Total Tayangan Halaman

Minggu, 22 Oktober 2017

SHOLAT ZAHIR DAN SHOLAT BATHIN



Solat difardhukan kepada setiap orang Islam yang waras akal dan cukup umur pada waktu-waktu yang khusus, lima kali sehari semalam. 

Inilah perintah Allah s.w.t.Firman Allah:

"Peliharalah segala solatmu dan solat wusto. Berdirilah untuk Allah     (dalam solatmu) dengan khusyuk." (al-Baqarah:238).

Solat zahir ini ialah berdiri, membaca al-fatihah, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan seterusnya dan sebagainya. Pergerakan dan lakuan solat ini melibatkan anggota-anggota badan. Inilahsolat diri jasmani atau diri fizikal. Oleh kerana pergerakan atau lakuan badan dalam solat ini banyak dan diulang-ulangi banyak kali dalam solat lima waktu itu, maka itulah sebabnya ayat tadi menyebut solawati (segala solat) iaitu disebut plural atai lebih dari satu. Bukan solat tetapi solawaati (solat-solat). Itulah bahagian pertama tentang solat dalam ayat tersebut.

Bahagian kedua pula dalam ayat tersebut ialah tentang solat wusto.
Solat ini bermaksud solat hati. Wusto itu boleh dimaksudkan sebagai pertengahan atau tengah. Maka oleh kerana hati itu terletak di tengah diri, maka itulah dikatakan solat wusto itu sebagai solat hati.

Tujuan solat ini ialah untuk mendapatkan hati yang damai dan tenteram.
Hati itu terletak di tengah antara kiri dan kanan, antara depan dan belakang, antara atas dan bawah dan antara baik dan jahat. Hati itu titik tengah, point perimbangan, point neraca atau median. Pernah 

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Hati anak Adam itu antara dua jari al-Rahman (iaitu Allah). Ia     dibolak-balikkan kemana sahaja yang Allah kehendaki."

Maksud dua jari al-Rahman itu ialah sifat Allah yang bernama `Yang Menghukum dan Mengazab' dan sifat yang bernama `Yang Indah Yang Kasih Sayang, Yang Lemah Lembut'.

Solat dan ibadat yang sebenar ialah solat dan ibadat hati. Kalau hati lalai dan tidak khusyuk atau tidak konsentrasi dalam solat, maka solat zahir iaitu solat badaniah akan berantakan dan kucar-kacir. 

Apabila ini berlaku kedamaian diri jasmani atau badaniah yang diharapkan itu melalui solat zahir tidak akan tercapai. 

Itulah sebabnya Nabi s.a.w bersabda:

"Ibadat (solat) zahir itu hanya mampu di lakukan dengan hati yang khusyuk."

Solat ialah doa si hamba kepada Tuhannya. Solat juga ialah pertemuan antara hamba dengan Tuhan. Tempat pertemuan itu di dalam hati. Jika hati itu tertutup, tidak endah dan tidak peduli ataupun mati, maka solatnya tidak memberi sebarang manfaat kepadanya. Solat yang tidak khusyuk itu tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada diri jasmani, kerana hati itu adalah zat bagi badan. Yang lain itu bergantung kepadanya.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

"Ada sekeping daging dalam badan manusia, apabila keadaannya baik, seluruh diri jadi baik. Dan apabila ia tidak baik, seluruh diri jadi  tidak baik. Sedarlah, daging itu ialah hati."

Solat zahir itu dilakukan pada waktu-waktu tertentu, lima kali sehari semalam. Tempat paling baik melakukan solat ialah di masjid, berjemaah dan menghadap kiblat. Dalam solat berjemaah, makmum mestilah menurut imam.

Solat batin tidak ada hujungnya dan tidak berwaktu-waktu. Solat ini tidak tertakluk kepada tempat dan masa. Solat ini sentiasa dari dunia hingga ke akhirat. Masjid solat ini terletak di hati. Jemaahnya ialah anggota-anggota batin atau daya-daya ruhaniah yang berzikir dan membaca Asma-ul-Lah (nama-nama Allah) dalam bahasa alam ruhaniah (alam batin). Imam dalam solat ini ialah kemahuan atau keinginan (niat) yang kuat.

Kiblatnya ialah kehadirat Allah  Keesaan Allah iaitu menurut al-Quran di mana sahaja memandang di situ wajah-Nya Yang Maha Kekal dan Maha Indah.
Pendeknya kiblatnya ialah Allah.Solat demikian boleh dilakukan oleh hati yang ikhlas, hati yang tidak tidur dan tidak mati. Hati dan jiwa seumpama ini kekal dan sentiasa beribadat atau bersolat sama ada dalam tidur atau dalam jaga. Ibadat hati ini ialah seluruh hayat dan seluruh hayat ini adalah ibadat baginya. Di situ tidak ada lagi bacaan di mulut, tidak ada lagi berdiri, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan sebagainya. 

Mursyid di sini ialah Nabi Muhammad s.a.w. Ia berkata-kata dengan Allah:

"Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan." (al-Fatihah: 5).

Firman Allah ini ditafsirkan sebagai tanda ketinggian kesedaran Insan Kamil (Manusia Sempurna) iaitu mereka yang beberapa tingkat alam rasa dan pengalaman ruhaniah dan tenggelam dalam tauhid atau keesaan Allah dan bersatu dengan Allah.

Hati sebegini mendapat berkat dan rahmat dari Allah. Satu daripada kelebihan hati yang sempurna ini ialah sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w:

 "Para Nabi dan kekasih-kekasih (para wali) Allah terus solat dalam kubur mereka sebagaimana mereka bersolat di rumah mereka di dunia ini."

Dengan kata lain, hayat hati kekal terus bersolat kepada Allah. Setelah ibadat (solat) zahir dengan solat batin berpadu, berharmoni dan bersatu, maka sempurnalah solat seseorang itu dan ganjarannya amat besar. Hati atau ruh yang demikian membawa seseorang itu hampir dan masuk ke hadirat Ilahi. Hatinya bersatu dengan Allah dan badannya atau keduniaannya mencapai tingkat yang tertinggi mungkin. Dalam alam nyata ini, ia jadi manusia atau hamba Allah yang warak dan alim.

Dalam alam batin atau keruhanian, ia jadi ahli makrifat yang telah sampai ke peringkat kesempurnaan mengenal Allah s.w.t.

Sekiranya ibadat zahir tidak bersatu dengan ibadat batin maka itu belum sempurna dan belum permai. Ganjarannya ialah hanya maju dalam  peringkat dari segi pandangan manusia sahaja. Ianya tidak membawa seseorang itu hampir kepada Allah dan berpadu dengan-Nya.

RAHASIA SHOLAT



Ketahui olehmu yang dikehendakki dengan kata menghadhirkan Zat Sembahyang itu ialah Niat.
Manakala Niat itu adalah bekas Nur Sir Kalam Allah yang tiada berhuruf dan bersuara ya'ni rahsia qalam qadimNya. Yang demikian itulah dibilangkan berkata kata kita dengannya.

Maka hendaklah kamu ketahui sesungguhnya tatkala mengangkat Takbiratul Ikhram itu hal keadaannya mati sebagaimana sabda Nabi s.a.w. pada mengisyaratkan dengan katanya:

"Mutu Qabla Anta Mutu" Matikanlah diri kamu sebelum kamu mati. Maka adalah maksudnya itu fana'kan dirimu yang kasar, fana'kan panca inderamu yang bangsa zahir. Maka tatkala itu disuruh tilik atau pandang dirimu yang halus atau batin dengan menggunakan panca indera yang batin, kerana adalah yang batin itu berpakaian dengan Sifat Maani, manakala Sifat Maani itu adalah sifat yang lazim atau tetap bagi Zat Allah yang Wajibal wujud lagi Baqa'. Maka jika telah tetaplah bahawa Sifat Maani itu adalah Sifat Zat Allah wajiblah baginya dihukumkan Maanawiyah.

Maka untuk mendapatkan kata putus atau putus bicara mengena'i ta'arif pada Sifat Maani dan Maanawiyah perlu dibicarakan dengan teliti dan halus, bagi memahami Sifat Maani dan Maanawiyah.

Adapun dikatakan dalam pembicaraan taarif Sifat Maani itu demikian:-

"Hiya kullu sifatin maujudatin qa'inatin bimaujudin aujabat lahu hukman."

Tiap tiap sifat yang sedia ada yang berdiri dengan Zat Yang Sedia Ada diwajibkan yakni ditetapkan baginya satu hukum.
Maka dalam perkara ini Sifat Maani itu wajib dihukumkan Maanawiyah.

Manakala hakikat Sifat Maani itu adalah "La hiya huwa hiya ghairuhu" Sifat itu bukan Zat, tetapi tiada lain dari Zat.(Kelakuan Sifat ini tidak berdiri dengan sendirinya tetapi lazim dia berdiri dengan Zat sebab antara zat dan sifat tidak boleh berpisah).

Adalah taarif Sifat Maanawiyah pula dikatakan:- "Hiyyal khaluth thabitu lizzati mada matizzatu mu'allalatin bi illatin" Hal yang sabit yakni tetap bagi Zat selama kekal Zat itu dikeranakan dengan satu kerana yakni Sifat Maani. Maka hakikat Sifat Maanawiyah itu " La hiya ghairuhu" Tiada lain dari Zat. Yang demikian nyatalah atau jelaslah sudah bahawa yang dihukum Maanawiyah itu adalah Sifat Maani atau Sifat Maani itulah Sifat Maanawiyah.

Maka hendaklah kamu ketahui dengan sempurna pengetahuan penegenalan bahawasanya Hakikat dirimu yang batin itu dipakaikan dengan rahsia Sifat MaaniNya. Rahsia Sifat Maani itulah Ruh Latifurrabaniah yang jadi hakikat bagi dirimu yang sebenar benar diri. Manakala adalah hakikat diri yang sebenar diri itu sebagai dzil yakni bayang bayang bagi kelakuan atau Sifat wujud Zat Allah yang mutlaq lagi tiada seumpama dengan sesuatu.


Maka ketahuilah bahawa tatkala mengangkat Takbiratul Ikhram itu dengan berkata Allahu Akbar kamu berada didalam Maqam Tauhid. Yang mana dituntut atas kita mentauhidkan akan ZatNya, SifatNya, Asma'Nya dan Af'alNya. Oleh kerana itulah bahawa tempat atau Maqam Tauhid kepada Allah itu didalam Takbiratul Ikhram pada lima waktu Solat Fardhu.

Maka untuk mendapatkan jalan Tauhid yang sebenar benarnya itu hendaklah kita ketahui dengan sempurna pengetahuan didalam bicara berkenaan Nafi dan Isbat. Oleh kerana didalam Nafi dan Isbat itulah duduknya Tauhid dan Ma'rifat.

Hakikat Nafi Yang sebenar.

Adapun sebenar benar hakikat Nafi itu Isbat dan hakikat Isbat itu Tauhid, manakala hakikat Tauhid itu Ma'rifat. Oleh kerana itulah sabda Nabi s.a.w. " La yufarriqu bainan nafi wal ithbat, man faraqa bainahuma fahuwa kafirun" Tiada becerai diantara Nafi dan Isbat, barang siapa memisahkan maka kafirlah dia. Oleh kerana hal keadaan Nafi mengandung Isbat dan Isbat mengandung Nafi, yang demikian bererti bilamana kamu Nafikan sesuatu yang mustahil bagi Allah, maka tak dapat tidak yang kamu Isbatkan itu sesuatu yang mustahil bagi Allah. AWAS. Bilamana kamu nafikan sesuatu yang haq bagi Allah maka tak dapat tidak yang kamu Isbat pun haq bagi Allah jua tiada lain. Maka faham daripada kata kata ini bahawa tidak syak lagi bilamana kamu Nafikan Zat kamu maka yang diisbatkan Zat Allah, Nafikan sifat kamu, diisbatkan Sifat Allah, Nafikan A'fal kamu diisbatkan A'fal Allah, Nafikan asma' kamu, diisbatkan Asma' Allah.
Demikianlah adanya Hakikat Nafi/Isbat yang dikehendakki dibawa didalam sembahyang


APA ITU ZAT SOLAT?

‘TDAK SAH SESUATU PENGABDIAN (IBADAH) MELAINKAN SESUDAH MENGETAHUI APA YANG DIABDIKAN ITU’
Apakah yang diabdikan itu? Ada pun yang wajib bagi mendirikan solat itu ialah diri solat (zat solat) iaitu 13 perkara;
1.
Niat
2. Berdiri betul
3. Takbiratul ihram
4. Membaca al Fatihah
5. Ruku’
6. I’tidal
7. Sujud
8. Duduk antara dua sujud
9. Duduk tahiyyat akhir
10. Membaca tahiyyat akhir
11. Solawat ke atas Nabi saw
12. Salam
13. Tertib
Ada pun rukun 13 itu terbahagi kepada 3 bahagian;
1. Qalbi
2. Qauli
3. Fi’li
Yang terkandung di dalam qalbi itu 2 perkara; niat dan tertib
Dan yang terkandung di dalam qauli itu 5 perkara; takbiratul ihram, membaca al Fatihah, membaca tahiyyat akhir, solawat ke atas Nabi saw dan salam
Yang terkandung di dalam fi’li pula 6 perkara; berdiri betul, ruku’, i’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan duduk tahiyyat akhir
Qalbi ta’luk sifat ilmu, qauli ta’luk sifat sama’ dan fi’li ta’luk sifat basar.Qalbi itu dikatakan qasad, qauli itu pula dikatakan ta’radh dan fi’li itu dikatakan ta’yin. Kemudian dihimpunkan atau disatukan sifat-sifat itu; qalbi, qauli, fi’li, qasad, ta’radh dan ta’yin di dalam huruf yang lapan iaitu ALLAHU AKBAR, maka jadilah ia muqarranah ajmaliah
Misal yang pertama; Seumpama sepohon pokok yang telah lengkap segala rantingnya, dahannya, daunnya, bunganya dan buahnya, barulah ia dinamakan pokok.
Misal yang kedua; Lenyap segala ta’yin di dalam biji (benih) boleh jua dikatakan ‘ain biji (‘ain benih) yakni bagi pihak yang belum tumbuh, dan bagi pihak yang telah tumbuh pasti dinamakan pokok jua, yakni pada martabat haqqul yaqin iaitu fana sifat hamba pada sifat Tuhannya dan baqalah ia dengan Dia seperti firman Allah yang bermaksud; ‘Dan telah terang atau bersinar akan bumi itu dengan cahaya Tuhannya’.
Jadilah muqarranah ajmaliah yakni terkandung di dalamnya sekalian ta’yin alam ini akan apa hadratnya, imkan bererti tempat menghukumkan antara dua martabat iaitu mumkinal wujud dan wajibal wujud, yakni perbezaan hamba dengan Tuhannya yang dinamakan barzahul jama’, yakni perhubungan rupa maklum ilmu Allah ta’ala dengan jalan ijmal dan jadilah muqarranah ajmaliah seperti mana firman Allah yang bermaksud; ‘Ada pun niat itu tiada berhuruf dan tiada bersuara’.

Jumat, 07 Juli 2017

KENALI JASAD, JIWA, RUH DAN HATI ANDA



Pada umumnya orang hanya mengetahui manusia itu hanya terdiri dari jasad dan ruh. Mereka tidak memahami sesungguhnya manusia terdiri dari tiga unsur , iaitu:
Jasad, Jiwa dan Ruh.
Ini dapat dibuktikan dalam firman Allah Taala surah Shaad (38:71-73) yang bermaksud:
Ingatlah ketika Tuhan mu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadianya, maka Ku tiupkan kepadanya Ruh Ku. Maka hendaklah kamu tunduk bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat itu bersujud semuannya.
Pada ayat yang lain pula, Allah menjelaskan tentang penciptaan jiwa (nafs). Surah Asy Syams (91:7-10) . Firmanya yang bermaksud:
Dan demi nafs (jiwa) serta penyempurnaannya, maka Allah ilhamkan kepada nafs itu jalan ketaqwaaan dan kefasikannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikannya dan sesungguhnnya rugilah orang yang mengotorinya.
Selain itu, Allah juga berfirman dalam Al Quran tentang proses kejadian jasad (jisim). Surah Al Mukminun (23:12-14):
Dan sesungguhnya Kami telah menciptkan manusia dari saripati dari tanah, Kemudian jadilahlah saripati itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-tulang, lalu tulang-tulang ini Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk berbentuk lain, maka maha suci Allah. Pencipta yang paling baik.
Jasad
Jasad atau jisim adalah angggota tubuh manusia terdiri dari mata, mulut, telinga, tangan, kaki dan lain-lain. Ia dijadikan dari tanah liat yang termasuk dalam derejat paling rendah. Keadaannya dan sifatnya dapat mecium, meraba, melihat. Dari jasad ini timbullah kecenderungan dan keinginan yang disebut Syahwat. Ini dijelaskan dalam Al Quran Surat Ali Imran, yang bermaksud:
Dijadikan indah pada pandangan manusia , merasa kecintaan apa-apa yang dingininya (syahwat) iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang bertimbun dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatan ternakan dan sawah ladang, Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat sebaik-baik kembali.

Jiwa (Nafs)
Kebanyakan orang mengaitkannya dengan diri manusia atau jiwa. Padahal ianya berkaitan dengan derejat atau kedudukan manusia yang paling rendah dan yang paling tinggi. Jiwa ini memiliki dua jalan iaitu:
  1. Menuju hawa nafsu (nafs sebagai hawa nafsu)
  2. Menuju hakikat manusia (nafs sebagai diri manusia)
Hawa nafsu. Hawa nafsu lebih cenderung kepada sifat-sifat tercela, yang menyesatkan dan menjauhkan dari Allah. Sebagaimana Allah Taala berfirman surah (Shaad :26) yang bermaksud:
..... dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah
Kaitan hati dan hawa nafsu.
Hati memainkan peranan yang sangat penting dalam diri manusia ia menjadi sasaran utama kepada Syaitan. Syaitan sedaya upaya menutupi hati manusia dari menerima Nur llahi. Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud:
Jikalau tidak kerana syaitan-syaitan itu menutupi hati anak Adam, pasti mereka boleh milihat kerajaan langit Allah
Cara syaitan menutupi hati manusia itu dengan cara –cara tertentu iaitu dengan menghidupkan hawa nafsu tercela dan yang membawa ke arah maksiat. Semuanya sudah tersedia berada adalam diri manusia, ianya dikenali dengan nafsu ammarah bissu, nafsu sawiyah dan nafsu lawammah..
Para ahli tasawwuf mengatakan bahawa syaitan (anak iblis) memasuki hati manusia melalui sembilan lubang anggota manusia iaitu dua lubang mata, dua lubang hidung, kedua lubang kemaluan dan lubang mulut. Buta manusia bukan buta biji matanya tetapi buta hatinya sebagaimana bukti yang dijelaskan dalam Firman Allah dalam surah (Al Hajj :46) bermaksud:
Kerana sesungguhnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada.
Mereka juga mengatakan yang membutakan hati ialah kejahilan atau tidak memahami tentang hakikat perintah Allah SWT. Kejahilan yang tidak segera diubati akan menjadi semakin bertimbun. Allah SWT berfirman dalam surah (Al Baqarah:2-9) yang bermaksud:
Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka yang menipu diri sendiri, sedangkan mereka tidak menyedarinya.
Demikian bahayanya penyakit hati yang dihembuskan syaitan melalui hawa nafsu manusia. Sehingga Rasulullah pernah berpesan setelah kembali dari perang Badar. Beliau bersabda :
Musuhmu yangterbesar adalah nafsymu yang berada di antara kedua lambungmu (Riwayat Al-Baihaki)
Jihad yang paling utama adalah jihad seseorang untuk dirinya dan hawa nafsunya.(Riwayat Abnu An-Najari)
Diri Manusia
Nafs atau jiwa sebagai diri manusia adalah suatu yang paling berharga kerana ia berkaitan dengan nilai hidup manusia dan nafs yang diberi rahmat dan redha oleh Allah. Sebagaimana firmannya dalam surah (Al-Fajr : 27-30 ) yang bermaksud:
Hai jiwa yang tenang (Nafsu Mutmainnah), kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang tenang lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, masuklah ke dalam syurgaKu.
Dan lagi dalam surah (Yusuf: 53) yang bermaksud:
Dan aku tidak membebaskan diriku dari kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh ke arah kejahatan, kecuali nafsu yang beri rahmat oleh Tuhanku.
Berkaitan dengan sabda Rasulullah yang berbunyi:
Barang siapa yang mengenal dirinya , maka ia mengenal Tuhannya.
Hadis ini menyatakan syarat untuk mengenal Allah adalah mengenal diri. Diri atau nafs di sini adalah nafs mutmainnah iaitu nafsu yang tidak terpengaruh oleh goncangan hawa nafsu dan syahwat.
Setiap manusia mempunyai nafs yang berbeza. Ada nafs yang menuju jalan cahaya ada nafs yang menuju jalan kegelapan.
Bagi nafs yang menuju kegelapan atau nafs tercela yang tidak sempurna ketenangannya terutama ketika lupa kepada Allah disebut nafsu lawammah. Firman Allah Taala dalam surah
(Al Qiyammah:2) yang bermaksud:
Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat tercela (nafsu lawammah)
Nafsu ini hanya dapat dikenali dan disaksikan dengan kemampuan tertentu manusia iaitu dengan pancaran batin. Sebagaimana firman Allah dalam surah (Al-Araaf:26) yang bermaksud:
Pakaian taqwa yang menjaga mu dari kejahatan itu adalah yang paling baik.
Ruh
Ruh mempunyai dua arah pengertian iaitu :
a. Sebagai nyawa
b. Sebagai suatu yang halus dari menusia (pemberi cahaya kepada jiwa)
Ruh sebagai nyawa kepada jasad atau tubuh . Ia ibarat sebuah lampu yang menerangi ruang. Ruh adalah lampu, ruang adalah sebagai tubuh. Jika lampu menyala maka ruangan menajdi terang. Jadi tubuh kita ini boleh hidup kerana ada ruh (nyawa)
Manakala dalam pengertian yang kedua, Ruh sebagai sesuatu yang merasa, mengerti dan mengetahui. Hal ini sangat berhubung dengan hati yang halus atau hati ruhaniyyah yang disebut sebagai Latifah Rabaniyyah (hati erti kedua)
Dalam Al-Quran kata ruh disebut dengan sebutan Ruhul Amin, Ruhul Awwal dan Ruhul Qudsiyah.
Ruhul Amin yang bermaksud adalah malaikat Jibrail. Firman Allah dalam surah (Asy-Syu’ araa:192-193) yang bermaksud:
Dan sesungguhnya Al- Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, Dia dibawa oleh Ar Ruh Al –Amin (Jibrail)
Ruhul Awwal yang bermaksud nyawa atau sukma bagi tubuh manusia. Sebagaimana firman Allah dalam surah (As-Sajdah:9) yang bermaksud:
Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan kedalam tubuhnya ruh Nya dan dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati , tetapi kamu sedikit sekali bersyukur
Ruh Qudsiyah yang bermaksud ruh yang datang dari Allah (bukan Jibrail), tetapi yang menjdi penunjuk dan pengkhabar gembira bagi orang-orang beriman. Ini adalah ruh yang disucikan dihadirat Allah. Ia bercahaya apabila nafsu mutmainnah telah sempurna.
Hati
Hati merupakan raja bagi seluruh diri manusia dan tubuh. Perilaku dan perangai seseorang merupakan cerminan hatinya. Dari hati inilah pintu dan jalan yang dapat menghubungkan manusia dengan Allah. Dengan demikian untuk mengenal diri harus dimulai dengan mengenal hati sendiri.
Hati mempunyai dua pengertian:
  1. Hati jasmani iaitu sepotong daging yang terl;etak di dada sebelsah kiri, hati jenis ini haiwan pun memilinya.
  2. Hati Ruhaniyyah iaitu sesuatu yang halus. Hati yang merasa, mengerti, mengetahui, dierpinta dituntut. Dinalai juga dengan Latifah Rabaniyyah.
Hati Ruhaniyyah inilah merupakan tempat iman dan tempat mengenal diri . Sebagaimana firma Allah dalam surah (Ar-Ra’d:28) yang bermaksud:
Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tanang dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.
Hadis qudsi yang bermaksud:
Tidak akan cukup menaggung untuk Ku bumi dan langitKU tetapi cukup bagiKu hanyalah hati (qalb) hambaKu yang nukamin (Riwayat Ad Darimi)
Nafsu Mutmainnah
Bila hati manusia jauh dari goncangan yang disebabkan bisikan syaitan, hawa nafsu dan syahwat , maka ia disebut nafs Mutmainnah, Apabila ia tunduk dan redha kepada Allah sepenuhnya, maka ia disebut nafs mardhiyyah (nafs yang redha)
Namun jika manusia membiarkan hatinya berada dalam pengaruh hawa nafsu dan syahwat, maka ia akan menjadi orang yang tersesat, lama kelamaan tergelicir dan dimurkai Allah, Sebagaimana Firman Allah dalam surah (Jaastsiyah:23) yang bermaksud:
Maka pernahkan kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu Nya dan Allah telah mengunci mata pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya?. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah membiarkannya sesat. Maka mengapa kamu tidak mengambil iktibarnya.
Ingat hawa nafsu dan syahwat bukan dibunuh atau dihilangkan, tetapi dikawal oleh nafsu mutmainnah. Di mana ada saatnya hawa nafsu ini perlu dikeluarkan. Sebagaimana firma Allah dalam surah (An Nazi’at:40-41) yang bermaksud:
Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan manahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.
Nah, jika hati kita telah diselubungi oleh nafsu mutmainnah, maka nafsu mutmainnah inmi menajdfi imam (penunjuk) bagi selruh tubuh dan dirinya, sseeunggunya nafsu mutmainnah inilah disebit-sebut sebagai jati diri manusia (hakikat dari manusia). Allah berfirma dalam surah (Al Araaf:172) yang bermaksud:
Dan Ingatlah, ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka seraya berfirman : ”Bukakankan Aku ini Tuhanmu”, mereka menjawab :”Bahkan engkau Tuhan kami, kami menjadi saksi”. Kami lakukan demikaian agar di hari akhirat kelak kamu tidak mengatakan: sesunggunya kami adalah oran-orang lalai terhadap keesaaaan Mu.
Jika hati yang sakit, maka lupa terhadap perjanjian kita dengan Allah yang pernah diucapkan seperti dalam surah Al Araaf ayat 172 di atas.
Tapi di antara sekian banyak manusia, ada yang yang berjaya menyihatkan kembali jiwanya (nafsu mutmainnah). Apabila jiwa kita telah hidup, bercahaya, sihat kembali, maka jiwa ini akan dapat melihat kerajaan langit Allah. Dalam hal ini bila Ruhul Qudsiyah telah menyala dan bersinar , maka jadilah hatinya rumah Allah , orang-orang yang berjaya ini disebut Ahli Al- Bait. Sebagiamana firman Allah dalam surah (Ali Imran:164) yang bermaksud:
Sesunggunya Allah telah memeberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihakan jiwa mereka dan mengajarakan mereka al kitab dan al hikmah. Dan sesungguhnya sebelum itu, mereka adalagh benar-benar dalam kesesatan yang nyata.
Lagi, sabda Rasulullah yang bermaksud:
Hati oarmg-orang beriman adalah Baitullah (Rumah Allah)
Jadi, Ruhul qudsiyah adalah kenyataan Allah dalam diri manusia. Allah Taala adalah sumber cahaya langit dan bumi dan ruhul qudsiyah adalah sunber cahaya yang ada dalam hati yang digambarkan sebagai pelita, Sebagaimana firmanNya dalam surah (An Nuur:35) yang bermaksud:
...Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya adalah seperti sebuah lubang yang tak tertimbus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita ini di dalam kaca dan kaca ini seakan-akan bintang yang memantulkan cahaya seperti mutiara.