Total Tayangan Halaman

Minggu, 12 Juli 2015

KITAB USULUL KAAFI BAB 26- 61


Bab 26

Sesungguhnya Al-Qur'an Memberi Petunjuk Kepada Imam A.S (inna al-Qur'an yahdi li-al-Imam)

(138)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan al-Ridha a.s tentang firman Allah a.w "Bagi setiap harta peninggalan dari harta yang ditinggalkan ibu bapa, kaum kerabat, Kami jadikan pewaris-pewarisnya. Dan mereka yang kamu telah bersumpah setia dengan mereka" Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya ia dimaksudkan dengan para imam a.s, kerana merekalah Allah telah bersumpah setia dengan kamu.

(139)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu 'Umair, daripada Ibrahim bin 'Abd al-Hamid, daripada Musa bin Akil al-Namiri, daripada al-'Ala' bin Siyabah, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w "Sesungguhnya al-Qur'an ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus" Beliau a.s telah berkata: Ia memberi petunjuk kepada imam a.s.

Bab 27

Sesungguhnya Nikmat Yang Telah Disebut Oleh Allah A.W Di Dalam Kitab-Nya Adalah Para Imam A.S (anna al-Ni'mata al-Lati dhakara-ha llahu a.w fi kitabi-hi al-Aimmatu a.s)

(140)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Bustam bin Murrah, daripada Ishaq bin Hassan, daripada al-Haitham bin Waqid, daripada Ali bin al-Husain al-'Abdi, daripada Sa'd al-Asqaaf, daripada al-Asbagh bin Nubatah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Apakah gerangan kaum yang telah mengubah sunnah Rasulullah s.a.w dan berpaling daripada wasinya? Mereka tidak takut bahawa azab akan turun kepada mereka, kemudian beliau a.s telah membaca ayat "Tidakkah kamu perhatikan mereka yang telah menukar nikmat (ni'mat) Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kehinaan? Iaitu Jahannam, mereka masuk ke dalamnya dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman" Kemudian beliau a.s telah berkata: Kamilah nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba-hamba-Nya dan dengan kamilah akan berjaya mereka yang berjaya pada hari Kiamat.

(141)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad secara marfu' tentang firman Allah a.w "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" Adakah kamu mendustakan seorang nabi atau seorang wasi? Ayat ini diturunkan di dalam Surah al-Rahmaan.

(142)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Abdullah bin 'Abd al-Rahman, daripada al-Haitham bin Waqid, daripada Abu Yusuf al-Bazzaz berkata: Abu Abdillah a.s telah membaca ayat "Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah supaya kamu mendapat keberuntungan" Beliau a.s telah berkata: Adakah anda mengetahui apakah nikmat-nikmat Allah (alaa' Allah)? Aku telah berkata: Tidak, beliau a.s telah berkata: Nikmat Allah yang paling besar ke atas makhluk-Nya adalah wilayah kami"

(143)-4. Al-Husain bin Muhammad, dariapda Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah, daripada Ali bin Hassan, daripada 'Abd al-Rahman bin Kathir berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w "Tidakkah kamu perhatikan mereka yang telah menukar nikmat-nikmat) Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kehinaan? Iaitu Jahannam, mereka masuk ke dalamnya dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman" Beliau a.s telah berkata: Ia dimaksudkan dengan Quraisy secara langsung; mereka yang telah memusuhi Rasulullah s.a.w dan melakukan peperangan terhadapnya serta menentang wasiat wasinya.

Bab 28

Sesungguhnya Mutawassimiin Yang Disebut Oleh Allah Di Dalam Kitab-Nya Adalah Para Imam A.S (anna al-Mutawassimiin al-Ladhina zakara-humu llahu fi kitabi-hi hum al-Aimmatu a.s)

(144)-1. Ahmad bin Mihran, daripada 'Abd al-'Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Ibn Abi 'Umair berkata: Asbat Bayya' al-Zutti telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, lalu seorang lelaki bertanya kepadanya tentang firman Allah a.w "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda (al-Mutawassimiin). Sesungguhnya ia adalah jalan yang lurus" Beliau a.s telah berkata: Kamilah yang mengetahui tanda-tanda (al-Mutawassimun) dan jalan (al-Sabil) pada kami adalah lurus.

(145)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Yahya bin Ibrahim berkata: Asbat bin Salim telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, tiba-tiba seorang lelaki dari Hit (di Iraq) telah datang dan berkata: Mudah-mudahan Allah membuatkan semua perkara baik untuk anda, apakah pendapat anda tentang firman Allah a.w "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda (al-Mutawassimiin) Beliau a.s telah berkata: Kamilah al-Mutawassimun dan jalan (al-Sabil) pada kami adalah lurus"

(146)-3. Muhammad bin Ismail, daripada al-Fadhl bin Syadhan, daripada Hammad bin Isa, daripada Ruba'i bin Abdullah, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda (al-Mutawassimiin" Beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah para imam a.s. Rasulullah s.a.w telah bersabda: Jagalah diri kamu dari firasat mukmin, kerana beliau melihat dengan cahaya Allah a.w sebagaimana firman Allah a.w "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda"

(147)-4. Muhammad bin Yahya, daripada al-Hasan bin Ali al-Kufi, daripada 'Abis bin Hisyam, daripada Abdullah bin Sulaiman, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda (al-Mutawassimiin). Beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah para imam a.s. dan "Sesungguhnya ia adalah jalan yang lurus" Beliau a.s telah berkata: Ia tidak akan terkeluar daripada kami selama-lamanya.

(148)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Aslam, daripada Ibrahim bin Ayyub, daripada 'Umru bin Syamir, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Amir al-Mukmin a.s telah berkata tentang firman-Nya "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda" Beliau a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w adalah al-Mutawassim dan aku selepasnya dan para imam daripada zuriatku adalah al-Mutawassimuun.
Dan di dalam manuskrip yang lain daripada Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Muhammad bin Aslam daripada Ibrahim bin Ayyub dengan sanad-sanad seumpamanya.

Bab 29

Pembentangan Semua Amalan Kepada Nabi S.A.W Dan Para Imam A.S ('Ardh al-A'maal 'ala al-Nabi s.a.w wa-al-Aimmati a.s)

(149)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada Ali bin Abu Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Semua amalan hamba-hamba-Nya akan dibentangkan kepada Rasulullah s.a.w pada setiap pagi; yang baiknya, yang jahatnya dan berwaspadalah sebagaimana firman Allah "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta mukminun akan melihat amalan kamu itu" Dan di sini beliau a.s mendiamkan diri.

(150)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada 'Abd al-Hamid al-Ta'i, daripada Ya'qub bin Syu'aib berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta mukminun akan melihat amalan kamu itu" Beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah para imam a.s.

(151)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Uthman bin Isa, daripada Sammaa'ah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Kenapakah kamu menyakiti Rasulullah s.a.w? Seorang lelaki berkata: Bagaimana kami menyakitinya? Maka beliau a.s telah berkata: Tidakkah kamu mengetahui bahawa amalan-amalan kamu dibentangkan kepadanya, justeru apabila baginda s.a.w melihat padanya maksiat, maka ia akan menyakitinya. Lantaran itu, janganlan kamu menyakiti Rasulullah s.a.w, sebaliknya buatlah baginda s.a.w bergembira (dengan amalan baik kamu)".

(152)-4. Ali, daripada bapanya, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada al-Zayyaat, daripada Abdullah bin Abban al-Zayyaat yang diterima baik di sisi al-Ridha a.s telah berkata: Berdoalah kepada Allah untukku dan keluargaku, maka al-Ridha a.s telah berkata: Adakah aku tidak melakukannya? Demi Allah, sesungguhnya amalan-amalan kamu dibentangkan kepadaku pada setiap hari dan malam. Beliau telah berkata: Aku telah membesar-besarkan kata-katanya itu, lalu beliau a.s telah berkata kepadaku: Tidakkah anda membaca Kitab Allah a.w "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya dan mukminun akan melihat amalan kamu itu" Beliau a.s telah berkata: Demi Allah, ini adalah Ali bin Abu Talib a.s [dan para imam a.s yang lain]".

(153)-5. Ahmad bin Marwan, Daripada Muhammad bin Ali, daripada Abu Abdillah al-Samity, daripada Yahya bin Musawir, daripada Abu Ja'far a.s bahawa sesungguhnya beliau a.s telah menyebut ayat ini "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya dan mukminun akan melihat amalan kamu itu" . Beliau a.s telah berkata: Demi Allah, ini adalah Ali bin Abu Talib [dan para imam a.s yang lain]".

(154)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasya' berkata: Aku telah mendengar al-Ridha a.s telah berkata: Sesungguhnya semua amalan dibentangkan kepada Rasulullah s.a.w sama ada yang baiknya dan yang jahatnya".

Bab 30

Sesungguhnya Jalan (al-Tariqah) Yang Digalakkan Supaya Tetap Di Atasnya Adalah Wilayah Ali A.S (anna al-Tariqata al-Lati huuththa 'ala al-Istiqamati 'alai-ha wilayatu Ali a.s)

(155)-1. Ahmad bin Mihran, daripada 'Abd al-'Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Musa bin Muhammad, daripada Yunus bin Ya'qub, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w "Dan sesungguhnya jikalau mereka tetap di atas jalan itu, benar-benar Kami akan memberi kepada mereka minuman air yang banyak" Beliau a.s telah berkata: Iaitu jikalau mereka tetap di atas wilayah Ali bin Abu Talib, Amir al-Mukminin dan para wasi daripada anak-anak lelakinya a.s dan mereka menerima ketaatan mereka di dalam suruhan dan larangan mereka, nescaya Kami akan memberi kepada mereka minuman air yang banyak, beliau a.s telah berkata: Nescaya Kami meminumkan hati mereka dengan keimanan. Dan Jalan (al-Tariqah) adalah beriman kepada wilayah Ali dan para wasi selepasnya.

(156)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada al-Husain bin Uthman, daripada Abu Ayyub, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w. "Sesungguhnya mereka yang mengatakan: Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka menetapkan pendirian mereka" Maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Mereka telah menetapkan pendirian mereka pada para imam, seorang selepas seorang "Maka malaikat akan turun kepada mereka: Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih dan bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu"

Bab 31

Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Galian Ilmu, Pokok Kenabian Dan Tempat Turunnya Malaikat (inna al-Aimmata ma'danu al-'ilmi wa-syajaratu al-Nubuwwah wa-makhtalafu al-Malaikati)

(157)-1. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada lebih daripada seorang, daripada Hammad bin Isa, daripada Ruba'i bin Abdullah, daripada Abu Jarud berkata: Ali bin al-Husain a.s telah berkata: Kenapa orang ramai cemburu kepada kami? Demi Allah, kamilah pokok kenabian, rumah rahmat, galian ilmu dan tempat turunya para Malaikat"

(158)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Abdullah bin Muhammad bin Isa, dariapda bapanya, daripada Abdullah bin al-Mughirah, daripada Ismail bin Abu Ziyad, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada bapanya a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Sesungguhnya kami- Ahlu l-Bait- Adalah pokok kenabian, tempat risalah, tempat turunnya para malaikat, rumah rahmat dan galian ilmu.

(159)-3. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Abdullah bin Muhammad, daripada al-Khasysyab berkata: Sebahagian sahabat kami telah memberitahu kepada kami daripada Khaisyamah berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata kepadaku: Wahai Khaisyamah, kami adalah pokok kenabian, rumah rahmat, kunci hikmah, galian ilmu, tempat risalah, tempat turunnya malaikat, tempat simpan rahsia Allah, kamilah simpanan Allah pada hamba-hamba-Nya, kamilah haram Allah yang lebih besar (nahnu haram Allah al-Akbar), kamilah cagaran Allah (dhimmah Allah), kamilah janji Allah. Sesiapa yang menyumpurnakan janji kami, maka sesungguhnya beliau menyumpurnakan janji Allah. Sesiapa yang mengabaikannya, maka beliau mengabaikan cagaran Allah dan janji-Nya.

Bab 32

Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Pewaris Ilmu, Seorang [Imam] Mewarisi Ilmu Daripada Seorang [Imam] Yang lain (anna al-Aimmata a.s warathatu al-'ilm, yarithu ba'dhu-hum ba'dhan al 'ilma)

(160)-1. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Buraid bin Mu'awiyah, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Ali adalah seorang yang alim dan ilmu boleh diwarisi, tidak mati seorang alim melainkan tempatnya diganti oleh orang yang mengetahui ilmunya atau apa yang dikehendaki Allah.

(161)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Huraiz, daripada Zurarah dan al-Fudhail, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya ilmu yang telah turun bersama Adam a.s tidak dihilangkan dan ilmu diwarisi. Ali a.s adalah orang alim umat ini. Sesungguhnya seorang alim daripada kami tidak mati melainkan seorang daripada keluarganya yang mempunyai ilmu sepertinya menggantikannya atau apa yang dikehendaki Allah.

(162)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Baraqi, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada 'Abd al-Hamid al-Ta'i, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya ilmu diwarisi (yatawarathu) dan seorang alim tidak akan mati melainkan beliau meninggalkan seorang alim seumpamanya atau apa yang dikehendaki Allah.

(163)-4. Abu Ali al-Asy'ari, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar, daripada Safwan, daripada Musa bin Bakr, daripada al-Fudhail bin Yasar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s berkata: Sesungguhnya pada Ali a.s sunnah seribu nabi. Sesungguhnya ilmu yang telah turun bersama Adam a.s tidak dihilangkan dan tidak mati seorang alim (imam) sehingga hilang ilmunya dan ilmu diwarisi.

(164)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Umar bin Abban berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya ilmu yang telah turun bersama Adam a.s tidak dihilangkan. Seorang alim tidak akan mati sehingga ilmunya dihilangkan"

(165)-6. Muhammad, daripada Ahmad, daripada Ali bin al-Nu'man secara marfu', daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Mereka menghisap lembapan sementara itu mereka meninggalkan sungai yang besar (al-Nahr al-'Azim). Ada orang berkata kepadanya: Apakah sungai yang besar itu? Beliau a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w dan ilmu yang diberi oleh Allah kepadanya. Sesungguhnya Allah a.w telah mengumpulkan untuk Muhammad s.a.w sunnah-sunnah para nabi daripada Adam sehinggalah kepada Muhammad s.a.w. Ada orang bertanya kepadanya: Apakah sunnah-sunnah itu? Beliau a.s telah berkata: Ilmu para nabi kesemuanya ('ilm al-Nabiyyin bi-asri-hi).
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberikan semuanya kepada Amir al-Mukminin a.s, seorang lelaki telah bertanya: Wahai anak lelaki Rasulullah, adakah Amir al-Mukminin lebih mengetahui (a'lam) atau sebahagian nabi? Abu Ja'far a.s telah berkata: Dengarlah apa yang beliau kata? Sesungguhnya Allah membuka telinga sesiapa yang Dia kehendaki, sesungguhnya aku telah memberitahu kepadanya bahawa sesungguhnya Allah telah mengumpulkan untuk Muhammad s.a.w ilmu para nabi dan sesungguhnya Dia telah mengumpulkan semuanya di sisi Amir al-Mukminin a.s, beliau telah bertanya kepadaku, adakah beliau (Ali a.s) lebih mengetahui atau sebahagian para nabi [lebih mengetahui]"

(166)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Baraqi, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada 'Abd al-Hamid al-Ta'i, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya ilmu diwarisi, maka seorang alim tidak akan mati sehingga beliau meninggalkan seorang yang mengetahui seumpama ilmunya atau apa yang dikehendaki Allah"

(167)-8. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada al-Harith bin al-Mughirah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah berkata: Sesungguhnya ilmu yang turun bersama Adam a.s tidak dihilangkan dan seorang alim tidak akan mati melainkan beliau telah mewariskan ilmunya. Sesungguhnya bumi tidak akan tinggal tanpa seorang yang alim.
Bab 33

Sesungguhnya Para Imam A.S Telah Mewarisi Ilmu Nabi, Ilmu Semua Nabi Dan Wasi Sebelum Mereka (inna al-Aimmata warithuu 'ilma al-Nabi, wa-jami' al-Anbiyaa' wa al-Ausiyaa' al-ladhin min qabli-him)

(168)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada 'Abd al-'Aziz al-Muhtadi, daripada Abdullah bin Jundub bahawa sesungguhnya al-Ridha a.s telah menulis surat kepadanya: Amma ba'd, adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya Muhammad s.a.w adalah penjaga [yang dilantik 0lehNya) pada makhluk-Nya. Apabila baginda s.a.w mati, kamilah pewarisnya. Kamilah penjaga di bumi-Nya. Di sisi kami ilmu tentang kematian, apa yang berlaku kepada orang ramai, ilmu tentang keturunan Arab dan mereka yang lahir di dalam Islam. Sesungguhnya kami mengetahui seseorang apabila kami melihatnya dengan hakikat iman dan hakikat nifak. Sesungguhnya Syiah kami tertulis dengan nama mereka dan nama bapa-bapa mereka. Allah telah mengambil perjanjian ke atas kami dan mereka.
Mereka sampai di tempat yang kami sampai dan mereka memasuki tempat yang kami masuki, tidak ada di dalam agama Islam selain daripada kami dan mereka (laisa 'ala millat al-Islam ghairu-na wa-ghairu-hum). Kamilah orang cerdik yang selamat, kamilah orang yang pertama menerima para nabi, kamilah anak-anak lelaki para wasi. Kamilah yang dikhususkan di dalam Kitab Allah a.w. Kamilah orang yang paling istimewa (aula al-Nas) dengan Kitab Allah, kamilah orang yang paling istimewa dengan Rasulullah s.a.w.
Kamilah orang yang Allah telah meletakkan agama-Nya untuk kami, maka Dia telah berfirman di dalam Kitab-Nya "Dia telah mensyariatkan bagi kamu (wahai keluarga Muhammad) tentang agama, apa yang telah diwasiatkanNya kepada Nuh (sesungguhnya Kami telah wasiatkan apa yang telah diwasiatkan kepada Nuh) dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa (sesungguhnya Dia telah mengajar kami dan menyampaikan kepada kami ilmu mereka dan kami menyimpan ilmu mereka. Kamilah pewaris Ulun al-'Azmi) iaitu: Tegakkanlah agama (wahai keluarga Muhammad) dan janganlah kamu berpecah belah (Jadilah kamu di atas jemaah). Amat berat bagi mereka yang musyrik (sesiapa yang bersekutu dengan wilayah Ali) apa yang kamu seru mereka kepadanya (tentang wilayah Ali sesungguhnya). Allah menarik kepadaNya orang yang dikehendakiNya dan memberi petunjuk kepada orang yang kembali kepada-Nya" (sesiapa yang menyahuti anda tentang wilayah Ali).

(169)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada 'Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya wasi yang pertama di muka bumi ini adalah Hibatullah bin Adam a.s. Tidak ada seorang nabi yang berlalu (mati) melainkan baginya seorang wasi. Bilangan para nabi adalah 120 ribu orang, lima daripada mereka adalah Ulu al-'Azmi; Nuh, Ibrahim, Musa, Isa, dan Muhammad a.s. Sesungguhnya Ali bin Abu Talib adalah Hibatullah (pemberian Allah) kepada Muhammad, beliau a.s telah mewarisi ilmu para wasi dan ilmu mereka sebelumnya. Sesungguhnya Muhammad s.a.w telah mewarisi ilmu para nabi dan rasul sebelumnya.
Tertulis di tiang 'Arasy: "Hamzah adalah singa Allah dan singa rasul-Nya dan penghulu para syahid". Dan di hujung Arasy itu pula tertulis: Ali adalah pemimpin Mukminin". Maka ini adalah Hujjah kami menentang orang yang mengingkari hak kami dan menentang warisan kami. Tidak ada yang menghalang kami dari mengatakan kebenaran apabila keyakinan di hadapan kami. Manakah Hujjah yang lebih kuat daripada ini"!?

(170)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Abdullah bin Muhammad, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Zar'ah bin Muhammad, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Sulaiman telah mewarisi Daud, sesungguhnya Muhammad telah mewarisi Sulaiman dan sesungguhnya kami telah mewarisi Muhammad. Sesungguhnya di sisi kami ilmu Taurat, Injil, Zabur dan penjelasan apa yang ada pada Loh-loh (alwaah). Aku telah berkata: Ini juga ilmu. Beliau a.s telah berkata: Ini bukanlah ilmu, sesungguhnya ilmu (kepada kami) itu apa yang berlaku hari selepas hari dan jam selepas jam.

(171)-4. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar, daripada Safwan bin Yahya, daripada Syu'aib al-Haddad, daripada Dhurais al-Kinasi berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s dan di sisinya Abu Basir, maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Daud telah mewarisi ilmu para nabi, sesungguhnya Sulaiman telah mewarisi Daud dan sesungguhnya Muhammad s.a.w telah mewarisi Sulaiman. Sesungguhnya kami telah mewarisi Muhammad s.a.w (warath-na Muhammadan). Sesungguhnya di sisi kami mashaf Ibrahim dan loh-loh Musa. Maka Abu Basir telah berkata: Sesungguhnya ini adalah ilmu. Beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya ini bukanlah ilmu, sesungguhnya ilmu datang (kepada kami) di waktu malam dan siang, hari ke hari dan jam ke jam"

(172)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar, daripada Muhammad bin Ismail, daripada Ali bin al-Nu'man, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata kepadaku: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya Allah a.w tidak memberi sesuatu kepada para nabi melainkan Dia telah memberinya kepada Muhammad s.a.w, beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Dia telah memberi kepada Muhammad segala yang telah Dia berikan kepada para nabi. Di sisi kami mashaf-mashaf yang mana Allah a.w telah berfirman: "Mashaf-mashaf Ibrahim dan Musa" Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah dia Alwaah? Beliau a.s telah berkata: Ya.

(173)-6. Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w "Sesungguhnya telah kami tulis di dalam Zabur selepas al-Dhikr…" Apakah al-Zabur dan al-Dhikr? Beliau a.s telah berkata: Al-Dhikr adalah [ilmu] di sisi Allah dan al-Zabur [kitab] diturunkan kepada Daud. Setiap kitab yang diturunkan, maka ia di sisi ahli ilmu ('inda ahl 'ilmi) dan kamilah mereka (wa nahnu hum).

(174)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Abu Zahir atau orang lain, daripada Muhammad bin hammad, daripada saudara lelakinya Ahmad bin Hammad, daripada Ibrahim, daripada bapanya, daripada Abu al-Hasan yang pertama berkata: Aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, beritahulah kepadaku tentang Nabi s.a.w, adakah baginda s.a.w telah mewarisi [ilmu] semua nabi? Beliau a.s telah berkata: Ya, aku telah berkata: Daripada Adam sehingga berakhir kepada dirinya? Beliau a.s telah berkata: Allah tidak mengutus seorang nabi melainkan Muhammad s.a.w lebih mengetahui daripadanya. Aku telah berkata: Sesungguhnya Isa bin Maryam telah menghidupkan orang yang telah mati dengan izin Allah. Beliau a.s telah berkata: Anda memang benar dan Sulaiman bin Daud telah memahami percakapan burung dan Rasulullah s.a.w mampu mengatasi semua kedudukan ini.
Beliau telah berkata: Sesungguhnya Sulaiman bin Daud telah berkata kepada hudhud ketika ketiadaannya dan syak pada urusannya, maka beliau telah berkata: "Mengapa aku tidak melihat hudhud, apakah dia termasuk yang tidak hadir. Ketika ketiadaannya, lantas beliau memarahinya dan berkata: "Sungguh aku benar-benar akan mengazabnya dengan azab yang keras atau benar-benar menyembelihnya atau benar-benar dia datang kepadaku dengan alasan yang terang"
Sesungguhnya beliau telah memarahinya, kerana hudhud telah menunjukkannya kepada air. Burung ini telah diberi apa yang tidak diberikan kepada Sulaiman. Angin, semut, manusia, jin dan syaitan-syaitan mematuhinya (Sulaiman), tetapi Sulaiman tidak mengetahui bahawa air ada di bawah udara. Tetapi burung hudhud telah mengetahuinya. Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam Kitab-Nya "Sekiranya ada suatu bacaan yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau oleh kerananya mereka yang telah mati dapat berbicara"
Sesungguhnya kami telah mewarisi al-Qur'an ini yang mana padanya apa yang dapat menggoncangkan gunung-gunung, melintasi negeri-negeri, menghidupkan mereka yang telah mati, kami mengetahui air di bawah udara. Sesungguhnya di dalam Kitab Allah ayat-ayat yang mana ia tidak dapat "dilaksanakan" melainkan dengan izin Allah. Tetapi Dia telah menjadikannya untuk kami di dalam Umm al-Kitab. Sesungguhnya Dia telah berfirman: "Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada mereka yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami" Maka kamilah orang yang telah dipilih oleh Allah a.w dan kami telah mewarisi ini (al-Qur'an) padanya penjelasan kepada setiap perkara".
Bab 34

Sesungguhnya Para Imam A.S Di Sisi Mereka Semua Kitab Yang Diturunkan Oleh Allah A.W Dan Sesungguhnya Mereka Mengetahuinya Sekalipun Berbeza bahasanya (inna al-Aimmata a.s 'inda-hum jami'a al-Kutub al-Lati nazalat min 'indi llahi a.w wa inna-hum ya'rifuuna-ha 'ala ikhtilafi alsinati-ha)

(175)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Ibrahim, daripada Yunus, daripada Hisyam bin al-Hakam di dalam riwayatnya tentang Buraih apabila dia datang bersamanya kepada Abu Abdillah a.s, tiba-tiba dia berjumpa dengan Abu al-Hasan Musa bin Ja'far a.s, Lalu Hisyam menceritakan kepadanya satu hikayat. Manakala dia selesai, maka Abu al-Hasan a.s telah berkata kepada Buraih: Wahai Buraih, bagaimana keilmuan anda tentang kitab anda? Dia berkata: Aku benar-benar mengetahui tentangnya. Kemudian dia berkata: Bagaimana kepercayaan anda tentang takwilnya?
Dia berkata: Aku yakin dengan ilmuku mengenainya. Hisyam berkata: Abu al-Hasan a.s mulai membaca Injil. Kemudian Buraih berkata: Aku telah mencari anda selama lima puluh tahun atau orang seperti anda. Lalu Buraih telah beriman dan imannya adalah baik dan seorang wanita bersamanya juga telah beriman. Kemudian Hisyam, Buraih dan wanita tadi datang berjumpa dengan Abu Abdillah a.s. Lalu Hisyam menceritakan kepada Abu Abdillah a.s tentang percakapan yang telah berlaku di antara Abu al-Hasan dan Buraih, maka Abu Abdillah a.s membaca firman Allah a.w "Iaitu satu keturunan yang sebahagiannya dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" Buraih berkata: Dari manakah Taurah, Injil dan kitab-kitab para nabi datang kepada anda?
Beliau a.s telah berkata: Kitab-kitab tersebut ada di sisi kami sebagai warisan daripada mereka, kami membacanya sebagaimana mereka membacanya dan kami menerimanya sebagaimana mereka telah menerimanya, sesungguhnya Allah tidak menjadikan seorang Hujjah di bumi-Nya apabila ditanya tentang sesuatu, maka dia akan berkata: Aku tidak mengetahuinya.

(176)-2. Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Bakr bin Salih, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Mufadhdhal bin Umar berkata: Kami telah datang di pintu [rumah] Abu Abdillah a.s dan kami mahu meminta izin daripadanya, tiba-tiba kami telah mendengarnya bercakap dengan bahasa bukan Arab, maka kami menyangka bahawa ia adalah bahasa Syriac. Kemudian beliau a.s telah menangis, lalu kamipun menangis kerana tangisannya. Kemudian seorang budak keluar kepada kami, lalu dia membenarkan kami masuk, maka kamipun masuk berjumpa dengannya.
Aku telah berkata: Aslaha-ka llahu, kami telah mendatangi anda, kami ingin meminta izin anda, kemudian kami telah mendengar percakapan yang bukan berbahasa Arab, maka kami telah menyangka bahawa ia adalah bahasa Syriac. Kemudian anda telah menangis, lalu kami telah menangis sama kerana tangisan anda, maka beliau a.s telah berkata: Ya, aku telah mengingati nabi Ilyas, beliau adalah seorang nabi Bani Israel yang amat kuat ibadatnya, maka aku telah berkata sebagaimana beliau telah berkata di dalam sujudnya. Kemudian belia a.s telah membacanya di dalam bahasa Syriac yang baik. Demi Allah, kami belum pernah melihat seorang paderi atau Jaathiliq yang lebih fasih daripadanya. Kemudian beliau a.s telah menerangkannya di dalam bahasa Arab. Beliau a.s telah berkata di dalam sujudnya:

Adakah Engkau terfikir untuk mengazabku sedangkan aku
dahaga kerana beribadat kepadaMu
Adakah Engkau terfikir untuk mengazabku sedangkan aku
Melumurkan mukaku dengan tanah untuk beribadat
kepadaMu
Adakah Engkau terfikir untuk mengazabku sedangkan aku
Menjauhi segala maksiat,
Adakah Engkau terfikir untuk mengazabku sedangkan aku
Berjaga malam untukMu

Beliau telah berkata: Allah telah mewahyukan kepadanya: "Supaya mengangkat kepala engkau [dari sujud], sesungguhnya Aku tidak akan mengazab engkau. Beliau telah berkata: Jika Engkau berkata: Aku tidak mengazab engkau, kemudian Engkau mengazab aku bagaimana? Tidakkah aku ini hambaMu dan Engkau adalah Tuhanku? Maka Allah telah memberi wahyu kepadanya: Angkatlah kepala engkau [dari sujud], sesungguhnya Aku tidak akan mengazabmu, sesungguhnya Aku apabila Aku membuat janji, maka Aku melaksanakannya.

Bab 35

Sesungguhnya Tidak Seorangpun Yang Telah Mengumpulkan Al-Qur'an Kesemuanya Melainkan Para Imam A.S. Sesungguhnya Mereka Mengetahui Semua Ilmunya (Inna-hu lam yajma' al-Qur'an kulla-hu illa al-Aimmatu a.s wa-anna-hum ya'lamuun 'ilma-hu kulla-hu)

(177)-1. Muhammad bin Yahya, Ahamd bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada 'Umru bin Abu al-Muqdam, daripada Jabir berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Tidak ada seorang pun yang telah mendakwa bahawa sesungguhnya beliau telah mengumpulkan semua al-Qur'an sebagaimana diturunkan melainkan dia adalah seorang pendusta (Ma idda'a ahadun min al-Naas anna-hu jama'a al-Qur'an kulla-hu kama unzila illa kadhdhab) dan tidak seorang pun yang telah mengumpulkannya dan menghafaznya sebagaimana diturunkan Allah Ta'aala melainkan Ali bin Abu Talib dan para imam a.s selepasnya (wa ma jama'a-hu wa hafiza-hu kama nazzala-hu llahu Ta 'aala illa 'Ali bin Abi Talib wa al-Aimmatu ba'da-hu a.s) .

(178)-2. Daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin Sinan, daripada 'Ammar bin Marwan, daripada al-Mankhal, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s bahawa beliau a.s telah berkata: Tidak ada seorang pun yang mampu mendakwa bahawa di sisinya semua al-Qur'an zahirnya dan batinnya selain daripada para wasi.
(179)-3. Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada al-Qasim bin al-Rabi', daripada 'Ubaid bin Abdullah bin al-Hasyim al-Sairafi, daripada 'Umru bin Mus'ab, daripada Salmah bin Muhriz berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s berkata: Sesungguhnya di antara ilmu yang diberikan kepada kami ialah tafsiran tentang al-Qur'an dan hukum-hukumnya, ilmu perubahan masa dan peristiwa-peristiwanya. Apabila Allah mengehendaki kebaikan kepada satu kaum, maka Dia membuatnya mendengar dan jika Dia membuatnya mendengar kepada orang yang tidak mahu mendengarnya, maka beliau akan menolakkannya, seolah-olah beliau tidak mendengarnya. Kemudian beliau a.s mendiamkan diri seketika, kemudian beliau a.s telah berkata: Jikalau kita mendapati orang yang menerimanya, nescaya kami berkata: Allahlah Yang Menolong.

(180)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Isa, daripada Abu Abdillah al-Mu'min, daripada 'Abd al-A'la, maula Ali Syam berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Demi Allah, sesungguhnya aku lebih mengetahui Kitab Allah daripada awalnya hingga akhirnya seolah-olah ia di tapak tanganku, padanya berita langit dan berita bumi, berita yang telah berlaku dan berita yang akan berlaku, Allah telah berfirman "Penjelasan segala sesuatu"

(181)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Abu Zahir, daripada al-Khasysyab, daripada Ali bin Hassan, daripada 'Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s telah membaca Firman-Nya "Berkatalah orang yang mempunyai ilmu dari Kitab: Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkelip" Abu Abdillah a.s telah membuka jari tangannya kemudian meletakkannya di dadanya sambil berkata: Dan di sisi kami, demi Allah, ilmu Kitab kesemuanya".

(182)-6. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada orang yang menyebutnya, semuanya daripada Abu 'Umair, daripada Udhainah, daripada Buraid bin Mu'awiyah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja'far a.s: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan antara kamu dan orang yang di sisinya ilmu al-Kitab"? Beliau a.s telah berkata: Kepada kamilah ia dimaksudkan. Ali adalah orang yang pertama kami, orang yang paling afdhal kami dan orang yang paling baik kami selepas nabi s.a.w.

Bab 36

Apa Yang Diberikan Kepada Para Imam A.S Tentang "Nama Allah Yang Maha Besar" (ma u'tiya al-Aimmatu a.s min ismi llahi al-A'zam)

(183)-1. Muhammad bin Yahya dan selain daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Muhammad bin al-Fudhail berkata: Syurais al-Wabisi telah memberitahuku, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya nama Allah Yang Maha Besar adalah tujuh puluh tiga huruf. Sesungguhnya Asif mempunyai satu huruf sahaja apabila beliau bercakap dengannya, maka bumi telah mengecut di antaranya dan singgahsana Balqis sehingga beliau telah mengmbil singgahsana Balqis dengan tangannya. Kemudian bumi telah kembali kepada keadaan seperti sebelumnya lebih cepat daripada sekelip mata. Kami memiliki tujuh puluh dua huruf daripada nama Allah yang Maha Besar. Dan satu huruf di sisi Allah yang mana Dia menggunakannya untuk mengetahui ilmu ghaib di sisi-Nya. Tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar"

(184)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id dan Muhammad bin Khalid, daripada Zakaria bin 'Iraan al-Qummi, daripada Harun al-Jahmi, daripada seorang lelaki daripada sahabat Abu Abdillah a.s yang mana aku tidak mengingati namanya berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s berkata: Sesungguhnya Isa bin Maryam a.s diberikan dua huruf yang mana beliau telah menggunakannya. Musa diberikan empat huruf, Ibrahim diberikan lapan huruf, Nuh diberikan lima belas huruf, Adam diberikan dua puluh lima huruf. Sesungguhnya Allah telah mengumpulkan semuanya kepada Muhammad s.a.w. Sesungguhnya "nama Allah Yang Maha Besar" adalah tujuh puluh tiga huruf, diberikan kepada Muhammad s.a.w adalah tujuh puluh dua huruf dan disembunyikan daripadanya satu huruf.

(185)-3. Al-Husain bin Muhammad bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ali bin Muhammad al-Naufali, daripada Abu al-Hasan Sahib al-'Askar a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Nama Allah Yang Maha Besar (ismu llahi al-A'zam) adalah tujuh puluh tiga huruf, Asif telah memiliki satu huruf apabila beliau bercakap dengannya, maka bumi telah berlipat untuknya lebih cepat daripada sekelip mata di antaranya dan Saba', lantas beliau telah mengambil singgahsana Balqis dan membawanya kepada Sulaiman. Kemudian bumi telah terhampar lebih cepat daripada sekelip mata. Kami mempunyai tujuh puluh dua huruf dan satu huruf di sisi Allah yang mana Dia menggunakannya bagi mengetahui perkara ghaib.

Bab 37

Tanda-Tanda Para Nabi A.S Dimiliki Oleh Para Imam A.S (ma 'inda al-Aimmati min ayaat al-Anbiyaa' a.s)

(186)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Abdullah bin Muhammad, daripada Mani' bin al-Hajjaj al-Basri, daripada Mujasyi', daripada Mu'alla, daripada Muhammad bin al-Faidh, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Tongkat Musa adalah milik Adam a.s. Kemudian ia menjadi milik Syu'aib. Kemudian ia menjadi milik Musa bin 'Imraan dan sekarang ia adalah milik kami. Sesungguhnya aku mengetahui sekejap tadi bahawa ia berwarna hijau seperti keadaannya ketika dicabut daripada pokoknya. Ia bercakap apabila ia diminta bercakap. Ia disediakan untuk Qaim kami a.s, beliau akan melakukannya sebagaimana dilakukan oleh Musa, ia akan menelannya "Tongkat itu menelan apa yang mereka suapkan" Ia melakukan apa yang diperintahkannya. Apabila berdepan ia menelan apa yang disuapkan kepadanya, membuka dua cabangnya: Satunya di bumi dan satu lagi di langit dan di antara keduanya empat puluh hasta, menelan apa yang disuapkan kepadanya dengan lidahnya.

(187)-2. Ahmad bin Idris, daripada 'Imraan bin Musa, daripada Musa bin Ja'far al-Baghdadi, daripada Ali bin Asbaat, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya Alwaah (loh-loh) Musa di sisi kami, kamilah pewaris para nabi.

(188)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Musa bin Sa'dan daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Abu Sa'id al-Khurasani, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya al-Qaim apabila beliau datang ke Makkah dan ingin pergi ke Kufah, maka penyerunya akan berkata: Perhatian, tidak seorang pun dibenarkan membawa makanan dan minuman, sebaliknya beliau membawa batu (Loh) Musa bin 'Imraan seberat muatan unta. Maka beliau tidak bermalam di sebuah rumah melainkan mata air terpancar daripadanya. Sesiapa yang lapar akan kenyang dan sesiapa yang dahaga akan diberi minuman yang segar, maka itu adalah bekalan mereka sehingga mereka telah sampai di Najaf dari Kufah.

(189)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Musa bin Sa'dan, daripada Abu al-Hasan al-Asadi, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Amir al-Mukmin a.s telah keluar di waktu malam (al-'Atamah) dan beliau a.s telah berkata: Hamhamah, Hamhamah di waktu malam begitu gelap, lalu seorang imam (al-Mahdi) akan keluar dengan [memakai] baju Adam a.s, di tangannya cincin Sulaiman dan tongkat Musa.

(190)-5. Muhammad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Ismail, daripada Abu Ismail al-Sarraj, daripada Basyar bin Ja'far a.s, daripada Mufadhdhal bin Umar, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Adakah anda mengetahui apakah baju (qamis) Yusuf a.s ? Aku telah berkata: Tidak, beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Ibrahim apabila dinyalakan api kepadanya, Jibrail a.s mendatanginya dengan kain daripada pakaian syurga, lalu dia memakaikannya dengan pakaian tersebut. Lantaran itu, kepanasan dan kesejukan tidak memudaratkannya. Apabila Ibrahim mati, beliau meletakkannya di dalam azimat dan menggantungkannya pada Ishaq.
Kemudian Ishaq telah menggantungkannya pada Ya'qub. Manakala Yusuf dilahirkan, maka beliau telah menggantungkannya pada lengannya sehingga berlakulah kepadanya apa yang telah berlaku. Apabila Yusuf mengeluarkan azimat itu di Mesir, maka Ya'qub dapat mencium bauannya dan berkata: "Sesungguhnya aku mencium bau Yusuf sekiranya kamu tidak menuduhku lemah akal" Maka itulah baju yang mana Allah telah menurunkannya dari syurga. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka untuk siapakah baju itu? Beliau a.s telah berkata: Untuk keluarganya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Setiap nabi telah mewarisi ilmu, kemudian ia (ilmu) berakhir kepada keluarga Muhammad s.a.w.

Bab 38

Apa Yang Dimiliki Oleh Para Imam A.S Terhadap Senjata Rasulullah S.A.W Dan Barang Miliknya (ma 'inda al-Aimmati min silaah Rasulillah s.a.w wa-mata'i-hi

(191)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Mu'awyah bin Wahab, daripada Sa'id al-Sammaan berkata: Aku telah berada bersama-sama Abu Abdillah a.s, tiba-tiba dua orang lelaki bermazhab Zaidiyyah telah datang berjumpa dengannya, maka mereka berdua telah berkata: Adakah pada kamu seorang imam yang wajib ditaati (muftardhu al-Ta'ati)? Beliau a.s telah berkata: Tidak, maka mereka berdua telah berkata kepadanya: Mereka yang dipercayai telah memberitahu kami tentang anda bahawa anda memberi fatwa, mengakui dan berkata mengenainya. Kami boleh menamakan mereka kepada anda, polan dan polan, mereka adalah orang yang warak, ahli ibadah dan mereka daripada golongan yang tidak berbohong.
Lantas Abu Abdillah a.s telah menjadi marah dan berkata: Aku tidak merintahkan mereka untuk berkata sedemikian . Manakala mereka berdua melihat kemarahan di mukanya, maka mereka berdua terus keluar. Maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Adakah anda mengenali dua lelaki ini? Aku telah berkata: Ya, mereka berdua adalah dari Pasar kita dan mereka berdua bermazhab Zaidiyah, mereka berdua telah menyangka bahawa pedang (saif) Rasulullah s.a.w di sisi Abdullah bin al-Hasan, maka beliau a.s telah berkata: Mereka berdua telah berbohong, Allah melaknati mereka berdua. Demi Allah, Abdullah bin al-Hasan tidak pernah melihatnya dengan kedua-dua matanya, malah beliau tidak melihatnya dengan satu mata pun, begitu juga bapanya tidak pernah melihatnya. Mungkin beliau telah melihatnya di sisi Ali bin al-Husain. Jikalau mereka berdua benar, maka apakah alamat pada pemegangnya? Dan apakah kesannya di hujung mata pedangnya?
Sesungguhnya di sisiku pedang Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya di sisiku bendera Rasulullah s.a.w dan baju besinya, bajunya yang tebal dan helmetnya. Jikalau mereka berdua benar, maka apakah alamat pada baju besi Rasulullah s.a.w? Sesungguhnya di sisiku bendera Rasulullah s.a.w yang selalu menang, sesungguhnya di sisiku Alwah (tablets) Musa dan tongkatnya. Sesungguhnya di sisiku cincin (khatam) Sulaiman bin Daud. Sesungguhnya di sisiku tempat mengisi air (al-Tast) yang mana Musa telah menggunakannya untuk menyembelih binatang korbannya. Di sisisku nama yang mana jika Rasulullah s.a.w meletakkannya di antara Muslimin dan Musyrikin, nescaya anak panah tidak akan sampai kepada Muslimin. Sesungguhnya di sisiku adalah seperti yang dibawa oleh para malaikat.
Umpama senjata pada kami sepertilah tabut pada Bani Israel. Bani Israel pada ahli bait yang didapati tabut di pintu-pintu (rumah] mereka diberikan kenabian (al-Nubuwwah). Sesiapa yang diberikan senjata daripada kami, maka beliau diberikan imamah. Sesungguhnya bapaku telah memakai baju besi Rasulullah s.a.w, maka ia agak besar. Aku telah memakainya dan ia agak besar untukku. Al-Qaim kami apabila beliau memakainya akan sepadan dengannya insya' Allah.

(192)-2. Al-Husain bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali bin al-Wasya', daripada Hammad bin Uthman, daripada 'Abd al-A'laa bin A'yan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Di sisiku senjata Rasulullah s.a.w, tidak seorang pun yang dapat berhujah denganku mengenainya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya senjata tidak dapat ditembusi. Sekiranya ia diletakkan di sisi sejahat-jahat makhluk Allah, nescaya beliau akan menjadi sebaik-baik mereka. Kemudian beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya urusan ini akan terjadi kepada orang yang mana orang ramai akan menyerahkan diri mereka kepadanya apabila Allah kehendaki, maka beliau akan keluar dan berkata kepada orang ramai: Apakah ini terjadi? Dan Allah akan meletakkan tangan (kuasa) untuknya di atas kepala rakyat-Nya".

(193)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah meninggalkan barang-barang peribadinya yang terdiri daripada pedang, baju besi, tongkat, pelana kuda dan baghal betina yang bernama al-Syahbaa'. Semuanya telah diwarisi oleh Ali bin Abu Talib a.s.

(194)-4. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasya', daripada Abban bin Uthman, daripada Fudhail bin Yassar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Bapaku telah memakai baju besi Rasulullah s.a.w yang dipanggil Dhat al-Fudhul (yang mempunyai kelebihan), aku juga telah memakainya, tetapi ia agak besar untukku.
(195)-5. Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin Isa, daripada Ahmad bin Abi Abdullah, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Aku telah bertanya kepadanya di manakah Dhu al-Fiqar; pedang Rasulullah s.a.w? Beliau a.s telah berkata: Jibrail a.s telah menurunkannya dari langit (syurga). Ia dihiasi dengan perak dan ia berada di sisiku.

(196)-6. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus bin 'Abd al-Rahman, daripada Muhammad bin Hakim, daripada Abi Ibrahim a.s telah berkata: Baju besi itu di dalam milik kami, ia tidak dapat ditembusi. Jika diletakkannya di sisi sejahat-jahat makhluk Allah, nescaya beliau akan menjadi sebaik-baik mereka. Bapaku telah memberitahuku bahawa ketika beliau a.s memasuki bilik isterinya dari Bani Thaqif yang mana pedang itu disimpan di celah dinding yang dihiasi dengan bahan jenis dinding tersebut. Di pagi hari selepas malam pertama perkahwinannya, tiba-tiba beliau a.s ternampak di hadapan pedang itu lima belas paku, lantas beliau a.s terkejut dan berkata kepadanya (paku): Pidahlah (dari sini), jika tidak, aku akan memanggil hamba-hambaku untuk melakukan sesuatu. Beliau a.s telah menurunkan dinding itu dan mendapati tiada paku dan kesannya padanya.

(197)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Safwan bin Yahya, daripada Ibn Maskan, daripada Hajr, daripada Humraan, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Aku telah bertanya kepada Abu Ja'far a.s tentang apa yang diperkatakan oleh orang ramai bahawa mashaf yang ditutup telah diserahkan kepada Umm Salmah, maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya apabila Rasulullah s.a.w mati, maka Ali a.s telah mewarisi ilmunya, senjatanya dan apa yang ada di sana. Kemudian ia telah berpindah kepada al-Hasan, kemudian kepada al-Husain a.s. Manakala kami takut dikuasai (selepas peristiwa Karbala'), kami telah menyimpannya di sisi Umm Salmah. Kemudian selepas itu, Ali bin al-Husain a.s telah mengambilnya daripada Umm Salmah. Aku telah berkata: Ya, selepas itu ia telah berpindah kepada bapa anda, kemudian ia telah berakhir kepada anda, beliau a.s telah berkata: Ya.

(198)- 8. Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Fadhalah, daripada Umar bin Abban berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang apa yang diperkatakan oleh orang ramai bahawa mashaf yang tertutup telah diserahkan kepada Umm Salmah, maka beliau a.s telah berkata: Apabila Rasulullah s.a.w telah mati, Ali telah mewarisi ilmunya, senjatanya dan apa yang ada di sana. Kemudian ia telah berpindah kepada al-Hasan, kemudian kepada al-Husain a.s. Aku telah berkata: Kemudian kepada Ali bin al-Husain a.s, kemudian kepada anak lelakinya, kemudian ia telah berakhir kepada anda, maka beliau a.s telah berkata: Ya.

(199)-9. Muhammad bin al-Husain dan Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid Syabab al-Sairafi, daripada Abban bin Uthman, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila Rasulullah s.a.w di saat kematiannya, baginda s.a.w telah menyeru al-'Abbas bin 'Abd al-Muttalib dan Amir al-Mukminin a.s, maka beliau a.s telah bersabda kepada al-'Abbas: Wahai bapa saudara Muhammad, adakah anda akan menerima warisan Muhammad, menunaikan hutangnya dan melaksanakan janji-janjinya? Al-'Abbas telah menjawab kepadanya dan berkata: Wahai Rasulullah, dengan (nama) bapaku, anda dan ibuku, sesungguhnya aku adalah seorang lelaki yang tua, banyak tanggungan, sedikit harta, siapa yang boleh menandingi anda sedangkan anda melawan arus.
Beliau telah berkata: Rasulullah s.a.w telah menundukkan kepalanya beberapa ketika, kemudian bersabda: Wahai 'Abbas, adakah anda akan menerima warisan Muhammad, menunaikan hutangnya dan melaksanakan janji-janjinya? Wahai Rasulullah, dengan (nama) bapaku, anda dan ibuku, sesungguhnya aku adalah seorang lelaki yang tua, banyak tanggungan, sedikit harta, siapa yang boleh menandingi anda sedangkan anda melawan arus.
Baginda s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya aku akan memberikannya kepada orang yang akan mengambilnya dengan haknya, kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, wahai saudara Muhammad, adakah anda akan melaksanakan janji-janji Muhammad, menunaikan hutang-hutangnya dan menerima warisannya? Maka beliau a.s telah berkata: Ya, dengan (nama) bapaku, anda dan ibuku, itu adalah ke atasku dan untukku. Beliau a.s telah berkata: Aku telah melihat kepadanya sehingga baginda s.a.w mencabutkan sebentuk cincinnya daripada anak jarinya dan bersabda: Anda pakailah cincin ini semasa hidupku.
Amir al-Mukminin) a.s telah berkata: Maka aku telah melihat kepada cincin itu apabila aku meletaknya di anak jari tanganku, aku berangan-angan daripada semua itu supaya baginda s.a.w tidak meninggalkan cincinnya. Kemudian baginda s.a.w telah memanggil Bilal, bawakan kepadaku topi besi, baju besi, bendera, baju (qamis), Dhu al-Fiqar (pedangnya), serban, pakaian bahu (burd), kain pengikat lengan dan tongkat. Beliau (Ali) a.s telah berkata: Demi Allah, aku tidak pernah melihatnya sebelum ini. Apa yang beliau a.s telah maksudkannya adalah kain pengikat lengan berwarna hitam-putih(abraqah). Lalu dibawa pakaian yang panjang dan lebar yang membuatkan mata menjadi kabur, rupa-rupanya ia adalah kain pengikat lengan yang berwarna hitam-putih (abraqah) dari syurga. Maka baginda s.a.w bersabda kepada Ali a.s: Wahai Ali, sesungguhnya Jibrail telah membawanya kepadaku dan dia berkata: Wahai Muhammad, jadikannya di hujung baju besi anda dan ikatlah ia di tempat tali pinggang. Kemudian baginda s.a.w telah menyeru untuk dua pasang kasutnya yang mana kedua-duanya menurut cita-rasa Arab, salah satu daripadanya mempunyai dua tapak kasut dan satu lagi tidak. Dua baju (qamis). Satu daripadanya baginda s.a. w telah memakainya di dalam perjalanan malam (Israa') dan yang satu lagi baginda s.a.w telah memakainya di dalam peperangan Uhud.
Tiga songkok atau kopiah (qalansuwah); satu songkok untuk musafir, satu songkok untuk dua hari Raya Puasa, hari Raya Haji dan hari Jumaat dan satu songkok lagi baginda s.a.w memakainya ketika duduk bersama-sama para sahabatnya. Kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Bilal, bawakan kepadaku dua ekor baghal, al-Syahbaa' dan al-Duldul, dua ekor unta betina, al 'Adhbaa' dan al-Qaswaa, dua ekor kuda', al-Janaah yang diletakkan di luar pintu masjid untuk keperluan Rasulullah s.a.w.
Apabila baginda s.a.w mengutus seorang lelaki untuk memenuhi keperluannya, maka lelaki itu dapat menungganginya bagi memenuhi keperluan Rasulullah s.a.w. Sementara Haizum yang mana baginda s.a.w pernah bersabda: Majulah, wahai Haizum. Dan keldai 'Ufair yang mana baginda s.a.w pernah bersabda: Jagalah ia sepanjang hidupku. Amir al-Mukminin a.s telah menyebut bahawa binatang ternakan [Rasulullah s.a.w] yang pertama telah mati adalah 'Ufair yang telah mati ketika matinya Rasulullah s.a.w. Ia telah memutuskan tali kengkangnya, kemudian ia berlari sehingga sampai ke perigi Bani Khatmah di Qubaa', lalu mencampakkan dirinya kedalamnya dan ia telah menjadi kuburnya.

(200)-10. Diriwayatkan bahawa Amir al-Mukminin a.s berkata: Keldai ini telah bercakap kepada Rasulullah s.a.w, maka ia telah berkata: Dengan bapaku, anda dan ibuku bahawa sesungguhnya bapaku telah memberitahuku, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada bapanya bahawa ia telah berada bersma-sama Nuh di dalam bahteranya. Maka Nuh datang kepadanya, lalu menyapukan belakangnya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Seekor keldai akan keluar daripada keldai ini yang mana ia akan ditunggani oleh penghulu para nabi dan terakhir mereka. Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan aku keldai tersebut.

Bab 39

Umpama Senjata Rasulullah S.A.W Sepertilah Tabut Pada Bani Israel (anna mithla silah Rasulullah mithla al-Tabut fi Bani Israel)

(201)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Mu'awiyah bin Wahab, daripada Sa'id al-Sammaan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya umpama senjata [Rasulullah s.a.w] pada kami sepertilah tabut pada Bani Israel. Bani Israel iaitu ahlu bait yang mendapati tabut di pintu-pintu [rumah] mereka, diberikan kenabian. Lantaran itu, sesiapa yang memiliki senjata [Rasulullah s.a.w] daripada kami, diberikan imamah.

(202)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Muhammad bin al-Sikkin, daripada Nuh bin Darraj, daripada Abdullah bin Abi Ya'fur berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya umpama senjata [Rasulullah s.a.w] pada kami sepertilah tabut pada Bani Israel. Di mana saja tabut berada, maka kerajaan diberikan dan di mana saja senjata berada pada kami, maka ilmu diberikan.

(203)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Safwan, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya umpama senjata [Rasulullah s.a.w] pada kami sepertilah tabut pada Bani Israel. Di mana saja tabut berada, diberikan kenabian. Di mana saja senjata berada pada kami, maka diberikan imamah. Aku telah berkata: Bolehkah senjata dipisahkan daripada ilmu? Beliau a.s telah berkata: Tidak.

(204)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Nasr, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya umpama senjata [Rasulullah s.a.w] pada kami sepertilah tabut pada Bani Israel. Di mana saja tabut berada, diberikan kerajaan. Di mana saja senjata berada pada kami, maka di berikan ilmu.

Bab 40

Padanya Sebutan Mashaf, Al-Jafar, Al-Jami'ah Dan Mashaf Fatimah A.S (fi-hi dhikr al-Sahifah wa-al-Jafar wa-al-Jami'ah wa-mushaf Fatimah a.s)

(205)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abdullah bin al-Hijjal, daripada Ahmad bin 'Umar al-Halabi, daripada Abu Basir berkata: Aku telah datang kepada Abu Abdillah a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya aku ingin bertanya kepada anda tentang satu masalah. Di sini adakah seorang yang sedang mendengaar percakapanku? Beliau telah berkata: Lalu Abu Abdillah a.s telah mengangkat langsir (sitran) di antara rumahnya dan rumah yang lain dan melihat di dalamnya, kemudian berkata: Wahai Abu Muhammad, tanyalah apa yang terlintas di hati anda.
Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya Syiah anda mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali satu bab (pintu ilmu) yang membuka seribu pintu yang lain? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s seribu pintu [ilmu] yang membuka setiap pintu seribu pintu yang lain pula. Aku telah berkata: Demi Allah, ini adalah ilmu, lalu beliau a.s mengetok di tanah beberapa ketika, kemudian berkata: Ini adalah ilmu, tetapi ia bukanlah ilmu.
Kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya di sisi kami al-Jami'ah, apakah yang membuat mereka mengetahui apa itu al-Jami'ah? Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah itu al-Jami'ah? Beliau a.s telah berkata: Mashaf (scroll) panjangnya tujuh puluh hasta dengan ukuran hasta Rasulullah s.a.w dan imlaknya daripada mulutnya dan khat Ali dengan tangannya. Di dalamnya setiap perkara yang halal dan haram dan setiap perkara yang dihajati oleh manusia sehinggakan kepada denda bagi orang yang melakukan sesuatu. Dan beliau a.s telah memukul aku dengan tangannya sambil berkata: Adakah anda memberi izin kepadaku, wahai Abu Muhammad?
Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya aku adalah untuk anda, lakukanlah apa yang anda mahu. Beliau telah berkata: Beliau a.s telah mencubit tanganku dan berkata:-sehingga denda semacam ini-seolah-olah beliau a.s di dalam keadaan marah-aku telah berkata: Demi Allah, ini adalah ilmu. Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya ia adalah ilmu, tetapi ia bukanlah ilmu. Kemudian beliau a.s telah mendiamkan diri seketika, kemudian berkata: Sesungguhnya di sisi kami al-Jafar, apakah yang membuat mereka mengetahui apa itu al-Jafar? Aku telah berkata: Apakah itu al-Jafar? Beliau a.s telah berkata: Bekas daripada kulit padanya ilmu para nabi, para wasi dan ilmu para ulama Bani Israel yang telah berlalu. Aku telah berkata: Sesungguhnya ini adalah ilmu, beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya ia adalah ilmu, tetapi ia bukanlah ilmu.
Kemudian beliau a.s telah mendiamkan diri seketika. Kemudian beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya di sisi kami mashaf Fatimah a.s dan apakah yang dapat mengajar mereka tentang mashaf Fatimah a.s? Aku telah berkata: Apakah mashaf Fatimah a.s? Beliau a.s telah berkata: Mashaf seperti tiga kali al-Qur'an kamu (mushaf fi-hi mithlu Qur'ani-kum hadha thalatha marraat). Demi Allah, ia tidak seperti Qur'an kamu sekalipun satu huruf (wa llahi ma fi-hi min Qur'ani-kum harfun wahid).
Aku telah berkata: Demi Allah, ini adalah ilmu, beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya ia adalah ilmu, tetapi ia bukanlah ilmu. Kemudian beliau a.s telah mendiamkan diri seketika. Kemudian beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya di sisi kami ilmu tentang apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku sehingga berlakunya Kiamat. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, demi Allah, ini adalah ilmu, beliau a.s telah berkata: Ia adalah ilmu, tetapi ia bukanlah sedemikian. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah itu ilmu? Beliau a.s telah berkata: Apa yang berlaku di waktu malam dan siang hari, satu urusan selepas urusan yang lain, satu perkara selepas perkara yang lain sehingga hari Kiamat.

(206)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Umar bin 'Abd al-'Aziz, daripada Hammad bin Uthman, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Mereka yang Zindiq akan zahir pada tahun 128 Hijrah (745/746 M), aku telah melihatnya pada mashaf Fatimah a.s. Aku telah berkata: Apakah mashaf Fatimah? Beliau a.s telah berkata: Apabila Allah mematikan nabi-Nya s.a.w, dukacita telah menguasai Fatimah a.s yang mana tiada seorang pun yang mengetahuinya melainkan Allah a.w. Lalu Allah mengutus kepadanya malaikat untuk menggembirakannya dan bercakap-cakap dengannya (yuhaddithu-ha). Kemudian Fatimah a.s telah mengadu kepada Amir al-Mukminin a.s, maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Apabila anda telah merasainya dan anda telah mendengar suara, beritahulah kepadaku. Kemudian Fatimah a.s telah memberitahu kepadanya perkara itu. Lalu Amir al-Mukminin a.s terus menulis setiap kali beliau a.s mendengarnya sehingga beliau a.s menjadikannya satu mashaf. Beliau a.s telah berkata: Tidak ada padanya perkara yang halal dan haram, tetapi ada padanya ilmu tentang apa yang akan berlaku.

(207)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada al-Husain bin Abi al- 'Alaa' berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya di sisi kami al-Jafar yang putih (al-Abyadh). Aku telah berkata: Apakah yang ada di dalamnya? Beliau a.s telah berkata: Zabur Daud, Taurat Musa, Injil Isa, mashaf Ibrahim, halal dan haram dan mashaf Fatimah. Aku tidak mendakwa di dalamnya al-Qur'an. Di dalamnya ialah apa yang dihajati oleh orang ramai kepada kami dan kami tidak berhajat kepada sesiapapun sehingga di dalamnya [hukuman] satu rotan, separuh rotan, satu per empat rotan dan denda.
Di sisi kami al-Jafar yang berwarna merah (al-Ahmar). Aku telah berkata: Apakah yang ada di dalam al-Jafar yang berwarna merah? Beliau a.s telah berkata: Senjata, ia hanya dibuka untuk darah yang akan dibuka oleh pemilik pedang untuk membunuh [seseorang]. Maka Abu Abdillah bin Abi Ya'fur telah berkata kepadanya: Asalaha-ka llahu, adakah Banu al-Hasan mengetahuinya? Maka beliau a.s telah berkata: Ya, demi Allah, sebagaimana mereka mengetahui malam bahawa ia adalah malam, sebagaimana mereka mengetahui siang bahawa ia adalah siang, tetapi mereka didorongkan oleh hasad dan cinta kepada dunia berdasarkan kedegilan dan keingkaran. Jika mereka menuntut kebenaran dengan kebenaran, nescaya ia adalah lebih baik untuk mereka.

(208)-4. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada orang yang telah disebutkannya, daripada Sulaiman bin Khalid, berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya pada al-Jafar yang mereka sebutkannya menyakitkan mereka, kerana mereka tidak berkata benar sedangkan kebenaran ada padanya. Hendaklah mereka mengeluarkan hukum-hukum Ali dan kiraan ilmu pusakanya, jika mereka bercakap benar. Tanya mereka tentang ibu saudara sebelah bapa dan di sebelah ibu, hendaklah mereka mengeluarkan mashaf Fatimah a.s, kerana padanya wasiat Fatimah a.s. Bersamanya adalah senjata Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya Allah a. w telah berfirman: "Bawakan kepadaku Kitab sebelum ini (al-Qur'an) atau peninggalan dari pengetahuan, jika kamu yang benar"

(209)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri'ab, daripada Abu 'Ubaidah, berkata: Dia telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang sebahagian daripada sahabat kami mengenai al-Jafar, maka beliau a.s telah berkata: Iaitu kulit lembu jantan yang dipenuhi ilmu, beliau telah berkata kepadanya: Al-Jami'ah? Beliau a.s telah berkata: Mashaf (sahifah) panjangnya tujuh puluh hasta di dalam bentuk kulit sebesar paha unta. Padanya apa yang dihajati oleh orang ramai kepadanya, tidak ada satu perintah melainkan ada di dalamnya sehinggakan [hukum] denda.
Beliau telah berkata: Dan mashaf Fatimah a.s? Beliau a.s telah mendiamkan dirinya agak lama, kemudian berkata: Sesungguhnya kamu telah membincangkan apa yang kamu mahu dan apa yang kamu tidak mahu. Sesungguhnya Fatimah a.s telah tinggal selepas Rasulullah s.a.w selama tujuh puluh lima hari. Dukacita telah menguasainya kerana kematian bapanya. Lalu Jibrail a.s mendatanginya, memberi takziah di atas kematian bapanya, menasihatinya, memberitahunya tentang bapanya dan tempatnya serta memberitahu kepadanya apa yang akan berlaku kepada zuriatnya selepasnya, lalu Ali a.s telah menulisnya, maka inilah mashaf Fatimah a.s.

(210)-6. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Salih bin Sa'id, daripada Ahmad bin Abi Basyar, daripada Bakr bin Karb al-Sairafi berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya di sisi kami apa yang kami tidak berhajat kepada orang ramai, sesungguhnya orang ramai berhajat kepada kami. Sesungguhnya di sisi kami kitab dengan imlak Rasulullah s.a.w dan khat Ali a.s, mashaf di dalamnya halal dan haram. Sesungguhnya kamu akan mendatangi kami dengan urusan, maka kami mengetahuinya apabila kamu mengambilnya dan kami mengetahuinya apabila kamu meninggalkannya.

(211)-7. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu 'Umair, daripada Umar bin Udhainah, daripada Fudhail bin Yassar, Buraid bin Mu'awyah dan Zurarah bahawa 'Abd al-Malik bin A'yan berkata kepada Abu Abdillah a.s: Sesungguhnya Zaidiyah dan Muktazilah telah berkumpul di sekitar Muhammad bin Abdullah, maka adakah di sisinya kuasa? Maka beliau a.s telah berkata: Demi Allah, sesungguhnya di sisiku dua kitab yang mana setiap nabi dan setiap raja yang memerintah ada di dalamnya, tidak, demi Allah, Muhammad bin Abdullah tidak ada di dalam salah satu daripada dua kitab".
(212)-8. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada 'Abd al-Samad bin Basyir, daripada Fudhail bin Sukkarah berkata: Aku telah mendatangi Abu Abdillah a.s, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Fudhail, adakah anda mengetahui apakah yang aku sedang melihat sebelum kedatangan anda sekejap tadi? Aku telah berkata: Tidak, beliau a.s telah berkata: Aku sedang melihat kepada kitab Fatimah a.s. Tidak ada di sana raja yang memerintah [bumi ini] melainkan ia termaktub di dalamnya namanya, nama bapanya dan aku tidak mendapati anak-anak al-Hasan di dalamnya".
Bab 41

Tentang "Inna Anzal-na-hu Fi Lailati al-Qadar" Dan Tafsirnya (fi sya'ni inna anzal-na-hu fi lailati al-Qadar wa-tafsiri-ha)

(213)-1. Muhammad bin Abi Abdullah dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Ibn Muhammad, daripada al-Hasan bin al-'Abbas, daripada al-Harisy, daripada Abu Ja'far al-Thani berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala bapaku a.s (al-Baqir) mengelilingi Ka'bah, tiba-tiba seorang lelaki yang menutup mukanya dengan kain, telah menghalang tawafnya sehingga beliau membawanya ke sebuah rumah di sekitar al-Safa, lalu beliau mengiringiku, maka kami hanya bertiga. Beliau telah berkata: Selamat datang (marhaban), wahai anak lelaki Rasulullah, kemudian beliau telah meletakkan tangannya di atas kepalaku sambil berkata: Allah memberkati anda, wahai orang yang dipercayai Allah (aminu llah) selepas bapa-bapanya. Wahai Abu Ja'far, Jika anda mahu, maka beritahulah kepadaku dan jika anda mahu, maka aku memberitahu kepada anda. Jika anda mahu, bertanyalah kepadaku dan jika anda mahu, aku bertanya anda.
Dan jika anda mahu, maka anda membenarkan aku. Dan jika anda mahu, aku membenarkan anda? Beliau a.s telah berkata: Semuanya aku mahu. Beliau a.s telah berkata: Berhati-hatilah, supaya lidah anda tidak bercakap tentang masalahku dengan perkara yang mana anda menyembunyikannya daripadaku. Sesungguhnya orang yang melakukan sedemikian ialah orang yang di hatinya dua ilmu yang salah satu daripadanya menyalahi yang lain. Sesungguhnya Allah a.w enggan mempunyai ilmu yang bertentangan (ikhtilaf). Beliau telah berkata: Inilah masalahku dan sesungguhnya aku telah menerangkan sebahagiannya. Beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang ilmu yang tidak ada pertentangan (ikhtilaf); siapakah yang mengetahuinya?
Beliau a.s telah berkata: Jumlah ilmu secara keseluruhannya adalah di sisi Allah. Adapun ilmu yang diperlukan oleh hamba-hamba-Nya, maka ia di sisi para wasi. Beliau a.s telah berkata: Lelaki itu telah membuka serbannya, lalu duduk dan cahaya mukanya berseri sambil berkata: Inilah yang aku telah mahu, kerana itulah aku telah datang. Anda mendakwa bahawa ilmu yang tidak ada pertentangan itu ada di sisi para wasi, bagaimana mereka mengetahuinya? Beliau a.s telah berkata: Ianya sebagaimana Rasulullah s.a.w telah mengetahuinya. Tetapi mereka tidak melihat sebagaimana Rasulullah s.a.w telah melihatnya, kerana beliau adalah seorang nabi dan mereka adalah muhaddathuun. Rasulullah s.a.w pernah berjalan malam (asra) kepada Allah, lalu baginda s.a.w telah mendengar wahyu sedangkan mereka pula tidak mendengarnya. Beliau telah berkata: Anda memang benar, wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, aku akan mengemukakan kepada anda masalah yang lebih sukar lagi.
Beritahulah kepadaku tentang ilmu yang tidak zahir? Sebagaimana ia telah zahir bersama Rasulullah s.a.w? Abu Abdillah a.s telah berkata: Bapaku a.s (al-Baqir) telah tersenyum dan berkata: Sesungguhnya Allah enggan mendedahkan ilmu-Nya melainkan kepada orang yang telah diuji imannya mengenainya sebagaimana telah berlaku kepada Rasulullah s.a.w yang telah bersabar di atas penyeksaan kaumnya dan tidak menentang mereka melainkan dengan perintah-Nya. Berapa banyak rahsia yang baginda s.a.w telah sembunyikannya sehingga turun firman-Nya: "Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terang segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari mereka yang musyrik" . Demi Allah, jika baginda s.a.w telah menyampaikannya sebelum ini, nescaya beliau telah selamat, tetapi baginda s.a.w telah memusatkan kepada ketaatan [Nya] dan khuatir tentang pertentangan. Justeru, baginda s.a.w telah menahan dirinya [dari melakukannya]. Aku mahu mata anda akan bersama Mahdi umat ini dan para malaikat dengan pedang-pedang keluarga Daud di antara langit dan bumi yang mana roh-roh mereka yang kafir diseksa dan roh-roh seumpama mereka yang masih hidup akan bersama mereka.
Kemudian beliau a.s telah mengeluarkan pedangnya, kemudian beliau telah berkata: Ini adalah salah satu daripadanya. Bapaku telah berkata: Ya, demi Yang telah memilih Muhammad ke atas semua manusia. Beliau a.s (Abu Abdillah) telah berkata: Lelaki itu telah mendedahkan mukanya sambil berkata: Aku adalah Ilyas. Aku tidak bertanya anda tentang urusan anda kerana aku tidak mengetahuinya, tetapi aku mahu supaya diskusi ini menjadi kekuatan kepada para sahabat anda dan aku akan memberitahu kepada anda satu tanda yang mana anda akan mengetahuinya, jika mereka bertengkar mengenainya, mereka akan menang.
Beliau a.s telah berkata: Bapaku telah berkata kepadanya: Jika anda mahu, aku akan memberitahu anda mengenainya? Beliau (Ilyas) telah berkata: Aku mahu. Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Syiah kami jika mereka telah berkata kepada orang yang tidak bersetuju dengan kami (ahl al-Khilaf): Sesungguhnya Allah a.w telah berfirman kepada Rasul-Nya: "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Qur'an) pada malam kemuliaan" sehingga akhir surah. Adakah Rasulullah s.a.w mengetahui sesuatu yang beliau tidak mengetahuinya pada malam itu atau Jibrail a.s membawanya (ilmu) kepadanya pada malam yang lain? Sesungguhnya jika mereka berkata: Tidak, maka katakanlah kepada mereka: Adakah perlu baginda s.a.w menzahirkan ilmunya sebelumnya?
Jika mereka akan berkata: Tidak, maka katakanlah kepada mereka: Adakah apa yang telah dizahirkan oleh Rasulullah s.a.w tentang ilmu Allah itu terdapat pertentangan (ikhtilaf)? Jika mereka telah berkata: Tidak, maka katakanlah kepada mereka: Jika seseorang yang menghukum dengan hukum Allah yang ada padanya pertentangan, adakah beliau menyalahi Rasulullah s.a.w? Mereka akan berkata: Ya. Jika mereka telah berkata: Tidak, maka mereka telah bercanggah dengan kata-kata mereka yang pertama, maka katakanlah kepada mereka: "Tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah dan mereka yang mendalam ilmunya"
Jika mereka telah berkata: Siapakah mereka yang mendalam ilmunya (al-Rasikhun fi al-'Ilm)? Maka katakanlah kepada mereka: Mereka yang tidak bertentangan pada ilmunya. Jika mereka telah berkata: Siapakah mereka? Katakanlah: Rasulullah s.a.w adalah orangnya, adakah baginda s.a.w telah menyampaikannya atau tidak? Jika mereka telah berkata: Baginda s.a.w telah menyampaikannya, maka katakanlah kepada mereka: Adakah Rasulullah s.a.w telah mati dan khalifah selepasnya telah mengetahui ilmu yang tidak ada pertentangan?
Jika mereka telah berkata: Tidak, maka katakanlah kepada mereka: Sesungguhnya khalifah Rasulullah s.a.w seorang yang kuat (muayyad) kerana Rasulullah s.a.w tidak melantik penggantinya melainkan beliau menghukum dengan hukumnya kecuali beliau seumpamanya selain daripada kenabian. Jika Rasulullah s.a.w tidak melantik seorang yang menepati ilmunya, nescaya baginda s.a.w telah mensia-siakan zuriat mereka yang masih di salbi lelaki selepasnya.
Jika mereka telah berkata kepada anda: Sesungguhnya ilmu Rasulullah s.a.w adalah daripada al-Qur'an, maka katakalah kepada mereka Firman Allah: "Haa miim. Demi Kitab (al-Qur'an) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. Iaitu urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kamilah Yang mengutus rasul-rasul"
Jika mereka telah berkata kepada anda: Allah tidak menurunkan [nya] melainkan kepada seorang nabi, maka katakanlah kepada mereka: Adakah urusan yang penuh hikmah ini dari malaikat dan ruh yang turun dari langit ke langit atau dari langit ke bumi? Jika mereka telah berkata: Dari langit ke langit, maka tidak ada seorang pun di langit yang kembali dari ketaatan kepada maksiat. Jika mereka telah berkata: Dari langit ke bumi, maka penghuni bumi adalah makhluk yang lebih berhajat kepadanya. Maka katakanlah kepada mereka: Adakah mereka perlu kepada seorang sayyid atau maula yang mana mereka dapat merujuk kepadanya di dalam pertengkaran mereka?
Jika mereka telah berkata: Khalifah adalah hakim di dalam pertengkaran mereka, maka katakanlah kepada mereka: Firman-Nya "Allah Pelindung mereka yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan mereka yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan. Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya" Aku bersumpah bahawa tidak ada di bumi dan di langit wali Allah melainkan dia disokong [oleh Allah] dan sesiapa yang disokong [oleh Allah] tidak akan dihina. Tidak ada di bumi musuh Allah melainkan beliau dihina. Dan sesiapa yang dihina, tidak akan berjaya. Turunnya perintah dari langit adalah perlu bagi menghukum penghuni bumi. Begitu juga seorang wali adalah perlu.
Jika mereka telah berkata: Kami tidak mengetahui perkara ini, maka katakanlah kepada mereka: Katakan saja apa yang kamu suka, Allah enggan, selepas Muhammad s.a.w, meninggalkan hamba-hamba-Nya tanpa Hujjah ke atas mereka. Abu Abdillah a.s telah berkata: Kemudian beliau (Ilyas) telah berhenti dan berkata: Di sinilah, wahai anak lelaki Rasulullah, inilah perkara yang rumit (bab ghamidh). Jika anda fikir bahawa mereka telah berkata: Hujjah Allah: Al-Qur'an? Beliau (Ilyas) telah berkata: Aku akan berkata kepada mereka: Sesungguhnya al-Qur'an tidak bercakap, menyuruh atau melarang. Lantaran itu, al-Qur'an perlu kepada ahli (orang) yang boleh memerintah dan melarang dan aku telah berkata: Musibah telah berlaku kepada sebahagian penghuni bumi yang tidak ada di dalam sunnah [nabi s.a.w] dan hukum yang tidak ada pertentangan serta tidak ada di dalam al-Qur'an, tetapi Allah enggan- kerana ilmu-Nya-fitnah itu berlaku di bumi dan tidak ada di dalam hukuman-Nya untuk menolaknya dan menyelamatkan penghuninya .
Maka beliau telah berkata: Di sinilah, kamu akan berjaya, wahai anak lelaki Rasulullah, aku naik saksi bahawa Allah telah mengetahui musibah yang akan menimpa makhluk-Nya di bumi atau pada diri mereka mengenai agama dan lain-lain, lalu Dia telah meletakkan al-Qur'an sebagai dalil. Lelaki itu telah berkata: Adakah anda mengetahui, wahai anak lelaki Rasulullah, apakah dalil itu?
Abu Ja'far a.s telah berkata: Ya, padanya beberapa batasan dan tafsirannya di dalam hukuman, maka beliau a.s telah berkata: Allah enggan mengenakan musibah kepada hamba-Nya pada agamanya atau pada dirinya atau pada hartanya yang mana tidak ada di bumi-Nya seorang hakim yang dapat menghukum mereka dengan adil. Beliau a.s (Abu Abdillah) telah berkata: Lelaki itu telah berkata: Adapun di dalam perkara ini, kamu akan berjaya ke atas mereka dengan seorang Hujjah melainkan musuh kamu bercakap dengan kebatilan menentang Allah, maka beliau (musuh) telah berkata: Tidak ada bagi Allah Hujjah, tetapi beritahulah kepadaku tentang tafsir "Supaya jangan kamu berdukacita terhadap apa yang luput dariapdamu" Ia dikhususkan untuk Ali a.s. "Dan jangan kamu terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu" . Beliau a.s telah berkata: Ia dikhususkan untuk Abi fulan dan para sahabatnya.
Satu ayat didahulukan dan satu ayat dilewatkan "Supaya jangan kamu berdukacita terhadap apa yang luput dariapdamu" Dikhususkan untuk Ali a.s. "Dan jangan kamu terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu" Fitnah yang dibentangkan kepada kamu selepas Rasulullah s.a.w. Kemudian lelaki itu telah berkata: Aku naik saksi bahawa sesungguhnya kamu adalah pemilik hukumnya (ashab al-Hukm) yang tidak ada pertentangan padanya. Kemudian lelaki itu telah berdiri dan meninggalkan tempat itu dan aku tidak melihatnya lagi.

(214)-2. Daripada sanad-sanad yang sama, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala bapaku (al-Baqir) sedang duduk dan di sisinya beberapa orang, beliau a.s telah ketawa sehingga dua matanya berlinang dengan air mata, kemudian beliau a.s telah berkata: Adakah kamu mengetahui apakah yang membuatkan aku ketawa? Abu Abdillah a.s telah berkata: Mereka telah berkata: Tidak, beliau a.s (al-Baqir) telah berkata: Ibn 'Abbas telah mendakwa bahawa beliau adalah salah seorang yang telah berkata: "Sesungguhnya mereka yang mengatakan: Tuhan kami ialah Allah, kemudian meneguhkan pendirian mereka"
Maka aku telah berkata kepadanya: Adakah anda telah melihat malaikat, wahai Ibn 'Abbas, menceritakan kepada anda bahawa mereka adalah penolong-penolong anda di dunia dan di akhirat, aman daripada ketakutan dan dukacita? Beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah telah berfirman: "Sesungguhnya mukminun itu adalah saudara" Dan semua umat termasuk di dalam ayat ini, maka akupun ketawa. Kemudian aku telah berkata: Anda memang benar, wahai Ibn 'Abbas, aku menyeru anda dengan nama Allah, adakah di dalam hukum Allah pertentangan?
Beliau telah berkata: Tidak, maka aku telah berkata: Apakah pendapat anda tentang seorang lelaki yang telah memotong jari tangan seorang lelaki (asaabi'a-hu) dengan pedang sehingga terputus, kemudian beliau pergi dan seorang lelaki lain datang, lalu memotong tapak tangannya (kaffa-hu), kemudian beliau datang kepada anda dan anda sebagai hakim, bagaimana anda akan melakukannya? Ibn 'Abbas telah berkata: Aku akan berkata kepada pemotongnya (al-Qati') : Berilah kepadanya diat (denda) tapak tangannya dan aku akan berkata kepada orang yang dipotong tapak tangannya [al-Maqtu']: Berdamailah dengannya menurut kehendak anda dan tampil bersamanya kepada dua orang lelaki yang adil. Aku telah berkata: Pertentangan dengan hukum Allah telah berlaku di sini, anda telah menyalahi kata-kata anda yang pertama.
Allah enggan melakukan sesuatu batasan hukum kepada makhluk-Nya sedangkan tafsiran mengenainya tidak ada di bumi. Potonglah tangan [lelaki yang kedua) yang telah memotong tapak tangan lelaki itu. Kemudian berilah kepada lelaki yang pertama [supaya membayar] diat anak jarinya [yang dipotong]. Demikianlah hukum Allah pada malam diturunkan perintah-Nya. Jika anda menentangnya selepas anda mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w, maka Allah akan memasukkan anda ke neraka sebagaimana Dia telah membutakan mata anda pada hari anda menentang Ali bin Abu Talib. Beliau telah berkata: Lantaran itu, Dia telah membuat mata aku buta. Beliau a.s telah berkata: Bagaimana anda mengetahuinya! Demi Allah, mataku telah menjadi buta kerana pukulan sayap malaikat.
Beliau a.s telah berkata: Ini telah membuatku ketawa, kemudian aku telah meninggalkanya pada harinya kerana kelemahan akalnya. Kemudian aku telah bertemu dengannya, maka aku telah berkata: Wahai Ibn 'Abbas, anda tidak bercakap benar semenjak kelmarin. Ali bin Abu Talib telah berkata kepada anda: Sesungguhnya malam Lailatu l-Qadr adalah pada setiap tahun. Sesungguhnya urusan tahunan diturunkan pada malam itu. Dan bagi urusan ini ada pelaksana-pelaksananya (wulat) selepas Rasulullah s.a.w. Lantas anda berkata: Siapakah mereka? Maka beliau a.s telah berkata: Aku dan sebelas para imam daripada salbiku adalah muhaddathuun.
Anda telah berkata: Aku tidak berpendapat sedemikian. Ia adalah untuk semua orang kecuali Rasulullah s.a.w. Kemudian malaikat yang bercakap kepada Ali telah menampakkan dirinya kepada anda dan berkata: Anda telah berbohong, wahai Abdullah, dua mataku telah melihat apa yang dicakapkan oleh Ali kepada anda- Dua matanya tidak melihatnya, tetapi hatinya menyedarinya dan menetap pada pendengarannya-kemudian dia telah memukul anda dengan sayapnya dan anda telah menjadi buta. Ibn 'Abbas telah berkata: Apa yang kita telah berselisih pendapat di dalam suatu perkara, maka hukumnya [kembali] kepada Allah. Maka aku telah berkata kepadanya: Adakah Allah telah menghukum satu perkara dengan dua hukuman? Beliau telah berkata: Tidak, maka aku telah berkata: Di sinilah anda telah binasa dan membinasakan orang lain.

(215)-3. Dengan sanad-sanad yang sama, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Allah telah berfirman pada malam Lailatu l-Qadr "Pada malam itu dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah" Yang bijaksana tidak boleh menjadi dua perkara, kerana ia adalah satu perkara sahaja. Sesiapa yang menghukum [sesuatu perkara] tanpa padanya pertentangan, maka hukumnya adalah hukum Allah a.w. Sesiapa yang menghukum sesuatu perkara yang ada padanya pertentangan dan berpendapat bahawa beliau seorang benar (musib), maka sesungguhnya beliau telah menghukum dengan hukum taghut. Sesungguhnya tafsiran semua perkara diturunkan pada malam Lailatu l-Qadr dari setahun ke setahun kepada orang yang mempunyai kuasa (waliyyu al-Amr) diperintahkan padanya untuk urusan dirinya seperti itu dan ini. Dan untuk urusan orang ramai seperti itu dan ini. Sesungguhnya akan berlaku ilmu Allah a.w secara khusus dan keajaiban rahsia yang tersembunyi [didedahkan] kepada wali (al-Amr) setiap hari sebagaimana urusan yang diturunkan pada malam Lailatu l-Qadr. Kemudian beliau a.s telah membaca Firman-Nya: "Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Bijaksana"

(216)-4. Dengan sanad-sanad ini, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Ali bin al-Husain a.s telah membaca firman-Nya: "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam Lailatu l-Qadr" Beliau a.s berlata: Memang benar bahawa Allah telah menurunkan al-Qur'an pada malam Lailatu l-Qadr. Tetapi apakah dia malam Lailatu l-Qadr itu? Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku tidak mengetahuinya. Allah telah berfirman: "Malam Lailatu l-Qadr itu adalah lebih baik daripada seribu bulan" yang tidak ada padanya Lailatu l-Qadr. Dia telah berfirman kepada Rasulullah s.a.w: Adakah engkau mengetahui kenapakah ia lebih baik daripada seribu bulan? Baginda s.a.w telah bersabda: Tidak, Dia telah berfirman: "Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Ruh dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan"
Apabila Allah telah izin dengan sesuatu, maka sesungguhnya Dia telah meredainya "Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga sampai terbit fajar" Kemudian Dia telah berfirman di dalam Kitab-Nya: "Dan peliharalah dirimu daripada fitnah yang tidak khusus menimpa mereka yang zalim saja di antara kamu" (Begitu juga fitnah) pada ayat "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam Lailatu l-Qadr" Dan Dia telah berfirman di dalam Kitab-Nya: "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa rasul. Apakah jika dia mati atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Sesiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan Allah kan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur"
Dia telah berfirman di dalam ayat yang pertama bahawa Muhammad ketika mati, ahli khilaf (penentang) akan berkata: Lailaatu l-Qadr telah berlalu bersama Rasulullah s.a.w, maka ini adalah fitnah yang telah menimpa mereka secara khusus. Justeru, mereka telah murtad ke belakang. Jika mereka telah berkata: Lailatu l-Qadr tidak berlalu, maka sudah pasti ada perintah Allah pada malam Lailatu l-Qadr. Dan apabila mereka mengakui urusan tersebut, maka sudah pasti ada seorang yang akan menerimanya .

(217)-5. Dan daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Ali a.s banyak berkata bahawa al-Taimi dan al-'Adawi pernah berkumpul di sisi Rasulullah s.a.w yang sedang membaca:"Innaan-zal-na-hu" (Sesungguhnya kami telah menurunkannya) dengan khusuk dan tangisan, lalu mereka berdua berkata: Alangkah lembutnya hati anda ketika membaca surah ini? Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kerana mataku melihat, hatiku sedar dan hati lelaki ini yang akan melihat selepasku. Lantas mereka berdua berkata: Apakah yang anda melihatnya dan apakah yang dia akan melihatnya? Beliau telah berkata: Maka baginda s.a.w telah menulis di tanah untuk mereka berdua: "Malaikat-malaikat dan Ruh akan turun padanya dengan izin Tuhan mereka daripada setiap urusan" .
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Adakah ada lagi sesuatu selepas firman-Nya "min kulli amr" (daripada setiap sesuatu). Mereka berdua berkata: Tidak, adakah kamu berdua mengetahui kepada siapakah surah ini diturunkan? Mereka berdua berkata: Anda, wahai Rasulullah, maka baginda s.a.w telah bersabda: Ya. Kemudian Rasulullah s.a.w telah bersabda: Adakah Lailatu l-Qadr akan berlaku selepasku? Mereka berdua telah berkata: Ya, maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Adakah urusan (al-Amr) akan turun padanya? Mereka berdua telah berkata: Ya, maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kepada siapakah ia [akan diturunkannya]? Mereka berdua telah berkata: Kami tidak mengetahuinya. Lalu Rasulullah s.a.w telah memegang kepalaku sambil bersabda: Jika kamu berdua tidak mengetahuinya, maka ketahuilah sekarang bahawa beliaulah orang selepasku Beliau telah berkata: Dua lelaki ini mengetahui malam itu (Lailatu l-Qadr) selepas Rasulullah s.a.w kerana ketakutan akan menguasai mereka berdua.

(218)-6. Dan daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Wahai kumpulan Syiah, berhujahlah dengan Inna anzal-na-hu , nescaya kamu akan berjaya. Demi Allah, sesungguhnya ia adalah Hujjah Allah di atas makhluk-Nya selepas Rasulullah s.a.w. Ia adalah penghulu agama kamu (inna-ha la-sayyidatu dini-kum) dan ia adalah matlamat ilmu kami. Wahai kumpulan Syiah, berhujahlah dengan "Haa miim wa al-Kitab al-Mubin…" "Haa miim, demi Kitab yang menjelaskan, sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan" Sesungguhnya ayat ini dikhususkan kepada wulaat al-Amr (mereka yang mempunyai kuasa agama) selepas Rasulullah s.a.w. Wahai kumpulan Syiah, Allah telah berfirman: "Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan"
Seorang lelaki telah berkata: Wahai Abu Ja'far, pemberi peringatan umat ialah Muhammad s.a.w. Beliau a.s telah berkata: Anda memang benar, adakah di sana pemberi peringatan (nadhir) sedangkan baginda s.a.w masih hidup, di kalangan mereka yang diutuskan ke seluruh pelusuk dunia? Maka lelaki yang bertanya telah berkata: Tidak, maka Abu Ja'far a.s telah berkata: Adakah anda percaya bahawa mereka yang diutus oleh Rasulullah s.a.w itu bukanlah pemberi peringatannya sebagaimana Rasulullah s.a.w di dalam utusannya daripada Allah sebagai pemberi peringatan? Beliau telah berkata: Ya, beliau a.s telah berkata: Begitu juga Muhammad tidak mati melainkan baginya utusan yang akan menjadi pemberi peringatan. Jika anda telah berkata: Tidak, sesungguhnya baginda s.a.w telah mensia-siakan zuriat lelaki daripada umatnya.
Lelaki itu telah berkata: Adakah al-Qur'an tidak cukup untuk mereka? Beliau a.s telah berkata: Ya, sekalipun mereka mendapati pentafsir untuknya. Lelaki itu telah berkata: Rasulullah s.a.w tidak mentafsirkannya? Beliau a.s telah berkata: Ya, baginda s.a.w telah mentafsirkannya kepada seorang lelaki dan baginda s.a.w telah menjelaskan kepada umat bahawa lelaki itu ialah Ali bin Abu Talib. Lelaki yang bertanya itu berkata: Wahai Abu Ja'far, ini adalah perkara khusus bahawa ramai orang tidak dapat menerimanya. Beliau a.s telah berkata: Allah enggan disembah melainkan secara rahsia (an yu'bada illa sirran) sehingga tiba masa-Nya untuk menzahirkan agama-Nya sebagaimana Rasulullah s.a.w bersama Khadijah telah merahsiakannya sehingga baginda s.a.w diperintahkan secara terang-terang.
Lelaki yang bertanya itu telah berkata: Adakah mustahak bagi pengamal agama ini merahsiakannya? Atau tidakkah Ali bin Abu Talib a.s telah merahsiakan imannya pada hari beliau a.s telah menerima Islam bersama Rasulullah s.a.w sehingga ia diisytiharkannya? Beliau a.s telah berkata: Ya, beliau a.s telah berkata lagi: Begitu juga urusan kami sehingga masa yang ditetapkan-Nya itu tiba.

(219)-7. Dan daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan Lailatu l-Qadr pada permulaan Dia menciptakan dunia. Dia telah menciptakan padanya seorang yang akan menjadi nabi dan seorang yang akan menjadi wasi. Dia telah memerintahkan supaya pada setiap tahun akan berlaku satu malam yang akan diturunkan tafsiran segala perkara sehingga kepada malam yang sama pada tahun berikutnya. Sesiapa yang menentangnya, maka sesungguhnya dia telah menentang keilmuan Allah a.w, kerana para nabi, para rasul dan muhaddathuun tidak dapat melaksanakan [tugasan mereka] melainkan dengan hujjah yang datang kepada mereka pada malam itu bersama hujjah yang dibawa kepada mereka oleh Jibrail a.s. Aku telah berkata: Muhaddathuun juga didatangi oleh Jibrail atau malaikat a.s yang lain? Beliau a.s telah berkata: Adapun para nabi dan para rasul a.s adalah pasti, tetapi ia adalah mustahak kepada selain daripada mereka pada hari pertama diciptakan bumi sehingga ke akhir kebinasaannya bahawa bumi wajib mempunyai hujjah yang diturunkan pada malam itu kepada makhluk-Nya yang dicintaiNya.
Demi Allah, sesungguhnya Ruh dan malaikat telah turun pada malam Lailatu l-Qadr kepada Adam a.s. Demi Allah, Adam tidak mati melainkan baginya seorang wasi dan setiap nabi selepas Adam didatangi Lailatu l-Qadr. Dan beliau telah melantik wasinya selepasnya. Demi Allah, setiap nabi diperintahkan supaya Lailatu l-Qadr berlaku kepadanya daripada Adam sehinggalah kepada Muhammad s.a.w supaya melantik penggantinya. Sesungguhnya Allah a.w telah berfirman di dalam Kitab-Nya kepada wulaat al-Amr selepas Muhammad secara khusus: "Dan Allah berjanji kepada mereka yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan mereka yang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada di dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan sesiapa yang kafir sesudah itu, maka mereka itulah golongan yang fasik"
Beliau a.s [di dalam tafsirannya] telah berkata: Aku melantik kamu sebagai pengganti kerana ilmu-Ku, agama-Ku dan iabdat kepadaKu selepas nabi kamu sebagaimana Dia telah melantik para wasi Adam selepasnya sehingga Dia mengutus nabi berikutnya "Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku" Beliau a.s telah berkata: Mereka menyembahKu dengan iman bahawa tiada nabi selepas Muhammad s.a.w. Sesiapa yang telah berkata sebaliknya "Maka mereka itulah golongan yang fasik". Lantaran itu, Dia telah memperkuatkan wulaat al-Amr selepas Muhammad dengan ilmu, maka mereka itu ialah kami (wa-nahnu-hum). Bertanyalah kami jika apa yang kami perkatakan itu benar. Jika begitu, terimalah, tetapi kamu tidak akan melakukannya. Adapun ilmu kami adalah terserlah (zahir) di sepanjang ajal kami dan agama juga terserlah daripada kami sehingga tiada pertentangan di kalangan orang ramai. Sesungguhya ia mempunyai ajal berlalunya malam dan siang. Apabila ia datang akan terserlah dan urusan orang ramai adalah satu. Demi Allah, perkara itu telah ditetapkan bahawa tiada pertentangan di antara mukminin. Justeru, Dia telah menjadikan mereka saksi ke atas manusia agar Muhammad s.a.w akan menjadi saksi ke atas kami.
Kami menjadi saksi ke atas Syiah kami dan Syiah kami pula menjadi saksi ke atas orang ramai. Allah enggan hukum-Nya akan bertentangan di antara ahli ilmu-Nya. Kemudian Abu Ja'far a.s telah berkata: Kelebihan iman mukmin yang membawa "Inna anzal-na-hu" dan tafsirnya ke atas orang yang tidak seumpamanya di dalam keimanannya seperti kelebihan manusia ke atas binatang. Sesungguhnya Allah a.w mempertahankan mereka yang percaya dengannya dari mereka yang mengingkarinya di dunia-kerana kesempurnaan azab akhirat bagi orang yang telah mengetahui bahawa Dia tidak menerima taubat mereka-sebagaimana Dia mempertahankan pejuang-pejuang dari mereka yang tinggal di rumah. Aku tidak mengetahui jihad pada zaman ini selain daripada haji, umrah dan kejiranan.

(220)-8. Beliau telah berkata: Seorang lelaki telah berkata kepada Abu Ja'far a.s: Wahai anak lelaki Rasulullah, janganlah anda marah kepadaku. Beliau a.s telah berkata: Kenapa? Beliau telah berkata: Kerana aku mahu bertanya sesuatu kepada anda. Beliau a.s telah berkata: Tanyalah, beliau telah berkata: Janganlah anda marah kepadaku? Beliau a.s telah berkata: Aku tidak akan marah kepada anda. Beliau telah berkata: Adakah anda faham kata-kata anda tentang Lailatu l-Qadr, Malaikat dan Ruh turun padanya [Lailatu l-Qadr) kepada para wasi, mendatangi mereka dengan perkara yang Rasulullah s.a.w tidak mengetahuinya? Atau mereka mendatangi mereka (para wasi) dan Rasulullah s.a.w telah mengetahuinya? Dan anda telah mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w telah mati dan di sana tidak ada sesuatu daripada ilmunya melainkan Ali menyedarinya? Abu Ja'far a.s telah berkata: Tidak ada apa-apa di antara aku dan anda, wahai lelaki, dan siapakah yang membenarkan anda datang kepadaku? Beliau telah berkata: Penyelesaian tuntutan hutang yang telah membenarkan aku datang kepada anda, beliau telah berkata: Fahamilah apa yang aku katakan kepada anda.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w manakala diperjalankan (usria bi-hi), baginda s.a.w tidak turun atau pulang sehingga Allah memberitahu kepadanya ilmu yang telah berlaku dan ilmu yang akan berlaku ('ilma ma kana wa-ma- sayakun). Tetapi kebanyakan ilmunya itu secara ringkas dan penjelasannya akan berlaku pada malam Lailatu l-Qadr. Demikian juga dengan Ali bin Abu Talib, beliau a.s telah mengetahui ilmu secara ringkas dan penjelasannya (tafsirnya)akan berlaku pada malam-malam al-Qadr sebagaimana Rasulullah s.a.w [mengetahuinya].
Lelaki yang bertanya telah berkata: Tidakkah ada di dalam ringkasannya itu penjelasan? Beliau a.s telah berkata: Ya, tetapi ia akan berlaku dengan perintah Allah pada malam-malam al-Qadr kepada Nabi dan para wasi: Lakukan itu dan ini tentang perkara yang mereka telah mengetahuinya sebelumnya (li-amrin qad kanuu 'alimuu-hu), mereka diperintahkan supaya melakukannya padanya. Aku telah berkata: Jelaskan ia kepadaku? Beliau a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w tidak mati tanpa menghafaz ringkasan ilmu dan penjelasannya (tafsirnya).
Aku telah berkata: Apakah ilmu yang mendatanginya pada malam-malam al-Qadr? Beliau a.s telah berkata: Perintah dan pemudahan (al-Amr wa al-Yusr) apa yang baginda s.a.w telah mengetahuinya sebelumnya. Lelaki yang bertanya telah berkata: Adakah ilmu yang berlaku kepada mereka pada malam-malam al-Qadr itu selain daripada ilmu yang mereka telah mengetahuinya? Beliau a.s telah berkata: Ini adalah di antara perkara-perkara yang mereka telah diperintahkan supaya merahsiakannya dan tiada seorangpun yang mengetahui tafsir yang anda tanya melainkan Allah a.w.
Lelaki yang bertanya telah berkata: Adakah para wasi mengetahui apa yang tidak diketahui oleh para nabi? Beliau a.s telah berkata: Tidak, bagaimana wasi mengetahui selain daripada ilmu yang diwasiatkan kepadanya, lelaki yang bertanya telah berkata: Bolehkah kita berkata: Sesungguhnya seorang daripada para wasi itu mengetahui apa yang tidak diketahui oleh yang lain? Beliau a.s telah berkata: Tidak, seorang nabi tidak mati melainkan ilmunya berada pada wasinya. Sesungguhnya malaikat dan Ruh turun pada malam al-Qadr dengan hukum yang akan dilaksanakan oleh Nabi s.a.w terhadap hamba-hamba-Nya.
Lelaki yang bertanya telah berkata: Mereka tidak mengetahui hukum itu sebelumnya? Beliau a.s telah berkata: Ya (balaa), mereka telah mengetahuinya, tetapi mereka tidak mampu melakukan sesuatu daripadanya sehingga mereka diperintahkan pada malam-malam al-Qadr untuk melakukannya pada tahun yang akan datang . Lelaki yang bertanya telah berkata: Wahai Abu Ja'far, adakah aku mampu mengingkarinya? Beliau a.s telah berkata: Sesiapa yang mengingkarinya, maka beliau bukanlah daripada kami.
Lelaki yang bertanya telah berkata: Wahai Abu Ja'far, apakah pendapat anda tentang Nabi s.a.w, adakah sesuatu yang mendatanginya pada malam-malam al-Qadr yang baginda s.a.w tidak mengetahuinya? Beliau a.s telah berkata: Anda tidak dibenarkan bertanya soalan seperti ini. Adapun tentang ilmu yang telah berlaku dan akan berlaku, maka seorang nabi atau seorang wasi tidak akan mati kecuali wasi selepasnya mengetahui ilmunya. Adapun ilmu yang anda bertanya mengenainya, maka sesungguhnya Allah enggan ia diketahui oleh para wasi melainkan mereka sendiri [ingin mengetahuinya]
Lelaki yang bertanya telah berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah, bagaimana aku mengetahui bahawa Lailatu l-Qadr berlaku pada setiap tahun? Beliau a.s telah berkata: Apabila tiba bulan Ramadan, maka bacalah Surah al-Dukhaan pada setiap malam seratus kali. Apabila tiba malam yang kedua puluh tiga, maka anda lihatlah kepada kebenaran yang anda tanyakan mengenainya.

(221)-9. Dan beliau (Abu Abdillah a.s atau Abu Ja'far al-Thani) berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata: Apa yang kamu lihat mereka yang diutus oleh Allah a.w untuk merosakkan ahli kesesatan daripada bala tentera syaitan dan pasangan mereka lebih banyak dari apa yang kamu lihat tentang khalifah Allah yang diutus untuk keadilan dan kebenaran daripada para malaikat. Ada orang berkata: Wahai Abu Ja'far, bagaimana sesuatu itu lebih banyak daripada malaikat? Beliau a.s telah berkata: Sebagaimana Allah kehendaki, seorang lelaki telah berkata: Wahai Abu Ja'far, sesungguhnya jika aku menceritakan kepada sebahagian Syiah tentang hadis ini, nescaya mereka mengingkarinya. Beliau a.s telah berkata: Bagaimana mereka mengingkarinya?
Lelaki itu telah berkata: Mereka telah berkata: Sesungguhnya malaikat adalah lebih banyak daripada syaitan. Beliau a.s telah berkata: Apa yang anda katakan itu benar, fahamilah apa yang aku akan katakannya: Sesungguhnya tiada siang dan malam melainkan semua jin dan syaitan akan melawat imam-imam sesat. Dan bilangan yang sama daripada malaikat melawat imam petunjuk (imam al-Huda) sehingga Lailatu l-Qadr tiba. Maka sebahagian malaikat akan turun pada malam al-Qadr kepada wali al-Amr.
Allah telah menciptakan-Atau beliau a.s telah berkata: Allah telah menjadikan syaitan-syaitan seramai bilangan mereka, kemudian mereka melawati wali kesesatan (al-Dhalalah), lalu mereka mendatanginya dengan kebatilan dan pembohongan sehingga apabila waktu pagi menjelang, dia berkata: Aku telah melihat itu dan ini. Jika dia bertanya kepada seorang yang mempunyai kuasa (wali al-Amr), nescaya beliau telah berkata: Aku telah melihat syaitan menceritakan kepada anda dengan itu dan ini sehingga beliau memberi penjelasan kepadanya dan memberitahu kepadanya kesesatan yang dia berada di atasnya.
Demi Allah, sesiapa yang telah membenarkan Lailatu l-Qadr, hendaklah beliau mengetahui bahawa ianya adalah untuk kami secara khusus (li-ya'lam anna-ha lana khassatan) kerana sabda Rasulullah s.a.w kepada Ali ketika maut menghampirinya: Lelaki ini adalah wali kamu selepasku. Jika kamu mentaatinya, maka kamu telah memilih jalan yang benar, tetapi orang yang tidak percaya dengan Lailatu l-Qadr dan mengingkarinya (ianya untuk kami). Sesiapa yang telah percaya dengan Lailatu l-Qadr, tetapi beliau tidak sependapat dengan kami, maka beliau tidak bercakap benar melainkan beliau berkata: Sesungguhnya Lailatu l-Qadr adalah untuk kami dan sesiapa yang tidak berkata sedemikian, maka beliau adalah seorang pembohong.
Sesungguhnya Allah a.w lebih besar dari menurunkan perintah bersama Ruh dan malaikat kepada seorang kafir lagi fasik. Jika beliau berkata: Sesungguhnya perintah diturunkan kepada khalifah yang beliau percayakannya, maka kata-katanya itu tidak bermakna. Dan jika mereka pula berkata: Sesungguh Dia tidak menurunkannya kepada seorangpun secara khusus, maka tidak mungkin sesuatu diturunkan, tetapi bukan kepada seseorang. Jika mereka telah berkata dan mereka akan berkata: Ini (percakapan tentang Lailatu l-Qadr) tiada gunanya, maka mereka telah sesat dengan kesesatan yang jauh.

Bab 42

Tentang Para Imam A.S Bertambah Ilmu Mereka Pada Malam Jumaat (fi anna al-Aimmata a.s yazdaduun fi lailat al-Jum 'ati)

(222)-1. Ahmad bin Idris al-Qummi dan Muhammad bin Yahya, dariapda al-Hasan bin Ali al-Kufi daripada Musa bin Sa'dan, daripada Abdullah bin Ayyub, daripada Abi Yahya al-San'ani, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Yahya, sesungguhnya kami mempunyai satu kedudukan daripada beberapa kedudukan pada hari Jumaat. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah kedudukan itu? Beliau a.s telah berkata: Dibenarkan kepada roh-roh para nabi yang telah mati, roh-roh para wasi yang telah mati dan roh wasi yang di hadapan kamu, naik ke langit sehingga mereka sampai ke Arasy Tuhan mereka. Kemudian mereka melakukan tawaf selama satu minggu dan sembahyang dua rakaat di setiap tiang Arasy. Kemudian mereka dibawa kembali kepada badan-badan mereka yang asal. Apabila waktu pagi tiba, maka para nabi dan para wasi dipenuhi kegembiraan dan begitu juga wasi di hadapan anda. Sesungguhnya ditambahkan pada ilmunya seperti orang ramai yang penuh sesak"

(223)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Abi Zahir, daripada Ja'far bin Muhammad al-Kufi, daripada Yusuf al-Abzari, daripada al-Mufadhdhal berkata: Pada suatu hari Abu Abdillah telah berkata kepadaku dan beliau a.s tidak memanggilku dengan kunyahku sebelum ini: Wahai Abu Abdillah, aku telah berkata: Labbai-ka, sesungguhnya kami bergembira pada setiap malam Jumaat". Aku telah berkata: Mudah-mudahan Allah menambahkannya untuk anda, apakah itu? Beliau a.s telah berkata: Apabila malam Jumaat tiba, Rasulullah s.a.w sampai ke Arasy dan para imam a.s sampai (kepadanya) bersamanya dan kami sampai kepadanya bersama mereka. Dan Roh-roh kami tidak kembali kepada badan-badan kami melainkan mereka telah memperoleh ilmu (bi-'ilm mustafad). Jika tidak, kami kekeringan ilmu".

(224)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Abdullah bin Muhammad, daripada al-Husain Ibn Ahmad al-Minqari, daripada Yunus atau al-Mufadhdhal, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Tidak ada malam Jumaat melainkan kegembiraan bagi para wali Allah. Aku telah berkata: Bagaimana begitu? Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, beliau a.s telah berkata: Apabila tiba malam Jumaat, maka Rasulullah s.a.w sampai ke Arasy, para imam a.s sampai (kepadanya) bersamanya dan aku telah sampai bersama mereka dan aku tidak kembali tanpa penambahan ilmu. Jika tidak, nescaya habislah apa yang ada di sisiku"

Bab 43

Jikalaulah Para Imam A.S Tidak Bertambah Apa Yang Mereka Mahu, Nescaya Habislah Apa yang Ada Pada Sisi Mereka (Laula anna al-Aimmata a.s yazdaduun la-nafida ma 'anda-hum)

225)-1. Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada Safwan bin Yahya berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s telah berkata: Ja'far bin Muhammad a.s telah berkata: Jikalaulah [ilmu] kami tidak bertambah, nescaya habislah [ilmu] kami (laula anna nazdadi la-anfadna).
* Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Khalid, daripada Safwan, daripada Abu al-Hasan tentang hadis yang sama.

(226)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Dharih al-Muharibi berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata kepadaku: Wahai Dharih, jikalaulah [ilmu] kami tidak bertambah, nescaya habislah [ilmu] kami"

(227)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Nasr, daripada Tha'labah, daripada Zurarah, berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Jikalaulah [ilmu] kami tidak bertambah, nescaya habislah [ilmu] kami. Aku telah berkata: Kamu bertambah sesuatu yang tidak diketahui oleh Rasulullah s.a.w? Beliau a.s telah berkata: Adapun jika berlaku sedemikian, maka ia dibentangkan kepada Rasulullah s.a.w, kemudian kepada para imam [sebelum kami], kemudian berakhir perintah kepada kami.

(228)-4. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus bin Abd al-Rahman, daripada sebahagian sahabatnya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Tiada sesuatu yang keluar dari sisi Allah a.w sehingga ia bermula dengan Rasulullah s.a.w, kemudian dengan Amir al-Mukminin a.s, kemudian dengan seorang (imam) selepas (seorang) imam supaya yang akhir kami tidak menjadi lebih mengetahui daripada yang awal kami"

Bab 44

Sesungguhnya Para Imam A.S Mengetahui Semua Ilmu Yang Telah Keluar Kepada Malaikat, Para Nabi Dan Para Rasul A.S (anna al-Aimmata a.s ya'lamuun jami' al-'Uluum al-Lati kharajat ila al-Mala'ikati wa al-Anbiyaa' wa al-Rasul a.s)

(229)-1. Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sal bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Hasan bin Syammun, daripada Abdullah bin 'Abd al-rahman, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Sama'ah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah mempunyai dua (jenis) ilmu: Satu ilmu yang Dia telah menzahirkannya kepada para malaikat-Nya, para nabi-Nya, apa yang Dia telah menzahirkan kepada para malaikat-Nya, para rasul-Nya dan para nabi-Nya kami telah mengetahuinya. Dan satu ilmu lagi ialah khusus untuknya. Apabila Allah menzahirkan sesuatu daripadanya (badaa llahu fi syai'in min-hu), Dia memberitahunya kepada kami (a'lama-na dhalika) dan Dia telah membentangkannya kepada para imam sebelum kami.

* Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Musa bin al-Qasim* Dan Muhammad bin Yahya, daripada al-'Amraki bin Ali kedua-duanya, daripada Ali bin Ja'far, daripada saudara lelakinya Musa bin Ja'far a.s mengenai hadis yang sama.

(230)-2. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah mempunyai dua (jenis) ilmu: Satu ilmu yang Dia tidak membenarkan seorang pun daripada makhluk-Nya mengetahuinya dan satu ilmu lagi Dia telah meninggalkannya kepada para malaikatnya dan para rasul-Nya. Dan apa yang Dia telah meninggalkannya (nabadha-hu) kepada para malaikat-Nya dan para rasul-Nya, maka ia berakhir kepada kami.

(231)-3. Ali bin Ibrahim, daripada Salih bin al-Sanadi, daripada Ja'far bin Basyir, daripada Dhuraisy berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah mempunyai dua (jenis) ilmu: Satu ilmu yang diberikan secara bebas ('ilm mabdhul) dan satu ilmu lagi ditahan, tidak diberikan kepada sesiapapun ('ilm makfuf). Adapun ilmu yang diberikan secara bebas (al-Mabdhul), tiada suatupun (ilmu) yang diketahui oleh para malaikat dan para rasul melainkan kami juga mengetahuinya. Adapun ilmu yang ditahan, tidak diberikan kepada sesiapapun (al-Makfuf), maka ia ada di sisi Allah a.w pada Umm al-Kitab, apabila ia keluar, akan dilaksanakannya.

(232)-4. Abu Ali al-Asy'ari, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar, daripada Muhammad bin Isma'il, daripada Ali bin al-Nu'man, daripada Suwaid al-Qala, daripada Abu Ayyub, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah mempunyai dua (jenis) ilmu: Ilmu yang tidak diketahui selain daripadaNya dan ilmu yang Dia telah mengajarnya kepada para malaikat-Nya dan para rasul-Nya. Apa yang Dia telah mengajar kepada para malaikat-Nya dan para rasul-Nya, maka kami mengetahuinya".

Bab 45

(Hadis) Pelik Mengenai Ghaib (nadir fi-hi dhikr al-Ghaib)

(233)-1. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Mu'ammar bin Khallad berkata: Seorang lelaki Farsi telah bertanya Abu al-Hasan a.s, maka beliau telah bertanya kepadanya: Adakah kamu mengetahui perkara ghaib? Abu Ja'far a.s telah berkata: (Apabila) Dikembangkan ilmu kepada kami, maka kami mengetahuinya dan [apabila] dikecutkan [ilmu] daripada kami, maka kami tidak mengetahuinya dan beliau a.s telah berkata: Rahsia Allah a.w yang mana Dia telah merahsiakannya kepada Jibrail dan Jibrail merahsiakannya kepada Muhammad s.a.w dan Muhammad pula merahsiakannya kepada sesiapa yang Allah kehendaki.

(234)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Abdullah bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Ali bin Ri'ab, daripada Sudair al-Sairafi berkata: Aku telah mendengar Humraan bin A'yan sedang bertanya Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w "Allah Pencipta langit dan bumi" Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan semua perkara dengan ilmu-Nya tanpa contoh sebelumnya. Kemudian Dia telah menciptakan langit dan bumi tanpa langit dan bumi sebelumnya. Tidakkah anda mendengar firman-Nya "Arasy-Nya di atas air"
Humraan telah berkata kepadanya: Apakah pendapat anda tentang firman-Nya "Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu" Maka Abu Ja'far a.s telah berkata: Kecuali kepada rasul yang diredai-Nya" Demi Allah, Muhammad adalah di kalangan yang diredaiNya. Adapun firman-Nya "Yang Mengetahui yang ghaib" ('alim al-Ghaib), maka sesungguhnya Allah a.w mengetahui perkara yang telah ghaib daripada makhluk-Nya menurut apa yang ditetapkanNya pada sesuatu dan Dia melaksanakannya menurut ilmu-Nya sebelum Dia menciptakannya, sebelum Dia menyampaikannya kepada para malaikat-Nya. Demikianlah, wahai Humraan, ilmu yang khusus (mauquf) di sisi-Nya, ia terserah kepada kehendak-Nya. Dia melaksanakannya apabila Dia kehendaki dan [apabila] terserlah pula baginya padanya (yabdu lahu-fihi), maka Dia tidak melaksanakannya. Adapun ilmu yang ditetapkan oleh Allah a.w, maka Dia terus melaksanakannya, maka ia adalah ilmu yang telah berakhir kepada Rasulullah s.a.w, kemudian kepada kami.

(235)-3. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada 'Abbad bin Sulaiman, daripada Muhammad bin Sulaiman daripada bapanya, daripada Sudair berkata: Aku, Abu Basir, Yahya al-Bazzaz dan Daud bin Kathir telah berada pada majlis Abu Abdillah a.s, tiba-tiba beliau a.s telah keluar di dalam keadaan marah. Manakala beliau a.s telah mengambil tempatnya, beliau a.s telah berkata: Alangkah anehnya beberepa kumpulan menyangka bahawa kami mengetahui perkara yang ghaib, hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib. Aku telah berniat untuk memukul seorang hamba perempuanku, fulanah , lalu beliau telah melarikan diri daripadaku, aku tidak mengetahui di bilik mana beliau berada.
Sudair telah berkata: Apabila beliau a.s telah meninggalkan tempatnya dan terus berada di rumahnya, maka aku, Abu Basir dan Maisar telah memasuki rumahnya dan kami telah berkata kepadanya: Kami telah menjadikan diri kami tebusan anda, kami telah mendengar anda berkata itu dan ini tentang urusan hamba perempuan anda. Sedangkan kami mengetahui bahawa anda mengetahui ilmu yang banyak dan kami tidak mengaitkan anda dengan ilmu ghaib. Beliau a.s telah berkata: Wahai Sudair, Tidakkah anda membaca al-Qur'an? Aku telah berkata: Ya, adakah anda telah mendapati di dalam Kitab Allah firman-Nya: "Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab: "Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkelip" Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya aku telah membacanya. Beliau a.s telah berkata: Adakah anda telah mengetahui lelakinya? Dan adakah anda telah mengetahui apa yang ada di sisinya daripada ilmu al-Kitab? Aku telah berkata: Beritahulah kepadaku mengenainya, beliau a.s telah berkata: Sekadar satu titisan air di lautan yang biru, maka ia bukanlah daripada ilmu al-Kitab?! Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, alangkah sedikitnya ini, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Sudair, alangkah banyaknya ini apabila Allah mengaitkannya kepada ilmu yang aku akan memberitahu kepada anda mengenainya, wahai Sudair, adakah anda telah membaca di dalam Kitab-Nya firman-Nya: "Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu dan orang yang di sisinya ilmu al-Kitab"
Aku telah berkata: Aku telah membacanya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, beliau a.s telah berkata: Adakah beliau mempunyai ilmu al-Kitab kesemuanya atau beliau mempunyai sebahagiannya? Aku telah berkata: Tidak, malah beliau mempunyai ilmu al-Kitab kesemuanya. Beliau telah berkata: Maka beliau a.s telah memberi isyarat dengan tangannya kepada dadanya dan berkata: Demi Allah, semuanya di sisi kami, ilmu Allah, demi Allah, semuanya di sisi kami (kullu-hu 'inda-na).

(236)-4. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ahmad bin al-Hasan bin Ali, daripada 'Umru bin Sa'id, daripada Musaddiq bin Sadaqah, daripada 'Ammar al-Sabiti berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang imam? Adakah beliau a.s mengetahui perkara ghaib? Beliau a.s telah berkata: Tidak, tetapi apabila beliau mahu mengetahui sesuatu, maka Allah memberitahunya kepadanya.

Bab 46

Sesungguhnya Para Imam A.S Apabila Mereka Mahu Mengetahui, Maka Mereka mengetahui (anna al-Aimmata a.s idha syaa'uu an ya'lamuu 'alimuu)

(237)-1. Ali bin Muhammad dan lain-lain, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ayyub bin Nuh, daripada Safwan bin Yahya, daripada Ibn Maskan, daripada Badr bin al-Walid, daripada Abi al-Rabi' al-Syami, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya seorang imam a.s apabila beliau mahu mengetahui [sesuatu], maka beliau mengetahui[nya].

(238)-2. Abu Ali al-Asy'ari, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar, daripada Safwan, daripada Ibn Maskan, daripada Badr bin al-Walid, daripada Abi al-Rabi', daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya seorang imam a.s apabila beliau mahu mengetahui [sesuatu], maka ia akan diberitahu [kepadanya].

(239)-3. Muhammad bin Yahya, dariapda 'Imran bin Musa, daripada Musa bin Ja'far, daripada 'Umru bin Sa'id al-Mada'ini, daripada Abu 'Ubaidah al-Mada'ini, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila seorang imam mahu mengetahui sesuatu, Allah akan memberitahunya kepadanya.

Bab 47

Sesungguhnya Para Imam A.S Mengetahui Bila Mereka Akan Mati Dan Sesungguhnya Mereka Tidak Akan Mati Melainkan Dengan Pilihan Mereka Sendiri (anna al-Aimmata a.s ya'lamuun mata yamutuun, wa anna-hum la yamutuun illa bi-ikhtiyari-him)

(240)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Sulaiman bin Sama'ah dan Abdullah bin Muhammad, daripada Abdullah bin al-Qasim al-Batal, daripada Abu Basir berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Mana-mana imam yang tidak mengetahui apa yang akan menimpanya dan apa yang akan terjadi kepadanya, maka dia bukanlah Hujjah Allah ke atas makhluk-Nya.

(241)-2. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Muhammad bin Basysyar berkata: Seorang syeikh daripada Qati'atu al-Rabi' di kalangan orang awam (bukan Syiah) di Baghdad yang diambil riwayatnya telah berkata kepadaku: Aku telah melihat sebahagian mereka telah berkata tentang kelebihannya dan ibadatnya, maka aku telah berkata kepadanya: Siapakah orangnya? Bagaimana anda telah melihatnya? Beliau telah berkata: Kami telah berkumpul pada masa al-Sindi bin Syahik bersama lapan puluh lelaki daripada muka-muka yang dikaitkan dengan kebaikan, maka kami telah bertemu dengan Musa bin Ja'far a.s, lalu al-Sindi berkata kepada kami: Wahai lelaki, lihatlah kepada lelaki ini, adakah sesuatu telah berlaku kepadanya? Kerana orang ramai mendakwa bahawa beliau a.s telah diperlakukan ke atasnya dan mereka telah memperbesarkannya. Ini adalah tempat tinggalnya, banyak kebebasan diberikan kepadanya dan beliau tidak dihalang sepenuhnya, Amir al-Mukminin (Harun al-Rasyid) tidak mahu keburukan ke atasnya (Musa a.s), tetapi beliau hanya ditahan sehingga kepulangannya (Harun al-Rasyid) ke (Baghdad). Justeru, beliau akan berbincang dengan Amir al-Mukminin (Harun alRasyid).
Beliau (Musa a.s) adalah sihat dan diberikan kebebasan di dalam semua perkara. Justeru, tanyalah beliau. Beliau telah berkata: Kami tidak ada angan-angan selain melihat lelaki ini, kelebihannya dan tanda di dahinya. Musa bin Ja'far a.s telah berkata: Mengenai kebebasan dan perkara seumpamanya, ia sebagaimana anda sebutkan kecuali aku akan memberitahu kepada kamu, wahai orang ramai, aku telah diberi racun dalam tujuh biji kurma, aku akan bertukar menjadi hijau besok dan selepas besok aku akan mati. Beliau telah berkata: Maka aku telah melihat kepada al-Sindi bin Syahik sedang menggelentar dan bergerak seperti pelepah kurma.

(242)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Abi Jamilah, daripada Abdullah bin Abi Ja'far berkata: Saudara lelakiku telah memberitahuku, daripada Ja'far, daripada bapanya bahawa beliau telah mendatangi Ali bin al-Husain a.s pada malam beliau mati dengan minuman, maka beliau a.s telah berkata: Wahai bapaku, minumlah ini, maka beliau a.s telah berkata: Wahai anak lelakiku, sesungguhnya malam ini aku akan mati iaitu malam yang sama Rasulullah s.a.w telah mati.

(243)-4. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin 'Abd al-Hamid, daripada al-Hasan bin al-Jahm berkata: Aku telah berkata kepada al-Ridha a.s: Sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s telah mengetahui pembunuhnya, malam beliau akan dibunuh, tempat beliau dibunuh, kata-katanya apabila beliau a.s mendengar suara angsa-angsa di rumah: "Suara yang akan diikuti dengan tangisan perempuan dan kata-kata Umm Kalthum: Jika anda sembahyang malam di rumah dan menyuruh orang lain mengimamkan orang ramai [adalah lebih baik]. Tetapi beliau a.s telah enggan menerima permintaannya, kemudian beliau a.s telah keluar dan masuk pada malam ini tanpa senjata. Sesungguhnya beliau a.s telah mengetahui bahawa sesungguhnya Ibn Muljam-Allah telah melaknatinya-akan membunuhnya dengan pedang. Ini adalah satu perkara yang beliau a.s tidak harus membentangkannya (menghalangnya), maka beliau a.s telah berkata: Itulah apa yang telah berlaku (dhalika kana), tetapi beliau a.s telah diberi pilihan (sama ada menerima kematiannya atau menolaknya) pada malam itu supaya takdir Allah berlalu .

(244)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada sebahagian sahabat kami, daripada Abu al-Hasan Musa a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah memarahi Syiah. Justeru Dia telah memberi pilihan kepadaku sama ada diriku atau mereka, lalu aku telah mempertahankan mereka dengan diriku"

(245)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasya', daripada Musafir bahawa Abu al-Hasan al-Ridh a.s telah berkata kepadanya: Adakah saluran air ini (al-Qanat) ada ikan? Beliau telah berkata: Ya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah s.a.w di dalam mimpi dan baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, apa yang ada di sisi kami (di akhirat) adalah lebih baik bagi anda"

(246)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasya', daripada Ahmad bin 'Aidh, daripada Abi Khadijah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berada di sisi bapaku pada hari beliau a.s mati, maka beliau a.s telah memberi wasiat kepadaku perkara-perkara mengenai mandi jenzah, kapannya dan bagaimana beliau a.s diletakkan di dalam kuburnya. Maka aku telah berkata: Wahai bapaku, demi Allah, aku tidak pernah melihat anda lebih baik daripada hari ini semenjak anda mengadu tentang kesakitan anda, aku tidak melihat tanda kematian pada anda. Maka beliau a.s telah berkata: Wahai anak lelakiku, tidakkah anda telah mendengar Ali bin al-Husain a.s menyeru di balik dinding: Wahai Muhammad, datanglah cepat?

(247)-8. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Saif bin 'Umairah, daripada 'Abd al-Malik bin A'yan, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Allah telah menurunkan kemenangan ke atas al-Husain a.s sehingga beliau di antara langit dan bumi. Kemudian beliau telah diberi pilihan: Kemenangan atau pertemuan dengan Allah, lalu beliau telah memilih pertemuan dengan Allah"

CATATAN KAKI:

1. Surah al-Nahl (16): 43
2. Surah al-Zukhruf (43): 44
3. Surah al-Nahl (16): 43
4. Surah al-Zukhruf (43): 44
5. Surah al-Nahl (16): 43
6. Surah al-Saad (38): 39
7. Surah al-Zukhruf (43): 44
8. Akan ditanya
9. Surah al-Zukhruf (43): 44
10. Surah al-Nahl (16): 43
11. Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah
12. Surah al-Nahl (16): 43
13. Ibid
14. Ibid
15. Surah al-Taubah (9) :122
16. Surah al-Qasas (28) : 50
17. Surah al-Zumar (39) : 9
18. Orang yang mempunyai mata hati atau pemikiran yang terbuka
19. Surah al-Zumar (39) : 9
20. Al-Baqir dan Abu Abdillah a.s
21. Surah Ali Imran (3): 7
22. Imam a.s
23. Surah Ali Imran (3): 7
24. Surah al-Ankabuut (29): 49
25. Ibid
26. Ibid
27. Ibid
28. Surah al-Ankabuut (29): 49
29. Surah al-Faatir (35): 32
30. Surah al-Faatir (35): 32
31. Surah al-Baqarah (2): 121
32. Surah al-Israa' (17): 71
33. Surah al-Anbiyaa' (21): 73
34. Surah al-Qasas (28): 41
35. Surah al-Nisaa' (4): 33
36. Surah al-Israa' (17): 9
37. Surah Ibrahim (14): 28
38. Surah al-Rahmaan (55):13
39. Surah al-A'raaf (7):69,74
40. Surah Ibrahim (14): 28
41. Surah al-Hijr (15): 75-76
42. Para imam a.s mengetahui tanda-tanda pada seseorang sama ada beliau seorang mukmin atau seorang kafir.
43. Surah al-Hijr (15): 75-76
44. Surah al-Hijr (15): 75-76
45. Ibid
46. Ibid
47. Ibid
48. Surah al-Taubah (9): 105
49. Surah al-Taubah (9): 105
50. Surah al-Taubah (9): 105
51. Surah al-Taubah (9): 105
52. Surah al-Jin (72): 16
53. Surah Fussilat (41):30
54. Seorang imam a.s
55. Mesti ada penggantinya yang akan mewarisi ilmunya, kerana ilmunya tidak akan hilang begitu sahaja.
56. Surah al-Syu'araa' (42): 13
57. Surah al-A'la (87): 19
58. Surah al-Anbiyaa' (21): 105
59. Surah al-Naml (27):20
60. Surah al-Naml (27): 21
61. Surah al-Ra'du (13): 31
62. Surah Faatir (35): 32
63. Surah Ali Imraan (3): 34
64. Al-Suyutu, al-Itqan, 111, 41 mencatatkan riwayat daripada Abdullah bin Umar, daripada bapanya Umar al-Khattab, beliau telah berkata: "Jangan seorang itu berkata aku telah mengambil keseluruhan al-Qur'an, apakah dia tahu keseluruhan al-Qur'an itu? Sesungguhnya sebahagian al-Qur'an telah hilang dan katakan sahaja aku telah mengambil al-Qur'an mana yang ada" Ini bererti sebahagian al-Qur'an telah hilang dan tidak dikumpulkan oleh Uthman di dalam Mashafnya.
65. Al-Bukhari, Sahih, vi, hlm. 210 menyatakan bahwa (Surah al-Lail 92:3) telah ditambah perkataan "Maa khalaqa", Lantaran itu, ayat asalnya "Wa al-Dhakari wa al- Unthaa" tanpa "Maa khalaqa". Hadis ini diriwayatkan oleh Abu al-Dardaa', kemudian ia dicatat pula oleh Muslim, Sahih, I, hlm.565, al-Turmudhi, Sahih, v, v, hlm. 191. Al-Suyuti, al-Itqaan, ii, hlm. 82 meriwayatkan bahawa 'Aisyah menyatakan (Surah al-Ahzab33: 56) pada masa Nabi s.a.w adalah lebih panjang, iaitu dibaca " Wa 'ala al-Ladhiina yusalluna al-Sufuuf al-Uwal" selepas " Inna llaha wa malaikata-hu yusallaana 'Ala al-Nabiy" 'Aisyah telah berkata: Iaitu sebelum Uthman mengubah mashaf-mashaf.
66. Surah al-Nahl (16): 89
67. Surah al-Naml (27): 40
68. Surah al-Ra'd ( 13: 43
69. Surah al-A'raaf (7): 117
70. Surah Yusuf (12): 94
71. Kata-katanya a.s adalah secara taqiyyah di hadapan musuh. Kerana para imam a.s adalah wajib ditaati.
72. Allah akan menolongnya
73. Nama seekor kuda Rasulullah s.a.w
74. Mashaf Fatimah a.s adalah imlak Ali a.s berdasarkan suara malaikat yang didengari oleh Fatimah a.s.
75. Anak-anak al-Hasan bin Ali a.s
76. Surah al-Ahqaf (46): 4
77. Bererti scroll
78. Mashaf Fatimah a.s ialah percakapan malaikat dengan Fatimah a.s selepas kematian bapanya yang ditulis oleh Ali a.s. dan ia bukanlah al-Qur'an.
79. Surah al-Hijr (15): 94
80. Surah al-Qadr (97):1-5
81. Surah Ali Imran (3): 7
82. Surah al-Dukhan (44): 1-5
83. Surah al-Baqarah (2): 257
84. Hujjah akan menyelesaikannya
85. Surah al-Hadid (57): 23
86. Abu Bakr
87. Abdullah bin 'Abbas bin 'Abd al-Muttalib (lahir 3 tahun sebelum Hijrah).
88. Surah Fussilat (41):30
89. Surah al-Hajaraat (49): 10
90. Sama ada lelaki yang telah memotong anak jari tangannya atau lelaki yang telah memotong tapak tangannya
91. Diat bagi lelaki yang telah memotong anak jari dan potong tapak tangan bagi lelaki yang telah memotongnya.
92. Surah al-Dukhaan (44):4
93. Surah Luqman (31): 27
94. Surah al-Qadr (97):1
95. Surah al-Qadr (97):3
96. Surah al-Qadr (97): 4
97. Surah al-Qadr (97): 5
98. Surah al-Anfaal (8): 25
99. Surah Ali Imran (3): 144
100. Imam Ali a.s akan menerima Lailatu l-Qadr selepas kematian Rasulullah s.a.w dan para imam a.s selepasnya.
101. Abu Bakr
102. Umar
103. Ali bin Abu Talib
104. Surah al-Qadr (97):4
105. Ali bin Abu Talib didatangi para malaikat dan Ruh. Beliau pernah berkata: "Akulah tempat turunnya para malaikat". Kemudian kepada para imam selepasnya.
106. Surah al-Qadr (94): 1-5
107. Surah al-Dukhaan (44):1-3
108. Surah Faatir (35): 24
109. Para imam a.s
110. Surah al-Nuur (24):55
111. Abu Abdillah a.s atau Abu Ja'far al-Thani
112. Ketika Israk
113. Fassir li hadha?
114. Mereka tidak dibenarkan bertindak seperti mengetahuinya sebelum berlaku Lailatu l-Qadr setiap tahun.
115. Sekalipun mereka mengetahui ilmu yang akan berlaku tanpa jarak masa, tetapi "pengamalan ilmu" tertakluk kepada perintah Allah pada malam Lailatu l-Qadr sehingga Lailatu l-Qadr berikutnya sahaja.
116. Tidak dibenarkan orang yang selain daripada para wasi a.s mengetahuinya, termasuk lelaki yang bertanya itu.
117. Surah al-Baqarah (2): 117, Surah al-An'aam (6): 101
118. Surah Hud (11): 7
119. Surah al-Jin (72): 26
120. Surah al-Jin (72): 27
121. Tanpa menyebut namanya
122. Surah al-Naml (27): 40
123. Surah al-Ra'd (13): 43
124. Beliau telah memilih untuk mematuhi takdir Allah sekalipun beliau diberi pilihan.
125. Imam Musa a.s dipenjarakan pada zaman Harun al-Rasyid kerana tidak mahu memberi maklumat kepadanya tentang Syiahnya. Akhirnya beliau diracun dan mati di dalam penjara.
Bab 48



Sesungguhnya Para Imam A.S Mengetahui Ilmu Yang Telah Berlaku Dan Ilmu Yang Akan Berlaku Dan Sesungguhnya Tiada Sesuatu Yang Tersembunyi Daripada Mereka S.A (anna al-Aimmata a.s ya'lamuun 'ilma ma kana wa-ma yakun wa-anna-hu la yukhfa 'alai-him al-Sya'i salawatu llahi 'alai-him)

(248)-1. Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibrahim bin Ishaq al-Ahmar, daripada Abdullah bin Hammad, daripada Saif al-Tammar berkata: Kami, kumpulan Syiah telah berada bersama Abu Abdillah a.s di al-Hajr al-Aswad. Beliau a.s telah berkata: Adakah pengintip sedang melihat kepada kita? Lalu kami berpaling ke kanan dan ke kiri, tetapi kami tidak melihat seorangpun, maka kami telah berkata: Tiada pengintip melihat kami.
Maka beliau telah berkata: Demi Tuhan Ka'bah dan binaannya-tiga kali- Jikalaulah aku telah berada di antara Musa dan Khidir, nescaya aku telah memberitahu kepada mereka berdua bahawa aku lebih mengetahui daripada mereka berdua (a'lamu min-hu-ma) dan aku telah memberitahu kepada mereka berdua apa yang mereka berdua tidak memilikinya kerana Musa dan Khidir a.s telah diberikan ilmu tentang apa yang telah berlaku ('ilm ma kana), mereka berdua tidak diberikan ilmu tentang apa yang akan berlaku ('ilm ma yakun) dan sedang berlaku sehingga hari Kiamat. Sesungguhnya kami telah mewarisinya daripada Rasulullah s.a.w secara warisan.

(249)-2. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Yunus bin Ya'qub, daripada al-Harith bin al-Mughirah dan beberapa orang sahabat kami di antaranya 'Abd al-A'la, Abu 'Ubaidah dan Abdullah bin Bisyar al-Khasy'mi telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku lebih mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, aku lebih mengetahui apa yang ada di syurga, aku lebih mengetahui apa yang ada di neraka, aku lebih mengetahui apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku. Beliau (perawi) telah berkata: Beliau a.s telah berhenti seketika, melihat kata-katanya itu menjadi besar atau berat kepada orang yang mendengarnya, lalu beliau a.s telah berkata: Aku telah mengetahui semua itu daripada Kitab Allah a.w, sesungguhnya Allah a.w telah berfirman: "Di dalamnya menerangkan setiap sesuatu"
(250)-3. Ali bin Muhammad, daripada Sahl, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada 'Abd al-Karim, daripada Jama'ah bin Sa'd al-Kath'ami bahawa beliau telah berkata: Al-Mufadhdhal telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, lalu beliau telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, Allah memfardukan ketaatan seorang hamba ke atas hamba-hamba-Nya dan menyembunyikan daripadanya berita langit? Beliau a.s telah berkata: Tidak, Allah lebih mulia, lebih bersifat kasihan belas dan lebih lembut kepada hamba-hamab-Nya dari memfardukan ketaatan seorang hamba ke atas hamba-hamba-Nya, kemudian Dia menyembunyikan daripadanya berita langit, pagi dan petang.

(251)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri'ab, daripada Dhurais al-Kinasi berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata- di sisinya beberapa orang daripada sahabatnya-: Aku telah merasa pelik tentang kumpulan yang mewalikan kami, menjadikan kami imam-imam dan mendakwa bahawa ketaatan kepada kami adalah wajib ke atas mereka seperti ketaatan Rasulullah s.a.w, kemudian mereka memecahkan hujah mereka dan menentang bukti yang mereka miliki disebabkan kelemahan hati mereka. Justeru, mereka telah mengurangkan hak kami dan mengaibkan perkara tersebut ke atas mereka yang telah diberikan Allah hujah dan hak mengenali kami dan menyerahkan diri mereka kepada kami. Adakah kamu fakir bahawa Allah telah memfardukan ketaatan para wali kami ke atas hamba-hamba-Nya, kemudian menyembunyikan daripada mereka berita-berita langit dan bumi serta memutuskan daripada mereka sumber ilmu yang mengandungi asas-asas agama mereka?
Humraan telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah pendapat anda tentang pendirian Ali bin Abu Talib, al-Hasan, al-Husain, penentangan mereka, pengukuhan mereka terhadap agama Allah dan apa yang mereka alami daripada pembunuhan oleh mereka yang zalim (tawaaghit) terhadap mereka dan kemenangan mereka sehingga mereka dibunuh dan dikalahkan? Abu Ja'far a.s telah berkata: Wahai Humraan, sesungguhnya Allah telah mentakdirkan perkara itu ke atas mereka (qad kana qaddara dhalika 'alai-him), memerintahkannya, melakukannya dan mengakhirinya secara pilihan (sabil al-Ikhtiyar). Kemudian Dia telah melaksanakannya dengan mendahulukan ilmu kepada mereka daripada Rasulullah s.a.w, maka Ali, al-Hasan dan al-Husain a.s telah berdiri teguh [dalam perkara ini].
Dan dengan ilmu (ini), mereka telah berdiam diri. Wahai Humraan, apabila perintah Allah telah turun kepada mereka dan kebangkitan mereka yang zalim menentang mereka, (jika) mereka telah memohon kepada Allah supaya mempertahankan mereka dan mereka terus bermunajat bagi menggulingkan pemerintahan mereka yang zalim dan kehancuran pemerintahan mereka, nescaya Dia menyahuti permintaan mereka dan mempertahankan mereka. Kerana berakhirnya zaman tawaaghit dan kehancuran pemerintahan mereka adalah lebih cepat daripada tali tasbih yang dipotong, lalu ia rosak. Wahai Humraan, Apa yang telah menimpa mereka bukanlah kerana dosa yang mereka telah melakukannya dan bukan kerana balasan maksiat yang mereka telah menyalahi Allah padanya, tetapi kerana kedudukan dan kekeramatan daripada Allah yang mana Dia mahu mereka sampai kepadanya . Justeru, janganlah pendapat-pendapat yang tidak layak tentang mereka menguasai anda"

(252)-5. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ali bin Ma'bad, daripada Hisyam bin al-Hakam berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s di Mina lima ratus perkara tentang ilmu Kalam, maka aku mulai bertanya beliau a.s: Mereka telah berkata ini dan itu, maka beliau a.s telah berkata: Katakanlah itu dan ini, aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, in adalah halal dan ini adalah haram, aku mengetahui bahawa anda adalah orangnya dan sesungguhnya anda adalah orang yang paling alim tentang ilmu Kalam. Beliau a.s telah berkata kepadaku: Aduhai dukacitanya anda, wahai Hisyam, sesungguhnya Allah tidak berhujah ke atas makhluk-Nya dengan hujah yang tidak ada di sisinya apa yang mereka berhajat kepadanya.

(253)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada 'Umar bin 'Abd al-'Aziz, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi Hamzah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Tidak, demi Allah, seorang alim tidak akan menjadi seorang jahil selama-lamanya, alim dengan sesuatu, jahil dengan sesuatu, kemudian beliau a.s telah berkata: Allah adalah lebih mulia, lebih tinggi dan lebih pemurah dari memfardukan ketaatan seorang hamba yang Dia menyembunyikan daripadanya ilmu langit-Nya dan bumi-Nya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Dia tidak akan menyembunyikannya daripadanya".

Bab 49

Sesungguhnya Allah Tidak Mengajar Ilmu Kepada Nabi-Nya Melainkan Dia Telah Memerintahkannya Supaya Mengajarnya Pula Kepada Amir Al-Mukminin A.S. Sesungguhnya Beliau A.S Adalah Kongsi Ilmunya (anna llaha 'a.w lam yu'allim nabiyya-hu illa amara-hu an yu'allima-hu Amir al-Mu'minin wa-anna-hu kana syarika-hu fi al-'ilm)

(254)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu 'Umair, daripada Ibn Udhainah, daripada Abdullah bin Sulaiman, daripada Humraan bin A'yan, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Jibrail a.s telah membawa dua biji buah delima, maka Rasulullah s.a.w telah makan salah satu daripada keduanya dan membelah sebiji buah delima yang satu lagi kepada dua bahagian, kemudian baginda s.a.w telah makan sebahagiannya dan memberikan kepada Ali sebahagiannya.
Kemudian Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai saudaraku, apakah anda mengetahui dua biji delima ini? Beliau a.s telah berkata: Tidak, baginda s.a.w telah bersabda: Buah delima yang pertama adalah kenabian (al-Nubuwwah) yang anda tiada bahagian padanya. Adapun buah delima kedua, maka ia adalah ilmu, justeru, anda adalah kongsiku padanya. Aku telah berkata: Aslaha-ka llahu, bagaimana ia telah terjadi, sehingga beliau a.s menjadi kongsinya padanya? Beliau a.s telah berkata: Allah tidak mengajar ilmu kepada Muhammad s.a.w melainkan baginda s.a.w mengajarnya pula kepada Ali a.s"

(255)-2. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Ibn Udhainah, daripada Zurarah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Jibrail a.s telah membawa turun kepada Rasulullah s.a.w dua biji buah delima daripada syurga, lalu dia telah memberikan kedua-duanya kepadanya. Kemudian baginda s.a.w telah makan satu biji buah delima dan membelah yang lain kepada dua bahagian, maka baginda s.a.w telah memberi kepada Ali a.s sebahagiannya, lalu beliau a.s memakannya. Lantas baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, adapun satu biji buah delima yang aku telah memakannya, maka itulah kenabian, anda tiada bahagian padanya. Adapun yang satu lagi, adalah ilmu. Justeru, anda adalah kongsiku padanya (fa-anta syariki fi-ha)"

(256)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin 'Abd al-Hamid, daripada Mansur bin Yunus, daripada Ibn Udhainah, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Jibrail telah turun ke atas Muhammad s.a.w dengan dua biji buah delima daripada syurga, maka Ali a.s telah berjumpa dengannya dan beliau a.s telah berkata: Apakah dua biji buah delima di tangan anda? Baginda s.a.w telah bersabda: Adapun ini, maka ia adalah kenabian yang anda tiada bahagian padanya.
Adapun ini adalah ilmu. Kemudian baginda s.a.w telah membelahnya kepada dua, lalu memberi separuhnya kepadanya dan telah mengambil separauhnya, kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Anda adalah kongsiku (syariki) padanya. Abu Ja'far a.s telah berkata: Demi Allah, Rasulullah s.a.w tidak mengajar satu huruf daripada apa yang telah diajar oleh Allah kepadanya melainkan baginda s.a.w telah mengajarnya kepada Ali a.s. Kemudian ilmu itu berakhir kepada kami. Kemudian beliau a.s telah meletakkan tangannya di atas dadanya"

Bab 50

Dimensi Ilmu Para Imam A.S (jihaat 'uluum al-Aimmati a.s)

(257)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ismail, daripada Hamzah bin Bazi', daripada Ali al-Sa'i, daripada Abu al-Hasan yang pertama Musa a.s telah berkata: Peringkat ilmu kami terbahagi kepada tiga: Ilmu yang telah berlalu (madhin), ilmu yang berterusan (ghabir) dan ilmu yang sedang berlaku sekarang (hadith). Adapun ilmu madhin, maka ia ditafsirkan oleh nabi s.a.w. Adapun ilmu ghabir di tulis kepada kita. Adapun ilmu hadith dicampakkan ke dalam hati dan diketukkan di telinga. Iaitu ilmu kami yang terbaik dan tiada nabi selepas nabi kita.

(258)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Zahir, daripada Ali bin Musa, daripada Safwan bin Yahya, daripada al-Harith bin al-Mughirah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang ilmu orang alim kamu? Beliau a.s telah berkata: Warisan daripada Rasulullah s.a.w dan daripada Ali a.s. Aku telah berkata: Kami bercakap bahawa ia dicampakkan pada hati kamu dan dicakapkan pada telinga kamu. Beliau a.s telah berkata: Ya, begitulah.

(259)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada orang yang telah meriwayatkannya, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s: Kami diriwayatkan daripada Abu Abdillah a.s bahawa beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya ilmu kami ditinggalkan atau ditulis (ghabir wa mazbur), gerakan di hati dan deringan di telinga. Maka beliau a.s telah berkata: Al-Ghabir ialah ilmu yang telah berlalu. Adapu mazbur ialah ilmu yang datang kepada kita. Adapun gerakan di hati, maka ia adalah ilham. Adapun deringan di telinga, maka ia adalah urusan malaikat.

Bab 51

Sesungguhnya Para Imam A.S Jika Rahsia Mereka Tidak Disembunyikan, Nescaya Mereka Menceritakan Setiap Orang Akan Manfaatnya Dan Mudaratnya (anna al-Aimmata a.s lau sutira alai-him la-akhbaruu kulla imri'in bi-ma-lahu wa-'alai-hiu)

(260)-1. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Abban bin Uthman, daripada 'Abd al-Wahid bin al-Mukhtar berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata: Jikalaulah lidah-lidah kamu diikat, nescaya aku akan menceritakan kepada setiap orang manfaatnya dan mudaratnya.

(261)-2. Dengan sanad-sanad ini, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Sinan, daripada Abdullah bin Maskan berkata: Aku telah mendengar Abu Basir berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Bagaimana mungkin sahabat Ali telah menanggung musibah sedangkan mereka mengetahui kematian dan musibah mereka? Beliau a.s telah menjawab kepadaku-seperti seorang pemarah- siapa lagi selain daripada mereka? Aku telah berkata: Apakah yang menghalang mereka, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau a.s telah berkata: Pintu ini telah ditutup kecuali al-Husain bin Ali a.s telah membuka hanya sedikit daripadanya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya mulut mereka diikat .

Bab 52

Penyerahan Kepada Rasulullah S.A.W Dan Para Imam A.S Dalam Urusan Agama(al-Tafwidh ila rasulillah s.a.w wa ila al-Aimmati a.s fi amr al-Din)

(262)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Abi Zahir, daripada Ali bin Ismail, daripada Safwan bin Yahya, daripada 'Asim bin Hamid, daripada Abu Ishaq al-Nahwi berkata: Aku telah masuk berjumpa dengan Abu Abdillah a.s, maka aku telah mendengar beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah a.w telah mendidik nabi-Nya di atas kecintaan-Nya kepadanya. Justeru Dia telah berfirman: "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung" Kemudian Dia telah menyerahkan kuasa (tafwidh) kepadanya, maka Dia telah berfirman: "Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah" Dan Dia telah berfirman: "Sesiapa yang telah mentaati Rasul itu, sesungguhnya dia telah mentaati Allah" Kemudian beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya nabi Allah telah menyerahkannya kepada Ali dan mengamanahkannya kepadanya. Kamu telah menerimanya, tetapi orang ramai telah mengingkarinya. Demi Allah, bahawa kami mencintai kamu apabila kamu berkata [sesuatu]. Dan apabila kami berkata, hendaklah kamu diam. Dan apabila kami berdiam diri, maka kami di antara kamu dan Allah a.w, Allah tidak akan menjadikan seseorang lebih baik di dalam menyalahi urusan kami (ma ja'ala llahu li-ahadin khairan fi khilaf amri-na)"

* Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abu Najran, daripada Abu Ishaq berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata, kemudian beliau telah menyebutnya sedemikian.

(263)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Yahya bin Abi 'Imaran, daripada Yunus, daripada Bakkar bin Bakr, daripada Musa bin Asyim berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, maka seorang lelaki telah bertanya kepadanya satu ayat daripada Kitab Allah a.w, lalu beliau a.s telah memberitahu kepadanya tentangnya. Kemudian ada seseorang telah datang kepadanya, maka beliau telah bertanya beliau a.s tentang ayat yang sama, maka beliau a.s telah memberitahu kepadanya menyalahi apa yang dijelaskan kepada orang sebelumnya, lantaran itu, aku telah dikuasai syak tentang perkara tersebut, jika dikehendaki Allah sehingga seolah-olah hatiku dipotong dengan pisau, lalu aku telah berkata kepada diriku: Aku telah meninggalkan Abu Qatadah di Syam, tetapi beliau tidak melakukan kesalahan dengan wau dan seumpamanya sedangkan aku telah datang kepada ini (Abu Abdillah a.s) yang melakukan banyak kesalahan.
Manakala kami di dalam hal sedemikian, tiba-tiba seorang lelaki telah datang kepadanya, lalu beliau telah bertanya ayat yang sama, Maka beliau a.s telah memberitahu kepadanya, menyalahi apa yang beliau a.s telah memberitahunya kepadaku dan sahabatku. Aku telah mengawal diriku, maka aku telah mengetahui bahawa itu adalah taqiyyah'. Kemudian beliau a.s telah berpaling kepadaku sambil berkata kepadaku: Wahai Ibn Asyim, sesungguhnya Allah a.w telah memberi kuasa (tafwidh) kepada Sulaiman bin Daud, maka Dia telah berfirman: "Inilah anugerah Kami; maka berikanlah atau tahanlah dengan tiada pertanggung-jawab" dan Dia telah memberi kuasa kepada nabi-Nya s.a.w, maka Dia telah berfirman: "Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah" Maka kuasa yang mana Dia telah berikan kepada Rasulullah s.a.w, diberikannya pula kepada kami oleh Rasulullah s.a.w"

(264)-3. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hijjal, daripada Tha'labah, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far dan Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menyerahkan kuasa (tafwidh) kepada nabi-Nya s.a.w urusan makhlik-Nya supaya baginda s.a.w melihat bagaimana ketaatan mereka, kemudian beliau a.s membaca firman-Nya "Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah"

(265)-4. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Umar bin Udhainah, daripada Fudhail bin Yasar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata kepada sebahagian sahabat Qais al-Masir: Sesungguhnya Allah telah mendidik nabi-Nya di dalam ilmu akhlak, maka Dia telah menyempurnakan pendidikannya, lalu Dia telah berfirman: "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung" . Kemudian Dia telah memberi kuasa (tafwidh) urusan agama dan umat kepadanya. Justeru, baginda s.a.w dapat mengurus hamba-hamba-Nya. Allah telah berfirman: "Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah" Sesungguhnya Rasulullah s.a.w seorang yang disokong, diberikan taufik dan diperkuatkan dengan Ruh al-Quds.
Baginda s.a.w tidak tergelincir, tidak bersalah di dalam sesuatupun di dalam pengurusan makhluk-Nya. Baginda s.a.w telah beradab dengan adab-adab Allah. Kemudian Allah telah memfardukan sembahyang dua rakaat, dua rakaat, (jumlah) sepuluh rakaat. Kemudian Rasulullah s.a.w telah menambahkan kepada dua rakaat dua rakaat dan kepada sembahyang Maghrib satu rakaat. Maka ia (tambahan) dikira sebagai menyamai fardu yang tidak harus ditinggalkannya kecuali di dalam musafir. Baginda s.a.w telah menjadikan satu rakaat di dalam sembahyang Maghrib tetap di dalam musafir dan hadhar (tidak musafir), maka Allah telah mengharuskannya (ajaza) untuknya. Justeru, sembahyang fardu adalah tujuh belas rakaat .
Kemudian Rasulullah s.a.w telah menjadikan sunnah sembahyang sunat (al-Nawaafil) tiga puluh empat rakaat, dua kali ganda sembahyang fardu. Maka Allah telah mengharuskannya semuanya untuknya. Lantaran itu, sembahyang fardu dan sembahyang sunat ialah lima puluh satu rakaat di antaranya dua rakaat selepas (al-'Atamah) secara duduk dikira satu rakaat di tempat Witir. Allah telah memfardukan di dalam setahun puasa di dalam bulan Ramadan dan Rasulullah s.a.w telah menjadikan sunnahnya berpuasa bulan Sya'ban (sanna Rasulullah s.a.w sauma syahr Sya'ban) dan tiga hari pada setiap bulan seperti fardu, maka Allah telah mengharuskannya semuanya untuknya.
Allah telah mengharamkan arak dan patinya (al-Khamr bi-'aini-ha) sementara Rasulullah s.a.w pula telah mengharamkan minuman yang memabukkan, maka Allah telah mengharuskannya semuanya untuknya. Rasulullah s.a.w telah benci sesuatu perkara dan menunjukkan baginda s.a.w tidak menyukainya, tetapi baginda s.a.w tidak mengharamkannya. Ia adalah sebagai larangan makruh. Kemudian baginda s.a.w telah menjadikan satu rukhsah (memberi kebenaran). Justeru, mengambil rakhsahnya adalah wajib di atas hamba-hamba-Nya sebagaimana mereka mengambil larangannya dan 'Azimahnya. Tetapi Rasulullah s.a.w tidak memberi rakhsah kepada perkara yang mana baginda s.a.w telah melarangnya secara haram untuk mereka dan juga perkara yang baginda s.a.w telah menolaknya sebagai perkara fardu yang lazim seperti banyaknya minuman yang memabukkan yang mana baginda s.a.w telah melarang mereka sebagai larangan haram.
Justeru, baginda s.a.w tidak memberi rukhsah kepada seorangpun mengenainya. Begitu juga Rasulullah s.a.w tidak memberi rakhsah untuk seseorang bagi melakukan qasar dua rakaat yang telah difardukan Allah, malah baginda s.a.w mewajibkan mereka dengannya. Rasulullah s.a.w tidak memberi rukhsah kepada sesiapapun mengenai perkara tersebut kecuali kepada orang musafir. Justeru, tiada seorangpun yang dapat memberi rukhsah kepada sesuatu jika ianya tidak diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Lantaran itu, perintah Rasulullah s.a.w menepati perintah Allah a.w, larangannya adalah larangan-Nya. Justeru, hamba-hamba-Nya wajib menyerah kepadanya sebagaimana penyerahan mereka kepada Allah tabaraka wa ta'ala.

(266)-5. Abu 'Ali al-Asy'ari, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Tha'labah bin Maimun, daripada Zurarah bahawa beliau telah mendengar Abu Ja'far dan Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah t.w telah memberi kuasa (tafwidh) kepada nabi-Nya tentang urusan makhluk-Nya supaya baginda s.a.w melihat bagaimana ketaatan mereka, kemudian beliau a.s telah membaca ayat ini: "Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah"

* Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hijjal, daripada Tha'labah bin Maimun, daripada Zurarah telah meriwayatkannya seperti di atas.

(267)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ishaq bin 'Ammar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah t.w telah mendidik nabi-Nya s.a.w di dalam ilmu akhlak, maka apabila ia sampai kepada tahap yang dikehendakiNya, Dia telah berfirman kepadanya: "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang agung" Kemudian Dia telah memberi kuasa (tafwidh) tentang agamanya kepadanya dan telah berfirman: "Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah" Sesungguhnya Allah a.w telah memfardukan pembahagian pusaka (al-Fara'idh), tetapi Dia tidak membahagikan sesuatupun untuk datuk (al-Jadd). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberikan kepadanya satu per enam, maka Allah telah mengharuskannya untuknya. Kerana firman Allah a.w: "Inilah anugerah Kami; maka berikanlah atau tahanlah dengan tiada pertanggung-jawab"

(268)-7. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasya', daripada Hammad bin Uthman, daripada Zurarah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah meletakkan diat mata, diat diri (al-Nafs) dan mengharamkan al-Nabidh (arak daripada anggur) dan setiap yang memabukkan. Seorang lelaki telah berkata kepadanya: Adakah Rasulullah s.a.w telah meletakkan atau menetapkan [sesuatu] tanpa datang kepadanya sesuatu? Beliau a.s telah berkata: Ya, agar baginda s.a.w mengetahui siapakah yang mentaati Rasul di kalangan yang menderhakainya"

(269)-8. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Hasan, berkata: Aku telah mendapati di dalam Nawaadir Muhammad bin Sinan, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Tidak, demi Allah, Allah tidak memberi kuasa (tafwidh) kepada seorangpun daripada makhluk-Nya kecuali kepada Rasulullah s.a.w dan kepada para imam a.s. Allah telah berfirman: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang Allah wahyukan kepadamu" Ayat ini juga berlaku kepada para wasi a.s.

(270)-9. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ya'qub bin Yazid, daripada al-Hasan bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Hasan al-Maithami, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya Allah telah mendidik Rasul-Nya sehingga Dia telah menguatkannya menurut kehendakNya. Kemudian Dia telah memberi kuasa (tafwidh) kepadanya, lalu Dia telah berfirman: "Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah" Maka Allah telah memberi kuasa (tafwidh) kepadanya. Kemudian baginda s.a.w telah memberinya pula kepada kami.

(271)-10. Ali bin Muhammad, daripada sebahagian sahabatnya, daripada al-Husain bin Abd al-Rahman, daripada Sandal al-Khayyat, daripada Zaid al-Syahham berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya: "Inilah anugerah Kami; maka berikanlah atau tahanlah dengan tiada pertanggung-jawab" Beliau a.s telah berkata: Dia telah memberi kepada Sulaiman kerajaan yang besar, kemudian berlaku ayat ini kepada Rasulullah s.a.w, maka baginya hak untuk memberi kepada sesiapa yang baginda s.a.w kehendaki atau menegah sesiapa yang baginda s.a.w kehendaki. Allah telah memberi kepadanya lebih baik daripada apa yang Dia telah berikan kepada Sulaiman sebagaimana firman-Nya: "Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah"

Bab 53

Tentang Para Imam A.S Yang Menyerupai Mereka Yang Telah Berlalu Dan Kebencian Bercakap Tentang Mereka Dengan Kenabian (fi anna al-Aimmata a.s bi-man yasybahuun bi-man madha wa karahiyat al-Qaul fi-him bi al-Nubuwwati)

(272)-1. Abu 'Ali al-Asy'ari, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar, daripada Safwan bin Yahya, daripada Humraan bin A'yan berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja'far a.s: Apakah kedudukan para ulama? Beliau a.s telah berkata: Seperti (kedudukan) Dhu al-Qarnain, sahabat Sulaiman dan sahabat Musa a.s.

(273)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada al-Husain bin Abi al-'Alaa' berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Ia berakhir tentang halal dan haram kepada kami. Adapun tentang kenabian, maka ia adalah tidak.

(274)-3. Muhammad bin Yahya al-'Asy'ari, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Barqi, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya bin 'Imran al-Halabi, daripada Ayyub bin al-Hurr, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menamatkan para nabi dengan nabi kamu, justeru, tiada nabi selepasnya. Dia telah menamatkan kitab-kitab dengan Kitab kamu, justeru, tiada kitab selepasnya selama-lamanya. Dia telah menurunkan padanya penerangan kepada setiap sesuatu. Dia telah menciptakan kamu dan Dia telah menciptakan langit dan bumi. Dia telah menceritakan berita sebelum kamu dan menghuraikannya kepada kamu. Dia telah memberitahu cerita selepas kamu, urusan syurga, neraka dan apa yang kamu akan jadi.

(275)-4. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Hammad bin Isa, daripada al-Husain bin al-Mukhtar, daripada al-Harith bin al-Mughirah berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya Ali a.s adalah seorang muhaddath, maka aku telah berkata: Anda telah berkata: Seorang nabi? Beliau telah berkata: Maka beliau a.s telah menggerakkan tangannya begini, kemudian beliau a.s telah berkata: Atau seperti sahabat Sulaiman atau sahabat Musa atau Dhu al-Qarnain atau tidakkah berita telah sampai kepada kamu bahawa Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Di kalangan kamu ada orang seperti Dhu al-Qarnain…)?

(276)-5. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Ibn Udhainah, daripada Buraid bin Mu'awiyah, daripada Abu Ja'far dan Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Apakah kedudukan kamu? Dan siapakah yang menyerupai mereka yang telah berlalu? Beliau a.s telah berkata: Sahabat Musa dan Dhu al-Qarnain, mereka berdua adalah alim, tetapi bukanlah nabi.

(277)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Barqi, daripada Abu Talib, daripada Sudair berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Sesungguhnya satu kumpulan menganggap kamu tuhan-tuhan (aalihatun). Mereka membaca kepada kami al-Qur'an: "Dan Dialah Tuhan di langit dan Tuhan di bumi" Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Sudair, pendengaranku, penglihatanku, kulitku, dagingku, darahku dan rambutku meninggalkan mereka dan Allah telah meninggalkan (bari'a) mereka. Mereka itu bukanlah di atas agamaku dan bukanlah di atas agama bapa-bapaku. Allah tidak akan mengumpulkan aku dan mereka pada hari Kiamat kecuali Dia memarahi mereka. Aku telah berkata: Di sisi kami ada kumpulan yang menganggap bahawa kamu semua adalah para rasul. Mereka telah membaca kepada kami al-Qur'an: "Wahai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjalah amal yang saleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan"
Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Sudair, pendengaranku, penglihatanku, rambutku, kulitku, dagingku dan darahku telah meninggalkan mereka dan Allah juga telah meninggalkan mereka. Mereka itu bukanlah di atas agamaku dan bukanlah di atas agama bapa-bapaku. Allah tidak akan mengumpulkan aku dan mereka pada hari Kiamat kecuali Dia memarahi mereka. Aku telah berkata: Siapakah kamu? Beliau a.s telah berkata: Kamilah penyimpan ilmu Allah, kamilah terjemahan urusan Allah, kamilah golongan yang maksum. Allah telah memerintah (hamba-hamba-Nya) supaya mentaati kami dan Dia melarang (mereka) dari menderhakai kami. Kamilah Hujjah yang sampai kepada mereka yang tinggal di bawah langit dan di atas bumi"

(278)-7. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, dariapda al-Husain bin Sa'id, daripada Abdullah bin Bahr, daripada Ibn Maskan, dariapda 'Abd al-Rahman bin Abi Abdillah, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s berkata: Para imam adalah kedudukan Rasulullah s.a.w kecuali mereka bukanlah para nabi (al-Aimmatu bi-manzilati Rasulullah s.a.w illa anna-hum laisuu bi-anbiyaa'). Tidak halal untuk mereka mempunyai (bilangan) isteri yang dihalalkan untuk nabi s.a.w . Adapun selain daripada itu, maka mereka seperti kedudukan Rasulullah s.a.w.

Bab 54

Para Imam A.S Muhaddathuun Mufahhamuun (anna al-Aimmata a.s muhaddathuun mufahhamuun)

(279)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hijjal, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada 'Ubaid bin Zurarah berkata: Abu Ja'far a.s telah mengutus Zurarah supaya memberitahu al-Hakam bin 'Utbah bahawa para wasi Muhammad a.s muhaddathuun.

(280)-2. Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Jamil bin Saleh, daripada Ziyad bin Suqah, daripada al-Hakam bin 'Utaibah berkata: Suatu hari aku telah berjumpa dengan Ali bin al-Husain a.s, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Hakam, adakah anda mengetahui ayat yang dengannya Ali bin Abu Talib mengetahui pembunuhnya dan beliau a.s mengetahui dengannya perkara-perkara yang besar? Al-Hakam berkata: Aku telah berkata kepada diriku: Aku akan mengetahui sebahagian ilmu daripada ilmu Ali bin al-Husain, aku akan mengetahui dengannya perkara-perkara yang besar. Maka aku telah berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak mengetahuinya. Kemudian aku telah berkata: Ayat yang menceritakan kepadaku mengenainya, wahai anak lelaki Rasulullah?
Beliau a.s telah berkata: Iaitu firman Allah: "Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasul, seorang nabi dan seorang (muhaddath)". Sesungguhnya Ali bin Abu Talib adalah seorang muhaddath. Seoranmg lelaki yang dikenali dengan nama Abdullah bin Zaid, saudara Ali di sebelah ibunya, Subhana llah beliau a.s seorang muhaddath? Seolah-olah beliau mengingkarinya. Tiba-tiba Abu Ja'far a.s telah datang kepada kami, maka beliau a.s telah berkata: Demi Allah, sesungguhnya anak lelaki ibu anda (Abdullah bin Ziyad) telah mengetahuinya. Apabila beliau a.s telah berkata sedemikian, lelaki itu telah berdiam diri. Beliau a.s telah berkata: Inilah yang telah membuat Abu al-Khattab telah binasa. Dia tidak mengetahu takwil seorang muhaddath dan seorang nabi.

(281)-3. Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ya'qub bin Yazid, daripada Muhammad bin Ismail berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s telah berkata: Para imam adalah ulama yang benar, boleh memahami secara sempurna dan muhaddathuun.

(282)-4. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada seorang lelaki, daripada Muhammad bin Muslim, berkata: Perkataan muhaddath disebut di sisi Abu Abdillah a.s, maka beliau a.s telah berkata: Beliau mendengar suara, tetapi tidak melihat orangnya. Maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, bagaimana beliau mengetahui percakapan malaikat? Beliau a.s telah berkata: Beliau akan diberikan ketenangan, keamanan sehingga beliau mengetahui bahawa ia adalah percakapan malaikat.

(283)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Hammad bin Isa, daripada al-Husain bin al-Mukhtar, daripada al-Harith bin al-Mughirah, daripada Humraan bin A'yan berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya Ali a.s adalah muhaddath, maka aku pun telah keluar kepada para sahabatku, maka aku telah berkata: Aku telah mendatangi kamu dengan satu perkara yang pelik. Mereka telah berkata: Apakah dia? Maka aku telah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Ali adalah muhaddath. Mereka telah berkata: Anda tidak melakukan sesuatu, kenapa anda tidak bertanya kepadanya siapakah yang beliau bercakap dengannya?
Maka akupun telah kembali kepadanya, maka aku telah bertanya kepadanya: Sesungguhnya aku telah menceritakan kepada para sahabatku apa yang anda telah menceritakannya kepadaku. Mereka telah berkata: Anda tidak melakukan sesuatu, anda tidak bertanya kepadanya siapakah yang beliau a.s bercakap dengannya? Maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Malaikat yang bercakap dengannya, aku telah berkata: Anda telah berkata: Sesungguhnya beliau a.s seorang nabi? Beliau telah berkata: Beliau a.s telah menggerakkan tangannya begini atau seperti sahabat Sulaiman atau sahabat Musa atau seperti Dhu al-Qarnain atau tidakkah berita telah sampai kepada kamu bahawa Amir al-Mukminin Ali a.s telah berkata: Di kalangan kamu ada orang seperti Dhu al-Qarnain.

Bab 55

Tentang Sebutan Roh-Roh Pada Para Imam A.S (fi-hi dhikr al-Arwaah al-Lati fi al-Aimmati a.s)

(284)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Hammad bin Isa, dariapda Ibrahim bin Umar al-Yamani, daripada Jabir al-Ja'fi berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai Jabir, sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk tiga jenis, iaitu sebagaimana firman-Nya a.w "Dan kamu menjadi tiga golongan, iaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu. Dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu. Dan mereka yang paling dahulu beriman. Balasan kepada mereka yang paling dahulu beriman. Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah)"
Al-Sabiquun (mereka yang paling dahulu beriman) ialah para rasul a.s dan mereka yang mempunyai perhubungan yang istimewa dengan Allah daripada makhluk-Nya. Dia telah menjadikan pada mereka lima roh (arwaah). Dia telah menyokong mereka dengan ruh al-Quds, maka dengannyalah mereka telah mengetahui berbagai perkara. Dia telah menyokong mereka dengan roh iman, maka dengannyalah mereka telah takut kepada Allah a.w. Dia telah menyokong mereka dengan roh kekuatan, maka dengannyalah mereka telah mampu melakukan ketaatan kepada Allah.
Dia telah menyokong mereka dengan roh syahwat, maka dengannyalah mereka rindukan ketaatan kepada Allah a.w dan membenci kemaksiatan kepada-Nya. Dia telah menjadikan pada mereka roh al-Madraj (roh pergerakan) yang dengannyalah manusia pergi dan datang. Dia telah menjadikan pada mukminin dan golongan kanan roh iman, maka dengannyalah mereka telah takut kepada Allah. Dia telah menjadikan pada mereka roh kekuatan, maka dengannyalah mereka telah mampu untuk mentaati Allah. Dia telah menjadikan pada mereka roh syahwat, maka dengannyalah mereka rindukan ketaatan kepada Allah. Dan Dia telah menjadikan pada mereka roh al-Madraj, maka dengannyalah manusia pergi dan datang.

(285)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Musa bin 'Umru, daripada Muhammad bin Sinan, daripada 'Ammar bin Marwan, daripada al-Mankhal, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang ilmu seorang alim, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Sesungguhnya para nabi dan para wasi mempunyai lima roh (arwaah). Roh kudus, roh iman, roh kehidupan, roh kekuatan dan roh syahwat. Maka dengan roh kudus, wahai Jabir, mereka telah mengetahui apa yang ada di bawah Arasy sehingga apa yang ada di bawah bumi. Kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Jabir, sesungguhnya empat roh ini akan berlaku perubahan di luar dugaan padanya, tetapi roh kudus tidak akan berlaku perubahan padanya.

(286)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada al-Mu'alla bin Muhammad, daripada Abdullah bin Idris, daripada Muhammad bin Sinan, daripada al-Mufadhdhal bin 'Umar, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah bertanya kepadanya ilmu seorang imam [mengetahui] di seluruh pelusuk bumi sedangkan beliau a.s berada di rumahnya yang ditutupi langsirnya? Beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya Allah telah menjadikan pada nabi lima roh: Roh kehidupan, maka dengannyalah beliau berjalan dan pergi, roh kekuatan, maka dengannyalah beliau bangkit dan berjuang. Roh syahwat, maka dengannyalah beliau makan, minum dan "datang" kepada perempuan secara halal. Roh iman, maka dengannyalah beliau beriman dan melakukan keadilan. Dan roh kudus, maka dengannyalah beliau menanggung kenabian. Apabila nabi s.a.w mati, maka roh kudus berpindah kepada imam a.s. Roh kudus tidak tidur, tidak lupa, tidak bermain dan tidak berlaku perubahan padanya. Adapun empat roh yang lain, tidur, lalai, bermain dan boleh berubah. Beliau (nabi/imam) melihat sesuatu melalui roh kudus.

Bab 56

Roh Yang Diarahkan Oleh Allah Ke Atas Para Imam A.S (al-Ruh al-Lati yusaddidu llahu bi-ha al-Aimmata a.s)

(287)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Abi al-Sabah al-Kinani, daripada Abu Basir berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah "Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu roh dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidak mengetahui apakah al-Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu" Beliau a.s telah berkata: Satu makhluk daripada makhluk-makhluk Allah a.w yang lebih besar daripada Jibrail dan Mikail. Dia telah berada bersama Rasulullah s.a.w menceritakannya, mengarahkannya dan dia bersama para imam selepasnya.

(288)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin Asbat, daripada Asbat bin Salim berkata: Seorang lelaki daripada penduduk Hit (Iraq) telah bertanya kepadanya-aku telah hadir berasamanya-tentang firman Allah a.w "Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu roh dengan perintah Kami" Maka beliau a.s telah berkata: Semenjak Allah a.w menurunkan roh itu ke atas Muhammad s.a.w (mundhu anzala llahu a.w dhalika al-Ruh 'ala Muhammad), dia tidak pernah naik ke langit (ma sa'ada ila al-Sama'), sesungguhnya dia ada bersama kami (inna-hu la-fi-na).

(289)-3. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu daripada urusan Tuhanku" Beliau a.s telah berkata: Makhluk yang lebih besar daripada Jibrail dan Mikail, dia telah berada bersama Rasulullah s.a.w, dia bersama para imam. Dia adalah dari alam malaikat (malakut).

(290)-4. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Abi Ayyub al-Khazzaz, daripada Abu Basir berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata tentang firman-Nya: "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu daripada urusan Tuhanku" Beliau a.s telah berkata: Makhluk yang lebih besar daripada Jibrail dan Mikail, dia tidak pernah berada bersama sesiapapun selain daripada Muhammad s.a.w dan dia bersama para imam memberi arahan kepada mereka dan tiada semua yang diminta itu, boleh didapati"

(291)-5. Muhammad bin Yahya, daripada 'Imran bin Musa, daripada Musa bin Ja'far, daripada Ali bin Asbat, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang ilmu, adakah ia ilmu yang dipelajari seorang alim daripada mulut lelaki atau pada Umm al-Kitab yang kamu membacanya, justeru, kamu mengetahui daripadanya? Beliau a.s telah berkata: Perkara itu adalah lebih besar daripada itu dan lebih penting. Tidakkah anda telah mendengar firman Allah a.w: "Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu roh dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidak mengetahui apakah al-Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu"
Kemudian beliau a.s telah berkata: Apakah pendapat para sahabat anda tentang ayat ini, adakah mereka mengakui bahawa baginda s.a.w tidak mengetahui apakah Kitab dan apakah iman? Aku telah berkata: Aku tidak mengetahui-aku telah menjadikan diriku tebusan anda- apa yang mereka katakan, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Ya, baginda s.a.w telah berada di dalam keadaan tidak mengetahui apakah Kitab dan tidak mengetahui apakah iman sehingga Allah mengutus roh yang disebutkan di dalam al-Qur'an. Apabila Dia mewahyukannya kepadanya, maka baginda s.a.w telah mengetahui dengannya ilmu dan kefahaman. Iaitu roh yang diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Apabila Dia memberikan roh kepada seseorang, maka roh itu mengajarnya kefahaman (ilmu).

(292)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin Asbat, daripada al-Husain bin Abi al-'Alaa', daripada Sa'd al-Askaaf berkata: Seorang lelaki telah mendatangi Amir al-Mukminin a.s bertanya kepadanya tentang roh, adakah dia itu Jibrail? Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Jibrail adalah daripada malaikat sementara roh bukanlah Jibrail. Kemudian beliau a.s telah mengulanginya kepada lelaki itu.
Lelaki itu berkata kepadanya: Sesungguhnya anda telah bercakap perkara yang besar, tiada seorangpun menyangka bahawa roh bukan Jibrail, maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya anda seorang yang sesat, anda telah meriwayatkannya daripada mereka yang sesat. Allah telah berfirman kepada nabi-Nya s.a.w "Telah pasti datangnya ketetapan Allah, maka janganlah kamu meminta agar disegerakannya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan. Dia menurunkan para malaikat dengan roh dengan perintah-Nya" Dan roh bukanlah malaikat a.s.
Bab 57

Waktu Seorang Imam Mengetahui Semua Ilmu Imam Sebelumnya (waqtu ma ya'lamu al-Imam jami' 'ilm al-Imam al-Ladhi ma kana qabli-hi)

(293)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Sa'id, dariapda Ali bin Asbat, daripada al-Hakam bin Miskin, daripada sebahagian sahabat kami berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s tentang bilakah [imam] yang akhir mengetahui apa yang ada pada [imam] yang pertama? Beliau a.s telah berkata: Pada minit akhir sebelum pemergian rohnya.

(294)-2. Muhammad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin Asbat, daripada al-Hakam bin Miskin, daripada 'Ubaid bin Zurarah dan kumpulan bersamanya berkata: Kami telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Orang yang selepas imam mengetahui ilmu imam sebelumnya pada minit akhir sebelum pemergian rohnya"

(295)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ya'qub bin Yazid, daripada Ali bin Asbat, daripada sebahagian sahabatnya, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah berkata kepadanya: Bilakah imam mengetahui imamahnya dan urusannya berakhir kepadanya? Beliau a.s telah berkata: Pada minit akhir kehidupan [imam] pertamanya.

Bab 58

Para Imam A.S Adalah Sama Dari Sudut Ilmu, Keberanian Dan Ketaatan (fi anna al-Aimmata a.s fi al-'ilmi wa al-Syaja'ati wa al-Ta'ati sawaa')

(296)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Abi Zahir, daripada al-Khasyyab, daripada Ali bin Hassan, daripada 'Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Allah telah berfirman: "Dan mereka yang beriman dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka" Beliau a.s telah berkata: "Mereka yang beriman" ialah nabi dan Amir al-Mukminin a.s dan "zuriat"nya ialah para imam dan para wasi a.s. "Kami hubungkan dengan mereka" Kami tidak menguranginya. "zuriat mereka" ialah Hujjah yang dibawa oleh Muhammad s.a.w pada Ali a.s dan Hujjah mereka seorang demi seorang serta ketaatan mereka adalah satu"

(297)-2. Ali bin Muhammad bin Abdullah, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Isa, daripada Daud al-Nahdi, daripada Ali bin Ja'far, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Beliau a.s telah berkata kepadaku: Kami dari sudut ilmu dan keberanian adalah sama sementara dari sudut pemberian pula menurut apa yang diperintahkan kepada kami"

(298)-3. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ali bin Ismail, daripada Safwan bin Yahya, daripada Ibn Maskan, daripada al-Harith bin al-Mughirah, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kami dari sudut urusan, kefahaman, halal dan haram adalah satu (sama). Adapun Rasulullah s.a.w dan Ali mempunyai kelebihan mereka berdua.

Bab 59

Sesungguhnya Imam A.S Mengetahui Imam Selepasnya Dan Firman Allah "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya" Diturunkan kepada Mereka A.S (anna al-Imam a.s ya'rifu al-Imam al-Ladhi yakun min ba'di-hi au anna qaula llahi ta'ala "inna llahi ya'muri-kum an tuadduu al-Amanaat ila ahli-ha)

(299)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya', daripada Ahmad bin 'Aidh, daripada Udhainah, daripada Buraid al-'Ajali berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil" Beliau a.s telah berkata: Ianya dimaksudkan kepada kami, [imam] yang pertama menyampaikan kepada imam selepasnya buku-buku, ilmu dan senjata (al-Silaah).
"Dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil" yang berada di tangan kamu. Kemudian beliau a.s telah berkata kepada orang ramai tentang firman-Nya: "Wahai mereka yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan uli l-amri di antara kamu" Ayat ini diturunkan khusus untuk kami. Dia telah memerintahkan semua muslimin sehingga hari Kiamat supaya mentaati kami. "Sekiranya kamu khuatir pertelingkahan di dalam sesuatu perkara, maka kembalilah ia kepada Allah, kepada Rasul dan uli l-amri daripada kamu". Demikianlah ia diturunkan. Bagaimana Allah memerintahkan mereka supaya mentaati wulaat al-Amri dan memberi kebenaran untuk menentang mereka? Sesungguhnya dikatakan sedemikian kepada mereka yang diperintahkan kepada mereka: "Wahai mereka yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan uli l-amri di antara kamu"

(300)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Husain bin Ali al-Wasya', daripada Ahmad bin Umar berkata: Aku telah bertanya al-Ridha a.s tentang firman Allah a.w: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanyal" Beliau a.s telah berkata: Mereka adalah para imam daripada keluarga Muhammad a.s supaya imam menyampaikan amanah kepada imam selepasnya, tiada orang lain yang dikhususkan untuknya dan tiada orang lain yang dapat mengetepikannya daripadanya.

(301)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s tentang firman Allah a.w: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanyal" Beliau a.s telah berkata: Mereka adalah para imam supaya imam menyampaikan amanah kepada imam selepasnya, tiada orang lain yang dikhususkan untuknya dan tiada orang lain yang dapat mengetepikanya daripadanya.

(302)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ishaq bin 'Ammar, daripada Ibn Abi Ya'fur, daripada al-Mu'alla bin Khanis berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanyal" Beliau a.s telah berkata: Allah telah memerintahkan imam yang pertama supaya menyerahkan kepada imam selepasnya setiap sesuatu di sisinya.

(303)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibn Mahbub, daripada al-'Alaa' bin Razin, daripada Abdullah bin Abi Ya'fur, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Seorang imam tidak akan mati sehingga beliau mengetahui orang yang akan menjadi imam selepasnya, maka beliau memberi wasiat kepadanya"

(304)-6. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar, daripada Safwan bin Yahya, daripada Ibn Abi Uthman, daripada al-Mu'alla bin Khanis, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya seorang imam mengetahui imam selepasnya, lalu beliau memberi wasiat kepadanya"

(305)-7. Ahmad, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar, daripada Abu Abdillah al-Barqi, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Sulaiman bin Khalid, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Seorang alim tidak akan mati sehingga Allah memberitahu kepadanya siapa yang beliau akan memberi wasiat kepadanya"

Bab 60

Sesungguhnya Imamah Adalah Janji Daripada Allah A.W Yang Dijanjikan Daripada Seorang Imam Kepada Seorang Imam Yang Lain A.S (anna al-Aimmata 'ahdun mina llahi a.w ma'huud min wahid ila wahid a.s)

(306)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya' berkata: Umar bin Abban telah meriwayatkan kepadaku, daripada Abu Basir berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, maka mereka telah menyebut para wasi, aku telah menyebut Isma'il, maka beliau a.s telah berkata: Demi Allah, tidak, wahai Abu Muhammad, ianya bukan untuk kita (melakukannya), ianya adalah untuk Allah a.w, Dia melantik seorang [imam] selepas seorang [imam].

(307)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Hammad bin Uthman, daripada 'Umru bin al-Asy'ath berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Adakah anda berpendapat bahawa orang yang memberi wasiat (al-Musi) di kalangan kami akan memberi wasiat kepada sesiapa yang beliau mahu? Demi Allah, tidak, tetapi janji daripada Allah dan Rasul-Nya daripada seorang lelaki kepada seorang lelaki sehingga urusan berakhir kepadanya"

* Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Hammad bin Isa, daripada Minhal, daripada 'Umru bin al-Asy'ath, daripada Abu Abdillah a.s tentang riwayat yang sama.

(308)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ali bin Muhammad, daripada Bakr bin Salih, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada 'Aitham bin Aslam, daripada Mu'awiyah bin 'Ammar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya imamah adalah janji daripada Allah yang dijanjikan kepada lelaki yang dinamakannya. Seorang imam tidak boleh mengetepikan seorang imam selepasnya. Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada Daud a.s "Ambillah seorang wasi daripada keluarga engkau kerana ketetapan telah berlaku pada ilmu-Ku yang terdahulu bahawa Aku tidak akan mengutus seorang nabi kecuali beliau mempunyai wasi daripada keluarganya. Daud mempunyai anak yang ramai. Di antara anak-anaknya ialah seorang yang masih muda, ibunya dicintai oleh Daud.
Pada suatu hari Daud telah mendatanginya ketika turunnya wahyu, maka beliau a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya Allah a.w telah mewahyukan kepadaku, memerintahkan aku supaya aku mengambil seorang wasi daripada keluargaku, lantas isterinya berkata kepadanya: Harapan agar anakku dipilih? Beliau a.s telah berkata: Itulah yang aku mahu. Tetapi telah berlaku pada ilmu Allah bahawa "beliau" adalah Sulaiman. Kemudian Allah mewahyukan kepada Daud: Janganlah kamu gopoh sebelum datang perintah-Ku. Tidak lama selepas itu, dua orang lelaki yang bertengkar mengenai kambing dan kebun anggur datang kepadanya, lalu Allah mewahyukan kepadanya: Kumpulkan anak-anak kamu, maka sesiapa yang dapat memberi hukuman di dalam masalah ini dan tepat pula, maka dia adalah wasi kamu selepas kamu". Kemudian Daud telah mengumpulkan anak-anaknya.
Manakala dua orang lelaki yang bertengkar itu menceritakan kes masing-masing, Sulaiman a.s telah berkata: Wahai pemilik kebun anggur, bilakah kambing lelaki ini telah memasuki kebun anggur anda? Dia telah berkata: Kambingnya telah memasukinya pada waktu malam. Beliau a.s telah berkata: Aku menghukum ke atas anda, wahai pemilik kambing, dengan anak-anak kambing anda dan bulu-bulunya pada tahun ini . Kemudian Daud telah berkata kepadanya: Kenapa anda tidak menghukum tengkuk-tengkuk kambing itu sendiri sedangkan Bani Israel telah menghukumnya sedemikian dan harga kebun anggur adalah sebanyak nilai kambing? Sulaiman telah berkata: Kebun anggur itu tidak dimusnahkan sepenuhnya, sesungguhnya ia dimakan sekadar kenyang sahaja dan ia akan berbuah kembali.
Maka Allah telah mewahyukan kepada Daud: Sesungguhnya penghakiman di dalam kes ini adalah mengikut hukuman Sulaiman. Wahai Daud, engkau telah kehendaki sesuatu, tetapi Kami kehendaki sesuatu yang lain". Daud telah datang kepada isterinya dan berkata: Kami kehendaki suatu perkara, tetapi Allah kehendaki suatu perkara yang lain. Justeru, sesuatu itu tidak akan berlaku melainkan apa yang dikehendaki Allah a.w. Sesungguhnya kami telah meredai dengan perintah Allah a.w dan kami menerimanya. Begitu juga dengan para wasi a.s, mereka tidak boleh melampaui perintah ini dengan memberikannya kepada orang lain.
Al-Kulaini telah berkata: Makna hadis pertama: Jika kambing itu telah memasuki kebun anggur di waktu siang, maka pemilik kambing tidak dikenakan apa-apapun kerana pemilik kambing boleh melepaskan kambingnya di waktu siang memakan rumput dan pemilik kebun anggur menjaga kebunnya. Pemilik kambing hendaklah mengikat kambingnya di waktu malam. Sementara pemilik kebun anggur pula hendaklah tidur di waktu malam.

(309)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Ibn Bukair dan Jamil, daripada 'Umru bin Mus'ab berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Adakah kamu fikir bahawa orang yang memberi wasiat di kalangan kami memberi wasiatnya kepada siapa saja yang beliau mahu? Demi Allah, tidak, tetapi ia adalah janji daripada Rasulullah s.a.w kepada seseorang, kemudian kepada seseorang sehingga berakhir kepada dirinya.

Bab 61

Sesungguhnya Para Imam A.S Tidak Pernah Melakukan Sesuatu Dan Tidak Akan Melakukan Sesuatu Melainkan Dengan Janji Allah A.W Dan Perintah DaripadaNya Serta Mereka Tidak Akan Melampauinya (anna al-Aimmata a.s lam yaf'aluu syai'an wa la yaf'aluuna illa bi-'ahdin mina llahi a.w wa-amrin min-hu la yatajawazuuna-hu)

(310)-1. Muhammad bin Yahya dan al-Husain bin Muhammad, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada Ali bin al-Husain bin Ali, daripada Ismail bin Mihran, daripada Abi Jamilah, daripada Mu'adh bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya wasiat telah turun dari langit ke atas Muhammad di dalam bentuk tulisan (kitab), tidak diturunkan ke atas Muhammad s.a.w di dalam bentuk tulisan yang dibubuh cap (kitab makhtum) melainkan wasiat. Jibrail a.s telah berkata: Wahai Muhammad, inilah wasiat anda pada umat anda di sisi ahlu Bait anda (ahl baitai-ka). Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Ahlu Baitku yang mana satu, wahai Jibrail?
Dia berkata: Orang yang dipilih oleh Allah di kalangan mereka dan zuriatnya supaya beliau mewarisi ilmu kenabian daripada anda sebagaimana diwarisi oleh Ibrahim a.s dan warisannya adalah untuk Ali a.s dan zuriat anda daripada salbinya. Beliau a.s telah berkata: Ia mempunyai beberapa cap di atasnya. Ali a.s telah membuka cap yang pertama dan mengeluarkan apa yang ada di dalamnya. Kemudian al-Hasan a.s telah membuka cap yang kedua dan melakukan apa yang diperintahkan kepadanya. Apabila al-Hasan mati dan berlalu, al-Husain a.s telah membuka cap yang ketiga, maka beliau a.s telah mendapati di dalamnya: Perangilah, bunuhlah dan anda akan dibunuh. Keluarlah dengan beberapa kumpulan untuk mati syahid. Tiada syahadah bagi mereka melainkan dengan anda. Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Husain a.s telah melakukannya. Sebelum beliau a.s mati, beliau a.s telah memberikannya kepada Ali bin al-Husain a.s.
Kemudian beliau a.s telah membuka cap yang keempat, maka beliau a.s telah mendapatinya: Diamlah dan rendahlah kepala anda di dalam diam kerana ilmu telah disembunyikan. Apabila beliau a.s mati dan berlalu, beliau a.s telah memberikannya kepada Muhammad bin Ali a.s, maka beliau a.s telah membuka cap yang kelima, maka beliau a.s telah mendapati di dalamnya: Tafsirlah Kitab Allah, perkuatkan apa yang dilakukan oleh bapa anda, wariskan kepada anak lelaki anda, bangunkan umat dan berdirilah dengan kebenaran Allah a.w, berkata benar pada masa takut dan masa aman. Janganlah anda takut melainkan Allah, maka beliau telah melakukannya.
Kemudian beliau a.s telah memberikannya kepada orang yang mengikutinya. Aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka andalah orangnya? Beliau a.s telah berkata: Tiada apa-apa bagiku kecuali anda akan pergi, wahai Mu'adh, dan anda meriwayatkannya [bagi] menentangku. Aku telah berkata: Aku pohon kepada Allah yang telah memberikan kepada anda daripada bapa-bapa anda kedudukan ini supaya memberikannya kepada anda dan anak anda seumpamanya sebelum kematian anda? Beliau a.s telah berkata: Allah telah melakukannya, wahai Mu'adh, aku telah berkata: Siapakah dia? Beliau a.s telah berkata: Ini yang sedang tidur- beliau a.s telah memberi isyarat dengan tangannya kepada seorang hamba Allah yang saleh- Beliaulah yang sedang tidur itu.

(311)-2. Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abi al-Hasan al-Kinani, daripada Ja'far bin Najih al-Kindi, daripada Muhammad bin Ahmad bin 'Ubaidillah al-'Umari daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah a.w telah menurunkan ke atas nabi-Nya s.a.w kitab sebelum kematiannya. Maka Jibrail a.s telah berkata: Wahai Muhammad, inilah wasiat engkau kepada mereka yang mulia daripada keluarga engkau (hadhihi wasiyatu-ka ila al-Nujabah min ahli-ka), baginda s.a.w telah bersabda: Siapakah yang mulia itu, wahai Jibrail? Dia berkata: Ali bin Abu Talib dan anak-anaknya a.s.
Di atas kitab itu terdapat beberapa cap daripada emas (khawatim min dhahabin), lalu Nabi s.a.w telah memberikannya kepada Amir al-Mukminin a.s dan memerintahkannya supaya memecahkan satu cap daripadanya serta beramal dengan apa yang ada di dalamnya. Lalu Amir al-Mukiminin a.s telah memecahkannya dan beramal dengan apa yang ada di dalamnya. Kemudian beliau a.s telah memberikannya kepada anak lelakinya al-Hasan a.s, lalu beliau a.s telah memecahkan satu cap dan beramal dengan apa yang ada di dalamnya. Kemudian beliau a.s telah memberikannya kepada al-Husain a.s, lalu beliau a.s telah memecahkan satu cap, lalu beliau a.s telah mendapati di dalamnya [tertulis]: Keluarlah bersama satu kumpulan kepada kesyahidan (syahadah), maka tiada syahadah bagi mereka melainkan bersama anda, juallah diri anda kepada Allah a.w, maka beliau a.s telah melakukannya.
Kemudian beliau a.s telah memberikannya kepada Ali bin al-Husain a.s, lalu beliau telah memecahkan satu cap, kemudian beliau telah mendapati di dalamnya [tertulis]: Rendahkanlah diri anda di dalam diam dan janganlah anda bercakap, tinggal di rumah anda dan sembahlah Tuhan anda sehingga kematian mendatangi anda. Maka beliau a.s telah melakukannya. Kemudian beliau telah memberikannya kepada anak lelakinya Muhammad bin Ali a.s, lalu beliau a.s telah memecahkan satu cap, lalu beliau telah mendapati di dalamnya: Bercakaplah kepada orang ramai, berilah fatwa kepada mereka dan janganlah anda takut melainkan Allah a.w kerana tiada jalan bagi seseorang (menyakiti) anda, maka beliau a.s telah melakukannya.
Kemudian beliau a.s telah memberikannya kepada anak lelakinya Ja'far a.s, lalu beliau a.s telah memecahkan satu cap, maka beliau a.s telah mendapati di dalam-nya: Bercakaplah kepada orang ramai, berilah fatwa kepada mereka, sibarlah ilmu Ahlu l-Bait anda, sokonglah bapa-bapa anda yang saleh, janganlah anda takut selain daripada Allah a.w dan anda adalah di dalam jagaan dan keamanan[Nya]. Maka beliau a.s telah melakukannya. Kemudian beliau telah memberikannya kepada anak lelakinya Musa a.s. Demikianlah Musa a.s memberikannya kepada orang selepasnya, demikianlah seterusnya sehingga kemunculan al-Mahdi a.s.

(312)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri'ab, daripada Dhurais al-Kunasi, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Humraan telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah pendapat anda tentang apa yang telah berlaku kepada Ali, al-Hasan, al-Husain, penentangan mereka, pendirian mereka dengan agama Allah dan apa yang dialami oleh mereka daripada pembunuhan mereka yang zalim terhadap mereka dan kemenangan [mereka] ke atas mereka sehingga mereka telah dibunuh dan dikalahkan? Abu Ja'far a.s telah berkata: Wahai Humaraan, sesungguhnya Allah telah menetap dan menentukan perkara tersebut [berlaku] ke atas mereka. Justeru, dengan ilmu yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w kepada mereka, maka Ali, al-Hasan dan al-Husain telah berdiri dengan teguh dan dengan ilmulah mereka telah berdiam diri [tentangnya].

(313)-4. Al- Husain bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Harith bin Ja'far, daripada Ali bin Isma'il bin Yaqtin, daripada Isa bin al-Mustafad Abi Musa al-Dharir berkata: Musa bin Ja'far a.s telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Tidakkah Amir al-Mukminin a.s penulis wasiat (katib al-Wasiyyah), Rasulullah s.a.w melakukan imlak ke atasnya. Sementara Jibrail dan para malaikat yang terdekat telah menjadi saksi? Maka beliau a.s telah merendahkan kepalanya beberapa ketika, kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Abu al-Hasan, ia sebagaimana anda telah katakan, tetapi ketika perintah (tentang wasiat itu) telah turun kepada Rasulullah s.a.w, wasiat telah turun dari sisi Allah merupakan sebuah kitab yang dicapkan (kitaban musajjalan).
Jibrail telah menurunkannya bersama malaikat daripada Allah. Jibrail telah berkata: Wahai Muhammad, perintahkan supaya sesiapa di sisi anda supaya keluar melainkan wasi anda supaya beliau menerimanya daripada kami dan memanggil kami menjadi saksi di atas penyerahannya oleh anda kepadanya, menjamin bahawa ia adalah untuknya-Iaitu Ali a.s- maka Nabi s.a.w telah memerintahkan supaya mereka yang ada di rumahnya supaya keluar selain daripada Ali dan Fatimah a.s telah berada di antara langsir dan pintu. Jibrail a.s telah berkata: Wahai Muhammad, Tuhan anda memberi salam kepada anda dan berfirman: Ini adalah kitab yang Aku telah janjikan kepada engkau, Aku menurunkannya ke atas engkau, Aku telah menjadi saksi ke atasnya dan para malaikat-Ku telah menjadi saksi ke atas engkau dan cukuplah bagiKu, wahai Muhammad, menjadi saksi. Beliau a.s telah berkata: Sendi-sendi Nabi s.a.w mulai gementar, maka baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Jibrail, Tuhanku adalah keamanan, daripadaNyalah [datangnya] keamanan dan kepadaNyalah kembali[nya] keamanan.
Memang benar apa yang difirmankan oleh Allah a.w dan Dia menunaikan janji-Nya. Berilah kepadaku kitab itu, lalu Jibrail memberikannya kepadanya dan dia memerintahkannya supaya memberikannya kepada Amir al-Mukminin a.s, maka baginda s.a.w telah bersabda kepadanya: Bacalah, lalu beliau a.s membacanya satu huruf kepada satu huruf yang lain. Kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, inilah janji Tuhanku kepadaku, Dia telah mengenakannya ke atasku dan ia adalah amanah-Nya. Aku telah menyampaikannya, aku telah menasihatinya dan aku telah melakukannya.
Maka Ali a.s telah berkata: Aku menjadi saksi kepada anda, [dengan bapaku, ibuku dan anda] dengan penyampaian itu, nasihat dan kebenaran di atas apa yang disabdakan oleh anda. Pendengaranku, penglihatanku, dagingku dan darahku menjadi saksi kepada anda. Maka Jibrail a.s telah berkata: Dan aku di kalangan mereka yang menjadi saksi kepada kamu berdua. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ali, adakah anda telah mengambil wasiatku, anda telah mengetahuinya, anda telah menjamin untuk Allah dan akan melaksankan apa yang ada di dalamnya? Ali a.s telah berkata: Ya, dengan bapaku, anda dan ibuku, aku menjaminnya dan semoga Allah menolongku dan memberi taufik kepadaku untuk melaksanakannya. Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, sesungguhnya aku mahu menjadi saksi ke atas anda di atas pelaksanaanku dengannya pada hari Kiamat.
Ali a.s telah berkata: Ya, persaksikanlah, maka Nabi s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Jibrail dan Mikail hadir di antara aku dan anda sekarang, mereka berdua hadir bersama para malaikat yang terdekat supaya mereka menjadi saksi di atas anda. Maka beliau a.s telah berkata: Ya, biarlah mereka menjadi saksi dan aku- [bersumpah] dengan bapaku, anda dan ibu anda-aku pula menjadi saksi kepada mereka. Kemudian Rasulullah s.a.w telah menjadi saksi kepada mereka. Ini adalah di antara syarat yang dikenakan oleh Nabi s.a.w dengan perintah Jibrail a.s yang diperintahkan oleh Allah supaya baginda s.a.w bersabda kepadanya: Wahai Ali, anda sempurnakan persahabatan dengan mereka yang mewalikan Allah dan Rasul-Nya, penolakan dan permusuhan dengan mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya. Penolakan terhadap mereka dengan kesabaran daripada anda, memadamkan kemarahan di atas kehilangan hak anda, perampasan khumus anda dan pencabulan kehormatan anda?
Maka beliau a.s telah berkata: Ya, wahai Rasulullah. Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Demi Yang telah membelah bijian dan menciptakan jiwa, sesungguhnya aku telah mendengar Jibrail a.s berkata kepada Nabi s.a.w: Wahai Muhammad, beritahulah kepadanya bahawa kehormatannya akan dicabuli dan ia adalah kehormatan Allah dan Rasulullah s.a.w. Janggutnya akan berlumuran dengan darah dari kepalanya dengan banyak. Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Aku telah terperanjat ketika aku memahami perkataan daripada Jibrail yang dipercayai sehingga aku telah berkata: Ya, aku telah menerimanya dan aku telah meredainya sekalipun kehormatan dicabuli, sunnah-sunnah dibekukan, Kitab dikoyakkan, Ka'bah diruntuhkan, janggutku akan berlumuran dengan darah dari kepalaku dengan banyak, aku bersabar, menghisab diri [ku] sehingga aku menghadapi anda (pada hari Kiamat).
Kemudian Rasulullah s.a.w telah memanggil Fatimah, al-Hasan dan al-Husain, melaporkannya kepada mereka sebagaimana baginda s.a.w telah melaporkannya kepada Amir al-Mukminin a.s. Kemudian mereka semua telah berkata sebagaimana kata-kata Ali a.s. Wasiat telah dicapkan dengan beberapa cap daripada emas yang tidak akan disentuhi api dan diberikan kepada Amir al-Mukminin a.s. Maka aku telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s: Dengan bapaku, anda dan ibuku, adakah anda akan menyebut apa yang tertulis di dalam wasiat itu? Maka beliau a.s telah berkata: Sunnah-sunnah Allah dan sunnah-sunnah Rasul-Nya, maka aku telah berkata: Adakah di dalam wasiat itu ditulis tentang perebutan dan penentangan mereka terhadap Amir al-Mukminin a.s?
Beliau a.s telah berkata: Ya, demi Allah, sedikit demi sedikit, huruf demi huruf, tidakkah anda mendengar firman Allah: "Sesungguhnya Kami menghidupkan mereka yang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan pada imam mubin"? Demi Allah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada Amir al-Mukminin dan Fatimah a.s: Adakah kamu berdua telah memahami apa yang aku telah kemukakannya kepada kamu berdua dan kamu berdua telah menerimanya? Mereka berdua telah berkata: Ya, kami bersabar apa yang telah menyakiti kami dan membuatkan kami marah"

Dan mengikut naskhah al-Safwani ditambah:

(314)-5. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Abdullah bin 'Abd al-Rahman al-Assam, daripada Abi Abdillah al-Bazzaz, daripada Hariz berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, alangkah sedikit waktu kewujudan kamu Ahlu l-Bait (di dunia ini) dan ajal kamu yang paling dekat di antara kamu sedangkan orang ramai berhajat kepada kamu? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya setiap orang daripada kami mempunyai mashaf yang dihajati olehnya untuk beramal dengannya pada masa hidupnya. Apabila berlalu padanya apa yang diperentahkan kepadanya, maka beliau mengetahui bahawa ajalnya telah tiba.
Maka Nabi s.a.w mendatanginya dan memberitahu kepadanya kedudukannya di sisi Allah. Sesungguhnya al-Husain a.s telah membaca mashafnya yang diberikan kepadanya dan ditafsirkan kepadanya kematiannya yang akan berlaku dan perkara-perkara yang belum dilaksanakannya. Maka beliau a.s telah keluar berperang, maka ia adalah di antara perkara yang belum berlaku. Malaikat telah memohon kepada Allah supaya menolongnya (al-Husain a.s), lalu Dia telah memberi keizinan kepada mereka. Justeru, mereka telah bersedia untuk berperang sehingga beliau a.s dibunuh, lalu mereka turun [ke bumi], tetapi masanya telah berakhir dan beliau a.s dibunuh.
Maka malaikat telah berkata: Wahai Tuhan, Engkau telah memberi keizinan kepada kami untuk turun [ke bumi] dan Engkau telah memberi keizinan kepada kami untuk menolongnya, lalu kami telah turun, tetapi Engkau telah mengambil nyawanya. Maka Allah mewahyukan kepada mereka: Tinggallah berhampiran kuburnya sehingga kamu melihatnya. Dan sesungguhnya beliau telah keluar berperang, maka tolonglah beliau dan tangisilah beliau di atas kegagalan kamu menolongnya. Sesungguhnya kamu dikhususkan untuk menolongnya dan menangis untuknya. Lantas malaikat menangis, sambil memberi takziah dan berdukacita kerana tidak menolongnya. Dan apabila beliau a.s keluar, mereka akan menjadi penolong-penolongnya"

Tidak ada komentar:

Posting Komentar