Total Tayangan Halaman

Minggu, 12 Juli 2015

KITAB USULUL KAAFI BAB 62- 80


Bab 62

Perkara-Perkara Yang Mewajibkan Hujjah Seorang Imam A.S (al-Umuur al-Lati tujibu hujjata al-Imam a.s)

(315)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Nasr berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s: Apabila seorang imam mati, maka dengan apakah beliau mengetahui seorang imam selepasnya? Beliau a.s telah berkata: Imam mempunyai beberapa alamat, antaranya: Beliau adalah anak lelaki yang paling tua, mempunyai kelebihan dan wasiat. Justeru, mereka yang musafir akan berkata: Kepada siapakah polan telah memberi wasiat? Maka ia dijawab: Kepada polan dan senjata pada kami sepertilah kedudukan tabut pada Bani Israel, justeru, imamah adalah bersama senjata di mana ia berada"

(316)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Yazid Syi'r, daripada Harun bin Hamzah, daripada 'Abd al-A'la berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Apakah hujah ke atas orang yang mendakwa [imamah] di dalam perkara ini? Beliau a.s telah berkata: Beliau mesti ditanya tentang halal dan haram. Perawi telah berkata: Beliau a.s telah datang kepadaku dan berkata: Tiga hujah yang tidak akan berhimpun pada seseorang melainkan beliau adalah pemilik yang sah di dalam perkara ini. Beliau hendaklah menjadi orang yang paling layak selepas orang sebelumnya. Beliau mempunyai senjata [Rasulullah s.a.w] di sisinya. Beliau hendaklah mempunyai wasiat pada zahir. Apabila anda mendatangi satu bandar, orang ramai dan kanak-kanak akan bertanya: Kepada siapakah polan telah melantik penggantinya? Mereka akan berkata: Kepada polan bin polan.

(317)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Hisyam bin Salim dan daripada Hafs bin al-Bakhtari, daripada Abu Abdillah a.s berkata: Ada orang berkata kepadanya: Dengan apakah seorang imam diketahui? Beliau a.s telah berkata: Dengan wasiat yang zahir dan kelebihan. Justeru, tiada seorangpun dapat mencari kesalahannya sama ada pada mulut, perut atau kemaluannya sehingga beliau berkata: Beliau adalah seorang pembohong, memakan harta orang ramai dan seumpamanya.

(318)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Isma'il, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Mu'awiyah bin Wahab berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja'far a.s: Apakah alamat seorang imam selepas seorang imam? Beliau a.s telah berkata: Kesucian kelahiran (taharah al-Wiladah), didikan yang baik, tidak membuat sesuatu tanpa tujuan dan tidak membuat sesuatu untuk bermain-main"

(319)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Ahmad bin Umar, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang bukti pemilik urusan ini, maka beliau a.s telah berkata: Bukti ke atasnya: Umur, kelebihan dan wasiat. Jika mereka yang musafir memasuki satu bandar, maka mereka telah berkata: Kepada siapakah polan telah melantik penggantinya? Akan dijawab: Polan bin polan dan pergilah bersama senjata di mana ia pergi. Adapun orang yang hanya memberi jawapan sahaja, maka beliau bukanlah Hujjah.

(320)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Ahmad, daripada Abi Yahya al-Wasiti, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Abdillah a.s [berkata]: Urusan (imamah) kepada yang berumur selama beliau tidak ada kecacatan.

(321)-7. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abu Basir berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s : Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, dengan apakah seorang imam diketahui? Beliua telah berkata: Maka beliau a.s telah berkata: Dengan beberapa sifat keistimewaan: Pertamanya, ia telah datang daripada bapanya secara isyarat kepadanya supaya ia menjadi Hujjah ke atas mereka. Kedua: [Jika] beliau ditanya, beliau akan menjawabnya. Jika beliau tidak ditanya, beliau akan memulakannya. Ketiga: Beliau akan memberitahu apa yang akan berlaku besok. Keempat: Beliau boleh bercakap kepada manusia dengan bahasa mereka (bi-kulli lisan). Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Abu Muhammad, aku akan memberi satu alamat sebelum anda berdiri. Tidak lama selepas itu, seorang lelaki daripada penduduk Khurasan telah datang kepada kami, maka lelaki itu telah bercakap kepadanya di dalam bahasa Arab, lalu Abu al-Hasan a.s telah menjawabnya di dalam bahasa Farsi. Lelaki dari Khurasan itu telah berkata kepadanya: Demi Allah, apakah yang menghalang aku dari bercakap di dalam dialek Khurasan, tetapi aku menyangka bahawa anda tidak mengetahuinya dengan baik.
Maka beliau a.s telah berkata: Subhana llah! Jika aku tidak dapat menjawab anda dengan baik, maka apakah kelebihan aku ke atas anda? Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Abu Muhammad, tiada percakapan seorang manusia atau seekor burung atau seekor binatang atau sesuatu yang ada nyawa tersembunyi daripada seorang imam. Justeru, sesiapa yang tidak mempunyai sifat-sifat ini, maka beliau bukanlah seorang imam".

Bab 63

Penerusan Imamah Pada Keturunan Dan Sesungguhnya Ia Tidak Biasa Berlaku Kepada Saudara Lelaki, Tidak Kepada Bapa Saudara Sebelah Bapa Atau Mana-Mana Keluarga Selain Daripada Mereka (thabat al-Aimmatu fi- al-A'qaab wa-anna-ha la ta'awwadu fi akhin wa-la 'Ammin wa-la ghairi-hima min al-Qaraabaat)

(322)-1. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada al-Husain bin Thuwair bin Abi Fakhitah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Imamah pada dua orang saudara lelaki tidak biasa berlaku selepas al-Hasan dan al-Husain selama-lamanya. Sesungguhnya ia telah berlaku daripada Ali bin al-Husain a.s sebagaimana firman Allah: "Mereka yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang bukan kerabat) di dalam Kitab Allah" Justeru, [imamah] tidak berlaku selepas Ali bin al-Husain a.s melainkan pada keturunan dan keturunan selepas keturunannya.

(323)-2. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid, daripada Yunus bin Ya'qub, daripada Abu Abdillah a.s bahawa sesungguhnya beliau telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya Allah enggan menjadikan imamah untuk dua saudara lelaki selepas al-Hasan dan al-Husain a.s.

(324)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Isma'il bin Bazi', daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s bahawa beliau a.s ditanya: Bolehkah imamah pada bapa saudara sebelah bapa atau bapa saudara sebelah ibu? Beliau a.s telah berkata: Tidak, maka aku telah berkata: Bolehkah ia [berlaku] pada saudara lelaki? Beliau a.s telah berkata: Tidak, aku telah berkata: Kepada siapa? Beliau a.s telah berkata: Kepada anak-anak lelakiku-Pada masa itu beliau tidak mempunyai anak lelaki.

(325)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada 'Abd al-Rahman bin Abi Najran, daripada Sulaiman bin Ja'far al-Ja'fari, daripada Hammad bin Isa, daripada Abu Abdillah a.s bahawa beliau a.s telah berkata: Imamah tidak akan berhimpun pada dua orang saudara lelaki selepas al-Hasan dan al-Husain. Sesungguhnya ia berlaku pada keturunan dan keturunan selepasnya.

(326)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibn Abi Najran, daripada Isa bin Abdullah bin Umar bin Ali bin Abu Talib a.s, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Jika sesuatu berlaku kepada anda dan mudah-mudahan Allah tidak memperlihatkannya kepadaku, maka siapakah yang aku akan ikuti? Lantas beliau a.s memberi isyarat kepada anak lelakinya Musa. Aku telah berkata: Jika berlaku sesuatu kepada Musa, siapakah yang aku akan ikuti? Beliau a.s telah berkata: Anak lelakinya. Jika berlaku sesuatu kepada anak lelakinya dan beliau telah meninggalkan saudara lelaki yang tua atau anak lelaki yang masih kecil, siapakah yang aku akan ikuti? Beliau a.s telah berkata: Anak lelakinya, seorang demi seorang. Dan mengikut naskhah al-Safwani "beginilah seterusnya sehingga ke akhirnya".

Bab 64

Apa Yang Dinaskan Oleh Allah A.W Dan Rasul-Nya Ke Atas Para Imam A.S Seorang Selepas Seorang (ma nassa llahu wa rasulu-hu 'ala al-Aimmati a.s waahidan fa-waahidan)

(327)-1. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus dan Ali bin Muhammad, daripada Sahl Ibn Ziyad Abi Sa'id, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan Uli l-Amri di antara kamu" Maka beliau a.s telah berkata: Ayat ini telah diturunkan kepada Ali bin Abu Talib, al-Hasan dan al-Husain a.s. Aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya orang ramai telah berkata: Kenapakah Dia tidak menamakan Ali dan Ahlu l-Baitnya di dalam Kitab Allah a.w? Maka beliau a.s telah berkata: Katakanlah kepada mereka: Sesungguhnya sembahyang (al-Salat) telah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w, tetapi Allah tidak menentukan tiga atau empat [rakaat] sehingga Rasulullah s.a.w telah mentafsirkannya untuk mereka.
Zakat telah diturunkan kepadanya, tetapi Dia tidak menamakan untuk mereka setiap empat puluh dirham adalah satu dirham (zakat) sehingga Rasulullah s.a.w yang mantafsirkannya untuk mereka. Begitu juga haji telah diturunkan, tetapi Dia tidak berfirman kepada mereka: Tawaflah selama satu minggu sehingga Rasulullah s.a.w mentafsirkannya untuk mereka. Dan telah turun firman-Nya: "Taatilah Allah dan taatilah rasul-Nya dan uli l-Amri di antara kamu" -maka ia telah turun pada Ali, al-Hasan dan al-Husain- maka Rasulullah s.a.w telah bersabda pada Ali: "Siapa yang aku menjadi maula-nya, maka Ali adalah maulanya" Dan baginda s.a.w telah bersabda: Aku mewasiatkan kepada kamu dengan Kitab Allah dan keluargaku".
Sesungguhnya aku telah memohon kepada Allah a.w supaya tidak memisahkan di antara kedua-duanya sehingga kedua-duanya di bentangkan kepadaku di Haudh (kolam), maka Dia telah memberikan kepadaku ini dan bersabda: Janganlah kamu mengajar mereka kerana mereka lebih mengetahui daripada kamu. Dan baginda s.a.w telah bersabda lagi: Sesungguhnya mereka tidak akan mengeluarkan kamu dari pintu petunjuk dan mereka tidak akan memasukkan kamu pada pintu kesesatan.
Jika Rasulullah s.a.w tidak menerangkan siapakah keluarganya (Ahlu l-Bait), nescaya keluarga polan dan keluarga polan akan mendakwanya untuk mereka, tetapi Allah a.w telah menurunkannya di dalam Kitab-Nya untuk menyokong Nabi-Nya: "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai Ahlu l-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya" Maka Rasulullah s.a.w telah memasukkan Ali, al-Hasan, al-Husain dan Fatimah a.s di bawah al-Kisaa' (kain berwarna hitam) di rumah Umm Salmah. Kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya setiap nabi mempunyai ahlan (keluarga) dan thiqalan (perkara yang berharga).
Mereka adalah ahli dan thiqali. Umm Salmah telah berkata: Tidakkah aku daripada keluargamu? Maka baginda s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya anda di dalam kebaikan, tetapi mereka adalah keluargaku dan perkara yang berhargaku. Apabila Rasulullah s.a.w telah mati, Ali adalah orang yang paling layak di kalangan orang ramai kerana Rasulullah s.a.w telah menyampaikan [kebaikan] tentang dirinya dengan banyak. Justeru, baginda s.a.w telah membuatnya berdiri teguh di hadapan orang ramai dan memegang tangannya.
Apabila Ali mati, maka beliau a.s tidak mampu untuk memasukkan Muhammad bin Ali atau al-'Abbas bin Ali atau mana-mana anaknya yang lain ke dalam(imamah). Jika tidak, nescaya al-Hasan dan al-Husain telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menurunkan [ayat] kepada kami sebagaimana Dia telah menurunkannya kepada anda (Ali a.s), lalu Dia telah memerintahkan supaya kami ditaati sebagaimana Dia telah memerintahkan supaya anda ditaati. Rasulullah s.a.w telah menyampaikan [risalah] kepada kami sebagaimana baginda s.a.w telah menyampaikannya kepada anda.
Dia telah menghilangkan daripada kami kotoran dosa sebagaimana Dia telah menghilangkannya daripada anda. Apabila Ali a.s mati, al-Hasan a.s adalah yang paling layak dengannya kerana faktor umurnya yang lebih tua. Apabia beliau a.s mati, beliau tidak mampu untuk memasukkan anaknya dan beliau a.s telah tidak melakukannya. Allah telah berfirman: "Mereka yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya"
Jika beliau a.s (al-Hasan a.s) telah melakukannya, nescaya al-Husain a.s telah berkata: Allah telah memerintahkan supaya aku ditaati sebagaimana Dia telah memerintahkan supaya anda ditaati dan bapa anda ditaati. Rasulullah s.a.w telah menyampaikannya padaku sebagaimana baginda s.a.w telah menyampaikannya pada anda dan pada bapa anda. Allah telah menghilangkan daripadaku kotoran dosa sebagaimana Dia telah menghilangkan kotoran dosa daripada anda dan bapa anda.
Apabila ia (imamah) telah sampai kepada al-Husain a.s, tiada seorangpun di kalangan keluarganya yang mampu menentangnya sebagaimana beliau a.s tidak mampu menentang imamah saudaranya (al-Hasan a.s) dan imamah bapanya (Ali a.s). Jikalaulah mereka berdua mahu mengubahnya daripadanya, nescaya mereka berdua tidak akan melakukannya. Apabila ianya berpindah kepada al-Husain a.s, maka takwil ayat ini: "Mereka yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya di dalam Kitab Allah" . Kemudian ianya telah berpindah selepas al-Husain a.s kepada Ali bin al-Husain a.s. Kemudian ia telah berpindah selepas Ali bin al-Husain kepada Muhammad bin Ali a.s. Beliau a.s telah berkata: Al-Rijsu (di dalam ayat) ialah syak, demi Allah, kami tidak syak terhadap Tuhan kami selama-lamanya.

* Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Khalid dan al-Husain bin Sa'id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya bin 'Imran al-Halabi, daripada Ayyub bin al-Hurr dan 'Imran bin Ali al-Halabi, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s mengenai hadis yang sama.

(328)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada bapanya, daripada Abdullah bin al-Mughirah, daripada Ibn Maskan, daripada 'Abd al-Rahim bin Ruh al-Qasir, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w: "Nabi itu adalah lebih utama bagi mereka yang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Dan mereka yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak di dalam Kitab Allah" Beliau a.s telah berkata: Ia telah diturunkan tentang kuasa pemerintahan (al-Imrah). Sesungguhnya ayat ini telah berlaku kepada anak-anak lelaki al-Husain a.s selepasnya. Justeru, kami adalah lebih utama dengan urusan pemerintahan dan dengan Rasulullah s.a.w daripada mukminin sama ada kaum Muhajirin atau Ansar. Maka aku ('Abd al-Rahim bin Ruh) telah berkata: Adakah anak-anak Ja'far (bin Abu Talib) mempunyai bahagian di dalamnya?
Beliau a.s telah berkata: Tidak, aku telah berkata: Adakah anak-anak al-'Abbas mempunyai bahagian di dalamnya? Maka beliau a.s telah berkata: Tidak, lalu aku menyebut beberapa kabilah anak-anak 'Abd al-Muttalib, semuanya beliau a.s telah berkata: Tidak, beliau ('Abd al-Rahim) telah berkata: Aku telah terlupa[bertanya] tentang anak-anak al-Hasan a.s, lalu aku telah pergi kepadanya lagi, maka aku telah berkata kepadanya: Adakah anak-anak al-Hasan mempunyai bahagian di dalamnya? Maka beliau a.s telah berkata: Tidak, demi Allah, wahai 'Abd al-Rahim, tiada seorangpun yang ada hubungan dengan Muhammad mempunyai bahagian di dalamnya selain daripada kami (ma li-Muhammadiyyin fi-ha nasib ghairu-na).
(329)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Hasyimi, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Isa, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan Rasul-Nya dan mereka yang beriman" Beliau a.s telah berkata: Ia dimaksudkan dengan "yang paling utama daripada kamu" atau "yang paling berhak daripada kamu" di dalam semua urusan sama ada diri kamu atau harta kamu. "Allah dan Rasul-Nya dan mereka yang beriman" dimaksudkan dengan Ali dan anak-anak lelakinya a.s sehingga hari Kiamat.
Kemudian Allah telah menceritakan tentang mereka di dalam firman-Nya: "Mereka yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat di dalam keadaan rukuk" Amir al-Mukminin a.s [pada ketika itu] sedang melakukan dua rakaat sembahyang Zuhur di dalam keadaan rukuk, memakai pakaian yang bernilai seribu dinar. Sesungguhnya Nabi s.a.w telah memakaikannya kepadanya. Al-Najjasyi telah menghadiahkannya kepadanya. Tiba-tiba seorang peminta sedekah telah datang, lalu berkata: As-salamu 'alaika ya, waiyyu llah, yang lebih utama dengan mukminin daripada diri mereka sendiri, berilah sedekah kepada orang miskin, lantas beliau a.s mencampakkan pakaiannya dan memberi isyarat dengan tangannya kepadanya supaya beliau mengambilnya: Kemudian Allah telah menurunkan ayat ini padanya dan menjadikan nikmat anak-anaknya dengan nikmatnya (Ali a.s) kepada semua anak-anaknya yang telah sampai martabat imamah sepertinya. Justeru, mereka bersedekah di dalam keadaan rukuk. Adapun peminta sedekah itu adalah di kalangan malaikat dan mereka yang bertanya para imam daripada anak-anaknya adalah di kalangan para malaikat.

(330)-4. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Umar bin Udhainah, daripada Zurarah, al-Fudhail bin Yasar, Bukair bin A'yan, Muhammad bin Muslim, Buraid bin Mu'awiyah dan Abi al-Jarud semuanya daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Allah telah memerintahkan Rasul-Nya dengan wilayah Ali dan Dia telah menurunkan ke atasnya firman-Nya: "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan Rasul-Nya dan mereka yang beriman yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat" Dia telah memfardukan wilayah uli al-Amr sekalipun mereka tidak memahaminya. Justeru, Allah telah memerintahkan Muhammad s.a.w supaya menjelaskan kepada mereka tentang wilayah (an ufassira la-hum al-Wilayah) sebagaimana baginda s.a.w telah menjelaskan kepada mereka tentang sembahyang, puasa dan haji. Apabila ianya datang kepadanya daripada Allah, maka Rasulullah s.a.w telah menjadi cemas dan khuatir mereka akan menjadi murtad daripada agama mereka dan membohonginya pula.
Maka baginda s.a.w telah menjadi cemas, lalu merujukkannya kepada Tuhannya, lantas Allah mewahyukan kepadanya firman-Nya: "Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan, kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia" Maka baginda s.a.w telah menerima perintah Allah, lalu mengukuhkan wilayah Ali a.s di Ghadir Khumm dengan menyeru orang ramai supaya dilakukan sembahyang secara berjemaah dan memerintahkan mereka yang menyaksikan[nya] supaya memberitahukannya kepada mereka yang tidak hadir-Umar bin Udhainah berkata: Semuanya telah berkata demikian selain daripada Abi al-Jarud-Abu Ja'far a.s telah berkata: Fardu diturunkan selepas fardu yang lain dan al-Wilayah adalah fardu yang terakhir [diturunkan].
Maka Allah a. w telah menurunkan firman-Nya: "Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telahKu cukupkan kepadamu nikmat-Ku" Abu Ja'far a.s telah berkata: Allah a.w telah berfirman: Aku tidak akan menurunkan [fardu] lagi ke atas kamu selepas fardu ini. Sesungguhnya Aku telah menyempurnakan fardu-fardu untuk kamu"

(331)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Salih bin al-Sindi, daripada Ja'far bin Basyir, daripada Harun bin Kharijah, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Aku telah duduk di sisisnya, tiba-tiba seorang lelaki telah berkata kepadanya: Ceritakan kepadaku tentang wilayah Ali, adakah ia daripada Allah atau Rasul-Nya? Lantas beliau a.s menjadi marah, kemudian berkata: Alangkahkah dukacitanya anda, Rasulullah s.a.w adalah lebih takut kepada Allah dari berkata apa yang tidak diperintahkannya oleh Allah. Maka Allah telah memfardukannya sebagaimana Dia telah memfardukan sembahyang, zakat, puasa dan haji.
(332)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Isma'il bin Bazi', daripada Mansur bin Yunus, daripada Abi al-Jarud, daripada Abi Ja'far a.s, berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Allah telah memfardukan ke atas hamba-hamba-Nya lima fardu: Mereka telah mengambil empat dan meninggalkan satu. Aku telah berkata: Namakan mereka kepadaku, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka beliau a.s telah berkata: Sembahyang, orang ramai tidak mengetahui bagaimana mereka melakukan sembahyang, lalu Jibrail a.s turun dan berkata: Wahai Muhammad, beritahulah kepada mereka tentang waktu-waktu sembahyang mereka.
Kemudian zakat diturunkan, maka dia berkata: Wahai Muhammad, beritahu kepada mereka tentang zakat mereka sebagaimana anda telah memberitahu kepada mereka tentang sembahyang mereka. Kemudian puasa diturunkan, Rasulullah s.a.w pada hari 'Asyura, telah mengirim mesej kepada kampung-kampung di sekelilingnya, lalu mereka berpuasa pada hari itu. Kemudian datang bulan Ramadan di antara Sya'ban dan Syawwal. Kemudian haji diturunkan, maka Jibrail turun dan berkata: Beritahu mereka tentang haji mereka sebagaimana anda telah memberitahu kepada mereka tentang sembahyang, zakat dan puasa mereka. Kemudian turun pula al-Wilayah. Sesungguhnya ia datang kepadanya pada hari Jumaat di 'Arafah, Allah telah menurunkan firman-Nya: "Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telahKu cukupkan kepadamu nikmat-Ku" Kesempurnaan agama adalah dengan wilayah Ali bin Abu Talib a.s, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Umatku baru sahaja dengan zaman jahiliah dan apabila aku memberitahu kepada mereka dengan ini (wilayah) untuk sepupuku, orang akan berkata itu dan orang lain pula akan berkata ini-
Maka aku telah berkata pada diriku tanpa lidahku bercakap- Maka keputusan muktamad telah datang daripada Allah a.w memberi ancaman kepadaku jika aku tidak menyampaikannya, Dia akan mengazabku, maka turunlah firman-Nya: "Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan, kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada mereka yang kafir"
Maka Rasulullah s.a.w telah mengambil tangan Ali a.s, lalu bersabda: Wahai manusia, tiada seorang nabi di kalangan para nabi sebelumku melainkan Allah telah memanjangkan umurnya. Kemudian Dia memanggilnya, lalu beliau menyahuti panggilan-Nya. Aku hampir dipanggil, maka aku akan menyahutinya, aku bertanggung-jawab dan kamu juga bertanggung-jawab, apakah kamu akan berkata? Mereka berkata: Kami naik saksi bahawa anda telah menyampaikan [apa yang anda wajib menyampaikannya], anda telah memberi nasihat dan anda telah menunaikan apa yang diwajibkan ke atas anda, semoga Allah memberi kepada anda ganjaran yang paling baik di kalangan para rasul. Maka baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Tuhanku, persaksikanlah-tiga kali-Kemudian baginda s.a.w telah bersabda lagi: Wahai golongan muslimin, ini (Ali) adalah wali kamu selepasku, maka hendaklah orang yang menjadi saksi di kalangan kamu menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir"
Abu Ja'far a.s telah berkata: Demi Allah, Ali adalah orang yang dipercayai oleh Allah ke atas makhluk-Nya, perintah-Nya yang tidak dapat dilihat dan agama-Nya yang diredai untuk diri-Nya. Kemudian Rasulullah s.a.w apabila hampir hari kematiannya, memanggil Ali dan bersabda: Wahai Ali, sesungguhnya aku mahu memberi amanah kepada anda sebagaimana Allah telah memberi amanah-Nya kepadaku tentang ghaib-Nya, ilmu-Nya, agama-Nya, makhluk-Nya dan agama-Nya yang diredaiNya untuk diri-Nya, demi Allah, wahai Ziyad, Dia tidak berkongsi dengan sesiapapun daripada makhluk-Nya. Kemudian apabila Ali hampir kematiannya, maka beliau a.s telah memanggil anak-anak lelakinya, bilangan mereka adalah dua belas orang, maka beliau a.s telah berkata kepada mereka: Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah a.w telah enggan kecuali Dia menjadikan padaku sunnah Ya'qub.
Sesungguhnya Ya'qub telah memanggil dua belas orang anak lelakinya, lalu beliau memberitahu kepada mereka tentang seorang yang mempunyai kuasa. Sesungguhnya aku memberitahu kepada kamu tentang seorang yang mempunyai kuasa di kalangan kamu, sesungguhnya dua orang ini adalah dua anak lelaki Rasulullah s.a.w; al-Hasan dan al-Husain a.s. Justeru, dengarlah kepada mereka berdua, taatilah mereka berdua dan sokonglah mereka berdua. Sesungguhnya aku telah memberi amanah kepada mereka berdua sebagaimana Rasulullah s.a.w telah memberi amanahnya kepadaku. Ia adalah amanah yang diberikan oleh Allah kepadanya di kalangan makhluk-Nya, ghaib-Nya dan agama-Nya yang diredai. Maka Allah mewajibkan ke atas mereka berdua apa yang diwajibkannya ke atas Ali a.s daripada Rasulullah s.a.w.
Tiada kelebihan seorang ke atas sahabatnya melainkan dari sudut umurnya sahaja. Apabila al-Hasan datang di dalam sesuatu majlis, al-Husain a.s tidak bercakap sehingga al-Hasan a.s pergi. Apabila al-Hasan hampir kematiannya, maka beliau a.s menyerahkannya (imamah) kepada al-Husain a.s. Kemudian apabila al-Husain hampir kematiannya, maka beliau a.s memanggil anak perempuanya yang paling tua Fatimah binti al-Husain a.s, lalu beliau a.s menyerahkan kepadanya kitab (surat) yang mengandungi wasiatnya yang zahir. Ali bin al-Husain a.s ketika itu sedang sakit gastrik. Mereka menyangka beliau akan mati [kerana penyakitnya]. Maka Fatimah telah menyerahkan kitab itu kepada Ali bin al-Husain, kemudian kitab itu, demi Allah, telah sampai kepada kami.

* Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Muhammad bin Isma'il bin Bazi', daripada Mansur bin Yunus, daripada Abi al-Jarud, daripada Abu Ja'far tentang hadis yang sama.
(333)-7. Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Isa, daripada Safwan bin Yahya, daripada Sabah al-Azraq, daripada Abu Basir berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja'far a.s: Sesungguhnya seorang lelaki dari fahaman al-Mukhtariyyah telah berjumpa denganku, maka dia telah menyangka bahawa Muhammad bin al-Hanafiyyah adalah seorang imam, lantas Abu Ja'far a.s menjadi marah, kemudian beliau a.s telah berkata: Kenapa anda tidak berkata sesuatu kepadanya? Aku telah berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak mengetahui apa yang aku katakannya, beliau a.s telah berkata: Kenapa anda tidak berkata kepadanya: Bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepada Ali, al-Hasan dan al-Husain.
Apabila Ali mati, maka beliau a.s telah mewasiatkan kepada al-Hasan dan al-Husain. Jika beliau (Ali) mengetepikan mereka berdua daripada imamah, nescaya mereka berdua akan berkata: Kami berdua adalah wasi seperti anda, tetapi beliau a.s tidak melakukannya. Dan al-Hasan telah mewasiatkan kepada al-Husain. Jika beliau mengetepikannya daripada imamah, nescaya beliau (al-Husain) berkata: Aku adalah wasi seperti anda daripada Rasulullah s.a.w dan daripada bapaku, tetapi beliau a.s tidak melakukannya. Allah berfirman: "Mereka yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya"
Bab 65

Isyarat Dan Nas Ke Atas Amir al-Mukminin A.S (al-Isyarat wa al-Nas 'ala Amir al-Mu'minin a.s)

(334)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Isma'il, daripada Mansur bin Yunus, daripada Zaid bin al-Jahm al-Hilali, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Manakala turunnya wilayah Ali bin Abu Talib a.s, maka di antara sabda Rasulullah s.a.w: Berilah salam kepada Ali dengan gelaran Amir al-Mukminin, wahai Zaid, antara perkara-perkara yang disokong oleh Allah ke atas mereka berdua pada hari itu ialah sabda Rasulullah s.a.w kepada mereka berdua: Berdirilah dan berilah salam kepadanya (Ali a.s) dengan gelaran Amir al-Mukminin (qumaa fa-sallimaa 'alai-hi bi-imrat al-Mu'minin), lalu mereka berdua berkata: Adakah ia daripada Allah dan Rasul-Nya, wahai Rasulullah? Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka berdua: Daripada Allah dan Rasul-Nya. Maka Allah a.w telah menurunkan firman-Nya: "Dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah [mu] itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat"
Apa yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah sabda Rasulullah s.a.w kepada mereka berdua dan kata-kata mereka berdua adakah ia daripada Allah dan daripada Rasul-Nya "Janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi cerai berai kembali, kamu menjadikan sumpahmu sebagai alat penipu di antaramu disebabkan adanya (para imam yang lebih cerdik (azkaa) dari para imam kamu) . Beliau (perawi) berkata: Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, para imam (aimmah)? Beliau a.s telah berkata: Ya, demi Allah, para imam, aku telah berkata: Kami membaca arba , lalu beliau a.s telah berkata: Apakah itu arba?
Beliau a.s telah memberi isyarat dengan tangannya, lalu menolaknya-Sesungguhnya Allah hanya menguji kamu dengannya (Iaitu dengan Ali a.s). Sesungguhnya pada hari Kiamat akan dijelaskanNya apa yang dahulu kamu perselisihkan itu. Dan kalau Allah menghendaki, nescaya Dia menjadikan kamu satu umat, tetapi Dia menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk siapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat menipu di antaramu yang menyebabkan tergelincir kaki(mu) selepas kokoh tegaknya (Iaitu selepas sabda Rasulullah s.a.w kepada Ali a.s) dan kamu rasakan kemelaratan (di dunia) kerana kamu menghalangi (manusia) dari jalan Allah (Iaitu Ali a.s) dan bagimu azab yang besar"
(335)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain dan Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Abu Ja'far a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Apabila Muhammad s.a.w [hampir] menamatkan kenabiannya dan menyempurnakan hari-harinya, Allah mewahyukan kepadanya: Wahai Muhammad, sesungguhnya kamu telah menamatkan kenabianmu dan menyempurnakan hari-harimu, maka jadilah ilmu yang ada di sisimu, iman, al-Ism al-Akbar (nama yang paling besar), warisan ilmu, bukti-bukti ilmu kenabian pada keluargamu; di sisi Ali bin Abu Talib. Sesungguhnya Aku tidak akan memutuskan ilmu, iman, al-Ism al-Akbar, warisan ilmu dan bukti-bukti ilmu kenabian daripada keturunmu sebagaimana Aku tidak memutuskannya daripada zuriat-zuriat para nabi [terdahulu].

(336)-3. Muhammad bin al-Husain dan lain-lain, daripada Sahl, daripada Muhammad bin Isa dan Muhammad bin Yahya dan Muhammad bin al-Husain bersama, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Isma'il bin Jabir dan 'Abd al-Karim bin 'Umru, daripada 'Abd al-Hamid bin Abi Dailam, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Musa telah mewasiatkan kepada Yusya' bin Nun dan Yusya' bin Nun telah mewasiatkan kepada anak lelaki Harun.
Beliau a.s tidak mewasiatkan kepada anak lelakinya begitu juga beliau a.s tidak mewasiatkan kepada anak lelaki Musa. Sesungguhnya Allah mempunyai pilihan, Dia memlilh siapa yang Dia kehendaki. Musa dan Yusya' telah memberi khabar gembira kepada al-Masih a.s. Apabilla Allah a.w mengutus al-Masih a.s, maka al-Masih a.s telah berkata kepada mereka: Sesungguhnya akan datang selepasku seorang nabi, namanya Ahmad daripada anak-anak Isma'il a.s, beliau akan datang untuk menyokong kebenaranku, kebenaran kamu dan akan membersihkan tuduhan terhadapku dan terhadap kamu. Kemudian ia telah berlaku selepasnya kepada pengikut-pengikutnya yang setia (al-Hawariyyin al-Mustahfiziin).
Sesungguhnya mereka dinamakan al-Mustahfiziin kerana mereka menjaga dengan setia al-Ism al-Akbar iaitu kitab yang menceritakan semua ilmu yang berada di sisi para nabi a.s. Allah berfirman: "Sesungguhnya Kami telah mengutus para rasul sebelum kamu dan kami telah menurunkan bersama mereka Kitab dan Mizan" Kitab itu adalah al-Ism al-Akbar untuk membezakannya dengan apa yang didakwa bahawa Kitab itu adalah Taurah, Injil dan Furqaan. Di dalamnya kitab Nuh, kitab Saleh, Syu'aib dan Ibrahim a.s. Maka Allah a.w telah menceritakan: "Sesungguhnya ini benar-benar terdapat di dalam kitab-kitab yang dahulu, iaitu kitab-kitab Ibrahim dan Musa" Di manakah mashaf Ibrahim, sesungguhnya mashaf Ibrahim adalah al-Ism al-Akbar dan mashaf Musa adalah al-Ism al-Akbar. Wasiat sentiasa berada di sisi seorang alim selepas seorang alim sehingga mereka memberikannya kepada Muhammad s.a.w.
Manakala Allah mengutus Muhammad s.a.w, maka keturunan al-Hawariyyun yang setia telah menerimanya, sementara Banu Israil membohonginya, lalu baginda s.a.w telah berdoa kepada Allah dan berjuang pada jalan-Nya. Kemudian Allah menurunkan ke atasnya bahawa Dia telah memberitahu kelebihan wasi anda, maka baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Tuhan, Arab adalah bangsa yang liar. Tiada kitab di kalangan mereka, nabi tidak diutus kepada mereka. Justeru, mereka tidak mengetahui kelebihan para nabi a.s dan kemuliaan mereka dan mereka tidak beriman denganku jika aku menceritakan kepada mereka tentang kelebihan keluargaku, maka Allah a.w telah berfirman: "Janganlah kamu berdukacita ke atas mereka" "Dan katalah: Salam". Kelak kamu akan mengetahui" Kemudian baginda s.a.w telah menyebut kelebihan wasinya, maka nifak telah berlaku di dalam hati mereka.
Rasulullah s.a.w telah mengetahui apa yang mereka ucapkan. Allah berfirman: Wahai Muhammad! "Dan Kami sungguh-sungguh mengetahui bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan" "Kerana mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu, tetapi mereka yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah" Mereka mengingkarinya tanpa hujah, tetapi Rasulullah s.a.w pernah menjinak-jinakkan mereka dan mengambil mereka sebagai penolong ke atas sebahagian mereka. Baginda s.a.w sentiasa memberitahu kepada mereka tentang kelebihan wasinya sehingga turunnya surah ini. Baginda s.a.w telah berhujah ke atas mereka ketika diberitahu tentang kematiannya, lalu Allah berfirman: "Maka apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (lantiklah dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap"
Beliau a.s telah berkata: Apabila kamu selesai, maka lantiklah tandamu (Ali a.s) dan iklankan wasimu (idha faragh-ta fansib 'alama-ka wa a'lin wasiyya-ka). Justeru, baginda s.a.w telah memberitahu kepada mereka kelebihannya secara terang-terang, maka baginda s.a.w telah bersabda: Siapa yang aku telah menjadi walinya, maka Alilah walinya, wahai Tuhanku, hormatilah mereka yang mewalikannya, dan tentangilah mereka yang memusuhinya-tiga kali- Kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Aku akan mengutus seorang lelaki yang mencintai Allah dan Rasul-Nya sementara Allah dan Rasul-Nya pula mencintainya, beliau bukanlah seorang lelaki yang telah melarikan diri (dalam peperangan), mengatakan para sahabatnya pengejut, tetapi para sahabatnya pula mengatakannya pengecut Rasulullah s.a.w bersabda: Ali adalah penghulu mukminin".
Baginda s.a.w juga telah bersabda: Ali adalah tiang agama". Baginda s.a.w juga bersabda: Ini adalah seorang yang akan memukul manusia dengan pedang kerana kebenaran selepasku". Baginda s.a.w juga berkata: Kebenaran adalah bersama Ali yang mana saja beliau cenderung". Baginda s.a.w juga berkata: Sesungguhnya aku tinggalkan kepadamu dua perkara, jika kamu mengambil kedua-duanya, maka kamu sekali-kali tidak akan sesat: Kitab Allah a.w dan keluargaku, itrahku", wahai manusia, dengarlah, sesungguhnya aku telah menyampaikannya, kamu akan datang kepadaku di Kolam (al-Haudh), maka aku akan bertanya kepada kamu apakah yang kamu telah buat kepada dua perkara yang berharga (al-Thaqalain) itu.
Dan al-Thaqalaani: Adalah Kitab Allah a.w dan keluargaku. Justeru, janganlah kamu mendahului mereka, nescaya kamu akan binasa dan janganlah kamu mengajar mereka kerana mereka lebih mengetahui daripada kamu" Lantaran itu, hujah telah berlaku dengan sabda Nabi s.a.w dan dengan Kitab yang dibaca oleh manusia. Baginda s.a.w sentiasa mengemukakan kelebihan keluarganya di dalam sabda-sabdanya dan menerangkannya kepada mereka dengan al-Qur'an: "Sesungguhnya Dia mahu menghilangkan kotoran dosa daripada kamu Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya" Dia telah berfirman: "Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh daripada sesuatu, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat" Kemudian Dia telah berfirman: "Dan berikanlah akan keluarga-keluarga yang terdekat akan haknya"
Inilah kedudukan Ali dan haknya adalah wasiat yang dijadikan untuknya, al-Ism al-Akbar, warisan ilmu, bukti-bukti ilmu kenabian, maka Dia telah berfirman: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang di dalam kekeluargaan" Kemudian Dia telah berfirman: "Apabila kasih sayang ditanya (wa idha al-Mawaddatu su'ilat) kerana dosa apakah ia dibunuh" Allah berfirman: Aku akan bertanya kamu tentang kasih sayang (al-Mawaddah) yang Aku telah turunkannya ke atas kamu tentang kelebihannya, kasih sayang kekeluargaan, kerana dosa apakah kamu telah membunuh mereka. Dia telah berfirman: "Maka bertanyalah kepada Ahli al-Zikr, jika kamu tidak mengetahui"
Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Kitab adalah al-Zikr dan ahlinya adalah keluarga Muhammad s.a.w. Allah a.w telah memerintahkan supaya bertanya kepada mereka dan mereka tidak diperintahkan untuk bertanya kepaqda mereka yang bodoh. Allah telah menamakan al-Qur'an sebagai zikran (peringatan) di dalam firman-Nya: "Dan Kami turunkan kepadamu al-Qur'an agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka berfikir" Dan Allah berfirman: "Sesungguhnya al-Qur'an itu benar-benar adalah suatu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu dan kelak kamu akan diminta pertanggung-jawab" Dan Dia telah berfirman: "Wahai mereka yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul [Nya] dan uli al-Amri daripada kamu" . Dan Dia telah berfirman: "Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan uli al-Amri di antara mereka, tentulah mereka yang ingin mengetahui kebenarannya, mengetahuinya dari mereka" Justeru, Dia telah mengembalikan urusan-urusan manusia kepada uli al-Amri daripada mereka yang diperintahkan supaya mentaati mereka dan merujukkan (urusan) kepada mereka. Apabila Rasulullah s.a.w telah kembali dari haji Wida', Jibrail a.s telah turun ke atasnya dan berkata: "Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan, kamu tidak menyampaikan amanat-Nya.
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang ingkar" Baginda s.a.w telah menyeru orang ramai, lalu mereka berkumpul dan baginda s.a.w telah memerintahkan supaya pokok yang berduri [di hadapannya] dibersihkan. Kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Wahai manusia, siapakah wali kamu dan orang yang lebih utama bagi kamu daripada diri kamu? Mereka berkata: Allah dan Rasul-Nya, maka baginda s.a.w telah bersabda: Siapa yang aku telah menjadi walinya, maka Ali adalah walinya, wahai Tuhanku, hormatilah orang yang mewalikannya dan musuhilah orang yang memusuhinya- tiga kali-Lalu duri-duri nifak telah menyusuk hati orang ramai dan mereka berkata: Allah tidak pernah menurunkan ini ke atas Muhammad, baginda s.a.w tidak mahu selain untuk mengangkat ketiak sepupunya.
Apabila baginda s.a.w telah tiba di Madinah, maka kaum Ansar telah datang kepadanya dan mereka berkata: Sesungguhnya Allah a.w telah membuat baik kepada kami dan Dia telah memuliakan kami dengan anda dan keberadaan anda di sisi kami. Sesungguhnya Allah telah menggembirakan sahabat kami dan mendukacitakan musuh kami, beberapa rombongan datang kepada anda, tetapi anda tidak memberi sesuatu kepada mereka, lalu musuh bergembira dengan memandang rendah kepada anda.
Justeru, kami suka anda mengambil satu pertiga harta-harta kami sehingga jika rombongan dari Makkah datang kepada anda, maka anda ada sesuatu untuk diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w tidak memberi apa-apa jawapan kerana baginda s.a.w menunggu wahyu daripada Tuhannya, lalu Jibrail a.s turun dengan firman-Nya: "Katalah: Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang di dalam kekeluargaan" Baginda s.a.w tidak menerima harta-harta mereka. Kaum munafik pula berkata: Allah tidak menurunkan ini ke atas Muhammad, beliau tidak mahu kecuali untuk mengangkat ketiak sepupunya (Ali a.s) dan membebankan kami dengan keluarganya. Kelmarin baginda s.a.w telah berkata: Siapa yang aku telah menjadi walinya, maka Ali adalah walinya" Dan hari ini pula "Katalah: Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang di dalam kekeluargaan".
Kemudian ayat tentang khumus telah turun ke atasnya, maka mereka berkata pula: Beliau mahu supaya harta-harta dan fai-fai kami diberikan kepada mereka. Kemudian Jibrail telah datang kepadanya dan berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya anda telah menamatkan kenabian anda dan anda telah menyempurnakan hari-hari anda, maka jadilah al-Ism al-Akbar, warisan kenabian dan bukti-bukti ilmu para nabi di sisi Ali a.s kerana Aku tidak akan meninggalkan bumi melainkan ia diperintahkan oleh seorang alim yang dikenali dengannya ketaatan-Ku, dikenali dengannya wilayah-Ku dan beliau akan menjadi Hujjah bagi mereka yang dilahirkan di antara kematian Nabi s.a.w sehingga datangnya nabi [imam] yang lain.
Abu Abdillah a.s telah berkata: Baginda s.a.w telah mewasiatkan kepadanya dengan al-Ism al-Akbar, warisan kenabian, bukti-bukti ilmu kenabian. Baginda s.a.w telah mewasiatkan kepadanya dengan seribu kalimah dan seribu bab yang membuka setiap kalimah dan setiap bab seribu kalimah dan seribu bab yang lain pula"

(337)-4. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Saleh bin al-Sanadi, daripada Ja'far bin Basyir, daripada Yahya bin Muhammad al-'Attar, daripada Basyir al-Dahhan, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda ketika sakitnya yang membawa kepada kematiannya: Panggillah kepadaku sahabat sejatiku (khalilku), maka dua orang wanita ('Aisyah dan Hafsah) telah mengutus kepada kedua bapa mereka. Apabila Rasulullah s.a.w telah melihat kepada mereka berdua, maka baginda s.a.w berpaling daripada mereka berdua. Kemudian bersabda: Panggilah kepadaku sahabat sejatiku, lalu diutus kepada Ali. Apabila baginda s.a.w telah melihatnya, maka Ali menunduk kepadanya dan baginda s.a.w telah bercakap kepadanya. Apabila beliau a.s keluar, mereka berdua telah bertemu dengannya dan berkata kepadanya: Apakah sahabat anda yang sejati telah berkata kepada anda? Maka beliau a.s telah berkata: Baginda s.a.w telah menceritakan kepadaku seribu bab yang membuka setiap bab seribu bab yang lain pula"

(338)-5. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar, daripada Muhammad bin Isma'il, daripada Mansur bin Yunus, daripada Abu Bakr, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah mengajar kepada Ali a.s seribu huruf, setiap huruf membuka seribu huruf yang lain pula".

(339)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya pada tali kulit pedang Rasulullah s.a.w ada mashaf (sahifah) yang kecil, maka aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Apakah yang ada di dalam mashaf itu? Beliau a.s telah berkata: Huruf-huruf yang membuka setiap huruf seribu huruf yang lain pula".
Abu Basir berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sehingga sekarang ini dua hurufpun tidak keluar daripadanya"

(340)-7. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada anak lelaki Abu Basir, daripada Fudhail bin Sukarah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah air yang digunakan untuk memandikan mayat itu mempunyai hadnya? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada Ali a.s: Apabila aku mati, maka ambillah enam qirab (bekas) air dari perigi Gars, kemudian mandilah (ghusl) aku, kafanlah aku dan lakulah tahnit kepadaku. Apabila anda selesai dari memandi dan mengapankan aku, maka ambillah segala kapanku dan letaklah aku di dalam keadaan duduk, kemudian bertanyalah kepadaku apa yang anda mahu. Demi Allah, anda tidak akan bertanya kepadaku sesuatu melainkan aku memberi jawapan kepada anda mengenainya.

(341)-8. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada anak lelaki Abi Sa'id, daripada Abban bin Taghlib, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila kematian mendatangi Rasulullah s.a.w, Ali a.s telah datang kepadanya dan memasukkan kepalanya, kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, apabila aku mati, maka mandilah aku dan kapanlah aku. Kemudian letaklah aku di dalam keadaan duduk (uq'ud-ni), bertanyalah kepadaku dan tulislah"

(342)-9. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid Syabab al-Sairafi, daripada Yunus bin Ribat berkata: Aku dan Kamil al-Tammaar telah bertemu dengan Abu Abdillah a.s, maka Kamil berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, mengenai hadis yang telah diriwayatkan oleh polan? Beliau a.s telah berkata: Sebutlah, maka beliau telah berkata: Diriwayatkan kepadaku bahawa Nabi s.a.w telah meriwayatkan kepada Ali a.s dengan seribu bab pada hari Rasulullah s.a.w mati, setiap bab membuka seribu bab yang lain pula, begitulah sehingga beribu ribu bab. Beliau a.s telah berkata: Ia memang begitu, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah ianya terserlah kepada Syiah kamu dan pengikut-pengikut kamu?
Beliau a.s telah berkata: Satu atau dua bab, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apa yang diriwayatkan tentang kelebihan kamu daripada beribu-ribu bab itu hanya satu atau dua bab sahaja? Beliau a.s telah berkata: Apakah yang kamu dapat meriwayatkan tentang kelebihan kami? Apa yang dapat kamu meriwayatkan tentang kelebihan kami hanya bagaikan Alif tanpa penghujungnya"

Bab 66

Isyarat Dan Nas Ke Atas al-Hasan Bin Ali A.S (al-Isyarat wa al-Nas 'ala al-Hasan bin 'Ali a.s)

(343)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim bin Umar al-Yamani dan Umar bin Udhainah, daripada Abban, daripada Sulaim bin Qais berkata: Aku telah menjadi saksi kepada wasiat Amir al-Mukminin a.s ketika beliau a.s mewasiatkannya kepada anak lelakinya al-Hasan a.s. Beliau a.s telah mengambil al-Husain a.s, Muhammad (Ibn al-Hanafiyyah), semua anak-anaknya, ketua-ketua Syiahnya dan Ahlu l-Baitnya menjadi saksi. Kemudian beliau a.s telah memberi kepadanya (al-Hasan a.s) kitab dan senjata dan berkata kepada anak lelakinya al-Hasan a.s: Wahai anak lelakiku, Rasulullah s.a.w telah memerintahkan aku supaya mewasiatkan kepada anda dan memberi kepada anda kitabku dan senjataku sebagaimana Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepadaku dan memberi kepadaku kitabku dan senjataku.
Baginda s.a.w telah memerintahkan aku supaya aku memerintahkan anda apabila hampir kematian anda supaya anda memberikannya kepada saudara lelaki anda al-Husain a.s. Kemudian beliau a.s telah berpaling kepada anak lelakinya al-Husain a.s dan berkata: Rasulullah s.a.w telah memerintahkan anda supaya memberikannya kepada anak lelaki anda ini. Kemudian beliau a.s telah mengambil tangan Ali bin al-Husain a.s, kemudian berkata kepada Ali bin al-Husain a.s: Rasulullah s.a.w telah memerintahkan anda supaya memberikannya kepada anak lelaki anda Muhammad bin Ali dan sampaikanlah salam Rasulullah s.a.w dan salam aku kepadanya"
(344)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi Umair, daripada 'Abd al-Samad bin Basyir, daripada Abi Jarud, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s apabila hampir kematiannya, telah berkata kepada anak lelakinya al-Hasan: Dekatkan diri anda kepadaku sehingga aku merahsiakan kepada anda apa yang telah dirahsiakan oleh Rasulullah s.a.w kepadaku dan mengamanahkan anda di atas apa yang dimanahkan oleh Rasulullah s.a.w kepadaku, maka beliau a.s (al-Hasan a.s) telah melakukannya.

(345)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Saif bin 'Umairah, daripada Abu Bakr al-Hadhrami berkata: Al-Ajlah, Salamah bin Kuhail, Daud bin Abi Yazid dan Zaid al-Yamami telah meriwayatkan kepadaku bahawa mereka berkata: Syahr bin Haisyab telah meriwayatkan kepada kami: Sesungguhnya Ali a.s ketika berjalan menuju Kufah, beliau a.s telah mengamanahkan kitab-kitabnya (surat-suratnya) dan wasiatnya kepada Umm Salmah. Apabila al-Hasan a.s telah pulang, beliau (Umm Salmah) telah memberikannya kepadanya.

Menurut naskhah al-Safwani:

(346)-4. Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Saif, daripada Abu Bakr, daripada Abu Abdillah a.s bahawa Ali a.s ketika berjalan menuju Kufah telah mengamanahkan kitab-kitabnya dan wasiatnya kepada Umm Salamah. Apabila al-Hasan a.s telah pulang, Umm Salmah telah memberikannya kepadanya"

(347)-5. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Hammad bin Isa, daripada 'Umru bin Syimr, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah mewasiatkan kepada al-Hasan a.s. Beliau a.s telah mengambil al-Husain a.s, Muhammad, semua anak-anaknya, ketua-ketua Syiahnya dan Ahlu l-Baitnya menjadi saksi. Kemudian beliau a.s telah berkata kepada anak lelakinya al-Hasan a.s: Wahai anak lelakiku, sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku supaya mewasiatkan kepada anda dan memberikan anda kitab-kitabku dan senjataku sebagaimana Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepadaku dan memberikan kitab-kitabnya dan senjatanya kepadaku. Dan Dia telah memerintahkan aku supaya aku memerintahkan anda apabila kematian mendatangi anda supaya anda memberikannya kepada saudara lelaki anda al-Husain.
Kemudian beliau a.s telah berpaling kepada anak lelakinya al-Husain a.s dan berkata: Rasulullah s.a.w telah memerintahkan anda supaya anda memberikannya kepada anak lelaki anda ini. Kemudian beliau a.s telah mengambil tangan anak lelakinya Ali bin al-Husain, kemudian berkata kepada Ali bin al-Husain: Wahai anak lelakiku, Rasulullah s.a.w telah memerintahkan anda supaya memberikannya kepada anak lelaki anda Muhammad bin Ali dan sampailah salam Rasulullah s.a.w dan salamku kepadanya. Kemudian beliau a.s telah berpaling kepada anak lelakinya al-Hasan sambil berkata: Wahai anak lelakiku, anda mempunyai kuasa di dalam urusan (imamah) dan anda mempunyai kuasa di atas darahku (wali al-Amr dan wali al-Damm). Jika anda memaafinya (pembunuhku), maka ia terserah kepada anda. Dan jika anda membunuhnya, maka pukullah dia di tempat (luka) dia telah memukulku dan anda tidak berdosa"

(348)-6. Al-Husain bin al-Hasan al-Hasani secara marfu' dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Ibrahim bin Ishaq al Ahmariy secara marfu' berkata: Apabila Amir al-Mukminin a.s dipukul (diserang), maka pelawat-pelawatnya telah berkumpul di sekelilingnya dan ada orang berkata: Wahai Amir al-Mukminin, berwasiatlah, lalu beliau a.s telah berkata: Bawakan kepadaku bantal , kemudian beliau a.s telah berkata: Segala puji bagi Allah, pujian yang selayaknya di atas takdir-Nya, mentaati perintahNya. Aku memujiNya sebagaimana Dia suka, tiada tuhan melainkan Allah Yang Satu, segala sesuatu bergantung kepada-Nya sebagaimana Dia telah menceritakan tentang diri-Nya. Wahai manusia, setiap orang akan bertemu di dalam pelariannya dengan apa yang dia lari daripadanya, dan ajalnya menarik dirinya kepadanya, lari daripadanya adalah seperti sampai kepadanya. Beberapa lama aku telah mengejar hari-hari mencari rahsia yang tersembunyi di dalamnya, maka Allah enggan kecuali menyembunyikannya. Betapa jauhnya ilmu yang tersembunyi. Adapun wasiatku, maka janganlah kamu melakukan syirik terhadap Allah dan adapun Muhammad s.a.w, maka janganlah kamu mensia-siakan sunnahnya. Tegaplah dua tiang ini (tauhid dan kenabian) dan nyalakanlah dua lampu ini (al-Hasan dan al-Husain). Kamu adalah bebas dari celaan selama kamu tidak mengambil risiko menentang mereka. Setiap orang dipertanggung-jawabkan terhadap usahanya, tetapi ia diringankan bagi mereka yang jahil, Tuhan Yang Maha Pemurah, seorang imam yang alim dan agama yang teguh.
Aku kelmarin adalah sahabat anda, [aku] pada hari ini adalah contoh bagi kamu, esok akan berpisah, Jika kaki dapat ditegapkan di atas [tempat] yang licin, maka itulah yang dikehendakinya, tetapi jika ia ditegapkan di tempat yang bergerak, maka kami telah berada di bawah bayangan dahan-dahan yang besar di tengah angin yang kencang, di bawah bayangan awan yang mana kelompoknya pudar di udara dengan banyak, garisannya dapat dihilangkan dari bumi. Aku adalah jiran anda, tubuhku berada di sisi kamu hanya beberapa hari dan kamu akan mendapatiku selepas itu mayat yang kosong, tidak bergerak selepas ia bergerak, terdiam selepas bercakap untuk memberi pengajaran kepada kamu. Ia adalah lebih bermakna bagi kamu daripada orang yang mahir bercakap. Aku mengucap selamat tinggal kepada kamu bagaikan ucapan yang terakhir daripada seorang yang menunggu pertemuan yang akan datang (hari Akhirat).
Besok kamu akan melihat hari-hariku, Allah akan mendedahkan segala rahsiaku dan kamu akan mengetahuiku selepas tempatku dikosongkan dan orang lain akan mengisi tempatku. Jika aku masih ada, maka aku adalah wali damm (darah) dan jika aku mati, maka kematianku adalah ajalku. Jika aku memaafkannya (pembunuhku) adalah kerana [aku] mendekatkan diri kepada Allah dan bagi kamu kebaikan. Maafkanlah mereka dan biarlah mereka: "Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu" Alangkah dukacitanya bagi orang yang lalai, umurya menjadi hujah ke atasnya atau hari-harinya membawanya kepada kecelakaan.
Semoga Allah menjadikan kami dan kamu di kalangan mereka yang tidak mengabaikan ketaatan kepada-Nya secara sukarela atau dendam akan mendatangi mereka selepas kematian. Sesungguhnya kami adalah untuk-Nya dan kerana-Nya. Kemudian beliau a.s telah berpaling kepada al-Hasan a.s dan berkata: Wahai anakku, pukulan di tempat pukulan, anda tidak berdosa".

(349)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Ali bin al-Hasan, daripada Ali bin Ibrahim al-'Aqili secara marfu' berkata: Manakala Ibn Muljam memukul atau menikam Amir al-Mukminin a.s, beliau a.s telah berkata kepada al-Hasan: Wahai anakku, apabila aku mati, maka bunuhlah Ibn Muljam dan kebumilah dia di Kunaasah (al-'Aqili telah menceritakan tempatnya di Bab Taq al-Mahaamil, tempat yang mana penjual-penjual daging panggang dan kepala kambing yang dimasakkan boleh didapati). Kemudian campaklah dia padanya kerana ia adalah salah satu wadi daripada wadi-wadi neraka Jahannam.

Bab 67

Isyarat Dan Nas Ke Atas Al-Husain Bin Ali A.S (al-Isyarat wa al-Nas 'ala al-Husain bin 'Ali a.s)

(350)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Bakr bin Salih [al-Kulaini berkata] dan beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ibn Ziyad, daripada Muhammad bin Sulaiman al-Dailami, daripada Harun bin al-Jahmi, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Apabila masa kematian telah datang kepada al-Hasan bin Ali a.s, beliau a.s telah berkata kepada al-Husain a.s: Wahai saudaraku, sesungguhnya aku mewasiatkan anda dengan satu wasiat, maka hafazlah. Apabila aku mati, maka sempurnakanlah jenazahku, kemudian hadaplah aku ke arah [kubur] Rasulullah s.a.w.
Justeru, aku dapat memperbaharui janjiku dengannya. Kemudian palinglah aku ke arah [kubur] ibuku a.s dan bawalah aku kembali dan kebumilah aku di al-Baqi'. Ketahuilah bahawa suatu perkara, Allah dan orang ramai mengetahui perbuatan 'Aisyah, sikap cemburunya dan permusuhannya terhadap Allah dan Rasul-Nya serta permusuhannya terhadap kita Ahlu l-Bait, akan menimpaku. Apabila al-Hasan a.s mati, maka beliau a.s diletakkan di atas katil dan orang ramai membawanya kepada musalla Rasulullah s.a.w yang mana baginda s.a.w telah melakukan sembahyang jenazah padanya. Kemudian al-Husain a.s telah melakukan sembahyang [jenazah] ke atasnya. Lalu beliau a.s dibawa dan dimasukkan ke masjid.
Dan apabila beliau a.s diberhentikan di atas kubur Rasulullah s.a.w, maka seorang pengintip telah datang kepada 'Aisyah dan berkata kepadanya: Sesungguhnya mereka telah membawa al-Hasan untuk dikebumikan bersama Rasulullah s.a.w, lantas beliau keluar menunggang seekor baghal yang berpelana- maka beliau adalah perempuan pertama yang telah menunggang [seekor baghal yang berpelanadi dalam Islam] dan berkata: Jauhkan anak lelaki kamu (al-Hasan) dari rumahku kerana beliau tidak akan dikebumikan di rumahku dan beliau (al-Hasan) akan mencabuli atau membuka hijab Rasulullah s.a.w. Maka al-Husain a.s telah berkata kepadanya: Sejak dahulu lagi anda dan bapa anda telah mencabuli atau membuka hijab Rasulullah s.a.w, anda telah memasukkan ke rumahnya orang yang tidak dicintainya untuk berdekatan dengannya.

(351)-2. Muhammad bin al-Hasan dan Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Sulaiman al-Dalimi daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada al-Mufadhdhal bin Umar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila kematian menghampiri al-Hasan bin Ali a.s, beliau a.s telah berkata: Wahai Qanbar, lihatlah adakah anda melihat di balik pintu itu mukmin selain daripada keluarga Muhammad? Maka beliau telah berkata: Allah, Rasul-Nya dan anak lelaki Rasul-nya lebih mengetahui tentangnya daripadaku. Beliau a.s telah berkata: Panggillah untukku Muhammad bin Ali (Ibn al-Hanafiyyah), lalu aku mendatanginya. Apabila aku bertemu dengannya, beliau telah berkata: Adakah sesuatu yang baik telah berlaku? Aku telah berkata: Sahutilah panggilan Abu Muhammad. Lantas beliau bergegas sambil memakai kasutnya secara tidak sempurna dan keluar bersamaku berlari.
Apabila beliau berdiri di hadapannya, beliau memberi salam. Maka al-Hasan bin Ali berkata kepadanya: Duduklah, kerana orang yang bukan seperti anda tidak patut datang ke sini untuk mendengar percakapan yang dapat menghidupkan orang yang mati dan mematikan orang yang hidup. Jadilah anda tempat menyimpan ilmu dan lampu-lampu petunjuk. Kerana cahaya di siang hari sebahagiannya lebih bercahaya daripada sebahagian yang lain. Tidakkah anda mengetahui bahawa Allah telah menjadikan anak-anak Ibrahim a.s para imam dan melebihkan sebahagian ke atas sebahagian yang lain. Dan Dia telah membawa Zabur untuk Daud. Anda juga telah mengetahui apa yang ditetapkan oleh Muhammad s.a.w, wahai Muhammad bin Ali, aku khuatir anda akan dengki. Sesungguhnya Allah a.w telah mengaitkan sifat dengki (hasad) kepada orang kafir. Allah telah berfirman : "Kerana dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran"
Allah tidak akan menjadikan syaitan menguasai anda, wahai Muhammad bin Ali, bolehkah aku memberitahu kepada anda apa yang aku telah mendengar daripada bapa anda tentang anda? Beliau telah berkata: Tentu sekali. Beliau a.s telah berkata: Aku telah mendengar daripada bapa anda berkata pada hari Basrah : Siapa yang mahu membuat baik kepadaku di dunia dan di akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada Muhammad, anak lelakiku, wahai Muhammad bin Ali, jika anda mahu, aku akan memberitahu kepada anda ketika anda masih sperma (nutfah) di dalam salbi bapa anda, nescaya aku akan memberitahunya kepada anda, wahai Muhammad bin Ali, tidakkah anda mengetahui bahawa al-Husain bin Ali a.s selepas kematianku dan perpisahan rohku dari badanku, adalah imam selepasku di sisi Allah, warisan daripada Nabi s.a.w yang mana Allah telah menambahkannya untuknya pada warisan bapanya dan ibunya.
Allah telah mengetahui bahawa kamu adalah sebaik-baik makhluk-Nya, lalu Dia telah memilih daripada kamu Muhammad s.a.w dan Muhammad telah memilih Ali a.s dan Ali a.s telah memilih aku untuk imamah dan aku telah memilih al-Husain a.s. Maka Muhammad bin Ali berkata kepadanya: Anda adalah seorang imam dan anda adalah jalanku (wasilati) untuk [sampai] kepada Muhammad s.a.w. Demi Allah, aku mahu bahawa nyawaku telah pergi sebelum aku mendengar kata-kata ini daripada anda. Sesungguhnya di kepalaku kata-kata yang tidak dapat dikeringkan oleh baldi, tidak dapat diubah oleh tiaupan angin seperti buku yang telah diukir dengan rapi. Aku mendapati diriku telah didahulukan oleh Kitab yang diturunkan atau apa yang telah dibawa oleh para rasul, sesungguhnya ia adalah kata-kata yang memenatkan lidah untuk bertutur dengannya dan begitu juga dengan tangan penulis [untuk menulisnya] sehingga dia tidak mendapati pensil dan dibawa kepadanya kertas-kertas yang lusuh, justeru dia tidak akan sampai kepada kelebihan anda.
Demikianlah Allah akan membalas kepada mereka yang membuat baik, tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Al-Husain adalah orang yang paling berilmu di kalangan kami, lebih kuat kesabarannya, paling hampir darah [nya] di kalangan kami daripada Rasulullah s.a.w, beliau adalah seorang faqih sebelum beliau diciptakan. Beliau telah membaca wahyu sebelum beliau bercakap. Jikalau Allah mengetahui seorang yang lebih baik, nescaya Dia tidak memilih Muhammad s.a.w. Manakala Allah telah memilih Muhammad dan Muhammad telah memilih Ali dan Ali telah memilih seorang imam (al-Hasan) dan anda telah memilih al-Husain, kami telah menerima [nya] dan meredainya. Siapa dia selain daripadanya diredai dan siapa dia selain daripadanya kami terima untuk menyelesaikan kesukaran urusan kami.

(352)-3. Dengan sanad-sanad yang sama, daripada Sahl, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada Harun bin al-Jahm, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Apabila al-Hasan bin Ali a.s hampir mati, beliau a.s telah berkata kepada al-Husain: Wahai saudara lelakiku, sesungguhnya aku mewasiatkan kepada anda dengan satu wasiat, maka hafazlah ia. Apabila aku mati, sempurnalah mayatku dan letaklah aku ke arah [kubur] Rasulullah s.a.w supaya aku memperbaharui janjiku, kemudian palinglah aku ke arah [kubur] ibuku Fatimah a.s. Kemudian bawalah aku pulang dan kebumilah aku di al-Baqi'. Ketahuilah, satu perkara akan menimpaku daripada al-Humairaa' ('Aisyah}, ia diketahui oleh orang ramai tentang cemburunya dan permusuhannya terhadap Allah dan Rasul-Nya s.a.w serta permusuhannya terhadap Ahlu l-Bait.
Apabila al-Hasan a.s mati, maka beliau a.s diletakkan di atas katil dan orang ramai membawanya kepada musalla Rasulullah s.a.w yang mana baginda s.a.w telah melakukan sembahyang jenazah padanya. Kemudian al-Husain a.s telah melakukan sembahyang [jenazah] ke atasnya. Lalu beliau a.s dibawa dan dimasukkan ke masjid. Dan apabila beliau a.s diberhentikan di atas kubur Rasulullah s.a.w, maka berita telah disampaikan kepada 'Aisyah dan dikatakan kepadanya: Sesungguhnya mereka telah membawa al-Hasan untuk dikebumikan bersama Rasulullah s.a.w, lantas beliau keluar menunggang seekor baghal yang berpelana- Maka beliau adalah perempuan pertama yang telah menunggang [seekor baghal yang berpelana di dalam Islam] dan berkata: Jauhkan anak lelaki kamu (al-Hasan) dari rumahku kerana seorangpun tidak akan dikebumikan di rumahku dan beliau (al-Hasan) akan mencabuli atau membuka hijab Rasulullah s.a.w.
Maka al-Husain a.s telah berkata kepadanya: Sejak dahulu lagi anda dan bapa anda telah mencabuli atau membuka hijab Rasulullah s.a.w, anda telah membawa masuk ke rumahnya orang yang tidak dicintainya berdekatan dengannya. Sesungguhnya Allah akan bertanya anda tentang perkara ini, wahai 'Aisyah, sesungguhnya saudaraku telah memerintahkan aku supaya membawanya kepada bapanya Rasulullah s.a.w untuk memperbaharui janji dengannya, ketahuilah bahawa saudaraku adalah orang yang paling mengetahui tentang Allah dan Rasul-Nya serta lebih mengetahui tentang takwil Kitab-Nya dari mencabuli atau membuka hijab Rasulullah s.a.w kerana Allah berfirman: "Wahai mereka yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah-rumah Nabi kecuali kamu diizinkan"
Sesungguhnya anda telah membawa masuk lelaki (al-Rijaal) tanpa izinnya dan Allah berfirman: "Wahai mereka yang beriman, janganlah kamu mengangkat suara kamu lebih tinggi dari suara Nabi" Demi jiwaku, anda telah mengangkat suara anda ke telinga Rasulullah s.a.w di hadapan bapa anda dan Faruqnya (Umar). Untuk itu Allah berfirman: Sesungguhnya mereka yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah, mereka itulah yang telah diuji hati mereka"
Demi jiwaku, sesungguhnya bapa anda dan Faruqnya telah menyakiti Rasulullah s.a.w kerana berdekatan mereka berdua dengannya. Mereka berdua tidak menjaga haknya sebagaimana mereka berdua telah diperintahkan oleh Allah untuk melakukannya di atas lidah Rasulullah s.a.w, sesungguhnya Allah telah mengharamkan mukminin yang telah mati apa yang Dia telah mengharamkan mereka pada masa hidup. Demi Allah, wahai 'Aisyah, jika inilah yang anda benci; pengebumian al-Hasan di sisi bapanya Rasulullah s.a.w adalah harus (jaaizan) di antara kami dan Allah, nescaya anda mengetahui bahawa beliau akan dikebumikan [di sana] sekalipun anda menghinanya".
Beliau (perawi) berkata: Kemudian Muhammad bin al-Hanafiyyah berkata: Wahai 'Aisyah, satu hari berada di atas baghal dan satu hari berada di atas unta, justeru anda tidak dapat menguasai diri anda dan anda tidak dapat menguasai bumi ini kerana permusuhan dengan Bani Hasyim. Kemudian beliau telah berpaling kepadanya dan berkata: Wahai Ibn al-Hanafiyyah, anak-anak Fatimah sahaja yang bercakap seperti ini, kenapa anda bercakap seperti ini?
Maka al-Husain a.s telah berkata: Bagaimana anda menjauhkan Muhammad daripada anak-anak Fatimah. Demi Allah, beliau telah dilahirkan oleh tiga [orang] Fatimah: Fatimah binti 'Imran bin 'Aidh bin 'Umru bin Makhzum, Fatimah binti Asad bin Hasyim dan Fatimah binti Za'idah bin al-Asamm bin Rawahah hin Hajr bin 'Abd Mu'is bin 'Amir. 'Aisyah berkata kepada al-Husain a.s: Jauhlah anak lelaki kamu dan bawalah bersamanya kerana kamu adalah kaum yang suka bertengkar. Beliau (perawi) berkata: Justeru, al-Husain telah pergi ke kubur ibunya, kemudian membawanya keluar dan mengembumikannya di al-Baqi'.

Bab 68

Isyarat Dan Nas Ke Atas Ali Bin Al-Husain A.S (al-Isyarat wa al-Nas 'ala al-Husain bin 'Ali a.s)

(353)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain dan Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Isma'il, daripada Mansur bin Yunus, daripada Abi al-Jarud, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya al-Husain bin Ali apabila hampir kematiannya, telah memanggil anak perempuannya yang paling tua Fatimah bin al-Husain a.s, kemudian beliau a.s memberi kepadanya kitab (surat) wasiat secara terbuka. Ali bin al-Husain a.s yang telah berada bersama mereka menghidapi sakit perut dan kebanyakan orang mengatakan beliau akan mati. Fatimah telah memberi kitab itu kepada Ali bin al-Husain a.s, kemudian, demi Allah, kitab itu berada di sisi kami, wahai Ziyad. Aku telah berkata: Apakah yang ada di dalam kitab itu, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau s.a berkata: padanya, demi Allah, apa yang dihajati oleh manusia semenjak Allah telah menciptakan Adam sehingga binasanya dunia. Demi Allah, padanya hukum hudud sehingga ada padanya denda memukul seseorang.

(354)-2. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Ibn Sinan, daripada Abi al-Jarud, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Apabila al-Husain hampir kematiannya, beliau a.s telah memberi wasiatnya kepada anak perempuannya Fatimah secara terbuka di dalam satu kitab (surat) yang disusun. Apabila apa yang telah berlaku kepada al-Husain a.s telah berlalu, beliau telah memberikannya kepada Ali bin al-Husain a.s. Aku telah berkata kepadanya: Apakah di dalamnya- Semoga Allah memberi rahmat kepada anda? Beliau a.s telah berkata: Apa yang dihajati oleh manusia semenjak dunia diciptakan sehingga binasa dunia.
(355)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Saif bin 'Umairah, daripada Abu Bakr al-Hadhrami, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya al-Husain a.s ketika di dalam perjalanan ke Iraq, beliau a.s telah menyimpan buku-buku dan wasiat di sisi Umm Salmah r.a dan apabila Ali bin al-Husain a.s telah kembali, beliau telah memberikannya kepada Ali bin al-Husain a.s. Menurut naskhah al-Safwani:

(356)-4. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hanan bin Sadir, daripada Fulaih bin Abu Bakr al-Syaibani berkata: Demi Allah, sesungguhnya aku telah berada di sisi Ali bin al-Husain a.s dan di sisinya anak lelakinya, tiba-tiba Jabir bin Abdullah al-Ansari datang, lalu beliau memberi salam kepadanya, kemudian beliau telah mengambil tangan Abu Ja'far a.s dan pergi bersamanya, maka beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberitahu kepadaku sesungguhnya aku akan mendapati (melihat) seorang lelaki daripada Ahlu l-Bait-nya yang bernama Muhammad bin Ali dipanggil Abu Ja'far a.s, maka apabila anda mendapatinya, sampaikanlah salamku kepadanya.
Beliau telah berkata: Jabir telah pergi dan Abu Ja'far a.s telah kembali, lalu beliau a.s duduk bersama bapanya Ali bin al-Husain a.s dan saudara-saudaranya. Apabila sembahyang Maghrib telah dilakukan, maka Ali bin al-Husain a.s telah berkata kepada Abu Ja'far a.s: Apakah yang dikatakan oleh Jabir bin Abdullah al-Ansari kepada anda? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya anda akan mendapati (melihat) seorang lelaki daripada Ahlu l-Baitku bernama Muhammad bin Ali dipanggil Abu Ja'far, maka sampaikanlah salamku kepadanya" Bapanya berkata kepadanya: Tahniah untuk anda, wahai anak lelakiku, di atas apa yang dikhususkan untuk anda oleh Allah daripada Rasul-nya di kalangan keluarganya. Jangan biarkan saudara-saudara anda mengetahuinya supaya mereka tidak merancang tipu-daya kepada anda sebagaimana saudara-saudara Yusuf telah merancang tipu-daya kepada Yusuf.

Bab 69

Isyarat Dan Nas Ke Atas Abu Ja'far A.S (al-Isyarat wa al-Nas 'ala Abi Ja'far a.s)

(357)-1. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar, daripada Abi al-Qasim al-Kufi, daripada Muhammad bin Sahl, daripada Ibrahim bin Abi al-Bilad, daripada Isma'il bin Muhammad bin Abdullah bin Ali bin al-Husain daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Apabila al-Husain bin Ali hampir kematiannya, beliau a.s telah mengeluarkan kotak di sisinya, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Muhammad, bawalah kotak ini. Beliau telah berkata: Empat orang telah membawa kotak itu. Apabila beliau a.s (Ali bin al-Husain) mati, saudara-saudaranya (Abu Ja'far) datang kepadanya untuk menuntut apa yang ada di dalam kotak itu, mereka berkata: Berilah bahagian kami di dalam kotak itu, maka beliau a.s telah berkata: Demi Allah, tiada hak anda di dalamnya. Jika ada hak anda di dalamnya, nescaya beliau a.s (bapanya) tidak memberikannya kepadaku. Sesungguhnya di dalam kotak itu adalah senjata Rasulullah s.a.w dan kitab-kitabnya.

(358)-2. Muhammad bin Yahya, daripada 'Imraan bin Musa, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Abdullah, daripada Isa bin Abdullah, daripada bapanya, daripada datuknya berkata: Ali bin al-Husain a.s telah berpaling kepada anak-anaknya ketika kematiannya sedang mereka berkumpul di sisinya, kemudian beliau a.s berpaling kepada Muhammad bin Ali sambil berkata: Wahai Muhammad, bawalah kotak ini ke rumah anda. Beliau telah berkata: Sesungguhnya tidak ada di dalamnya dinar dan dirham, tetapi ia dipenuhi dengan ilmu.

(359)-3. Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahl, daripada Muhammad bin Isa, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada al-Husain bin Abi al-'Alaa', daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya Umar bin 'Abd al-'Aziz telah menulis surat kepada Ibn Hazm supaya beliau menghantar kepadanya dokumen tentang sedekah Ali, Umar dan Uthman. Sesungguhnya Ibn Hazm telah mengutus kepada Zaid bin al-Hasan yang paling tua di kalangan mereka, lalu beliau telah meminta dokumen daripadanya, maka Zaid telah berkata: Sesungguhnya Wali selepas Ali adalah al-Hasan dan selepas al-Hasan adalah al-Husain dan selepas al-Husain adalah Ali bin al-Husain dan selepas Ali bin al-Husain adalah Muhammad bin Ali, lantaran itu, utuslah kepadanya. Maka Ibn Hazm telah mengutus kepada bapaku. Kemudian bapaku telah mengirim kitab kepadaku untuknya sehingga aku telah memberikannya kepada Ibn Hazm.
Sebahagian daripada kami telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Adakah anak-anak al-Hasan megetahui perkara ini? Beliau a.s telah berkata: Ya, mereka megetahuinya seperti mereka mengetahui waktu malam, tetapi mereka dikuasai oleh hasad. Jika mereka telah mencari kebenaran dengan kebenaran, nescaya ia adalah lebih baik bagi mereka, tetapi mereka mencari dunia.
Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasysyaa', daripada 'Abd al-Karim bin 'Umru, daripada Ibn Abi Ya'fur berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Umar bin 'Abd al-'Aziz telah menulis kepada Ibn Hazm, kemudian beliau telah menyebut seumpamanya, tetapi beliau telah berkata: Ibn Hazm telah mengutus kepada Zaid bin al-Hasan dan beliau adalah lebih tua daripada Abu Abdillah a.s.
Beberapa orang daripada sahabat kita, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasysyaa' [meriwayatkan] hadis yang sama.

Bab 70

Isyarat Dan Nas Ke Atas Abu Abdillah Ja'far Bin Muhammad Al-Sadiq A.S (al-Isyarat wa al-Nas 'ala Abi Abdillah Ja'far bin Muhammad al-Sadiq a.s)

(360)-1. Al-Hasan bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasysyaa', daripada Abban bin Uthman, daripada Abi al-Sabah al-Kinani berkata: Abu Ja'far a.s telah melihat kepada Abu Abdillah a.s sedang berjalan, maka beliau a.s telah berkata: Anda sedang melihat kepada ini? Ini adalah di kalangan mereka yang difirmankan oleh Allah a.w: "Dan Kami hendak memberi kurnia kepada mereka yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka pewaris bumi"

(361)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila bapaku hampir kematiannya, beliau a.s telah berkata: Wahai Ja'far, aku mewasiatkan kepada anda supaya melakukan kebaikan kepada para sahabatku, aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, demi Allah, aku akan meninggalkan mereka di tempat mereka maka beliau a.s tidak akan [perlu] bertanya seorang pun daripada mereka [tentang agama].

(362)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Hisyam bin al-Muthanna, daripada Sadir al-Sairafi berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya di antara kebahagian seorang lelaki itu bahawa beliau mempunyai anak yang dikenali menyerupai tubuhnya, akhlaknya dan bentuknya. Dan sesungguhnya aku mengenali anak lelakiku ini menyerupai tubuhku, akhlakku dan bentukku; iaitu Abu Abdillah a.s.

(363)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Tahir berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ja'far a.s, tiba-tiba Ja'far a.s menghampirinya, maka Abu Ja'far a.s telah berkata: Ini adalah sebaik-baik makhluk (selepasku).

(364)-5. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Khalid, daripada sebahagian sahabat kami, daripada Yunus bin Ya'qub, daripada Tahir berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ja'far a.s, tiba-tiba Ja'far a.s telah menghampirinya, lantas Abu Ja'far a.s telah berkata: Ini adalah sebaik-baik makhluk.

(365)-6. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Fudhail bin Uthman, daripada Tahir, berkata: Aku telah duduk di sisi Abu Ja'far a.s, tiba-tiba Ja'far a.s telah menghampirinya, lantas Abu Ja'far a.s telah berkata: Ini adalah sebaik-baik makhluk.

(366)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Jabir bin Yazid al-Ja'fi, daripada Abu Ja'far a.s, berkata: Beliau a.s ditanya tentang al-Qaim a.s, lantas beliau a.s memukul dengan tangannya ke atas Abu Abdillah a.s dan berkata: Ini, demi Allah, adalah Qaim keluarga Muhammad s.a.w. 'Anbasah telah berkata: Apabila Abu Ja'far a.s mati, aku telah pergi kepada Abu Abdillah a.s, maka aku telah memberitahu kepadanya mengenainya. Beliau a.s telah berkata: Jabir telah bercakap benar, kemudian beliau a.s telah berkata: Mudah-mudahan kamu terfikir bahawa bukan setiap imam menjadi al-Qaim selepas imam sebelumnya.

(367)-8. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus bin 'Abd al-Rahman, daripada 'Abd al-A'laa, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya bapaku telah mengamanahkan kepadaku apa yang telah ada di sana. Apabila kematian telah menghampirinya, beliau a.s telah berkata: Panggillah beberapa orang saksi untukku, maka aku telah memanggil empat orang Quraisy, antaranya Nafi' bin Umar, maka beliau a.s telah berkata: Tulislah, ini adalah apa yang telah diwasiatkan oleh Ya'qub kepada anak-anaknya "Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam" Muhammad bin Ali telah mewasiatkan kepada Ja'far bin Muhammad dan memerintahkannya supaya mengapankannya dengan pakaian burdahnya yang dipakai pada sembahyang Jumaat dan dipakaikannya dengan serbannya.
Kuburnya diratakan, empat jari lebar di bawah tanah dan dibukakan ikatan bajunya ketika disemadikan. Kemudian beliau a.s telah berkata kepada para saksi: Pulanglah, semoga kamu dirahmati Allah, maka aku telah berkata kepadanya: Wahai bapaku- selepas mereka telah pulang- Tiada di sini untuk disaksikan ke atasnya. Maka beliau a.s telah berkata: Wahai anak lelakiku, Aku tidak suka anda dikalahkan dan dikatakan: Sesungguhnya beliau (Abu Abdillah a.s) tidak diwasiatkan kepadanya. Aku mahu ia akan menjadi hujah untuk anda"
Bab 71

Isyarat Dan Nas Ke Atas Abu al-Hasan Musa A.S (al-Isyarat wa al-Nas 'Ala Abi al-Hasan Musa a.s)

(368)-1. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abdullah bin al-Qala, daripada al-Faidh bin al-Mukhtar berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Ambillah tanganku dari neraka , siapakah untuk kami selepas anda? Maka Abu Ibrahim a.s telah dating, beliau pada masa itu seorang kanak-kanak, maka beliau a.s telah berkata: Inilah sahabat (imam) kamu, maka berpeganglah dengannya.

(369)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abi Ayyub al-Khazzazz, daripada Thubait, daripada Mu'az bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Aku memohon kepada Allah Yang telah mengurniakan bapa anda dan anda kedudukan ini supaya Dia mengurniakan anda daripada keturunan anda sebelum kematian [anda] seumpamanya, maka beliau telah berkata: Allah telah melakukannya. Aku telah berkata: Siapakah dia, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau a.s telah memberi isyarat kepada seorang lelaki soleh yang sedang tidur (Pada masa itu beliau a.s adalah seorang kanak-kanak).
(370)-3. Dengan sanad-sanad yang sama, daripada Ahmad bin Muhammad, berkata: Abu 'Ali al-Rajani al-Farisi telah memberitahu kepadaku daripada 'Abd al-Rahman bin al-Hajjaj berkata: Aku telah bertanya 'Abd al-Rahman pada tahun Abu al-Hasan a.s ditangkap, maka aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya lelaki ini (imam Musa a.s) telah jatuh ke tangan lelaki ini (Harun al-Rasyid) dan kami tidak mengetahui tentang nasibnya. Adakah berita telah sampai kepada anda tentang salah seorang anak lelakinya?
Maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Aku tidak menyangka bahawa seorang akan bertanya kepadaku soalan seperti ini. Aku telah pergi kepada Ja'far bin Muhammad a.s di rumahnya, maka tiba-tiba beliau a.s telah berada di rumah tertentu di musallanya berdoa dan di kanannya Musa bin Ja'far a.s yang sedang mengaminkan doanya. Maka aku telah berkata kepadanya: Allah telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya anda telah mengetahui dedikasiku kepada anda dan perkhidmatanku untuk anda, maka siapakah wali orang ramai selepas anda? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Musa telah memakai baju besi dan berpadanan dengannya, maka aku telah berkata kepadanya: Aku tidak berhajat selepas ini kepada sesuatu.

(371)-4. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Musa al-Saiqal, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, tiba-tiba Abu Ibrahim a.s-ketika kanak-kanak- datang, maka beliau telah berkata: Jagalah wasiatnya dan letaklah urusannya di sisi para sahabat anda yang dipercayai"

(372)-5. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ya'qub bin Ja'far al-Ja'fari berkata: Ishaq bin Ja'far telah meriwayatkan kepadaku, berkata: Pada suatu hari, aku telah berada di sisi bapaku, lalu Ali bin Umar bin Ali telah bertanya kepadanya, maka beliau telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, kepada siapakah kami dan orang ramai berlindung selepas anda? Beliau a.s telah berkata: Kepada orang yang mempunyai dua kain kuning dan dua jalinan rambut yang terhurai akan melihat kepada anda daripada pintu ini, beliau akan membuka dua pintu dengan dua tangannya. Tidak lama sebelum dua tangan ternampak kepada kami membuka dua pintu, Abu Ibrahim a.s datang kepada kami".

(373)-6. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi Najran, daripada Safwan al-Jamal, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Mansur bin Hazim telah berkata kepadanya: Dengan bapaku, anda dan ibuku [bersumpah], sesungguhnya roh-roh datang pada waktu pagi atau petang, jikalaulah begitu keadaannya, maka siapakah selepas anda? Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila ia berlaku sedemikian, maka dia adalah sahabat kamu (imam) dan beliau a.s telah memukul dengan tangannya di atas bahu kanan Abu al-Hasan a.s- menurut apa yang aku tahu- dan beliau pada hari itu baru berumur lima tahun dan Abdullah bin Ja'far pada ketika itu sedang duduk bersama kami.

(374)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada 'Abd al-Rahman bin Abi Najran, daripada Isa bin Abdullah bin Muhammad bin Umar bin Ali bin Abu Talib, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Jika sesuatu berlaku kepada anda dan mudah-mudahan Allah tidak membenar aku melihatnya (keadaan itu), maka siapakah yang aku mesti ikuti? Beliau telah berkata: Beliau a.s telah memberi isyarat kepada anak lelakinya Musa a.s. Aku telah berkata: Jika sesuatu berlaku kepada Musa, maka siapakah yang aku mesti ikuti?
Beliau a.s telah berkata: Anak lelakinya, aku telah berkata: Jika sesuatu berlaku kepada anak lelakinya dan beliau telah meninggalkan saudara yang tua dan anak lelaki yang masih kecil, maka siapakah yang aku mesti ikuti? Beliau a.s telah berkata: Anak lelakinya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Begitulah seterusnya. Aku telah berkata: Jika aku tidak mengetahuinya dan aku tidak mengetahui tempatnya? Beliau a.s telah berkata: Anda berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku mewalikan seorang yang masih hidup di kalangan Hujjah-hujjah Engkau daripada anak lelaki imam yang lalu, kerana itu akan memadai bagi anda jika Allah kehendaki.

(375)-8. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abdullah bin al-Qalaa, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Abu Abdillah a.s telah menyebut Abu al-Hasan a.s-beliau pada ketika itu masih kanak-kanak- Maka beliau a.s telah berkata: Tidak ada kanak-kanak yang dilahirkan pada kami yang lebih besar keberkatannya ke atas Syiah kami selain daripadanya, kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Janganlah kamu melayani Isma'il dengan kasar"

(376)-9. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar, daripada al-Hasan bin al-Husain, daripada Ahmad bin al-Hasan al-Maithami, daripada Faidh bin al-Mukhtar di dalam hadis yang panjang tentang Abu al-Hasan a.s sehingga Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Beliau adalah sahabat (imam) anda yang mana anda telah bertanya mengenainya. Berdirilah kepadanya dan isytiharlah kepadanya bahawa anda menerima haknya. Akupun berdiri sehingga aku mengucup kepalanya dan tangannya serta aku telah berdoa kepada Allah untuknya. Abu Abdillah a.s telah berkata: Walaubagaimanapun pada mulanya kami tidak dibenarkan untuk memberitahu kepada anda mengenainya. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, bolehkah aku memberitahu seseorang tentangnya?
Beliau a.s telah berkata: Ya, keluarga anda dan anak-anak anda. Bersamaku keluargaku, anak-anakku dan kawan-kawanku, antaranya Yunus bin Zabyan di kalangan kawan-kawanku. Apabila aku memberitahu kepada mereka, maka mereka memuji Allah a.w dan Yunus berkata: Tidak, demi Allah, sehingga aku mendengar perkara itu daripadanya sendiri, beliau adalah seorang yang gopoh, beliau telah keluar dan aku mengikutinya. Apabila aku telah sampai ke pintu, aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Wahai Yunus, perkara itu telah mendahului aku, ia sebagaimana telah dikatakan oleh Faidh: Beliau telah berkata: beliau telah berkata: Aku telah mendengar dan aku telah mentaati. Maka Abu Abdillah a.s telah berkata kepadaku: Jagalah (apa yang aku telah memberitahu kepada anda).

(377)-10. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ja'far bin Basyir, daripada Fudhail, daripada Tahir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Abu Abdillah a.s pernah mencaci Abdullah (anak lelakinya) dan mencelanya, menasihatinya dan berkata: Apakah yang telah menghalang anda dari menjadi seperti saudara anda (Musa), demi Allah, aku mengetahui cahaya pada mukanya? Abdullah berkata: Tidakkah bapaku dan bapanya satu dan ibuku dan ibunya satu? Abu Abdillah a.s telah berkata: Dia adalah daripadaku (sepertiku) sedangkan anda adalah anak lelakiku"

(378)-11. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasysyaa', daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ya'qub al-Sarraj, berkata: Aku telah datang kepada Abu Abdillah a.s ketika beliau a.s sedang berdiri di kepala Abu al-Hasan Musa yang berada dalam buaian. Beliau a.s sedang membisikkannya di dalam masa yang agak lama. Justeru, aku telah duduk sehingga beliau a.s selesai. Kemudian aku telah pergi kepadanya, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Dekatilah maula anda dan berilah salam kepadanya. Aku telah mendekatinya dan memberi salam kepadanya.
Maka beliau a.s telah mengembalikan salam kepadaku dengan lidah yang fasih. Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Pergi dan tukarlah nama anak perempuan anda yang anda telah menamakannya kelmarin kerana namanya tidak disukai Allah (yabghudhu-hu llah). Aku mempunyai seorang anak perempuan yang dilahirkan untukku, aku telah menamakannya al-Humaira'. Maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Buatlah apa yang beliau perintah, nescaya anda berada di jalan yang betul. Maka aku telah menukarkan namanya.

(379)-12. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar, daripada Safwan, daripada Ibn Maskan, daripada Sulaiman bin Khalid berkata: Pada suatu hari Abu Abdillah a.s telah menyeru Abu al-Hasan a.s dan kami berada di sisinya, maka beliau a.s telah berkata kepada kami: Terimalah beliau kerana beliau, demi Allah, adalah sahabat (imam) kamu selepasku.

(380)-13. Ali bin Muhammad, daripada Sahl dan orang lain, daripada Muhammad bin al-Walid, daripada Yunus, daripada Daud Ibn Zurbi, daripada Abu Ayyub al-Nahwi berkata: Abu Ja'far al-Mansur telah mengutus kepadaku pada pertengahan malam, maka aku telah mendatanginya ketika beliau sedang duduk di atas kerusi di hadapannya lilin dan kitab (surat) di tangannya. Manakala aku memberi salam kepadanya, beliau terus mencampakkan kitab (surat) kepadaku di dalam keadaan menangis. Beliau telah berkata kepadaku: Ini adalah kitab (surat) Muhammad bin Sulaiman memberitahu kepada kami bahawa Ja'far bin Muhammad telah mati.
"Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan dan kepadaNya-lah kami kembali" -sebanyak tiga kali- Di mana orang seperti Ja'far? Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Tulislah, beliau telah berkata: Aku telah menulis bahagian pertama surat itu, kemudian beliau telah berkata: Tulislah, jika beliau (Ja'far bin Muhammad) telah mewasiatkan kepada seorang lelaki tertentu, maka kemukakannya kepadaku dan penggallah kepalanya" Beliau telah berkata: Jawapan dikembalikan kepadanya bahawa sesungguhnya beliau a.s telah mewasiatkan kepada lima orang. Seorang daripadanya adalah Abu Ja'far al-Mansur, Muhammad bin Sulaiman, Abdullah (anak lelaki Imam al-Sadiq a.s), Musa dan Hamidah (Ibu Imam Musa a.s).

(381)-14. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Nadhar bin Suwaid seperti riwayat ini kecuali disebutkan bahawa beliau a.s telah mewasiatkan kepada Abi Ja'far al-Mansur, Abdullah, Musa, Muhammad bin Ja'far dan Maula kepada Abu Abdillah a.s. Beliau telah berkata: Abu Ja'far berkata: Tidak ada jalan untuk membunuh mereka.

(382)-15. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasysyaa', daripada Ali bin al-Hasan, daripada Safwan bin Jamal berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang seorang yang mempunyai urusan imamah, maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya seorang yang mempunyai urusan imamah (sahib hadha al-Amr) tidak melakukan sesuatu untuk kegembiraan dirinya dan tidak melakukan perkara yang sia-sia. Tiba-tiba datanglah Abu al-Hasan Musa yang masih kecil dan bersamanya anak kambing betina, lalu berkata kepadanya (anak kambing betina): Sujudlah kepada Tuhan anda. Kemudian Abu Abdillah a.s mengambilnya dan merapatkannya ke dadanya sambil berkata: Dengan bapaku, ibuku, [Musa a.s) seorang yang tidak melakukan sesuatu untuk kegembiraan dirinya dan tidak pula melakukan perkara yang sia-sia".

(383)-16. Ali bin Muhammad, daripada sebahagian sahabat kami, daripada 'Abis bin Hisyam berkata: Umar al-Ramaani telah memberitahuku, daripada Faidh bin al-Mukhtar berkata: Sesungguhnya aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, tiba-tiba Abu al-Hasan Musa a.s datang-beliau masih kanak-kanak- maka aku telah memeluknya dan mengucupnya, Abu Abdillah a.s telah berkata: Kamu adalah bahtera dan beliau adalah kaptennya (antum al-Safinah wa huwa mallahu-ha), beliau telah berkata: Aku telah pergi mengerjakan haji dan aku mempunyai dua ribu dinar. Justeru aku telah mengirimkan satu ribu dinar untuk Abu Abdillah a.s dan seribu dinar kepadanya (Abu al-Hasan Musa a.s). Manakala aku datang kepada Abu Abdillah a.s, beliau a.s telah berkata: Wahai Faidh, anda telah menyamakannya dengan aku? Aku telah berkata: Sesungguhnya aku telah melakukan sedemikian kerana kata-kata anda juga. Beliau a.s telah berkata: Demi Allah, aku tidak melakukan sedemikian, malah Allah a.w telah melakukannya".

Bab 72

Isyarat Dan Nas Ke Atas Abu al-Hasan Al-Ridha A.S (al-Isyarat wa al-Nas 'ala Abi al-Hasan al-Ridha a.s)

(384)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada al-Husain bin Na'aim al-Sahhaf berkata: Aku, Hisyam bin al-Hakam dan Ali bin Yaqtin telah berada di Baghdad, maka Ali bin Yaqtin berkata: Aku telah duduk di sisi al-'Abd al-Salih (Imam Musa a.s), tiba-tiba anak lelakinya Ali datang, lalu beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Ali bin Yaqtin, ini Ali adalah penghulu anak-anakku. Sesungguhnya aku telah memberi kepadanya gelaranku, lalu Hisyam bin al-Hakam memukul dahinya dengan tapak tangannya, kemudian beliau telah berkata: Alangkah dukacitanya anda, bagaimana anda telah berkata sedemikian?
Ali bin Yaqtin berkata: Demi Allah, aku telah mendengar daripadanya sebagaimana anda telah katakan, maka Hisyam telah berkata: Aku akan memberitahu kepada anda bahawa urusan imamah adalah padanya (al-Ridha a.s) selepasnya. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Husain bin Nu'aim al-Sahhaf berkata: Aku telah berada di sisi al-'Abd al-Salih (pada naskhah al-Safwani) beliau telah berkata: Aku…- kemudian beliau telah menyebutnya seumpamanya.

(385)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Mu'awiyah bin Hakim, daripada Nu'aim al-Qabusi daripada Abu al-Hasan a.s bahawa beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya anak lelakiku Ali adalah anak lelakiku yang paling tua, paling baik di sisiku dan yang paling aku cintai, beliau melihat bersamaku pada al-Jafar yang mana hanya nabi atau wasi nabi yang melihat kepadanya.

(386)-3. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Muhammad bin Sinan dan Isma'il bin 'Abbad al-Qasri bersama-sama Daud al-Raqiy berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ibrahim a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, umurku telah meningkat, maka ambillah tanganku dari api neraka, beliau telah berkata: Maka beliau a.s telah menunjukkan kepada anak lelakinya Abu al-Hasan a.s sambil berkata: Beliau adalah sahabat (imam) kamu selepasku"

387)-4. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada al-Hasan Ibn Abi 'Umair, daripada Muhammad bin Ishaq bin 'Ammar berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan yang pertama a.s: Bolehkah anda tunjukkan kepadaku siapakah yang aku patut mengambil daripadanya agamaku? Maka beliau a.s telah berkata: Ini anak lelakiku Ali. Sesungguhnya bapaku telah mengambil tanganku, lalu mengambil aku kepada kubur Rasulullah s.a.w, maka beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku! Sesungguhnya Allah telah berfirman: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi "" Dan sesungguhnya Allah apabila Dia telah berfirman sesuatu, Dia melaksanakannya.

(388)-5. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar, daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu'lu' daripada Yahya bin 'Umru, daripada Daud al-Raqiy berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan Musa a.s: Sesungguhnya umurku telah meningkat, tulangku menjadi lemah, sesungguhnya aku telah bertanya bapa anda a.s, maka beliau telah memberitahu kepadaku tentang anda, kemudian beliau a.s telah memberitahu kepadaku (orang selepas anda), maka beliau telah berkata: Ini adalah Abu al-Hasan al-Ridha.

(389)-6. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ziyad bin Marwan al-Qanadiy, beliau adalah seorang penganut fahaman al-Waqifah, berkata: Aku telah datang kepada Abu Ibrahim a.s dan di sisinya anak lelakinya Abu al-Hasan a.s, maka beliau telah berkata kepadaku: Wahai Ziyad, ini adalah anak lelakiku polan, kitabnya adalah kitabku (suratku), percakapannya adalah percakapanku, utusan-nya adalah utusanku dan [kebenaran] adalah pada kata-katanya"

(390)-7. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Muhammad bin Fudhail berkata: Al-Makhzumi telah memberitahu kepadaku, ibunya adalah daripada salah seorang anak lelaki Ja'far bin Abu Talib a.s telah berkata: Abu al-Hasan Musa a.s telah mengutus kepada kami, lalu kami berkumpul, kemudian beliau a.s telah berkata kepada kami: Adakah kamu mengetahui kenapakah aku telah memanggil kamu? Kami berkata: Tidak, beliau a.s telah berkata: Jadilah saksi bahawa sesungguhnya anak lelakiku ini adalah wasiku dan orang yang mempunyai kuasa di dalam urusanku dan khalifahku selepasku. Sesiapa yang mempunyai hutang di sisiku, maka hendaklah dia mengambilnya daripada anak lelakiku ini. Sesiapa yang mempunyai janji denganku, maka hendaklah beliau mendapatkannya daripadanya. Sesiapa yang ingin berjumpa denganku, maka beliau tidak boleh berjumpa denganku kecuali dengan melalui suratnya.

(391)-8. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Muhammad bin Sinan dan Ali bin al-Hakam bersama, daripada al-Husain bin al-Mukhtar berkata: Beberapa keping kertas (surat) telah datang kepada kami daripada Abu al-Hasan a.s- beliau a.s di dalam tahanan- Janjiku dengan anakku yang paling tua supaya melakukan sesuatu dan jangan berikan kepada polan sesuatupun sehingga aku berjumpa dengan anda atau Allah memerintahkan aku dengan kematian.

(392)-9. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abdullah bin al-Mughirah, daripada al-Hasan bin al-Mukhtar berkata: Beberapa lambaran surat daripada Abu al-Hasan a.s di Basrah telah sampai kepada kami secara kiasan: Janjiku adalah kepada anak lelakiku yang paling tua, diberikan kepada polan begitu dan polan begitu, polan begitu dan polan tidak diberikan sehingga aku datang atau Allah mengambil nyawaku, sesungguhnya Allah melakukan apa yang Dia kehendaki.

(393)-10. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ibn Muhriz, daripada Ali bin Yaqtin, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Beliau a.s telah mengirim surat kepadaku dari tempat tahanannya bahawa polan adalah anak lelakiku, penghulu anak lelakiku dan aku telah memberi kepadanya gelaranku (kunyati).

(394)-11. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abi Ali al-Khazzaz, daripada Daud bin Sulaiman berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ibrahim a.s: Aku khuatir sesuatu akan berlaku kepada anda dan aku tidak bertemu dengan anda lagi, justeru, beritahu kepadaku siapakah imam selepas anda? Beliau a.s telah berkata: Anak lelakiku polan-Iaitu Abu al-Hasan a.s.

(395)-12. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Sa'id bin Abi al-Jahm, daripada al-Nasr bin Qabus berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ibrahim a.s: Sesungguhnya aku telah bertanya bapa anda a.s tentang siapakah selepas anda? Maka beliau a.s telah memberitahu kepadaku bahawa andalah orangnya. Manakala Abu Abdillah a.s mati, orang ramai telah pergi ke kanan dan ke kiri, aku dan para sahabatku telah menerima anda, justeru, beritahu kepadaku siapakah selepas anda? Beliau a.s telah berkata: Anak lelakiku polan.

(396)-13. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Dhahhak bin al-Asy'ath, daripada Daud bin Zurbi berkata: Aku telah datang kepada Abu Ibrahim a.s dengan harta, lalu beliau a.s telah mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian, maka aku telah berkata: Aslaha-ka llahu, kenapakah anda meninggalkannya di sisiku? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya seorang yang mempunyai kuasa (sahib hadha al-Amr) akan menuntutnya daripada anda. Apabila berita kematiannya telah sampai kepada kami, maka Abu al-Hasan a.s telah mengutus anak lelakinya, lalu beliau meminta harta itu, maka aku telah memberikannya kepadanya.

(397)-14. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abi al-Hakam al-Armani berkata: Abdullah bin Ibrahim bin Ali bin Abdullah bin Ja'far bin Abu Talib telah memberitahu kepadaku, daripada Yazid bin Salit al-Zaidi, Abu al-Hakam berkata: Abdullah bin Muhammad bin 'Imarah al-Jarmi telah memberitahu kepadaku, daripada Yazid bin Salit berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Ibrahim a.s- ketika kami mahu melakukan umrah- di sebahagian jalan, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah anda menyedari tempat ini di mana kita berada? Beliau a.s telah berkata: Ya, adakah anda sendiri menyedarinya? Aku telah berkata: Ya, sesungguhnya aku dan bapaku, kami telah berjumpa dengan anda di sini ketika anda bersama Abu Abdillah a.s dan bersamanya saudara-saudara anda, maka bapaku telah berkata kepadanya: Dengan bapaku, anda dan ibuku, kamu semua para imam yang disucikan, tiada seorang yang akan terlepas daripada kematian. Justeru beritahulah kepadaku sesuatu supaya aku memberitahunya kepada mereka selepasku, lantaran itu, mereka tidak akan sesat.
Beliau a.s telah berkata: Ya, wahai Abu Abdillah (bapa Yazid bin Salit), mereka itu adalah anak-anak lelakiku dan ini adalah penghulu mereka-beliau a.s telah menunjukkan kepada anda dan beliau a.s telah diberikan ilmu, kefahaman, kemurahan hati, ilmu yang dihajati oleh orang ramai, ilmu yang tidak disepakati oleh mereka tentang urusan agama dan dunia mereka, akhlak yang mulia, jawapan yang baik [kepada soalan]. Beliau a.s adalah satu pintu daripada pintu-pintu Allah. Dan di dalam diri beliau a.s terdapat satu sifat yang lebih baik daripada ini. Bapaku telah berkata: Apakah dia? -Dengan bapaku, anda dan ibuku-Beliau a.s telah berkata: Allah akan mengeluarkan daripadanya pertolongan umat ini, kejayaan umat ini, ilmunya, cahayanya, kelebihannya, hikmahnya, sebaik-baik bayi yang dilahirkan dan sebaik-baik (manusia) yang akan membesar.
Allah memelihara darah [orang ramai] dengannya, membaiki silaturahim, menyatukan perselisihan, memakaikan yang bertelanjang, mengenyangkan yang lapar, mengamankan yang takut, Allah menurunkan hujan dengannya, merahmati hamba-hamba-Nya, paling baik di kalangan orang tua dan paling baik di kalangan remaja, kata-katanya adalah hikmah, diamnya adalah ilmu, menerangkan kepada manusia apa yang mereka tidak sepakati. Beliau akan menjadi ketua keluarga sebelum beliau mencapai umur baligh. Maka bapaku telah berkata kepadanya: Dengan bapaku, anda dan ibuku, adakah beliau telah dilahirkan? Beliau a.s telah berkata: Ya, beberapa tahun umurnya telah berlalu. Yazid berkata: Tiba-tiba seorang lelaki telah datang kepada kami dan kami tidak dapat bercakap dengannya.
Yazid berkata kepada Abu Ibrahim a.s: Beritahu kepadaku sebagaimana bapa anda a.s telah memberitahunya kepadaku, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Ya, sesugguhnya bapaku a.s telah berada di zaman di mana sekarang bukan zamannya. Maka aku telah berkata kepadanya: Sesiapa yang meredai anda tentang perkara ini, maka laknat Allah ke atasnya. Beliau telah berkata: Abu Ibrahim a.s telah ketawa dengan nyaring, kemudian beliau a.s telah berkata: Aku akan memberitahunya kepada anda, wahai Abu 'Ammarah, apabila aku telah keluar dari rumahku, maka aku telah mewasiatkan kepada anak lelakiku polan, tetapi aku telah bersyarikat bersamanya anak-anakku yang lain pada zahir sedangkan aku telah mewasiatkan kepadanya pada batin.
Justeru, aku telah mengasingkannya seorang sahaja. Sekiranya urusan ini terletak kepadaku, nescaya aku telah memilih anak lelakiku al-Qasim kerana cintaku dan kelembutan hatiku kepadanya, tetapi ia terletak kepada Allah, Dia menjadikannya untuk siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhyna Rasulullah s.a.w telah datang kepadaku dengan berita ini. Kemudian baginda s.a.w telah memperlihatkan [di dalam mimpi] kepadaku penggantiku (imam) di kalangan anak-anakku dan mereka yang bersamanya. Begitulah tiada seorangpun yang mewasiatkan kepada seseorang di kalangan kami sehingga Rasulullah s.a.w dan datukku Ali a.s datang dengan beritanya. Aku telah melihat sebentuk cincin, sebilah pedang, sebatang tongkat, sebuah kitab dan serbannya (Rasulullah s.a.w). Maka aku telah berkata: Apakah ini, wahai Rasulullah s.a.w? Baginda s.a.w telah bersabda kepadaku: Adapun serban adalah kekuasaan Allah a.w.
Adapun pedang, maka ia adalah kekuatan Allah t.w. Adapun kitab, maka adalah cahaya Allah t.w. Adapun tongkat, maka ia adalah kekuatan Allah. Adapun cincin, maka ia meliputi semua perkara. Kemudian baginda s.a.w telah bersabda kepadaku: Urusan imamah telah keluar daripada anda kepada orang lain. Lantas aku telah berkata kepada Rasulullah s.a.w, perlihatkanlah beliau (imam selepasnya) kepadaku, siapakah beliau di kalangan mereka? Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: Aku tidak melihat seorangpun di kalangan para imam yang paling mengambil berat di dalam perkara ini selain daripada anda. Jika imamah adalah dengan kasih sayang (al-mahabbah), nescaya Isma'il lebih dikasihi oleh bapa anda daripada anda, tetapi perkara itu adalah daripada Allah a.w.
Kemudian Abu Ibrahim a.s telah berkata: Aku telah melihat semua anak-anakku sama ada yang masih hidup ataupun yang telah mati. Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadaku: Ini adalah penghulu mereka, beliau a.s telah menunjukkan kepada anak lelakiku Ali, maka beliau adalah daripadaku dan aku adalah daripadanya dan Allah adalah bersama mereka yang melakukan kebaikan" Yazid berkata: Kemudian Abu Ibrahim a.s telah berkata: Wahai Yazid, ini adalah simpanan [rahsia] di sisi anda. Justeru, janganlah anda memberitahu kepada sesiapapun tentangnya melainkan dia seorang yang berakal atau seorang hamba [Allah] yang anda percaya bahawa dia seorang yang benar. Jika anda dipanggil untuk membuat penyaksian, maka buatlah iaitu sebagaimana firman Allah a.w: "Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menunaikan amanah kepada ahlinya"
Dan Dia juga berfirman kepada kita: "Dan siapakah orang yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah? Abu Ibrahim a.s telah berkata: Aku telah berpaling kepada Rasulullah s.a.w sambil berkata: Sesungguhnya anda telah mengumpulkan anak-anakku untukku- dengan bapaku dan ibuku- manakah beliau di kalangan mereka? Maka baginda s.a.w telah bersabda: Seorang yang melihat dengan cahaya Allah a.w, mendengar dengan kefahaman-Nya, bercakap dengan hikmah-Nya, tepat dan tidak bersalah, mengetahui tanpa kejahilan, pendidik hikmah dan ilmu, inilah dia orangnya (huwa hadha) dan baginda s.a.w telah mengambil tangan anak lelakiku Ali-Kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Anda akan hanya bersamanya di dalam jangka waktu yang pendek.
Justeru, apabila anda kembali dari musafir anda, maka berwasiatlah, perbaikilah urusan anda dan selesailah apa yang anda kehendaki kerana anda akan berpindah daripada mereka dan akan berjiran dengan orang lain. Jika anda mahu, maka panggillah Ali, maka beliau akan memandi dan mengapankankan anda kerana ia adalah suci untuk anda. Ia mesti dijalankan menurut cara ini. Inilah sunnah yang telah berlalu.
Kemudian biarlah beliau meletakkan anda di hadapannya, biarkan saudara-saudaranya dan bapa-bapa saudaranya beratur di hadapannya dan perintahkannya supaya melakukan takbir di atas anda sembilan takbir, sesungguhnya wasiatnya telah diperkukuhkan dan beliau adalah wali anda ketika anda masih hidup. Kemudian kumpulkan semua anak-anak anda di kelilingnya dan jadikan mereka saksi dan Allah akan menyaksikannya dan cukuplah Allah menjadi saksi. Yazid berkata: Kemudian Abu Ibrahim a.s telah berkata kepadaku: Aku akan diambil pada tahun ini dan urusan imamah adalah kepada anak lelakiku Ali nama yang sama dengan Ali: Ali yang pertama, maka Ali bin Abu Talib dan adapun Ali yang akhir adalah Ali bin al-Husain a.s. Dikurniakan dengan fahaman yang pertama, kesabarannya, kemenangannya, kasih sayangnya, agamanya dan ujiannya. Dan ujian yang lain adalah kesabarannya di atas apa yang beliau tidak sukai, tetapi beliau tidak bercakap melainkan selepas empat tahun kematian Harun.
Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Yazid, jika anda melintasi tempat ini dan berjumpa dengannya- dan anda akan berjumpa dengannya- maka beritahulah kepadanya tentang berita baik kepadanya bahawa seorang bayi (ghulam) akan dilahirkan untuknya, yang amanah, dijamin, diberkati dan beliau akan memberitahu kepada anda bahawa anda telah berjumpa denganku, maka beritahulah kepadanya ketika itu bahawa seorang hamba perempuan (al-Jariah) yang akan melahirkan bayi ini adalah seorang hamba perempuan daripada keluarga Mariah seorang hamba perempuan Rasulullah s.a.w, ibu Ibrahim a.s (anak lelaki Rasulullah s.a.w).
Jika anda boleh menyampaikan salamku kepadanya, maka lakukanlah. Yazid berkata: Aku telah berjumpa dengan Ali a.s selepas kematian bapanya Abu Ibrahim a.s, maka beliau a.s telah memulakan percakapan denganku. Beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Yazid, apa pendapat anda tentang umrah? Aku telah berkata: Dengan bapaku, anda dan ibuku, itu terserah kepada anda, aku tidak ada wang untuk perbelanjaannya.
Maka beliau a.s telah berkata: Subhana llah, kami tidak memaksa anda dan tidak akan menyediakan perbelanjaan untuk anda. Kemudian kami telah keluar sehingga kami sampai ke tempat itu, maka beliau a.s telah mula bercakap denganku, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Yazid, pada tempat ini anda banyak berjumpa dengan jiran-jiran anda dan bapa-bapa saudara anda, aku telah berkata: Ya, kemudian aku telah menceritakan kepadanya kisah itu, lalu beliau a.s telah berkata kepadaku: Adapun seorang hamba perempuan, maka dia belum datang lagi kepadaku, maka apabila dia datang, aku akan menyampaikan salamnya kepadanya. Kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke Makkah dan beliau a.s telah membelinya pada tahun itu juga.
Tidak lama kemudian, dia telah mengandung (hamil) dan melahirkan seorang bayi. Yazid berkata: Saudara-saudara Ali masih berharap bahawa mereka akan mewarisinya. Justeru, saudara-saudaranya telah memusuhiku tanpa dosa. Ishaq bin Ja'far telah berkata kepada mereka: Demi Allah, aku telah melihatnya (Yazid) sedang duduk dekat dengan Abu Ibrahim a.s di majlis yang aku tidak duduk bersama.
(398)-15. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abi al-Hakam berkata: Abdullah bin Ibrahim al-Ja'fari telah memberitahu kepadaku dan Abdullah bin Muhammad bin 'Ammarah, daripada Yazid bin Salit berkata: Apabila Abu Ibrahim a.s telah mewasiatkan [imamah], beliau a.s telah memanggil Ibrahim bin Muhammad al-Ja'fari, Ishaq bin Muhammad al-Ja'fari, Ishaq bin Ja'far bin Muhammad, Ja'far bin Salih, Mu'awiyah al-Ja'fari, Yahya bin al-Husain bin Yazid bin Ali, Sa'd bin 'Imran al-Ansari, Muhammad bin al-Harith al-Ansari, Yazid bin Salit al-Ansari dan Muhammad bin Ja'far bin Sa'd al-Aslami-iaitu wasiat yang pertama-Beliau a.s telah memanggil mereka untuk menjadi saksi bahawa beliau a.s naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya, sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, sesungguhnya hari Kiamat akan berlaku tanpa syak lagi. Sesungguhnya Allah akan membangkitkan mereka di dalam kubur.
Sesungguhnya [hari] Kebangkitan selepas kematian adalah benar. Sesungguhnya Janji[Nya] adalah benar, sesungguhnya Hisab adalah benar, Penghakiman adalah benar, sesungguhnya wukuf di hadapan Allah adalah benar, sesungguhnya apa yang telah dibawa oleh Muhammad adalah benar, sesungguhnya apa yang telah diturunkan oleh al-Ruh al-Amin adalah benar. Di atas (kepercayaan ini], aku hidup dan di atasnya aku mati dan di atasnya aku akan dibangkitkan kembali in sya'a Allah. Aku telah memanggil mereka sebagai saksi bahawa inilah wasiatku dengan khat aku sendiri, sesungguhnya aku telah menyalin khat datukku Amir al-Mukminin Ali bin Abu talib a.s dan wasiat Muhammad bin Ali sebelum itu. Aku telah menyalinnya satu persatu dan wasiat Ja'far bin Muhammad seperti itu juga. Sesungguhnya aku telah mewasiatkan kepada Ali dan anak-anakku bersamanya jika beliau mahu, jika beliau melakukan penghakiman yang adil kepada mereka. Aku suka supaya beliau menyokong mereka, tetapi itu terserah kepadanya. Jika beliau tidak mengakui mereka dan beliau suka untuk memecat mereka, maka ia terserah kepadanya dan mereka pula tidak mempunyai kuasa ke atasnya.
Aku telah mewasiatkan kepadanya tentang wakaf-wakafku, harta-hartaku, hamba-hambaku, anak-anak kecilku yang aku telah meninggalkan mereka dan anak-anakku yang lain. Aku telah meninggalkan perempuan-perempuanku kepada al-'Abbas dan Ibrahim, al-Qasim, Isma'il, Ahmad, Umm Ahmad kepada Ali dan bukan kepada orang lain. Satu pertiga daripada sadaqah bapaku dan dua pertiga sadaqahku (aku tinggalkan untuk Ali a.s), beliau boleh melakukan sesuatu kepadanya apabila beliau fikir sesuai seperti seorang pemilik harta terhadap hartanya.
Jika beliau suka menjualnya atau memberikannya, mendermanya atau bersedekah dengannya kepada orang yang aku telah menamakannya kepadanya ataupun aku tidak menamakannya. Maka ia terserah kepadanya. Beliau adalah sepertiku sendiri tentang wasiatku pada hartaku, keluargaku dan anak-anakku. Jika beliau melihat bersesuain untuk menetapkan saudara-saudaranya yang aku telah menamakan mereka di dalam wasiatku ini, maka beliau boleh melakukannya dan jika beliau tidak menyukainya, maka beliau boleh mengeluarkan mereka, beliau tidak boleh dicela atau ditolak.
Jika beliau mendapati keadaan mereka berlainan semasa aku meninggalkan mereka dan beliau mahu mengeluarkan mereka daripda kuasa [yang aku telah tetapkan], maka ia adalah terserah kepadanya. Jika ada di kalangan mereka (saudara-saudaranya) yang ingin mengahwinkan saudara perempuannya, maka beliau (saudaranya) tidak boleh mengahwinkannya melainkan dengan izinnya (Ali al-Ridha a.s) dan perintahnya kerana beliau lebih mengetahui tentang perkahwinan keluarganya.
Mana-mana kuasa atau individu yang mencegahnya dari sesuatu atau meletak halangan di antaranya dan sesuatu daripada apa yang aku telah sebutkannya di dalam suratku ini atau antara beliau dan seorang daripada mereka yang aku telah sebutkannya, maka beliau adalah terlepas daripada Allah dan Rasul-Nya, Allah dan Rasul-nya juga terlepas daripadanya dan di atasnya laknat Allah, kemurkaan-Nya, laknat para pelaknat, para malaikat yang dekat dengan Allah, para nabi, para rasul dan kumpulan mukminin. Tiada seorangpun yang mempunyai kuasa boleh mencegahnya dari sesuatu dan tiada tuntutan di pihakku untuk menentangnya (Ali al-Ridha) dengan alasan salah laku. Tiada seorangpun di kalangan anak-anakku boleh menuntut mana-mana harta menentangku daripadanya. Beliau mesti diterima di dalam semua perkara yang dikatakan olehnya. Jika beliau mengurangkan [pembahagian], maka beliau lebih mengetahui atau jika beliau memperbanyakkannya, maka beliau adalah seorang yang benar begitulah seterusnya.
Sesungguhnya aku mahu memasukkan nama anak-anakku bersamanya adalah untuk memuliakan mereka. Kepada hamba-hamba perempuanku yang telah melahirkan anak-anakku (ummahaat aulaadi) yang masih tinggal di rumah-rumah mereka dan di sebalik hijab akan diberikan perbelanjaan seperti pada masa hidupku, jika beliau melihat keadaannya sesuai dan sesiapa di kalangan mereka keluar untuk berkahwin, maka beliau tidak boleh lagi kembali ke rumahku kecuali Ali memikirkan sebaliknya.
Begitu juga dengan anak-anak perempuanku, tiada seorangpun daripada saudara-saudaranya di sebelah ibunya boleh mengahwinkan mereka, begitu juga mereka yang mempunyai kuasa atau bapa saudaranya tidak boleh mengahwinkan mereka melainkan mengikut pendapatnya (Ali al-Ridha a.s) dan perbincangan dengannya. Jika mereka melakukan perkara selain daripadanya, maka sesungguhnya mereka telah menyalahi Allah dan Rasul-Nya serta menentang kekuasaannya (Ali al-Ridha a.s) sedangkan beliau lebih mengetahui tentang pernikahan atau perkahwinan keluarganya. Jika beliau mahu untuk mengahwinkan mereka, maka beliau akan melakukannya dan jika beliau tidak mahu mengahwinkan mereka, maka beliau boleh berbuat demikian. Sesungguhnya aku telah mewasiatkannya kepada mereka sebagaimana aku telah menyebutkannya di dalam suratku ini.
Aku telah menjadikan Allah saksi ke atas mereka begitu juga dengannya (Ali al-Ridha a.s) dan Umm Ahmad. Tiada seorang yang boleh membuka wasiatku atau menyebarkan wasiatku jika beliau bukan seorang yang aku telah menyebutkannya dan menamaknnya di dalam perkara ini. Sesiapa yang telah melakukan kejahatan, maka ia kembali kepadanya dan sesiapa yang melakukan kebaikan, maka ia adalah untuk dirinya dan Tuhan kamu tidak menzalimi hamba-hamba-Nya. Selawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarganya. Tiada seorang yang mempunyai kuasa atau orang selain daripadanya boleh membuka suratku ini yang aku telah menutupnya rapat-rapat.
Sesiapa yang melakukan sedemikian, maka laknat Allah ke atasnya, kemurkaan-Nya, laknat semua pelaknat, termasuk para malaikat yang dekat dengan Allah, semua rasul dan mukminin ke atas mereka yang membuka suratku ini. Abu Ibrahim a.s dan saksi-saksinya telah menulis dan menutupnya. Selawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarganya.
Abu al-Hakam berkata: Abdullah bin Adam al-Ja'fari telah memberitahu kepadaku daripada Yazid bin Salit berkata: Abu 'Imran al-Talhi adalah kadi Madinah. Apabila Musa a.s telah mati, saudara-saudaranya (Ali al-Ridha a.s) telah mengemukakannya kepada al-Talhi al-Qadhi. Al-'Abbas bin Musa berkata: Aslaha-ka llah, berilah kami kesoronokan melalui anda di bahagian bawah surat ini ada perbendaharaan, permata-permata dan beliau (Ali al-Ridha a.s) mahu menyembunyikannya dan mengambilnya untuk dirinya dan bukan untuk kami. Bapa kami tidak meninggalkan sesuatu melainkan beliau berlindung kepadanya (Ali al-Ridha a.s) dan beliau telah meninggalkan kami pula bergantung kepadanya. Jika aku tidak menahan diriku, nescaya aku memberitahu sesuatu kepada anda di hadapan orang ramai yang telah berkumpul. Lantas, Ibrahim bin Muhammad telah menerkam kepadanya dan berkata: Lantaran itu, demi Allah, anda akan memberitahu perkara yang kami tidak menerimanya daripada anda dan kami tidak mempercayai anda tentangnya. Kemudian anda akan menjadi seorang yang dihina dan dimurkai.
Kami mengetahui anda dengan pembohongan semenjak kecil lagi dan bapa anda lebih mengetahui tentang anda. Jika kebaikan ada pada anda dan bapa anda mengetahui anda pada zahir dan batin, kenapa beliau tidak memprcayai anda meskipun dengan dua kurma. Kemudian Ishaq bin Ja'far, bapa saudaranya di sebelah bapa, menerkam kepadanya, lalu memegang leher bajunya sambil berkata: Anda adalah seorang yang dungu, lemah dan bodoh. Ini dan apa yang telah berlaku kelamarin adalah daripada anda. Orang ramai telah berkumpul di sana menyokongnya (Ishaq). Abu 'Imran al-Qadhi berkata kepada Ali: Wahai Abu al-Hasan, pergilah, cukuplah aku apa yang dilaknati oleh bapa anda pada hari ini. Bapa anda telah memberi kepada anda kuasa yang luas. Demi Allah, tiada seorang yang lebih mengetahui tentang anaknya daripada bapanya. Demi Allah, bapa anda, di sisi kami, bukanlah seorang yang lemah akalnya. Maka al-'Abbas berkata kepada al-Qadhi: Aslaha-ka llahu, pecahkan penutupnya dan bacalah apa yang ada di bawahnya.
Abu 'Imran berkata: Aku tidak akan memecahkannya atau membukanya, cukuplah apa yang dilaknati oleh bapa anda pada hari ini. Al-'Abbas berkata: Aku akan memecahkannya [untuk dibuka], maka beliau (al-Qadhi) berkata: Ia terserah kepada anda. Maka al-'Abbas telah memecahkan penutupnya (al-Khatam), maka beliau mendapatinya (surat) mengeluarkan mereka daripada sadaqah dan perkara-perkara yang lain dan menyokong Ali, malah mereka semua di bawah kuasa Ali sama ada mereka mahu ataupun tidak. Pembukaan surat itu adalah satu bala, keburukan dan kehinaan kepada mereka. Dan bagi Ali a.s adalah satu kelebihan. Di dalam wasiat yang dibukakan penutupnya oleh al- Abbas mengandungi saksi-saksi seperti: Ibrahim bin Muhammad, Ishaq bin Ja'far, Ja'far bin Salih dan Sa'id bin 'Imran.
Mereka telah mendedahkan muka Umm Ahmad (yang hadir) di majlis al-Qadhi kerana mereka mendakwa bahawa beliau bukanlah Umm Ahmad sehingga mereka telah mendedahkannya dan mereka mengenalinya. Maka beliau telah berkata pada ketika itu: Demi Allah, sesungguhnya tuanku telah berkata ini kepadaku: Sesungguhnya anda akan diambil secara paksaan atau anda akan dikeluarkan dari majlis. Ishaq bin Ja'far telah menakut-nakutkan beliau dan berkata: Diamlah, kerana perempuan dikira mempunyai akal yang lemah. Aku tidak terfikir bahawa beliau telah berkata sedemikian. Kemudian Ali a.s telah berpaling kepada al-'Abbas sambil berkata: Wahai saudaraku, aku mengetahui sesungguhnya apa yang telah mendorong anda bertindak sedemikan adalah disebabkan hutang-hutang anda. Justeru, wahai Sa'id, tentukan untukku berapakah hutang mereka yang wajib dibayar, kemudian bayarlah di atas akaun aku [untuk mereka].
Demi Allah, aku tidak akan meninggalkan berbuat baik kepada kamu selama aku berjalan di bumi ini, maka katakanlah apa yang kamu kehendaki. Al-'Abbas berkata: Apa yang anda berikan kepada kami adalah lebihan daripada harta-harta kami sedangkan harta kami di sisi anda adalah lebih banyak. Beliau a.s telah berkata: Katakanlah apa yang kamu mahu, maka kehormatan adalah kehormatan kamu. Jika kamu berbuat baik, maka ia adalah untuk kamu. Jika kamu berbuat jahat, sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Sesungguhnya kamu pun mengetahui bahawa aku pada hariku ini tidak mempunyai anak dan tiada pewaris selain daripada kamu. Jika aku menyimpan sesuatu sebagaimana kamu fikirkan atau aku menyimpannya, maka ia akan menjadi milik kamu sahaja dan ia akan diberikan kepada kamu.
Demi Allah, semenjak kematian bapa kamu r.a, aku tidak memiliki sesuatupun kecuali untuk tujuan tertentu sebagaimana kamu telah melihatnya. Lantas al-'Abbas melompat kepadanya dan berkata: Demi Allah, ia bukanlah begitu, Allah tidak menjadikan pendapat anda menguasai kami, tetapi ia adalah hasad bapa kita terhadap kita dan kemahuannya yang dikehendaki olehnya [sendiri] yang mana Allah tidak membenarkannya untuknya dan untuk anda. Sesungguhnya anda mengetahui bahawa aku mengenali Safwan bin Yahya Bayya' al-Sabiri di Kufah, jika aku masih hidup, aku akan membuatnya tercekik dengan air liurnya dan anda bersamanya.
Ali a.s telah berkata: Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Adapun aku, wahai saudara-saudaraku, aku bersemangat untuk menggembirakan kamu, Allah mengetahui, wahai Tuhanku, jika Engkau mengetahui bahawa aku mencintai kebaikan mereka dan sesungguhnya aku seorang yang baik terhadap mereka dan bersemangat untuk menemani mereka, mengambil berat tentang urusan mereka malam dan siang, maka berilah ganjaran di atas kebaikan dan jika aku bukan sedemikian, maka Engkau lebih mengetahui tentang perkara-perkara yang ghaib, maka berilah ganjaran kepadaku apa yang aku layak dengan sewajarnya. Jika ia jahat, maka jahatlah ia dan jika ia baik, maka baiklah ia.
Wahai Tuhanku, buatlah mereka baik dan buatlah perkara-perkara yang baik untuk mereka. Jauhilah syaitan daripada kami dan mereka dan buatlah mereka mentaati Engkau, buatlah mereka berjaya bagi mencapai kejayaan Engkau. Adapun aku, wahai saudaraku, bersemangat untuk menggembirakan kamu, berjuang untuk kebaikan kamu "Dan Allah adalah saksi terhadap apa yang kita ucapkan (ini) . Maka al-'Abbas berkata: Aku benar-benar mengetahui cara lidah anda [bertutur], aku bukanlah tanah yang subur untuk tipu-daya anda". Kemudian orang ramai telah bersurai, selawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarganya.

(399)-16. Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Ali dan Abdullah bin al-Marzaban, daripada Ibn Sinan berkata: Aku telah datang kepada Abu al-Hasan Musa a.s setahun sebelum beliau a.s datang ke Iraq dan anak lelakinya Ali sedang duduk di sisinya. Maka beliau a.s telah melihat kepadaku dan berkata: Wahai Muhammad, pada tahun ini akan berlaku kekacauan, justeru, janganlah anda berdukacita kerananya. Aku telah berkata: Apakah akan berlaku, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Apa yang anda katakan itu membuatkan aku risau. Maka beliau a.s telah berkata: Aku akan diambil kepada seorang yang zalim, tetapi tiada keburukan akan menimpaku di tangannya dan tidak juga di tangan orang selepasnya. Aku telah berkata: Apakah akan berlaku, aku telah menjadikan diriku tebusan anda?
Beliau a.s telah membaca firman Allah: "Dan Allah menyesatkan mereka yang zalim dan Allah memperbuat apa yang Dia kehendaki" Beliau telah berkata: Aku telah berkata: Apakah itu, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau a.s telah berkata: Sesiapa yang menzalimi anak lelakiku ini akan haknya dan menentang imamahnya selepasku adalah seperti seorang yang telah menazalimi Ali bin Abu Talib akan haknya dan menentang imamahnya selepas Rasulullah s.a.w. Beliau telah berkata: Aku telah berkata: Demi Allah, jika Allah memanjangkan umurku, nescaya aku akan menyerahkan haknya kepadanya dan mengakui imamahnya. Beliau a.s telah berkata: Anda memang benar, wahai Muhammad, Allah akan memanjangkan umur anda dan anda akan menyerahkan haknya kepadanya, dan anda akan mengakui imamahnya dan imamah orang selepasnya. Beliau telah berkata: Aku telah berkata: Siapakah itu? Beliau a.s telah berkata: Muhammad anak lelakinya. Beliau telah berkata: Aku telah berkata: Aku meredainya dan menyerah kepadanya".
Bab 73

Isyarat Dan Nas Ke Atas Abu Ja'far Al-Thani A.S (al-Isyarat wa al-Nas 'ala Abi Ja'far al-Thani a.s)

(400)-1. Ali bin Muhammad, daripada n Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid, daripada Yahya bin Habib al-Zayyat berkata: Beberapa orang yang sedang duduk di sisi Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah memberitahu kepadaku. Apabila mereka bangun, beliau a.s telah berkata kepada mereka: Pergi jumpa Abu Ja'far dan sampaikanlah salam kepadanya dan perbaharuilah janji kamu dengannya. Apabila mereka berdiri untuk pergi, beliau a.s telah berpaling kepadaku dan berkata: Allah memberi rahmat kepada al-Mufadhdhal kerana beliau berpuas hati [mengakui imam akan datang] tanpa ini (arahan].

(401)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Mu'ammar bin Khallad berkata: Aku telah mendengar al-Ridha a.s telah menyebutkan sesuatu, maka beliau a.s telah berkata: Apakah hajat kamu kepadanya, ini adalah Abu Ja'far sesungguhnya aku telah mendudukkannya di tempat dudukku dan aku telah melantiknya kepada kedudukanku dan berkata: Sesungguhnya kami Ahlu l-Bait yang mana yang kecil kami mewarisi yang besar kami, kami adalah sama.

(402)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada bapanya Muhammad bin Isa berkata: Aku telah datang kepada Abu Ja'far al-Thani a.s, lalu beliau a.s telah berbincang beberapa perkara denganku. Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Abu Ali, tiada ruang untuk syak kerana bapaku tidak mempunyai anak lelaki selain daripadaku.

(403)-4. Beberapa orang daripada sahabat kita, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ja'far bin Yahya, daripada Malik bin Asyim, daripada al-Husain bin Basysyar berkata: Ibn Qiyama telah menulis surat kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, beliau telah berkata di dalamnya: Bagaimana anda menjadi seorang imam sedangkan anda tidak [mampu] mempunyai anak lelaki? Maka Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata kepadanya-seakan-akan memarahinya-Siapakah yang telah memberitahu kepada anda bahawa aku tidak mempunyai anak lelaki? Demi Allah, hari-hari dan malam-malamku tidak akan berlalu sehingga Allah mengurniakan kepadaku seorang anak lelaki yang dapat membezakan di antara kebenaran dan kebatilan.

(404)-5. Beberapa orang sahabat kita, daripada Muhammad bin Ali, daripada Mu'awiyah bin Hakim, daripada Ibn Abi Nasr berkata: Ibn al-Najjasyi telah berkata kepadaku: Siapakah imam selepas sahabat anda? Aku mahu anda bertanya kepadanya sehingga aku mengetahuinya. Lalu aku telah datang berjumpa dengan al-Ridha a.s dan aku telah bertanya kepadanya, beliau a.s telah berkata kepadaku: Imam itu adalah anak lelakiku. Kemudian beliau a.s telah berkata: Adakah seorang berani berkata "anak lelakiku" sedangkan beliau tidak mempunyai anak lelaki?

(405)-6. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Mu'ammar bin Khallad berkata: Kami telah menyebutkan sesuatu di sisi Abu al-Hasan a.s selepas Abu Ja'far dilahirkan untuknya. Maka beliau a.s telah berkata: Apakah hajat kamu kepada ini? Ini adalah Abu Ja'far, aku telah mendudukkannya di tempat dudukku dan melantiknya pada tempatku.

(406)-7. Ahmad, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ibn Qiyama al-Wasiti berkata: Aku telah datang kepada Ali bin Musa a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Adakah berlaku dua imam (pada satu masa)? Beliau a.s telah berkata: Tidak, kecuali salah seorang daripadanya berdiam diri. Maka aku telah berkata kepadanya: Andalah yang tidak berdiam diri, Abu Ja'far belum dilahirkan pada masa itu, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Demi Allah, Allah akan menjadikan aku seorang yang mana Dia akan mendirikan kebenaran dengannya dan pendokongnya. Dia akan memusnahkan kebatilan dan pendokongnya. Abu Ja'far dilahirkan untuknya selepas setahun. Ibn Qiyama adalah seorang yang berfahaman al-Waqifiyyah.

(407)-8. Ahmad, daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Hasan bin al-Jahm berkata: Aku telah duduk di sisi Abu al-Hasan a.s, lalu beliau a.s telah memanggil anak lelakinya yang masih kecil, kemudian beliau a.s telah mendudukkannya di atas ribaku. Beliau a.s telah berkata kepadaku: Cabutlah bajunya, lantas aku mencabutnya. Beliau a.s telah berkata kepadaku: Lihatlah di antara dua bahunya, lantas aku melihatnya, tiba-tiba pada salah satu bahunya seperti penutup yang menusuk ke dalam daging. Kemudian beliau a.s telah berkata: Adakah anda melihat ini? Bapaku telah mempunyai perkara yang sama di tempat ini.

(408)-9. Daripadanya, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abi Yahya al-San'ani berkata: Aku telah berada di sisi Abu al-Hasan a.s, maka anak lelakinya Abu Ja'far yang masih kecil telah dibawakan kepadanya, maka beliau a.s telah berkata: Tiada bayi yang dilahirkan yang akan memberi keberkatan yang lebih besar kepada Syiah kita selain daripada bayi ini.

(409)-10. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Safwan bin Yahya berkata: Aku telah berkata kepada al-Ridha a.s: Kami pernah bertanya kepada anda sebelum Allah mengurniakan anda dengan Abu Ja'far a.s, lantas anda berkata: Allah akan mengurniakan aku seorang bayi, maka Allah telah mengurniakannya kepada anda, maka kami bergembira. Semoga Allah tidak akan membiarkan kami melihat hari kematian anda, tetapi jika apa yang akan berlaku itu berlaku, maka kepada siapa? Beliau a.s telah menunjukkan dengan tangannya kepada Abu Ja'far a.s yang sedang berdiri di hadapannya. Maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, ini anak lelaki yang berusia tiga tahun? Maka beliau a.s telah berkata: Tiada sesuatu yang menghalangnya daripadanya. Sesungguhnya Isa a.s telah mendirikan hujahnya ketika berusia tiga tahun.

(410)-11. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Mu'ammar bin Khallad berkata: Aku telah mendengar Isma'il bin Ibrahim berkata kepada al-Ridha a.s: Sesungguhnya anak lelakiku ini perlahan lidahnya, aku akan menghantarkannya kepada anda besok supaya anda menyapu di atas kepalanya dan berdoa untuknya kerana beliau adalah di bawah jagaan anda, maka beliau a.s telah berkata: Beliau adalah di bawah jagaan Abu Ja'far, maka hantarlah beliau kepadanya besok.

(411)-12. Al-Husain bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ahmad al-Nahdiy, daripada Muhammad bin Khallad al-Saiqal, daripada Muhammad bin al-Hasan bin 'Ammar berkata: Aku telah duduk di sisi Ali bin Ja'far bin Muhammad di Madinah, aku telah tinggal bersamanya selama dua tahun menulis apa yang beliau dengar daripada saudaranya- iaitu Abu al-Hasan a.s- tiba-tiba Abu Ja'far Muhammad bin Ali al-Ridha a.s telah datang ke masjid Rasulullah s.a.w, lantas Ali bin Ja'far menerkam kepadanya tanpa kasut dan jubah, mengucupnya dan menghormatinya.
Maka Abu Ja'far a.s telah berkata kepadanya: Wahai bapa saudaraku ('amm), silakan duduk-mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada anda, maka beliau telah berkata: Wahai sayyidi, bagaimana aku duduk sedangkan anda berdiri. Manakala Ali bin Ja'far kembali ke majlisnya, para sahabatnya mulai mencacinya dan berkata: Anda adalah bapa saudara bapanya sedangkan anda melakukan kepadanya perbuatan ini? Beliau telah berkata: Diam, apabila Allah-beliau memegang janggutnya-tidak membuat janggut putih ini layak (imamah) dan membuatkan pemuda ini layak (imamah) serta meletakkannya di tempat yang Dia telah meletakkannya, aku pula mengingkari kelebihannya? Aku mohon perlindungan daripada apa yang anda katakannya, malah aku adalah seorang hamba untuknya.

(412)-13. Al-Husain bin Muhammad, daripada al-Khairani, daripada bapanya berkata: Aku pernah berdiri di hadapan Abu al-Hasan a.s di Khurasan, maka seorang lelaki berkata: Wahai tuanku (sayyidi), jika berlakulah apa yang akan berlaku, maka [imamah] kepada siapa? Beliau a.s telah berkata: Kepada Abu Ja'far anak lelakiku, seolah-olah lelaki yang bertanya itu memperkecilkan umur Abu Ja'far a.s. Maka Abu al-Hasan a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus Isa bin Maryam sebagai rasul dan nabi, pembawa syariah bermula dengan umurnya semuda usia Abu Ja'far a.s.
(413)-14. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Ali bin Muhammad al-Qasani bersama, daripada Zakaria bin Yahya bin al-Nu'man al-Sairafi berkata: Aku telah mendengar Ali bin Ja'far memberitahu kepada al-Hasan bin al-Husain bin Ali bin al-Husain berkata: Demi Allah, sesungguhnya Allah telah menolong Abu al-Hasan al-Ridha a.s, maka al-Hasan telah berkata kepadanya: Ya, demi Allah, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, saudara-saudaranya telah menentangnya, maka Ali bin Ja'far telah berkata: Ya, demi Allah, dan kami bapa-bapa saudaranya telah menentangnya juga. Maka al-Hasan telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, bagaimana kamu telah melakukannya sedangkan aku tidak berada bersama kamu?
Beliau telah berkata: Saudara-saudaranya berkata kepadanya dan kami juga: Tidak pernah ada pada kami seorang imam yang berkulit hitam. Maka al-Ridha a.s telah berkata kepada mereka: Beliau itu adalah anak lelakiku. Mereka berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menghukum dengan al-Qaffah (pakar tentang pertalian keluarga sedarah sedaging), maka di antara kami dan anda adalah al-Qaffah, beliau telah berkata: Kamu utuslah kepada mereka, adapun aku, maka aku tidak mahu dan janganlah kamu memberitahu kepada mereka apabila kamu memanggil mereka, hendaklah kamu tinggal di rumah kamu. Apabila mereka telah datang, maka mereka (saudara-saudara dan bapa-bapa saudaranya) telah memanggil kami untuk berkumpul di taman dan bapa-bapa saudara, saudara-saudara dan saudara-saudara perempuannya berbaris.
Mereka telah mengambil al-Ridha a.s dan memakaikannya jubah bulu, songkok daripada bahan yang sama dan mereka telah meletakkan penyodok di atas tengkuknya dan mereka berkata kepadanya: Pergilah ke taman seolah-olah anda bekerja padanya. Kemudian mereka telah membawa datang Abu Ja'far a.s dan berkata (kepada pakar tentang pertalian keluarga): Kaitkanlah kanak-kanak ini kepada bapanya, maka mereka telah berkata: Tiada bapanya di sini, tetapi ini adalah bapa saudara bapanya, ini adalah bapa saudara bapanya, ini adalah bapa saudaranya, dan ini adalah ibu saudaranya. Jika beliau mempunyai bapa di sini, maka beliau adalah tukang kebun itu kerana kedua-dua tapak kakinya (tukang kebun) menyamai tapak kakinya. Apabila Abu al-Hasan a.s telah kembali, mereka telah berkata: Inilah bapanya.
Ali bin Ja'far telah berkata: Aku telah berdiri, lalu aku menghisap air liur Abi Ja'far a.s, kemudian aku telah berkata kepadanya: Aku naik saksi bahawa anda adalah imam di sisi Allah, lantas al-Ridha a.s menangis, kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai bapa saudaraku, Tidakkah anda pernah mendengar bapaku telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda tentang bapaku: Anak lelaki yang terpilih daripada sebaik-baik hamba perempuan, anak lelaki daripada hamba perempuan Nubah yang mempunyai mulut yang manis, rahimnya telah dipilih (untuk melahirkan seorang imam). Celakalah mereka, Allah melaknati al-'Abbas dan zuriatnya, pembuat fitnah. Beliau (dan mereka) akan membunuh mereka (yang ditipu oleh Bani al-'Abbas) di dalam beberapa tahun, bulan dan hari. Beliau akan memberi tamparan yang hebat, memberi minum air kepahitan kepada mereka. Beliaulah yang diburu dan diusir serta dikaitkan dengan bapanya dan datuknya kepada persembunyian (sahib al-Ghaibah). Beliau akan dikatakan: Beliau telah mati atau binasa atau (ditanya) di manakah beliau telah pergi? Adakah ia akan berlaku selain daripada aku, wahai bapa saudaraku? Maka aku telah berkata: Anda telah berkata benar, aku telah menjadikan diriku tebusan anda.

Bab 74

Isyarat Dan Nas Ke Atas Abu al-Hasan al-Thalith (Ketiga) A.S (al-Isyarat wa al-Nas 'ala Abi al-Hasan al-Thalith a.s)

(414)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Isma'il bin Mihran berkata: Apabila Abu Ja'far a.s telah keluar dari Baghdad di dalam salah satu daripada dua perjalanannya, aku telah berkata kepadanya ketika beliau a.s keluar: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, aku khuatir ke atas anda mengikut arah ini, justeru kepada siapakah urusan imamah selepas anda? Beliau a.s telah berpaling mukanya kepadaku di dalam keadaan tersenyum dan berkata: Tiada persembuyian (ghaibah) seperti anda fikirkan pada tahun ini. Apabila beliau a.s dikeluarkan pada kali kedua kepada al-Mu'tasim, aku telah datang kepadanya dan berkata: Aku telah menjadikan diriku terbusan anda, anda sedang keluar, maka kepada siapakah urusan imamah selepas anda? Maka beliau a.s telah menangis sehingga janggutnya menjadi basah, kemudian beliau a.s telah berpaling kepadaku dan berkata: Ketika keberangkatan pada kali ini aku terasa takut, urusan selepasku adalah kepada anak lelakiku Ali.

(415)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada al-Khairani, daripada bapanya bahawa beliau telah berkata: Bapaku terikat kepada rumah Abu Ja'far a.s kerana perkhidmatan yang diwakilkan kepadanya. Ahmad bin Muhammad bin Isa telah datang pada waktu sahur pada setiap malam untuk mengetahui berita kesakitan Abu Ja'far a.s. Di sana terdapat utusan yang berulang-alik di antara Abu Ja'far a.s dan bapaku. Apabila beliau telah datang, Ahmad telah berdiri, lalu pergi dan bapaku dapat bercakap dengannya secara peribadi.
Pada suatu malam aku telah keluar dan Ahmad telah berdiri, lalu pergi dari majlis dan bapaku telah bercakap dengan utusan itu secara peribadi, tetapi Ahmad telah kembali dan berdiri yang mana beliau dapat mendengar percakapan mereka. Maka utusan itu telah berkata kepada bapaku: Sesungguhnya tuan anda (maulaa-ka) telah mengirim salamnya kepada anda dan berkata kepada anda: Aku sedang berlalu (mati) dan urusan imamah adalah kepada anak lelakiku Ali, beliau mempunyai hak ke atas kamu selepasku sebagaimana aku mempunyai hak ke atas kamu selepas bapaku. Kemudian utusan itu telah pergi dan Ahmad telah kembali ke tempatnya dan berkata kepada bapaku: Apakah beliau telah katakan kepada anda? Beliau telah berkata: Baik, beliau telah berkata: Aku telah mendengar apa yang beliau telah katakannya, kenapakah anda menyembunyikannya? Beliau telah mengulangi apa yang beliau telah mendengarnya.
Maka bapaku telah berkata kepadanya: Allah telah mengharamkan apa yang anda telah buat kerana Allah telah berfirman: "Janganlah kamu mengintai" Jagalah penyaksian anda, kemungkinan kita perlu kepadanya pada suatu hari nanti. Jagalah dan janganlah anda mendedahkannya sehingga tiba waktunya. Apabila tiba waktu pagi, bapaku telah menulis sepuluh salinan surat daripada imam, kemudian menutupnya dan menyerahkannya kepada sepuluh orang pemuka mazhab dan berkata: Jika kematian berlaku kepadaku sebelum aku menuntut kamu dengannya, maka bukalah dan beramallah mengikut apa yang ada padanya. Apabila Abu Ja'far a.s mati, bapaku telah menyebut bahawa beliau (bapaku) tidak akan keluar dari rumahnya sehingga empat ratus orang mengisytiharkan diri mereka menyokong imamah di tangannya.
Kemudian ketua-ketua mazhab telah berkumpul di sisi Muhammad bin al-Faraj berunding tentang perkara ini. Muhammad bin al-Faraj telah menulis kepadaku memberitahu kepadanya tentang perhimpunan mereka di sisinya. Jika tidak kerana khuatir diketahui ramai, nescaya beliau telah datang bersama mereka kepadanya (bapa al-Khairani) dan memintanya supaya datang kepadanya. Justeru, bapaku telah menaiki kenderaannya dan pergi kepadanya. Maka beliau telah mendapati orang ramai berkumpul di sisinya. Mereka telah berkata kepada bapaku Apakah pendapat anda tentang urusan ini? Bapaku telah berkata: kepada mereka yang mempunyai salinan surat: Kemukakan salinan-salinan itu, maka beliau telah berkata kepada mereka: Inilah apa yang aku telah memerintahkan kamu, maka sebahagian mereka telah berkata: Kami mahu di sana ada saksi lain bersama anda di dalam urusan ini.
Maka beliau telah berkata kepada mereka: Sesungguhnya Allah telah mendatangi kamu denganya, ini adalah Abu Ja'far al-Asy'ari yang akan menjadi saksi untukku bahawa aku telah mendengar perutusan ini. Dan beliau telah memintanya supaya menjadi saksi apa yang beliau telah mengetahuinya. Kemudian Ahmad telah menafikan bahawa beliau telah mendengar sesuatu daripada ini, lalu bapaku telah menyerunya untuk melakukan sumpah pemusnahan (mubahalah). Beliau telah berkata: Manakala beliau (bapaku) telah melakukan [sesuatu] ke atasnya, beliau telah berkata: Sesungguhnya aku telah mendengarnya sedemikian. Ini adalah satu penghormatan yang mana aku mahu anda menjadi seorang lelaki Arab bukan seorang lelaki bukan Arab (al-'Ajam). Orang ramai tidak bersurai sehingga mereka semua telah berkata benar.

Mengikut naskhah al-Safwani:

(416)-3. Muhammad bin Ja'far al-Kufi, daripada Muhammad bin Isa bin 'Ubaid, daripada Muhammad bin al-Husain al-Wasiti bahawa beliau telah mendengar Ahmad bin Abi Khalid, hamba Abu Ja'far menceritakan bahawa beliau telah menjadi saksi kepada wasiat yang telah disalinkannya:

Ahmad bin Khalid, hamba Abu Ja'far bahawa Abu Ja'far Muhammad bin Ali bin Musa bin Ja'far bin Muhammad bin Ali bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s telah menjadi saksi bahawa beliau telah mewasiatkan kepada Ali anak lelakinya untuk urusannya sendiri dan saudara-saudara permpuannya. Beliau telah menyerahkan urusan Musa (kepada Ali) apabila beliau sampai umur baligh, beliau telah melantik Abdullah bin al-Musawir untuk menjaga harta peninggalannya yang terdiri daripada ladang pertanian, hartanah, sumber kewangan sokongan, hamba-hamba dan lain-lain sehingga Ali bin Muhammad sampai umur baligh.
Mulai daripada hari itu (semua perkara di tangan) Abdullah bin al-Musawir diserahkan kepadanya (Ali). Beliau akan menguruskan urusan dirinya sendiri, urusan saudara-saudara perempuannya dan urusan Musa adalah di bawah jagaannya. Musa sendiri akan menjaga sadaqat (bapanya) yang diwarisinya selepas mereka berdua (selepas Abdullah bin al-Musawir dan Ali, (jika beliau mati) mengikut syarat bapa mereka berdua. (Beliau, Ahmad bin Khalid, telah menjadi saksi) ini pada hari Ahad, 3hb Dhu l-Hijjah, 220 hijrah (28 hb November, 835, tiga hari selepas kematian al-Jawad a.s pada hari Khamis 30hb Dhu l-Hijjah, 220 hijrah (25 hb November 835).
Ahmad bin Abu Khalid telah menulis penyaksiannya dengan khatnya sendiri dan al-Hasan bin Muhammad bin Abdullah bin al-Hasan bin Ali bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s yang dikenali dengan al-Jawwani, telah menjadi saksi sebagaimana penyaksian Ahmad bin Abi Khalid pada permulaan kitab (surat) dan beliau telah menulis penyaksiannya dengan tangannya sendiri dan disaksikan oleh Nasr, hamba (al-Jawad a.s) dan beliau telah menulis penyaksiannya dengan tangannya sendiri.

Bab 75

Isyarat Dan Nas Ke Atas Abu Muhammad A.S (al-Isyarat wa al-Nas 'ala Abi Muhammad a.s)

(417-1. Ali bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad al-Nahdi, daripada Yahya bin Yasar al-Qanbari berkata: Abu al-Hasan a.s telah mewasiatkan kepada anak lelakinya al-Hasan empat bulan sebelum kematiannyan. Beliau a.s telah mengambil aku dan sekumpulan hamba yang dibebaskan (al-Mawali) menjadi saksi.

(418)-2. Ali bin Muhammad, daripada Ja'far bin Muhammad al-Kufi, daripada al-Basysyar bin Ahmad al-Basri, daripada Ali bin Umar al-Naufali berkata: Aku telah berada bersama Abu al-Hasan a.s di perkarangan rumahnya, tiba-tiba anak lelakinya Muhammad telah melalui kami, lantas aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah beliau sahabat kami selepas anda? Maka beliau a.s telah berkata: Tidak, sahabat kamu selepas aku adalah al-Hasan a.s.

(419)-3. Daripadanya, daripada Basysyar bin Ahamd, daripada Abdullah bin Muhammad al-Isfahani, berkata: Abu al-Hasan a.s telah berkata: Sahabat kamu selepasku adalah orang yang akan memberi salam kepadaku. Beliau telah berkata: Kami tidak mengetahui Abu Muhammad sebelum ini, beliau telah berkata: Abu Muhammad telah keluar, lantas beliau telah memberi salam kepadanya.

(420)-4. Dan daripadanya, daripada Musa bin Ja'far bin Wahab, daripada Ali bin Ja'far berkata: Aku telah hadir bersama Abu al-Hasan a.s menakala anak lelakinya Muhammad mati, maka beliau telah berkata kepada al-Hasan: Wahai anak lelakiku, perbaharuilah kesyukuran anda kepada Allah kerana Dia telah memperbaharui sesuatu kepada anda.

(421)-5. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Marwan al-Anbari berkata: Aku telah hadir ketika kematian Abu Ja'far Muhammad bin Ali. Kemudian Abu al-Hasan a.s telah datang, lalu kerusi diletakkan untuknya, lalu beliaupun duduk di atasnya. Dan di sekitarnya adalah keluarganya. Abu Muhammad telah berada di dalam keadaan berdiri di satu sudut. Apabila selesai urusan Abu Ja'far, beliau telah berpaling kepada Abu Muhammad a.s, maka beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku, perbaharuilah syukur anda kepada Allah kerana Dia telah memperbaharui sesuatu untuk anda.

(422)-6. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ahmad al-Qalanisi, daripada Ali bin al-Husain bin 'Umru, daripada Ali bin Mihziyar berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s: Jika berlaku sesuatu kepada anda-dan aku berlindung kepada Allah-maka kepada siapa [imamah]? Beliau a.s telah berkata: Janjiku adalah kepada anak lelakiku yang paling tua.

(423)-7. Ali bin Muhammad, daripada Abi Muhammad al-Asbarqini, daripada Ali bin 'Umru al-'Attar berkata: Aku telah datang kepada Abu al-Hasan al-'Askari a.s dan Abu Ja'far anak lelakinya adalah di kalangan mereka yang masih hidup dan aku menyangka bahawa beliau adalah imam selepas Abu al-Hasan a.s. Maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, siapakah yang paling khusus yang aku harus taati di kalangan anak-anak anda? Beliau a.s telah berkata: Janganlah kamu mengkhususkan seorangpun daripada mereka sehingga perintahku datang kepada kamu. Beliau telah berkata: Aku telah menulis kepadanya selepas kematian Abu Ja'far: Kepada siapakah urusan imamah akan berlaku? Beliau telah berkata: Beliau a.s telah menulis kepadaku: Anak lelakiku yang paling tua. Beliau telah berkata: Abu Muhammad adalah anak lelaki yang paling tua daripda Abu Ja'far.

(424)-8. Muhammad bin Yahya dan lain-lain, daripada Sa'd bin Abdullah, daripada sekumpulan Bani Hasyim, di kalangan mereka adalah al-Hasan bin al-Hasan al-Aftas bahawa mereka telah hadir-pada hari kematian Muhammad bin Ali bin Muhammmad-di pintu Abu al-Hasan al-'Askari untuk memberi takziah kepadanya. Permaidani telah dibentangkan kepadanya di perkarangan rumahnya dan orang ramai telah duduk di sekitarnya, maka mereka telah berkata: Kami telah membuat anggaran bahawa mereka yang telah hadir di sekitarnya yang terdiri daripada keluarga Abu Talib, Bani Hasyim adalah seratus lima puluh orang, tidak termasuk mawaalinya dan orang lain.
Tiba-tiba Abu al-Hasan a.s telah melihat kepada Abu al-Hasan bin Ali datang dengan bajunya yang koyak sehingga beliau telah berdiri di sebelah kanannya dan kami tidak mengetahuinya. Maka Abu al-Hasan a.s telah melihat kepadanya selepas beberapa ketika. Lalu beliau a.s telah berkata: Wahai anak lelakiku, perbaharuilah kesyukuran kepada Allah kerana Dia telah memperbaharui sesuatu kepada anda. Maka orang muda itu telah menangis, memuji Allah dan membaca firman Allah "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali" Kami telah bertanya tentangnya (siapakah dia) dan diberitahu: Ini adalah al-Hasan, anak lelakinya. Kami telah membuat anggaran umurnya [pada ketika itu] dua puluh tahun ataupun lebih. Semenjak hari itu kami telah mengenalinya dan kami telah mengetahui bahawa Abu al-Hasan a.s telah menunjukkannya untuk imamah dan meletakkannya di tempatnya.

(425)-9. Ali bin Muhammad, daripada Ishaq bin Muhammad, daripada Muhammad bin Yahya bin Daryab berkata: Aku telah datang kepada Abu al-Hasan a.s selepas kematian Abu Ja'far, maka aku telah mengucap takziah kepadanya tentangnya dan Abu Muhammad a.s sedang duduk, lantas Abu Muhammad a.s telah menangis. Maka Abu al-Hasan a.s telah datang kepadanya dan berkata kepadanya: Sesungguhnya Allah telah menjadikan anda penggantinya, justeru, bersyukurlah kepada Allah.

(426)-10. Ali bin Muhammad, daripada Ishaq bin Muhammad, daripada Abu Hasyim al-Ja'fari berkata: Aku telah berada di sisi Abu al-Hasan a.s selepas kematian anak lelakinya Abu Ja'far, aku telah berfikir untuk berkata: Seolah-olah mereka berdua, aku maksudkan Abu Ja'far dan Abu Muhammad pada masa ini seperti Abu al-Hasan Musa dan Isma'il dua anak lelaki Ja'far bin Muhammad a.s dan kisah mereka berdua seperti kisah mereka berdua juga.
Kerana Abu Muhammad diharapkan [menjadi imam] selepas Abu Ja'far, tiba-tiba Ali Abu al-Hasan telah datang sebelum aku bercakap dan beliau telah berkata: Ya, wahai Abu Hasyim, al-Bada' telah berlaku kepada Abu Muhammad selepas Abu Ja'far yang tidak diketahui tentang-Nya. Sebagaimana al-Bada' telah berlaku kepada Musa selepas kematian Isma'il yang mana Allah telah menerangkan kedudukannya. Dan inilah sebagaimana ia telah terbayang di fikiran anda dahulu sekalipun dibencikan oleh pengikut-pengikut kebatilan. Abu Muhmmad adalah anak lelakiku, penggantiku selepasku. Di sisinya ilmu yang dihajati oleh manusia dan bersamanya segala kelayakan untuk imamah.

(427)-11. Ali bin Muhammad, daripada Ishaq bin Muhammad, daripada Muhammad bin Yahya bin Daryab daripada Abi Bakr al-Fahfaki berkata: Abu al-Hasan a.s telah menulis surat kepadaku: Abu Muhammad adalah anak lelakiku yang paling disegani di dalam keluarga Muhammad dan Hujjah yang paling dipercayai, beliau adalah anak lelakiku yang paling tua, beliau adalah penggantiku dan kepadanyalah berakhirnya ikatan imamah dan hukum-hukumnya. Apa yang anda telah tanyakan kepadaku, maka bertanyalah kepadanya, kerana beliau memiliki apa yang dihajati [oleh manusia].

(428)-12. Ali bin Muhammad, daripada Ishaq bin Muhammad, daripada Syahwaih bin Abdullah al-Jallab berkata: Abu al-Hasan a.s telah menulis kepadaku di dalam suratnya: Anda ingin bertanya kepadaku tentang pengganti selepas Abu Ja'far dan anda syak mengenainya, justeru janganlah anda berdukacita dengannya kerana Allah telah berfirman: "Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum setelah Allah memberi petunjuk kepada mereka hingga dijelaskan- Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi" Sahabat (imam) anda selepasku adalah Abu Muhammad anak lelakiku dan beliau memiliki apa yang kamu hajati (untuk mengetahuinya). Allah mendahulukan apa yang Dia kehendaki dan melewatkan apa yang Dia kehendaki "Dan apa saja ayat yang kami nasakhkan atau apa yang kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, kami datangkan apa yang lebih baik daripadanya atau sebanding dengannya" Aku telah menulis padanya penjelasan dan kepuasan bagi orang yang mempunyai akal dan kesedaran.

(429)-13. Ali bin Muhammad, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Muhammad bin Ahmad al-'Alawi, daripada Daud al-Qasim berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s telah berkata: Pengganti selepasku adalah al-Hasan, bagaimana kedudukan anda tentang pengganti selepas pengganti ini? Maka aku telah berkata: Kenapakah Allah telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau telah berkata: Sesungguhnya kamu tidak akan melihat orangnya dan kamu tidak dibenarkan menyebut namanya, maka aku telah berkata: Bagaimana aku akan menyebutnya? Maka beliau telah berkata: Katakanlah: Hujjah daripada keluarga Muhammad s.a.w.

Bab 76

Isyarat Dan Nas Kepada Tuan Rumah ini A.S (al-Isyarat dan al-Nas ila sahib al-Dar a.s)

(4230)-1. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ali, daripada Muhammad bin Ali bin Bilal berkata: [Sepucuk surat] telah dihantarkan kepadaku daripada Abu Muhammad dua tahun sebelum kematiannya yang beliau a.s telah memberitahu kepadaku tentang pengganti selepasnya. Kemudian sepucut surat telah dihantar kepadaku [daripadanya] tiga hari sebelum kematiannya yang beliau a.s telah memberitahu kepadaku tentang pengganti selepasnya.

(431)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahamad bin Ishaq, daripada Abi Hasyim al-Ja'fari berkata kepada Abu Muhammad a.s: Kehormatan anda menghalangku dari bertanya anda, adakah anda membenarkan aku bertanya? Beliau a.s telah berkata: Tanyalah. Aku telah berkata: Wahai sayyidi, adakah anda mempunyai seorang anak lelaki? Beliau a.s telah berkata: Ya, aku telah berkata: Jika sesuatu berlaku kepada anda, maka siapakah yang aku akan bertanya mengenainya? Beliau a.s telah berkata: [orang] Di Madinah.

(432)-3. Ali bin Muhammad, daripada Ja'far bin Muhammad al-Kufi, daripada Ja'far bin Muhammad al-Makfuf, daripada 'Umru al-Ahwaziy berkata: Abu Muhammad telah memperlihatkan kepadaku anak lelakinya dan berkata: Ini adalah sahabat anda selepasku.

(433)-4. Ali bin Muhammad, daripada al-Hamdan al-Qalanisi berkata: Aku telah berkata kepada al-'Umari: Abu Muhammad telah mati? Beliau telah berkata kepadaku: Sesungguhnya beliau a.s telah mati, tetapi beliau a.s telah meninggalkan pada kamu penggantinya yang sihat dan selamat (yang mana tengkuknya seperti ini). Kemudian beliau telah menunjukkannya dengan tangannya.

(434)-5. Al-Husain bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah berkata: [sepucuk surat] telah dihantar daripada Abu Muhammad a.s ketika al-Zubairi yang dilaknati Allah dibunuh: Ini adalah balasan kepada orang yang telah berani menentang Allah kerana para wali-Nya. Beliau telah mendakwa bahawa beliau akan membunuhku ketika aku tidak ada pewaris. Bagaimana beliau telah melihat kekuasaan Allah padanya. Seorang bayi lelaki telah dilahirkan untuknya, beliau telah menamakannya "mim ha' mim dal" (mhmd) pada tahun 256.

(435)-6. Ali bin Muhammad, daripada al-Husain dan Muhammad, dua anak lelaki Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Ali bin 'Abd al-Rahman al-'Abdi-daripada 'Abd Qais-daripada al-Dhau' bin Ali al-'Ajali, daripada seorang lelaki dari Faz yang mana beliau telah menamakannya: Aku telah datang ke Samarra' dan tinggal di pintu [rumah] Abu Muhammad a.s, maka beliau a.s telah memanggil aku, lalu akupun memasuki [rumahnya] dan aku telah memberi salam kepadanya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Apakah yang membuat anda datang ke sini? Beliau telah berkata: Aku telah berkata: Keinginan untuk berkhidmat kepada anda. Maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Tinggallah di pintu. Beliau telah berkata: Aku telah berada di pintu bersama hamba-hambanya. Kemudian aku mulai membeli barang-barang untuk keperluan mereka dari pasar. Aku telah datang kepada mereka tanpa meminta izin selama ada ramai lelaki di sana. Beliau telah berkata: Pada suatu hari aku telah datang kepadanya (imam) ketika beliau a.s berada di bilik mereka.
Aku telah mendengar pergerakan di dalam bilik itu, kemudian beliau telah memanggil aku: Berdirilah di tempat anda berada, jangan bergerak. Aku tidak berani sama ada untuk masuk atau pergi. Tiba-tiba seorang hamba perempuan telah datang kepadaku bersamanya benda yang ditutup [di tangannya]. Kemudian beliau a.s telah memanggil aku supaya masuk, lalu aku telah masuk dan beliau a.s telah memanggil seorang hamba perempuan, lalu beliau telah datang kepadanya. Beliau a.s telah berkata kepadanya: Dedahkan apa yang ada bersama anda. Maka beliau (hamba perempuan) telah mendedahkan seorang bayi yang cantik mukanya dan beliau a.s telah mendedahkan tubuh bayi itu, tiba-tiba [aku telah melihat] bulu sedang tumbuh di tengah dadanya ke pusatnya berwarna kehijauan dan bukan kehitaman. Maka beliau a.s telah berkata: Inilah sahabat kamu. Kemudian beliau a.s telah memerintahkannya (hamba perempuan) supaya membawanya keluar. Aku tidak melihatnya (bayi itu) selepas itu sehingga Abu Muhammad a.s mati.

Bab 77

Penamaan Mereka Yang Telah Melihatnya A.S (fi tasmiyati man ra'a-hu a.s)

(436)-1. Muhammad bin Abdullah dan Muhammad bin Yahya, daripada Abdullah bin Ja'far al-Humairiy berkata: Aku dan Syeikh Abu 'Amru yang dirahmati Allah telah berkumpul di sisi Ahmad bin Ishaq. Maka Ahmad bin Ishaq telah mengelipkan matanya kepadaku supaya aku bertanya kepadanya (syeikh) tentang pengganti kepada Imam al-Hasan al-'Askari, lalu aku telah berkata kepadanya: Wahai Abu 'Amru, sesungguhnya aku ingin bertanya anda tentang satu perkara dan aku tidak syak kepada apa yang aku ingin tanyakannya, kerana sesungguhnya kepercayaanku dan agamaku bahawa bumi tidak sunyi daripada seorang Hujjah melainkan empat puluh hari sebelum hari Kiamat.
Apabila hari itu tiba, Hujjah diangkat dan pintu taubat ditutup. Justeru, iman seseorang tidak akan memanfaatkan dirinya jika ia tidak beriman sebelumnya atau beliau telah melakukan kebaikan pada imannya. Lantaran itu, mereka adalah sejahat-jahat makhluk Allah dan Kiamat akan berlaku kepada mereka, tetapi aku suka menambahkan keimananku, sesungguhnya Ibrahim a.s telah memohon kepada Tuhannya supaya memperlihatkan kepadanya bagaimana Dia menghidupkan orang mati "[Ibrahim] menjawab: Ya, aku telah percaya, tetapi agar bertambah yakin hatiku" Abu Ali Ahmad bin Ishaq telah memberitahu kepadaku, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Aku telah bertanya kepadanya: Siapakah orang yang aku akan berurusan dengannya atau daripada siapakah aku akan menuntut ilmu [agama] dan kata-kata siapakah yang aku boleh menerimanya?
Maka beliau a.s telah berkata kepadanya: Al-'Umari adalah kepercayaanku, apa yang beliau telah menunaikannya kepada anda daripadaku, maka daripadaku beliau menunaikannya. Apa yang beliau memberitahu kepada anda daripadaku, maka beliau memberitahu daripadaku. Justeru, dengarlah kepadanya dan taatilah, kerana beliau adalah orang kepercayaan yang diamanahkan. Abu Ali telah memberitahu kepadaku bahawa beliau telah bertanya soalan yang sama kepadanya dan beliau telah berkata kepadanya: Al-'Umari dan anak lelakinya boleh dipercayai. Justeru, apa yang dilaksanakan kepada anda oleh mereka berdua daripadaku, maka daripada aku mereka berdua melaksanakannya.
Dan apa yang dikatakan kepada anda oleh mereka berdua daripada aku, maka daripada aku mereka berdua berkata. Lantaran itu, dengarlah dan taatilah mereka berdua, kerana mereka berdua dipercayai dan dijamin. Inilah kata-kata dua orang imam yang telah mati tentang anda. Beliau telah berkata: Abu 'Umru terus sujud dan menangis, kemudian beliau telah berkata: Mintalah apa yang anda hajati, maka aku telah berkata kepadanya: Anda telah melihat pengganti selepas [kematian] Abu Muhammad s.a.w? Maka beliau telah berkata: Ya, demi Allah, beliau adalah selamat dan sihat-beliau telah menunjukkan dengan tangannya- maka aku telah berkata kepadanya: Satu perkara masih tinggal, maka beliau telah berkata kepadaku: Biarlah aku mendengarnya, aku telah berkata: Dan namanya? Beliau telah berkata: Ia diharamkan ke atas kamu bertanya tentangnya, aku tidak berkata sedemikian daripada diriku sendiri.
Aku tidak menghalalkannya atau mengharamkannya, tetapi ia datang daripadanya a.s. Sesungguhnya urusan itu adalah di sisi orang yang berkuasa. Sesungguhnya Abu Muhammad a.s telah mati tanpa meninggalkan anak lelaki, hartanya dibahagikan dan diambil oleh orang yang tidak mempunyai haknya ke atasnya. Keluarganya bergerak dengan bebas, tetapi tiada seorangpun yang berani memperkenalkan dirinya kepada mereka atau memberi sesuatu kepada mereka. Jika nama [nya] disebut, maka pemeriksaan boleh dilakukan. Justeru, bertakwalah kepada Allah dan berhentilah dari melakukannya.
Al-Kulaini-rahimahu llah- telah berkata: Seorang syeikh daripada sahabat kita telah memberitahu kepadaku-namanya telah hilang daripada ingatanku-bahawa Abu 'Umru telah bertanya Ahmad bin Ishaq perkara yang sama, maka beliau telah memberi jawapan yang sama.

(437)-2. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Isma'il bin Musa bin Ja'far, beliau adalah yang paling tua daripada keturunan Rasulullah s.a.w di Iraq, maka beliau telah berkata: Aku telah melihat beliau a.s di antara dua masjid ketika beliau a.s masih kanak-kanak.

(438)-3. Muhammad bin Yahya, daripada al-Husain bin Rizqi-llah Abu Abdillah berkata: Musa bin Muhammad bin al-Qasim bin Hamzah bin Musa bin Ja'far telah memberitahu kepadaku, berkata: Hakimah binti Muhammad bin Ali-iaitu ibu saudara bapanya-sesungguhnya beliau telah melihatnya a.s pada malam kelahirannya dan selepasnya.

(439)-4. Ali bin Muhammad, daripada Hamdan al-Qalanisi berkata: Aku telah berkata kepada al-'Umari: Adakah Abu Muhammad a.s telah mati? Beliau telah berkata: Beliau a.s telah mati, tetapi beliau a.s telah meninggalkan kepada kamu pewarisnya yang mana tengkuknya seperti ini. Iaitu berada di dalam keadaan sihat dan selamat. Beliau telah menunjukkannya dengan tangannya.

(440)-5. Ali bin Muhammad, daripada Fath Maula al-Zurari berkata: Aku telah mendengar Abu Ali bin Mutahhar menyebutkan bahawa beliau telah melihatnya a.s dan menceritakan bentuk tubuhnya a.s.

(441)-6. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Syazan bin Na'aim, daripada seorang pekerja wanita kepada Ibrahim bin 'Abadah al-Nisaburi berkata: Aku telah berdiri bersama Ibrahim di al-Safa, tiba-tiba beliau a.s telah datang sehingga beliau a.s. berdiri di hadapan Ibrahim memegang buku tentang ibadat haji dan bercakap dengannya di dalam banyak perkara.

(442)-7. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ali bin Ibrahim, daripada Abi Abdillah bin Salih bahawa sesungguhnya beliau telah melihatnya a.s di sisi Hajr al-Aswad sedangkan orang ramai menolak dan berkumpul di kelilingnya, maka beliau a.s telah berkata: Mereka tidak diperintahkan untuk berkelakuan sedemikian.

(443)-8. Ali, daripada Abi Ali Ahmad bin Ibrahim bin Idris, daripada bapanya bahawa beliau telah berkata: Aku telah melihatnya a.s selepas kematian Abu Muhammad ketika beliau [masih] remaja, aku telah mengucup dua tangannya dan kepalanya.

(444)-9. Ali, daripada Abi Abdullah bin Salih dan Ahmad bin al-Nadhar, daripada al-Qanbari-seorang lelaki daripada anak lelaki Qanbar yang tua- Maula Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Hadis Abu Ja'far bin Ali telah berlalu, lalu beliau mencelanya, maka aku telah berkata kepadanya: Tiada seorangpun selain daripadanya [yang telah melakukannya], adakah anda telah melihatnya? Beliau telah berkata: Aku tidak melihatnya, tetapi orang lain telah melihatnya. Aku telah berkata: Siapakah yang telah melihatnya? Beliau telah berkata: Ja'far telah melihatnya dua kali dan baginya hadis tentangnya.

(445)-10. Ali bin Muhammad, daripada Abi Muhammad al-Wajnani bahawa beliau telah memberitahu kepadaku daripada orang yang telah melihatnya: Sesungguhnya beliau telah keluar dari rumah sepuluh hari sebelum peristiwa serangan ke atas rumahnya oleh khalifah al-Mu'tadhid dan beliau a.s telah berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa ini adalah tempat yang aku paling cintai jika aku tidak diusir; atau kata-kata seumpamanya.

(446)-11. Ali bin Muhammad, daripada Ali bin Qais, seorang polis di kawasan Iraq berkata: Aku telah melihat Sima' di Surra man ra'a (Samarra'). Beliau telah memecahkan pintu rumah [al-'Askari a.s], tiba-tiba al-Mahdi datang kepadanya memegang kapak di tangannya dan berkata kepadanya: Apakah yang anda buat di rumahku? Maka Sima' telah berkata: Sesungguhnya Ja'far telah mendakwa bahawa bapa anda telah mati tanpa meninggalkan seorang anak lelaki. Jikalau inilah rumah anda, maka aku akan meninggalkannya. Kemudian beliau telah keluar dari rumahnya. Ali bin Qais telah berkata: Kemudian seorang daripada pekerja-pekerja di rumah itu telah datang kepada kami, maka aku telah bertanya kepadanya tentang khabar ini. Maka beliau telah berkata kepadaku: Siapakah yang telah memberitahu kepada anda tentang perkara ini? Aku telah berkata kepadanya: Seorang daripada polis khas telah memberitahu kepadaku tentangnya. Kemudian beliau telah berkata: Amat sukar sesuatu perkara disembunyikan daripada orang ramai.

(447)-12. Ali bin Muhammad, daripada Ja'far bin Muhammad al-Kufi, daripada Ja'far bin Muhammad al-Makfuf, daripada 'Amru al-Ahwazi berkata: Abu Muhammad a.s telah menunjukkannya kepadaku dan berkata: Inilah sahabat (imam) kamu.

(448)-13. Muhammad bin Yahya, daripada al-Hasan bin Ali al-Nisaburi, daripada Ibrahim bin Muhammad bin Abdullah bin Musa bin Ja'far, daripada Abi Nasr Zarif, khadam [Imam al-'Askari a.s] bahawa beliau telah melihatnya a.s.

(449)-14. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad dan al-Hasan dua anak lelaki Ali bin Ibrahim bahawa sesungguhnya mereka berdua telah menceritakannya pada tahun 279 Hijrah, daripada Muhammad bin 'Abd al-Rahman al-'Abdi, daripada Dhau' bin Ali al-'Ajali, daripada seorang lelaki dari Faz yang mana beliau telah menamakannya bahawa Abu Muhammad a.s telah menunjukkannya [Imam al-Mahdi a.s] kepadanya.

(450)-15. Ali bin Muhammad, daripada Abi Ahmad bin Rasyid, daripada seorang penduduk al-Mada'in berkata: Aku telah melakukan haji bersama seorang sahabatku, kami telah sampai di al-Mauqif, tiba-tiba seorang pemuda sedang duduk, memakai [satu] pakaian di lengannya dan satu lagi di bahunya, berkasut kuning. Aku telah menganggarkan dua pakaiannya berharga seratus lima puluh dinar dan tiada kesan musafir ke atasnya. Seorang peminta sedekah telah datang kepada kami, lalu kami telah mengusirnya. Kemudian beliau telah menghampirinya dan meminta [sedekah] daripadanya. Kemudian beliau telah mengambil sesuatu dari tanah lalu memberikannya kepadanya.
Peminta sedekah itu telah berdoa untuknya dengan bersungguh-sungguh dan memanjangkan doanya pula. Kemudian lelaki itu telah berdiri dan menghilangkan diri daripada kami. Kemudian kami telah menghampiri peminta sedekah itu, lalu kami telah berkata kepadanya: Apakah di bumi ini, beliau telah berikan kepada anda? Beliau telah menunjukkan kepada kami seketul emas, kami telah menilainya dua puluh mithqal, maka aku telah berkata kepada sahabatku: Maula-na (al-Mahdi a.s) telah berada di sisi kami dan kami tidak mengetahuinya. Kemudian kami telah pergi mencarinya ke merata tempat di al-Mauqif, tetapi kami tidak mendapatinya. Justeru, kami telah bertanya kepada penduduk Makkah dan penduduk Madinah tentangnya, maka mereka berkata: Beliau adalah seorang 'Alawi yang datang melakukan haji pada setiap tahun dengan berjalan kaki.

Bab 78

Bab Tentang Larangan Menyebut Namanya (bab fi al-Nahyi 'an al-Ism)

(451)-1. Ali bin Muhammad, daripada orang yang beliau telah menyebut namanya, daripada Muhammad bin Ahmad al-'Alawi, daripada Daud bin al-Qasim al-Ja'fari berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan al-'Askari a.s berkata: Pengganti selepas aku adalah al-Hasan, bagaimana [pendapat] kamu tentang pengganti selepas pengganti? Maka aku telah berkata: Kenapa Allah telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau telah berkata: Sesungguhnya kamu tidak akan melihat keperibadiannya dan tidak halal bagi kamu menyebut namanya. Aku telah berkata: Bagaimana kita boleh menyebut namanya? Beliau telah berkata: Al-Hujjah daripada keluarga Muhammad a.s.

(452)-2. Ali bin Muhammad, daripada Abi Abdullah al-Salihi berkata: Sahabat kita telah bertanyaku selepas kematian Abu Muhammad a.s supaya aku bertanya tentang nama dan tempat [beliau berada], tiba-tiba jawapan telah datang: Jika kamu menunjukkan kepada mereka namanya, nescaya mereka menyebarkannya dan jika mereka mengetahui tempatnya, nescaya mereka akan menunujukkan [musuhnya] kepadanya.

(453)-3. Beberapa orang di kalangan sahabat kita, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada al-Rayyan bin al-Salt berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata- ketika ditanya tentang al-Qaim- maka beliau a.s telah berkata: Tubuhnya tidak akan dilihat dan namanya tidak akan disebut.

(454)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Ibn Ri'ab, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sahib hadha al-Amr (Imam al-Mahdi a.s) tidak akan disebut namanya melainkan oleh orang kafir .

Bab 79

Bab Yang Luar Biasa Tentang Keghaiban (bab nadir fi hali ghaibah)

(455)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Khalid, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada al-Mufadhdhal bin Umar dan Muhammad bin Yahya, daripada Abdullah bin Muhammad bin Isa, daripada bapanya, daripada sebahagian sahabatnya, daripada al-Mufadhdhal bin Umar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Perkara yang paling hampir bagi seorang hamba kepada Allah a.w adalah menyebutNya dan perkara yang paling diredai olehNya adalah apabila mereka tidak mendapati Hujjah Allah dan beliau tidak dilihat oleh mereka dan mereka tidak mengetahui tempatnya pula. Meskipun sedemikian mereka mengetahui bahawa Hujjah Allah masih ada dan perjanjiannya tidak terbatal.
Di dalam keadaan sedemikian, kamu menanti kejayaannya (al-Faraj) di waktu pagi dan petang. Kerana kemurkaan Allah terhadap musuh-musuh-Nya adalah apabila mereka tidak dapat mencari Hujjah-Nya dan beliau pula tidak menzahirkan dirinya kepada mereka. Sesungguhnya Dia telah mengetahui bahawa para walinya tidak akan merasa bimbang. Jika Dia mengetahui bahawa mereka merasa bimbang, nescaya Dia tidak akan menyembunyikan Hujjah-Nya daripada mereka sekalipun sekelip mata. Justeru, ia tidak akan terjadi melainkan kepada mereka yang paling jahat.

(456)-2. Al-Husain bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ali bin Mirdas, daripada Safwan bin Yahya dan al-Hasan bin Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada 'Ammar al-Sabatiy berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Manakah yang paling baik: Ibadat secara rahsia sedangkan imam di kalangan kamu bersembunyi (ma'a al-Imam min-kum al-Mustatir) di dalam kerajaan yang batil atau ibadat secara menzahirkan kebenaran dan [keburukan] kerajaannya sedangkan imam di kalangan kamu di dalam keadaan zahir (ma'a al-Imam min-kum al-Zahir)? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai 'Ammar, sedekah secara rahsia (fi al-Sirr), demi Allah, adalah lebih baik daripada sedekah secara terang-terang (al-'Alaniyah).
Demikianlah juga, demi Allah, ibadat kamu secara rahsia sedangkan imam kamu bersembunyi di dalam kerajaan yang batil, dan ketakutan kamu terhadap musuh-musuh kamu di dalam kerajaan yang batil dan genjatan senjata adalah lebih baik daripada orang yang menyembah Allah secara menzahirkan kebenaran bersama imam yang benar zahir di dalam kerajaan yang benar. Ibadat dalam keadaan takut di dalam kerajaan yang batil tidaklah sama seperti ibadat dalam keamanan di dalam kerajaan yang benar.
Ketahuilah bahawa orang yang telah melakukan sembahyang fardu di kalangan kamu secara berjemaah [dengan orang lain] pada hari ini bersembunyi daripada musuhnya, di dalam waktunya, lalu beliau menyempurnakannya, maka Allah mendaftarkan untuknya [pahala] lima puluh sembahyang fardu secara berjemaah. Sesiapa yang telah melakukan sembahyang fardu berkeseorangan, bersembunyi daripada musuhnya di dalam waktunya, lalu beliau menyempurnakannya, maka Allah mendaftarkan untuknya [pahala] dua puluh lima sembahyang persendirian. Sesiapa yang telah melakukan sembahyang sunat di dalam waktunya, lalu beliau menyempurnakannya, maka Allah mendaftarkan untuknya [pahala] sepuluh sembahyang sunat.
Sesiapa yang melakukan kebaikan di kalangan kamu, maka Allah mendaftarkan untuknya dua puluh kebaikan dan melipatgandakan kebaikan mukmin di kalangan kamu apabila beliau melakukan amalannya dengan baik, melakukan taqiyyah tentang agamanya, imamnya, dirinya dan menahan lidahnya, sesungguhnya Allah Maha Mulia. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya, demi Allah, anda telah mendorong aku untuk melakukan amalan yang baik dan menggalakkan aku kepadanya, tetapi aku ingin tahu bagaimana amalan kita pada hari ini terjadi lebih baik daripada [amalan] para sahabat imam yang zahir di kalangan kamu di dalam kerajaan yang benar sedangkan kami di dalam satu agama?
Beliau telah berkata: Sesungguhnya kamu telah mendahului mereka memasuki agama Allah, (mendahului mereka di dalam] sembahyang, puasa, haji, segala kebaikan yang dipersetujui olehNya dan segala ibadat kepada Allah secara tersembunyi daripada musuh kamu bersama imam kamu yang tersembunyi di dalam keadaan [kamu] mentaatinya, bersabar bersamanya, menanti kerajaan yang benar (daulat al-Haq), khuatir ke atas [keselamatan] imam kamu dan diri kamu daripada raja-raja yang zalim. Kamu melihat kepada hak imam kamu dan hak kamu di tangan-tangan mereka yang zalim. Sesungguhnya mereka telah menegah kamu daripadanya dan memaksa kamu bekerja keras di dunia dan mencari kehidupan dengan penuh kesabaran di atas agama kamu, ibadat kamu, ketaatan kepada imam kamu dan ketakutan terhadap musuh kamu. Justeru Allah akan melipatgandakan [pahala] amalan kamu, maka tahniah untuk kamu.
Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah pendapat anda jika kami menjadi sahabat al-Qaim dan kebenaran terserlah sedangkan kami sekarang di dalam imamah anda dan ketaatan kepada anda itu lebih baik amalan daripada para sahabat kerajaan kebenaran dan keadilan? Beliau a.s telah berkata: Subhanallah, adakah kamu suka bahawa Allah menzahirkan kebenaran dan keadilan di seluruh negara, Allah akan menyatukan kalimah dan Allah menjinakkan di antara hati-hati yang bermacam-macam, mereka tidak menderhakai Allah di bumi-Nya, hudud-Nya dilaksanakan pada makhluk-Nya, Allah akan mengembalikan kebenaran kepada ahlinya, maka ia akan terserlah sehingga tiada seorangpun menyembunyikan kebenaran kerana takutkan makhluk. Demi Allah, wahai 'Ammar, seorang daripada kamu tidak akan mati di dalam keadaan kamu sekarang melainkan beliau adalah lebih baik di sisi Allah daripada kebanyakan para syuhada' Badr dan Uhud, lantaran itu, bergembiralah.

(457)-3. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada Husyam bin Salim, daripada Abi Hamzah, daripada Abi Ishaq berkata: Orang yang dipercayai di kalangan sahabat Amir al-Mukminin a.s telah memberitahu kepadaku bahawa sesungguhnya mereka telah mendengar Amir al-Mukminin a.s a.s telah berkata di dalam khutbahnya: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku mengetahui bahawa ilmu tidak boleh dibawa kesemuanya dan disembunyikan pada satu tempat.
Asasnya tidak terputus, sesungguhnya Engkau tidak akan mengosongkan bumi Engkau daripada seorang Hujjah untuk Engkau ke atas makhluk Engkau, zahir tetapi tidak memerintah atau yang ketakutan atau tidak diketahui supaya Hujjah Engkau tidak terbatal dan para wali Engkau tidak tersesat selepas Engkau menunjukkan mereka. Malah di manakah mereka dan berapakah bilangan mereka? Mereka adalah sedikit dari segi bilangan, tetapi dari segi pangkat mereka adalah "besar" di sisi Allah. Mereka mentaati pimpinan agama, para imam yang memberi petunjuk, mereka yang beradab dengan adab-adab mereka, mengikuti cara mereka. Justeru mereka mempunyai ilmu yang dapat mencapai hakikat keimanan. Lantaran itu, roh-roh mereka menyahuti pimpinan ilmu. Mereka mempermudahkan percakapan mereka yang sukar difahami oleh orang lain. Mereka mendapat ketenteraman yang dikhuatiri oleh pembohong-pembohong dan ditolak oleh pemboros-pemboros.
Mereka adalah pengikut-pengikut para ulama, mereka bersahabat dengan ahli dunia dengan mentaati Allah dan para wali-Nya. Mereka berpegang dengan taqiyyah daripada agama mereka kerana takutkan musuh mereka. Roh-roh mereka tergantung di tempat yang tinggi, para ulama mereka dan pengikut-pengikut mereka menahan lidah mereka dan berdiam diri di dalam kerajaan yang batil, menanti kerajaan yang benar. Allah akan melaksanakan kebenaran dengan kalimah-kalimah-Nya dan menghapuskan kebatilan. Alangkah beruntungnya mereka yang bersabar di atas agama mereka di dalam gencatan senjata mereka (fi hali hudnati-him). Alangkah rindunya untuk melihat mereka ketika terserlahnya kerajaan mereka. Allah akan mengumpulkan kita dan mereka di syurga-syurga Aden [begitu juga] bapa-bapa mereka, isteri-isteri mereka dan zuriat-zuriat mereka.

Bab 80

Bab Tentang Ghaib (bab fi al-Ghaibah)

(458)-1. Muhammad bin Yahya dan al-Hasan bin Muhammad, daripada Ja'far bin Muhammad al-Kufi, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Sairafi, daripada Salih bin Khalid, daripada Yaman al-Tammar berkata: Kami telah duduk di sisi Abu Abdillah a.s, maka beliau a.s telah berkata kepada kami: Sesungguhnya ghaibah (ghaib) akan berlaku kepada sahabat urusan ini (inna li-hadha al-Amr ghaibah), orang yang berpegang teguh pada agamanya [pada masa ini] adalah seperti seorang yang membuangkan duri-duri dari semak- Kemudian beliau a.s telah berkata sedemikian [menunjukkan kami] dengan tangannya-Justeru siapakah di kalangan kamu yang akan memegang duri-duri itu dengan tangannya? Kemudian beliau a.s telah menundukkan kepalanya buat seketika. Kemudian beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya ghaibah akan berlaku kepada sahabat urusan ini (Imam al-Mahdi a.s). Lantaran itu, setiap hamba hendaklah bertakwa kepada Allah dan berpegang kepada agama-Nya.

(459)-2. Ali bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Isa bin Muhammad bin Ali bin Ja'far, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Ali bin Ja'far, daripada saudaranya Musa bin Ja'far a.s telah berkata: Apabila anak kelima daripada anak ketujuh tidak ditemui, demi Allah, berwaspadalah tentang agama kamu, tiada seorangpun yang akan menghalang kamu daripadanya, wahai anak lelakiku, sesungguhnya keghaiban(ghaibah) akan berlaku kepada sahabat urusan ini (imamah) sehingga ada juga orang yang bercakap tentangnya akan mengubah pendiriannya.
Sesungguhnya keghaiban (ghaibah) adalah ujian daripada Allah (mihnatun mina-llah) yang menguji makhluk-Nya dengannya. Jikalaulah bapa-bapa dan datuk-datuk kamu telah mengetahui satu agama yang lebih baik daripada [agama] ini, nescaya mereka telah mengikutinya. [Ali bin Ja'far] telah berkata: Aku telah berkata: Wahai sayyidi, siapakah yang kelima daripada anak ketujuh itu? Beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku, akal kamu begitu kecil untuk memahami ini ('uqulu-kum tasgharu 'an ha-dha) dan kefahaman kamu begitu sempit untuk menanggungnya, tetapi jika kamu hidup [lama], maka kamu akan mendapatinya.

(460)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Najran, daripada Muhammad bin al-Musawir daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Hati-hatilah kamu dari menyebut [Imam yang kedua belas a.s] kerana imam kamu, demi Allah, akan ghaib selama beberapa tahun (la-yaghibabanna imamu-kum sininan) semasa kamu dan kamu akan mengujinya sehingga dikatakan: Beliau telah mati, dibunuh atau dibinasakan, dilembah manakah beliau lalui? Mata-mata mukminin akan menangis kerananya. Kamu akan ditunda sebagaimana bahtera-bahtera ditunda di dalam lautan yang bergelombang. Justeru tiada seorangpun yang berjaya kecuali orang yang mana Allah telah mengambil perjanjian-Nya dan menulis di hatinya keimanan dan menguatkannya dengan roh daripadaNya. Dua belas bendera yang keliru akan diangkat, tidak mengetahui mana yang betul, al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah menangis. Kemudian aku telah berkata: Bagaimana kita akan buat? Beliau a.s telah melihat kepada [cahaya] matahari yang memasuki anjungnya, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Abdillah (al-Mufadhdhal), adakah anda melihat kepada cahaya matahari ini? Aku telah berkata: Ya, lalu beliau a.s telah berkata: Demi Allah, urusan kita adalah lebih terang daripada matahari ini (la-amru-na abyanu min hadhihi al-Syams).

(461)-4. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibn Abi Najran, daripada Fadhdhalah bin Ayyub, daripada Sadir al-Sairafi berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya urusan pada sahabat urusan ini adalah seperti nabi Yusuf a.s, aku telah berkata kepadanya: Seolah-olah anda menyebutnya (Imam al-Mahdi a.s) pada masa hidupnya atau pada masa ghaibnya? Maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Umat ini tidak akan mengingkarinya kecuali kumpulan seperti babi (asybah al-Khanazir). Sesungguhnya saudara-saudara Yusuf a.s adalah daripada keturunan anak-anak para nabi a.s, mereka telah memperdagangkan Yusuf, memberi baiah kepadanya dan bercakap dengannya.
Mereka adalah saudara-saudaranya dan beliau adalah saudara mereka, tetapi mereka tidak mengenalinya sehingga beliau telah berkata: Aku adalah Yusuf dan ini adalah saudaraku, maka umat yang dilaknati ini tidak akan mengingkari jika Allah melakukan sedemikian kepada Hujjah-Nya pada masa tertentu sebagaimana Dia telah melakukannya kepada Yusuf. Yusuf telah memegang kuasa di Mesir dan jaraknya dengan bapanya adalah lapan belas hari perjalanan. Jika beliau mahu supaya bapanya mengetahuinya, nescaya beliau mampu melakukannya. Sesungguhnya Ya'qub a.s dan anak-anak lelakinya telah berjalan dari padang pasirnya ke Mesir selama sembilan hari. Bagaimana umat ini boleh mengingkari jika Allah melakukannya kepada Hujjah-Nya sebagaimana Dia telah melakukannya kepada Yusuf. Beliau boleh datang dan pergi di pasar-pasar mereka dan melangkahi hamparan-hamparan mereka sehingga Allah memberi keizinan kepadanya sebagaimana Dia telah melakukannya kepada Yusuf. Mereka telah berkata: Sesungguhnya anda adalah Yusuf? Beliau telah berkata: Aku adalah Yusuf.

(462)-5. Ali bin Ibrahim, daripada al-Hasan bin Musa al-Khasysyab, daripada Abdullah bin Musa, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya keghaiban akan berlaku kepada kanak-kanak ini sebelum beliau berdiri. Aku telah berkata: Kenapa? Beliau telah berkata: Beliau akan merasa ketakutan (yakhafu)-beliau telah menunjukkan dengan tangannya ke arah perutnya -kemudian beliau telah berkata: Wahai Zurarah, beliaulah yang dinanti-nantikan (huwa al-Muntazar), beliaulah yang disyaki tentang kelahirannya. Di kalangan mereka ada yang telah berkata: Bapanya telah mati tanpa meninggalkan pewaris atau pengganti. Ada yang telah berkata: [Bapanya telah mati semasa] beliau masih di dalam kandungan ibunya. Ada yang telah berkata: Beliau telah dilahirkan dua tahun sebelum kematian bapanya dan beliaulah yang dinanti-nantikan, tetapi Allah kehendaki untuk menguji Syiah. Di dalam keadaan sedemikian, [wahai] Zurarah, ahli kebatilan akan mengesyakinya. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, jika aku sempat mendapati zaman itu, apakah yang aku akan melakukannya?
Beliau a.s telah berkata: Wahai Zurarah, apabila anda mendapati zaman ini, maka bacalah doa ini: Wahai Tuhanku, perkenalkanlah diri Engkau kepadaku('arrif-ni nafsa-ka), sesungguhnya jika Engkau tidak memperkenalkan diri Engkau kepadaku, nescaya aku tidak mengenali nabi Engkau (fa-inna-ka in lam tu'arrif-ni nafsa-ka lam a'rif nabiyya-ka), wahai Tuhanku, perkenalkanlah rasul Engkau kepadaku (Allahumma 'arrif-ni rasula-ka), kerana sesungguhnya jika Engkau tidak memperkenalkan rasul Engkau kepadaku, nescaya aku tidak mengenali Hujjah Engkau (fa-in lam tu'arrif-ni rasula-ka, lam a'rif hujjata-ka). Wahai Tuhanku, perkenalkanlah Hujjah Engkau kepadaku (Allahumma 'ariif-ni hujjata-ka), kerana sesungguhnya jika Engkau tidak memperkenalkan Hujjah Engkau kepadaku, nescaya aku akan tersesat daripada agamaku (fa-inna-ka in lam tu'arrif-ni hujjata-ka dhalal-tu 'an dini).
Kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Zurarah, kanak-kanak lelaki itu pasti akan dibunuh di Madinah. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, tidakkah tentera al-Sufyani akan membunuhnya? Beliau a.s telah berkata: Tidak, tetapi beliau akan dibunuh oleh tentera Bani polan. Mereka akan datang sehingga mereka memasuki Madinah. Mereka akan mengambil kanak-kanak itu dan membunuhnya. Mereka akan membunuhnya secara zalim dan permusuhan, mereka tidak akan menangguhkannya. Pada masa itu, anda akan mengharapkan kejayaan jika Allah kehendaki.

(463)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada Ishaq bin Muhammad, daripada Yahya bin al-Muthanna, daripada Abdullah bin Bakir, daripada 'Ubaid bin Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Orang ramai akan kehilangan imam mereka, beliau akan menampakkan dirinya pada musim haji dan beliau akan melihat mereka, tetapi mereka tidak akan melihatnya.

(464)-7. Ali bin Muhammad, daripada Abdullah bin Muhammad bin Khalid berkata: Mundhir bin Muhammad bin Qabus telah memberitahu kepadaku daripada Mansur al-Sindi, daripada Abu Daud al-Mustariq, daripada Tha'labah bin Maimun, daripada Malik al-Jahani, daripada al-Harith bin al-Mughirah daripada al-Asbagh bin Nubatah berkata: Aku telah datang kepada Amir al-Mukminin a.s, maka aku telah mendapatinya sedang berfikir (mufakkiran), mengetuk pada tanah, maka aku telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, kenapa aku melihat anda sedang berfikir, mengetuk pada tanah, adakah anda menyukainya? Beliau a.s telah berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak pernah menyukainya dan tidak pada dunia walaupun satu hari, tetapi aku telah memikir tentang bayi (al-Maulud) yang kesebelas yang akan dilahirkan daripada keturunanku, beliaulah al-Mahdi yang akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman.
Keghaiban dan kekeliruan akan berlaku kepadanya. Justeru, sebahagian kaum akan tersesat dan sebahagian yang lain pula mendapat pertunjuk. Aku telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, berapa lamakah kekeliruan dan keghaiban akan berlaku? Beliau a.s telah berkata: Enam hari atau enam bulan atau enam tahun. Aku telah berkata: Wahai Amir al-Mukmin, adakah ini akan berlaku? Beliau a.s telah berkata: Ya, sebagaimana beliau diciptakan dan aku akan meyakinkan anda tentang perkara ini, wahai Asbagh! Mereka adalah sebaik-baik umat ini bersama sebaik-baik keluarga Rasulullah s.a.w. Maka aku telah berkata: Kemudian apakah yang akan berlaku selepas itu? Beliau a.s telah berkata: Kemudian Allah akan melakukan apa yang dikendakiNya. Kerana Dia memiliki semua perkara yang tersembunyi, segala iradat, segala tujuan dan segala kesudahan.

(465)-8. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hanan bin Sadir, daripada Ma'ruf bin Gharrabudh, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya kami adalah seperti bintang-bintang di langit (nahnu ka-nujum al-Sama'). Setiap kali satu bintang hilang (ghaib), satu bintang yang lain terserlah sehingga apabila kamu menunjukkan anak-anak jari tangan kamu dan kamu condongkan tengkuk-tengkuk kamu. Allah mengghaibkan daripada kamu bintang kamu, maka Banu 'Abd al-Muttalib akan menjadi sama, seorang itu tidak dikenali siapakah dia dan dari mana dia datang. Justeru, apabila bintang kamu terserlah, maka hendaklah kamu memuji Tuhan kamu.

(466)-9. Muhammad bin Yahya, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Mu'awiyah, daripada Abdullah bin Jabalah, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya keghaiban akan berlaku kepada al-Qaim a.s sebelum beliau berdiri. Aku telah berkata: Kenapa? Beliau a.s telah berkata: Beliau akan merasa takut-beliau a.s telah menunjukkan kepada perutnya-iaitu pembunuhan.

(467-10. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Abu Ayyub al-Khazzaz, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Jika [berita] keghaiban sahabat urusan ini telah sampai kepada kamu, maka janganlah kamu mengingkarinya (in balagha-kum 'an sahib hadha al-Amr ghaibah fa-la tunkiruu-ha).

(468)-11. Al-Husain bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Mu'awiyah, daripada Abdullah bin Jabalah, daripada Ibrahim bin Khalaf bin 'Ubbad al-Anmati, daripada Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s dan beberapa orang berada bersamanya di dalam bilik. Aku telah menyangka bahawa beliau a.s mahu orang selain daripadaku[mendengarnya]. Beliau a.s telah berkata: Demi Allah, sahabat urusan ini (sahib li-hadha al-Amr) akan ghaib daripada kamu dan beliau tidak akan [menjadi] terkenal sehingga dikatakan: Beliau telah mati, telah binasa dan pada lembah mana beliau telah lalui?
Kamu akan ditunda sebagaimana bahtera ditunda di lautan yang bergelombang. Justeru tiada seorangpun yang akan berjaya kecuali orang yang mana Allah telah mengambil perjanjian-Nya dan menulis di hatinya keimanan dan menguatkannya dengan roh daripadaNya. Dua belas bendera yang keliru akan diangkat, tidak mengetahui mana yang betul, al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah menangis. Beliau a.s telah berkata: Apakah yang membuat anda menangis, wahai Mufadhdhal? Kemudian aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, bagaimana aku tidak menangis sedangkan anda telah berkata: Dua belas bendera yang keliru, tidak diketahui mana yang betul!? Di biliknya terdapat lubang yang dimasuki oleh cahaya matahari, lalu beliau a.s telah berkata: Adakah [cahaya] ini terang? Aku telah berkata: Ya, beliau a.s telah berkata: Urusan kita adalah lebih terang daripada [cahaya] matahari ini.

(469)-12. Al-Husain bin Muhammad, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada al-Qasim bin Isma'il al-Anbari, daripada Yahya bin al-Muthanna, daripada Abdullah bin Bakir, daripada 'Ubaid bin Zurarah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Qaim (Imam al-Mahdi a.s) akan menghadapi dua keghaiban (ghaibah) , [tetapi] salah satu daripadanya, beliau akan menghadiri pada musim haji; beliau akan melihat orang ramai, tetapi mereka tidak akan melihatnya (yara al-Nas wa la yarauna-hu).

(470)-13. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad dan Muhammad bin Yahya dan lain-lain, daripada Ahmad bin Muhammad dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abi Hamzah, daripada Abi Ishaq al-Sabi', daripada beberapa orang sahabat Amir al-Mukminin a.s, daripada mereka yang dipercayai bahawa Amir al-Mukmin a.s telah berucap dengan perkataan ini dan dihafaz daripadanya di dalam satu khutbah yang mana beliau a.s telah berkhutbah di mimbar [masjid] Kufah: Wahai Tuhanku, Hujjah-Hujjah Engkau adalah satu kepastian di bumi Engkau, Hujjah selepas Hujjah di atas makhluk Engkau, mereka akan menunjukkan orang ramai kepada agama Engkau, mengajar mereka ilmu Engkau supaya pengikut-pengikut para wali Engkau tidak akan berpecah. [Hujjah] sama ada zahir, tetapi tidak memerintah atau bersembunyi dan [pemerintahannya] dinanti-nantikan. Keperibadian mereka tersembunyi daripada orang ramai ketika gencatan senjata , tetapi ilmu yang terdahulu yang mereka sebarkan tidak disembunyikan, adab-adab mereka adalah tetap di hati mukminin dan mereka mengamalkannya.
Beliau a.s telah memberi khutbah pada tempat yang lain pula dan berkata: Kepada siapakah ini? Lantaran itu, ilmu akan hilang apabila tiada orang yang akan menghafaznya dan meriwayatkannya sebagaimana mereka telah mendengarnya daripada para ulama dan memperakui mereka tentangnya. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku mengetahui bahawa ilmu tidak akan hilang semuanya dan tidak terputus asas-asasnya dan sesungguhnya Engkau tidak akan mengosongkan bumi Engkau daripada Hujjah Engkau ke atas makhluk Engkau, [beliau sama ada] zahir tetapi tidak memerintah atau di dalam ketakutan atau tidak dikenali supaya Hujjah Engkau tidak akan terbatal dan para wali Engkau tidak akan tersesat selepas Engkau memberi pertunjuk kepada mereka, tetapi di manakah mereka? Bilangan mereka adalah sedikit, tetapi nilai mereka di sisi Allah adalah besar.

(471)-14. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Musa bin al-Qasim bin Mu'awiyah al-Bajali, daripada Ali bin Ja'far, daripada saudaranya Musa bin Ja'far a.s tentang firman Allah "Katakanlah: Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?" Beliau a.s telah berkata: Apabila imam kamu telah tersembunyi (ghaib) daripada kamu, maka siapakah yang akan mendatangkan kamu dengan imam yang baru?"

(472)-15. Beberapa orang di kalangan sahabat kita, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abi Ayyub al-Khazzaz, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila [berita] keghaiban telah sampai kepada kamu daripada sahabat kamu (Imam al-Mahdi a.s), maka janganlah kamu mengingkarinya.

(473)-16. Beberapa orang di kalangan sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasyaa', daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Keghaiban bagi sahabat urusan ini adalah satu kepastian dan keghaibannya pasti di dalam pengasingan (la budda li-sahib hadha al-Amr min ghaibatin wa-la budda fi ghaibati-hi min 'uzlatin). Sebaik-baik tempat tinggal [nya] adalah di Taibah (Madinah) dan di sana tiada kesunyian dengan tiga puluh (orang) .

(474)-17. Dengan sanad-sanad ini, daripada al-Wasyaa', daripada Ali bin al-Hasan, daripada Abban bin Taghlab berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Bagaimana anda apabila berlaku pukulan di antara dua masjid , maka ilmu akan hilang sebagaimana ular bergulung-gulung memasuki lubangnya. Apabila perselisihan berlaku di kalangan Syiah, maka mereka menamakan sebahagian mereka sebagai pendusta-pendusta dan mereka meludah pada muka-muka sebahagian yang lain? Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, tiada kebaikan pada ketika ini? Maka beliau a.s telah berkata kepadaku tiga kali: Semuanya baik ketika itu"

(475)-18. Dengan sanad-sanad ini, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada bapanya Muhammad bin Isa, daripada Ibn Bakir, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Bagi al-Qaim ada keghaibannya sebelum beliau berdiri , beliau akan merasa takut-beliau a.s telah menunjukkan dengan tangannya kepada perutnya- iaitu pembunuhan.

(476)-19. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibn Mahbub, daripada Ishaq bin 'Ammar berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Qaim mempunyai dua keghaiban, pertama: Dalam masa yang pendek dan kedua: Dalam masa yang panjang (lama). Keghaiban yang pertama tempatnya tidak diketahui kecuali Syiah tertentu sahaja. Dan kedua tempatnya tidak diketahui kecuali hamba-hambanya yang tertentu sahaja (khassah mawaali-hi).

(477)-20. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Idris, daripada al-Hasan bin Ali al-Kufi, daripada Ali bin Hassan, daripada bapa saudara 'Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sahabat urusan in mempunyai dua keghaiban. Pertama beliau a.s akan kembali kepada keluarganya dan kedua dikatakan: Beliau a.s telah binasa, di lembah manakah beliau a.s telah lalui? Aku telah berkata: Apakah kita akan buat? Beliau a.s telah berkata: Apabila seorang mendakwanya (imamah), maka bertanyalah kepadanya perkara-perkara yang beliau akan menjawabnya sepertinya (imam).

(478)-21. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Ja'far bin al-Qasim, daripada Muhammad bin al-Walid al-Khazzaz, daripada al-Walid bin 'Uqbah, daripada al-Harith bin Ziyad, daripada Syu'aib, daripada Abi Hamzah berkata: Aku telah datang kepada Abu Abdillah a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Adakah anda sahabat urusan ini? Maka beliau a.s telah berkata: Tidak, lalu aku telah berkata: Anak lelaki anda? Maka beliau a.s telah berkata: Tidak, lalu aku telah berkata: Anak lelaki kepada anak lelaki anda? Beliau a.s telah berkata: Tidak, maka aku telah berkata: Anak lelaki kepada anak lelaki kepada anak lelaki anda (cucu anda)? Beliau a.s telah berkata: Tidak, maka aku telah berkata: Siapakah dia? Beliau a.s telah berkata: Orang yang akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia (bumi) dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan di masa ketiadaan para imam sebagaimana Rasulullah s.a.w diutus selepas ketiadaan para rasul a.s.

(479)-22. Ali bin Muhammad, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada Musa bin Ja'far al-Baghdadi, daripada Wahab bin Syadhan, daripada al-Hasan bin Abi al-Rabi', daripada Muhammad bin Ishaq, daripada Umm Hani' berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far Muhammad bin Ali a.s tentang firman Allah a.w "Sesungguhnya Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang beredar, berlari dan terbenam" Maka beliau (Umm Hani') telah berkata: Beliau a.s telah berkata: Beliau adalah imam yang akan beredar atau berundur pada tahun 260 Hijrah (tahun kematian Imam yang ke sebelas), selepas itu ia akan zahir seperti komet yang bercahaya pada malam yang gelap. Jika anda mendapati zamannya, maka mata anda akan bersinar (kegembiraan).

(480)-23. Beberapa orang di kalangan sahabat kita, daripada Sa'd bin Abdullah, daripada Ahmad bin al-Hasan, daripada Umar bin Yazid, daripada al-Hasan al-Rabi' al-Hamdani berkata: Muhammad bin Ishaq telah memberitahu kepada kami, daripada Usaid bin Tha'labah, daripada Umm Hani' berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Ja'far Muhammad bin Ali a.s, maka aku telah bertanya kepadanya tentang firman-Nya: "Sesungguhnya Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang beredar, berlari dan terbenam" Beliau telah berkata: Yang beredar itu adalah imam yang berundur pada zamannya ketika ilmunya terputus di sisi manusia pada tahun 260 Hijrah. Kemudian beliau akan zahir seperti komet yang bersinar di dalam kegelapan malam. Jika anda mendapatinya, nescaya mata anda akan bersinar (kegembiraan).

(481)-24. Ali bin Muhammad, daripada sabahagian sahabat kita, daripada Ayyub bin Nuh, daripada Abu al-Hasan yang ketiga (al-Thalith) a.s telah berkata: Apabila ilmu kamu hilang di kalangan kamu, maka berharaplah kejayaan di bawah telapak kaki kamu (di kalangan kamu).

(482)-25. Beberapa orang di kalangan sahabat kami, daripada Sa'd bin Abdullah, daripada Ayyub bin Nuh berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s: Aku berharap anda akan menjadi sahabat urusan ini (sahib hadha al-Amr), Allah akan menyerahkannya kepada anda tanpa [kekuatan] pedang. Kerana anda telah dibaiah dan dirham telah dicetak dengan nama anda, maka beliau a.s telah berkata: Tiada seorangpun di kalangan kami [meskipun] surat-surat sepakat ditujukan kepadanya (pemilihannya) dan ditunjukkan dengan anak-anak jarinya, ditanya tentang masalah-masalah dan dibawakan kepadanya harta-harta melainkan dibunuh atau mati di atas hamparannya sehingga Allah mengutus seorang kanak-kanak daripada kami untuk urusan ini yang mana kelahiran dan tempat lahirnya tersembunyi, tetapi keturunannya tidak tersembunyi.

(483)-26. Al-Husain bin Muhammad dan lain-lainnya, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada Ali bin al-'Abbas bin 'Amir daripada Musa bin Hilal al-Kindi, daripada Abdullah bin 'Ata', daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya Syiah anda di Iraq adalah banyak. Demi Allah, tiada seorangpun di dalam keluarga anda seperti anda, kenapa anda tidak keluar menentang mereka? Beliau a.s telah berkata: Wahai Abdullah bin 'Ata', anda telah meminjamkan dua telinga anda kepada orang yang bodoh, ya, aku bukanlah sahabat kamu [di dalam perkara ini]. Aku telah berkata kepadanya: Siapakah sahabat kita? Beliau a.s telah berkata: Lihatlah kepada siapa yang kesamaran kelahirannya daripada orang lain, maka beliaulah sahabat (imam) kamu. Sesungguhnya tiada seorangpun di kalangan kita yang ditunjukkan dengan anak-anak jari [tentang imamah) dan namanya disebut-sebut oleh orang ramai melainkan beliau akan mati di dalam keadaan marah atau dibunuh.

(484)-27. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: [Apabila] Al-Qaim menjalankan tugasannya, tiada perjanjian, persetujuan dan baiah di tengkuknya dengan seorangpun .

(485)-28. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada al-Hasan bin Ali al-'Atar, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada Mansur, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata: Apabila setiap pagi dan petang aku tidak melihat seorang imam yang aku akan ikuti, maka apakah yang aku akan buat? Beliau a.s telah berkata: Anda mesti mengambil seorang yang anda cintai dan memarahi seorang yang anda benci sehingga Allah menzahirkannya (imam) kepada anda.

(486)-29. Al-Husain bin Ahmad, daripada Ahmad bin Hilal berkata: Uthman bin Isa telah memberi tahu kepada kami daripada Khalid bin Najih, daripada Zurarah bin A'yun berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Keghaiban pasti akan berlaku kepada kanak-kanak itu (al-Ghulam), aku telah berkata: Kenapa? Beliau a.s telah berkata: Beliau akan merasa takut-beliau telah menunjukkan dengan tangannya kepada perutnya-beliaulah yang dinanti-nantikan (al-Muntazar), beliaulah yang mana orang ramai mengesyaki tentang kelahirannya. Ada di kalangan mereka telah berkata: Beliau masih berada di dalam kandungan ibunya. Ada di kalangan mereka telah berkata: Bapanya telah mati tanpa pewaris. Ada di kalangan mereka telah berkata: Beliau telah dilahirkan sebelum kematian bapanya dua tahun.
Zurarah telah berkata: Maka aku telah berkata: Apakah yang anda akan menyuruh aku jika aku mendapati zaman itu? Beliau a.s telah berkata: Berdoalah kepada Allah dengan doa ini: Wahai Tuhanku, perkenalkanlah diri Engkau kepadaku('arrif-ni nafsa-ka), sesungguhnya jika Engkau tidak memperkenalkan diri Engkau kepadaku, nescaya aku tidak mengenali nabi Engkau (fa-inna-ka in lam tu'arrif-ni nafsa-ka lam a'rif nabiyya-ka), wahai Tuhanku, perkenalkanlah rasul Engkau kepadaku (Allahumma 'arrif-ni rasula-ka), kerana sesungguhnya jika Engkau tidak memperkenalkan rasul Engkau kepadaku, nescaya aku tidak mengenali Hujjah Engkau (fa-in lam tu'arrif-ni rasula-ka, lam a'rif hujjata-ka).
Wahai Tuhanku, perkenalkanlah Hujjah Engkau kepadaku (Allahumma 'ariif-ni hujjata-ka), kerana sesungguhnya jika Engkau tidak memperkenalkan Hujjah Engkau kepadaku, nescaya aku akan tersesat daripada agamaku (fa-inna-ka in lam tu'arrif-ni hujjata-ka dhalal-tu 'an dini). Ahmad bin al-Hilal telah berkata: Aku telah mendengar hadis ini semenjak lima puluh enam tahun dahulu.

(487)-30. Abu Ali al-Asy'ari, daripada Muhammad bin Hassan, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Mufadhdhal bin Umar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata tentang firman Allah: "Apabila ditiup sangkakala" Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya di kalangan kami seorang imam yang menang, tersembunyi. Apabila Allah kehendaki menzahirkan urusannya, Dia akan mengetuk di hatinya dengan satu ketukan, maka beliau akan zahir dan berdiri dengan perintah Allah.

(488)-31. Muhammad bin Yahya, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada Ahmad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad bin al-Faraj berkata: Abu Ja'far a.s telah menulis kepadaku: Apabila Allah memarahi makhluk-Nya, Dia akan menjauhkan kami dari mendekati mereka".

Tidak ada komentar:

Posting Komentar