Hakikat Ilmu Laduni & Jalan Mendapatkannya |
Ketahuilah bahawa "ILMU
LADUNI" itu adalah penyerapan Nur Ilham yang terjadi selepas
penyempurnaan (JIWA) sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Demi satu jiwa serta Yang Menyempurnakannya"
(Surah Al-Syams:7). Perkembalian (kepada asal) ini adalah dengan tiga
cara:
1. Mempelajari semua ilmu
dan mengambil sebahagian yang lebih besar dari kebanyakannya.
(Penjelasannya: ialah dengan mempelajari dasar-dasar semua ilmu, kemudian
kebanyakan dari ilmu-ilmu ini hendaklah diketahui pula sebahagian yang lebih
besar dari kandungan. Katakanlah lebih daripada 50%).
2. Latihan yang benar dan
Murraqobah yang betul, kerana Nabi SAW. pernah menunjukkan kepada
hakikat ini dengan sabdanya yang bermaksud: "Siapa
yang beramal dengan apa yang telah diketahuinya, Allah akan mempusakakan Ilmu
mengenai apa yang belum diketahuinya". Bersabda lagi Nabi SAW.
yang bermaksud: "Siapa yang menyerahkan dirinya untuk
Allah (beramal) selama 40 pagi, Allah Taala melahirkan mutiara-mutiara hikmah
dari Qalbu ke atas lidahnya".
3. Berfikir; bahawa
jiwa itu bila beramal (menerusi ilmu-ilmu yang dipelajari) dan berlatih
(beramal) dengan (keadah) ilmu kemudian berfikir mengenai maklumat menurut
syarat-syarat berfikir, akan dibuka kepadanya pintu ghaib seperti seorang ahli
perniagaan yang menyelenggarakan hartanya dengan syarat-syarat(yang ditentukan
untuk) penyelenggaraan, akan dibuka kepadanya pintu-pintu keuntungan. Bila ia
melalui jalan yang salah ia akan jatuh di dalam kerugian. Begitu juga seorang
pemikir itu, bila ia menempuh jalan yang betul ia akan menjadi seorang yang
bijaksana dan terbuka saluran dari Alam Ghaib dalam Qalbunya; lalu ia menjadi
seorang Alim yang sempurna, beraqal, berilham lagi mendapat pertolongan (dari
Allah) sebagaimana sabda Nabi SAW. yang bermaksud: "Berfikir sesaat itu lebih baik daripada beribadat selama 60
tahun".
Syarat-syarat berfikir ini kami paparkan dalam suatu
risalah yang lain kerana keterangan mengenai berfikir, cara dan hakikatnya
adalah suatu yang samar, memerlukan penerangan yang agak lanjut dan penjelasan
dengan pertolongan Allah Taala.
Sekarang kami akhiri risalah ini, kerana apa yang tersebut
di dalamnya rasanya memadai untuk orang yang sesuai dengannya. Firman Allah yang
bermaksud: "Dan sesiapa yang Allah tidak kurniakan
kepadanya Nur, nescaya tidak ada baginya sebarang Nur". (Surah
An-Nur:40)
Dan Allah yang menjadi Wali orang-orang Mukmin, Selawat dan
Salam ke atas Sayyidina Muhammad dan Ahli Keluargnya dan Sahabatnya. Cukuplah
Allah yang menjadi Wakil. Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha
Mengetahui lagi Maha Besar. Bermula segala puji-pujian itu bagi Allah Seru
Sekelian Alam.
Selesailah tanggungjawab Suluk menyebarkan Risalah ini
kepada umum pada hari Jumaat 5 Mac 1999 bersamaan dengan 16 Zulkaedah 1419.
Semoga Allah memberkatinya dan melimpahkan rahmat kasih sayangnya di dunia dan
akhirat.
Allahu A'lam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar