Total Tayangan Halaman

Minggu, 22 Oktober 2017

10 JENIS SHOLAT YANG TIDAK DITERIMA ALLOH SWT



Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah."

Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buru"

APAKAH SHOLATMU SUDAH DITERIMA ALLOH SWT


Dalam sebuah hadits qudsi Allah SWT berfirman

“Sesungguhnya Aku (Allah) hanya akan menerima solat orang orang yang merendahkan dirinya kerana kebesaranKu, dia tidak sombong dengan makhlukKu yang lain, dia menyayangi orang orang miskin dan menderita, menahan diri dari hawa nafsunya kerana Aku, melazimkan hatinya untuk takut kepadaKu, memberi makan pada yang lapar, dan memberi pakaian bagi yang telanjang, memberi perlindungan bagi orang yang kena musibah dan orang orang yang terasing. Kelak cahaya orang itu akan bersinar seperti cahaya matahari, Aku akan berikan cahaya ketika dia kegelapan, Aku akan berikan ilmu ketika ia tidak tahu, Aku akan lindungi dia dengan kebesaranKu, akan Kusuruh malaikat untuk menjaganya, jika ia berdoa, Aku akan menjawabnya, kalau dia meminta, Aku akan segera memenuhinya, perumpamaannya di hadapanKu seperti perumpamaan firdaus“.

Menurut hadits qudsi diatas, tanda orang yang diterima solatnya oleh Allah Swt adalah sebagai berikut :

Pertama, Mereka yang datang dengan merendahkan dirinya kepada Allah.

Yang dimaksud dengan merendahkan diri dihadapan Allah swt dalam solat adalah bahwa kita datang menghadapNya dalam rangka memohon pertolongan bukan untuk ujub dan sum’ah (merasa bangga dan kagum dengan diri sendiri) , kerana itu kita mesti mengakui segala kekurangan kita, menyadari betapa kita sangat kecil dihadapan kebesaranNya, kita tidak memiliki kekuatan apapun kecuali atas pertolonganNya. Memang kecacatan pertama dalam beribadah adalah bangga dengan diri sendiri, kerana itu buanglah segala macam kesombongan, ujub dan riya’, lalu serahkan semua urusan dan bertawakallah secara total kepa Allah swt.

Kedua, Mereka yang tidak sombong dengan makhluk Allah yang lain.

Dihadapan Allah setiap manusia mempunyai kedudukan yang sama, tidak ada manusia yang lebih suprior atau inferior terhadap manusia lainnya. Demikian juga tidak ada suatu ras, suku, kelompok atau bangsa yang lebih tinggi atau lebih rendah dari ras, suku, kelompok atau bangsa lainnya, semuanya berkedudukan sama dihadapan Allah, yang membezakan mereka hanyalah kadar ketaqwaannya. “Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu” (Qs.49 : 13)

Ketiga, Mereka yang menyayangi orang-orang miskin dan menderita.

Menurut Alqur’an, orang yang enggan memberi pertolongan kepada orang-orang miskin tetapi mendirikan solat tetap disebut mendustakan agama dan celaka. Disebutkan ” Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak yatim, Dan tidak memberi makan orang miskin. Maka celakalah bagi orang-orang yang solat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya, yang menjadikan solat sebagai alat berbuat riya, Dan enggan memberi pertolongan kepada orang miskin dengan barang berguna (Qs. 107 : 1-7)
Jadi bila ada orang rajin solat tetapi tidak pernah memberi makan orang miskin maka solatnya tidak diterima, demikian juga bila ada orang rajin memberi makan orang miskin tetapi tidak pernah melakukan solat, maka iapun tidak dihitung sebagai solat yang diterima. Dalam pandangan Islam, orang yang solat tetapi solatnya tidak member impak positif kepada persekitaran dan orang lain, maka ia tidak dihitung solat sekalipun melaksanakan solat.

Keempat, Mereka yang dapat menahan nafsu dari setiap keinginan yang dilarang Allah.

Orang yang betul-betul menegakkan solat mestinya dapat mengekang dan mengendalikan hawa nasfsunya dari perbuatan yang dilarang Allah, kerana memang salah satu maksud dari mendirikan solat adalah dalam rangka mencegah yang bersangkutan dari perbuatan keji dan mungkar. sebagaimana disebutkan dalam Qs. 29 : 45 ” Dan Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar “.

Dalam sebuah hadits disebutkan ” Kalau solat seseorang tidak mencegah dirinya dari berbuat keji dan mungkar maka solatnya tidak menambah sesuatu kecuali hanya akan menjauhkannya dari Allah Swt”.

Kelima. Mereka yang banyak berdzikir kepada Allah Swt

Salah satu tujuan solat adalah untuk berdzikir kepada Allah, sebagaimana ditegaskan alqur’an Assholatu lidzikiri. (bersolatlah untuk berdzikir kepadaKu). Berdzikir artinya mengingat Allah, Ketika kita mengingat Allah maka Allah juga akan mengingat kita, sebagaimana janjiNya ” ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku”.
Semakin sering kita mengingat Allah, semakin sering pula Allah mengingat kita (Qs. 62 : 10). Ketika Allah sering mengingat kita, maka Allah akan bersama kita, mencintai kita dan menolong kita, bila Allah telah menjadi penolong kita, maka tidak ada satupun hal yang sulit bagi kita dalam menjalankan kehidupan ini. Sebaliknya orang yang solat tetapi tidak berdzikir kepada Allah, berarti ia gagal dalam solatnya.

Keenam, Mereka yang mempunyai kepekaan dan kesedaran sosial dan kemanusiaan yang tinggi .

Dalam sebuah hadits Rasulullah saw menegaskan : Perumpamaan kaum muslimin dalam hal jalinan kasih sayang, kecintaan dan kesetia kawanan ibarat satu tubuh, bila salah satu anggota tubuhnya sakit, maka yang lainpun ikut juga merasakannya. Mereka Ibarat satu bangunan, yang satu menguatkan yang lainnya. Kerana itu menurut baginda, barang siapa diantara kaum muslimin yang tidak memperhatikan urusan kaum muslimin yang lain, maka mereka bukan termasuk golongan umat Islam.

Maka bila sering solat tetapi tidak peka dengan nasib saudaranya yang lain, tidak memiliki kesedaran sosial yang tinggi, maka bererti kita masih tergolong dalam kelompok yang disebut Nabi saw sebagai “akan datang suatu zaman dimana orang berkumpul di masjid untuk solat berjamaah tetapi tidak satupun diantara mereka yang beriman “dan tidak satupun juga yang dihitung sebagai orang yang menegakkan solat.

Dari huraian diatas dapat dilihat bahwa solat yang akan diterima oleh Allah Swt adalah solat yang tidak saja memberikan keuntungan dan manfaat kepada individu yang melakukannya, tetapi yang lebih penting adalah mempunyai akses dan nilai manfaat sosial kemasyarakatan yang luas.

Kalau kita mampu melakukan itu semua, maka berarti solat kita telah diterima dan Allah akan melindungi kita dengan kebesaranNya. Perlindungan itu bukan saja dapat diperoleh di akhirat kelak, tetapi juga di dunia. Allah Swt berfirman dalam Qs. 41 : 31 “Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta

SHOLAT ZAHIR DAN SHOLAT BATHIN



Solat difardhukan kepada setiap orang Islam yang waras akal dan cukup umur pada waktu-waktu yang khusus, lima kali sehari semalam. 

Inilah perintah Allah s.w.t.Firman Allah:

"Peliharalah segala solatmu dan solat wusto. Berdirilah untuk Allah     (dalam solatmu) dengan khusyuk." (al-Baqarah:238).

Solat zahir ini ialah berdiri, membaca al-fatihah, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan seterusnya dan sebagainya. Pergerakan dan lakuan solat ini melibatkan anggota-anggota badan. Inilahsolat diri jasmani atau diri fizikal. Oleh kerana pergerakan atau lakuan badan dalam solat ini banyak dan diulang-ulangi banyak kali dalam solat lima waktu itu, maka itulah sebabnya ayat tadi menyebut solawati (segala solat) iaitu disebut plural atai lebih dari satu. Bukan solat tetapi solawaati (solat-solat). Itulah bahagian pertama tentang solat dalam ayat tersebut.

Bahagian kedua pula dalam ayat tersebut ialah tentang solat wusto.
Solat ini bermaksud solat hati. Wusto itu boleh dimaksudkan sebagai pertengahan atau tengah. Maka oleh kerana hati itu terletak di tengah diri, maka itulah dikatakan solat wusto itu sebagai solat hati.

Tujuan solat ini ialah untuk mendapatkan hati yang damai dan tenteram.
Hati itu terletak di tengah antara kiri dan kanan, antara depan dan belakang, antara atas dan bawah dan antara baik dan jahat. Hati itu titik tengah, point perimbangan, point neraca atau median. Pernah 

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Hati anak Adam itu antara dua jari al-Rahman (iaitu Allah). Ia     dibolak-balikkan kemana sahaja yang Allah kehendaki."

Maksud dua jari al-Rahman itu ialah sifat Allah yang bernama `Yang Menghukum dan Mengazab' dan sifat yang bernama `Yang Indah Yang Kasih Sayang, Yang Lemah Lembut'.

Solat dan ibadat yang sebenar ialah solat dan ibadat hati. Kalau hati lalai dan tidak khusyuk atau tidak konsentrasi dalam solat, maka solat zahir iaitu solat badaniah akan berantakan dan kucar-kacir. 

Apabila ini berlaku kedamaian diri jasmani atau badaniah yang diharapkan itu melalui solat zahir tidak akan tercapai. 

Itulah sebabnya Nabi s.a.w bersabda:

"Ibadat (solat) zahir itu hanya mampu di lakukan dengan hati yang khusyuk."

Solat ialah doa si hamba kepada Tuhannya. Solat juga ialah pertemuan antara hamba dengan Tuhan. Tempat pertemuan itu di dalam hati. Jika hati itu tertutup, tidak endah dan tidak peduli ataupun mati, maka solatnya tidak memberi sebarang manfaat kepadanya. Solat yang tidak khusyuk itu tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada diri jasmani, kerana hati itu adalah zat bagi badan. Yang lain itu bergantung kepadanya.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

"Ada sekeping daging dalam badan manusia, apabila keadaannya baik, seluruh diri jadi baik. Dan apabila ia tidak baik, seluruh diri jadi  tidak baik. Sedarlah, daging itu ialah hati."

Solat zahir itu dilakukan pada waktu-waktu tertentu, lima kali sehari semalam. Tempat paling baik melakukan solat ialah di masjid, berjemaah dan menghadap kiblat. Dalam solat berjemaah, makmum mestilah menurut imam.

Solat batin tidak ada hujungnya dan tidak berwaktu-waktu. Solat ini tidak tertakluk kepada tempat dan masa. Solat ini sentiasa dari dunia hingga ke akhirat. Masjid solat ini terletak di hati. Jemaahnya ialah anggota-anggota batin atau daya-daya ruhaniah yang berzikir dan membaca Asma-ul-Lah (nama-nama Allah) dalam bahasa alam ruhaniah (alam batin). Imam dalam solat ini ialah kemahuan atau keinginan (niat) yang kuat.

Kiblatnya ialah kehadirat Allah  Keesaan Allah iaitu menurut al-Quran di mana sahaja memandang di situ wajah-Nya Yang Maha Kekal dan Maha Indah.
Pendeknya kiblatnya ialah Allah.Solat demikian boleh dilakukan oleh hati yang ikhlas, hati yang tidak tidur dan tidak mati. Hati dan jiwa seumpama ini kekal dan sentiasa beribadat atau bersolat sama ada dalam tidur atau dalam jaga. Ibadat hati ini ialah seluruh hayat dan seluruh hayat ini adalah ibadat baginya. Di situ tidak ada lagi bacaan di mulut, tidak ada lagi berdiri, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan sebagainya. 

Mursyid di sini ialah Nabi Muhammad s.a.w. Ia berkata-kata dengan Allah:

"Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan." (al-Fatihah: 5).

Firman Allah ini ditafsirkan sebagai tanda ketinggian kesedaran Insan Kamil (Manusia Sempurna) iaitu mereka yang beberapa tingkat alam rasa dan pengalaman ruhaniah dan tenggelam dalam tauhid atau keesaan Allah dan bersatu dengan Allah.

Hati sebegini mendapat berkat dan rahmat dari Allah. Satu daripada kelebihan hati yang sempurna ini ialah sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w:

 "Para Nabi dan kekasih-kekasih (para wali) Allah terus solat dalam kubur mereka sebagaimana mereka bersolat di rumah mereka di dunia ini."

Dengan kata lain, hayat hati kekal terus bersolat kepada Allah. Setelah ibadat (solat) zahir dengan solat batin berpadu, berharmoni dan bersatu, maka sempurnalah solat seseorang itu dan ganjarannya amat besar. Hati atau ruh yang demikian membawa seseorang itu hampir dan masuk ke hadirat Ilahi. Hatinya bersatu dengan Allah dan badannya atau keduniaannya mencapai tingkat yang tertinggi mungkin. Dalam alam nyata ini, ia jadi manusia atau hamba Allah yang warak dan alim.

Dalam alam batin atau keruhanian, ia jadi ahli makrifat yang telah sampai ke peringkat kesempurnaan mengenal Allah s.w.t.

Sekiranya ibadat zahir tidak bersatu dengan ibadat batin maka itu belum sempurna dan belum permai. Ganjarannya ialah hanya maju dalam  peringkat dari segi pandangan manusia sahaja. Ianya tidak membawa seseorang itu hampir kepada Allah dan berpadu dengan-Nya.

RAHASIA SHOLAT



Ketahui olehmu yang dikehendakki dengan kata menghadhirkan Zat Sembahyang itu ialah Niat.
Manakala Niat itu adalah bekas Nur Sir Kalam Allah yang tiada berhuruf dan bersuara ya'ni rahsia qalam qadimNya. Yang demikian itulah dibilangkan berkata kata kita dengannya.

Maka hendaklah kamu ketahui sesungguhnya tatkala mengangkat Takbiratul Ikhram itu hal keadaannya mati sebagaimana sabda Nabi s.a.w. pada mengisyaratkan dengan katanya:

"Mutu Qabla Anta Mutu" Matikanlah diri kamu sebelum kamu mati. Maka adalah maksudnya itu fana'kan dirimu yang kasar, fana'kan panca inderamu yang bangsa zahir. Maka tatkala itu disuruh tilik atau pandang dirimu yang halus atau batin dengan menggunakan panca indera yang batin, kerana adalah yang batin itu berpakaian dengan Sifat Maani, manakala Sifat Maani itu adalah sifat yang lazim atau tetap bagi Zat Allah yang Wajibal wujud lagi Baqa'. Maka jika telah tetaplah bahawa Sifat Maani itu adalah Sifat Zat Allah wajiblah baginya dihukumkan Maanawiyah.

Maka untuk mendapatkan kata putus atau putus bicara mengena'i ta'arif pada Sifat Maani dan Maanawiyah perlu dibicarakan dengan teliti dan halus, bagi memahami Sifat Maani dan Maanawiyah.

Adapun dikatakan dalam pembicaraan taarif Sifat Maani itu demikian:-

"Hiya kullu sifatin maujudatin qa'inatin bimaujudin aujabat lahu hukman."

Tiap tiap sifat yang sedia ada yang berdiri dengan Zat Yang Sedia Ada diwajibkan yakni ditetapkan baginya satu hukum.
Maka dalam perkara ini Sifat Maani itu wajib dihukumkan Maanawiyah.

Manakala hakikat Sifat Maani itu adalah "La hiya huwa hiya ghairuhu" Sifat itu bukan Zat, tetapi tiada lain dari Zat.(Kelakuan Sifat ini tidak berdiri dengan sendirinya tetapi lazim dia berdiri dengan Zat sebab antara zat dan sifat tidak boleh berpisah).

Adalah taarif Sifat Maanawiyah pula dikatakan:- "Hiyyal khaluth thabitu lizzati mada matizzatu mu'allalatin bi illatin" Hal yang sabit yakni tetap bagi Zat selama kekal Zat itu dikeranakan dengan satu kerana yakni Sifat Maani. Maka hakikat Sifat Maanawiyah itu " La hiya ghairuhu" Tiada lain dari Zat. Yang demikian nyatalah atau jelaslah sudah bahawa yang dihukum Maanawiyah itu adalah Sifat Maani atau Sifat Maani itulah Sifat Maanawiyah.

Maka hendaklah kamu ketahui dengan sempurna pengetahuan penegenalan bahawasanya Hakikat dirimu yang batin itu dipakaikan dengan rahsia Sifat MaaniNya. Rahsia Sifat Maani itulah Ruh Latifurrabaniah yang jadi hakikat bagi dirimu yang sebenar benar diri. Manakala adalah hakikat diri yang sebenar diri itu sebagai dzil yakni bayang bayang bagi kelakuan atau Sifat wujud Zat Allah yang mutlaq lagi tiada seumpama dengan sesuatu.


Maka ketahuilah bahawa tatkala mengangkat Takbiratul Ikhram itu dengan berkata Allahu Akbar kamu berada didalam Maqam Tauhid. Yang mana dituntut atas kita mentauhidkan akan ZatNya, SifatNya, Asma'Nya dan Af'alNya. Oleh kerana itulah bahawa tempat atau Maqam Tauhid kepada Allah itu didalam Takbiratul Ikhram pada lima waktu Solat Fardhu.

Maka untuk mendapatkan jalan Tauhid yang sebenar benarnya itu hendaklah kita ketahui dengan sempurna pengetahuan didalam bicara berkenaan Nafi dan Isbat. Oleh kerana didalam Nafi dan Isbat itulah duduknya Tauhid dan Ma'rifat.

Hakikat Nafi Yang sebenar.

Adapun sebenar benar hakikat Nafi itu Isbat dan hakikat Isbat itu Tauhid, manakala hakikat Tauhid itu Ma'rifat. Oleh kerana itulah sabda Nabi s.a.w. " La yufarriqu bainan nafi wal ithbat, man faraqa bainahuma fahuwa kafirun" Tiada becerai diantara Nafi dan Isbat, barang siapa memisahkan maka kafirlah dia. Oleh kerana hal keadaan Nafi mengandung Isbat dan Isbat mengandung Nafi, yang demikian bererti bilamana kamu Nafikan sesuatu yang mustahil bagi Allah, maka tak dapat tidak yang kamu Isbatkan itu sesuatu yang mustahil bagi Allah. AWAS. Bilamana kamu nafikan sesuatu yang haq bagi Allah maka tak dapat tidak yang kamu Isbat pun haq bagi Allah jua tiada lain. Maka faham daripada kata kata ini bahawa tidak syak lagi bilamana kamu Nafikan Zat kamu maka yang diisbatkan Zat Allah, Nafikan sifat kamu, diisbatkan Sifat Allah, Nafikan A'fal kamu diisbatkan A'fal Allah, Nafikan asma' kamu, diisbatkan Asma' Allah.
Demikianlah adanya Hakikat Nafi/Isbat yang dikehendakki dibawa didalam sembahyang


APA ITU ZAT SOLAT?

‘TDAK SAH SESUATU PENGABDIAN (IBADAH) MELAINKAN SESUDAH MENGETAHUI APA YANG DIABDIKAN ITU’
Apakah yang diabdikan itu? Ada pun yang wajib bagi mendirikan solat itu ialah diri solat (zat solat) iaitu 13 perkara;
1.
Niat
2. Berdiri betul
3. Takbiratul ihram
4. Membaca al Fatihah
5. Ruku’
6. I’tidal
7. Sujud
8. Duduk antara dua sujud
9. Duduk tahiyyat akhir
10. Membaca tahiyyat akhir
11. Solawat ke atas Nabi saw
12. Salam
13. Tertib
Ada pun rukun 13 itu terbahagi kepada 3 bahagian;
1. Qalbi
2. Qauli
3. Fi’li
Yang terkandung di dalam qalbi itu 2 perkara; niat dan tertib
Dan yang terkandung di dalam qauli itu 5 perkara; takbiratul ihram, membaca al Fatihah, membaca tahiyyat akhir, solawat ke atas Nabi saw dan salam
Yang terkandung di dalam fi’li pula 6 perkara; berdiri betul, ruku’, i’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan duduk tahiyyat akhir
Qalbi ta’luk sifat ilmu, qauli ta’luk sifat sama’ dan fi’li ta’luk sifat basar.Qalbi itu dikatakan qasad, qauli itu pula dikatakan ta’radh dan fi’li itu dikatakan ta’yin. Kemudian dihimpunkan atau disatukan sifat-sifat itu; qalbi, qauli, fi’li, qasad, ta’radh dan ta’yin di dalam huruf yang lapan iaitu ALLAHU AKBAR, maka jadilah ia muqarranah ajmaliah
Misal yang pertama; Seumpama sepohon pokok yang telah lengkap segala rantingnya, dahannya, daunnya, bunganya dan buahnya, barulah ia dinamakan pokok.
Misal yang kedua; Lenyap segala ta’yin di dalam biji (benih) boleh jua dikatakan ‘ain biji (‘ain benih) yakni bagi pihak yang belum tumbuh, dan bagi pihak yang telah tumbuh pasti dinamakan pokok jua, yakni pada martabat haqqul yaqin iaitu fana sifat hamba pada sifat Tuhannya dan baqalah ia dengan Dia seperti firman Allah yang bermaksud; ‘Dan telah terang atau bersinar akan bumi itu dengan cahaya Tuhannya’.
Jadilah muqarranah ajmaliah yakni terkandung di dalamnya sekalian ta’yin alam ini akan apa hadratnya, imkan bererti tempat menghukumkan antara dua martabat iaitu mumkinal wujud dan wajibal wujud, yakni perbezaan hamba dengan Tuhannya yang dinamakan barzahul jama’, yakni perhubungan rupa maklum ilmu Allah ta’ala dengan jalan ijmal dan jadilah muqarranah ajmaliah seperti mana firman Allah yang bermaksud; ‘Ada pun niat itu tiada berhuruf dan tiada bersuara’.