Seorang pemuda yang telah meninggal
dunia telah datang menemui Tsabit Al Banani di dalam tidurnya. Rohnya datang
dalam keadaan berserabut, wajahnya pucat lesi, cemas dan gundah gulana. Tsabit
dapat melihat di dalam tidurnya itu, pemuda tersebut berjalan dengan tangan
kosong sambil air matanya mengalir. Dalam masa yang sama dia melihat semua ahli
kubur yang lain memakai pakaian putih bersih serta membawa makanan beraneka
macam.
Tsabit pun bertanya mengapakah
keadaannya demikian. Pemuda itu berkata bahawa tidak ada seorang pun di dunia
yang mahu mendoakan serta bersedekah untuknya. Sedangkan ahli-ahli kubur yang
lain mempunyai keluarga dan sanak saudara yang sering berdoa dan bersedekah
untuk mereka pada setiap malam Jumaat.
Ibunya masih hidup, tetapi setelah
berkahwin lagi, ibunya lupa untuk berdoa dan bersedekah untuknya. "Kini
aku telah berputus asa dan sentiasa sedih lagi cemas sepanjang masa," kata
pemuda itu. Tsabit pun bertanya tentang ibunya dan di mana dia tinggal serta
berjanji akan menceritakan keadaan pemuda itu kepadanya. " Katakan bahawa
di dalam bajunya ada wang seratus misgal warisan ayahku. Wang itu adalah
kepunyaanku. Nanti dia akan percaya terhadap apa yang tuan ceritakan."
Setelah terjaga, Al Banani terus
mencari ibu pemuda itu dan menceritakan kisahnya. Ibu itu jatuh pengsan apabila
mendengar kesusahan yang menimpa anaknya. Bila sedar, dia memberikan wang
sebanyak 100 misgal tersebut kepada Al Banani untuk disedekahkan dengan
diniatkan pahalanya untuk roh anaknya.
Sekali lagi roh pemuda itu datang
berjumpa Al Banani di dalam mimpinya. Wajahnya berseri-seri penuh kegembiraan.
Kata pemuda "Wahai Imam Muslimin, mudah-mudahan Allah mengasihani engkau
sebagaimana engkau mengasihani aku."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar