Kelebihan
Syiah
Oleh Amir
al-Mukminin a.s
(Raudhah
al-Kafi, hlm.180-181)
259. Ali bin
Ibrahim, daripada bapanya, daripada Abu ‘Umair, daripada ‘Umru bin Abu al-Miqdam
berkata: Aku telah keluar sehingga berada di antara kubur Rasululllah s.a.w dan
minbarnya. Tiba-tiba beliau a.s berada bersama-sama Syiah, lalu memberi salam
kepada mereka. Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya, demi
Tuhan, aku mengasihi roh-roh kamu, justeru itu, tolonglah aku dengan warak dan
ijtihad. Ketahuilah bahawa wilayah kami tidak boleh dicapai melainkan dengan
warak dan ijtihad.
Barangsiapa di
kalangan kamu mengimamkan seseorang, maka hendaklah dia beramal dengan amalannya.
Kamu adalah Syiah Allah, kamu adalah penolong-penolong Allah (antum syi‘atu l-Lah wa antum ansaru l-Lah),
kamu adalah orang terdahulu yang pertama di dunia dan orang terdahulu yang
terakhir di akhirat ke syurga. Kami telah menjaminkan kamu syurga dengan
jaminan Allah dan jaminan Rasulullah s.a.w. Demi Tuhan, tiada roh memasuki syurga yang lebih banyak daripada
roh-roh kamu. Lantaran itu, berlumba-lumbalah bagi mendapatkan kelebihan
darjatnya.
Kamu adalah
baik (tayyibun) dan perempuan-perempuan
kamu adalah baik (tayyibat). Setiap
mukminat adalah bidadari (haura’) dan
setiap mukmin adalah siddiq. Amir
al-Mukminin a.s berkata kepada Qanbar: Wahai Qanbar, bergembiralah, dan
beritahulah tentang kegembiraan ini, demi Tuhan, sesungguhnya Rasulullah s.a.w
telah mati di dalam keadaan beliau s.a.w memarahi umatnya selain daripada Syiah
(maata rasulullah s.a.w wa huwa ‘ala
ummati-hi sakhitun illa ‘ala al-Syi‘ah).
Sesungguhnya
setiap sesuatu ada kekuatannya, maka kekuatan Islam adalah Syiah (ala wa inna li-kulli sya’in ‘izzan wa ‘izzu
l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada tiangnya, maka tiang
Islam adalah Syiah (ala wa inna li-kulli
syai’in da‘amatan wa-da‘amatu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap
sesuatu ada puncaknya, maka puncak Islam adalah Syiah (ala wa-inna li-kulli syai’in dhirwatan wa-dhirwatu l-Islam al-Syi‘ah).
Sesungguhnya
setiap sesuatu ada kemuliaannya, maka kemuliaan Islam adalah Syi‘ah (ala wa-inna li-kulli syai’in syarafan
wa-syarafu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada tuannya,
maka tuan kepada semua majlis adalah majlis Syiah (ala wa-inna li-kulli syai’in sayyidan wa-sayyidu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap
sesuatu ada imamnya, maka imam bagi bumi adalah bumi yang diduduki Syi‘ah (ala
wa-inna li-kulli syai’in imaman wa-imamu l-Ardh ardhun taskunu-ha al-Syi‘ah ).
Demi Tuhan,
jika orang seperti kamu tidak ada di bumi ini, nescaya aku tidak melihatnya
dengan senang. Demi Tuhan, jika orang seperti kamu tidak ada di bumi ini, nescaya
Allah tidak memberi nikmat kepada orang-orang yang menentang kamu (ahli khilafi-kum). Mereka tidak mendapat
kebaikan di dunia dan di akhirat. Setiap nasibi sekalipun dia bekerja keras (kullu nasibin mujtahidin), maka
amalannya adalah sia-sia (fa-‘amalu-hu
habaa’an).
Syiah kita
bercakap dengan cahaya Allah a.w. Adapun
mereka yang menyalahi Syiah bercakap dengan kesalahan(tafallutin). Demi Tuhan, tidak seorang di kalangan Syiah kita yang
tidur melainkan Allah mengangkatkan rohnya ke langit, lalu memberkatinya. Dan
jika ajalnya tiba, maka Dia akan meletakkanya di gedung rahmat-Nya; di taman
syurga-Nya; di bayang ‘Arasy-Nya. Dan
jika ajalnya belum tiba, maka Dia mengutus malaikat untuk mengembalikannya
kepada jasadnya. Demi Tuhan, sesungguhnya mereka yang mengerjakan haji dan
umrah di kalangan kamu adalah tetamu istimewa Allah a.w. Sesungguhnya
orang-orang fakir kamu adalah ahli kekayaan dan orang-orang kaya kamu adalah
ahli qana‘ah. Sesungguhnya kamu semua
adalah ahli dakwah-Nya dan ahli yang menyahuti seruan-Nya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar