AHLI
SUFFAH
Di antara bukti
keaslian sumber tasawuf Islam ialah golongan ahli Suffah yang mempunyai kesan
dan pengaruh yang kuat kepada kehidupan rohaniah Islam umumnya dan gerakan
tasawuf khususnya, sehingga setengah dari penyelidik telah menghubungkan asal
punca istilah ‘tasawuf’ dan ‘sufi’ dengan golongan ahli Suffah.
Sebab golongan ini diberi gelaran ahli Suffah ialah kerana kemiskinan dan kefakiran mereka yang terdiri dari kaum Muhajirin dan juga Ansar. Mereka datang menemui Rasulullah di Madinah, tanpa keluarga dan harta lalu dibuatkan tempat atau (suffah) di belakang Masjid Madinah. Di tempat inilah mereka menumpukan diri kepada Allah, beriktikaf dan beribadah, bersungguh melatih jiwa mereka untuk zuhud dan kesajaan cara hidup, mengenepikan segala hiasan hidup dunia dengan memberikan penumpuan dalam bidang ilmu. Golongan mereka adalah ramai. Bilangan mereka pernah dicatitkan melebihi 300 orang.
Di antaranya ialah Abu Hurairah r.a., Khabab bin
al-Harith, Salman al-Farisi, Abu Sa’id al-Khadri, Abu Barzah al-Aslami, Suhayb
bin Sa nan, Ammar bin Yasir, Abdullah bin Mas’ud, Sa’d bin Ali Waqqas, Uqbah
bin Amir, Wabisah bin Ma’bad al-Juhani, Abu Dharr al-Ghiffari, Tamim al-Dari
dan lain-lain.
Golongan ini telah diabadikan di dalam al-Quran melalui
beberapa ayat seperti ayat 274 dalam surah al-Baqarah, ayat 28 Surah al-Khaf
dan ayat 52 dalam Surah al-An’am. Rasulullah s.a.w. mengasihi mereka, belas
kasihan serta mengumpulinya. Rasulullah makan bersama-sama dan menggalakkan
para sahabat menyedari dan mengenali kelebihan mereka. Jika Rasulullah berada
bersama mereka dalam suatu majlis baginda tidak akan bangun sebelum mereka
bangun meminta diri. Jika berjabat tangan baginda tidak menarik tangannya
sebelum mereka melepaskan tangannya terlebih dahulu. Setiap sedekah yang
diserahkan atau hadiah yang diberikan kepada Rasulullah mereka tidak dilupakan
untuk sama-sama mendapat habuannya.
Ahli bait mengikuti jejak Rasulullah s.a.w. dan melayani
mereka sebagaimana Rasulullah s.a.w. telah melayaninya seperti Saidina
al-Abbad, ‘Uqayl, al-Hassan dan al-Husayn. Menurut al-Hassan bin Ali dan
Abdullah bin Ja’afar bahawa mencintai mereka termasuk dalam kesempurnaan agama,
dan bergaul dengan mereka adalah tanda kemuliaan. Mereka ini sentiasa mendekati
golongan ini untuk mengambil sinar panduan dari akhlak dan adab kesopanan,
serta juga ilmunya.
Abu Hurairah merupakan sahabat dari ahli Suffah yang
paling terkanan. Beliaulah yang menjadi perantaraan antara Rasulullah dengan
ahli Suffah. Kitab-kitab tasawwuf banyak menceritakan tentang kezuhudannya, dan
kesahajaan cara hidupnya, dan kefakirannya, dan banyak dihiasi dengan
kata-katanya yang menunjukkan bahawa aliran hidup kerohanian itu adalah
berpunca dari Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya, terutamanya dari golongan
ahli Suffah.
Sikap Rasulullah s.a.w. dan tindakannya yang sedemikian
itu, juga diikuti oleh ahli-ahli Bait serta para sahabatnya adalah membuktikan
keharusan adanya suatu golongan yang menyerahkan seluruh dirinya untuk mengabdi
kepada Allah, menjalani hidup kerohanian secara lebih khusus dan tulen, yang
tergambar dalam dua fenomenanya yang paling jelas, kezuhudan hidup di dunia dan
penumpuannya hanya untuk beribadah, membaca, memahami dan mempelajari kitab
al-Quran.
Pernah beberapa orang daripada mereka mengadu kepada
Rasulullah s.a.w. kerana perutnya sudah lama tidak merasa buah kurma sedangkan
bangkai pula adalah haram di sisi agama. Baginda menjelaskan bahawa kurma
adalah makanan orang Madinah. Mereka telah menghulurkan kepada kami, dan kami
telah menghulurkan pula kepada kamu. Demi yang jiwa Muhammad berada dalam
genggamannya, bahawa sejak sebulan dua ini tidak kelihatan asap kebakaran roti
dari rumah Rasulullah s.a.w.
Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. seolah-olah menyatakan
rasa simpatinya, dan simpatinya, dan Rasulullah tidak dapat pula menyampaikan
hajat dari aduannya. Namun demikian Rasulullah s.a.w. tidak menyuruh mereka
keluar dari masjid untuk bekerja atau berniaga.
Hadith ini tidak bertentangan dengan apa yang
diriwayatkan dari Saidina Umar r.a. yang melihat sekumpulan orang di Masjid
lalu diperintahkannya supaya bekerja, kerana para sahabat termasuklah Saidinan
Umar sendiri tidak menentang sikap dan tindakan Rasulullah s.a.w. Oleh kerana
itu tindakan Umar r.a. itu boleh ditafsirkan sebagai tindakan wajar manakala
diketahuinya tidak mengikut jejak golongan ahli Suffah, tetapi kerana tujuan
lain, seperti kerana kemalasan, lari dari tanggungjawab, mengharapkan orang
ramai dan lain-lain yang seumpamanya.
Kesimpulannya
bahawa tasawuf Islam adalah bersumberkan dan berteraskan Islam sendiri. Lahir
bersama-sama kelahiran Islam. Tegasnya tasawwuf Islam bertunggakan al-Quran,
Sunnah Rasulullah s.a.w. dan kata-kata serta perjalanan para sahabat Rasulullah
terutama dari golongan ahli Suffah, seterusnya dari perjalanan hidup golongan
yang mengikut jejak langkah Rasul dan sahabat dalam maqam Ihsan yang berterusan
sepanjang zaman, bukanlah seperti yang ditonjol-tonjolkan atau dida’yahkan dari
sumber orientalis dengan segala kebolehan dan keupayaan yang mengatakan dari
sumber India, Parsi, Kristian dan Yunani.
Pendapat
yang menyatakan bahawa ia berasal dari perkataan al-Suffah iaitu bahagian
belakang dari Masjid Rasulullah s.a.w. di Madinah. Di sinilah tempat kediaman
para mukmin yang fakir dan hidup terlalu zuhud, tidak mempunyai keluarga jauh
sekali rumah kediaman. Ada yang menganggarkan bilangan ahli Suffah di dalam
masjid ini kira-kira 400 orang. Terkadang mereka ini juga terpaksa bekerja
mencari rezeki, tetapi pekerjaannya tidak sekali-sekali mengabaikan atau
melalaikan tugas mereka untuk menunaikan kewajipan yang dirasakan lebih penting
dan lebih berhak dicintai oleh Allah. Golongan inilah yang telah dicatitkan
kisahnya oleh Allah di dalam al-Quran: Bagi mereka yang fakir yang terhalang
dari pergi berjuang ke medan perang Fi-Sabilillah, kerana tidak termampu dan
terdaya untuk pergi mengembara di bumi.
Pendapat
ini membayangkan usaha untuk mengembalikan gejala-gejala ketasawufan ke zaman
rasulullah s.a.w. dan untuk membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. adalah
mengakui akan cara dan perjalanan hidup ahli Suffah, seperti kekafiran,
pengasingan diri, tajarrud dan tawakkal sebagaimana yang dibayangkan oleh
seorang tokoh sufi al-Syahrawardi: Mereka telah berkumpul di Masjid Madinah.
Seperti golongan sufi, mereka berhimpun dan berkumpul sejak zaman dulu hingga
sekarang di bilik-bilik atau di surau-surau, jarang berusaha dan bekerja atau
berniaga. Rasulullah s.a.w. sendiri menggalakkan kaum muslimin supaya
meringankan beban dan perasaan mereka, dengan cara makan bersama-sama,
mengumpuli dan mencampuri mereka.
Di
antara bukti keaslian sumber tasawuf Islam ialah golongan ahli Suffah yang
mempunyai kesan dan pengaruh yang kuat kepada kehidupan rohaniah Islam umumnya
dan gerakan tasawuf khususnya, sehingga setengah dari penyelidik telah
menghubungkan asal punca istilah ‘tasawuf’ dan ‘sufi’ dengan golongan ahli
Suffah.
Sebab
golongan ini diberi gelaran ahli Suffah ialah kerana kemiskinan dan kekafiran
mereka yang terdiri dari kaum Muhajirin dan juga Ansar. Mereka datang menemui
Rasulullah di Madinah, tanpa keluarga dan harta lalu dibuatkan tempat atau
(suffah) di belakang Masjid Madinah. Di tempat inilah mereka menumpukan diri
kepada Allah, beriktikaf dan beribadah, bersungguh melatih jiwa mereka untuk
zuhud dan kesajaan cara hidup, mengenepikan segala hiasan hidup dunia dengan
memberikan penumpuan dalam bidang ilmu. Golongan mereka adalah ramai. Bilangan
mereka pernah dicatitkan melebihi 300 orang.
Di
antaranya ialah Abu Hurairah r.a., Khabab bin al-Harith, Salman al-Farisi, Abu
Sa’id al-Khadri, Abu Barzah al-Aslami, Suhayb bin Sa nan, Ammar bin Yasir,
Abdullah bin Mas’ud, Sa’d bin Ali Waqqas, Uqbah bin Amir, Wabisah bin Ma’bad
al-Juhani, Abu Dharr al-Ghiffari, Tamim al-Dari dan lain-lain.
Golongan
ini telah diabadikan di dalam al-Quran melalui beberapa ayat seperti ayat 274
dalam surah al-Baqarah, ayat 28 Surah al-Khaf dan ayat 52 dalam Surah al-An’am.
Rasulullah
s.a.w. mengasihi mereka, belas kasihan serta mengumpulinya. Rasulullah makan
bersama-sama dan menggalakkan para sahabat menyedari dan mengenali kelebihan
mereka. Jika Rasulullah berada bersama mereka dalam suatu majlis baginda tidak
akan bangun sebelum mereka bangun meminta diri. Jika berjabat tangan baginda
tidak menarik tangannya sebelum mereka melepaskan tangannya terlebih dahulu.
Setiap sedekah yang diserahkan atau hadiah yang diberikan kepada Rasulullah
mereka tidak dilupakan untuk sama-sama mendapat habuannya.
Ahli bait mengikuti jejak Rasulullah s.a.w. dan melayani
mereka sebagaimana Rasulullah s.a.w. telah melayaninya seperti Saidina
al-Abbad, ‘Uqayl, al-Hassan dan al-Husayn. Menurut al-Hassan bin Ali dan
Abdullah bin Ja’afar bahawa mencintai mereka termasuk dalam kesempurnaan agama,
dan bergaul dengan mereka adalah tanda kemuliaan. Mereka ini sentiasa mendekati
golongan ini untuk mengambil sinar panduan dari akhlak dan adab kesopanan,
serta juga ilmunya.
Abu Hurairah merupakan sahabat dari ahli Suffah yang
paling terkanan. Beliaulah yang menjadi perantaraan antara Rasulullah dengan
ahli Suffah. Kitab-kitab tasawwuf banyak menceritakan tentang kezuhudannya, dan
kesahajaan cara hidupnya, dan kefakirannya, dan banyak dihiasi dengan
kata-katanya yang menunjukkan bahawa aliran hidup kerohanian itu adalah
berpunca dari Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya, terutamanya dari golongan
ahli Suffah.
Sikap Rasulullah s.a.w. dan tindakannya yang sedemikian
itu, juga diikuti oleh ahli-ahli Bait serta para sahabatnya adalah membuktikan
keharusan adanya suatu golongan yang menyerahkan seluruh dirinya untuk mengabdi
kepada Allah, menjalani hidup kerohanian secara lebih khusus dan tulen, yang
tergambar dalam dua fenomenanya yang paling jelas, kezuhudan hidup di dunia dan
penumpuannya hanya untuk beribadah, membaca, memahami dan mempelajari kitab
al-Quran.
Pernah beberapa orang daripada mereka mengadu kepada
Rasulullah s.a.w. kerana perutnya sudah lama tidak merasa buah kurma sedangkan
bangkai pula adalah haram di sisi agama. Baginda menjelaskan bahawa kurma
adalah makanan orang Madinah. Mereka telah menghulurkan kepada kami, dan kami
telah menghulurkan pula kepada kamu. Demi yang jiwa Muhammad berada dalam
genggamannya, bahawa sejak sebulan dua ini tidak kelihatan asap kebakaran roti
dari rumah Rasulullah s.a.w.
Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. seolah-olah menyatakan
rasa simpatinya, dan simpatinya, dan Rasulullah tidak dapat pula menyampaikan
hajat dari aduannya. Namun demikian Rasulullah s.a.w. tidak menyuruh mereka
keluar dari masjid untuk bekerja atau berniaga.
Hadith ini tidak bertentangan dengan apa yang diriwayatkan
dari Saidina Umar r.a. yang melihat sekumpulan orang di Masjid lalu
diperintahkannya supaya bekerja, kerana para sahabat termasuklah Saidinan Umar
sendiri tidak menentang sikap dan tindakan Rasulullah s.a.w. Oleh kerana itu
tindakan Umar r.a. itu boleh ditafsirkan sebagai tindakan wajar manakala
diketahuinya tidak mengikut jejak golongan ahli Suffah, tetapi kerana tujuan
lain, seperti kerana kemalasan, lari dari tanggungjawab, mengharapkan orang
ramai dan lain-lain yang seumpamanya.
Kesimpulannya
bahawa tasawuf Islam adalah bersumberkan dan berteraskan Islam sendiri. Lahir
bersama-sama kelahiran Islam. Tegasnya tasawwuf Islam bertunggakan al-Quran,
Sunnah Rasulullah s.a.w. dan kata-kata serta perjalanan para sahabat Rasulullah
terutama dari golongan ahli Suffah, seterusnya dari perjalanan hidup golongan
yang mengikut jejak langkah Rasul dan sahabat dalam maqam Ihsan yang berterusan
sepanjang zaman, bukanlah seperti yang ditonjol-tonjolkan atau dida’yahkan dari
sumber orientalis dengan segala kebolehan dan keupayaan yang mengatakan dari
sumber India, Parsi, Kristian dan Yunani.
Sifat-Sifat Kerohanian Ahli Suffah
Daripada apa
yang telah dinyatakan dalam kebanyakan kitab, konsep tasawuf dalam Islam
mengandungi beberapa pendekatan yang bertujuan untuk menghampirkan diri kepada
Allah. Di antaranya ialah pendekatan
spiritual yang menekankan kebersihan jiwa raga seluruhnya daripada segala rupa
bentuk kekotoran atau unsur-unsur riya’, sombong dan takabbur, pendekatan yang
menumpukan perhatian kepada konsep keindahan akhlak dan budi pekerti.
Konsep tasawuf juga mengandungi
pendekatan fizikal yang dikombinasikan dengan pendekatan spiritual sebagai
usaha sama untuk membentuk kekuatan pada diri seseorang.
Abdullah bin Ali At-Thusi[1]
telah menghuraikan tentang siapakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ahli
tasawuf di mana terdapat lima unsur yang diutarakan iaitu:
Pertama: Al-Ilmu:
Iaitu ilmu yang berpandukan kepada
akidah dan syariat Islamiyyah yang terkandung di dalam al-Quran dan as-Sunnah,
yang dapat menggerakkan perasaan hati untuk betaut dengan Ilahi agar mereka
dapat menilai kebenaran dan kebatilan.
Kedua: Al-Amal
Iaitu mempraktikkan atau
melaksanakan ilmu tersebut dengan amalan-amalan yang berpandukan kepada sunnah
Rasulullah s.a.w. tanpa terkeluar sedikitpun dari batas sempadan yang
digariskan oleh syariat.
Ketiga: Al-Tahkiq
Iaitu beramal dengan ilmu yang
disuruh oleh Allah S.W.T. dengan melahirkan sifat yang tegas dan mewujudkan
perasaan nikmat terhadap amalan yang dilakukan.
Keempat: Al-Wajd
Iaitu melahirkan perasaan cinta dan
sukacita terhadap ketegasan diri dan keteguhan jiwa yang tersemat di
celah-celah dinding hati sanubari dan jiwa nurani.
Kelima: Al-Fana’
Iaitu tenggelam di dalam lautan
musyahadah dan pengabdian diri kepada Allah S.W.T. tanpa timbul sedikitpun
perasaan ragu dan syak wasangka.
Nilai-Nilai Kerohanian Dan
Unsur-Unsur Tasawuf Yang Dinisbahkan Kepada Ahli Suffah.
1. Zuhud
Kehidupan zuhud adalah suatu
kehidupan yang ingin mencari keredhaan Ilahi dengan memilih konsep
kesederhanaan di dalam kehidupan sebagai suatu alternatif dan meninggalkan
segala rupa bentuk kemewahan duniawi yang menghiasi warna kehidupan.
Kehidupan
zuhud dapat mencetuskan sifat-sifat kemanisan semasa melakukan ibadat kepada
Allah S.W.T. dan dapat menambahkan lagi kelazatan iman dalam kehidupan.
Di dalam sepotong hadis Rasulullah
s.a.w. telah member penjelasan tentang siapakah yang yang dikatakan orang yang
zuhud di jalan Allah.
Maksudnya:
“Orang yang zuhud di dunia
itu bukanlah mereka yang mengharamkan yang halal dan bukan pula mereka membuang
segala harta benda, tetapi yang dimaksudkan dengan zuhud di dunia bahawa
tidaklah apa yang kamu miliki itu lebih kamu yakin terhadap apa yang ada pada
Allah dan pahala musibah yang menimpa kamu lebih kamu sukai sekiranya
dikekalkan kepada kamu.”
Di antara
tujuan Islam menganjurkan kepada kehidupan zuhud kepada umat Islam ialah:
·
Optimis Hanya Kepada Allah
Pergantungan hidup manusia mestilah
hanya kepada Allah semata-mata walau di dalam apa jua keadaan sekalipun sama
ada dalam keadaan susah ataupun senang dan tidak kira pula di mana mereka
berada, sama ada dalam pondok yang usang atau di dalam mahligai yang indah,
mereka hendaklah bergantung kepada Allah.
Firman Allah:
Maksudnya:
“ Katakanlah: "Hai
hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah
kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni
dosa-dosa[1314] semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.”
(Az-Zumar:53)
·
Sederhana Dalam Kehidupan
Konsep kezuhudan telah menganjurkan
cara kehidupan yang sederhana yang tidak melampaui batas-batas sempadan yang
telah digariskan oleh syariat. Ianya berkaitan dengan erti sebenar kehidupan.
Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan sepotong hadis dan
Rasulullah s.a.w. bahawa
Maksudnya:
“Bukanlah kekayaan itu diukur dengan banyaknya
harta benda tetapi kekayaan yang sebenar ialah kaya jiwa”.
·
Menerima Apa Yang Ada
Kehidupan zuhud mengajar umat Islam
erti kehidupan yang sebenar, mengajar mereka erti memadai dengan apa yang ada,
erti mencakupi dengan apa yang yang dikurniakan oleh Allah dan tidak
meminta-minta dari orang lain untuk menagih simpati atau belas kasihan.
Firman Allah:
Maksudnya:
“Dan
orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan
tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang
demikian".
·
Bencikan Dunia Cintakan Akhirat
Apa yang dimaksudkan dengan
bencikan dunia bukan bererti membuang terus segala harta benda atau segala
kekayaan ataupun segala kemewahan hidup, tetapi apa yang dimaksudkan dengan
bencikan dunia ialah terlalu ghairah memperbanyakkan timbunan harta kekayaan
sehingga lupa kepada tanggungjawab diri dan lupa untuk berjuang di jalan Allah.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
“Janganlah kamu berlumba mengumpulkan harta kekayaan
nanti kamu cinta kepada dunia”.
(Riwayat At-Turmizi)
2. Takwa
Takwa ertinya
takut kepada Allah di dalam apa jua keadaan sekalipun dan meletakkan perasaan
hati sentiasa tunduk dan akur terhadap tuntuan Allah.
Firman Allah:
Maksudnya:
“Hai
orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa
kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan
beragama Islam”.
3. Takut
Ertinya
melahirkan perasaan gerun di lubuk hati terhadap kebesaran Ilahi. Di kalangan
hamba-hamba Allah terdapat segolongan daripada mereka yang benar-benar takut
kepada Allah yang mana mereka merupakan golongan ulama’.
Firman Allah:
Maksudnya:
“Dan demikian (pula) di
antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang
bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya
yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama[1258]. Sesungguhnya Allah Maha
Perkasa lagi Maha Pengampun”.
(Fatir:28)
Perasaan takut dan gentar ketika
menghadapi sesuatu perkara merupakan suatu ujian terhadap keaguangan iman
seseorang yang menandakan watak keikhlasan; itu telah menguasai darah dagingnya
untuk menerus beramal dan berada dalam keadaan tersebut. Perasaan takut dan
gementar itu hanya wujud dalam hati mereka yang tidak mempunyai sifat-sifat
sombong dan bangga diri.
4. Sabar
Kesabaran ialah melahirkan perasaaan
tenang dalam hati sanubari ketika menghadapi penderitaan atau kesusahan dan
perasaan tersebut dapat dilihat melalui watak dan aksi kehidupan yang dilalui.
Kesabaran sangat diperlukan di dalam setiap aspek kehidupan individu muslim,
lebih-lebih lagi ketika menghadirkan diri untuk beribadat kepada Allah supaya
setiap amalan yang dilakukan itu tidak terlalu gelojoh bagi mencapai suatu
darjat yang tinggi atau maqam yang lebih tinggi.
Firman Allah taala:
“Hai orang-orang yang
beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu[99], Sesungguhnya Allah
beserta orang-orang yang sabar”.
(Al-Baqarah: 153)
Kesimpulan
Setiap ahli Suffah yang ingin
mendapatkan kurniaan dari Ilahi mestilah mengemukakan dalam diari kehidupannya
manhaj rohani yang bertujuan untuk memperkuatkan lagi keimanannya dan
memperteguhkan lagi konsepsi iman mereka supaya putus akibat datangnya
unsur-unsur jahiliyyah.
Manhaj rohani itu akan bertindak
menghalang mana-mana unsur yang tidak sesuai dengan keimanan masuk ke dalam
tubuh badan, ia akan menapis segala apa jua bentuk atau pemikiran yan tiada
kaitan dengan syarat Ilahi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar