Rahasia hari Lahir & Tabiat
Wanita Menurut Tajul Muluk
Tajul Muluk, begitu sinonim dalam astrologi zaman silam,
khususnya dalam masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi,
hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab
Tajul Muluk yang pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari. Namun
cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yang arif mengenainya. Ia
adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai
kepercayaan 100%.
Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita
dalam seminggu hari kelahiran mereka.
SENIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah panik atau gegabah, berhati-hati,
tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan bergaul. Banyak orang dari
berbagai kalangan menyukainya tak perduli pria ataupun wanita. Dia juga mudah
memberi pertolongan, cerdas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan
keuangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mau mengaku
kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan segenap kesetiaan
dan bersedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya
pandai mencari tempat rangsangannya.
SELASA
Tabiat wanita ini cenderung kurang setia. Namun pertuturannya lembut dan
pandai mengambil hati. Apabila tidak menyukai seseorang, ia sentiasa mencari
kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah
dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang
tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah
terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal
keuangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada
tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam
banyak perkara.
RABU
Pendendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat
lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati
dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri.
Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam
bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan
tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan
hatinya. Dalam soal keuangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan
duit.Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya
tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.
KAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, bicaranya kasar, ambisius, juga
agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja,
bercita-cita tinggi. Mudah terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada
kekasih atau suami. Namun walaupun begitu ternyata dia tak mudah jatuh cinta,
suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya
dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai
mengurus dan merancang keuangan. Pada awal pernikahan, tunduk pada suami, akan
berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai
mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.
JUMAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.Bangga diri,
suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang
merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka
mengaku kesalahan sendiri.Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai
simpan wang.Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak
telus.Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi
apabila dingin tak suka dipaksa.
SABTU
Pecemburu, gila harta, tak gemar dengan anak-anak, suka bersilat lidah. Namun
pendiriannya tegas, pemikirannya cerdas, teliti dalam banyak hal. Tidak
pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila
bercinta,suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai
berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut
perintah suami. Seksualnya agak dingin,tetapi apabila bermula, seksnya kuat
dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.
MINGGU
Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya suka akan kemewahan dan
menunjuk2 diri. Apabila sudah bersuami maka ia akan taat pada suaminya namun
suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dinasihati,
mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang
mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja
jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak
mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi
apabila tak dapat kepuasan, ia akan mencari jalan lain
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar