi Talib "Wahai Tuhanku! Sinarilah
hatinya, dan perkuatkanlah lidahnya." Dia berkata: Abu Bakar dan
orang-orang yang hadir bersamanya datang kepada Ali bin Abi Talib, mereka
meminta izin daripadanya. Abu Bakar berkata: Wahai Abu l-Hasan, sesungguhnya
lelaki ini telah bertanya kepadaku beberapa soalan (zindiq).
Ali berkata: Apakah yang anda perkatakan wahai Yahudi? Dia menjawab: Aku akan
bertanya kepada anda perkara-perkara yang tidak diketahui melainkan oleh Nabi
atau wasi Nabi. Yahudi mengemukakan soalan-soalan kepadanya. Ali berkata:
Adapun perkara-perkara yang tidak diketahui oleh Allah ialah kata-kata anda
bahwa Uzair adalah anak lelaki Tuhan, dan Allah tidak mengetahui bahawa Dia
mempunyai anak lelaki. Adapun kata-kata anda apa yang tidak ada di sisi Allah,
maka jawapannya perkara yang tidak ada di sisi Allah ialah kezaliman. Adapun
kata-kata anda: Apa yang tidak ada bagi Allah maka jawapannya tidak ada bagi Allah
syirik. Yahudi menjawab: Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah dan
sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah dan sesungguhnya anda adalah
wasinya."[Ibn Duraid, al-Mujtana, hlm.35] Justeru itu, mereka bukanlah
Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau
Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
44. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mempersendakan
Nabi (S.a.w) di masa hidupnya, apatah lagi pada masa Nabi (S.aw) sakit dan
selepas kematiannya, tetapi khalifah Abu Bakr dan kumpulannya telah
mempersendakan Nabi (S.a.w) dengan menolak Sunnah Nabi (S.a.w) di hadapannya
ketika Nabi (S.a.w) sedang sakit “ dia sedang meracau” (al-Bukhari, Sahih, I,
hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69),kemudian menghahalang penyibarannya.
(Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm.3] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu
s- Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr dan
kumpulannya atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
45. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak berkata:
"Pecatlah aku kerana aku bukanlah orang yang baik di kalangan kalian,
tetapi Khalifah Abu Bakar berkata: "Pecatlah aku kerana aku bukanlah orang
yang baik di kalangan kalian. Di dalam riwayat lain, Ali di kalangan kalian
[Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al- Siyasah,I, hlm. 14; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz
al-Ummal, III, hlm.132] Jikalau kata-katanya benar, bererti dia tidak layak
untuk menjadi khalifah Rasulullah (S.a.w), berdasarkan pengakuannya sendiri.
Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
46. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak membenci orang
yang mencitai dan mengamalkan Sunnah Nabi (S.a.w), tetapi mereka membenci orang
yang mencitai Sunnah Nabi (S.a.w) dan mengamalkanya sekiranya Sunnah Nabi
(S.a.w) bertentangan dengan sunnah Abu Bakr. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr dan kumpulannya
atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
BAHAGIAN
KEDUA
JIKA
KHALIFAH UMAR DAN PENGIKUTNYA AHLU S-SUNNAH NABI S.A.W, NESCAYA MEREKA TIDAK
MENENTANG SUNNAH NABI S.A.W
Khalifah Umar dianggap contoh yang unggul sebagai pelaku atau pengamal Sunnah
Nabi (Sa.w) selepas Abu Bakr, tetapi para ulama Ahlus Sunnah wa l–Jama‘ah juga
mencatat sebaliknya di dalam bukubuku mereka. Sekiranya mereka berbohong di
dalam catatan mereka, maka merekalah yang berdosa dan bertanggungjawab di
hadapan Allah (swt). Dan sekiranya catatan mereka itu betul, kenapa kita
menolaknya dan terus memusuhi Sunnah Nabi (S.a.w) yang bertentangan dengan
sunnah Umar? Justeru itu, adakah Umar dan pengikut-pengikutnya Ahlu s-Sunnah
Nabi (S.a.w)? Berikut dikemukakan sebahagian daripada sunnah khalifah Umar yang
bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi (S.a.w) serta akal yang
sejahtera:
1. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menghalang Nabi
(S.a.w) dari menulis sunnahnya yang terakhir, tetapi khalifah Umar telah
menghalang Nabi (S.a.w) dari menulis sunnahnya yang terakhir. Lantas Nabi
(S.a.w) mengusir Umar dan kumpulannya supaya keluar dari rumahnya. (al-Bukhari,
Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69) Justeru itu mereka bukanlah
Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
2. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w).), nescaya mereka tidak bertengkar di
hadapan Nabi (S.a.w) bagi menentang sunnahnya supaya dibawa kepadanya pensel
dan kertas untuk menulis wasiatnya (sunnahnya), tetapi khalifah Umar dan
kumpulannya telah melakukan perkara tersebut.( al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36;
Muslim, Sahih, III, hlm. 69). Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar serta kumpulannya atau Ahlu s-
Sunnah ciptaan mereka sendiri.
3. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w).), nescaya mereka tidak memisahkan
Kitab Allah (al-Qur’an) daripada Nabi (S.a.w), tetapi khalifah Umar telah
memisahkan Kitab Allah daripada Nabi (S.a.w) ketika dia berkata di hadapan Nabi
(S.a.w): Kitab Allah adalah cukup bagi kita”. Kata-kata Umar adalah secara
langsung merendah martabat Nabi (S.a.w). ( al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36;
Muslim, Sahih, III, hlm. 69) Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi
(S.a.w).), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar dan kumpulannya atau Ahlu s-
Sunnah ciptaan mereka sendiri.
4. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi(S.a.w), nescaya mereka percaya kemaksuman
Nabi (S.a.w) setiap masa, kerana segala perkataan, perbuatan dan taqrirnya
merupakan sunnahnya, tetapi khalifah Umar tidak mempercayai kemaksuman Nabi
(S.a.w) ketika dia berkata : “cukuplah bagi kita Kitab Allah” Kata-katanya itu
ditentang oleh Nabi (S.a.w) sendiri . Lalu beliau (S.a.w) menjadi marah dan
terus mengusir khalifah Umar serta kumpulannya supaya keluar .( al-Bukhari,
Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69). Justeru itu, mereka bukanlah
Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar dan
kumpulannya atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
5. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w).), nescaya mereka tidak mengatakan
bahawa Nabi (S.a.w) "sedang meracau” tetapi Khalifah Umar telah mengatakan
bahawa Nabi (S.a.w) sedang meracau (yahjuru). Oleh itu permintaan beliau
(S.a.w) supaya dibawa pensel dan kertas untuk beliau menulis perkara-perkara
yang tidak akan menyesatkan ummatnya selama-lamanya tidak perlu dilayani lagi.
[Muslim, Sahih, III, hlm. 69; al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36] Justeru itu sunnah
Umar adalah bertentangan dengan firman-Nya di dalam Surah al-Najm (53):3-4:
"Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya."
Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
6. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melarang orang
ramai dari meriwayat dan menulis Sunnah Nabi (S.a.w), tetapi Khalifah Umar
telah melarang orang ramai dari meriwayat dan menulis Sunnah Nabi (S.a.w). Umar
berkata: "Hasbuna Kitabullah (Kitab Allah adalah cukup bagi kita).
[Al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36] Sunnahnya adalah bertentangan dengan sunnah
yang dipopularkan oleh Ahlu s- Sunnah: Aku tinggalkan pada kalian dua perkara
selama kalian berpegang kepada kedua-duanyaKitab Allah dan Sunnahku."
Lantaran itu, khalifah Umar bertegas bahawa dia tidak perlu kepada sunnah Nabi
(S.a.w) di hadapan Nabi (S.a.w) sendiri. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah
Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
7. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak membakar sunnah
atau hadis Nabi (S.a.w), tetapi khalifah Umar telah membakar sunnah Nabi (S.a.w)
Ibn Sa'd dalam Tabaqatnya, V hlm. 140 meriwayatkan bahawa apabila hadis atau
Sunnah Nabi (S.a.w) banyak diriwayat dan dituliskan pada masa Umar bin
al-Khattab, maka dia menyeru orang ramai supaya membawa kepadanya semua
hadis-hadis yang ditulis, kemudian dia memerintahkan supaya ianya dibakar.
Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
8. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menahan sahabat
yang banyak meriwayatkan sunnah Nabi (S.a.w) di Madinah, tetapi khalifah Umar
telah menahan tiga orang sahabat di Madinah sehingga mati, kerana meriwayatkan
banyak hadis Rasulullah (S.a.w). Mereka ialah Ibn Mas'ud, Abu Darda' dan Abu
Mas'ud al- Ansari.[al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 8; al-Haithami,
Majma al-Zawaid, I, hlm. 149; al-Hakim, al-Mustadrak, I, hlm. 110] Justeru itu
mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah
Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
9. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak berkata:
"Apa itu hadis daripada Rasulullah?", tetapi Khalifah Umar berkata
kepada Abu Darda: "Apa itu hadis daripada Rasulullah? "Abu Salmah
bertanya kepada Abu Hurairah: "Adakah anda meriwayatkan hadis atau sunnah
semacam ini pada masa Umar? Abu Hurairah menjawab: Sekiranya aku meriwayatkan
hadis atau sunnah (semacam ini) pada masa Umar, nescaya dia memukul aku dengan
cemetinya"[al- Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 7] Justeru itu mereka
bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar
atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
10. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka berkata: Kami perlu
kepada sunnah Nabi (S.a.w) setiap masa, tetapi khalifah Umar berkata: Kami
tidak perlu kepada sunnah Nabi, kerana kitab Allah sudah cukup bagi kita” .(
al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69). Justeru itu,
mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah
Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
11. Jika mereka Ahl al-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka menyibar Sunnah Nabi
(S.a.w), dan menjaganya, tetapi khalifah Umar, melarangnya dan memusnahkannya
(Ibn Sa'd dalam Tabaqat, V hlm. 140; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, V,
hlm. 237]. Lantaran itu sunnah khalifah Umar adalah bertentangan dengan Sunnah
Nabi (S.a.w): "Allah memuliakan seseorang yang mendengar hadisku dan
menjaganya, dan menyebarkannya. Kadangkala pembawa ilmu (hadis) membawanya kepada
orang yang lebih alim darinya dan kadangkala pembawa ilmu (hadis) bukanlah
seorang yang alim. [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm.437; al-Hakim,
al-Mustadrak, I, hlm.78] Dan sabdanya "Siapa yang ditanya tentang ilmu
maka dia menyembunyikannya, Allah akan membelenggukannya dengan api
neraka." [Ahmad bin Hanbal, al- Musnad, III, hlm. 263] Justeru itu, mereka
bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr
atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
12. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka percaya dan
mengamalkan sunnah Nabi (S.a.w) daripada sunnah Umar, tetapi khalifah Umar
percaya bahawa sunnahnya adalah lebih baik daripada sunnah Nabi (S.a.w)
umpamanya menambahkan hukum sebat bagi peminum arak dari 40 sebatan kepada 80
kali sebatan. [al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137]. Justeru itu, mereka
bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar
atau Ahlu s- Sunnah ciptaan mereka sendiri.
13. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka percaya bahawa taat
kepada Nabi (S.a.w) adalah taat kepada Allah sebagaimana firman-Nya di dalam
Surah al-Nisa’ (4):80 “Siapa yang mentaati Rasul, maka dia mentaati Allah”. Ini
bererti siapa yang mendurhakai Rasul, maka dia menderhakai Allah, tetapi
khalifah Umar percaya sebaliknya ketika dia berkata: Kitab Allah adalah cukup
bagi kita” “Nabi sedang meracau” . ( al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim,
Sahih, III, hlm. 69) Baginya menderhakai Nabi (Sa.w) bukan bererti menderhakai
Allah. Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka
adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
14. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memusuhi orang
yang menghidupkan Sunnah Nabi (S.a.w), tetapi khalifah Umar memusuhinya dan
membakar sunnahnya (Ibn Sa'd Tabaqat, V hlm. 140) . Justeru itu, mereka
bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar
atau Ahlu s- Sunnah ciptaan mereka sendiri.
15. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengesyaki
Nabi (S.a.w) dan kaum Muslimin sama ada berada di dalam kebenaran ataupun
kebatilan, tetepi Khalifah Umar mengesyaki Nabi (S.a.w) dan kaum Muslimin sama
ada berada di dalam kebenaran ataupun kebatilan. Ia bertanya Nabi (S.a.w):
Adakah kita berada di dalam kebenaran dan mereka (kafir) berada dai dalam
kebatilan? Adakah orang yang terbunuh di pihak kita akan memasuki syurga? Dan
orang yang terbunuh di pihak mereka ke neraka? Nabi (S.a.w) menjawab: Ya, dan
akhirnya Nabi (S.a.w) menegaskan kepadanya: "Wahai Ibn al- Khattab,
sesungguhnya aku ini adalah Rasulullah dan Allah tidak akan mengabaikan aku.
Umar beredar dari Nabi (S.a.w) dengan marah (muthaghayyizan), kemudian dia
berjumpa Abu Bakar lalu ia mengemukakan persoalan yang sama, lantas Abu Bakar
menyakinkan dia bahawa Muhammad itu adalah Rasulullah dan Allah tidak akan
mengabaikannya. [Muslim, Sahih, IV, hlm.12, 14; al-Bukhari, Sahih, II, hlm.
111] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka
adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
16. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengkasari
Ahlu l-Bait Nabi (S.a.w), malah mereka harus mempunyai sifat kasih sayang
kepada mereka khususnys terhadap Fatimah (a.s), tetapi khalifah Umar tidak
mempunyai sifat sedemikain, Kerana orang yang menilai Nabi (S.a.w) dari segi
budi pekertinya dan apa yang dikurniakan Allah ke atasnya untuk kebaikan
umatnya, lidah akan menjadi lemah untuk melahirkan kesyukuran kepadanya, tidak
akan memusuhinya melalui keturunannya dan Ahlu l -Baitnya. Mereka tidak
menjadikan Ahlu l-Baitnya setaraf dengan mereka seperti kedudukan mata di sisi
kepala, kerana menjaga hati Nabi (S.a.w) dan kasih sayang kepada anak cucunya.
Kenapa tidak, al-Qur'an telah menjelaskannya dan menyeru orang ramai kepadanya.
Sunnah-sunnah menetapkan bahawa merekalah Ahlu l-Mawaddah. Merekalah orang yang
Allah mewajibkan kasih sayang terhadap mereka dan berjanji ganjaran kebaikan ke
atas orang yang mencintai Ahlu l-Bait kerana sekiranya seorang melakukan
al-Mawaddah terhadap mereka secara ikhlas, dia berhak syurga kerana firman
Allah Azza Wa-Jalla:" Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal
yang soleh [berada] di dalam tamanataman syurga, mereka perolehi apa yang
mereka kehendaki di sisi Tuhan mereka. Yang demikian itu adalah kurniaan yang
besar." [Surah al- Syu'ara 26:22] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
17. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memusuhi Ahlu
l-Bait Nabi (S.a.w), apatah lagi mengepung dan cuba membakar rumah anak
perempuannya; Fatimah (a.s) kerana memaksa Ali (a.s) supaya memberi bai'ah
kepada Abu Bakar, tetapi Khalifah Umar adalah perencana utama dalam cubaan
membakar rumah Fatimah (a.s) kerana memaksa Ali (a.s) supaya memberi bai'ah
kepada Abu Bakar. Sunnahnya itu adalah membelakangi firman Tuhan Surah al-Ahzab
(33):33 "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu,
hai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."
Fatimah (a.s) adalah di kalangan Ashab al-Kisa' yang disucikan oleh Allah
(swt). Umar berkata:"Aku akan membakar kalian sehingga kalian keluar untuk
memberi bai'ah kepada Abu Bakar. [Al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 198; Abu-l-Fida,
Tarikh, I, hlm. 156] . Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),
malah mereka adalah Ahlu s- Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka
sendiri.
18. Jika mereka Ahl al-Sunnah Nabi(S.a.w), nescaya mereka tidak membawa Ali
(a.s) di dalam keadaan lehernya terikat, tetapi khalifah Umar dan kumpulannya
telah memaksa Ali a.s memberi baiah kepada Abu Bakr di dalam keadaan lehernya
terikat (Ibn Qutaibah,al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm.18-20, al-Muttaqi
al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, iii, hlm.139; Abul-Fida, Tarikh,I, hlm. 159; al-
Tabari, Tarikh ,III , hlm.159].
Perlakuan sedemikian adalah menyalahi Sunnah Nabi (S.a.w) yang bersifat lembut
terhadap Ali a.s dan melantiknya sebagai khalifah selepasnya: Siapa yang telah
menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya” dan ia adalah sejajar dengan
tuntutan Ali a.s terhadap jawatan khalifah. (al-Qunduzi al-Hanafi,
Yanabi’al-Mawaddah, hlm.144, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm.2180)
Justeru itu,mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlus Sunnah Umar dan kumpulannya atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
19. Jika mereka Ahl al-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka diizinkan untuk
mengerjakan solat jenazah ke atas Fatimah (a.s), tetapi khalifah Umar dan
kumpulannya tidak diizinkan oleh Fatimah (a.s) untuk mengerjakan solat ke
atasnya. Dia berwasiat kepada suaminya Ali a.s supaya Abu Bakr dan Umar tidak
diizinkan mengerjakan solat ke atasnya. Kerana perbuatan mereka berdua yang
menyakitkan hatinya,khususnys mengenai Fadak [Al-Bukhari, Sahih, VI, hlm.196;
Ibn Qutaibah, al-Imamah Wa al-Siyasah, I, hlm.14; Abu l-Fida, Tarikh, I,
hlm.159; al-Tabari, Tarikh, III, hlm.159]. Nabi (S.a.w) bersabda:" Sesungguhnya
Allah marah kepada kemarahanmu (Fatimah) dan redha dengan keredhaanmu."
[Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm.153; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VII,
hlm.219] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka
adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr dan kumpulannya atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka
sendiri.
20. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengingkari
kematian Nabi (S.a.w), tetapi Khalifah Umar telah mengingkari kematian Nabi
(S.a.w). Dia tidak mengetahui bahawa kematian adalah harus bagi Nabi (S.a.w).
Dia berkata: "Siapa yang mengatakan bahawa Nabi telah mati, aku akan
membunuhnya dengan pedangku." Abu Bakar datang dan berkata kepadanya:
"Tidakkah anda mendengar firman Allah (swt)(di dalam Surah al-Zumar (39):30,
"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati
(pula)" dan firman-Nya (di dalam Surah Ali Imran (3):144), "Muhammad
itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sesungguhnya telah berlaku sebelumnya
beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke
belakang (murtad)? Maka Umar pun berkata: "Aku yakin dengan kematiannya
seolah-olah aku tidak mendengar ayat-ayat tersebut."[al-Syarastani,
al-Milal, I, hlm. 23; al-Bukhari, Sahih, VII, hlm. 17]
Bagaimana khalifah Umar berkata: "Kitab Allah adalah cukup bagi kita"
ketika dia menegah Nabi (S.a.w) dari menulis wasiatnya di mana ummat tidak akan
sesat selama-lamanya, sedangkan dia tidak mengetahui ayat-ayat tersebut
sehingga Abu Bakar datang dan membacakan kepadanya? Dan tindakan Umar yang
tidak mempercayai kewafatan Nabi (S.a.w) tidak boleh difahami sebagai kasihnya
yang teramat sangat kepada Nabi (S.a.w). Kerana dia telah berkata bahawa Nabi
(S.a.w) sedang meracau dan Kitab Allah adalah cukup bagi kita. Lalu dia menegah
Nabi (S.a.w) dari melaksanakan apa yang dikehendakinya. [al-Bukhari, Sahih, I,
hlm. 36; Muslim, Sahih, II, hlm. 69]
Dan kata-kata Abu Bakar pula menyokong pendapat Umar. Dia berkata:"Siapa
yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati." Ini bererti wahai orang
yang bermegah ke atas kami dengan Muhammad, habislah mereka kerana peranannya
sudah selesai. Kitab Allah adalah cukup bagi kita kerana ianya hidup. Persoalan
yang timbul "Adakah kaum Muslimin pada masa itu menyembah Muhammad?"
Tidak, mungkin ini adalah satu sindiran kepada Bani Hashim secara umum dan Ali
bin Abi Talib secara khusus.
Kerana mereka bermegah dengan Muhammad. Nabi (S.a.w), dari kalangan mereka. Dan
merekalah keluarganya, dan orang yang paling berhak daripada orang lain, kerana
mereka lebih mengetahuikedudukan Nabi (S.a.w). Atau adakah tindakan Umar yang
ingin membunuh siapa sahaja yang berkata Muhammad telah mati itu merupakan
tindakan politik sehingga dia dapat melambat-lambatkan kepercayaan kaum
Muslimin bahawa Nabi (S.a.w) telah mati. Dan dengan ini perancanaannya dapat
dilaksanakan sehingga segala-galanya diatur dengan baik. Sejurus kemudian dia
diberitahu secara sulit bahawa perdebatan di Saqifah sedang berlaku. Lantas
dia, Abu Bakar dan Abu Ubaidah meninggalkan jenazah Nabi (S.a.w) menuju Saqifah
tanpa diketahui oleh Bani Hasyim. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah
Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
21. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melarang mahar
(mas kahwin) yang tinggi, tetapi Khalifah Umar telah melarang mahar (mas
kahwin) yang tinggi. Dia berkata: Sesiapa yang menaikkan mahar anak
perempuannya, aku akan mengambilnya dan menjadikannya milik Baitulmal. Sunnah
Umar telah ditentang oleh seorang wanita lalu dia membaca firman Tuhan di dalam
Surah al-Nisa' (4):20 "Sekiranya kamu telah memberikan kepada seorang di
antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambilnya kembali
barang sedikitpun. Umar menjawab: "Orang ramai lebih alim daripada Umar
sehingga gadis-gadis sunti di rumah-rumah. "[Fakhruddin al-Razi, Mafatih
al-Ghaib, II, hlm. 175; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 133) Kata-kata
Umar itu tidak boleh difahami sebagai tawaduk, kerana ia melibatkan hukum Allah
SWT. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s- Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka
adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
22. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengharamkan
haji tamattu', tetapi Khalifah Umar telah mengharamkan haji tamattu'. Ianya
bertentangan dengan Sunnah Nabi (S.a.w) yang tidak pernah mengharamkannya [Ibn
Kathir, Tafsir, I, hlm. 233; al-Bukhari, Sahih, VII, hlm. 33] . Justeru itu,
mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah
Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
23. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka melaksanakan hukum
had ke atas Mughirah bin Syu'bah yang dituduh berzina dengan Umm Jamil, tetapi
Khalifah Umar tidak melaksanakan hukum had ke atas Mughirah bin Syu'bah yang
dituduh berzina dengan Umm Jamil isteri kepada Hajaj bin Atiq bin al-Harith bin
Wahab al- Jusyami dengan berkata: Aku sedang melihat muka seorang lelaki di
mana Allah tidak akan mencemarkan lelaki Muslim dengannya." Maka saksi
tersebut tidak memberikan penyaksiannya yang tepat kerana mengikut kehendak
Umar. Di dalam riwayat yang lain Umar memberi isyarat kepada saksi yang keempat
supaya tidak memberika keterangan yang tepat. Keempat orang saksi tersebut
telah memberi penyaksian yang tepat semasa mereka di Basrah.
Tetapi Umar mengadakan pengadilan yang kedua di Madinah. Apabila saja saksi
yang keempat tidak memberikan penyaksian yang tepat sebagaimana diberikannya di
Basrah, maka Umar pun melakukan had ke atas tiga saksi tersebut. Seorang saksi
bernama Abu Bakar berkata: Demi Allah, Mughirah telah melakukannya. Umar ingin
mengenakan had ke atasnya kali kedua. Ali a.s berkata: Jika anda melakukannya
maka rejamlah al-Mughirah bin Syu'bah tetapi dia enggan melakukannya.
"[Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 448; Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm.
452; Ibn Athir, Usd al-Ghabah, IV, hlm. 407; al- Muttaqi al-Hindi, Kanz
al-Ummal, III, hlm. 88] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s- Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
24. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengintai satu
kumpulan di rumah mereka di waktu malam dengan memasukinya melalui pintu
belakang tanpa salam, tetapi Khalifah Umar mengintai satu kumpulan di rumah
mereka di waktu malam dengan memasukinya melalui pintu belakang tanpa salam.
Kelakuannya itu adalah menyalahi firman-Nya di dalam Surah al-Hujurat (49):12:
"Dan janganlah kamu mengintai-intai atau mencari-cari kesalahan orang lain."Dan
firmanNya di dalam Surah al-Baqarah (2):189:"Dan masukilah rumah-rumah itu
melalui pintu-pintunya." Dan firmanNya di dalam Surah al-Nur (24):27:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan
rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya."
Lantaran itu tindakannya adalah bertentangan dengan ayat-ayat
tersebut.[al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, VI, hlm.93; al-Baihaqi, al-Sunan
al-Kubra, VIII, hlm. 334] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s- Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
25. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memerintahkan
supaya di rejam seorang wanita gila, tetapi Khalifah Umar telah memerintahkan
supaya di rejam seorang wanita gila (yang berzina). Maka Ali (a.s)
memperingatkannya dan berkata:"Qalam diangkat daripada orang gila sehingga
dia sembuh."Umar pun berkata:"Sekiranya tidak ada Ali, nescaya
binasalah Umar. "[Ibn Abd al- Birr, al-Isti'ab, III, hlm. 39; al-Tabari,
Dhakhair al-Uqba, hlm. 80] Justeru itu. mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
26. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka membenarkan orang Islam
yang bukan Arab mewarisi pusaka keluarga mereka melainkan mereka dilahirkan di
negeri Arab, tetapi Khalifah Umar tidak membenarkan orang Islam yang bukan Arab
mewarisi pusaka keluarga mereka melainkan mereka dilahirkan di negeri Arab.
[Malik, al-Muwatta, II, hlm.12] Oleh itu ijtihad Umar adalah bertentangan
dengan al-Qur'an dan Sunnah Nabi (S.a.w) yang tidak membezakan seseorang
melainkan dengan takwa dan ianya juga mengandungi sifat asabiyah sebagaimana
firman-Nya di dalam Surah al-Hujurat (49):10: "Sesungguhnya orang-orang
Mukmin itu adalah bersaudara." Dan Nabi (S.a.w) bersabda: "Tidak ada
kelebihan orang Arab ke atas bukan Arab melainkan dengan taqwa."
[Al-Haithami, Majma'al-Zawa'id, III, hlm. 226]
Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
27. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mengadakan korban
(penyembelihan), tetapi Khalifah Umar tidak pernah mengadakan korban
(penyembelihan) kerana khuatir kaum Muslimin akan menganggapnya wajib.
[al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, IX, hlm. 265; Syafi'i, al-Umm, II, hlm. 189]
Sunnahnya adalah bertentangan dengan al- Qur'an dan Sunnah Nabi (S.a.w)yang
menggalakkan amalan tersebut.
Dan kaum Muslimin sehingga hari ini mengetahui ianya adalah sunat. Justeru itu,
mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah
Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
28. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mengetahui tentang
al-Qur'an, hukum halal-haram dan masalah pusaka, tetapi Khalifah Umar mengakui
bahawa dia tidak mengetahui tentang al-Qur'an, hukum halal-haram dan masalah
pusaka. Dia berkata: "Siapa yang ingin bertanya tentang al-Qur'an, maka
hendaklah dia bertanya kepada Ubayy bin Ka'ab. Sesiapa yang ingin mengetahui
halal dan haram, maka hendakah dia bertanya kepada Muadh bin Jabal.
Sesiapa yang ingin mengetahui tentang ilmu faraidh, hendaklah dia bertanya
kepada Zaid bin Thabit. Dan siapa yang ingin meminta harta maka hendaklah dia
datang kepadaku kerana akulah penjaganya. [al- Hakim, al-Mustadrak, III, hlm.
271; Abu Ubaid, Kitab al-Amwal, hlm. 223; al-Baihaqi, al-Sunan, VI, hlm. 210]
Ketiga-tiga ilmu tersebut dikuasai oleh orang lain. Dia hanya penjaga harta.
Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s- Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
29. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melarang kaum
Muslimin memakan daging dua hari berturut-turut, tetapi Khalifah Umar melarang
kaum Muslimin memakan daging dua hari berturut-turut. Dan dia telah memukul
seorang lelaki yang melakukannya dengan cemeti. [al-Muttaqi al-Hindi, Kanz
al-Ummal, V, hlm. 161; Ibn al-Jauzi, Sirah Umar, hlm. 68] Tindakan khalifah
Umar adalah bertentangan dengan firman Tuhan di dalam Surah al-A'raf (7):32;
"Katakanlah: Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah
dikeluarkanNya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapakah pula yang mengharamkan)
rezeki yang baik?" Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
30. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menakut-nakut
dan menggertak seorang wanita supaya membuat pengakuan tentang perzinaannya,
tetapi Khalifah Umar telah menakutnakut dan menggertak seorang wanita supaya
membuat pengakuan tentang perzinaannya. Lalu wanita tersebut membuat
pengakuannya.
Maka khalifah Umar memerintahkan supaya ia direjam. Lalu Ali (a.s) bertanya
kepadanya: Tidakkah anda mendengar Rasulullah (S.a.w) bersabda: "Tidak
dikenakan hukum had ke atas orang yang membuat pengakuan selepas ujian (bala')
sama ada ia diikat, ditahan atau diugut? Oleh itu lepaskanlah dia.Maka Umar berkata:
Wanita-wanita tidak terdaya untuk melahirkan seorang seperti Ali. Sekiranya Ali
tidak ada nescaya binasalah Umar. [Fakhruddin al-Razi, al-Araba'ain, hlm. 466;
al-Khawarizmi di dalam Manaqibnya, hlm. 48; al-Tabari Dhakha'ir al- 'Uqba, hlm.
80] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka
adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
31. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mengetahui tempat
untuk memulakan umrah, tetapi Khalifah Umar tidak mengetahui tempat untuk
memulakan umrah. Kemudian dia berkata:"Tanyalah Ali."[al-Tabari di
dalam Dhakha'ir al-Uqba, hlm. 89; al- Muhibb al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah,
II, hlm. 195] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah
mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
32. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak membakar
perpustakaan, tetapi Khalifah Umar telah memerintahkan supaya
perpustakaan-perpustakaan di Iran dan Iskandariah dibakar atau dicampakkan
buku-bukunya ke laut. Ditanya kenapa dia memerintahkannya. Dia menjawab: Allah
telah memberikan kepada kita hidayah yang lebih baik daripada itu.
Perpustakaan-perpustakaan tersebut mengandungi banyak bukubuku ilmiah di dalam
berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu hisab, falak, hikmah,
kedoktoran, dan lain-lain, tetapi khalifah Umar tidak menghargainya. [Ibn
al-Nadim, al-Fihrist, hlm. 334; Ibn Khaldun, Tarikh, I, hlm. 32; Ibn al-Jauzi,
Sirah al-Umar, hlm. 107] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
33. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memerintahkan
supaya dipotong pokok bai'ah Ridhwan, tetapi Khalifah Umar memerintahkan supaya
dipotong pokok bai'ah Ridhwan, kerana kaum Muslimin mengerjakan solat di bawah
pokok tersebut bagi mengambil berkat. Apabila berita ini sampai kepada Umar dia
memerintahkan supaya ianya dipotong. [Ibn Sa'd, Tabaqat al-Kubra, hlm.608; Ibn
Jauzi, Sirah Umar, hlm. 107] Sepatutnya khalifah Umar menjaga pokok tersebut
dengan baik sebagai satu peninggalan sejarah yang berharga. Justeru itu, mereka
bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau
Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
34. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengenakan
zakat kuda, tetapi Khalifah Umar adalah orang yang pertama mengenakan zakat
kuda. Sunnhnya adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi (S.a.w) : "Aku
memaafkan kalian zakat kuda dan hamba." [al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, V,
hlm.26; al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 30; Ahmad bin Hanbal; al-Musnad, I, hlm.
62; al-Sayuti, Tarikh al- Khulafa', I, hlm. 137]. Justeru itu mereka bukanlah
Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
35. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mengetahui hukum
orang yang syak tentang rakaat solatnya, tetapi Khalifah Umar tidak mengetahui
hukum orang yang syak tentang rakaat solatnya bagaimana hendak dilakukannya.
Dia bertanya kepada seorang budak: Apabila seorang itu syak bilangan solatnya,
apakah ia harus lakukan? Sepatutnya dia telah bertanya kepada Nabi (S.a.w)
mengenainya. [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 190; al-Baihaqi, Sunan, II,
hlm. 332]. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah
mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
36. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengharamkan
memakai bauan (perfume) bagi orang yang mengerjakan haji sehingga mereka
melakukan tawaf ifadhah, tetapi Khalifah Umar telah mengharamkan memakai bauan
(perfume) bagi orang yang mengerjakan haji sehingga mereka melakukan tawaf
ifadhah. Ijtihadnya adalah menyalahi Sunnah Rasulullah di mana Aisyah berkata:
Aku meletakkan bauan ke atas Rasulullah (S.a.w) sebelum beliau mengerjakan
tawaf ifadhah. [Malik, al-Muwatta', I, hlm. 285; al- Turmudhi, Sahih, I, hlm.
173; al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 58; Muslim, Sahih, I, hlm. 330]. Justeru itu,
mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah
Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
37. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mengetahui faedah
Hajr al-Aswad, tetapi Khalifah Umar tidak mengetahui faedah Hajr al-Aswad. Dia
berkata: Hajr al-Aswad tidak memberi sebarang faedah dan kemudharatan."
Sekiranya dia tidak melihat Rasulullah (S.a.w) mengucupnya, nescaya dia tidak
mengucupnya. Kata-kata Khalifah Umar tersebut adalah menyalahi Sunnah
Rasulullah (S.a.w), beliau bersabda: "Hajr al-Aswad diturunkan dari Syurga
warnanya putih seperti susu. Tetapi ianya bertukar menjadi hitam disebabkan
dosa manusia." Dan sabdanya lagi: "Demi Allah.Dia akan membangkitkannya
di Hari Kiamat, ianya mempunyai dua mata dan satu lidah yang akan bercakap dan
memberi penyaksian kepada orang yang telah mengucupnya". [al-Turmudhi,
Sahih, I, hlm. 180; al-Nasa'i, Sahih, II, hlm. 37; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,
II, hlm. 3]. Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah
mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
38. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka memberi khums kepada
kerabat Nabi (S.a.w), tetapi Khalifah Umar tidak memberi khums kepada kerabat
Nabi (S.a.w) . Sunnah Umar adalah menyalahi firman-Nya dalam Surah al-Anfal
8:41 dan berlawanan dengan Sunnah Nabi (S.a.w) [al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf,
II, hlm. 127; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 248]. Justeru itu, mereka
bukanlah Ahlu s- Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar
atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
39. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak berkata bahawa
memukul isteri tidak akan dikenakan dosa, tetapi Khalifah Umar berkata bahawa
memukul isteri tidak akan dikenakan dosa. Dia mengaitkan kata-kata ini dengan
Rasulullah(S.a.w). [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 20], sebenarnya ianya
bertentangan dengan firman-Nya di dalam Surah an-Nahl 16:90: "Sesungguhnya
Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum
kerabat dan Allahmelarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan
permusuhan". Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),
malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka
sendiri.
40. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melarang hadis
"khabar gembira" bahawa setiap orang yang mengucapkan dua kalimah
syahadat dengan yakin, akan masuk syurga. Tetapi Khalifah Umar melarang hadis
"khabar gembira" bahawa setiap orang yang mengucapkan dua kalimah
syahadat dengan yakin, akan masuk syurga. Kerana dia khuatir kaum Muslim hanya
mengucap dua kalimah syahadat kemudian meninggalkan amalan lain. Dia berkata
kepada Rasulullah (S.a.w) : Adakah anda mengutuskan Abu Hurairah dengan khabar
tersebut? Rasulullah menjawab:Ya. Umar berkata kepada Rasulullah (S.a.w):
"Janganlah anda melakukannya". [Ibn al- Jauzi, Sirah Umar, hlm. 38;
Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, III, hlm. 108]. Sepatutnya dia tidak
melarang Nabi (S.a.w) untuk melakukannya. Justeru itu mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
41. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mengetahui apakah
bacaan Nabi (S.a.w) di dalam solat Hari Raya, tetapi Khalifah Umar tidak
mengetahui apakah bacaan Nabi (S.a.w) di dalam solat Hari Raya. [Muslim, Sahih,
I, hlm, 242; Abu Daud, Sunan, I, hlm. 180; Malik, al-Muwatta', I, hlm. 147; Ibn
Majah, Sunan, I, hlm. 388; al- Turmudhi, Sahih, I, hlm. 106; al-Nisa'i, Sahih,
III, hlm. 184]. Sepatutnya dia mengetahui surah-surah yang dibaca oleh Nabi
(S.a.w) di dalam solat Hari Raya. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah
Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
42. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melarang kaum
Muslimin berpuasa pada bulan Rajab, tetapi Khalifah Umar melarang kaum Muslimin
berpuasa pada bulan Rajab. Dia berkata: "Apa itu bulan Rajab? Bulan Rajab
hanya bulan yang dimuliakan oleh orang-orang Jahiliyah. Dan apabila datang
agama Islam, ianya ditinggalkan. Sebenarnya Khalifah Umar tidak mengetahui
kelebihan bulan Rajab. Ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah
Rasulllah (S.a.w) yang menggalakkan setiap Muslim supaya berpuasa tiga hari
pada setiap bulan, termasuk bulan Rajab. [al- Bukhari, Sahih, III, hlm. 215;
Muslim, Sahih, I, hlm. 318; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 326; Abu Daud,
Sunan, I, hlm. 381] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),
malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka
sendiri.
43. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka telah membunuh Dzu
al-Thadyah (ketua Khawarij), tetapi Khalifah Umar tidak membunuh Dzu al-Thadyah
(ketua Khawarij) sedangkan Rasulullah (S.a.w) telah memerintahkannya supaya
membunuhnya. Dia berkata: Bagaimana aku membunuh lelaki yang sedang
sujud?" Kemudian Rasulullah (S.a.w) bertanya lagi: Siapa lagi yang akan
membunuhnya? Ali menjawab: Aku." Nabi (S.a.w) bersabda: "Sekiranya
anda mendapatinya.
Ali pun pergi tetapi tidak mendapatinya. Nabi (S.a.w) bersabda: "Sekiranya
lelaki itu dibunuh, tidak akan ada dua lelaki yang berselisih faham."
[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 15] Sepatutnya Khalifah Umar
membunuhnya tanpa mengambil kira keadaannya kerana Rasulullah (S.a.w) telah
memerintahkannya, tetapi dia menggunakan ijtihadnya bagi menyalahi Sunnah
Rasulullah (S.a.w). Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),
malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka
sendiri.
44. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka boleh memahami
ungkapan-ungkapan yang tinggi, tetapi Khalifah Umar tidak boleh memahami
ungkapan-ungkapan yang tinggi. Dia bertanya kepada seorang lelaki: Bagaimana
keadaan anda? Lelaki itu menjawab: Aku adalah di kalangan orang yang mencintai
fitnah, membenci al-Haqq dan memberi penyaksian kepada orang yang tidak
dilihat."Lalu dia memerintahkan supaya lelaki itu ditahan. Maka Ali a.s
menyuruh supaya ianya dilepaskan seraya berkata: Apa yang diucapkan oleh lelaki
itu adalah benar. Umar berkata: Bagaimana anda dapat mengatakan ianya benar?
Ali (a.s) menjawab: Dia mencintai harta dan anak sebagaimana firman-Nya di
dalam Surah al-Anfal(8):28: "Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan
anak-anakmu itu hanyalah sebagai fitnah." Dan dia membenci kematian maka
ia adalah al-haqq. Dan dia memberi penyaksian bahawa Muhammad adalah Rasulullah
sekalipun dia tidak melihatnya.Kemudian Umar memerintahkan supaya ia dilepaskan
Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Turuq al-Hukmiyyah, hlm.46].
Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
45. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menjatuhkan
airmuka Nabi (S.a.w), tetapi Khalifah Umar telah menjatuhkan airmuka Nabi
(S.a.w) di hadapan Musyrikin yang datang berjumpa Nabi (S.a.w) supaya
mengembalikan hamba-hamba mereka yang lari dari mereka. Musyrikin berkata:
Hamba-hamba kami telah datang kepada anda bukanlah kerana mereka cinta kepada
agama, tetapi mereka lari dari menjadi milik kami dan harta kami. Justeru itu,
kembalilah mereka kepada kami. Lebih-lebih lagi kami adalah jiran anda dan
orang yang membuat perjanjian damai dengan anda.Walau bagaimanapun Rasulullah
(S.a.w) tidak mahu menyerahkan hambahamba tersebut kepada mereka kerana khuatir
mereka akan menyiksa hamba-hamba tersebut, tetapi beliau tidak mahu mendedahkan
hakikat ini kepada mereka. Lalu Rasulullah (S.a.w) bertanya kepada Umar. Maka
Umar menjawab: Benar kata-kata mereka itu wahai Rasulullah. Mereka itu adalah
jiran kita dan mereka telah membuat perjanjian damai dengan kita. Maka muka
Nabi (S.a.w) berubah kerana jawapannya menyalahi apa yang dikehendaki oleh Nabi
(S.a.w). [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm.155; al-Nasa'i, al-Khasa'is, hlm.
11] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka
adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
46. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menjadikan
mahar wanita berkahwin sebelum tamat iddahnya untuk Baitulmal, tetapi Khalifah
Umar menjadikan mahar wanita berkahwin sebelum tamat iddahnya untuk Baitulmal.
Kemudian dia memisahkan pasangan tersebut dan berkata: Nikah adalah haram,
mahar adalah haram dan kedua-duanya tidak boleh berkahwin lagi. Ali berkata:
Sekiranya lelaki itu tidak mengetahuinya, wanita tersebut berhak mengambil
maharnya dan dipisahkan pasangan tersebut. Dan apabila tamat ‘iddahnya dia
menjadi peminangnya. Di dalam ertikata yang lain dia hendaklah menyempurnakan
iddahnya yang pertama kemudian menyempurnakan pula iddahnya yang kedua. Lalu
Umar berkata: Kembalikan" "kejahilan" kepada Sunnah.
[Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm. 441; al-Tabari, Dhakha'ir al-'Uqba,
hlm. 81]
Persoalan yang timbul ialah kenapakah dia menjadikan mahar hal Baitulmal dan
bukan hak wanita tersebut dan kenapakah dia mengharamkan wanita tersebut ke atas
lelaki tersebut? Manakah ayat atau Sunnah yang membolehkan khalifah Umar
melakukan sedemikian? Oleh itu ijtihadnya adalah menyalahi al-Qur'an dan Sunnah
Nabi (S.a.w). Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah
mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
47. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mempelajari Surah
al-Baqarah di dalam masa yang singkat,apatah lagi jika seorang itu seorang
pemimpin, tetapi Khalifah Umar telah mempelajari Surah al-Baqarah selama dua
belas tahun. Dan apabila dia selesai mempelajarinya (khatam), dia menyembelih
beberapa ekor unta.[al-Qurtubi, Ahkam al-Qur'an, I, hlm. 34; al-Durr
al-Manthur, I, hlm. 21] Oleh itu untuk mempelajari kesemua al-Qur'an dia memerlukan
kepada masa yang lebih lama. Ini sebelum khalifah Umar menjadi seorang yang
pelupa, kadangkala dia melupai bilangan raka'at sembahyang, lalu dia menyuruh
seorang lelaki berdiri di hadapannya bagi memberikan isyarat kepadanya supaya
dia berdiri ataupun rukuk, kemudian dia melakukannya. [Ibn Jauzi, Sirah Umar ,
hlm. 135; Ibn Abi l-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, III, hlm. 110] Justeru itu,
mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w). malah mereka adalah Ahlu s- Sunnah
Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
48. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menjadikan
"enam jengkal" sebagai ukuran baligh, tetapi Khalifah Umar telah
menjadikan "enam jengkal" sebagai ukuran baligh. Dia berkata:
Sekiranya kalian mendapati budak lelaki yang mencuri itu setinggi enam jengkal
(sittah asybar) genap, maka kalian potonglah tangannnya, jika tidak tinggallah
dia."
Di riwayatkan daripada Sulaiman bin Yasar, Sesungguhnya Umar mendatangi seorang
budak lelaki yang telah mencuri, lalu dia mengukur budak tersebut, tetapi ianya
tidak mencukupi enam jengkal tepat lalu ditinggalkannya."[al-Muttaqi
al-Hindi, Kanz al-Ummal, I, hlm. 116] Oleh itu sunnahnya itu adalah
bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w) yang menetapkan baligh melalui
ihtilam (mimpi) dan tumbuh bulu di kemaluan.[al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, V,
hlm. 54- 55].Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah
mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
49. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menyesali
menjadi seorang manusia, tetapi Khalifah Umar telah menyesali menjadi seorang
manusia.Dia berkata:"Alangkah beruntungnya jika aku menjadi seekor kambing
keluargaku. Mereka menggemukkan aku seperti yang mereka suka. Kemudian aku
menjadi makanan kepada orang yang menyukainya. Mereka menghiris sebahagian
dariku dan memanggang sebahagian yang lain. Kemudian mereka memakan aku dan
mereka mengeluarkan aku sebagai najis dan aku tidak menjadi manusia
lagi."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VI,hlm. 345; Ibn Taimiyyah,
Minhaj al-Sunnah, III, hlm. 131; Abu Nu'im, Hilyah al-Auliya', I, hlm. 52]
Sepatutnya khalifah Umar tidak mengeluarkan kata-kata tersebut kerana ianya
bertentangan dengan Surah al-Tin (95):4: "Sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."Dan jika dia benar
seorang wali Allah kenapa dia menyesal menjadi manusia, sedangkan Allah telah
memberi jaminan di dalam Surah Yunus (10):62: "Ingatlah, sesungguhnya
walil-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula
mereka bersedih hati." Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
50. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mehentikan
pemberian zakat kepada muallaf, tetapi Khalifah Umar telah mehentikan pemberian
zakat kepada muallaf.[al-Suyuti, Tarikh al- Khulafa, hlm. 137 dan lain-lain.
Tindakan ini adalah bertentangan dengan al-Qur'an Surah al-Taubah (4):60, "Sesungguhnya
zakat-zakat itu hanyalah untukorang-orang faqir, orang-orang miskin,
pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya...." Justeru
itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w) malah mereka adalah Ahlu s-
Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
51. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memohon
keizinan 'Aisyah supaya ianya disemadikan di sisi Rasulullah (S.a.w), tetapi
Khalifah Umar memohon keizinan 'Aisyah supaya ianya disemadikan di sisi Rasulullah
(S.a.w), lalu 'Aisyah menyetujui permohonannya.[al-Bukhari, Sahih, V, hlm. 266]
Persoalannya kenapakah dia memohon izin daripada 'Aisyah? Adakah 'Aisyah
menerima pusaka Rasulullah (S.a.w)? Dimana kata-kata "Kami para Nabi tidak
meninggalkan pusaka? Jika beliau meninggalkan pusakanya tidakkah
pewaris-pewaris anak perempuannya lebih berhak daripada 'Aisyah kerana saham
'Aisyah hanya sepersembilan daripada seperlapan? Nampaknya khalifah Umar sudah
tidak mempercayai katakata" Kami para Nabi tidak meninggalkan
pusaka." Lantas dia memohon izin daripada 'Aisyah. Sepatutnya dia memohon
izin dari pewaris-pewaris Fatimah (a.s) yang mempunyai hak yang lebih banyak
daripadanya. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah
mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
52. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak gelisah dan
takut bagi menghadapi Allah (swt), tetapi Khalifah Umar mengakui kegelisahan
dan ketakutannya bagi menghadapi Allah (swt). Ibn Abbas berkata kepadanya
selepas dia ditikam Wahai Amiru l - Mukminin tidakkah anda telah bersahabat
dengan Rasulullah dan persahabatan anda dengannya adalah baik. Kemudian beliau
meninggalkan anda di dalam keadaan redha terhadap anda. Kemudian anda bersabahat
pula dengan Abu Bakar, maka persahabatan anda dengannya adalah baik, dia
meninggalkan anda di dalam keadaan reda terhadap anda.
Kemudian anda bersahabat dengan sahabat-sahabat mereka, maka persahabatan anda
adalahbaik dan sekiranya anda meninggalkan mereka, maka mereka meredhai
anda."Umar menjawab: "Adapun apa yang andasebutkan tadi tentang
persahabatan dengan Rasulullah dan keredhaannya, ianya merupakan satu kurniaan
daripada Allah (swt) yang dilimpahkan kepadaku. Adapun apa yang anda sebutkan
tentang persahabatan dengan Abu Bakar dan keredhaannya, maka ianya juga satu
kurniaan daripada Allah (swt) yang dilimpahkan kepadaku. Tetapi apa yang anda
lihat tentang kegelisahan dan ketakutanku adalah kerana anda dan para sahabat
anda. Demi Allah sekiranya aku mempunyai segunung emas, nescaya aku menebus
diriku dengannya dari azab Allah sebelum aku menemui-Nya." [al-Bukhari,
Sahih, II, hlm. 201] Sikap sedemikian telah diterangkan oleh Allah SWT di dalam
Surah Yunus (10):54:"Dan kalau setiap diri yang zalim itu mempunyai segala
apa yang ada di bumi ini, tentu dia menebus dirinya dengan itu..."
Dan sekiranya dia seorang wali Allah, dia tidak perlu khuatir dengan azab Allah
(swt). Kerana Dia berfirman di dalam Surah Yunus (10): 62: Ingatlah,
sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan
tidak pula mereka bersedih hati iaitu orang-orang yang beriman dan selalu
bertaqwa bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
Tidak ada perubahan bagi kalimatkalimat Allah yang demikian itu adalah
kemenangan yang besar."
Pengakuan sedemikian telah dilakukan juga oleh khalifah Abu Bakar, al-Barra bin
'Azib, 'Aisyah dan Anas bin Malik. Al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 74 meriwayatkan
bahawa Anas bin Malik berkata: Tidak ada suatupun yang aku ketahui di zaman
Nabi (S.a.w) lebih baik dari sembahyang (solat). Dia berkata: Tidakkah kalian
telah menghilangkan sesuatu padanya? Dan al- zuhuri berkata: Aku berjumpa Anas
bin Malik di Damsyik ketika itu dia sedang menangis.
Aku bertanya kepadanya: Apakah yang menyebabkan anda menangis? Dia menjawab:
Aku tidak mengetahui sesuatupun selain dari sembahyang (solat) itupun telah
dihilangkan." Al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 154 dan Muslim, Sahih, I, hlm.
260, meriwayatkan bahawa khalifah Uthman dan 'Aisyah telah mengubah Sunnah
Rasulullah (S.a.w) mengenai sembahyang. Kerana mereka mengerjakan sembahyang
empat rakaat (itmam) di Mina sedangkan Rasulullah (S.a.w) mengerjakan
sembahyang dua rakaat (qasr) di Mina. Al-Bukhari juga di dalam Sahihnya,I, hlm.
122 meriwayatkan daripada Abi Sa'id al-Khudri, dia berkata: "Rasulullah
(S.a.w) keluar sembahyang di hari Aidilfitri dan Aidiladha ke masjid, kemudian
beliau berjumpa dengan orang-orang di barisan depan. Kemudian beliau mulai
berkhutbah menasihati mereka, menyuruh mereka atau menyelesaikan isu-isu
semasa. Dan selepas itu beliaupun pergi. "Abu Sa'id berkata: "Cara
demikian berterusan sehingga pada suatu hari aku keluar bersama Marwan gabenor
Madinah pada masa itu, ke masjid yang mempunyai mimbar yang dibina oleh Kathir
bin al-Salt.
Marwan terus menuju ke mimbar tersebut sebelum bersembahyang. Kemudian aku
menarik kainnya, tetapi dia menolakku dan terus ke mimbar dan memberi khutbah
kepada orang ramai sebelum dia bersembahyang. Maka akupun berkata kepadanya:
Demi Allah, kalian telah mengubah Sunnah Rasulullah. Dia menjawab: Wahai Abu
Sa'id, apa yang anda ketahui telah hilang begitu sahaja.Aku menjawab:Apa yang
aku ketahui adalah lebih baik, demi Allah, daripada apa yang aku tidak
mengetahuinya. Marwan berkata: Orang ramai tidak akan duduk mendengar khutbah
kita selepas sembahyang. Justeru itu, aku jadikannya (khutbah) sebelum
sembahyang."
Oleh itu pengakuan-pengakuan tersebut membuktikan bahawa sahabat bukan semuanya
adil. Malah ada yang mengubah Sunnah Rasulullah (S.a.w). Dan mungkin inilah
yang membuatkan mereka merasa khuatir terhadap azab Allah (swt). Dan mereka
mengakui bahawa tidak ada keistimewaan menjadi sahabat Rasulullah (S.a.w) jika
mereka mengubah Sunnahnya pula. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
53. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak berhasrat
untuk melantik Salim hamba Abu Huzaifah, tetapi Khalifah Umar berhasrat untuk
melantik Salim hamba Abu Huzaifah menjadi khalifah sekiranya ia masih hidup.
Oleh itu kata-katanya adalah bertentangan dengan kata-katanya yang menyokong
Abu Bakar di Saqifah. Para imam mestilah daripada Quraisy kerana Salim adalah
seorang hamba dan dia bukanlah daripada Quraisy.[Ibn Qutaibah, al- Imamah
wal-Siyasah, I, hlm.19]. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s- Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
54. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w) nescaya mereka tidak menghukum rejam
ke atas wanita yang mengandung selama enam bulan, tetapi Khalifah Umar telah
menghukum rejam ke atas wanita yang mengandung selama enam bulan, kemudian
melahirkan anak.Lalu Ali (a.s) membantahnya dan membacakan firman Allah (swt)
di dalam Surah al-Ahqaf (46):15: Ibunya mengandungkannya sampai menyusunya
adalah tiga puluh bulan" dan firmanNya di dalam Surah Luqman
(31):14:"Penyusuannya selama dua tahun."
Oleh itu "mengandung" sekurang-kurangnya ialah enam bulan dan
penyusuannya ialah selama dua tahun. Kemudian Umar menarik balik hukumannya dan
berkata: "Sekiranya tidak ada Ali, nescaya binasalah Umar. [al-Suyuti,
al-Durr al-Manthur, I, hlm. 288; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, III, hlm.
96; al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba, hlm. 82, dan lain-lain]. Justeru itu, mereka
bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar
atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
55. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengenakan hukum
had ke atas Ja'dah dari Bani Sulaim tanpa saksi yang mencukupi, tetapi Khalifah
Umar telah mengenakan hukum had ke atas Ja'dah dari Bani Sulaim tanpa saksi
yang mencukupi. Dia memadai dengan sepucuk surat yang mengandungi syair
mengenai perzinaannya yang dihantar oleh Buraid. [Ibn Sa'd, Tabaqat, III, hlm.
205] Lantaran itu ijtihadnya adalah bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah
Rasulullah (S.a.w) yang memerlukan empat orang saksi atau pengakuan secara
sukarela. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka
adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
56. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mempunya sifat
keberanian yang unggul dan tidak lari di dalam peperangan, tetapi Khalifah Umar
telah lari di dalam peperangan Uhud, Hunain, dan Khaibar.[al-Bukhari, Sahih,
III, hlm. 46; al-Hakim, al- Mustadrak, III, hlm.37; al-Dhahabi, al-Talkhis,
III, hlm. 37 dan lain-lain] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
57. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengambil
separuh dari harta kekayaan gabenor-gabenornya kerana dia mengesyaki mereka
melakukan pecah amanah terhadap Baitulmal, tetapi Khalifah Umar telah mengambil
separuh dari harta kekayaan gabenor-gabenornya kerana dia mengesyaki mereka
melakukan pecah amanah terhadap Baitulmal. Persoalan yang timbul, sekiranya
harta tersebut adalah hasil dari kecurian dari Baitulmal, maka ianya wajib
dikembalikan kesemuanya, dan bukan dengan cara membahagi dua.
Dan mereka pula wajib dipecat daripada jawatan tersebut kerana mereka telah
melakukan pecah amanah, tetapi khalifah Umar tidak memecat kesemua mereka. Dan
sekiranya harta tersebut diusahakan oleh mereka melalui jalan yang halal
seperti perniagaan atau seumpamanya, maka dia tidak harus mengambil daripada
mereka. Kerana tidak halal mengambil harta seorang Muslim melainkan dengan
keredaannya.
Malah dia telah mengambilnya daripada mereka secara paksaan.[Ibn Abil Hadid,
Syarh Nahjal-Balaghah, III, hlm. 163] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s- Sunnah Umar atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
58. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memaafkan
gabenornya Muawiyah di Syam dari membahagi dua hartanya, tetapi Khalifah Umar
telah memaafkan gabenornya Muawiyah di Syam dari membahagi dua hartanya.
Sedangkan Muawiyah dikenali sebagai seorang yang mengambil harta Baitulmal
Muslimin, tetapi sebaliknya mempertahankan kedudukannya dengan mengatakan
bahawa dia adalah kisra Arab. Sedangkan Nabi (S.a.w) telah memarahinya dan
bapanya. Sepatutnya dia tidak melantiknya sebagai gabenor di Syam kerana orang
lain lebih layak daripadanya. [al-Tabari, Tarikh, XI, hlm. 357] Justeru itu,
mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah
Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
59. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memerintahkan
rejam wantia yang sedang hamil kerana melakukan zina, tetapi Khalifah Umar
telah memerintahkan rejam wantia yang sedang hamil kerana melakukan zina. Ali
(a.s) membantahnya dan berkata: Sekiranya anda mempunyai kuasa ke atasnya
tetapi anda tidak mempunyai kuasa ke atas janinnya. Kemudian Umar berkata:
Setiap orang adalah lebih alim daripadaku. [al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba, hlm.
81] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka
adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
60. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menjalankan
hukum had kali kedua ke atas satu kesalahan yang yang dilakukannya, tetapi
Khalifah Umar telah menjalankan hukum had ke atas Abdu r-Rahman pada kali kedua
kerana meminum arak. Sebenarnya Umru bin al-'As telah menjalankan hukum had
keatasnya di Mesir dan disaksikan oleh anaknya, Abdullah bin Umar, tetapi
khalifah Umar tidak mengindahkannya. Kemudian dia memukulnya pada kali kedua:
Abdu r-Rahman melaung meminta tolong sambil berkata: "Aku sedang sakit,
demi Tuhan, anda (Umar) adalah pembunuhku." Dan selepas dia menjalankan
had keatasnya dia menahannya pula selama sebulan, kemudian dia meninggal dunia.
Sepatutnya dia tidak mengenakan had keatasnya pada kali kedua dan menunggu
sehingga dia sembuh dari sakitnya serta tidak menahannya pula.[Ibn Abd Rabbih,
al Aqd al-Farid, III, hlm. 470; al-Khatib, Tarikh Baghdad, VI, hlm. 450; Ibn
Abil Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, III, hlm. 127] Justeru itu, mereka bukanlah
Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s- Sunnah Umar atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
61. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mengetahui ilmu
faraidh. Tetapi Khalifah Umar mengetahui ilmu faraidh. Dia berkata: Sesiapa
yang ingin bertanya tentang ilmu faraidh, maka hendaklah dia bertanya kepada
Zaid bin Thabit. Dan sesiapa yang ingin harta, hendaklah dia memohon kepadaku
kerana aku adalah penjaganya."[al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 271; Abu
Ubaid, Kitab al- Amwal, hlm. 223] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah
Nabi (S.a.w),malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
62. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengharamkan
nikah mut'ah, tetapi Khalifah Umar adalah orang yang pertama mengharamkan nikah
mut'ah.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137] Kenyataanal-Suyuti bererti:
a) Nikah mut'ah adalah halal menurut Islam.
b) Khalifah Umarlah yang mengharamkan nikah mut'ah yang telah dihalalkan pada
masa Rasulullah (S.a.w) khalifah Abu Bakar dan pada masa permulaan zaman
khalifah Umar.
c) Umar mempunyai kuasa veto yang boleh memansuhkan atau membatalkan hukum
nikah mut'ah sekalipun ianya halal di sisi Allah dan Rasul-Nya. Al-Suyuti
seorang Mujaddid Ahlu s-Sunnah abad ke-6 Hijrah mempercayai bahawa nikah mut'ah
adalah halal, kerana pengharamannya adalah dilakukan oleh Umar dan bukan oleh
Allah dan RasulNya. Kenyataan al-Suyuti adalah berdasarkan kepada al-Qur'an dan
kata-kata Umar sendiri.
Sebenarnya para ulama Ahlu s-Sunnah sendiri telah mencatat bahawa Umarlah yang
telah mengharamkan nikah mut'ah sepertiberikut:
a) Al-Baihaqi di dalam al-Sunan, V, hlm. 206, meriwayatkan kata-kata Umar, Dua
mut'ah yang dilakukan pada masaRasulullah (S.a.w), tetapi aku melarang
kedua-duanya dan aku akan mengenakan hukuman ke atasnya, iaitu mut'ahperempuan
dan mut'ah haji.
b) Al-Raghib di dalam al-Mahadarat, II, hlm. 94 meriwayatkan bahwa Yahya bin
Aktam berkata kepada seorang syaikh di Basrah: Siapakah orang yang anda ikuti tentang
harusnya nikah mut'ah. Dia menjawab:
Umar al-Khatab. "Dia bertanya lagi, Bagaimana sedangkan Umarlah orang yang
melarangnya. Dia menjawab: Mengikut riwayat yang sahih bahawa dia menaiki
mimbar masjid dan berkata:Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah menghalalkan
untuk kalian dua mut'ah tetapi aku aku mengharamkan kedua-duanya (mut'ah
perempuan dan mut'ah haji). Maka kami menerima kesaksiannya tetapi kami tidak
menerima pengharamannya."
c) Daripada Jabir bin Abdullah, dia berkata: "Kami telah melakukan nikah
mut'ah dengan segenggam kurma dan gandum selama beberapa hari pada masa
Rasulullah dan Abu Bakar sehingga Umar melarang dan mengharamkannya dalam kes
Umru bin Harith. [Muslim, Sahih, I, hlm. 395; Ibn Hajar, Fatih al-Bari, IX,
hlm.41; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al- Ummal, VIII, hlm.294]
d) Daripada Urwah bin al-Zubair, Sesungguhnya Khaulah bt. Hakim berjumpa Umar
al-Khattab dan berkata: Sesungguhnya Rabiah bin Umaiyyah telah melakukan nikah
mut'ah dengan seorang perempuan, kemudian perempuan itu mengandung, maka Umar
keluar dengan marah dan berkata: "Sekiranya aku telah memberitahukan
kalian mengenainya awal-awal lagi nescaya aku merejamnya."Isnad hadis ini
adalah tsiqah, dikeluarkan oleh Malik di dalam al-Muwatta', II, hlm. 30; al-Syafi'i,
al-Umm, VII, hlm. 219; al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm. 206]
e) Kata-kata Ali (a.s), "Sekiranya Umar tidak melarang nikah mut'ah
nescaya tidak seorang pun berzina melainkan orang yang celaka."[al-
Tabari, Tafsir, V, hlm. 9; Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm.200;
al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm.140] Kata-kata Ali (a.s) ini menolak
dakwaan orang yang mengatakan bahawa Ali telah melarang nikah mut'ah kerana
beliau tidak memansuhkan ayat di dalam Surah al-Nisa' (4):24.
f) Daripada Ibn Juraij, daripada 'Ata' dia berkata: Aku mendengar Ibn Abbas
berkata: Semoga Allah merahmati Umar, mut'ah adalah rahmat Tuhan kepada umat
Muhammad dan jika ia tidak dilarang (oleh Umar) nescaya seorang itu tidak perlu
berzina melainkan orang yang celaka."[al-Jassas, al-Ahkam al-Qur'an, II,
hlm. 179; al-Zamakhshari, al- Fa'iq, I, hlm. 331;al-Qurtubi, Tafsir, V, hlm.
130]
Riwayat Ibn Abbas tersebut menafikan dakwaan orang yang mengatakan Ibn Abbas
telah menarik balik kata-katanya mengenai mut'ah. Walau bagaimanapun halalnya
mut'ah tidak berpandu kepada pendapat Ibn Abbas tetapi berpandu kepada Surah
al-Nisa (4): 24 yang tidak dimansuhkan.
Di sini disebutkan nama-nama sahabat dan tabi'in yang telah mengamalkan nikah
mut'ah atau mempercayai ia halal sepertiberikut:
1. Umran b. al-Hasin.
2. Jabir b. Abdullah.
3. Abdullah b. Mas'ud.
4. Abdullah b. Umar.
5. Muawiyah b. Abi Sufyan.
6. Abu Said al-Khudri.
7. Salman b. Umaiyyah b, Khalf
8. Ma'bad b. Umaiyyah.
9. al-Zubair bin al-Awwam yang mengahwini Asma' bt khalifah Abu Bakar secara
mut'ah selama tiga tahun dan melahirkan duaorang anak lelaki bernama Abdullah
da Urwah.
10. Khalid b. Muhajir.
11. Umru b. Harith.
12. Ubayy b. Ka'ab.
13. Rabi'ah b. Umaiyyah.
14. Said b. Jubair.
15. Tawwus al-Yamani.
16. 'Ata' Abu Muhammad al-Madani.
17. al-Sudi.
18. Mujahid.
19. Zufar b. Aus al-Madani.
20. Ibn Juraij.
21. Ali bin Abi Talib.
22. Umar b. al-Khattab sebelum dia mengharamkannya dan diakui lah anaknya
Abdullah bin Umar.
Nama-nama tersebut adalah diambil dari buku-buku Hadis Ahlu s- Sunnah dan
lain-lain di mana saya tidak memberi rujukan lengkap kerana kesempitan ruang,
lihatlah umpamanya buku-buku sahih bab nikah mut'ah dan lain-lain.
Di sini diperturunkan pendapat-pendapat Ahlu s-Sunnah yang mengatakan nikah
mut'ah telah dimansuhkan, kemudian, diharuskan, kemudian dimansuhkan, kemudian
diharuskan kembali. Ia mempunyai 15 pendapat yang berbeza-beza sepertiberikut:
1. Nikah mut'ah diharuskan pada permulaan Islam, kemudian Rasulullah (S.a.w)
menegahnya di dalam Peperangan Khaibar.
2. Ia boleh dilakukan ketika darurat di masa-masa tertentu kemudian diharamkan
pada akhir tahun Haji Wida'.
3. Ia diharuskan selama 3 hari sahaja.
4. Diharuskan pada tahun al-Autas kemudian diharamkan.
5. Diharuskan pada Haji Wida' kemudian ditegah semula.
6. Diharuskan, kemudian diharamkan pada masa pembukaan Mekah.
7. Ia harus, kemudiannya ditegah dalam Perang Tabuk.
8. Diharuskan pada pembukaan Mekah dan diharamkan pada hari itu juga.
9. Ia dihalalkan pada Umrah al-Qadha'.
10. Ia tidak pernah diharuskan di dalam Islam. Pendapat ini bertentangan dengan
al-Qur'an, Sunnah Nabi (S.a.w), Ahlul Baytnya dan sahabat-sahabat.
11. Ia diharuskan kemudian dilarang pada Perang Khaibar kemudian diizin kembali
pada masa pembukaan Mekah kemudian diharamkannya selepas tiga hari.
12. Diharuskan pada permulaan Islam kemudian diharuskan pada Perang Khaibar
kemudian diharuskan pada Perang Autas, kemudian diharamkan.
13. Diharuskan pada permulaan Islam pada tahun Autas, pembukaan Mekah dan Umrah
al-Qadha' dan diharamkan pada Peperangan Khaibar dan Tabuk.
14. Ia telah diharuskan, kemudian dimansuhkan, kemudian diharuskan, kemudian
dimansuhkan, kemudian diharuskan kemudian dimansuhkan.
15. Diharuskan 7 kali, dimansuhkan 7 kali, dimansuhkan pada Peperangan Khaibar,
Hunain, 'Umra al-Qadha', tahun pembukaan Mekah, tahun Autas, Peperangan Tabuk
dan semasa Haji Wida'.[al- Jassas, Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 183; Muslim,
Sahih, I, hlm. 394;Ibn Hajr, Fath al-Bari, IX, hlm. 138; al-Zurqani, Syarh
al-Muwatta', hlm. 24]
Lihatlah bagaimana perselisihan pendapat telah berlaku tentang nikah mut'ah di
mana mereka sendiri tidak yakin bilakah ia dimansuhkan atau sebaliknya. Walau
bagaimanapun pendapatpendapat tersebut memberi erti bahawa hukum nikah mut'ah
boleh dipermainkan-mainkan kerana ia mengandungi beberapa proses pengharusan
dan pengharaman, oleh itu ianya tidak mungkin dilakukan oleh Allah dan
Rasul-Nya. Ianya telah dilakukan oleh al-Zubair bin al- Awwam dengan Asma' bt.
khalifah Abu Bakar selama tiga tahun dan melahirkan duaorang anak mut'ah.
Sebenarnya pengharusan nikah mut'ah itu berasal daripada al- Qur'an, firman-Nya
(Surah al-Nisa (4):24: "Maka isteri-isteri kamu yang kamu nikmati (mut'ah)
di atas mereka, berikanlah kepada mereka maharnya sebagai suatu
kewajipan." Menurut al-Zamakhsyari, ayat ini adalah Muhkamah, iaitu tidak
dimansuhkan [al-Kasysyaf, I, hlm. 190] iaitu nikah mut'ah adalah halal.
Al-Qurtubi menyatakan, penduduk Mekah banyak melakukan nikah mut'ah [Tafsir,V,
hlm. 132]. Fakhruddin al-Razi berkata:"Mereka berselisih pendapat tentang
ayat ini, sama ada ia dimansuhkan ataupun tidak, tetapi sebahagian besar
berpendapat ayat ini tidak dimansuhkan dan nikah mut'ah adalah harus. [Mafatih
al-Ghaib, III, hlm. 200] Abu Hayyan berkata: Selepas menukilkan hadis yang
mengharuskan nikah mut'ah, sekumpulan daripada Ahlu l- Bait dan Tabi'in
berpendapat nikah mut'ah adalah halal. Ibn Juraij (w.150H)pula berpendapat
bahawa nikah mut'ah adalah harus. Imam Syafi'I menegaskan bahawa Ibn Juraij telah
bernikah mut'ah dengan 72 orang perempuan, sementara al- Dhahabi pula
menyatakan Ibn Juraij telah bermut'ah dengan 90 orang perempuan.[Tadhib
al-Tahdhib, VI, hlm. 408]
Perhatikanlah bahawa Ibn Juraij adalah seorang daripada Tabi'in dan imam masjid
Mekah, telah berkahwin secara mut'ah dengan 90 orang perempuan dan dia juga
telah meriwayatkan hadis yang banyak di dalam sahih-sahih Ahlu s-Sunnah seperti
Bukhari, Muslim dan lain-lain. Ini bererti kitab-kitab sahih tersebut telah
dikotori (mengikut bahawa lawan) dan ia tidak menjadisahih lagi sekiranya orang
yang melakukan nikah mut'ah itu dianggap penzina.
Ayat tersebut tidak dimansuhkan oleh Surah al-Mukminun ayat 6 dan Surah
al-Ma'arij ayat 30, kerana kedua-dua ayat tersebut adalah Makkiyyah dan ayat Makkiyyah
tidak boleh memansuhkan ayat Madaniyyah, begitu juga ia tidak boleh dimansuhkan
dengan ayat al- Mirath (pusaka) kerana dalam nikah biasa sekalipun mirath tidak
boleh berlaku jika si isteri melakukan nusyuz terhadap suaminya atau isterinya
seorang kitabiyah. Sebagaimana juga ia tidak boleh dimansuhkan dengan ayat
Talaq, kerana nikah mut'ah dapat ditalak (dapat dibatalkan) dengan berakhirnya
masa. Ia juga tidak boleh dimansuhkan dengan hadis mengiku jumhur ulama.
Imam Zulfar berpendapat walaupun ditetapkan, tetapi ia tidak membatalkan akad
nikah. Imam Malik pula mengatakan nikah mut'ah adalah harus hingga terdapatnya
dalil yang memansuhkannya. Imam Muhammad al-Syaibani mengatakan nikah mut'ah
adalah makruh. [al- Sarkhasi, al-Mabsut, V, hlm. 160] Demikianlah beberapa
pendapat yang menunjukkan nikah mut'ah adalahharus tetapi ia diharamkan oleh
khalifah Umar al-Khattab. Adapun syarat-syarat nikah mut'ah menurut Islam
adalah sepertiberikut:
i. Mahar.
ii. Ajal (tempoh)
iii. Akad yang mengandungi ijab dan kabul dan ianya sah dilakukan secara wakil
iv. Perceraian selepas tamatnya tempoh
v. Iddah
vi. Sabitnya nasab (keturunan)
vii. Tidak sabitnya pusaka di antara suami dan isteri jika ia tidak syaratkan.
Inilah syarat-syarat nikah mut'ah mengikut Ahlu s-Sunnah dan Syiah dan inilah
yang telah dilakukan oleh para sahabat dan tabi'in. Adapun kata-kata bahawa
'nikah mut'ah boleh dilakukan dengan isteri orang' adalah satu pembohongan yang
besar dan ianya menyalahi nas. Oleh itu para Imam Ahlul Bait (a.s) dan para
ulama Syiah mengharamkannya. Disebabkan ijab sebarang nikah, sama ada nikah
mut'ah ataupun da'im (biasa) adalah dipihak perempuan atau wakilnya, maka
perempuan tersebut atau wakilnya mestilah mengetahui bahawa 'dia' bukanlah
isteri orang, jika tidak, ia tidak boleh melafazkan ijab, "aku nikahkan
diriku akan dikau dengan mas kahwinnya sebanyak satu ribu ringgit selama tiga
tahun."Umpamanya lelaki menjawab: Aku terimalah nikah.
Imam Baqir dan Imam Ja'far al-Sadiq (a.s) berkata bahawa pihak lelaki tidak
wajib bertanya adakah si perempuan itu isteri orang atau tidak, kerana sudah
pasti mengikut hukum syarak perempuan yang akan berkahwin mestilah bukan isteri
orang. Jika didapati ia isteri orang maka nikah mut'ah atau nikah biasa itu
adalah tidak sah. Walau bagaimanapun adalah disunatkan seorang itu bertanya
keadaan perempuan itu sama ada masih isteri orang atau sebagainya.
Mengenai wali Ahlu s-Sunnah tidak sependapat sama ada wali adalah wajib bagi
perempuan yang ingin berkahwin. Abu Hanifah umpamanya menyatakan wali adalah
tidak wajib bagi janda dan anak dara yang sudah akil baligh dengan syarat ia
berkahwin dengan seorang yang sekufu dengannya. [Malik, al-Muwatta', I, hlm.
183] Abu Yusuf dan al-Syaibani pula berpendapat wali adalah peru tetapi bapa tidak
ada hak untuk memaksa anak perempuannya melainkan ia di bawah umur.[Ibn Hazm,
al-Muhalla, hlm. 145]
Imam Ja'far al-Sadiq (a.s) berpendapat wali tidak wajib dalam nikah kecuali
bagi anak dara. Tetapi ia adalah digalakkan di dalam semua keadaan bagi penentuan
harta dan keturunan.[al-Tusi, Tahdbib al- Ahkam, VII, hlm. 262]
Sebenarnya idea wali nikah menurut Imam Malik adalah dikaitkan dengan khalifah
Umar al-Khattab yang diriwayatkan oleh Sa'id bin al-Musayyab, bahawa seorang
tidak dibenarkan berkahwin tanpa kebenaran walinya atau keluarganya yang baik
atau pemerintah [Sahnun, al-Mudawwannah al-Kubra, IV, hlm. 16] Mengenai saksi
di dalam nikah, Imam Ja'far al-Sadiq (a.s) tidak mewajibkan saksi di dalam
nikah mut'ah atau nikah biasa, tetapi ia disunatkan berbuat demikian bagi
pengurusan harta dan penentuan nasab keturunan.[al-Tusi, al-Istibsar, III, hlm.
148]
Tidak terdapat di dalam al-Qur'an ayat yang mewajibkan wali dan saksi di dalam
nikah, umpamanya firman Allah dalam Surah al-Nisa (4):3....."maka kahwinilah
wanita-wanita yang kamu senangi dua, tiga dan empat." Ini bererti Allah
tidak mewajibkan saksi dan wali di dalam perkahwinan kerana untuk memberi
kemudahan kepada umat manusia tetapi Dia mewajibkan saksi di dalam perceraian,
firman-Nya dalam Surah al-Talaq (65):2...."Dan persaksikanlah dengan dua
orang saksi yang adil di antara kamu."
Imam Ja'far al-Sadiq (a.s) mengatakan bahawa dua saksi di dalam talak adalah
wajib. Walau bagaimanapun beliau tidak menafikan bahawa saksi adalah
digalakkan, lantaran itu hadis "Tidak ada nikah melainkan dengan wali dan
dua orang saksi" adalah hadis yang lemah. Itulah nikah mut'ah yang
dipercayai oleh mazhab Ja'fari dan ia adalah sama seperti yang dilakukan pada
zaman Nabi (S.a.w) dan zaman sahabatnya, dengan penjelasan ini, semoga ianya
dapat dibezakan di antara pelacuran dan nikah mut'ah.
Kesimpulannya, nikah mut'ah adalah halal sehingga Hari Kiamat berdasarkan Surah
al-Nisa (4):24. Ia adalah ayat muhkamah yang tidak dimansuhkan, hanya khalifah
Umar sahaja yang memansuhkan nikah mut'ah pada masa pemerintahannya. Oleh
ituijtihadnya adalah menyalahi nas, dengan itu kata-kata al-Suyuti bahawa
khalifah Umar adalah orang yang pertama mengharamkan nikah mut'ah adalah wajar
dan menepati nas. Walau bagaimanapun saya sekali-kali tidak menggalakkan
sesiapa pun untuk melakukannya walau di mana sekalipun. Justeru itu, mereka
bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar
atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
63. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengenakan had
ke atas lelaki Badwi yang mabuk kerana meminum minuman Umar, tetapi Khalifah
Umar mengenakan had ke atas lelaki Badwi yang mabuk kerana meminum minuman
Umar. Lelaki itu berkata: Sesungguhnya aku minum dari minuman anda."Umar
menjawab: Aku kenakan had ke atas anda kerana mabuk dan bukan kerana minuman
(ku)." Kemudian dia menambahkan air ke dalam minuman tersebut lalu dia
meminumnya selepas mengenakan had ke atas lelaki tersebut.[Ibn Abd Rabbih,
al-Aqd al-Farid, III, hlm. 416; al- Jassas, Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 565;
al-Nasai, al-Sunan, VIII, hlm. 326] Dan sunnahnya itu adalah bertentangan
dengan Sunnah Nabi (S.a.w): Aku menegah kalian meminum minuman yang sedikit
apabila banyaknya memabukkan."[al-Darimi, al-Sunan, II, hlm. 113;
al-Nasai, al- Sunan, VIII, hlm. 301] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah
Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s- Sunnah
ciptaan mereka sendiri.
64. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menghalalkan
minuman keras al-Tala', tetapi Khalifah Umar menghalalkan minuman keras
al-Tala' (jenis anggur yang diperah) apabila ianya direbus dan dihilangkan dua
pertiganya.[al-Baihaqi, al- Sunan, VIII, hlm. 300; al-Nasai, al-Sunan, VIII,
hlm. 329; al-Muttaqi al- Hindi, Kanz al-Ummal, III, hlm. 109; Malik,
al-Muwatta',II, hlm. 180] Oleh itu ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan
Sunnah Rasulullah (S.a.w), "Setiap yang memabukkan adalah haram.
[al-Turmidhi, Sahih, I, hlm. 324; al-Nasai, al-Sunan, VIII, hlm.300] Justeru
itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-
Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
65. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak meneruskan
mengambil minuman keras (arak) setelah diterangkan Allah (swt) tentang
kemudharatannya, tetapi Khalifah Umar masih meminum minuman keras (arak) pada
masa Rasulullah (S.a.w) sehingga turunnya ayat di dalam Surah al-Maidah (5):91,
"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan
kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan
menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang, maka berhentilah kamu
(dari mengerjakan pekerjaan itu)." Di dalam keseronokan mabuknya dia
membaca beberapa bait syair antaranya: Katakan kepada Allah, adakah Dia
menegahku dari minumanku? Katakan kepada Allah, adakah Dia akan menegahku dari
makananku? Apabila sampai berita ini kepada Rasulullah ( S.a.w), beliau keluar
di dalam keadaan marah lalu memukul Umar. Dan Umar berkata: "Aku mohon
dengan Allah dari kemurkaan-Nya dan kemurkaan Rasul-Nya." Kemudian
turunlah ayat di dalam Surah al-Maidah (5):91,"Umar berkata: "Kami
telah menghentikannya, kami telah menghentikannya." Sepatutnya dia telah
menghentikan amalan tersebut apabila ayat kedua dalam Surah al-Baqarah (2):219
tentang khamr (arak) diturunkan. Kerana ianya sudah cukup sebagai peringatan
kepadanya sekalipun ianya bukanlah pengharaman sepenuhnya. Riwayat yang lain
pula mengatakan bahawa Umar masih berada di dalam majlis arak, tiba-tiba
seorang lelaki memberitahukan kepadanya bahawa ayat pengharaman arak secara
Qat'i telah diturunkan. Lalu dia berkata: Kami telah menghentikannya. kami
telah menghentikannya!" Sebenarnya majlis arak itu berlaku di kelab Abu
Talhah. Ibn Hajr di dalam Fath al-Bari, X, hlm. 30, telah menyenaraikan
nama-nama para sahabat yang terlibat di dalam majlis arak di kelab Abu Talhah
seperti berikut:
1. Abu Bakar bin Abi Qahafah pada masa itu berumur 58 tahun.
2. Umar bin al-Khattab pada masa itu berumur 45 tahun.
3. Abu Ubaidah al-Jarrah pada masa itu berumur 48 tahun.
4. Abu Talhah Zaid bin Sahal, tuan kelab pada masa itu berumur 44 tahun.
5. Suhail bin Baidha', wafat setahun selepas peristiwa tersebut,kerana sakit
tua.
6. Ubayy bin Ka'ab.
7. Abu Dujanah Samak bin Kharsyah.
8. Abu Ayyub al-Ansari.
9. Abu Bakar bin Syaghub.
10. Anas bin Malik sebagai pelayan mereka ( saqi al-Qaum) pada masa itu berumur
18 tahun.[al-Tabari, Tafsir, II, hlm. 203; Abu Daud,al- Sunan, II, hlm. 128;
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 53; al-Nasa'i, al-Sunan, VIII, hlm. 287;
al-Jassas, Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 245; al- Hakim, al-Mustadrak, II, hlm.
278; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, I. hlm. 252; Ibn Hajr, fath al-Bari, X,
hlm.30 dan lain-lain] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi
(S.a.w),malah mereka adalah Ahlu s- Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
66. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengenakan had
tanpa menurut hukum syarak. Tetapi Khalifah Umar telah mengenakan had tanpa
menurut hukum syarak. Seorang peminum arak dibawa kepadanya, lalu dia
memerintahkan Muti' bin al-Aswad supaya melakukan hukuman had ke atasnya.
Kemudian dia melihatnya memukulnya dengan pukulan yang kuat lalu dia berkata
kepadanya: "Anda telah membunuh lelaki itu. Berapa kalikah anda telah
memukulnya? Dia menjawab:" Enam puluh kali. Lalu Umar berkata: Jadikan dua
puluh pukulan yang belum dilaksanakan itu sebagai menepati pukulan anda
"yang kuat," maka jumlahnya cukup 80."Keduadua hukumannya itu
adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi (S.a.w) yang menghukum peminum arak
sebanyak 40 kali sebat.[al-Baihaqi, al- Sunan al-Kubra, VIII, hlm.317;
al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
67. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak berkata:
Sesiapa berkata aku seorang yang alim, maka dia adalah jahil , tetapi Khalifah
Umar berkata: Sesiapa berkata aku seorang yang alim, maka dia adalah jahil dan
sesiapa yang mengatakan dia mukmin maka dia adalah kafir."[al-Muttaqi
al-Hindi, Kanz al-Ummal, I, hlm. 103]
Kata-katanya yang pertama bertentangan dengan firman Tuhan di dalam Surah
al-Zumar (39): 9: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang
yang tidak mengetahui”{ (orang-orang jahil)?" Dan kedua, ianya
bertentangan dengan firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3): 52:
"Hawariyyun berkata: Kamilah penolong-penolong (agama) Allah, kami beriman
(ammana) kepada Allah." Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
68. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka menggalakkan kaum
Muslimin menziarahi Baitul Maqdis, tetapi Khalifah Umar tidak menggalakkan kaum
Muslimin menziarahi Baitul Maqdis kerana khuatir mereka akan membuat Haji
seperti di Mekah. Beliau memukul dua lelaki yang melintasi Baitul
Maqdis.[al-Muttaqi al- Hindi, Kanz al-Ummal, VII, hlm. 157], sunnahnya itu
adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w) yang menggalakkan kaum
Muslimin menziarahi atau beribadat pada tiga masjid. Rasulullah (S.a.w)
bersabda:"Pengembaraan diharuskan pada tiga masjid, Masjid Haram, Masjid
aku ini dan Masjid al-Aqsa'.[Ahmad bin Hanbal, al- Musnad, II, hlm. 234;
Muslim, Sahih, I, hlm. 392; al-Nasai, al-Sunan, II,hlm. 37] Justeru itu, mereka
bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar
atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
69. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak membentuk
majlis syura yang aneh dan menakutkan, tetapi Khalifah Umar telah membentuk
majlis syura yang aneh dan menakutkan. Dan ianya mesti ditamatkan dalam masa
tiga hari dan dikawal oleh 50 orang tentera yang lengkap dengan senjata. Dia
melantik enam orang; Sa'd bin Abu Waqas, Abdul Rahman bun Auf, Ali bin Abi
Talib, Talhah bin Ubaidillah, al-Zubair bin al-Awwam dan Uthman bin Affan.
Kemudian dia mencaci mereka dengan cacian-cacian yang tidak melayakkan mereka
menjadi khalifah. Kemudian dia berkata: Jika seorang daripada mereka menentang
dan lima bersetuju, maka bunuhlah dia. Jika dua menentang dan empat bersetuju
maka bunuhlah kedua-duanya. Dan jika tiga menentang dan tiga tiga bersetuju
maka pilihlah pihak yang ada Abdul Rahman bin Auf.[IbnQutaibah, al-Imamah
wal-Siyasah, I, hlm. 24]
Perhatikanlah bagaimana Khalifah Umar menghalalkan darah Muslimin di dalam
keadaan tersebut? Ini bererti jika Ali menentang, dia akan dibunuh. Oleh itu
hukumannya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi (S.a.w). Tidak halal
darah Muslim melainkan tiga perkara: Lelaki kafir selepas Islamnya, lelaki
berzina selepas Ihsannya, membunuh tanpa hak.[Ibn Majah, al-Sunan, II, hlm.
110] Sistem syura yang diciptakan oleh Umar itu adalah untuk menjauhkan Ali
(a.s) daripada menjadi khalifah seperti berikut:
1. Syura ini telah melahirkan permusuhan terhadap Ali (a.s). Talhah al- Tamimi
adalah dari keluarga Abu Bakar yang telah memindahkan khalifah dari Ali (a.s).
Abdul Rahman bin Auf adalah ipar Uthman, adalah di antara orang yang menentang
Ali (a.s). Dan dia di antara orang yang cuba membakar rumah Ali (a.s) kerana
keengganannya memberi bai'ah kepada Abu Bakar.Sa'd bin Abu Waqas adalah di
antara orang yang dendam terhadap Ali (a.s) kerana ramai daripada bapa-bapa
saudaranya telah dibunuh oleh Ali (a.s) kerana penyibaran Islam. Lantaran itu
dia lewat memberi bai'ah kepada Ali (a.s). Dan Uthman ketua Bani Umaiyyah yang
dikenali dengan permusuhan dan penentangan terhadap Bani Hasyim dan keluarga
Rasul-Nya. Justeru itu syura telah diciptakan begitu rupa adalah semata-mata
untuk menjauhkan Ali daripada jawatan khalifah.
2. Syura ini menjaukhkan Ali dari anasir-anasir yang membantunya di dalam
pemilihan, kerana tidak seorang pun orang Ansar dipilih di dalam majlis syura
tersebut. Perhatikanlah bagaimana khalifah Umar menjalankan politiknya yang
halus supaya Ali tidak terpilih di dalam syura tersebut.
3. Syura menjadikan Abdu r-Rahman sebagai penentu apabila tiga bersetuju dan
tiga lagi menentang. Apakah kelebihan Abdul Rahman bin Auf? Tidakkah dia
berkata kepadanya: Ada adalah firaun umat ini?"[Ibn Qutaibah, al-Imamah
wal-Siyasah, I,hlm. 24]
4. Syura melahirkan perebutan dan penentangan di kalangan anggotaanggotanya.
Sa'ad bin Abu Waqas dan Abdul Rahman patuh kepada Uthman. Dan berlakulah
sebagaimana yang berlaku. Justeru itu, mereka bukanlah Sunnah (S.a.w), malah
mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
70. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak berhasrat
untuk melantik Abu Ubaidah bin al-Jarrah sebagai khalifah, tetapi Khalifah Umar
berhasrat untuk melantik Abu Ubaidah bin al- Jarrah sebagai khalifah. Dia
berkata: "Sekiranya Abu Ubaidah bin al- Jarrah masih hidup, nescaya aku
melantiknya menjadi khalifah."[Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I,
hlm. 23]
Kata-kata Khalifah Umar itu adalah bertentangan dengan hadishadis Rasulullah
(S.a.w), di antaranya,"Ini Ali saudaraku, khalifahku, pewaris
ilmuku."[al-Turmudhi al-Hanafi, al-Kaukab al-Duriyy, hlm. 134]
Perhatikanlah bagaimana khalifah Umar tidak pernah terlintas di hatinya untuk
melantik Ali (a.s) sebagai khalifah. Malah majlis syura yang dibentuk olehnya
adalah semata-mata untuk menjauhkan Ali (a.s) dari jawatan tersebut dengan cara
yang paling halus. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),
malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka
sendiri.
71. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengubah nama
kinayah "Abu Isa", tetapi Khalifah Umar telah mengubah nama kinayah
"Abu Isa" (bapa Isa) yang diberikan oleh Rasulullah (S.a.w) kepada
al-Mughirah bin Syu'bah. Dan dia memanggilnya Abu Abdillah (bapa hamba Allah).
Dia berkata: Adakah Isa mempunyai bapa?
Cukup anda dipanggil Abu "Abdillah." Sebahagian sahabatnya berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah (S.a.w) telah memanggilnya Abu Isa."Dia
menjawab: "Rasulullah (S.a.w) telah diampuni dosanya. Tetapi kita tidak
mengetahui apakah akan dilakukan kita."Umar telah memanggilnya Abu
Abdillah sehingga dia mati.[Ibn Hajr, al-Isabah, II, hlm. 413; al-Baihaqi,
al-Sunan, IX, hlm. 310; Abu Daud, al-Sunan, II, hlm. 309]
Sepatutnya khalifah Umar tidak mengubah panggilan tersebut. Tetapi dia telah
mengubahnya kerana Isa tidak mempunyai bapa. Lantaran itu nama Abu Isa (bapa
Isa) tidak boleh dipanggil dan ianya suatu dosa sekalipun iannya dipanggil oleh
Rasulullah (S.a.w) sendiri.. Tetapi perbezaannya dosa beliau diampuni dan
dosanya belum tentu diampuni atau tidak. Justeru itu mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w),malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah
ciptaan mereka sendiri.
72. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melarang
menamakan anak-anak mereka dengan nama Nabi. Tetapi Khalifah Umar telah menulis
surat kepada penduduk Kufah supaya tidak menamakan anak-anak mereka dengan nama
Nabi. Dan memerintahkan sebahagian penduduk Madinah supaya mengubah nama-nama
mereka yang dinamakan dengan nama Muhammad.
Ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w) yang
mengizinkannya. Di antaranya Rasulullah (S.a.w) bersabda: Siapa yang mempunyai
tiga orang anak lelaki dan dia tidak menamakan seorang daripada mereka dengan
nama Muhammad, maka dia adalah orang seorang jahil."[al-Haithami, Majma'
al-Zawaid, VIII, hlm. 49] Dan apabila sebahagian sahabat memberitahukan
kepadanya bahawa Rasulullah (S.a.w) telah membenarkannya, lalu dia menarik
balik perintahnya. [Umdah al-Qari, VII, 143] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-
Sunnah ciptaan mereka sendiri.
73. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengenakan had
ke atas seorang yang berpuasa yang berada di dalam majlis minuman arak, tetapi
Khalifah Umar telah mengenakan had ke atas seorang yang berpuasa yang berada di
dalam majlis minuman arak. Mereka berkata: "Dia itu berpuasa." Umar
menjawab: "Kenapa dia berada bersama mereka."[al-Muttaqi al-Hindi,
Kanz al-Ummar, III, hlm. 101] Sepatutnya dia menyelidik kenapa lelaki itu
berada di tempat itu. Dan kenapa dia tidak mengenakan hukum ta'zir ke atasnya?
Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
74. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melarang kaum
Muslimin menamakan anak-anak mereka dengan namanama malaikat, tetapi Khalifah
Umar telah melarang kaum Muslimin menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama
malaikat. Diamendengar seorang lelaki memanggil kawanya bernama Dhu l- Qarnain.
Umar berkata: Kalian sudah selesai menggunakan nama-nama para Nabi maka
sekarang kalian mengguna nama-nama malaikat pula?[Ibn Hajr, Fath al-Bari, VI,
hlm. 295]
Persoalannya apakah yang menghalang seseorang itu menamakan anak-anak mereka
dengan nama-nama malaikat seperti al-Jibra'il, Mika'il, dan Israfil? Kerana
terjemahan nama-nama tersebut di dalam bahasa Arab ialah Abdullah, Ubaidillah
dan Abdul Rahman. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),malah
mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
75. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mengetahui tentang
hukum seorang yang telah menceraikan isterinya dengan talak dua di masa
Jahiliyah, tetapi Khalifah tidak mengetahui tentang hukum seorang yang telah
menceraikan isterinya dengan talak dua di masa Jahiliyah dan satu talak pada
masa Islam. Dia hanya berkata:"Aku tidak menyuruh anda dan aku tidak pula
melarang anda." Tetapi Abdul Rahman menjawab: Aku menyuruh anda bahawa
talak anda pada masa Jahiliyah tidak dikira."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz
al- Ummal, V, hlm. 161] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),
malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka
sendiri.
76. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w) nescaya mereka tidak mengharamkan
perkahwinan selama-lamanya ke atas seorang perempuan yang melakukan hubungan
jenis dengan hamba lelakinya, tetapi Khalifah Umar telah mengharamkan perkahwinan
selamalamanya ke atas seorang perempuan yang melakukan hubungan jenis dengan
hamba lelakinya kerana penakwilannya terhadap Surah al- Mukminun
(23):6,".....atau hamba-hamba yang mereka miliki." Umar bermesyuarat
dengan beberapa orang sahabatnya mengenainya. Mereka berkata: Ianya tidak boleh
direjam kerana dia telah menakwilkan ayat tersebut. Umar berkata: Tidak
mengapa! Demi Allah, aku mengharamkan ke atas anda perkahwinan selama-lamanya,
sebagai gantian kepada hukum had." Dan dia memerintahkan hamba lelaki
tersebut supaya "tidak menghampirinya." Oleh itu ijtihad Umar adalah
bertentangan dengan hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya.[al-Tabari, Tafsir, VI,
hlm. 68; al-Baihaqi, al-Sunan, VII, hlm. 127; Ibn Kathir, Tafsir, III, hlm.239]
Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
77. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memukul
seorang anak lelakinya yang memakai pakaian yang cantik dengan cemeti, tetapi
Khalifah Umar telah memukul seorang anak lelakinya yang memakai pakaian yang
cantik dengan cemeti sehingga dia menangis. Hafsah bertanya: Kenapa anda
memukulnya? Dia menjawab: Aku melihat dia bermegah dengan pakaiannya, lalu aku
memukulnya kerana aku suka membuatkan merasa rendah diri kepada-Nya."[al-
Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 96] Jikalau itulah tujuan khalifah Umar kenapa
dia menyalahi banyak hukum-hukum Allah dan Sunnah-sunnah Rasul-Nya dengan
menggunakan ijtihadnya? Dan adakah penggunaan ijtihadnya itu bagi menambahkan
perasaan rendah dirinya terhadap Allahdan Rasul-Nya? Justeru itu mereka
bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar
atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
78. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memukul
al-Jarud al-Amiri dengan cemeti, tetapi Khalifah Umar telah memukul al-Jarud
al-Amiri dengan cemeti apabila seorang daripada sahabatnya berkata kepada
al-Jarud:"Ini adalah penghulu kabilah Rabi'ah." Al-Jarud berkata,
"Kenapa anda memukulku wahai Amirul Mukminin? "Dia menjawab:
"Aku mendengar mereka berkata:Anda adalah penghulu kabilah Rabi'ah. Aku
khuatir ianya membuatkan anda merasa megah. [Ibn al-Jauzi, Sirah al-Umar, hlm.
178; al-Muttaqi al- Hindi, Kanz, al-Ummal, hlm. 167] Justeru itu, mereka
bukanlah Ahlu s- Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar
atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
79. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mengambil jizyah
daripada orang-orang Majusi, tetapi Khalifah Umat tidak mengambil jizyah
daripada orang-orang Majusi kerana dia tidak mengetahui bahawa mereka daripada
Ahlu l-Kitab sehingga dia diberitahu oleh Abdul Rahman bin Auf bahawa dia
mendengar Rasulullah (S.a.w) bersabda: Laksanakanlah hukum ke atas
"mereka" sebagaimana hukum Ahlu l-Kitab." Kemudian dia
melaksanakannya setahun sebelum dia wafat. Sepatutnya dia telah mengetahuinya
dan mengambil jizyah daripada mereka.[al-Khatib al-Tabrizi, Misykat-al-
Masabih, hlm. 334; Malik, al-Muwatta', hlm. 207; Ahmad bin Hanbal, al- Musnad,
I, hlm. 190; al-Baihaqi, al-Sunan, VIII, hlm. 234; Abu Ubaid, Kitab al-Amwal,
hlm. 32] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka
adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s- Sunnah ciptaan mereka sendiri.
80. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka memahami doa seorang
lelaki "Allahumma Ij'alni mina l-Qalil (Wahai Tuhanku jadikanlah aku di
kalangan orang yang sedikit), tetapi Khalifah Umar tidak memahami doa seorang
lelaki "Allahumma Ij'alni mina l-Qalil (Wahai Tuhanku jadikanlah aku di
kalangan orang yang sedikit)." Umar bertanya kepada lelaki itu:
"Apakah doa ini?" Lelaki itu menjawab:"Aku mendengar Allah
berfirman di dalam Surah al-Saba'(34):12 "Dan sedikit sekali (qalilun)
dari hamba-hambaku yang berterima kasih." Maka kau berdoa agar Dia
menjadikan aku di kalangan yang sedikit itu." Umar berkata: "Semua
orang lebih alim daripada Umar." [al-Suyuti, al-Durr al- Manthur, V, hlm.
229; al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, II, hlm. 445 dan lain-lain] Justeru itu,
mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah
Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
81. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak berhasrat
melantik Mu’adh bin Jabal sebagai khalifah, tetapi Khalifah Umar berhasrat
melantik Muadh bin Jabal sebagai khalifah. Dia berkata: "Sekiranya Muadh
bin Jabal masih hidup, nescaya aku melantiknya menjadi khalifah. "[Ibn
Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 23] Kata-katanya itu adalah bertentangan
dengan ucapanya di hari Saqifah, bahawa Quraisy tidak akan meredhai selain dari
Quraisy. Muadh bin Jabal bukanlah Quraisy dan dia adalah orang Ansar. Dan ianya
bertentangan dengan 'hadis' para Imam adalah dari Quraisy. Justeru itu mereka
bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar
atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
82. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak meludah surat
persetujuan khalifah Abu Bakar, tetapi Khalifah Umar telah meludah surat
persetujuan khalifah Abu Bakar tentang penanaman tanah terbiar oleh Uyainah bin
Hasin dan al-Aqra' bin Habis kerana tidak bersetuju dengan rancangan tersebut.
Kemudian memadamkannya pula. Akhirnya khalifah Abu Bakar mengakui bahawa kuasa
yang sebenar berada di tangan Umar.[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al- Ummal, VI,
hlm. 335; Ibn Hajr, al-Isabah, V, hlm. 56] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s- Sunnah Umar atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
83. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengatakan
bahawa menjadi kerabat Rasulullah (S.a.w) tidak ada guna, tetapi Khalifah Umar
mengatakan bahawa menjadi kerabat Rasulullah (S.a.w) tidak ada guna dan tidak
terlepas dari Allah (swt). Lalu Rasulullah (S.a.w) memarahinya. Ibn Abbas
meriwayatkan bahawa apabila wafatnya anak lelaki Safiyyah, ibu saudara
Rasulullah (S.a.w) menangis dengan suara yang kuat. Maka Nabi (S.a.w) pun
datang dan bertanya: "Wahai ibu saudaraku! Apakah yang membuatkan anda
menangis? Dia menjawab: "Anak lelakiku telah mati. Rasulullah (S.a.w)
bersabda: Wahai ibu saudaraku! Sesiapa yang mati walaupun seorang anak di dalam
Islam, dan dia bersabar, Allah akan membina sebuah rumah di syurga. Kemudian
dia keluar dan berjumpa Umar.
Maka Umar berkata kepadanya:Kekerabatan anda dengan Rasulullah (S.a.w) tidak
akan terlepas dari Allah (swt). Lalu Safiyyah menangis lagi. Dan ianya
didengari oleh Nabi (S.a.w) Nabi (S.a.w) memarahinya (Umar). Kemudian Nabi
(S.a.w) memerintahkan supaya dilakukan azan dan Nabi (S.a.w) lalu berkhutbah:
"Apakah gerangan orang-orang yang menyangkakan bahawa kerabatku tidak ada
guna?" Beliau bersabda lagi, "Setiap nasab terputus pada hari Kiamat
melainkan nasab keturunanku kerana ianya terjalin di dunia dan di
akhirat."[al-Haithami, Majma' al-Zawa'id] Lantaran itu, ijtihad Umar itu
menyalahi Sunnah Rasulullah (S.a.w). Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah
Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
84. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menyanyi
kerana ia mengurangkan kewarakan seorang pemimpin, tetapi Khalifah Umar
menyanyi dan sahabatnya menyuruhnya menyanyi. Harith bin Abdullah bin Abbas
daripada bapanya berkata bahawa dia berjalan bersama Umar di suatu jalan di
Makkah di dalam masa pemerintahannya, bersamanya Muhajirin dan Ansar. Umar
menyanyikan satu nyanyian, lalu seorang lelaki dari Iraq berkata kepadanya:
Teruskan nyanyian itu wahai Amirul Mukminin."Maka Umarpun menjadi malu
kemudian memecutkan untanya dengan laju.[al- Muttaqi al-Hindi, Kanz
al-Ummal,VII, hlm. 336; al-Baihaqi, al-Sunan,V, hlm. 69] Justeru itu, mereka
bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar
atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
85. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mempunyai latar
belakang keperibadian yang baik serta dihormati, tetapi Khalifah Umar pada masa
jahiliyyah dikenali dengan Umair, "penternak kambing". Khalid bin
Du'laj meriwayatkan daripada Qatadah bahawa dia berkata suatu hari Umar keluar
bersama al-Jarud al-Abdi dari masjid, tiba-tiba dia terserempak dengan seorang
wanita di tengah jalan. Lalu Umar memberi salam kepadanya. Maka dia pun
menjawab salamnya dan berkata: "Wahai Umar! Pada masa dahulu anda
dinamakan Umair di pasar Ukkaz menternak kambing dengan tongkat anda. Kemudian
beberapa hari sahaja berlalu anda menamakan Umar pula kemudian beberapa hari
sahaja berlalu sehingga anda menamakan Amirul Mukminin. Lantaran itu, bertakwalah
kepada Allah wahai Umar."[Ibn Abd Birr, al-Isti'ab, II, hlm. 723; Ibn
Hajr, al-Isabah, VIII (1), hlm. 69]
86. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak bertengkar
sehingga meninggikan suara mereka di hadapan Nabi (S.a.w), tetapi Khalifah Umar
dan Abu Bakar telah bertengkar sehingga meninggikan suara mereka di hadapan
Rasulullah (S.a.w). Abu Bakar berkata:"Wahai Rasulullah lantiklah al-Aqra'
bin Habis bagi mengetuai kaumnya." Umar berkata: Wahai Rasulullah!
Janganlah anda melantiknya sehingga mereka menengking dan meninggikan suara
mereka di hadapan Rasulullah (S.a.w)." Lalu diturunkan ayat di dalam Surah
al-Hujurat (49):2, "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya
dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap
sebahagian yang lain, supaya tidak terhapus pahala amalanmu, sedangkan kamu
tidak menyedari." Sepatutnya mereka berdua bertanya dan merujuk kepada
Rasulullah (S.a.w) mengenai.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, IV, hlm. 6;
al-Tahawi, Musykil al-Athar, I, hlm. 14-42] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Abu Bakr
atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
87. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memukul dengan
cemeti seorang lelaki bernama Sabigh sehingga berdarah di belakangnya kerana
dia bertanya tentang huruf-huruf al- Qur'an,tetapi Khalifah Umar telah memukul
dengan cemeti seorang lelaki bernama Sabigh sehingga berdarah di belakangnya
kerana dia bertanya tentang huruf-huruf al-Qur'an (Mutasyabih al-Qur'an).
Beberapa hari kemudian dia berkata kepada khalifah Umar: Jika anda mahu
membunuhku, bunuhlah dengan baik. Dan jika anda mahu mengubatiku, aku sekarang
sudah sembuh." Kemudian Umar menulis surat kepada Abu Musa al-Asy'ari
supaya tidak membenarkan orang ramai bergaul dengannya. Tindakan itu
menyulitkan kehidupannya. Lalu Abu Musa al-Asy'ari menulis surat kepada
khalifah Umar supaya membenarkan orang ramai bergaul dengannya kerana dia sudah
bertaubat. Kemudian khalifah Umar membenarkannya.[al-Darimi,al- Sunan, I, hlm.
54; Ibn Asakir, Tarikh, VI, hlm. 384; Ibn al-Jauzi, Sirah Umar, hlm. 109]
Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
88. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w).), nescaya mereka mengetahui ilmu
Qira'at al-Qur'an, tetapi Khalifah Umar tidak mengetahui ilmu Qira'at
al-Qur'an. Diriwayatkan daripada Ibn Mujaz dia berkata: Ubayy meriwayatkan
daripada Ibn Mujaz dia berkata:"Ubayy membaca ayat 107 di dalam Surah
al-Maidah, "Mani Iladhina Istahaqqa 'Alaihim al-Aulayyan. Umar berkata
kepada Ubayy: Anda telah berbohong. Ubayy menjawab: Anda lebih banyak berbohong
"Seorang lelaki berkata kepada Ubayy: Anda membohongi Amirul Mukminin? Dia
menjawab: Aku lebih memuliakan Amirul Mukminin daripada anda. tetapi aku
membohonginya kerana membenarkan Kitab Allah dan aku tidak membenarkan Amirul
Mukminin untuk membohongi Kitab Allah.
Umar menjawab:"Ya, betul."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, I,
hlm, 285; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 344] Justeru itu, mereka
bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s- Sunnah Umar
atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
89. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka membaca surah
al-Fatihah pada rakaat pertama, tetapi Khalifah Umar pernah tidak membaca surah
al-Fatihah pada rakaat pertama. Manakala rakaat kedua dia membaca Surah
al-Fatihah dua kali. Apabila dia selesai sembahyang dan salam dia sujud dua
sujud sahwi.[Ibn Hajar, Fath al- Bari, III, hlm. 69; al-Baihaqi, al-Sunan
al-Kubra, II,hlm. 382] Ibrahim al- Nakh'i berkata: "Umar bin al-Khattab
sembahyang Maghrib tanpa membaca sesuatupun sehingga dia memberi salam. Apabila
selesai dia bertanya: Adakah anda tidak membaca sesuatupun? Umar menjawab:
Aku menyediakan tentera ke Syam....Maka Umarpun mengulangi sembayangnya dan
orang lainpun mengulanginya. Daripada Sya'bi bahawa Abu Musa al-Asy'ari berkata
kepada Umar, Wahai Amirul Mukminin! Adakah anda membaca di dalam hati anda
sesuatu."Dia menjawab: Tidak. Maka dia menyuruh diazan dan diiqamatkan,
lalu Umar mengulangi sembahyang dan merekapun mengulanginya.[al- Muttaqi al-Hindi,
Kanz al-Ummal, IV, hlm. 213; al-Baihaqi, al-Sunan, II, hlm. 342]
90. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menyetubuhi
hamba mereka pada siang hari bulan Ramadhan, tetapi Khalifah Umar telah
menyetubuhi seorang hamba (nya) pada siang hari bulan Ramadhan. Al-Dar al-Qutni
di dalam Sunannya Kitab al-Siyam, bab al-Qublah Li s-Siam (Perbahasan Mengenai
Puasa dan Bab Kucupan Bagi Orang yang Berpuasa) telah meriwayatkan dengan
sanadnya daripada Sa'id bin al-Musayyab bahawa Umar telah datang kepada para
sahabatnya dan berkata: Apakah pendapat kalian tentang perkara yang aku telah
melakukannya hari ini? Pada mulanya aku berpuasa, tiba-tiba seorang hamba
wanita melintasiku, dia mempersonakanku, maka aku pun menyetubuhinya. Orang
ramai menjadi riuh dengan kelakuannya itu sedangkan Ali (a.s) berdiam sahaja.
Lalu Umar bertanya kepada Ali (a.s): Apa pendapat anda? Beliau menjawab: Anda
telah melakukan perkara yang halal tetapi pada siang hari Ramadhan. Lalu Umar
berkata: Fatwa anda adalah lebih baik dari fatwa mereka. [Ibn Sa'd, Tabaqat,
II, Bhg. II, hlm. 102]
Persoalannya: Sekiranya khalifah Umar mengetahui hukumnya, apakah yang
mendorongnya bertanya kepada para sahabatnya dan kemudian kepada Ali (a.s)?
Sekiranya dia tidak mengetahuinya, apakah yang menyebabkan dia berani
melakukannya sebelum dia mengetahui halalnya dengan bertanyakan hukumnya?
Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s- Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
91. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak bercakap di
dalam sembahyang, tetapi Khalifah Umar ketika sembahyang bersama Nabi (S.a.w)
telah menyeru Badwi penjual susu supaya berhenti di tempatnya. Al-Haithami di
dalam Majma' al-Zawa'id, II, hlm. 62, meriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri
bahawa Nabi (S.a.w) sedang sembahyang tiba-tiba seorang Badwi datang dengan
susunya. Kemudian Nabi (S.a.w) memberikan isyarat kepadanya, tetapi dia (Badwi)
tidak memahaminya. Lalu Umar memanggilnya: Wahai Badwi! Berhentilah di
situ." Apabila Nabi (S.a.w) memberi salam, beliau bertanya: Siapakah yang
bercakap tadi? Orang ramai menjawab: Umar." Lalu Nabi (S.a.w) bersabda:
Ilmu fikah mana yang diikutinya! (sehingga dia boleh bercakap di dalam sembahyang)."
Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s- Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
92. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mengetahui
pengertian al-Abb di dalam Surah Abasa (80):32...." , tetapi Khalifah Umar
tidak mengetahui pengertian al-Abb di dalam Surah Abasa (80):32...."dan
buah-buahan serta rumput-rumputan (Abban)." Sepatutnya dia mengetahui
pengertian tersebut. [al-Hakim, al- Mustadrak, II, hlm. 514] Justeru itu,
mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah
Umar atau Ahlu s- Sunnah ciptaan mereka sendiri.
93. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka dapat memahami
pengertian al-Haraj di dalam Surah al-Hajj (22): 78," tetapi Khalifah Umar
tidak dapat memahami pengertian al-Haraj di dalam Surah al-Hajj (22): 78,
"Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu
kesempitan. Lalu dia bertanya kepada seorang lelaki dari Bani Madlaj: Apakah
pengertian al-Haraj (suatu kesempitan)? Lelaki itu menjawab: "al-Dhaiq
(kesempitan)."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al- Ummal, I, hlm. 257] Justeru
itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu
s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
94. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka membawa berkat dan
rahmat kepada semua makhluk, tetapi Khalifah Umar telah menyiram satu pokok
kurma tetapi ianya tidak berbuah sementara Nabi (S.a.w) menyiram pokok-pokok
kurma yang banyak, kesemuanya berbuah. al-Baihaqi di dalam Sunannya, IX, hlm.
321 telah meriwayatkan sanadnya daripada Abdullah bin Baridah daripada bapanya
bahawa Salman al-Farisi berkata: Rasulullah (S.a.w) menyiram pokok-pokok kurma
selain satu pokok yang disiramkan oleh Umar.
Kesemua pokok yang disiramkan oleh Nabi (S.a.w) pada tahun itu berbuah, hanya
satu pokok yang disiramkan oleh Umar yang tidak berbuah. Maka Rasulullah
(S.a.w) bertanya: Siapakah yang menyiramkan pokok kurma yang tidak berbuah itu?
Mereka menjawab: Umar. Lalu Rasulullah (S.a.w) menyiramkan pokok tersebut dan
mengeluarkan buah pada akhir tahunnya. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-
Sunnah ciptaan mereka sendiri.
95. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mampu memahami
ungkapan seorang wanita yang merayu mengenai suaminya, tetapi Khalifah Umar
tidak mampu memahami ungkapan seorang wanita yang merayu kepada Umar mengenai
suaminya. Dia berkata: Sesungguhnya suamiku berpuasa di siang hari dan
beribadat di waktu malam." Umar tidak memahami ungkapan tersebut, malah
dia berkata:"Anda mempunyai suami yang baik. Lalu seorang lelaki di majlis
itu memberitahukan kepadanya maksud ungkapannya, Dia merayu mengenai suaminya
yang tidak menidurinya. Kemudian Umar meminta lelaki tersebut supaya memberi
hukuman di antara mereka berdua.[al- Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 96 dan
lain-lain] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah
mereka adalah Ahlu s- Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
96. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka memahami pengertian
"kezaliman" di dalam Surah al-An'am (6): 82," tetapi Khalifah
Umar tidak memahami pengertian "kezaliman" di dalam Surah al-An'am
(6):82, "Orang-orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka
dengan kezaliman."Dia bertanya kepada Ubayy bin Ka'ab tentang pengertian
tersebut. Ubayy bin Ka'ab berkata: Maksud kezaliman di dalam ayat tersebut
ialah Syirk. Tidakkah anda pernah mendengar ucapan Luqman kepada anak lelakinya
di dalam firman-Nya Surah Luqman (31):13, "Wahai anakku, janganlah kamu
mempersekutukan Allah, sesungguhnya Syirk itu adalah benar-benar kezaliman yang
besar. [al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 305] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
98. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka menjalankan
pemerintahan dengan lembut dan hikmah, tetapi Khalifah Umar telah menjalankan
pemerintahannya agak kasar dan aggresif dan menakutkan kebanyakan rakyat biasa
sehingga seorang wanita yang sedang hamil, gugur kandungannya kerana takutkan
Umar, tetapi aneh sekali di dalam peperangan dia merupakan seorang yang selalu
melarikan diri.[al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 46; al-Hakim, al-Mustadrak, III,
hlm. 37] Talhah berkata kepada Abu Bakar:"Kenapa anda melantik ke atas
kami seorang yang kasar? [Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 26]
Tindakannya itu telah menambahkan kemarahan orang ramai. Lantaran itu, ianya
bertentangan dengan Rasulullah (S.a.w) yang telah menjalankan pemerintahannya
dengan lembut dan berbudi pekerti yang tinggi dan bersifat defensif. Justeru
itu, mereka bukanlah Ahlu s- Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu
s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
99. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak membantah Nabi
(S.a.w) melakukan sembahyang ke atas jenazah Abdullah bin Ubayy, tetapi
Khalifah Umar telah membantah Nabi (S.a.w) supaya tidak melakukan sembahyang ke
atas jenazah Abdullah bin Ubayy dan menarik beliau dengan kuat. Al-Bukhari di
dalam Sahihnya, bab al-Jana'iz, bab al-Kafn Fi al-Qamis telah meriwayatkan
dengan sanadnya daripada Abdullah bin Umar bahawa apabila Abdullah bin Ubayy
meninggal dunia, anak lelakinya berjumpa Nabi (S.a.w) dan meminta baju
Rasulullah (S.a.w) untuk dikapankan bersama bapanya. Lantas Rasulullah (S.a.w)
memberikan kepadanya. Apabila Rasulullah (S.a.w) mahu mengerjakan sembahyang ke
atasnya, Umarpun menariknya dengan kuat dan berkata: Tidakkah Allah telah
melarang anda dari mengerjakan sembahyang ke atas Munafiqin? Beliau menjawab:
Aku diberi pilihan di antara dua perkara tersebut. Maka Nabi (S.a.w) meneruskan
sembahyangnya. [al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 185] Justeru itu mereka bukanlah
Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
100. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak meninggikan
suaranya terhadap Rasulullah (S.a.w), tetapi Khalifah Umar telah meninggikan
suaranya terhadap Rasulullah (S.a.w). Muslim di dalam Sahihnya, Bab Waqt
al-Isya' wa ta'khiruha meriwayatkan dengan sanadnya daripada Ibn Syihab
daripada Urwah bin al-Zubair bahawa Aisyah berkata: Pada suatu malam Rasulullah
(S.a.w) telah melambatkan sembahyang 'Isya'(atamah), lalu beliau tidak keluar
dari rumahnya sehingga Umar melaung:
Wanita-wanita dan kanak-kanak telah tidur! Lantas Rasulullah (S.a.w) bersabda
kepada orang-orang di masjid ketika beliau keluar...Sehingga Ibn Syihab
memberitahukan kepadaku bahawa Rasulullah (S.a.w) bersabda: Janganlah kalian
mendesak Rasul supaya menyegerakan sembahyang. Ini berlaku apabila Umar
melaungkan kepada beliau supaya mengerjakan sembahyang dengan segera. Justeru itu
mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah
Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
101. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak membelakangi
perintah Rasulullah (S.a.w), tetapi Khalifah Umar membelakangi perintah
Rasulullah (S.a.w) sebaliknya mematuhi permintaan ketua Musyrikin, Abu Sufian.
Rasulullah (S.a.w) melarang para sahabatnya menjawab pertanyaan Abu Sufyan di
dalam Perang Uhud kerana khuatir kaum Musyrikin mengetahui bahawa beliau masih
hidup dan menyerang balas dengan cepat. Abu Sufyan ingin mendapatkan kepastian
tersebut. Lalu dia bertanya: Adakah Muhammad masih hidup? Rasulullah (S.a.w)
bersabda: Janganlah kalian menjawab pertanyaannya. Kemudian dia bertanya kepada
Umar secara khusus:
Wahai Umar, aku merayu kepada anda supaya anda memberitahukan kepadaku, adakah
kami telah membunuh Muhammad? Lantas Umar menjawab: Tidak! Beliau sedang
mendengar percakapan anda. [Ibn Jarir, Ibn al-Athir di dalam Tarikh-tarikh
mereka bab "Peperangan Uhud"] Sepatutnya khalifah Umar mematuhi
perintah Rasulullah (S.a.w) dengan tidak membocorkan maklumat tersebut.
Lantaran itu, ijtihadnya adalah menyalahi Sunnah Rasulullah (S.a.w). Justeru
itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-
Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
102. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memanggil
seorang wanita yang hamil kerana ingin bertanya kepadanya sesuatu yang
menakutkannya, tetapi Khalifah Umar telah memanggil seorang wanita yang hamil
kerana ingin bertanya kepadanya sesuatu yang menangkutkannya, tetapi disebabkan
ketakutannya kepada khalifah Umar kandungannya menjadi gugur. Dia meminta fatwa
para sahabat mengenainya. Mereka berkata: Anda tidak wajib membayar apa-apapun
kepadanya. Lalu Ali berkata: Sekiranya mereka ingin menjaga hati anda, bererti
mereka telah menipu anda. Dan sekiranya ini adalah ijtihad mereka, maka mereka
telah bersalah. Oleh itu anda bersalah dan wajib memerdekakan seorang hamba. [Ibn
Abil Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, I, hlm. 58] Justeru itu mereka bukanlah
Ahlu s- Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
103. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mencaci Abu
Hurairah kemudian memukulnya sehingga berdarah Tetapi Khalifah Umar mencaci Abu
Hurairah kemudian memukulnya sehingga berdarah dan berkata: Semasa aku melantik
anda ke Bahrain anda tidak mempunyai apa-apapun, meskipun sepasang kasut. Kini anda
mempunyai ternakan kuda dan dinar yang banyak. Umar berkata lagi, Wahai musuh
Allah dan musuh kitabNya! Anda telah mencuri harta Allah! [Ibn Abd Rabbih,
al-Aqd al-Fariq, I, hlm. 26] Khalifah Umar memandang Abu Hurairah sebagai
seorang yang tidak boleh diharapkan, dan tidak mempunyai amanah lalu memukulnya
sehingga berdarah.
Perhatikanlah bagaimana sikap khalifah Umar terhadap Abu Hurairah. Kenapa kita
Ahlu s-Sunnah memarahi Syi'ah kerana menolak Abu Hurairah? Sepatutnya kita
lebih memarahi khalifah Umar kerana sikap dan perbuatannya terhadap Abu
Hurairah. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),malah mereka
adalah Ahlu s- Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
104. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengkritik
(lamiza) Nabi (S.a.w), dan cara beliau membahagi-bahagikan harta sadaqah,
tetapi Khalifah Umar mengkritik (lamiza) Nabi ((S.a.w)dan cara beliau
membahagi-bahagikan harta sadaqah. Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, I, hlm.
20 meriwayatkan daripada Salman bin Rabi'ah, dia berkata:"Aku mendengar
Umar berkata: Rasulullah (S.a.w) membahagi-bahagikan sesuatu, maka aku berkata:
Wahai Rasulullah, Ahlu s-Suffah adalah lebih berhak daripada mereka. Dia
berkata: Rasulullah (S.a.w) bersabda: Anda bertanya kepadaku tentang
perkaraperkara yang keji dan anda menyangka aku seorang yang bakhil sedangkan
aku bukanlah seorang yang bakhil. Aku berkata: Beliau meneruskan pembahagian
tersebut menurut apa yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya. Diriwayatkan daripada
Abu Musa bahawa Umar telah bertanya kepada Rasulullah perkara-perkara yang
dibenci oleh Rasulullah, lantas beliau marah sehingga Umar melihat mukanya
berubah. Al-Bukhari juga telah meriwayatkannya di dalam Sahihnya, I, hlm. 19,
bab al-'Ilm, dan bab al-Ghadhab fi al-Mau'izah wa al-Ta'lim idha Ra'a ma
yakrahu. Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka
adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
105. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memaksa
Jabalah bin al-Aiham supaya mengikat dirinya sendiri atau membiarkan dirinya
diikat kerana dia telah menampar seorang lelaki dari Zararah, tetapi Khalifah
Umar telah memaksa Jabalah bin al-Aiham supaya mengikat dirinya sendiri atau
membiarkan dirinya diikat kerana dia telah menampar seorang lelaki dari Zararah
yang telah memijak kainnya ketika dia sedang melakukan tawaf. Apabila tiba
waktu malam, Jabalah dan kaumnya seramai lima ratus orang keluar dari Makkah
menuju Istanbul. Kemudian mengisytiharkan menganuti ugama Kristian kerana
menentang tindakan Umar. Walau bagaimanpun Jabalah berdukacita di atas apa yang
berlaku kerana perasaan kasih kepada Islam masih wujud di hatinya tetapi
kemarahan kepada tindakan Umar tetap membara.[Ibn Abd Rabbih, al-Aqd al-Farid,
I, hlm. 187] Lantaran itu, tindakan Umar yang terburu-buru tanpa kebijaksanaan
telah membuat Jabalah dan kaumnya seramai lima ratus orang meninggalkan ugama
Islam dan memeluk ugama Kristian. Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s- Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
106. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengenakan
'Aul di dalam ilmu Faraidh, tetapi Khalifah Umar adalah orang yang pertama
mengenakan 'Aul di dalam ilmu Faraidh. [al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm.
137] Sunnahnya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w) yang tidak
mengenakan 'Aul. Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah
mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
107. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memindahkan
maqam Ibrahim dari tempat yang diletakkan oleh Nabi (S.a.w) Tetapi Khalifah
Umar adalah orang yang pertama memindahkan maqam Ibrahim dari tempat yang
diletakkan oleh Nabi (S.a.w) iaitu dekat dengan Ka'bah, ke tempat yang ada
sekarang iaitu tempat di masa jahiliyyah.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa, hlm.
137] . Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka
adalah Ahlu s- Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
108. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengurangkan
takbir solat jenazah kepada empat takbir, tetapi khalifah Umar adalah orang
yang pertama mengurangkan takbir solat jenazah kepada empat takbir.[al-Suyuti,
Tarikh al-Khulafa, hlm. 137] Memang tidak dinafikan bahawa terdapat riwayat
yang lemah yang menyatakan Nabi (S.a.w) melakukan empat takbir bagi sembahyang
jenazah, tetapi apa yang anehnya khalifah Umar telah memerintahkan supaya
melakukan empat takbir sahaja. [AbuYusuf, Kitab al-Athar, hlm. 39] Ini bererti
dia memansuhkan riwayat yang mencatatkan bahwa Nabi (S.a.w) melakukan
sembahyang jenazah dengan lima takbir. Apa yang menghairankan ialah mengapa
para sahabat berselisih pendapat tentang bilangan takbir ini.
Mengikut Imam Ja'far al-Sadiq (a.s) daripada bapa dan datuknya bahawa Nabi
(S.a.w) melakukan sembahyang jenazah dengan lima takbir.[al-Tusi, Tahdhib
al-Ahkam, III, hlm. 3-5] Daripada Abu al-A'la, ia berkata: Aku telah sembahyang
di belakang Zaid bin al-Arqam (sembahyang jenazah) maka ia melakukan lima
takbir, maka Abu Isa Abdu r-Rahman bin Abi Laila berkata kepadanya sambil
memegang tangannya: Adakah anda lupa? Dia menjawab: Tidak, tetapi aku
sembahyang di belakang Nabi (S.a.w) dan beliau mentakbirkan lima takbir dan aku
tidak meninggalkannya selama-lamanya. [Ibn Hanbal, al- Musnad, I, hlm. 370]
Al-Tahawi meriwayatkan daripada Yahya bin Abdullah al-Taimi, ia berkata: Aku
sembahyang bersama Isa, hamba Huzaifah bin al- Yaman, maka ia melakukan takbir
lima kali, kemudian dia berpaling kepada kami dan berkata: Aku tidak keliru dan
tidak lupa tetapi aku telah mentakbirkan mengikut cara tuan aku Huzaifah
al-Yaman, dia sembahyang jenazah dengan lima takbir: Kemudian dia berpaling
kepada kami dan berkata: Aku tidak keliru dan tidak lupa tetapi aku telah
takbir lima takbir sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah (S.a.w)
[Umadah al-Qari, IV, hlm. 129]
Berdasarkan hadis-hadis tersebut dan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para
Imam Ahlu l-Bait, maka tetaplah bahawa Nabi (S.a.w) melakukan lima takbir bagi
sembahyang jenazah. Oleh itu sunnah Umar mengurangkan kepada empat takbir
adalah bertentangan dengan kebiasaan perbuatan Rasulullah (S.a.w). Justeru itu
mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s- Sunnah
Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
109. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memberi
hukuman bahawa talak tiga jatuh sekaligus, tetapi Khalifah Umar telah memberi
hukuman bahawa talak tiga jatuh sekaligus. Sedangkan talak pada masa Rasulullah
(S.a.w) dan khalifah Abu Bakar ialah tiga kali sebagaimana terdapat di dalam
al-Qur'an.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 314; Muslim, Sahih, I, hlm.
574] Sunnahnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi (S.a.w)dan firman
Tuhan di dalam Surah al-Baqarah (2): 229: "Talak (yang dapat dirujuk) dua
kali.
Setelah itu boleh dirujuk lagi dengan cara yang baik atau menceraikan dengan
cara yang baik." Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),
malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s- Sunnah ciptaan mereka
sendiri.
110. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melarang dan
mengharamkan seorang itu "menangis" ke atas mayat, tetapi Khalifah
Umar melarang dan mengharamkan seorang itu "menangis" ke atas mayat,
sedangkan ia adalah harus dan dilakukan oleh Rasulullah (S.a.w) ke atas Hamzah
(r.a). Oleh itu sunnah Umar yang menyatakan "mayat diazab dengan tangisan
orang yang hidup" adalah bertentangan dengan hadis Rasulullah (S.a.w) yang
melarang Umar dari menegah wanita-wanita menangis ke atas mayat. Rasulullah
(S.a.w) bersabda: Wahai Umar biarkan mereka menangis, kerana jiwa berdukacita,
mata mengalirkan air mata [Ibn Majah, al-Sunan, I, hlm. 481; al-Hakim,
al-Mustadrak, I, hlm. 381; Ibn Hanbal, al-Musnad, II, hlm. 408] Dan ianya juga
bertentangan dengan firman-Nya di dalam Surah al- an-An'am (6): 164: "Dan
seseorang yang membuat dosa tidak akan memikul dosa orang lain." Lantaran
itu, kenapa simati disiksa kerana tangisan orang yang hidup? Justeru itu,
mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s- Sunnah
Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
111. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menambahkan
hukum sebat bagi peminum arak dari 40 sebatan kepada 80 kali sebatan, tetapi
Khalifah Umar adalah orang yang pertama menambahkan hukum sebat bagi peminum
arak dari 40 sebatan kepada 80 kali sebatan.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm.
137] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka
adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
112. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menciptakan
solat Tarawih pada bulan Ramadhan, tetapi Khalifah Umar adalah orang yang
pertama menciptakan solat Tarawih pada bulan Ramadhan. Ianya tidak pernah
dilakukan oleh Nabi (S.a.w) [al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 136] ] Justeru
itu, mereka bukanlah Ahlu s- Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu
s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
113. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak membuangkan
perkataan "Hayya 'ala Khairul 'Amal" di dalam azan dan iqamah, tetapi
Khalifah Umar adalah orang yang pertama membuangkan perkataan "Hayya 'ala
Khairul 'Amal" di dalam azan dan iqamah.
Sedangkan ianya adalah sebahagian daripada azan Rasulullah (S.a.w) [al-Halabi,
al-Sirah, II, hlm. 110] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s- Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
114. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menambahkan
perkataan "al-Solah Khairun mina n-Naum" di dalam azan subuh, tetapi
Khalifah Umar adalah orang yang pertama yang menambahkan perkataan
"al-Solah Khairun mina n-Naum" di dalam azan subuh. Ianya tidak
dilakukan oleh Rasulullah (S.a.w) [al-Halabi, al-Sirah, hlm.110] Justeru itu,
mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah
Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
115. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melakukan
kesalahan dalam masalah pusaka "datuk" dengan saudara lelaki, tetapi
Khalifah Umar telah melakukan kesalahan dalam masalah pusaka "datuk"
dengan "saudara lelaki." Umar telah bertanya Rasulullah (S.a.w)
mengenainya, maka Rasulullah (S.a.w) menjawab: "Aku fikir sampai matipun
kamu tidak akan memahaminya." Ubaidah al-Salmani berkata: Aku telah
menghafaz untuk Umar mengenai "datuk" lebih dari 100 masalah.
[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,VI, hlm. 15] Justeru itu, mereka bukanlah
Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
116. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka dapat menyelesaikan
masalah al-Kalalah, tetapi Khalifah Umar tidak dapat menyelesaikan masalah
al-Kalalah yang diakuinya sendiri, dia berkata:
Jika aku mengetahui al-Kalalah, adalah lebih baik bagiku dari istanaistana di
Syam."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VI, hlm.20. Justeru itu, mereka
bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar
atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
117. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mempunya keilmuan
yang tinggi, apatah lagi jika seorang itu menjadi pemimpin, tetapai Khalifah
Umar mengakui kekurangan ilmunya terutamannya jika dibandingkan dengan Ali
(a.s). Pengakuanpengakuannya telah dicatat di dalam buku-buku Ahlu s-Sunnah. Di
antaranya Umar berkata:
(a) Sekiranya tidak ada Ali nescaya binasalah Umar."
(b) Wahai Tuhanku! Jangan tinggalkan aku di dalam permasalahan di mana Abu
l-Hassan tidak ada."
c) "Wanita telah lemah melahirkan orang seperti Ali bin Abi Talib dan
sekiranya tidak ada Ali nescaya binasalah Umar."
d) "Anak lelaki al-Khattab binasa sekiranya tidak ada Ali bin Abi
Talib."
e) "Kembalikan percakapan Umar kepada Ali. Sekiranya tidak ada Ali nescaya
binasalah Umar."
f)"Aku memohon perlindungan dengan Allah dari sebarang permasalahan di
mana Abu l-Hassan tidak ada."[Lihat umpamanya al-Tabari, Dhakai'r al-Uqba,
hlm. 81; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, I, hlm. 288] Pengakuanpengakuan Umar di
atas menunjukkan dengan jelas bahawa :
a) Ali adalah lebih alim dan lebih mulia daripada Umar. Dan pengakuannya tidak
boleh difahami sebagai tawaduknya. Kerana pengakuan tersebut dilakukan selepas
permasalahan hukum tidak dapat diselesaikan olehnya. Malah Umar juga mengakui
bahawa orang ramai lebih alim daripadanya. "Setiap orang itu lebih alim
daripada Umar."
b) "Orang ramai lebih mengetahui ilmu Fiqh daripada Umar ."
c) "Setiap orang lebih mengetahui ilmu Fiqh daripada Umar sehingga
anak-anak dara sunti di khemah-khemah."
d) "Setiap orang lebih mengetahui daripada anda wahai Umar."
e) "Setiap orang lebih mengetahui daripada Umar sehingga anak-anak dara
sunti di rumah-rumah." Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s- Sunnah Nabi
Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri, malah mereka
adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s- Sunnah ciptaan mereka sendiri.
118. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mencintai sunnah
Nabi (S.a.w) daripada sunnah Umar, tetapi khalifah Umar berpendapat bahawa
sunnahnya adalah lebih baik daripada Sunnah Nabi (S.a.w), umpamanya memindahkan
maqam Ibrahim dari tempat yang diletakkan oleh Nabi (S.a.w) iaitu dekat dengan
Ka'bah, ke tempat yang ada sekarang iaitu tempat di masa jahiliyyah.[al-Suyuti,
Tarikh- al-Khulafa, hlm. 137] . Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s- Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
119. Jika mereka Ahl al-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka diizinkan untuk
mengerjakan solat jenazah ke atas Fatimah (a.s), tetapi khalifah Umar dan
kumpulannya tidak diizinkan oleh Fatimah AH untuk mengerjakan solat ke atasnya.
Dia berwasiat kepada suaminya Ali (a.s) supaya Abu Bakr dan Umar tidak
diizinkan mengerjakan solat ke atasnya. Kerana perbuatan mereka berdua yang
menyakitkan hatinya, khususnys mengenai Fadak [Al-Bukhari, Sahih, VI,hlm. 196;
Ibn Qutaibah, al-Imamah Wa al-Siyasah, I, hlm.14; Abu l-Fida, Tarikh,I,
hlm.159; al-Tabari, Tarikh, III, hlm.159]. Nabi (S.a.w) bersabda:"
Sesungguhnya Allah marah kepada kemarahanmu (Fatimah) dan redha dengan
keredhaanmu." [Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm.153; al-Muttaqi al-Hindi,
Kanz al-Ummal, VII, hlm.219] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar dan kumpulannya atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
120. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melarang
mengerjakan sembahyang sunat selepas fardhu 'Asar, tetapi Khalifah Umar
melarang mengerjakan sembahyang sunat selepas fardhu 'Asar, sedangkan Nabi
(S.a.w) tidak pernah meninggalkan sembahyang dua rakaat sunat selepas
sembahyang 'Asar. 'Urwah bin al-Zubair daripada bapanya, daripada 'Aisyah dia
berkata: Rasulullah (S.a.w) tidak pernah meninggalkan dua rakaat sembahyang
sunat selepas fardhu 'Asar.[Muslim, Sahih,I, hlm.50] Justeru itu, mereka
bukanlah Ahlu s- Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar
atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
121. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengatakan
tidak wajib sembahyang(solat) bagi orang yang berjunub ketika tidak ada air,
tetapi Khalifah Umar mengatakan tidak wajib sembahyang (solat) bagi orang yang
berjunub ketika tidak ada air.[Ibn Majah, al-Sunan, I, hlm. 200; al-Nasai,
al-Sunan, I,hlm. 59] Oleh itu sunnahnya itu adalah bertentangan dengan Surah
al-Maidah (5):6"…maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah...."
Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
121. Jika mereka Ahl al-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak dirahsiakan
tentang makam Fatimah a.s, tetapi khalifah Umar dan kumpulannya telah
dirahsiakan tentang lokasi makam Fatimah A.H, kerana Fatimah a.s berwasiat
kepada suaminya supaya merahsiakan makamnya daripada mereka berdua. Nabi
(S.a.w) bersabda: Sesungguhnya Allah marah kepada kemarahanmu (Fatimah) dan
redha dengan keredhaanmu. [Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm.153; al-Muttaqi
al-Hindi, Kanz al-Ummal, VII, hlm.219] ] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar dan kumpulannya
atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
122. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menambahkan
perkataan "al-Solah Khairun mina n-Naum" di dalam azan subuh,tetapi
Khalifah Umar adalah orang yang pertama yang menambahkan perkataan
"al-Solah Khairun mina n-Naum" di dalam azan subuh. Ianya tidak
dilakukan oleh Rasulullah (S.a.w). [al-Halabi, al- Sirah, hlm.110] Justeru itu,
mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah
Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
123. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melakukan
kesalahan dalam masalah pusaka "datuk" dengan "saudara lelaki,
tetapi Khalifah Umar telah melakukan kesalahan dalam masalah pusaka
"datuk" dengan "saudara lelaki." Umar telah bertanya
Rasulullah (S.a.w) mengenainya, maka Rasulullah (S.a.w) menjawab: Aku fikir
sampai matipun kamu tidak akan memahaminya." Ubaidah al-Salmani berkata:
Aku telah menghafaz untuk Umar mengenai "datuk" lebih dari 100
masalah."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VI, hlm. 15] Justeru itu
mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah
Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
124. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menyamakan
bayaran jizyah, tetapi Khalifah Umar telah menyamakan bayaran jizyah. Ianya
bertentangan dengan Sunnah Nabi (S.a.w) bahawa satu dinar adalah jizyah bagi
setiap (zimmi) yang akil baligh sahaja. [Ibn Abd al-Birr, al-Isti'ab, II,hlm.
460; Ibn Abil Hadid, Syarh, Nahj al-Balaghah, III, hlm. 178] Justeru itu mereka
bukanlah Ahlu s- Sunnah Nabi (S.a.w),malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar
atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
125. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka dapat menjawab
soalan-soalan yang dikemukan kepada mereka, apatah lagi jika seorang itu
menjadi pemimpin, tetapi Khalifah Umar tidak dapat menjawab soalan-solan yang
dikemukakan kepadanya oleh Raja Rome. Kemudian dia meminta Ali (a.s) supaya
menjawabnya. Ibn Musayyab berkata:"Raja Rome menulis surat kepada khalifah
Umar supaya memberikan jawapan kepada beberapa soalan yang dikemukakannya. Amma
Ba'd. Sesungguhnya aku bertanya kepada anda beberapa soalan, oleh itu
beritahukan kepadaku jawapannya:
1. Apakah perkara yang tidak dijadikan Allah?
2. Apakah perkara yang tidak diketahui Allah?
3. Apakah perkara yang tidak ada di sisi Allah?
4. Apakah perkara yang semuanya mulut?
5. Apakah perkara yang semuanya kaki?
6. Apakah perkara yang semuanya mata?
7. Apakah perkara yang semuanya sayap?
8. Siapakah lelaki yang tida ada keluarga?
9. Apakah perkara yang tidak dikandung oleh rahim?
10. Apakah perkara yang bernafas tetapi tidak ada roh?
11. Apakah yang dikatakan oleh suara loceng gereja?
12. Apakah perkara yang terangkat sekali sahaja?
13. Apakah pokok di mana orang yang berjalan dibayangannya selama seratus tahun
belum dapat melintasinya dan apakah seumpamannya di dunia ini?
14. Apakah tempat yang tidak pernah terkena cahaya matahari melainkan sekali
sahaja?
15. Apakah pokok yang tumbuh tanpa air?
16. Beritahukan kepadaku tentang Ahli Syurga; mereka makan, minum tanpa kencing
dan berak dan apakah seumpama mereka di dunia ini?
17. Di antara hiasan di syurga ialah mangkuk-mangkuk yang cantik dan setiap
mangkuk mempunyai berbagai-bagai warna yang tidak bercampur di antara satu sama
lain, apakah seumpamannya di dunia ini?
18. Beritahukan kepadaku tentang seorang hamba wanita yang keluar dari buah
epal di syurga tanpa sebarang kekurangan?
19. Beritahukan kepadaku tentang seorang hamba wanita di dunia untuk dua orang
lelaki dan di akhirat hanya untuk seorang lelaki sahaja?
20. Beritahukan kepadaku tentang anak-anak kunci syurga apakah ia? Ali (a.s)
membaca surat tersebut dan menjawabnya serta merta.
Bismi llahi r-Rahman r-Rahim. Amma ba'd. Sesungguhnya aku telah membaca surat
anda wahai Raja Rome dan aku menyeru anda dengan pertolongan Allah,
keberkatan-Nya dan keberkatan Nabi kami Muhammad (S.a.w).
1. Adapun perkara yang tidak "dijadikan" Allah ialah “al-Qur'an”
kerana ia adalah kalam-Nya dan sifat-Nya begitu juga kitab-kitab-Nya yang lain.
Allah SWT adalah qadim dan "sifat-sifat"Nya juga qadim.
2. Adapun perkara yang tidak diketahui oleh Allah ialah kata-kata
anda,"Dia mempunyai anak lelaki, teman wanita dan rakankongsi."Allah
tidak sekali-kali mempunyai anak dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain)
bersertaNya."[Surah al-Mukminun (23): 91] dan "Dia tidak beranak dan
tidak pula diperanakkan."[Surah al- Ikhlas(112):3]
3. Adapun perkara yang tidak ada di sisi Allah ialah kezaliman,"Dan
sekali-kali tidaklah Tuhanmu menganiaya hamba-hamba-Nya."[Surah
Fussilat(41):46]
4. Adapun perkara yang semuanya mulut ialah api. Api menjilat apa yang
dicampakkan kepadanya.
5. Adapun perkara yang semuanya kaki ialah air.
6. Adapun perkara yang semuanya mata ialah matahari.
7. Adapun perkara yang semuanya sayap ialah angin.
8. Adapun lelaki yang tidak ada keluarga ialah Adam (a.s).
9. Adapun perkara yang tidak dikandung oleh rahim ialah tongkat Musa, berbiri
Ibrahim, Adam dan Hawa.
10. Adapun perkara yang bernafas tetapi tidak mempunyai roh ialah "Subuh
apabila fajarnya mulai menyingsing [Surah al-Takwir(81):18]
11. Adapun apa yang dikatakan oleh loceng gereja:Taqqan, haqqan, haqqan,
mahlan, mahlan, 'adlan, 'adlan, sidqan,sidqan, taqqan, sesungguhnya dunia telah
memperdaya dan mempesonakan kita. Dunia berlalu abad demi abad. Setiap hari
yang berlalu, melemahkan kedudukan kita. Sesungguhnya kematian memberitahukan
kita bahawa sesungguhnya kita sedang berada di dalam suatu perjalanan. Lantaran
itu tempatkanlah kami di mana-mana.
12. Adapun perkara yang terangkat sekali sahaja ialah bukit Tursina manakala
Banu Isra'il menderhaka kepada Tuhan. Jarak di antaranya dengan Baitul Maqdis
adalah beberapa hari perjalanan. Allah SWT telah mencabutkan satu bahagian
kecil darinya dan dijadikannya dua sayap dari cahaya. Lalu Dia mengangkatnya di
atas mereka sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-'Araf (7): 171: "Dan
(ingatlah) ketika kami mengangkat bukit ke atas mereka, seakan-akan bukit itu
naungan awan dan mereka yakin bahawa bukit itu akan jatuh menimpa mereka.
"Dan Dia berfirman kepada Bani Isra'il sekiranya mereka tidak beriman Dia
akan menjatuhkannya ke atas mereka dan manakala mereka beriman, Dia
kembalikannya di tempatnya yang asal.
13. Adapun pokok di mana orang yang berjalan di bayangannya selama seratus
tahun belum dapat melintasinya ialah Pokok Tuba iaitu di Sidrah al-Muntaha di
langit yang ketujuh. Di situlah berakhirnya amalan manusia, ianya dari
pokok-pokok syurga. Tidak ada istana atau rumah di syurga melainkan ianya
ditutupi oleh dahan-dahannya, seumpamanya di dunia ini ialah matahari, puncanya
satu dan cahayanya di setiap tempat.
14. Adapun tempat yang tidak terkena cahaya matahari melainkan sekali sahaja
ialah tanah laut di mana Allah membelahkan laut untuk Nabi Musa AS. Lalu air
melambung tinggi seperti bukit dan tanah itu menjadi kering kerana terkena
cahaya matahari ke atasnya kemudian air laut kembali ke tempatnya.
15. Adapun pokok yang tumbuh tanpa air ialah Pokok Yunus. Ianya merupakan satu
mukjizat baginya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Saffat (37): 146:
"Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pokok dari jenis labu."
16. Adapun makanan ahli syurga seumpama mereka di dunia ini ialah janin di
perut ibunya, menghisap makanan dari pusatibunya, tanpa kencing dan berak.
17. Adapun warna-warna yang bermacam-macam di satu mangkuk seumpamanya di dunia
ini ialah sebiji telur yang mempunyai dua warna; putih dan kuning dan
kedua-duanya tidak akan bercampur.
18. Adapun hamba wanita yang keluar dari epal seumpamanya di dunia ini ialah
ulat yang keluar dari epal dan tidak berubah.
19. Adapun hamba wanita yang dimiliki oleh dua lelaki ialah seperti satu pokok
kurma yang dimiliki di dunia ini oleh Mukmin sepertiku dan oleh orang kafir
seperti anda. Dan ianya menjadi milikku sahaja di akhirat kerana ia berada di
syurga sedangkan anda tidak memasukinya.
20. Adapun anak-anak kunci syurga ialah Lailaha illa llah Muhammadan
Rasulullah. Ibn al-Musayyab berkata: "Apabila raja Rome membacanya dia
berkata:"Percakapan seperti ini tidak dapat diucapkan melainkan oleh
seorang yang datang dari "rumah kenabian."[al-Hafiz al-'Asimi di
dalam Zain al-Fata, di dalam penerangannya mengenai Surah Hal Ata, Sibt Ibn
al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 87] Justeru itu mereka bukanlah
Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),malah mereka adalah Ahlu s- Sunnah Umar atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
126. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak
mempersendakan Nabi (S.a.w) di masa hidupnya, apatah lagi di masa sakitnya dan
selepas kematinyanya, tetapi khalifah Umar dan kumpulannya telah mempersendakan
Nabi (S.a.w) dengan menolak Sunnah Nabi (S.a.w) di hadapannya ketika beliau
sedang sakit “ dia sedang meracau” (al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim,
Sahih, III, hlm. 69), kemudian menghahalang penyibarannya. (Ibn Sa'd, Tabaqat,
V hlm. 140; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, V, hlm. 237, al-Dhahabi,
Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm.3] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s- Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar dan kumpulannya atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
127. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengubah
Sunnah Nabi (S.a.w),tetapi khalifah Umar telah mengubah sebahagian daripada
Sunnah Nabi (S.a.w) (Lihat umpamanya, al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm.137),
“kemudian datang kaum selepasnya menjadikan sunnah umar sebagai agama. Lalu
mereka beribadat dengannya bagi menghampiri diri mereka kepada Allah
SWT”.Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka
adalah Ahlu s-Sunnah Umar dan kumpulannya atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka
sendiri.
128. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memberikan
harta dari Baitulmal melebihi apa yang sepatutnya. Tetapi Khalifah Umar telah
memberikan harta dari Baitulmal melebihi apa yang sepatutnya. Dia telah
memberikan 'Aisyah dan Hafsah sepuluh ribu dirham setiap tahun.[Ibn al-Athir,
al-Kamil, II, hlm. 35] Sedang dia menahan khums Ahlul Bait (a.s) [al-Jassas,
Ahkam al-Qur'an, III, hlm. 61] Dia juga telah menarik balik Fadak dari Fatimah
as yang telah diberikan kepadanya oleh ayahandanya Rasulullah (S.a.w). Justeru
itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu
s-Sunnah Umar atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
BAHAGIAN
KETIGA
JIKA
KHALIFAH UTHMAN DAN PENGIKUTNYA AHLU S-SUNNAH NABI S.A.W, NESCAYA MEREKA TIDAK
MENENTANG SUNNAH NABI S.A.W
Khalifah Uthman dianggap contoh yang unggul sebagai pelaku atau pengamal Sunnah
Nabi (Sa.w) selepas khalifah Umar, tetapi para ulama Ahlu s -Sunnah wa
l-Jama‘ah juga mencatat sebaliknya di dalam buku-buku mereka. Sekiranya mereka
berbohong di dalam catatan mereka, maka mereka tidak boleh dipercayai lagi dan
bertanggungjawab di hadapan Allah (swt). Dan sekiranya catatan mereka itu
betul, kenapa kita menolaknya dan terus memusuhi Sunnah Nabi (S.a.w) yang
bertentangan dengan sunnah Uthman? Justeru itu, adakah khalifah Uthman dan
pengikut-pengikutnya Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w)? Berikut di kemukakan
sebahagian daripada sunnah khalifah Uthman yang bertentangan dengan al-Qur’an
dan Sunnah Nabi (S.a.w) serta akal yang sejahtera:
1. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melarang kaum
Muslimin dari meriwayat dan menulis Sunnah Nabi (S.a.w) dengan sepenuhnya.
Tetapi Khalifah Uthman telah melarang kaum Muslimin dari meriwayat dan menulis
Sunnah Nabi (S.a.w) dengan sepenuhnya. Dia berkata: "Tidak boleh bagi
seseorang meriwayatkan hadis yang tidak diriwayatkan pada masa Abu Bakar dan
Umar.( Muntakhab al-Kanz fi Hamisy Musnad Ahmad, IV, hlm. 64; al-Darimi, al-
Sunan, I, hlm. 132; Ibn Sa'd, Tabaqat, II, hlm.354] Persoalannya: Jika Sunnah
Nabi pada masa khalifah Abu Bakar dan Umar telah dilarang dari diriwayat dan
dituliskan, apa lagi yang tinggal pada masa khalifah Uthman? Malah khalifah
Uthman hanya menuruti Sunnah dua khalifah yang terdahulu. Justeru itu
ketiga-tiga khalifah tersebut telah melarang atau sekurang-kurangnya tidak
memberi kebebasan kepada kaum Muslimin untuk meriwayat atau menulis Sunnah
Rasulullah (S.a.w) yang menjadi sumber kedua pentingnya selepas al-Qur'an.
Oleh itu ianya bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w), "Allah
memuliakan seseorang yang mendengar hadisku. Kemudian dia menjaganya dan
menyebarkannya pula. Kadangkala pembawa ilmu (hadis) membawanya kepada orang
yang lebih alim daripadanya dan kadangkala pembawa ilmu (hadis) bukanlah
seorang yang alim."[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 437; al-Hakim,
al-Mustadrak, I, hlm. 78]. Dan sabdanya, "Siapa yang ditanya tentang ilmu,
maka dia menyembunyikannya, Allah akan membelenggukannya dengan api
neraka."[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 263]. Lantaran itu tidak hairanlah
jika hadis atau Sunnah Nabi (S.a.w) mulai ditulis secara resminya pada
maspemerintahan Umar bin Abdu l-Aziz." Justeru itu mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
2. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mendahulukan
khutbah Hari Raya di dalam solat Hari Raya, tetapi Khalifah Uthman adalah orang
pertama yang mendahulukan khutbah Hari Raya di dalam solat Hari Raya. Ianya
adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w).[al-Suyuti, Tarikh
al-Khulafa', hlm. 137] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),
malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka
sendiri.
3. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka menjalankan hukum
Qisas ke atas pembunuh dengan sengaja, tetapi Khalifah Uthman tidak menjalankan
hukum Qisas ke atas Ubaidullah bin Umar al-Khattab kerana membunuh Hurmuzan dan
Jufainah.
Sebaliknya membawanya ke Kufah dan membenarkannya menetap di sana. Kaum
Muslimin menentang Sunnahnya.[Ibn Hajr, al-Isabah, I, hlm. 619; Ibn Sa'd,
Tabaqat, V, hlm. 8-10] Oleh itu pembekuan khalifah Uthman terhadap hukum bunuh
Ubaidullah bin Umar yang telah membunuh Hurmuzan dan Jufainah adalah satu
perbuatan yang menyalahi nas seperti berikut:
a). Pembunuhan yang dilakukan oleh Ubaidullah hanya berpegang kepada kata-kata
Abdur Rahman bin Abu Bakar yang berkata: "Aku lalu di hadapan Abu Lu'luah
petang semalam bersama Jufaifah dan Hurmuzan," ini bererti Abdu r-Rahman
bin Abu Bakar tidak benar-benar menyaksikan peristiwa itu, dan ini bererti dia
bukanlah seorang saksi yang melihat peristiwa tersebut, sedangkan pembunuhan
memerlukan dua saksi.
b) Khalifah Uthman berkata: "Hurmuzan tidak mempunyai wali, oleh itu walinya
ialah orang-orang Islam, aku adalah khalifah kamu dan aku telah
mengampunkannya."[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 141; Ibn Sa'd, Tabaqat, V,
hlm. 10]
c) Ali berkata: "Bunuhlah fasiq ini (Ubaidullah bin Umar) kerana dia telah
melakukan perkara yang besar, iaitu membunuh seorang Muslim tanpa kesalahan,
" lalu dia berkata kepada Ubaidullah, "Wahai si fasiq, jika aku
menang dengan kamu pada suatu hari, aku mesti membunuh kamu kerana kamu telah
membunuh Hurmuzan."Kata-kata Ali menunjukkan beliau mempercayai bahawa
Ubaidullah telah melakukan pembunuhan yang tidak patut dilakukan terhadap
Hurmuzan dan Jufainah (Ibid).
d) Mengemukakan Qamazaban sebagai wali Hurmuzan adalah bertentangan dengan
kenyataan khalifah Uthman sendiri bahawa Hurmuzan tidak mempunyai wali dan
beliau sendiri mengakui bahawa beliaulah yang mengampunkan Ubaidullah dan bukan
Qamazaban. Oleh itu riwayat yang mengatakan Qamazaban sebagai wali Hurmuzan dan
mengampunkan Ubaidullah adalah riwayat maudhuk (palsu), kerana ia telah
diriwayatkan oleh al-Surriy yang meriwayatkan daripada Syu'aib daripada Saifbin
Umar daripada Abi al-Mansur. Saif bin Umar adalah "seorang khayalan"
yang menciptakan seorang khayalan yang lain bernama Abdullah bin Saba' di mana
kedua-dua orang tersebut tidak pernah wujud dan ianya ditulis oleh penulis yang
tidak diketahui bagi membenarkan apa yang dilakukan oleh sahabat-sahabat
tertentu seperti Uthman dan lain-lain, lantaran itu riwayat tersebut mesti
ditolak.
e) Hurmuzan dan Jufainah keduanya adalah Muslim, berasal dari Farsi. Ali
sendiri menyatakan bahawa Hurmuzan adalah seorang Muslim, "Bunuhlah fasiq
itu (Ubaidullah) kerana ia telah melakukan perkara yang besar, iaitu membunuh
seorang Islam tanpa dosa. "[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 141; Ibn Sa'd,
Tabaqat, V, hlm. 10] Dengan itu alasan bahawa Hurmuzan dan Jufainah adalah
kafir adalah bertentangan dengan kata-kata Ali (a.s) dan pembunuh mereka
mestilah dibunuh balas.
f) Khalifah Umar bin al-Khattab sendiri berkata selepas ia ditikam: Aku tidak
tahu apa yang sebenarnya berlaku, buatlah penelitian apabila aku mati dan
dapatkan saksi yang menyatakan Hurmuzan adalah pembunuhku, jika ada saksi, maka
darahnya adalah menepati darahku dan sekiranya tidak ada saksi maka bunuhlah
Ubaidullah kerana dia telah membunuh Hurmuzan sdan Jufainah." Oleh itu
saksi dalam kespembunuhan tersebut adalah tidak jelas dan tidak mencukupi dua
orang saksi lantaran itu tidak hairanlah apabila Ali a.s menjadi khalifah ia
menuntut Ubaidullah supaya ia dibalas bunuh, lalu Ubaidullah berlindung di bawah
jagaan Muawiyah di Syam dan akhirnya ia terbunuh di Siffin.
Oleh itu pembekuan hukum qisas oleh khalifah Uthman terhadap Ubaidullah bin
Umar yang telah membunuh Hurmuzan dan Jufainah adalah menyalahi nas. Justeru
itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu
s-Sunnah Uthman atau Ahlu s- Sunnah ciptaan mereka sendiri.
4. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w).), nescaya mereka tidak memberikan
khums Afrika Utara kepada Marwan bin Hakam, tetapi Khalifah Uthman telah
memberikan khums Afrika Utara kepada Marwan bin Hakam, kemudian Marwan
membelanjakannya untuk membina istana. Justeru itu perbuatannya adalah
bertentangan dengan nas.[Surah al-Anfal (8): 41] sebagaimana juga ia telah
dinyatakan oleh Ibn Abd Rabbih: "Di antara kebencian orang ramai terhadap
Uthman ialah memberi fadak kepada Marwan, dan apabila dia membuka Afrika Utara
ia mengambil khums dan memberikannya kepada Marwan."[Ibn Abd Rabbih,
al-Iqd al-Farid, II, hlm. 261; Ibn Qutaibah, al-Imamah wal- Siyasah, I, hlm.
32] Oleh itu terbukti bahawa ijtihad Uthman memberi fadak dan khums Afrika
kepada Marwan adalah bertentangan dengan nas. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
5. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengharamkan
Haji Tamattu', sedangkan ia adalah halal. Tetapi Khalifah Uthman mengharamkan
Haji Tamattu', sedangkan ia adalah halal. Ali a.s menentang ijtihadnya itu
kerana ia menyalahi nas.[al- Bukhari, Sahih, III, hlm. 69; Muslim, Sahih, I,
hlm. 349] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka
adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
6. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memerintahkan
supaya direjam seorang perempuan bersuami yang mengandung 6 bulan, tetapi
Khalifah Uthman memerintahkan supaya direjam seorang perempuan bersuami yang
mengandung 6 bulan.
Apabila Ali (a.s) mengetahuinya, beliau menentang hukum tersebut kerana ia
bertentangan dengan Surah al-Ahqaf (46): 15 dan Surah al- Baqarah (2): 233.
Kedua-dua ayat tersebut bererti masa penyusuan ialah 24 bulan dan masa
mengandung yang paling kurang ialah 6 bulan. Sepatutnya khalifah Uthman
menangguhkan hukuman tersebut dan menyelamatkan kandungan yang tidak berdosa
itu.[Malik, al-Muwatta', II, hlm. 176; al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm.
42] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
7. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melakukan solat
4 rakaat di Mina, sedangkan Rasulullah (S.a.w) melakukan solat di Mina 2
rakaat, tetapi Khalifah Uthman melakukan solat 4 rakaat di Mina, sedangkan
Rasulullah (S.a.w) melakukan solat di Mina 2 rakaat. Daripada Abdullah bin Umar
berkata: "Rasulullah (S.a.w) melakukan solat dengan kami di Mina 2 rakaat
begitu juga Abu Bakar, Umar dan Uthman di masa awal pemerintahannya. Kemudian
Uthman sembahyang 4 rakaat. "Abdullah bin Umar apabila melakukan solat
bersama khalifah Uthman di Mina beliau melakukan solat 4 rakaat, tetapi apabila
melakukan solat seorang diri, dia melakukan 2 rakaat. [al- Bukhari, Sahih, II,
hlm. 154; Muslim, Sahih, II, hlm. 260] Sepatutnya khalifah Uthman mengikut
Sunnah Nabi (S.a.w) yang melakukan 2 rakaat Qasar zuhur, Asar dan Isyak di
Mina. Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka
adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
8. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak lari di dalam
Perang, tetapi Khalifah Uthman telah lari di dalam Perang Uhud kemudian kembali
ke rumahnya selepas tiga hari. Perbuatan ini adalah bertentangan dengan prinsip
jihad di dalam al-Qur'an dan Sunnah Nabi (S.a.w). [Ibn Hajr, al-Isabah, II,
hlm. 190] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka
adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
9. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memukul Abu
Dhar kemudian mengusirnya ke Rabzah, tetapi Khalifah Uthman telah memukul Abu
Dhar kemudian mengusirnya ke Rabzah. Tindakannya itu ialah disebabkan Abu Dhar
mengkritiknya kerana menggunakan harta Baitulmal untuk keluarganya.[Ibn Abd
al-Birr, al- Isti'ab, I, hlm. 114; al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 162;
al-Syahrastani, al-Milal, I, hlm. 26] Abu Dhar berkata: Sesungguhnya anda telah
melakukan perkara yang tidak ada di dalam Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Demi
Tuhan, aku melihat kebenaran dipadamkan,kebatilan dihidupkan, kebenaran
dibohongi, cintakan kebendaan tanpa ketakwaan.[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 16]
Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
10. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memanggil
pulang al-Hakam bin al-As dari Taif ke Madinah, tetapi Khalifah Uthman telah
memanggil pulang al-Hakam bin al-As dari Taif ke Madinah, sedangkan al-Hakam
adalah seorang yang dilaknati dan diusir oleh Rasulullah (S.a.w). Oleh itu
tindakannya itu adalah bertentangan dengan nas.[al-Tabari, Tarikh, V, hlm. 60]
Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
11. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka melaksanakan hukum
had ke atas al-Walid bin Uqbah kerana meminum arak, tetapi Khalifah Uthman
tidak melaksanakan hukum hudud ke atas al-Walid bin Uqbah kerana meminum arak.
Dia mengerjakan solat Subuh empat rakaat di dalam keadaan mabuk dan bertanya:
Adakah aku perlu menambah lagi rakaatnya? Mereka menjawab: Tidak, kami telah
mengerjakan solat kami. "Mereka memberitahu khalifah Uthman mengenainya,
lantas khalifah Uthman memarahi mereka, lalu memukul saksi-saksi tersebut.
Kemudian mereka memberitahu Aisyah mengenainya.
Aisyah berkata: "Uthman telah membatalkan hudud dan memukul saksi-saksi.
[Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm. 638; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm.
91-92; al-Tabari, Tarikh, V, hlm. 60; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 144]
Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s- Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
12. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak berpendapat
bahawa tidak wajib mandi janabah bagi seorang yang menyetubuhi isterinya tanpa
keluar mani, tetapi Khalifah Uthman berpendapat bahawa tidak wajib mandi
janabah bagi seorang yang menyetubuhi isterinya tanpa keluar mani. [Muslim, Sahih,
I, hlm. 142. Sunnahnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi (S.a.w),
"Apabila bertemu dua khatan, maka wajiblah mandi janabah."[Ahmad bin
Hanbal, al-Musnad, VI, hlm. 47; al-Turmudhi, Sahih, I, hlm. 16] Justeru itu
mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah
Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
13. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mewajibkan
zakat kuda sedangkan Rasulullah (S.a.w) tidak mewajibkannya, tetapi Khalifah
Uthman mewajibkan zakat kuda sedangkan Rasulullah (S.a.w), tidak mewajibkannya.
Rasulullah (S.a.w) bersabda, "Aku memaafkan kalian zakat kuda dan hamba.
"[al- Buladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 26; al-Bukhari, Sahih, III, hlm.
30; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 62; al-Syafi'i, al-Umm, II, hlm. 22;
Muslim, Sahih, I, hlm. 136] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi
(S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s- Sunnah ciptaan
mereka sendiri.
14. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memerintahkan
orang lain supaya tidak mengqasarkan solat melainkan orang yang benar-benar di
dalam kesusahan atau kehadiran musuh, tetapi Khalifah Uthman telah
memerintahkan gabenor-gabenor-nya supaya tidak mengqasarkan solat melainkan
orang yang benar-benar di dalam kesusahan atau kehadiran musuh.[al-Jassas,
Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 312; al-Baihaqi, Sunan, III, hlm. 137; Ibn Rusyd,
Bidayah al- Mujtahid, I, hlm. 163] Tindakannya itu adalah bertentangan dengan
firman-Nya di dalam Surah al-Nisa' (4):10:"Dan apabila kamu berpergian di
muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu mengqasarkan solat(mu)."
Sebagaimana ianya bertentangan dengan Sunnah Nabi (S.a.w) yang mutlak. Justeru
itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu
s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
15. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memukul
seorang sehingga patah tulang rusuknya tanpa sebab yang munasabah,tetapi
Khalifah Uthman telah memukul Abdullah bin Mas'ud sehingga patah tulang
rusuknya,kerana tidak mahu menyerahkan mushapnya kepada Uthman. Abdullah bin
Mas'ud memberitahu kepada Ammar supaya Uthman tidak melakukan solat jenazah ke
atasnya nanti.
Uthman meminta maaf, tetapi Abdullah bin Mas'ud berkata:"Aku memohon
kepada Allah supaya mengambil hak aku ke atas anda."[Ibn al-Athir, Usd
al-Ghabah, III, hlm. 259; Ibn Kathir, Tarikh, VII, hlm. 163; al-Suyuti, Tarikh
al-Khulafa', hlm. 157] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w),
malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka
sendiri.
16. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka melantik orang
Muhajirin dan Ansar di dalam mengendalikan urusan pemerintahan, tetapi Khalifah
Uthman tidak melantik orang Muhajirin dan Ansar di dalam mengendalikan urusan
pemerintahannya, dan tidak bermesyuarat dengan mereka pula. Malah melantik
kerabat-kerabatnya dari Banu Umaiyyah. [al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 32],
sedangkan mereka terdiri daripada orang-orang yang layak untuk memegang jawatan
penting seperti gabenor-gabenor dan lain-lain. Tetapi Uthman melantik
keluarganya al-Walid bin Uqbah sebagai gabenor di Basrah yang terkenal dengan
pemabuk. [al-Tabari, Tarikh, V, hm. 60] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah
Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah
ciptaan mereka sendiri.
17. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengambil
tempat khas (hima) untuknya dan kerabat-kerabatnya, tetapi Khalifah Uthman telah
mengambil tempat khas (hima) untuknya dan kerabat-kerabatnya. Dia melarang kaum
Muslimin menggunakan tempat-tempat tersebut yang mengandungi rumput-rumput dan
lainlain, sedangkan Rasulullah (S.a.w) menjadikan tempat-tempat tersebut milik
bebas kaum Muslimin iaitu mereka bebas memiliki air, rumput, dan api secara
saksama. Rasulullah (S.a.w) bersabda: "Kaum Muslimin berkongsi di dalam
tiga perkara, rumput-rumputan, air dan api."[al-Halabi, Sirah Nabawiyyah,
II, hlm. 78; Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 32] Justeru itu,
mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah
Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
18. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak membina
rumah-rumah mewah untuk isterinya Na'ilah dan anak perempuannya Aisyah dengan
menggunakan wang Baitulmal, tetapi Khalifah Uthman telah membina rumah-rumah
mewah untuk isterinya Na'ilah dan anak perempuannya Aisyah dengan menggunakan
wang Baitulmal. Oleh itu perbuatannya adalah bertentangan dengan Sunnah
Rasulullah (S.a.w), dan tidakhairanlah jika kaum Muslimin mengkritiknya.[Ibn
Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 32] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah
ciptaan mereka sendiri.
19. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memberikan
pungutan zakat melainkan kepada yang berhak sahaja, tetapi Khalifah Uthman
telah memberikan pungutan zakat Qadha'ah (di Yaman) kepada al-Hakam bin al-As
sebanyak 300,000 Dirham.[al- Baladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 28]. Sedangkan
al-Hakam adalah orang yang telah diusir dan dilaknati oleh Rasulullah (S.a.w).
[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 145] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah
Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s- Sunnah
ciptaan mereka sendiri.
20. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memberikan
wang Baitulmal melainkan kepada yang berhak sahaja, tetapi Khalifah Uthman
telah memberikan wang Baitulmal kepada Sa'id bin al-As bin Umaiyyah sebanyak
100,000 Dirham. Lantaran itu, Ali, al- Zubair, Talhah, dan Abdur Rahman bin Auf
menentangnya.[al- Baladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 28] Justeru itu mereka
bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman
atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
21. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengambil
hukum Allah daripada orang yang tidak sepatutnya sedangkan dia seorang
khalifah, sepatutnya dia lebih mengetahui sunnah Nabi (S.a.w) daripada orang
lain, tetapi Khalifah Uthman telah mengambil hukum Allah daripada Ubayy bin
Ka'ab. Dia bertanya Ubayy tentang seorang lelaki mencerai isterinya kemudian
merujukkan isterinya di dalam haidh ketiga. Ubayy berkata: "Aku
berpendapat dia lebih berhak ke atas isterinya selama isterinya belum
"mandi" daripada haidh ketiga." Lalu khalifah Uthman mengambil
pendapatnya.[al- Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm. 417] Riwayat ini
menunjukkan bahawa khalifah Uthman tidak mengetahui hukum tersebut sehingga dia
belajar daripada Ubayy dan mengambil fatwanya. Dan tidak syak lagi bahawa orang
yang mengajarnya adalah lebih baik daripadanya. Justeru itu, mereka bukanlah
Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
22. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menghalalkan
pengumpulan dua hamba perempuan yang bersaudara untuk disetubuhi oleh
pemiliknya secara berasingan, tetapi Khalifah Uthman menghalalkan pengumpulan
dua hamba perempuan yang bersaudara untuk disetubuhi oleh pemiliknya secara
berasingan dengan firman Tuhan Surah al-Nisa' (4): 23, "Diharamkan atas
kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan....dan menghimpunkan
dua perempuan yang bersaudara."Ali (a.s) mengatakan pengumpulan dua
perempuan yang bersaudara sama ada di dalam perkahwinan atau perhambaan adalah
haram.
Kerana di dalam Surah al-Mukminun (23): 6, "Kecuali terhadap isteri-isteri
mereka atau hambahamba (perempuan) yang mereka miliki" tidak boleh
dijadikan alasan untuk menghalalkan "pengumpulan dua hamba perempuan yang
bersaudara" untuk disetubuhi kerana pengharaman mereka berdua di dalam
perkahwinan dan perhambaan adalah sama. Oleh itu semua imam-imam mazhab empat mengharamkannya.
[Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 193; al-Zamakhsyari,
al-Kasysyaf, I, hlm. 359; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 72;
al-Baidhawi, Anwar al- Tanzil, I, hlm. 269; Muslim, Sahih, I, hlm. 416] Justeru
itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-
Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
23. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak membahagikan
sepertiga bahagian pusaka kepada ibu simati dengan adanya dua saudara lelakinya
(simati), tetapi Khalifah Uthman membahagikan sepertiga bahagian pusaka kepada
ibu simati dengan adanya dua saudara lelakinya (si mati) kerana dia memahami
dua saudara lelaki (akhwan) bukanlah saudara-saudara (ikhwah).
Tindakannya adalah bertentangan dengan firman-Nya di dalam Surah al-Nisa'(4):
11: "Jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara (ikhwah), maka
ibunya mendapat seperenam." Apabila khalifah Uthman ditanya: Tidakkah
(akhawan) dua saudara termasuk ikhwah (saudarasaudara)? "Dia
menjawab:"Apakah aku mampu menentang perkara yang telah berlaku? "Ini
bermaksud dia tidak mampu mengubahnya kerana dua orang khalifah sebelumnya
telah menetapkan hukuman itu walaupun ianya bertentangan dengan
al-Qur'an.[al-Hakim, al-Mustadrak, IV, hlm. 335; al-Sunan al-Kubra, VI, hlm.
227; al-Durr al-Manthur, II, hlm. 126; Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm. 459] .
Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah
Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
24. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memberikan
harta Baitulmal kepada orang yang tidak berhak,tetapi Khalifah Uthman telah
memberikan kepada Abdullah bin Khalid bin Usyad bin Abi l-As sebanyak 300,000
Dirham dan setiap orang dari kaumnya sebanyak 1,000 Dirham daripada harta
Baitulmal kaum Muslimin. [Ibn Abd Rabbih, Iqd al-Fariq, II, hlm. 261; Ibn
Qutaibah, Kitab al-Ma'arif, hlm. 84; Ibn Abi l-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah,
I, hlm. 66]
Dia memberikan kepada Abdullah 400,000 Dirham. Persoalan yang timbul: Kenapakah
khalifah Uthman tidak memberikan wang Baitulmal kepada orang-orang seperti
Abdullah bin Mas'ud, Abu Dhar, Ammar dan lain-lain? Justeru itu, mereka
bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman
atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
25. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mengetahui Sunnah
Nabi (S.a.w), apatah lagi jika dia seorang pemimpin. Tetapi Khalifah Uthman
tidak mengetahui Sunnah Nabi (S.a.w), lalu dia mengambil Sunnah daripada
seorang wanita. Seorang wanita datang berjumpa Rasulullah (S.a.w) tentang
iddahnya kerana suaminya telah mati dibunuh di dalam misi khas. Dia bertanya
Rasulullah (S.a.w) sama ada dia kembali kepada keluarganya Bani Khudrah
walaupun suaminya tidak meninggalkan rumah untuknya? Dia berkata:
"Rasulullah (S.a.w) bersabda:Ya, aku pun kembali dan apabila aku sampai di
masjid beliau memanggilku lantas aku menyahuti panggilannya. Dia bertanya:
"Bagaimana anda berkata? Akupun menerangkan kisah suamiku kepadanya. Maka
beliaupun bersabda: "Tinggallah di rumah anda sehingga tamat
"iddah." Dia berkata: "Akupun menangguhkan iddahku selama empat
bulan sepuluh hari. Khalifah Uthman datang kepadaku dan bertanya mengenainya.
Lalu dia mengambilnya dan melaksanakan hukuman tersebut ke atas orang
ramai.[Syafi'i, al-Umm, V, hlm. 208; al- Baihaqi, al-Sunan, VII, hlm. 434; Ibn
Hajr, al-Isabah, IV, hlm. 346; Malik, al-Muwatta', II, hlm. 86] Justeru itu
mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah
Uthman atau Ahlu s- Sunnah ciptaan mereka sendiri.
26. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengatakan
bahawa perempuan yang bercerai secara khal' iddahnya ialah satu haidh, tetapi
Khalifah Uthman mengatakan bahawa perempuan yang bercerai secara khal' iddahnya
ialah satu haidh itupun kerana khuatir ianya hamil. [Ibn Majah, al-Sunan, I,
hlm. 634; Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm. 276; Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,
III, hlm. 223] Tindakan khalifah Uthman itu adalah bertentangan dengan Surah
al-Baqarah (2): 228,"Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri
(menunggu) tiga kali quru'. Kerana bercerai secara khal' termasuk di dalam
al-Muttalaqat(wanita-wanita yang ditalak). Justeru itu mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s- Sunnah Uthman atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
27. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memerintahkan
azan (pertama) dilakukan sebelum azan (kedua) khutbah. Tetapi Khalifah Uthman
adalah orang yang pertama memerintahkan azan (pertama) dilakukan sebelum azan
(kedua) khutbah. Ianya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w).
[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 136] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu
s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu
s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.
KESIMPULAN
Khalifah Abu Bakr, Umar dan Uthman telah memeperlihatkan penentangan mereka
terhadap (sebahagian) sunnah Nabi (s.a.w) sementara pengikut-pengikut mereka
pula mentaati sunnah-sunnah mereka bertiga yang bertentangan dengan sunnah Nabi
(S.a.w) berdasarkan catatan para ulama Ahlus Sunnah wa l-Jama‘ah. Justeru itu,
mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w) di dalam pengertian yang sebenar,
malah mereka adalah Ahli Anti Sunnah Nabi (S.a.w) secara sedar ataupun tidak.
Lantaran itu tidak hairanlah, jika Amir al-Mukminin Ali a.s berjuang dengan
keras untuk mengembalikan sunnah nabi (s.a.w) ke tempat asalnya, tetapi beliau
ditentang oleh Ahlu s-Sunnah wa l- Jama‘ah. Beliau as berkata:
"Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatanperbuatan yang
menyalahi Rasulullah (S.a.w) dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka
dengan beliau dengan mengubah sunnahsunnah beliau. Sekarang jika aku memaksa
mereka supaya meninggalkannya dan mengembalikan keadaan sebagaimana di zaman
Rasulullah (S.a.w), nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku,
meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syi'ahku yang
mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah
(S.a.w) akan tinggal bersamaku.
Apa pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang
telah ditempatkan oleh Rasulullah (S.a.w), mengembalikan Fadak kepada
pewaris-pewaris Fatimah (a.s), mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang
lazim di zaman Rasulullah (S.a.w), mengembalikan tanah kepada orang yang telah
diberikan oleh Rasulullah (S.a.w), mengembalikan rumah Ja'far kepada
pewarispewarisnya dan memisahkannya dari masjid (kerana mereka telah
merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid); mengembalikan hukum-hukum yang
kejam yang dipaksa oleh khalifah-khalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita
yang secara tidak sah telah dipisahkan dari suami mereka, mengembalikan jizyah
kepada Bani Taghlab, mengembalikantanah Khaibar yang telah
dibahagikan-bahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian dengan meneruskan
pemberiankepada semua orang sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah (S.a.w)
tanpa menjadikannya tertumpu di kalanganorangorang kaya, memulihkan pajak bumi,
menyamakan kaum Muslimin di dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khums
sebagaimana difardhukan Allah (swt).
Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi (S.a.w),
menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka
pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul), mengharamkan penyapuan di
atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke atas peminum nabidh, memerintahkan
halal mut'ah wanita dan mut'ah haji sebagaimana pada zaman Nabi (S.a.w),
memerintahkan takbir lima kali dalam solat jenazah, mewajibkan kaum Muslimin
membaca Bismillahi r-Rahmani r-Rahim dengan suara yang nyaring pada masa solat,
mengeluarkan orang yang dimasukkan bersama Rasulullah (S.a.w) di dalam
masjidnya, di mana Rasulullah (S.a.w) telah mengeluarkannya, memasukkan orang
yang dikeluarkan selepas Rasulullah (S.a.w) (beliau sendiri) di mana Rasulullah
(S.a.w) telah memasukkannya, memaksa kaum Muslimin dengan hukum al- Qur'an dan
talak menuruti Sunnah, mengambil zakat menurut jenisjenisnya yang sembilan,
mengembalikan wuduk basuh dan solat kepada waktunya, syariatnya dan tempatnya,
mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan
terhadap tawanan perang Farsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan
Sunnah Nabi-Nya.
Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka mengembara meninggalkanku.
Demi Allah ketika aku perintahkan orang-orang supaya tidak melakukan solat
jama'ah di masjid pada bulan Ramadhan kecuali solat-solat fardhu dan
memberitahukan kepada mereka bahawa solat sunat berjama'ah (Tarawih) adalah
bid'ah, sekelompok tenteraku yang pernah berperang di pihakku mulai berteriak:
"Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah Umar dan bermaksud
menghentikan kita dari melakukan solat-solat sunat Tarawih pada bulan Ramadhan
sehingga aku khuatir mereka akan memberontak. Pada masa yang sama aku sedang
menghadapi perpecahan di kalangan umat dan ketaatan mereka kepada
pemimpinpemimpin mereka yang sesat (a’immah dhalalah wa al-Du‘ati ila al-Nar)
yang hanya menyeru mereka ke neraka. "[al-Kulaini, al-Raudhah al -Kafi,
(vii), hadis 21, hlm. 51-52]
Khalifah Ali (a.s) begitu berdukacita di atas sikap negatif kaum Muslimin
terhadap seruannya untuk kembali kepada Sunnah Nabi (S.a.w). Malah mereka pula
memarahi beliau. Khalifah Ali (a.s) berkata lagi, "Aneh! Hati ummat ini
telah dimabukkan oleh cinta kepada Abu Bakr dan Umar dan menerima segala bid'ah
mereka. Kemudian beliau berkata lagi, Aneh! Mereka melihat Sunnah Nabi mereka
bertukar-tukar dan berubah-ubah sedikit demi sedikit, bab demi bab.
Kemudian mereka meredhainya tanpa mengingkarinya. Malah mereka memarahi (orang
lain) bagi mempertahankannya, mencaci pengkritik-pengkritiknya dan
penentang-penentangnya. Kemudian datang kaum selepas kita, lalu mengikuti pula
bid'ah-bid'ah tersebut. Lantas mereka mengambil bid'ahbid'ah tersebut sebagai
Sunnah dan agama bagi mendekatkan diri kepada Allah (swt)."[Sulaim, Kitab
Sulaim, hlm. 134-135 dan selepasnya] Oleh itu Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w) Adalah
para Imam Dua Belas daripada Ahlu l-Bait Nabi (S.a.w) dan pengikut-pengikut
mereka yang memepertahankan sunnah Nabi (S.a.w) di sepanjang zaman meskipun
mereka menghadapi berbagai-bagai tekanan dan rintangan daripada Ahlu s-Sunnah
wa l-Jama‘ah Abu Bakr, Umar dan Uthman yang menjadi penguasa di sepanjang masa.
LAMPIRAN
Surat Ibn Di’bin Tentang Tujuh Puluh Kelebihan Amir al-Mukminin A.S Oleh Syeikh
Mufid (m.413 H) Di Dalam Al-Ikhtisas. Bismillahi r-Rahmani r-Rahim.
Abdullah-Rahimahu l-Lah- telah memberitahu kami, berkata: Ahmad bin Ali bin al-Hasan
bin Syazan telah memberitahu kami, berkata: Abu al-Husain Muhammad bin Ali bin
al-Fadhl bin ‘Amir al-Kufi telah meriwayatkan kepada kami, berkata: Abu
Abdullah al-Husain bin al-Farazdaq al-Fazari al-Bazzaz telah memberitahu kami,
berkata: Abu Isa Muhammad bin Ali bin ‘Umaraih al-Tahan iaitu al-Qarraq telah
memberitahu kami, berkata: Abu Muhammad al-Hasan bin Musa telah memberitahu
kami, berkata: Ali bin Asbat telah memberitahu kami daripada beberapa orang
sahabat Ibn Di’bin1 berkata: Aku telah berjumpa dengan orang ramai sedang
bercakap-cakap tentang sifat-sifat keistimewaan Arab.
Mereka berkata: Jika Allah mengutus kepada kita seorang nabi, nescaya
sebahagian para sahabatnya mempunyai tujuh puluh sifat terpuji, dunia dan
akhirat, maka mereka telah memikir dan mencari-cari adakah akan terkumpul
sepuluh sifat yang terpuji pada seorang lelaki, apatah lagi tujuh puluh sifat.
Mereka tidak dapat mencari sifat-sifat yang terkumpul untuk dunia dan akhirat.
Mereka hanya dapat mencari sepuluh sifat yang terkumpul untuk dunia sahaja, dan
bukan untuk akhirat, mereka telah mendapati Zuhair bin Hubab al-Kalbi, mereka
telah mendapatinya sebagai penyair, doktor di dalam perubatan, pahlawan, ahli
nujum, seorang yang dihormati (syarif), perkasa, tukang tilik, orang yang arif
tentang nasab, tukang tenung nasib dengan menggunakan burung, dan penghalang
(zajir). Mereka telah menyebut bahawa beliau telah hidup selama tiga ratus
tahun.
Ibn Di’bin berkata: Kemudian mereka telah memikir dan mencaricari di kalangan
orang Arab yang mengetahui ilmu pemikiran (ahli al- Nazar), maka sifat-sifat
tersebut tidak juga terkumpul pada seorang untuk agama dan dunia melainkan pada
Ali bin Abu Talib a.s sama ada mereka suka ataupun tidak, lantaran itu, mereka
telah mendengkinya sehingga merosakkan hati dan amalan mereka, beliau adalah
orang yang lebih berhak dan lebih aula daripada mereka, kerana Allah a.w telah
memusnahkan rumah-rumah musyrikin dengannya, menolong Rasul s.a.w dengannya,
agama telah menjadi kuat dengan pembunuhan musyrikin olehnya di dalam
peperangan Nabi s.a.w.
Ibn Di’bin berkata: Kami telah bertanya kepada mereka: Apakah sifat-sifat
tersebut (al-Khisal )? Mereka menjawab: keakraban kepada Rasulullah s.a.w dan
menemaninya (al-Mu’asat li-al-Rasul), mengorbankan dirinya kerananya, menjaga
kehormatannya (al-Hafizah), menolak kesusahan daripadanya, membenarkan Rasul
s.a.w dengan janji, zuhud dan meninggalkan angan-angan, pemalu, murah hati,
kefasihan bercakap, kepimpinan, lemah lembut, keilmuan, keputusan yang tepat,
keberanian, meninggalkan kegembiraan ketika menang, tidak melahirkan kesukaan,
meninggalkan penipuan, dan kelicikan, idak mengudungkan anggota badan musuh
(al-Muthlah) sedangkan beliau mampu melakukannya. Kecintaan yang ikhlas kepada
Allah s.w.t, memberi makan kepada orang miskin kerana mencintai-Nya, memandang
rendah kemenangan yang dicapai di dunia,tidak melebihkan dirinya dan
anak-anaknya di atas seorang pun rakyatnya.
Makanannya adalah yang paling rendah yang dimakan oleh rakyatnya, pakaiannya
adalah yang paling murah yang dipakai oleh seorang Islam, pembahagiannya adalah
saksama, keadilannya pada semua rakyat, maju di dalam peperangannya, orang
ramai pernah menghinanya, tetapi beliau menganggapnya sebagai ujian bagi
mentaati Allah,mempunyai kekuatan menghafaz di mana orang Arab menamakannya
sebagai akal sehingga dinamakan dengan telinga yang jaga (uzunun wa‘iyah),
bersifat pemaaf, menyebarkan hikmat, mengeluarkan kalimat, menyampaikan
nasihat, keperluan orang ramai apabila beliau berada di hadapan mereka.
Percakapannya diambil, menjelaskan kesamaran kepada orang ramai, mempertahankan
mereka yang dizalimi, menolong mereka di dalam kecemasan, mempunyai maruah,
menjaga kehormatan perut dan kemaluan, menjaga hartanya dengan baik supaya
beliau tidak mengguna harta orang lain, tidak menunjukkan kelemahan dan
penyerahan kepada musuh (al-Wahn wa al-Istikanah), tidak mengadu kesakitan
kerana lukaluka yang dialaminya, menyembunyikan kelukaannya dari kepala hingga
ke kakinya hampir seribu luka pada jalan Allah, menyuruh melakukan kebaikan.
Melarang melakukan keburukan, melaksanakan hukuman sekalipun ke atas dirinya
sendiri, tidak menyembunyikan keredaan Allah ke atas anak-anaknya, memberi
pengakuan kepada orang ramai tentang kelebihannya yang diturunkan di dalam
al-Qur’an, dan manaqibnya yang diceritakan oleh orang ramai mengenainya
daripada Rasulullah s.a.w, tidak pernah membantah Rasulullah s.a.w walaupun
satu perkataan, tidak pernah meninggalkan sebarang fardu, penyaksian orang
ramai bahawa beliau melaksanakan tugasnya untuk mereka dan menahan dirinya
daripada dunia mereka, tidak menerima rasuah di dalam menghukum mereka,
mempunyai hati yang cerdik, cekal menghadapi hukuman Khawarij ke atasnya,
tinggal seorang diri di atas mimbar masjid sedangkan orang ramai telah melarikan
diri.
Orang ramai bercakap-cakap bahawa burung telah menangis ke atasnya, riwayat Ibn
Syihab al- zuhuri mengatakan bahawa batu Bait al- Maqdis telah bertukar tempat
ketika pembunuhannya dan mendapati darah di bawahnya, perkara ini adalah besar
sehingga paderi-paderi bercakap-cakap mengenainya, penyeruannya kepada orang
ramai supaya bertanya kepadanya tentang fitnah yang menyesatkan seratus orang
dan memberi hidayat kepada seratus orang, riwayat orang ramai tentang
keajaibannya menceritakan tentang Khawarij dan pembunuhan mereka, tidak
melahirkan kemampuannya yang luar biasa, malah melahirkan tangisan, menunjukkan
kelemahan diri kepada Allah s.w.t sehingga Rasulullah s.a.w bersabda: Apakah
tangisan ini wahai Ali? Beliau menjawab: Aku menangis kerana keredaan
Rasulullah terhadap aku.
Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah, para malaikat-Nya dan
Rasul-Nya telah meredai anda, beliau tidak merasai kesejukan pada hari sejuk,
tidak merasai kepanasan pada hari panas, tidak merasai panas dan sejuk, menghunus
pedang pada jalan Allah, memberi penerangan kepada orang ramai tentang hukum
makhluk-Nya, mempunyai bonggol seperti lembu jantan jauh dari dua bahunya,
mempunyai dua lengannya yang kuat di mana tidak seorang pun dapat menguasainya,
melainkan beliau menahannya atau membunuhnya.
Ibn Di’bin berkata: Kami berkata: Apakah pengertian al-Mu’asat lial- Rasul
(keakraban kepada Rasulullah s.a.w dan menemaninya)? Mereka berkata: Rasulullah
s.a.w bersabda kepadanya: Sesungguhnya Quraisy telah bersepakat untuk membunuh
aku, maka anda tidurlah di atas hamparan aku, Ali a.s berkata: dengan nama bapa
aku, anda dan ibu aku, aku mendengar dan mentaati Allah dan Rasul-Nya, lalu
beliau telah tidur di atas hamparan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w telah
meninggalkan tempatnya dengan perlahan-lahan, Ali a.s telah tidur di atas
hamparannya dan Quraisy mengawalnya.
Kemudian mereka mengambilnya, dan berkata: Andalah yang telah menipu kami sejak
awal malam; mereka memotong sebatang kayu, lalu memukulnya hampir mereka membinasakannya,
kemudian beliau telah melepaskan dirinya daripada tangan mereka, dan Rasulullah
s.a.w telah mengutus kepadanya ketika berada di dalam gua supaya beliau
menghantarkan kepadanya tiga ekor unta: “Seekor untuk aku, seekor untuk Abu
Bakr, dan seekor untuk pemandu jalan. Anda bawalah anakanak perempuan aku
sehingga anda datang kepada aku”. Maka Ali a.s telah melaksanakan apa yang
diperintahkannya.
Beliau berkata: Apakah maksud menjaga kehormatan(al-Hafizah )? Mereka berkata:
Beliau a.s berjalan kaki, dan membawa anak-anak perempuan Rasulullah s.a.w di
atas belakangnya. Beliau telah menyembunyikan dirinya pada siang hari dan
berjalan kaki dengan mereka sehingga sampai ke tempat Rasulullah s.a.w di mana
dua kakinya berdarah beberapa ketika, Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya:
Adakah anda mengetahui apakah yang telah diturunkan kepada anda? Maka beliau
s.a.w telah memberitahunya apa yang tidak boleh ditukar ganti sekiranya beliau
kekal di dunia, tetapi dunia tidaklah kekal.
Beliau bersabda: Telah turun kepada anda Surah Ali Imran (3):195 “Maka Tuhan
mereka memperkenankan permohonannya: Sesungguhnya aku tidak akan menghilangkan
amal di antara kamu, baik lelaki (min zakarin) atau perempuan (untha)
sebahagian kamu adalah keturunan sebahagian lain. Maka orang-orang yang
berhijrah dari kampung halamannya dan diseksa pada jalanKu yang berperang dan
dibunuh, pastilah akan Ku hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah aku
akan memasukkan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai
sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik” Zakarin
(lelaki) di dalam ayat tersebut adalah anda sendiri, dan untha (perempuan)
adalah anak-anak perempuan Rasulullah s.a.w. Beliau berkata: Apakah maksud
menolak kesusahan daripadanya (daf‘ al-Dhaim)? Mereka berkata: Apabila
Rasulullah s.a.w dikepong di lorong bukit,maka Abu Talib telah membelanjakan
hartanya dan menghalangnya daripada beberapa kabilah Quraisy, Abu Talib telah
berkata sedemikian kepada Ali yang berada bersama-sama Rasulullah s.a.w di
dalam urusannya, khidmatnya, membantunya dan menjaganya.
Beliau berkata: Apakah maksud “membenarkannya dengan janjinya” (al-Tasdiq bi
l-Wa‘di) Mereka berkata: Rasulullah sendiri telah berkata kepada Ali a.s
sedemikian, beliau telah memberitahunya tentang pahala yang banyak bagi mereka
yang berjihad dengan baik dengan hartanya, dirinya, dan niatnya. Maka beliau
tidak cepat untuk mendapatkan sesuatu daripada pahala dunia sebagai ganti
kepada pahala di akhirat. Beliau tidak melebihkan dirinya ke atas seseorang di
sisinya. Beliau telah meninggalkan pahalanya di dunia bagi mengambil sepenuhnya
di akhirat Beliau telah berjanji kepada Allah bahawa beliau tidak akan
mendapati dunia melainkan kadar yang paling minimum, beliau tidak melebihkan
dirinya di atas kepenatan badannya dan keringatnya melainkan beliau
kemukakannya untuk Allah, maka Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2) :
110 “Dan kebaikan apa saja yang kamu lakukan, kamu akan mendapat pahalanya di
sisi Allah “
Beliau berkata: Ada orang telah bertanya kepada mereka: Apakah maksud zuhud di
dunia (al-Zuhdu fi al-Dunia)? Mereka berkata: Beliau a.s telah memakai kain
daripada kapas, dan memotongnya apabila melebihi anak jarinya, memendekkan
bahannya yang panjang, menyempitkan di bawahnya sehingga jumlahnya tiga
jengkal, di bawahnya dua belas jengkal, dan panjang badannya enam jengkal.
Beliau berkata: Kami telah berkata: Apakah maksud “meninggalkan angan-angan”
(tark al-Amal )?
Beliau berkata: Ada orang berkata kepadanya: Ini adalah apa yang anda telah
memotongnya di belakang anak jari anda, kenapa anda tidak menutup semuanya?
Beliau berkata: Perkara ini lebih cepat daripada itu, Bani Hasyim berkumpul
kepadanya secara langsung bertanya kepadanya, meminta supaya beliau memberi
pakaiannya kepada mereka, dan beliau telah memakai pakaian orang ramai.
Lantaran itu, jawapannya kepada mereka adalah tangisan dan beliau berkata:
Dengan nama bapa aku dan ibu aku, siapa pun tidak akan kenyang daripada roti
gandum sehingga beliau berjumpa dengan Allah dan beliau berkata:Ini adalah
pakaian sederhana di mana orang miskin akan memadai dengannya dan orang mukmin
pula boleh menutup dengannya.
Beliau berkata: Apakah yang di maksudkan dengan pemalu (al- Haya’)? Mereka
berkata: Beliau tidak pernah menyerang sesiapapun yang mahu membunuhnya,
kemudian mendedahkan auratnya melainkan beliau a.s meninggalkannya kerana malu.
Beliau berkata: Apakah al-Karam (kemuliaan) ? Mereka berkata: Sa‘d bin Abu
Waqqas berkata kepada Ali a.s ketika beliau bermalam bersamanya di al-‘Azzab
pada permulaan hijrah: Apakah yang telah menghalang anda untuk meminang anak
perempuan Rasulullah s.a.w? Beliau a.s berkata: Aku berani untuk meminang anak
perempuan Rasulullah s.a.w? Demi Allah, jika Rasulullah s.a.w mempunyai hamba
perempuan pun aku tidak berani. Sa‘d telah menceritakan kata-kata Ali kepada
Rasulullah s.a.w, maka Rasulullah s.a.w berkata kepadanya:
Katakan kepadanya beliau akan melakukannya, sesungguhnya aku akan melakukannya.
Apabila Sa‘d memberitahunya, beliau menangis. Kemudian beliau berkata: Aku
bergembira kerana Allah telah mengumpulkan menantunya bersama kerabatnya.
Justeru itu, al-karam adalah orang yang merendahkan dirinya dan meninggalkan
kemuliaan ke atas orang lain, kemuliaan Abu Talib telah diketahui umum, Ali a.s
adalah sepupu Rasulullah s.a.w di sebelah bapanya dan sebelah ibunya. Bapanya
adalah Abu Talib bin Abd al- Muttalib bin Hasyim dan ibunya adalah Fatimah
binti Asad bin Hasyim yang didoakan oleh Rasulullah s.a.w pada liang kuburnya.
Beliau s.a.w telah mengapankannya dengan bajunya, dan membalutnya dengan
kainnya, dan memohon kepada Tuhan supaya tidak luntur kapannya, dan tidak
mendedahkan auratnya, malaikat kubur tidak menguasainya, memujinya ketika
kematiannya, menyebut kebaikannya dan pendidikannya untuknya iaitu di sisi bapa
saudaranya Abu Talib dan bersabda: Seorang pun tidak boleh memberi manfaat
kepada aku selain daripadanya.
Kemudian tentang kefasihan bercakap (al-Balaghah). Orang ramai datang kepadanya
ketika beliau turun daripada mimbar dan berkata: Kami tidak pernah mendengar
seorang pun wahai Amir al-Mukminin, yang lebih fasih daripada anda, maka beliau
tersenyum dan berkata: Apa yang menghalang aku? Aku adalah kelahiran Makkah,
dan beliau tidak menambahkan mereka selain dua perkataan tersebut.
Kemudian tentang khutbahnya, tidak terdapat daripada orangorang terdahulu dan
orang-orang terkemudian yang pernah mendengar khutbah dan percakapannya
seumpamanya. Sebahagian ahli dewan menyangka bahawa jika tidak ada percakapan
Ali bin Abu Talib a.s dan khutbahnya, serta balaghahnya, nescaya seorang pun
tidak dapat menulis surat kepada panglima tentera atau kepada rakyat dengan
baik.
Kemudian tentang kepimpinan (al-Ri’asah ), maka semua mereka yang telah
memerangi dan menentangnya adalah di atas kejahilan dan kesesatan, mereka
berkata: Kami menuntut darah Uthman, dan tidak ada pada diri mereka - tidak
mampu- untuk menuntut kepimpinannya bersamanya, beliau a.s berkata: Aku menyeru
kamu kepada Allah, kepada Rasul-Nya supaya melaksanakan ikrar kamu dengan Allah
dan Rasul-Nya yang mewajibkan ketaatan, dan menyahuti Rasulullah s.a.w kepada
ikrar dengan kitab dan Sunnah.
Kemudian tentang lemah lembut (al-Hilmu), Safiyyah binti Abdullah bin Khalaf
al-Khaza‘i berkata kepadanya: Semoga Allah menjadikan perempuan-perempuan anda
yatim kerana anda sebagaimana anda telah menjadikan perempuan-perempuan kami
yatim, semoga Allah menjadikan anak-anak lelaki anda yatim kerana anda
sebagaimana anda telah menjadikan anak-anak lelaki kami yatim daripada
bapa-bapa mereka, maka orang ramai datang kepadanya dengan cepat, Ali a.s
berkata: Tahankan diri kamu daripada perempuan itu, lalu mereka menahan diri
mereka daripadanya, lantas perempuan itu berkata kepada keluarganya:
Celakalah kamu yang telah berkata sedemikian; mereka telah mendengar percakapan
Ali a.s dengan kagum kerana lemah lembutnya (hilmu-hu) terhadapnya. Kemudian
tentang ilmu (al-‘Ilm), berapa banyak perkataan yang telah dikatakan ‘Umar
kepadanya: Jika tidak ada Ali, nescaya binasalah ‘Umar (Laula ‘Ali la-halaka
‘Umar). Kemudian tentang mesyuarat (al-Musywarah) pada setiap perkara yang
telah berlaku di antara mereka sehingga beliau menunjukkan kepada mereka jalan
keluar.
Kemudian tentang penghakiman (al-Qadha’) di mana beliau tidak pernah berkata
kepada seorang pun yang datang kepadanya: Datanglah besok, atau menolaknya.
Sesungguhnya beliau telah menyelesaikan penghakiman pada tempat itu juga.
Kemudian apabila lelaki itu datang kembali, maka beliaulah yang memulakannya.
Kemudian tentang keberanian (al-Syaja‘ah) di mana tidak terdapat orang-orang
terdahulu atau orang-orang yang terkemudian yang mempunyai keberanian
sepertinya; beliau tidak pernah berpaling belakang kepada musuhnya, membunuh
sesiapa yang bertarung (yabruzu ilai-hi) dengannya, tidak pernah menjadi
pengecut kepada sesiapa yang mencabarnya (da‘a-hu ila mubarazati-hi). Beliau
tidak memukul atau menikam seseorang secara panjang, malah beliau mengeratnya
(qudda-hu), beliau tidak memukul atau menikam seseorang secara melintang
melainkan beliau memotongnya kepada dua bahagian (qata‘a-hu bi-nisfaini).
Mereka telah menyebut bahawa Rasulullah s.a.w telah membawanya di atas kuda,
maka beliau berkata: Demi bapa aku, anda, dan ibu aku, apakah perlu aku kepada
kuda, aku tidak mengikut sesiapapun, aku tidak lari daripada seseorang pun
(wa-la afirru)Dan apabila aku menghunus pedang aku, aku tidak akan
meletakkannya melainkan (wa idha artadai-tu saifi lam adha‘-hu illa li l-Ladhi
artadi lahu) kepada orang yang aku hunus untuknya.
Kemudian beliau telah meninggalkan kegembiraan (tark al-Farah) dan meninggalkan
kesukaannya (tark al-Marah) ketika sampai berita gembira kepada Rasulullah
s.a.w tentang pembunuhan mereka yang terbunuh di Uhud daripada tentera musuh,
tetapi beliau a.s tidak bergembira dan bermegah dengannya, tetapi Abu Dujanah
telah bermegah dan berjalan di antara dua saf dalam keadaan bermegah diri, maka
Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Sesungguhnya perjalanan anda sedemikian
dimurkai Allah melainkan pada tempat ini ”
Kemudian apabila beliau melakukan di Khaibar apa yang telah dilakukannya, dan
larilah mereka yang telah lari, Rasulullah s.a w bersabda: Aku akan memberi
bendera kepada seorang lelaki yang mencintai Allah dan Rasul-Nya (la a‘tiyanna
al-Rayata rajulan yuhibbu l- Laha wa rasula-hu). Sementara Allah dan Rasul-Nya
mencintainya pula, dan bukan lari (wa yuhibbu-hu l-Lahu wa rassulu-hu laisa
bi-farrar) di dalam peperangan.
Sabdanya bahawa ‘beliau tidak lari” adalah sebagai satu sindiran kepada mereka
yang telah lari di dalam peperangan sebelumnya, beliau telah membukanya dan
membunuh musuhnya, membawa pintu kota Khaibar seorang diri, ianya tidak mampu
dibawa oleh empat puluh orang lelaki, berita itu sampai kepada Rasulullah
s.a.w, maka beliau telah bangun di dalam keadaan gembira. Apabila sampai berita
kepada Ali a.s bahawa Rasulullah s.a.w datang kepadanya, beliau a.s pergi
kepadanya.
Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Telah sampai kepada aku ujian anda, maka
aku meredai anda. Lantas Ali a.s menangis pada masa itu juga.
Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Tahankan diri anda, apakah yang membuatkan
anda menangis? Beliau berkata: Kenapa aku tidak menangis sedangkan Rasulullah
s.a.w meredai aku? Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah, para
malaikat-Nya, dan Rasul-Nya meredai anda, dan bersabda lagi: Jika aku tidak
takut sebahagian umat aku akan berkata sebagaimana telah berkata orang-orang
Kristian tentang Isa bin Maryam, nescaya aku akan berkata kepada anda pada hari
ini perkataan di mana orang-orang Islam sama ada sedikit ataupun ramai, akan
mengambil tanah di bawah dua tapak kaki anda kerana mendapatkan berkat.
Kemudian beliau telah meninggalkan penipuan, tipu helah, dan kelicikan, orang
ramai telah berkumpul, lalu mereka berkata kepadanya: Tuliskan, wahai Amir
al-Mukminin, kepada orang yang menyalahi anda tentang wilayahnya, kemudian
pecatlah dia. Lantas beliau berkata: Penipuan, tipu helah, dan kelicikan adalah
di neraka. Kemudian beliau telah meninggalkan perbuatan mengudungkan anggota
badan musuh (al-Muthlah). Beliau telah berkata kepada anak lelakinya al-Hasan
a.s: Wahai anak lelakiku, bunuhlah pembunuh aku, dan jauhilah dari mengudungkan
anggota badan aku, kerana Rasulullah s.a.w membencinya sekalipun terhadap
anjing yang ganas.
Kemudian cinta mendekatkan diri kepada Allah dengan bersedekah, Rasulullah
s.a.w bersabda kepada Ali a.s: Apakah anda telah lakukan pada malam anda?
Beliau berkata: Kenapa wahai Rasulullah s.a.w? Beliau bersabda: Telah
diturunkan kepada anda empat ayat, beliau a.s berkata: Dengan nama bapa aku,
anda dan ibu aku, bahawa bersama aku empat dirham, aku telah bersedekah satu
dirham pada waktu malam, satu dirham pada siang hari, satu dirham secara rahsia
dan satu dirham secara terang-terangan, beliau s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada anda Surah al-Baqarah (2):274
“Orang-orang yang menafkahkan hartanya pada waktu malam dan siang hari secara
tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhan
mereka.Tidak ada ketakutan kepada mereka dan mereka tidak (pula) bersedih”
Kemudian beliau s.a.w bersabda kepadanya: Adakah anda telah melakukan sesuatu
selain daripada ini? Sesungguhnya Allah telah menurunkan ke atas anda tujuh
belas ayat; Surah al-Insan (76) :5-22 “ Sesungguhnya orang-orang yang membuat
kebaikan minum dari gelas yang campurannya adalah air kafur” sehingga
firman-Nya “ Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu,dan usahamu adalah
disyukuri ” Dan firman-Nya “Dan mereka memberi makanan yang disukainya kepada
orang miskin anak yatim, dan orang yang ditawan” Al-‘Alim berkata: Walaupun Ali
tidak menyebut “kerana Allah” di dalam ayat di atas, tetapi di dalam ayat
berikutnya perkataan “ kerana Allah” di sebut. “Sesungguhnya kami memberi
makanan kepadamu hanyalah untuk mengharap Allah, kami tidak menghendaki balasan
daripada kamu dan tidak (pula) terima kasih” kerana Allah telah mengetahui di
hati Ali a.s bahawa beliau a.s telah memberi makanan kerana Allah, lantaran
itu, Dia telah memberitahunya apa yang Dia mengetahui daripada hatinya tanpa
memperkatakannya.
Kemudian tentang hinanya habuan dunia yang didapatinya, beliau telah mengumpul
harta kemudian memasukinya dan berkata: Inilah jenayahku dan pilihannya padanya
Kerana setiap buah,tangannya ke mulut jua Beliau berkata: Aku adalah ketua
mukminin, harta adalah ketua orang-orang yang zalim, kemudian beliau tidak
menunjukkan kelebihan dirinya (taraka al-Tafdhil), dan anak-anaknya ke atas
seorang pun ahli Islam, adik perempuannya bernama Ummu Hani’ bin Abu Talib
datang kepadanya, lalu beliau a.s memberi kepadanya dua puluh dirham, kemudian Ummu
Hani’ telah bertanya hamba perempuannya yang bukan Arab berkata: Berapakah Amir
al-Mukminin a.s telah memberi kepada anda? Beliau berakta: Dua puluh dirham,
maka Ummi Hani’ kembali ke rumah di dalam keadaan marah, maka Beliau a.s
berkata kepadanya: Pulanglah anda, semoga dirahmati Allah, kami tidak dapati di
dalam kitab Allah kelebihan Ismail ke atas Ishaq.
Diutus kepadanya anak-anak perempuan Kaisar, beliau berkata kepada mereka: Aku
akan mengahwini kamu? Mereka berkata kepadanya: Kami tidak berhajat untuk
berkahwin dengan anda, kerana tiada kufu bagi kami melainkan anak-anak lelaki
anda, jika anda mengahwinkan kami dengan mereka, maka kami reda.
Beliau a.s tidak suka mengutamakan anak-anaknya daripada orang lain. Diutus
kepadanya dari Basrah hadiah dari kapal karam yang tidak diketahui nilainya,
anak perempuannya Umm Kalthum berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin!
Bolehkah aku memakainya? Ia akan berada di leher aku? Beliau a.s berkata: Wahai
Abu Rafi‘, Masukkannya ke dalam Baitulmal.
Beliau telah berdiri memberi khutbah di Madinah manakala beliau dilantik dan
berkata: Wahai kaum muhajirin dan ansar! Wahai kaum Quraisy! Ketahuilah, demi
Tuhan, aku tidak membezakan di kalangan kamu selama aku ada kaitan di Yathrib,
adakah kamu melihat aku menegah diri aku dan anak-anak aku, tetapi memberi
kepada kamu, aku akan menyamakan di antara si hitam dan si merah? ‘Aqil bin Abu
Talib berdiri dan berkata:Anda akan menjadikan aku dan si hitam di bandar Sudan
itu sama? Beliau a.s berkata kepadanya: Duduklah anda,semoga dirahmati Allah,
adakah orang lain akan bercakap? Tidak ada kelebihan anda ke atas mereka
melainkan orang pertama memeluk Islam (sabiqah) atau takwa.
Kemudian tentang pakaian (al-Libas) Ziad bin Siddad al-Harithi sahabat
Rasulullah s.a.w telah meminta tolong ke atas saudaranya Ubaidillah bin Siddad
dan berkata: Wahai Amir al-Muminin! Saudaraku telah pergi beribadat dan beliau
enggan tinggal bersama aku di rumahku, dan memakai pakaian yang paling murah,
beliau berkata: Wahai Amir al-Mukminin, aku telah menghiaskan diri aku dengan
hiasan anda, dan aku telah memakai pakaian anda, Amir al-Mukminin a.s berkata:
Anda janganlah berbuat demikian, kerana imam muslimin apabila mengendalikan
urusan mereka, memakai pakaian yang paling murah yang pernah dipakai oleh
orang-orang fakir mereka supaya orang fakir tidak memberontak dengan
kefakirannya, lalu membunuhnya. Justeru itu, aku memberitahu anda bahawa anda
pakailah pakaian kaum anda yang paling baik. Surah al-Dhuha (93):11“Dan
terhadap nikmat Tuhanmu,maka hendaklah kamu menyebutnyebutnya” Beramal dengan
nikmat adalah lebih aku sukai dari bercakap mengenainya.
Kemudian tentang pembahagian sama rata (al-Qasm), dan keadilan kepada rakyat,
beliau telah melantik Ammar bin Yasir, dan Abu al- Haitham al-Taihan menjaga
Baitulmal, lalu menulis: Arab, Quraisy, Ansar dan bukan Arab, malah setiap
orang Islam yang terdiri daripada kabilah Arab atau bukan Arab adalah sama di
dalam pembahagian, Sahal bin Hanif dan hambanya yang berkulit hitam datang
kepadanya:
Berapakah anda akan memberi kepadanya? Amir al-Mukminin a.s berkata kepadanya:
Berapakah anda akan mengambilnya untuk anda? Beliau berkata: Tiga dinar, orang
ramai telah mengambil tiga dinar.
Beliau berkata: Mereka telah memberi kepada hambanya jumlah yang telah diambil
olehnya iaitu sebanyak tiga dinar, manakala orang ramai mengetahui bahawa tidak
ada kelebihan sesama mereka melainkan dengan takwa kepada Allah, maka Talhah
dan al-Zubair telah mendatangi Ammar bin Yasir dan Abu al-Haitham bin al-Taihan
,lalu mereka berdua berkata: Wahai Abu Yaqzan, benarkan kami berjumpa dengan
sahabat anda. Beliau berkata: Sahabat aku telah membenarkannya. Beliau a.s
telah mengambil bakulnya dan peralatannya, lalu pergi bekerja di kebun kurma di
Bi’r al-Malik menanam pokok kurma. Ini sebahagian keadilannya terhadap rakyat
dan pembahagiannya yang sama rata.
Ibn Di’bin berkata: Kami bertanya: Apakah makanan rakyat yang paling rendah?
Beliau berkata: Orang ramai bercakap-cakap bahawa makanannya adalah roti dan
daging,beliau memakan gandum dan minyak zaitun. Beliau cepat menamatkan
makanannya supaya tidak ditambah pada makanannya. Beliau telah mendengar kuali
di rumahnya, lantas beliau bangun sambil berkata: Pada zimmah Ali bin Abu Talib
kuali yang menggerodak, ada orang memberitahunya tentangnya, lalu keluarganya
menjadi takut. Mereka berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Sesungguhnya beliau
adalah isteri anda telah menyembelih unta di kampungnya, lalu diambil
sebahagian daripadanya untuknya. Keluarganya telah menghadiahkannya kepadanya.
Beliau a.s berkata: Makanlah dengan baik.
Ada orang berkata: Amir al-Mukminin a.s tidak pernah mengadu kesakitannya
melainkan ketika saat kematiannya. Beliau takut menerima hadiah daripada
rakyatnya, kerana penerimaan hadiah oleh pemerintah adalah suatu pengkhianatan
kepada kaum muslimin.
Ada orang berkata: Apakah ketahanan (al-Saramah)? Beliau menjawab: Beliau a.s
telah pulang daripada peperangannya,maka beliau telah berkhemah di kebun kurma,
orang ramai kembali ke rumah mereka, dan meminta kebenarannya, mereka berkata:
Pedang-pedang kami telah menjadi tumpul, dan mata lembing kami telah hilang
kesannya, lantaran itu, izinlah kami pulang, kami akan kembali lagi dengan
semangat baru, tetapi beliau telah tinggal di kemnya di kebun kurma dan
berkata: Sesungguhnya panglima perang berjaga malam, dahaga air pada siangnya,
tidak bersama-sama perempuanperempuannya dan anak-anaknya, beliau bukanlah
pulang ke rumah, dan kembali kepadanya.
Beliau bukanlah orang yang bermukim, kemudian tinggal di kemnya, apabila beliau
melihat semuanya ini, beliau memasuki Kufah dan menaiki mimbar, lantas berkata:
Kamu adalah singa yang garang ketika kelaparan,dan serigala yang pantas, tetapi
kamu bukanlah menentang musuh dengan kekuatan kamu. Wahai mereka di mana badan
–badan mereka bersatu, tetapi nafsu-nafsu mereka berbeza, tiada kekuatan dakwah
mereka bagi menyeru kamu, tiada rehat bagi hati mereka yang menentang kamu
bersama mana-mana imam selepas aku, di negeri manakah selepas ini kamu mengelak
dari berperang? Beliau a.s pada peperangannya yang terakhir amat berdukacita,
dan marah sehingga orang ramai menghinanya.
Beliau berkata: Apakah itu penghafazan (al-Hifz)? Beliau berkata: Orang Arab
menamakannya al-‘Aql, apa yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w kepadanya
beliau menghafaznya, beliau menyedari apa yang diturunkan kepada Nabi-Nya,
tidak sesuatu yang pelik turun dari langit melainkan beliau bertanya kepadanya
tentangnya sehingga turun ayat dalam Surah al-Haqah (69):12 “agar diperhatikan
oleh telinga yang mahu mendengar” Beliaulah telinga yang mendengar, pada suatu
hari beliau a.s datang ke pintu Rasulullah s.a.w, dan para malaikat telah
memberi salam kepadanya di dalam keadaan beliau berdiri sehingga mereka selesai
memberi salam kepadanya. Kemudian beliau memasuki rumah Rasulullah s.a.w dan
berkata kepadanya: Wahai Rasulullah! Lebih empat ratus malaikat telah memberi
salam kepada anda, beliau s.a.w bersabda: Apakah yang membuatkan anda
mengetahuinya? Ali a.s berkata: Aku telah menghafaz bahasa-bahasa mereka
(hafaztu lughaatahum).
Setiap Malaikat telah memberi salam kepadanya dengan bahasa yang berbeza
daripada yang lain. Al-Sayyid Ismail al-Humairi berkata: Beliau terus
memasukkan dua tapak tangannya mendengar Seolah-olah beliau menghitungnya dari
ahli kampung kami Membawa kepadanya barang berharga Bahtera India membawa
nakhoda di kalangan kami Ibn Di’bin berkata: Ahli kampung kami adalah dari
negeri Syam di mana ahlinya sebaik-baik kaum.
Ibn Di’bin berkata: Aku telah mendapati orang ramai memandang rendah mana-mana
percakapan yang tidak dapat menyerupai percakapannya. Mereka berkata : Ali a.s
berdiri dan bercakap dari gelincir matahari sehingga jatuh matahari, mereka
mendengarnya berkata: Demi Tuhan, aku tidak datang kepada kamu secara sukarela,
tetapi aku telah mendatangi kamu kerana cintakan kamu…. Kemudian tentang
hikmat, dan pengeluaran kalimat dengan bijaksana di mana mereka tidak pernah
mendengarnya daripada orang lain seumpamanya, beliau a.s telah berkata kepada
seorang lelaki: Beliau dilarang, tetapi tidak berhenti, menyuruh manusia apa
yang tidak memberi faedah, menuntut lebihan apa yang ada, dan menghilangkan apa
yang diberikan, beliau mencintai orang-orang yang soleh, tetapi tidak beramal
dengan amalan mereka, beliau memarahi orang-orang yang jahat, tetapi beliau adalah
seorang daripada mereka, menyegerakan perkara dunia yang binasa,meninggalkan
perkara akhirat yang kekal, membenci kematian kerana dosa-dosanya, dan tidak
meninggalkan dosa-dosanya di dalam hidupnya.
Kemudian orang lain berhajat kepadanya sedangkan beliau tidak berhajat kepada
mereka, beliau sentiasa mempunyai tempat di kalangan manusia seperti kedatangan
Yahudi bertanyakan kepadanya secara degil, kemudian beliau memberitahu mereka
apa yang ada di Taurat tentang mereka, berapa ramai Yahudi telah memeluk Islam
kerananya!.
Adapun tidak berhajatnya beliau kepada orang ramai, kerana beliau tidak pernah
berada di pintu seorang daripada mereka bertanyakan kepadanya walaupun satu
kalimat, dan beliau tidak mengambil faedah sekalipun satu huruf daripadanya.
Kemudian mempertahankan orang yang dizalimi dan menolong orang di dalam
kesusahan, orang-orang Kufah mengatakan bahawa Sa‘id bin al-Qais al-Hamdani
telah melihatnya pada suatu hari di dalam keadaan cuaca panas terik di suatu
kawasan, lalu beliau berkata: Wahai Amir al-Mukminin, di saat ini anda berada
di sini? Beliau a.s berkata:
Aku telah keluar kerana ingin menolong orang yang dizalimi,atau menolong orang
di dalam kesusahan, tiba-tiba seorang perempuan datang kepadanya dan berkata:
Wahai Amir al-Mukminin! Suami aku telah menzalimi aku dengan menyerang ke atas
aku, dan bersumpah untuk memukul aku, maka pergilah kepadanya bersama-sama aku,
beliau a.s menundukkan kepalanya, kemudian mengangkatnya sambil berkata: Tidak,
demi Tuhan, sehingga diambil daripada orang yang dizalimi akan haknya tanpa
teragak-agak lagi, di manakah rumah anda? Beliau berkata: Di tempat itu dan
itu. Beliau berlepas bersamasamanya sehingga sampai di rumahnya, dan beliau
berkata:Inilah rumah aku, lalu beliau a.s memberi salam, kemudian seorang
pemuda keluar dengan memakai kain yang berwarna-warni, lalu beliau a.s berkata:
Bertakwalah anda kepada Allah. Sesungguhnya anda telah menakut-nakutkan isteri
anda, pemuda itu menjawab: Apakah kaitan anda di dalam perkara ini? Demi Tuhan,
aku akan membakarnya dengan api kerana kata-kata anda, beliau a.s berkata: Aku
memerintahkan anda perkara yang baik dan melarang anda perkara yang mungkar,
sekarang anda menolak perkara yang baik, maka bertaubatlah anda, jika tidak,
aku akan membunuh anda. Orang ramai datang untuk bertanya Amir al-Mukminin a.s
tentang apa yang berlaku.
Kemudian pemuda itu menyesal di atas perbuatannya dan berkata: Wahai Amir
al-Mukminin, maafkan kami, semoga Allah memaafkan anda.
Demi Tuhan, aku akan menjadikan bumi tempat anda berpijak sebagai ingatan,
lantas beliau menyuruh isterinya masuk ke dalam rumah, beliau membaca “Tidak
ada kebaikan pada kebanyakan bisikbisikan mereka, kecuali bisikan daripada
orang yang menyuruh memberi sedekah atau berbuat makruf atau mengadakan perdamaian
di antara manusia ” Segala puji bagi Allah yang telah membaiki aku dan isteri
aku, Allah berfirman Surah al-Nisa’ (4):114 “Tidak ada kebaikan pada
kebanyaakan bisik-bisikan mereka,kecuali bisikan daripada orang yang menyuruh
memberi sedekah atau berbuat makruf atau mengadakan perdamaian di antara
manusia.Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keridhaan Allah,
maka kelak kami memberi kepadanya pahala yang besar”
Kemudian tentang maruah, menjaga perut, kemaluan, dan pembaikan harta. Adakah
kamu telah melihat seorang yang telah memukul bukit dengan tukul, kemudian
keluar darinya longgokan emas seperti tengkuk unta yang disembelih, setiap kali
ia keluar, beliau berkata: Beritahu berita gembira kepada pewaris, kemudian
beliau menjadikannya sebagai sedekah secara ketulan sehingga Allah mewariskan
bumi ini kepada siapa di atasnya bagi memalingkan neraka dari mukanya, dan
memalingkan mukanya dari neraka.
Ibn Di’bin berkata: Beliau a.s telah membawa karung yang mengandungi tiga ratus
ribu biji kurma, ada orang bertanya beliau mengenainya, beliau telah menanam
semua biji tersebut, dan kesemuanya telah tumbuh.
Kemudian beliau tidak menunjukkan kelemahan dan penyerahan kepada musuh
(al-Wahn wa al-Istikanah). Beliau telah kembali dari peperangan Uhud dengan
lapan puluh luka-luka, beliau telah memasukkan pembalut di satu tempat dan
mengeluarkannya dari tempat yang lain, maka Rasulullah s.a.w telah datang
melawatnya di mana beliau a.s pada masa itu sepertilah seketul daging di atas
hamparan, manakala Rasulullah s.a.w melihatnya, beliau s.a.w terus menangis dan
bersabda: Sesungguhnya seorang lelaki yang ditimpa begini kerana Allah, maka
berhak bagi Allah melakukan sesuatu untuknya dan beliau juga melakukan sesuatu
untuk Allah.
Maka Ali a.s berkata kepadanya: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, segala
puji bagi Allah yang tidak melihat aku lari daripada anda dan aku tidak
melarikan diri aku,dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku kenapakah aku telah
dihalang untuk menjadi syahid? Beliau bersabda: Sesungguhnya ia akan berlaku
kepada anda Insya’ Allah, kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Abu
Sufyan telah menghantar perjanjian di antara kita dan kamu “singa merah”.
Beliau a.s berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, demi Allah, jika aku
dibawa oleh beberapa orang lelaki berhadapan musuh, nescaya aku tidak akan lari
daripada anda.
Kemudian turun ayat di dalam Surah Ali Imran (3):146 “ Dan berapa banyaknya
nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar pengikutnya yang
bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana menimpa mereka di jalan
Allah, tidak lesu,dan tidak pula menyerah (kepada musuh).Allah menyukai
orang-orang yang sabar ” dan turun ayat sebelumnya kepadanya a.s Surah Ali
Imran (3) : 145 “Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin
Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya .Barangsiapa yang
menghendaki pahala dunia, nescaya kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan
barangsiapa yang menghendaki pahala akhirat, maka kami berikan kepadanya pahala
akhirat.Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur”
Kemudian beliau tidak mengadu (al-Syikayah) tentang kesakitan lukanya, dua
orang perempuan telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w mengenai kesakitan
lukanya dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w ! Kami khuatir tentang bahaya
lukanya dan kesakitan yang dialaminya, kesan lukanya ketika beliau mati adalah
seribu luka dari kepala sehingga kepada kakinya.
Kemudian tentang menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran,
beliau a.s berkhutbah: Wahai manusia! Perintahkan manusia melakukan kebaikan
dan melarang mereka melakukan kemungkaran, kerana kedua-duanya tidak akan
mendekatkan ajal, dan tidak melewatkan rezeki. Mereka menyebutkan bahawa beliau
a.s telah mengambil wuduk bersama-sama orang ramai. Tiba-tiba seorang lelaki
menghimpitkannya.
Lalu beliau memukulnya dengan cemeti sambil berkata:Ini bukan caranya anda
melakukan kepada aku. Jika orang yang lebih lemah daripada aku datang, dan anda
melakukan kepadanya perkara yang sama, maka anda bertanggung jawab. Pada suatu
hari beliau telah berteduh di sebuah kedai daripada hujan, lalu beliau diusir
oleh tuan kedai tersebut yang tidak mengenalinya. Kemudian beliau telah
menjalankan hudud sekalipun ke atas dirinya dan anak-anaknya.
Sementara orang ramai tidak menjalankannya ke atas orang-orang kenamaan. Adakah
seorang pernah mendengar bahawa seorang kenamaan telah dijalankan had ke
atasnya oleh seseorang selain daripadanya? Di antaranya adalah ‘Ubaidillah bin
‘Umar bin al-Khattab, Qudamah bin Maz‘un, dan al-Walid bin ‘Uqbah bin Abu Mu‘it
telah meminum arak, orang ramai telah menahan diri mereka dari menjalankan had
ke atas mereka dan terus pulang ke rumah mereka, tetapi beliau a.s telah
memukul mereka dengan tangannya, kerana khuatir hukum hudud dibekukan.
Kemudian beliau tidak menyembunyikan apa yang telah berlaku terhadap anak
perempuannya Ummi Kalthum manakala seorang gabenor telah menghadiahkan minyak
wangi kepadanya. Beliau a.s menaiki mimbar dan berkata: Wahai manusia!
Sesungguhnya Ummi Kalthum binti Ali telah mengkhianati kamu dengan minyak
wangi, demi Tuhan, jika beliau mencurinya, nescaya aku akan memotong tangannya
sebagaimana aku memotong tangan perempuan-perempuan kamu.
Kemudian tentang ayat-ayat al-Qur’an yang telah diturunkan tentang kelebihannya
adalah tidak terkira banyaknya, kemudian mereka bersepakat bahawa beliau a.s
tidak pernah membantah Rasulullah s.a w sekalipun satu kalimah, tidak pernah
berganjak dari tempat yang diutusnya, beliau memberi khidmat kepada Rasulullah
s.a.w pada masa musafirnya, memenuhi bekas airnya, mengupas kulit gandum,
mengawal di hadapannya dengan pedang sehingga beliau s.a.w memerintahnya supaya
duduk atau pulang.
Beliau telah diutus beberapa kali untuk mendapat air dari Juhfah, orang lain
tidak membawa air pulang kerana kesukaran mendapatkannya. Kemudian beliau
datang dan membawa air pulang dengan banyak sehingga dialu-alukan oleh para
malaikat, Rasulullah s.a.w telah memberitahunya tentang perkara tersebut dan
bersabda: Itulah Jibrail dengan seribu malaikat, Mikail dengan seribu malaikat,
dan Israfil dengan seribu malaikat. Sayyid Ismail al-Humairi berkata:
Itulah dia orang yang telah diberi salam pada suatu malam Ke atasnya Mikail,dan
Jibrail Mikail dengan seribu dan Jibrail dengan Seribu kemudian diikuti Israfil
Kemudian orang ramai memasuki rumahnya satu hari sebelum kesyahidannya bahawa
mereka naik saksi sesungguhnya beliau telah melaksanakan tugasnya terhadap
mereka dengan saksama,tidak menerima rasuah di dalam penghakiman mereka, tidak
mengambil harta dari Baitulmal walaupun seberat tali unta, beliau tidak makan
melainkan sekadar mencukupi dirinya, mereka juga telah memberi penyaksian
bahawa sesungguhnya mereka yang paling jauh kedudukannya adalah mereka yang
paling hampir kepadanya.
Catatan kaki:
1. Namanya Abu al-Walid Isa bin Yazid bin Bakr ibn Di’bin, tinggal di Hijaz
semasa pemerintahan Musa al-Hadi al-‘Abbasi. Al-Ikhtisas, hlm.144-160, Qum tt.
BIBLIOGRAFI
Abu l-Fida’, Tarikh, Cairo, 1384H.
Abu “Ubaid, Kitab al-Amwal, Baghdad 1958.
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Bairut, 1382H.
Al-Asy”ari,Abu l-Hasan Ali bin Ismail, al-Ibanah ‘an Usul al-
Diyanah, Cairo, 1385H.
Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad, 1959
Al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis 1384H.
Al-Baqillqni, al-Tamhid, Baghdad,1960.
Al-Bukhari, Sahih, Bairut , 1377H.
Al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385H.
Al-Dhahabi, al-Talkhis, Cair o,1969.
Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo 1967.
Al-Haitaham, Majma’ al-Zawaid, Baghdad, 1378H.
Al-Hakim, al-Mustadrak, Cairo, 1969.
Al-Halabi, Sirah al-Nabawiyyah, Cairo, 1362H.
Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti’ab fi Ma’rifah al-Sahabah ,Cairo, 1365.
Ibn ‘Abd Rabbih, ’Iqd al-Farid,Tunis, 1378H.
Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah , Baghdad, 1382H.
Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah ,1959.
Ibn Hajr, al-Isabah fi Ma’rifah al-Sahabah ,Bairut, 1953.
________Fath al-Bari, Cairo, 1958.
Ibn Hajr al-Naithami, al-(S.a.w’iq al-Muhriqah , Cairo, 1383H.
Ibn Kathir ,Tafsir, Cairo,1381H.
Ibn Majah ,al-Sunan, Baghdad, 1367H.
Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, Cairo, 1959.
Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid, Baghdad, 1959.
Ibn Sa’d, Tabaqat, Cairo, 1375H.
Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah, Baghdad, 1369H.
Al-Jassas, Ahkam al-Qur’an, Baghdad, 1959.
Al-Kulaini, al-Raudhah min al-Kafi, Tehran, tt.
Mahyu al-Din al-Syafi’I al-Tabari, Dhakha’I al-‘Uqba, Cairo, tt.
Malik, al-Muwatta’, Tunis, 1384H.
Al-Muhibb al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah, Baghdad,tt.
Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, Hyderabad, 1374H.
Al-Nasa’i, al-Khasais, Bairut, 1959.
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, Baghdad, 1395H.
Sahnun, al-Mudawwanah al-Kubra, Cairo, 1380H.
Sulaim bin Qais al-Hilali al-Kufi, Kitab Sulaim, Bairut, 1980.
Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1961.
_________, Tarikh al-Khulafa’, Cairo, 1368H.
Al-Syafi’I, al-Umm, Cairo, 1958.
Al-Syahrastani, Milal wa al-Nihal, Cairo, 1968.
Syarafuddin al-Musawi, Abu Hurairah, Pakistan, 1959.
Al-Tabari, Tarikh, Bairut, 1968.
_______, Tafsir, Cairo, 1349H.
Al-Tahawi, Musykil al-Athar, Hyederabad, 1372H.
Al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 1382H.
Al-Ya’qubi, Tarikh al-Ya’qubi, Bairut, 1379H.
Al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf ‘an Haqa’iq wa Ghawamidh al-
Al-Tanzil, Cairo, tt.