Dialog Agama
Dialog Abad Ke 5 Hijrah
MUQAATIL BIN ‘ATIYYAH
BIN MUQAATIL AL-BAKRI
5
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Diterjemahkan dari buku aslinya Kitab Muktamar Ulama‘ Baghdad
Karya Muqaatil bin
‘Atiyyah bin Muqaatil al-Bakri
Cetakan Bahasa Arab: Qum, 1399 H
____________________________________________
____________________________________________
Hak
terjemahan dilindungi undang-undang
All rights reserved
_____________________________________________
Cetakan Kedua: Julai, 1994
_____________________________________________
_____________________________________________
Edisi Bahasa Arab
Kitab Muktamar Ulama’ Baghdad, cetakan ke 3, Qum, 1399 H
___________________________________________________
Edisi Bahasa Melayu
.
Copyright @
______________________________________________
PRAKATA
Bismillahir Rahmanir Rahim
Al-Hamdulillahi Rabbi l-‘Alamin. Selawat dan salam kepada Muhammad dan keluarganya
yang suci serta para sahabat yang terpilih. Adapun kemudian daripada itu,
sesungguhnya Kitab Muktamar Ulama‘ Baghdad adalah tulisan Thiqat al-Jalil Abi
al-Hijaa’ Syibl al-Daulat Muqaatil bin ‘Atiyyah bin Muqaatil al-Bakri. Beliau adalah di kalangan mereka yang telah
menghadiri muktamar antara Ahl al-Sunnah
dan Syi‘ah di Madrasah Nizamiyyah di Baghdad pada bulan Sya‘ban (sebelum 12 haribulan Ramadan, 485 hijrah).
Iaitu tarikh kematian Nizam al-Mulk. Kemungkinan muktamar ini telah diadakan
pada bulan Sya‘ban di tahun yang sama; iaitu 485 hijrah.
Muktamar ini adalah dibawah naungan
Sultan Malik Syah Saljuqi dan diselenggarakan oleh wazirnya bernama Khawajah
Nizam al-Mulk Abi al-Hasan al-Khurasaani. Kitab
Muktamar Ulama‘ Baghdad ini dicetak oleh Hajjatu l-Islam Sayyid
Hidatatullah al-Mustarhami al-Isfahani al-Jarquuni di Qum pada tahun 1399 H
(cetakan ke 3/4). Manuskrip buku ini telah didapati di Maktabah Raja Mahmud
Abad pada tahun 1300H dengan khat penulis: Muqaatil bin ‘Atiyyah yang asalnya
bermazhab Hanafi, kemudian bertukar kepada mazhab Syi‘ah Imam Dua Belas.
Buku ini telah diberi kata pengantar
oleh Ayatullah al-‘Uzma Abi al-Mu‘aali al-Sayyid Syihab al-Din al-Husaini
al-Mar‘asyi al-Najafi. Antaranya beliau berkata: Sekiranya Ahl al-Sunnah
membacanya dengan insaf, nescaya mereka akan dapat manfaatnya”
Akhirnya beliau berkata:
“Aku berharap daripada saudara-saudaraku
di kalangan Syi‘ah keluarga Rasul s.a.w membacanya dan mengambil pencerahan
daripada cahaya-cahayanya, mudah-mudahan Allah menjaga mereka daripada setiap
penyakit, memberi taufik kepada mereka bagi mendapatkan ilmu agama dan hukum
syarak”
Muqaatil berkata: “Sesungguhnya aku
telah menghadiri muktamar dan dialog di Baghdad. Aku telah menulis setiap apa
yang berlaku di muktamar itu, tetapi aku membuang apa yang tidak perlu dan
sekarang aku mengemukakan [kepada anda] apa yang telah berlaku di muktamar itu
di dalam buku ini.
Muktamar tersebut berlangsung selama
tiga hari, diwakili oleh sepuluh orang ulama Ahl al-Sunnah dan sepuluh
orang ulama Syi‘ah yang pakar di dalam
sejarah, hadis, tafsir dan debat. Nizam al-Mulik sebagai pengurusi muktamar. Ia
telah berjalan mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui bersama oleh Ahl
al-Sunnah dan Syi‘ah, dihadiri oleh Malik Syah, ketua-ketua tentera, para ulama
dan lain-lain selama tiga hari berturut-turut.
Muktamar ini diadakan atas desakan Malik
Syah yang tidak berpuas hati dengan seorang ulama sunni yang mengkafirkan
seorang ulama Syi‘ah bernama al-Husain bin Ali al-‘Alawi, kerana baginya Sunnah
dan Syi‘ah adalah muslimun. Beliau adalah seorang yang mempunyai fikiran
terbuka, ingin mengetahui kebenaran. Di samping itu, beliau menghabiskan
masanya dengan permainan dan perburuan.
Di akhir muktamar, selepas berdialog,
beliau mengisytiharkan diri nya sebagai seorang Syi‘ah dengan meninggalkan
mazhab moyangnya Ahl al-Sunnah (Hanafi). Kerana beliau yakin bahawa kebenaran
adalah di pihak Syi‘ah.
Pada muktamar yang sama, Nizam al-Mulk
(bapa mentua penulis) mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Syi‘ah, kerana
kekuatan hujah dan dalil Syi‘ah. Kemudian diikuti pula oleh para hadirin yang
lain. Meskipun begitu, terdapat para ulama yang masih kekal dengan mazhab Ahl
al-Sunnah kerana mengikuti moyang mereka yang terdahulu. Malik Syah dan Nizam
al-Mulk yang berfikiran terbuka tidak memaksa mereka supaya mengikuti mazhab
Syi‘ah, kerana ia terserah kepada kehendak mereka.
Disebabkan kefanatikan dan kedengkian,
golongan Ahl al-Sunnah telah merancang untuk membunuh mereka berdua, kerana
mereka berdua, mengikut pandangan Ahl al-Sunnah, menjadi sebahagian faktor
pertukaran mazhab beramai-ramai daripada mazhab Ahl al-Sunnah kepada mazhab
Syi‘ah Imam Dua Belas di Baghdad.
Akhirnya mereka telah berjaya membunuh
Nizam al-Mulk pada 12 haribulan Ramadan 485 hijrah. Kemungkinan beberapa minggu
selepas diadakan muktamar di Madrasah Nizamiyyah. Kemudian mereka membunuh pula
Malik Syah Saljuqi. Mereka berdua telah dibunuh pada jalan Allah, kerana
mengikuti kebenaran mazhab Syi‘ah, mazhab Ahl al-Bait Rasulullah s.a.w. Semoga
Roh mereka diberkati Allah. Terjemahan buku ini adalah khusus untuk mereka yang
berpegang kepada mazhab Syi‘ah Imam Dua Belas atau mazhab Ja‘fari SAHAJA.
Penterjemah:
24 hb. Jun, 1994.
KANDUNGAN
PRAKATA 3
BAHAGIAN PERTAMA
9
Pendahuluan, Latar Belakang Malik Syah Dan Nizam
al-Mulk, Sebab Yang Mencetuskan Dialog,
Dialog Raja Dengan Wazirnya Tentang Syi‘ah, Cadangan Bagi Mengadakan
Dialog Antara Sunnah Dan Syi‘ah, Demi Kebenaran, Syarat-Syarat Dialog Dan
Lain-Lain.
Pendahuluan 9
Latar belakang
Malik Syah dan Nizam al-Mulk 9
Sebab yang
mencetuskan dialog 10
Dialog raja
dengan wazirnya tentang Syi‘ah 10
Cadangan bagi
mengadakan dialog antara Sunnah dan Syi‘ah
11
Keengganan Nizam
al-Mulk untuk mengadakan dialog 11
Desakan raja Malik
Syah supaya diadakan dialog 11
Dem i
kebenaran 11
Penawar dan
penyelesaiannya 12
Kekhuatiran Nizam
al-Mulik untuk mengadakan muktamar 12
Persedian dialog
hanya lima belas hari 13
Syarat-syarat
dialog 13
Pembukaan
muktamar 13
Dialog tentang
sahabat 14
Wazir mahu campur
tangan 14
Al-‘Abbasi
cuba mendapat Sokongan Raja 15
Rasul Mencaci Abu
Bakr dan Umar 15
Raja meminta
penjelasan 16
Raja meminta
pertukaran tajuk 16
Al-Qur’an 16
Raja meminta
penjelasan 17
BAHAGIAN KEDUA 18
Khalifah, Raja Meminta Penjelasan, Mengikuti
Mereka Terdahulu, Khalifah Rasulullah, Penyelewengan al-Qur’an, Raja Meminta
Pertukaran Tajuk, Sifat Tuhan, Muhkamah Dan Mutasyaabihah Dan Lain-Lain.
Khalifah 18
Raja meminta
penjelasan 19
Mengikuti mereka
terdahulu 19
Khalifah Rasulullah 19
Raja meminta
penjelasan 20
Raja meminta
pertukaran tajuk 20
Penyelewengan
al-Qur’an 20
Raja meminta
pertukaran tajuk 21
Sifat Tuhan 22
Raja meminta
penjelasan 22
Muhkamah dan mutasyaabihah 23
Raja meminta
pertukaran tajuk 24
Penyelewengan dan
kebatilan Ahl al-Sunnah 24
Raja meminta
penjelasan 25
Rasulullah s.a.w
syak pada kenabiannya 25
Raja meminta
penjelas
Mencaci
Rasulullah s.a.w 25
Raja
mencelah 26
Khurafat-khurafat
Ahl al-Sunnah 26
Raja meminta
pertukaran tajuk 27
Mengaitkan
perkara yang tidak layak 27
Raja
mencelah 28
Raja meminta
pertukaran tajuk 28
Syi‘ah
mengingkari iman mereka bertiga 29
BAHAGIAN
KETIGA 32
Dalil Tidak Berimannya Abu Bakr, Raja Mencelah,
Dalil Tidak Berimannya Umar, Raja Meminta Penjelasan, Al-‘Abbasi Cuba
Menghalang Raja Dari Menukar Mazhab, Saat-Saat Kesusahan Menimpa Al-‘Abbasi,
Raja Meminta Penjelasan Dan Lain-Lain.
Dalil tidak
berimannya Abu Bakr 32
Raja
mencelah 32
Dalil tidak
berimannya Umar 33
Raja meminta
penjelasan 33
Al-‘Abbasi cuba
menghalang raja dari menukar mazhab 34
Saat-saat
kesusahan menimpa al-‘Abbasi 34
Dalil tidak
berimannya Uthman 34
Raja meminta
penjelasan 35
Menjadi khalifah
dengan wasiat Umar 35
Hadis sepuluh
orang dijamin syurga adalah palsu 36
Raja meminta
penjelasan 37
Apakah syaitan
memaafkan orang yang bercakap benar? 37
Al-‘Alawi
bersedia untuk membawa kitab-kitab rujukan
37
Raja meminta
penjelasan 38
Mencaci
sahabat 38
Kata-kata semua
sahabat adil satu pembohongan 38
Bagaimana kaum
muslimin mengambil mereka sebagai khalifah dan mengikuti mereka 38
Raja meminta
pertukaran tajuk 39
Kesamaran Ahl
al-Sunnah 39
Syi‘ah mengikuti
khalifah Rasulullah s.a.w 40
Sebab Ali a.s
tidak layak menjadi khalifah 40
Orang ramai adalah
lebih alim daripada Allah dan Rasul? 40
BAHAGIAN
KEMPAT 42
Kelayakan Ali A.S Menjadi Khalifah, Raja Meminta
Penjelasan,
Penentangan Umar Terhadap Rasulullah S.A.W, Raja
Meminta Penjelasan, Raja Mencelah, Raja Tertarik Tentang Mut‘ah, Raja Meminta
Hadirin Turut Berdialog Dan Lain-Lain.
Kelayakan Ali a.s
menjadi khalifah 42
Raja meminta
penjelasan 43
Penentangan Umar
terhadap Rasulullah s.a.w 44
Raja meminta
penjelasan 46
Raja
mencelah 46
Raja tertarik
tentang mut‘ah 47
Raja meminta para
hadirin turut berdialog 48
Raja meminta
pertukaran tajuk 48
Pembukaan
Umar 48
Raja memarahi
pembukaan Umar dan seumpamanya 49
Raja meminta
al-‘Abbasi menjawab 49
Ikutilah khalifah
Rasulullah s.a.w yang sah 49
Pembukaan Ali bin
Abu Talib 50
Sebab-sebab
kebencian kepada Abu Bakr 50
Raja meminta
penjelasan 50
Jenayah Khalid
bin al-Walid dan zinanya 51
Umar mahu
membunuh Khalid, Abu Bakr menegahnya 51
Raja meminta
penjelasan 52
BAHAGIAN
KELIMA 53
Ahl Al-Sunnah Merupakan Musuh-Musuh Ali Bin Abu
Talib?, Abu Talib Seorang Mukmin, Raja Meminta Penjelasan, Al-‘Abbasi Mengakui
Abu Bakr Telah Bersalah, Raja Menjadi Hairan, Abu Bakr Dan Umar Merampas Fadak
Daripada Fatimah, Kebenaran Bersama Syi‘ah Dan Lain-Lain.
Ahl al-Sunnah
merupa musuh-musuh Ali bin Abu Talib?
53
Abu Talib seorang
mukmin 53
Raja meminta
penjelasan 54
Perasaan dengki
Ahl al-Sunnah terhadap Ali bin Abu Talib a.s
54
Raja meminta
penjelasan 54
Al-‘Abbasi
mengakui Abu Bakr telah bersalah 55
Raja
mencelah 55
Raja meminta
penjelasan 56
Fatimah a.s
memarahi Abu Bakr dan Umar 56
Raja meminta
penjelasan 56
Raja menjadi
hairan 57
Abu Bakr dan Umar
merampas Fadak daripada Fatimah a.s 57
Raja
mencelah 57
Rasul s.a.w
melantik khalifah-khalifah selepasnya 58
Raja meminta
penjelasan 58
Nama-nama Imam
Dua Belas 58
Raja meminta
penjelasan 59
Bagaimana manusia
boleh kekal dalam masa yang begitu panjang?
59
Raja meminta
penjelasan 59
Al-‘Abbasi
khuatir orang awam cenderung kepada Syi‘ah
59
Raja meminta
penjelasan 61
Para imam mazhab
empat 61
Mazhab
Ja‘fari 61
Mati sebagai
seorang jahiliyah 62
Raja meminta
penjelasan 62
Kebenaran bersama
Syi‘ah 63
Raja
mengisytiharkan diri sebagai seorang Syi‘ah
63
Wazir
mengisytiharkan diri sebagai seorang Syi‘ah
64
Sebahagian mereka
kekal di atas mazhab mereka 64
Rancangan
jahat 64
Kematian Nizam
al-Mulk dan Malik Syah Saljuqi 64
Sebuah
qasidah 65
Aku menghadiri
muktamar dan dan menulis buku ini 65
Bibliografi 66
Indeks 68
BAHAGIAN
PERTAMA
Bismillahir Rahmanir Rahim
Pendahuluan, Latar Belakang Malik Syah Dan Nizam
al-Mulk, Sebab Yang Mencetuskan Dialog,
Dialog Raja Dengan Wazirnya Tentang Syi‘ah, Cadangan Bagi Mengadakan
Dialog Antara Sunnah Dan Syi‘ah, Demi Kebenaran, Syarat-Syarat Dialog Dan
Lain-Lain.
Pendahuluan
Segala puji bagi Allah, selawat dan
salam kepada Muhammad yang berbangsa Arab diutuskan sebagai rahmat kepada
semesta alam dan keluarganya yang suci serta para sahabatnya yang setia.
Wa
ba‘du, dan selepas itu,
maka ini adalah Kitab Muktamar Ulama’
Baghdad sebagai hasil dialog di antara Sunnah dan Syi‘ah yang telah
dianjurkan oleh raja yang disegani Malik Syah Saljuqi di bawah penyeliaan
seorang alim yang juga disegani wazir Nizam al-Mulk.
Latar Belakang Malik Syah Dan Nizam al-Mulk
Sesungguhnya Malik Syah bukanlah seorang
yang fanatik buta, mengikut bapa-bapa dan moyang-moyangnya dengan perasaan
asabiah buta. Malah beliau adalah seorang pemuda yang mempunyai minda terbuka,
cintakan ilmu dan para ulama. Pada masa yang sama beliau leka dengan permainan
dan perburuan.
Wazirnya Nizam al-Mulk adalah seorang
lelaki yang bijaksana dan zuhud, mempunyai kemahuan yang kuat, mencintai
kebaikan dan ahlinya. Sentiasa ingin mengetahui hakikat sesuatu perkara. Beliau
amat mencintai keluarga Rasulullah s.a.w. Beliaulah yang telah mengasaskan
Madrasah Nizamiyyah di Baghdad. Beliau telah memberi gaji bulanan kepada ahli
ilmu. Dan beliau mengasihani golongan
fakir dan miskin.
Sebab Yang Mencetuskan Dialog
Pada suatu hari seorang alim yang
masyhur bernama al-Husain bin Ali al-‘Alawi, seorang pemuka ulama Syi‘ah telah
datang kepada Malik Syah. Manakala beliau keluar dari sisi Malik Syah, seorang
di kalangan hadirin telah
memperolok-olokkannya dan menjeling kepadanya, maka Malik Syah berkata: Kenapa
anda telah memperolok-olokkannya? Lelaki itu berkata: Tidakkah anda mengetahui,
wahai raja, bahawa dia adalah di kalangan golongan kafir di mana Allah telah
memurkai dan melaknati mereka? Raja berkata di dalam keadaan hairan, kenapa?
Tidakkah dia seorang muslim?
Lelaki itu berkata: Tidak, dia adalah
seorang Syi‘ah!
Raja berkata:
Apakah pengertian Syi‘ah? Tidakkah Syi‘ah satu golongan daripada golongan
muslimin?
Lelaki itu
berkata: Tidak, sesungguhnya mereka tidak mengakui khilafah Abu Bakr, Umar dan Uthman.
Raja berkata: Adakah di sana orang Islam
yang tidak mengakui kepimpinan mereka bertiga?
Lelaki itu berkata: Ya, mereka itu
adalah Syi‘ah.
Raja berkata: Jika mereka tidak mengakui
kepimpinan para sahabat tersebut, kenapa orang ramai menamakan mereka muslimin?
Lelaki itu berkata: Justeru itu, aku
telah berkata kepada anda bahawa sesungguhnya mereka adalah kafir…, maka raja
berfikir dengan serius, kemudian berkata: Wazir Nizam al-Mulk mesti datang bagi
menjelaskan hal ini.
Dialog Raja Dengan Wazirnya Tentang Syi‘ah
Raja telah memerintahkan Nizam al-Mulik
supaya datang kepadanya dan bertanya kepadanya tentang Syi‘ah: Adakah mereka
muslimun?
Nizam al-Mulk berkata: Ahl al-Sunnah
berselisih pendapat, maka sebahagian mereka berkata bahawa Syi‘ah adalah
muslimun, kerana mereka mengucap “Tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya
Muhammad adalah pesuruh Allah, mereka sembahyang dan mereka berpuasa. Sebahagian
lain pula berkata bahawa sesungguhnya mereka adalah kafir.
Raja berkata: Berapakah bilangan mereka?
Nizam al-Mulk berkata: Aku tidak menghitung bilangan mereka dengan tepat,
tetapi mereka mewakili separuh bilangan muslimin lebih kurang (taqriiban)[1].
Raja berkata: Adakah separuh muslimin
kafir? (fa-hal nisfu muslimin kuffaar).
Wazir berkata: Ahli ilmu menganggapkan mereka kafir, tetapi aku tidak
mengkafirkan mereka.
Cadangan Bagi Mengadakan Dialog Antara Sunnah Dan
Syi‘ah
Raja berkata: Adakah anda, wahai wazir,
boleh mengumpulkan para ulama Syi‘ah dan Sunnah supaya kita dapat mengetahui
hakikat sebenar?
Wazir berkata: Ini adalah satu perkara
yang susah, aku khuatir keselamatan raja
dan negaranya!.
Raja berkata: Kenapa?
Keengganan Nizam Al-Mulk Untuk Mengadakan Dialog
Wazir berkata: Kerana persoalan Syi‘ah
dan Sunnah bukanlah perkara yang mudah, malah ia adalah persoalan hak dan
batil. Sesungguhnya darah telah banyak mengalir kerananya, banyak perpustakaan
dibakar kerananya, wanita-wanita ditawan kerananya, kitab-kitab banyak dikarang
kerananya dan telah berlaku peperangan kerananya.
Desakan Raja Malik Syah Supaya Diadakan Dialog
Raja yang muda itu merasa hairan tentang
keadaan ini, lalu beliau berfikir dengan serius, kemudian berkata: Wahai wazir,
sesungguhnya anda mengetahui bahawa Allah telah mengurniakan kepada kita kerajaan yang besar, tentera yang ramai, maka
kita wajib bersyukur kepada Allah di atas nikmat ini dan kesyukuran kita itu
adalah dengan mengetahui hakikat
sebenar; kita menunjuk orang yang sesat kepada jalan yang benar.
Demi Kebenaran
Pasti salah satu daripada dua golongan
ini di atas kebenaran dan yang satu lagi di atas kebatilan, kita mesti
mengetahui kebenaran, maka kita
mengikutnya dan kita mesti mengetahui kebatilan, maka kita meninggalkannya.
Justeru itu, anda hendaklah menyediakan, wahai wazir, muktamar seumpama ini
dengan kehadiran para ulama Syi‘ah dan Sunnah, kehadiran ketua-ketua tentera,
penulis-penulis dan semua pembesar negara. Apabila kita melihat bahawa
sesungguhnya kebenaran itu bersama Ahl al-Sunnah, maka kita masukkan Syi‘ah
kepada Ahl al-Sunnah dengan kekuatan.
Wazir berkata: Apabila Syi‘ah tidak mahu
memasuki mazhab Ahl al-Sunnah apakah anda akan melakukannya?
Raja berkata: Kita bunuh mereka!
Wazir berkata: Adakah boleh membunuh
separuh bilangan muslimin?
Penawar Dan Penyelesaiannya?
Raja berkata: Apakah penawar dan
penyelesaian?
Wazir berkata: Anda tinggalkan perkara ini.
Dialog di antara raja dan wazirnya yang bijaksana telah
berakhir, tetapi raja telah menghabiskan masa satu malam berfikir dengan serius
mengenainya tanpa tidur sehingga pagi. Bagaimana perkara yang penting ini tidak
dipatuhi? Pada pagi hari raja telah memanggil Nizam al-Mulk dan berkata
kepadanya: Baiklah kita memanggil ulama dua golongan itu, kita akan melihat
sepanjang perbincangan di antara dua golongan itu, kebenaran di pihak mana.
Apabila kebenaran bersama mazhab Ahl al-Sunnah, kita menyeru Syi‘ah dengan
hikmah, nasihat yang baik dan kita menggalakkan mereka dengan harta dan pangkat
sebagaimana Rasulullah s.a.w telah melakukannya kepada golongan yang dijinakkan
hati mereka (muallaf). Dengan itu kita boleh berkhidmat kepada Islam dan kaum
muslimin.
Kekhuatiran Nizam Al-Mulik Untuk Mengadakan
Muktamar
Wazir berkata: Pendapat anda itu baik,
tetapi sesungguhnya aku khuatir tentang muktamar ini!
Raja berkata: Kenapa khuatir?
Wazir berkata: Aku khuatir Syi‘ah akan
mengalahkan Ahl al-Sunnah dan hujah-hujah mereka mengatasi hujah-hujah kita,
justeru itu, orang ramai akan terjatuh di dalam syak dan kesamaran!
Raja berkata: Adakah itu boleh terjadi?
Wazir berkata: Ya, kerana Syi‘ah mempunyai
dalil-dalil yang pemutus, hujah-hujah yang terserlah daripada al-Qur’an dan
hadis-hadis yang membenarkan mazhab
mereka dan kebenaran akidah mereka![2].
Persedian Dialog Hanya Lima Belas Hari
Raja tidak berpuas hati dengan jawapan
wazirnya, lalu berkata kepadanya: Tidak dapat dielakkan daripada mengadakan
dialog di antara dua golongan itu supaya kebenaran terserlah kepada kita dan
kita membezakannya dari kebatilan. Kemudian wazir meminta tangguh sebulan bagi
melaksanakan perintahnya, tetapi raja yang muda itu tidak menerima penangguhan
itu. Dan akhirnya beliau menentukan masa hanya lima belas hari sahaja.
Di dalam lima belas hari, wazir Nizam
al-Mulk telah mengumpulkan sepuluh orang lelaki di kalangan ulama Ahl al-Sunnah
yang besar, pakar di dalam bidang sejarah, fikah, hadis, Usul dan debat.
Sebagaimana beliau mengumpulkan sepuluh orang ulama di kalangan Syi‘ah yang besar.
Syarat-Syarat Dialog
Dialog adalah pada bulan Sya‘ban[3] di
Madrasah Nizamiyyah di Baghdad dan beliau telah menetapkan bahawa muktamar
diadakan dengan syarat-syarat berikut:
Pertama: Perbincangan akan berterusan
daripada waktu pagi sehingga petang dikecualikan pada masa sembahyang, makan
dan rehat.
Kedua: Perbincangan mestilah
bersandarkan kepada rujukan-rujukan yang dipercayai dan kitab-kitab yang
muktabar, bukan secara dengar kata orang
atau propaganda.
Ketiga: Perbincangan yang berlaku di
muktamar ini hendaklah ditulis.
Pembukaan Muktamar
Pada hari yang ditetapkan, raja,
wazirnya dan ketua-ketua tenteranya duduk dan para ulama Ahl al-Sunnah duduk di
kanannya. Sementara para ulama Syi‘ah duduk di kirinya. Wazir Nizam al-Mulk
telah membuka muktamar dengan Bismillahir
Rahmanir Rahim, selawat kepada Muhammad dan keluarganya serta para
sahabatnya. Kemudian beliau berkata: Dialog mestilah bersih, dan matlamatnya
adalah untuk mencari kebenaran. Justeru itu, janganlah menyebut seorang sahabat
Rasulullah s.a.w dengan cacian atau kejahatan.
Dialog Tentang Sahabat
Pembesar ulama Ahl al-Sunnah bernama
Syeikh al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya aku tidak boleh berbincang dengan
mazhab yang mencaci semua sahabat.
Pembesar ulama Syi‘ah bernama al-Husain
bin Ali dikenali dengan al-‘Alawi berkata: Siapakah yang mengkafirkan semua
sahabat?
Al-‘Abbasi berkata: Kamu Syi‘ahlah yang
mengkafirkan semua sahabat (yukaffiruuna
kulla al-Sahabat).
Al-‘Alawi berkata: Kata-kata anda ini
menyalahi kenyataan. Tidakkah di kalangan para sahabat itu adalah Ali a.s,
al-‘Abbas, Salman Ibn ‘Abbas, al-Miqdad, Abu Dhar dan lain-lain, adakah kami
Syi‘ah mengkafirkan mereka?
Al-‘Abbasi berkata: Aku maksudkan dengan
semua sahabat itu adalah Abu Bakr, Umar, Uthman dan pengikut-pengikut mereka.
Al-‘Alawi berkata: Anda telah bercanggah
dengan diri anda sendiri, tidakkah ahli ilmu Mantiq menetapkan bahawa (mujibat juz’iyyah bertentangan dengan (saalibat Kulliyyah), anda berkata pada
satu ketika bahawa Syi‘ah mengkafirkan semua sahabat dan anda berkata pula
bahawa Syi‘ah mengkafirkan sebahagian sahabat.
Wazir Mahu Campur Tangan
Di sini Nizam al-Mulk mahu bercakap,
tetapi seorang alim Syi‘ah tidak membiarkannya, lalu berkata: Wahai wazir yang
mulia, tiada seorang yang berhak bercakap melainkan apabila kami lemah dari
menjawabnya. Jika tidak, ia akan bercampur-aduk dengan perbincangan dan
mengeluarkan percakapan dari tempatnya, tanpa keputusan.
Kemudian seorang alim Syi‘ah berkata:
Ternyata, wahai al-‘Abbasi, bahawa kata-kata anda bahawa Syi‘ah mengkafirkan
semua sahabat adalah pembohongan yang jelas.
Al-‘Abbasi tidak dapat menjawabnya, maka
mukanya kemerahan kerana malu, kemudian berkata: Tinggalkan kami daripada
perkara ini, tetapi adakah kamu Syi‘ah mencaci Abu Bakr, Umar dan Uthman?
Al-‘Alawi
berkata: Sesungguhnya di kalangan Syi‘ah ada golongan yang mecaci mereka dan
ada golongan yang tidak mencaci mereka.
Al-‘Abbasi berkata: Dan anda, wahai
al-‘Alawi, daripada golongan mana?
Al-‘Alawi berkata: Di kalangan mereka
yang tidak mencaci sahabat, tetapi aku berpendapat bahawa sesungguhnya golongan
yang mencaci sahabat mempunyai logik mereka. Dan cacian mereka kepada mereka
bertiga tidak membawa kepada apa-apa; tidak kafir, tidak fasiq dan tidak pula
berdosa kecil [4].
Al-‘Abbasi
berkata: Adakah anda telah mendengar, wahai raja, apa yang sedang dikatakan
oleh lelaki ini?
Al-‘Abbasi Cuba
Mendapat Sokongan Raja
Al-‘Alawi berkata: Wahai al-‘Abbasi,
sesungguhnya percakapan yang anda tujukan kepada raja itu adalah satu
kesalahan, kerana raja mengumpulkan kita untuk berbincang dengan hujah dan
dalil, bukan dengan hukuman senjata dan
kekuatan.
Raja berkata: Apa yang dikatakan oleh
al-‘Alawi itu adalah betul, apakah jawapan anda, wahai al-‘Abbasi?
Al-‘Abbasi berkata: Jelas sekali bahawa
barangsiapa yang mencaci sahabat adalah kafir.
Al-‘Alawi berkata: Ia jelas di sisi anda
dan bukan di sisiku, apakah dalil kekafiran orang yang mencaci sahabat berdasarkan
ijtihad dan dalil, adakah anda mengakui bahawa orang yang dicaci oleh Rasul
berhak dicaci?
Al-‘Abbasi berkata: Aku mengakuinya.
Rasul Mencaci Abu Bakr Dan Umar
Al-‘Alawi berkata: Maka Rasul telah
mencaci Abu Bakr dan Umar.
Al-‘Abbasi berkata: Di manakah beliau
s.a.w telah mencaci mereka? Ini adalah pembohongan terhadap Rasulullah.
Al-‘Alawi berkata: Ahli sejarah di
kalangan Ahl al-Sunnah telah menyebut bahawa Rasul telah menyediakan tentera di
bawah pimpinan Usamah dan beliau s.a.w telah menjadikan Abu Bakr dan Umar di
dalamnya dan bersabda: Allah melaknati
orang yang mengundurkan diri daripada tentera Usamah” (La‘ana llahu man takhallafa ‘an jaisyi Usamah) Kemudian Abu Bakr
dan Umar telah mengundurkan diri[5]daripada
tentera Usamah. Justeru itu, laknat Rasul meliputi mereka. Barangsiapa yang
dilaknati Rasul, maka berhak bagi orang muslim melaknatinya pula.
Di sini al-‘Abbasi menggelingkan kepalanya tanpa berkata apa-apa.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata
kepada wazir: Adakah apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi itu benar?
Wazir berkata: Ahli Tawaarikh telah
menyebutnya[6].
Al-‘Alawi berkata: Jika mencaci sahabat
adalah haram, kenapakah kamu tidak mengkafirkan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan, kamu
tidak menghukum kefasikannya dan kejahatannya, kerana dia telah mencaci Imam
Ali bin Abu Talib a.s selama empat puluh tahun. Kemudian cacian kepadanya
berterusan kepada tujuh puluh tahun? [7]
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Potong percakapan ini dan
bercakaplah tentang tajuk yang lain.
Al-Qur’an
Al-‘Abbasi berkata: Di antara
bid‘ah-bid‘ah kamu Syi‘ah bahawa kamu
tidak mengakui al-Qur’an!
Al-‘Alawi berkata: Malah bid‘ah-bid‘ah
kamu Ahl al-Sunnah bahawa kamu tidak mengakui al-Qur’an. Dalilnya kamu berkata:
Sesungguhnya al-Qur’an telah dikumpulkan oleh Uthman, adakah Rasul jahil apa
yang dilakukan oleh Uthman; beliau s.a.w tidak mengumpulkan al-Qur’an sehingga
Uthman datang dan mengumpulkannya, kemudian beliau berkata: Bagaimana al-Quran
tidak dikumpulkan pada zaman Nabi sedangkan Nabi memerintahkan kaumnya dan para
sahabatnya supaya mengkhatamkan al-Qur’an dan bersabda: Barangsiapa yang mengkhatamkan al-Qur’an baginya pahala” Adakah boleh
Nabi s.a.w memerintahkan supaya al-Qur’an dikhatamkan sedangkan ia belum
dikumpulkan, dan adakah kaum muslimin di dalam kesesatan sehingga Uthman
menyelamatkan mereka? [8]
Raja Meminta
Penjelasan
Raja berkata kepada wazirnya: Adakah
benar kata-kata al-‘Alawi bahawa al-Qur‘an dikumpulkan oleh Uthman?
Wazir berkata: Demikianlah ahli Tafsir
dan Tawaarikh menyebutnya[9].
Al-‘Alawi berkata: Ketahuilah, wahai
raja, sesungguhnya Syi‘ah percaya bahawa
al-Qur’an telah dikumpulkan pada masa Rasul sebagaimana kamu melihatnya
sekarang, tanpa kurang meskipun satu huruf, tanpa penambahan meskipun satu
huruf. Adapun Ahl al-Sunnah berkata: Sesungguhnya al-Qur’an telah ditambah dan
dikurangkan, didahului dan dikemudiankan. Sesungguhnya Rasul tidak
mengumpulkannya, tetapi Uthmanlah yang telah mengumpulkannya apabila beliau
memegang jawatan khalifah.
BAHAGIAN KEDUA
Khalifah, Raja Meminta Penjelasan, Mengikuti
Mereka Terdahulu, Khalifah Rasulullah, Raja Meminta Pertukaran Tajuk,
Penyelewengan al-Qur’an, Sifat Tuhan, Muhkamah Dan Mutasyaabihah Dan Lain-Lain.
Khalifah
Al-‘Abbasi berkata: (Dia telah mengambil
peluang): Adakah anda telah mendengar, wahai raja, sesungguhnya lelaki ini
tidak menamakan Uthman khalifah, dia menamakannya amir sahaja.
Al-‘Alawi berkata: Ya, Uthman bukanlah
seorang khalifah.
Raja berkata: Kenapa?
Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya Syi‘ah
percaya kebatilan khilafah Abu Bakr, Umar dan Uthman!
Raja berkata: (Dengan hairan dan tanda tanya)
kenapa?
Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya Uthman
telah dilantik melalui enam ahli majis syura
[10]
yang ditetapkan oleh Umar. Semua ahli majlis syura yang enam tidak melantik Uthman, hanya beliau dilantik oleh
tiga atau dua orang daripada mereka. Justeru itu, kesahihan Uthman bergantung
kepada Umar. Dan Umar berkuasa melalui wasiat Abu Bakr. Justeru itu, kesahihan
Umar bergantung kepada Abu Bakr. Abu Bakr berkuasa melalui perlantikan kumpulan
yang kecil di bawah penguasaan pedang dan kekuatan. Lantaran itu, kesahihan khilafah Abu Bakr bergantung kepada
senjata dan kekuatan. Lantaran itu, Umar berkata tentang haknya: Baiah orang
ramai kepada Abu Bakr adalah sercara faltatan
jahiliyah[11].
Allah telah menjaga muslimin akan kejahatannya. Barangsiapa yang kembali
kepadanya, maka kamu bunuhlah dia.
Abu Bakr sendiri berkata: Pecatlah aku,
kerana aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu sedanagkan Ali di sisi kamu. Justeru itu, Syi‘ah percaya
bahawa khilafah mereka bertiga adalah
batil daripada asasnya.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar
apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi tentang kata-kata Abu Bakr dan Umar?
Wazir berkata: Ya, demikianlah apa yang
disebutkan oleh ahli sejarah![12]
Mengikuti Mereka Terdahulu
Raja berkata: Kenapakah kita menghormati
mereka bertiga?
Wazir berkata: Kerana mengikuti mereka
terdahulu yang baik (al-Salaf al-Salih)!
Al-‘Alawi berkata kepada raja: Wahai
raja, katakanlah kepada wazir: Adakah kebenaran lebih berhak diikuti atau orang
yang terdahulu (al-Salaf al-Salih)?
Tidakkah mengikuti mereka terdahulu (Salaf) yang menyalahi kebenaran itu
terkandung di dalam firman Allah dalam Surah al-Zukhruf (43): 23 “Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kami
menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka”?!
Khalifah Rasulullah
Raja berkata: (Ditujukan kepada
al-‘Alawi) Jikalaulah mereka bertiga bukan khalifah Rasulullah, maka siapakah
khalifah Rasulullah?
Al-‘Alawi berkata: Khalifah Rasulullah
adalah Imam Ali bin Abu Talib.
Raja berkata: Kenapa dia menjadi
khalifah?
Al-‘Alawi berkata: Kerana Rasul telah
menentukannya sebagai khalifah selepasnya. Rasul telah memberi isyarat kepada khilafahnya pada tempat yang banyak. Di
antaranya di satu tempat di antara Makkah dan Madinah bernama Ghadir Khum [13].
Beliau s.a.w telah mengangkat tangan Ali dan bersabda kepada muslimin: Barangsiapa yang telah menjadikan aku
maulanya, maka Ali adalah maulanya, wahai Tuhanku, hormatilah orang yang
mewalikannya dan tentanglah orang yang bermusuhan dengannya, tolonglah orang
yang menolongnya, hinalah orang yang menghinanya”.
Kemudian beliau s.a.w turun dari mimbar
dan berkata kepada kaum muslimin- Bilangan mereka melebihi seratus dua puluh
ribu orang-Berilah salam kepada Ali untuk
kepemimpinan muslimin” Mereka telah
datang kepada Ali seorang demi seorang seraya berkata kepada Ali: Al-Salamu ‘alaika ya Amir al-Mu’minin.
Kemudian Abu Bakr dan Umar datang, lalu memberi salam kepada Ali a.s bagi
kepemimpinan muslimin. Umar berkata: Alangkah beruntungnya anda wahai Ibn Abi
Talib, anda telah menjadi maulaku dan
maula semua mukmin dan mukminat[14].
Justeru itu, khalifah yang sah bagi Rasulullah adalah Ali bin Abu Talib.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazirnya: Adakah
benar apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi?
Wazir berkata: Ya, demikianlah ahli
sejarah dan ahli tafsir telah menyebutnya.
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan
bercakaplah tentang tajuk yang lain.
Penyelewengan Al–Qur’an
Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnhya Syi‘ah
berkata tentang penyelewengan al-Qur’an (tahriif).
Al-‘Alawi berkata: Malah ia masyhur di
sisi kamu, wahai Ahl al-Sunnah, sesungguhnya kamu berkata tentang penyelewengan
al-Qur’an![15]
Al-‘Abbasi berkata: Ini adalah
pembohongan yang jelas.
Al-‘Alawi berkata: Tidakkah kamu
meriwayatkan di dalam kitab-kitab kamu bahawa sesunggunya ayat tentang al-Gharaaniq telah turun ke atas
Rasulullah, kemudian ia dimansuhkan dan dibuang daripada al-Qur’an?
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar
apa yang didakwa oleh al-‘Alawi?
Wazir berkata: Ya, demikianlah telah
disebutkan oleh ahli Tafsir.
Raja berkata: Bagaimana dipegang atau
dipercayai Qur’an yang diselewengkan?
Al-‘Alawi berkata: Ketahuilah, wahai
raja, sesungguhnya kami tidak berkata sedemikian. Sesungguhnya ini adalah
pendapat Ahl al-Sunnah. Justeru itu, al-Qur’an di sisi kami boleh dipercayai,
tetapi al-Qur’an di sisi Ahl al-Sunnah tidak boleh berpegang kepadanya!
Al-‘Abbasi berkata: Beberapa hadis
terdapat di dalam kitab-kitab kamu dan daripada para ulama kamu?
Al-‘Alawi berkata: Hadis-hadis itu,
pertamanya: Sedikit, kedua: Ia adalah mauduk
dan dipalsukan di mana musuh-musuh Syi‘ah telah menciptakannya untuk
mencemarkan imej Syi‘ah. Ketiga: Perawi-perawinya dan sanad-sanadnya tidak
benar. Dan apa yang dipindahkan daripada ulama, maka ia tidak boleh dipegang.
Sesungguhnya para ulama kami yang besar di mana kami berpegang kepada pendapat
mereka, tidak berkata tentang penyelewengan al-Qur’an (tahriif). Mereka tidak menyebut ayat-ayat al-Qur’an tentang pujian
kepada berhala-berhala sebagaimana kamu menyebutnya bahawa kamu berkata: Dia
berfirman[16]:
Itulah al-Gharaaniq yang tinggi
Daripadanyalah syafaat
diharap-harapkan
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan
bercakaplah tentang tajuk yang lain.
Sifat Tuhan
Al-‘Alawi berkata: Ahl al-Sunnah
mengaitkan kepada Allah perkara yang tidak layak dengan kebesaran-Nya.
Al-‘Abbasi berkata: Seumpama apa?
Al-‘Alawi berkata: Umpamanya mereka
berkata: Sesungguhnya Allah mempunyai jisim seperti manusia ketawa dan
menangis, bagi-Nya tangan, kaki, mata, aurat dan kemasukan satu kaki-Nya ke
dalam neraka pada hari Kiamat[17],
sesungguhnya Dia turun dari langit kepada langit dunia di atas seekor keldai
kepunyaan-Nya!
Al-‘Abbasi berkata: Apakah yang
menghalangnya daripada perkara tersebut sedang al-Qur’an menjelaskannya di
dalam Surah al-Fajr (89):22 “Dan
datanglah Tuhan mu; sedang malaikat berbaris”, Firman Allah di dalam Surah
al-Qalam (68): 42 “Pada hari betis
disingkapkan” dan firman Allah di dalam Surah al-Fath (48):10 “Tangan Allah di atas tangan mereka”.
Hadis telah menceritakan bahawa sesungguhnya Allah memasukkan satu kaki-Nya
pada neraka!
Al-‘Alawi berkata: Adapun hadis tersebut
adalah batil di sisi kami, satu pembohongan dan rekaan semata-mata, kerana Abu
Hurairah dan orang seumpamanya telah membohongi Rasulullah (s.a.w) sehingga Umar telah melarang Abu
Hurairah dari memindahkan hadis dan mencegahnya[18].
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir-: Adakah benar
bahawa Umar telah melarang Abu Hurairah dari memindahkan hadis?
Wazir berkata: Ya, dia telah melarangnya
sebagaimana di dalam kitab-kitab Tawaarikh.
Raja berkata: Bagaimana kita berpegang
dengan hadis Abu Hurairah?
Wazir berkata: Kerana ulama telah
berpegang kepada hadis-hadisnya.
Raja berkata: Jikalaulah begitu, ulama
mesti lebih alim daripada Umar, kerana Umar telah melarang Abu Hurairah dari
memindahklan hadis kerana pembohongannya terhadap Rasulullah, tetapi ulama
mengambil hadis-hadisnya yang bohong?!
Al-‘Abbasi berkata: Lihatlah, wahai
al-‘Alawi, sekiranya hadis-hadis tentang Allah tersebut tidak benar, tetapi
apakah yang anda lakukan dengan ayat-ayat al-Qur’an tadi?
Muhkamah Dan Mutasyaabihah
Al-‘Alawi berkata: Al-Qur’an ada
ayat-ayat Muhkamaah yang merupakan Ummu al-Kitab dan ada ayat-ayat Mutasyaabihaah, ada zahir dan batin.
Justeru itu, ayat Muhkamah yang zahir
diamalkan menurut zahirnya. Adapun ayat Mutasyaabihah
diturunkan di dalam bentuk majaaz dan
kinaayah. Jikalau tidak, maka maknanya tidak sah pada akal dan syarak. Umpamanya apabila anda
membawa pengertian firman Allah di dalam Surah al-Fajr (89):22 “Dan datanglah Tuhan mu; sedang malaikat
berbaris” di atas pengertian zahirnya, maka anda bertentangan dengan akal
dan syarak, kerana akal dan syarak menghukum kewujudan Allah pada setiap tempat
dan setiap tempat tidak sunyi daripada-Nya selama-lamanya. Ayat tersebut pada
zahirnya menunjukkan Allah itu berjisim dan jisim baginya ruang dan tempat. Ini
bererti jika Allah berada di langit, maka Dia tidak berada di bumi. Jika Dia
berada di bumi, maka Dia tidak berada di langit, ini adalah tidak benar pada
akal dan syarak.
Al-‘Abbasi telah gementar di hadapan logik ini dan tercengang untuk
menjawabnya. Kemudian dia berkata: Aku tidak boleh menerima percakapan ini dan
wajib di atas kita mengambil pengertian zahir kesemua ayat al-Qur’an.
Al-‘Alawi berkata: Apakah anda lakukan
dengan ayat-ayat Mutasyaabihah? Anda
tidak boleh mengambil pengertian semua ayat al-Quran secara zahir, jika tidak,
sahabat anda yang sedang duduk di sisi anda bernama syeikh Ahmad Uthman
(Seorang yang buta penglihatannya, di kalangan sepuluh wakil Ahli al-Sunnah)
daripada ahli neraka?
Al-‘Abbasi berkata: Kenapa?
Al-‘Alawii berkata: Kerana Allah
berfirman di dalam Surah al-Israa’ (17) 72 “Dan
barangsiapa yang buta di dunia ini, nescaya di akhirat nanti ia akan lebih buta
dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)”, syeikh Ahmad adalah seorang buta di dunia,
maka dia di akhirat akan lebih buta dan lebih tersesat dari jalan yang
benar, adakah anda reda dengan perkara
ini, wahai syeikh Ahmad?
Syeikh Ahmad berkata: Tidak sekali-kali,
sesungguhnya apa yang dimaksudkan dengan orang yang buta (al-A‘maa)
di dalam ayat: Orang yang menyeleweng dari kebenaran.
Al-‘Alawi berkata: Jikalaulah begitu keadaannya, maka tetaplah bahawa
manusia tidak boleh beramal dengan semua ayat al-Qur’am secara zahir.
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Dari sini perdebatan sekitar zahir
al-Qur’an telah berlaku dengan hangat. Al-‘Alawi telah mengalahkan al-‘Abbasi
dengan dalil dan hujah sehingga raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan tukarlah
kepada tajuk yang
Penyelewengan Dan Kebatilan Ahl Al-Sunnah
Al-‘Alawi berkata: Di antara penyelewengan
dan kebatilan kamu-Ahl al-Sunnah tentang Allah bahawa kamu berkata:
Sesungguhnya Allah memaksa hamba-hamba-Nya untuk melakukan maksiat dan perkara-perkara
yang haram, kemudian Dia menyeksa mereka kerananya?
Al-‘Abbasi berkata: Ini adalah benar,
kerana Allah berfirman di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 88 “Barangsiapa yang disesatkan Allah” dan di dalam Surah al-Taubah
(9): 93 “Dan Allah telah mengunci mati
hati mereka”.
Al-‘Alawi berkata: Adapun kata-kata anda
bahawa ia ada di dalam al-Qur’an, maka jawapannya: Sesungguhnya al-Qur’an ada majaaz dan ada kinayaat. Maka apa yang dimaksudkan dengan al-Dhalaal (kesesatan) bahawa Allah meninggalkan manusia yang
celaka dan membiarkannya sehingga dia sesat iaitu sebagaimana kata-kata kita:
Sesungguhnya kerajaan telah merosakkan orang ramai”. Ini bererti kerajaan telah
meninggalkan mereka dengan keadaan mereka tanpa mengambil berat tentang nasib mereka,
ini adalah yang pertama dan kedua: Tidakkah anda mendengar firman Allah di
dalam Surah al-A‘raaf (7): 28 “Sesungguhnya
Allah tidak menyuruh perbuatan yang keji”,
firman-Nya di dalam Surah al-Insaan (76): 3 “Sesungguhnya Kami telah menunjukkannya jalan yang lurus; ada yang
bersyukur dan ada yang kafir” dan firman-Nya di dalam Surah al-Balad (90):
10 “Dan Kami telah menunjukkan kepadanya
dua jalan”. Ketiga: Tidak harus pada akal bahawa Allah menyuruh kepada
kemaksiatan, kemudian Dia menyeksa pelakunya. Ini adalah jauh sekali daripada
orang awam melakukannya dan bagaimana dengan Allah Yang Maha Adil dan Maha
Tinggi. Maha Suci Allah daripada apa yang dikatakan oleh musyrikin dan golongan
yang zalim.
Raja berkata: Tidak, tidak, tidak
mungkin Allah memaksa manusia melakukan kemaksiatan, kemudian menyeksanya, ini
adalah satu kezaliman. Sesungguhnya Allah adalah bersih daripada kezaliman dan
kejahatan. Allah berfirman di dalam Surah Ali Imraan (3): 182 “Sungguhnya Allah tidak menganiaya
hamba-hamba-Nya”, tetapi aku tidak fikir bahawa Ahl al-Sunnah berpegang
kepada kata-kata al- ‘Abbasi?
Raja meminta Penjelasan
Kemudian raja berpaling kepada wazir
sambil berkata: Adakah Ahl al-Sunnah
berpegang atau berpendapat sedemikian?
Wazir berkata: Ya, ia adalah masyhur di
kalangan Ahl al-Sunnah berpegang sedemikian!
Raja berkata: Bagaimana mereka berkata
dengan apa yang menyalahi akal?
Wazir berkata: Bagi mereka takwilan dan
dalil-dalil.
Raja berkata: Sekalipun ada takwil dan
dalil, maka ia tidak masuk akal dan aku tidak berpendapat selain daripada
pendapat Sayyid al-‘Alawi bahawa Allah
tidak memaksa seseorang ke atas kekafiran dan kemaksiatan, kemudian
menyeksanya di atas perkara tersebut.
Rasulullah S.A.W
Syak Pada Kenabiannya
Al-‘Alawi berkata: Kemudian sesungguhnya
Ahl al-Sunnah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah mengesyaki pada kenabiannya
sendiri.
Al-‘Abbasi berkata: Ini adalah
pembohongan yang nyata.
Al-‘Alawi berkata: Tidakkah kamu melihat
di dalam kitab-kitab kamu menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak terlambat Jibrail ke atasku sekali
melainkan aku menyangka bahawa dia turun kepada Ibn al-Khattab” (Ma abta’a Jibrail ‘alayya marratan illaa wa
zanan-tu anna-hu nazala ‘ala Ibn al-Khattab) sedangkan di sana terdapat
beberapa ayat al-Qur’an yang menunjukkan bahawa Allah telah mengambil
perjanjian daripada Nabi Muhammad s.a.w di atas kenabiannya?
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar
apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi bahawa hadis ini ada di dalam kitab-kitab Ahl
al-Sunnah?
Wazir berkata: Ya, ia ada di dalam
beberapa kitab Ahl al-Sunnah[19].
Raja berkata: Ini adalah kafir secara
langsung (al-Kufr bi-‘Aini-hi).
Mencaci Rasulullah S.A.W
Kemudian Ahl al-Sunnah mengatakan di
dalam cacian mereka bahawa Rasulullah s.a.w telah membawa ‘Aisyah di atas
bahunya bagi membolehkannya melihat ahli musik, adakah ini layak dengan makam
Rasulullah dan kedudukannya?
Al-‘Abbasi berkata: Ia tidak
memudaratkan [nya ][20].
Al-‘Alawi berkata: Adakah anda akan
melakukannya sedangkan anda seorang lelaki biasa, adakah anda membawa isteri
anda di atas bahu anda untuk membolehkannya melihat ahli musik??
Raja Mencelah
Raja berkata: Orang yang mempunyai
sedikit malu dan cemburu tidak akan reda dengan perkara ini, bagaimana dengan
Rasulullah yang menjadi cotoh “malu dan cemburu” serta keimanan. Adakah benar
perkara ini ada di dalam kitab-kitab Ahl al-Sunnah?
Wazir berkata: Ya, ia ada di dalam
sebahagaian kitab-kitab Ahl al-Sunnah!
Raja berkata: Bagaimana kita beriman
dengan seorang nabi yang mengesyaki pada kenabiannya sendiri?
Al ‘Abbasi berkata: Riwayat ini mesti
ditakwil?
Al-‘Alawi berkata: Adakah riwayat ini
layak ditakwil? Adakah anda mengetahui, wahai raja, bahawa Ahl al-Sunnah
mempercayai khurafat-khurafat dan kebatilan-kebatilan?
Al-‘Abbasi berkata: Khurafat-khurafat
dan kebatilan-kebatilan yang mana anda maksudkan?
Khurafat-Khurafat Ahl Al-Sunnah
Al-‘Alawi berkata: Aku telah menerangkan
kepada anda bahawa kamu Ahl al-Sunnah berkata:
1.
Sesungguhnya
Allah adalah seperti manusia bagi-Nya tangan, kaki, pergerakan dan diam.
2.
Sesungguhnya
al-Qur’an telah diselewengkan dan padanya pertambahan dan kekurangan[21].
3.
Sesungguhnya
Rasul melakukan perkara-perkara yang tidak dilakukan oleh manusia biasa seperti
memikul ‘Aisyah di atas bahunya.
4.
Sesungguhnya
Rasul telah mengesyaki kenabiannya sendiri.
5.
Sesungguhnya
mereka yang telah datang sebelum Ali bin Abu Talib telah bersandar kepada
pedang dan kekuatan untuk menegakkan diri mereka dan tanpa sandaran yang sah
bagi mereka.
6.
Sesungguhnya
kitab-kitab mereka meriwayatkan bahawa Abu Hurairah dan seumpamanya adalah
terdiri di kalangan mereka yang memalsukan hadis-hadis, di kalangan dajal-dajal
dan ahli kebatilan yang lain.
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan
tukar kepada tajuk yang lain.
Mengaitkan Perkara Yang Tidak Layak
Al-‘Alawi berkata: Kemudian bahawa
sesungguhnya Ahl al-Sunnah mengaitkan kepada Rasulullah s.a.w perkara yang
tidak layak walaupun kepada manusia biasa!
Al-‘Abbasi berkata: Seperti apa?
Al-‘Alawi berkata: Seperti mereka berkata:
Sesungguhnya Surah ‘Abasa (80): 1-2 “Dia bermuka masam dan berpaling, kerana
telah datang seorang buta kepadanya” telah diturunkan tentang Rasul [22]!
Al-‘Abbasi berkata: Apakah yang
menghalangnya?
Al-‘Alawi berkata: Yang menghalangnya adalah
firman Allah di dalam Surah al-Qalam (68): 4 “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung” dan
firman-Nya di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21): 107 “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainklan untuk (menjadi) rahmat bagi
semesta alam” Adakah masuk akal bahawa Rasul yang disifatkan oleh Allah
dengan akhlaknya yang agung dan menjadi rahmat kepada alam semesta melakukan
perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan terhadap orang buta mukmin?
Raja Mencelah
Raja berkata: Adalah tidak masuk akal
bahawa perbuatan ini keluar daripada Rasul kemanusiaan dan nabi rahmat.
Jikalaulah begitu, wahai al-‘Alawi, kepada siapakah ayat ini diturunkan?
Al-‘Alawi berkata: Hadis-hadis sahih
dari keluarga Rasulullah di mana al-Qur’an telah turun di rumah mereka berkata:
Sesungguhnya ayat tersebut telah turun tentang Uthman bin ‘Affan. Ia berlaku
apabila Ibn Ummi Maktum berjumpa dengan Rasulullah, lantas Uthman menentangnya
dan memalingkan belakangnya kepadanya.
Di sini Sayyid Jamal al-Din; seorang
ulama Syi‘ah yang hadir di dalam muktamar berkata: Telah berlaku kepadaku
tentang kisah ini bersama Surah ini bahwa salah seorang ulama Nasara berkata
kepadaku: Sesungguhnya Nabi kami adalah lebih
baik daripada nabi kamu Muhammad (s.a.w). Aku berkata: Kenapa?
Dia berkata: Sesungguhnya nabi kamu
mempunyai akhlak yang jahat bermasam muka kepada golongan yang buta dan
memalingkan belakangnya kepada mereka.
Sementara nabi kami Isa mempunyai akhlak yang baik menyembuhkan golongan yang
buta dan berpenyakit sopak.
Aku berkata: Wahai Masihi, ketahuilah
sesungguhnya kami adalah Syi‘ah, kami berpendapat bahawa Surah telah turun
tentang Uthman bin ‘Affan dan bukan tentang Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya nabi
Kami Muhammad s.a.w mempunyai akhlak yang baik, sifat yang terpuji sebagaimana
Allah berfirman di dalam Surah al-Qalam (68): 4 “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung” dan
firman-Nya di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21): 107 “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi
semesta alam”
Orang Masihi itu berkata: Sesungguhnya
aku telah mendengar kata-kata ini daripada seorang khatib di Baghdad!
Al-‘Alawi berkata: Apa yang masyhur di
sisi kami bahwa sebahagian perawi yang jahat telah mengaitkan kisah ini kepada
Rasulullah bagi melepaskan Uthman bin ‘Affan. Justeru itu, mereka telah
mengaitkan pembohongan kepada Allah dan Rasul sehingga mereka membersihkan
khalifah-khalifah mereka!
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan
bercakaplah tentang tajuk yang lain.
Syi‘ah Mengingkari Iman Mereka Bertiga
Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya Syi‘ah
mengingkari iman ketiga-tiga khalifah, pendapat ini tidak benar, kerana
jikalaulah mereka tidak mukminin, kenapakah Rasulullah s.a.w telah menjalani
hubungan perkahwinan dengan mereka (musaaharah)?
Al-‘Alawi berkata: Syi‘ah percaya
sesungguhnya mereka bertiga tidak mukminin dari segi hati dan batin mereka (qalban wa baatinan) sekalipun mereka
menzahirkan Islam secara lidah dan kezahiran[23].
Rasul yang mulia telah menerima Islam setiap orang yang mengucap dua kalimah
syahadat sekalipun dia seorang munafik yang sebenar, tetapi beliau s.a.w telah
memberi layanan kepada mereka dengan layanan muslimin. Lantaran itu, hubungan
perkahwinan Nabi dengan mereka (musaaharah
al-Nabi la-hum) dan hubungan mereka dengan Nabi adalah dari bab ini!
BAHAGIAN KETIGA
Dalil Tidak Berimannya Abu Bakr, Raja Mencelah,
Dalil Tidak Berimannya Umar, Raja Meminta Penjelasan, Al-‘Abbasi Cuba
Menghalang Raja Dari Menukar Mazhab, Saat-Saat Kesusahan Menimpa Al-‘Abbasi,
Dalil Tidak berimannya Uthman Dan Lain-Lain.
Dalil Tidak Berimannya Abu Bakr
Al-‘Abbasi berkata: Apakah dalil tidak
berimannya Abu Bakr?
Al-‘Alawi berkata: Dali-dalil yang kuat
tentangnya adalah banyak. Di antaranya: Dia telah mengkhianati Rasulullah pada
tempat yang banyak. Di antaranya: Larinya dari tentera Usamah dan
penderhakaannya terhadap perintah Rasul di dalam perkara tersebut. Al-Qur’an
al-Karim telah menafikan keimanan daripada setiap orang yang menyalahi Rasul,
Allah berfirman di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 65 “Maka demi Tuhanmu, (mereka pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka
menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian
mereka tidak merasa di dalam hati mereka suatu keberatan terhadap keputusan
yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya”
Abu Bakr telah menderhakai perintah
Rasulullah (s.a.w) dan menyalahinya, maka dia termasuk di dalam ayat yang
menafikan keimanan orang yang menyalahi Rasul.
Dan tambahan pula Bahawa Rasul (s.a.w)
telah melaknati orang yang lari atau meninggalkan tentera Usamah. Kami telah
menyebut terdahulu bahawa sesungguhnya Abu Bakr telah melarikan diri daripada
tentera Usamah: Adakah Rasulullah melaknati mukmin?
Tentu sekali: Tidak.
Raja
Mencelah
Raja berkata: Jika begitu, maka benarlah
kata-kata al-‘Alawi bahawa Abu Bakr bukan mukmin!
Wazir berkata: Ahl al-Sunnah mempunyai
takwil tentang larinya Abu Bakr daripada tentera Usamah.
Raja berkata: Adakah takwil dapat
menolak apa yang dilarang, jikalau kita membuka bab ini, nescaya setiap
penjenayah akan menakwilkan bagi setiap jenayah yang dilakukannya?
Pencuri berkata: Aku telah mencuri
kerana aku seorang fakir. Peminum arak berkata: Aku telah meminum arak kerana
aku banyak berdukacita dan penzina berkata …peraturan akan menjadi cacat, orang
ramai berani melakukan maksiat, tidak, tidak… takwil tidak akan memanfaatkan
kita.
Muka al-‘Abbasi bertukar menjadi merah,
dia menjadi bingung, dia tidak tahu apa yang dikatakannya. Akhirnya…dia
berkata: Apakah dalil tidak berimannya Umar?
Dalil Tidak Berimannya Umar
Al-‘Alawi berkata: Dalil-dalil adalah
banyak, di antaranya: Dia sendiri telah menerangkan bahawa dia bukan seorang
mukmin!
Al-‘Abbasi berkata: Di tempat mana?
Al-‘Alawi berkata: Umar berkata: Aku
tidak mengesyaki kenabian Muhammad (s.a.w) seperti syak aku pada hari
al-Hudaibiyyah [24](maa syakaktu fi nubuwwati Muhammad mithla
syakki yauma al-Hudaibiyyah). Kata-katanya menunjukkan: Dia sentiasa
mengesyaki kenabian Nabi kita Muhammad s.a.w , tetapi syaknya pada hari
al-Hudaibiyyah adalah lebih banyak, lebih mendalam dan lebih besar daripada
syak-syak sebelumnya, wahai al-‘Abbasi, katakanlah kepadaku dengan nama Tuhan
anda: Adakah orang yang mengesyaki kenabian Muhammad (s.a.w) dikira mukmin?
Al-‘Abbasi diam dan menggelengkan
kepalanya kerana malu.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar
kata-kata al-‘Alawi bahawa Umar telah berkata sedemikian?
Wazir berkata: Demikianlah telah
diceritakan oleh beberapa perawi!
Raja berkata: Sungguh hairan... hairan
yang sangat, sesungguhnya aku menyangka Umar adalah golongan yang terdahulu
memeluk Islam, imannya sebagai iman
contoh, tetapi jelas sekarang bahawa asas keimanannya adalah syak dan subahat!
Al-‘Abbasi Cuba Menghalang Raja Dari Menukar
Mazhab
Al-‘Abbasi berkata: Tunggu dahulu, wahai
raja, kekalkan anda di atas akidah anda, janganlah anda ditipu oleh al-‘Alawi;
pombohong ini.
Raja telah menentang dengan mukanya
kepada al-‘Abbasi seraya berkata di dalam keadaan marah: Sesungguhnya wazir
Nizam al-Mulk berkata: Bahawa al-‘Alawi benar di dalam kata-katanya dan
kata-kata Umar ada di dalam beberapa kitab dan ini si bodoh- Iaitu al-‘Abbasi-
berkata: bahawa al-‘Alawi adalah pembohong. Tidakkah ini satu kedegilan yang
nyata?
Suasana majlis tenang dan menakutkan.
Raja telah marah dan tidak senang hati dengan kata-kata al-‘Abbasi… al-‘Abbasi
dan para ulama Ahl al-Sunnah menunduk, wazir diam. Tetapi al-‘Alawi mengangkat
kepalanya melihat ke arah muka raja untuk melihat keputusan?
Saat-Saat Kesusahan Menimpa Al-‘Abbasi
Saat-saat kesusahan menimpa al-‘Abbasi,
dia berangan-angan supaya bumi terbelah di bawahnya, lantaran itu dia hilang
padanya atau malaikat maut datang untuk mengambil nyawanya dengan segera,
kerana malu yang amat sangat dan suasana yang menyusahkan. Sesungguhnya
terserlah kebatilan mazhabnya. Terserlah khurafat akidahnya di hadapan raja,
wazirnya dan semua ulama dan ketua-ketua tentera…, tetapi apakah yang dia akan
lakukannya? Sesungguhnya raja telah menjemputnya untuk soal-jawab bagi
membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Lantaran itu, dia mengumpulkan
segala kekuatannya dan mengangkat kepalanya seraya berkata: Bagaimana pendapat
anda, wahai al-‘Alawi, tentang Uthman tidak beriman di hatinya sedangkan Rasul
telah mengahwinkannya dengan dua orang anak perempuannya? Ruqiyyah dan Ummi
Kalthum?[25]
Dalil Tidak Beriman-nya Uthman
Al-‘Alawi berkata: Dalil-dalil tentang
tidak berimannya Uthman adalah banyak dan mencukupi tentang perkara ini:
Sesungguhnya muslimin-sahabat di kalangan mereka- telah berkumpul menentangnya,
lalu mereka membunuhnya. Dan kamu berpendapat bahawa Nabi s.a.w bersabda:
Umatku tidak berhimpun di atas kesalahan. Maka adakah muslimun- termasuk
sahabat-berkumpul untuk membunuh seorang mukmin? ‘Aisyah telah menyamakannya
dengan Yahudi, merancang untuk membunuhnya dan berkata: Bunuhlah Na‘lathan-nama
seorang lelaki Yahudi, kerana dia telah kafir, bunuhlah Na‘lathan, nescaya
Allah membunuhnya[26].
Sesungguhnya Uthman telah memukul
Abdullah bin Mas‘ud, seorang sahabat yang mulia sehingga ditimpa penyakit
hernia (burut) terlantar di atas hamparan kemudian mati.
Dia telah mengusir Abu Dhar al-Ghiffari,
seorang sahabat yang mulia di mana Rasul bersabda: Langit dan bumi sukar mendapati orang yang lebih benar percakapannya
daripada Abu Dhar”. Dia telah mengusirnya dan menjauhkannya dari Madinah ke
Syam sekali atau dua kali kemudian ke Rabdhah- Iaitu tanah kering di antara
Makkah dan Madinah sehingga Abu Dhar mati kelaparan dan dahaga di Rabdhah
sedangkan Uthman membahagi-bahagikan harta muslimin kepada kaum kerabatnya
daripada Bani Umayyah dan Bani Marwan![27]
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah
kata-kata al-‘Alawi itu benar?
Wazir berkata: Ahli sejarah telah
menyebutnya.
Raja berkata: Bagaimana kaum muslimin
mengambilnya sebagai khalifah?
Wazir berkata: Secara syura.
Al-‘Alawi berkata: Nanti dahulu, wahai
wazir, janganlah anda berkata apa yang anda tidak tahu!
Raja berkata: Apakah yang anda katakan, wahai al-‘Alawi?
Menjadi Khalifah Dengan Wasiat Umar
Al ‘Alawi berkata: Sesungguhnya wazir
telah tersilap di dalam kata-katanya, sesungguhnya Uthman tidak dapat jawatan
khalifah melainkan dengan wasiat daripada Umar dan undian tiga orang munafikin
sahaja. Mereka adalah Talhah, Sa‘d bin Abi Waqqas dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf. Adakah tiga munafikin ini mewakili
semua kaum muslimin?
Kemudian ahli Tawaarikh telah menyebut
bahawa mereka yang telah melantik Uthman telah berpaling tadah daripada Uthman
manakala mereka melihat kezalimannya, pencabulannya terhadap para sahabat
Rasulullah, mesyuaratnya tentang urusan kaum muslimin dengan Ka‘ab al-Ahbar,
seorang Yahudi dan pembahagian harta kaum muslimin kepada Bani Marwan. Justeru itu, tidak
hairanlah jika mereka bertiga telah menggalakkan orang ramai supaya membunuh
Uthman!
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar
kata-kata al-‘Alawi?
Wazir berkata: Ya, demikianlah ahli
sejarah telah menyebutnya!
Raja berkata: Bagaimana anda berkata
Uthman dapat menjadi khalifah dengan syura?
Wazir berkata: Aku maksudkan dengan syura itu adalah mereka bertiga!
Raja berkata: Adakah pemilihan tiga
orang itu membenarkan syura?
Wazir berkata: Sesungguhnya mereka
bertiga itu telah dijanjikan oleh Rasulullah dengan syurga.
Hadis Sepuluh Orang Dijamin Syurga Adalah Palsu
Al-‘Alawi berkata: Nanti dahulu, wahai
wazir, janganlah anda berkata apa yang tidak benar, sesungguhnya hadis “sepuluh
orang masuk syurga” adalah pembohongan
dan rekaan terhadap Rasulullah (s.a.w)!
Al-‘Abbasi berkata: Bagaimana anda
berkata bahawa ia satu pembohongan sedangkan ia diriwayatkan oleh perawi-perawi
yang dipercayai?
Al-‘Alawi berkata: Banyak dalil-dalil
yang menunjukkan pembohongan hadis ini dan kebatilannya. Aku akan menyebut tiga
dalil sahaja untuk anda:
Pertama: Bagaimana Rasulullah menjamin
seorang dengan syurga sedangkan dia telah menyakitinya, iaitu Talhah?
Sesungguhnya sebahagian ahli tafsir dan ahli sejarah menyebut bahawa
sesungguhnya Talhah berkata: Jika Muhammad mati, kami akan bernikah dengan
isteri-isterinya selepasnya- atau aku akan mengahwini ‘Aisyah. Lantaran
itu, Rasulullah merasa terkilan dengan
kata-kata Talhah, lalu Allah menurunkan Surah al-Ahzab (33): 53 “Dan tidak boleh menyakiti (hati) Rasulullah
dan tidak (pula) mengahwini isteri-isterinya sesudah dia wafat selama-lamanya.
Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya) di sisi Allah).
Kedua:
Sesungguhnya Talhah dan al-Zubair telah memerangi Imam Ali bin Abu Talib
a.s dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda tentang hak Ali a.s: Wahai Ali, sesungguhnya peperangan anda
adalah peperanganku dan perdamaian anda adalah perdamaianku”[28].
Dan beliau s.a.w bersabda: Barangsiapa
yang mentaati Ali, maka sesungguhnya dia mentaati aku dan barangsiapa yang
menderhakai Ali, maka dia menderhakai aku”[29].
Beliau s.a.w bersabda: Ali adalah bersama
al-Qur’an dan al-Qur’an bersama Ali kedua-duanya tidak terpisah sehingga
kedua-duanya dikembalikan kepadaku”. Beliau s.a.w bersabda: Ali bersama kebenaran dan kebenaran bersama
Ali yang mana kebenaran berpusing bersamanya di mana dia berpusing”[30].
Adakah orang yang memerangi Rasulullah dan menderhakainya di syurga? Dan adakah
orang yang memerangi kebenaran dan al-Qur’an itu seorang mukmin?
Ketiga: Sesungguhnya Talhah dan
al-Zubair kedua-duanya telah merancang untuk membunuh Uthman, justeru itu,
adakah mungkin Uthman, Talhah dan al-Zubair semuanya di syurga. Sebahagian
mereka memerangi sebahagian yang lain sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda: Pembunuh dan orang yang dibunuh kedua-duanya di neraka”
Raja Meminta Penjelasan
Raja bertanya kepada Wazir dengan penuh
kehairanan: Adakah benar apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi?
Wazir berdiam diri tanpa berkata
apa-apa. Begitu juga al-‘Abbasi dan kumpulannya berdiam diri tanpa bercakap
apa-apa.
Apakah Syaitan Memaafkan Orang Yang Bercakap
Benar?
Apakah yang mereka kata? Adakah mereka
berkata benar? Adakah syaitan memaafkan orang yang mengakui kebenaran? Adakah
nafsu ammarah yang meredai kejahatan
sanggup tunduk kepada kebenaran dan kenyataan? Adakah anda terfikir bahawa
mengakui kebenaran itu perkara yang mudah dan senang?
Tidak! Sesungguhnya ia adalah perkara
yang sukar, kerana ia terpaksa mencabut
asabiah jahiliyah dan menyalahi hawa nafsu sedangkan manusia adalah pengikut
hawa nafsu dan kebatilan melainkan mukminin yang mana bilangan mereka amat
sedikit.
Al ‘Alawi Bersedia Untuk Membawa Kitab-kitab
Rujukan
Al-‘Alawi telah memecahkan tabir diam, maka
dia berkata: Wahai raja, sesungguhnya wazir, al-‘Abbasi dan ulama mengetahui
kebenaran kata-kataku dan kenaran percakapanku serta hakikat hadisku. Sekiranya
mereka mengingkari kata-kataku, maka sesungguhnya di Baghdad para ulama yang
menyaksikan kebenaran kata-kataku. Sesungguhnya di dalam khazanah Madrasah ini
kitab-kitab yang menyaksikan kebenaran kata-kataku, rujukan yang muktabar yang
menerangkan kebenaran kata-kataku…. Sekiranya mereka mengakui kata-kataku, maka
ini adalah apa yang dikehendaki. Jika tidak, maka aku bersedia sekarang,
sekarang membawa kepada anda kitab-kitab, rujukan-rujukan dan saksi-saksi!
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah
kata-kata al-‘Alawi itu benar bahawa kitab-kitab rujukan menunjukkan kebenaran
kata-katanya dan kebenaran percakapannya?
Wazir berkata: Ya.
Raja berkata: Kenapakah anda berdiam
diri pada permulaannya?
Mencaci Sahabat
Wazir berkata: Aku benci mencaci sahabat
Rasulullah (s.a.w)!
Al-‘Alawi berkata: Hairan! Anda benci
perkara itu sedangkan Allah dan Rasul-Nya tidak membencinya, kerana Allah telah
memperkenalkan sebahagian sahabat yang munafik dan memerintahkan Rasul-Nya supaya
berjihad menentang mereka sebagaimana beliau s.a.w berjihad menentang golongan
kafir dan Rasul sendiri telah melaknati sebahagian sahabatnya!
Kata-Kata Semua Sahabat Adil Satu Pembohongan
Wazir berkata: Tidakkah anda mendengar
kata-kata ulama: Sesungguhnya semua sahabat adalah adil?
Al-‘Alawi berkata: Aku telah mendengar
kata-kata itu, tetapi aku mengetahui bahawa kata-kata itu adalah pembohongan
dan rekaan, kerana bagaimana semua sahabat adil sedangkan Allah melaknati
sebahagian mereka, Rasul melaknati sebahagian mereka, sahabat pula saling
melaknati sesama mereka, memerangi sesama mereka, mencaci sesama mereka dan
membunuh sesama mereka?
Bagaimana Kaum Muslimin Mengambil Mereka Sebagai
Khalifah Dan Mengikuti Mereka?
Di
sini al-‘Abbasi mendapati pintu tertutup di hadapannya, lantas dia datang dari
pintu yang lain pula dan berkata: Wahai raja, katakanlah kepada al-‘Alawi
bahawa jika ketiga-tiga khalifah itu tidak mukminin, bagaimana kaum muslimin
mengambil mereka sebagai khalifah dan mengikuti mereka?
Al-‘Alawi berkata: Pertama: Bukan semua
kaum muslimin mengambil mereka sebagai khalifah, hanya Ahl al-Sunnah sahaja.
Kedua: Sesungguhnya mereka yang percaya
dengan khilafah mereka terbahagi
kepada dua bahagian: Orang yang jahil dan orang yang degil (mu‘aanid). Adapun orang yang jahil, maka
dia tidak mengetahui keburukan mereka dan hakikat mereka, mereka menggambarkan
mereka sebagai manusia yang baik dan mukminin. Adapun orang yang degil, maka
dalil dan bukti tidak memanfaatkannya selama dia berkeras di atas kedegilannya.
Allah berfirman di dalam Surah al-A raaf (7): 146 “Jika mereka melihat setiap ayat-Ku mereka tidak beriman kepadanya” Surah al-Baqarah (2): 6 “Sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu memberi
peringatan, mereka tidak juga akan beriman”!
Ketiga: Sesungguhnya golongan yang telah
memilih mereka sebagai khalifah telah tersilap di dalam pemilihan mereka
sebagaimana golongan Nasara telah melakukan kesilapan, mereka berkata “Al-Masih
itu putera Allah”. Golongan Yahudi berkata:
‘Uzair adalah putera Allah”
Surah al-Taubah )9): 30. Manusia wajib mentaati Allah dan Rasul. Wajib mentaati
kebenaran bukan mentaati manusia di atas kesalahan dan kebatilan. Allah
berfirman: Taatilah Allah dan Rasul…Surah
al-Nisaa’ (4):59.
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan
bertukarlah kepada tajuk yang lain.
Kesamaran Ahl Al-Sunnah
Di antara kesamaran Ahl al-Sunnah dan
kesalahan mereka bahawa mereka telah meninggalkan Ali bin Abu Talib (a.s.) dan
mereka mengikut pendapat mereka yang terdahulu.
Al-‘Abbasi berkata: Kenapa?
Al-‘Alawi berkata: Kerana Ali bin Abu
Talib telah dipilih oleh Rasul (s.a.w)[31]
sementara mereka bertiga tidak dipilih oleh Rasul. Kemudian dia berkata:
Wahai raja, sesungguhnya anda sekiranya
anda memilih seseorang untuk menduduki tempat anda atau khilafah anda, adakah wajib bagi menteri-menteri dan
anggota-anggota kerajaan mematuhi anda? Atau mereka berhak memecat khalifah
anda dan memilih orang lain di tempat anda?
Raja berkata: Malah, wajib bagi mereka
mematuhi khalifahku yang aku memilihnya sendiri, mereka wajib mematuhinya dan
mentaati perintahku padanya.
Syi‘ah Mengikuti Khalifah Rasulullah
Al-‘Alawi berkata: Begitulah yang
dilakukan oleh Syi‘ah, sesungguhnya mereka telah mengikuti khalifah Rasulullah
yang telah dipilih olehnya dengan perintah Allah iaitu Ali bin Abu Talib dan
mereka meninggalkan orang selain daripadanya.
Sebab Ali Tidak layak Menjadi Khalifah?
Al-‘Abbasi berkata: Tetapi Ali bin Abu
Talib tidak layak menjadi khalifah disebabkan umurnya masih muda [32]semantara
Abu Bakr seorang yang tua[33].
Di samping itu Ali bin Abu Talib telah membunuh ketua-ketua Arab dan
menghancurkan penglima-penglima mereka[34].
Justeru itu Arab tidak meredainya. Begitu juga Abu Bakr tidak meredainya!
Orang Ramai Lebih Alim Daripada Allah Dan Rasul?
Al-‘Alawi berkata: Adakah anda mendengarnya,
wahai raja bahawa al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya orang ramai adalah lebih
alim daripada Allah dan Rasul-Nya di dalam menentukan yang paling baik (al-Aslah), al-‘Abbasi tidak mengambil
iktibar firman Allah dan sabda Rasul-Nya di dalam pemilihan Ali bin Abu Talib,
malah dia mengambil kata-kata orang ramai untuk kepentingan Abu Bakr. Ini
bererti bahawa Allah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana tidak mengetahui apa
yang paling layak dan paling baik sehingga datang golongan jahil, lalu mereka
memilih orang yang paling layak? Tidakkah Allah berfirman di dalam Surah
al-Ahzaab (33): 36 “Dan tidaklah patut
bagi lelaki yang mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu
ketetapan. Akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan
barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka susungguhnya dia telah
sesat, sesat yang nyata”?
Tidakkah Allah berfirman di dalam Surah
al-Anfaal (8): 24 “Wahai golongan yang
beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu
kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu”?
Al-‘Abbasi berkata: Tidak sekali,
sesungguhnya aku tidak berkata bahawa manusia adalah lebih mengetahui daripada
Allah dan Rasul-Nya.
Al-‘Alawi berkata: Jikalau begitu,
kata-kata anda tidak mempunyai makna. Jikalau Allah dan Rasul telah memilih
seorang tertentu menjadi khalifah, maka wajib anda mematuhinya sama ada orang
ramai meredainya ataupun tidak!
Al-‘Abbasi berkata: Tetapi kelayakan Ali
bin Abu Talib adalah sedikit?
Al-‘Alawi berkata: Pertama: Makna
kata-kata anda bahawa sesungguhnya Allah tidak mengetahui Ali bin Abu Talib
dengan sebenarnya, maka Dia tidak mengetahui kelayakkannya adalah sedikit,
justeru itu Dia telah melantiknya menjadi khalifah. Ini adalah kekufuran yang
nyata.
Kedua: Sebenarnya kelayakan untuk
menjadi khalifah adalah banyak pada Ali bin Abu Talib. Sementara orang lain
tidak banyak kelayakan mereka!
Al-‘Abbasi berkata: Apakah kelayakannya?
BAHAGIAN KEEMPAT
Kelayakan Ali A.S Menjadi Khalifah, Raja Meminta
Penjelasan, Penentangan Umar Terhadap Rasulullah S.A.W, Raja Meminta
Penjelasan, Raja Mencelah, Raja Tertarik Tentang Mut‘ah, Raja Meminta Para
Hadirin Turut Berdialog Dan Lain-Lain.
Kelayakan Ali A.S Menjadi Khalifah
Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya
kelayakannya adalah banyak, maka pertamanya adalah penentuan atau pilihan
adalah daripada Allah dan Rasul-Nya.
Kedua: Ali bin Abu Talib adalah sahabat
yang paling alim. Justeru itu, Rasulullah bersabda: Orang yang paling alim di dalam perundangan di kalangan kamu adalah Ali”
Umar bin al-Khattab berkata: Ali adalah orang yang paling alim di kalangan kami
di dalam bidang kehakiman[35]”
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku adalah
bandar ilmu dan Ali adalah pintunya. Barangsiapa yang menghendaki bandar atau
hikmat, maka hendaklah dia mendatangi pintunya”[36]
Ali a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah
telah mengajar aku seribu bab ilmu di mana beliau s.a.w membuka untukku setiap
pintu seribu bab” [37].
Ini ternyata orang alim itu diutamakan daripada orang jahil. Allah berfirman di
dalam Surah al-Zumar (39): 9 “Adakah sama mereka yang mengetahui dengan
mereka yang jahil”
Ketiga: Ali a.s tidak berhajat kepada
orang lain sedangkan orang lain berhajat kepadanya[38].
Tidakkah Abu Bakr berkata: Pecatlah aku, kerana aku bukanlah orang yang paling
baik pada kamu dan Ali adalah pada kamu. Tidakkah Umar berkata lebih daripada
tujuh puluh kali: Jikalau Ali tidak ada, nescaya binasalah Umar”[39].
“ Mudah-mudahan Allah tidak mengekalkan aku dengan permasalahan di mana anda
tidak ada padanya, wahai Abu al-Hasan”[40].
“Jangan seorang daripada kamu mengeluarkan fatwa sedangkan Ali berada di
masjid” [41]
Keempat: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib
tidak pernah menderhakai Allah dan beliau a.s tidak pernah menyembah selain
daripada Allah, tidak pernah sujud kepada berhala sepanjang hidupnya sedangkan
mereka bertiga telah menderhakai Allah dan menyembah selain daripada Allah dan
sujud kepada berhala-berhala. Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2):
124 “Janjiku tidak akan dicapai oleh golongan yang zalim”. Adalah jelas
sekali bahawa penderhaka adalah seorang yang zalim, justeru itu, dia tidak
layak untuk mendapat janji Allah iaitu kenabian dan khilafah.
Kelima: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib
mempunyai fikiran yang sejahtera dan akal yang tinggi, pendapat yang tepat
berteraskan Islam. Sementara orang lain mempuyai pendapat yang cetek
berteraskan syaitan, Abu Bakr berkata: Sesungguhnya bagiku syaitan yang
menggodaku. Sesungguhnya Umar telah menyalahi Rasulullah pada tempat yang
banyak. Uthman mempunyai akal yang lemah, keluarganya memberi kesan sampingan
yang buruk terhadapnya umpamanya: Marwan
bin al-Hakam telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w sebagai Wazagh bin
al-Wazagh (cicak anak lelaki cicak)[42].
Rasulullah s.a.w telah melaknati Marwan dan keturunannya melainkan mukmin, maka
bilangan mereka adalah sedikit. Begitu juga dengan Ka‘ab al-Ahbar si Yahudi dan lain-lain!
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar
bahawa Abu Bakr berkata: Sesungguhnya
bagiku syaitan yang menggodaku”?
Wazir berkata: Ini terdapat di dalam
kitab-kitab sejarah[43].
Raja berkata: Adakah benar Umar telah
menyalahi Rasulullah?
Wazir berkata: Kita akan meminta
penjelasan daripada al-‘Alawi apa yang dia masksudkan dengan kata-katanya?
Penentangan Umar Terhadap Rasulullah S.A.W
Al-‘Alawi berkata: Ya, para ulama Ahl
al-Sunnah telah menyebutnya di dalam kitab-kitab muktabar mereka sesungguhnya
Umar telah menentang Rasulullah (s.a.w) pada beberapa tempat, di antaranya:
Pertama: Ketika Nabi s.a.w mahu
mengerjakan sembahyang ke atas Abdullah bin ‘Ubayy, sesungguhnya Umar telah
menentang Rasulullah dengan tentangan yang keras (qaasian) sehingga Rasulullah s.a.w terasa terkilan sedangkan Allah
berfirman di dalam Surah al-Tubat (9): 61 “Dan
golongan yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab yang pedih”
Kedua: Ketika Rasulullah s.a.w
memerintahkan supaya dipisahkan di antara
‘Umrah tamattu‘ dan Haji tamattu‘ lalu mengharuskan suami
menghampiri isterinya di antara ‘umrah
dan haji. Lalu ‘Umar menentangnya dan
berkata dengan kata-kata kesat: Adakah kami mengerjakan ihram sedangkan
zakar-zakar kami masih mengeluarkan air mani” (a-nuhrimu wa mazaakiiru-naa taqturu maniyyan). Lantas Nabi (s.a.w)
berkata: Sesungguhnya engkau tidak akan beriman dengan perkara ini
selama-lamanya”. Dengan sabda ini bererti bahawa Nabi s.a.w mengetahui bahawa
Umar adalah di kalangan mereka yang beriman dengan sebahagian [hukum] dan kafir
dengan sebahagian [hukum].
Ketiga: Tentang nikah mut‘ah bahawa Umar
tidak mepecayainya. Apabila dia memerintah dan merampas kerusi khilafah, dia berkata: Dua mut‘ah adalah
halal pada masa Rasulullah, tetapi aku mengharamkannya dan aku menyeksa ke atas
kedua-duanya [pelakunya]” (Mut‘ataani
kaanataa ‘ala ‘ahdi Rasulillah wa ana uharrimu-huma wa u‘aqibu ‘alai-himaa)
sedangkan al-Qur’an menyatakan di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 24 “Dan isteri-isteri yang telah kamu nikmati di
antara mereka. Maka berilah kepada mereka maharnya”. Ahli tafsir menyebut
bahawa ayat tersebut diturunkan tentang harusnya mut‘ah. Dan inilah amalan kaum
muslimin sehingga pada pemerintahan Umar. Manakala Umar telah mengharamkannya,
perzinaan dan kejahatan di kalangan kaum muslimin semakin bertambah. Justeru
itu, Umar telah menggantungkan hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya, lalu perzinaan
dan kejahatan meluas! Lantaran itu, dia termasuk di dalam firman Allah Surah
al-Maa’idah (5): 44. 45, 47 “Barangsiapa
yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah
golongan yang kafir” “Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang
diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang zalim” Barangsiapa yang
tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah
golongan yang fasik”
Keempat: Di dalam peperangan
al-Hudaibiyyah sebagaimana telah disebutkan bahawa Umar telah mengesyaki
kenabian Muhammad s.a.w. Di tempat yang lain di mana Umar telah menyalahi
Rasulullah dan menyakitinya dengan kata-katanya yang kesat terhadap Rasulullah!
Raja berkata: Pada hakikatnya aku juga
tidak reda dengan nikah mut‘ah!
Al-‘Alawi berkata: Adakah anda mengakui
bahawa ia adalah daripada perundangan Islam atau tidak?
Raja berkata: Aku tidak mengakuinya.
Al-‘Alawi berkata: Apakah makna Surah
al-Nisaa’ (4): 24 “Dan isteri-isteri yang
telah kamu nikmati di antara mereka. Maka berilah kepada mereka maharnya”?
Dan apakah makna kata-kata Umar: Dua mut‘ah adalah halal pada masa Rasulullah,
tetapi aku mengharamkannya dan aku akan menyeksa ke atas kedua-duanya [pelakunya]”?
Tidakkah kata-kata Umar menunjukkan bahawa nikah mut‘ah adalah harus dan
berlaku pada masa Rasulullah, pada masa Abu Bakr dan sebahagian pada masa
pemerintahan Umar. Kemudia dia melarangnya dan mengharamkannya?
Di samping dalil-dalil yang banyak,
wahai raja, sesungguhnya Um ar sendiri telah melakukan mut‘ah dengan
wanita-wanita[44]
dan Abdullah bin al-Zubair adalah anak mut‘ah!
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata: Apakah pendapat anda, wahai
Nizam al-Mulk?
Wazir berkata: Hujah al-‘Alawi adalah
kuat dan benar, tetapi disebabkan Umar telah melarangnya, maka wajib ke atas
kita mengikutinya.
Al-‘Alawi berkata: Adakah Allah dan
Rasul lebih berhak diikuti atau Umar? Tidakkah anda membaca, wahai wazir,
firman Allah di dalam Surah al-Hasyar (59):7 “Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia”, firman
Allah di dalam Surah al-Nisaa ‘ (4): 59 “Taatilah
Rasul…” firman-Nya di dalam Surah
al-Ahzab (33): 21 “Sesungguhnya telah ada
pada diri Rasulullah itu ikutan yang baik bagi kamu” dan hadis yang
masyhur: Halal Muhammad itu adalah halal
sehingga hari Kiamat dan haram Muhammad itu adalah haram sehingga hari Kiamat”?
Raja Mencelah
Raja berkata: Aku percaya semua
perundangan Islam, tetapi aku tidak faham, sebab dihalalkan mut‘ah, adakah
seorang daripada kamu mahu memberi anak perempuannya atau saudara perempuannya
kepada seorang lelaki supaya dia melakukan nikah mut‘ah dengannya selama satu
jam atau beberapa ketika, tidakkah ini satu
keburukan?
Al-‘Alawi berkata: Apakah pendapat anda,
wahai raja: Adakah manusia mahu mengahwinkan anak perempuannya atau saudara
perempuannya dengan akad daim (nikah
biasa) kepada seorang lelaki sedangkan dia mengetahui bahawa lelaki itu akan
menceraikannya selepas satu jam atau beberapa ketika iaitu selepas berseronok
dengannya?
Raja berkata: Aku tidak mahu.
Al-‘Alawi berkata: Ahl al-Sunnah
mengakui akad daim adalah benar,
talak selepasnya juga adalah benar, maka tiada perbezaan di antara akad mut‘ah
(munqati‘) dan akad daim selain daripada mut‘ah akan
berakhir dengan masanya dan akad daim
akan berakhir dengan talak atau di dalam erti kata yang lain: Akad mut‘ah
adalah seperti akad sewa-beli (al-Ijaarah)
dan akad daim sepertilah akad milik
di mana sewa akan berakhir dengan berakhirnya masa dan milik akan berakhir
dengan jualan umpamanya!
Justeru itu, perundangan mut‘ah adalah
sejahtera dan benar, kerana ia bagi menunaikan hajat dari hajat-hajat badan
sebagaimana juga perundangan nikah daim
adalah sejahtera dan benar, kerana ia bagi menunaikan hajat daripada
hajat-hajat badan.
Kemudian aku ingin bertanya anda, wahai
raja, apakah pendapat anda tentang janda-janda atau ibu-ibu tunggal yang
mempunyai anak-anak-ketiadaan suami-suami mereka- dan tiada seorangpun yang
datang melamar mereka? Tidakkah akad nikah mut‘ah merupakan satu cara untuk
menjaga mereka daripada kejahatan?
Tidakkah dengan mut‘ah, mereka mendapat
harta untuk perbelanjaan mereka dan anak-anak yatim mereka.
Apakah pendapat anda tentang pemuda-pemuda
dan lelaki di mana keadaan tidak memaafkan mereka untuk berkahwin secara daim, tidakkah mut‘ah merupakan satu
penyelesaian untuk mereka bagi melepaskan daripada kekuatan seks yang ganas?!
Bagi menjaga daripada kefasikan?
Tidakkah mut‘ah itu lebih baik daripada
zina, liwat dan onani?
Sesungguhnya aku percaya, wahai raja,
sesungguhnya jenayah zina, liwat atau onani berlaku di kalangan kaum muslimin,
kembali sebabnya kepada Umar. Umar bersyarikat di dalam dosanya, kerana dialah
yang menghalangnya dan mencegah kaum muslimin daripadanya! Banyak berita yang
menunjukkan bahawa zina telah meningkat di kalangan orang ramai semenjak Umar
melarangnya!
Adapun kata-kata anda, wahai raja,
sesungguhnya aku tidak mahu (La arghabu)…,
sesungguhnya Islam tidak memaksa sesiapapun untuk melakukannya sebagaimana
Islam tidak memaksa anda untuk mengahwinkan anak perempuan anda kepada lelaki
yang mana anda mengetahui bahawa dia akan menceraikan anak perempuan anda
selepas satu jam atau beberapa ketika daripada akad nikah. Tidak mahunya anda
dan orang ramai di atas sesuatu perkara bukanlah dalil di atas pengharamannya,
kerana hukum Allah adalah tetap, tidak berubah dengan hawa nafsu dan
pendapat-pendapat!
Raja Tertarik Tentang Mut‘ah
Raja berkata kepada wazir: Hujah al-‘Alawi
tentang harusnya mut‘ah adalah kuat.
Wazir berkata: Tetapi para ulama telah
mengikut pendapat Umar.
Al-‘Alawi berkata: Pertama: Sesungguhnya
mereka yang mengikut Umar adalah para ulama Ahl al-Sunnah sahaja bukan semua
ulama.
Kedua: Hukum Allah dan Rasul-Nya lebih
berhak diikuti atau pendapat Umar?
Ketiga: Sesungguhnya para ulama kamu
bercanggah sesama sendiri tentang pendapat Umar dan perundangannya.
Wazir berkata: Bagaimana?
Al-‘Alawi berkata: Kerana Umar berkata:
Dua mut‘ah adalah halal pada masa Rasulullah, tetapi aku mengharamkannya:
Mut‘ah haji dan mut‘ah perempuan”. Jikalaulah pendapat Umar itu betul,
kenapakah para ulama kamu tidak mengikut pendapatnya tentang mut‘ah haji? Sesungguhnya
para ulama kamu telah menyalahi Umar dan berkata: Mut‘ah haji adalah benar
sekalipun Umar melarangnya!
Jikalaulah pendapat Umar itu batil,
kenapakah para ulama kamu mengikut pendapatnya tentang pengharaman mut‘ah dan
mempersetujuinya pula?
Wazir diam dan tidak berkata apa-apa.
Raja Meminta Para Hadirin Turut Berdialog
Raja berkata kepada para hadirin:
Kenapakah kamu tidak menjawab al-‘Alawi?
Salah seorang ulama Syi‘ah bernama
syeikh Hasan al-Qasimi berkata: Kemusykilan adalah ke atas Umar dan
“pengikut-pengikutnya”, justeru itu, mereka tidak berhak menjawab Sayyid al-‘Alawi, wahai raja.
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Jikalau begitu, tinggalkan
tajuk ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.
Pembukaan Umar
Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya Syi‘ah
menyangka bahawa tiada kelebihan bagi Umar meskipun dia telah telah membuka
beberapa negeri.
Al-‘Alawi berkata: Di sisi kami beberapa
jawapan:
Pertama: Para pemerintah dan raja-raja membuka negeri-negeri adalah
kerana perluasan tanah jajahan mereka, adakah ini kelebihan?
Kedua: Jikalaulah kita menerima
pembukaannya satu kelebihan, tetapi adakah pembukaannya itu dapat
membenarkannya merampas khilafah
Rasul? Pada hal Rasul tidak menjadikan khilafah
untuknya. Sesungguhnya beliau s.a.w telah menjadikannya untuk Ali bin Abu Talib
(a.s)… Apabila anda, wahai raja, melantik seorang khalifah untuk menduduki
tempat anda, kemudian seorang datang dan merampas khilafah daripada khalifah anda dan menduduki tempatnya, kemudian
dia membuka beberapa negeri dan melakukan amalan yang baik, adakah anda meredai
pembukaannya atau anda memarahinya, kerana dia telah menggulingkan orang yang
anda telah melantiknya dan menduduki tempat anda tanpa kebenaran anda?
Raja Memarahi Pembukaan Umar Dan seumpamanya
Raja berkata: Malah aku memarahinya dan
pembukaannya tidak akan menghapuskan jenayahnya!
Al-‘Alawi berkata: Begitulah pembukaan
Umar adalah satu kesalahan dan mempunyai hasil yang negatif dan terbalik,
kerana Rasul tidak menyerang sesiapapun, malah peperangannya merupakan
peperangan pertahanan. Justeru itu, orang ramai mahu kepada Islam dan memasuki
agama Allah berpuak-puak, kerana mereka mengetahui bahawa Islam adalah agama
keamanan dan keselamatan. Adapun Umar, maka dia menyerang negeri-negeri dan
memasukkan mereka ke dalam Islam dengan pedang dan kekuatan, bukan dengan agama
logik dan peradaban. Justeru itu, ia menjadi sebab bertambahnya musuh-musuh
Islam. Justeru itu, Pembukaan Umar telah mencemarkan imej Islam dan memberi
hasil yang negatif dan terbalik.
Jikalaulah Abu Bakr, Umar dan Uthman
tidak merampas khilafah daripada
tuannya yang sah: Ali bin Abu Talib a.s dan Imam Ali menerima khilafah selepas Rasul secara langsung,
nescaya beliau a.s akan mengikut sirah Rasul, melaksanakan manhajnya yang betul. Dan ini akan menyebabkan orang ramai memasuki
Islam berpuak-puak dan Islam meluas sehingga di seluruh pelusuk bumi!
Tetapi: La haula wa la quwwata illa bi llahi al-‘Aliyyi al-‘Azim.
Di sini Sayyid al-‘Alawi bernafas
panjang dan mendalam, meluahkan perasaan hatinya, lalu memukul tangannya
sendiri kerana dukacita di atas apa yang telah berlaku kepada Islam selepas
kematian Rasulullah (s.a.w) disebabkan perampasan khilafah daripada tuannya yang sah: Imam Ali bin Abu Talib a.s.
Raja Meminta Al-‘Abbasi Menjawab
Raja berkata kepada al-‘Abbasi: Apakah
jawapan anda kepada al-‘Alawi?
Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya aku
tidak pernah mendengar percakapan seperti ini sebelumnya!
Ikutilah Khalifah Rasulullah Yang Sah
Al-‘Alawi berkata: Sekarang anda telah
mendengar percakapan ini dan terserlah kebenarannya. Oleh itu, tinggallah
khalifah-khalifah anda dan ikutilah khalifah Rasulullah yang sah: Ali bin Abu
Talib a.s. Kemudian al-‘Alawi berkata: Hairan sekali urusan kamu, wahai
golongan Ahl al-Sunnah, kamu melupai dan meninggalkan asal dan mengambil
cabang.
Al-‘Abbasi berkata: Bagaimana begitu?
Pembukaan Ali Bin Abu Talib
Al-‘Alawi berkata: Kerana kamu menyebut
pembukaan Umar, tetapi melupai pembukaan Ali bin Abu Talib!
Al-‘Abbasi berkata: Apakah pembukaan Ali
bin Abu Talib?
Al-‘Alawi berkata: Kebanyakan pembukaan Rasul
telah dicapai melalui tangan Imam Ali bin Abu Talib seperti Badr, Khaibar,
Hunain [45],
Uhud, al-Khandaq dan lain-lain. Jikalaulah pembukaan-pembukaan ini tidak ada;
ia merupakan asas Islam, nescaya Umar tidak ada, nescaya tidak ada di sana
Islam dan Iman. Buktinya sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda ketika Ali a.s
bertarung dengan ‘Umru bin ‘Abd Wuddin
pada hari al-Ahzab (al-Khandaq): Pertarungan
iman secara keseluruhannya kepada syirik secara keseluruhannya, wahai Tuhanku,
jika Engkau mahu bahawa Engkau tidak disembah, maka Engkau tidak disembah”.
Iaitu sekiranya Ali dibunuh, maka golongan musyrikin berani membunuhku dan
membunuh semua kaum muslimin. Lantaran itu, tidak akan tinggal selepasnya Islam
dan Iman. Beliau s.a.w bersabda: Pukulan
Ali pada hari al-Khandaq adalah lebih baik daripada ibadat jin dan manusia”
(Dharbatu ‘Ali yauma al-Kahndaq afdhal
min ‘Ibadati al-Thaqalaini)[46].
Justeru itu, bolehlah kami mengatakan bahawa Islam adalah bersifat Muhammadiyyun dari segi kewujudannya dan
bersifat ‘Alawiyyun dari segi
kekekalannya. Sesungguhnya segala kelebihan kerana Allah dan Ali hanya dari
segi kekekalannya!
Al-‘Abbasi berkata: Jika kita katakan
sahaja sebagaimana kata-kata kamu bahawa Umar adalah bersalah dan perampas; dia
telah menukar, dan mengubah, itu betul, tetapi kenapa kamu membenci Abu Bakr?
Sebab-Sebab Kebencian Kepada Abu Bakr
Al-‘Alawi berkata: Kami membencinya
disebabkan oleh beberapa perkara: Pertama: Apa yang dia telah lakukan kepada
Fatimah al-Zahraa’ binti Rasulullah, penghulu wanita alam semesta.
Kedua: Dia telah membuang hukuman had ke
atas penjenayah dan penzina : Khalid bin al-Walid.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata di dalam kehairanan: Adakah
Khalid bin al-Walid seorang penjenayah?
Al-‘Alawi berkata: Ya,
Raja berkata: Apakah jenayahnya?
Jenayah Khalid Bin Al-Walid Dan Zinanya
Al-‘Alawi berkata: Jenayahnya bahawa dia
dihantar kepada sahabat yang mulia; Malik bin Nuwairah di mana Rasulullah telah
memberi berita gembira kepadanya bahawa dia daripada ahli syurga. Abu Bakr telah memerintahkan Khalid supaya
membunuh Malik bin Nuwairah dan kaumnya. Malik di luar Madinah apabila dia
melihat Khalid mendatanginya dengan beberapa orang tentera, lalu dia
memerintahkan kaumnya supaya membawa senjata. Maka mereka pun membawa senjata.
Apabila Khalid sampai kepada mereka, dia
berbohong kepada mereka dan bersumpah kepada mereka dengan nama Allah bahawa
dia tidak bermaksud jahat kepada mereka seraya berkata: Sesungguhnya kami datang
bukan untuk memerangi kamu, malah kami adalah tetamu kamu pada malam ini, maka
Malik merasa yakin dengan kata-katanya manakala Khalid bersumpah dengan nama
Allah. Kemudian Malik dan kaumnya meletakkan senjata dan pada masa itu telah
masuk waktu untuk sembahyang, lalu Malik dan kaumnya berdiri untuk mengerjakan
sembahyang. Tiba-tiba Khalid dan kumpulannya menyerang mereka, lalu mereka
mengikat Malik dan kaumnya, kemudian penjenayah Khalid membunuh mereka[47].
Kemudian Khalid tamak pada isteri Malik (manakala dia melihatnya cantik) dan
berzina dengannya pada malam di mana
suaminya dibunuh. Kemudian Khalid meletakkan kepala Malik dan kaumnya di tuku
dapur masak. Dia memasak “makanan zina”,
lalu dia dan para sahabatnya memakan makanan tersebut!
Umar Mahu Membunuh Khalid, Abu Bakr Menegahnya
Apabila Khalid kembali ke Madinah, maka
Umar mahu membunuh balas (kisas) Khalid kerana membunuh kaum muslimin dan ingin
melakukan hukum hudud kerana perzinaannya dengan isteri Malik, tetapi Abu Bakr (mukmin!) menegah dengan kuat agar hukum
hudud tidak dijalankan ke atas Khalid[48].
Perbuatan Abu Bakr ini mensia-siakan darah kaum muslimin dan menghapuskan hukum
hudud Allah!
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar
apa yang disebutkan oleh al-‘Alawi tentang hak Khalid dan Abu Bakr?
Wazir berkata: Ya, begitulah disebut
oleh ahli sejarah[49].
Raja berkata: Kenapakah sebahagian kaum
muslimin menamakan Khalid dengan Saifullah
al-Maslul (pedang Allah yang terhunus)?
Al-‘Alawi berkata: Dia adalah pedang
syaitan yang lumpuh, tetapi disebabkan dia adalah musuh Ali bin Abu Talib dan
bersama Umar di dalam pembakaran rumah Fatimah al-Zahraa’ a.s, maka sebahagian
Ahl al-Sunnah menamakannya dengan nama Saifullah
(pedang Allah)!
BAHAGIAN KELIMA
Ahl Al-Sunnah Merupakan Musuh-Musuh Ali Bin Abu
Talib?, Abu Talib Seorang Mukmin, Raja Meminta Penjelasan, Al-‘Abbasi Mengakui
Abu Bakr Telah Bersalah, Raja Menjadi Hairan, Abu Bakr Dan Umar Merampas Fadak
Daripada Fatimah, Kebenaran Bersama Syi‘ah Dan Lain-Lain.
Ahl Al-Sunnah Merupakan Musuh-Musuh Ali Bin Abu
Talib?
Raja berkata: Adakah Ahl al-Sunnah
merupakan musuh-musuh Ali bin Abu Talib?
Al-‘Alawi berkata: Jikalau mereka bukan
musuh-musuh Ali, kenapa mereka telah memuji golongan yang telah merampas haknya
dan berada di sekitar musuh-musuhnya (Ali a.s), mereka mengingkari
kelebihan-kelebihannya dan manaaqibnya
sehingga hasad dan permusuhan menguasai mereka dan mereka berkata: Sesungguhnya
Abu Talib telah mati kafir. Sedangkan Abu Talib adalah seorang mukmin. Dialah
yang telah menolong Islam di dalam keadaan yang getir dan memepertahankan Nabi
di dalam risalahnya!
Abu Talib Seorang Mukmin
Raja berkata: Adakah Abu Talib seorang
Islam?
Al-‘Alawi berkata: Abu Talib tidak
pernah manjadi seorang kafir sehingga dia memasuki Islam, malah dia adalah
seorang mukmin yang menyembunyikan imannya. Apabila Rasulullah (s.a.w)
diutuskan, maka Abu Talib telah menzahirkan islamnya di tangannya, maka dia
adalah orang yang ketiga memeluk Islam. Pertama: Ali bin Abu Talib, kedua:
Khadijah Binti Khuwailid; isteru Nabi s.a.w dan ketiga: Abu Talib (r.a).
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar
kata-kata al-‘Alawi tentang hak Abu Talib?
Wazir berkata: Ya, demikianlah disebut
oleh sebahagian ahli sejarah[50].
Raja berkata: Kenapakah ia telah masyhur
di kalangan Ahl al-Sunnah bahawa Abu Talib mati kafir?
Perasaan Dengki Ahl Al-Sunnah Terhadap Ali Bin Abu Talib
Al-‘Alawi berkata: Kerana Abu Talib
adalah bapa kepada Amir al-Mukminin Ali a.s. Justeru itu, perasaan dengki Ahl
al-Sunnah terhadap Ali bin Abu Talib membuatkan mereka berkata: Sesungguhnya
bapanya mati kafir sebagaimana perasaan dengki Ahl al-Sunnah terhadap Ali
membuatkan mereka membunuh dua anak lelakinya al-Hasan dan al-Husain; penghulu
pemuda Ahli syurga sehingga Ahl al-Sunnah yang telah menghadiri Karbalaa’ untuk
membunuh al-Husain berkata: Kami memerangi kamu kerana kemarahan kami kepada
bapa anda dan apa yang dia telah lakukan kepada syeikh-syeikh kami pada hari
Badr dan Hunain! (Nuqaatilu-ka bughdhan
li-abii-ka wa maa fa‘ala bi-asyyaakhi-naa yauma Badrin wa Hunain!)
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah
kata-kata ini diucapkan oleh pembunuh-pembunuh al-Husain?
Wazir berkata: Ahli sejarah telah
menyebut bahawa mereka telah berkata ucapan ini kepada al-Husain!
Raja berkata kepada al-‘Abbasi: Apakah
jawapan anda tentang kisah Khalid bin al-Walid?
Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya Abu
Bakr melihat muslihat di dalam perkara ini!
Al-‘Alawi berkata: Hairan! Maha Suci
Allah! Manakah muslihat yang membawa Khalid bin al-Walid kepada pembunuhan
golongan yang tidak berdosa, berzina dengan perempuan mereka, kemudian dia
dilepaskan tanpa hukuman had dan sebarang pembalasan, malah diserahkan
kepadanya kepimpinan tentera. Abu Bakr berkata padanya bahawa dia adalah pedang
Allah yang terhunus. Adakah “pedang Allah” membunuh golongan kafir atau
golongan mukminin? Dan adakah “pedang Allah” menjaga kehormatan kaum muslimin
atau berzina dengan perempuan muslimin??
Al-‘Abbasi Mengakui Abu Bakr Telah Bersalah
Al-‘Abbasi berkata: Wahai al-‘Alawi,
sesungguhnya Abu Bakr telah bersalah (akhta’a),
tetapi Umar telah dapat memahaminya!
Al-‘Alawi berkata: Jika Umar memahami
perkara tersebut, maka hendaklah dia mengenakan hukum had ke atas Khalid kerana
berzina dan membunuhnya pula kerana dia telah membunuh mukminin yang tidak
berdosa, tetapi Umar tidak melakukannya, maka Umar telah bersalah sebagaimana
Abu Bakr telah bersalah sebelumnya.
Raja Mencelah
Raja berkata: Sesungguhnya anda, wahai
al-‘Alawi berkata pada awal percakapan bahawa Abu Bakr telah membuat jahat
kepada Fatimah al-Zahraa’ Binti Rasulullah (s.a.w), maka apakah jenis
kejahatannya kepada Fatimah?
Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya Abu Bakr
selepas dia mengambil baiah untuk dirinya daripada orang ramai dengan
keganasan, pedang, ugutan dan kekuatan (al-Irhaab wa al-Saif wa al-Tahdiid wa
al-Quwwati), dia mengutus Umar, Qunfudh, Khalid bin al-Walid, Abu ‘Ubaidah
dan kumpulan lain-Daripada munafikin- ke rumah Ali dan Fatimah (a.s). Umar
telah mengumpulkan kayu api di pintu rumah Fatimah (pintu itu di mana
Rasulullah pernah berdiri dan bersabda: Al-Salamu
‘alaikum ya Ahla Bait al-Nubuwwah dan beliau s.a.w tidak memasukinya
melainkan selepas meminta izin), lalu Umar membakar pintu dengan api[51].
Manakala Fatimah datang di balik pintu
bagi menentang Umar dan kumpulannya, Umar telah menolak Fatimah di antara
dinding dan pintu dengan keras sehingga janinnya gugur dan paku pintu mengenai
dadanya, lalu Fatimah meraung: Wahai bapaku, wahai Rasulullah, lihatlah apa
yang kami hadapi selepas anda [pergi] daripada Ibn al-Khattab dan Ibn Qahafah!
Lalu Umar berpaling kepada mereka di sekelilingnya dan berkata: Pukullah
Fatimah, lalu tongkat terkena kekasih Rasulullah dan anggotanya sehingga
berdarah tubuhnya!
Kesan tolakan yang keras ini dan
pertembungan yang keras meresapi tubuh Fatimah, lalu terjatuh sakit sehingga
meninggal dunia selepas bapanya beberapa hari-Fatimah adalah syahid di rumah
kenabian, Fatimah terbunuh dengan sebab Umar bin al-Khattab![52]
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah apa
yang disebutkan oleh al- ‘Alawi itu benar?
Wazir berkata: Ya, sesungguhnya aku
telah melihatnya di dalam kitab-kitab Tawaarikh apa yang disebutkan oleh
al-‘Alawi.
Al-‘Alawi berkata: Inilah di antara
sebab kebencian Syi‘ah kepada Abu Bakr dan Umar!
Fatimah A.S
Memarahi Abu Bakr Dan Umar
Al-‘Alawi berkata lagi: Sebagai bukti
kepada berlakunya jenayah daripada Abu Bakr dan Umar bahawa sesungguhnya ahli
sejarah telah menyebut bahawa Fatimah telah mati di dalam keadaan memarahi Abu
Bakr dan Umar. Sesungguhnya ahli sejarah telah menyebut beberapa hadis tentang
Fatimah: Sesungguhnya Allah reda dengan
reda Fatimah dan memerahi kerana kemarahannya”. Dan anda, wahai raja,
mengetahui, apakah akibat orang yang dimarahi Allah!?
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah hadis
ini benar? Adakah benar bahawa Fatimah telah mati di dalam keadaan memarahi Abu
Bakr dan Umar?
Wazir berkata: Ya, ahli hadis dan ahli
sejarah telah menyebutnya[53].
Al-‘Alawi berkata: Sebagai bukti
kebenaran kata-kataku: Sesungguhnya Fatimah telah berwasiat kepada Ali bin Abu
Talib a.s supaya beliau a.s tidak memperlihatkan jenazahnya kepada Abu Bakr,
Umar dan mereka yang telah menzaliminya. Justeru itu, mereka tidak mengerjakan
sembahyang ke atasnya, mereka tidak hadir di upacara jenazahnya. Dan Ali pula menyembunyikan
kuburnya sehingga mereka tidak datang di atas kuburnya. Kemudian Ali (a.s)
telah melaksanakan wasiat-wasiatnya!
Raja Menjadi Hairan
Raja berkata: Ini adalah perkara yang
pelik, adakah perkara ini telah keluar daripada Fatimah dan Ali?
Wazir berkata: Demikianlah ia telah
disebut oleh ahli sejarah!
Abu Bakr Dan Umar Merampas Fadak Daripada Fatimah
Al-‘Alawi berkata: Abu Bakr dan Umar telah
menyakiti Fatimah dengan perkara yang lain pula.
Al-‘Abbasi berkata: Apakah perkara itu?
Al-‘Alawi berkata: Iaitu mereka berdua
telah merampas miliknya (Fadak).
Al-‘Abbasi berkata: Apakah dalil bahawa
mereka berdua telah merampas Fadak?
Al-‘Alawi berkata: Tawaarikh telah
menyebut bahawa Rasulullah (s.a.w) telah memberi Fadak kepada Fatimah. Fadak
adalah miliknya pada masa Rasulullah. Apabila Rasulullah mati, Abu Bakr dan
Umar mengeluarkan pekerja-pekerja Fatimah dari Fadak dengan paksaan, pedang dan
kekerasan. Fatimah telah berhujah ke atas Abu Bakr dan Umar, tetapi mereka
berdua tidak mendengar kata-katanya. Malah mereka berdua memarahinya dan
menghalangnya[54].
Justeru itu, beliau a.s tidak bercakap dengan mereka berdua sehingga beliau a.s
mati di dalam keadaan memarahi mereka berdua!
Al-‘Abbasi berkata: Tetapi Umar bin ‘Abd
al-‘Aziz telah mengembalikan Fadak kepada anak-anak Fatimah pada masa
pemerintahannya?
Al-‘Alawi berkata: Apakah faedahnya?
Sekiranya seorang manusia telah merampas daripada anda rumah anda dan mengusir
anda, kemudian orang lain pula datang selepas anda mati, dan mengembalikan
rumah anda kepada anak-anak anda, adakah tindakannya dapat menyapu dosa
perampas yang pertama?
Raja Mencelah
Raja berkata: Terserlah daripada
percakapan kamu berdua- Wahai al-‘Abbas dan al-‘Alawi- Semua bersetuju bahawa
Abu Bakr dan Umar telah merampas Fadak?
Al-‘Abbasi berkata: Ya, sejarah telah
menyebutnya[55].
Raja berkata: Kenapakah mereka berdua
telah melakukannya?
Al-‘Alawi berkata: Kerana mereka berdua
mahu merampas khilafah. Mereka berdua
telah mengetahui bahawa Fadak jika masih berada di tangan Fatimah, nescaya
beliau a.s membelanjakan dan membahagikan hasilnya yang banyak (Seratus dua
pulu ribu dinar emas) kepada orang ramai. Justeru itu, orang ramai akan
berhimpun di sekitar Ali a.s. Inilah apa yang dibenci oleh Abu Bakr dan Umar!
Raja berkata: Sekiranya kata-kata ini
benar, maka urusan mereka adalah pelik! Apabila khilafah mereka bertiga terbatal, maka siapakah yang menjadi
khalifah Rasul s.a.w?
Rasul Melantik Khalifah-Khalifah Selepasnya
Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya Rasul
sendiri telah melantik- dengan perintah daripada Allah- khalifah-khalifahnya
selepasnya. Di dalam satu hadis Rasul bersabda: Khalifah-khalifah selepasku adalah dua belas orang seramai bilangan
Nuqabaa’ Bani Israel dan semuanya daripada Quraisy[56]”
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar
bahawa Rasul telah bersabda sedemikian?
Wazir berkata: Ya.
Raja berkata: Siapakah mereka yang dua
belas itu?
Al-‘Abbasi berkata: Empat daripada mereka adalah terkenal, mereka: Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali.
Raja berkata: Siapa lagi?
Al-‘Abbasi berkata: Khilaf di kalangan para ulama.
Raja berkata: Namakan mereka.
Al-‘Abbasi diam.
Nama-Nama
Imam Dua Belas
Al-‘Alawi berkata: Wahai raja, sekarang
aku akan menyebut kepada anda nama-nama mereka menurut kitab-kitab ulama Ahl
al-Sunnah, mereka adalah: Ali, al-Hasan, al-Husain, Ali, Muhammad, Ja‘far,
Musa, Ali, Muhammad, Ali, al-Hasan dan al-Mahdi a.s.
Al-‘Abbasi berkata: Dengarlah, wahai
raja,: Sesungguhnya Syi‘ah berkata: Bahawa al-Mahdi masih hidup di dunia
semenjak tahun 255 hijrah dan adakah ini masuk akal? Dan mereka juga berkata:
Dia akan zahir pada akhir zaman untuk memenuhi bumi dengan keadilan selepas ia
dipenuhi dengan kezalaiman.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada al-‘Alawi: Adakah
benar kamu percaya sedemikian?
Al-‘Alawi berkata: Ya, benar, kerana
Rasul telah bersabda sedemikian. Ia telah diriwayatkan oleh Syi‘ah dan Ahl
al-Sunnah.
Bagaimana Manusia Boleh Kekal Dalam Masa
Yang Panjang?
Raja berkata: Bagaimana mungkin manusia
boleh kekal di dalam masa yang begini panjang?
Al-‘Alawi berkata: Sekarang umur Imam
al-Mahdi belum sampai seribu tahun[57].
Allah berfirman tentang Nuh a.s di dalam Surah al- ‘Ankabut (29): 14 “Maka dia tinggal di antara mereka seribu
tahun kurang lima puluh tahun” Adakah Allah lemah mengekalkan manusia
sepanjang masa ini?
Tidakkah Allah di tangan-Nya kematian
dan kehidupan Dia berkuasa di atas segala sesuatu? Kemudian Rasul telah
bersabda sedemikian, maka ia adalah benar dan dipercayai.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada Wazir: Adakah benar
bahawa Rasul telah memberitahu tentang al-Mahdi sebagaimana dikatakan oleh
al-‘Alawi?
Wazir berkata: Ya[58].
Raja berkata kepada al-‘Abbasi: Kenapa
anda mengingkari hakikat-hakikat yang terdapat di sisi kita Ahl al-Sunnah?
Al-‘Abbasi Khuatir Orang Awam Cenderung Kepada
Syi‘ah!
Al-‘Abbasi berkata: Kerana khuatir
tentang akidah orang awam akan bergoncang dan cenderung hati mereka kepada
Syi‘ah!
Al-‘Alawi berkata: Jikalau begitu, anda
wahai al-‘Abbasi, termasuk di dalam firman Allah Surah al-Baqarah (2): 159 “Sesungguhnya golongan yang menyembunyikan
apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk setelah
Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah
dan pula oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati” Maka laknat daripada
Allah meliputi anda…
Kemudian al-‘Alawi berkata: Wahai raja,
tanyalah al-‘Abbasi ini: Adakah wajib di atas orang yang alim menjaga Kitab
Allah dan sabda-sabda Rasul-Nya atau wajib di atasnya menjaga akidah golongan
awam yang terpesong daripada Kitab dan
Sunnah?
Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya aku
menjaga akidah orang awam sehingga hati mereka tidak cenderung kepada Syi‘ah,
kerana Syi‘ah adalah Ahli Bid‘ah!
Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya kitab-kitab
muktabar memberitahu kami bahawa imam kamu; Umar adalah orang pertama yang
memasukkan bid‘ah di dalam Islam. Dia sendiri dengan jelas berkata: Sebaik-baik
bid‘ah adalah ini. Ini dirujukkan kepada kisah sembahyang Taraawih manakala dia
memerintahkan orang ramai supaya melakukan sembahyang sunat secara berjemaah.
Dia mengetahui bahawa Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan sembahyang sunat
dilakukan secara berjemaah. Justeru itu, bid‘ah Umar adalah menyalahi Allah dan
Rasul-Nya secara terang-terangan.
Kemudian: Tidakkah Umar telah melakukan
bid‘ah pada azan dengan membuang perkataan “Hayya
‘alaa khairi al-‘Amal” dan menambah perkataan “Al Salaat khairun mina al-Naum”?[59]
Tidakkah Umar telah melakukan bid‘ah
dengan memansuhkan saham golongan muallaf menyalahi Allah dan Rasul-Nya?[60]
Tidakkah Umar telah melakukan bid‘ah
dengan memansuhkan mut‘ah haji menyalahi Allah dan Rasul?[61]
Tidakkah Umar telah melakukan bid‘ah
dengan memansuhkan mut‘ah perempuan menyalahi Allah dan Rasul-Nya?[62]
Tidakkah Umar telah melakukan bid‘ah
dengan memansuhkan had zina ke atas penjenayah zina: Khalid bin al-Walid
menyalahi Allah dan Rasul-Nya yang mewajibkan supaya dijalankan hukum had ke
atas penzina dan pembunuh?
Dan lain-lain bid‘ah kamu yang mengikut
Umar.
Oleh itu, adakah kamu ahli bid‘ah atau
kami Syi‘ah?[63]
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar
apa yang disebutkan oleh al-‘Alawi tentang bid‘ah-bid‘ah Umar?
Wazir berkata: Ya, sekumpulan ulama
telah menyebutnya di dalam kitab-kitab mereka!
Raja berkata: Bagaimana kita mengikut
orang yang telah melakukan bid‘ah pada agama?
Al-‘Alawi berkata: Justeru itu,
diharamkan mengikuti manusia seperti ini, kerana Rasul (s.a.w) bersabda: Setiap bid‘ah adalah sesat dan setiap
kesesatan ke neraka” Maka mereka yang mengikuti Umar di dalam bid‘ahnya-
mereka mengetahuinya- maka mereka adalah daripada ahli neraka- secara putus-!
Para Imam Mazhab Empat
Al-‘Abbasi berkata: Tetapi para Imam Ahl
al-Sunnah telah mengakui perbuatan Umar.
Al-‘Alawi berkata: Ini adalah bid‘ah
yang lain pula, wahai raja!
Raja berkata” Bagaimana begitu?
Al-‘Alawi berkata: Kerana para imam
mazhab: Abu Hanifah, Malik bin Anas, al-Syafi‘I dan Ahmad bin Hanbal, bukan
hidup semasa Rasulullah (s.a.w), malah mereka datang dua ratus tahun –lebih
kurang- selepasnya. Adakah kaum muslimin di antara masa Rasul dan masa mereka
berempat berada di atas kebatilan dan kesesatan? Apakah pengukur bagi menghadkan
mazhab-mazhab kepada mereka berempat dan tidak mengikut semua fakih? Adakah
Rasul telah berwasiat mengenainya?
Raja berkata: Apakah pendapat anda,
wahai ‘Abbasi?
Al-‘Abbasi berkata: Mereka itu lebih alim daripada selain
daripada mereka!
Raja berkata: Adakah ilmu telah kering
tanpa mereka?
Mazhab Ja‘fari
Al-‘Abbasi berkata: Tetapi Syi‘ah juga
mengikut mazhab (Ja‘far al-Sadiq)?
Al-‘Alawi berkata: Kami mengikut mazhab
Ja‘far, kerana mazhabnya adalah mazhab Rasulullah, kerana beliau adalah
daripada Ahl al-Bait yang difirmankan Allah di dalam Surah al-Ahzab (33): 33 “Sesungguhnya Allah mahu menghilangkan dosa
daripada kamu Ahl al-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya” Jika
tidak, kami mengikut setiap imam dua belas, tetapi disebabkan Imam al-Sadiq
(a.s) dapat menyebarkan ilmu, tafsr, hadis yang mulia lebih banyak daripada
para Imam yang lain (disebabkan wujud kebebasan pada masanya) sehingga majlis
ilmunya dihadiri oleh lebih empat ribu pelajar sehingga Imam al-Sadiq a.s mampu
memperbaharui lambang Islam selepas Bani Umayyah dan Bani ‘Abbas
menghapuskannya. Justeru itu, Syi‘ah dinamakan dengan al-Ja‘fariyyah dinisbahkan kepada Ja‘far al-Sadiq a.s.
Raja berkata: Apakah jawapan anda, wahai
‘Abbasi?
Al-‘Abbasi berkata: Kami Ahl al-Sunnah
biasanya mengikut para imam empat mazhab.!
Al-‘Alawi berkata: Malah, sebahagian
penguasa memaksa kamu supaya berpegang kepada mazhab empat[64].
Kamu telah mengikut mereka secara membabi buta, tanpa hujah dan dalil!
Al-‘Abbasi diam.
Mati Sebagai Seorang Jahiliyah
Al-‘Alawi berkata: Wahai raja,
sesungguhnya aku naik saksi bahwa sesungguhnya al-‘Abbasi daripada ahli neraka,
jika dia mati di dalam keadaan ini.
Raja berkata: Dari manakah anda
mengetahui bahawa dia daripada ahli neraka?
Al-‘Alawi berkata: Kerana Rasulullah
s.a.w bersabda: Barangsiapa mati dan dia
tidak mengetahui imam pada zamannya, dia mati sebagai seorang Jahiliyah” (Man maata wa lam ya‘raf imaama zamaani-hi maata
maitatan jaahiliyyatan). Lantaran itu, bertanyalah kepada al-‘Abbasi, wahai
raja, Siapakah imam zaman al-‘Abbasi?
Al-‘Abbasi berkata: Tidak ada hadis
Rasulullah mengenainya.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah terdapat
hadis daripada Rasulullah tentang perkara ini?
Wazir berkata: Ya, terdapat hadis
Rasulullah tentangnya.
Raja berkata di dalam keadaan marah: Aku
menyangka bahawa anda, wahai al-‘Abbasi, seorang yang boleh dipercayai (thiqah), sekarang terserlah pembohongan
anda!
Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya aku
mengetahui imam zamanku!
Al-‘Alawi berkata: Siapakah dia?
Al- ‘Abbasi berkata: Raja!
Al-‘Alawi berkata: Ketahuilah, wahai
raja, bahawa dia berbohong, dia hanya berkata sedemikian kerana mengambil hati
anda!
Raja berkata: Ya, aku mengetahui bahawa
dia berbohong, aku mengetahui diriku bahawa aku tidak layak menjadi imam zaman
orang ramai, kerana aku tidak mengetahui apa-apapun. Aku hanya menghabiskan
waktu-waktuku dengan memburu dan mengurus pejabat!
Kemudian raja berkata: Wahai al-‘Alawi,
siapakah imam zaman pada pendapat anda?
Al-‘Alawi berkata: Imam zaman pada
pendapatku dan akidahku adalah Imam al-Mahdi a.s sebagaimana di dalam hadis
terdahulu daripada Rasulullah s.a.w. Justeru itu, barangsiapa mengetahuinya,
dia akan mati sebagai seorang muslim dan dia adalah daripada ahli syurga. Dan
barangsiapa yang tidak mengetahuinya, maka dia mati sebagai seorang jahiliyah,
dia di neraka bersama ahli jahiliyah.
Kebenaran Bersama Syi‘ah
Di sini muka raja berseri dan terserlah
kesan-kesan kegembiraannya pada mukanya dan berpaling kepada hadirin seraya
berkata:
Ketahuilah, wahai jemaah, sesungguhnya
aku terasa senang dan yakin daripada dialog ini (Selama tiga hari). Aku telah
mengetahui dan aku telah yakin bahawa kebenaran adalah bersama Syi‘ah pada
setiap apa yang mereka katakan dan pada setiap apa yang mereka percayai.
Sesungguhnya Ahl al-Sunnah adalah batil mazhab mereka, dan akidah mereka adalah
menyeleweng.
Raja Mengisytiharkan Diri Sebagai Seorang
Syi‘ah
Sesungguhnya aku adalah di kalangan
mereka apabila kebenaran terserlah, tunduk kepadanya dan mengakuinya. Aku
bukanlah daripada ahli kebatilan di dunia dan ahli neraka di akhirat. Justeru
itu, sesungguhnya aku mengisytiharkan kepada kamu bahawa aku menjadi seorang
Syi‘ah (tasyayyu‘). Oleh itu,
barangsiapa yang suka bersamaku, maka hendaklah dia menjadi Syi‘ah di atas
keberkatan Allah dan keredaan-Nya, dia mengeluarkan dirinya daripada kegelapan
kebatilan kepada cahaya kebenaran!
Wazir Mengisytiharkan Diri Sebagai Seorang Syi‘ah
Wazir Nizam al-Mulk berkata: Aku telah
mengetahui bahawa Syi‘ah adalah benar. Sesungguhnya mazhab yang benar adalah
mazhab Syi‘ah Imam Dua Belas sahaja semenjak hari-hari persekolahanku. Justeru
itu, aku mengisytiharkan bahawa aku juga menjadi seorang Syi‘ah.
Demikianlah kebanyakan para ulama,
menteri-menteri dan ketua-ketua tentera yang hadir pada muktamar itu (bilangan
mereka hampir tujuh puluh orang) telah memasuki mazhab Syi‘ah.
Berita tentang raja Malik Syah, wazir
Nizam al-Mulk, menteri-menteri, ketua-ketua tentera dan penulis-penulis telah
memasuki mazhab Syi‘ah telah tersebar di seluruh negara, lalu sebilangan besar
daripada orang ramai telah berpegang kepada mazhab Syi‘ah dan Nizam al-Mulk-
bapa kepada isteriku- telah memerintahkan supaya guru-guru mengajar mazhab
Syi‘ah di sekolah-sekolah Nizamiyyah di Baghdad![65]
Sebahagian Mereka Kekal Di Atas Mazhab Mereka
Tetapi sebahagian ulama yang berkeras di
atas kebatilan, kekal di atas mazhab mereka yang terdahulu sebagaimana firman
Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 74 “Seperti
batu, bahkan lebih keras lagi”
Rancangan Jahat
Mereka mulai membuat rancangan-rancangan
jahat[66]
bagi menentang Malik Syah dan Nizam al-Mulk. Mereka menjadikan Nizam al-Mulk
bertanggung jawab di atas perkara yang berlaku, kerana dia adalah akal yang
mentadbir negara sehingga tangan yang berdosa dihulurkan kepadanya- daripada
penentang-penentang Ahl al-Sunnah.
Kematian Nizam Al-Mulk Dan Malik Syah
Kemudian mereka membunuh Nizam al-Mulk
pada 12 Ramadan tahun 485 hijrah. Dan selepas itu pula mereka membunuh Malik
Syah Saljuqi[67].
Fa-innaa
li-llah wa innaa ilai-hi raaji‘uun. Sesungguhnya kedua-duanya telah dibunuh
pada jalan Allah, kerana kebenaran dan keimanan, maka ucapan tahniah kepada
mereka berdua dan kepada setiap mereka yang dibunuh pada jalan Allah, kerana
kebenaran dan keimanan.
Sebuah Qasidah
Sesungguhnya aku telah menulis sebuah
qasidah meratapi Nizam al-Mulk (bapa
mentuaku) di antaranya:
Wazir
Nizam al-Mulk adalah mutiara yang berharga
Diukir oleh Yang Maha Pemurah daripada
kemuliaan
Hari-hari tidak mengetahui
kemulian nilainya
Dikembalikannya kerana
cemburu kepada kulitnya
Dia memilih mazhab
kebenaran di dalam dialog
Melahirkan hakikat pada bukti yang terbuka
Agama tasyayyu‘ suatu
kebenaran tanpa
kemegahan untuknya
Selain daripadanya adalah fata morgana penipu licik
Tetapi dengki terpendam
mereka lakukan untuknya
Dia bermalam di bulan
terang di bayangan yang redup
Ke atasnya seribu salam
Allah yang mengikutinya
Mencucuri rohnya yang abadi
Aku Menghadiri Muktamar Dan Aku Menulis Buku Ini
Sesungguhnya aku telah menghadiri
muktamar dan dialog. Sesungguhnya aku telah menulis setiap apa yang berlaku di
muktamar itu, tetapi aku membuang apa yang tidak perlu dan sekarang aku
mengemukakan [kepada anda] apa yang telah berlaku di muktamar itu di dalam buku
ini.
Segala pujian kepada Allah sahaja,
selawat dan salam kepada Muhammad, keluarganya yang baik dan para sahabatnya
yang cerdik.
Aku telah menulis buku ini di Madrasah
Nizamiyyah di Baghdad.
Penulis:
Muqaatil bin
‘Atiyyah bin Muqaatil al-Bakri
BIBLIOGRAFI
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Beirut,
1382 H.
al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra,
Baghdad, 1959.
al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf,
Tunis, 1384 H.
al-Bukhari, Sahih, Beirut, 1377
H.
al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385
H.
al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo,
1969.
____________, Mizan al-I‘tidal,
Cairo, 1978.
al-Fadhl bin Syadhan al-Naisaburi, al-Idhah,
Beirut, 1990.
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih
al-Ghaib, Cairo, 1382H.
al-Haithami, Majma‘al-Zawa’id,
Baghdad, 1378 H.
al-Hakim, al-Mustadrak Baina
al-Sahihaini, Cairo, 1969.
Al-Kasyi, al-Rijal, Baghdad, 1389 H.
Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab fi
Ma‘rifah al-Sahabah, Cairo, 1365 H.
Ibn ‘Abd Rabbih, ‘Iqd al-Farid,
Tunis, 1378 H.
Ibn Abu al-Hadid, Syarh Nahj
al-Balaghah, Baghdad, 1382 H.
Ibn al-Athir al-Jazari, Usd al-Ghabah,
Baghdad, 1969.
Ibn Athir, al-Kamil fi al-Tarikh,
Cairo, 1956.
al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib,
Teheran, 1378 H.
al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad,
Baghdad, 1959.
Ibn ‘Asakir, Mukhtasar Tarikh Dimasyq,
1386 H.
Ibn Hajr al-‘Asqalani, al-Isabah fi
Ma‘rifah al-Sahabah, Beirut, 1953.
____________, Fath al-Bari, Cairo, 1965.
____________, Tahdhib al-Tahdhib,
Hyderabad, 1328 H.
Ibn Hajr al-Makki, al-S.a.wa‘iq
al-Muhriqah, Baghdad, 1374 H.
al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah,
Beirut, 1987.
Ibn Hisyam, Sirah Ibn Hisyam,
Beirut, 1987.
Ibn Kathir, al-Tafsir, Cairo,
1958.
____________,al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo, 1365 H.
Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi,
Beirut, 1985 H.
Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad,
1367 H.
al-Majlisi, Muhammad al-Baqir, Bihar
al-Anwar , Beirut 1993.
Malik bin Anas, al-Muwatta’, Tunis,
1972.
Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir
al-‘Uqba, Tunis, 1376 H.
____________, al-Riyad al-Nadhirah, Cairo, 1389 H.
Muhsin al-Amini, al-Ghadir fi
al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab,
Beirut, 1967.
Muslim, Sahih, Cairo, 1967.
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, Hyderabad, 1374 H.
al-Nasa’i, al-Khasaa’is, Beirut,
1959.
____________, al-Sunan, Cairo, 1958.
al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘
al-Mawaddah, Baghdad, 1395 H,
al-Qurtubi, al-Jaami‘ li Ahkaam
al-Qur’an, Cairo, 1381 H
al-Salih al-Hanafi , al-Kaukab al-Durriyy,
Tunis, 1367 H.
Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah
al-Khawwaas, Cairo, 1381 H.
al-Syablanji al-Syafi‘i, Nur al-Absar,
Cairo, 1367 H.
al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghagh,
Beirut, 1984.
Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur,
Cairo, 1961.
____________, Tarikh al-Khulafa’,
Cairo, 1368
_________, al-Itqaan fi ‘Ulum al-Qur’an, Cairo, 1387
Al-Tabari, Tarikh, Beirut, 1958
al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 1382
____________, Jaami al-Turmudhi‘,
Cairo, 1380
al-Ya‘qubi, Tarikh, Beirut, 1379
H.
INDEKS
A D
Abdullah bin
‘Abbas, 34 dhimmah,28
Abu Bakr,
22 ,30 ,33, 40, 55, 57, 58
Abu
Basir,18, 23, 24 F
Abu Ja‘far
al-Baqir, 34,
Abu Hamzah
al-Thumali, 32 , al-Fadhl bin Ibrahim,10
31.36, 38,
322, 33,37,49, 68
al-Fadhl bin Rabi‘, 70
Abu
Hanifah,10, 23,56 al-Fadhl
bin Syadhan, 40
Abu
al-Hasan Musa, 21 ,38, 65
al-Fadhl bin Yunus,
34
67
al-Farazdaq,12 20, 21
Abu
al-Hasan al-Ridha, 30,32,36, farsi,18,17, 25, 30, 38
10,14,18,
28, 27,36,36 Fadak,
20, 23,25
Ahl
l-Bait,17, 23, 25,48,72, 81,82,
10,12,13,142,14,16,2125,26,
281,63,65
G
Ali bin Abu
Talib,9,17, 22, 31,44,68,73,7
88,
93,
gabenor,15,16,13,28, 27
Al-Asbagh
bin Nabatah, 30, 31, 32, 33
34, 34
B
H
Baiah, 22,
28, Habtar,345
Baligh,17,29
Hamraan bin A‘yan, 26,24
Bani
Hasyim,17,18 , 28 Harun
al-Rasyid,65,70,72
al-Hasan bin Ali, 30,31,
32
C
al-Husain bin
Ali,13, 20, 28,
20,26,26,28,39,36,35
Celaan,21,
23, 24, 38
Cinta, 32,
68 35
I
N
Ibn Di’bin,
62,163, 63,71,74
Nizamiyyah, 9, 63
Imamah,19 ,
26, 25
J
P
Jabir bin
Abdullah,16,53,54,
penyelewengan,17, 60
24,33
Jammaz,
30
Q
K al-Qaim, 21, 31, 18, 29
21, 22, 26, 39, 36, 37, 37
Khalid bin
al-Walid,20, 26
Karbala’,
7, 6, 28 R
Kathir
al-Nuwa, 144, 28, 36
334,353
Rusyaid al-Hajari,17, 20, 87, 91
Khidir,15,
26, 28, 25, 26
37, 59
S
Kufah, 21,
22, 27,41
297,31,35,
37 Salman al-Farisi,16, 17, 21, 23, 25
Khuzaimah
bin Thabit, 23, 34
43, 45
L
T
Luqman,107,110,270,375,385 taqiyyah, 32
Laknat, 42,
44, 63
Turki, 21, 20, 28
65
U
M
Umar bin al-Khattab,14,15,17
Madinah,
27,63, 64
Ummu Salamah, 30, 35, 36
1 3, 20
, 21
Uthman bin ‘Affan,144
Makkah, 10
,13,16,17
65, 66,
67 W
Malik bin
al-Harith bin al-Asytar al-Nakh‘i,
13,15,
57
wasiat,10,1 6,12,19,30,32
al-Makmun,114,115,116,117
mashaf,5,
16, 31, 34 Z
al-Miqdad
bin al-Aswad,16,17,18, 21, 23, 25,
11, 23,
24
Zaid bin Sauhan, 15 ,34
al-Mirzaban
bin Imran, 82, 103
Zakaria bin Adam,10,13
Mitham bin
Yahya al-Tammar,17,73,87,88
Muhammad
bin Abu Bakr,17, 20 ,33, 42, 43
Muhammad
bin Muslim al-Thaqafi, 21, 53, 61
[1] Bilangan Syi‘ah pada abad ke 5 hijrah hampir separuh bilangan
keseluruhan kaum muslimin.
[2] Nizam al-Mulk telah mengetahui kekuatan hujah Syi‘ah dan kebenaran
akidah mereka, tetapi tidak mahu mengikutinya.
[3] Kemungkinan muktamar telah diadakan pada bulan Sya‘ban tahun 485
hijrah.
[4] Al-Bukhari, Sahih, viii,
hlm. 378-385 (Bab fi al-Haud) hadis
no.578, 584, 585, 586, 587, 590 meriwayatkan bahawa para sahabat Nabi s.a.w
telah murtad selepas kematiannya. Nabi s.a.w bersabda: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka adalah para sahabatku (ashaabi).
Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui bid‘ah-bid‘ah (ahdathuu) yang
dilakukan oleh mereka selepas anda. Sesungguhnya mereka telah menjadi murtad ke
belakang”. Hanya hadis no. 587 meriwayatkan bahawa “Hanya sedikit daripada mereka terselamat seperti unta yang terpisah
daripada pengembalanya” Ini disebabakan mereka telah mengubah sunnah
Rasulullah s.a.w. Lihat juga, Muslim, Sahih,
iv, hlm.1793-6 (Kitab al-Fadhaa’il)
hadis no.26, 28, 29, 31 dan 32.Hadis no. 26 meriwayatkan “kerana kamu tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka
(sahabat) selepas anda meninggalkan mereka. Maka aku bersabda: Terjauh, terjauh
daripada (rahmat) mereka yang telah mengubah (baddala) sunnahku selepasku”.
[5] Melarikan diri.
[6] Ibn Sa‘d, Tabaqaat,
bhg.2, ii, hlm.41, Ibn ‘Asaakir, Tarikh,
ii,hlm.391, Ibn al-Athir, al-Kaamil,
ii,hlm.129, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz
al-‘Umaal,v, hlm.312.
[7] Ibn al-Athir, al-Kamil,
ix, hlm. 102, Ibn al-Jauzi, al-Muntazam, vii, hlm. 283.
[8] Al-Baihaqi, al-Sunan, ii,
hlm. 41, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz
al-‘Umaal, I, 281.
[9] Ibid.
[10] Ahli majlis syura: Sa‘d
bin Abi Waqqas, Abd al-Rahman bin ‘Auf, Talhah bin ‘Ubaidillah, al-Zubair bin
al ‘Awwam dan Ali bin Abu Talib a.s. Umar telah memerintahkan 50 orang tentera
supaya mengawal majlis syura dalam
masa tiga hari dan berkata kepada mereka: Jika seorang daripada mereka
menentang dan lima bersetuju, maka bunuhlah dia. Jika dua menentang dan empat
bersetuju, maka bunuhlah kedua-duanya. Dan jika tiga menentang dan tiga
bersetuju, maka pilihlah pihak yang ada Abd al-Rahman bin ‘Auf, Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 24. Ini
bererti jika Ali a.s menentang, maka beliau akan dibunuh. Peristiwa di majlis syura ini adalah sama dengan peristiwa
di Saqifah Bani Sa’idah di mana-kedua-duanya menolak perlantikan Ali a.s
sebagai khalifah. Renunglah kelicikan Umar!
[11] Tergesa-gesa atau keterlanjuran. Lihat umpamanya, Tarikh al-Khulafaa’, hlm. 67,
al-Shahrastaani, al-Milal wa al-Nihal,
1, hlm. 23, Ibn Hajr, al-Sawaa’iq
al-Muhriqah, hlm.8.
[12] Ibid.
[13] Seramai 110 orang sahabat yang menyaksikan perlantikan Ali a.s oleh
Rasulullah s.a.w sebagai khalifah di Ghadir Khum tercatat nama-nama mereka di
dalam kitab-kitab Ahl al-Sunnah, lihat al-Amini, al-Ghadir, I, hlm.14- 158.
[14] Ibn Hanbal, al-Musnad,
iv, hlm.281, Khatib Baghdad, Tarikh
Baghdad, viii, hlm 290, Ibn Hajr, al-Sawaa’iq
al-Muhriqah, hlm. 107.
[15] Al-Bukhari, Sahih, viii,
hlm. 208 menyatakan bahawa ayat al-Raghbah
adalah sebahagian daripada al-Qur’an, iaitu “Laa targhabuu ‘an aabaa’i-kum”, tetapi ia tidak wujud di dalam
al-Qur’an yang ada sekarang. Muslim, Sahih,
ii, hlm.726 menyatakan bahawa Abu Musa al-Asy‘ari membaca selepas (Surah al-Saf
61:2) “ Fatauktabu syahaadatan fi a‘naaqi-kum…,
tetapi ia tidak dimasukkan di dalam al-Qur’an sekarang.
[16] Lihat, umpamanya, al-Baidhawi, Anwar
al-Tanzil, ii, hlm 320 tentang Surah al-Najm (53): 19-20 dan lain-lain.
[17] “Sesungguhnya neraka Jahannam tidak akan penuh sehingga Allah
meletakkan kaki-Nya, maka neraka Jahannam berkata:”cukup, cukup” Ahmad bin
Hanbal, al-Musnad, iii, hlm.314,
al-Bukhari, Sahih, iii, hlm.127,
Muslim, Sahih, ii, hlm.482.
[18] Ibn ‘Abd al-Rabbih, al-‘Add
al-Fariid, I, 26, Ibn Kathir,Tarikh,
viii, hlm 113,
[19] Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj
al-Balaaghah, iii, hlm.124.
[20] Perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w itu, tidak
merendahkan kedudukannya mengikut al-‘Abbasi.
[21] Al-Bukhari, Sahih, vi,
hlm. 210 menyatakan bahwa (Surah al-Lail 92:3) telah ditambah perkataan “Maa khalaqa”, Lantaran itu, ayat asalnya
“Wa al-Dhakari wa al- Unthaa” tanpa “Maa khalaqa”. Hadis ini diriwayatkan
oleh Abu al-Dardaa’, kemudian ia dicatat pula oleh Muslim, Sahih, I, hlm.565, al-Turmudhi, Sahih,
v, v, hlm. 191. Al-Suyuti, al-Itqaan,
ii, hlm. 82 meriwayatkan bahawa ‘Aisyah menyatakan (Surah al-Ahzab33: 56) pada
masa Nabi s.a.w adalah lebih panjang, iaitu dibaca “ Wa ‘ala al-Ladhiina yusalluna al-Sufuuf al-Uwal” selepas “ Inna llaha wa malaikata-hu yusallaana ‘Ala
al-Nabiy” ‘Aisyah berkata: Iaitu sebelum Uthman mengubah mashaf-mashaf”
[22] Ahl al-Sunnah berpendapat ganti nama “Dia” di dalan ayat tersebut
kembali kepada Rasulullah s.a.w dan bukan kepada Uthman bin ‘Affan.
[23] Ali a.s berkata di dalam khutbahnya: "Khalifah-khalifah sebelumku
telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi Rasulullah s.a.w dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka
dengan beliau dengan mengubah sunnah-sunnah beliau. Sekarang jika aku memaksa mereka supaya meninggalkannya dan mengembalikan keadaan
sebagaimana di zaman Rasulullah s.a.w, nescaya tenteraku akan bertaburan lari
dariku, meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan
Syi'ahku yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku
melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w akan tinggal bersamaku. Apa pendapat
kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah
ditempatkan oleh Rasulullah s.a.w.
Mengembalikan Fadak kepada
pewaris-pewaris Fatimah (a.s), mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang
lazim di zaman Rasulullah s.a.w, mengembalikan tanah kepada orang yang telah
diberikan oleh Rasulullah s.a.w, mengembalikan rumah Ja'far kepada
pewaris-pewarisnya dan memisahkannya dari masjid (kerana mereka telah
merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid); mengembalikan hukum-hukum yang
kejam yang dipaksa oleh khalifah-khalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita
yang secara tidak sah telah dipisahkan dari suami mereka, mengembalikan jizyah
kepada Bani Taghlab, mengembalikan tanah Khaibar yang telah dibahagi-bahagikan,
memansuhkan dewan-dewan pemberian dengan meneruskan pemberian kepada semua
orang sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah s.a.w tanpa menjadikannya
tertumpu di kalangan golongan kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum
Muslimin di dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khums sebagaimana difardukan Allah (swt).
Memulihkan Masjid Nabi
seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi s.a.w, menutup pintu-pintu yang
dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas
kewafatan Rasul), mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke atas peminum nabidh,
memerintahkan halal mut'ah wanita dan mut'ah haji sebagaimana pada zaman Nabi
s.a.w, memerintahkan takbir lima kali dalam solat jenazah, mewajibkan kaum
Muslimin membaca Bismillahir Rahmanir
Rahim dengan suara yang nyaring pada masa solat, mengeluarkan orang yang
dimasukkan selepas Rasulullah s.a.w di dalam masjidnya, di mana Rasulullah
s.a.w telah mengeluarkannya, memasukkan
orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah s.a.w (beliau sendiri) di mana
Rasulullah s.a.w telah memasukkannya, memaksa kaum Muslimin dengan hukum
al-Qur'an dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya,
mengembalikan wuduk basuh dan solat kepada waktunya, syariatnya dan tempatnya,
mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan
terhadap tawanan perang Farsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan
Sunnah Nabi-Nya.
Sekiranya aku melaksanakan
semua ini, nescaya mereka mengembara meninggalkanku. Demi Allah ketika aku
perintahkan mereka supaya tidak melakukan solat jama'ah di masjid pada bulan
Ramadhan kecuali solat-solat fardu dan memberitahu kepada mereka bahawa solat
sunat berjama'ah (Tarawih) adalah bid'ah, sekelompok tenteraku yang pernah
berperang di pihakku mulai berteriak: "Wahai kaum Muslimin! Ali ingin
mengubah sunnah Umar dan bermaksud menghentikan kita dari melakukan solat-solat
sunat Taraawih pada bulan Ramadhan sehingga aku khuatir mereka akan
memberontak. Pada masa yang sama aku sedang menghadapi perpecahan di kalangan
umat dan ketaatan mereka kepada pemimpin-pemimpin mereka yang sesat yang hanya
menyeru mereka ke neraka (a’immah
dhalalah wa al-Du‘ati ila al-Nar).
Aku telah dikurniakan
saham kerabat di dalam firman-Nya Surah al-Anfal (7): 41 “ Jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang kami turunkan
kepada hamba kami (Muhammad) di hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua
pasukan.”. Maka kamilah yang
dimaksudkan dengan dhi l-Qurba
(kerabat) di mana Allah telah meletakkan
kami selepas diri-Nya dan Rasul-Nya s.a.w sebagaimana firman-Nya Surah
al-Hasyar (59): 7 “Untuk Allah, rasul,
kerabat rasul, anak-anak yatim, golongan miskin dan ibnu ssabil (adalah
untuk kami secara khusus) agar harta itu
tidak hanya beredar di kalangan golongan kaya di kalangan kamu. Apa yang
diberikan rasul kepada kamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya
bagimu, maka tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah
sangat keras hukuman-Nya” bagi golongan yang telah menzalimi mereka sebagai
rahmat daripada-Nya untuk kami dan kekayaan yang Allah kurniakan kepada kami
dan Dia telah berwasiat kepada nabi kami mengenainya.
Dia
tidak menjadikan sedekah sebagai saham kami. Dia telah memuliakan kami Ahlu
l-Bait dengan tidak memakan sedekah
orang ramai (ausakh al-Nas). Justeru
itu mereka telah membohongi Allah, membohongi Rasul-Nya dan menentang kitab-Nya
yang bertutur dengan hak kami. Mereka telah menghalang kami daripada fardu yang
difardukan oleh Allah untuk kami. Inilah yang dihadapi oleh Ahlu l-Bait nabi
selepas nabi kita s.a.w. Allah menentang mereka yang telah menzalimi kami dan
tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Perkasa”
Lihat Raudhat al-Kaafi, Beirut, 1985,
viii, hlm. 51-51 (hadis no.21).
[24] Al-Bukhari, Sahih, ii,
hlm.111, Muslim, Sahih, hlm.iv,
hlm.12, 14.
[25] Mereka berdua adalah anak Khadijah r.a, bukan anak salbi Rasulullah
s.a.w.
[26] Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj
al-Balaaghah,ii, hlm.77.
[27] Al-Ya‘quubi, Tarikh, ii,
hlm. 161, Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘aab,
I, hlm.114.
[28] Al-Khawaarizmi, al-Manaaqib,
hlm.72 al-Qunduzi al-Hanafi, Yanaabii‘
al-Mawaddah, hlm.130 dan lain-lain.
[29] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz
al-‘Umaal, hadis no.1213, v, hlm 132 dan lain-lain.
[30] Ibn Hajr, al-Sawaa’iq
al-Muhriqah, hlm.124.
[31] Al-Tabari, Tarikh, ii,
hlm.62, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al
‘Umaal, vi, 392 dan lain-lain.
[32] Umur Ali a.s ketika itu adalah 33 tahun sementara umur Abu Bakar
adalah 59 tahun lebih kurang.
[33] Jika umur menjadi ukuran, maka bapa Abu Bakr lebih layak
daripadanya.
[34] Ali a.s telah membunuh mereka kerana Islam.
[35] Ibn Sa‘d, Tabaqaat, vi,
hlm.102
[36] Al-Hakim, al-Mustadrak,
iii, hlm.126, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz
al- ‘Umaal, vi, hlm.152.
[37] Al-Hakim , al-Mustadrak,
iii, hlm 126-127.
[38] Umar memerintahkan rejam wanita yang sedang hamil, kerana berzina.
Tetapi Ali a.s membantahnya seraya berkata: Sekiranya anda mempunyai kuasa ke
atasnya, tetapi anda tidak mempunyai kuasa ke atas janinnya” Kemudian Umar
berkata: “Setiap orang adalah lebih alim daripadaku”, al-Tabari, Dhakha’ir al- ‘Uqba, hlm. 81.
[39] Al-Hakim, al-Mustadrak,
I, hlm.358
[40] Al-Khawaarizmi, al-Manaaqib,
hlm. 60.
[41] Ibid.
[42] Marwan bin al-Hakam.
[43] Ibn Sa‘d, Tabaqaat, bgh.
3, I,hlm.129, al-Tabari, Tarikh, ii,
hlm. 440, Ibn Qutaibah, al-Imamah wa
al-Siyasah, hlm. 6
[44] Umar Juga diriwayatkan
bahawa dia telah melakukan hubungan seks di luar tabi‘i dengan isterinya (anal sex ). Pada suatu hari dia datang
kepada Rasulullah s.a.w dengan tergesa-gesa sambil berkata: Wahai Rasulullah!
Aku telah binasa, Maka Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Apakah yang telah
membinasakan anda? Umar menjawab: Semalam aku telah melakukan seks dengan
isteriku melalui duburnya (Aku telah “meliwat” isteriku). Maka Rasulullah s.a.w
tidak memberi apa-apa jawapan kepadanya. Kemudian turun firman Allah di dalam
Surah al-Baqarah (2): 223 “Isteri-isterimu
adalah (seperti) tanah tempat bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok- tanammu itu di mana saja
kamu kehendaki” Lihat al Turmudhi, Jaami‘
al-Turmudhi, ii, hlm 382 (bab Tafsir ayat al-Harth (2:223). Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, I, hlm. 264 ayat
al-Harth (2:223). Ini bererti Kelakuan seks Umar di luar tabi‘i dengan
isterinya melalui duburnya itu tidak membinasakannya, malah ia adalah mubaah.. Lantaran itu, tidak hairanlah,
jika Imam Malik telah melakukan persetubuhan dengan isterinya melalui duburnya
(“meliwat” isterinya). Pada suatu hari
Sahil telah bertanya Imam Malik tentang persetubuhan dengan isteri
melalui duburnya adakah ia dibenarkan? Imam Malik berkata: Aku baru saja
membersihkan kemaluanku daripadanya (Aku telah meliwat isteriku dan aku baru
saja membersihkan kotorannya dari kemaluanku). Lihat al-Qurtubi, Jaami‘ al-Ahkaam, I,352 ayat al-Harth
(2:223).
[45] Abu Bakr dan Umar telah lari
di dalam peperangan Uhud, Hunain dan Khaibar, al-Bukhari, Sahih,
iii, hlm.46, al-Hakim, al-Mustadrak,
iii, hlm. 37, al-Dhahabi, al-Talkhis,
iii, hlm. 37.
[46] Al-Fakhr al-Razi, Nihayat al-
‘Uquul, hlm. 104, al-Hakim, al-Mustadrak,
iii, hlm. 32, Khatib Baghdad, Tarikh
Baghdad, iii, hlm. 19.
[47] Ibn Hajr, al-Isaabh, iii,
hlm. 335.
[48] Ibn Hajr, al-Isaabah,
iii, hlm. 336.
[49] Al-Tabari, Tarikh, iii,
hlm.241, Abu al-Fidaa’, Tarikh, I,
hlm. 158, Ibn Kathir, Tarikh, vi, hlm. 321 dan lain-lain.
[50] Ibn Kathir, Tarikh, iii,
hlm. 87, al-Hakim, al-Mustadrak, ii,
hlm. 623 dan lain-lain.
[51] Al-Tabari, Tarikh, iii,
hlm. 198, Abu al-Fidaa’, Tarikh, I, hlm.159, Ibn Qutaibah, al-Imaamah wa al-Siyasah,I, hlm. 12.
[52] Umar telah menjalankan pemerintahannya secara kasar dan bersifat
aggresif serta menakutkan kebanyakan rakyat biasa sehingga seorang wanita yang
sedang hamil telah gugur kandungannya kerana takutkan Umar, tetapi aneh sekali
di dalam peperangan dia selalu melarikan diri, al-Bukhari, Sahih, iii, hlm. 37. Talhah berkata kepada Abu Bakr: “Kenapa anda
melantik ke atas kami seorang yang kasar?, Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, hlm. 26.
[53] Al-Hakim, al-Mustadrak,
iii, hlm.153, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz
al-‘Umaal, vi, hlm.219 dan lain-lain.
[54] Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaaghah, v, hlm.86,
al-Balaadhuri, Futuuh al-Buldaan,
hlm. 44.
[55] Al-Haithami, al-Majma‘,
ix, hlm.39.
[56] Ibn al-Jauzi, al-Tadhkirah,
hlm. 378, al-Qunduzi al-Hanafi, Yanaabi‘
al-Mawaddah, hlm. 442, Ibn Hanbal, al-Musnad,
I, hlm. 398, Muslim, Sahih, ii, hlm.
79 dan lain-lain.
[57] Semasa dialog diadakan di Baghdad.
[58] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanaabi‘
al-Mawaddah, hlm. 491, Arjah
al-Mataalib, hlm. 378 dan lain-lain.
[59] Al-Halabi, al-Sirah, ii,
hlm.110.
[60] Al-Suyuti, Tarikh
al-Khulafaa’, hlm.137.
[61] Al-Bukhari, Sahih, vii,
hlm.33, Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm.
233.
[62] Ibid.
[63] Ahl al-Sunnah adalah Ahl Bid‘ah sementara Syi‘ah adalah Ahl Sunnah
Rasulullah s.a.w.
[64] Penguasa Ahl al-Sunnah menindas Syi‘ah yang mengamalkan ajaran
al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Sementara penguasa Syi‘ah membenarkan
Ahl al-Sunnah mengamalkan ajaran Abu Bakr dan Umar yang menyalahi al-Qur’an dan
Sunnah Rasulullah s.a.w., kerana ia adalah akidah mereka. Oleh itu, minoriti
Syi‘ah yang hidup di dalam negara majoriti Ahl al-Sunnah ditindas. Sementara
minoriti Ahl al-Sunnah yang hidup di dalam negara majoriti Syi‘ah dapat hidup
dengan aman. Oleh itu, siapakah Ahli bid‘ah?
[65] Penguasa Ahl al-Sunnah memerintahkan supaya ajaran Syi‘ah tidak
diajar di sekolah-sekolah dan di universiti-universiti, malah ia mesti dipantau
pada setiap masa. Di manakah kebebasan mengamalkan ajaran al-Qur’an dan Sunnah
Rasulullah s.a.w dan siapkah ahli bid‘ah?
[66] Rancangan jahat mereka berterusan sehingga hari Kiamat.
[67] Pembunuhan manusia yang tidak berdosa adalah satu dosa besar dan
pelakunya kekal di neraka.