KHUTBAH RASULULLAH S.`A.W. DI GHADIR KHUM
MENURUT CATATAN AL-ALLAMAH AL-TABARSI
Pengenalan.
Khutbah
atau Hadis Nabi (s.`a.w.) di Ghadir Khum yang terletak
sejauh
tiga batu dari Juhfah berhampiran Rabigh selepas beliau
kembali
mengerjakan haji terakhir pada 18hb. Dhul-Hijjah tahun
10
Hijrah, telah diriwayatkan oleh para ulama Islam di setiap
peringkat,
kerana ia merupakan khutbah Nabi (s.`a.w.) terakhir
yang memusatkan
kepada konsep imamah (kepemimpinan) selepas
beliau,
di hadapan lebih seratus ribu para sahabat-nya1.
Di
hari itu Jibrail `a.s memerintahkan Nabi (s.`a.w.) supaya
mengisytiharkan
kepada para sahabatnya bahawa `Ali adalah
imam/khalifah
selepas beliau. Pada mulanya beliau keberatan
untuk
mengisytiharkannya kerana khuatir kebanyakan para
sahabatnya
akan menentangnya.
Beliau
sendiri menerangkan kedudukan umatnya pada masa
itu
sebagaimana beliau bersabda: Aku telah memohon maaf kepada
Jibrail
lantaran aku tidak menyampaikannya kepada kalian,
kerana
aku mengetahui betapa sedikitnya orang yang bertakwa2,
betapa
ramainya orang yang munafik3,
bersandarkan Islam yang
disifatkan
oleh Allah A.W di dalam kitab-Nya "Mereka mengucap
dengan
lidah mereka apa yang tidak ada dalam hati mereka" (Surah
al-Fath
48: 11)4. Malah
mereka melontar kata-kata kesat terhadap
Rasulullah
(s.`a.w.) dan menyakiti hati beliau. Peristiwa tersebut
masih
segar di dalam ingatan Rasulullah (s.`a.w.). Justeru itu beliau
bersabda:
"Jika aku mahu, aku akan menyebutkan nama-nama
merekaatau
menunjukkan mereka kepada kalian"5.
1 Lihat
umpamanya al-Khatib, Tarikh Baghdad, Baghdad 1950, VIII,
hlm.
290; al-Khawarizmi, al-Manaqib, Cairo 1340 H, hlm. 130;
al-Suyuti,
Tarikh al-Khulafa', Cairo 1963, hlm. 114; Ibn Hajr,
al-Isabah,
Baghdad 1345 H, III, hlm. 408; Ibn al-Athir, Usd
al-Ghabah,
1349 H, III, hlm. 307 dan lain-lain.
2 Maksud
Surah al-Saba' 34 : 13 "Dan sedikit sekali dari hamba-hambaku yang
bersyukur".
3 Lihat
umpamanya Surah Ali `Imran, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Munafiqin,
al-Hadid,
al-Mujadalah dan al-Hasyr.
4 Al-`Allamah
al-Tabarsi, al-Ihtijaj, Beirut 1403 H, I, hlm. 59.
5 Ibid.
Ini
menunjukkan bahawa orang-orang yang dimaksudkan oleh
Rasulullah
(s.`a.w.) masih ada di hadapannya. Tetapi beliau tidak
mahu
melakukannya kerana ia tidak diizinkan oleh Allah A.W. Di
hari
itu cuaca panas terik, sekiranya daging dicampak ke tanah
nescaya
ia akan masak. Nabi (s.`a.w.) memerintahkan mereka
supaya
menyusun batu seperti mimbar.
Kemudian
diteduhi kain di atasnya.Manakala mereka
berhimpun,
beliau memberi khutbahnya yang paling bersejarah
dengan
menguatkan suaranya supaya dapat didengari oleh lebih
seratus
ribu kaum muslimin. Selepas memuji Allah A.W., beliau
mengisytiharkan
kepada umatnya ketika itu tentang kematiannya
seraya
bersabda: "Aku telah dipanggil dan hampir aku
menyahutinya
dan denyutan jantung hatiku kian memuncak di
hadapan
kalian". Kemudian beliau mengangkat tangan `Ali `a.s
sehingga
orang ramai melihat keputihan ketiak
Rasulullah(s.`a.w.)
sambil bersabda: "Wahai manusia! Tidakkah aku
lebih
aula daripada diri kalian?
Mereka
menjawab: Ya! wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Wahai
Tuhanku,
siapa yang aku telah menjadi maulanya, maka ini `Ali
maulanya.
Wahai Tuhanku, cintailah orang yang mewalikannya dan
musuhilah
orang yang memusuhinya"6.
Justeru
itu, khutbah/hadis Rasulullah (s.`a.w.) di Ghadir
Khum
dan lain-lain merupakan penjelasan kepada konsep imamah di
dalam
al-Qur’an itu sendiri. Di dalam al-Qur'an konsep imamah7
terbahagi
kepada dua. Pertama, konsep imamah yang membawa
manusia
ke syurga di mana imamahnya (kepemimpinannya) adalah
sejajar
dengan al-Qur'an. Di antaranya telah diterangkan di dalam
surah
al-Anbiya' 21: 73 "Kami telah menjadikan mereka para imam
(pemimpin-pemimpin)
yang memberi petunjuk dengan perintah Kami,
dan
telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan,
mendirikan
solat, menunaikan zakat dan hanya kepada Kamilah
mereka
selalu menyembah".
FirmanNya
di dalam Surah al-Baqarah 2: 124 "Sesungguhnya
Aku
akan menjadikan kamu imam bagi seluruh manusia. Dan Ibrahim
berkata:(Dan
saya mohon jawatan imam itu) dari keturunanku. Dia
berfirman:
Janjiku (ini) tidak termasuk orang yang zalim". Justeru itu
orang
yang zalim tidak sah menjadi imam (pemimpin) menurut al-
Qur'an.
Dan
firmanNya di dalam Surah Yunus 10: 35 "Maka apakah orang
yang
menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah
orang
yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali apabila diberi
petunjuk?
Mengapa kamu berbuat demikian? Bagaimanakah kamu
mengambil
keputusan? Ini bererti para pemimpin selepas
6 Al-Khawarizmi
,al-Manaqib, hlm. 1301; al-Khatib, Tarikh Baghdad, VIII, hlm. 290;
Ibn
Hajr, al-Isabah, III, hlm. 408; al- Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 114.
7 Untuk mengeahui konsep Imamah
menurut Ahl al-Sunnah,lihat buku Konsep Imamah dan khilafah
Serta implikasinya menurut Ahl al-Sunnah wa l-Jama’ah,Hizbi,Shah
Alam,1993.
Rasulullah
(s.`a.w.) mestilah terdiri dari mereka yang tidak
melampaui
perintah Allah dan Rasul-Nya, kerana mereka merupakan
Uli
l-Amr yang wajib ditaati oleh umat sebagaimana firmanNya Surah
al-Nisa'
4: 59 "Taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan Uli l-Amr di
kalangan
kamu". Kedua: Imamah yang menyeru manusia kepada
neraka.
Di antaranya sebagaimana diterangkan di dalam surah al-
Qasas
28: 41 "Dan Kami jadikan mereka para imam (pemimpinpemimpin)
yang
menyeru(manusia) ke neraka dan pada hari kiamat
mereka
tidak akan dibantu".
Dan
firmanNya Surah al-Ahzab 33: 67 "Dan mereka berkata:
Ya,Tuhan
kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpinpemimpin
dan
pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan
kami
dari jalan yang benar".Kedua-dua konsep imamah tersebut
telah
dijelaskan oleh Rasulullah(s.`a.w.) di dalam khutbahnya di
Ghadir
Khum dan ditempat-tempat lain. Justeru itu beliau tidak
mengabaikannya8
kerana kepemimpinan (imamah) adalah asas bagi
kesempurnaan
agama Islam.
Terjemahan
Teks Hujah
Di
sini akan diperturunkan teks khutbah/hadis Ghadir
Khum
sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Mansur Ahmad b. `Ali b.
Abi
Talib al-Tabarsi9, ulama
Mazhab Ja`fari abad keenam hijrah di
mana
sanadnya bersambung dengan Imam Muhammad al-Baqir b.
Imam
Zain al-`Abidin b. Imam Husain b. Imam `Ali b. Abi Talib `a.s.
Untuk
membuktikan kesahihannya, penulis cuba membuat
rujukan
kepada buku-buku karangan para ulama Ahl al-Sunnah
seperti
Sahih al-Bukhari, Sunan al-Nasa'i, Musnad Ibn Hanbal, Tarikh
al-Tabari,Yanabi`
al-Mawaddah, Kanz al-`Ummal, Tarikh al-Khulafa',
al-Durral-Manthur,
al-Isabah, Tarikh Baghdad, Kifayah al-Talib,
Manaqibal-Khawarizmi,
Tafsir al-Kabir, Ruh al-Ma`ani, Nur al-Absar,
Usdal-Ghabah,
al-Isti`ab dan lain-lain.
Justeru
itu khutbah/hadis al-Ghadir telah dicatat oleh para ulama
Ahl
al-Sunnah di dalam buku-buku mereka meskipun kadangkala
terdapat
sedikit perbezaan dari segi lafaz, tetapi ia memberi
pengertian
yang sama. Kebanyakan mereka mencatatnya secara
terputus,
panjang, pendek dan dimasukkan di dalam bab-bab yang
berasingan
sehingga ia dilihat sebagai tiada kaitan dengan khutbah
al-Ghadir.
Ini berkemungkinan kuasa politik semasa tidak
membenarkan
mereka berbuat demikian10.
Lantaran
itu bahagian-bahagian hadis yang dipisahkan itu,
kelihatan
seolah-olah tiada kaitan dengan khutbah di Ghadir Khum
tentang
perlantikan `Ali `a.s sebagai imam atau khalifah selepas
8 Lihat Antologi Pemikiran Islam,
Hizbi, Shah Alam , 1993, hlm. 206-239.
9 Al-`Allamah
al-Tabarsi, al-Ihtijaj, I, hlm. 55-56,58-67.
10 Lihat
umpamanya al-Dhahabi, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad 1958I, hlm. 3; al-
Muttaqi
al-Hindi, Kanz al-`Ummal, Baghdad 1958,
V, hlm. 237.
Rasulullah
(s.`a.w.) Walau bagaimanapun teks penuh khutbah al-
Ghadir
yang dikemukakan oleh al-`Allamah al-Tabarsi, akan memberi
wawasan
baru kepada pengkaji-pengkaji tanpa prejudis dan
irihati.
Al-Tabarsi
menulis: Al-Sayyid Abu Ja`far Mahdi b. Abi Harb al-
Husaini
al-Mar`asyi r.a telah memberitahu kami dia berkata: al-
Syaikh
Abu `Ali al-Hasan b. al-Syaikh al-Sa`id Abi Ja`far
Muhammad
b. al-Hasan al-Tusi r.a, telah memberitahuku dia
berkata:
al-Syaikh al-Sa`id al-Walid Abu Ja`far q.r telah
memberitahuku
dia berkata: Jama`ah daripada Abi Muhammad
Harun
b. Musa al-Tala`kbari telah memberitahu kami, dia berkata:
Abu
`Ali Muhammad b. Hammam telah memberitahu kami, dan
berkata:
`Ali al-Suri telah memberitahu kami, dia berkata: Abu
Muhammad
al-`Alawi daripada anak lelaki al-Aftas di kalangan
hamba
Allah yang salih telah memberitahu kami dia berkata:
Muhammad
b. Musa al-Hamdani telah memberitahu kami, dia
berkata:
Muhammad b. Khalid al-Tayalasi telah memberitahu kami,
dia
berkata: Saif b. `Umairah dan Salih b. Uqbah telah memberitahu
kami
daripada Qais b. Sam`an daripada `Alqamah b. Muhammad al-
Hadrami
daripada Abu Ja`far b. Muhammad b. `Ali Zain al-`Abidin b.
Husain
b. `Ali b. Abi Talib daripada Rasulullah s.`a.w.
Beliau
bersabda: "Segala puji bagi Allah, Yang Maha Tinggi
dalam
kesatuan-Nya, berdekatan dalam keesaan-Nya, mulia dalam
pemerintahan-Nya,
besar dalam kekuasaanNya, keilmuanNya yang
menyeluruh
sedangkan Dia "berada" di `ArasyNya. Menundukkan
seluruh
makhluk dengan kekuasaan dan hujahNya yang mulia
sehingga
Dia sentiasa dipuji,Dialah pencipta langit, penjadi sesuatu
dengan
rapi. Dialah Penguasa bumi dan langit, Maha Tinggi Maha
suci
Tuhan para malaikat dan ruh, Maha Pemurah kepada semua
orang
yang tidak mensyukuriNya, Maha Mengetahui di atas segala
yang
dijadikanNya. Memerhati setiap mata, tetapi mata (mata) tidak
dapat
melihatNya. Mulia, Pemaaf dan menyenangkan, rahmatNya
meliputi
setiap sesuatu, mengurniakan nikmatNya ke atas
mereka.
Tidak cepat membalas dendam dan tidak segera
mengenakan
azab ke atas mereka. Dia memahami segala rahsia, Dia
mengetahui
segala bisikan hati, tidak dapat diselindungi oleh
perkara-perkara
yang tersembunyi.
Tidak
dikelirukan oleh perkara yang halus, mengetahui setiap
sesuatu,
memenangi setiap sesuatu, menguasai di atas segalagalanya.
Tidak
sesuatu pun menyerupaiNya, Dia mencipta sesuatu
ketika
ia (sesuatu) tidak ada. Sentiasa melakukan keadilan, tiada
Tuhan
melainkan Dia yang Maha Mulia lagi bijaksana, sekali-kali
penglihatan
tidak mencapaiNya, sedangkan Dia mencapai
penglihatan.
Dia bertimbang rasa dan bijaksana, tiada seorang pun
dapat mengaitkan
sifatNya secara "penentuan" dan tiada seorang pun
mendapati
bagaimanakah Dia secara rahsia atau terang-terangan
melainkan mengikut apa
yang telah ditunjuk oleh Dia ke atas diriNya.
Aku
naik saksi sesungguhnya Allah memenuhi masa dengan
segala
kekudusanNya, Dialah yang menutupi cahayaNya selamalama,
Dia
melaksanakan urusanNya tanpa mesyuarat. Tanpa
bersamaNya
sekutu di dalam sesuatu nilaian dan tidak ada
kecacatan
di dalam pentadbiranNya. Dia telah menggambarkan apa
yang
direkakanNya tanpa contoh, Dia telah mencipta apa yang
diciptakanNya
dengan mudah tanpa pertolongan orang lain dan
bersih
dari tipudaya.
Dia
menciptanya kemudian ia terus "jadi", Dialah Tuhan yang
tiada
Tuhan melainkan Dia yang rapi dan elok pembuatannya.
KeadilanNya
adalah lebih mulia dan tidak pernah dizalimi di mana
segala
perkara kembali kepadaNya. Aku naik saksi bahawa
segalanya
tunduk kepada kekuasaanNya serta mentaatiNya kerana
kehebatanNya
memiliki segala milik. Dialah yang membuat
cakerawala
bergerak, Dialah yang menundukkan bulan dan
matahari,
semuanya berjalan menurut masa yang ditentukan.
"Dialah
yang menutupkan malam ke atas siang dan menutupkan
siang
ke atas malam" (Surah az-Zumar 39:5) "yang mengikutinya
dengan
cepat". (Surah al-A`raf 7:54) Penentang setiap penguasa yang
degil
dan pembinasa setiap syaitan yang menceroboh, tiada
bersamaNya
lawan dan teman, satu (ahad) menjadi tempat tumpuan.
Tidak
beranak dan diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun
menyerupaiNya,
Tuhan yang satu dan Tuhan yang mulia,
melakukan
sesuatu yang dikehendakiNya. Dia mengetahui lantas
menghitung
sesuatu, mematikan dan menghidupkan, pemberi dan
pencegah
rezeki, "ketawa" dan "menangis", menghalang dan
memberi.
BagiNya kekuasaan dan baginya kepujian, di tanganNya
segala
kebaikan, Dia berkuasa di atas setiap sesuatu. Memasukkan
waktu
malam ke dalam waktu siang dan memasukkan siang ke
dalam
waktu malam.
Tiada
Tuhan melainkan Dia yang Maha Mengetahui lagi
pengampun,
Dialah penerima doa, pengurnia segala pemberian dan
penghitung
segala jiwa. Tuhan syurga dan manusia, Dia tidak
menghadapi
sebarang kesulitan, tidak menolak laungan orang yang
memohon
pertolongan, tidak dimetrikan oleh keluhan orang yang
berhajat.
Pelindung bagi orang-orang yang salih, pemberi taufiq
kepada
orang-orang yangbahagia.
Dialah
maula kepada segala alam yang berhak dari setiap
makhlukNya
bersyukur dan memuji-Nya. Aku memuji-Nya di dalam
kesenangan
dan kesusahan, kesulitan dan kelapangan. Aku
beriman
denganNya, para malaikatNya, kitab-kitab-Nya dan para
rasul-Nya.
Aku mendengar suruhanNya, aku mematuhi dan
bersegera
menurut keridaan-Nya. Aku menyerahkan diriku kepada
qada'-Nya
kerana cintakan ketaatan-Nya dan takutkan balasan-Nya,
kerana
Dialah Allah yang tidak menjamin keselamatan jika
dilakukan apa yang
dibenciNya. Dan Dia pula tidak teragak-agak
mengenakan
balasan-Nya. Aku berikrar dengan diriku sendiri untuk
beribadah
kepadaNya dan aku naik saksi tentang ketuhanan-Nya.
Aku
akan melaksanakan apa yang diwahyukan kepadaku dengan
penuh
waspada.
Jika
aku tidak melaksanakannya lantas aku akan binasa
sehingga
tiada seorangpun dapat mempertahankanku dari azabNya
sekalipun
besar ujianNya, tiada Tuhan melainkan Dia. Kerana Dia
telah
memberitahuku sesungguhnya jika aku tidak menyampaikan
apa
yang diturunkan kepadaku nescaya aku tidak menyampaikan
risalahNya.
Lantaran itu Dia memberi jaminan melindungiku
dengan
`ismah, Dia Allah adalah mencukupi (bagiku). Kemudian
Dia
menurunkan wahyu kepadaku11.
Dengan
nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani.
Wahai
Rasul ! sampailah apa yang telah diturunkan kepada kamu
mengenai
`Ali - [jawatan Khalifah adalah untuk `Ali bin Abi Talib].
Dan
jika kamu tidak menyampaikannya bererti kamu tidak
menyampaikan
risalah-Nya, "Dan Allah menjaga kamu dari
manusia".(Surah
al-Maidah 5:67) Wahai manusia! Aku tidak
mengabaikan
tanggungjawabku di dalam menyampaikan apa yang
telah
diturunkan oleh Allah kepadaku. Akulah orang yang
menerangkan
kepada kalian. Sebab turunnya ayat "Wahai Rasul,
sampaikanlah
apa yang telah diturunkan kepadamu daripada
Tuhanmu.
Dan jika kamu tidak kerjakan, bererti kamu tidak
menyampaikan
amanat-Nya" (Surah al-Maidah 5:67).
Sesungguhnya
Jibra'il telah turun kepadaku sebanyak tiga
kali
memerintahkanku supaya menyampaikan perintah Tuhanku;
supaya
aku terus melaksanakannya. Aku pun mengisytiharkannya
kepada
semu peringkat; sama ada yang berkulit putih dan yang
berkulit
hitam bahawa sesungguhnya `Ali bin Abi Talib a.s adalah
saudaraku,
wasiku, khalifahku dan imam selepasku di mana
kedudukannya
di sisiku samalah kedudukan Harun di sisi Musa
selain
dari kenabian kerana tiada nabi selepasku12.
Beliaulah wali
kalian
di sisi Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah S.W.T. telah
menurunkan
ke atasku satu ayat mengenai wilayah `Ali
"Sesungguhnya
wali kamu adalah Allah, RasulNya dan orang-orang
yangberiman
yang mendirikan solat, menunaikan zakat dalam
keadaan
rukuk" (Surah al-Maidah 5:55). `Ali bin Abi Talib telah
mendirikan
solat dan menunaikan zakat di dalam keadaan rukuk,
11 Al-Wahidi,
Asbab al-Nuzul, Cairo 1957, hlm. 150; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur,
Beirut
1960, II, hlm. 298; Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Baghdad 1963,
IV,
hlm. 637.
12 Al-Bukhari,
Sahih, Cairo 1348 H, III, hlm. 54 dalam "Kitab al-Maghazi" bab
peperangan
Tabuk; Muslim, Sahih, Cairo 1311 H, II ,hlm. 236 dan 237 dalam bab
"Fadl
al-Sahabah", bab Fadl `Ali A.S.; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 98,
118
dan 119; Ibn Hajr
al-`Asqalani, al-Isabah, II, hlm. 507.
kerana
melakukan ibadat kepada Allah pada setiap masa13.
Aku
telah
memohon maaf kepada Jibra'il lantaran aku tidak
menyampaikannya
kepada kalian. Wahai manusia, kerana aku
mengetahui
betapa sedikitnya orang yang bertakwa, betapa
ramainya
orang yang munafik, pengkhianat dan tipudaya orang
bersandarkan
Islam yang disifatkan oleh Allah di dalam kitabNya
"Mereka
mengucap dengan lidah mereka apa yang tidak ada dalam
hati
mereka"(Surah al-Fath 48:11).
Dan
betapa banyak mereka telah menyakiti hatiku sehingga
mereka
menamakanku uzunun (iaitu mendengar/mempercayai apa
saja
yang diperkatakan kepadanya). Mereka menyangka aku
sedemikian
rupa kerana selalu "bergaul" dengan-Nya dan sehingga
Allah
menurunkannya di dalam al-Qur'an "Di antara mereka ada
yang
menyakiti Nabi dan menyatakan: Nabi mempercayai semua
yang
didengarnya. Katakanlah: Ia mempercayai semua yang baik
bagi
kamu, ia beriman kepada Allah, mempercayai orang-orang
mukmin"
(Surah al-Taubah 9:61).
Jika
aku mahu, aku akan menyebutkan nama-nama mereka
atau
menunjukkan mereka kepada kalian. Tetapi aku tidak mahu
melakukannya,
kerana Allah tidak merestuiku melainkan
menyampaikan
apa yang diturunkan kepadaku. Kemudian beliau
(s.`a.w.)
membaca"Wahai Rasul sampaikanlah apa yang telah
diturunkan
oleh Tuhan kamu - tentang `Ali - dan jika kamu tidak
melakukan
bererti kamu tidak menyampaikan risalah-Nya. Dan Allah
menjaga
kamu dari manusia"
(Surah
al-Maidah 5: 67). Ketahuilah wahai manusia! Sesungguhnya
Allah
telah melantik `Ali untuk kalian sebagai wali, dan imam yang
wajib
ditaati ke atas Muhajirin, Ansar dan Tabi`in; sebagaimana
wajib
ditaati oleh penghuni padang pasir, bandar, Arab bukan Arab,
merdeka,
hamba kecil besar, berkulit putih dan hitam. Malah ke
atas
setiap orang yang mentauhidkan Allah S.W.T. Terkutuk bagi
orang
yang menentangnya. Dirahmati orang yang mengikutinya,
mukmin
orang yang membenarkannya. Allah mengampuninya dan
orang
yang mengambil ilmu daripadanya dan mentaatinya14.
Wahai
manusia! Ini merupakan tempat yang terakhir aku
berdiri
di hadapan kalian. Lantaran itu dengarlah, taatilah dan
ikutilah
perintah Tuhan kalian. Sesungguhnya Allah `Azza
waJalla
adalah maula kalian dan Tuhan kalian kemudian
selepasNya
Muhammad (s.`a.w.) adalah wali kalian yang sedang
berpidato
di hadapan kalian. Kemudian selepasku `Ali adalah wali
kalian
dan imam kalian dengan perintah Tuhan kalian. Kemudian
13 Al-Suyuti,
al-Durr al-Manthur, II, hlm. 293.
14 Al-Wahidi,
Asbab al-Nuzul, hlm. 150; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298;
al-Alusi,
Ruh al-Ma`ani, Cairo 1958, V, hlm. 172; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-
Mawaddah, Tehran 1385 H,
hlm. 128.
imamah
adalah pada zuriatku daripada anaknya sehingga di hari
kalian
berjumpa Allah dan Rasul-Nya. Tidak ada suatu perkara pun
yang
halal melainkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah dan tidak
ada
suatu perkara pun yang haram melainkan apa yang telah
diharamkan
oleh Allah. Dialah yang menerangkan kepadaku halal
dan
haram di dalamkitabNya. Kemudian aku menerangkan halal
dan
haramnya kepada `Ali15. Wahai
manusia! Tidak ada suatu ilmu
pun
melainkan Allah telah menyampaikanya kepadaku. Dan setiap
ilmu
yang aku mengetahuinya, aku menyimpannya pada imam
mubin
(`Ali a.s) dan tidak ada suatu ilmu pun melainkan aku
mengajarnya
kepada `Ali. Dan beliaulah imam mubin.
Wahai
manusia! Janganlah kalian menyimpang
daripadanya,
janganlah kalian lari daripadanya, janganlah kalian
angkuh
dengan menentang wilayahnya. Kerana beliaulah yang
menunjuk
kepada kebenaran dan beramal dengannya. Beliaulah
yang
menghilangkan kebatilan dan melarangnya. Janganlah kalian
menghiraukan
celaan orang yang mencela. Beliaulah orang pertama
beriman
kepada Allah dan Rasulnya. Beliaulah yang mengorbankan
dirinya
sendiri untuk Rasulnya. Beliaulah bersama Rasulullah.
Dan
tidak ada seorang pun menyembah Allah bersama Rasulnya di
kalangan
lelaki selain daripadanya16.
Wahai
manusia! Hormatilah beliau kerana Allah telah
mengurniakan
kelebihan kepadanya. Terimalah beliau kerana Allah
telah
melantiknya untuk kalian. Wahai manusia! Sesungguhnya
beliau
adalah imam daripada Allah. Allah sekali-kali tidak akan
menerima
taubat seorang yang mengingkari wilayahnya. Dan Allah
sekali-kali
tidak akan mengampuninya. Sudah pasti Allah akan
melakukan
hal demikian ini terhadap orang yang menyalahi
perintah-Nya
mengenainya. Dan Dia akan menyiksanya dengan
siksaan
pedih yang berpanjangan. Lantaran itu kalian berhatihatilah
supaya
kalian tidak menyalahinya. Justeru itu kalian akan
dibakar
di neraka di mana bahan bakarnya adalah manusia dan
batu
disediakan kepada orang-orang yang ingkar17.
Wahai
manusia! Dengan akulah demi Allah, para nabi dan
rasul
yang terdahulu diberi khabar gembira. Aku adalah penamat
para
nabi dan Rasul. Akulah juga hujah ke atas semua makhluk di
bumi
dan di langit. Sesiapa yang mengsyakinya dia adalah kafir
sebagaimana
kafir jahiliyah. Dan sesiapa yang mengsyaki sabdaku
15 Abu Nu`aim alAsfahani, Hilyah
al-Auliya', I, hlm. 65; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm.
92.
16 Al-Qunduzi
al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 91.Ahmad b.Hanbal, al-
Musnad,
II, hlm. 102; al-Hakim, al-Mustadrak, III,hlm. 5.
17 Al-Qunduzi
al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 251; al-Khawarizmi, al-
Manaqib, hlm. 43; Ibn
Hajr, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad 1327 H, I, hlm. 343.
ini,
bererti dia mengsyaki kesemuanya. Orang yang mengsyakinya
adalah
neraka sebagai balasannya18.
Wahai
manusia! Sesungguhnya Allah telah mengurniakan
kelebihan
ini ke atasku sebagai ihsanNya. Tiada Tuhan melainkan
Dia.
Segala puji untukNya daripadaku buat selama-lamanya. Wahai
manusia!
Hormatilah `Ali kerana beliau sebaik-baikmanusia
selepasku
di kalangan lelaki dan perempuan. Dengan kamilah
Allah
telah menurunkan rezeki dan mengekalkan makhluk (buat
seketika).
Terkutuk, terkutuk. Dimurkai, dimurkai orang yang
menolak
sabdaku ini dan tidak mempersetujuinya. Sesungguh-nya
Jibra'il
telah memberitahuku mengenainya daripada Allah S.W.T.
dan
berkata: Sesiapa yang memusuhi `Ali dan tidak menjadikannya
wali,
maka laknat dan kemurkaanKu ke atasnya. Seseorang itu
hendaklah
memikirkan apa yang telah dikemukakan untuk hari
esok
dan bertakwalah kepada Allah supaya beliau tidak menyalahi-
Nya
kerana dikhuatiri kaki akan tergelincir selepas ia tegak.
Sesungguhnya
Allah mengetahui apa yang dilakukan oleh kalian19.
Wahai
manusia! Sesungguhnya beliaulah janb-Allah yang
disebutkan
di dalam kitab-Nya "Supaya jangan ada orang yang
mengatakan
amat besar penyesalan atas kelalaianku terhadap
janb-Allah"(Surah
al-Zumar 39:56). Wahai manusia! Pelajarilah al-
Qur'an
dan fahamilah ayat-ayatnya. Perhatikanlah ayat-ayat
Muhkamahnya
dan janganlah kalian mengikuti ayat-ayat
Mutasyabihahnya.
Demi Tuhan, tidak akan menerangkan kepada
kalian
tentang halangan-halangannya dan tidak akan menerangkan
kepada
kalian penafsiran-penafsirannya melainkan orang yang
aku
memegang tangannya sekarang.
Dan
aku memberitahu kalian sesungguhnya sesiapa yang
aku
maulanya, maka ini `Ali adalah maulanya, iaitu `Ali bin Abi Talib
A.S,
saudaraku, wasiku. Dan wilayahnya adalah daripada Allah
S.W.T.
yang telah menurunkannya ke atasku20.
Wahai
manusia! Sesungguhnya `Ali dan orang yang baik
daripada
anak cucuku merupakan thiqal al-Asghar (harta paling
kecil
yang bernilai) dan al-Qur'an adalah thiqal al-Akbar (harta paling
besar
yang bernilai). Setiap orang menceritakan tentang
sahabatnya
dan bersatu dengannya. Kedua-duanya tidak akan
18 Al-Qunduzi
al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm. 91; al-Hakim, al-Mustadrak,
III,
hlm. 128.
19 Ahmad b
Hanbal, al-Musnad, II, hlm. 102; al-Muttaqi al-Hindi , Kanz al-`Ummal,
VI,
hlm. 159; Ibn Hajr, Tahdhib al-Tahdhib, V , hlm. 379.
20 Al-Alusi,
Ruh al-Ma`ani, VI, hlm. 172; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm.
298,al-Qunduzi
al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 120; al-Khatib, Tarikh
Baghdad,
VIII, hlm. 290; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, Tehran 1404 H, hlm.
113.
berpisah
sehingga dikembalikan Haud kepadaku. Mereka itulah
pemegang
amanah Allah pada makhluk dan para bijak pandai di
bumi-Nya.
Sesungguhnya aku telah menunaikannya.
Sesungguhnya
aku telah menyampaikannya dan aku
memperdengarkannya
kepada kalian. Sesungguhnya aku telah
menerangkannya
bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. telah
berfirman
dan sabdaku itu adalah daripada Allah.
Sesungguhnya
tidak ada Amiru l-Mukminin selain daripada
saudaraku
ini. Dan tidak seorang pun layak untuk melaksanakannya
selepasku
selain daripadanya. Kemudian beliau meletakkan
tangannya
ke bahu `Ali kemudian mengangkatnya21.
Wahai
manusia!
Ini adalah `Ali saudaraku, wasiku, penjaga ilmuku,
khalifahku
ke atas umatku dan di atas tafsir kitab Allah Azza Wa
Jalla.
Penyeru kepadanya dan beramal dengan apa yang diredaiNya,
memerangi
musuh-musuhNya, setia mentaatiNya dan pencegah
dari
mendurhakaiNya.
Beliaulah
khalifah Rasulullah, Amiru l-Mukminin, Imam
petunjuk,
penentang Nakithin (Ashab Jamal), Qasitin (Ashab al-
Siffin)
dan Mariqin (Ashab al-Nahrawan)22.
Aku berkata: Sabdaku
tidak
boleh ditukar ganti kerana ia adalah perintah Tuhanku. Aku
berkata:
Wahai Tuhanku! Hormatilah orang yang mewalikan `Ali.
Musuhilah
orang yang memusuhinya. Laknatilah orang yang
mengingkarinya,
murkailah orang yang mengingkari haknya.
Wahai
Tuhanku! Sesungguhnya Engkaulah yang telah menurunkan
ke
atasku bahawa Imamah selepasku adalah untuk `Ali sebagai wali
Engkau
sebaik saja peneranganku mengenainya dan perlantikanku
terhadapnya23.
Dengan
itu Engkau telah menyempurnakan untuk hambahambaMu
agama
mereka. Dan engkau telah menyempurnakan ke
atas
mereka nikmatMu dan Engkau telah meredai bagi mereka
Islam
sebagai agama. Maka Engkau berfirman: "Barangsiapa
mencari
agama lain selain agama Islam, maka sekali-kali tidak akan
diterima
agama itu daripadanya dan di akhirat termasuk orang-orang
yang
rugi" (Surah Ali `Imran 3:85).
Wahai
Tuhanku! Aku mempersaksikan Engkau dan
cukuplahEngkau
sebagai saksi sesungguhnya aku telah
21 Al-Alusi,
Ruh al-Ma`ani, VI, hlm. 172. al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298;
al-Qunduzi
al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 120; al-Khatib, Tarikh Baghdad,
VIII,
hlm. 290; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 113.
22 Al-Turmudhi
al-Hanafi, al-Kaukab al-Durriy, Damascus 1958,Hlm.143; al-Qunduzi
al-Hanafi,
Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 251; Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 154.
23 Al-Tabari,
Tarikh, Cairo 1956, II,hlm. 216; Abu l-Fida, Tarikh, Cairo 1957, I,
hlm. 116.
menyampaikannya.
Wahai manusia! Sesungguhnya Allah A.W. telah
menyempurnakan
agama kalian dengan imamahnya (`Ali a.s). Siapa
yang
tidak berimamkannya dan orang yang menggantikan
tempatnya
yang terdiri daripada anak cucuku dari keturunannya
sehingga
hari kiamat, maka mereka itulah akan terbatal amalanamalan
mereka
dan dalam nerakalah mereka kekal 24di
dalamnya.
Siksaan
mereka tidak akan diringankan dan mereka pula tidakakan
dilayani25.
Wahai
manusia! Ini ialah `Ali orang yang paling kuat di
kalangan
kalian yang membantuku, orang yang paling berhak di
kalangan
kalian denganku. Beliau adalah orang yang paling akrab di
kalangan
kalian kepadaku dan orang yang paling mulia di sisiku dan
Allah
A.W. Kami meredhainya. Tidak terdapat ayat mengenai
keredhaan
melainkan ia turun pada `Ali. Allah tidak berfirman
dengan
"Wahai orang-orang yang beriman" melainkan Dia
memulakan
dengan `Ali. Tidak terdapat ayat pujian di dalam al-
Qur'an
melainkan padanya. Dan Dia tidak memberi penyaksian
syurga
tentang Hal Ata (Surah al-Insan 76:1) melainkan untuknya.
Dia
tidak menurunkannya selain daripadanya. Dan Dia tidak
memuji
dengannya (ayat) selain daripadanya (`Ali a.s)26.
Wahai
manusia! Beliau adalah pembantu agama Allah,
penyokong
Rasulullah. Beliau adalah seorang yang bertakwa, bersih
dan
petunjuk. Nabi kalian adalah sebaik-baik nabi dan wasi kalian
adalah
sebaik-baik wasi dan anak-anaknya sebaik-baik para wasi.
Wahai
manusia! Zuriat setiap nabi adalah dari sulbinya, tetapi
zuriatku
dari sulbi `Ali27.
Wahai
manusia! Sesungguhnya Iblis telah mengeluarkan
Adam
dari syurga disebabkan hasad dengkinya. Lantaran itu
janganlah
kalian melakukan hasad dengki terhadapnya (`Ali) nescaya
amalan-amalan
kalian akan terbatal.
Dan
kaki-kaki kalian akan tergelincir. Sesungguhnya Adam
diturunkan
ke dunia disebabkan "satu kesalahan" sahaja
sedangkan
beliau adalah pilihan Allah A.W. Bagaimana dengan
kalian,
sedangkan di kalangan kalian adalah musuh-musuh Allah.
Sesungguhnya
orang yang celaka sahaja yang memarahi `Ali. Dan
orang
yang bertakwa sahaja yang mewalikan `Ali. Hanya orang
24 Maksud
"kekal" (al-Khulud) adalah sama dengan Surah al-Nisa' 4: 14 di mana
al-Baidawi
menyatakan al-Khulud adalah al-Makth al-Tawil, bukan kekal selamalamanya,
Anwar
al-Tanzil wa Asrar al-Ta'wil, Cairo t.t., I, hlm. 150.
25 Al-Hakim,
al-Mustadrak, II, hlm. 343; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm.
90-93.
26 Al-Khawarizmi,
al-Manaqib, hlm. 17; al-Dhahabi, Mizan al-I`ti-dal, Cairo 1348 H,
III,hlm.
311; Kifayah al-Talib, hlm. 139-141.
27 Al-Qunduzi
al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 56.
mukmin
sahaja yang beriman dengan `Ali. Dan pada `Alilah
diturunkan
Surah wa l-Asr28.
Wahai
manusia! Sesungguhnya aku memohon kepada Allah
menjadi
saksi bahawa aku telah menyampaikan risalahku kepada
kalian.
Rasul hanya menyampaikan risalahNya yang terang. Wahai
manusia!
Bertakwalah kalian kepada Allah dengan sepenuhnya.
Dan
janganlah kalian mati melainkan kalian muslimun. Wahai
manusia!
Berimanlah kalian dengan Allah, RasulNya dan al-Nur
(cahaya)
yang diturunkan bersamanya sebelum kebenaran
dipadamkan.
Justeru itu kita menolaknya ke belakang.
Wahai
manusia! al-Nur (cahaya) daripada Allah A.W., adalah
padaku
kemudian pada `Ali kemudian pada keturunannya
sehinggalah
datangnya al-Qa'im al-Mahdi yang akan menuntut hak
Allah
dan hak kami (Ahl al-Bait A.S) kerana Allah A.W. telah
menjadikan
kami hujah ke atas orang-orang yang cuai, ingkar,
penentang,
pengkhianat, pelaku dosa dan orang yang zalim dari
sekalian
alam29.
Wahai
manusia! Aku memberi peringatan kepada kalian,
sesungguhnya
aku adalah Rasulullah sebagaimana telah berlalu
para
rasul sebelumku. Sekiranya aku mati atau dibunuh "kamu
kembali
ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke
belakang,
maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah
sedikitpun,
dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang
yang
bersyukur" (Surah Ali `Imran 3:144). Sesungguhnya `Alilah
yang
disifatkan dengan kesabaran dan kesyukuran kemudian
selepasnya
cucu cicitku dan zuriatnya. Wahai manusia! Janganlah
kalian
berangan-angan untuk menentang Allah dengan "Islam"
kalian,
maka Dia akan memarahi kalian dan mengenakan kalian
dengan
azab di sisi-Nya. Sesungguhnya Dia sedang menunggu
kalian.
Wahai
manusia! Akan berlaku selepasku para imam yang
akan
menyeru manusia ke neraka dan di hari kiamat mereka tidak
akan
dibantu30.. Wahai
manusia! Sesungguhnya Allah dan aku
bersih
daripada mereka. Wahai manusia! Sesungguhnya
pembantu-pembantu
mereka, pengikut-pengikut mereka dan
penyokong-penyokong
mereka akan berada di neraka yang paling
terkebawah.
Dan ia adalah seburuk-buruk tempat tinggal bagi
28 Al-Hakim,
al-Mustadrak, III,hlm. 129; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, II, hlm. 102;
Ibn
Hajr, Tahdhib al-Tahdhib, V, hlm.379; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib,
hlm.115-117.
29 Al-Khawarizmi,
al-Manaqib, hlm. 87; al-Qunduzi al-Hanafi,Yanabi` al-
Mawaddah,
hlm.10,486;al-Khawarizmi, Maqtal al- Husain, Baghdad 1343 H, hlm.
50.
30 Maksud
Surah al-Qasas 28: 41
orang-orang
yang takabbur. Sesungguhnya "mereka" adalah
"pemilik-pemilik"
mushaf. Lantaran itu hendaklah kalian melihat
pada
mushaf tersebut.
Beliau
bersabda: Urusan mushaf hanya diambil berat oleh golongan
yang
sedikit sahaja. Wahai manusia! Sesungguhnya aku
tinggalkannya
(Sahifah) sebagai imamah dan wirathah pada
keturunanku
sehingga hari kiamat. Sesungguhnya aku telah
menyampaikan
apa yang diperintahkan oleh Engkau untuk
disampaikannya
sebagai hujah di atas setiap yang hadir, ghaib dan
ke
atas setiap orang yang menyaksikannya atau tidak, sama ada
telah
dilahirkan ataupun tidak. Justeru itu hendaklah orang yang
hadir
menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir, dan bapa
kepada
anaknya sehingga hari kiamat kerana mereka (selain
daripada
Ahl al-Bait A.S) akan menjadikannya (imamah) sebagai
hak
milik dan barang rampasan. Sesungguhnya Allah melaknati
perampas-perampasnya.
"Kami akan memperhatikan sepenuhnya
kepadamu
wahai manusia dan jin. Maka kepada kamu dilepaskan
nyala
api dan cairan tembaga maka kamu tidak dapat
menyelamatkan
diri (daripadanya)". (Surah ar-Rahman 55: 31, 35)
Wahai
manusia! Sesungguhnya Allah A.W. tidak akan
meninggalkan
kalian sebelumnya sehingga keburukan dan kebaikan
dapat
dibezakan. Dan Allah tidak mahu memberitahu kalian
perkara-perkara
yang ghaib. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak
ada
satu bandar pun melainkan Allahlah yang membinasakannya
disebabkan
pembohongan penduduknya. Demikianlah Dia
membinasakan
bandar-bandar yang zalim. Sebagaimana telah
disebutkan
oleh Allah S.W.T. di dalam kitabNya. Ini adalah `Ali
imam
kalian dan wali kalian. Beliau di antara janji-janji Allah dan
Allah
membenarkan apa yang dijanjikannya31.
Wahai
manusia! Sesungguhnya telah sesat sebelum kalian
kebanyakan
orang-orang yang terdahulu. Demi Allah, Dia telah
membinasakan
orang-orang yang terdahulu dan Dialah yang akan
membinasakan
orang-orang yang terkemudian. Allah berfirman:
"Bukankah
Kami telah membinasakan orang-orang yang dahulu?
Lalu
Kami iringi (azab kami terhadap) mereka dengan (mengazab)
orang-orang
yang datang kemudian. Demikianlah Kami berbuat
terhadap
orang-orang yang berdosa. Kecelakaan besarlah pada hari
itu
bagi orang-orang yang mendustakan" (Surah al-Mursalat 77: 16-
19).
Wahai
manusia! Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku dan
melarangku.
Sesungguhnya aku telah memerintahkan `Ali dan
31 Al-Turmudhi
al-Hanafi, al-Kaukab al-Durriy, hlm. 144;al-Qunduzi al-Hanafi,
Yanabi` al-Mawaddah, hlm.
253.
melarangnya.
Ilmu suruhan dan larangan adalah daripada Allah
A.W.
Justeru itu dengarlah kalian kepada larangannya, nescaya
kalian
terselamat. Taatlah kalian kepadanya nescaya kalian
mendapat
petunjuk. Berhentilah kerana larangannya, nescaya
kalian
akan mendapat petunjuk. Ikutilah kehendaknya dan
janganlah
kalian mengikuti jalan-jalan kalian selain dari jalannya32.
Wahai
manusia! Akulah Sirat al-Mustaqim di mana Dia
memerintahkan
kalian mengikutinya. Kemudian `Ali selepasku
kemudian
anak cucuku dari sulbinya, para imam yang menjadi
petunjuk
kepada kebenaran dan dengannyalah mereka
memperjuangkan
kebenaran33.
Kemudian
Rasulullah s.`a.w. membaca : al-Hamdu li Llahi
Rabbi
l-`Alamin sehingga ke akhirnya. Dan beliau bersabda:
Kepada
akulah turunnya Surah al-Fatihah dan juga kepada mereka
secara
umum dan khusus. Mereka itulah para wali Allah, mereka
tidak
takut dan mereka pula tidak berdukcita. Sesungguhnya parti
Allah
sahajalah yang mendapat kemenangan. Sesungguhnya
musuh-musuh`Ali
adalah terdiri daripada orang-orang yang
melakukan
perpecahan, nifaq, penentang-penentang, saudarasaudara
syaitan
yang berkongsi penentangan dan tipu
daya.Sesungguhnya
para wali mereka ialah orang-orang yang
telahdisebutkan
oleh Allah di dalam kitabNya, firmanNya: "Kamu
tidak
akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan
hari
akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang
menentang
Allah dan Rasul-Nya" (Surah al-Mujadalah 58: 22).
sesungguhnya
para wali mereka ialah orang-orang yang telah
disifatkan
oleh Allah A.W. di dalam kitabNya. FirmanNya: "Orangorang
yang
beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka
dengan
ezaliman, itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan
mereka
itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk" (Surah al-
An`am
6:82). Sesungguhnya para wali mereka ialah orang-orang yang
telah
disifatkan oleh Allah di dalam kitabNya. FirmanNya: "Orangorang
yang
akan memasuki syurga dengan aman" disambut oleh para
malaikat
dengan aman. Berbahagialah kamu, maka masuklah syurga
selama-lamanya34.
Sesungguhnya para wali mereka ialah orangorang
yang
telah difirmankan oleh Allah A.W., firmanNya "Mereka
memasuki
syurga tanpa hisab"35.
32 Al-Tabari,
Tarikh ,II, hlm. 216; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm.
128.
33 Ibn
Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah, Cairo 1971 M, hlm. 79; Abu Nu`aim al-Isfahani,
Hilyah
al-Auliya', Cairo 1956 M, I, hlm.64
34 Maksud
Surah az-Zumar 39: 73.
35 Maksud
Surah al-Ghafir: 40
.
Sesungguhnya musuh-musuh mereka ialah orang-orang yang
akan
dibakar di neraka sa`ir36.
Sesungguhnya musuh-musuh
mereka
ialah orang-orang yang mendengar tepikan neraka
jahannam
dan nyalanya37.
.Sesungguhnya
musuh-musuh mereka ialah orang-orang yang
telah
difirmankan oleh Allah A.W. FirmanNya "Setiap umat masuk
(neraka)
dia mengutuk kawannya". (Surah al-A`raf 7: 38).
Sesungguhnya
musuh-musuh mereka ialah orang-orang yang
telahdisebutkan
oleh Allah di dalam kitabNya. FirmanNya "Setiap
kali
dilemparkan ke dalamnya satu kumpulan, penjaga-penjaganya
bertanya
kepada mereka: Apakah belum pernah datang kepada
kamu
(di dunia) seorang pemberi peringatan? Mereka menjawab:
Benar
ada, sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi
peringatan,
maka kami mendustakannya dan kami mengatakan Allah
tidak
menyuruh sesuatupun. Kamu tidak lain hanyalah di dalam
kesesatan
yang besar" (Surah al-Mulk 67: 8-9). Sesungguhnya para
wali
mereka ialah "Orang-orang yang takut akan Tuhan mereka
dengan
perkara yang ghaib bagi mereka keampunan dan pahala yang
besar"
(Surah al-Mulk 67: 12). Wahai manusia! Dua perkara di
antara
neraka dan syurga. Musuh kita ialah orang yang telah dicela
dan
dilaknat oleh Allah. Wali kita ialah orang yang telah dipuji dan
dikasihi
oleh Allah. Wahai manusia! Sesungguhnya aku memberi
peringatan
dan `Ali memberi petunjuk (Hadi)38.
Wahai
manusia! Sesungguhnya aku adalah nabi dan `Ali
adalah
wasiku. Sesungguhnya penamat para imam ialah al-Mahdi,
dan
beliau dari kalangan kami39.
Sesungguhnya
beliaulah orang yang mempertahankan agama.
Sesungguhnya
beliaulah penuntut bela daripada orang-orang yang
zalim.
Sesungguhnya beliaulah pembuka benteng-benteng dan
perosak-nya40.
Sesungguhnya
beliaulah orang yang memerangi setiap kabilah
yang
syirik. Sesungguhnya beliaulah orang yang dapat mengesan
setiap
penentang para wali Allah. Sesungguhnya beliaulah pembantu
agama
Allah. Sesungguhnya beliaulah pencedok di lautan yang
dalam.
Sesungguhnya beliau mengetahui setiap orang yang
mempunyai
kelebihan dan setiap orang yang jahil. Sesungguhnya
beliau
adalah sebaik-baik pilihan Tuhan. Sesungguhnya beliaulah
pewaris
setiap ilmu secara menyeluruh. Sesungguhnya beliaulah
36 Maksud Surah al-Insyiqaq 84: 12.
37 Maksud Surah al-Furqan 25: 12
38 Al-Nasa'i,
al-Khasais, Damascus 1978, hlm. 70; Abu Nu`aim al-Isfahani, Hilyah
al-Auliya’
, IV, hlm. 381; al-Kanji al-Syafi`I , Kifayah al-Talib, hlm. 233.
39 Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi`
al-Mawaddah, hlm. 44-444.
40 Ibn
`Abd al-Birr, al-Isti`ab, Beirut 1972, II, hlm. 639 ,Ibn Sa`d, Tabaqat, IV,
hlm.
305.
diberitahu
tentang Tuhannya dan diberi peringatan tentang
imannya41.
Sesungguhnya
beliau adalah seorang yang bijak dan
tegas.Sesungguhnya
setiap sesuatu diserahkan kepadanya.
Sesungguhnya
beliau telah diberi khabar gembira kepada orangorang
yang
terdahulu. Sesungguhnya beliaulah hujah dan tidak ada
hujah
selepasnya. Tidak ada kebenaran melainkan bersamanya.
Tidak
ada nur (cahaya) melainkan di sisinya. Tidak ada orang yang
dapat
mengalahkannya dan tidak akan dibantu orang yang
menentangnya.
Sesungguhnya beliaulah wali Allah di bumiNya,
hukumNya
pada makhlukNya dan orang kepercayaanNya di dalam
semua
keadaan. Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah
menerangkannya
kepada kalian dan memahamkan kalian. Ini `Ali
akan
memahamkan kalian selepasku42.
Sesungguhnya
manakala selesai ucapanku, aku menyeru
kalian
supaya melakukan bai`ah kepadaku sebagai tanda membai`ah
`Ali
dan memberi pengakuan kepadanya, kemudian memberi bai`ah
kepadan
selepasku. Sesungguhnya aku telah membai`ah kepada
Allah,
dan `Ali telah memberi bai`ah kepadaku. Aku
memerintahkan
kalian supaya melakukan bai`ah kepadanya
daripada
Allah A.W. FirmanNya "Barang siapa yang melanggar
janjinya,
nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa diri
sendiri"
(Surah al-Fath 48: 10).Wahai manusia! Sesungguhnya Haji,
Safa,
Marwah dan `Umrah adalah di antara syi`ar-syi`ar Allah.
"Maka
barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau berumrah,
maka
tidak ada dosa baginya" (Surah al-Baqarah 2: 158). Wahai
manusia!
Tunaikan haji di Baitullah ketika mampu dan janganlah
kalian
meninggalkannya melainkan tanpa kemampuan.
Wahai
manusia! Setiap mukmin yang berdiri di Mauqif
dosanya
yang lalu akan diampuni Tuhan. Dan apabila selesai
hajinya,
amalan (baru)nya dimulakan. Wahai manusia! Orang-orang
yang
menunaikan haji bersifat tolong menolong. Dan perbelanjaan
mereka
akan digantikan kerana Allah tidak akan menghilangkan
pahala
orang-orang yang melakukan kebaikan. Wahai manusia!
tunailah
haji dengan sempurna dan memahami (hikmah)nya. Dan
janganlah
kalian pulang melainkan dengan taubat dan meninggalkan
segala
dosa. Wahai manusia! Dirikanlah solat dan tunaikanlah
zakat
sebagaimana Allah menyuruh kalian melakukannya.
41 Al-Hakim,
al-Mustadrak, III,hlm. 126; Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah,
Cairo
1959, VII, hlm. 358.
42 Al-Muttaqi
al-Hindi, Kanz al-`Ummal, V, hlm. 241;al-Khawarizmi, al-Manaqib,
hlm.
48; Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas,Tunis 1972, hlm. 78; Ibn Hajr,
al-Isabah, IV, hlm.270.
Jika
masa berpanjangan, kalian mengabaikannya atau
melupai-nya
maka `Ali adalah wali kalian dan orang yang dapat
menjelaskannya
kepada kalian kerana Allah telah melantiknya
selepask
Dan sesiapa yang Allah A.W. memilihnya untuk
menggantikan
tempaku, akan memberitahu kalian persoalanpersoalan
yang
dikemukakan oleh kalian dan beliau akan
menerangkan
kepada kalian apa yang kalian tidak mengetahuinya43.
Sesungguhnya
halal dan haram adalah tidak terkira
banyaknya.
Akulah yang menyuruh melakukan perkara-perkara
yang
halal dan akulah yang melarang melakukan perkara-perkara
yang
haram. Di satu peringkat aku diperintahkan supaya
mengambil
bai`ah daripadakalian. Dan bai`ah kalian adalah dengan
menerima
apa yang aku bawa dari sisi Allah A.W. mengenai
kepemimpinan
`Ali Amiru l-Mukminin dan para imam selepasnya, di
mana
mereka adalah daripadaku dan daripadanya. Dan di
kalangan
mereka itulah Imam Mahdi yang akan memenuhi dunia ini
dengan
kebenaran sehinggalah hari kiamat44.
Wahai
manusia! Setiap yang halal aku telah menerangkannya
kepada
kalian. Begitu juga setiap yang haram aku telah melarang
kalian
dari melakukannya. Aku tidak akan bertolak ansur menge
nainya
dan aku tidak akan menukarkannya. Lantaran itu kalian
hendaklah
sentiasa mengingatinya, menjaganya, memberi nasihat
dengannya.
Jangan sekali-kali menukarkannya atau
mengubahnya
pula. Sesungguhnya aku ingin perbaharui katakataku:
Dirilah
solat, tunailah zakat, suruhlah mengerja kebaikan
dan
tegahlah kemungkaran. Sesungguhnya punca "menyuruh"
kepada
kebaikan dan melarang kemungkaran ialah berakhir kepada
kata-kataku
dan kalian sampaikanlah kata-kataku ini kepada orang
yang
tidak hadir dan suruhlah dia menerimanya dan menegahnya
dari
menyalahinya. Kerana ia adalah perintah daripada Allah A.W
dan
daripadaku.
Tidak
ada amr ma`ruf dan nahyi munkar melainkan bersama
imam
yang maksum. Wahai manusia! Al-Qur'an45 telah
memperkenalkan
kalian bahawa para imam selepas `Ali ialah anakanaknya.
Dan
aku telah memperkenalkan kalian bahawa dia (`Ali)
adalah
daripadaku dan aku adalah daripadanya sehingga Allah
berfirman
di dalam kitabnya46.
43 Al-Khatib, Tarikh Baghdad,
II, hlm. 377.
44 Abu
Nu`aim al-Isfahani, Hilyah al-Auliya', III, hlm. 201; Syablanji, Nur al-
Absar,
hlm. 101.
45 Tafsiran
al-Qur'an menurut para ulama ahl al-Sunnah dan Syi`ah terutamanya
mengenai
Surah al-Ahzab 33:33; Surah al-Maidah 5:55 dan lain-lain.
46 Al-Tabari,
Tarikh, II, hlm. 197; al-Nasai’, al-Khasa'is, hlm.77-78; al-Kanji al-
Syafi`i, Kifayah
al-Talib, Tehran 1404 H, hlm. 274.
"Dan
dia menjadikan kalimat Tauhid itu kalimat yang kekal pada
keturunannya"
(Surah az-Zukhruf 43: 28) Dan aku berkata: Kalian
tidak
akan sesat selama-lamanya sekiranya kalian berpegang
kepada
kedua-duanya47.
Wahai
manusia! Bertakwalah, bertakwalah! Berwaspadalah
tentang
kiamat, sebagaimana firman Allah A.W. "Sesungguhnya
kegoncangan
hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang amat
besar"
(Surah al-Hajj 22: 1). Ingatlah mati, hisab, mizan, dan
perhitungan
di hadapan Allah Tuhan sekalian alam, pahala dan
siksa.
Sesiapa yang melakukan kebaikan akan diberi pahala dan
sesiapa
yang melakukan kejahatan, tidak ada bahagian syurga
baginya.
Wahai
manusia! Sesungguhnya kalian yang ramai ini
hendaklah
memberi bai`ah kepadaku dengan tapak tangan yang
satu.
Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku supaya
mengambil
pengakuan daripada kalian tentang perlantikan `Ali
sebagai
imam/pemimpin mukminin. Dan para imam yang datang
selepasnya
adalah daripadaku dan daripadanya sebagaimana aku
telah
memberitahu kalian. Sesungguhnya zuriatku adalah dari
sulbinya.
Justeru itu katakanlah: Kami mendengar, mentaati,
meridai,
mematuhi apa yang telah disampaikan oleh anda daripada
Tuhan
kami dan Tuhan anda tentang Ali dan para imam selepasnya
adalah
dari sulbinya. Kami memberi bai`ah kepada anda mengenai
imamah
`Ali dengan hati kami, diri kami, lidah kami dan tangan
kami.
Di
atas pengakuan inilah kami hidup, kami mati kami
dibangkitkan
kembali. Kami tidak akan mengubah dan
menukarnya.
Kami tidak melakukan syak wasangka, kami tidak
akan
memungkiri janji, kami mentaati Allah, mentaati anda dan `Ali
Amiru
l-Mukminin dan para imam yang terdiri dari anak cucunya
yang
anda telah menyebutkannya daripada zuriat anda dari
sulbinya.
Selepasnya Hassan dan Husain di mana kedua-duanya
aku
telah memberitahu kalian tentang kedudukan kedua-duanya
di
sisiku dan kedudukan kedua-duanya di sisi Allah A.W48.
Sesungguhnya
aku telah melaksanakannya kepada kalian.
Sesungguhnya
kedua-duanya adalah imam selepas bapa mereka
berdua
`Ali. Dan aku adalah bapa kedua-dua mereka sebelumnya.
Katakanlah:
Kami mentaati Allah tentang perkara tersebut (imamah),
kami
mentaati anda, `Ali, Hasan, Husain dan para imam yang
disebutkan
oleh anda dengan perjanjian yang kukuh dan ikhlas
untuk
Amiru l-Mukminin dari hati kami, jiwa kami, dan lidah
kami,
dengan "berjabat tangan" kami dengan orang yang melakukan
47 Muslim,
Sahih, hlm. 238; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, III, hlm.17, 26.
48 Al-Qunduzi
al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 441-444.
kepada
kedua-duanya (Nabi dan `Ali A.S) dengan tangannya dan
mengakui
kedua-duanya dengan lidahnya. Kami tidak akan
mengubah
pendirian kami selama-lamanya, Allah menjadi saksi
terhadap
kami. Dan cukuplah Allah menjadi saksi dan anda (Nabi
s.`a.w.)
juga menjadi saksi kepada kami. Malah setiap orang yang
taat
secara zahir danbatin, yang terdiri dari para Malaikat, bala
tenteraNya,
hamba-hambaNya. Dan Allah yang Maha Besar menjadi
saksi49.
Wahai
manusia! Apa pendapat kalian sesungguhnya Allah
mengetahui
setiap suara yang tersembunyi. Maka sesiapa
yangmemilih
petunjuk adalah untuk dirinya. Dan siapa yang
sesat,sesungguh-nya
dia memilih kesesatan itu. Dan siapa yang
memberibai`ah
kepada Allah, "tangan" Allah (kekuasaan Allah) di
atas
tangan-tangan mereka. Wahai manusia! Bertakwalah kalian
kepada
Allah dan berilah bai`ah kepada `Ali Amir al-Mukminin,
Hasan,
Husain dan para imam yang lain.
Mereka
merupakan kalimat yang baik selama-lamanya. Allah
akan
membinasakan orang yang mungkir janji dan akan memberi
rahmat
kepada orang yang menepati janji. "Barang siapa yang
melanggar
janjinya, nescaya akibat ia melanggar janji itu akan
menimpa
diri sendiri" (Surah al-Fath 48: 10). Wahai manusia!
Katakanlah
sebagaimana aku telah katakan kepada kalian dan
ucaplah
salam bahagia kepada `Ali bagi memimpin kaum mukminin.
Katalah
"Kami mendengar, kami taat, keampunan kamu wahai
Tuhan
dipinta dan kepada kamulah tempat kembali" (Surah al-
Baqarah
2: 285). Dan katakanlah "Segala puji bagi Allah yang telah
menunjuki
kami kepada ini. Dan kami sekali-kali tidak akan
mendapat
petunjuk kalau Allah tidak memberi kamipetunjuk" (Surah
al-A`raf
7: 43).
Wahai
manusia! Sesungguhnya kelebihan `Ali b. Abi Talib A.S
adalah
di sisi Allah A.W. Sesungguhnya Dia telah menurunkan
kelebihannya
di dalam al-Qur'an tidak terhitung banyaknya di satu
peringkat.
Lantaran itu siapa di kalangan kalian yang
mengetahuinya,
hendaklah mereka membenarkannya. Wahai
manusia!
Siapa yang mentaati Allah, RasulNya, `Ali dan para imam
yang
aku telah menyebutkan nama-nama mereka kesemuanya,
maka
ia akan mendapat kejayaan yang besar50.
Wahai manusia!
Orang
yang terdahulu memberi bai`ah kepada-nya, mematuhinya,
menerimanya
sebagai pemimpin mukminin, maka merekalah orang
yang
mendapat kejayaan di syurga. Wahai manusia! Katakanlah
bahawa
Allah tidak akan meridai kata-kata penentangan kalian.
Sekiranya
kalian mengingkari malah jika seluruh penghuni bumi ini
49 Ibid.
50 Al-Kanji
al-Syafi`I, Kifayah al-Talib, hlm. 230-266.
mengingkarinya,
tidak akan sekali-kali memberi sebarang
kemudaratan
kepada Allah S.W.T.
Seterusnya
al-Tabarsi menulis: Lalu orang ramai menyeru
Rasulullah
(s.`a.w.) sambil berkata: Kami mendengar dan kami
mentaati
perintah Allah dan RasulNya dengan hati kami, lidah kami
dan
tangan kami. Mereka datang berpusu-pusu kepada Rasulullah
(s.`a.w.)
dan `Ali a.s. Lalu mereka berjabat tangan
denganRasulullah
(s.`a.w.) dan `Ali a.s. Orang pertama berjabat
tangan
dengan Rasulullah (s.`a.w.) ialah Abu Bakr, kedua `Umar,
ketiga
`Uthman, keempat Talhah, kelima Zubair, orang-orang
Muhajirin,
Ansar dan orang ramai menurut martabat mereka
sehingga
solat Maghrib dan Isyak dilakukan secara jamak dan
berjamaah.
Mereka meneruskan bai`ah dan berjabat tangan
sebanyak
tiga kali. Rasulullah (s.`a.w.) bersabda, setiap kali mereka
melakukan
bai`ah kepadanya; Segala puji bagi Allah yang telah
mengurniakan
kelebihan kepada kami di atas sekalian alam51.
Ulasan
Konsep
Imamah (kepemimpinan) yang ditekankan oleh Rasulullah
(s.`a.w.)
di dalam khutbah Ghadir Khum adalah melalui nas Allah
S.W.T.
Dan bukan melalui perlantikan atau pemilihan52.
Ia
memusatkan kepada dua belas imam yang didahului oleh
Amir
al-Mukminin `Ali bin Abi Talib dan sebelas anak cucunya di
mana
mereka adalah dari keturunan Rasulullah (s.`a.w.) sendiri
melalui
Fatimah a.s. Lantaran itu beliau (s.`a.w.) bersabda "Zuriat
setiap
nabi adalah dari sulbinya, tetapi zuriatku dari sulbi `Ali"53.
Lantaran
itu beliau bersabda "Sesungguhnya Allah telah melantik
`Ali
untuk kalian sebagai wali, imam yang wajib ditaati"54.
Kemudian
beliau bersabda "Akulah Sirat al-Mustaqim di mana Dia
memerintahkan
kalian mengikutinya. Kemudian `Ali selepasku.
Kemudian
anak cucuku dari sulbinya, para imam yang menjadi
petunjuk
kepada kebenaran55.
Sebenarnya
konsep dua belas imam selepas kewafatan
Rasulullah
(s.`a.w.) telah diriwayatkan tidak terkira banyaknya
oleh
para ulama Ahl al-Sunnah di dalam buku-buku mereka di
samping
para ulama Syi`ah. Umpamanya al-Bukhari telah
51 Al-Tabari,
Kitab al-Wilayah, Cairo 1968, hlm. 18-20.
52 Al-Syahrastani,
al-Milal wa al-Nihal , Cairo, 1960, hlm. 103.
53 Al-Qunduzi
al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah , hlm. 56 dan lain-lain .
54 Sulaim
b. Qais al-Hilali, Kitab Sulaim ,Beirut 1980, hlm. 120.
55 Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’
al-Mawaddah, hlm.91. Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, 11, 102
meriwayatkan
di dalam Sahihnya56 dengan
perkataan "dua belas
amir".
Al-Bukhari meriwayatkannya
daripada Jabir b. Samurah bahawa Nabi (s.`a.w.)
bersabda "selepasku dua
belas amir". Muslim di dalam Sahih57 misalnya
meriwayatkannya daripada Jabir b.
Samurah sehingga dia berkata: Aku bersama
bapaku berjumpa Nabi (s.`a.w.).
Aku dengar Nabi (s.`a.w.) bersabda: "Urusan ini
tidak akan selesai hingga berlaku
kepada mereka dua belas khalifah"58 . Al-Turmudhi
di dalam Sunannya
meriwayatkannya dengan lafaz amir bukan khalifah. Ahmad b.
Hanbal di dalam Musnadnya59 meriwayatkannya
daripada Sya`bi daripada Masruq
berkata: Kami berada di sisi `Abd
Allah b. Mas`ud yang sedang memperdengarkan
bacaan al-Qur'an kepada kami. Tiba-tiba
seorang lelaki bertanya
kepadanya:
Wahai Abu `Abd Rahman! Adakah anda telah bertanya
Rasulullah
(s.`a.w.) berapakah umat ini memiliki khalifah? `Abd
Allah
b. Mas`ud menjawab: Tiada seorangpun bertanya kepadaku
mengenainya
semenjak aku datang ke Iraq sebelum anda.
Kemudian
dia berkata: Ya!
Sesungguhnya kami telah bertanya
kepada Rasulullah (s.`a.w.)
mengenai-nya.
Maka beliau (s.`a.w.) bersabda: "Dua belas
(Khalifah)
seperti bilangan naqib Bani Isra'il". Al-Muttaqi al-Hindi di
dalam
Kanz al-`Ummal60 meriwayatkan bahawa Nabi
(s.`a.w.) bersabda:
"Selepasku akan diikuti oleh
dua belas khalifah". Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam
Yanabi` al-Mawaddah61
meriwayatkan
bahawa Jabir b. `Abdullah berkata:
Rasulullah (s.`a.w.) bersabda:
"Wahai Jabir! Sesungguhnya para wasiku dan para
imam selepasku pertamanya `Ali
kemudian Hasan kemudian Husain kemudian
`Ali b. Husain. Kemudian Muhammad
b. `Ali al-Baqir. Anda akan menemuinya
wahai Jabir sekiranya anda mendapatinya,
maka sampailah salamku kepadanya.
Kemudian Ja`far b. Muhammad,
kemudian Musa b. Ja`far, kemudian `Ali b. Musa,
kemudian Muhammad b. `Ali,
kemudian `Ali b. Muhammad, kemudian Hasan b.
`Ali. Kemudian al-Qa'im namanya
sama dengan namaku dan kunyahnya adalah
kunyahku, anak Hasan b. `Ali.
Dengan beliaulah Allah akan "membuka" seluruh
pelusuk bumi di Timur dan di
Barat,dialah yang ghaib dari penglihatan. Tidak akan
percaya kepada imamahnya
melainkan orang yang diuji hatinya oleh Allah SWT".
Jabir
berkata: Wahai Rasulullah! Adakah orang ramai boleh
mengambil
faedah darinya ketika ghaibnya? Beliau menjawab: "Ya!
Demi
yang mengutuskan aku dengan kenabian sesungguhnya
mereka
mengambil cahaya daripada wilayahnya ketika ghaibnya,
seperti
orang ramai mengambil faedah dari matahari sekalipun
ianya
ditutupi awan". Ini adalah di antara rahsia-rahsia ilmu Allah
yang
tersembunyi. Justeru itu rahsiakanlah mengenainya
melainkan
kepada orang yang ahli.
56 Al-Bukhari, Sahih, IV,hlm.
120 “kitab al-Ahkam”.
57 Muslim,
Sahih, II, hlm. 79.
58 Al-Turmudhi
, al-Sunan , Cairo 1959, II, hlm. 110
59 Ahmad b. Hanbal, al-Musnad,
I, hlm. 598.
60 Al-Muttaqi
al-Hindi, Kanz al-`Ummal , VI, hlm. 100.
61 Al-Qunduzi
al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 441-444,bab 95.
Demikianlah
dikemukakan secara ringkas konsep imam dua
belas
menurut riwayat para ulama Ahl al-Sunnah di dalam bukubukumereka
di
mana ia adalah sejajar dengan khutbah Ghadir
Khum.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa `Ali a.s sendiri telah
mengemukakan
khutbah/hadis Ghadir Khum sebagai hujah
kekhilafahan
beliau selepas Rasulullah (s.`a.w.). Al-Khawarizmi di
dalam
Manaqibnya62 meriwayatkan
bahawa Amir al-Mukminin `Ali
telah
menuntut jawatan khalifah dengan mengemukakan beberapa
soalan
munasyadah kepada Ahli Syura pada tahun 23 H.
Beliau
bertanya: Aku menyeru kalian dengan nama Allah,
adakah
di kalangan kalian di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda
kepada-nya:
Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka `Ali adalah
maulanya
Wahai Tuhan, hormatilah orang yang mewalikannya,
tentangilah
orang yang bermusuhan dengannya. Tolonglah orang
yang
menolong-nya. Orang yang hadir hendaklah
menyampaikannya
kepada orang yang tidak hadir selain
daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak ada orang lain selain
daripada
anda. Sulaim b. Qais al-Hilali seorang tabi` meriwayatkan
bahawa
beliau melihat Amir al-Mukminin `Ali a.s di Masjid Madinah
di
zaman pemerintahan Khalifah `Uthman b. `Affan dan dua ratus
lebih
para sahabat sedang bercakap-cakap dan bermuzakarah
tentang
ilmu dan kezuhudan. Mereka menyebut kelebihan Quraisy
tentang
orang yang pertama memeluk Islam dan berhijrah dengan
sabda-sabda
Rasulullah (s.`a.w.) tentang mereka. `Ali hanya
berdiam
diri kemudian beliau bertanya kepada mereka: Aku menyeru
kalian
dengan nama Allah adakah kalian mengetahui tentang sebab
turunnya
"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada
Allah,
taat kamu kepada Rasulullah dan Uli al-Amr daripada kamu"
(Surah
al-Nisa' 4:59).
Orang
ramai menjawab: Wahai Rasulullah adakah ia
diturunkan
secara khusus untuk sebahagian mukminin? Atau ia
umum
kepada semua mukminin? Justeru itu Allah A.W
memerintahkan
nabiNya supaya memberitahu mereka tentang Uli al-
Amr
mereka, dan menafsirkan kepada mereka tentang al-Wilayah
sebagaimana
beliau menafsirkan kepada mereka solat mereka,
zakat
mereka dan haji mereka. Dan beliaulah yang melantik
aku
untuk menjadi imam/khalifah kepada mereka selepas Ghadir
Khum.
Kemudian beliau memberi khutbahnya dan bersabda: "Wahai
manusia!
Sesungguhnya Allah telah mengutuskan aku dengan
satu
misi yang mencemaskan kerana aku menyangka orang ramai
akan
membohongiku.
Justeru
itu aku berjanji pada diriku sendiri supaya aku tidak
menyampaikannya
atau Dia menyiksaku63. Kemudian
beliau
62 Al-Khawarizmi,
al-Manaqib, hlm. 217.
63 Sulaim
b. Qais al-Hilali, Kitab Sulaim , hlm.111-118.
memerintahku
supaya solat dilakukan secara jamak dan
berjamaah.Kemudian
beliau berkhutbah: Wahai manusia adakah
kalian
mengetahui sesungguhnya Allah adalah maulaku, aku maula
mukminin
dan aku adalah lebih aula daripada diri mereka sendiri?
Mereka
menjawab: Ya! wahai Rasulullah. Dia bersabda: Berdirilah
wahai
`Ali, maka aku (`Ali)pun berdiri. Kemudian beliau
bersabda:
Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka `Ali adalah
maulanya.
Wahai Tuhanku! Hormatilah orang yang mewalikannya.
Tentang
orang yang bermusuhan dengannya. Maka Salman berdiri
dan
bertanya: Wahai Rasulullah taat kepada Uli al-Amr seperti siapa?
Rasulullah
(s.`a.w.) bersabda: Ketaatan kepada Uli al-Amr sepertilah
mentaatiku.
Kemudian turun ayat "Hari ini aku menyempurnaka
agama
kamu".
Maka
Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Allah akbar, dengan ini
sempurnalah
kenabianku dan lengkaplah agama Allah dengan
wilayah
`Ali selepasku. Lantas Abu Bakr dan `Umar bertanya:
Adakah
ayat tersebut khusus untuk `Ali `a.s? Beliau menjawab: Ya
ianya
untuk `Ali dan para wasiku sehinggalah hari kiamat. Abu Bakr
dan
`Umar meminta penjelasan lagi. Wahai Rasulullah,
terangkanlah
kepada kami. `Ali adalah saudaraku, wazirku,
pewarisku,
wasiku, khalifahku pada umatku dan wali setiap
mukmin
selepasku. Kemudian anak lelakiku Hasan, kemudian
Husain
kemudian sembilan daripada anak lelakiku Husain satu
selepas
satu. Al-Qur'an bersama mereka dan mereka bersama al-
Qur'an.
Mereka tidak akan berpisah daripadanya dan ia (al-Qur'an)
tidak
akan memisahkan mereka sehingga mereka dikembalikan
kepadaku
di Haud. Lalu para sahabat menjawab: Wahai Tuhanku
sesungguhnya
kami telah mendengar demikian itu dan kami naik
saksi
di atas apa yang diucapkan oleh anda (`Ali)64.
`Ali
a.s juga telah mengulangi khutbah/hadis nabi di Ghadir
Khum
semasa beliau mula menjadi khalifah di Rahbah di Kufah
pada
tahun35 H. Ahmad b. Hanbal meriwayatkan bahawa `Ali a.s
berkata:
Aku menyeru kerana Allah bagi setiap orang yang
mendengar
Rasulullah (s.`a.w.) bersabda di hari al-Ghadir supaya
berdiri
dan memper saksikan apa yang telah didengarinya. Dan
tidak
boleh berdiri melainkan orang yang melihatnya (Nabi s.`a.w.)
dengan
matanya dan mendengar dengan kedua-dua telinganya.
Lantas
tiga puluh sahabat berdiri termasuk dua belas orang yang
telah
mengambil bahagian di dalam peperangan Badar. Mereka telah
menyaksikan
bahawa beliau (s.`a.w.) telah memegang `Ali dengan
tangannya
dan bersabda kepada orang ramai, di antaranya:
Tidakkah
anda mengetahui bahawa sesungguhnya aku lebih aula
dengan
mukminin daripada mereka sendiri?
64 Sulaim
b. Qais al-Hilali, Kitab Sulaim , hlm.111-118.
Mereka
menjawab: Ya. Kemudian beliau (s.`a.w.) bersabda
lagi:
Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka `Ali adalah
maulanya65.
. adalah
diriwayatkan bahawa terdapat para sahabat seperti
Anas
b. Malik dan lain-lain yang enggan memberi penyaksian
tersebut
di mana `Ali a.s berkata kepadanya: Kenapa anda tidak
berdiri
bersama sahabat-sahabat Rasulullah (s.`a.w.) yang lain
untuk
memberi penyaksian kepada apa yang telah anda dengari
daripadanya
di hari itu?
Dia
menjawab: Wahai Amir al-Mukminin, aku telah tua dan
pelupa
pula. Lantas `Ali a.s berkata: Jika anda berbohong, nescaya
Allah
akan mengenakan anda dengan penyakit keputihan kulit
yang
tidak dapat ditutupi serban. Dia tetap dengan pendiriannya
sehingga
mukanya dihinggapi keputihan kanser. Selepas itu dia
berkata:
Aku ditimpa penyakit ini disebabkan berkat doa hamba yang
salih66
.
Di
sini diperturunkan sebahagian dari para sahabat yang
melihat
sendiri Rasulullah (s.`a.w.) dan mendengar khutbah beliau
(s.`a.w.)
di Ghadir Khum. Kemudian memberi penyaksian mereka di
hadapan
Amir al-Mukminin `Ali b. Abi Talib di Rahbah seperti
berikut:
1. Abu
Zainab b. `Auf al-Ansari.
2. Abu
`Umrah b. `Amru b. Muhsin al-Ansari.
3. Abu
Fadalah al-Ansari. Beliau mati syahid di dalam
peperanganSiffin
di pihak Amir al-Mukminin `Ali a.s dan terlibat di
dalam
Peperangan Badr.
4. Abu
Qudamah al-Ansari. Beliau mati syahid di dalam peperangan
al-Siffin
di pihak Amir al-Mukminin `Ali a.s.
5. Abu
Laila al-Ansari. Beliau mati syahid di dalam peperangan al-
Siffin
di pihak Amir al-Mukminin `Ali a.s.
6. Abu
Hurairah al-Dusi.
65 Ahmad
b.Hanbal, al-Musnad , IV, hlm. 370; Burhan al-Din al-Halabi, Sirah al-
Halabiah
, Cairo 1340 H, III, hlm. 302; al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 65 dan
lain-lain
66 Ibn
Qutaibah, Kitab al-Ma`arif , Baghdad 1959, hlm. 251; Ibn `Asakir, Tarikh,
Damascus
,1949, III, hlm. 150; Syaikh Muhammad al-Mar`i al-Amiri al-Antaki, Li
madha akhtartu madhhab
Ahl al-Bait AS?, Syria 1402 H, hlm. 81-82.
7. Abu
al-Haitham Ibn al-Taihan. Beliau mati syahid di
dalapeperangan
al-Siffin di pihak Amir al-Mukminin `Ali a.s. dan
terlibat
dalam Peperangan Badr.
8. Thabit
b. al-Wadi`ah al-Ansari al-Khazraji al-Madani.
9.
Hubsyi b. Janadah al-Saluli.
10.
Abu Ayyub Khalid al-Ansari. Beliau terlibat dalam peperangan
Badr.
11.
Khuzaimah b. Thabit al-Ansari, Dhu al-Syahadataini. Beliau
mati
syahid di dalam peperangan al-Siffin dan terlibat di dalam
peperangan
Badr.
12.
Abu Syurah Khuwailid `Amru al-Khuza`i. Wafat ketika berusia 68
tahun.
13.
Zaid/Yazid b. Syarahil al-Ansari.
14.
Sahal b. Hanif al-Ansari al-Ausi. Wafat ketika berusia 38 tahun
dan
terlibat di dalam peperangan Badr.
15.
Abu Sa`id Sa`d b. Malik al-Khudri al-Ansari.
16.
Abu `Abbas Sahl b. Sa`d al-Ansari. Wafat ketika berusia 91
tahun.
17.
Amir b. Laila al-Ghaffari.
18.
`Abd al-Rahman b. Rabb al-Ansari.
19.
`Abdullah b. Thabit al-Ansari. Khadam Rasulullah (s.`a.w.).
20.
`Ubaid b. `Azib al-Ansari.
21.
Abu Tarif `Adi b. Hatim.
22.
`Uqbah b. `Amir al-Jahani. Beliau wafat ketika berusia 68
tahun.
Dan di kalangan orang yang mati di pihak Mu`awiah.
23.
Nahiyah b. `Amr al-Khuza`i.
24. Nu`man
b. `Ajalan al-Ansari67.
`Ali
juga mengulangi khutbah/hadis Ghadir Khum pada hari
Peperangan
Jamal tahun 36 H. Beliau bertanya Talhah: Aku menyer
anda,
adakah anda mendengar Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Siapa
yang
menjadikan aku maula nya, maka `Ali maula nya. Wahai
67 `Abbas
Ahmad al-Amini al-Najafi, al Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab,
Beirut 1977, I, hlm.
140-145.
Tuhanku!
Hormatilah orang yang mewalikannya dan tentangilah
orang
yang memusuhinya? Talhah menjawab: Ya. `Ali berkata:
Kenapa
anda memerangiku? Talhah menjawab: Aku tidak ingat.
Beliau
berkata: Talhah telah pergi darinya68
Amir
al-Mukminin mengulang kembali khutbah/hadis Ghadir
Khum
di Kufah pada tahun 36-37 H. di mana sekumpulan lelaki
mengulangi
kembali hadis Ghadir al-Khum di hadapan Amir al-
Mukminin
`Ali69,. Begitu juga Fatimah al-Zahra, Hasan,
Husain dan
sembilan
para imam Ahl al-Bait Rasulullah (s.`a.w.) berhujah dengan
hadis
al-Ghadir dan lain-lain, seperti hadis al-Thaqalain, al-Safinah,
al-Manzilah,
al-Tair, al-Dar, Madinah al-`Ilm dan lain-lain.
Semuanya
menjelaskan kekdudukan kelebihan para imam dua belas.
Adalah
suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa Amir al-
Mukminin
`Ali mempunyai keilmuan yang tinggi dan diakui oleh
Rasulullah
(s.`a.w.). Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Aku adalah
bandar
ilmu, `Ali adalah pintunya"70.
Ketinggian
ilmu dan bahasa yang diucapkan oleh Amir al-
Mukminin
`Ali b. Abi Talib terserlah di dalam ucapan-ucapan
beliu71
di
mana pada suatu hari beliau diminta oleh sebahagian para
sahabatnya
supaya memberitahu mereka tentang keilmuannya.
Amir
al-Mukminin menjawab: Sesungguhnya ucapanku sukar dan
menyukarkan
(Sa`bun wa Mustas`abun) di mana ia tidak akan
difahami
melainkan oleh orang yang alim (al-`Alimun ). Tetapi
mereka
mendesak beliau supaya memberi suatu ucapan kata-kata
hikmah
kepada mereka. Lalu beliau menjemput mereka ke
rumahnya,
kemudian beliau berucap: Akulah yang telah tinggi
(`Alautu),
maka akulah yang memaksa, (Qahartu); akulah yang
menghidupkan
(Uhyi) dan mematikan (Umitu), akulah yang pertama
(al-Awwal)
dan terakhir (al-Akhir), Zahir (al-Zahir) dan batin (al-
Batin).
Lantas mereka memarahi beliau dan berkata: Beliau
telahkafir
(kafara) lalu mereka berdiri untuk keluar dari rumahnya.
`Ali
a.s berkata kepada pintu: Wahai pintu, peganglah mereka.
Maka
pintu itu tertutup dengan sendiri. Beliau berkata: Tidakkah
aku
telah berkata kepada kalian bahawa ucapanku sukar dan
menyukarkan,
di mana ia tidak dapat difahami melainkan oleh orang
yang alim?
Datang kemari, aku akan menjelaskannya kepada kalian.
Adapun
ucapanku: Akulah yang telah tinggi (`Alautu), maka
akulah
yang telah memaksa (Qahartu), maka akulah yang telah
meninggikan
(Alautu) kalian dengan pedangku ini. Maka aku
memaksa
(Qahartu) kalian sehingga kalian beriman kepada Allah
dan
Rasul-Nya. Adapun ucapanku: Akulah yang menghidupkan
68 Al-Mas`udi,
Muruj al-Dhahab, Cairo, 1345 H.,II, hlm. 11.
69 Ibn
al-Athir, Usd al-Ghabah, I, hlm. 368
70 Al-Hakim, al-Mustadrak ,
III, hlm. 126; al-Khatib, Tarikh Baghdad, II, hlm. 377; Ibn Hajr, al-
Sawa`iq
al-Muhriqah,
hlm. 37.
71 Lihat umpamanya Syarif Radi, Nahj
al-Balaghah , Beirut 1973.
(Uhyi)
dan mematikan (Umitu), maka akulah yang menghidupkan
(Uhyi)
Sunnah dan mematikan (Umitu) bid`ah. Adapun ucapanku:
Akulah
yang pertama (al-Awwal), maka akulah orang yang pertama
(al-Awwal)
beriman kepada Allah dan memeluk Islam.
Adapun
ucapanku: Akulah orang yang terakhir (al-Akhir), maka
akulah
orang yang terakhir (al-Akhir) mengenakan pakaian ke atas
Nabi
(s.`a.w.) dan mengkafankannya. Adapun ucapanku: Akulah
zahir
(al-Zahir) dan batin (al-Batin), maka di sisi akulah ilmu zahir
dan
batin. Kemudian para sahabatnya mengeluh seraya berkata:
Anda
telah menyelamatkan kami semoga Allah menyelamatkan
anda72.
Jikalaulah
sebahagian para sahabat Amir al-Mukminin `Ali a.s
sukar
untuk memahami ucapan-ucapan beliau, orang-orang di
zaman
kita ini lebih sukar untuk memahaminya. Justeru itu
mereka
melontarkan kata-kata kafir kepada Syi`ah Amir al-
Mukminin
`Ali a.s pula dengan alasan Amir al-Mukminin `Ali tidak
berkata
demikian. Hanya Syi`ah `Ali sahaja yang mengaitkan
ucapan
tersebut Perbezaannya yang pertama (sebahagian para
sahabat
`Ali a.s) mengkafirkan `Ali sendiri kerana ucapannya.
Sementara
orang-orang Islam tertentu di zaman ini, menafikan katakata
itu
dikaitkan kepada `Ali a.s. Sebaliknya menyatakan
bahawa
ucapan tersebut hanya direka-reka oleh Syi`ah (`Ali).
Lantas
mereka mengkafirkan Syi`ah. Jikalaulah mereka benarbenar
mengetahui
bahawa ucapan tersebut datangnya daripada
`Ali
a.s sendiri, kemungkinan mereka akan melakukan perkara
yang
sama sebagaimana yang telah dilakukan oleh sebahagian para
sahabat
`Ali terhadap beliau sendiri kerana mereka bukanlah terdiri
daripada
orang yang mempunyai ilmu yang tinggi, malah mereka
hanya
dapat memahami sesuatu secara mendatar. Meskipun
begitu
mereka adalah sahabat Amir al-Mukminin `Ali dan
kemungkinan
di kalangan mereka adalah sahabat Rasulullah
(s.`a.w.)
sendiri.
Di
sini diperturunkan nama-nama perawi khutbah/hadis
Ghadir
Khum di kalangan para sahabat Rasulullah (s.`a.w.) tentang
perlantikan
`Ali sebagai khalifah secara langsung selepas Rasulullah
(s.`a.w.)
sebagaimana sabdanya: "Siapa yang menjadikan aku
maulanya,
maka `Ali adalah maulanya". Dan nama-nama perawi
tersebut
telah diriwayatkan oleh para ulama Ahl al-Sunnah di dalam
buku-buku
mereka seperti berikut:
72 Syaikh
al-Mufid, al-Ikhtisas, t.t., hlm. 163; al-Majlisi, Bihar al-Anwar, Tehran
1958, IX, hlm. 645; Lihat
juga al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 292-293.
1. Abu
Hurairah al-Dausi (w. 57/58/59 H). Diriwayatkan oleh al-
Khatib
al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad, VII, hlm. 290. Al-
Khawarizmi
di dalam Manaqibnya, hlm. 130. Ibn Hajr di dalam
Tahdhib
al-Tahdhib, VII, hlm. 327.
2. Abu
Laila Al-Ansari (w. 37 H). Diriwayatkan oleh al-Khawarizmi,
di
dalam Manaqibnya, hlm. 35. Al-Suyuti di dalam Tarikh al-
Khulafa',
hlm. 14.
3. Abu
Zainab bin `Auf al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir
di
dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307. Ibn Hajr di dalam al-Isabah,
III,
hlm. 408.
4. Abu
Fadhalah al-Ansari, sahabat Nabi (s.`a.w.) di dalam
peperangan
Badr. Di antara orang yang memberi penyaksian
kepada
`Ali a.s dengan hadis al-Ghadir di hari Rahbah.
Diriwayatkan
oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III,
hlm.
307.
5. Abu
Qudamah al-Ansari. Di antara orang yang menyahut seruan
`Ali
a.s di hari Rahbah. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd
al-Ghabah,
V, hlm. 276.
6. Abu
`Umrah bin `Umru bin Muhsin al-Ansri. Diriwayatkan oleh
Ibn
al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307. Di antara
yang
menjadi saksi kepada `Ali a.s di hari Rahbah dengan hadis al-
Ghadir.
7. Abu
l-Haitham bin al-Taihan meninggal dunia di dalam pepe
rangan
al-Siffin tahun 37 H. Diriwayatkan oleh al-Qadhi d dalam
Tarikh
Ali Muhammad, hlm. 62.
8. Abu
Rafi` al-Qibti, hamba Rasulullah (s.`a.w.). Diriwayakan oleh
al-Khawarizmi
di dalam Maqtal dan Abu Bakr al-Ja`abi di dalam
Nakhbnya.
9. Abu
Dhuwaib Khuwailid atau Khalid bin Khalid bin Muhrith al-
Hazali
wafat di dalam pemerintahan Khalifah `Uthman.
Diriwayatkan
oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah, al-
Khawrizmi
di dalam Maqtal.
10.
Abu Bakr bin Abi Qahafah al-Taimi (w. 13 H). Diriwayatka oleh
Ibn
Uqdah dengan sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wlayah, Abu
Bakr
al-Ja`abi di dalam al-Nakhb, al-Mansur al-Razi di dalam
kitabnya
Hadith al-Ghadir, Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam
Asna
al-Matalib, hlm. 3 di antara perawi-perawi hadis al-Ghadir.
11.
Usamah bin Zaid bin al-Harithah al-Kalbi (w. 54 H).
Diriwayatkan di dalam
Hadith al-Wilayah dan Nakhb al-Manaqib.
12.
`Ubayy bin Ka`ab al-Ansari al-Khazraji (w. 30/32 H).
Diriwayatkan
oleh Abu Bakr al-Ja`bi dengan sanad-sanadnya di
dalam
Nakhb al-Manaqib.
13.
As`ad bin Zararah al-Ansari. Diriwayatkan oleh Syamsuddin al-
Jazari
di dalam Asna al-Matalib, hlm. 4.
14.
Asma` binti `Umais al-Khath`amiyyah. Diriwayatkan oleh
Ibn`Uqdah
dengan sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wilayah
5. Umm
Salmah isteri Nabi (s.`a.w.). Diriwayatkan oleh al-
Qunduzi
l-Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 40.
16.
Umm Hani` binti Abi Talib. Diriwayatkan oleh al-Qunduzi l-
Hanafi
di dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 40 dan Ibn `Uqdah di
dalam
Hadith al-Wilayah dengan sanad-sanadnya.
17.
Abu Hamzah Anas bin Malik al-Ansari al-Khazraji hamba
Rasulullah
(s.`a.w.) (w. 93 H). Diriwayatkan oleh al-Khatib al-
Baghdadi
di dalam Tarikhnya, VII, hlm. 377; Ibn Qutaibah di dalam
al-Ma`arif,
hlm. 291; al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa', hlm.114.
18.
Al-Barra' bin `Azib al-Ansari al-Ausi (w. 72 H). Diriwayatkan oleh
Ahmad
bin Hanbal di dalam Musnadnya, IV, hlm. 281,Ibn Majah di
dalam
Sunan, I, hlm. 28-29.
19.
Baridah bin al-Hasib Abu Sahl al-Aslami (w. 63 H).
Diriwayatkan
oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak, III, hlm. 110; al--
Suyuti
di dalam Tarikh al-Khulafa', hlm. 114.
20.
Abu Sa`id Thabit bin Wadi`ah al-Ansari al-Khazraji al-Madani.
Diriwayatkan
oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah,
III,
hlm. 307.
21.
Jabir bin Samurah bin Janadah Abu Sulaiman al-Sawa`i (w.
70H).
Diriwayatkan oleh al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-
`Ummal,
VI, hlm. 398.
22.
Jabir bin `Abdullah al-Ansari (w. 73/74/78 H). Diriwayatkan
oleh
Ibn `Abd al-Birr di dalam al-Isti`ab, II, hlm. 473; Ibn Hajr di
dalam
Tahdhib al-Tahdhib, V, hlm. 337.
23.
Jabalah bin `Amru al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah
dengan
sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wilayah.
24.
Jubair bin Mut`am bin `Adi al-Qurasyi al-Naufali (w.
57/58/59H).
Diriwayatkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam
Yanabi` al-Mawaddah, hlm.
31, 336.
25.
Jarir bin `Abdullah bin Jabir al-Bajali (w. 51/54 H). Diriwayatkan
oleh
al-Haithami di dalam Majma` al-Zawa'id , IX,hlm. 106.
26.
Abu Dhar Jundab Janadah al-Ghaffari (w. 31 H). Diriwayatkan
oleh
Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah; Syamsuddin al-Jazari
al-Syafi`i
di dalam Asna l-Matalib, hlm. 4.
27.
Abu Junaidah Janda` bin `Amru bin Mazin al-Ansari. Diriwayatkan
oleh
Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, I, hlm.308.
28.
Hubbah bin Juwain Abu Qudamah al-`Arani (w. 76-79 H).
Diriwayatkan
oleh al-Haithami di dalam Majma` al-Zawa'id, IX,hlm.
103;
al-Khatib al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad, VIII, hlm.
276.
29.
Hubsyi bin Janadah al-Jaluli. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di
dalam
Usd al-Ghabah, III, hlm. 307; V, hlm. 203; Ibn Kathir di
dalam
al-Bidayah wa al-Nihayah, V, hlm. 211.
30.
Habib bin Badil bin Waraqa` al-Khaza`i. Diriwayatkan oleh Ibn
al-Athir
di dalam Usd al-Ghabah, I, hlm. 368; Ibn Hajr di dalam al-
Isabah,
I, hlm. 304.
31.
Huzaifah bin Usyad Abu Sarihah al-Ghaffari (w. 40/42
H).diriwayatkan
oleh al-Qunduzi al-Hanafi, di dalam Yanabi` al-
Mawaddah,
hlm. 38.
32.
Huzaifah bin al-Yamani (w. 36 H). Diriwayatkan oleh Syamsuddin
al-Jazari
al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib, hlm. 40.
33.
Hasan bin Thabit. Salah seorang penyair al-Ghadir pada abad
pertama
hijrah.
34.
Imam Mujtaba Hasan bin `Ali a.s. Diriwayatkan oleh
Ibn`Uqdah
di dalam Hadith al-Wilayah dan Abu Bakr al-Ja`abi di
dalam
al-Nakhb.
35.
Imam Husain bin `Ali a.s. Diriwayatkan oleh Abu Nu`aim di
dalam
Hilyah al-Auliya', IX, hlm. 9.
36.
Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari (w. 50/51/52 H).
Diriwayatkan
oleh Muhibbuddin al-Tabari di dalam al-Riyadh al-
Nadhirah,
I, hlm. 169; Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah,V, hlm. 6
dan
lain-lain.
37.
Abu Sulaiman Khalid bin al-Walid al-Mughirah al-Makhzumi
(w.21/22
H). Diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Ja`abi di dalam al-
Nakhb.
38.
Khuzaimah bin Thabit al-Ansari Dhu al-Syahadataini (w. 37H).
Diriwayatkan
oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah,III, hlm. 307
dan
lain-lain.
39.
Abu Syuraih Khuwailid Ibn `Umru al-Khaza`i (w. 68 H). Di
antara
orang yang menyaksikan Amiru l-Mukminin dengan hadith
al-Ghadir.
40.
Rifalah bin `Abd al-Mundhir al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn
`Uqdah
dengan sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wilayah.
41.
Zubair bin al-`Awwam al-Qurasyi (w. 36 H). Diriwayatkan oleh
Syamsuddin
al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib,
hlm.
3.
42.
Zaid bin Arqam al-Ansari al-Khazraji (w. 66/68 H).
Diriwayatkan
oleh Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, IV,
hlm.368
dan lain-lain.
43.
Abu Sa`id Zaid bin Thabit (w. 45/48 H). Diriwayatkan oleh
Syamsuddin
al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib,hlm. 4 dan
lain-lain.
44.
Zaid Yazid bin Syarahil al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn al-
Athir
di dalam Usd al-Ghabah, II, hlm. 233; Ibn Hajr di dalam al-
Isabah,
I, hlm. 567 dan lain-lain.
45.
Zaid bin `Abdullah al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah
dengan
sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wilayah.
46.
Abu Ishak Sa`d bin Abi Waqqas (w. 54/56/58 H). Diriwayatkan
oleh
al-Hakim di dalam al-Mustadrak , III, hlm. 116 dan lain-lain.
47.
Sa`d bin Janadah al-`Aufi bapa kepada `Atiyyah al-`Aufi.
Diriwayatkan
oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah , dan lainlain.
48.
Sa`d bin `Ubadah al-Ansari al-Khazraji (w. 14/15 H).
Diriwayatkan
oleh Abu Bakr al-Ja`abi di dalam Nakhb.
49.
Abu Sa`id Sa`d bin Malik al-Ansari al-Khudri (w. 63/64/65H).
Diriwayatkan
oleh al-Khawarizmi di dalam Manaqibnya, hlm. 8; Ibn
Kathir
di dalam Tafsirnya, II, hlm. 14 dan lain-lain.
50.
Sa`id bin Zaid al-Qurasyi `Adwi (w. 50/51 H). Diriwayatkan oleh
Ibn al-Maghazili di dalam
Manaqibnya.
51.
Sa`id bin Sa`d bin `Ubadah al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn
`Uqdah
di dalam Hadith al-Wilayah.
52.
Abu `Abdullah Salman al-Farisi (w. 36/37 H). Diriwayatkan
oleh
Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib, hlm. 4
dan
lain-lain.
53.
Abu Muslim Salmah bin `Umru bin al-Akwa` al-Islami (w. 74H).
Diriwayatkan
oleh Ibn `Uqdah dengan sanad-sanadnya didalam
Hadith
al-Wilayah.
54.
Abu Sulaiman Samurah bin Jundab al-Fazari (w. 58/59/60
H).Diriwayatkan
oleh Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna
l-Matalib,
hlm. 4 dan lain-lain.
55.
Sahal bin Hanif al-Ansari al-Awsi (w. 38 H). Diriwayatkan oleh
Syamsuddin
al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib, hlm. 4 dan
lain-lain.
56.
Abu `Abbas Sahal bin Sa`d al-Ansari al-Khazraji al-Sa`idi (w.
91 H).
Diriwayatkan oleh al-Qunduzi l-Hanafi di dalam Yanabi` al-
Mawaddah,
hlm. 38 dan lain-lain.
57.
Abu Imamah al-Sadiq Ibn `Ajalan al-Bahili (w. 86 H).
Diriwayatkan
oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
58.
Dhamirah al-Asadi. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam
Hadith
al-Wilayah.
59.
Talhah bin `Ubaidillah al-Tamimi wafat pada tahun 35 Hijrah di
dalam
Perang Jamal. Diriwayatkan oleh al-Mas`udi di dalam Muruj
al-Dhahab,
II, hlm. 11; al-Hakim di dalam al-Mustadrak, III, hlm.
171
dan lain-lain.
60.
`Amir bin `Umair al-Namiri. Diriwayatkan oleh Ibn Hajr di
dalam
al-Isabah, II, hlm. 255.
61.
`Amir bin Laila bin Dhumrah. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di
dalam
Usd al-Ghabah, III, hlm. 92 dan lain-lain.
62.
`Amir bin Laila al-Ghaffari. Diriwayatkan oleh Ibn Hajr di dalam
al-Isabah,
II, hlm. 257 dan lain-lain.
63.
Abu Tufail `Amir bin Wathilah. Diriwayatkan oleh Ahmad bin
Hanbal
di dalam Musnadnya, I, hlm. 118; al-Turmudhi di dalam
Sahihnya,
II, hlm. 298 dan lain-lain.
64.
`Aisyah binti Abu Bakr bin Abi Qahafah, isteri Nabi
(s.`a.w.). Diriwayatkan
oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
65.
`Abbas bin `Abdu l-Muttalib bin Hasyim bapa saudara Nabi
(s.`a.w.).
Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
66.
`Abdu al-Rahman bin `Abd Rabb al-Ansari. Diriwayatkan oleh
Ibn
al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307; Ibn Hajr di dalam
al-Isabah,
II, hlm. 408 dan lain-lain.
67.
Abu Muhammad bin `Abdu al-Rahman bin Auf al-Qurasyi al
Zuhri
(w. 31 H). Diriwayatkan oleh Syamsuddin al-Jazari al-
Syafi`i
di dalam Asna al-Matalib, hlm. 3 dan lain-lain.
68.
`Abdu al-Rahman bin Ya`mur al-Daili. Diriwayatkan oleh Ibn
`Uqdah
di dalam Hadith al-Wilayah dan lain-lain.
69.
`Abdullah bin Abi `Abd al-Asad al-Makhzumi. Diriwayatkan
oleh
Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
70.
`Abdullah bin Badil bin Warqa' Sayyid Khuza`ah. Diriwayatkan
oleh
Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
71.
`Abdullah bin Basyir al-Mazini. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di
dalam
Hadith al-Wilayah.
72.
`Abdullah bin Thabit al-Ansari. Diriwayatkan oleh al-Qadhi di
dalam
Tarikh Ali Muhammad, hlm. 67.
?73.
`Abdullah bin Ja`far bin Abi Talib al-Hasyim (w. 80 H).
Diriwayatkan
oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
74.
`Abdullah bin Hantab al-Qurasyi al-Makhzumi. Diriwayatkan
oleh
al-Suyuti di dalam Ihya' al-Mayyit.
75.
`Abdullah bin Rabi`ah. Diriwayatkan oleh al-Khawarizmi di
dalam
Maqtalnya.
76.
`Abdullah bin `Abbas (w. 68 H). Diriwayatkan oleh al-Nasa`I di
dalam
al-Khasa`is, hlm. 7 dan lain-lain.
77.
`Abdullah bin Ubayy Aufa `Alqamah al-Aslami (w. 86/87 H).
Diriwayatkan
oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
78.
Abu `Abd al-Rahman `Abdullah bin `Umar bin al-Khattab al-
`Adawi
(w. 72/73 H). Diriwayatkan oleh al-Haithami di dalam Majma`
al-Zawa'id,
IX, hlm. 106 dan lain-lain.
79.
Abu `Abdu al-Rahman `Abdullah bin Mas`ud al-Hazali (w.
32/33H).
Diriwayatkan oleh al-Suyuti di dalam al-Durr al-
Manthur, II, hlm. 298 dan
lain-lain.
80.
`Abdullah bin Yamil. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd
al-Ghabah,
III, hlm. 274; Ibn Hajr di dalam al-Isabah, II, hlm. 382
dan
lain-lain.
81.
`Uthman bin `Affan (w. 35 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah
di
dalam Hadith al-Wilayah dan lain-lain.
82.
`Ubaid bin `Azib al-Ansari, saudara al-Bara' bin `Azib. Di antara
orang
yang membuat penyaksian kepada `Ali a.s di Rahbah.
Diriwayatkan
oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm.
307.
83.
Abu Tarif `Adi bin Hatim (w. 68 H). Diriwayatkan oleh al-
Qunduzi
al-Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 38 dan lainlain.
84.
`Atiyyah bin Basr al-Mazini. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di
dalam
Hadith al-Wilayah.
85.
`Uqbah bin `Amir al-Jauhani. Diriwayatkan oleh al-Qadhi di
dalam
Tarikh Ali Muhammad, hlm. 68.
86.
Amiru l-Mukminin `Ali bin Abi Talib a.s. Diriwayatkan oleh
Ahmad
bin Hanbal di dalam Musnadnya, I, hlm. 152; al-Haithami di
dalam
Majma` al-Zawa'id, IX, hlm. 107; al-Suyuti di dalam Tarikh al-
Khulafa',
hlm. 114; Ibn Hajr di dalam Tahdhib al-Tahdhib, VII, hlm.
337;
Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, V, hlm. 211 dan
lain-lain.
87.
Abu Yaqzan `Ammar bin Yasir (w. 37 H). Diriwayatkan oleh
Syamsuddin
al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna al-Matalib,hlm. 4 dan
lain-lain.
88.
`Ammarah al-Khazraji al-Ansari. Diriwayatkan oleh al-Haithami
di
dalam Majma` al-Zawa'id, IX, hlm. 107 dan lain-lain.
89.
`Umar bin Abi Salmah bin `Abd al-Asad al-Makhzumi (w. 83 H).
Diriwayatkan
oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
90.
`Umar bin al-Khattab (w. 23 H). Diriwayatkan oleh Muhibbuddin
al-Tabari
di dalam al-Riyadh al-Nadhirah, II, hlm. 161; Ibn Kathir di
dalam
al-Bidayah wa al-Nihayah, VII, hlm. 349 dan lain-lain.
91.
Abu Najid `Umran bin Hasin al-Khuza`i (w. 52 H). Diriwayatkan
oleh
syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna al-Matalib, hlm. 4
dan lain-lain.
92.
`Amru bin al-Humq al-Khuza`i al-Kufi (w. 50 H). Diriwayatkan
oleh
Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
93.
`Amru bin Syarhabil. Diriwayatkan oleh al-Khawarizmi di
dalam
Maqtalnya.
94.
`Amru bin al-`Asi. Diriwayatkan oleh Ibn Qutaibah di dalam al-
Imamah
wa al-Siyasah, hlm. 93 dan lain-lain.
95.
`Amru bin Murrah al-Juhani Abu Talhah atau Abu Maryam. Diriwayatkan
oleh
al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-`Ummal, VI, hlm.
154
dan lain-lain.
96.
Al-Siddiqah Fatimah binti Nabi (s.`a.w.). Diriwayatkan oleh Ibn
`Uqdah
di dalam Hadith al-Wilayah dan lain-lain.
97.
Fatimah binti Hamzah bin `Abdu l-Muttalib. Diriwayatkan oleh
Ibn
`Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
98.
Qais bin Thabit bin Syamas al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn al-
Athir
di dalam Usd al-Ghabah, I, hlm. 368; Ibn Hajr di dalam al-
Isabah,
I, hlm. 305 dan lain-lain.
99.
Qais bin Sa`d bin `Ubadah al-Ansari al-Khazraji. Diriwayatkan
oleh
Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
100.
Abu Muhammad Ka`ab bin `Ajrah al-Ansari al-Madani (w. 51
H).Diriwayatkan
oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
101.
Abu Sulaiman Malik bin al-Huwairath al-Laithi (w. 84 H).
Diriwayatkan
oleh al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa', hlm. 114
dan
lain-lain.
102.
Al-Miqdad bin `Amru al-Kindi al-Zuhri (w. 33 H). Diriwayatkan
oleh
Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah dan lain-lain.
103.
Najiah bin `Amru al-Khuza`i. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di
dalam
Usd al-Ghabah, V, hlm. 6; Ibn Hajr di dalam al-Isabah, III,
hlm.
542 dan lain-lain.
104.
Abu Barzah Fadhlah bin `Utbah al-Aslami (w. 65 H).
Diriwayatkan
oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
105.
Na'mar bin `Ajalan al-Ansari. Diriwayatkan oleh al-Qadhi di
dalam
Tarikh Ali Muhammad, hlm. 68 dan lain-lain.
106.
Hasyim al-Mirqal Ibn `Utbah bin Abi Waqqas al-Zuhri (w. 37H).
Diriwayatkan
oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, I, hlm. 366;
Ibn Hajr di dalam
al-Isabah, I, hlm. 305.
107.
Abu Wasmah Wahsyiy bin Harb al-Habsyi al-Hamsi.
Diriwayatkan
oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
108.
Wahab bin Hamzah. Diriwayatkan oleh al-Khawarizmi pada
Fasal
Keempat di dalam Maqtalnya.
109.
Abu Juhaifah Wahab bin `Abdullah al-Suwa'i (w. 74 H).
Diriwayatkan
oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
110.
Abu Murazim Ya'li bin Murrah bin Wahab al-Thaqafi.
Diriwayatkan
oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah , II, hlm.233;
Ibn
Hajr di dalam al-Isabah , III, hlm. 54273.
Demikianlah
dikemukakan kepada kalian 110 perawi-perawi
hadis
al-Ghadir di kalangan para sahabat mengenai perlantikan
`Ali
`a.s sebagai imam/khalifah secara langsung selepas Rasulullah
(s.`a.w.),
oleh ulama kita Ahl al-Sunnah di dalam buku-buku mereka.
Oleh
itu ianya sudah mencapai ke peringkat kemutawatirannya.
Kemudian
diikuti pula oleh 84 perawi-perawi dari golongan para
Tabi`in
yang meriwayatkan hadis al-Ghadir serta 360 perawi-perawi
di
kalangan para ulama Sunnah yang meriwayatkan hadis tersebut
di
dalam buku-buku mereka. Malah terdapat 26 pengarang dari
kalangan
para ulama Ahl al-Sunnah yang mengarang buku-buku
tentang
hadis al-Ghadi74.
Kesimpulan
Khutbah
/Hadis Rasulullah (s.`a.w.) di Ghadir Khum pada
18hb.
Dhu l-Hijjah tahun 10 Hijrah telah memusatkan
kepemimpinan
umat kepada dua belas imam/khalifah.
Kemungkinan
"keadaan tertentu" tidak membenarkan ia
didedahkan
secara menyeluruh kepada umum dengan berbagaibagai
alasan.
Meskipun begitu setiap individu "bebas" mempunyai
pendapatnya
yang tersendiri bagi menerima atau menolak manamana
hadis
yang kurang sesuai dengan fahamannya dengan
alasan
akademik yang mendalam. Meskipun begitu, dia akan
dipertanggungjawabkan
di hadapan Allah S.W.T.
73 al-Ghadir,
I, hlm.14-158.
74 Ibid.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar