Fana
|
Kebanyakan kitab-kitab tua seperti Kitab Syarah Hikam Ibni
Athoillah As-Kandariah, Kitab Manhal-Shofi, Kitab Addurul-Nafs dan lain-lain
menggunakan istilah-istilah seperti 'binasa' dan 'hapus'
untuk memperihalkan tentang maksud fana. Ulama-ulama lainnya yang
banyak menggabungkan beberapa disiplin ilmu lain seperti falsafah menggunakan
istilah-istilah seperti 'lebur', 'larut',
'tenggelam' dan 'lenyap' dalama usaha mereka untuk memperkatakan sesuatu
tentang 'hal' atau 'maqam' fana ini.
Di dalam Kitab Arrisalah al-Qusyairiah disebutkan erti fana itu
ialah;
Lenyapnya sifat-sifat
basyariah(pancaindera)
Maka sesiapa yang telah diliputi Hakikat
Ketuhanan sehingga tiada lagi melihat daripada Alam baharu, Alam rupa dan Alam
wujud ini, maka dikatakanlah ia telah fana dari Alam Cipta. Fana bererti
hilangnya sifat-sifat buruk (maksiah lahir dan maksiat batin) dan kekalnya
sifat-sifat terpuji(mahmudah). Bahawa fana itu ialah lenyapnya segala-galanya,
lenyap af'alnya/perbuatannya(fana fil af'al), lenyap sifatnya(fana fis-sifat),
lenyap dirinya(fan fiz-zat)
Oleh kerana inilah ada di kalangan ahli-hali tasauf
berkata:
"Tasauf itu ialah mereka fana dari
dirinya dan baqa dengan Tuhannya kerena kehadiran hati mereka bersama
Allah".
Sahabat Rasulullah yang banyak memperkatakan tentang 'fana'
ialah Sayyidina Ali, salah seorang sahabat Rasulullah yang terdekat yang
diiktiraf oleh Rasulullah sebagai 'Pintu
Gedung Ilmu'. Sayyidina Ali sering memperkatakan tentang fana.
Antaranya :
"Di dalam fanaku, leburlah
kefanaanku, tetapi di dalam kefanaan itulah bahkan aku mendapatkan Engkau
Tuhan".
Demikianlah 'fana; ditanggapi oleh para kaun sufi secara baik,
bahkan fana itulah merupakan pintu kepada mereka yang ingin menemukan Allah(Liqa
Allah) bagi yang benar-benar mempunyai keinginan dan keimanan yang kuat untuk
bertemu dengan Allah(Salik). Firman Allah yang bermaksud:
"Maka barangsiapa yang ingin akan menemukan dengan Tuhannya
maka hendaklah ia mengerjakan amalan Sholeh dan janganlah ia mempersekutukan
siapapun dalam beribadat kepada Allah (Surah Al-Kahfi:)
Untuk mencapai liqa Allah dalam ayat yang tersebut di atas, ada
dua kewajiban yang mesti dilaksanakan iaitu:
-
Pertamanya mengerjakan amalan sholeh dengan menghilangkan semua- sifat-sifat yang tercela dan menetapkan dengan sifat-sifat yang terpuji iaitu Takhali dan Tahali.
-
Keduanya meniadakan/menafikan segala sesuatu termasuk dirinya sehingga yang benar-benar wujud/isbat hanya Allah semata-mata dalam beribadat. Itulah ertinya memfanakan diri.
Para Nabi-nabi dan wali-wali seperti Sheikh Abu Qasim
Al-Junaid, Abu Qadir Al-Jailani , Imam Al-Ghazali, Ab Yazid Al-Busthomi sering
mengalami keadaan "fana" fillah dalam menemukan Allah. Umpamanya Nabi Musa
alaihisalam ketika ia sangat ingin melihat Allah maka baginda berkata yang
kemudiannya dijawab oleh Allah Taala seperti berikut;
"Ya Tuhan, bagaimanakah caranya
supaya aku sampai kepada Mu? Tuhan berfirman: Tinggalkan dirimu/lenyapkan
dirimu(fana), baru kamu kemari."
2. Kata-kata Hikmah Dari
Wali-wali Allah yang telah mengalami FANA
Ada seorang bertanya kepada Abu
Yazid Al-Busthomi;
-
"Bagaimana tuan habiskan masa pagimu?". Abu Yazid menjawab: "Diri saya telah hilang(fana) dalam mengenang Allah hingga saya tidak tahu malam dan siang".
-
Satu ketika Abu Yazid telah ditanyai orang bagaimanakah kita boleh mencapai Allah. Beliau telah menjawab dengan katanya:
-
"Buangkanlah diri kamu. Di situlah terletak jalan menuju Allah. Barangsiapa yang melenyapkan(fana) dirinya dalam Allah, maka didapati bahawa Allah itu segala-galanya".
-
Beliau pernah menceritakan sesuatu tentang fana ini dengan katanya;
-
Apabila Allah memfanakan saya dan membawa saya baqa dengaNya dan membuka hijab yang mendinding saya dengan Dia, maka saya pun dapat memandangNya dan ketika itu hancur leburlah pancainderaku dan tidak dapat berkata apa-apa. Hijab diriku tersingkap dan saya berada di keadaan itu beberapa lama tanpa pertolongan sebarang panca indera. Kemudian Allah kurniakan saya mata Ketuhanan dan telinga Ketuhanan dan saya dapat dapati segala-galanya adalah di dalam Dia juga."
Al-Junaid Al-Bagdadi
yang menjadi Imam Tasauf kepada golongan Ahli Sunnah Wal-Jamaah
pernah membicarakan tentang fana ini dengan kata-kata beliau seperti
berikut:
-
Kamu tidak mencapai baqa(kekal dengan Allah) sebelum melalui fana(hapus diri)
-
Membuangkan segala-galanya kecuali Allah dan 'mematikan diri' ialah kesufian.
-
Seorang itu tidak akan mencapai Cinta kepada Allah(mahabbah) hingga dia memfanakan dirinya. Percakapan orang-orang yang cinta kepada Allah itu pandangan orang-orang biasa adalah dongeng sahaja.
3. Himpunan Kata-kata
Hikmat Tentang Fana
A. Sembahyang orang
yang cinta (mahabbah) ialah memfanakan
diri sementara sembahyang orang awam ialah rukuk dan sujud.
B. Setengah mereka
yang fana (lupa diri sendiri) dalam
satu tajali zat dan kekal dalam keadaan itu selama-lamanya. Mereka adalah Majzub
yang hakiki.
C. Sufi itu mulanya
satu titik air dan menjadi lautan.
Fananya diri itu meluaskan kupayaannya. Keupayaan setitik air menjadi
keupayaan lautan.
D. Dalam keadaan
fana, wujud Salik yang terhad itu
dikuasai oleh wujud Allah yang Mutlak. Dengan itu Salik tidak mengetahui dirinya
dan benda-benda lain. Inilah peringkatWilayah(Kewalian). Perbezaan antara
Wali-wali itu ialah disebabkan oleh perbezaan tempoh masa keadaan ini. Ada yang
merasai keadaan fana itu satu saat, satu jam, ada yang satu hari an seterusnya.
Mereka yang dalam keadaan fana seumur hidupnya digelar majzub. Mereka masuk ke
dalam satu suasana dimana menjadi mutlak.
E. Kewalian ialah
melihat Allah melalui Allah. Kenabian ialah melihat Allah melalui makhluk. Dalam
kewalian tidak ada bayang makhluk yang wujud. Dalam kenabian makhlik masih
nampak di samping memerhati Allah. Kewalaian ialah peringakat fana dan kenabian ialah peringkat baqa
F. Tidak ada
pandangan yang pernah melihat Tajalinya Zat. Jika ada pun ia mencapai Tajali
ini, maka ianya binasa dan fana kerana
Tajali Zat melarutkan semua cermin penzohiran. Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah meliputi
segala-galanya.(Surah Al-Fadhilah:54)
G. Tajali bererti
menunjukkan sesuatu pada diriNya dalam beberapa dan berbagai bentuk. Umpama satu
biji benih menunjukkan dirinya sebgai beberapa ladang dan satu unggun api
menunjukkan dirinya sebagai beberapa unggun api.
H. Wujud alam ini
fana (binasa) dalam wujud
Allah.Dalilnya ialah Firman Allah dalam Surah An-Nur:35 yang bermaksud;
"Cahaya atas cahaya, Allah membimbing
dengan cahayanya sesiapa yang dikehendakinya." dan "Allah adalah cahaya langit
dan bumi."
I. Muraqobah ialah memfanakan
hamba akan afaalnya dan sifatnya dan zatnya dalam afaal Allah, sifat
Allah dan zat Allah.
J.
Al-Thomsu atau hilang iaitu hapus segala tanda-tanda sekelian
pada sifat Allah. Maka iaitu satu bagai daripada
fana.
5. Tajuk-tajuk yang
berkaitan dengan Fana
-
Mikraj Muhammad
-
Alamat Sampai Kepada Maqam Yang Tinggi
4. Pesanan Dari
Suluk
Hakikat tidak akan muncul sewajarnya
jika syariat dan thorikat belum betul lagi kedudukannya. Huruf-huruf tidak akan
tertulis dengan betul jika pena tidak betul keadaannya.
Dari itu saudara-saudaraku anda seharusnya banyak
menuntut dan mendalami ilmu-ilmu agama yang berkaitan dengan syariat , usuluddin
dan asas tasauf untuk mendekatkan diri dengan Allah .
Semoga Allah memberi Nur
Petunjuknya
|
Tiada daya dan upaya melainkan dengan
Allah yang Maha Mengetahui dan Maha
Besar
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar