TANDA KETIKA DAN SAAT-SAAT AKHIR KEMATIAN
/
TANDA-TANDA SEBELUM TIBA KEMATIAN
1) 100 hari : Seluruh badan rasa
bergegar.
2) 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak
3) 40 hari : Daun dengan nama orang
yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang
dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya.
Kadang-Kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran
malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
4) 7 hari : Mengidam makanan.
5) 5 hari : Anak Lidah
bergerak-gerak
6) 3 hari : Bhagian tengah di dahi
bergerak-gerak
7) 2 hari : Seluruh dahi rasa
bergerak-gerak
8) 1 hari : Terasa bahagian ubun
bergerak-gerak di antara waktu sbuh dan asar.
9) Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian
pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).
Seelok-eloknya bila sudah merasa
tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.
KETIKA MALAIKAT HENDAK MENCABUT NYAWA
Baginda Rasullullah S.A.W. bersabda
: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam bada! n dan kemudian
mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke
lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh
dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi
satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga
sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu
kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." Sambung Rasullullah
S.A.W. lagi : "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka
malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga
orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang
beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada
disekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat
terus pandangannya kepada sayap Jibrail as" "Kalau orang yang nazak
itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka
orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu
takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya." Dari
sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut
nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut
roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang
mukmin itu dengan berkata : "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini
melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada
Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun
kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan 0leh lidah orang
mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. Berfirman yang bermaksud : "Wahai malaikat
maut, kamu cabutlah rohnnya dari arah lain." Sebaik sahaja malaikat maut
mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang
mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin
itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluarlah penulisan ilmu. Maka
berkata tangan :Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari
arah ini, tangan initelah mengeluarkan sedekah, tangan ini menusap kepala
anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana
malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan, maka
malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal
melakukan sebab kaki berkata : "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
kaki ini sentiasa berjalan berulang alik menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka
malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik sahaja malaikat maut
menghampiri telinga maka telinga pun berkata :"Tidak ada jalan bagimu dari
arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin ini dari arah mata tetapi
baru sahaja hendak menghampiri mata, maka berkata mata : "Tidak ada jalan
bagimu dari arah ini kerana mata ini sentiasa menangis kerana takutkan
Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai malaikatku, tulis
Asmaku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman
itu." Sebaik sahaja mendapat perintah Allah S.W.T maka malaikat maut
menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik sahaja
melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut
dari arah mulut dengan tenang.
Telah bersabda Rasullullah S.A.W. :
Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari
mereka keluar dari kuburnya :-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yanf mengerjakan solat malam
dalam bulan ramadhan.
3. Orang-orang berpuasa di hari Arafah.
6 TANDA ALAMAT SAAT-SAAT AKHIR KEMATIAN
1.
Bahawa Keluar ia daripada diri kamu
suautu cahaya, warnanya seperti embun. Maka jadi embun itu seperti awam yang
putih, dan di dalanya seperti rupa kita. Dan pakaiannya kuning. Dan tubuhnya
putih. Berkata ia sperti perkataan Nabi, maka jangan engkau percaya
kata-katanya itu
2.
Bahawa Keluar ia daripada diri kamu suautu
cahaya, warnanya hijau Dan di dalanya hayat kita. Ruapanya seperti burung
tiran, maka jadi seperti kuldi. Maka ia berkata:” Akulah Buraq”. Maka jangan
engkau percaya kata-katanya itu
3.
Bahawa datanga kepadamu seorang laiki-laki
terlabih baik. Rupanya api. Dan keluar daripada telinganya api. Maka jangan
engkau hairana kepadanya.
4.
Datang kepada mu malam gelap, maka timbul
cahaya seperti cermin, di dalamnya ‘Durratul Baidha’ yakni permata gilang
gemilang, dan cahaya di dalamnya seperti rupa Nabi. Maka sucikanlah kamu ketika
itu, maka wajiblah berpesan, dan ketahuilah olehmu bahawa engaku hamper kepada
mati. Maka jangan engkau syak lagi akannya.
5.
5 Bahawa datng kepada mu suautu
cahay sepohon kayu berdiri ia di bawah Arash, datang ia kepada hadapau mu. Dan
di dalamnya ada malaikat. Maka ketahuilah oleh mu, bahawa hampirlah engkau akan
mati. Maka jangan engkau syak lagi akannya.
6.
Datang kepada mu suautu cahaya yang seperti
sehelai rambut, maka berdiri ia apada dahi kamu, seketika itu datanglah
malaikat ududk di atas kanan mu. Maka ia berkata: “Sejahteralah atas kau wahai
Wali allah!. Bermual Allah Taaal menyuruh mewahyukan salam kepada mu” Maka
jawab kita: “ Atas kamu pun sejahtera. Dan daripada Allah sejahatera dan kepada
Nya jua kembali sejahtera” Maka kemudian Nur yang kecil itu masuk ia ke dalam
cahaya mata, maka masuklah ia kepada urat. Kemudian maka beredarlah ia kepada
ubun-ubun kepala, dan itulah yang bernama Baitul Makmur, hingga nyawa kamu
naiklah ia atasnya. Kemudian maka masuklah di dalam maqamnya. Maka mengucaplah
hatimu pada ketika itu. Maka matilah kita. Maka keluarlah cahaya yang kecil seperti
sehelai rambut, maka terlebih besar tiadalah dapat dirupakan lagi terlebih
cahaya daripada matahari dan bulan. Dibuka pintu langit, maka lintaslah ia
kepada Arash, hingga sampai nyawa ke hadrat Tuhannya, Maka melihat akan
Tuhannya. Firman Allah Taala: “ Menilik bagi Allah, dan kepada Allah jua
kembali amanahnya” Maka pulanglah bayang-bayang itu kepada yang empunya dia,
dan pulanglah buah itu kepada air. Bermula Allah jua mencuba kita kepada jalan
yang betul.
Abu Bakar R.A telah ditanya tentang
kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A :
"Roh itu menuju ketujuh tempat
:
1. Roh para Nabi dan utusan menuju
ke syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus
3. Roh mereka yang berbahagia menuju
ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti
burung di syurga mengikut kehendak mereka. 5. Roh para mukmin yang berdosa akan
tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman
akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam
neraka. mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari kiamat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar