Total Tayangan Halaman

Selasa, 07 Oktober 2014

PENDIDIKAN RASULULLOH SAW



Pendidikan Rasulullah
Muqaddimah
NABI MUHAMMAD SAW adalah Rasulullah atau utusan ALLAH. Sebagai Rasul, baginda wajib mengajar, mendidik dan memimpin manusia. Ketiga-tiga tugas itu sebagai Rasul, sebagai pendidik dan sebagai pemimpin mesti berjalan serentak tanpa dipisah-pisahkan. Ertinya tidak boleh mengajar saja atau mendidik saja atau memimpin saja. Sebab ketiga-tiga itu saling kait-mengait dan bantu-membantu untuk menjayakan perjuangan menegakkan syariat ALLAH di muka bumi ini. Bahkan ketiga-tiga nya sama penting dan berperanan besar dalam perjuangan Islam. Mari kita lihat pengertiannya satu-persatu:
  • Rasul tugasnya menyampaikan atau mengajarkan risalah ALLAH.
  • Pendidik tugasnya mendidik, mengasuh, mendorong manusia agar menjalankan kandungan risalah Allah itu.
  • Pemimpin tugasnya memimpin (mengarah dan mengatur) manusia supaya menegakkan risalah ALLAH dengan bermacam-macam cara dengan penuh berhikmah.
Daripada ketiga-tiga tugas ini, saya hanya akan menghuraikan dengan panjang lebar tentang tugas Rasulullah sebagai pendidik, serta tentang bentuk pendidikan yang dilaksanakan oleh baginda, seperti dikehendaki oleh tajuk di atas. Di antara perkara yang akan dihuraikan ialah tentang dasar, matlamat dan kaedah pendidikan Rasulullah Juga tentang sebab-sebab kejayaan serta kesan pendidikan baginda, dan ilmu yang dipakai oleh baginda Rasul bagi melahirkan generasi lslam contoh yang pertama yang telah menggemparkan dunia, bahkan berjaya menguasai tiga perempat dunia. Diharapkan daripada tulisan ini nanti umat Islam seluruh dunia akan memperolehi jaian dan kekuatan untuk berguang mengembalikan kekuasaan dan kehebatan yang telah hilang itu. Agar umat Islam kembali menjadi tenaga-tenaga yang mampu menyelamatkan dunia daripada masalah, krisis dan kacau-bilau yang sedang melanda kini.
Berjayanya Rasulullah dalam pendidikannya ialah kerana dapat mengubah individu-individu yang hidup dalam sistem jahiliah kepada peribadi-peribadi soleh dan solehah yang menjalankan sistem hidup Islam. Dengan kata lain, sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh Rasulullah berjaya mengubah fikiran, jiwa dam fizikal manusia sehingga lahir zaman kegemilangam tamaddun manusia.
Sistem pendidikan sedemikian tidak pernah dibuat oleh mana-mana pendidik atau pemimpin dunia. Sistem pendidikam selain itu hanya mampu mengubah dasar, matlamat serta teknik pentadbiram lahiriah sahaja, totapi tidak dapat mengubah jiwa mamusia hingga membuatkan mereka merasa diri mereka hamba yang perlu patuh kepada ALLAH. Tegasnya, pendidik dan pemimpin dunia selain Rasulullah hanya mampu menjayakan pembangunan material sahaja sedangkan kejayaan besar Rasulullah ialah dapat melakukan pembangunan insaniah mamusia sehingga mereka mengalami perubahan jiwa, fikiran dan fizikal Di sinilah letaknya kejayaan besar Rasulullah dalam melahirkan generasi contoh yang telah membina sebuah negara yang cukup indah, yang digambarkan oleh ALLAH dalam firman-Nya:
Terjemahannya: Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan ALLAH.
(As Saba': 15)
Rasulullah SAW mendasarkam pendidikannya kepada pembangunan insan iaitu untuk melahirkan manusiamanusia yang mengabdikan diri mereka hanya kepada ALLAH. Sebab itu, kalimah awal yang diterapkan di sekolah Rasulullah ialah:
Dasar ini dibuat sesuai dengan kehendak ALLAH SWT yang berfirman:
Terjemahannya: Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku. (Az Zariat: 56)
Matlamat pendidikan pembangunan insan ini ialah untuk melahirkan orang-orang yang membangunkan Al Quran dan Sunnah dalam setiap aspek kehidupan tanpa mengharapkan apa-apa upah. Mereka berjuang menegakkan tamaddun dan empayar Islam, dengan tujuan menye- lamatkan manusia dan dunia seluruhnya daripada sebarang kekejaman dan pemusnaham. Keuntungan yang diharapkan bukan kekayaan dan kekuasaan tapi keredhaan ALLAH dan keampunan-Nya. Itulah 'orang-orang ALLAH' atau hamba dan khalifah ALLAH - jawatan yang dilantik oleh ALLAH sendiri melalui firman-Nya:
Terjemahannya: Sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi seorang khalifah. (Al Baqarah: 30)
Hasil pendidikan itu, wujud sebuah masyarakat Islam kecil di Madinah yang sangat unik, cantik dan indah yang tiada bandingannya dengan mana-mana masyarakat lain di dunia. Merekalah masyarakat Islam pertama yang menjadi contoh kepada orang yang kemudiannya hinggalah kepada klta han ml. ALLAH mengiktiraf kebaikan mereka dengan finman-Nya:
Terjemahannya: Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan di tengah-tengah manusia menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan kamu beriman dengan ALLAH (Ali Imran: 110)
Bermula daripada masyarakat contoh itu, berbondong-bondonglah manusia memeluk Islam. Tiga perempat daripada kawasan dunia ini berada di bawah sistem dan pemerintahan Islam. Hatta orang bukan Islam pun, yang tidak sanggup menukar aqidah mereka, rela bernaung di bawah pimpinan para sahabat iaitu pemimpin-pemimpin Islam pada waktu itu. Sebab mereka melihat kerajaan Islam dan peraturan hidup Islam menjamin keselamatan dan keadilan pada mereka. Peribadi para sahabat yang mereka lihat sangat meyakinkan dan menarik hati mereka. Tanpa membangunkan masyarakat contoh terlebih dahulu, nescaya tidak ramai oramg yang akan menganut Islam, dan payah bagi mereka untuk menerima kepimpinan Rasulullah dan para sahabat.
Itulah hasil perlaksanaan pendidikan oleh Rasulullah SAW: Tapi kini segalanya tinggal kenangan. Sebab generasi pengganti sudah tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Syariat dan syiar Islam kini lenyap daripada diri penganutnya. Maka jadilah umat Islam, umat yang tidak berharga lagi di mata dunia.
Untuk menebus maruah diri yang sudah hilang, mari kita kembali mengamalkan sistem pendidikan Rasulullah dalam kehidupan kita. Yang mana hasilnya nanti ialah berulangnya sejarah kegemilangan Islam yang mencapai taraf ummah untuk kali kedua
Sekian.
(Ashaari Muhammad)
=== sekian ===
Sekapur Sirih
Submitted by admin on Sun, 2011-07-10 17:18
KAMI usahakan buku ini yang asalnya sebuah kertas kerja berlajuk "Pendidikan Sayiduna Muhammad Rasulullah dan Kesannya Bagi Melahirkan Generasi Contoh Peringkat Awal Para Sahabat". Pembentangan kertas kerja ini dijadualkan sempena perhimpunan Perayaan Maulidin Nabi SAW 1411 di Baghdad anjuran pemerintah Iraq.
Buku ini merupakan antara puluhan hasil pena Syeikhul Arqam Ustaz Ashaari Muhammad yang telah tersebar luas di tengah-tengah masyarakat. Buku-buku beliau bukan sekadar untuk menambah khazanah bahan bacaan malah lebih daripada itu. Beliau mengharapkan setiap kandungan bukunya dapat dijelmakan dalam bentuk realiti. Ini sesuai dengan watak beliau yang bukan bersifat theoretical dan idealis.
Beliau seorang yang praktikal. Ini dapat dilihat secara realiti daripada perkembangan jemaah Darul Arqam yang digerakkannya semenjak 22 tahun yang lampau. Bermula dengan pembangunan insan, jemaah itu kini terus berkembang pesat dalam berbagai-bagai aspek kehidupan. Bukan sahaja di Nusantara malah di seluruh dunia.
Gelanggangnya luas. Baginya dalam membangun ummah, tiada batas bangsa dan negara, tiada sempadan geografi dan politik. Beliau menjelajah ke merata dunia Eropah, Afrika, Timur Tengah, Amerika, Asia dan Pasifik membawa perutusan serta harapam yang menggunung agar umat Islam kembali gemilang.
Beliau seorang pendakwah, pendidik, perancang ekonomi, politikus, pemimpin, guru, pemikir, pembangun ummah, penulis dan penyair. Tidak keterlaluan kalau dikatakan Ustaz Ashaari memiliki berbagai-bagai watak yang membolehkan beliau berperanan memberi sumbangan yang tidak kecil kepada ummah.
Buku-buku beliau menterjemahkan apa yang telah beliau buat dan apa yang direncanakan untuk dibuat. Melalui buku ini, beliau tampil untuk memperjelaskan dasar, matlamat dan kaedah pendidikan Rasulullah. Penyampaian dan olahannya jelas dan mudah difahami. Tulisan ini bukan hasil perahan fikiran dan rujukan sematamata.
Tulisan ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri dalam mendidik masyarakat, mendidik anggota jemaah dan melagang sistem pendidikan formal Darul Arqam yang berteraskan dasar, matlamat dan kaedah pendidikan Rasulullah.
Beliau berpendirian bahawa pendidikan adalah nadi umat Islam. Terbinanya jiwa, akal fikiran dan tamadun ummah ditentukan oleh ketepatan pendidikan itu sendiri.
Baginya masa terlalu suntuk untuk terus berteori dan berfalsafah. Apa yang penting sekarang ialah kita berbuat.
"Berbuatlah, nanti ALLAH dan Rasul dan orang mukmin akan menilai"
(At Taubah: 105)

- Penerbit
=== sekian ===
Bab 01 Matlamat Pendidikan Sayiduna Muhammad Saw
MELIHAT kepada apa yang dicapai oleh Rasulullah SAW, hasil daripada sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh baginda, kita boleh merumuskan bahawa matlamat dasar atau tujuan pendidikan Islam ialah: Pertama, untuk melahirkan insan yang berjiwa taqwa. Yakni insam yang hidupnya hanya untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada ALLAH. Ini sesuai sekali dengan kehendak ALLAH SWT di dalam flrman-Nya:
Terjemahannya: Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku.
(Az Zariat: 56)
Sebab itulah, dalam sembahyang yang menjadi tiang agama itu, setiap orang yang beriman dituntut untuk berikrar dam bersumpah kepada ALLAH seperti berikut:
Terjemahannya: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku, ibadakku, hidupku dan matiku, hanya untuk ALLAH, Tuhan Sekalian Alam."
(Al An'am: 162)
Kedua, untuk melahirkan insan-insan yang sanggup bekerja sebagai khalifah (duta) ALLAH. Mereka bekerja sepenuh masa dengan kerajaan ALLAH untuk membangunkan syariat ALLAH dan melaksanakan tugas yang diamamahkam oleh ALLAH. Dan dalam pada itu, mereka tidak pula menduakan Allah. Matlamat ini tepat seperti yang ALLAH mahukan, melalui firman-Nya:
Terjemahannya: Sesungguhnya Aku akan menjadikan di muka bumi seorang khalifah.
(Al Baqarah: 30)
Dengan matlamat pendidikan yang demikian itu, Rasulullah telah berjuang selama 23 tahun demi menjayakannya. Al hasil, terteralah dalam sejarah, wujudnya satu generasi agung para sahabat, yang watak mereka digambarkan seperti berikut:
Terjemahannya: Menjadi abid pada malam hari dan menjadi singa pada siangnya.
Abid berperanan sebagai hamba ALLAH yang sebaik-baiknya. Singa berperanan sebagai khalifah ALLAH yang sebaik-baiknya.
Proses melahirkan manusia-manusia seperti itu dijalankam oleh Rasulullah SAW melalui dua peringkat pendidikan:
  • a. Peringkat pembangunan insan di Makkah.
  • b. Peringkat pembangunan material di Madinah.
Peringkat pertama mengambil masa lebih kurang tiga belas tahun. Sementara peringkat kedua pula mengambil masa lebih kurang sepuluh tahun, menjadikan jumlahmya dua puluh tiga tahun. Perlu diingat bahawa sepanjang berlakunya pembangunan material itu, proses pembangunan insan tetap berjalan terus. Sebab, insan mernang perlu dibangunkan selalu kerana ia mudah lupa apabila berhadapan dengan nikmat dunia atau pembangunan material yang mencabar.
Untuk mendidik insan, Al Quran mempunyai ayat-ayat khusus yang disebut ayat-ayat Makkiyah. Yakni ayat-ayat mengenai keimanan kepada ALLAH dan kepada Hari Qiamat, dan lain-lain lagi. Berikut adalah contoh-contoh ayat Makkiyah:
a. Surat Al Mulk


Terjemahannya: Maha Suci (ALLAH) yang di tanganNya kerajaan (pemerintahan) dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Yang.menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebEh baik amalannya, dan Dia Maha'Perkasa lagi Pengampun.
Yang menjadikan tujuh langit bertingkat-tingkat. Tiadalah engkau lihat kekurangan (tidak sesuai) pada makhluk ALLAH yang Rahman, Maka engkau ulanglah melihatnya (langit itu). Adakah engkau lihat (di sana) pecah belah (rosak-rosak)?
Kemudian engkau ulanglah melihatnya dua kali lagi, nescaya kembali mata engkau menjadi hina dan silau.
Sesungguhnya Kami hiasi langit, dunia dengan beberapa pelita (bintang-bintang), dan Karni jadikan tahi-tahi bintang, untuk pelempar syaitansyaitan dan Kami sediakan untuk mereka seksa Neraka.
(Al Mulk: 1-5)
b. Surat Al Hajj


Terjemahannya: Hai sekalian manusia, jika kamu dalam keraguan tentang hari berbangkit, maka sesungguheya Kami telah menjadikan kamu daripada tanah, kemudian daripada air mani, kemudian daripada segumpal darah, kemudian daripada sepotong daging, yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, supaya Kami terangkan kepadamu (kekuasaan Kami). Dan kami tetapkan dalam rahim (kandungan ibu) sekehendak kami, hingga waktu yang ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu menjadi kanak-kanak, kemudian supaya kamu sampai dewasa. Di antara kamu ada yang diwafatkan dan sesetengah kamu dikembalikan kepada umur yang sekeji-kejinya, sehingga ia tiada mengetahui sesuatu sesudah mengetahuinya. Engkau lihat bumi kering, tetapi apabila Kami turunkan air (hujan) di atasnya, lalu (tumbuh-tumbuhannya) bergerak dan bertambah tinggi, lalu menumbuhkan bermacam-macam tumbuh-tumbuhan yang indah.
Demikian itu, ialah kerana ALLAH sebenarnya Tuhan, dan bahawa Dia menghidupkan orang-orang mati dan sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Dan sesungguheya Qiamat (mesti) datang, tiada keraguan terhadap.nya, dan sesungguhnya ALLAH akan membangkitkan orang yang dalam kubur.
(Al Hajj: 5-7)
c. Surat Al Ghasiyah
Terjemahannya: Adakah sampai kepadamu berita Qiamat?
Beberapa muka (orang) pada hari itu muram (hina),
yang bekerja lagi payah (lelah),
dia akan memasuki Neraka yang panas,
diberi minum daripada mata air yang amat panas,
tidak ada untuk mereka makanan,
kecuali pohon yang berduri yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan kelaparan.
Beberapa muka (orang) pada hari itu berseri-seri,
bersuka hati, kerana usahanya,
dalam Syurga yang tinggi,
tidak didengar di dalamnya omong kosong (yang tidak berguna).
Di dalamnya ada mata air yang mengalir.
Di dalamnya ada tempat duduk yang ditinggikan,
dan piala-piala (gelas-gelas) yang diletakkan (di hadapannya),
dan bantal-bantal yang tersusun,
dan permadani-permadani yang terbentang.
(Al Ghasiyah: 1-16)
Dengan ayat-ayat yang demikian itu fikiran dan jiwa insan akan menjadi yakin dengan ALLAH, serta cinta dan takut kepada-Nya. Juga yakin dengan Hari Qiamat, bahkan sangat.membesarkan dan mengutamakan kehidupan di Alam Akhirat dan cinta dengan Syurga. Dalam pada itu, ayat-ayat Makkiyah akan menjadikan insan takut dengan azab kubur, azab Neraka dan kedahsyatan Padang Mahsyar. Itulah iman. Yakni rasa hati yang cintakan ALLAH gerun dengan Neraka, dan rindu dengan Syurga di Akhirat. Bila fikiran dan jiwa terisi dengan keyakinan begilu, maka manusia akan takut dengan dosa dan berlumba-lumba untuk beramal soleh dan berakhlak mulia Berakhlak dengan ALLAH, berakhlak dengan sesama manusia. Di antara akhlak-akhlak mulia itu ialah mematuhi syariat ALLAH; melaksanakan yang diperintahkan, dan meninggalkan yang ditegah. Iman akan mendorong manusia bersifat jujur, adil, bertimbang rasa, pemurah, bertolong bantu, redha, pemaaf, mudah meminta maaf, sabar, tawakkal, berlapang dada, berkasih sayang, merendah diri, berbaik sangka, dan sebagainya. Iman juga akan mendorong semangat jihad, pengorbanan dan amal bakti yang bersungguh-sungguh demi untuk menegakkan agama ALLAH.
Sekiranya ada orang yang mengaku beriman tapi tidak menunjukkan ketaatan pada perintah ALLAH, tidak ada akhlak mulia dengan ALLAH dan dengan sesama manusia, serta tidak mahu berjihad fisabilillah, maka imannya masih di peringkat rendah. Sebab iman itu ada lima peringkat Iman yang dapat menyelamatkan manusia daripada api Neraka ialah sekurang-kurangnya iman peringkat ketiga (iman ayyan). Iman peringkat pertama (iman taqlid) dan iman peringkat kedua (iman ilmu) tidak menjamin seseorang itu menjadi hamba yang taat, berakhlak dan berjuang. Dengan sekadar iman peringkat rendah itu, seseorang masih sanggup membuat maksiat dan dosa yang melayakkannya dihukum dengan api Neraka. Manakala iman peringkat keempat (imam hak) dan kelima (iman hakikat) adalah iman wali-wali ALLAH, nabi-nabi dan rasul-rasul.
Hasil didikan Rasulullah yang berusaha menanamkan iman selama tiga belas tahun di Makkah, telah lahir peribadi sahabat yang cukup kuat iman mereka. Sahabat-sahabat itu umumnya memiliki iman para wali. Sebab itu ibadah, akhlak, pengorbanan dam perjuangan mereka begitu hebat. Mereka sanggup mati syahid demi mempertahankan hak ALLAH dan Rasul. Mereka berhabis-habisan membelanjakan harta kekayaan untuk perjuangan Islam. Sebab itu umat Islam ketika itu jadi kaya raya dan mampu mentadbir 3/4 dunia ALLAH SWT memuji para sahabat dengam firman-Nya:
Terjemahannya: Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan di kalangan manusia; kerana kamu menyuruh kepada yang makruf, mencegah daripada yang mungkar, dan kamu beriman kepada ALLAH.
(Ali Imran: 110)
Seelok selesai proses pembangunam insan di Makkah, sehingga berjaya membentuk sahabat-sahabat yang sudah bersedia melaksanakan perintah Allah serta mengharung perjuangan pada jalan ALLAH, maka Rasulullah pun berhijrah ke Madinan atas perintah ALLAH. Di sana bermula lah pembangunan material; membangunkan hukum fardhu kifayah hingga wujudnya masyarakat Islam serta negara Islam kecil di Madinah. Untuk itu, turunlah ayat-ayat Madaniyah yang berbentuk hukum-hakam, panduan hidup harian sama ada untuk individu mahupun jemaah, ayat jihad, ayat perang, dan sebagainya. Contoh-contoh ayat-ayat Madaniyah:
Terjemahannya: Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkahlangkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.
(Al Baqarah: 168)
Terjemahannya: Dan perangilah di jalan ALLAH orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
Dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Makkah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang kafir.
Kemudian jika mereka berhenti (daripada memusuhi kamu), maka sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) agama itu hanya untuk ALLAH belaka. Jika mereka berhenti (daripada memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan lagi, kecuali terhadap orang-orang yang zalim.
(Al Baqarah: 190-193)
Terjemahannya: Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik daripada wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-waniu mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik daripada orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke Neraka, sedang ALLAH mengajak ke Syurga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan ALLAH menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.
(Al Baqarah: 221)
Ayat-ayat ini mengajak orang mukmin menjalani hidup cara Islam. Dengan itu para sahabat berjaya membangunkan sistem ekonomi Islam, sosial Islam, politik lslam, perhubungan Islam, dakwah Islam, pendidikan Islam, ketenteraan Islam dan lain-lain lagi. Kerana sifat mereka yang sangat patuh pada perintah ALLAH dengan mudah saja para sahabat dapat melakukan semua itu. Firman ALLAH:
Terjemahannya: Ucapan seorang mukmin bila dipanggil pada ALLAH dan Rasul untuk melaksanakan hukum, mereka menjawab: "Kami dengar, dan kami patuh."
(An Nur: 51)
Dalam pada mendapat nikmat daripada pembangunan material ini, orang-orang mukmin itu tidak lalai, tidak sombong, tidak menindas, serta tidak menyalahgunakan kuasa atau nikmat ALLAH. Dengan fikiran dan jiwa yang sudah terdidik dengan iman, iaitu rasa takut dengan azab ALLAH, cintakan ALLAH dan lain-lain, orang mukmin mampu untuk terus bersifat jujur, adil, merendah diri, zuhud dan cintakan Akhirat lebih daripada dunia, sekalipun berhadapam dengan kuasa, jawatan, kekayaan, perempuan cantik, dan lain-lain nikmat dunia. Rasa takutkan kemurkaan ALLAH sangat membantu mereka untuk menjauhi segala sifat keji atau penyakit hati seperti sombong, bakhil, menindas, kejam, menyalahgunakan kuasa, dan kecewa berhadapan dengan ujian.
Walhal penyakit-penyakit ini pasti hinggap pada orang yang tidak takut ALLAH dan tidak cintakan Akhirat. Bila berhadapan dengan nikmat mereka mudah terpesona. Kalau ada rumah besar, mereka jadi sombong. Kalau ada alat senjata, mereka akan sanggup membunuh orang secara kejam. Kalau kaya, mereka akan membazir. Kalau ada kuasa, mereka akan menyalahgunakannya dan mengaut keuntungan peribadi. Kalau ada ilmu, mereka sombong dan hasad dengki. Sebab itu saya tegaskan bahawa tamadun yang tidak bertunjangkan iman, akan jahanam dan menjahanamkan manusia.
Lantaran itu Rasulullah SAW memulakan pembangunan material setelah terlebih dahulu melaksanakan pembangunam insan atau pembangunan spiritual. Bila manusia sudah menjadi hamba ALLAH, sudah beriman dan bertaqwa, maka barulah Rasulullah menghidupkan tugas mereka sebagai khalifah ALLAH. Yakni untuk mengatur dan mengimmarah bumi ALLAH sesuai dengan yang ALLAH kehendaki.
Dengan peribadi mereka sebagai abid pada malam hari, dan bagaikan singa pada siangnya, para sahabat mampu untuk tadbir dunia dengan adil, jujur dan amanah, dan benar-benar mematuhi syariat ALLAH. Dengan itu dunia aman makmur dan mendapat keampunam ALLAH.
Pada kesempatan ini saya berseru kepada pemimpin-pemimpin yang ingin membangunkan jemaah Islam agar mencontohi Rasulullah dalam melaksanakan dasar dan matlamat pendidikan. Setiap anggota yang mahu berjuang bersama, mesti dibangunkan insannya terlebih dahulu. Dengan jiwa yang sudah terbangun, barulah mereka boleh diajak memikirkan dan melaksanakan fardhu kifayah atau pembangunan material, Sistem begini saja yang akan membawa hasil yang tepat menurut Islam. Jika tidak, perjuangan akan gagal di tengah jalan kerana pasti berlaku kes-kes tipu, kecoh, tidak jujur, cuai, tidak bertanggung jawab dan Iain-lain oleh orang-orang harapan. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kalau berjaya membangun pula, mereka tidak lepas daripada bersifat sombong, menyalahgunakan kemajuan, lupa ALLAH, hilang sifat kehambaan (taqwa) dan lain-lain yang semuanya itu akan menjahanamkan pembangunan yang dicapai. Jadi ingatlah firman ALLAH:
Terjemahannya: Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah apa yang terdapat pada kaum itu sehinggalah mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka (jiwa dan mental).
(Ar Ra'd: 11)
=== sekian ===
Bab 02 Dasar Dan Sumber Ambilan Bahan Didikan Rasulullah SAW

SAYIDUNA MUHAMMAD adalah Pesuruh ALLAH. Baginda seorang Rasul yang ummi yakni tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis. Maknanya baginda mendapat ilmu bukan daripada hasil membaca. Tidak juga daripada guru kerana Rasulullah tidak pernah memasuki mana-mana sekolah.
Tapi kejayaan Rasulullah dalam mengajar dan mendidik manusia sehingga mereka yang asalnya orang Badwi, telah menjadi tuan-tuan dan perhimpin-pemimpin yang menguasai empayar dunia, adalah satu hal yang luar biasa dan tidak boleh dipandang kecil. Apa yang Rasulullah sudah buat, tidak mampu dibuat oleh orang lain sekalipun dia seorang mahaguru, pendeta atau ilmuan, yang memiliki degree berjelajela. Lulusan-lulusan pengajian tinggi hari ini bukan saja tidak mampu mengubah keyakinan seseorang, bahkan bdak mampu hendak mengubah sekadar fesyen pakaian seseorang. Kalau begitu, kebolehan Rasulullah mengubah jiwa dan fikiran oramg-orang jahiliah hingga menjadi orang-orang soleh adalah suatu yang cukup penting dan mengkagumkan. Apakah rahsia didikan baginda Rasul?
Rasulullah mendidik manusia bukan dengan ilmunya dan bukan dengan fikirannya yang direka-reka. Selaku Pesuruh Allah, baginda mendapat wahyu daripada ALLAH.
Wahyu pertama ialah Al Quram, manakala wahyu kedua Hadis atau Sunnah. Baginda tidak bercakap atau berbuat, melainkan apa yang diajarkan oleh ALLAH. Firman-Nya:
Terjemahannya: Dia tidak bercakap mengikut nafsunya kecuali wahyu yang diwahyukan padanya.
(An Najm: 3-4)
Rasulullah SAW tidak menambah atau mengurangkan kehendak Al Quran dan Sunnah dalam pendidikan yang dilagangnya. Apa yang terkandung di dalam Al Quran dan Sunnah itulah saja bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang dipakai, yang telah berhasil mengubah bangsa Arab menjadi bangsa yang besar, dihormati dan penting dalam sejarah.
Dengan Al Quran dan Sunnah baginda bukan saja dapat mengubah fikiran dan jiwa insan menjadi tinggi dan mulia, bahkan berjaya membentuk insan-insan itu menjadi seperti singa-singa dalam sejarah membangunkan tamadun dan pembangunan material yang tiada tandingannya. Kesan sejarah ini boleh kita saksikan di Timur Tengah, Spanyol, Turki, dan lain-lain.
Al Quran dan Sunnah membahagikan pendidikan kepada dua peringkat: peringkat Makkah dan peringkat Madinah. Di peringkat Makkah, Rasulullah membangunkan insan. Manakala di Madinah, baginda memulakan pembangunan fizikal dan mental. Hasil daripada proses pendidikan yang begini, maka kita dapati dalam sejarah, lahirnya sebuah masyarakat dan negara serta dunia, yang aman makmur serta mendapat keampunan ALLAH. Ini dinyatakan oleh ALLAH:
Terjemahannya: Negeri yang aman makmur dan mendapat keampunan ALLAH.
(As Saba' 15)
Puncak kejayaan Rasulullah yang paling utama ialah kerana baginda belajar dengan ALLAH tentang bagaimana mendidik manusia. Oleh kerana ALLAH yang mencipta manusia dan seluruh alam ini, maka Dialah yang paling tahu cara-cara mendidik manusia. Manusia, walau bertaraf nabi atau wali atau ustaz atau Perdana Menteri atau ahli falsafah sekalipun, tentu tidak semampu ALLAH dalam menyelesaikan sebarang masalah. Sebab itu sesiapa yang merujuk kepada ALLAH dan Rasul yakni Al Quran dan Sunnah, insya-ALLAH akan berjaya mengulangi sejarah kejayaan Rasulullah. Hal ini diisyaratkan oleh sabda Nabi:
Terjemahannya: Aku tinggalkan bagirnu dua perkara. Tidak akan sesat selamanya selagi kamu meyakini kedua-duanya iaitu Kitab ALLAH dan Sunnah Nabi
(Ibnu Abdi Barri)
Al Quran dan Hadis ada dalam tangan kita sekarang. Kita tinggal menggunakannya saja. Mari kita kaji apakah langkah-langkah pendidikan melalui Al Quran dan Hadis yang dipakai oleh Rasulullah dalam sistem pendidikan baginda, untuk jadi panduan pada kita bersama.
1. Mendidik jiwa tauhid agar tumbuh rasa kehambaan yang tinggi terhadap ALLAH SWT. Ini dibuat dengan membawa manusia berfikir tentang kebesaran ALLAH, kuasa ALLAH, kehebatan ALLAH, kebaikan ALLAH, rahmat ALLAH serta nikmat-Nya. Di antara ayat-ayat yang bermaksud begitu ialah:
a.
Terjemahannya: Katakanlah, "Segala puji bagi ALLAH dan kesejahteraan atas hamba-hamba-Nya yang dipilih-Nya." Apakah ALLAH yang lebih baik, ataukah apa yang mereka persekutukan dengan Dia (yang lebih baik)?
Atau siapakah yang telah.rnenciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air untukmu dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebunkebun yang berpemandangan indah, yang kamu sekali-kali tidak mampu menumbuhkan pohon-pohonnya? Apakah di samping ALLAH ada Tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) mereka adalah orang-orang yang menyimpang (daripada kebenaran).
Atau siapakah yang menjadikan bumi sebagai tempat berdiam dan yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya dan yang menjadikan gunung-gunung untuk (mengukuhkannya) dan menjadikan suatu pemisah antara kedua laut? Apakah di samping ALLAH ada Tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) kebanyakan daripada mereka tidak mengetahui.
Atau siapakah yang memimpin kainu dalam kegelapan di daratan dan lautan dan siapa (pula)kah yang mendatangkan angin sebagai khabar gembira sebelum (kedatangan) rahmaeNya? Apakah di samping ALLAH ada Tuhan (yang lain)? Maha Tinggi ALLAH terhadap apa yang mereka persekutukan (dengan-Nya).
Atau siapakah yang menciptakan (manusia dari permulaannyaj kemudian mengulanginya (lagi), dan siapa (pula) yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Apakah di samping ALLAH ada Tuhan (yang lain)? Katakanlah, "Tunjukkan bukti kebenaranmu, jika kamu memang orang-orang yang benar."
Katakanlah: "Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali ALLAH," dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.
(An Naml: 59-65)
b.
Terjemahannya Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan kamu daripada tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan langit dan bumi dan berlainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demiklan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang mengetahui
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu dan usahamu mencari kurniaan-Nya pada waktu malam dan siang hari. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang mendengar.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang menggunakan akalnya.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah berdirinya langit dan bumi dengan iradahNya. Kemudian apabila Dia memanggil kamu dengan sekali panggilan dari bumi, seketika itu (juga) kamu keluar (dari kubur).
(Ar Rum: 20-25)
c.
Terjemahannya: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu saripati (berasal) dari tanah.
Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkuskan dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah ALLAH, Pencipta Yang Paling Baik. (Al Mukminun: 12-14)
Terjemahnya: Manakah lebih sulit menciptakan kamu atau langit? Namun ALLAH mampu membinanya.
Dia meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya.
Dan Dia menjadikan malamnya gelap-gulita dan menjadikan siangnya terang benderang. (An Nazi'at: 27-29)
2. Mendidik hati agar rasa rindu dengan Syurga ALLAH, rahmat ALLAH, keampunan ALLAH, bantuan ALLAH dan lain-lain. Ini dilakukan dengan menyebutkan khabar-khabar gembira (tabsyir) tentang perkara-perkara tersebut. Lihat ayat Al Quran yang digunakan:
Terjemahannya: Dan bersegeralah kamu kepada ampunan daripada Tuhanmu dan kepada Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Ali Imran: 133)
Terjemahannya: Sesungguhnya orang yang berbakti itu benar-benar berada dalam kenikmatan yang besar (Syurga). Mereka (duduk) di atas kursi empuk sambil memandang. Kamu dapat mengetahui daripada wajah mereka kesenangan hidup mereka yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum daripada minuman yang dipateri tutupnya, paterinya adalah kasturi, dan untuk itu hendaklah manusia berlomba-lomba (di dunia). Dan campuran minuman itu adalah daripada tasnim (iaitu) mata air, yang meminumnya hanyalah orang-orang yang dekat kepada ALLAH (muqarrabin). (Al Muthaffifin: 22-28)
Terjemahnya: (Yaitu) kamu beriman kepada ALLAH dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwa. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, niscaya ALLAH akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam Syurga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. (As Saf: 1-12)
Terjemahnya: Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh maka mereka di dalam taman (Syurga) bergembira. (Ar Rum: 15)
Terjemahannya: Di dalam Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangan mereka, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. (Ar Rahman: 56)
3. Mendidik iman dan taqwa di hati agar manusia merasa gerun dengan Neraka dan azab ALLAH, serta ancaman-ancaman dan kemurkaan ALLAH. Hal ini didapati dengan menyebut perkara-perkara yang menakutkan manusia (tanzir). Berikut ialah contoh-contoh ayat Al Quran yang mempunyai tujuan-tujuan tanzir itu:
Terjemahannya: Dan barang siapa yang membawa kejahatan, maka disungkurkanlah muka mereka ke Neraka. Tiadalah kamu dibalasi, melainkan (setimpalJ dengan apa yang dahulu kamu kerjakan. (An Naml. 90)
Terjemahannya: Sesungguhnya orang-orang yang durhaka, benar-benar berada dalam Neraka. (Al Infitar 14)
Terjemahannya: Inilah Neraka Jahanam yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa. Mereka berkeliling di antaranya dan air yang mendidih yang memuncak panasnya. (Ar Rahman: 43-44)
Terjemahnya: Banyak muka pada hari itu tunduk terhina, bekerja keras lagi kepayahan, membakar diri dengan api yang sangat panas (Neraka) diberi minum (dengan air) yang menggelegak panas. Mereka tidak memperoleh makanan selain daripada pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan kelaparan. (Al Ghasiyah: 2-7)
Terjemahannya: Kemudian sesungguhnya kamu hai orang-orang yang sesat lagi mendustakan (kedatangan Qiamat) benar-benar akan memakan pohon zakum, dan akan memenuhkan perutmu dengannya. Sesudah itu kamu akan minum air yang sangat panas. Maka kamu minum seperti unta yang kehausan. Itulah hidangan untuk mereka pada Hari Pembalasan. (Al Waqiah: 51-56)
4. Mendidik manusia agar melakukan amal soleh dan berakhlak mulia. Untuk itu, Al Quran banyak menceritakan sejarah hidup para nabi, rasul dan orang-orang soleh. Cerita-cerita itu bermaksud untuk menjadi panduan kepada manusia, bagaimana mereka harus menjalani hidup sebenarnya. Mari kita lihat ayat-ayat yang berkaitan dengannya:
Terjemahannya: (Ingatlah) ketika Musa berkata kepada keluarganya: "Sesungguhnya aku melihat api. Aku kelak akan membawa kepadamu khabar daripadanya atau aku membawa kepadamu api supaya kamu dapat berdiang." Maka tatkala dia tiba di (tempat) api itu, diseru kepadanya: "Bahwa telah diberkati orang-orang yang berada dekat api itu, dan orang yang berada di daerah di sekitarnya. Dan Maha Suci ALLAH, Tuhan semesta alam." (ALLAH berfirman): "Hai Musa, sesungguhnya Akulah ALLAH, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dan lemparkanlah tongkatmu." Maka tatkala (tongkat itu menjadi ular) Musa melihatnya bergerak-gerak seolah-olah ia ular, lalu larilah dia ke belakang tanpa menoleh. "Hai Musa janganlah kamu takut, sesungguhnya orang-orang yang menjadi rasul, tidak takut berhadapan dengan-Ku. " (An Naml: 7-10)
Terjemahannya: (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami daripada sisi- Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)."
Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu. Kemudian kami bangunkan mereka agar Kami mengetahui manakah di antara kedua-dua golongan itu yang lebih tepat dalam menghitung berapa lamanya mereka tinggal (dalam gua itu).
(Al Kahfi: 10-12)
Terjemahannya: Maka tatkala isteri Imran melahirkan anaknya, dia pun berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkan seorang anak perempuan, dan ALLAH lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu, dan tidaklah sama anak lelaki dengan anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamainya Maryam dan aku melindungkannya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk."
Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan ALLAH menjadikan Zakaria pemeliharanya. Setiap kali Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrabnya, didapatinya makanan sudah tersedia. Zakaria berkata: "Hai Maryam, dari mana kamu memperolehi (makanan) ini?" Maryam menjawab "Makanan ini daripada ALLAH." Sesungguhnya ALLAH memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.
(Ali Imran: 36-37)
Terjemahannya: Dan sesungguhnya Kami berikan kepada Daud kurniaan daripada Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud, dan Kami telah melunakkan besi untuknya." (Yaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya dan kerjakanlah amalan yang soleh. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan.
Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya pada waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya pada waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (pula), dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebagian daripada jin ada yang bekerja di hadapannya di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka daripada perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab Neraka yang apinya menyala-nyala.
Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya baik bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan besar seperti kolam dan periuk yang tetap (berada diatas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada ALLAH). Dan sedikit sekali daripada hamba-hamba-Ku yang berterima kasih.
Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya kecuali anai-anai yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia teNungkur, tahulah jin jin itu bahawa kalau sekiranya mereka ketahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan terus bekerja di dalam siksa yang menghinakan
.
(Saba' 10-14)
Terjemahnya: (Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah utusan itu): "Yusuf, wahai orang yang benar, ta'birkan kepada kami (seorang bermimpi melihat) tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan tujuh tangkai biji-bijan yang hijau serta tujuh lagi kering, (ta'birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku, semoga mereka dapat mengetahui ta'birnya."
Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut- turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah pada tangkainya (agar tahan lama), kecuali sedikit sekadar untuk dimakan."
"Kemudian akan datang selepas (tujuh tahun) itu, kemarau selama tujuh tahun pula, (semasa itu) apa yang kamu simpan dulu pula dimakan kecuali yang ingin kamu buat benih."
"Setelah itu datang pula satu tahun dengan rahmat pada manusia dan padanya mereka boleh memerah (anggur, zaitun dan sebagainya)."
(Yusuf 46-49)
5. Mendidik manusia agar menghindari sifat-sifat jahat dan agar selamat daripada api Neraka. Maka diceritakan perihal orang-orang jahat atau musuh ALLAH seperti Firaun, Namrud, Qarun, Haman dan lain-lain. Lihatlah contohnya:
Terjemahnya: Dan sesungguheya telah datang kepada kaum Firaun ancaman-ancaman. Mereka mendustakan mukjizat-mukjizat Kami kesemuanya, lalu Kami azab mereka sebagai azab Kami daripada Yang Maha Perkasa lagi Maha Kuasa. (Al Qamar: 41-42)
Terjemahannya: Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri."
Dan carilah apa yang telah dianugerahkan ALLAH kepadamu (kebahagiaan) negeri Akhirat, dan janganlah kamu melupakan bagianmu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana ALLAH telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta, karena ilmu yang ada padaku." Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka. Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: "Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun, sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar." Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: "Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala ALLAH adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan tidak diperolehi pahala itu, kecuali oleh orang-orang yang sabar!"
Maka Kami benamkan Qarun berserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab ALLAH. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya).
(Al Qasas: 76-81)
Terjemahnya: Adapun kaum Aad menyombongkan diri di muka bumi tanpa alasan yang benar dan berkata: "Siapakah yang lebih besar kekuatannya daripada kami?" Dan apakah mereka itu tidak memperhatikan bahwa ALLAH yang menciptakan mereka adalah lebih besar kekuatan-Nya daripada mereka? Dan adalah mereka mengingkari tanda-tanda (kekuatan) Kami. Maka kami meniupkan angin yang amat gemuruh kepada mereka dalam beberapa hari sial, karena kami hendak merasakan kepada mereka itu seksaan Akhirat lebih menghinakan sedang mereka tidak diberi pertolongan. Dan adapun kaum Samud telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk itu, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang mereka kerjakan. (Fussilat: 15-17)
6. Mendidik manusia agar memiliki sikap hidup yang khusus sebagai seorang islam, agar selamat di dunia dan di Akhirat. Maka Al Quran mengajarkan tentang syariat atau hukum-hukum ALLAH. Ada perkara haram dan makruh yang perlu dijauhi. Ada pula perkara wajib, sunat dan mubah yang perlu buat. Lihat contoh-contoh firmanNya:
Terjemahnya. Sembahlah ALLAH dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orangorang yang sombong dan membangga-banggakan diri. (An Nisa': 36)
Terjemahnya: Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang daripada dua pertiga malam, atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan ALLAH menetapkan ukuran malam dan siang. ALLAH mengetahui bahawa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas- batas waktu-waktu itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu, kerana itu bacalah apa yang mudah (bagimu) daripada Al Quran. Dia mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian kurnia ALLAH, dan orang-orang yang lain lagi yang berperang di jalan ALLAH; maka bacalah apa yang mudah (bagimu) daripada Al Quran dan dirikanlah sembakyang, tunaikan zakat dan berikanlah pinjaman yang baik. Dan kebaikan apa saja. yang kamu perbuat untuk dirimu nescaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi ALLAH sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Muzammil: 20)
Terjemahnya: Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada ALLAH, jika benar-benar kepada- Nya saja kamu menyembah. Sesungguhnya ALLAH hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain ALLAH, tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Baqarah: 172-173)
Demikianlah secara ringkas garis panduan tentang bahan-bahan pendidikan Rasulullah. Mengikutinya akan menjadikan seseorang itu beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dengan ALLAH dan dengan sesama manusia, dan membanyakkan amal-amal soleh. Ini dapat kita lihat pada peribadi Rasulullah sendiri, yang mana baginda adalah orang yang paling banyak melaksanakan dan yang mencorak dirinya dengan bahan-bahan didikan daripada ALLAH itu.
Baginda adalah manusia yang paling beriman dengan ALLAH. Akhlaknya agung dan amalannya serta pengorbanan dan perjuangannya tiada tandingan.
Rasulullah itu adalah Al Quran hidup. Apa juga perintah ALLAH, bagindalah orang awal yang melaksanakannya. Apa juga larangan ALLAH, baginda dahulu yang meninggalkannya. Dan apa-apa yang digalakkan oleh ALLAH nescaya akan baginda lakukan. Bahkan cakap-cakap baginda juga tidak terkeluar daripada maksud-maksud tadi. Hal demikian menyebabkan para sahabat mudah untuk meniru dan menurut didikan Rasulullah. Para sahabat benar-benar terbawa oleh Rasulullah melalui sikap dan cakap-cakap baginda yang senantiasa menuju kepada kehendak-kehendak ALLAH. Bahkan para sahabat adalah orang yang ghairah melaksanakan apa yang dididik oleh Rasulullah. Demikianlah berjayanya pendidikan Rasulullah.
Berbedanya bahan didikan Rasulullah dengan pendidikan sekular hari ini ialah sekulerisme cuma mendidik ke arah pembangunan material. Sedangkan pembangunan material cuma satu juzuk kecil dalam pendidikan Rasulullah. Pembangunan material tanpa pembangunan insan, iman dan akhlak akan melahirkan masyarakat yang timpang dan pincang. Keadilan, keamanan dan kebahagiaan hidup masyarakat di dunia hilang. Di Akhirat tentu lebih dahsyat lagi.
=== sekian ===
Bab 03 Teknik Pendidikan Rasulullah SAW

BILA dikatakan Islam adalah cara hidup (dinul hayah atau the way of life), artinya islam mempunyai panduan yang lengkap dalam apa juga aspek kehidupan. Daripada soal yang sekecil-kecilnya hinggalah kepada soal yang sebesar-besarnya. Islam menyediakan cara dan peraturan yang khusus untuk mendidik diri, bergaul, menyusun rumahtangga, berekonomi, berziarah, berjuang, berobat dan lain-lain lagi. Bahkan soal menguap yang kecil itu pun ada diajarkan oleh Islam, Apa lagilah tentang bagaimana cara menyusun atau mengatur negara dan hubungan antara negara. Sebab itu Islam dikatakan cara hidup yang paling sempurna (the complete way of life).
Rasulullah SAW serta para sahabat adalah manusia contoh yang telah melaksanakan peraturan hidup Islam seluruhnya dalam hidup mereka. Mereka telah membuktikan bahwa dasar, teknik dan tujuan pendidikan Rasulullah itu adalah praktikal, sesuai dan boleh dilaksanakan dalam kehidupan. Bahkan ia telah melahirkan satu masyarakat yang agung, sebagaimana terbukti dalam sejarah kegemilangan Islam yang populer itu. Oleh karena itu, Islam tidak bisa dianggap hanya sebagai satu ideologi yang kabur, yang belum tentu memberi hasil yang baik bila dipraktekkan dalam realita kehidupan. Dan lebih tidak adil lagi kalau dikatakan peraturan Islam tidak sesuai untuk zaman ini, karena kononnya ia cuma sesuai untuk zaman unta atau zaman kereta lembu. Sebab, sejarah memberitahu kita, umat Islam menjadi agung apabila mereka melaksanakan peraturan lslam. Manakala pada zaman ini, sewaktu umat Islam meninggalkan peraturan hidup Islam, mereka menjadi bangsa yang lemah dan tidak ada kekuatan sendiri walau dalam bidang apapun. Umat islam kini terpaksa bersandar atau menggantungkan nasib pada orang kafir dalam semua hal.
Oleh karena itu, kembali kepada cara hidup Islam, menurut Al Quran dan Hadits, adalah syarat untuk kita mengembalikan kekuatan dan harga diri umat Islam di mata dunia. Mengambil dasar, kaidah dan tujuan pendidikan Rasulullah adalah langkah awal yang tidak boleh tidak mesti dilakukan. Sebab, dari pendidikan yang tepat saja nanti yang akan melahirkan manusia-manusia yang akan berjuang menegakkan seluruh sistem hidup islam itu.
Kaidah pendidikan Rasulullah adalah satu kaidah yang paling simple. Ia menjadikan semua golongan manusia terlibat di dalamnya, walau di manapun mereka berada dan kapanpun. Artinya Rasulullah tidak membatasi pendidikannya pada batas waktu atau batas umur atau tempat tertentu. Lihat sabda baginda:
Terjemahnya: Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad.
Terjemahnya: Tuntutlah ilmu walau sampai ke Negeri China. (Riwayat Ibnu Abdul-Barr)
Terjemahnya: Menuntut ilmu wajib bagi lelaki dan wanita. (Riwayat: Ibnu Abdul Barr)
Terjemahnya: Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat. (Riwayat: Al Bukhari)
Apa yang dapat kita faham daripada kata-kata Rasulullah itu ialah:
  1. Semua orang lelaki dan perempuan, tua, muda dan kanak-kanak wajib menuntut ilmu.
  2. Di mana juga mereka berada, atau ke mana juga mereka pergi, proses pendidikan mesti terus terjadi dan diikuti.
  3. Kurikulum pelajaran dan pendidikan tidak terbatas pada suatu bidang ilmu.
  4. Setiap orang boleh menyampaikan ilmu.
  5. Ilmu tidak semestinya disampaikan di tempat dan di majlis-majlis rasmi saja. Ia boleh disampaikan di mana saja.
Untuk melaksanakan kaidah ini, kita mesti melihat sikap Rasulullah sendiri. Di mana beliau mendidik, kapan, kepada siapa, serta ilmu apa yang diajarkannya.
Rasulullah mendidik ahli masyarakat, di semua tempat; di atas unta, di masjid, di pasar, di kedai-kedai, waktu istirahat, ketika musafir, di majlis kenduri, di majlis kematian, di medan perang, dan lain-lain. Pendek kata, ke mana saja baginda pergi dan siapa juga yang ditemui, baginda Rasul akan menyampaikan didikannya. Kalau yang ada itu seorang, maka seoranglah yang dididiknya. Tapi kalau ramai, ramailah yang terlibat. Rasulullah tidak membiarkan maksiat atau kesilapan seseorang itu terus terjadi. Waktu itu juga ditegur dan dibaiki. Mari kita lihat contoh-contoh kejadian yang memperlihatkan cara dan proses pendidikan Rasulullah:
1. Sedang baginda Rasul berada di mimbar masjid membaca khutbah, masuklah seorang sahabat yang baru tiba. Sahabat itu terus duduk tanpa melakukan sembahyang sunat Tahiyatul Masjid. Rasulullah terus menegur dari atas mimbar dengan menyuruh sahabat tersebut sembahyang sunat sebelum duduk. Baginda tidak menunggu hingga tugasnya selesai, baru hendak membetulkan kesalahan seseorang. Dan baginda tidak menunggu majlis pengajian resmi. Cuma perlu diingat bahwa baginda menegur dengan kasih sayang bukan dengan marah-marah, dan tidak memalukan seseorang.
2. Pernah Rasulullah menegur langsung seorang sahabat yang tidak kelihatan mencium anak kecil yang dibawanya bersamanya. Tersebut dalam sebuah Hadis:
Terjemahnya: Daripada Aisyah r.a. berkata: Telah datang seorang Arab badwi kepada Rasulullah SAW (lalu Rasulullah mencium anak yang dibawa oleh badwi itu) maka berkatalah badwi itu: Kamu mencium anak-anak? Kami tidak pernah pun menciumnya. Bersabda Rasulullah SAW: "Apakah kamu suka aku mohon kepada Allah agar dibuangkan sifat kasih sayang di hati kamu?" (Riwayat Al Bukhari)
Baginda tidak menunggu ada program resmi baru mau menegur suatu kesilapan yang dibuat oleh sahabat.
3. Ketika bertemu dengan pemuda yang tidak hormat kepada orang tua, terus baginda bersabda kepada pemuda itu:
Terjemahannya: Bukanlah dari golongan kami mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani anak kecil.
(Riwayat At Tabrani)
Cara pendidikan begini boleh kita istilahkan sebagai mubasyarah. Yaitu pendidikan secara langsung. Ia dilakukan dengan lisan (lisanul maqal atau dengan sikap (lisanul ha[). Dalam sistem pendidikan sekarang, pendidikan begini disebut pendidikan informal (tidak resmi). Ia boleh dilakukan di sembarang tempat, pada sembarang waktu, dan pada setiap orang. Rasulullah memberi prioritas kepada pendidikan informal daripada pendidikan formal (resmi) kerana kaidah informal ini lebih berhasil, praktis dan memberi hasil yang cepat dan konkrit. Manakala pendidikan formal hanya menambahkan teori-teori yang jarang dipraktekkan.
Sistem pendidikan Rasulullah ini kelihatan mempunyai maksud untuk melahirkan manusia yang mengamalkan ilmunya. Baginda tidak menekankan ilmu yang tinggi atau ilmu yang banyak, sebaliknya memberi keutamaan kepada pengamalan ilmu. Di dalam kitab Matan Zubad ditulis perbedaannya:
Terjemahnya: Seorang yang berilmu, tapi tidak beramal dengan ilmunya, akan diazab lebih dahuIu daripada penyembah berhala.
Terjemahnya: Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah.
Kaidah yang tepat untuk menyampaikan tujuan pendidikan tadi ialah dengan mewujudkan hubungan erat dan mesra antara guru dan murid-murid. Guru mesti berada di tengah-tengah kehidupan murid-muridnya, bergaul, saling menziarahi, bermuzakarah, dan sebagainya. Guru mesti mengenali dan mengasihi murid-muridnya, dan bermesra dengan mereka bagaikan ayah atau ibu dengan anak-anak.
Selain itu, guru mesti menjadi contoh yang baik secara lisanul hal atau lisanul maqal. Sikap dan bicara guru sepanjang masa di dalam pergaulannya dengan murid-murid mesti bersifat mengajar dan mendidik. Kiranya berlaku hal yang sebaliknya, artinya guru itu sudah menggagalkan matlamat pendidikannya. Sebab itu, sebagaimana kita sedia maklum, jika ayah kencing berdiri, anak akan kencing berlari. Jika bapak borek, anaknya akan rintik. Mustahil bapak ketam boleh mendidik anaknya berjalan betul.
Sekolah atau sistem pendidikan Rssulullah tidak perlukan pengakuan kelulusan melalui gelar yang berbagai macam. Karena penekanan baginda bukan pada menghafal, mengingat dan menulis kembali ilmu yang ada dalam kitab atau dalam kepala. Nilai tertinggi bagi seseorang yang menuntut ilmu, menurut ALLAH dan Rasul, ialah pada TAQWA. Ukuran taqwa ialah pada akhlak dan amal soleh yang dilakukan oleh seseorang murid, setelah selesai pengajiannya. Dengan pertimbangan demikian, orang yang lahir dari sistem pendidikan Rasulullah ialah orang yang langsung beramal, bekerja dengan ilmu yang ia dapat, bukan karena gaji, tapi kerena ALLAH. Artinya mereka bekerja dengan penuh tanggungjawab, bersih daripada dosa dan maksiat, dan selamat daripada mengharapkan sebarang kepentingan duniawi atau peribadi apapun.
Dengan cara pendidikan demikian yang disambung pelaksanaannya oleh sahabat-sahabat, maka lahirlah generasi awal para sahabat yang jiwa, mental dan fisik mereka sangat terpimpin. Akhlak dan amal soleh mereka tiada tandingan. Tamadun yang mereka bangunkan, hebat dan mengagumkan. Empayar taklukan mereka meliputi 3/4 dunia. Mereka digambarkan sebagai:
Terjemahnya: Menjadi abid pada malam hari dan menjadi singa pada siangnya.
Dan itu terjadi karena mereka mendapat taqwa. Yaitu hasil yang diperoleh daripada teknik pendidikan yang dilaksanakan oleh Rasulullah, yaitu apabila mereka tahu, mereka langsung beramal dan menyampaikannya. Misalnya seorang ayah yang mendengar firman ALLAH dan Rasulullah SAW, apabila pulang ke rumah langsung memberitahukannya kepada isteri dan anak-anaknya serta sama-sama melaksanakan tuntutannya tanpa tangguh-tangguh lagi. Begitu juga apabila sahabat bertemu sahabat, anak bertemu ayah, dan seterusnya.
=== sekian ===
Bab 04 Kaedah Pendidikan Rasulullah Dalam Sistem Pendidikannya
PENDEKATAN pendidikan Rasulullah adalah didasarkan pada firman Allah SWT:
Terjemahnya: Serulah kepada Tuhanmu secara hikmah dan pengajaran yang baik dan berhujah dengan mereka secara yang baik. (An Nahl: 125)
Dalam menunaikan tuntutan hikmah dan bijaksana itu, Rasulullah membagikan golongan yang menjadi sasaran dakwah dan pendidikan kepada 3 kategori:
  1. Golongan khawas (istimewa);
  2. Golongam awam; dan
  3. Golongan degil.
1. Golongan khawas (istimewa) ialah orang-orang yang menerima kebenaran hanya apabila ia disampaikan dengan hujah yang tepat, jelas dan benar. Mereka adalah golongan bijak pandai, cerdik dan berilmu. Mereka hanya akan menerima sesuatu kalau ada dalilnya. Untuk menghadapi mereka agar mereka mau menerima Islam maka Rasulullah menggunakan susunan perkataan yang mengandung hukum yang sahih dan dalil yang terang serta hujah-hujah yang tepat. Hingga dengan itu hilanglah keraguan mereka, bahkan mereka melihat islam begitu tinggi nilai kebenaramnya, mengatasi pegangan-pegangan yang lain.
2. Golongan awam tidak perlu hujah yang ilmiah dalam menerima kebenaran kerana fikiran mereka tidak diragukan oleh berbagai-bagai persoalan. Mereka cukup dengan melihat kebaikan yang ada dalam suatu pegangan. Karena itu Rasulullah mendekati mereka dengan nasihat yang baik. Yaitu dengan mendatangkan iktibar yang memuaskan hati atau yang memberi pengajaran, pendidikan serta ibarat-ibarat yang memberi manfaat.
3. Golongan degil ialah golongan yang mempunyai rasa tidak senang dengan sesuatu. Untuk mendekati mereka, Rasulullah mengajak mereka berdialog tentang hal-hal yang tidak disenangi itu.
Dialog itu dibuat dengan sebaik-baiknya, mudah dan lemah lembut. Hujah-hujahnya adalah hujah logik yang bisa diterima akal, untuk memadamkan hujah yang membuat hati mereka tidak senang dengan islam. Hasil dialog memnjadikan mereka bisa menerima perintah-perintah ALLAH. Kalaupun mereka tidak bisa menerimanya, mereka sudah tidak ada hujah lagi untuk menolaknya. Contoh ayat yang boleh menolak hujah orang-orang degil ialah:
Terjemahnya: Atau mereka mengatakan dialah (Muhammad) yang mengada-adakan Al Quran. Katakanlah: Kemukakanlah sepuluh surat yang diada-adakan itu yang menyamai Al Quran. Dan panggillah siapa yang kamu sanggup selain ALLAH, kalau kamu memang orang-orang yang benar. (Hud: 13)
Teknik pendekatan yang dibuat oleh baginda Rasulullah dalam usaha mendekati golongam-golongan masyarakat tadi, berbagai macam juga. Di antaranya:
1) Dengan menjawab soalan. Yakni, orang bertanya kepada Rasulullah lalu baginda menjawabnya. Contohnya seperti tersebut dalam hadis:
Terjemahannya: Daripada Nauwas bin Sam'an (Aku pernah bertanya kepada Rasulullah tentang kebajikan dan dosa), Rasulullah bersabda, "Kebajikan itu adalah akhlak baik dan dosa itu ialah apa yang tidak disenangi di hati engkau dan engkau benci kalau manusia melihatnya." (Riwayat Muslim)
2) Adakalanya Rasulullah sendiri mengajukan soalan, tetapi baginda juga yang menjawabnya. Ia bermaksud untuk keseronokan mendengar.
Contohnya terdapat dalam hadis berikut:
Terjemahannya: Ibu segala perintah itu ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang, dan ketinggian bonggolnya ialah jihad.
Kadang-kadang, Rasulullah membuat bandingan dan lain-lain. Teknik-teknik yang dibuat yang diberbagaikan itu ialah untuk lebih menarik perhatian dan kefahaman. Dan biasanya percakapan Rasulullah itu tepat, ringkas, padat dan tidak menjemukan.
=== sekian ===
Bab 05 Rahsia Kejayaan Didikan Rasulullah SAW

BERJAYA atau tidaknya suatu usaha dan perjuangan itu dilihat pada hasilnya. Seorang yang menanam rambutan dikatakan berhasil kalau pohon rambutannya berbuah lebat dan sedap rasa buahnya. Kalau pohon rambutan itu tidak berbuah, walaupun pohonnya gemuk dan rimbun, orang yang menanamnya dikatakan gagal dalam usahanya. Demikianlah juga dalam perjuangan. Berhasilnya sebuah perjuangan ialah kalau ia mencapai matlamat yang dituju. Tapi kalau tidak sampai kepada matlamat maka perjuangan itu dikatakan tidak berjaya. Sekalipun kegigihan, kelantangan dan pengorbanan begitu hebat.
Rasulullah SAW dikatakan berjaya karena baginda dapat mencapai matlamat perjuangan yang dicita-citakan. Yaitu dapat menegakkan sistem Islam atau hukum-hukum ALLAH dalam kehidupan masyarakat sehingga meliputi hampir 3/4 dunia. Pejuang-pejuang Islam yang tidak berjaya menegakkan sistem hidup islam dalam masyarakatnya atau sekurang-kurangnya dalam jemaahnya adalah tidak berjaya sekalipun mereka lantang memperkatakan dan melaung-laungkan Islam.
Apakah rahasia kejayaan Rasulullah SAW? Ini tidak lain dan tidak bukan ialah karena baginda mempunyai sahabatsahabat seperjuangan yang berhati zuhud dengan dunia. Hati mereka tidak terpaut dengan dunia yang sementara. Karena hati mereka terpaut dengan kehidupan Akhirat yang kekal abadi. Dengan itu mereka telah dapat memperalat dunia untuk tujuan memburu Akhirat. Inilah yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:
Terjemahannya: Dunia itu tanam-tanaman untuk ke Akhirat. (Dari kitab Hidayatus Salikin)
Para sahabat mengorbankan kekayaan dunia untuk tujuan Akhirat. Sayidina Abu Bakar As Siddiq menyerahkan seluruh harta bendanya kepada perjuangan Islam. Bila Rasulullah bertanya, Apa lagi yang tinggal untuk anak isteri mu? beliau menjawab, "ALLAH dan Rasul-Nya." Sedangkan Sayidina Umar Ibnu Khattab menyerahkan 3/4 daripada harta kekayaannya pada perjuangan Islam. Pernah sahabat ini terlalai di kebunnya sehingga tidak sempat berjemaah Asar dengan Rasulullah. Karena kelalaian itu, Sayidina Umar telah mewakafkan kebunnya itu untuk ALLAH dan Rasul.
Sayidina Usman Ibnu Affan, Khalifah Islam yang ketiga, juga seorang yang kaya dan berharta. Tapi separuh (50%) daripada kekayaan itu telah digunakan untuk Islam. Sifatnya yang mengutamakan Akhirat daripada dunia dapat kita lihat dalam kisah berikut:
Satu hari ada orang menyampaikan berita kepulangan kafilah yang membawa barang dagangannya sebanyak 300 muatan unta. Karena asyik melihat-lihat kedatangan kafiIah itu, beliau tidak sempat melakukan takbiratul ihram bersama Rasulullah dalam sembahyang Asar. Beliau sangat menyesal lalu menanyakan hal itu kepada Rasulullah. Maka jawab Rasulullah: "Sekalipun engkau wakafkan dunia ini, namun ia tidak dapat menebus kehilangan pahala takbir tadi." Maka untuk menebus kelalaian tersebut, Sayidina Usman mewakafkan semua barang dagangan itu ke jalan ALLAH.
Sayidina Abdul Rahman bin Auf, sahabat yang paling kaya raya, telah menggunakan harta kekayaannya untuk membantu perjuangan Islam bersama Rasulullah.
Wanita hartawan Quraisy, Siti Khadijah Ummul Mukminin, telah menyerahkan seluruh harta kekayaannya ke jalan ALLAH sehingga beliau kemudiannya hidup miskin, bersama Rasulullah. Cinta pada dunia hilang dari hatinya. Sebab itu dunia itu dikorbankan untuk ALLAH dan Rasul. Rasa yakin dan cintakan Akhirat mendalam di hatinya.
Dengan adanya sahabat-sahabat Rasulullah yang berjiwa begitu, dengan mudah dan cepat saja sistem hidup Islam atau hukum ALLAH itu tertegak dalam kehidupan mereka. Dengan iman dan taqwa mereka cukup berani untuk memecah tradisi hidup jahiliah untuk diganti dengam Islam. Amalan Islam yang adil, berakhlak, dan sesuai dengan fitrah manusia yang mereka amalkan membuat orang banyak tertarik sehingga mendorong mereka masuk Islam serta turut sama membangunkan cara hidup Islam. Proses itu berkembang pesat, dari benua ke benua hingga akhimya 3/4 dunia tunduk di bawah undang-undang pentadbiran dan cara hidup Islam.
Kejayaan seperti ini bersumber daripada pendidikan jiwa yang Rasulullah lakukan kepada para sahabat. Baginda mendidik hati agar zuhud dengan dunia, dan sebagai gantinya baginda menanamkan rasa cinta pada kehidupan di Akhirat. Dengan adanya sifat zuhud maka manusia tidak terhalang untuk melaksanakan dan memperjuangkan hukum-hukum ALLAH. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
Zuhud itu ibu bagi segala kebaikan.
Zuhud atau tidak cinta dunia bukan bermakna tidak mau fikir tentang dunia. Sejarah membuktikan bahwa para sahabat yang zuhud itu, mempunyai kawasan pentadbiran yang meliputi 3/4 dunia. Artinya dunia dalam tangan mereka, bukan di hati mereka. Dunia cuma alat bukan matlamat. Mereka menggunakan dunia untuk tujuan menegakkan kalimah ALLAH. Mereka tidak berebut. Dunia tidak diburu, tidak dipuja dan tidak diperebutkan. Bahkan mereka takut kalau dapat dunia. Bimbang kalau tidak dapat menggunakannya untuk Akhirat. Lihat keluhan Sayidina Ali:
Wahai dunia, janganlah engkau tipu aku.
Sebab itu kita lihat para sahabat telah dapat mencorakkan dunia dengan Islam. Bukannya dunia yang mencorakkan hidup mereka, sehingga dunia begitu mengungkung dan menipu mereka.
Berbeda dengan keadaan umat lslam hari ini, yang berpenyakit wahan yaitu cinta dunia dan takut mati. Bila dapat kuasa memerintah negara misalnya, maka dia jadi kaya raya, rumah bagaikan istana. Emas, perak bertimbun, tanah bertambah, rumah sewa berderet, kehidupan jadi cukup mewah dan membazir. Mereka mengambil kepentingan peribadi sebanyak mungkin, hasil daripada kuasa yang ada. Inilah penyakit gila dunia namanya. Mereka tidak sabar dengan dunia. Sepatutnya dunia itu ditadbir tetapi telah dikaut untuk diri, anak isteri, kaum keluarga serta kliknya saja. Negara dan rakyat menanggung risikonya. Sebab itu Islam lemah. Sabda Rasulullah:
Terjemahnya: Akan tiba masanya kamu akan dikeronyok oleh satu golongan (musuh) sepertimana si rakus berhadapan dengan hidangan makanan. Para sahabat dengan heran bertanya: "Apakah karena bilangan kita sedikit, ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Tidak, bahkan kamu ramai tetapi kamu umpama buih-buih di permukaan air. Akan Allah cabutkan perasaan gerun musuh terhadap kamu sebaliknya mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan." Sahabat bertanya lagi, "Apakah wahan itu?" Sabda baginda, "Gila dunia dan takut mati." (Riwayat: Abu Daud)
Siapa juga kalau tidak bersifat zuhud nescaya akan digoda oleh nafsu gila dunia ini. Sebab ALLAH ada berfirman:
Terjemahnya: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAH-lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14)
Kejayaan para sahabat mengawal diri daripada tertipu dengan dunia adalah hasil didikan Rasulullah. Dengan ayat-ayat Al Quran yang berkaitan, baginda mengasuh sahabat agar tidak terpaut hati pada dunia. Berikut ialah ayat-ayat ALLAH yang menjadi 'pil' pengubat sakit cinta dunia:

Terjemahnya: Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga- banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengkagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di Akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan daripada ALLAH serta keredhaan-Nya, Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (Al Hadid: 20)
Terjemahannya: Hai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) ALLAH dan Rasul-Nya serta kesenangan di negeri Akhirat maka sesungguhnya ALLAH menyediakan bagi siapa-siapa yang berbuat baik di antaramu pahala yang besar." (Al Ahzab: 28-29)
Terjemahnya: Hai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang pada hari itu seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak pula tidak dapat menolong bapaknya sedikit pun. Sesungguhnya janji ALLAH adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan pula penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam mentaati ALLAH. (Luqman: 33)
Selain itu Rasulullah pernah membawa sahabat Sayidina Umar singgah di tempat bangkai dan najis. Kemudian Rasulullah bersabda yang maksudnya:
Dunia dan pemburu dunia senasib.
Pada hari lain baginda Rasul membawa para sahabat berdiri lama di tempat najis. Setelah sahabat-sahabat heran mengapa Rasulullah berlama-lama di tempat yang busuk itu, Rasulullah pun bersabda:
Inilah dunia yang kamu buru.
Suatu hari yang lain ketika terlihat bangkai kambing di tepi jalan, Rasulullah bertanya sahabat, "Mengapa kambing ini dibiarkan oleh tuannya?" Sahabat-sahabat menjawab, "Sebab ia tidak berguna lagi kepada tuannya." Maka baginda RasuluAlah pun bersabda yang maksudnya:
Dunia ini adalah seperti bangkai kambing itu.
Banyak lagi dalam Al Quran dan Hadis, ayat-ayat yang mengajak manusia supaya zuhud dengan dunia, menginfakkan harta ke jalan ALLAH dan cintakan Akhirat. Bahkan ALLAH ada memperingatkan dengan firman-Nya:
Terjemahnya: Katakanlah jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri- isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu takuti kerugiannya serta tempat kediaman yang kamu sukai, (semuanya itu) lebih kamu cintai daripada ALLAH dan Rasul-Nya dan berjuang di jalan ALLAH, maka tunggulah olehmu, sehingga ALLAH mendatangkan perintah-Nya (seksaan-Nya). ALLAH tiada menunjuki kaum yang fasiq itu. (At Taubah: 24)
Dengan didikan yang demikian itu maka jadilah para sahabat generasi contoh Islam yang telah berjaya membangunkan tamadun serta empayar islam. Sejarah mereka begitu agung dan mereka mendapat pujian daripada ALLAH. Firman-Nya:

Terjemahnya: Orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang- orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, ALLAH redha dengan mereka dan mereka pun redha kepada ALLAH dan ALLAH menyediakan bagi mereka Syurga-Syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar. (At Taubah: 100)
Terjemahnya: Orang-orang yang mentaati perintah ALLAH dan Rasul-Nya sesudah mereka mendapat luka (dalam peperangan Uhud). Bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di antara yang bertaqwa ada pahala yang besar. Orang-orang yang mentaati (ALLAH dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah ALLAH menjadi Penolong kami dan ALLAH sebaik-baik Pelindung." (Ali Imran: 172-173)
Terjemahannya: Tidak sama di antara kamu orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sebelum penaklukan (Makkah). Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang- orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sesudah itu. ALLAH menjanjikan kepada mereka balasan yang lebih baik. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al Hadid: 10)
Terjemahnya: Muhammad itu adalah utusan ALLAH dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan ALLAH dan keredhaan-Nya, tanda- tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat mereka dalam Taurat dan sifat- sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besar dan tegak lurus di atas pokoknya, tanaman itu menyenangkan hati penanam- penanamnya karena ALLAH hendak menjengkelkan hati orang- orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). ALLAH menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar. (Al Fath: 29)
=== sekian ===
Bab 06 Peranan, Sikap Dan Akhlak Rasulullah SAW Dalam Pendidikan

RASULULLAH SAW mendidik dengan sikap dan akhlak. Apa yang baginda katakan, baginda laksanakan. Seluruh kandungan Al Quran itu ada pada diri baginda Rasul, lahir atau batin. Sehingga isterinya Siti Aisyah Ummul Mukminin mengatakan Rasulullah itu ialah 'Al Quran yang berjalan?.
Kaidah ini, yaitu guru melakukan dulu apa yang hendak diajar dan dididik, sebelum diajarkan kepada muridnya, adalah rahasia pendidikan yang cukup penting dan diperintahkan oleh ALLAH SWT melalui Al Quranulkarim. Di antara firman-firman ALLAH mengenai hal ini ialah:
Terjemahannya: Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak berbuat. Amat besar kebencian di sisi ALLAH bila kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan. (As Saff: 2-3)
Terjemahannya: Adakah kamu menyuruh manusia berbakti dan kamu lupakan dirimu. Sedangkan kamu membaca Kitab. Mengapa kamu tidak berfikir? (Al Baqarah: 44)
Dalam Matan Zubad berkata:
Terjemahnya: Orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya, akan diazab lebih dahulu daripada penyembah berhala.
ALLAH marah dan benci pada seseorang yang pandai berbicara tapi tidak berbuat. Karena sikap itu akan mempersia-siakan ilmu. Dia akan membuat orang yang diajar pun bersikap serupa. Sehingga ilmu hanya untuk dibanggakan tapi tidak dilaksanakan. Padahal Al Quran dan Sunnah itu mengajarkan cara hidup yang mesti ditegakkan dalam realitas kehidupan. Itulah sebabnya Islam dikatakan sebagai cara hidup (dinulhayah).
Rasulullah SAW telah membuktikan tentang praktikalnya Al Quran, sekaligus memberi contoh tentang cara hidup Islam yang diperintahkan oleh ALLAH SWT. Sikap dan akhlak baginda dicontohi dan diikuti oleh para sahabat. Bahkan karena kebenaran dan keindahan Islam yang begitu menarik hati, yang kelihatan pada diri Rasulullah, sahabat-sahabat berlomba-lomba untuk mencontohi Rasulullah da am apa juga yang baginda lakukan. Rasulullah benar-benar satu pigur yang dicintai, dikagumi, dirindui dan dicontohi setiap perilakunya. Karena benar dari baiknya sikap dan akhlak Rasulullah, maka para sahabat rela sehidup semati bersama Rasulullah. Apa kata Rasulullah, ditaati sepenuh hati. Bahkan mereka sanggup mati demi mempertahankan dan melindungi Rasulullah. Dengan itu, setiap hukum-hukum ALLAH yang disampaikan pada mereka, bukan saja mereka dengar dan patuh, bahkan mereka perjuangkan dengan rela hati sebagai cita-cita hidup. Dan mereka berkorban apa saja hingga rela terkorban segala-galanya demi untuk ALLAH dan Rasul.
Itulah hasil didikan melalui sikap dan akhlak. Ia mampu membeli hati-hati manusia dan menyatukan hati-hati itu dalam satu barisan yang teratur kukuh. sedangkan hati itu terlalu mahal, dan untuk menyatukan hati-hati manusia adalah kerja yang amat susah. Lihat firman ALLAH:
Terjemahnya: Jika kamu belanjakan seluruh kekayaan seisi bumi untuk menjinakkan hati manusia, nescaya kamu tidak dapat melakukannya. Tapi ALLAH-lah yang menjinakkannya. (Al Anfal: 63)
Kita bisa lihat hakikat ini dalam masyarakat kita kini. Alangkah susahnya untuk damaikan manusia yang sudah berpecah hati. Untuk damaikan antara suami isteri pun sudah susah, apalagi antara dua negara yang berperang. Seluruh pemimpin dunia kini gagal mententeramkan keadaan dunia yang kucar-kacir.
Jadi kalau Rasulullah mampu memikat hati sahabat-sahabat sehingga mereka mau menyerahkan seluruh kecintaan, ketaatan, dan jiwa raga untuk ALLAH dan Rasul, itu sesuatu yang terlalu besar nilainya dan patut sangat diberi perhatian dan diambil pengajaran. Moga-moga dari sana nanti kita temui jalan untuk keluar dari segala masalah dunia yang kronis ini.
Mari kita lihat sikap dan akhlak Rasulullah yang telah mengubah 3/4 dunia jahiliah kepada dunia Islam itu. Akhlak baginda adalah akhlak Al Quran. Untuk mengetahuinya mari kita lihat didikan Al Quran tentang akhlak. Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin (terjemahan) jilid 3 ada menyenaraikan ayat-ayat Al Quran tentang akhlak ini dalam tajuk: "Pengajaran Pengadaban Oleh ALLAH Taala Akan Kekasih dan Pilihan-Nya Muhammad SAW dengan Al Quran." (Hal. 611 - 612). Petikannya:
Terjemahnya: Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh. (Al A'raf: 199)
Terjemahannya: Sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan ALLAH melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia rnemberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. (An Nahl: 90)
Terjemahannya: Hai anakku, dirikanlah sembahyang:dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka daripada perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh ALLAH. (Luqman: 17)
Terjemahannya: Karena mereka melanggar janjinya, Kami kutuki mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merubah perkataan ALLAH dan tempat- tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebagian daripada apa yang telah diperingatkan kepada mereka, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat pengkhianatan dari mereka kecuali sedikit di antara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka, sesungguheya ALLAH menyukai orang-orang yang berbuat baik. (Al Maidah: 13)
Terjemahannya: Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabatnya, orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan ALLAH, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin ALLAH mengampunimu? Dan ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(An Nur: 22)
Terjemahannya: Orang-orang yang menafkahkan hartanya, baik pada waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang ALLAH menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
(Ali Imran: 134)
Terjemahannya: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu makan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
(Al Hujurat: 12)
Terjemahannya: Dan orang-orang yang sabar dan memaafkan, sesungguhnya perbuatan yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.
(Asy Syura: 43)
Terjemahannya: Tidak sama perbuatan yang baik dengan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan orang) dengan (jalan) yang terbaik, lalu sekonyong-konyong orang yang ada permusuhan antara engkau dengan dia menjadi sahabat yang karib.
(Fussilat: 34)
Segala apa yang diajarkan oleh ALLAH dalam Al Quran itu, semuanya diamalkan oleh Rasulullah. Akhlak-akhlak yang tinggi dan mulia yang disebut di dalam Al Quran itu telah jadi akhlaknya. ALLAH SWT mengakui hal itu dengan firman-Nya:
Terjemahnya: Sesungguhnya engkau mempunyai budi pekerti yang tinggi.
(Al Qalam: 4)
Seperti yang disenaraikan di dalam Al Quran tadi, di antara akhlak baginda ialah pemaaf, menyuruh berbuat baik, adil, membantu kaum kerabat, meninggalkan perbuatan mungkar dan durhaka, sabar, lapang dada, tidak membalas kejahatan, menahan marah, berbaik sangka, tidak mengumpat, dan lain-lain lagi.
Dengan akhlak yang seperti itu, siapa juga yang bergaul dengan baginda akan tertarik, sayang dan rindu untuk selalu bertemu. Hatta orang kafir pun jatuh hati dan akhirnya memeluk Islam. Maka tidak heran apabilapara sahabat rela menyerahkan jiwa dan raga, hidup dan mati untuk bersama baginda memperjuamgkan hak ALLAH.
Dari segi pergaulan, sekalipun baginda Rasul adalah pesuruh dan kekasih ALLAH, tapi baginda tidak menyombong diri. Baginda sangat merendah diri (menginsafi dirinya selaku hamba Tuhan) lalu bergaul rapat dengan sesama hamba ALLAH. Baginda tidak memilih kawan, juga tidak mengasingkan diri daripada sahabat. Baginda berkawan rapat dengan para sahabat dan menyayangi semua orang beriman. ALLAH SWT menceritakan hal ini dalam ayat berikut:
Terjemahnya: Telah datang padamu seorang Rasul di kalangan kamu, sangat susah dengan kesusahan kamu, menginginkan keselamatan bagimu, dan terhadap orang-orang mukmin sangat kasih sayang.
(At Taubah: 128)
Baginda Rasul hidup bersama para sahabat. Setiap waktu sembahyang, mereka sama-sama berjemaah. Bila makan, mereka berkeliling satu dulang. Baginda Rasul duduk bertemu lutut dengan sahabat-sahabat. Bila ada sesuatu yang hendak dirundingkan, berbisik-bisiklah baginda dengan sahabat-sahabatnya. Duduk tidak pemah tinggi daripada sahabat, pakaian tidak berbeda dengan sahabat.
Baginda berbicara, berbincang dam bermesra babkan bergurau dengan sahabat. Kalau ada sahabat-sahabat yang tidak kelihatan olehnya, pasti baginda akan menanyakannya. Baginda akan ziarah ke rumah sahabat, sama-sama menguruskan jenazah dan hadir ke majlis kenduri bersama sahabat. Apabila bermusafir atau keluar berjalan-jalan, baginda pasti mengajak sahabat bersama-sama. Bahkan ke medam peperangam pun baginda bersama-sama para sahabat. Baginda tidak membuatkan dirinya lebih istimewa daripada sahabat. Susah sama ditanggung, senang sama dirasa.
Sikap dan akhlak yang begini membuat para sahabat senantiasa melihat, belajar dan terdidik untuk mengamalkan ajaran Al Quran dan Sunnah. Mudah bagi para sahabat meniru, membaiki kesilapan dan bertanya sebarang masalah yang timbul. Sahabat-sahabat juga mudah untuk melaporkam apa-apa perkembangan semasa kepada Rasulullah. Dan setiap wahyu yang datang tersebar dengan cepatnya.
Dari sanalah terbentuknya generasi contoh yang pertama para sahabat yang dapat melaksanakam kehendak Al Quran dan Sunnah. Yakni hasil pengaruh didikan Rasulullah untuk dicontohi oleh generasi kemudiannya termasuk kita pada akhir zaman ini.
=== sekian ===
Bab 07 Pembahagian Tugas Di Kalangan Para Sahabat Sebagai Program Akhir Pendidikan Rasulullah SAW

PROGRAM PENDIDIKAN yang diterapkan oleh Rasulullah untuk tujuan mengemaskan gerakan perjuangan Islam bersama para sahabat ialah dengan membuat pembagian tugas kepada para sahabat sesuai dengan bidang masing-masing. Hal ini dilakukan di Madinah, yakni sesudah pendidikan insan di Makkah. Ketika itu telah wujud sebuah masyarakat atau negara kecil Islam, yang memerlukan satu sistem pengaturan atau sistem hidup untuk dilaksanakan. Para sahabat waktu itu telah bersedia untuk diberi tugas sesuai dengan kemampuan masing-masing. Mereka telah menerima hukum dan undang-undang ALLAH untuk dilaksanakan dan diperjuangkan dalam hidup mereka.
Hati para sahabat yang sudah dididik dengan iman juga benar-benar tunduk pada sebarang perintah ALLAH dan Rasul. Dalam keadaan ini
ah Rasulullah membuat pembagian tugas pada para sahabat. Bidang-bidang kerja yang ada dalam masyarakat Islam yang dibangun oleh Rasulullah itu termasuk di dalamnya ekonomi, kemasyarakatan, ketentaraan, gerakan dakwah, pengaturan negara kecil Islam, dan perhubungan antar negara.
Maka para sahabat dilibatkan dalam mana-mana bidang yang sesuai dengan watak dan kemampuan masing-masing orang. Contohnya: Sayidina Abdu] Rahman bin Auf ditugaskan menjadi pengarah pasar (Menteri Ekonomi) untuk mengendalikan pusat perdagangan Islam yang telah dibangunkam oleh Rasulullah bernama 'Suqul Ansar' (Pasar Ansar). Sayidina Muaz bin Jabal dilantik menjadi guru dan mubaligh. Sayidina Jaafar bin Abu Talib dilantik menjadi ketua tentara. Sahabat Dehyatul Qalbi dilantik sebagai wakil baginda untuk bertemu dengan Maharaja Rom bagi menyampaikan Islam kepadanya. Begitulah seterusnya. Semua sahabat diberi tugas-tugas khas oleh Rasulullah. Secara umum, semua sahabat adalah mubaligh, berdasarkan sabda baginda:
Terjemahannya: Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.
(Riwayat: Al Bukhari)
Itulah tugas penting yang dilakukan dengan gigih oleh setiap sahabat. Sehingga setelah Rasulullah wafat pun, para sahabat meneruskan tugas ini. Hatta Sayidina Bilal bin Rabah tukang azan Rasulullah pun, sesudah wafat baginda Rasul, tidak mahu lagi tinggal di Makkah karena katanya: "Kalau aku terus tinggal di Makkah (untuk azan) artinya aku mengkhianati Rasulullah." Maka beliau pun meninggalkan bumi kecintaan untuk pergi mengembangkan Islam di seluruh pelusuk dunia. Hingga mati, beliau tidak pulang ke Makkah. Maqam Sayidina Bilal ada di Syria. Begitu juga para sahabat yang lain, mereka mengembara ke seluruh dunia untuk menyampaikan Islam. Kira-kira 2/3 daripada para sahabat itu dimaqamkan di luar Jaziratul Arab. Islamnya kita dan berimannya kita hari ini adalah hasil daripada perjuangan para sahabat berdakwah ke seluruh dunia.
Bersama tugas dakwah ini, ada kalangan para sahabat yang terus menjadi ketua negara di tempat mereka mengembamgkan Islam itu. Ada juga yang menjadi ketua tentara. Dan kebanyakannya menjadi mahaguru di tempat mereka ditugaskan.
Begitulah perjuangan Rasulullah dan para sahabat untuk membangunkan insan dengan Islam dan iman di samping membangunkan tamadun islam sebagai cara hidup dalam setiap aspek kehidupan mamusia. Perjuangan ini disambung oleh para tabiin dan tabiit tabiin sehingga 300 tahun dari Rasulullah SAW. Tahun-tahun itu diakui oleh Rasulullah sebagai kurun-kurun terbaik. Sabdanya:
Terjemahannya: Sebaik-baik manusia ialah manusia di kurunku. Kemudian kurun berikutnya. Kemudian kurun berikutnya.
(Riwayat: Al Bukhari dan Muslim)
Dalam tempoh ini pendidikam untuk membangunkam insan dan material berjalan serentak. Tapi sesudah itu, sehingga 700 tahun berikutnya, umat Islam mengabaikan program pembangunan insan. Yang tinggal ialah pembangunan material. Karena itu penyakit cinta dunia dan takut mati (wahan) menyerang jiwa umat Islam. Dengan sakit itu, lemahlah umat Islam, dan kegemilangan mereka menurun serta hilang di tangan orang Barat yang mengalahkan mereka dalam peperangan demi peperangan. Satu demi satu negara Islam dijajah. Hinggalah ke hari ini, umat islam hilang segala-galanya. Islam tinggal nama saja.
Hanya dengan kembali kepada sistem didikan Rasulullah saja, kita dapat kembali kepada kedaulatan dan kegemilangan yang hilang itu.
=== sekian ===

Bab 08 Kesan Dan Hasil Didikan Rasulullah Di Kalangan Generasi Sahabat Dan Salafussoleh

MARI kita lihat gambaran secara umum suasama masyarakat para sahabat (salafussoleh) selepas dididik oleh Rasulullah SAW. Biar saya senaraikan ciri-ciri kebaikaN yang ada pada mereka, yang menjadikan mereka umat terbaik bagi seluruh zaman.
Perlu diingat bahwa kebaikan yang ada pada masyarakat para sahabat (salafussoleh) adalah kebaikan menurut Al Quran dan Sunnah, yang mungkin tidak ada nilai kebaikan pada setengah-setengah orang Islam sekarang. Memang kalau Islam tidak dipelajari dan tidak diyakini secara terperinci dan menyeluruh, corak pemikiran dan skil penilaian seseorang itu tidak akan tepat sebagaimana yang diminta oleh orang Islam itu sendiri. Satu-satunya cara penyelesaiannya ialah dengan menyelaraskan ilmu dan kefahaman Islam pada umat Islam agar ia tepat dan lurus sebagaimana yang dikehendaki oleh Al Quran dan Sunnah. Barulah nanti umat islam tidak berkrisis lagi dalam menilai sesuatu, terhadap yang baik semuanya mengatakan baik dan terhadap yang buruk semuanya mengatakan buruk.
Masyarakat para sahabat (salafussoleh) ialah masyarakat yang berjaya menerapkan konsep kehambaan (ubuddiyah) terhadap ALLAH dalam hati dan dalam kehidupan lahir mereka. Bila manusia benar-benar sadar bahwa mereka hamba ALLAH, maka manusia akan hanya bertuhankan ALLAH dan menolak apa saja selain-Nya. Ketaatan, pengabdian dan penghormatan hanya pada perintah dan undang-undang ALLAH, dan tidak pada nafsu, syaitan, manusia, dunia dan apa-apa kuasa pun selain ALLAH. Dan usaha-usaha mereka itu tidak didorong oleh apa-apa kepentingan pun selain untuk mencari keredhaan ALLAH. Masyarakat para sahabat (salafussoleh) hidup untuk berbakti. Berbakti kepada ALLAH dan kepada manusia. Tujuannya semata-mata untuk mencari keredhaan ALLAH dan kebahagiaan Akhirat yang kekal abadi. Inilah sukatan kebaikan mereka, yang kalau dikelaskan secara umum terbahagi kepada dua iaitu:
1. Khidmat (bakti) kepada ALLAH.
2. Khidmat (bakti) kepada sesama manusia.

Al Quran sendiri membagikan kebaikan itu kepada dua:
Terjemahnya: Akan ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada kecuali yang mengadakan hubungan dengan ALLAH (hablumminallah) dan hubungan dengan manusia (hablumminannas).
(Ali Imran: 112)

1. KHIDMAT DENGAN ALLAH

Cinta mereka kepada ALLAH adalah seperti apa yang digambarkan oleh Al Quran. Firman-Nya:
Terjemahnya: Mereka yang senantiasa mengingati ALLAH semasa berdiri, duduk dan berbaring.
(Ali Imran: 191)
Terjemahnya: Sesungguhnya orang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut ALLAH, gemetarlah hati mereka.
(Al Anfal: 2)
Terjemahnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada ayat Kami, ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombong diri.
(As Sajadah: 15)
Dengan hati yang begitu dekat dengan ALLAH mereka sangat ingin melakukan khidmat bakti kepada-Nya dengan cara:

i. Sembahyang

Sembahyang para sahabat bukan saja sembahyang yang baik (khusyuk) tapi juga banyak. Paling kurang sembahyang mereka sehari semalam 100 rakaat. Bermacam-macam sembahyang sunat yang mereka lakukan siang dan malam. Al Quran menceritakan hal mereka:
Terjemahnya: Perut mereka jauh dari tempat tidur (mereka tidak tidur pada waktu biasa orang tidur, untuk mengerjakan sembahyang malam) sedang mereka berdoa kepada Tuhan dengan rasa takut dan harap.
(As Sajadah: 16)
Dengan hati yang cinta ALLAH mereka tidak jemu dan letih bersembahyang. Malah mereka merasa memperoleh kekuatan dengan-sembahyang itu. (Bukan untuk dapat pahala atau fadhilatnya saja).

ii. Baca Al Quran

Masyarakat para sahabat (salaffussoleh) dapat menjadikan Al Quran sebagai bahan bacaan harian mereka. (Macam kita baca surat khabar). Bukan saja mereka dapat faham dam menghayati serta mendapat petunjuk daripada Al Quran, tapi yang aneh mereka juga dapat mengulang-ulang bacaan itu sebanyak mungkin tanpa jemu dan letih. (Kita baca surat khabar pun setakat satu pusingan saja, lepas tu tolak ke tepi). Tidak keterlaluan rasanya kita umpamakan sukanya para sahabat membaca Al Quran sebagaimana sukanya kita membaca warkah utusan daripada kekasih hati. Mereka menganggap Al Quran daripada ALLAH itu sebagai bingkisan daripada kekasih mereka, sebab itu mana
mungkin mereka jemu untuk mengulangnya berkali-kali. Sesetengah mereka dapat khatam Al Quran dalam masa dua hari. Ada yang satu minggu sekali khatam. Dan rata-rata satu bulan sekali.

Mereka baca Al Quran sambil menangis malah sewaktu-waktu pingsan dan ada yang mati karena takut dan terkejut dengan berita Al Quran. Para sahabat (salafussoleh) menganggap tidak ada bahan bacaan yang lebih penting daripada Al Quran. Tidak ada yang lebih besar, lebih luas skop ilmunya dan lebih hebat daripada Al Quran. Sesuailah dengan firman ALLAH yang menceritakan kehebatan Al Quran:
Terjemahannya: Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau karenanya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, (maka itulah Al Quran).
(Ar Ra'd. 31)
Mereka cukup dengan Al Quran. Membaca Al Quran bermakna membaca segala-galanya dan mengetahui segala-galanya pula. (Sebab mereka faham arti dan tafsiran ayat-ayat itu). Dengan Al Quran mereka dapat mengetahui rahsia bumi, langit, dan dan Akhirat. Mereka baca bukan untuk fadhilat, berkat dan pahalanya saja, tapi lebih daripada itu. Al Quran menjadi sumber hukum, petunjuk hidup, penguat keyakinan, pendorong kesungguhan berjuang dan berjihad, penghidup fikiran dan hati, serta segala-galanya. Para sahabat benar-benar berpendidikan Al Quran dalam hidup dan tindakan mereka. Sebab itu mereka menjadi umat yang terpimpin dan senantiasa mendapat dorongan dan daya juang untuk melaksanakan kebaikan dan semua undang-undang ALLAH.
Sebab itulah sekumpulan ahli fikir Yahudi yang berazam untuk melemahkan umat Islam telah sepakat mengatakan bahwa cara yang paling berkesan untuk melumpuhkan umat Islam ialah dengan memisahkan mereka daripada Al Quran. Musuh-musuh ALLAH itu tahu bahwa selagi Kitab ALLAH dijadikan panduan dan pegangan, selama itu umat Islam tidak akan lemah dan tidak boleh dipermainkan.

iii. Zikrullah

Demi cinta kepada ALLAH , para sahabat (salafussoleh) sangat asyik dengan ALLAH. Rindu dan kasih cinta mereka kepada ALLAH melebihi cinta kasih kepada selainNya. Sebab itu mereka sentiasa berada dalam zikrullah (mengingati ALLAH). Mereka inilah yang ALLAH maksudkan dengan firman-Nya:
Terjemahannya: Mereka yang sentiasa mengingati ALLAH pada waktu berdiri, duduk dan baring.
(Ali Imran: 191)
Dalam apa saja keadaan mereka terkenangkan ALLAH. Tetapi mereka berzikir bukan untuk dapat fadhilat seperti hendak menjadi kebal, dapat terbang seperti burung atau berenang seperti ikan. Ibarat kita terkenang-kenang dan terbayang-bayang orang yang kita cintai. Bukankah itu tanpa satu kepentingan pun selain karena cinta yang mendalam? Begitulah para sahabat (salafussoleh) terhadap ALLAH SWT. Karena mereka sangat kenal ALLAH, nampak kehebatan-Nya dan terasa benar kebaikan dan jasa bakti-Nya, maka lahirlah cinta suci kepada-Nya. ALLAH SWT sebagai membalas ingatan hamba-Nya, telah menjanjikan sesuatu yang sangat mahal. Firman-Nya:
Terjemahnya: Ingatlah, dengan mengingati ALLAH itu hati. menjadi tenang.
(Ar Ra'd: 28)
Dan para sahabat (salafussoleh) telah memperoleh apa yang ALLAH janjikan itu. Dengan banyak mengingati ALLAH, ALLAH mempermudahkan urusan hidup lahir batin mereka yang karena itu mereka memperolehi ketenangan hidup (ketenangan hati) dan dapat membentuk masyarakat yang tenang serta aman. Firman ALLAH:
Terjemahnya: Jikalau kamu bersyukur, nescaya Aku tambahkan nikmat-Ku.
(Ibrahim: 7)
Selain itu zikrullah juga boleh menggilap hati (melembutkan hati). Dengan zikrullah, kita mengikis segala mazmumah yang berkarat di jiwa. Bila berzikir, kita memasukkan mahmudah dan membuang segala mazmumah (penyakit hati) seperti hasad dengki, sombong, bakhil, tamak, gila dunia, dendam, penakut, riak, ujub, pemarah dan lain-lain. Dengan 'pil' zikir, nafsu jadi lemah dan syaitan akan lari. Sebab itu masyarakat yang kuat berzikir ialah masyarakat yang aman daripada gangguan mazmumah, nafsu dan syaitan. Mereka hidup bersama hati yang bersih (sufi) dalam keadaan saling berbaik-baik dan timbang rasa. Sebab itu para sahabat selamat daripada maksiat dan mungkar.

iv. Puasa

Para sahabat (salafussoleh) adalah orang-orang yang tidak takut dan bimbang dengan puasa-puasa sunat apalagi wajib. Mereka tidak merasa rugi atau letih dengan berpuasa malah mereka rasa bersyukur karena dapat menundukkan nafsu semata-mata mencari keredhaan ALLAH. Dengan itu mereka rasa lebih khusyuk dan bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah dan kerja-kerja harian.
Sebagian para sahabat (salafussoleh) ada yang berpuasa seperti puasa Nabi Daud a.s, satu hari berpuasa satu hari berbuka. Ada yang berpuasa dua hari dalam seminggu, Senin dan Khamis. Ada yang membanyakkan puasa pada bulan-bulan baik seperti Rejab, Syaaban dan Syawal. Paling kurang dari mereka berpuasa tiga hari sebulan, Pada awal, pertengahan dan hujung bulan.
Masyarakat yang ahlinya rajin berpuasa ialah masyarakat yang kuat mujahadah dengan kerakusan nafsu dan kegilaan terhadap dunia. Bila kerakusan nafsu dan kegilaan terhadap dunia dapat dilemahkan, manusia tidak akan bercakaran dan berkrisis lagi. Mereka akan tenang dan aman daripada perebutan dan perlumbaan untuk saling menjatuhkan. Inilah caranya masyarakat para sahabat (salafussoleh) dapat menegakkan kebaikan (makrufat) di kalangan mereka.

v. Berjuang dan berjihad

Masyarakat para sahabat (salafussoleh) adalah masyarakat yang bekerja siang dan malam untuk ALLAH. Malam beribadah (sembahyang, zikir dan baca Al Quran) dan siangnya bergelanggang di tengah manusia untuk mengembangkan Islam, mentadbir masyarakat serta mengendalikan kehidupan secara islam.
Terjemahannya: Beribadah waktu malam, berjuang pada waktu siang.
Orang yang dikatakan asyik dengan ALLAH itu bukanlah orang yang sepanjang masa duduk di masjid, surau dan pondok. Para sahabat (salafussoleh) membagikan masa mereka untuk khidmat kepada ALLAH dalam berbagai-bagai bentuk. Seperti sembahyang, berjuang juga adalah satu bentuk pengabdian dan pengorbanan untuk ALLAH. Sebab kedua-duanya adalah perintah ALLAH. Oleh itu para sahabat tidak melebihkan yang satu daripada yang lain, tidak sembahyang saja dan tidak berjuang saja. Dalam mengerjakan sembahyang, mereka tidak mengharap apa-apa selain untuk berbakti kepada ALLAH. Begitu juga dalam berjuang mereka tidak mengharap kepentingan apa-apa melainkan untuk berkhidmat kepada ALLAH SWT.
Mereka berjuang sepanjang masa tanpa cuti, bukan secara sambilan. Mereka mencari keredhaan ALLAH dengan memperjuangkan agama ALLAH dalam bentuk dakwah dan langsung ke medan perang. Sasaran perjuangan ialah manusia, agar seluruh manusia di dunia menyembah ALLAH dan mengikut syariat islam. Karena itu mereka tidak sayang untuk korbankan diri, masa, harta benda dan kaum keluarga serta kampung halaman. Kira-kira 2/3 daripada sahabat Rasulullah dimaqamkan di luar Semenanjung Tanah Arab. Artinya mereka meninggalkan rumahtangga dan kaum kerabat untuk memperjuangkan agama ALLAH di tempat-tempat lain, hingga akhirnya mereka berkubur di merata tempat. Islamnya orang-orang Cina di Negeri China adalah karena perjuangan Saad Abi Waqas, Qutaibah bin Muslim, dan Abdullah Al Bahili.
Demikian jadwal dan perancangan para sahabat (salafussoleh) dalam mengisi hidup yang sementara di dunia. Pekerjaan utama ialah menjadi hamba kepada ALLAH, yakni berkhidmat untuk agama ALLAH manakala kerja-kerja untuk duit, untuk perut dan untuk dunia hanyalah sampingan atau part-time.
Dengan sikap dan pandangan begitu, masyarakat para sahabat (salafussoleh) menjadi masyarakat yang terkawal, bukan oleh polis, tetapi oleh rasa keimanan kepada ALLAH dan sesama mereka yang bertanggungjawab memperkatakan dan menegakkan kebaikan walau di mana dan kapanpun. Masyarakat yang berjuang ialah masyarakat yang memelihara bangsa dan agama daripada tercemar oleh pengaruh luar dan maksiat. Sebab itu para sahabat (salafussoleh) berjaya mempertahankan kebaikan umat dan kurang berkrisis.
Itulah sebagian daripada sifat-sifat atau kebaikan-kebaikan masyarakat para sahabat (salafussoleh) dalam konteks hubungan dengan ALLAH. Banyak lagi sifat baik pada diri mereka sebenarnya seperti zuhud, warak, taat, patuh, tawadhuk, berbaik sangka, membesarkan Akhirat dan lain-lain akhlak lahir dan batin yang tinggi lagi mulia. Dengan sifat-sifat itulah mereka dapat menjadi umat contoh sepanjang zaman.

2. KHIDMAT DENGAN MASYARAKAT (MANUSIA)

ALLAH berfirman:
Terjemahnya: Akan ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada kecuali yang menghubungkan diri dengan ALLAH dan dengan manusia.
(Ali Imran: 112)
Demikianlah sebenarnya ALLAH mengatur satu sistem kehidupan yang menjamin keselamatan di dunia dan Akhirat. Menyimpang daripada kaidah ini berarti memilih kehinaan di dunia dan Akhirat. Artinya Islam meminta umatnya setiap masa hidup menghubungkan diri dengan ALLAH dan juga dengan sesama manusia. Mencuaikan salah satu atau kedua-duanya sekaligus berarti menempah kehinaan di mana-mana.
Demikianlah masyarakat para sahabat (salafussoleh) yang karena faham ajaran Islam dan karena ketaatan pada Al Quran, tidak mencuaikan urusan-urusan kemasyarakatan, sekalipun mereka sibuk beribadah kepada ALLAH. Sembahyang, zikir, baca Al Quran dan puasa tidak menghalang mereka daripada berjuang membangunkan urusan masyarakat. Malah sebenarnya kekuatan dan kesungguhan umtuk memperjuangkan nasib masyarakat diperolehi daripada iman, sembahyang, zikir dan puasa mereka. Sesuailah dengan perintah Rasulullah SAW:
Terjemahnya: Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.
(Riwayat: Ibnu 'Asakir)
Di antara khidmat-khidmat masyarakat yang mereka perjuangkan ialah:

i. Pendidikan

Umat Islam pada zaman para sahabat (salafussoleh) merupakan pencinta-pencinta ilmu dan pengkaji-pengkaji yang menguasai bidang ilmu pengetahuan dan pendidikan seluruh manusia pada zaman itu. Pada zaman merekalah ilmu itu berkembang kepada berbagai-bagai bidang seperti ilmu hisab, ilmu falak, ilmu kimia, ilmu pengobatan, ilmu binaan dan lain-lain yang perlu untuk pembangunan lahiriah masyarakat (ilmu fardhu kifayah). Di samping itu lahimya ahli-ahli fiqih, hadits, usuluddin, tafsir, sejarah dan ahli-ahli falsafah yang terkenal ke seluruh dunia hari ini. Masyarakat para sahabat (salafussoleh), karana mencintai ilmu pengetahuan, telah membenarkan ulama-ulama mereka sepenuh masa dengan tugas-tugas pelajaran dan pendidikan, tanpa perlu mencari nafkah hidup. Sebab masyarakat menyumbangkan harta yang banyak kepada baitul mal yang kemudian menjadi sumber ekonomi bagi pejuang-pejuang ilmu seluruhnya. Dengan itu, ulama dan ahli ilmu sibuk mengajar, mengumpul dan mengembangkan ilmu pengetahuan.
Yang tinggal dan kita banggakan hanyalah serangkap kata oleh musuh untuk mengenang jasa besar para sahabat (salafussoleh):
"Kita berterima kasih kepada Islam karena memulai penerokaan di bidang ilmu pengetahuan yang mana kami tinggal meneruskan saja."

ii. Ekonomi

Pembangunan duniawi tentulah tidak berkembamg tanpa kekuatan ekonomi. Masyarakat manapun juga kalau mau menegakkan dan mengukuhkan masyarakat mesti memikirkan dan merangkakan satu sistem ekonomi yang kemas dam berkesan. Begitulah halnya dengan masyarakat para sahabat (salaffussoleh). Sistem ekonomi mereka adalah sistem yang lahir dari hati yang luhur, yang beriman, yang cinta Akhirat dan yang rela miskin di dunia karena merebut kekayaan di Akhirat. Mereka berjaya menegakkan satu sistem ekonomi yang cukup bersih, yang tidak mampu lagt ditegakkan oleh ahli-ahli ekonomi seluruh dunia hari ini.
Yang menjadi bank kepada masyarakat para sahabat (salaffussoleh) bukanlah institusi-institusi keuangan kerajaan atau badan-badan swasta yang kaya raya (yang mau melebihkan kekayaan mereka melalui perputaran uang orang-orang kaya, manakala orang miskin tidak perhitungkan dalam kaidah percaturan ekonomi mereka). Juga, bank-bank para sahabat (salafussoleh) bukanlah bangunan gagah perkasa yang terletak di pekan-pekan besar dengan megahnya. Tapi masyarakat para sahabat (salafussoleh) berjaya menjadikan tiap-tiap individu mereka yang kaya, sebagai 'bank' kepada masyarakatnya. Dan rumah-rumah mereka itulah yang menjadi tempat proses perputaran dan penggunaan uang mereka. Artinya kalau waktu itu ada seratus orang kaya maka seratus buah banklah yang ada. Kalau ada seribu orang kaya, seribu buah banklah yang ada, bertempat di berbagai kampung dan bandar yang ada manusia.
Tujuan bank mereka pun bukan untuk menyimpan duit orang berada, memberi pinjaman dengan cagaran dan mengenakan kadar bayaran kembali yang berganda-ganda. Bank-bank para sahabat (salafussoleh) ialah bank yang akan mengeluarkan uang untuk keperluan umat islam yang miskin, untuk membangunkan apa-apa kepentingan pada masyarakat serta untuk tabung jihad fisabilillah. Artinya bank bukan untuk menyimpan duit tapi untuk mengeluarkan duit. Bank bukan menjaga kepentingan individu tetapi menjaga kepentingan masyarakat dan agama. Kapanpun orang miskin boleh pergi ke 'bank' untuk mendapatkan duit, tanpa pinjaman atau cagaran. Bila-bila juga masyarakat perlukan uang, bank-bank senantiasa terbuka untuk mengisi keperluan itu.
Masyarakat para sahabat (salafussoleh) tidak perlu membuat hubungan dan kerjasama ekonomi dengan orang kafir untuk menampung keuangan mereka. Apalagi untuk berhutang dan mengadu nasib kepada musuh-musuh ALLAH. Harga diri umat islam dan peraturan (undang-undang) ALLAH lebih mahal daripada duit yang diambil daripada orang kafir. Sebab itu masyarakat para sahabat (salafussoleh) berdiri sendiri malah bisa juga memayungi masyarakat lain melalui sistem ekonomi yang ditunjukkan oleh islam.
Sebenarnya dalam masyarakat manapun ada orang kaya dan ada orang miskin. Tidak ada rasanya di dunia ini satu masyarakat yang anggotanya semua miskin atau semua kaya-kaya. Sebagaimana tidak ada satu masyarakat yang semua anggotanya cantik, pandai dan sempurna belaka. Selalunya ada yang cantik, ada yang hodoh, ada yang pandai, ada yang bodoh ada yang sempurna dan ada yang cacat. Itulah sunnatullah, sebagaimana firman-Nya:
Terjemahannya: ALLAH-lah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang la kehendaki dan menyempitkannya bagi siapa yang la kehendaki.
(Ar Ra'd: 26)
Terjemahannya: Dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak, agar kamu saling kenal-mengenali.
(Al Hujurat: 13)
Kalaulah manusia hanya terdiri dari satu bangsa, bagaimana lagi kita bisa menyaksikan berbagai ragamnya dunia ini? Atau kalau manusia setaraf semuanya, dengan cara apa untuk kita saling berhubungan?
Tujuan ALLAH jadikan kedudukan miskin kaya misalnya, ialah supaya manusia dapat membina hubungan persaudaraan melalui saling memberi dan menerima antara mereka. Yang kaya memberi kepada yang miskin. Perintah agar rezeki pemberian ALLAH (kepada orang kaya) itu dibelanjakan terdapat banyak sekali dalam Al Quran malah di awal-awalnya. Firman-Nya:
Terjemahannya: Kitab ini (Al Quran) tidak syak lagi ianya sebagai petunjuk pada orang yang bertaqwa. Yaitu mereka yang beriman dengan yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan yang membelanjakan apa yang Kami kurniakan kepada mereka.
(Al Baqarah: 2-3)
Sesudah beriman, dan mengerjakan sembahyang, orang yang bertaqwa itu membelanjakan rezeki yang ALLAH kurniakan kepada mereka di jalan yang ALLAH perintahkan. Artinya, orang yang bersembahyang dan yang beriman itu orang yang pemurah, yang lebih suka memberi daripada menerima. Karena cinta kepada ALLAH, membesarkan Akhirat dan saling berkasih sayang antara sesama manusa, mereka tidak menyimpan harta tapi membelanjakannya karena ALLAH, untuk simpanan Akhirat. Demikianlah para sahabat (salafussoleh). Karena dorongan iman yang kuat, mereka menjadi orang yang suka memberi, sanggup susah karena orang lain dan menjaga kepentingan masyarakat dan agama lebih daripada kepentingan sendiri. Pada waktu-waktu ujian kelaparan melanda mereka, semua mau menjadi orang yang mula-mula kelaparan, karena menjaga kepentingan saudara yang lain. Manakala bila rezeki datang pada mereka, mereka semua rela menjadi orang yang terakhir merasa kenyang, juga karena memikirkan keselamatan saudara yang lain.
Bila dikatakan orang kaya memberi, tidak bermakna orang miskinnya gelojoh pula menerima dan meminta-minta. Karena iman juga, orang miskin pada zaman para sahabat (salafussoleh) bersikap redha, sabar dan tenang dalam kemiskinan. Karena iman, mereka yakin dan berharap untuk kaya di Akhirat. Sebab itu sebagian mereka sengaja menempah miskin sekalipun peluang untuk kaya itu terbuka. Dengan manusia-manusia yang berhati begitu, kerajaan para sahabat (salafussoleh) tidak m‡nghadapi kesulitan untuk mentadbir negara dan masyaraka mereka. Malah keutuhan ekonomi mereka memaksa orang kafir di zamannya menyandar nasib kepada orang Islam. Para sahabat (salafussoleh) menjadi tuan kepada manusia-manusia lain di seluruh dunia waktu itu. Dan martabat setinggi itu datang daripada kekuatan yang bersumberkan iman dan ibadah yang sungguh-sungguh kepada ALLAH SWT.

iii. Tugas Kewanitaan

Wanita zaman para sahabat (salaffussoleh) jauh berbeda dengan wanita abad 20-an ini. Selain mempunyai aqidah yang kuat, tindakan serta sikap hidup mereka juga selaras dengan syariat islam. Mereka lebih mencintai akhirat daripada dunia, dan sangat taat kepada ALLAH dan Rasul. Atas dasar itu wanita-wanita zaman para sahabat (salafussoleh) lebih suka berkhidmat mencari keredhaan ALLAH daripada mencari keuntungan duniawi. Mereka sanggup mengurung diri di rumah, berkhidmat untuk suami dan anak-anak di samping menguatkan ibadah yang mendekatkan diri dengan ALLAH SWT. Bukan mereka tidak tahu atau tidak mampu bergelanggang di luar rumah tapi karena ALLAH dan Rasul memerintahkan mereka senantiasa di rumah, maka mereka taat dan patuh. Mereka tidak berfikir panjang untuk mentaati ALLAH dan Rasul. Untung atau rugi dipulangkan saja kepada ALLAH. Iman mendorong mereka mengutamakan kehendak ALLAH dan Rasul daripada kehendak-kehendak diri atau orang lain. Iman menjadikan mereka merasa bahwa berkhidmat kepada suami dan anak-anak itu lebih utama daripada berkhidmat kepada selainnya. Iman juga membuat mereka memandang pahala lebih mahal daripada harta dunia.
Kalaulah seluruh tenaga dan kemampuan wanita diarahkan untuk tugas-tugas kemasyarakatan (di luar rumah), hingga tugas-tugas keibuan dan menjaga rumahtangga dijadikan tugas sampingan, untuk apa perkawinan digalakkan? Apakah perkawinan hanya bermaksud untuk menghalalkan seks tanpa kepentingan apa-apa selain itu? Barangkali bagi umat islam hari ini, jawabannya memang ya! Tapi tidak bagi masyarakat para sahabat (salafussoleh). Perkawinan bagi mereka bukan sekedar untuk melepaskan ketegangan nafsu tapi, lebih penting daripada itu, untuk menjunjung dan melaksanakan Sunnah Rasulullah SAW.
Malah kemauan seks itu sendiri hanya 'alat' dalam proses meramaikan umat di bumi ini. Jadi memikirkan perkawinan sekaligus memikirkan anak-anak, keperluan, kasih sayang, pendidikan, dan nasib mereka di dunia dan Akhirat. Tugas ini berat dan mesti dihadapi sungguh-sungguh dan penuh bijaksana. Inilah tugas ibu (wanita). Bukan tugas pembantu. ALLAH menggalakkan ibu bersungguh-sungguh dalam tugas menjaga dan mendidik anak-anak ini dengan menjanjikan pahala yang cukup besar. Berkawin juga bukan sekedar berkawan, sebaliknya membina dan menghubungkan ikatan jiwa yang abadi untuk kebahagiaan di dunia dan Akhirat. Ini tidak mudah untuk dilaksanakan. Isteri punya kerja dan tugas yang banyak dan berat dalam hal ini. Sebab itu si isteri disuruh sepenuh masa dalam tugas-tugas sebagai isteri. Dan pahala untuk tugas ini sama besarnya dengan pahala suami yang berjuang di luar rumah. Demikian pandangan Islam.
Wanita zaman para sahabat (salafussoleh), karena faham dan yakin dengan perintah ALLAH dan Rasul, gigih memperjuangkan tugas-tugas kewanitaan mereka. Mereka menentang keras gerakan membebaskan wanita (Women's Lib) daripada tugas asal mereka itu. Mereka tidak ghairah kerja di luar karena kalaupun dapat bayaran (upah) tinggi tapi itu tidak ada nilai di sisi ALLAH. Untuk apa dikorbankan hidup untuk sesuatu yang akan ditinggalkan malah yang akan membebani kehidupan di Akhirat?

iv. Kemudahan pemusafir

Masyarakat para sahabat (salafussoleh) sangat memikirkan kepentingan bersama umat Islam. Pada zaman mereka, di mana-mana saja disediakan rumah musafir dan perigi musafir yang diwakafkan oleh orang-orang yang mampu. Jadi, waktu itu tidak ada musafir yang terbiar. Mereka senantiasa menjadi tetamu di mana saja mereka sampai.

KESIMPULAN

Demikianlah Islam dan umatnya memberi keselamatan kepada manusia, khusus kepada sesama Islam. Tidak berlaku dalam masyarakat Islam penganiayaan terhadap manusia lain. Sebaliknya di mana-mana juga masyarakat Islam membela dan memberi kemudahan kepada saudara se-Islam.
Itulah sebagian gambaran kehidupan masyarakat para sahabat (salafussoleh). Masyarakat didikan Rasulullah dan para sahabat. Masyarakat yang cinta ALLAH dan membesarkan Akhirat lebih daripada dunia. Dengan hati yang sufi (bersih daripada segala mazmumah), terbinalah satu sistem masyarakat dan negara yang benar-benar aman dan makmur. Firman ALLAH:
Terjemahannya: Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan ALLAH.
(Saba': 15)
Sistem politik, ekonomi, sosial, pendidikan, pengobatan, perhubungan dan segala yang mereka tegakkan, bersih daripada segala bentuk mungkar dan maksiat. Asas atau dasar bagi semua sistem ini ialah iman yang kuat. Para sahabat (salafussoleh) tidak memulai pembangunan masyarakat berdasarkan ekonomi yang teguh atau politik atau ibadah atau pendidikan atau lain-lainnya, tetapi memulainya dengan menanam iman ke dalam hati setiap anggota masyarakat. Dengan iman, akan lahirlah segala bentuk akhlak dan kehidupan yang telah dipaparkan di atas.
=== sekian ===
Penutup

Dl AKHIR tulisan saya ini, saya ingin tegaskan bahwa sistem pendidikan Sayiduna Muhammad adalah satu-satunya sistem pendidikan yang tinggi nilainya, suci sifatnya dan besar hasilnya. Tidak ada sebarang sistem pendidikan yang lain di dunia ini baik dulu, sekarang dan yang akan datang yang dapat menandinginya. Bersabda Rasulullah SAW:
Terjemahannya: islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.
Buktinya, sesudah generasi sahabat dan salafussoleh, belum lahir satu generasi yang mampu mengatasi mereka dan segi ketaqwaan, akhlak. perjuangan, pengorbanan, dan tamadun yang dibangunkan. Pentadbiran Yahudi dan Nasrani yang mengambil alih dunia dari tangan umat Islam hanya menonjol dari segi kemajuan material (fisik) tetapi jauh ketinggalan dari segi akhlak. Dengan kata lain, sistem pendidikan mereka (Yahudi dan Nasrani) berjaya melahirkan manusia yang pintar dan mempunyai kemahiran tetapi berakhlak buruk dan hina.
Oleh itu saya menyeru kepada umat islam seluruh dunia agar menginsafi hakikat ini dan mau kembali mencontohi Rasulullah dalam semua hal kehidupan khususnya di bidang pendidikan. Sebab pendidikam amat penting dalam membentuk peribadi manusia dan masyankat. Usaha melahirkan masyarakat salafussoleh kali kedua pada zaman ini hanya mungkin berjaya kalau sistem pendidikan yang dipakai benar-benar meniru apa yang telah Rasulullah laksanakan. Berdasarkan huraian saya yang panjang lebar sebelum ini, tentang perjalanan sistem pendidikan oleh Rasulullah SAW, di sini saya mau menyimpulkan faktor-faktor kejayaan Rasulullah dalam pendidikan yang dilaksanakan :
1. Bahan atau ilmu yang dipakai untuk pendidikannya adalah ilmu yang tepat. Sebab ia wahyu dari Allah. Oleh karena ia sesuai dan tepat dengan fitrah manusia, tidak berlaku trial and error atau kaidah mencoba-coba dalam sistem ini. Sedangkan ilmu yang diambil daripada fikiran dan pengalaman manusia, tidak terjamin kebenarannya bagi semua manusia untuk semua masa.
2. Pendidikan Rasulullah mengambil iman dan taqwa sebagai asasnya. Inilah kunci kejayaan baginda. Sebab, bila manusia sudah cinta dan takutkan ALLAH dan sanggup mengutamakan kehidupan Akhirat, mereka akan jadi orang yang paling merdeka, tidak takut pada sebarang masalah duniawi dan berani melakukan apa saja arahan ALLAH dan Rasul. Selagi keyakinan tidak mendalam, manusia tidak akan cukup tenaga untuk berkorban habis-habisan demi cita-cita perjuangannya.
3. Pendidikan Rasulullah menekankan sikap hidup bersama atau bergaul di tengah-tengah masyarakat yang hendak dididik, sehingga anak-anak didikan melihat langsung peribadi contoh yang dikehendaki. Ini merupakan kaidah penting dalam mempercepat kejayaan sebuah dasar pendidikan.
4. Baginda menggunakan hikmah dan akhlak mulia sebagai daya tarik untuk meyakinkan para sahabat tentang kebenaran dan keindahan Islam. Hasilnya, mereka berlomba-lomba untuk mencontohi peribadi Rasulullah SAW dalam semua hal.
5. Rasulullah membuat apa saja yang ia katakan. Artinya percakapan dan sikapnya semuanya menuju kepada matlamat pendidikan yang dilaksanakan. Sebab itu ia menjadi contoh utama yang menjayakan cara hidup Islam dalam hidupnya. Maka para sahabat terus mengikut jejaknya.
6. Rasulullah mendidik dan mengajar tidak mengira tempat. Di mana saja beliau berada bersama manusia, percakapannya, gerak-geriknya dan sikapnya bersifat mengajar dan mendidik. Tidak ada baginya istilah pengajian resmi dan pengajian tidak resmi. Oleh karena itu siapa saja yang bertemu dengan Rasulullah senantiasa mendapat ilmu dan bimbingan daripada baginda. Sedangkan pada hari ini, kita mendapat ilmu daripada guru-guru, ulama-ulama, mubaligh-mubaligh dan pemimipin-pemimpin hanya di majlis pengajian resmi saja. Di luar pengajian resmi seperti di dalam perjalanan, di kedai-kedai, di kantor-kantor, di majlis-majlis kenduri dan tempat-tempat lain, para guru, ulama, mubaligh dan pemimpin tadi tidak bersifat mengajar dan mendidik lagi. Jadi orang yang bergaul dengan mereka setiap saat pun, tidak akan dapat pengajaran dan pimpinan kecuali mereka yang hadir di majlis pengajian resmi mereka saja.
Itulah faktor-faktor penting kejayaan Rasulullah. Kiranya ulama-ulama, guru-guru, mubaligh-mubaligh dan pemimpin-pemimpin dapat melaksanakam faktor-faktor ini, insya-Allah sejarah kegemilangan Islam akan berulang untuk kali keduanya pada akhir zamam ini.
Sekian. Moga-moga Allah sentiasa memberi hidayah dan taufiq kepada kita semua serta mengampunkan setiap kesalahan kita.
=== sekian ===
Rujukan
KITAB RUJUKAN:
1. AL QURAN
2. MUKHTARUL AHADIS
3. JAWAHIRUL BUKHARI
4. SUNAN ABI DAUD
5. MAU'IZATUL MUKMININ
6. HIDAYATUS SALIKIN
7. MUKHTASAR ABI JAMRAH
8. TERJEMAHAN IHYA ULUMUDDIN IMAM AL GHAZALI JILID 3
9. AL INSANUL KAMIL - SAIYID MOHAMMAD ALAWI AL MALIKI
10. KRISIS DAN JALAN PENYELESAIANNYA - UST. ASHAARI MUHAMMAD
=== sekian ===
Back Cover
Bencana yang menimpa dunia hari ini bersumber daripada didikan yang salah. Sistem pendidikan yang dilagang baik dari Timur atau Barat ternyata gagal melahirkan manusia yang bertanggungjawab kepada Allah dan sesama manusia. Manakah sistem pendidikan yang tepat dan bagaimana cara menegakkannya? Persoalan ini telah menjerumuskan manusia modern dalam jurang kekeliruan yang sangat dalam. Isu tentang pendidikan terus hangat walupun berbagai-bagai dasar dan akta pendidikan telah dicipta dan dilaksanakan.
Hingga kini, masalah pendidikan masih menemui jalan buntu hingga penyesuaian demi penyesuaian terpaksa dibuat untuk mengatasi masalah yang tidak kunjung selesai.
Manusia mesti kembali kepada sistem pendidikan Rasulullah kerana ia telah terbukti berjaya membawa keamanan sejagat 1400 tahun yang lalu. Tugas ini sudah menjadi keperluan yang sangat mendesak. Di tengah-tengah keserabutan ini, sekali lagi Ustaz Ashaari Muhammad muncul untuk memberi jalan keluar atas persoalan yang paling kronik pada akhir abad ke - 20 ini Buku Pendidikan Rasulullah ini memaparkan kepada kita betapa terangnya jalan ke arah penyelesaian yang nampaknya sangat kabur bagi kebanyakan orang!
=== sekian ===

Tidak ada komentar:

Posting Komentar