Orang yang pertama menggunakan
nama Syi’ah bagi pengikut-pengikut ‘Ali Amiru l-Mukminin AS adalah Rasulullah
SAW sendiri. Beliaulah orang yang meletakkan batu asas dan menyemaikan benihnya
yang pertama. Dan orang yang memperkuatkannya adalah Imam Amiru l-Mukminin ‘Ali
AS. Pada masa itu Syi’ah dikenali dengan nama Syi’ah ‘Ali AS.
Ibn Khaldun
berkata di dalam Muqaddimahnya bahwa Syi’ah dari segi bahasa bererti sahabat
dan pengikut. Dan dari segi istilah Fuquha’ dan Mutakallimun dahulu dan
sekarang ialah pengikut ‘Ali dan anak-anaknya.
Muhammad
Kurdi ‘Ali di dalam Khutatal-Syam berkata:”Tidak perlu bagi kita mencari dalil
bahwa sebahagian sahabat dikenali dengan Syi’ah Ali. Dan dia berkata
lagi:’Adapun sebahagian penulis mengatakan bahwa mazhab Syi’ah adalah daripada
bid’ah ‘Abdullah bin Saba’ yang dikenali dengan Ibn Sauda’ adalah tidak
dikenali di dalam mazhab mereka.’ Muhammad Kurdi ‘Ali bukanlah seorang Syi’ah
malah seorang yang menentang Syi’ah. Tetapi ‘kebenaran membuatkan orang yang
insaf atau degil bercakap.’
Ibn Hajr di
dalam al-Sawa’iq al-Muhriqah[1] meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas bahwa dia
berkata: Manakala Allah SWT menurunkan (Surah al-Bayyinah (98):
7):”Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka
itulah sebaik-baik makhluk.” Rasulullah SAW bersabda kepada ‘Ali:’Mereka itulah
anda dan Syi’ah anda. Dan Syi’ah anda datang pada hari kiamat di dalam keadaan ridha
dan diridhai dan musuh anda datang dengan marah dan dibelenggu.’ Beliau
berkata, siapakah musuhku? Nabi SAW bersabda:’Orang yang membersihkan diri
mereka daripada anda dan melaknati anda.’
Al-Hamawaini
al-Syafi’i di dalam Fara’id al-Simtin[2], dengan sanadnya daripada Jabir bahwa
dia berkata:”Kami berada di sisi Nabi SAW maka ‘Ali AS pun datang. Rasulullah
SAW bersabda:’Saudaraku telah datang kepada kalian.’ Kemudian beliau
bersabda:’Demi diriku di tanganNya. Sesungguhnya ini (‘Ali AS) dan Syi’ahnya, mereka
itulah orang yang menang (al-Fa’izun) pada hari kiamat.
Sesungguhnya
beliaulah orang yang pertama di kalangan kalian beriman bersamaku, orang yang
paling setia di kalangan kalian dengan janji Allah SWT, orang yang paling teguh
di kalangan kalian dengan suruhan Allah SWT, orang yang paling adil di kalangan
kalian tentang orang di bawah jagaannya, orang yang paling adil di kalangan
kalian di dalam pembahagian dan orang yang paling tinggi martabatnya di
kalangan kalian di sisi Allah SWT.’
Dan dia
berkata:(Surah al-Bayyinah(98): 7) diturunkan kepada ‘Ali AS. Dia berkata lagi:
Sahabat-sahabat Muhammad SAW apabila ‘Ali AS datang kepada mereka, mereka
berkata: Sebaik-baik makhluk telah datang.
Al-Khawarizmi
al-Hanafi di dalam Manaqib[3]nya telah meriwayatkannya daripada Jabir daripada
Nabi SAW. Dia juga meriwayatkannya daripada al-Mansur al-Dawaniqi di dalam
hadith yang panjang daripada Nabi SAW mengenainya. Nabi SAW
bersabda:’Sesungguhnya ‘Ali dan Syi’ahnya besok merekalah yang mendapat kemenangan
di hari kiamat, memasuki syurga.’
Dia juga
meriwayatkan daripada Nabi SAW, sesungguhnya Nabi SAW bersabda:’Wahai ‘Ali!
Sesungguhnya Allah telah mengampuni untuk anda, keluarga anda, Syi’ah anda dan
pencinta-pencinta Syi’ah anda.’ Di dalam riwayat yang lain Nabi SAW
bersabda:’Ali adalah orang yang paling alim, paling awal Islam.’ Sesungguhnya
Syi’ah beliaulah mendapat kemenangan di hari esok.’
Di dalam
riwayat yang lain pula Nabi SAW bersabda:’Sekiranya tidak ada golongan yang
akan berkata kepada anda sebagaimana diperkatakan oleh Nasara tentang ‘Isa AS,
nescaya aku akan berkata sesuatu mengenai anda dan mereka akan mengambil tanah
di bawah kedua tapak kaki anda, dan dari ‘lebihan air basuhan’ anda untuk
bersyafa’at dengannya. Tetapi cukuplah kedudukan anda di sisiku sebagaimana
kedudukan Harun di sisi Musa. Aku adalah daripada anda, anda mewarisiku dan aku
mewarisi anda melainkan tidak ada nabi selepasku. Andalah yang membersihkan
dhimmahku. Syi’ah anda akan berada di atas mimbar-mimbar daripada cahaya. Dan
sesungguhnya kebenaran berada di atas lidah anda, di hati dan di dahi anda.’
Al-Khawarizimi
al-Hanafi juga meriwayatkan di dalam Manaqib[4]nya hadith yang panjang dengan
sanadnya daripada Ibn ‘Abbas marfu’:’Sesungguhnya Jibra’il memberitahu bahwa
‘Ali dan Syi’ahnya bergembira bersama Muhammad di syurga.’
Ibn Hajr di
dalam al-Sawa’iq al-Muhriqah[5] meriwayatkan daripada ‘Ali AS. Sesungguhnya
beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:’Wahai Ali! Anda akan
mendatangi Allah dan Syi’ah anda di dalam keadaan redha dan diredhai. Musuh
anda akan mendatangi kemarahanku di dalam keadaan terbelenggu. Kemudian diikat
kedua-dua tangannya di tengkuknya. Dan memperlihatkan kepada mereka
belenggu-belenggu tersebut.’ Ibn Hajr berpendapat bahwa Syi’ah di dalam hadith-hadith
tersebut dimaksudkan dengan Ahlu s-Sunnah. Kerana Syi’ah menurutnya dilaknati
Allah kerana bid’ah mereka[6].
Al-Qunduzi
al-Hanafi meriwayatkan di dalam Yanabi’ al-Mawaddah[7] daripada Mawaddah
al-Qurba karangan al-Hamdani al-Syafi’i di dalam al-Mawaddah al-Thaniah
daripada Abu Dhar daripada Nabi SAW sesungguhnya beliau bersabda:’Sesungguhnya
Allah melihat ke bumi daripada ‘ArasyNya lalu memilihku, memilih ‘Ali untukku
sebagai menantuku, memberikan kepadanya Fatimah dan Dia tidak memberikan kelebihan
kepada seorangpun daripada anak-anak lelakinya. Dia memberikan kelebihan kepada
Hasan dan Husain dan Dia tidak memberikannya kepada seorangpun seumpamanya. Dia
telah memberikan kepadanya mertuanya seumpamanya. Dia telah memberikan kepadaku
al-Haudh. Dia juga telah menjadikannya (‘Ali) sebagai pembahagi syurga dan
neraka di mana Dia tidak memberikannya seumpamanya kepada para malaikat. Dia
telah menjadikan Syi’ahnya di syurga. Dia memberikan kepadaku saudaraku
seumpama aku dan tidak ada seorangpun ‘saudara lelaki’ seumpamaku.’
Wahai
saudaraku! Sesiapa yang ingin memadamkan kemarahan Tuhan, dan ingin supaya
Allah menerima amalannya, maka hendaklah dia mencintai ‘Ali bin Abu Talib
kerana mencintainya menambahkan keimanan. Dan mencintainya dapat mencairkan segala
kejahatan sebagaimana api dapat mencairkan logam.
Dia juga
meriwayatkannya di dalam Yanabi’ al-Mawaddah[8] bahwa Anas bin Malik berkata:
Nabi SAW bersabda:’Jibra’il memberitahuku bahwa sesungguhnya Allah mencintai
‘Ali. Dia tidak mencintai para malaikat sebagaimana Dia mencintai ‘Ali. Setiap
kali Allah bertasbih. Dia menjadikan beberapa Malaikat yang mengucap istighfar
kepada orang yang mencintainya (‘Ali) dan Syi’ahnya sehingga hari kiamat.’
Dan di dalam riwayat yang lain Nabi SAW ditanya tentang ‘Siapakah yang berteduh di bawah bendera anda? Nabi SAW bersabda:’Mukminun para wali Allah, Syi’ah yang benar, Syi’ahku dan Syi’ah Ali, pencinta-pencintanya, penolong-penolongnya. Alangkah beruntungnya mereka dan sebaik-baik darjat. Dan neraka wail bagi orang yang membohongi aku tentang ‘Ali atau membohongi ‘Ali keranaku, atau mempertikaikannya mengenai maqamnya yang dikurniakan Allah SWT[9].
Dan di dalam riwayat yang lain Nabi SAW ditanya tentang ‘Siapakah yang berteduh di bawah bendera anda? Nabi SAW bersabda:’Mukminun para wali Allah, Syi’ah yang benar, Syi’ahku dan Syi’ah Ali, pencinta-pencintanya, penolong-penolongnya. Alangkah beruntungnya mereka dan sebaik-baik darjat. Dan neraka wail bagi orang yang membohongi aku tentang ‘Ali atau membohongi ‘Ali keranaku, atau mempertikaikannya mengenai maqamnya yang dikurniakan Allah SWT[9].
Ibn
al-Maghazali al-Syafi’i di dalam Manaqib[10]nya dengan sanadnya daripada Nabi
SAW bahwa dia berkata: Nabi SAW bersabda:’Ummat aku yang akan memasuki syurga
sebanyak tujuh puluh ribu orang tanpa hisab.’ Kemudian beliau berpaling kepada
‘Ali AS dan bersabda:’Mereka itu adalah Syi’ah anda dan anda adalah imam
mereka.’
Ibn
al-Sibagh al-Maliki di dalam al-Fusul al-Muhimmah[11], al-Syablanji di dalam
Nur al-Absar[12] meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas bahwa dia berkata: Manakala
turunnya ayat (Surah al-Bayyinah(98): 7), Nabi SAW bersabda kepada ‘Ali:’Anda
dan Syi’ah anda datang pada hari kiamat di dalam keadaan redha dan meredhai,
sementara musuh-musuh anda datang di dalam keadaan marah dan terbelenggu.’
Ibn
al-Maghazali al-Maliki di dalam Manaqib[13]nya meriwayatkan daripada Ibn Abbas
bahwa dia berkata: Aku bertanya Rasulullah SAW tentang firmanNya (Surah
al-Wiqi’ah (56):10-11)’Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, mereka
itulah orang yang didekatkan (kepada Allah).’ Beliau menjawab: Jibra’il telah
memberitahu kepadaku bahwa maksud ayat itu ialah ‘Ali dan Syi’ahnya yang
mendahului ke syurga, dan hampir kepada Allah kerana kekeramatannya.’
Ahmad bin
Hanbal di dalam Manaqib[14]nya menerangkan bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW
bersabda kepada Ali AS:’Wahai ‘Ali! Tidakkah anda ridha, sesungguhnya anda
bersamaku di syurga, Hasan dan Husain, zuriat kita di belakang kita, isteri-isteri
kita di belakang zuriat-zuriat kita dan syi’ah kita yang mempercayai kita
mempunyai akhlak yang terpuji”.
Dan banyak
lagi hadith-hadith Nabi SAW mengenai pujian beliau terhadap Syi’ah ‘Ali dan
Ahlu l-Baitnya telah diriwayatkan oleh para ulama Ahlu s-Sunnah di dalam
Sahih-sahih, Musnad-musnad, dan karangan-karangan mereka. Al-’Allamah Sayyid
al-’Abbas al-Husaini al-Kasyani telah mencatat lebih daripada seratus hadith
yang muktabar semuanya menurut Ahlu s-Sunnah wa l-Jama’ah di dalam bukunya
berjudul al-Syi’ah wa l-’Itrah al-Tahirah.
Aku berdoa
ke hadrat Allah SWT supaya memberkati Sayyid al-Kasyani dan semua ulama kami
yang Abrar agar semua karya mereka dapat dicetak dan dicetak lagi bagi faedah
kaum Muslimin.
——
1.
al-Sawa’iq al-Muhriqah, hlm. 128.
2. Fara’id al-Simtin, I, hlm. 87 (Bab 31).
3. al-Manaqib, hlm. 105 & 118.
4. al-Manaqib, hlm. 120.
5. al-Sawa’iq al-Muhriqah, hlm. 25.
6. Ibn Hajr menerima hadith-hadith tersebut tetapi dengan memberi pengertian yang aneh. Semoga Allah membakarnya dengan petirNya.
7. Yanabi’ al-Mawaddah, hlm. 289 & 305.
8. Yanabi’ al-Mawaddah, hlm. 243-246.
9. Ibid.
10. al-Manaqib, hlm. 79.
11. al-Fusul al-Muhimmah, hlm. 105.
12. Nur al-Absar, hlm. 102.
13. al-Manaqib, hlm. 85.
14. al-Manaqib, hlm. 159.
2. Fara’id al-Simtin, I, hlm. 87 (Bab 31).
3. al-Manaqib, hlm. 105 & 118.
4. al-Manaqib, hlm. 120.
5. al-Sawa’iq al-Muhriqah, hlm. 25.
6. Ibn Hajr menerima hadith-hadith tersebut tetapi dengan memberi pengertian yang aneh. Semoga Allah membakarnya dengan petirNya.
7. Yanabi’ al-Mawaddah, hlm. 289 & 305.
8. Yanabi’ al-Mawaddah, hlm. 243-246.
9. Ibid.
10. al-Manaqib, hlm. 79.
11. al-Fusul al-Muhimmah, hlm. 105.
12. Nur al-Absar, hlm. 102.
13. al-Manaqib, hlm. 85.
14. al-Manaqib, hlm. 159.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar