Asal dan Kedudukan Ilmu Tasauf |
Ketahuilah bahawa Ilmu Aqli adalah tunggal
dengan zatnya [bersendirian iaitu diasaskan atas akal semata-mata], daripadanya
lahir ilmu yang tersusun yang di dalamnya terdapat seluruh hal-ehwal dua
ilmu yang tunggal. Ilmu yang tersusun
itu ialah ilmu ahli-ahli Tasauf dan jalan ehwal mereka. Mereka mempunyai ilmu
yang khas dengan jalan yang terang yang terhimpun dari dua
ilmu.
Ilmu mereka terdiri dari
-
Hal,
-
Waktu,
-
Samaa',
-
Wujdan,
-
Sheikh,
-
Sakr,
-
Sohwu,
-
Isbat,
-
Mahwu,
-
Fakir,
-
Fana,
-
Wilayah,
-
Irodah,
-
Murid
-
dan apa yang berhubung dengan Hal Ehwal mereka serta tambah-tambahannya, sifat-sifat dan makam-makam.
Penerangan petikan di atas oleh
penterjemah iaitu Abdullah bin Muhammad (Naqula)
dari dua ilmu
Louis Gardent dan G.Anawati dalam buku
mereka "Falsafah Al-Fikr Al-Din" menganggap ayat ini sebagai mengandungi
teka-teki yang sukar untuk deselesaikan. Mereka bertanya: Apakah gerangan maksud
"dua ilmu" yang disebut oleh Imam Ghazali? Ia menyebut Ilmu Aqli
tetapi tiada menyebut yang satu lagi. Meskipun demikian, berat kemungkinan
bahawa ia maksudkan Ilmu Syari'i di mana Ilmu Tasauf merupakan satu cantuman di
antara dua ilmu itu. Nampaknya bukan begini, asas pembahagian 'duaan'
"Akal-Syarak" adalah menurut kadar "dunia-akhirat".
Kita dapati di antara Ilmu-ilmu Aqliah ada
pula ilmu-ilmu yang tujuannya ialah akhirat, seperti makrifat Qalbu-Qalbu dan
makrifat Allah, sebagaimana ilmu-ilmu Syaria'ah ada pula Ilmu Fekah yang
mengambil berat dalam urusan-urusan dunia (Falsafah Al-Fikr Al-Din penggal 1, muka 212).
Berhubung dengan ilmu yang tersusun ini,
meskipun Imam Ghazali tidak menerangkan dengan jelas, kita dapat mengenainya
dalam kitabnya "Al-Ahyaa' ketika menerangkan tentang "hakikat fikiran dan
buahnya". Menurut keterangannya bahawa fikiran (Al-Fikr/Takakur) adalah bererti mendatangkan dua makrifat
dalam Qalbu untuk untuk menghasilkan makrifat yang
ketiga. Dengan ini bermakna bahawa Ilmu
Aqli yang berasaskan akal semata-mata itu mengandungi dua ilmu yang tersusun
yang melahirkan ilmu yang ketiga.
Bila ilmu yang ketiga ini telah didapati
dengan erti telah terterap pada Qalbu,
-
suatu perubahan pada 'hal Qalbu' terjadi yang menyebabkan
-
berubahnya pula tindakan-tindakan anggota.
-
Jadinya dengan "fikiran" menerusi sistem duaan itu menelurkan "ILMU".
-
Ilmu ini menelurkan pula "HAL"
-
dan hal menelurkan "Tindakan" (Al 'Amal atau Al-Fi'li) [lihat Al-Ahyaa' penggal 4 muka 412-413].
Meskipun Ilmu 'Aqli itu sendiri mengandungi
dua ilmu yang tersusun dalam dirinya, ia adalah tetap tunggal dipandang dari
segi Akal; iaitu hasil daripada akal semata-mata.
Di atas Imam Ghazali berkata bahawa
daripada Ilmu 'Aqli lahir ilmu yang tersusun iaitu ilmu ahli-ahli Tasauf.
Bagaimanakah cara lahirnya ilmu yang tersusun dari Ilmu 'Aqli itu ??
Caranya begini; andaikata menerusi akal
seseorang mendapat ilmu yang tiada ragu-ragu lagi bahawa "sampai kepada Allah"
adalah modal yang paling penting untuk hidup di dunia dan di akhirat. Ini adalah
Ilmu 'Aqli. Bila ilmu ini terterap pada Qalbu, ia mengubahkan "hal Qalbu"
yang menyebabkan ia melakukan "Tindakan" mencari
"Ilmu Tentang Cara-cara Beramal" atau "Ilmu
Ibadat" sebagai jalan untuk sampai kepada Allah itu dan ahirnya ia
mendapatinya. Sekarang nampaklah fungsi Ilmu 'Aqli itu.
Kita bicarakan pula tentang hasil
daripadanya "Ilmu Tentang Cara-cara Beramal" itu merupakan satu
ilmu yang tunggal. Ia tidak menghasikan
apa-apa kalau tidak diamalkan. Bila ia
diamalkan, datanglah "WARID-WARID" iaitu
makna-makna(Maani) yang datang dari Alam Malakut ke atas Qalbu. Bila satu warid
terterap pada Qalbu, ia mengubahkan "Hal Qalbu". Perubahan-perubahan pada hal
Qalbu oleh Warid-warid ini melahirkan beberapa sifat Qalbu seseorang.
Sifat-sifat ini jika sebentar sahaja dinamakan "HAL" dan kiranya ia menetap
dinamakan "MAQAM".
Yang dinamakan hal itu ialah seperti
-
Al-Qabd dan Al-Basith,
-
Al-Jami' dan Al-Farq,
-
Al-Fana dan Al-Baqa,
-
Al-Shohu dan Al-Syakr,
-
Al-Mahw dan al-Isbat,
-
Al-Tamkin dan lain-lain lagi.
Yang dinamakan Maqam pula adalah seperti
-
Wara',
-
Zahid,
-
Fakir,
-
Sabar,
-
Syukur,
-
Redha,
-
Khauf,
-
Roja',
-
Tawakkal dan lain-lainnya.
Meskipun demikian, kadang-kadang "Hal"
dianggap sebagai "Maqam" dan Maqam dianggap sebagai Hal bergantung kepada tempoh
ia berada pada Qalbu [Lihat Al-Ahyaa' penggal 4
muka 139]' ['Awaariful Ma'aaruf muka 469-473] dan [Iqadzul Himam muka
24].
Perubahan-perubahan pada "Hal Qalbu"
tersebut melahirkan semacam "Tindakan" pada aggota-anggota dan lidah seseorang.
-
Kalau Warid yang datang atas Qalbu itu bersifat Qabd(Kecut)' lahir ke atas anggota seseorang iaitu diam.
-
Kalau Warid yang datang itu bersifat Basith(Lega), lahirlah ke ats anggota iaitu gerak cergas.
-
Kalau Warid yang datang bersifat Zahid dan Wara', lahirlah ke atas anggota-anggota iaitu menjauh dan mengundur diri dari kesenangan duniawi.
-
Kalau Warid yang datang ke atas Qalbu itu bersifat Mahabbah(Cinta) dan Syauki(Rindu), lahirlah kesan pada lidah iaitu kata-kata yang tiada tertahan yang ganjil dipandang dari segi syara'[Lihat Iqadzul Himam muka 24].
Warid-warid yang datang atas Qalbu itu
adalah luas ertinya; bukan sahaja berupa "makna-makna" yang menimbulkan
"HAL-HAL" dan "MAQAM-MAQAM" seperti yang telah diterangkan, juga
ia merupakan "LINTASAN-LINTASAN{KHOWATIR}" iaitu
"Perkataan-perkataan yang dihadapkan kepada Qalbu". Lintasan-lintasan ini adalah lintasan-lintasan yang
terpuji(Khowatir Mahmudah) yang datangnya dari Malaikat dan Allah yang dinamakan
"ILHAM". Juga warid itu itu merupakan
"Hakikat-hakikat dan Ilmu-ilmu yang datang dari sisi Allah" yang biasa
dimasukkan dalam golongan Kasyaf
dan Ilham.
Himpunan dari sifat-sifat Qalbu dinamakan
"Hal-hal" dan "Maqam-maqam" dan ilmu-ilmu yang timbul dari ilham dan kashaf itu
semuanya menjadi suatu Ilmu Yang Tunggal iaitu Ilmu hasil dari
amalan. Paduan
"Ilmu Tentang Cara-cara Beramal" dan "Ilmu Hasil Daripada Amalan" itulah
dinamakan "ILMU TASAUF"
sebagai ilmu yang ketiga atau sintesis; tetapi kali dilihat semula ke
belakang, kepada asalnya, ia bersumber dari Ilmu 'Aqli juga.
Inilah nampaknya maksud kata-kata Imam
Ghazali tadi;
"Ketahuilah bahawa Ilmu Aqli adalah
tunggal dengan zatnya [bersendirian iaitu diasaskan atas akal semata-mata],
daripadanya lahir ilmu yang tersusun yang dalamnya terdapat seluruh Hal Ehwal
dua ilmu yang tunggal. Ilmu yang tersusun itu ialah ilmu ahli-ahli Tasauf dan
jalan ehwal mereka. Mereka mempunyai ilmu yang khas dengan jalan yang terang
yang terhimpun dari dua ilmu".
Dalam keterangan seterusnya Imam Ghazali
mengemukakan kandungan atau bahagian-bahagian yang membentuk ilmu Tasauf itu
dengan menyebut beberapa contoh yang lebih banyak mengandungi hal-hal(Ahwal)
kalau dibandingkan dengan Maqam-maqam(Maqaamat).
Hal
|
makna-makna yang Warid atas Qalbu
tanpa sengaja.
|
Waktu
[Waktu]
|
Waktu hal itu terjadi atas seseorang
tanpa hubungan dengan waktu-waktu yang lepas dan akan
datang.
|
Samaa'
[Taat]
|
Penumpuan Qalbu kepada apa yang
terpuji mengikur Syara'
|
Wujdan
|
Hal yang menghaibkan yang ditemui
oleh Qalbu kerana syuhudnya
|
Syauq
[Rindu]
|
Kerinduan-kerinduan untuk berlakunya
pertemuan-pertemuan dengan Allah
|
Sakr
[Mabuk]
|
Kehilangan kesedaran diri kerana
datangnya Warid yang kuat
|
Shohr
[Sihat]
|
Sedar kembali selepas kehilangan
kesedaran diri kerana datang Warid yang kuat itu
|
Isbaat
|
Melepaskan hukum-hukum
ibadat
|
Mahwu
[Hapus]
|
Membuang sifat-sifat(jiwa) yang
teradat, ada orang mengatakan kehilangan 'Ilat(sebab) dan ada yang mengatakan
apa yang dilindungi dan dinafikan
|
Fakir
|
Keadaan tiada memandang sesuatu yang
lain daripada Allah, tidak memerlukan apa-apa selain daripada Allah dan tidak
senang hati kerana pengaruh sesuatu selain dari hudur bersama
Allah
|
Wilayah
|
Berdiri hamba dengan Allah ketika
fana dari dirinya, hal ini terjadi dengan toleh Allah Taala kepadanya hingga ia
sampai kepada matlamat Maqam Qarb(Kehampiran) dan Tamkin(Sampai kepada
Allah)
|
Iradat
[Kemahuan]
|
Cinta yang menyala dalam Qalbu yang
mendorongi untuk beramal
|
Sheikh
|
Manusia yang sempurna dalam
ilmu-ilmu syariat, thorikat dan hakikat
|
Murid
|
Seorang yang menyingkirkan
kemahuannya. Menurut Imam Ghazali; murid ialah yang berada pada tingakat
ASma(Nama-nama Allah) dan masuk ke dalam golongan orang yang menyerahkan
segala-galanya kepada Allah dengan
Isim
|
Sambungan Kitab
Al-Risaalatulil-Duniyyah oleh Imam Ghazali
Kami akan bincangkan tentang ilmu yang tiga
ini dalam buku yang khas InsyaAllah Taala. Tujuan kami sekarang hanya
membilang-bilang nama ilmu-ilmu dan jenis-jenisnya sahaja dalam risalah ini dan
sudahlah kami ringkaskan dan membilangnya secara ringkas dan sesiapa yang hendak
mengetahui lebih jauh silalah lihat kitab-kitab yang mengenainya
Setelah selesai menyebut jenis-jenis ilmu,
ketahuilah anda dengan sesungguhnya bahawa tiap-tiap ilmu ini memerlukan
beberapa syarat supaya dia terukit pada jiwa-jiwanya para penentutnya. Oleh itu
perlulah diketahui pula mengenai cara-cara mendapatkan ilmu-ilmu ini seperti
yang akan dinyatakan seterusnyai[Cara dan
Kaedah Mendapatkan Ilmu]
Ringkasan Fasal Di
Atas
|
Setelah membincangkan jenis-jenis ilmu itu (dalam fasal
bahagian-bahagian ilmu), Imam Ghazali menyebut pula tentang Ilmu Tasauf sebagai
suatu ilmu yang tersendiri. Walau bagaimanapun is berasal dari Ilmu 'Aqli itu
juga. Ilmu 'Aqli ini sebagai asasnya sahaja. Yang melahirkan Ilmu Tasauf itu
secara langsung ialah ilmu tentang cara-cara beramal yang disertakan dengan
amalan(ibadat). Ilmu tentang cara-cara beramal itu adalah suatu bahagian
daripada Ilmu Syari'i. Jadi Ilmu Tasauf itu selain dari bersangkut dengan Ilmu
'Aqli ia juga bersangkut dengan Ilmu Syari'i. Gabungan dua bahagian ilmu inilah
yang melahirkan Ilmu Tasauf. Dengan kata lain Paduan
"Ilmu Tentang Cara-cara Beramal" dan "Ilmu Hasil Daripada Amalan" itulah
dinamakan "ILMU TASAUF"
Tetapi asal Ilmu Tasauf ini lebih jauh lagi perbincangannya yang
melibatkan ilmu yang khas yang melahirkan hal-ehwal ilmu mereka yang tidak akan
ditemui oleh mereka yang tidak mengikuti disiplin pengajiannya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar