Jenis-jenis Ilmu & Bahagian-bahagiannya |
Ketahuilah bahawa ilmu terbahagi kepada dua bahagian utama
iaitu:
Ilmu Syari'i
Ilmu
'Aqli
-
Ilmu ini membicarakan tentang zat Allah Taala, Sifat-sifatnya yang Qadimiah(Sediakala) Sifat-sifatnya yang Fi'liah(berupa perbuatan) dan Sifat-sifatnya yang Zaatiah(berupa Zat) yang berbagai-bagai nama menurut nama-nama sebagaimana yang tersebut.
-
Ia membicarakan tentang Nabi-nabi dan Imam-imam selepas mereka dan sahabat. Juga membicarakan tentang mati dan hidup,
-
membicarakan tentang Qiyamat, kebangkitan, perhimpunan di padang Masyar, kiraan amalan dan kelihatan Allah Taala.
-
mula-mula sekali dengan ayat-ayat Al-Quran
-
kemudian dengan hadis-hadis Rasulullah SAW.
-
kemudian dengan dalil-dalil 'Aqliah dan bukti-bukti Qiyasiah(Syllogism yang menjadi matlamat tertinggi dalam ilmu mantik atau lojik)
-
Jauhar,
-
A'radh
-
Dalil
-
Nazor(tilik)
-
Istidlal dan
-
Hujah
-
Mu'amalah (Pergaulan) seperti jual beli, syarikat, pemberian(Al-Hibah), pemberian pinjam dan hutang, Qishos dan segala bahagian Diyat(denda berupa wang dari kesalahan pembunuhan atau pencederaan).
-
Mu'aakodah(Perjanjian) seperti nikah, tholak, pembebasan hamba, perhambaan, pembahagian pesaka dan segala hujungannya.
-
Bermula dari kata-kata tunggal,
-
kemudian kata-kata bersusun,
-
kemudian khasiat-khasiat
-
kemudian qias
-
kemudian bahagian-bahagian qias
-
kemudian matlamat bukti(Mutholib Al-Burhan).
-
Jisim Mutlak(Jisim semata-mata jisim yang terdiri dari benda dan rupa tanpa ikatan dengan mana-mana ruang. Di sini dibicarakan tentang pembahagian-pembahagian jisim, gerak, perubahan dan apa yang berhubung dengan gerak itu seperti zaman, ruang dan kosong) dan
-
Rukun-rukun Alam (membicarakan tentang langit-langit dan empat anasir yang berada daripada bahagian bawah falak bulan, tabiat-tabiat anasir itu dan lain-lain),
-
Jauhar-jauhar dan 'Aradh,
-
Gerak dan Diam, tentang Hal Ehwal Langit,
-
Sesuatu Yang Berupa Tindakan dan Kesan Tindakan.
-
Hal-ehwal Tingkat-tingkat Maujudah,
-
Bahagian-bahagian Jiwa
-
Mizraj dan
-
Kualiti Deria dan
-
Cara Pencapaiannya Terhadap Sesuatu Yang Dapat Dicapainya.
-
Ilmu Kesan-kesan Atas
-
Ilmu Benda-benda Galian
-
Pengetahuan Khasiat Benda dan berakhir pada
-
Ilmu Perusahaan Kimia iaitu pengubatan jasad-jasad yang sakit pada bahagian-bahagian dalam benda-benda galian.
-
MAUJUD kemudian
-
membahagikan kepada "WAJIB" (tiap-tiap apa yang wujudnya dari zatnya sendiri bukan dari yang lain. Wujud yang begini keadaannya ialah wujud Allah, sebab inilah diistilahkan dengan "WAJIBAL WUJUD" ertinya "Yang Wajib Ada") dan
-
"MUMKIN" (tiap-tiap yang wujudnya bukan dengan zatnya sendiri, malah bergantung dengan zat yang lain. Kalau tidak ada zat yang lain ini, maka ia tidak. Wujudnya yang begini keadaannya adalah wujudnya makhluk. Sebab itulah makhluk diistilahkan dengan "MUMKINAL WUJUD" ertinya "Yang Mungkin Ada"). kemudian
-
membicarakan tentang Penciptanya dan ZatNya
-
segala sifat-sifatNya,
-
perbuatan-perbuatanNya,
-
perintah-perintahNya,
-
hukum dan qadaNya serta
-
susunan kelahiran maujudah daripadaNya, kemudian
-
membicarakan tentang sesuatu yang tinggi(Al-'Uluyah)
-
Jauhar-jauhar Mufrad,
-
Akal-akal Abstrak, dan
-
Jiwa Yang Sempurna kemudian
-
membicarakan tentang malaikat-malaikat dan syaitan-syaitan
-
dan berakhir dengan Ilmu Nubuwah,
-
soal-soal mukjizat dan
-
hal-ehwal keramat, dan kemudiannya
-
membicarakan hal-ehwal Jiwa-jiwa Suci,
-
hal-hal tidur dan sedar dan maqam-maqam mimpi.Di antara cawangan-cawangannya ialah
-
Ilmu Tillasmaat (Ilmu membuat tangkal atau azimat) dan
-
Ziijaat (ilmu yang membicarakan tentang kedudukan falaniah-falaniah) dan
-
apa yang berhubungan dengannya.
-
-
-
1. Ilmu Syari'i
-
2. Ilmu 'Aqli
-
i. Ilmu Usul (Ilmu Umbi) atau Ilmu 'Alami
-
ii.Ilmu Furu'(Ilmu Cawangan) atau Ilmu Amali
-
Ilmu Tauhid
-
Ilmu Tafsir dan
-
Ilmu Hadis
-
Ilmu Feqah
-
Ilmu Akhlak (Hak Jiwa)
-
Haq Allah (Ibadat)
-
Hak para hamba yang terbahagi kepada dua iaitu
-
Mu'amalah dan
-
Mu'aqadah
-
-
Tingkat Pemulaan
-
Tingkat Pertengahan dan
-
Tingkat Tinggi.
-
Ilmu Matematik dan
-
Ilmu Logik
-
Ilmu Hisab
-
Geometri
-
Astronomi
-
Astrologi
-
Horoskop dan
-
Muzik
-
Ilmu Kedoktoran
-
Kaji Jiwa
-
Benda-benda galian dan
-
Perusahaan Kimia
-
Ilmu Ketuhanan
-
Ilmu Tillasmaat dan
-
Ilmu Ziijat
Ilmu-ilmu Syari'iah adalah bersifat
'Aqliah bagi orang yang mengetahuinya dan kebanyakan
Ilmu-ilmu 'Aqliah adalah bersifat
Syari'iah bagi orang yang mengenalinya. [Kenyataan di atas jika difahami ianya adalah untuk menunjukkan
hubungan yang erat antara ilmu-ilmu Syari'iah dan ilmu 'Aqliah sebagaimana yang
akan dinyatakan seterusnya.]
Firman Allah yang bermaksud;
"Dan sesiapa yang Allah tidak
kurniakan nur kepadanya, nescaya tidak ada baginya nur."(Surah
Al-Nur : 40)
Bahagian Pertama (Ilmu
Syari'ah)
Ilmu Syari'ah terbahagi kepada dua macam iaitu:
ILMU
USUL(Umbi).
ILMU
FURU'
A. IlMU
USUL
Ilmu Usul (Umbi) ini terbahagi pula kepada tiga jenis
iaitu;
1. Ilmu Tauhid.
Ahli-ahli fikir dalam ilmu ini berpegang pada:
Mereka mempergunakan bahan-bahan qias perdebatan dan 'Anadi'
(qias Pertentangan) dan hujungan-hujungan kedua-duanya yang diambil dari
Logik(Mantik) Falsafah dan mereka meletakkan perkataan bukan pada tempatnya.
Mereka mempergunakan istilah-istilah
sedangkan berlainan makna tiap-tiap istilah ini bagi tiap-tiap
golongan.
Ahli-ahli Tasauf maksudkan suatu yang lain manakala ahli-ahli
Ilmu Kalam maksudkan suatu yang lain pula. begitulah seterusnya. Risalah ini
tidaklah bermaksud untuk mentahkidkan makna tiap-tiap perkataan itu menurut
pendapat tiap-tiap golongan. Oleh itu kita tidak akan bincangkan di sini.
Ahli-ahli fikir dalam usul dan ilmu tauhid yang mengambil
bahagian khas ( dalam mengemukakan dan mempertahankan ilmu mereka) dengan
"Kalam" atau "Kata-Kata" digelarkan "Mutakallimun" (ahli-ahli ilmu kalam). Oleh
sebab ini ilmu tauhid terkenal juga dengan gelaran "ILMU KALAM".
2. Ilmu Tafsir.
Al-Quran adalah sesuatu yang paling agung dan paling penting
dalam agama. Di dalam Al Quran terdapat kemusykilan yang tidak dapat
diselesaikan oleh akal tiap-tiap orang selain dari orang yang dikurniakan oleh
Allah Taala untuk memahami kitabnya. Dalam hal ini Rasulullah ada bersabda yang
bermaksud:
"Tiap-tiap ayat Al Quran itu ada
sahaja zahir dan batin dan batinnya itu mempunyai tujuh lapisan
pula"
Dalam suatu riwayat yang lain dinyatakan sebagai mempunyai sembilan batinnya.
Rasulullah bersabda lagi dengan maksudnya:
"Tiap-tiap huruf dari huruf-huruf
Al-Quran mempunyai had. Maksudmya sama dengan 'Nihayah' yang
bermaksud batas) dan tiap-tiap had mempunyai Mutholi'(tempat tinggi untuk
meninjau). Allah Taala telah memberitakan dalam Al-Quran mengenai seluruh ilmu,
segala maujudah yang nyata dan yang tersembunyi, yang kecil dan yang besar, yang
dapat dirasa dan yang dapat difahami oleh akal. Ini ditunjukkan oleh firmannya
yang bermaksud:
Dan tidak(gugur) biji yang basah dan
tidak kering melainkan terdapat dalam Kitab yang nyata. (Surah Al-An'am, ayat 59).
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
"Supaya mereka perhatikan
ayat-ayatnya dan supaya ingat orang-orang yang mempunyai
fikiran". (Surah Al-Shod, ayat 29).
Bila Al-Quran itu suatu yang paling agung, ahli-ahli tafsir
manakah yang dapat keluar dari ikatannya???.
Ya!!! tiap-tiap dari ahli tafsir hanya dapat menghuraikan
Al-Quran menurut tenaga sahaja, menerangkannya sekadar kekuatan akalnya dan
menurut kadar isi ilmunya. Dengan kebolehan-kebolehan yang terbatas ini sekalian
ahli tafsir itu berkata-kata sedangkan sebenarnya mereka tidak patut berkata
bahawa dalam ilmu Al-Quran itu terkandung Ilmu Usul dan Ilmu Furu', Ilmu Syarie'
dan Ilmu 'Aqli.
Meskipun begitu ahli tafsir mestilah memandang Al-Quran dari
segi bahasa, dari segi perumpaannya, dari segi susunan pengucapan, dari segi
tingkat-tingkat nahu, dari segi 'adat Arab, dari segi pendapat hukamah-hukamah,
dari segi perkataan ahli tasauf hingga dapat mendekatkan tafsirnya kepada
tahkiq. Andainya tafsir itu cuma terbatas setakat suatu segi sahaja dan hanya
memberikan keterangan menerusi suatu kepandaian sahaja, tidaklah keterangan itu
memuaskan hati dan masih memberi peluang kepada hujah dan alasan dari orang lain
untuk menentangnya.
3. Ilmu
Akhbar(Hadis-hadis)
Bahawa Nabi SAW adalah orang Arab dan A'jam yang paling fasih,
ia adalah guru yang diwahyukan kepadanya dari Allah Taala, akalnya adalah
meliputi seluruh Alam Atas dan Alam Bawah, tiap-tiap perkataannya , malah
tiap-tiap ucapannya terdapat disebaliknya lautan rahsia dan perbendaharaan
teka-teki .Maka mengetahui Akhbarnya dan mengenali hadisnya adalah suatu soal
yang besar dan suatu kerja yang hebat, sesiapa pun tidak berkuasa untuk
menyelami ilmu perkataan Nabawi melainkan dengan cara ia membetulkan diri
menuruti perintah-perintah Nabi SAW dan menghilangkan kebengkok-bengkokkan dari
Qalbunya dengan pedoman syarak Nabi SAW.
Sesiapa yang ingin memperkatakan tafsir Quran dan Takwil
Akhbar(Hadis) dan ingin supaya tepat kata-katanya, orang itu pada mula-mula
sekali mesti menguasai Ilmu Bahasa, mendalami Ilmu Nahu dan mempunyai
pengetahuan yang dalam bidang 'Irab(perubahan baris-baris akhir kalimah kerana
faktor-faktor mendatang menurut Ilmu Nahu)dan pandai dalam berbagai-bagai Tasrik
(kepandaian mengubah sesuatu kalimah yang asal menjadi bermacam-macam bentuk
untuk pengertian-pengertian yang dikehendaki oleh seseorang),
Ini adalah kerana Ilmu Bahasa adalah tangga untuk mendaki
kepada seluruh ilmu. Sesiapa yang ingin naik ke atas satoh rumah, lebih dulu ia
perlu menyediakan tangga, kemudian baru mendaki, Ilmu Bahasa adalah jalan yang
penting dan tangga yang besar ertinya. Seorang penuntut ilmu tiada dapat
memisahkan dia dari hukum-hukum bahasa.
Oleh itu Ilmu Bahasa adalah asal segala asal. Yang mula-mula
mesti diketahui dalam bahasa ialah mengenai bahan-bahan yang sama tarafnya
dengan perkataannya sepatah demi sepatah kemudian mengetahui kata-kata perbuatan
seperti kata-kata yang terdiri dari tiga huruf dan empat huruf dan lain-lainnya.
Seorang Ahli Bahasa mesti pula mengetahui syair-syair Arab, dan
yang paling penting serta paling rapi ialah syair-syair jahiliah, kerana ia
mengasahkan fikiran dan memperhaluskan jiwa. Selepas syair-syair, bahan-bahan
(dari perkataan) dan nama-nama itu mesti menguasai ilmu nahu, kerana ia untuk
ilmu bahasa serupa dengan timbangan dacing untuk emas dan perak, Manthiq untuk
Ilmu Falsafah 'Arudh (Ilmu timbangan syair atau Ilmu Persajakan) untuk syair.
Lengan untuk baju dan sukatan untuk biji-bijian. Tiap-tiap suatu tiada ditimbang
dengan timbangan yang tiada jelas padanya hakikat pertambahan dan
pengurangan.
Oleh itu Ilmu Bahasa adalah jalan menuju kepada Ilmu Tafsir
dan Akhbar(Hadis). Ilmu Al-Quran dan Akhbar adalah dalil bagi ilmu tauhid,
manakala tauhid adalah ilmu yang hanya dengan dia sahaja baru terselamat para
hamba dan dengannya mereka terlepas dari ketakutan hari kebangkitan kembali.
Inilah Ilmu Usul secara perincian.
B. Ilmu Furu' (Ilmu
Cawangan).
Sesuatu ilmu itu boleh berupa 'Alami atau 'Amali. Ilmu Usul
adalah ilmu yang berupa Ilmu 'Alami manakala Ilmu Furu' adalah ilmu yang berupa
'Amali.
Ilmu Amali ini mengandungi tiga hak :
1. Hak Allah Taala :
Ini adalah mengenai bahagian-bahagian ibadat seperti bersuci,
sembahyang, zakat, haji, jihad zikir, perayaan-perayaan (Al-'Ayaad dengan makna
pertama perayaan agama dan makna kedua pengulangan-pengulangan maksudnya
Tajali-tajali yang berulang-ulang atas Qalbu dengan cara mengulangi
amalan-amalan) perhimpunan (Jama'ah ), dan lain-lain amalan sunat dan fardhu.
2. Hak para hamba
Ini adalah mengenai bahagian-bahagian 'Aadat (kemasyarakatan)
yang terbahagi kepada dua bidang:
Dua bahagian yang tersebut di atas ini dinamakan 'FEKAH'. Ilmu
Fekah adalah ilmu yang mulia, berfaedah, mengenai semua(manusia) lagi perlu.
Tidak terlepas manusia daripadanya kerana keperluannya kepadanya adalah
umum.
3. Hak Jiwa.
Hak jiwa ialah sesuatu yang berkaitan dengan Ilmu Akhlak.
Akhlak itu kalau tercela wajib disingkirkan dan dibuang. Jika terpuji, wajib
dipakai sebagai perhiasan segala jiwa. Akhlak yang tercela dan sifat-sifat yang
terpuji memang terkenal dalam Kitab Allah dan hadis-hadis Rasulullah SAW.
Sesiapa yang berakhlak dengan salah satu daripada sifat-sifat yang terpuji itu,
ia akan masuk syurga.
Bahagian Yang Kedua (Ilmu 'Aqli)
Ilmu 'Aqli atau ilmu yang berproblem lagi musykil. Ilmu yang
boleh berlaku SALAH atau BETUL. Ia terletak pada tiga tingkat iaitu:
Tingkat Pertama
Tingkat mula-mula, Ilmu Matematik dan Ilmu Logik(Manthiq). Dari
Ilmu Matematik lahir Ilmu Hisab yang membicarakan tentang angka-angka, geometri
(ilmu ukuran-ukuran dan bentuk-bentuk), Ilmu Astronomi(berhubung dengan falak,
bintang-bintang, kawasan-kawasan bumi dan apa-apa yang berhubungan dengannya).
Terbit dari Ilmu Astronomi ini sebagai cawangannya ialah Ilmu Astrologi(Ilmu
Nujum dan hukum-hukum dan Horoskop). Dari Ilmu Matematik itu lahir pula
ilmu-ilmu muzik yang membicarakan tentang nisbah tali-tali alat bunyi.
Ada pun ilmu logik adalah membicarakan tentang cara menentukan
had (Al-Had ) dan Resam (Al-Resam) dalam sesuatu yang dapat dicapai dengan
konsep (Tasawwur). Juga ia meninjau dari cara qias ( Al-Qias ) dan bukti (
Al-Burhan ) dalam ilmu-ilmu yang dicapai dengan pengakuan (Al-Tasdiq). Ilmu
Logik berpusing di sekitar kaedah ini.
Inilah dia penghabisan Ilmu Logik.
Tingkat Kedua
Tingkat tengah ini ialah Ilmu Tabie. Ilmu Tabie ini ialah suatu
ilmu yang membicarakan tentang:
Dari ilmu ini, lahir perbicaraan tentang:
Kemudian membawa kepada perbicaraan tentang ilmu kedoktoran
iaitu ilmu mengenai badan-badan, penyakit-penyakit, ubat-ubat, pengubatan dan
apa yang berhubung dengannya. Di antara cawangan Ilmu Tobie ialah
Tingkat Ketiga.
Ini adalah tingkat tertinggi yang membicarakan tentang
Ilmu-ilmu ini mempunyai perincian-perincian,
lapangan-lapangannya dan tingkat-tingkatnya yang memerlukan ruangan yang lanjut.
Tetapi sudah cukuplah dengan ringkasan ini.
Ringkasan Fasal Di
Atas
|
Ilmu yang menjadi kecintaan jiwa manusia itu terbahagi kepada
dua bahagian yang penting iaitu:
Ilmu Syari'i terbahagi kepada
dua iaitu:
Ilmu Usul terbahagi kepada
kepada tiga iaitu:
Ilmu Furu' pula terbahagi
kepada dua iaitu :
Ilmu Fekah pula terbahagi
kepada dua iaitu;
Manakala Ilmu Aqli pula
terbahagi kepada tiga tingkat iaitu:
Tingkat Permulaan
terbahagi kepada dua iaitu:
Ilmu Matematik terbahagi kepada;
Tingkat Pertengahan
ialah Ilmu Tabie yang terbahagi kepada:
Tingkat Tinggi
ialah;
Persoalannya kini dimanakan kedudukan
Ilmu Tasauf di antara kesemua ilmu di atas????. Ikutilah perbincangan seterusnya
yang akan menghuraikan asal Ilmu Tasauf, tempat duduknya di antara kesemua ilmu
yang ada. Jika anda mengikuti tajuk ini dan tajuk seterusnya dengan serius akan
akan mendapat jawapan ini sekaligus jawapan kepada teka-teki Imam Ghazali dengan
kenyataannya pada awal tajuk ini iaitu:
Ilmu-ilmu
Syari'iah adalah bersifat 'Aqliah
bagi orang yang mengetahuinya dan kebanyakan Ilmu-ilmu 'Aqliah adalah
bersifat Syari'iah bagi orang yang
mengenalinya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar