Beliau
adalah Imam kedelapan dari Ahlu l-Bait Rasulullah SAWW,(cucu Imam Ja’far
al-Sadiq).
Beliau
meninggal dunia pada tahun 203/817 Masihi dan makamkan di Tus Iran, sekarang
disebut Masyhad.
Beliau hidup
dalam pemerintahan Harun dan kedua anaknya al-Amin dan al-Makmun.
Syaikh Abu
Ja’far Muhammad, Muhammad bin Ali bin al-Husain bin Syadhawaih dan Ja’far bin
Muhammad bin Masrur telah memberitahu kepada kami dan mereka berdua berkata:
“Muhammad bin Abdullah bin Ja’far al-Humairi telah memberitahu kepada kami dari
ayahnya, kemudian dari al-Riyyan bin al-Salt dan dia berkata: Imam Ridha telah
menghadiri satu majlis yang diadakan oleh al-Makmun di Marvi yang dihadiri
bersama oleh sekumpulan ulama Iraq dan Khurasan.
PENJELASAN
IMAM RIDHA (sa) dalam MAJLIS AL MAKMUN :
==========================
==========================
Firman Allah
Azza Wa-Jalla:’ Katakanlah: ” Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas
seruanku kecuali kasih sayang kepada keluarga[ku]…’[Surah al-Syu'ara :23].
Keistimewaan
ini adalah untuk Nabi (Saw.) di Hari Qiamat dan Al [keluarganya] sahaja dan
bukan untuk orang lain. Lantaran itu Allah (swt) telah menceritakan mengenai
Nuh (a.s) di dalam kitab-Nya:’
Dan [dia
berkata]: Hai kaumku, aku tiada meminta harta benda kepada kamu [sebagai upah]
bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali tidak akan
mengusir orang-orang beriman. Sesungguhnya mereka akan bertemu Tuhannya, akan
tetapi aku memandangmu satu kaum yang tidak mengetahui.’ [Surah Hud 11:29]
Dan Allah
Azza Wa-Jalla telah menceritakan megenai Hud AS. Dia berfirman:” Hai kaumku, aku
tidak meminta upah kepadamu bagi seruanku ini. Upahku tidak lain hanyalah dari
Allah yang telah menciptakanku, maka tidakkah kamu memikirkannya? ” [Surah Hud
11:51]
Dan Allah
Azza Wa-Jalla berfirman kepada Nabi-Nya:’ Katakanlah:” Aku tidak meminta kepadamu
sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang kepada keluarga[ku]“.[Surah
al-Syu'ara 26:23]
Allah tidak
mewajibkan kasih sayang kepada mereka melainkan Dia telah mengetahui
sesungguhnya mereka [al-Itrah] tidak akan berpaling daripada Islam selama-lamanya.
Mereka tidak akan kembali kepada kesesatan selama-lamanya. Dan jikalaulah
seorang itu mengasihi seorang tertentu tetapi sebahagian keluarganya menjadi
musuh kepadanya, maka hati lelaki tadi tidak akan tenteram untuknya. Oleh itu
Allah mencipta supaya tidak akan berlaku “sesuatu” di hati Rasulullah (Saw.)
terhadap orang-orang Mukminin.
Lantaran itu
Dia mewajibkan kasih sayang kepada keluarganya. Sesiapa mematuhi-Nya, mencintai
Rasulullah (Saw.) dan menciintai Ahlu l-Baitnya, Rasulullah (Saw.) tidak boleh
memarahinya.
Dan sesiapa
yang meninggalkannya dan tidak mematuhinya dan memarahi Ahlu l-Baitnya, maka
berhak bagi Rasulullah SAWA memarahinya. Kerana beliau telah meninggalkan satu
fardhu dari fardhu-fardhu Allah. Oleh itu manakah kelebihan, dan kemuliaan yang
mendahului kelebihan ini? Allah menurunkan ayat ini ke atas Nabi-Nya (Saw.):
‘ Katakanlah
Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang
kepada keluarga[ku].’ [Surah al-Syu'ara 26:23]
Lantaran itu
Rasulullah (Saw.) berdiri di hadapan para sahabatnya lalu beliau memuji Allah
(swt) dan bersabda: ” Wahai manusia sesungguhnya Allah telah memfardhukan satu
fardhu ke atas kalian dan adakah kalian akan melaksanakannya?” Tidak seorang
pun menjawab. Maka beliau bersabda lagi: “Wahai manusia, ia bukannya emas,
perak, makanan dan minuman.” Mereka menjawab: Kemukakanlah wahai RAsulullah.
Lalu beliau membacakan ayat tersebut kepada mereka.
Mereka
berkata: “Ada pun perkara ini, ya. Tetapi kebanyakan mereka tidak melaksanakannya.
Allah tidak akan mengutus Nabi melainkan Dia wahyukan kepadanya bahawa beliau
tidak akan meminta upah daripada kaumnya kerana Allah Azza Wa-jalla akan
menyempurnakan ganjaran para Nabi, Muhammad dan keluarganya. Allah telah
mewajibkan kasih sayang kepada kerabatnya dengan megetahui kelebihan mereka
yang diwajibkan oleh Allah Azza Wa-Jalla ke atas mereka kerana kasih sayang
akan berlaku apabila mengetahui kelebihan mereka. Manakala Allah mewajibkan
perkara tersebut, maka ianya wajib ditaati. Lantas sebahagian lain
menentangnya. Lalu mereka menjadi kufur kerana memalingkannya dari hadnya yang
telah ditetapkan oleh Allah (swt).
Mereka
berkata:”Kerabat itu adalah semua Arab dan yang mengikuti seruannya. Di dalam
kedua-dua keadaan ini, kita telah mengetahui bahawa al-Mawaddah [kasih sayang]
ialah kepada kerabat. Oleh itu orang yang paling akrab kepada Nabi (Saw.)
adalah lebih layak untuk dikasihi. Kasih sayang hendaklah diberi mengikut
pertalian kerabat.
Orang yang
menilai Rasulullah (Saw.) dari segi budi pekertinya dan apa yang dikurniakan
Allah ke atasnya untuk kebaikan umatnya di mana lidah menjadi lemah untuk
melahirkan kesyukuran kepadanya, tidak akan memusuhinya melalui keturunannya
dan Ahlul Baitnya. Mereka tidak menjadikan Ahlu l-Baitnya setaraf dengan mereka
seperti kedudukan mata di sisi kepala, kerana menjaga hati Rasulullah (Saw.)
dan kasih sayang kepada anak cucunya. Kenapa tidak, al-Qur’an telah
menjelaskannya dan menyeru orang ramai kepadanya. Hadith-hadith menetapkan
bahawa merekalah Ahlu l-Mawaddah. Merekalah orang yang Allah mewajibkan kasih
sayang terhadap mereka dan berjanji ganjaran kebaikan ke atas orang yang
mencintai Ahlul Bait kerana sekiranya seorang melakukan al-Mawaddah terhadap
mereka secara ikhlas, dia berhak syurga kerana firman Allah Azza Wa-Jalla:
” Dan
orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh [berada] di dalam
taman-ataman syurga, mereka perolehi apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhan
mereka. Yang demikian itu adalah kurniaan yang besar.” [Surah al-Syu'ara 26:22]
Demikianlah
Allah memberi berita gembira kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan melakukan
amal soleh. “Katakanlah Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas
seruanku kecualikasih sayang kepada keluarga[ku]” [al-Syu'ara 26:22]
Kemudian Abu
l-Hasan (a.s) berkata: “Bapaku telah menceritakan kepadaku dari Husain daripada
datukku bin Ali (a.s), beliau berkata: “Telah berkumpul orang-orang Muhajirin
dan Ansar di hadapan RAsulullah (Saw.). Mereka berkata: Wahai Rasulullah,
sesungguhnya anda berhak pertolongan untuk perbelanjaan anda, terutamanya
daripada rombongan-rombongan yang datang kepada anda. Inilah harta-harta kami
bersama ‘darah-darah’ kami, maka hukumlah padanya dengan sewajarnya. Berilah
apa yang anda mahu dan simpanlah apa yang anda mahu dengan senang hati.
Maka Allah
Azza Wa-Jalla menurunkan wahyu-Nya melalui malaikat-Nya dan berfirman:”
Katakanlah :Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali
kasih sayang kepada keluarga[ku].’ Iaitu hendaklah anda mengasihi kerabatku selepasku.
Kemudian mereka pun keluar
Berkata
orang Munafiqin: “Apakah yang mendorongkan Rasulullah (Saw.) menolak apa yang
kita bentangkan kepadanya, selain dari menggalakkan kita supaya mengasihi
kerabatnya selepasnya!
Ini adalah
suatu perkara yang direkakan atau diadakan sahaja. Kenyataan mereka itu besar
pengertiannya. Oleh itu Allah menurunkan Jibra’il dengan ayat:
“Bahkan mereka mengatakan: ‘ Dia [Muhammad] telah mengadakan-adakannya, maka kamu tidak mempunyai kuasa sedikit pun mempertahankan aku dari [azab] Allah itu. Dia lebih mengetahui apa-apa yang kamu percakapkan tentang al-Qur’an itu. Cukuplah Dia menjadi saksi antaraku dan antaramu dan Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’. [Surah al-Ahqaf:46:8]
“Bahkan mereka mengatakan: ‘ Dia [Muhammad] telah mengadakan-adakannya, maka kamu tidak mempunyai kuasa sedikit pun mempertahankan aku dari [azab] Allah itu. Dia lebih mengetahui apa-apa yang kamu percakapkan tentang al-Qur’an itu. Cukuplah Dia menjadi saksi antaraku dan antaramu dan Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’. [Surah al-Ahqaf:46:8]
Oleh itu
Nabi (Saw.) datang kepada mereka dan bersabda:’ Siapakah yang melakukan
sesuatu?’ Mereka menjawab: Wahai Rasulullah! Sebahagian dari kami telah
mengatakan perkataan yang kasar dan kami membencinya. Maka Rasulullah (Saw.)
membaca kepada mereka Surah al-Syu’ara 26:22, lantas mereka menangis. Maka
Allah Azza Wa-Jalla berfirman:’ Dan Dialah yang menerima taubat dari
hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu
kerjakan.’ [Surah al-Ahzab: 33:56]
” Firman
Allah Tabaraka Wa-Ta’ala:” Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya
bersalawat untuk Nabi, Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk
Nabi dan ucapkanlah [doa] salam kepadanya.”[Surah al-Ahzab 33:56] Orang-orang
yang ingkar telah mengetahui bahawa manakala ayat ini diturunkan, para sahabat
bertanya kepada Rasulullah (Saw.): ” Ya Rasulullah! Sesungguhnya kami telah
mengetahui mengenai salam ke atas anda. Dan bagaimanakah salawatnya pula? Maka
Rasulullah SAWA menjawab:” Katakanlah: Ya Allah limpahkanlah rahmatMu atas
Muhammad dan keluarga Muhammad.”Adakah kamu berselisih faham [khilaf] mengenai
perkara ini?”
Mereka
menjawab:” Tidak.”
Al-Makmun
menjawab:” Ini adalah perkara yang tidak ada khilaf lagi. Malah ianya perkara
yang dipersetujui umum [ijma']. Al-Makmun menambah:
” Adakah
anda mempunyai sesuatu yang lebih jelas mengenai Al di dalam al-Qur’an?”
Abu l-Hasan
(a.s) menjawab:” Ya!”. Dia berkata kepada mereka:” Beritahukan kepadaku
mengenai firman Allah Azza Wa-Jalla:
” Yasin.
Demi al-Qur’an yang penuh hikmah, sesungguhnya kamu salah seorang dari
rasul-rasul, [yang berada] di atas jalanyang lurus.” [Surah Yasin 36:1-4].
Apakah yang dimaksudkan dengan Yasin?”
Ulama
menjawab:”Yasin adalah Muhammad (Saw.) dan ianya tidak boleh diragukan oleh
sesiapapun.” Abu l-Hasan (a.s) berkata:
”
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan Muhammad (Saw.) dan keluarga Muhammad
suatu kelebihan yang tidak boleh dicapai oleh sesiapa pun selain daripada orang
yang benar-benar menggunakan akalnya. Maka Allah Tabaraka Wa-Ta’ala berfirman:
” Salam
dilimpahkan atas Nuh di seluruh alam.[al-Safat 37:79]
Dan
berfirman:’ Salam dilimpahkan atas Musa dan Harun.[al-Safat 37:120]
Dan Dia
tidak berfirman: Salam dilimpahkan atas keluarga Nuh!. Dan Dia tidak berfirman:
Salam dilimpahkan atas keluarga Musa dan salam ke atas keluarga Ibrahim! Tetapi
dia berfirman:
” Salam
dilimpahkan atas Aali YAASIN [keluarga Yasin] ” [al-Safat:37:130]
[Bandingkan
ejaan Ilyas di dalam Surah al-Safat:130 dengan Surah al-An'am 6:85 iaitu Aali
Muhammad (Saw.)].
Al-Makmun
berkata;” Aku telah mengetahui bahawa galian kenabian mempunyai penerangan dan
penjelasan di dalam perkara ini.”
” Kamilah
Ahlu l- Zikr, yang dimaksudkan Allah di dalam kitab-Nya:
” Maka
tanyalah kepada Ahlu l-Zikr jika kamu tidak mengetahui.” [Surah al-Anbiya: 7]
Ulama
berkata:” Apa yang dimaksudkan dengan Ahlul Zikr ialah Yahudi dan Nasara.”
Abul Hasan
(as) menjawab:
” Maha Suci
Allah! Adakah harus sedemikian itu? Jikalau begitu halnya Dia menyeru kita
kepada agama mereka (Yahudi dan Nasara)! Ini bermakna agama mereka lebih baik
daripada agama Islam.”
Al-Makmun berkata:” Adakah kamu sekelian mempunyai penerangan yang lebih jelas untuk menolak pendapat mereka (ulama) wahai Abul Hasan?”
Al-Makmun berkata:” Adakah kamu sekelian mempunyai penerangan yang lebih jelas untuk menolak pendapat mereka (ulama) wahai Abul Hasan?”
Abu l-Hasan
(a.s) menjawab:” Ya! al-Zikr ialah Rasulullah dan kami adalah keluarganya (Ahlu
l-Baitnya). Ianya diterangkan di dalam kitab-Nya:
” Maka
bertaqwalah kepada Allah hai orang-orang yang mempunyai akal (iaitu)
orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan zikran rasulan,
(peringatan, perutusan) yang membaca kepadanya ayat-ayat Allah yang menerangkan
(bermacam-macam hukum).”[Surah al-Talaq:10-11]
al-Zikr
adalah Rasulullah (Saw.) dan kami adalah ahlinya (keluarganya).”
Lalu
al-Makmun dan para ulama berkata:
” Allah
memberi kebaikan kepada anda Ahlu l- Bait. Kami tidak mendapat penerangan dan
penjelasan mengenai apa yang kami kabur selain daripada anda, Ahlul Bait
(a.s).”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar