Total Tayangan Halaman

Senin, 06 Februari 2017

KHUTBAH RASULULLOH saw DI GADIRKHUM


KHUTBAH RASULULLAH S.`A.W. DI GHADIR KHUM MENURUT CATATAN AL-ALLAMAH AL-TABARSI









Pengenalan.

Khutbah atau Hadis Nabi (s.`a.w.) di Ghadir   Khum yang   terletak sejauh tiga batu dari Juhfah   berhampiran   Rabigh selepas   beliau kembali mengerjakan  haji terakhir pada 18hb.   Dhul-Hijjah   tahun
10 Hijrah, telah diriwayatkan   oleh   para   ulama   Islam   di   setiap peringkat,   kerana ia   merupakan   khutbah   Nabi (s.`a.w.) terakhir yang memusatkan  kepada konsep imamah (kepemimpinan)   selepas beliau, di hadapan lebih seratus ribu para  sahabat-nya1.

Di hari itu Jibrail `a.s memerintahkan Nabi (s.`a.w.) supaya mengisytiharkan  kepada para sahabatnya bahawa `Ali  adalah imam/khalifah  selepas  beliau.  Pada    mulanya    beliau    keberatan untuk     mengisytiharkannya kerana   khuatir   kebanyakan para sahabatnya  akan  menentangnya.
Beliau  sendiri  menerangkan  kedudukan  umatnya  pada  masa itu  sebagaimana  beliau bersabda: Aku telah memohon maaf  kepada Jibrail  lantaran     aku    tidak  menyampaikannya  kepada    kalian, kerana   aku mengetahui   betapa sedikitnya   orang yang bertakwa2, betapa   ramainya   orang yang munafik3,  bersandarkan  Islam yang disifatkan  oleh  Allah  A.W  di  dalam  kitab-Nya  "Mereka  mengucap dengan lidah mereka apa yang tidak ada dalam hati mereka" (Surah al-Fath 48: 11)4. Malah   mereka melontar kata-kata kesat   terhadap Rasulullah (s.`a.w.)   dan menyakiti hati beliau.   Peristiwa   tersebut masih segar di dalam ingatan Rasulullah (s.`a.w.).  Justeru itu  beliau bersabda:   "Jika aku mahu, aku akan menyebutkan nama-nama merekaatau menunjukkan mereka kepada kalian"5.



1 Lihat umpamanya al-Khatib, Tarikh Baghdad, Baghdad 1950, VIII, hlm. 290;  al-Khawarizmi, al-Manaqib,  Cairo 1340 H, hlm. 130;
al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', Cairo 1963, hlm. 114; Ibn Hajr,
al-Isabah,  Baghdad 1345 H, III,  hlm. 408;  Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, 1349 H, III, hlm. 307 dan lain-lain.
2 Maksud Surah al-Saba' 34 : 13  "Dan sedikit sekali dari hamba-hambaku yang
bersyukur".
3 Lihat umpamanya Surah Ali `Imran, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Munafiqin, al-Hadid, al-Mujadalah dan al-Hasyr.
4 Al-`Allamah al-Tabarsi, al-Ihtijaj, Beirut 1403 H, I, hlm. 59.

5 Ibid. 


Ini menunjukkan   bahawa orang-orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) masih   ada di  hadapannya.   Tetapi beliau tidak mahu melakukannya  kerana   ia tidak diizinkan oleh Allah A.W. Di hari  itu  cuaca  panas  terik,  sekiranya  daging  dicampak    ke  tanah nescaya  ia  akan  masak.     Nabi  (s.`a.w.)  memerintahkan   mereka supaya  menyusun batu seperti mimbar.
Kemudian  diteduhi kain     di atasnya.Manakala  mereka berhimpun,  beliau   memberi   khutbahnya  yang   paling  bersejarah dengan menguatkan  suaranya   supaya   dapat didengari  oleh lebih seratus ribu kaum muslimin.   Selepas   memuji Allah   A.W.,   beliau mengisytiharkan   kepada umatnya  ketika  itu tentang  kematiannya seraya bersabda: "Aku    telah    dipanggil    dan hampir aku menyahutinya  dan  denyutan  jantung  hatiku  kian  memuncak  di hadapan kalian".  Kemudian beliau mengangkat tangan `Ali  `a.s sehingga      orang   ramai   melihat   keputihan      ketiak Rasulullah(s.`a.w.)  sambil bersabda: "Wahai manusia!  Tidakkah  aku lebih aula  daripada diri kalian?
Mereka menjawab: Ya! wahai   Rasulullah.   Beliau bersabda: Wahai Tuhanku,  siapa  yang  aku  telah  menjadi   maulanya,  maka  ini `Ali maulanya.  Wahai  Tuhanku,  cintailah orang yang mewalikannya dan musuhilah orang yang memusuhinya"6.

Justeru   itu,  khutbah/hadis   Rasulullah   (s.`a.w.)   di  Ghadir Khum dan lain-lain merupakan penjelasan kepada konsep imamah di dalam al-Qur’an itu sendiri. Di dalam al-Qur'an konsep imamah7 terbahagi    kepada  dua.   Pertama,  konsep  imamah yang  membawa manusia   ke syurga di mana imamahnya (kepemimpinannya)  adalah sejajar   dengan al-Qur'an. Di antaranya telah diterangkan di dalam surah al-Anbiya' 21: 73  "Kami telah menjadikan mereka para  imam (pemimpin-pemimpin)  yang  memberi petunjuk dengan  perintah Kami, dan telah Kami wahyukan    kepada  mereka mengerjakan kebaikan, mendirikan solat,   menunaikan   zakat  dan  hanya  kepada  Kamilah mereka selalu  menyembah".

FirmanNya di dalam Surah al-Baqarah 2: 124 "Sesungguhnya Aku akan menjadikan  kamu imam bagi seluruh manusia. Dan Ibrahim berkata:(Dan saya  mohon jawatan  imam itu) dari keturunanku.  Dia berfirman: Janjiku (ini) tidak termasuk orang yang zalim".  Justeru itu orang  yang zalim tidak sah menjadi imam (pemimpin)   menurut  al- Qur'an.
Dan firmanNya di dalam Surah Yunus 10: 35 "Maka apakah orang yang menunjuki kepada  kebenaran itu lebih berhak diikuti  ataukah orang   yang  tidak dapat  memberi petunjuk kecuali   apabila   diberi petunjuk?  Mengapa  kamu berbuat demikian?  Bagaimanakah  kamu mengambil  keputusan?  Ini     bererti     para     pemimpin     selepas

6 Al-Khawarizmi ,al-Manaqib, hlm. 1301;  al-Khatib, Tarikh Baghdad, VIII, hlm. 290; Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm. 408;  al- Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 114.
7 Untuk mengeahui konsep Imamah menurut Ahl al-Sunnah,lihat  buku  Konsep Imamah dan khilafah
Serta implikasinya menurut Ahl al-Sunnah wa l-Jama’ah,Hizbi,Shah Alam,1993. 


Rasulullah      (s.`a.w.)   mestilah   terdiri   dari   mereka   yang   tidak melampaui perintah  Allah dan Rasul-Nya, kerana mereka merupakan Uli l-Amr yang wajib ditaati oleh umat sebagaimana firmanNya Surah al-Nisa' 4: 59 "Taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan Uli l-Amr di kalangan kamu". Kedua: Imamah yang menyeru manusia kepada neraka.   Di antaranya sebagaimana diterangkan di dalam surah al- Qasas  28:  41    "Dan Kami   jadikan  mereka  para  imam (pemimpin- pemimpin)  yang   menyeru(manusia) ke neraka dan pada hari kiamat mereka tidak akan dibantu".

Dan firmanNya Surah al-Ahzab 33: 67 "Dan mereka berkata: Ya,Tuhan   kami, sesungguhnya kami telah   mentaati   pemimpin- pemimpin dan   pembesar-pembesar   kami, lalu mereka menyesatkan kami  dari jalan yang benar".Kedua-dua   konsep   imamah   tersebut telah   dijelaskan   oleh  Rasulullah(s.`a.w.)  di dalam  khutbahnya  di Ghadir Khum  dan  ditempat-tempat  lain.   Justeru itu beliau  tidak mengabaikannya8   kerana kepemimpinan  (imamah) adalah asas bagi kesempurnaan  agama Islam.

Terjemahan Teks Hujah

Di     sini  akan  diperturunkan  teks  khutbah/hadis     Ghadir Khum sebagaimana  diriwayatkan  oleh Abu Mansur Ahmad b. `Ali  b. Abi Talib  al-Tabarsi9, ulama Mazhab Ja`fari abad keenam  hijrah  di mana  sanadnya bersambung dengan Imam Muhammad al-Baqir   b. Imam Zain  al-`Abidin b. Imam Husain b. Imam `Ali b. Abi  Talib  `a.s. Untuk     membuktikan     kesahihannya,  penulis     cuba    membuat rujukan  kepada  buku-buku  karangan  para  ulama  Ahl  al-Sunnah seperti  Sahih al-Bukhari, Sunan al-Nasa'i, Musnad Ibn Hanbal, Tarikh al-Tabari,Yanabi` al-Mawaddah, Kanz  al-`Ummal,  Tarikh al-Khulafa', al-Durral-Manthur, al-Isabah, Tarikh Baghdad, Kifayah al-Talib, Manaqibal-Khawarizmi, Tafsir al-Kabir, Ruh al-Ma`ani, Nur al-Absar, Usdal-Ghabah, al-Isti`ab dan lain-lain.
Justeru itu khutbah/hadis al-Ghadir telah dicatat oleh  para ulama Ahl  al-Sunnah  di dalam  buku-buku  mereka  meskipun  kadangkala terdapat   sedikit   perbezaan dari segi lafaz, tetapi   ia   memberi pengertian yang sama.  Kebanyakan mereka mencatatnya secara terputus,  panjang, pendek dan dimasukkan di dalam  bab-bab  yang berasingan sehingga ia dilihat sebagai tiada kaitan dengan  khutbah al-Ghadir. Ini berkemungkinan kuasa politik    semasa    tidak membenarkan mereka berbuat demikian10.
Lantaran     itu  bahagian-bahagian   hadis  yang     dipisahkan     itu, kelihatan seolah-olah tiada kaitan dengan khutbah di Ghadir  Khum tentang  perlantikan  `Ali  `a.s  sebagai  imam  atau  khalifah    selepas

8 Lihat Antologi Pemikiran Islam, Hizbi, Shah Alam , 1993, hlm. 206-239.
9 Al-`Allamah al-Tabarsi, al-Ihtijaj,  I, hlm. 55-56,58-67.
10  Lihat umpamanya  al-Dhahabi, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad 1958I, hlm. 3;  al- Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, Baghdad 1958,
V, hlm. 237. 


Rasulullah   (s.`a.w.)   Walau bagaimanapun teks penuh khutbah   al- Ghadir yang dikemukakan oleh al-`Allamah al-Tabarsi, akan memberi wawasan    baru    kepada  pengkaji-pengkaji  tanpa    prejudis    dan irihati.

Al-Tabarsi  menulis: Al-Sayyid Abu Ja`far Mahdi b. Abi  Harb al- Husaini   al-Mar`asyi r.a telah memberitahu  kami   dia   berkata: al- Syaikh    Abu    `Ali  al-Hasan  b.  al-Syaikh    al-Sa`id    Abi    Ja`far Muhammad   b.   al-Hasan   al-Tusi   r.a,   telah   memberitahuku   dia berkata:  al-Syaikh  al-Sa`id  al-Walid  Abu  Ja`far  q.r  telah memberitahuku     dia  berkata:  Jama`ah  daripada  Abi  Muhammad Harun b. Musa   al-Tala`kbari telah memberitahu kami, dia berkata: Abu  `Ali  Muhammad  b.  Hammam  telah  memberitahu  kami,  dan berkata: `Ali al-Suri telah memberitahu   kami, dia berkata: Abu Muhammad   al-`Alawi   daripada anak   lelaki   al-Aftas di kalangan hamba Allah yang   salih   telah memberitahu   kami dia berkata: Muhammad b. Musa al-Hamdani   telah memberitahu   kami,  dia berkata: Muhammad b.  Khalid  al-Tayalasi telah  memberitahu kami, dia berkata: Saif b. `Umairah dan  Salih b. Uqbah telah memberitahu kami daripada Qais b. Sam`an  daripada `Alqamah  b. Muhammad al- Hadrami daripada Abu Ja`far b.  Muhammad b.  `Ali Zain al-`Abidin b. Husain b. `Ali b. Abi Talib  daripada Rasulullah s.`a.w.
Beliau bersabda: "Segala   puji bagi Allah,   Yang Maha Tinggi
dalam  kesatuan-Nya,  berdekatan dalam keesaan-Nya, mulia  dalam pemerintahan-Nya,  besar   dalam kekuasaanNya,  keilmuanNya  yang menyeluruh   sedangkan Dia   "berada" di `ArasyNya.   Menundukkan seluruh   makhluk    dengan  kekuasaan    dan hujahNya  yang  mulia sehingga Dia sentiasa   dipuji,Dialah pencipta langit, penjadi sesuatu dengan rapi. Dialah Penguasa  bumi dan langit, Maha  Tinggi Maha suci Tuhan para malaikat  dan ruh, Maha Pemurah  kepada semua orang yang tidak mensyukuriNya,  Maha Mengetahui  di atas segala yang  dijadikanNya. Memerhati setiap mata, tetapi mata (mata) tidak dapat melihatNya. Mulia,   Pemaaf dan menyenangkan, rahmatNya meliputi     setiap  sesuatu,     mengurniakan     nikmatNya     ke  atas mereka.      Tidak      cepat   membalas   dendam   dan   tidak   segera mengenakan azab ke atas  mereka. Dia  memahami segala rahsia, Dia mengetahui   segala  bisikan     hati,  tidak  dapat  diselindungi   oleh perkara-perkara yang tersembunyi.

Tidak dikelirukan oleh perkara yang halus, mengetahui setiap sesuatu,   memenangi   setiap sesuatu, menguasai   di   atas   segala- galanya.  Tidak sesuatu pun menyerupaiNya, Dia  mencipta  sesuatu ketika  ia  (sesuatu)  tidak  ada.  Sentiasa  melakukan  keadilan,  tiada Tuhan melainkan Dia   yang Maha   Mulia lagi bijaksana, sekali-kali penglihatan  tidak      mencapaiNya,  sedangkan  Dia  mencapai penglihatan. Dia  bertimbang rasa dan bijaksana, tiada seorang pun dapat mengaitkan sifatNya secara "penentuan" dan tiada seorang pun mendapati   bagaimanakah Dia secara rahsia atau terang-terangan melainkan mengikut apa yang telah ditunjuk oleh Dia ke atas diriNya. 


Aku   naik   saksi   sesungguhnya  Allah   memenuhi   masa   dengan segala  kekudusanNya,  Dialah  yang  menutupi  cahayaNya    selama- lama, Dia  melaksanakan   urusanNya tanpa   mesyuarat.   Tanpa bersamaNya   sekutu   di   dalam   sesuatu   nilaian   dan   tidak   ada kecacatan di  dalam pentadbiranNya. Dia telah menggambarkan apa yang direkakanNya  tanpa   contoh,  Dia   telah   mencipta  apa yang diciptakanNya   dengan   mudah   tanpa pertolongan  orang lain dan bersih dari tipudaya.

Dia  menciptanya kemudian ia terus "jadi", Dialah Tuhan yang tiada Tuhan melainkan Dia   yang   rapi dan elok pembuatannya. KeadilanNya  adalah  lebih mulia  dan tidak pernah dizalimi di mana segala     perkara     kembali  kepadaNya.  Aku     naik  saksi  bahawa segalanya tunduk kepada  kekuasaanNya serta  mentaatiNya  kerana kehebatanNya     memiliki     segala     milik.  Dialah  yang  membuat cakerawala   bergerak,   Dialah   yang      menundukkan   bulan   dan matahari,   semuanya   berjalan  menurut  masa  yang     ditentukan. "Dialah  yang  menutupkan malam  ke  atas  siang  dan    menutupkan siang   ke  atas malam" (Surah az-Zumar 39:5)   "yang   mengikutinya dengan cepat". (Surah al-A`raf 7:54) Penentang  setiap penguasa yang degil dan   pembinasa   setiap syaitan   yang menceroboh, tiada bersamaNya lawan dan teman,  satu (ahad) menjadi tempat tumpuan. Tidak beranak dan diperanakkan dan tidak   ada sesuatu pun menyerupaiNya,   Tuhan   yang   satu      dan      Tuhan   yang   mulia, melakukan  sesuatu yang dikehendakiNya.  Dia   mengetahui   lantas menghitung  sesuatu,  mematikan  dan menghidupkan,  pemberi dan pencegah   rezeki,   "ketawa"   dan      "menangis",   menghalang   dan memberi.  BagiNya  kekuasaan  dan  baginya  kepujian,  di tanganNya segala kebaikan,   Dia berkuasa di atas setiap sesuatu. Memasukkan waktu  malam    ke  dalam  waktu  siang  dan  memasukkan  siang  ke dalam  waktu malam.

Tiada   Tuhan   melainkan Dia yang   Maha   Mengetahui   lagi pengampun,  Dialah penerima doa, pengurnia segala  pemberian  dan penghitung segala jiwa. Tuhan   syurga  dan manusia, Dia  tidak menghadapi   sebarang kesulitan, tidak menolak laungan orang yang memohon   pertolongan, tidak dimetrikan oleh keluhan orang yang berhajat.  Pelindung  bagi  orang-orang    yang  salih,  pemberi  taufiq kepada  orang-orang  yangbahagia.

Dialah maula kepada segala alam yang berhak dari   setiap makhlukNya bersyukur dan memuji-Nya. Aku  memuji-Nya di dalam kesenangan   dan  kesusahan,     kesulitan   dan     kelapangan.   Aku beriman  denganNya,  para  malaikatNya,    kitab-kitab-Nya  dan  para rasul-Nya.    Aku   mendengar    suruhanNya,    aku   mematuhi   dan bersegera  menurut  keridaan-Nya.  Aku menyerahkan  diriku  kepada qada'-Nya kerana cintakan ketaatan-Nya dan takutkan balasan-Nya, kerana   Dialah   Allah   yang   tidak      menjamin   keselamatan   jika dilakukan apa   yang   dibenciNya.  Dan Dia pula tidak teragak-agak 


mengenakan balasan-Nya. Aku berikrar dengan diriku sendiri untuk beribadah kepadaNya  dan   aku naik saksi tentang ketuhanan-Nya. Aku   akan   melaksanakan  apa yang diwahyukan kepadaku dengan penuh waspada.

Jika aku tidak melaksanakannya lantas aku akan binasa sehingga tiada  seorangpun dapat  mempertahankanku  dari azabNya sekalipun   besar  ujianNya, tiada Tuhan melainkan Dia. Kerana Dia telah memberitahuku  sesungguhnya   jika aku tidak menyampaikan apa yang diturunkan  kepadaku nescaya  aku  tidak  menyampaikan risalahNya.    Lantaran    itu   Dia  memberi   jaminan    melindungiku dengan `ismah,  Dia  Allah  adalah mencukupi   (bagiku).   Kemudian Dia  menurunkan  wahyu  kepadaku11.

Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani. Wahai Rasul ! sampailah apa yang  telah diturunkan kepada   kamu mengenai  `Ali  -  [jawatan Khalifah adalah untuk  `Ali  bin  Abi Talib]. Dan jika kamu tidak menyampaikannya bererti   kamu   tidak menyampaikan    risalah-Nya, "Dan Allah menjaga kamu dari manusia".(Surah al-Maidah 5:67) Wahai   manusia!   Aku tidak mengabaikan   tanggungjawabku   di dalam menyampaikan  apa yang telah diturunkan  oleh Allah kepadaku.  Akulah orang yang menerangkan  kepada kalian.   Sebab turunnya  ayat "Wahai   Rasul, sampaikanlah apa yang telah   diturunkan  kepadamu daripada Tuhanmu. Dan jika kamu tidak kerjakan,    bererti   kamu tidak menyampaikan amanat-Nya" (Surah al-Maidah 5:67).

Sesungguhnya   Jibra'il   telah turun kepadaku   sebanyak   tiga kali memerintahkanku supaya menyampaikan perintah Tuhanku; supaya aku  terus  melaksanakannya.  Aku pun  mengisytiharkannya kepada  semu  peringkat;  sama  ada  yang  berkulit  putih  dan  yang berkulit  hitam bahawa  sesungguhnya  `Ali bin Abi Talib a.s adalah saudaraku, wasiku, khalifahku dan imam selepasku di mana kedudukannya  di  sisiku  samalah  kedudukan  Harun  di  sisi  Musa selain dari  kenabian kerana  tiada  nabi selepasku12. Beliaulah wali kalian  di  sisi Allah  dan RasulNya.  Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menurunkan ke    atasku    satu ayat mengenai wilayah `Ali "Sesungguhnya  wali kamu  adalah  Allah, RasulNya dan orang-orang yangberiman     yang  mendirikan    solat,  menunaikan  zakat  dalam keadaan   rukuk"  (Surah al-Maidah 5:55). `Ali   bin   Abi Talib telah mendirikan solat  dan  menunaikan zakat  di  dalam keadaan rukuk,


11  Al-Wahidi,   Asbab al-Nuzul,  Cairo 1957, hlm. 150;  al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Beirut 1960, II, hlm. 298;   Fakhr   al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Baghdad 1963, IV, hlm. 637.

12 Al-Bukhari, Sahih, Cairo 1348 H, III, hlm. 54 dalam "Kitab al-Maghazi" bab peperangan Tabuk; Muslim, Sahih, Cairo 1311 H, II ,hlm. 236 dan 237  dalam bab "Fadl al-Sahabah",   bab Fadl `Ali A.S.; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 98, 118 dan 119; Ibn Hajr al-`Asqalani, al-Isabah, II, hlm. 507. 


kerana   melakukan   ibadat   kepada Allah pada setiap masa13. Aku telah memohon maaf kepada Jibra'il lantaran    aku    tidak menyampaikannya kepada kalian.   Wahai manusia, kerana aku mengetahui     betapa    sedikitnya  orang  yang    bertakwa,    betapa ramainya orang   yang munafik, pengkhianat dan tipudaya orang bersandarkan Islam yang disifatkan oleh Allah di dalam kitabNya "Mereka mengucap  dengan  lidah mereka apa yang tidak ada dalam hati mereka"(Surah al-Fath 48:11).

Dan  betapa banyak mereka  telah menyakiti  hatiku  sehingga mereka  menamakanku  uzunun (iaitu  mendengar/mempercayai  apa saja yang diperkatakan    kepadanya).   Mereka menyangka aku sedemikian  rupa  kerana selalu  "bergaul" dengan-Nya dan sehingga Allah   menurunkannya   di dalam   al-Qur'an   "Di antara mereka ada yang  menyakiti   Nabi   dan  menyatakan:  Nabi mempercayai  semua yang didengarnya.   Katakanlah: Ia  mempercayai   semua  yang baik bagi kamu,  ia   beriman  kepada Allah, mempercayai orang-orang mukmin" (Surah al-Taubah 9:61).

Jika  aku mahu, aku akan menyebutkan nama-nama   mereka atau menunjukkan  mereka kepada kalian.   Tetapi aku tidak mahu melakukannya, kerana Allah tidak merestuiku melainkan menyampaikan  apa yang  diturunkan  kepadaku.  Kemudian  beliau (s.`a.w.)   membaca"Wahai    Rasul sampaikanlah apa yang telah diturunkan  oleh   Tuhan kamu -  tentang `Ali -  dan jika kamu tidak melakukan bererti  kamu tidak menyampaikan risalah-Nya. Dan Allah menjaga kamu dari  manusia"
(Surah al-Maidah 5: 67). Ketahuilah wahai manusia! Sesungguhnya
Allah telah  melantik `Ali  untuk kalian sebagai wali, dan imam yang wajib   ditaati   ke atas Muhajirin,  Ansar dan Tabi`in;  sebagaimana wajib ditaati oleh penghuni  padang pasir, bandar, Arab bukan Arab, merdeka,  hamba kecil  besar,  berkulit putih dan hitam.  Malah  ke atas   setiap orang yang mentauhidkan  Allah S.W.T.  Terkutuk  bagi orang yang menentangnya. Dirahmati orang yang mengikutinya, mukmin orang yang membenarkannya.  Allah   mengampuninya  dan orang yang mengambil ilmu daripadanya dan mentaatinya14.

Wahai  manusia!    Ini  merupakan tempat  yang  terakhir  aku berdiri  di  hadapan  kalian.    Lantaran  itu  dengarlah,  taatilah    dan ikutilah    perintah    Tuhan  kalian.    Sesungguhnya    Allah    `Azza waJalla      adalah   maula   kalian   dan   Tuhan   kalian      kemudian selepasNya Muhammad   (s.`a.w.) adalah wali kalian yang sedang berpidato   di hadapan  kalian.  Kemudian selepasku `Ali adalah wali kalian   dan imam kalian dengan perintah Tuhan kalian.   Kemudian

13 Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 293.
14 Al-Wahidi,  Asbab al-Nuzul, hlm. 150;  al-Suyuti,  al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298;
al-Alusi, Ruh al-Ma`ani, Cairo 1958, V, hlm. 172;  al-Qunduzi al-Hanafi,  Yanabi` al- Mawaddah,   Tehran 1385 H, hlm. 128. 


imamah  adalah pada   zuriatku  daripada  anaknya  sehingga  di hari kalian  berjumpa Allah dan Rasul-Nya.  Tidak ada suatu perkara pun yang halal  melainkan  apa yang telah dihalalkan oleh Allah dan tidak ada   suatu perkara   pun yang haram melainkan apa yang telah diharamkan   oleh Allah. Dialah yang menerangkan  kepadaku halal dan haram di dalamkitabNya.     Kemudian   aku menerangkan halal dan  haramnya  kepada `Ali15. Wahai  manusia!  Tidak ada suatu ilmu pun  melainkan  Allah telah menyampaikanya kepadaku.  Dan setiap ilmu  yang  aku  mengetahuinya,   aku  menyimpannya   pada  imam mubin (`Ali a.s) dan tidak ada suatu   ilmu pun melainkan aku mengajarnya kepada `Ali. Dan  beliaulah imam mubin.

Wahai     manusia!         Janganlah  kalian     menyimpang daripadanya, janganlah kalian lari daripadanya, janganlah kalian angkuh dengan menentang  wilayahnya.    Kerana beliaulah  yang menunjuk   kepada kebenaran   dan beramal dengannya.   Beliaulah yang  menghilangkan kebatilan dan melarangnya.   Janganlah kalian menghiraukan  celaan orang yang mencela.  Beliaulah orang pertama beriman kepada Allah dan Rasulnya.   Beliaulah yang mengorbankan dirinya  sendiri    untuk  Rasulnya.      Beliaulah  bersama  Rasulullah. Dan tidak ada  seorang pun  menyembah Allah bersama Rasulnya di kalangan  lelaki  selain daripadanya16.

Wahai manusia!    Hormatilah beliau kerana Allah telah mengurniakan kelebihan kepadanya.   Terimalah beliau kerana Allah telah melantiknya  untuk kalian. Wahai   manusia!     Sesungguhnya beliau adalah   imam   daripada Allah.   Allah sekali-kali  tidak akan menerima taubat seorang yang mengingkari wilayahnya.   Dan Allah sekali-kali tidak akan mengampuninya.     Sudah   pasti   Allah akan melakukan    hal    demikian    ini  terhadap    orang  yang  menyalahi perintah-Nya mengenainya.   Dan   Dia akan menyiksanya dengan siksaan  pedih  yang  berpanjangan.    Lantaran    itu  kalian  berhati- hatilah supaya kalian tidak   menyalahinya. Justeru itu kalian akan dibakar di neraka di mana bahan   bakarnya adalah   manusia dan batu disediakan kepada orang-orang  yang  ingkar17.

Wahai  manusia!    Dengan akulah demi Allah,  para  nabi  dan rasul  yang terdahulu diberi khabar gembira.   Aku adalah   penamat para nabi dan Rasul.  Akulah juga hujah ke atas semua makhluk  di bumi   dan di langit.   Sesiapa yang mengsyakinya  dia adalah   kafir sebagaimana kafir jahiliyah.   Dan sesiapa yang mengsyaki   sabdaku


15  Abu Nu`aim   alAsfahani,   Hilyah al-Auliya', I,  hlm. 65;  al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm.
92.
16  Al-Qunduzi  al-Hanafi,     Yanabi`  al-Mawaddah,  hlm.  91.Ahmad  b.Hanbal,  al- Musnad, II, hlm. 102; al-Hakim, al-Mustadrak, III,hlm. 5.

17    Al-Qunduzi   al-Hanafi,   Yanabi`   al-Mawaddah,   hlm.   251;   al-Khawarizmi,   al- Manaqib,  hlm. 43;  Ibn Hajr,  Tahdhib  al-Tahdhib, Hyderabad 1327 H, I, hlm. 343. 


ini, bererti dia mengsyaki kesemuanya.   Orang yang   mengsyakinya adalah neraka sebagai balasannya18.

Wahai manusia!   Sesungguhnya Allah telah mengurniakan kelebihan ini ke atasku sebagai ihsanNya.   Tiada Tuhan melainkan Dia. Segala puji untukNya daripadaku buat selama-lamanya.  Wahai manusia!   Hormatilah `Ali kerana   beliau   sebaik-baikmanusia selepasku   di   kalangan lelaki   dan   perempuan.     Dengan kamilah Allah   telah menurunkan  rezeki dan   mengekalkan   makhluk (buat seketika).     Terkutuk,  terkutuk.  Dimurkai,  dimurkai    orang  yang menolak sabdaku ini dan tidak mempersetujuinya.    Sesungguh-nya Jibra'il  telah  memberitahuku   mengenainya  daripada  Allah S.W.T. dan berkata: Sesiapa yang memusuhi `Ali dan tidak menjadikannya wali, maka laknat dan kemurkaanKu ke atasnya.    Seseorang itu hendaklah  memikirkan  apa yang  telah dikemukakan    untuk   hari esok dan bertakwalah kepada Allah supaya beliau tidak  menyalahi- Nya  kerana   dikhuatiri kaki akan tergelincir selepas   ia  tegak. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang dilakukan oleh kalian19.

Wahai manusia!   Sesungguhnya beliaulah janb-Allah yang disebutkan di dalam kitab-Nya "Supaya jangan ada orang yang mengatakan amat   besar   penyesalan   atas   kelalaianku   terhadap janb-Allah"(Surah al-Zumar 39:56). Wahai   manusia!   Pelajarilah al- Qur'an dan  fahamilah   ayat-ayatnya.     Perhatikanlah   ayat-ayat Muhkamahnya   dan       janganlah kalian mengikuti ayat-ayat Mutasyabihahnya.  Demi   Tuhan,   tidak akan menerangkan  kepada kalian  tentang halangan-halangannya  dan  tidak akan menerangkan kepada   kalian  penafsiran-penafsirannya    melainkan    orang   yang aku  memegang tangannya  sekarang.
Dan aku  memberitahu   kalian   sesungguhnya sesiapa   yang
aku maulanya, maka ini `Ali adalah maulanya,  iaitu `Ali bin Abi Talib A.S,  saudaraku,  wasiku.    Dan  wilayahnya  adalah  daripada  Allah S.W.T. yang telah menurunkannya ke atasku20.

Wahai  manusia!     Sesungguhnya  `Ali  dan  orang  yang  baik daripada    anak  cucuku  merupakan  thiqal  al-Asghar  (harta  paling kecil yang bernilai) dan al-Qur'an adalah thiqal al-Akbar (harta paling besar      yang   bernilai).      Setiap   orang   menceritakan      tentang sahabatnya    dan  bersatu  dengannya.    Kedua-duanya  tidak  akan

18 Al-Qunduzi  al-Hanafi,  Yanabi’ al-Mawaddah,  hlm. 91;   al-Hakim,  al-Mustadrak,
III, hlm. 128.

19  Ahmad b Hanbal, al-Musnad, II, hlm. 102; al-Muttaqi  al-Hindi , Kanz al-`Ummal,
VI, hlm. 159;  Ibn Hajr, Tahdhib  al-Tahdhib, V , hlm. 379.

20   Al-Alusi,  Ruh al-Ma`ani,  VI,  hlm.  172;    al-Suyuti,  al-Durr al-Manthur,  II,  hlm.
298,al-Qunduzi   al-Hanafi,   Yanabi`  al-Mawaddah,  hlm.  120;     al-Khatib,   Tarikh
Baghdad,  VIII, hlm. 290; al-Kanji al-Syafi`i,  Kifayah  al-Talib,  Tehran 1404 H, hlm.
113. 


berpisah sehingga   dikembalikan   Haud kepadaku.    Mereka   itulah pemegang amanah  Allah  pada  makhluk dan para bijak  pandai  di bumi-Nya.  Sesungguhnya       aku       telah  menunaikannya. Sesungguhnya     aku     telah menyampaikannya     dan aku memperdengarkannya kepada   kalian. Sesungguhnya   aku   telah menerangkannya   bahawa     sesungguhnya      Allah   S.W.T.     telah berfirman  dan sabdaku itu adalah  daripada  Allah.

Sesungguhnya tidak ada Amiru l-Mukminin selain daripada saudaraku ini. Dan tidak seorang pun layak untuk melaksanakannya selepasku  selain  daripadanya.  Kemudian  beliau  meletakkan tangannya   ke      bahu   `Ali   kemudian   mengangkatnya21.   Wahai manusia!   Ini adalah `Ali saudaraku, wasiku,   penjaga ilmuku, khalifahku ke atas umatku dan di atas tafsir kitab   Allah Azza   Wa Jalla.  Penyeru kepadanya dan beramal dengan  apa  yang diredaiNya, memerangi   musuh-musuhNya,   setia   mentaatiNya    dan pencegah dari  mendurhakaiNya.

Beliaulah  khalifah  Rasulullah, Amiru  l-Mukminin,  Imam petunjuk,  penentang  Nakithin   (Ashab Jamal),   Qasitin  (Ashab  al- Siffin)  dan  Mariqin  (Ashab   al-Nahrawan)22. Aku  berkata:  Sabdaku tidak boleh ditukar ganti  kerana  ia adalah perintah Tuhanku.  Aku berkata: Wahai Tuhanku!   Hormatilah orang   yang   mewalikan `Ali. Musuhilah orang   yang   memusuhinya. Laknatilah orang yang mengingkarinya,   murkailah   orang   yang     mengingkari      haknya. Wahai Tuhanku! Sesungguhnya  Engkaulah  yang telah  menurunkan ke atasku bahawa Imamah selepasku adalah  untuk `Ali sebagai wali Engkau  sebaik saja peneranganku  mengenainya  dan perlantikanku terhadapnya23.

Dengan   itu Engkau  telah menyempurnakan  untuk   hamba- hambaMu agama   mereka.    Dan engkau telah menyempurnakan ke atas mereka nikmatMu   dan   Engkau   telah meredai bagi   mereka Islam    sebagai  agama.       Maka  Engkau  berfirman:  "Barangsiapa mencari agama  lain selain  agama Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima agama itu daripadanya dan di akhirat termasuk orang-orang yang  rugi" (Surah Ali `Imran 3:85).

Wahai Tuhanku!   Aku mempersaksikan Engkau dan cukuplahEngkau      sebagai     saksi     sesungguhnya     aku     telah

21  Al-Alusi, Ruh al-Ma`ani, VI, hlm. 172. al-Suyuti,  al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298; al-Qunduzi  al-Hanafi,  Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 120; al-Khatib, Tarikh Baghdad, VIII, hlm. 290;  al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 113.

22 Al-Turmudhi al-Hanafi, al-Kaukab al-Durriy, Damascus 1958,Hlm.143;  al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 251; Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 154.

23  Al-Tabari,   Tarikh,   Cairo 1956, II,hlm.  216;   Abu l-Fida,  Tarikh, Cairo 1957, I, hlm. 116. 


menyampaikannya. Wahai manusia!  Sesungguhnya Allah A.W. telah menyempurnakan agama kalian dengan imamahnya (`Ali a.s).  Siapa yang  tidak     berimamkannya      dan     orang   yang  menggantikan tempatnya   yang   terdiri daripada anak cucuku dari keturunannya sehingga hari kiamat, maka mereka itulah akan terbatal amalan- amalan mereka dan dalam  nerakalah  mereka  kekal 24di dalamnya. Siksaan  mereka  tidak  akan diringankan dan mereka pula tidakakan dilayani25.
Wahai   manusia!     Ini ialah `Ali orang yang paling   kuat   di
kalangan  kalian  yang membantuku, orang yang  paling  berhak  di kalangan kalian denganku.  Beliau adalah orang yang paling  akrab di kalangan kalian kepadaku dan orang yang paling mulia di sisiku dan Allah A.W.   Kami meredhainya.   Tidak terdapat ayat   mengenai keredhaan   melainkan  ia turun pada `Ali.   Allah   tidak   berfirman dengan     "Wahai  orang-orang yang  beriman" melainkan  Dia memulakan dengan  `Ali.   Tidak  terdapat ayat pujian  di  dalam  al- Qur'an melainkan   padanya.    Dan  Dia tidak  memberi  penyaksian syurga tentang  Hal  Ata (Surah al-Insan 76:1) melainkan  untuknya. Dia  tidak    menurunkannya    selain  daripadanya.    Dan  Dia    tidak memuji dengannya (ayat) selain daripadanya (`Ali a.s)26.

Wahai   manusia!   Beliau adalah pembantu agama Allah, penyokong Rasulullah.  Beliau adalah seorang yang bertakwa, bersih dan petunjuk.   Nabi kalian adalah sebaik-baik nabi dan  wasi  kalian adalah sebaik-baik wasi dan anak-anaknya sebaik-baik para wasi. Wahai   manusia!     Zuriat setiap nabi adalah   dari   sulbinya, tetapi zuriatku dari sulbi `Ali27.
Wahai    manusia!     Sesungguhnya  Iblis  telah  mengeluarkan Adam  dari    syurga  disebabkan  hasad  dengkinya.     Lantaran  itu janganlah kalian melakukan hasad dengki terhadapnya (`Ali) nescaya amalan-amalan kalian akan terbatal.

Dan kaki-kaki kalian akan tergelincir.   Sesungguhnya   Adam diturunkan   ke     dunia     disebabkan     "satu  kesalahan"     sahaja sedangkan  beliau adalah   pilihan   Allah   A.W. Bagaimana   dengan kalian, sedangkan di  kalangan  kalian  adalah musuh-musuh  Allah. Sesungguhnya orang yang celaka  sahaja  yang memarahi  `Ali.   Dan orang yang bertakwa  sahaja   yang   mewalikan  `Ali.     Hanya orang


24 Maksud "kekal" (al-Khulud)  adalah sama dengan Surah al-Nisa' 4: 14  di mana al-Baidawi  menyatakan  al-Khulud  adalah al-Makth  al-Tawil,  bukan kekal selama- lamanya,  Anwar al-Tanzil  wa Asrar al-Ta'wil, Cairo t.t., I, hlm. 150.

25 Al-Hakim,   al-Mustadrak, II,  hlm. 343;  al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah  al-Talib, hlm.
90-93.
26 Al-Khawarizmi,  al-Manaqib, hlm. 17; al-Dhahabi,  Mizan al-I`ti-dal, Cairo 1348 H, III,hlm. 311;  Kifayah al-Talib, hlm. 139-141.

27 Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 56. 


mukmin  sahaja  yang  beriman  dengan     `Ali.     Dan  pada  `Alilah diturunkan Surah wa l-Asr28.

Wahai manusia!   Sesungguhnya  aku memohon  kepada  Allah menjadi   saksi bahawa aku telah menyampaikan  risalahku  kepada kalian. Rasul hanya menyampaikan  risalahNya  yang terang. Wahai manusia!    Bertakwalah   kalian  kepada  Allah  dengan sepenuhnya. Dan  janganlah   kalian  mati  melainkan   kalian  muslimun.   Wahai manusia!   Berimanlah kalian dengan Allah, RasulNya dan al-Nur (cahaya)   yang diturunkan   bersamanya   sebelum   kebenaran dipadamkan.  Justeru itu kita menolaknya ke belakang.

Wahai manusia!   al-Nur (cahaya) daripada Allah A.W.,   adalah padaku  kemudian  pada  `Ali  kemudian  pada  keturunannya sehinggalah  datangnya  al-Qa'im al-Mahdi yang akan menuntut hak Allah dan   hak kami   (Ahl al-Bait A.S) kerana Allah A.W. telah menjadikan   kami hujah ke atas orang-orang yang cuai, ingkar, penentang,  pengkhianat,  pelaku  dosa  dan  orang  yang  zalim  dari sekalian alam29.

Wahai   manusia!   Aku memberi peringatan kepada   kalian, sesungguhnya    aku  adalah  Rasulullah  sebagaimana  telah  berlalu para rasul   sebelumku. Sekiranya aku mati atau dibunuh "kamu kembali ke   belakang   (murtad)?  Barangsiapa yang berbalik   ke belakang, maka  ia  tidak dapat mendatangkan mudarat kepada  Allah sedikitpun,  dan  Allah  akan memberi balasan   kepada   orang-orang yang  bersyukur"   (Surah  Ali `Imran  3:144).   Sesungguhnya  `Alilah yang disifatkan   dengan kesabaran dan kesyukuran   kemudian selepasnya cucu cicitku dan zuriatnya. Wahai manusia!   Janganlah kalian  berangan-angan   untuk  menentang     Allah  dengan  "Islam" kalian, maka Dia akan memarahi   kalian dan   mengenakan  kalian dengan  azab  di  sisi-Nya.    Sesungguhnya    Dia  sedang  menunggu kalian.

Wahai    manusia!    Akan  berlaku  selepasku  para  imam  yang akan menyeru  manusia ke neraka dan di hari kiamat mereka  tidak akan  dibantu30..  Wahai  manusia!    Sesungguhnya  Allah  dan  aku bersih   daripada   mereka.   Wahai         manusia!         Sesungguhnya pembantu-pembantu      mereka, pengikut-pengikut   mereka   dan penyokong-penyokong   mereka   akan berada di neraka yang paling terkebawah.    Dan  ia  adalah    seburuk-buruk  tempat  tinggal  bagi

28  Al-Hakim,  al-Mustadrak, III,hlm. 129; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, II, hlm. 102; Ibn  Hajr,  Tahdhib  al-Tahdhib,  V,  hlm.379;  al-Kanji  al-Syafi`i,  Kifayah   al-Talib, hlm.115-117.

29    Al-Khawarizmi,     al-Manaqib,    hlm.  87;       al-Qunduzi     al-Hanafi,Yanabi`   al- Mawaddah,  hlm.10,486;al-Khawarizmi,  Maqtal al- Husain, Baghdad  1343 H, hlm.
50.

30 Maksud Surah al-Qasas 28: 41 


orang-orang   yang  takabbur.  Sesungguhnya        "mereka"     adalah "pemilik-pemilik"    mushaf. Lantaran  itu  hendaklah  kalian melihat pada  mushaf  tersebut.
Beliau bersabda: Urusan mushaf hanya diambil berat oleh  golongan yang   sedikit   sahaja.   Wahai      manusia!         Sesungguhnya   aku
tinggalkannya      (Sahifah)   sebagai      imamah  dan   wirathah   pada
keturunanku sehingga hari   kiamat.   Sesungguhnya aku telah menyampaikan apa yang   diperintahkan oleh   Engkau   untuk disampaikannya sebagai hujah di  atas  setiap yang  hadir, ghaib dan ke atas setiap orang   yang   menyaksikannya  atau tidak, sama ada telah dilahirkan ataupun tidak.  Justeru itu hendaklah   orang  yang hadir menyampaikannya   kepada  orang  yang tidak hadir, dan bapa kepada  anaknya  sehingga  hari  kiamat     kerana  mereka     (selain daripada   Ahl al-Bait  A.S)  akan  menjadikannya (imamah)   sebagai hak milik dan barang   rampasan.    Sesungguhnya Allah   melaknati perampas-perampasnya.    "Kami  akan    memperhatikan sepenuhnya kepadamu  wahai manusia dan jin.   Maka  kepada  kamu dilepaskan nyala    api dan cairan tembaga maka kamu   tidak    dapat menyelamatkan diri (daripadanya)". (Surah ar-Rahman 55: 31, 35)

Wahai   manusia!   Sesungguhnya Allah A.W. tidak akan meninggalkan  kalian sebelumnya sehingga keburukan dan  kebaikan dapat  dibezakan.     Dan   Allah  tidak  mahu   memberitahu    kalian perkara-perkara  yang ghaib.  Wahai manusia!   Sesungguhnya  tidak ada satu bandar pun  melainkan  Allahlah  yang  membinasakannya disebabkan       pembohongan penduduknya. Demikianlah    Dia membinasakan   bandar-bandar   yang zalim.    Sebagaimana telah disebutkan  oleh Allah S.W.T. di   dalam kitabNya.     Ini adalah `Ali imam kalian dan wali kalian.    Beliau di antara janji-janji Allah dan Allah membenarkan apa yang dijanjikannya31.
Wahai  manusia!    Sesungguhnya telah  sesat  sebelum  kalian kebanyakan   orang-orang   yang terdahulu.   Demi Allah,   Dia   telah membinasakan  orang-orang  yang terdahulu dan  Dialah  yang  akan membinasakan   orang-orang   yang  terkemudian.    Allah  berfirman: "Bukankah    Kami  telah  membinasakan  orang-orang  yang  dahulu? Lalu  Kami  iringi (azab  kami  terhadap)  mereka  dengan  (mengazab) orang-orang    yang  datang  kemudian.   Demikianlah Kami    berbuat terhadap orang-orang  yang  berdosa. Kecelakaan  besarlah pada  hari itu bagi orang-orang  yang mendustakan" (Surah al-Mursalat 77: 16-
19).

Wahai manusia!   Sesungguhnya  Allah telah memerintahkanku  dan melarangku.     Sesungguhnya   aku  telah  memerintahkan   `Ali  dan

31    Al-Turmudhi   al-Hanafi,   al-Kaukab   al-Durriy,  hlm.  144;al-Qunduzi   al-Hanafi,
Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 253. 


melarangnya.    Ilmu   suruhan dan larangan adalah daripada   Allah A.W.  Justeru    itu  dengarlah  kalian  kepada  larangannya,  nescaya kalian  terselamat.       Taatlah    kalian  kepadanya  nescaya    kalian mendapat  petunjuk.       Berhentilah  kerana  larangannya,  nescaya kalian    akan  mendapat    petunjuk.       Ikutilah  kehendaknya  dan janganlah  kalian mengikuti jalan-jalan kalian selain dari jalannya32.
 
Wahai    manusia!       Akulah    Sirat    al-Mustaqim 
 
di   mana   Dia 
memerintahkan   kalian mengikutinya.   Kemudian `Ali selepasku kemudian anak cucuku dari sulbinya, para imam yang menjadi petunjuk kepada kebenaran dan dengannyalah mereka memperjuangkan kebenaran33.
Kemudian  Rasulullah  s.`a.w.  membaca  :  al-Hamdu  li  Llahi Rabbi l-`Alamin    sehingga    ke  akhirnya.    Dan    beliau    bersabda: Kepada akulah  turunnya Surah al-Fatihah dan juga kepada  mereka secara umum  dan  khusus.  Mereka itulah para wali Allah,  mereka tidak takut dan mereka pula tidak berdukcita.   Sesungguhnya parti Allah  sahajalah    yang    mendapat  kemenangan.       Sesungguhnya musuh-musuh`Ali  adalah  terdiri  daripada  orang-orang  yang melakukan  perpecahan,  nifaq,  penentang-penentang, saudara- saudara     syaitan     yang berkongsi penentangan dan tipu daya.Sesungguhnya    para wali mereka ialah orang-orang yang telahdisebutkan    oleh  Allah  di  dalam  kitabNya,  firmanNya:  "Kamu tidak akan  mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah  dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya" (Surah al-Mujadalah 58: 22).

sesungguhnya  para wali mereka ialah orang-orang yang  telah disifatkan  oleh Allah A.W. di dalam kitabNya.   FirmanNya:  "Orang- orang  yang  beriman  dan  tidak  mencampuradukkan  iman  mereka dengan ezaliman,   itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu  adalah orang-orang yang mendapat petunjuk" (Surah  al- An`am 6:82). Sesungguhnya  para wali mereka ialah orang-orang yang telah disifatkan oleh Allah di dalam kitabNya.   FirmanNya:  "Orang- orang yang akan memasuki syurga dengan aman" disambut oleh para malaikat dengan aman.  Berbahagialah kamu, maka masuklah syurga selama-lamanya34.  Sesungguhnya    para  wali  mereka  ialah  orang- orang yang   telah difirmankan   oleh Allah A.W., firmanNya "Mereka memasuki  syurga tanpa hisab"35.



32  Al-Tabari, Tarikh ,II, hlm. 216; al-Qunduzi  al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm.
128.

33 Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah, Cairo 1971 M, hlm. 79;  Abu Nu`aim al-Isfahani,
Hilyah al-Auliya', Cairo 1956 M, I,  hlm.64


34 Maksud Surah az-Zumar 39: 73.

35 Maksud Surah al-Ghafir: 40 


. Sesungguhnya musuh-musuh mereka ialah orang-orang yang akan  dibakar   di  neraka   sa`ir36.  Sesungguhnya      musuh-musuh mereka     ialah     orang-orang       yang  mendengar  tepikan  neraka jahannam dan nyalanya37.
.Sesungguhnya  musuh-musuh  mereka ialah orang-orang yang telah difirmankan  oleh Allah A.W.   FirmanNya  "Setiap umat masuk (neraka)  dia  mengutuk kawannya".  (Surah  al-A`raf  7:  38). Sesungguhnya musuh-musuh mereka ialah orang-orang yang telahdisebutkan  oleh  Allah  di dalam  kitabNya.    FirmanNya  "Setiap kali dilemparkan  ke  dalamnya  satu kumpulan, penjaga-penjaganya bertanya   kepada    mereka: Apakah  belum pernah datang    kepada kamu   (di dunia)   seorang  pemberi peringatan?   Mereka menjawab: Benar  ada, sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakannya dan kami mengatakan Allah tidak menyuruh sesuatupun.    Kamu   tidak lain hanyalah  di dalam kesesatan   yang besar" (Surah al-Mulk 67: 8-9). Sesungguhnya para wali  mereka  ialah  "Orang-orang  yang    takut akan  Tuhan  mereka dengan perkara yang ghaib bagi mereka keampunan dan pahala yang besar"  (Surah al-Mulk  67: 12). Wahai   manusia!     Dua perkara  di antara neraka  dan  syurga. Musuh kita ialah orang yang telah dicela dan dilaknat oleh Allah. Wali kita ialah orang yang telah dipuji dan dikasihi oleh Allah. Wahai manusia!   Sesungguhnya aku memberi peringatan dan `Ali memberi petunjuk (Hadi)38.
Wahai  manusia!     Sesungguhnya  aku  adalah  nabi  dan  `Ali
adalah wasiku. Sesungguhnya   penamat para imam ialah al-Mahdi, dan  beliau dari kalangan kami39.
Sesungguhnya  beliaulah orang yang mempertahankan  agama. Sesungguhnya   beliaulah penuntut bela  daripada  orang-orang yang zalim.   Sesungguhnya   beliaulah   pembuka   benteng-benteng   dan perosak-nya40.

Sesungguhnya  beliaulah orang yang memerangi setiap  kabilah yang syirik. Sesungguhnya   beliaulah   orang yang  dapat  mengesan setiap penentang para wali Allah. Sesungguhnya beliaulah pembantu agama  Allah.  Sesungguhnya   beliaulah  pencedok  di  lautan  yang dalam. Sesungguhnya    beliau mengetahui setiap orang yang mempunyai  kelebihan  dan  setiap  orang  yang  jahil.  Sesungguhnya beliau adalah sebaik-baik  pilihan  Tuhan. Sesungguhnya   beliaulah pewaris  setiap  ilmu secara   menyeluruh.  Sesungguhnya    beliaulah




36 Maksud Surah al-Insyiqaq 84: 12.
37 Maksud Surah al-Furqan 25: 12
38 Al-Nasa'i, al-Khasais, Damascus 1978, hlm. 70;  Abu Nu`aim al-Isfahani,  Hilyah al-Auliya’ , IV, hlm. 381; al-Kanji al-Syafi`I , Kifayah al-Talib, hlm. 233.

39 Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah,  hlm. 44-444.
40 Ibn `Abd al-Birr, al-Isti`ab,  Beirut 1972, II, hlm. 639 ,Ibn Sa`d, Tabaqat, IV, hlm.
305. 


diberitahu   tentang   Tuhannya     dan diberi peringatan tentang imannya41.



Sesungguhnya beliau adalah seorang yang bijak dan tegas.Sesungguhnya setiap sesuatu diserahkan kepadanya. Sesungguhnya  beliau  telah  diberi  khabar  gembira  kepada orang- orang yang terdahulu. Sesungguhnya beliaulah hujah dan tidak ada hujah  selepasnya.  Tidak  ada  kebenaran  melainkan  bersamanya. Tidak ada nur  (cahaya) melainkan di sisinya.  Tidak ada orang yang dapat mengalahkannya dan tidak akan dibantu orang yang menentangnya. Sesungguhnya beliaulah wali Allah di bumiNya, hukumNya   pada makhlukNya dan orang kepercayaanNya  di dalam semua keadaan. Wahai manusia!    Sesungguhnya aku telah menerangkannya  kepada kalian   dan memahamkan  kalian.   Ini `Ali akan  memahamkan  kalian selepasku42.

Sesungguhnya   manakala   selesai   ucapanku,   aku   menyeru kalian supaya melakukan bai`ah kepadaku sebagai tanda membai`ah
`Ali dan memberi  pengakuan kepadanya, kemudian memberi  bai`ah kepadan  selepasku.  Sesungguhnya    aku   telah membai`ah  kepada Allah,    dan    `Ali telah    memberi bai`ah kepadaku.    Aku memerintahkan   kalian      supaya   melakukan   bai`ah   kepadanya daripada  Allah  A.W.     FirmanNya  "Barang  siapa  yang  melanggar janjinya,  nescaya  akibat ia melanggar   janji itu akan  menimpa diri sendiri" (Surah al-Fath 48: 10).Wahai  manusia!  Sesungguhnya Haji, Safa,  Marwah  dan   `Umrah adalah    di   antara  syi`ar-syi`ar Allah. "Maka  barangsiapa  yang beribadah  haji ke Baitullah atau berumrah, maka tidak   ada   dosa baginya"  (Surah al-Baqarah  2: 158). Wahai manusia!   Tunaikan haji di Baitullah ketika mampu   dan janganlah kalian meninggalkannya melainkan tanpa kemampuan.

Wahai  manusia!     Setiap  mukmin   yang  berdiri  di  Mauqif dosanya yang   lalu   akan diampuni  Tuhan.   Dan   apabila   selesai hajinya, amalan (baru)nya dimulakan. Wahai  manusia!  Orang-orang yang menunaikan   haji  bersifat tolong menolong.  Dan perbelanjaan mereka akan digantikan   kerana Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang   melakukan kebaikan. Wahai   manusia! tunailah haji dengan sempurna dan   memahami (hikmah)nya.   Dan janganlah kalian pulang melainkan dengan taubat dan meninggalkan segala dosa. Wahai   manusia!    Dirikanlah   solat   dan   tunaikanlah zakat sebagaimana Allah menyuruh kalian melakukannya.


41   Al-Hakim,  al-Mustadrak,  III,hlm.  126;    Ibn  Kathir,  al-Bidayah  wa  al-Nihayah,
Cairo 1959, VII, hlm. 358.

42  Al-Muttaqi  al-Hindi,    Kanz  al-`Ummal,   V, hlm.  241;al-Khawarizmi,  al-Manaqib, hlm. 48;  Sibt Ibn al-Jauzi,   Tadhkirah al-Khawwas,Tunis 1972, hlm. 78; Ibn Hajr, al-Isabah, IV, hlm.270. 




Jika  masa  berpanjangan,  kalian  mengabaikannya  atau melupai-nya   maka `Ali adalah wali kalian dan orang yang dapat menjelaskannya   kepada kalian kerana Allah telah   melantiknya selepask  Dan  sesiapa  yang  Allah  A.W.  memilihnya  untuk menggantikan  tempaku, akan memberitahu  kalian persoalan- persoalan yang    dikemukakan oleh   kalian dan beliau akan menerangkan kepada kalian  apa  yang kalian tidak mengetahuinya43.

Sesungguhnya  halal  dan  haram  adalah  tidak  terkira banyaknya.  Akulah    yang    menyuruh  melakukan  perkara-perkara yang  halal  dan akulah  yang melarang melakukan perkara-perkara yang     haram.        Di  satu  peringkat   aku  diperintahkan   supaya mengambil bai`ah daripadakalian.    Dan bai`ah kalian adalah dengan menerima apa  yang   aku bawa   dari   sisi Allah A.W. mengenai kepemimpinan `Ali  Amiru  l-Mukminin dan para imam selepasnya, di mana  mereka  adalah     daripadaku     dan  daripadanya.     Dan  di kalangan mereka itulah Imam  Mahdi yang  akan memenuhi dunia ini dengan kebenaran  sehinggalah  hari kiamat44.

Wahai  manusia!  Setiap yang halal aku telah  menerangkannya kepada kalian.   Begitu juga setiap yang haram aku telah   melarang kalian   dari melakukannya.   Aku tidak akan bertolak ansur   menge nainya  dan  aku tidak akan  menukarkannya.  Lantaran  itu  kalian hendaklah  sentiasa  mengingatinya, menjaganya,   memberi  nasihat dengannya.          Jangan     sekali-kali  menukarkannya      atau mengubahnya  pula. Sesungguhnya    aku   ingin   perbaharui   kata- kataku:    Dirilah solat,  tunailah zakat, suruhlah mengerja kebaikan dan    tegahlah    kemungkaran.  Sesungguhnya    punca  "menyuruh" kepada kebaikan dan  melarang kemungkaran ialah berakhir kepada kata-kataku dan kalian  sampaikanlah kata-kataku ini kepada orang yang tidak hadir dan suruhlah dia   menerimanya   dan menegahnya dari  menyalahinya.    Kerana  ia adalah perintah daripada Allah A.W dan daripadaku.

Tidak ada amr ma`ruf dan nahyi munkar melainkan bersama imam yang maksum. Wahai    manusia!       Al-Qur'an45 telah memperkenalkan    kalian bahawa para imam selepas `Ali ialah anak- anaknya.   Dan aku   telah memperkenalkan  kalian bahawa dia (`Ali) adalah daripadaku dan aku adalah   daripadanya sehingga Allah berfirman di  dalam  kitabnya46.

43 Al-Khatib, Tarikh Baghdad, II, hlm. 377.
44  Abu Nu`aim   al-Isfahani,   Hilyah   al-Auliya',   III,   hlm. 201; Syablanji,  Nur al- Absar, hlm. 101.

45 Tafsiran al-Qur'an menurut para ulama ahl  al-Sunnah dan Syi`ah terutamanya mengenai Surah al-Ahzab 33:33; Surah  al-Maidah 5:55 dan lain-lain.
46   Al-Tabari,  Tarikh, II, hlm.  197;   al-Nasai’,  al-Khasa'is,  hlm.77-78;    al-Kanji  al-
Syafi`i, Kifayah al-Talib,  Tehran 1404 H, hlm. 274. 




"Dan  dia menjadikan kalimat Tauhid itu kalimat yang   kekal   pada keturunannya" (Surah az-Zukhruf 43: 28) Dan  aku  berkata: Kalian tidak    akan    sesat    selama-lamanya  sekiranya  kalian  berpegang kepada kedua-duanya47.
Wahai  manusia!    Bertakwalah, bertakwalah!    Berwaspadalah
tentang kiamat, sebagaimana firman Allah A.W. "Sesungguhnya kegoncangan   hari  kiamat   itu adalah  suatu  kejadian   yang   amat besar"   (Surah al-Hajj 22: 1). Ingatlah   mati,   hisab, mizan, dan perhitungan    di   hadapan  Allah  Tuhan  sekalian  alam,  pahala  dan siksa.   Sesiapa yang  melakukan   kebaikan   akan diberi pahala dan sesiapa  yang  melakukan   kejahatan, tidak ada bahagian syurga baginya.

Wahai   manusia!       Sesungguhnya   kalian   yang   ramai   ini hendaklah  memberi    bai`ah  kepadaku  dengan  tapak  tangan  yang satu.     Sesungguhnya   Allah telah memerintahkan aku supaya mengambil    pengakuan  daripada    kalian  tentang  perlantikan  `Ali sebagai   imam/pemimpin  mukminin.   Dan para imam yang datang selepasnya  adalah  daripadaku  dan   daripadanya  sebagaimana  aku telah memberitahu   kalian.     Sesungguhnya    zuriatku  adalah  dari sulbinya.    Justeru  itu    katakanlah:    Kami  mendengar,  mentaati, meridai, mematuhi apa yang  telah disampaikan oleh anda daripada Tuhan kami dan Tuhan anda  tentang Ali dan para imam selepasnya adalah dari sulbinya. Kami memberi bai`ah kepada anda mengenai imamah  `Ali   dengan  hati kami, diri kami, lidah kami dan tangan kami.

Di atas pengakuan inilah kami hidup, kami mati kami dibangkitkan  kembali.  Kami     tidak     akan mengubah  dan menukarnya.   Kami tidak   melakukan   syak   wasangka, kami tidak akan memungkiri janji, kami mentaati  Allah, mentaati  anda dan `Ali Amiru l-Mukminin dan para imam yang   terdiri   dari anak cucunya yang  anda  telah     menyebutkannya     daripada  zuriat  anda  dari sulbinya.   Selepasnya  Hassan dan Husain di   mana kedua-duanya aku  telah  memberitahu  kalian  tentang  kedudukan kedua-duanya di sisiku dan kedudukan kedua-duanya di sisi  Allah A.W48.
Sesungguhnya    aku  telah  melaksanakannya  kepada    kalian.
Sesungguhnya   kedua-duanya adalah imam selepas bapa  mereka berdua `Ali.   Dan aku adalah bapa kedua-dua mereka sebelumnya. Katakanlah: Kami mentaati Allah tentang perkara tersebut (imamah), kami mentaati anda, `Ali, Hasan, Husain dan para imam yang disebutkan  oleh  anda  dengan  perjanjian  yang  kukuh  dan  ikhlas untuk Amiru   l-Mukminin   dari   hati   kami, jiwa kami,   dan   lidah kami,  dengan "berjabat tangan" kami dengan orang yang melakukan

47 Muslim, Sahih, hlm. 238; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, III, hlm.17, 26.

48 Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 441-444. 


kepada   kedua-duanya  (Nabi dan `Ali A.S) dengan tangannya   dan mengakui     kedua-duanya   dengan   lidahnya.     Kami   tidak   akan mengubah pendirian   kami selama-lamanya, Allah menjadi saksi terhadap kami.  Dan  cukuplah Allah  menjadi saksi dan anda (Nabi s.`a.w.) juga  menjadi  saksi kepada  kami.   Malah  setiap orang yang taat   secara   zahir   danbatin,   yang terdiri dari para Malaikat, bala tenteraNya,  hamba-hambaNya.  Dan Allah yang Maha Besar menjadi saksi49.

Wahai manusia!  Apa pendapat kalian sesungguhnya Allah mengetahui   setiap   suara yang tersembunyi.      Maka   sesiapa yangmemilih   petunjuk   adalah untuk dirinya.   Dan siapa   yang sesat,sesungguh-nya dia memilih kesesatan itu.   Dan siapa yang memberibai`ah   kepada   Allah, "tangan" Allah (kekuasaan Allah)   di atas tangan-tangan mereka. Wahai manusia!   Bertakwalah kalian kepada  Allah  dan    berilah  bai`ah  kepada  `Ali  Amir  al-Mukminin, Hasan, Husain dan para  imam yang  lain.

Mereka merupakan kalimat yang  baik  selama-lamanya. Allah akan membinasakan orang yang mungkir janji dan akan memberi rahmat   kepada   orang yang menepati janji.    "Barang   siapa   yang melanggar    janjinya,  nescaya  akibat  ia  melanggar  janji   itu   akan menimpa diri sendiri" (Surah al-Fath 48: 10). Wahai   manusia! Katakanlah sebagaimana aku   telah   katakan kepada kalian dan ucaplah salam bahagia kepada `Ali bagi memimpin kaum  mukminin. Katalah  "Kami  mendengar,  kami   taat,    keampunan kamu   wahai Tuhan  dipinta dan kepada   kamulah   tempat  kembali" (Surah   al- Baqarah  2: 285).  Dan katakanlah  "Segala  puji bagi Allah yang telah menunjuki kami  kepada  ini.    Dan  kami  sekali-kali  tidak     akan mendapat  petunjuk kalau Allah  tidak  memberi kamipetunjuk" (Surah al-A`raf 7: 43).
Wahai manusia!  Sesungguhnya kelebihan `Ali b. Abi Talib A.S
adalah   di  sisi Allah A.W.  Sesungguhnya   Dia  telah  menurunkan kelebihannya di dalam al-Qur'an tidak terhitung banyaknya di satu peringkat.         Lantaran  itu siapa di kalangan  kalian yang mengetahuinya,  hendaklah  mereka  membenarkannya.  Wahai manusia!  Siapa yang mentaati Allah,  RasulNya,  `Ali dan  para imam yang  aku  telah  menyebutkan  nama-nama  mereka     kesemuanya, maka  ia  akan  mendapat  kejayaan  yang  besar50.  Wahai  manusia! Orang yang terdahulu memberi bai`ah   kepada-nya,   mematuhinya, menerimanya sebagai pemimpin   mukminin,  maka merekalah orang yang  mendapat  kejayaan  di syurga.  Wahai   manusia!    Katakanlah bahawa Allah tidak akan   meridai kata-kata penentangan kalian. Sekiranya kalian mengingkari malah jika seluruh penghuni bumi ini



49 Ibid.
50 Al-Kanji al-Syafi`I, Kifayah al-Talib, hlm. 230-266. 


mengingkarinya,  tidak  akan  sekali-kali  memberi  sebarang kemudaratan kepada Allah S.W.T.



Seterusnya   al-Tabarsi   menulis:   Lalu orang   ramai   menyeru Rasulullah   (s.`a.w.)   sambil berkata: Kami   mendengar   dan   kami mentaati perintah Allah dan RasulNya dengan hati kami, lidah kami dan  tangan kami.  Mereka datang berpusu-pusu  kepada  Rasulullah (s.`a.w.)    dan    `Ali    a.s.    Lalu mereka    berjabat    tangan denganRasulullah  (s.`a.w.)  dan  `Ali  a.s.  Orang    pertama  berjabat tangan dengan  Rasulullah   (s.`a.w.) ialah  Abu  Bakr, kedua `Umar, ketiga  `Uthman,  keempat  Talhah, kelima  Zubair,  orang-orang Muhajirin,  Ansar    dan    orang    ramai  menurut  martabat  mereka sehingga solat Maghrib dan Isyak  dilakukan   secara  jamak dan berjamaah.     Mereka  meneruskan     bai`ah     dan  berjabat  tangan sebanyak tiga kali.  Rasulullah (s.`a.w.) bersabda,  setiap kali mereka melakukan bai`ah kepadanya;   Segala  puji bagi Allah yang telah mengurniakan kelebihan kepada kami di  atas  sekalian alam51.

Ulasan

Konsep Imamah (kepemimpinan) yang ditekankan oleh Rasulullah (s.`a.w.)   di dalam khutbah Ghadir Khum adalah melalui nas   Allah S.W.T.  Dan bukan melalui perlantikan atau pemilihan52.
Ia memusatkan  kepada  dua belas imam yang didahului  oleh
Amir al-Mukminin   `Ali bin Abi Talib dan sebelas anak cucunya di mana  mereka  adalah  dari  keturunan  Rasulullah  (s.`a.w.)  sendiri melalui Fatimah  a.s.   Lantaran itu beliau  (s.`a.w.)  bersabda  "Zuriat setiap  nabi  adalah dari sulbinya, tetapi  zuriatku  dari  sulbi `Ali"53. Lantaran  itu beliau bersabda  "Sesungguhnya  Allah   telah melantik
`Ali   untuk   kalian   sebagai   wali,   imam   yang     wajib   ditaati"54. Kemudian   beliau bersabda "Akulah Sirat al-Mustaqim di   mana Dia memerintahkan kalian mengikutinya.   Kemudian `Ali   selepasku. Kemudian anak cucuku dari sulbinya, para imam yang menjadi petunjuk kepada kebenaran55.

Sebenarnya   konsep   dua   belas   imam   selepas   kewafatan Rasulullah    (s.`a.w.)    telah  diriwayatkan  tidak  terkira    banyaknya oleh para   ulama   Ahl al-Sunnah  di dalam buku-buku  mereka   di samping   para      ulama   Syi`ah.      Umpamanya   al-Bukhari   telah




51 Al-Tabari, Kitab al-Wilayah, Cairo 1968, hlm. 18-20.

52 Al-Syahrastani,  al-Milal wa al-Nihal , Cairo, 1960, hlm. 103.

53 Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah , hlm. 56 dan lain-lain .
54 Sulaim  b.  Qais al-Hilali, Kitab Sulaim ,Beirut 1980, hlm. 120.

55 Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah,  hlm.91. Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, 11, 102 


meriwayatkan   di dalam   Sahihnya56  dengan perkataan  "dua belas amir".

Al-Bukhari meriwayatkannya   daripada Jabir b. Samurah bahawa Nabi   (s.`a.w.) bersabda "selepasku dua belas amir".    Muslim di dalam Sahih57 misalnya meriwayatkannya  daripada  Jabir   b. Samurah   sehingga  dia berkata:  Aku bersama bapaku   berjumpa   Nabi (s.`a.w.).   Aku dengar Nabi (s.`a.w.) bersabda: "Urusan ini tidak akan selesai hingga berlaku kepada mereka dua belas khalifah"58 . Al-Turmudhi di dalam Sunannya   meriwayatkannya dengan  lafaz amir bukan khalifah. Ahmad b.
Hanbal  di dalam  Musnadnya59   meriwayatkannya  daripada  Sya`bi  daripada  Masruq
berkata: Kami berada di sisi `Abd Allah b. Mas`ud yang sedang memperdengarkan bacaan  al-Qur'an   kepada     kami.   Tiba-tiba     seorang     lelaki    bertanya kepadanya: Wahai  Abu  `Abd Rahman!  Adakah anda telah bertanya Rasulullah  (s.`a.w.)   berapakah   umat ini memiliki  khalifah?   `Abd Allah b. Mas`ud  menjawab: Tiada  seorangpun   bertanya  kepadaku mengenainya      semenjak      aku   datang   ke   Iraq   sebelum   anda. Kemudian dia berkata: Ya!

Sesungguhnya kami telah bertanya kepada Rasulullah (s.`a.w.) mengenai-nya.      Maka    beliau    (s.`a.w.)  bersabda:    "Dua    belas (Khalifah) seperti bilangan naqib Bani Isra'il". Al-Muttaqi   al-Hindi di dalam Kanz   al-`Ummal60  meriwayatkan  bahawa  Nabi  (s.`a.w.)  bersabda: "Selepasku akan diikuti oleh   dua belas khalifah". Al-Qunduzi   al-Hanafi di dalam Yanabi`  al-Mawaddah61  meriwayatkan    bahawa    Jabir    b.    `Abdullah    berkata: Rasulullah (s.`a.w.)   bersabda: "Wahai Jabir!   Sesungguhnya para wasiku   dan para imam  selepasku   pertamanya `Ali  kemudian   Hasan  kemudian   Husain  kemudian
`Ali b. Husain.   Kemudian Muhammad b.   `Ali   al-Baqir.   Anda akan menemuinya
wahai Jabir sekiranya  anda   mendapatinya,   maka   sampailah  salamku  kepadanya. Kemudian  Ja`far  b. Muhammad,  kemudian Musa b. Ja`far, kemudian `Ali b. Musa, kemudian Muhammad  b. `Ali, kemudian `Ali b. Muhammad,  kemudian   Hasan   b.
`Ali.   Kemudian  al-Qa'im  namanya  sama dengan namaku dan   kunyahnya   adalah
kunyahku, anak Hasan b. `Ali.    Dengan   beliaulah Allah akan "membuka" seluruh pelusuk bumi di Timur dan di  Barat,dialah  yang ghaib dari penglihatan.  Tidak akan percaya  kepada imamahnya  melainkan  orang yang diuji hatinya oleh  Allah  SWT".

Jabir berkata: Wahai Rasulullah! Adakah orang ramai boleh mengambil   faedah darinya ketika ghaibnya?   Beliau menjawab: "Ya! Demi   yang   mengutuskan   aku   dengan   kenabian   sesungguhnya mereka   mengambil   cahaya   daripada wilayahnya ketika ghaibnya, seperti   orang  ramai   mengambil    faedah  dari matahari  sekalipun ianya  ditutupi awan".   Ini adalah di antara rahsia-rahsia ilmu Allah yang       tersembunyi.       Justeru   itu   rahsiakanlah   mengenainya melainkan  kepada orang yang ahli.


56 Al-Bukhari, Sahih, IV,hlm. 120 “kitab al-Ahkam”.
57 Muslim, Sahih, II, hlm. 79.
58 Al-Turmudhi ,  al-Sunan , Cairo 1959, II, hlm. 110
59 Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 598.
60 Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal , VI, hlm. 100.
61 Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 441-444,bab  95. 


Demikianlah  dikemukakan  secara  ringkas  konsep  imam  dua belas menurut  riwayat  para  ulama Ahl al-Sunnah  di  dalam  buku- bukumereka  di  mana  ia  adalah  sejajar  dengan  khutbah  Ghadir Khum. Memang  tidak dapat dinafikan bahawa `Ali a.s sendiri  telah mengemukakan khutbah/hadis Ghadir Khum sebagai hujah kekhilafahan  beliau  selepas  Rasulullah  (s.`a.w.).  Al-Khawarizmi  di dalam Manaqibnya62  meriwayatkan  bahawa   Amir al-Mukminin  `Ali telah menuntut jawatan khalifah dengan   mengemukakan  beberapa soalan munasyadah kepada Ahli Syura pada tahun 23 H.

Beliau  bertanya:  Aku  menyeru  kalian  dengan  nama  Allah, adakah di kalangan kalian di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepada-nya: Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka `Ali adalah maulanya Wahai Tuhan, hormatilah orang yang mewalikannya, tentangilah  orang  yang  bermusuhan  dengannya.    Tolonglah  orang yang      menolong-nya.       Orang      yang  hadir  hendaklah menyampaikannya       kepada       orang   yang   tidak   hadir   selain daripadaku?       Mereka  menjawab:  Tidak     ada  orang  lain  selain daripada anda. Sulaim   b. Qais al-Hilali seorang tabi` meriwayatkan bahawa beliau  melihat  Amir al-Mukminin `Ali a.s di Masjid  Madinah di zaman pemerintahan  Khalifah  `Uthman  b. `Affan dan dua ratus lebih   para   sahabat   sedang   bercakap-cakap   dan   bermuzakarah tentang  ilmu  dan  kezuhudan.  Mereka menyebut kelebihan Quraisy tentang  orang yang  pertama  memeluk  Islam dan  berhijrah  dengan sabda-sabda  Rasulullah     (s.`a.w.)     tentang  mereka.     `Ali  hanya berdiam  diri kemudian beliau bertanya kepada mereka: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui tentang sebab turunnya "Wahai orang-orang  yang  beriman!  Taatlah kamu kepada Allah,  taat  kamu  kepada Rasulullah dan Uli al-Amr daripada kamu" (Surah  al-Nisa' 4:59).

Orang  ramai  menjawab:  Wahai  Rasulullah  adakah  ia diturunkan secara   khusus   untuk sebahagian mukminin?   Atau ia umum   kepada semua   mukminin?      Justeru itu Allah   A.W memerintahkan  nabiNya supaya memberitahu mereka tentang Uli al- Amr mereka, dan   menafsirkan   kepada mereka tentang al-Wilayah sebagaimana  beliau   menafsirkan   kepada   mereka   solat mereka, zakat  mereka  dan  haji mereka.     Dan    beliaulah   yang  melantik aku   untuk   menjadi imam/khalifah kepada mereka selepas Ghadir Khum.  Kemudian beliau memberi  khutbahnya dan bersabda: "Wahai manusia!     Sesungguhnya  Allah   telah   mengutuskan  aku dengan satu misi   yang   mencemaskan kerana aku menyangka orang ramai akan membohongiku.

Justeru  itu aku berjanji pada diriku sendiri supaya aku tidak menyampaikannya    atau    Dia    menyiksaku63.    Kemudian    beliau

62 Al-Khawarizmi,  al-Manaqib, hlm. 217.
63 Sulaim b. Qais al-Hilali, Kitab Sulaim , hlm.111-118. 


memerintahku supaya     solat dilakukan secara jamak dan berjamaah.Kemudian   beliau   berkhutbah: Wahai   manusia   adakah kalian mengetahui sesungguhnya Allah adalah maulaku, aku maula mukminin dan  aku adalah lebih aula daripada diri mereka sendiri? Mereka menjawab:   Ya! wahai Rasulullah.   Dia bersabda: Berdirilah wahai    `Ali,    maka    aku  (`Ali)pun  berdiri.       Kemudian    beliau bersabda: Siapa  yang menjadikan aku maulanya, maka `Ali  adalah maulanya. Wahai   Tuhanku! Hormatilah orang yang  mewalikannya. Tentang orang yang bermusuhan dengannya.   Maka Salman berdiri dan bertanya: Wahai Rasulullah taat kepada Uli al-Amr seperti siapa? Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Ketaatan kepada Uli al-Amr  sepertilah mentaatiku.    Kemudian  turun ayat "Hari ini  aku  menyempurnaka agama kamu".

Maka Rasulullah  (s.`a.w.)  bersabda:  Allah akbar,  dengan   ini sempurnalah   kenabianku   dan   lengkaplah   agama   Allah   dengan wilayah  `Ali  selepasku.     Lantas  Abu  Bakr  dan  `Umar  bertanya: Adakah  ayat tersebut khusus untuk `Ali `a.s?  Beliau menjawab: Ya ianya untuk `Ali dan para wasiku sehinggalah hari kiamat.  Abu Bakr dan `Umar  meminta     penjelasan  lagi.     Wahai Rasulullah, terangkanlah   kepada kami.       `Ali   adalah   saudaraku,   wazirku, pewarisku,       wasiku,  khalifahku    pada  umatku  dan  wali  setiap mukmin selepasku.     Kemudian   anak   lelakiku   Hasan, kemudian Husain   kemudian   sembilan daripada   anak  lelakiku   Husain satu selepas  satu.    Al-Qur'an bersama  mereka dan mereka bersama al- Qur'an.  Mereka tidak  akan berpisah  daripadanya  dan ia (al-Qur'an) tidak  akan   memisahkan mereka sehingga mereka dikembalikan kepadaku di Haud.   Lalu   para sahabat menjawab: Wahai Tuhanku sesungguhnya  kami  telah  mendengar  demikian  itu  dan  kami  naik saksi di atas apa yang diucapkan  oleh anda (`Ali)64.


`Ali   a.s juga telah mengulangi khutbah/hadis  nabi di Ghadir Khum     semasa beliau mula menjadi  khalifah di Rahbah di Kufah pada tahun35 H.   Ahmad b. Hanbal meriwayatkan  bahawa `Ali a.s berkata:   Aku   menyeru   kerana   Allah   bagi   setiap   orang   yang mendengar   Rasulullah (s.`a.w.)   bersabda di hari al-Ghadir supaya berdiri dan   memper saksikan   apa yang telah didengarinya.   Dan tidak   boleh   berdiri melainkan orang yang melihatnya (Nabi s.`a.w.) dengan  matanya   dan  mendengar   dengan  kedua-dua   telinganya. Lantas  tiga  puluh  sahabat  berdiri  termasuk  dua  belas  orang  yang telah mengambil bahagian di dalam  peperangan Badar.  Mereka telah menyaksikan bahawa  beliau (s.`a.w.)  telah  memegang   `Ali dengan tangannya     dan     bersabda  kepada  orang  ramai,  di  antaranya: Tidakkah anda mengetahui bahawa sesungguhnya   aku   lebih   aula dengan  mukminin  daripada  mereka sendiri?



64 Sulaim b. Qais al-Hilali, Kitab Sulaim , hlm.111-118. 


Mereka  menjawab:  Ya.    Kemudian  beliau  (s.`a.w.)  bersabda lagi:  Siapa yang telah menjadikan aku  maulanya,  maka  `Ali adalah maulanya65.
. adalah  diriwayatkan  bahawa terdapat para  sahabat  seperti
Anas  b.  Malik  dan  lain-lain   yang  enggan  memberi   penyaksian tersebut  di  mana  `Ali  a.s  berkata  kepadanya:  Kenapa  anda  tidak berdiri   bersama   sahabat-sahabat   Rasulullah  (s.`a.w.)   yang   lain untuk memberi penyaksian kepada apa yang telah anda dengari daripadanya di hari itu?

Dia menjawab:  Wahai Amir al-Mukminin,  aku telah tua dan pelupa pula.  Lantas `Ali a.s berkata: Jika anda  berbohong, nescaya Allah   akan mengenakan  anda   dengan   penyakit   keputihan  kulit yang  tidak  dapat  ditutupi  serban.   Dia tetap dengan  pendiriannya sehingga mukanya dihinggapi keputihan kanser.   Selepas itu dia berkata: Aku ditimpa penyakit ini disebabkan berkat doa hamba yang salih66 .
Di   sini   diperturunkan sebahagian dari   para   sahabat   yang melihat  sendiri  Rasulullah  (s.`a.w.)  dan mendengar  khutbah  beliau (s.`a.w.) di Ghadir Khum.  Kemudian memberi penyaksian mereka  di hadapan   Amir   al-Mukminin `Ali b. Abi Talib   di   Rahbah   seperti berikut:



1. Abu Zainab b. `Auf al-Ansari.

2. Abu `Umrah b. `Amru b. Muhsin al-Ansari.

3.  Abu  Fadalah  al-Ansari.  Beliau  mati  syahid  di  dalam peperanganSiffin  di  pihak Amir al-Mukminin `Ali a.s dan  terlibat  di dalam Peperangan Badr.

4. Abu Qudamah al-Ansari. Beliau mati syahid di dalam peperangan al-Siffin di pihak Amir al-Mukminin `Ali a.s.

5. Abu Laila al-Ansari.   Beliau mati syahid di dalam  peperangan al- Siffin di pihak Amir al-Mukminin `Ali a.s.

6. Abu Hurairah al-Dusi.





65  Ahmad  b.Hanbal,  al-Musnad , IV, hlm. 370;  Burhan  al-Din  al-Halabi,  Sirah al- Halabiah  , Cairo 1340 H, III, hlm. 302; al-Suyuti,  Tarikh al-Khulafa',  hlm. 65 dan lain-lain
66  Ibn Qutaibah,   Kitab al-Ma`arif ,  Baghdad 1959, hlm. 251;   Ibn `Asakir, Tarikh,
Damascus ,1949, III, hlm. 150; Syaikh Muhammad   al-Mar`i al-Amiri al-Antaki,  Li madha akhtartu madhhab Ahl al-Bait AS?, Syria 1402 H, hlm. 81-82. 


7. Abu al-Haitham    Ibn al-Taihan.    Beliau mati    syahid di dalapeperangan  al-Siffin  di pihak  Amir  al-Mukminin  `Ali  a.s.   dan terlibat dalam Peperangan Badr.
8. Thabit b. al-Wadi`ah al-Ansari al-Khazraji al-Madani.

9. Hubsyi b. Janadah al-Saluli.

10. Abu Ayyub Khalid al-Ansari. Beliau terlibat dalam   peperangan
Badr.
11.  Khuzaimah  b. Thabit  al-Ansari,  Dhu  al-Syahadataini.      Beliau mati   syahid   di dalam peperangan al-Siffin dan   terlibat   di dalam peperangan Badr.

12. Abu Syurah Khuwailid `Amru al-Khuza`i.  Wafat ketika berusia 68 tahun.

13. Zaid/Yazid b. Syarahil al-Ansari.

14. Sahal b. Hanif  al-Ansari al-Ausi.   Wafat ketika berusia 38 tahun dan terlibat di dalam peperangan Badr.

15. Abu Sa`id Sa`d b. Malik al-Khudri al-Ansari.

16. Abu `Abbas Sahl b. Sa`d al-Ansari.   Wafat ketika   berusia 


91
tahun. 

17. Amir b. Laila al-Ghaffari. 

18. `Abd al-Rahman b. Rabb al-Ansari. 

19. `Abdullah b. Thabit al-Ansari.  Khadam Rasulullah (s.`a.w.). 

20. `Ubaid b. `Azib al-Ansari. 

21. Abu Tarif `Adi b. Hatim. 

22. `Uqbah b. `Amir al-Jahani.     Beliau wafat   ketika berusia 
68
tahun. Dan di kalangan orang yang mati di pihak Mu`awiah.

23. Nahiyah b. `Amr al-Khuza`i.

24. Nu`man b. `Ajalan al-Ansari67.
`Ali  juga mengulangi   khutbah/hadis Ghadir Khum   pada   hari Peperangan Jamal tahun 36 H.  Beliau bertanya Talhah: Aku menyer anda, adakah anda mendengar Rasulullah (s.`a.w.) bersabda:   Siapa 
yang menjadikan  aku
 
  maula   nya, maka `Ali
 
  maula   nya. Wahai 

67  `Abbas Ahmad al-Amini al-Najafi, al Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab, Beirut 1977, I, hlm. 140-145. 


Tuhanku!  Hormatilah    orang   yang  mewalikannya  dan  tentangilah orang   yang memusuhinya?     Talhah   menjawab: Ya.   `Ali berkata: Kenapa   anda  memerangiku?    Talhah  menjawab:  Aku  tidak  ingat. Beliau  berkata: Talhah telah pergi darinya68
Amir al-Mukminin  mengulang  kembali  khutbah/hadis  Ghadir Khum  di Kufah  pada  tahun  36-37  H. di mana  sekumpulan  lelaki mengulangi   kembali hadis Ghadir al-Khum di hadapan Amir al- Mukminin `Ali69,. Begitu  juga  Fatimah al-Zahra, Hasan, Husain  dan sembilan para imam Ahl al-Bait Rasulullah (s.`a.w.) berhujah dengan hadis  al-Ghadir dan lain-lain,  seperti hadis al-Thaqalain, al-Safinah, al-Manzilah,    al-Tair,     al-Dar,  Madinah    al-`Ilm     dan     lain-lain. Semuanya menjelaskan kekdudukan kelebihan para imam dua belas. Adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa   Amir al- Mukminin   `Ali mempunyai  keilmuan  yang tinggi dan diakui   oleh Rasulullah  (s.`a.w.).     Rasulullah  (s.`a.w.)  bersabda:  "Aku  adalah bandar ilmu, `Ali adalah pintunya"70.
Ketinggian   ilmu  dan bahasa yang diucapkan   oleh  Amir  al-
Mukminin   `Ali   b.   Abi Talib terserlah   di   dalam   ucapan-ucapan beliu71
di mana  pada  suatu  hari beliau  diminta    oleh   sebahagian    para sahabatnya  supaya  memberitahu  mereka    tentang    keilmuannya. Amir al-Mukminin menjawab: Sesungguhnya ucapanku sukar dan menyukarkan    (Sa`bun   wa Mustas`abun)  di mana  ia tidak   akan difahami melainkan   oleh   orang   yang alim   (al-`Alimun   ).    Tetapi mereka  mendesak  beliau  supaya memberi suatu  ucapan  kata-kata hikmah   kepada     mereka.     Lalu  beliau   menjemput   mereka   ke rumahnya, kemudian   beliau   berucap: Akulah yang telah tinggi (`Alautu),   maka akulah   yang memaksa, (Qahartu); akulah yang menghidupkan  (Uhyi)  dan mematikan (Umitu), akulah yang pertama (al-Awwal)  dan    terakhir  (al-Akhir),  Zahir  (al-Zahir)  dan  batin  (al- Batin).  Lantas    mereka    memarahi  beliau  dan    berkata:    Beliau telahkafir  (kafara) lalu mereka berdiri untuk keluar  dari  rumahnya.
`Ali   a.s   berkata kepada pintu: Wahai pintu,   peganglah   mereka. Maka pintu itu tertutup dengan sendiri.   Beliau berkata: Tidakkah aku telah berkata kepada kalian bahawa ucapanku sukar dan menyukarkan, di mana ia tidak dapat difahami melainkan oleh orang yang alim?  Datang kemari, aku akan menjelaskannya kepada kalian.

Adapun   ucapanku: Akulah yang telah tinggi  (`Alautu),  maka akulah  yang  telah  memaksa (Qahartu), maka  akulah  yang  telah meninggikan   (Alautu)  kalian  dengan   pedangku   ini.     Maka  aku memaksa   (Qahartu)  kalian sehingga kalian beriman   kepada   Allah dan  Rasul-Nya.   Adapun  ucapanku:   Akulah  yang  menghidupkan


68 Al-Mas`udi, Muruj al-Dhahab, Cairo, 1345 H.,II, hlm. 11.

69 Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, I, hlm. 368
70  Al-Hakim,  al-Mustadrak  , III,  hlm.  126;  al-Khatib,  Tarikh  Baghdad,  II, hlm.  377;  Ibn  Hajr,  al- Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 37.
71 Lihat umpamanya Syarif Radi, Nahj al-Balaghah , Beirut 1973. 


(Uhyi) dan mematikan   (Umitu),  maka akulah yang menghidupkan (Uhyi)   Sunnah   dan mematikan (Umitu) bid`ah. Adapun ucapanku: Akulah yang pertama (al-Awwal), maka akulah orang   yang pertama (al-Awwal) beriman kepada Allah  dan  memeluk Islam.

Adapun ucapanku: Akulah orang yang terakhir (al-Akhir), maka akulah orang yang terakhir (al-Akhir) mengenakan pakaian ke   atas Nabi  (s.`a.w.)  dan  mengkafankannya.  Adapun    ucapanku:    Akulah zahir (al-Zahir)  dan  batin  (al-Batin), maka di sisi akulah ilmu zahir dan  batin.  Kemudian  para  sahabatnya  mengeluh  seraya  berkata: Anda   telah   menyelamatkan   kami   semoga   Allah   menyelamatkan anda72.

Jikalaulah sebahagian para sahabat Amir al-Mukminin `Ali a.s sukar     untuk  memahami  ucapan-ucapan  beliau,  orang-orang  di zaman kita   ini   lebih   sukar untuk memahaminya.     Justeru   itu mereka   melontarkan      kata-kata   kafir   kepada   Syi`ah   Amir   al- Mukminin   `Ali a.s pula dengan alasan Amir al-Mukminin `Ali tidak berkata    demikian.      Hanya  Syi`ah  `Ali  sahaja  yang  mengaitkan ucapan     tersebut  Perbezaannya   yang  pertama  (sebahagian  para sahabat `Ali a.s) mengkafirkan   `Ali   sendiri kerana ucapannya. Sementara  orang-orang  Islam tertentu di zaman ini, menafikan kata- kata    itu    dikaitkan    kepada    `Ali  a.s.    Sebaliknya  menyatakan bahawa    ucapan  tersebut    hanya    direka-reka  oleh  Syi`ah  (`Ali). Lantas   mereka mengkafirkan   Syi`ah.   Jikalaulah  mereka   benar- benar   mengetahui bahawa   ucapan   tersebut   datangnya daripada
`Ali   a.s   sendiri,  kemungkinan    mereka  akan  melakukan  perkara yang sama  sebagaimana yang  telah dilakukan oleh sebahagian para sahabat `Ali  terhadap beliau sendiri kerana mereka bukanlah terdiri daripada orang yang mempunyai   ilmu yang tinggi,   malah mereka hanya    dapat    memahami  sesuatu    secara  mendatar.    Meskipun begitu mereka adalah    sahabat Amir    al-Mukminin `Ali dan kemungkinan  di  kalangan  mereka     adalah     sahabat  Rasulullah (s.`a.w.) sendiri.

Di   sini   diperturunkan   nama-nama   perawi   khutbah/hadis Ghadir  Khum di kalangan para sahabat Rasulullah (s.`a.w.) tentang perlantikan `Ali sebagai khalifah secara langsung selepas Rasulullah (s.`a.w.)    sebagaimana sabdanya: "Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka `Ali adalah maulanya".   Dan nama-nama perawi tersebut telah  diriwayatkan oleh para ulama Ahl al-Sunnah di dalam buku-buku mereka seperti berikut:





72  Syaikh   al-Mufid,  al-Ikhtisas,   t.t.,   hlm. 163;   al-Majlisi,  Bihar al-Anwar, Tehran
1958, IX, hlm. 645; Lihat juga al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 292-293. 


1.  Abu Hurairah al-Dausi  (w. 57/58/59 H).   Diriwayatkan  oleh al- Khatib   al-Baghdadi   di dalam Tarikh Baghdad,   VII,  hlm. 290.  Al- Khawarizmi  di  dalam  Manaqibnya,  hlm.  130.  Ibn    Hajr  di  dalam Tahdhib al-Tahdhib, VII, hlm. 327.

2.  Abu Laila Al-Ansari (w. 37 H).  Diriwayatkan oleh  al-Khawarizmi, di   dalam Manaqibnya, hlm. 35.   Al-Suyuti   di   dalam   Tarikh al- Khulafa', hlm. 14.

3.  Abu  Zainab bin `Auf al-Ansari.   Diriwayatkan oleh  Ibn  al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307.  Ibn  Hajr  di dalam al-Isabah, III, hlm. 408.

4.   Abu   Fadhalah    al-Ansari,  sahabat  Nabi   (s.`a.w.)    di   dalam peperangan    Badr.    Di  antara  orang  yang    memberi    penyaksian kepada    `Ali    a.s    dengan  hadis  al-Ghadir    di    hari    Rahbah. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah,  III,
hlm. 307.

5.  Abu Qudamah al-Ansari.  Di antara orang yang menyahut seruan
`Ali a.s di hari Rahbah.  Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir  di  dalam Usd al-Ghabah, V, hlm. 276.

6.   Abu `Umrah bin `Umru bin Muhsin al-Ansri.   Diriwayatkan oleh Ibn   al-Athir   di dalam Usd al-Ghabah, III,   hlm.   307.    Di   antara yang  menjadi saksi kepada `Ali a.s di  hari  Rahbah  dengan hadis al- Ghadir.

7.   Abu l-Haitham  bin al-Taihan  meninggal  dunia di   dalam   pepe rangan al-Siffin tahun 37 H.   Diriwayatkan  oleh al-Qadhi   d dalam Tarikh Ali Muhammad, hlm. 62.

8.  Abu Rafi` al-Qibti, hamba Rasulullah (s.`a.w.).   Diriwayakan  oleh al-Khawarizmi  di dalam Maqtal dan   Abu   Bakr   al-Ja`abi di dalam Nakhbnya.

9.   Abu Dhuwaib Khuwailid atau Khalid bin Khalid bin Muhrith al- Hazali  wafat  di  dalam  pemerintahan  Khalifah  `Uthman. Diriwayatkan    oleh   Ibn `Uqdah  di dalam Hadith   al-Wilayah,   al- Khawrizmi di dalam Maqtal.

10.  Abu Bakr bin Abi Qahafah al-Taimi (w. 13  H).   Diriwayatka oleh Ibn Uqdah dengan sanad-sanadnya di dalam Hadith  al-Wlayah,  Abu Bakr  al-Ja`abi  di  dalam  al-Nakhb,  al-Mansur    al-Razi    di    dalam kitabnya Hadith  al-Ghadir,  Syamsuddin  al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna al-Matalib, hlm. 3 di antara perawi-perawi hadis al-Ghadir.

11.     Usamah     bin  Zaid  bin  al-Harithah   al-Kalbi   (w.  54     H). Diriwayatkan di dalam Hadith al-Wilayah dan Nakhb al-Manaqib. 




12.      `Ubayy   bin   Ka`ab   al-Ansari   al-Khazraji   (w.   30/32      H). Diriwayatkan   oleh   Abu Bakr al-Ja`bi dengan   sanad-sanadnya   di dalam Nakhb al-Manaqib.

13.  As`ad bin Zararah al-Ansari.  Diriwayatkan  oleh  Syamsuddin al- Jazari di dalam Asna al-Matalib, hlm. 4.

14.     Asma`  binti  `Umais  al-Khath`amiyyah.     Diriwayatkan   oleh
Ibn`Uqdah dengan sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wilayah
5.    Umm    Salmah  isteri  Nabi  (s.`a.w.).      Diriwayatkan    oleh    al- Qunduzi l-Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 40.

16.   Umm Hani` binti Abi Talib.   Diriwayatkan  oleh al-Qunduzi   l- Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 40 dan Ibn   `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah dengan sanad-sanadnya.

17.   Abu Hamzah Anas bin Malik al-Ansari al-Khazraji hamba Rasulullah  (s.`a.w.)  (w.  93  H).     Diriwayatkan  oleh  al-Khatib  al- Baghdadi di dalam Tarikhnya, VII, hlm. 377; Ibn Qutaibah  di dalam al-Ma`arif, hlm. 291; al-Suyuti di dalam  Tarikh al-Khulafa', hlm.114.

18.  Al-Barra' bin `Azib al-Ansari al-Ausi (w. 72 H).  Diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, IV, hlm.  281,Ibn Majah di dalam Sunan, I, hlm. 28-29.

19.     Baridah   bin  al-Hasib     Abu  Sahl   al-Aslami      (w.  63  H). Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak, III, hlm. 110; al-- Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa', hlm. 114.

20.   Abu Sa`id Thabit bin Wadi`ah al-Ansari al-Khazraji   al-Madani. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd  al-Ghabah,
III, hlm. 307.

21.   Jabir  bin  Samurah  bin  Janadah  Abu  Sulaiman  al-Sawa`i  (w.
70H).    Diriwayatkan  oleh  al-Muttaqi  al-Hindi  di  dalam  Kanz  al-
`Ummal, VI, hlm. 398.

22.   Jabir bin `Abdullah  al-Ansari  (w. 73/74/78  H).   Diriwayatkan oleh Ibn `Abd  al-Birr  di dalam  al-Isti`ab, II, hlm. 473;  Ibn Hajr  di dalam Tahdhib al-Tahdhib, V, hlm. 337.

23.   Jabalah bin   `Amru al-Ansari.   Diriwayatkan oleh   Ibn `Uqdah dengan sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wilayah.

24.      Jubair   bin   Mut`am   bin   `Adi   al-Qurasyi   al-Naufali      (w.
57/58/59H).   Diriwayatkan   oleh   al-Qunduzi   al-Hanafi   di dalam
Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 31, 336. 




25. Jarir bin `Abdullah bin Jabir al-Bajali (w. 51/54 H).  Diriwayatkan oleh al-Haithami di dalam Majma` al-Zawa'id ,  IX,hlm. 106.

26.  Abu Dhar Jundab Janadah al-Ghaffari (w. 31 H).  Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah;   Syamsuddin   al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib, hlm. 4.

27.   Abu Junaidah Janda`   bin `Amru   bin   Mazin al-Ansari.   Diri- wayatkan  oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, I,  hlm.308.

28.   Hubbah bin Juwain Abu Qudamah al-`Arani (w. 76-79 H). Diriwayatkan  oleh al-Haithami di dalam Majma`  al-Zawa'id,  IX,hlm.
103;   al-Khatib  al-Baghdadi  di dalam   Tarikh   Baghdad,  VIII, hlm.
276.

29.  Hubsyi bin Janadah al-Jaluli. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam   Usd al-Ghabah, III, hlm. 307; V,   hlm.   203;   Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, V, hlm. 211.

30.  Habib bin Badil  bin Waraqa` al-Khaza`i.  Diriwayatkan  oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, I, hlm. 368; Ibn  Hajr di dalam al- Isabah, I, hlm. 304.

31.    Huzaifah    bin  Usyad  Abu  Sarihah  al-Ghaffari    (w.    40/42
H).diriwayatkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi, di dalam Yanabi` al- Mawaddah, hlm. 38.

32.  Huzaifah bin al-Yamani (w. 36 H). Diriwayatkan oleh Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib, hlm. 40.

33.   Hasan bin Thabit.   Salah seorang penyair al-Ghadir pada abad pertama hijrah.

34.    Imam    Mujtaba    Hasan  bin  `Ali  a.s.      Diriwayatkan    oleh Ibn`Uqdah  di dalam Hadith al-Wilayah dan Abu Bakr al-Ja`abi   di dalam al-Nakhb.

35.   Imam Husain bin `Ali a.s.   Diriwayatkan oleh Abu   Nu`aim   di dalam Hilyah al-Auliya', IX, hlm. 9.

36.   Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari (w. 50/51/52   H). Diriwayatkan    oleh Muhibbuddin  al-Tabari  di dalam  al-Riyadh   al- Nadhirah, I, hlm. 169; Ibn al-Athir di dalam Usd  al-Ghabah,V, hlm. 6 dan lain-lain.

37.   Abu Sulaiman Khalid bin al-Walid al-Mughirah al-Makhzumi (w.21/22  H).    Diriwayatkan  oleh  Abu  Bakr  al-Ja`abi  di  dalam  al- Nakhb. 




38.  Khuzaimah  bin Thabit al-Ansari Dhu al-Syahadataini  (w.  37H). Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd  al-Ghabah,III, hlm. 307 dan lain-lain.

39.   Abu   Syuraih Khuwailid Ibn `Umru al-Khaza`i (w. 68   H).    Di antara orang yang menyaksikan Amiru l-Mukminin dengan hadith
al-Ghadir.

40.   Rifalah  bin `Abd  al-Mundhir  al-Ansari.  Diriwayatkan  oleh Ibn
`Uqdah dengan sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wilayah.

41.   Zubair bin al-`Awwam al-Qurasyi (w. 36 H). Diriwayatkan  oleh
Syamsuddin  al-Jazari  al-Syafi`i di dalam  Asna  l-Matalib, hlm. 3.

42.      Zaid      bin   Arqam   al-Ansari   al-Khazraji   (w.   66/68      H). Diriwayatkan  oleh  Ahmad  bin  Hanbal  di  dalam  Musnadnya,  IV, hlm.368 dan lain-lain.

43.   Abu   Sa`id Zaid bin Thabit (w. 45/48 H).   Diriwayatkan   oleh Syamsuddin  al-Jazari  al-Syafi`i di dalam  Asna  l-Matalib,hlm. 4 dan lain-lain.

44.   Zaid Yazid bin   Syarahil al-Ansari.    Diriwayatkan oleh   Ibn al- Athir   di dalam Usd al-Ghabah, II, hlm. 233; Ibn Hajr   di dalam al- Isabah, I, hlm. 567 dan lain-lain.

45.   Zaid bin `Abdullah  al-Ansari.   Diriwayatkan  oleh Ibn   `Uqdah dengan sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wilayah.

46.  Abu Ishak Sa`d bin Abi Waqqas (w. 54/56/58 H).  Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak , III, hlm. 116 dan lain-lain.

47.   Sa`d bin Janadah al-`Aufi bapa kepada `Atiyyah al-`Aufi. Diriwayatkan  oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah ,  dan lain- lain.

48.      Sa`d   bin   `Ubadah   al-Ansari   al-Khazraji   (w.   14/15      H). Diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Ja`abi di dalam Nakhb.

49.  Abu Sa`id Sa`d  bin Malik al-Ansari al-Khudri  (w.  63/64/65H). Diriwayatkan  oleh al-Khawarizmi di  dalam  Manaqibnya, hlm. 8; Ibn Kathir di dalam Tafsirnya, II, hlm. 14 dan lain-lain.

50.  Sa`id bin Zaid al-Qurasyi `Adwi (w. 50/51  H).  Diriwayatkan oleh
Ibn al-Maghazili di dalam Manaqibnya. 


51.   Sa`id bin Sa`d bin `Ubadah  al-Ansari.   Diriwayatkan  oleh Ibn
`Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

52.   Abu   `Abdullah Salman al-Farisi (w. 36/37   H).   Diriwayatkan oleh  Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna  l-Matalib, hlm. 4 dan lain-lain.

53.  Abu Muslim Salmah  bin `Umru bin al-Akwa` al-Islami  (w.  74H). Diriwayatkan  oleh  Ibn  `Uqdah  dengan    sanad-sanadnya    didalam Hadith al-Wilayah.

54.   Abu  Sulaiman  Samurah  bin  Jundab  al-Fazari  (w.   58/59/60
H).Diriwayatkan  oleh Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di  dalam Asna l-Matalib, hlm. 4 dan lain-lain.

55.  Sahal  bin Hanif al-Ansari al-Awsi (w. 38  H).  Diriwayatkan  oleh Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna  l-Matalib, hlm. 4 dan lain-lain.

56.  Abu `Abbas Sahal   bin Sa`d al-Ansari   al-Khazraji   al-Sa`idi (w.
91 H).   Diriwayatkan oleh al-Qunduzi l-Hanafi di   dalam Yanabi` al- Mawaddah, hlm. 38 dan lain-lain.

57.     Abu  Imamah   al-Sadiq   Ibn  `Ajalan   al-Bahili   (w.  86     H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

58.   Dhamirah   al-Asadi.   Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah   di   dalam
Hadith al-Wilayah.

59.  Talhah bin `Ubaidillah al-Tamimi wafat pada tahun 35  Hijrah di dalam Perang Jamal. Diriwayatkan  oleh al-Mas`udi  di dalam Muruj al-Dhahab,  II, hlm. 11;   al-Hakim di dalam   al-Mustadrak,  III, hlm.
171 dan lain-lain.

60.   `Amir bin `Umair  al-Namiri.   Diriwayatkan  oleh Ibn   Hajr   di dalam al-Isabah, II, hlm. 255.

61.  `Amir bin Laila bin Dhumrah.  Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 92 dan lain-lain.

62.  `Amir bin Laila al-Ghaffari.  Diriwayatkan oleh Ibn Hajr  di dalam
al-Isabah, II, hlm. 257 dan lain-lain.

63.   Abu Tufail `Amir bin Wathilah.   Diriwayatkan oleh   Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, I, hlm. 118; al-Turmudhi di dalam Sahihnya, II, hlm. 298 dan lain-lain.

64.   `Aisyah   binti   Abu   Bakr   bin   Abi   Qahafah,   isteri     Nabi
(s.`a.w.).  Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah. 




65.   `Abbas   bin `Abdu l-Muttalib bin Hasyim   bapa   saudara   Nabi
(s.`a.w.).  Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

66.  `Abdu al-Rahman   bin `Abd Rabb al-Ansari.   Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307; Ibn Hajr di dalam al-Isabah, II, hlm. 408 dan lain-lain.

67.   Abu  Muhammad  bin  `Abdu  al-Rahman  bin  Auf  al-Qurasyi  al Zuhri (w.   31   H).    Diriwayatkan  oleh   Syamsuddin   al-Jazari   al- Syafi`i di dalam Asna al-Matalib, hlm. 3 dan lain-lain.

68.   `Abdu al-Rahman  bin Ya`mur al-Daili.   Diriwayatkan  oleh Ibn
`Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah dan lain-lain.

69.   `Abdullah   bin   Abi `Abd al-Asad   al-Makhzumi.   Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

70.   `Abdullah bin Badil bin Warqa' Sayyid Khuza`ah. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

71.  `Abdullah bin Basyir al-Mazini. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

72.  `Abdullah bin Thabit al-Ansari.   Diriwayatkan oleh   al-Qadhi di dalam Tarikh Ali Muhammad, hlm. 67.

?73.   `Abdullah   bin   Ja`far bin Abi Talib al-Hasyim   (w.   80   H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

74.   `Abdullah   bin Hantab al-Qurasyi   al-Makhzumi.   Diriwayatkan oleh al-Suyuti di dalam Ihya' al-Mayyit.

75.   `Abdullah  bin Rabi`ah.   Diriwayatkan  oleh   al-Khawarizmi    di dalam Maqtalnya.

76.  `Abdullah bin `Abbas (w. 68 H).  Diriwayatkan oleh al-Nasa`I di dalam al-Khasa`is, hlm. 7 dan lain-lain.

77.   `Abdullah   bin Ubayy Aufa `Alqamah al-Aslami (w.   86/87   H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

78.  Abu `Abd al-Rahman `Abdullah   bin  `Umar   bin al-Khattab al-
`Adawi (w. 72/73 H).  Diriwayatkan oleh al-Haithami di dalam Majma`
al-Zawa'id, IX, hlm. 106 dan lain-lain.

79.     Abu  `Abdu  al-Rahman  `Abdullah  bin  Mas`ud  al-Hazali  (w.
32/33H).     Diriwayatkan    oleh   al-Suyuti   di   dalam   al-Durr   al- Manthur, II, hlm. 298 dan lain-lain. 




80.  `Abdullah bin Yamil. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 274;  Ibn Hajr di dalam   al-Isabah, II, hlm. 382 dan lain-lain.

81.  `Uthman bin `Affan (w. 35 H).  Diriwayatkan oleh Ibn  `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah dan lain-lain.



82.  `Ubaid bin `Azib al-Ansari, saudara al-Bara' bin  `Azib.  Di antara orang   yang membuat penyaksian kepada   `Ali   a.s   di Rahbah. Diriwayatkan   oleh Ibn al-Athir di   dalam   Usd  al-Ghabah,  III, hlm.
307.

83.   Abu Tarif `Adi bin Hatim (w. 68 H).   Diriwayatkan   oleh   al- Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 38  dan lain- lain.

84.   `Atiyyah  bin Basr al-Mazini.  Diriwayatkan  oleh Ibn `Uqdah  di dalam Hadith al-Wilayah.

85.   `Uqbah bin `Amir al-Jauhani.   Diriwayatkan  oleh   al-Qadhi di dalam Tarikh Ali Muhammad, hlm. 68.

86.   Amiru  l-Mukminin  `Ali bin Abi Talib a.s.   Diriwayatkan   oleh Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, I, hlm. 152; al-Haithami  di dalam Majma` al-Zawa'id, IX, hlm. 107;  al-Suyuti  di dalam Tarikh al- Khulafa', hlm. 114; Ibn Hajr di dalam  Tahdhib  al-Tahdhib, VII, hlm.
337; Ibn Kathir di  dalam  al-Bidayah wa al-Nihayah, V, hlm. 211 dan lain-lain.

87.   Abu   Yaqzan `Ammar bin Yasir (w. 37   H).   Diriwayatkan   oleh Syamsuddin  al-Jazari al-Syafi`i di dalam  Asna  al-Matalib,hlm. 4 dan lain-lain.

88.   `Ammarah al-Khazraji al-Ansari. Diriwayatkan oleh al-Haithami di dalam Majma` al-Zawa'id, IX, hlm. 107 dan lain-lain.

89.  `Umar bin Abi Salmah bin `Abd al-Asad al-Makhzumi (w. 83 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

90.  `Umar bin al-Khattab (w. 23 H). Diriwayatkan oleh  Muhibbuddin al-Tabari di dalam al-Riyadh al-Nadhirah, II, hlm.  161; Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, VII, hlm.  349 dan lain-lain.

91.  Abu Najid `Umran bin Hasin al-Khuza`i (w. 52 H).  Diriwayatkan oleh syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna  al-Matalib, hlm. 4 dan lain-lain. 


92.   `Amru bin al-Humq al-Khuza`i  al-Kufi (w. 50 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

93.   `Amru   bin   Syarhabil.     Diriwayatkan  oleh al-Khawarizmi  di dalam Maqtalnya.

94.  `Amru bin al-`Asi.  Diriwayatkan oleh Ibn Qutaibah di dalam al- Imamah wa al-Siyasah, hlm. 93 dan lain-lain.

95.  `Amru bin Murrah al-Juhani Abu Talhah atau Abu Maryam. Diri- wayatkan  oleh al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz  al-`Ummal, VI, hlm.
154 dan lain-lain.

96.  Al-Siddiqah Fatimah binti Nabi (s.`a.w.).   Diriwayatkan oleh Ibn
`Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah dan lain-lain.

97.   Fatimah binti Hamzah bin `Abdu l-Muttalib. Diriwayatkan oleh
Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

98.  Qais bin Thabit bin Syamas al-Ansari. Diriwayatkan oleh  Ibn al- Athir   di dalam Usd al-Ghabah, I, hlm. 368;   Ibn Hajr   di dalam al- Isabah, I, hlm. 305 dan lain-lain.

99.   Qais bin Sa`d bin `Ubadah al-Ansari al-Khazraji.   Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

100. Abu Muhammad  Ka`ab bin `Ajrah al-Ansari  al-Madani  (w. 51
H).Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

101. Abu Sulaiman  Malik   bin   al-Huwairath  al-Laithi   (w. 84   H). Diriwayatkan  oleh  al-Suyuti di dalam  Tarikh  al-Khulafa', hlm. 114 dan lain-lain.

102. Al-Miqdad bin `Amru al-Kindi al-Zuhri (w. 33 H).  Diriwayatkan oleh  Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah  dan  lain-lain.

103. Najiah bin `Amru al-Khuza`i.   Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, V, hlm. 6;  Ibn Hajr di  dalam   al-Isabah, III, hlm. 542 dan lain-lain.

104.  Abu  Barzah  Fadhlah     bin     `Utbah  al-Aslami   (w.  65  H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

105.  Na'mar  bin  `Ajalan  al-Ansari.  Diriwayatkan  oleh  al-Qadhi    di dalam Tarikh Ali Muhammad, hlm. 68 dan lain-lain.

106. Hasyim al-Mirqal Ibn `Utbah  bin Abi Waqqas al-Zuhri (w.  37H). Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd  al-Ghabah, I, hlm. 366; Ibn Hajr di dalam    al-Isabah, I, hlm. 305. 




107.  Abu  Wasmah  Wahsyiy  bin  Harb  al-Habsyi  al-Hamsi. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

108.  Wahab  bin  Hamzah.  Diriwayatkan  oleh  al-Khawarizmi  pada
Fasal Keempat di dalam Maqtalnya.

109. Abu Juhaifah Wahab bin `Abdullah al-Suwa'i (w. 74 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.

110. Abu Murazim Ya'li   bin   Murrah bin   Wahab al-Thaqafi. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah , II,  hlm.233; Ibn Hajr di dalam al-Isabah , III, hlm. 54273.
Demikianlah  dikemukakan  kepada  kalian  110  perawi-perawi hadis   al-Ghadir   di kalangan para sahabat   mengenai   perlantikan
`Ali `a.s sebagai imam/khalifah secara langsung selepas   Rasulullah
(s.`a.w.), oleh ulama kita Ahl al-Sunnah di dalam  buku-buku mereka. Oleh itu ianya sudah mencapai ke peringkat   kemutawatirannya. Kemudian  diikuti  pula  oleh  84  perawi-perawi  dari  golongan  para Tabi`in yang meriwayatkan hadis al-Ghadir serta 360  perawi-perawi di  kalangan para ulama Sunnah  yang  meriwayatkan  hadis tersebut di dalam  buku-buku  mereka.   Malah  terdapat  26   pengarang  dari kalangan  para ulama  Ahl al-Sunnah  yang  mengarang    buku-buku tentang hadis al-Ghadi74.

Kesimpulan



Khutbah  /Hadis  Rasulullah  (s.`a.w.)  di  Ghadir  Khum  pada
18hb.  Dhu     l-Hijjah  tahun  10  Hijrah  telah  memusatkan kepemimpinan      umat  kepada      dua  belas  imam/khalifah. Kemungkinan   "keadaan       tertentu"   tidak      membenarkan       ia didedahkan secara menyeluruh   kepada   umum   dengan   berbagai- bagai alasan.  Meskipun begitu  setiap  individu "bebas" mempunyai pendapatnya  yang tersendiri bagi menerima   atau menolak   mana- mana    hadis  yang  kurang    sesuai    dengan    fahamannya  dengan alasan akademik yang mendalam. Meskipun begitu, dia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T.












73   al-Ghadir,  I,  hlm.14-158.

74 Ibid. 






































































37

Tidak ada komentar:

Posting Komentar