Teori Ilmu Tasauf |
Pengertian Ilmu yang digunakan oleh Hujjatul Islam Imam Ghazali
dalam sebuah kitabnya yang bernama Al-Risalatul-liduniyyah adalah seperti berikut :
AL-ULUM AL-MAKTASABAH yang bermaksud ilmu-ilmu
yang didapati dengan mencurahkan usaha seperti belajar dan membuat kajian.
Dengan kata lainnya ialah ilmu-ilmu yang didapati dengan senang (Al-Ulum
Al-Dhoruriyah) maksudnya ilmu-ilmu yang didapati dengan mudah sahaja menerusi
salah satu daripada anggota-anggota pancaindera seperti rasa manis melalui
lidah, mendengar suara melalui telinga dan lain-lainnya.
Ilmu GHAIBI LADUNI atau lebih ringkasnya disebut
sebagai ilmu laduni yang membawa maksud secara hurfinya 'ILMU KESISIAN' iaitu ilmu disisi tuhan. Sama
dengan ILMU ALLAH atau ILMU TUHAN.
Sesetengah ahli ilmuan Islam memberikan atau menggunakan
berbagai-bagai istilah lain yang sama maksudnya dengan ilmu LADUNI ini dalam usaha mereka untuk
mengemukakan pendekatan ilmu masing-masing. Antaranya ialah seperti berikut :
-
Ilmu Batin
-
Ilmu Qalbi
-
Ilmu Mukasafah
-
Ilmu Asyror
-
Ilmu Maknun
-
Ilmu Hakikat
-
Ilmu Makrifat
Telah banyak ulama-ulama atau ilmuan zohir terkelincir kerana
mereka membantah dan menidakkan ilmu laduni ini. Kita lihat bagaimana satu
catatan hal tersebut yang dikemukakan oleh Iman Ghazali yang mengatakan:
" Seorang daripada kawan-kawanku telah
menceritakan kepadaku mengenai seorang alim yang mengingkari ILMU GHAIBI LADUNI
yang menjadi pegangan pemimpin-pemimpin tasauf dan tumpuan ahli-ahli thorikat
yang berpendapat bahawa ilmu laduni adalah lebih kuat dan lebih tepat dari
ilmu-ilmu yang didapati dengan usaha yang didapati dengan belajar. Kawanku juga
mengatakan bahawa orang alim itu berkata bahawa aku fikir tidak ada seorang pun
dalam dunia ini yang boleh memperkatakan tentang ilmu yang sebenar dengan
fikiran semata-mata tanpa belajar dan tanpa usaha-usaha untuk mendapatkannya.
Aku (Ghazali) berkata seolah-olah orang itu tidak
tahu tentang cara-cara untuk mendapatkan ilmu dan tidak tahu pula kerja
' JIWA INSANI ', KEMURNIAANNYA DAN CARA-CARA PENERIMAAN DARI ALAM GHAIB DAN ILMU
ALAM MALAKUT."
Berkata lagi Imam Ghazali.....
Sesungguhnya mereka yang hanya menganggap ilmu kalam seperti
fekah , tafsir dan sebagainya sebagai satu-satunya ilmu yang mampu diperolehi
oleh manusia adalah merupakan mereka yang telah menyimpang dari method hakikat
kerana Al-Salmi ( Abdul Rahman Muhammad bin Al-Husain bin Musa Al-Azdi Al-Salmi
seorang ahli tasauf, ahli sejarah, ahli hadis dan hadis tafsir yang telah
menulis sebuah kitab tafsir yang bernama 'Aqa'ik Al-Tafsir/ Wafat tahun 1021=412
Hijrah) telah mengumpulkan sesuatu dalam tafsirnya yang diambil dari kata-kata
orang-orang muhaqiqin, sedangkan kata-kata itu tidak tersebut dalam semua kitab
tafsir yang ada. Kata Ghazali lagi . Ahli tafsir tepi
jalan ini seolah-olah tidak tahu :
-
Bahagian-bahagian ilmu
-
Perincian-perinciannya
-
Tingkat-tingkatnya
-
Kenyataan-kenyataannya dan
-
Batin-batinnya.
Memang sudah menjadi adat bahawa orang-orang yang jahil dalam
sesuatu akan mengingkari sesuatu itu dan orang yang tersebut itu tidak pernah
merasai MINUMAN HAKIKAT dan tidak
mengetahui mengetahui mengenai tentang Ilmu
Laduni.
Definisi Ilmu Dan
Kegunaannya
Ketahuilah bahawa ILMU(Pengetahuan) ialah konsep(tasawwur) jiwa berakal yang tenang(Al-Nafsunathokhotul
Muthomainnah) terhadap hakikat-hakikat sesuatu (hakho-ikul-asyaai) dan
rupa-rupanya(suuraha) yang bersih dari benda-benda dengan 'ainnya(a'yaanaha),
kualiti-kualitinnya(kaifayaataha), kuantiti-kuantitinya(kamayaataha),
jauhar-jauharnya(jawaaharoha), dan zat-zatnya(zawaataha), kalau ia adalah
tunggal (mufrad).
A'LIM ialah orang
yang mengetahui ialah orang yang meliputi, mencapai, lagi mempunyai konsep;
manakala "MA'LUM" (apa yang diketahui)
ialah zat sesuatu yang terukir ilmunya pada jiwa.
Kemuliaan ilmu itu menurut ukuran kemuliaan maklumat dan darjah
seseorang alim itu adalah menurut darjah ilmunya. Tidak ragu-ragu lagu bahawa di
antara maklumat yang paling utama, paling tinggi, paling mulia dan paling besar
ialah Allah Pencipta, Al-Haq yang tunggal, ilmu yang berhubung dengannya, ilmu
tauhid adalah ilmu yang paling utama, paling besar dan paling sempurna. Ilmu ini
adalah sesuatu kepastian. WAJIB mengetahuinya atas sekalian yang berakal
sebagaimana sabda rasulullah SAW. yang bermaksud:
"Menuntut ilmu adalah fardu atau
tiap-tiap orang Islam".
Dan baginda rasulullah menyuruh mencari ilmu ini dengan
sabdanya yang bermaksud
"Carilah ilmu meskipun dinegeri
Cina".
Orang-orang yang mempunyai ilmu tauhid ini adalah yang paling
utama di antara ulama-ulama lain. Sebab inilah Allah Taala menyebut mereka ini
secara istimewa pada tingkat yang tertinggi sebagaimana firmannya yang
bermaksud:
"Allah telah terangkan bahawa tidak
ada tuhan melainkan Dia yang berdiri dengan keadilan dan disaksikan oleh
malaikat dan ahli-ahli ilmu."(Surah Al-Imran, ayat
18).
Oleh itu ulama-ulama ilmu tauhid secara umumnya adalah
Nabi-nabi, selepas mereka barulah ulama-ulamayang menjadi ahli waris Nabi-nabi.
Ilmu Tauhid ini meskipun mulia dan sempurna pada dirinya, ia tidak menolak
lain-lain ilmu, malah ia tidak akan terdapat tanpa bahan-bahan yang banyak dan
bahan-bahan ini tidak kan teratur jika tidak dari pertolongan berbagai-bagai
ilmu seperti ilmu-ilmu langit dan falak-falak(astronomi dan kosmologi) dan ilmu
seluruh ciptaan. Dari Ilmu Tauhid lahir pula ilmu-ilmu lain seperti yang akan
kami(Imam Ghazali) akan sebutkan bahagian-bahagiannya pada tempat-tempatnya.
Ketahuilah bahawa ilmu itu sendiri adalah mulia tanpa memandang
kepada aspek ma'lum, hingga ilmu sihir adalah mulia pada dirinya meskipun ianya
palsu. Ini adalah kerana ilmu lawanya kejahilan dan kejahilan adalah dari
kelaziman-kelaziman kegelapan dan kegelapan termasuk dalam lingkungan diam dan
diam itu hampir dengan tidak wujud. Kepalsuan dan kesesatan termasuk dalam
bahagian ini. Oleh itu kejahilan itu hukumnya adalah
hukum tidak wujud, manakala ilmu hukumnya adalah hukum wujud dan wujud itu lebih
baik daripada tidak wujud. Hidayah kebenaran dan cahaya semuanya
termasuk dalam lingkungan wujud. Apabila wujud lebih tinggi daripada tidak wujud
maka tentulah ilmu lebih tinggi daripada kejahilan, kerana kejahilan serupa
dengan kebutaan dan kegelapan, manakala ilmu serupa dengan penglihatan dan
cahaya. TIDAKLAH SAMA ORANG BUTA DENGAN ORANG YANG
MELIHAT, juga tidaklah sama gelap dengan cahaya. Allah Taala
telah menerangkan mengenai ini dengan firmannya yang bermaksud;
"Katakankanlah(hai Muhammad) adakah
sama mereka yang tahu dan mereka yang tidak tahu?".(Surah Az-Zumar ayat 9).
Berdasarkan perbandingan di atas dapatlah pula dikatakan bahawa
KEJAHILAN adalah dari kelaziman-kelaziman jisim, manakala ILMU adalah daripada sifat-sifat JIWA. Oleh itu JIWA LEBIH
MULIA DARIPADA JISIM.
Ilmu terbahagi kepada beberapa bahagian yang banyak. kita akan
menyatakan satu persatu dalam fasal yang lain, sedangkan seorang alim mempunyai
berbagai-bagai cara untuk mendapatkan ilmu itu juga kami akan sebutkan dalam
fasal yang lain. Yang perlu bagi anda sekarang selepas mengetahui keutamaan ilmu
ialah mengetahui bahawa JIWA YANG MERUPAKAN LUH
SEGALA ILMU DAN TEMPATNYA. Jisim bukanlah sesuai untuk tempat ilmu
kerana jisim adalah terbatas dan tidak dapat dimuati oleh banyak ilmu, malah ia
hanya dapat menanggung ukiran-ukiran dan gurisan-gurisan sahaja, sedangkan JIWA
MENERIMA ILMU TANPA SEMPIT, SESAK, JEMU DAN HILANG. Sekarang kita akan
memperkatakan tentang jiwa secara ringkas.
Ringkasan Fasal Di
Atas
|
Imam Ghazali memulakan perbincangannya
dengan memberikan pengertian tentang "ILMU". Kemudian beliau menyatakan bahawa
kemuliaan ilmu itu terletak kepada kemuliaan "maklumat". Jika maklumat mulia
maka ilmu itu pun turut mulia. Di antara semua maklumat, maka Allah Taala lah
yang paling mulia. Sebab itu ilmu yang membicarakan tentang Allah Taala adalah
ilmu yang paling tinggi dan mulia. Ilmu ini ialah Ilmu Tauhid.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar