Total Tayangan Halaman

Senin, 19 Mei 2014

DIALOG SUNNAH - SYI'AH BAGIAN 5 DAN 6


SESSI 5

ISNIN MALAM, 27 RAJAB 1345 HIJRAH

Hafiz: Daripada ucapan kamu yang begitu fasih semalam, saya merumuskan bahawa kamu cuba membuktikan bahawa Ali adalah pengganti seterusnya sesudah nabi, walaupun yang sebenarnya hadith itu hanyalah untuk tujuan yang tertentu. Ianya telah disebutkan semasa perjalanan hendak ke Tabuk. Tidak terdapat sebarang bukti yang tujuannya umum.

Shirazi: Di dalam hadith ini, perkataan ‘Manzila’ [kedudukan] telah digunakan di dalam maksud yang umum. Perkataan yang menunjukkan pada pengecualian dengan nyata membuktikan bahawa rujukannya adalah untuk tujuan umum. Rasul telah menamakan Ali bersama dengan perkataan ‘Nabi’ dan menjelaskan manzilanya dengan menggunakan rangkap ‘melainkan bahawa tidak ada nabi selepas saya.’ Kebanyakkan ulama yang terkenal dan juga pengarang telah menyebutkan hadith dari Rasul, yang dinyatakan telah berkata kepada Ali, ‘Adakah kamu tidak merasa puas bahawa kamu kepada ku adalah seumpama Harun kepada Musa melainkan bahawa tidak ada nabi selepas aku?

Semasa tiadanya dia selama 40 hari, Musa tidak meninggalkan urusan kepada keputusan ummahnya. Dia melantik Harun, manusia yang terbaik diantara Bani Israel, untuk bertindak sebagai khalifa dan penggantinya. Begitulah juga, Rasul yang akhir, yang mana agamanya yang paling sempurna, mempunyai sebab yang lebih kuat untuk melindungi ummahnya dari kehancuran yang terbit dari kebebasan mengikut kehendak mereka sendiri. Dia hendak memelihara etika beragama supaya ianya tidak terlepas kepada tangan mereka yang jahil, yang akan menukarkannya mengikut sesuka hati mereka. Manusia yang jahil akan menurut kias dan tanggapan mereka dan akan memecah-belahkan perkara mengenai perundangan agama. Maka di dalam hadith yang suci ini Rasul berkata: ‘Ali kepada saya adalah umpama Harun kepada Musa, ‘ ini mengesahkan bahawa Ali memegang kedudukan yang sama mulia dan penguasaannya sebagaimana Harun. Ali yang paling utama dari semua ummah dan makanya Rasul melantik beliau sebagai pembantu dan penggantinya.

Hafiz: Apa yang kamu telah katakan mengenai hadith ini tidak dipersoalkan. Tetapi jika kamu mempertimbangkan perkara ini dengan teliti, kamu akan dapati bahawa hadith ini tidak punya tujuan umum. Tujuannya adalah tertakluk pada peperangan Tabuk apabila Rasul melantik Ali sebagai khalifa untuk waktu yang tertentu sahaja.
HADITH MANZILA TELAH DISEBUTKAN BEBERAPA KALI.

Shirazi: Kamu mungkin betul di dalam kenyataan kamu jika hadith ini telah disebutkan pada masa Tabuk sahaja. Tetapi Rasul telah mengulangi hadith yang sama pada beberapa peristiwa. Ia telah disebutkan apabila persaudaraan diantara Muhajir di Makah telah diadakan. Ianya juga disebutkan di Madina apabila persaudaraan telah diadakan diantara Muhajir dan Ansar. Pada setiap peristiwa itu Rasul memilih Ali sebagai saudara, dengan berkata, ‘Kamu kepada ku adalah seumpama Harun kepada Musa melainkan tidak ada Nabi selepas aku.’

Hafiz: Sejauh yang saya lihat, hadith Manzila hanya disebutkan pada peperangan Tabuk. Rasul meninggalkan Ali pada kedudukannya, yang menyebabkan Ali menjadi cemas. Rasul mententeramkan beliau dengan kata-kata tersebut. Saya fikir kamu telah terkeliru.

Shirazi: Tidak, saya tidak keliru. Hadith kamu yang sahih telah menyebutkannya. Diantara mereka adalah Masudi [penyampai yang boleh dipercayai oleh kedua golongan] yang telah menulis di dalam ‘Murujudh-Dhahab’nya, jilid II, ms 49, Halabi di dalam ‘Siratul-Halabiyya’, jilid II, ms 26 dan 120, Imam Abdur-Rahman Nisai di dalam ‘Khasaisul-Alawiyya, ms 19, Sibt Ibn Jauzi di dalam ‘Tadhkira’ ms 13 – 14, Sulayman Balkhi Hanafi di dalam ‘Yanabiul-Mawadda, Bab 9 dan 17, dan beberapa yang lain telah menyebutkan hadith ini. Mereka semua mengatakan, selain dari dua peristiwa pada mengadakan persaudaraan, ianya telah dikatakan di dalam banyak peristiwa lain juga. Makanya hadith ini tidaklah boleh diertikan di dalam pengertian yang tertentu atau untuk tujuan tertentu sahaja. Kegunaannya secara umum telah dibuktikan dengan fakta. Adalah melalui hadith ini bahawa Rasul telah mengistiharkan pada peristiwa yang sesuai bahawa Ali adalah pengganti baginda. Salah satu dari peristiwa itu adalah pada peperangan Tabuk.

Hafiz: Bagaimana mungkin bahawa para sahabat Rasul setelah mendengar hadith ini dengan pengertian umumnya, memahami maksudnya bahawa Ali adalah pengganti sebagaimana yang dihajati oleh Rasul, dan bahkan selepas wafatnya Rasul, mereka menjadi musuh dan menerima orang lain sebagai khalifa?

Shirazi: Saya mempunyai banyak rujukan di dalam menyokong jawapan saya terhadap soalan kamu, tetapi jawapan yang terbaik untuk ketika ini adalah untuk mempertimbangkan dugaan terhadap Harun di dalam situasi yang sama. Al-Quran menyatakan bahawa apabila Musa melantik Harun sebagai pengganti, dia menggumpulkan semua Bani Israel [menurut dari sebahagian laporan 70 000 orang]. Musa menekankan bahawa di dalam ketiadaannya mereka hendaklah patuh kepada Harun, khalifa dan juga penggantinya. Musa kemudian pergi ke gunung untuk bersendirian dengan Allah. Belumpun habis sebulan, Samiri telah menanamkan bibit perpecahan diantara Israel. Dia membentuk anak lembu dari emas, dan Bani Israel setelah meninggalkan Harun, telah berkumpul mengelilinggi Samiri dengan jumlah yang banyak. Hanya sedikit masa sahaja yang telah berlalu, yang sebelum ini Bani Israel telah mendengar Musa berkata bahawa masa ketiadaan beliau Harun adalah khalifanya dan mereka hendaklah patuh kepadanya. Namun begitu 70 000 manusia mengikut Samiri. Nabi Harun dengan lantang membantah tindakkan dan juga melarang mereka dari melakukan amalan yang sesat, tetapi tiada siapa yang mendengar kepadanya. Ayat dari surah A’raf menyatakan bahawa apabila Musa kembali, Harun berkata kepadanya: ‘Anak kepada ibu ku! Sesungguhnya manusia menganggap aku lemah, dan hampir sahaja membunuh ku… ‘ [7:150]
HARUN TELAH DITENTUKAN SEBAGAI PENGGANTI KEPADA MUSA.

Bani Israel sendiri mendengar arahan yang nyata dari Musa, tetapi apabila Musa pergi kepergunungan, Samiri mengambil peluang ini. Dia membentuk anak lembu emas dan menyesatkan Bani Israel.
KESAMAAN KEJADIAN DIANTARA ALI DAN HARUN.

Begitu juga setelah wafatnya Rasul, sebahagian manusia yang mendengar baginda berkata Ali adalah penggantinya, berpaling menentang Ali. Imam Ghazali merujuk kepada fakta ini dipermulaan buku keempat penghuraiannya di dalam ‘Sirrul-Alamin’. Dia mengatakan sebahagian manusia kembali kepada keadaan jahiliahnya. Dalam keadaan ini, terdapat persamaan yang besar diantara situasi Harun dan juga Ali. Samalah seperti banyaknya ulama dan ahli sejarah kamu, Abu Muhammad Abdullah bin Muslim bin Qutaybah Bahili Dinawari, di dalam bukunya ‘Al-Immama Wa Siyasa’, jilid I, ms 14, menyatakan dengan mendalam kejadian Saqifa. Dia mengatakan mereka mengancam untuk membakar rumah Ali dan mereka secara paksa membawa beliau ke masjid dan mengancam untuk membunuhnya melainkan dia memberikan sumpah setianya [bai’a] kepada mereka. Ali pergi ke pusara Rasul yang suci dan mengulangi kata-kata yang sama dari al-Quran yang mana Harun katakan kepada Musa: ‘Dia [Harun] berkata: ‘Anak kepada ibu ku! Sesungguhnya manusia menganggap aku lemah, dan hampir sahaja membunuh ku… ‘ [7:150]

Nawab: Bilakah penggantian untuk Ali telah diadakan, mengapa Rasul tidak menggunakan perkataan yang menunjukkan kepada pengertian itu? Mengapa dia tidak dengan secara jelas mengistiharkan Ali sebagai penggantinya, supaya tidak ada bangkangan yang akan timbul selepasnya?

Shirazi: Saya telah menjelaskan bahawa Rasul menerangkan kebenaran dengan kedua-dua cara. Ini adalah bukti dari buku kamu, yang telah merakamkan banyak hadith mengenainya. Secara lisan manusia lebih tertarik kepada kiasan dari hanya kenyataan, terutama jika sindirian yang amat mendalam serta mengandungi pengertian yang luas.

Nawab: Kamu mengatakan terdapat banyak hadith yang jelas telah dirakamkan oleh ulama mengenai pengganti Ali. Silalah beritahu kepada kami lebih banyak mengenainya? Kami telah difahamkan bahawa tidak terdapat sebarang bukti mengenai Ali sebagai pengganti.

Shirazi: Terdapat banyak hadith mengenai kedudukan khalifa di dalam buku sahih kamu.
HADITH MEMPELAWA KEPADA SAUDARA DAN RASUL MELANTIK ALI SEBAGAI PENGGANTINYA.

Dari semua hadith mengenai Ali sebagai wazir, hadith pada mempelawa adalah yang paling mustahak. Pada hari Rasul mengistiharkan kerasulannya, baginda juga mengistiharkan Ali sebagai penggantinya. Ulama kamu, termasuk Imam Ahmad bin Hanbal; Muwaffaq bin Ahmad Khawarizmi; Abu Jafar Muhammad bin Jarir Tabari; Ibn Abil-Hadid Mutazali, dan kebanyakkan yang lain telah melaporkan bahawa apabila ayat 214 dari Surah Shu’ara: ‘Dan peringatkan saudara terdekat kamu,’ [26:214] telah diwahyukan, Rasul mempelawa 40 orang Quraish kerumah Abu Talib. Baginda menyediakan untuk mereka kaki kambing, sedikit roti dan secawan susu. Mereka ketawa dan berkata: ‘Wahai Muhammad! Kamu telah mensajikan makanan yang tidak cukup untuk satu orang.’ Rasul berkata: ‘Mulalah makan dengan Nama Allah.’ Apabila mereka telah makan dan cukup kenyang, mereka berkata sesama mereka: ‘Muhammad telah mensihir kamu dengan makanan itu.’ Rasul berdiri diantara mereka dan berkata: ‘Wahai keturunan Abdul-Muttalib! Allah yang Berkuasa telah menghantar aku sebagai penyampai khabar kepada semua makhluk secara umum dan kepada kamu secara khusus. Saya mengajak kamu membuat dua kenyataan yang mudah dan senang pada lidah, tetapi pada timbangan amalan sangatlah berat. Jika kamu melafazkan dua kalimah ini, kamu akan menjadi ketua kepada Tanah Arab dan yang bukan arab. Melalui kalimah ini kamu akan masuk kesyurga dan terhindar dari neraka. Dua kalimah itu adalah: pertama menjadi saksi pada ke Esaan Allah, dan kedua menjadi saksi pada kerasulan ku. Mereka yang pertamanya mengakui seruan ku dan menolong aku di dalam misi ini adalah saudara ku, penolong ku, dan pengganti selepas aku.’

Rasul mengulang kenyataan terakhir sebanyak tiga kali, dan setiap kali tiada yang lain, melainkan Ali menjawab kepada baginda, dengan berkata: ‘Saya akan membantu dan menolong kamu, wahai Rasul Allah!’ Maka Rasul mengistiharkan: ‘Ali ini adalah saudara ku, dan dia adalah pengganti dan khalifa diantara kamu.’
HADITH YANG JELAS MENGENAI KHALIFANYA ALI.

(1) Imam Ahmad bin Hanbal di dalam ‘Musnad’ nya; dan Mir Seyyed Ali Hamadani shafii di dalam ‘Mawaddatil-Qurba’ pada penghujung Mawadda keempat, telah merakamkan bahawa Rasul Berkata: ‘Wahai Ali! Kamu harus melaksanakan tanggong jawab bagi pihak saya, dan kamu adalah wazir diatas ummah ku.’

(2) Imam Ahmad bin Hanbal di dalam ‘Musnad’ nya; Ibn Maghazili Faqih shafii di dalam ‘Manaqib’ dan Thalabi di dalam ‘Tafsir’ telah menyatakan bahawa Rasul telah berkata kepada Ali: ‘Wahai Ali! Engkau adalah saudaraku, pengganti ku, wazir ku dan yang membayar hutang-hutang ku.’

(3) Abu Qasim Husain Bin Muhammad (Raghib Ispahani) di dalam ‘Mahadhiratu’l-Udaba wa Muhawaratu’sh-Shu’ara wa’l-Balagha’ (printed in Amira-e-Shazafiyya, Seyyed Husain Afandi, 1326 H.), part II, page 213, menyebutkan dari Ibn Malik Bahawa Rasul berkata: ‘Sesungguhnya , sahabat ku, penolong, wazir dan manusia pilihan yang aku tinggalkan dan akan membayar segala hutang ku dan menyempurnakan janji-janji ku adalah Ali Ibn Abi Talib.’

(4) Mir Seyyed Ali Hamadani shafii di dalam ‘Mawaddatil-Qurba’, pada permulaan Mawadda keenam, menyampaikan dari khalifa kedua, Umar bin Khattab, bahawa apabila Rasul mengadakan persaudaraan diantara para sahabat dia berkata: ‘Ali ini adalah saudaraku didunia ini dan juga diakhirat; dia adalah pengganti dari diantara kerabat ku dan wazir ku diantara ummah; dia adalah waris pada pengetahuan ku dan pembayar kepada hutang-hutang ku; apa saja dia berhutang kepada ku, aku berhutang kepada dia. Keuntungan dia, keuntungan ku, kerugian dia, kerugian ku; sesiapa sahabatnya, sahabatku; sesiapa musuhnya, musuh ku.’

(5) Di dalam Mawadda yang sama dia menyebutkan hadith dari Anas bin Malik, yang saya telah sebutkan terdahulu. Pada penghujungnya dia berkata bahawa Rasul berkata: ‘Dia [Ali] adalah wazir dan penolong ku.’

(6) Muhammad bin Ghanji shafii menyebutkan hadith dari Abu Dharr di dalam bukunya ‘Kiyafatut-Talib’ bahawa Rasul telah berkata: ‘Panji-panji Ali, Amirul Mukminin, ketua muka yang bersinar dan wazir ku, akan datang kepada ku pada pancutan kauthar.’

(7) Baihaqi, Khatib Khawarizmi dan Ibn Maghazili shafii menulis di dalam ‘Manaqib’ mereka bahawa Rasul berkata kepada Ali: ‘Adalah tidak wajar saya berpisah dengan manusia tanpa kamu menjadi pengganti ku oleh kerana kamu adalah pilihan diantara yang beriman selepas ku.’

(8) Imam Abu Abdur-Rahman Nisai, salah seorang Imam dari keenam buku siha hadith, menyatakan dengan mendalam dari Ibn Abbas mengenai kemuliaan Ali dengan kaitan hadith 23 di dalam ‘Khasaisul-Alawi’. Selepas menjelaskan kedudukan Nabi Harun. Rasul berkata kepada Ali: ‘Kamu adalah wazir selepas ku untuk setiap yang beriman.’ Hadith ini dan lainnya yang mana Rasul menggunkan rangkap ‘sesudah ku’ dengan jelas membuktikan bahawa Ali adalah pengganti selepasnya.

(9) Terdapat ‘Hadith pada kejadian’ yang telah disampaikan dalam cara yang berbeza. Imam Ahmad bin Hanbal di dalam ‘Musnad’ nya, Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam ‘Mawaddatul-Qurba’, ibn Maghazili shafii di dalam ‘Manaqib’ dan Dailami di dalam ‘Firdaus’ telah menyebutkan dari Rasul sebagai berkata: ‘Saya dan Ali telah dijadikan dari cahaya ilahi yang sama 14 000 tahun sebelum jadinya Adam. Dan dari generasi Nabi Adam melalui keturunannya yang suci, cahaya itu di warisi oleh Abdul-Muttalib, dan darinya cahaya itu telah terbahagi diantara Abdullah [bapa Rasul] dan Abu Talib [bapa Ali]. Aku diberikan Kerasulan dan Ali diberikan khalifa.

(10) Hafiz Abu Jafar Muhammad bin Jarir Tabari [mati 310 H] menulis di dalam ‘Kitabul-Wilaya’ bahawa Rasul berkata pada permulaan ucapannya yang termashur di Ghadir-e-Khum: ‘Malaikat Jibril telah menyampaikan perintah Allah kepada ku bahawa aku berhenti pada tempat ini dan memberitahu kepada manusia yang Ali Ibn Abi Talib adalah saudara ku, pengganti ku, khalifa selepas aku. Wahai manusia! Allah telah menjadikan Ali wali kamu, dan Imam. Patuh kepadanya adalah wajib keatas setiap kamu; arahannya yang utama; ucapannya adalah benar; kutukan keatas mereka yang menentang beliau; rahmat Allah keatas mereka yang bersahabat dengannya.’

(11) Sheikh Sulayman Balkhi di dalam ‘Yanabiul-Mawadda’ melaporkan dari ‘Manaqib’ Ahmad, dan dia dari Ibn Abbas, sebuah hadith yang menjelaskan kebanyakkan dari kemuliaan Ali. Saya sebutkan semuanya. Ibn Abbas menyatakan bahawa Rasul berkata: ‘Wahai Ali, kamu adalah pembawa pengetahuan ku, wali dan sahabat ku, pengganti ku, pewaris pengetahuan ku, dan khalifa ku. Kamu adalah pemegang amanah dari nabi-nabi yang terdahulu. Kamu adalah kepercayaan Allah diatas dunia ini dan bukti terhadap segala kejadian. Kamu adalah penegak Iman, dan pemelihara Islam. Kamu adalah pelita di dalam kegelapan, cahaya petunjuk, dan untuk manusia didunia kamu adalah panji-panji yang dijulang. Wahai Ali sesiapa yang mengikuti kamu akan selamat; siapa yang engkar akan sesat, kamu adalah cara yang bercahaya dan jalan yang lurus, kamu adalah pemimpin orang yang bersih, ketua mereka yang beriman, kepada sesiapa aku ketuanya, kamu adalah juga ketuanya, dan aku adalah ketua bagi semua yang beriman lelaki dan wanita. Hanya mereka sahabat kamu yang dilahirkan dari ikatan perkahwinan yang sah. Allah tidak mengangkat aku kelangit untuk berkata dengan ku dan memberitahu ku: ‘Wahai Muhammad sampaikan salam ku kepada Ali dan beritahu dia bahawa dia adalah Imam kepada sahabat Ku dan pelita bagi yang menyembah Ku,’ tahniah kepada mu Wahai Ali, terhadap kecemerlangan ini.’

(12) Abu Muayyid Muwafiqud-Din, penyampai terbaik dari Khawarizmi, di dalam bukunya ‘Fazail Amirul Mukminin, dicetak dalam tahun 1313 H, Bab XIX, ms 240, menyebutkan dari punca yang melaporkan bahawa Rasul telah berkata: ‘Apabila aku sampai ke Sidratul-Muntaha, saya telah ditanya seperti berikut: ‘Wahai Muhammad! Apabila kamu menguji manusia, siapakah yang kamu dapati yang paling patuh? Saya berkata: ‘Ali.’ Allah berkata: ‘Kamu telah berkata benar, Muhammad.’ Kemudian Dia berkata: ‘Sudahkah kamu memilih wazir yang akan menyampaikan pengetahuan kepada manusia, dan mengajar hamba Ku dari kitab Ku dari perkara yang mereka tidak tahu? Saya berkata: ‘Wahai Allah, sesiapa yang Kamu pilih, saya akan pilih.’ Dia berkata: ‘Saya telah memilih Ali untuk mu. Ia adalah Amirul Mukminin yang tiada siapa yang sama taraf dengan nya diantara pengikut dan penggantinya.’

Ada banyak hadith yang sedemikian di dalam buku sahih kamu. Sebahagian dari ulama kamu yang adil, seperti Nizzam Basri, telah mengakui fakta ini. Salahud-Din Safdi di dalam bukunya ‘Wafa Bil-Wafiyya’, yang berkaitan dengan Ibrahim bin Sayyar bin Hani Basri, dikenali sebagai Nizzam Mutazali, berkata: ‘Rasul Allah mengesahkan Imami Ali dan melantiknya sebagai Imam. Para sahabat Rasul juga menyedari mengenainya, tetapi Umar, disebabkan oleh Abu Bakr, telah menutupi Imamnya Ali dengan penghadang.’

Adalah jelas dari buku kamu, hadith dan penghuraian al-Quran bahawa Ali menduduki kemuliaan yang tertinggi. Khatib Khawarizmi melaporkan dari Ibn Abbas di dalam ‘Manaqib’, Muhammad bin Yusuf Ghanji shafii di dalam ‘Kifayatut-Talib’, Sibt Ibn Jauzi di dalam ‘Tadhkira’, Ibn Sabbagh Maliki di dalam “Fusulul-Mawadda’, Sulayman Balkhi Hanafi di dalam ‘Yanabiul-Mawadda dan Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam ‘Mawaddatul-Qurba’, Mawadda V, disebutkan dari khalifa kedua, Umar bin Khattab – kesemuanya mengesahkan dengan sedikit perbezaan perkataan – bahawa Rasul berkata: ‘Jika semua pokok adalah pena, jika semua lautan adalah dakwat, jika semua jinn dan manusia adalah penulis – namun kemuliaan Ali Ibn Abi Talib tidak dapat dicatitkan.’
KEREKTER [CIRI-CIRI] PARA SAHABAT.

Sheikh Abdus-Salam: [Memandang kepada Hafiz Muhammad Rashid Sahib] Izinkan saya untuk menyatakan sesuatu dengan ringkas. [berpaling kepada Shirazi] Kami tidak pernah menafikan kemuliaan yang tinggi terhadap Ali, tetapi untuk mengatakan pujian kepada dia sahaja adalah tidak adil oleh kerana para sahabat rasul yang utama, satu dan semuanya adalah manusia yang mulia. Kamu berucap dari sebelah pihak, yang telah memesongkan manusia. Izinkan saya untuk menyatakan hadith yang menyangjung mereka supaya kebenaran pada perkara ini akan terserlah.

Shirazi: Saya tidak memandang berat pada personaliti. Ayat-ayat al-Quran dan hadith yang diterima sahih akan memandu kita kepada satu arah. Saya bersumpah dengan Allah bahawa saya tidak mencintai atau membenci sesaorang dengan membuta tuli. Saya meminta para hadirin untuk memberhentikan saya pada bila-bila masa jika saya menyatakan sesuatu tanpa sebarang hujah atau diluar penerimaan akal, hanya hadith yang diterima oleh kedua golongan sahaja yang saya sandarkan kepadanya. Saya tidak menafikan kualiti yang baik pada para sahabat Rasul yang lurus, tetapi kita hendaklah mencari diantara mereka jika ada seorang yang lebih utama dari seluruh ummah. Perbincangan kita bukanlah mengenai orang yang mulia, kerana mereka yang mulia ada ramai. Kita harus mencari siapa yang paling tinggi kemuliaannya selepas Rasul supaya kita dapat mengikutinya.

Sheikh: Kamu telah membuat halangan yang tidak diperlukan. Di dalam buku kamu tidak terdapat satu hadith yang memuji para khalifa. Bagaimana kita hendak berbincang dengan asas ini?

Shirazi: Pada malam yang pertama dari perbincangan kita, kamu pasti ingat bahawa Hafiz Sahib sendiri telah bersetuju bahawa perbincangan kita hendaklah berasaskan pada ayat al-Quran dan pada hadith yang diterima oleh kedua golongan. Oleh kerana saya mempunyai buku-buku sahih kamu, maka saya bersetuju. Sebagaimana yang kamu boleh mengakui, saya belum lagi menyimpang dari pendirian ini. Di dalam menyokong pendapat saya, saya telah sebutkan hanya ayat Quran dan hadith yang telah dirakamkan oleh buku-buku dari ulama kamu yang terkenal. Apabila kamu membuat syarat ini, kamu tidak sedar yang kamu akan terperangkap kemudian. Tetapi saya masih tidak mengambil syarat ini sebagai mutlak. Saya bersedia untuk mendengar hadith dari satu pihak jika ianya sahih. Maka dengannya barulah kita dapat menentukan fakta dengan adil dan betul. Saya tidak keberatan untuk menerima fakta pada perbandingan kemuliaan yang ada pada Ali.

Sheikh: Kamu menyebut hadith mengenai Ali sebagai wazir, tetapi telah mengabaikan kepada fakta bahawa terdapat banyak hadith mengenai khalifa Abu Bakr.

Shirazi: Kamu harus ingat, bahawa ulama kamu yang terkenal seperti Dhahabi, Suyuti dan Ibn Abil-Hadid telah menyatakan bahawa Amawi dan pengikut Abu Bakr telah memalsukan banyak hadith di dalam memuji Abu Bakr, kamu boleh menyebutkan hadith itu dari kebanyakkan mereka supaya manusia yang adil dapat menilai kesahihannya.
HADITH PADA MEMUJI ABU BAKR.

Sheikh: Ada hadith yang sahih disampaikan oleh Umar bin Ibrahim bin Khalid, yang menyampaikan dari Isa bin Ali bin Abdullah bin Abbas, dan dia dari bapanya, dan dia dari datuknya, Abbas, bahawa Rasul Islam mengatakan kepada orang itu, '‘Wahai bapa saudara! Allah telah menjadikan Abu Bakr khalifa kepada agama ini. Maka dengarkanlah dia dan patuhlah kepadanya supaya kamu akan selamat.’

Shirazi: Itu adalah hadith yang ditolak.

Sheikh: Bagaimana ianya ditolak?

Shirazi: Ulama kamu yang terkenal telah menolaknya. Kerana penyampai kepada hadith ini adalah terkenal dengan dusta dan pemalsuannya, ulama kamu tidak menganggapnya sebagai bernilai untuk diterima. Dhahabi di dalam ‘Mizanul-Itidal’, telah menulis mengenai Ibrahim bin Khalid, dan Khatib Baghdadi, telah menulis mengenai Umar bin Ibrahim sebagai berkata: ‘Dia adalah penipu besar.’ Hadith yang ditulis oleh seorang pendusta tidak boleh diterima.

Sheikh: Telah dinyatakan dari punca yang boleh dipercayai bahawa seorang sahabat Rasul yang wara’, Abu Huraira menyebutkan bahawa Jibril muncul dihadapan Rasul dan berkata: ‘Allah kirimkan salamNya kepada kamu. Dia berkata: ‘saya ridha dengan Abu Bakr, tanyakan kepadanya adakah dia ridha kepada Ku atau tidak.’

Shirazi: Kita hendaklah berhati-hati pada menyampaikan hadith. Saya mengambil perhatian kamu kepada satu hadith yang mana ulama kamu Ibn Hajar [di dalam ‘Isaba’] dan Ibn Abdul-Bar [di dalam ‘Istiab’] menyebutkan dari Abu Huraira bahawa Rasul berkata: ‘Terdapat ramai yang telah menyebutkan sesuatu dari saya dengan yang salah, dan sesiapa yang mewakili saya dengan yang salah adalah tempat kediamannya didalam neraka. Apabila suatu hadith yang disampaikan kepada kamu bagi pihak diri saya, kamu hendaklah meletakkannya pada al-Quran.’

Hadith lain yang dipersetujui oleh kedua golongan, disampaikan oleh Imam Fakhrud-Din Razi di dalam ‘Tafsir Kabir’, jilid II, ms 271, menyebutkan sebagai Rasul telah berkata: ‘Apabila suatu hadith dari saya disampaikan kepada kamu, letakkannya pada kitab Allah, jika ianya bersependapat dengan al-Quran, terimalah. Jika tidak tolaklah.’ Buku dari ulama kamu yang terkenal telah menyatakan bahawa satu dari hadith yang telah dipalsukan dengan nama rasul adalah dari orang yang ditolak ini, Abu Huraira, yang mana kamu panggil sebagai wara’.

Sheikh: Saya tidak sangka orang yang seperti kamu sanggup membuat kenyataan yang menghinakan mengenai sahabat Rasul.

Shirazi: Kamu ingin saya merasakan takjub pada perkataan ‘sahabi’, tetapi kamu telah tersalah jika kamu fikir perkataan ‘sahabi’ perlu dihormati. Benar persahabatan dengan Rasul mendapatkan satu kemuliaan, tetapi ini berasaskan kepada syarat bahawa sahabat itu patuh kepada Rasul. Jika dia bertindak bertentangan dengan arahan Rasul, maka pastinya dia ditolak. Tidakkah para munafikin adalah sahabat Rasul? Ya, dan mereka dikutuk.

Sheikh: Tidak ada bukti yang mereka ditolak. Jika mereka ditolak, apakah bukti yang mereka akan masuk ke neraka? Adakah setiap orang yang ditolak atau dikutuk akan masuk neraka? Orang yang dikutuk adalah mereka, menurut perundangan khas dari al-Quran, atau kata-kata Rasul, orang yang sebegitu [masuk neraka].
KEREKTER ABU HURAIRA DAN KUTUKAN KEPADANYA.

Shirazi: Terdapat asas yang jelas untuk menunjukkan bahawa Abu Huraira adalah seorang yang tidak boleh dipercayai. Ulama kamu telah mengesahkan fakta tersebut. Satu dari sebab mengapa dia dikutuk adalah, menurut dari kata-kata rasul, dia adalah sekutu kepada anak yang terkutuk dari yang terkutuk Abu Sufyan. Abu Huraira adalah seorang hipokrit [munafik]. Pada beberapa peristiwa diSiffin dia bersolat dibelakang Amirul Mukminin, Ali. Pada masa yang lain di duduk dimeja makan Muawiya dengan makanan yang lazat. Sebagaimana yang disampaikan oleh Zamakhshari di dalam ‘Rabiul-Abrar’ dan Ibn Abil-Hadid di dalam ulasan pada Nahjul-balagha, apabila Abu Huraira ditanyakan sebab polisi bermuka dua ini; dia berkata: ‘Makanan Muawiya sangat sedap dan lazat, dan solat dibelakang Ali adalah lebih utama.’ Ulama kamu seperti Sheikhul-Islam Hamwaini di dalam ‘Faraid’ Bab 37, Khawarizmi di dalam ‘Manaqib’, Tibrani di dalam ‘Ausar’, Ghanji shafii di dalam ‘Kifayatut-Talib’ dan ramai yang lain, menyebut dari orang yang sama Abu Huraira dan lainnya bahawa Rasul berkata: ‘Ali bersama kebenaran, dan kebenaran bersama Ali.’ Apabila dia meninggalkan Ali dan bersama dengan Muawiya, tidakkah dia perlu dikutuk? Jika sesaorang bukan saja mendiamkan diri diatas perbuatan kejam Muawiya tetapi sebenarnya membantu dan menolong kepadanya pada mencapai kedudukannya didunia dan untuk memenuhi perutnya, tidakkah dia perlu dikutuk?

Abu Huraira yang sama telah menyampaikan sendiri [sebagaimana telah dirakamkan oleh ulama kamu seperti Hakim Nishapuri di dalam ‘Mustadrak’, jilid II, ms 124, Imam Ahmad bin Hanbal, Tibrani dan lainnya] bahawa Rasul telah berkata: ‘Ali bersama al-Quran dan al-Quran bersama Ali. Keduanya tidak akan berpisah sehingga mereka menemui ku di pancutan Kauthar. Ali adalah dari aku dan aku dari Ali. Sesiapa yang menghina [mencarut] Ali, menghina aku, sesiapa menghina aku menghina Allah.’ Muawiya di dalam khutbahnya disolat jumaat, mengutuk Ali, Hasan dan Husain. Dia mengarahkan di dalam semua jamaah, manusia yang suci ini hendaklah dikutuk. Maka jika sesaorang pada ketika itu bersatu dengan manusia yang terkutuk ini dan merasa senang dengan tindakkan mereka, tidakkah dia juga perlu dikutuk? Dan sedang dia bersekutu dengan manusia seperti ini, jika dia membantu mereka di dalam memalsukan hadith dan memaksa manusia untuk menyebutkan kutukan terhadap manusia suci ini, tidakkah dia juga perlu pada kutukkan?

Sheikh: Adakah wajar pada kami untuk menerima penghinaan ini, bahawa sahabat Rasul yang ikhlas telah memalsukan hadith, membuat manusia mengutuk Ali?

Shirazi: Sudah tentu susah hendak dipercayai bahawa sahabat yang ikhlas sanggup melakukan perkara yang sedemikian. Jika ada mana-mana sahabat yang telah melakukan yang sedemikian, ini bererti bahawa dia tidak ikhlas. Terdapat banyak hadith yang disampaikan oleh ulama kamu yang mengatakan bahawa Rasul berkata: ‘Sesiapa yang menghina [memaki] Ali, menghina aku dan Allah.’

Sheikh: Untuk berkata jujur, apabila kamu menghina para sahabat Rasul, dengan mengatakan bahawa mereka memalsukan hadith, bagaimana kami boleh mengharapkan bahawa kamu tidak akan mengaitkan motif yang jahat kepada ulama sunni yang ulung? Kamu shia mempunyai kecekapan pada menghina orang-orang yang ternama.

Shirazi: Kamu tidak berlaku adil dengan mengatakan perkara yang begitu kepada kami. Sejarah Islam selama 1 400 tahun telah mengatakan pertentangannya. Semenjak dari permulaan abad pertama Islam, Umayyad telah menzalimi Imam yang ma’sum, keturunan Rasul, dan pengikut mereka, shia. Bahkan hari ini, ulama kamu yang terkemuka telah merakamkan laporan yang menghinakan terhadap shia di dalam buku mereka supaya dengannya dapat memesongkan manusia.

Sheikh: Siapakah ulama sunni yang telah menghina shia?

IBN ABD RABBIH TELAH MENGHINA SHIA.

Seorang penulis kamu yang terkenal, Shahabud-Din Abu Umar Ahmad bin Muhammad bin Abd Rabbih Qartabi Andalusi Maliki [mati 48 Hijrah] di dalam bukunya ‘Indul-Farid’ jilid I ms 269, telah memanggil shia ‘yahudi bagi ummah ini’ Dia mengatakan bahawa, sebagaimana yahudi adalah musuh kristian, shia adalah musuh bagi Islam. Dia mengatakan shia seperti yahudi yang tidak menerima fakta bahawa seorang boleh diceraikan tiga kali oleh orang yang sama, atau tidak juga menerima amalan iddah. Kedua-dua kumpulan shia dan sunni yang telah mesra ketawa diatas yang diperkatakan. Kamu akan menjumpai di dalam semua buku shia perundangan mengenai tiga kali cerai dan juga iddah selepas penceraian.

Dia juga mengatakan shia seperti yahudi, musuh kepada Jibril, kerana Jibril menghantar wahyu Allah kepada Muhammad, tidak kepada Ali [ketawa dari hadirin dipihak shia] Kami shia percaya kepada Rasul. Kami percaya perintah Allah diwahyukan kepadanya melalui Jibril, yang kedudukan jauh lebih tinggi dari apa yang dikatakan oleh penulis yang tidak berharga ini.
PENGHINAAN OLEH IBN HAZM.

Seorang lagi ulama kamu ialah Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Said ibn Hazm Andalusi [mati 456 Hijrah], yang telah merakamkan tanggapan yang pelik, khas bagi shia di dalam bukunya yang terkenal ‘Kitabul-Fasl fil-Milal Wan-Nihal’. Sebagai contoh, dia mengatakan shia bukan Muslim. Mereka telah menyimpang, pengikut yahudi dan kristian. Di dalam jilid IV ms 182, dia menulis bahawa, ‘Menurut shia, adalah halal untuk mengahwini sembilan wanita.’ Laporan ini dengan mudah boleh disangkal dengan merujuk buku-buku shia yang dengan terang mengatakan haram pada menyimpan lebih dari empat isteri di dalam perkahwinan tetap pada satu-satu masa. Terdapat banyak lagi tuduhan yang tidak berasas dan menghinakan yang dikatakan mengenai shia di dalam buku ini, yang mana kamu akan malu untuk mendengarnya.
PENGHINAAN OLEH ABU TAIMIYYA.

Seorang dari ulama kamu yang tidak beragama adalah Ahmad bin Abdul-Halim Hanbali, dikenali sebagai Ibn Taimiyya [mati 728 Hijrah] Dia amat benci kepada shia, Amirul Mukminin, Ali dan keturunan Rasul. Bukunya ‘Minhajus-Sunna’ telah dipenuhi kebencian yang pahit terhadap Ali dan keturunan Rasul. Sesiapa yang hanya mengetahui sedikit dari fakta akan terperanjat mendengar pembohongannya. Sebagai contoh, dia menulis bahawa: ‘Tidak terdapat kumpulan pembohong yang terbesar selain shia, dan adalah dengan sebab itu maka pengarang shia tidak memuatkan di dalam buku mereka hadith yang disampaikan oleh mereka.’ Di dalam jilid X ms 23, dia berkata shia percaya kepada empat asas pada agama – tauhid [ke Esaan Tuhan]; adl [keadilan Allah]; nubuwat [kerasulan]; dan Imami [wazir]. Yang sebenarnya, di dalam buku shia mengenai iman, yang boleh didapati dimana-mana, telah ditulis bahawa kepercayaan shia terbahagi kepada tiga asas; Tauhid; Nabuwat; dan Ma’ad [Hari Pengadilan]; adl adalah sebahagian dari tauhid dan Imami adalah sebahagian dari nabuwat.

Di dalam jilid I ms 131, dia menyatakan bahawa shia tidak berhimpun di dalam masjid. Mereka tidak melakukan jumaat ataupun solat jumaah. Jika mereka ada mengerjakan solat mereka akan lakukan bersendirian [tertawa dikalangan shia] Tetapi yang sebenarnya kami amat menitik beratkan di dalam solat berjamaah. Di dalam banyak kota di Iraq dan Iran, yang menjadi pusat bagi shia, masjid-masjid kami dipenuhi oleh pengunjung yang melakukan solat berjamaah.

Pada muka surat yang sama dia menulis, shia tidak melakukan haji ke Kabah. ‘Haji mereka mengandungi hanya ziarah kepada kuburan yang mereka anggap lebih utama dari haji ke Makah. Mereka mengutuk yang tidak pergi berziarah kekuburan.’ [tertawa]

Buku doa shia mengandongi Bab yang khusus untuk doa-doa untuk haji [Kitabul-Hajj] Ulama shia telah menulis banyak buku menerangkan amalan-amalan untuk haji, yang mana arahan yang khas telah diberi untuk melakukan amalan haji. Banyak hadith dari Imam kami menegaskan bahawa jika seorang Muslim [shia atau sunni] telah cukup syarat, dan gagal untuk melaksanakannya, dia telah terkeluar dari Islam. Apabila dia mati, dia dibertahukan: ‘Matilah sebagaimana mati yang engkau boleh, seperti matinya yahudi, nasrani atau penyembah api.’ Bolehkah kamu percaya dengan arahan yang sedemikian shia akan menahan diri dari mengerjakan haji? Sebagai tambahan kepada penyampaian yang salah, orang kejam ini telah berkata bahawa ulama shia yang terkenal, Muhammad bin Muhammad bin Numan [Sheikh Mufid] telah menulis buku ‘Manasikhul-Hajj lil-Mashahid’. Tajuk yang sebenar adalah ‘Mansikhuz-Ziarat’, yang boleh didapati dimana-mana dan yang mengandongi arahan mengenai melawat tempat-tempat ziarat, termasuk makam yang suci kebanyakkan Imam. Jika kamu merujuk kepada buku ziarat ini, kamu akan dapati melawat kepada makam Rasul dan para Imam adalah digalakkan dan bukannya wajib. Bukti terhadap pembohongan orang ini adalah pengikut shia yang melakukan haji setiap tahun dengan jumlah ribuan.

Satu lagi tuduhan yang palsu dari sipembohong ini, boleh dijumpai di jilid I, ms 11, dimana dia berkata orang shia memanggil anjing-anjing mereka dengan nama Abu Bakr dan Umar dan selalu mengutuknya [Abu Bakr dan Umar] [tertawa dikalangan shia] Ini adalah amat jahil. Menurut kepercayaan shia, anjing adalah najis. Rumah Muslim yang mempunyai anjing dijauhi rahmat. Makanya shia muslim adalah dilarang untuk memelihara anjing malainkan dengan syarat tertentu [berburu, menjaga rumah atau ternakkan kambing] Salah satu dari banyak sebab pada renggangnya hubungan Yazid dengan cucu Rasul, Imam Husain, adalah Yazid sangat gemar pada anjing dan memeliharanya tanpa sebab.

Ibn Taimiyya juga menulis bahawa oleh kerana shia sedang menunggu kemunculan Imam yang terakhir, di banyak tempat, terutama didewan dibawah tanah Samarra [tempat Imam suci ghaib] mereka telah menyediakan kuda. Mereka menyeru Imam supaya muncul dengan mengatakan mereka telah sedia bersenjata penuh untuk berkhidmat kepadanya. Dia juga menulis shia menghadap ketimur pada akhir Ramadhan dan memanggil Imam supaya keluar. Sebahagian mereka bahkan telah meninggalkan solat, dengan fikiran bahawa jika mereka sibuk dengan solat dan Imam muncul, mereka mungkin ketinggalan untuk berkhidmat kepadanya. [tertawa dari sunni dan juga shia]

Kami tidaklah hairan sangat dengan cerita dongeng orang jahat ini. Tetapi kami amat terkejut dengan tabiat ulama Mesir sekarang dan juga Damascus yang tidak bertanya kepada shia, yang hidup bersama mereka, telah mengikut rentak keanehan manusia seperti Ibn Taimiyya. Ianya akan memenatkan untuk memberikan list senarai yang panjang mengenai laporan yang tidak benar dari Ibn Hajar Makki; Hafiz; dan Qazi Ruzbahan. Buku-buku mereka terkenal, walaupun dari sudut pandangan sahih, ianya tidak mempunyai apa-apa nilai.

Sebagai contoh, ‘Milal wan-Nihal’ oleh Muhammad ibn Abdul-Karim Shahrastani [mati 548 Hijrah] pada pandangan ulama, ianya tidak mempunyai nilai langsung. Kamu akan jumpa apa saja di dalamnya terutama segala dusta yang dikatakan dianuti oleh shia, seperti sembah kepada Ali, kepercayaan perpindahan ruh. Yang nyata dia bukanlah seorang ilmuan. Menulis mengenai Ithna Ashari shia, dia mengatakan bahawa pusara Ali Ibn Hadi Muhammad Naqi yang datang setelah Imam Imam Muhammad Taqi, adalah di Qum. Sedangkan kanak-kanak kecil tahu bahawa pusara Imam Ali Naqi letaknya bersebelahan dengan pusara anaknya Imam Hasan Askari di Samarra. Saya tidak fikir rujukan seterusnya yang seperti ini perlu untuk membuktikan bahawa ulama sunni telah mengadakan laporan yang salah mengenai shia. Dan bukan saya seorang yang membuat tuduhan terhadap kejujuran Abu Huraira. Ulama sunni juga mendedahkan keburukan tabiatnya di dalam buku mereka.
KEREKTER ABU HURAIRA DAN HADITH MENYERUKAN KUTUKAN TERHADAPNYA.

Ibn Abil-Hadid Mutazali di dalam ulasannya pada Nahjul-Balagha, jilid I, ms 358, dan di dalam Jilid IV, disampaikan dari gurunya, Imam Abu Jafar Asqalani, bahawa Muawiya bin Abu Sufyan mengumpulkan sekumpulan para sahabat Rasul dan anak-anak mereka bagi tujuan memalsukan hadith. Diantara mereka yang menyumbangkan hadith kotor terhadap Ali adalah Abu Huraira, Amir bin As dan Mughira Ibn Shaba. Dengan memberikan secara mendalam cerita ini, Ibn Abil-Hadid menyampaikan bahawa Abu Huraira pada suatu ketika masuk ke Masjid Kufa dan melihat kumpulan manusia ramai yang datang untuk menyambut Muawiya. Dia melaung kepada kumpulan manusia ini: ‘Wahai penduduk Iraq. Adakah kamu fikir aku akan berdusta di dalam menentang Allah dan Rasulnya dan membeli api neraka untuk diri saya? Dengarkanlah dari saya, apa yang saya dengar dari Rasul. ‘Setiap rasul mempunyai ‘Haram’ [tempat tinggal yang suci] dan Haram saya adalah Madina. Sesiapa yang bertanggung jawab di dalam membuat bidaa’ di Madina adalah dikutuk oleh Allah, MalaikatNya dan juga oleh makhluk.’ Saya bersumpah dengan Allah bahawa Ali bertanggung jawab pada melakukan bidaa’.’ [Iaitu Ali menanamkan perasaan permusuhan diantara manusia dan makanya, menurut dari Rasul, hendaklah dikutuk] Apabila Muawiya mengetahui mengenainya [yang Abu Huraira melakukan sesuatu untuknya, dan telah melakukannya di ibu negeri Ali, Kufa], dia menjemputnya, dan memberikan ganjaran kepadanya dan menjadikan dia gebenor Madina. Tidakkah perbuatannya ini cukup untuk membuktikan bahawa dia layak pada kutukan? Adakah wajar bagi sesaorang pada menghina khalifa yang termulia, perlu dianggap sebagai wara’, hanya disebabkan bahawa dia pernah menjadi sahabat Rasul?

Sheikh: Atas dasar apa shia menganggap dia sebagai terkutuk?

Shirazi: Terdapat banyak hujah pada menyokong pandangan kami. Satu daripadanya adalah sesiapa yang menghina Rasul, menurut dari kedua golongan, terkutuk. Dari hadith yang saya nyatakan terdahulu, Rasul berkata: ‘Sesiapa menghina Ali, menghina aku; sesiapa menghina aku, menghina Allah.’ Adalah nyata bahawa Abu Huraira adalah orangnya yang bukan sahaja menghina Ali Ibn Abi Talib, tetapi memalsukan hadith untuk meracuni manusia lain pada menghina beliau.
ABU HURAIRA BERSUBAHAT DENGAN BUSR IBN ARTAT DI DALAM PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI TERHADAP MUSLIM.

Kami juga mengutuk Abu Huraira kerana bersubahat dengan Busr Ibn Artat di dalam pembunuhan ribuan Muslim. Ianya telah disampaikan oleh ahli sejarah kamu, termasuk Tabari, Ibn Athir, Ibn Abil-Hadid, Allama Samhudi, Ibn Khaldun, Ibn Khallikan, dan lainnya bahawa Muawiya Ibn Abi Sufyan telah menghantar Busr Ibn Artat yang kejam bersama dengan 4 000 tentera Syria ke Yaman melalui Madina untuk menghancurkan penduduk Yaman dan shia Ali. Si pembunuh yang kejam itu telah membunuh ribuan Muslim di Madina, Makah, Tabala [kota Tahima], Najran, Safa dan kawasan sekelilingnya. Mereka tidak melepaskan kanak-kanak dan juga orang tua dari Bani Hashim atau shia, Ali. Malah mereka membunuh dua budak kecil dari sepupu Rasul, Ubaidullah bin Abbas Gabenor Yaman yang telah dilantik oleh Ali. Telah dikatakan lebih dari 30 000 telah dibunuh dengan perintah si zalim ini. Bani Umayyad telah melakukan kezaliman yang gila ini. Abu Huraira yang kamu kasihi menyaksikan pembunuhan ini, bukan saja dia berdiam diri malah secara aktif menyokongnya. Manusia yang tidak berdosa, seperti Jabir bin Abdullah Ansari, dan Abu Ayyub Ansari telah meminta perlindungan. Bahkan rumah Abu Ayyub Ansari, seorang sahabat Rasul yang utama, telah dibakar. Apabila tentera ini menuju arah Makah, Abu Huraira tinggal di Madina. Sekarang saya meminta kamu untuk menerangkan kepada kami, dengan nama Allah, sama ada manusia yang hina ini yang berada bersama Rasul selama tiga tahun, dan telah menyampaikan lebih dari 5 000 hadith dari Rasul, tidak pernah mendengar hadith yang terkenal mengenai Madina. Para ulama dari kedua golongan [seperti Allama Samhudi di dalam ‘Tarikhul-Madina’; Ahmad bin Hanbal di dalam ‘Musnad’; Sibt Ibn Jauzi di dalam ‘Tadhkira’; ms 163] telah menyebut dari Rasul, yang berkata berulang kali: ‘Sesiapa yang mengancam penduduk Madina dengan penindasan akan diancam oleh Allah dan akan dikutuk oleh Allah, oleh MalaikatNya, dan oleh makhluk. Allah tidak akan menerima apa-apa darinya. Semoga dikutuk orang yang mengancam penduduk Madina. Jika sesiapa yang mencederakan penduduk Madina, Allah akan meleburkannya seperti timah di dalam api.’ Maka mengapa Abu Huraira bersekutu dengan tentera yang menghancurkan Madina? Mengapa dia memalsukan hadith di dalam penentangan terhadap pengganti Rasul yang sebenar? Dan kenapa dia meracuni fikiran manusia pada menghina orang yang Rasul telah katakan: ‘Menghina dia adalah menghina saya?’ Fikirkanlah sama ada orang yang memalsukan hadith dengan menggunakan nama Rasul tidak layak dikutuk.

Sheikh: Adalah tidak wajar bagi kamu untuk mengatakan sahabat Rasul yang paling dipercayai sebagai tidak beragama dan pemalsu.
KUTUKAN TERHADAP ABU HURAIRA DAN UMAR MEMUKULNYA.

Shirazi: Bukan saya saja yang tidak mempunyai perasaan belas terhadap Abu Huraira. Manusia pertama yang tidak mempunyai perasaan belas terhadapnya adalah khalifa kedua, Umar bin Khattab. Ibn Athir dan Ibn Abil-Hadid di dalam ‘Sharhe-Nahjul-Balagha’, jilid III, ms 104 [percetakan Mesir] dan beberapa yang lain telah menyatakan bahawa setelah khalifa Umar melantik Abu Huraira Gabenor Bahrain pada 21 Hijrah, manusia telah memberitahu khalifa bahawa Abu Huraira telah mengumpulkan harta yang banyak dan telah membeli kuda yang banyak. Maka Umar telah melucutkannya pada 23 Hijrah. Sebaik saja Abu Huraira masuk, khalifa berkata: ‘Wahai musuh Allah dan musuh KitabNya! Adakah kamu mencuri harta Allah?’ Dia menjawab: ‘Saya tidak pernah mencuri, tetapi manusia telah memberi kepada ku hadiah.’ Ibn Saad di dalam ‘Tabaqat’ jilid IV, ms 90, Ibn Hajar Asqalani di dalam ‘Isaba’; dan Ibn Abd-e-Rabbih di dalam ‘Iqdul-Farid’, jilid I, menulis bahawa khalifa berkata: ‘Apabila aku melantik kamu menjadi Gabenor Bahrain, kamu tidak punya kasut pada kaki kamu, tetapi sekarang saya dengar bahawa kamu telah membeli kuda dengan 1 600 dinar. Bagaimana kamu dapat harta ini? Dia menjawab, ‘Ini adalah hadiah manusia, yang keuntungannya berlipat ganda.’ Muka khalifa menjadi merah dengan kemarahan, dan dia memukul Abu Huraira dengan kuat sehingga belakangnya berdarah. Kemudian khalifa memerintahkan 10 000 dinar yang Abu Huraira telah kumpulkan di Bahrain diambil dan dimasukkan kedalam akuan Baitul-Mal.

Ini bukanlah kali pertama Umar memukul Abu Huraira. Muslim menulis di dalam ‘Sahih’ nya, jilid I, ms 34, bahawa semasa hayat Rasul, Umar bin Khattab memukul Abu Huraira dengan kuatnya sehingga dia jatuh ketanah. Ibn Abil-Hadid menulis di dalam ulasannya pada ‘Nahjul-Balagha’, jilid I, ms 360, Abu Jafar Asqalani telah berkata: ‘Menurut dari orang ternama kita, Abu Huraira adalah seorang yang jahat. Hadith yang disampaikannya tidak boleh diterima. Umar memukulnya dengan cabuk dan mengatakan bahawa dia telah menukarkan hadith dan telah menyatakan kata-kata yang palsu dari Rasul.’

Ibn Asakir di dalam ‘Tarikh Kabir’; dan Muttaqi di dalam ‘Kanzul-Umma’; menyatakan khalifa Umar memukul dan memerahinya, dan menegah dia dari menyebutkan hadith dari Rasul. Umar berkata: ‘Kerana kamu menyampaikan hadith Rasul dengan jumlah yang banyak, kamu hanya layak menyampaikan yang dusta sahaja dari baginda [iaitu, orang yang jahat seperti kamu hanya diharapkan untuk menyampaikan perkara yang dusta mengenai Rasul] Maka kamu hendaklah berhenti dari menyebutkan hadith dari Rasul; jika tidak saya akan menghantar kamu ke tanah Dus.’ [Satu kaum di Yaman, golongan Abu Huraira]

Ibn Abil-Hadid di dalam ulasannya pada ‘Nahjul-Balagha’, jilid I, ms 360 [percetakan Mesir] menyatakan dari gurunya, Imam Abu Jafar Asqalani, bahawa Ali berkata: ‘Berhati-hati terhadap pendusta terbesar diantara manusia, Abu Huraira Dusi.’

Ibn Qutayba di dalam ‘Tawil-e-Mukhtaliful-Hadith’ dan Hakim di dalam ‘Mustadrak’ jilid III, dan Dhahabi di dalam Talkhisul-Mustadrak’ dan Muslim di dalam ‘Sahih’ nya, jilid II, menyampaikan mengenai kerekter Abu Huraira, semua mengatakan bahawa Aisha berulang kali bertentangan dengannya dan berkata: ‘Ahu Huraira adalah pembohong besar yang memalsukan hadith dan mengatakannya dari Rasul.’

Ringkasnya, bukanlah kami saja yang menolak Abu Huraira. Menurut dari khalifa Umar, Amirul Mukminin, Ali, Ummul-Mukminin Aisha, dan para sahabat yang lain dan pengikut Rasul semuanya berkata bahawa dia tidak boleh dipercayai. Menurut, Sheikh-sheikh Mutazili dan para Imam mereka dan ulama Hanafi secara amnya menolak hadith yang disampaikan oleh Abu Huraira. Lebih-lebih lagi di dalam ulasannya pada Sahih Muslim, jilid IV, Nadwi menekankan maksud ini: ‘Imam Abu Hanifa berkata: ‘Para sahabat Rasul secara umumnya adalah wara’ dan adil. Saya menerima setiap hadith dengan keterangan yang disampaikan oleh mereka, tetapi saya tidak menerima hadith yang puncanya adalah dari Abu Huraira, Anas bin Malik atau Samra bin Jundab.’

Kami menolak Abu Huraira yang sama, yang mana khalifa Umar telah sebat dan memanggilnya pencuri dan penipu. Dia telah ditolak oleh Ummul-Mukminin Aisha, Imam Abu Hanifa dan oleh ramai para sahabat dan pengikut Rasul. Kami menolak Abu Huraira yang sama yang telah ditolak dan digelar pendusta oleh pemimpin kami dan ketua bagi agama yang Esa, Ali, dan oleh Imam-imam yang suci dan juga keturunan Rasul. Kami menolak Abu Huraira yang menyembah perutnya, walau pun dia mengetahui keutamaan Ali, telah mengabaikan beliau. Dia telah memilih pelindungnya, Muawiya terkutuk, duduk dimejanya untuk memuaskan nafsunya dengan makan yang lazat, dan memalsukan hadith di dalam menentang Ali. Di dalam perbincangan kita setakat ini, kamu dan saya hendaklah memerhatikan bahawa apabila hadith dari Rasul yang dipertimbangan; kita hendaklah pada mulanya merujuk pada al-Quran. Jika hadith itu bersetuju dengan al-Quran, jika hendaklah menerimanya, jika tidak, tolak.
MENJAWAB KEPADA HADITH YANG DIKATAKAN BAHAWA ALLAH BERKATA: AKU RIDHA KEPADA ABU BAKR – ADAKAH DIA RIDHA DENGAN AKU?

Hadith yang kamu sebutkan terdahulu [walaupun dari satu pihak] boleh dirujukan kepada al-Quran. Jika tidak terdapat sebarang pertentangan, pasti kami akan menerimanya. Satu ayat dari al-Quran yang mengatakan: ‘Dan pastinya Kami menjadikan manusia, dan mengetahui apa yang difikirkan. Kami lebih dekat padanya dari urat lehernya.’ [50:16] Kamu faham bahawa ‘hablul-warid’ urat leher, adalah pengertian umum untuk menunjukkan betapa terlalu hampirnya. Pengertian pada ayat ini ialah, Allah adalah yang Maha Mengetahui. Tidak ada yang tersembunyi dariNya, betapa dalam sekali pun di dalam dada manusia. Allah mengetahui rahsia di dalam hati kita. Dan di dalam surah Yunus, Dia berkata: ‘Dan kamu tidak terikat pada mana-mana urusan, tidak juga kamu membaca mengenai dari mana-mana bahagian al-Quran, tidak juga kamu melakukan apa-apa kerja tetapi Kami menyaksikan diatas kamu apabila kamu masuk kepadanya. Dan tidak ada yang terlindung dari Tuhan mu walau seberat atom dibumi atau dilangit, tidak juga apa-apa yang kecil atau besar, tetapi semuanya di dalam Kitab yang nyata.’ [10:61] Menurut dari ayat-ayat ini, dan juga fikiran yang waras, tidak ada yang terlindung dari Allah. Dia mengetahui apa yang dilakukan atau difikirkan oleh manusia. Sekarang bandingkan hadith itu dengan dua ayat ini dan lihatlah sama ada ianya boleh seiringan.

Bagaimana boleh diterima bahawa Allah tidak tahu apa yang diridhai oleh Abu Bakr, sehinggakan Dia sendiri terpaksa bertanya kepadanya sama ada dia merasa ridha kepadaNya [Allah] atau tidak?

Akal yang waras dan al-Quran menunjukkan bahawa hadith ini adalah palsu.
HADITH YANG MENINGGIKAN ABU BAKR DAN UMAR DAN PENOLAKKAN PADANYA.

Sheikh: Tidak terdapat sebarang keraguan bahawa Rasul telah berkata: ‘Allah akan menunjukkan Dirinya kepada semua manusia secara umum dan kepada Abu Bakr secara khusus.’ Dia juga berkata: ‘Allah tidak meletakkan apa-apa kedalam dada saya yang Dia tidak letakkan kepada dada Abu Bakr.’ Dia juga berkata: ‘Saya dan Abu Bakr adalah seperti dua ekor kuda yang sama-sama kuat di dalam perlumbaan.’ Lagi katanya: ‘Dilangit ada terdapat 80 000 malaikat yang mendoakan untuk kesejahteraan bagi mereka yang bersahabat dengan Abu Bakr dan Umar. Dan pada aras langit yang lain 80 000 malaikat yang mengutuk mereka yang bermusuhan dengan Abu Bakr dan Umar.’ Rasul juga berkata: ‘Abu Bakr dan Umar adalah yang terbaik dari semua manusia dari mula kejadian hingga akhir.’ Kedudukan Abu Bakr dan Umar boleh dinilai dari hadith yang dikatakan oleh Rasul: ‘Allah menjadikan aku dari cahayaNya, Abu Bakr dari cahaya aku, dan Umar dari cahaya Abu Bakr, dan ummahku dari cahaya Umar. Umar adalah pelita bagi manusia di syurga.’ Terdapat banyak lagi hadith yang dirakamkan di dalam buku sahih kami. Saya telah sebutkan sedikit daripadanya supaya kamu boleh tahu kedudukan sebenar khalifa.

Shirazi: Pengertian kepada hadith ini membawa kepada murtad dan kafir, yang mana dengan jelas telah membutikan bahawa Rasul tidak mengatakan yang sedemikian. Hadith yang pertama menunjukkan bahawa Allah mempunyai bentuk dan ianya adalah kafir pada mempercayai bahawa Allah mempunyai bentuk. Hadith kedua menunjukkan bahawa Abu Bakr berkongsi segala yang diwahyukan kepada Rasul. Hadith yang ketiga menunjukkan bahawa Rasul bukanlah yang lebih utama dari Abu Bakr. Hadith yang lainnya bertentangan dengan hadith yang telah diterima oleh kedua golongan, bahawa manusia yang terbaik di dalam dunia ini adalah Nabi Muhammad dan keturunannya.

Selain dari fakta yang nyata ini, ulama kamu yang terkenal, seperti Muqaddasi di dalam bukunya ‘Tadhkiratul-Muzua’; firuzabadi Shafii di dalam ‘Safarus-Saadat’, Hasan bin Athir Dhahabi di dalam ‘Mizanul-Itidal’; Abu Bakr Ahmad bin Ali khatib Baghdadi di dalam ‘Tarikh’; Abul-Faraj di dalam ‘Kitabul-Muzua’; dan Jalalud-Din Suyuti di dalam ‘Al-Lualil-Masnua fil-Abadusil-Muzua’ – semua merumuskan bahawa hadith-hadith itu telah dipalsukan. Mereka semua menekankan bahawa hadith itu adalah dusta. Ianya bertentangan dengan al-Quran dan juga akal yang waras.

Sheikh: Tetapi pertimbangakan satu lagi hadith yang pastinya sahih. Rasul berkata: ‘Abu Bakr dan Umar adalah ketua bagi orang tua disyurga.’

Shirazi: Jika kamu meniliti hadith yang dikatakan ini dengan cermat, kamu akan dapati bahawa selain daripada ulama kamu sediri telah menolaknya, hadith ini tidak mungkin datang dari Rasul. Semua orang tahu bahawa syurga tidak dihuni oleh orang tua. Tidak ada perubahan di dalamnya. Terdapat banyak laporan yang telah diterima oleh kedua golongan yang bersangkutan kepada perkara ini. Satu daripadanya adalah mengenai Ashjaiyya, seorang wanita tua yang pergi berjumpa Rasul. Di dalam masa perbualan Rasul telah berkata: ‘Wanita tua tidak akan masuk syurga.’ Wanita itu amat susah hati sambil menangis dia berkata: ‘Wahai rasul Allah, ini bererti saya tidak akan masuk syurga.’ Dengan mengatakan ini, dia pergi. Rasul berkata: ‘Katakan kepadanya, pada hari tersebut dia akan menjadi muda dan masuk kesyurga.’ Kemudian dia membaca ayat yang berikut dari al-Quran: ‘Sesungguhnya Kami adakan bagi mereka keadaan yang baru, kemudian kami jadikan mereka perawan, mencintai, sama di dalam umur, hanya untuk sahabat dipihak yang kanan.’ [56:35-38]

Di dalam hadith yang lain yang diterima oleh kedua pihak, Rasul berkata: ‘Apabila penduduk dunia memasuki syurga, mereka akan menjadi muda dan suci dengan wajah yang bersih, rambut ikal, mata yang menawan, berusia 33 tahun.’
br> Sheikh: Kenyataan kamu adalah benar sebagaimana adanya, tetapi ini adalah hadith tertentu.

Shirazi: Saya tidak mengerti. Apa yang kamu maksudkan dengan ‘hadith tertentu’? Adakah kamu maksudkan bahawa Allah akan menghantar sekumpulan orang tua ke syurga supaya Abu Bakr dan Umar boleh menjadi ketuanya? Sebaliknya ulama kamu telah menganggapnya sebagai palsu. Rasul telah berikan kepada kita peraturan pada pengesahan hadith. Saya telah nyatakan terdahulu bahawa sebarang hadith yang tidak selaras dengan al-Quran hendaklah ditolak. Ulama kami telah menolak beberapa hadith yang dikatakan berpunca dari Rasul atau dari Imam yang suci atas dasar prinsip yang telah disebutkan oleh Rasul: ‘Apabila hadith yang disampaikan dikatakan datang dari saya, rujuklah kepada al-Quran; jika ia selaras dengannya, terimalah, jika tidak, tolak.’ Begitulah ulama kami tidak menerima hadith yang tidak selaras dengan al-Quran. Terdahulu saya telah nyatakan bahawa ulama kamu telah menulis peraturan pada menolak hadith yang palsu. Sebagai contoh, Sheikh Majdud-Din Muhammad bin Yaqub Firuzabadi di dalam ‘Safarus-Saada’ ms 142; Jalalud-Din Suyuti di dalam ‘Kitabul-Luali’; Ibn Jauzi di dalam ‘Muzua’; Muqaddasi di dalam ‘Tadhkiratul-Muzua’; dan Sheikh Muhammad bin Darwish [Mashhur be Hut-e-Beiruti] di dalam ‘Asnal-Talib’ – semua telah berkata bahawa rantaian penyampai kepada hadith yang mengatakan bahawa Abu Bakr dan Umar adalah ketua pada orang tua di syurga termasuk Yahya bin Anbasa. Dhahabi berkata bahawa Yahya ini adalah penyampai yang tidak boleh dipercayai, dan Ibn Jan berpendapat bahawa Yahya biasa memalsukan hadith.

Makanya, selain dari hujah saya yang terdahulu, ulama kamu juga menganggapnya sebagai hadith palsu. Mungkin ianya telah dipalsukan oleh pengikut Abu Bakr, keluarga Umayya. Supaya mereka dapat merendahkan Bani Hashim dan keturunan Rasul, mereka biasa memalsukan hadith yang selari [sejajar] dengan yang sahih yang telah disampaikan di dalam memuji keluarga Rasul. Orang seperti Abu Huraira, di dalam hendak memenangi kedudukan kepada golongan pemerintah, Bani Umayya, kerap memalsukan hadith. Disebabkan permusuhan mereka terhadap keluarga Rasul, mereka mengadakan hadith yang sejajar dengan yang diterima oleh ulama shia dan sunni.

Nawab: Hadith mana yang diterima di dalam kes ini?
HADITH YANG KEDUANYA HASAN DAN HUSAIN ADALAH KETUA REMAJA DISYURGA.

Shirazi: Hadith yang sahih adalah bahawa Rasul telag berkata: ‘Hasan dan Husain adalah ketua remaja disyurga dan bapa mereka adalah lebih utama dari mereka.’ Banyak ulama yang telah menyebutkan hadith ini. Sebagai contoh: Khatib Khawarizmi di dalam ‘Manaqib’, Mir Seyyed Ali Abu Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam ‘Khasa’is-il-Alawi’ (tiga hadith), Ibn Sabbagh Maliki di dalam ‘Fusulu’l-Muhimma’, ms 159, Sulayman Balkhi Hanafi di dalam ‘Yanabiu’l-Mawadda’, Bab 54, Sibt Ibn Jauzi di dalam ‘Tadhkira’, menyebutnya dari Tirmidhi, Ibn Maja dan Imam Ahmad bin Hanbal, Sibt Ibn Jauzi ms 133 dari ‘Tadhkiratu’l-Mawadda’, Imam Ahmad bin Hanbal di dalam ‘Musnad’, Tirmidhi di dalam ‘Sunan’, dan Muhammad bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam ‘Kifayatu’t-Talib’, Bab 97, telah merakam hadith ini dan kemudian menambah bahawa penyampai yang terkenal mengenai hadith, Imam Abdu’l-Qasim Tibrani, dan yang juga merakamkan hadith ini di dalam ‘Mu’ajamu’l-Kabir’ dan menyenaraikan semua penyampai, seperti Amirul Mukminin, Ali, Umar bin Khattab (khalifa kedua), Hudhaifa Yamani, Abu Sa’id Khadri, Jabir bin Abdullah Ansari, Abu Huraira, Usama bin Zaid, dan Abdullah bin Umar. Kemudiannya, Muhammad bin Yusuf telah mengulas bahawa ianya tidak dipersoalkan lagi bahawa hadith ini adalah tulen. Rantaian penyampai yang tidak putus pada hadith ini adalah bukti kesahihannya. Tambahan lagi, Hafiz Abu Nu’aim Isfahani di dalam ‘Hilyatu’l-Auliya’, Ibn Asakir di dalam ‘Ta’rikh Kabir’, jilid IV, ms 206, Hikam di dalam ‘Mustadrak’, Ibn Hajar Makki di dalam ‘Sawa’iq Muhriqa’ – ringkasnya, semua ulama kamu yang terkenal telah mengesahkan kesahihan hadith ini.

Sheikh: Tetapi pertimbangkan hadith ini, yang kesahihannya tidak dapat dinafikan. Rasul berkata: ‘Di dalam mana-mana ummah Abu Bakr hidup, adalah tidak wajar jika ada orang lain yang diutamakan dari dirinya.’ Hadith ini membuktikan bahawa Abu Bakr adalah lebih utama dari seluruh ummah.

Shirazi: Saya kesal awak telah menerima hadith ini tanpa diteliti. Jika hadith ini telah disampaikan oleh Rasul, pasti baginda sendiri telah bertindak diatasnya. Tetapi baginda memberikan keutamaan kepada Ali di dalam kehadiran Abu Bakr. Adakah Abu Bakr tidak hadir pada masa Mubahila apabila Ali dipilih sebagai dirinya? Di dalam peperangan Tabuk, apabila yang lebih tua dan lebih berpengalaman Abu Bakr ada di situ, mengapa Rasul menjadikan Hazrat Ali timbalan dan khalifanya?

Mengapa Abu Bakr ditolak dengan perintah Allah dan dipilih Ali sebagai pengganti, apabila orang yang tua itu telah dikirimkan ke Makah untuk menyampaikan Islam dan membacakan dari surah kesembilan dari al-Quran, ‘At-Taubah’?

Sedang Abu Bakr hadir, mengapa Rasul membawa Ali bersamanya ke Kaabah untuk memecahkan patung-patung, mengizinkan beliau memanjat keatas bahunya yang suci, memerintahkannya supaya memecahkan patung Hubal? Mengapa, dengan kehadiran Abu Bakr, Rasul telah menghantar Ali ke Yaman untuk menyampaikan Islam diantara penduduk Yaman. Akhir sekali mengapa Rasul menjadikan Ali pengganti dan wazirnya, sepatutnya Abu Bakr?

Sheikh: Terdapat hadith yang kukuh dari Rasul yang tidak boleh dipertikaikan. Ianya telah disampaikan oleh Amr bin As yang berkata: ‘Satu hari saya bertanya kepada Rasul: ‘Wahai Rasul Allah! Siapakah yang paling kamu cintai diantara para wanita?’ Dia menjawab: Aisha. Saya berkata: Siapa yang paling kamu cintai diantara lelaki?’ Dia menjawab: Bapa Aisha, Abu Bakr. Oleh kerana Rasul mengutamakan Abu Bakr dari lelaki yang lain, dia adalah lebih utama dari seluruh ummah. Fakta ini dengan sendirinya telah jelas membuktikan tentang sahnya khalifa Abu Bakr.
JAWAPAN KEPADA HADITH KONONNYA ABU BAKR DAN AISHA ADALAH YANG LEBIH DIUTAMAKAN OLEH RASUL.

Shirazi: Fakta yang sebenar adalah hadith ini dipalsukan oleh penyokong Abu Bakr, ianya tidak selaras dengan hadith sahih yang telah diterima oleh kedua belah pihak. Hadith ini hendaklah dipertimbangkan pada dua sudut pandangan: dari sudut Ummul-Mukminin Aisha dan dari sudut Abu Bakr. Rasul tentu tidak mengatakan bahawa dari semua wanita yang paling dicintainya adalah Aisha. Saya telah nyatakan terdahulu bahawa ini bertentangan dengan hadith sahih dari buku kedua golongan sunni dan shia.

Sheikh: Dengan hadith yang mana hadith ini bertentangan?

Shirazi: Terdapat banyak hadith mengenai ibu kepada para Imam, Fatima Zahra, yang disampaikan oleh ulama kamu, yang bertentangan dengan kenyataan kamu. Hafiz Abu Bakr Baihaqi di dalam ‘Tarikh’ nya, Hafiz Ibn Abdul-Bar di dalam ‘Istiab’ nya, Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam ‘Mawaddatul-Qurba’, dan yang lain dari ulama kamu telah menyatakan bahawa Rasul berkata berulang kali: ‘Fatima adalah wanita terbaik dari ummah ku.’ Imam Ahmad bin Hanbal di dalam ‘Musnad’ dan Hafiz Abu Bakr Shirazi di dalam ‘Nuzulul-Quran fi Ali’ disampaikan dari Muhammad bin Hanafiah, dan dia dari Amirul Mukminin, Ali; Ibn Abdul-Barr di dalam ‘Istiab’; di dalam berkenaan Fatima, berkaitan dari Ummul-Mukminin Khadija dari Abdu’l-Warith Bin Sufyan dan dari Abu Dawud dan Anas Bin Malik, Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Bab 55 dari ‘Yanabiu’l-Mawadda’, Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam ‘Mawaddatu’l-Qurba’, Mawadda XIII – ini dan banyak lagi dari penyampai hadith telah menyatakan dari Anas bin Malik bahawa Rasul berkata: ‘Terdapat empat wanita termulia didunia ini: Mariam anak perempuan Imran; Asiya anak perempuan Mazahim; Khadija anak perempuan khuwalid; dan Fatima anak perempuan Muhammad.’ Khatib di dalam Tarikh Baghdad menyampaikan bahawa Rasul mengistiharkan empat wanita ini yang terbaik diseluruh dunia. Kemudian baginda mengistiharkan Fatima adalah yang terbaik diantara mereka semua didunia dan diakhirat. Muhammad bin Ismail Bukhari di dalam ‘Sahih’ nya, dan Imam Ahmad bin Hanbal di dalam ‘Musnad’ menyampaikan dari Aisha bint Abi Bakr bahawa Rasul berkata kepada Fatima: ‘Wahai Fatima, aku memberi kamu khabar yang baik bahawa Allah telah menjadikan engkau yang paling utama dari semua wanita didunia, dan menjadikan engkau yang paling suci dari semua wanita Islam.’ Juga di dalam ‘Sahih’ Bukhari, Bahagian IV, ms 64, Muslim di dalam ‘Sahih’ nya Bahagian II, di dalam Bab ‘Kemuliaan Fatima’; Hamidi di dalam ‘Jam’a Bainus-Sahihain’; Abdi di dalam ‘Jam’a Bainus-Sihahus-Sitta’ – ini dan banyak lagi telah menyatakan pada pengesahan Ummul-Mukminin Aisha bahawa Rasul berkata: ‘Wahai Fatima! Tidakkah kamu gembira bahawa kamu adalah ketua wanita diseluruh dunia? Ibn Hajar Asqalani telah menyebutkan rangkap yang sama di dalam ‘Isaba’ nya didalam pertalian dengan hidup Fatima pada versi: ‘Kamu adalah yang terbaik dari semua wanita didunia.’ Juga, Bukhari, Muslim, Imam Ahmad bin Hanbal, Tibrani, dan Sulayman Balkhi Hanafi – semua telah merakamkan hadith ini.
AYAT AL-QURAN PADA MENCINTAI KELUARGA NABI.

Sebagai tambahan, Bukhari dan Muslim, masing-masing di dalam ‘Sahih’ nya, Imam Tha’labi di dalam ‘Tafsir’ nya, Imam Ahmad bin Hanbal di dalam ‘Musnad’, Tibrani di dalam ‘Mu’jamu’l-Kabir’, Sulayman Balkhi Hanafi di dalam ‘Yanabiu’l-Mawadda’, Bab 32, pada pengesahan di ‘Tafsir’ dari Ibn Abi Hatim, ‘Manaqib’ dari Hakim, Wasit dan Wahidi, ‘Hilyatu’l-Auliya’ dari Hafiz Abu Nu’aim Isfahani, dan ‘Fara’id’ dari Hamwaini, Ibn Hajar Makki di dalam ‘Sawa’iq Muhriqa’, di bawah ayat 14 pada kenyataan Ahmad, Muhammad bin Talha Shafi’i di dalam ‘Matalibu’s-Su’ul’, ms 8, Tabari di dalam ‘Tafsir’, Wahidi di dalam ‘Asbabu’n-Nuzul’, Ibn Maghazili di dalam ‘Manaqib’, Muhibu’d-Din Tabari di dalam ‘Riyazu’n-Nuzra’, Mu’min Shablanji di dalam ‘Nuru’l-Absar’, Zamakhshari di dalam ‘Tafsir’, Imam Fakhru’d-Din Razi di dalam ‘Tafsir Kabir’, Seyyed Abu Bakr Shahabu’d-Din Alawi di dalam ‘Rishfatu’s-Sadi min Bahr-e-Faza’il-e-Baniu’l-Nabi’i’l-Hadi’, bab 1, ms 22-23 pada kenyataan dari ‘Tafsir of Baghawi’, Tafsir’ dari Tha’labi, ‘Manaqib’ dari Ahmad, Kabir dan Ausat dari Tibrani dan Sadi, Sheikh Abdullah bin Muhammad bin ‘Amir Shabrawi Shafi’i di dalam ‘Al-‘Ittihaf’, ms 5 pada pengesahan oleh Hakim, Tibrani, and Ahmad, Jalalu’d-Din Suyuti di dalam ‘Ihya’u’l-Mayyit’ pada pengesahan dari ‘Tafsirs’ dari Ibn Mundhir, Ibn Abi Hatim, Ibn Mardawaih, dan ‘Mu’jamu’l-Kabir’ dari Tibrani; dan Ibn Abi Hatim dan Hakim – secara ringkas, kebanyakkan dari ulama kamu yang mashor [mengenepikan beberapa pengikut kuat Bani Umayya dan musuh-musuh ahli bayt] telah menyatakan dari Abdullah bin Abbas dan lainnya bahawa apabila ayat yang berikut dari al-Quran diwahyukan: ‘Katakan: Saya tidak meminta apa-apa ganjaran untuknya tetapi kecintaan untuk keluarga terdekat ku; dan sesiapa yang membuat kebajikan, Kami akan memberikannya tambahan… [42:23] sekumpulan sahabat bertanya: Wahai Nabi Allah, siapakah mereka kerabat mu yang mencintai mereka telah dijadikan wajib keatas kami oleh Allah?’ Nabi menjawab, ‘Mereka adalah Ali, Fatima, Hasan dan Husain.’Sebahagian hadith mengandongi perkataan ‘dan anak-anak mereka’ bererti Hasan dan Husain.
SHAFII MENGESAHKAN BAHAWA CINTA KEPADA AHLI BAYT ADALAH WAJIB.

Bahkan Ibn Hajar [musuh shia] di dalam ‘Sawaiq Muhriqa’ nya ms 88, Hafiz Jamalud-Din Zarandi di dalam ‘Mirajul-Rasul’; Sheikh Abdullah Shabrawi di dalam ‘Kitabul-Ittihaf’ ms 29, Muhammad bin Ali Sabban dari Mesir di dalam ‘Asafur-Raghibin’ ms 119; dan lainnya telah menyatakan dari Imam Muhammad bin Idris Shafii, seorang dari Imam kamu yang empat, ketua agama mazhab shafii, bahawa dia telah berkata: ‘Wahai ahli bayt Nabi Allah! Cinta kepada kamu telah dijadikan wajib kepada kami oleh Allah, sebagaimana diwahyukan di dalam al-Quran [merujuk kepada ayat diatas] Telah mencukupi bagi kehormatan kamu jika sesaorang tidak mengucapkan salam kepada kamu di dalam solat, maka solatnya tidak akan diterima.’ Sekarang saya bertanya kepada kamu, bolehkah hadith yang disampaikan oleh kamu dari satu pihak, bertahan terhadap semua hadith yang sahih yang telah diterima oleh kedua pihak sunni dan juga shia?

PENGHINAAN OLEH ABU TAIMIYYA.


Berkenaan dengan cinta Nabi kepada Aisha, adakah kamu fikir bahawa disebabkan keinginan nafsu baginda mencintai Aisha lebih dari Fatima? Adalah benar bahawa Aisha isterinya dan dari itu Ummul-Mukminin [ibu bagi yang beriman] seperti para isteri Nabi yang lain. Tetapi bolehkah diterima bahawa baginda mencintai Aisha lebih dari baginda mencintai Fatima, yang mana cinta kepadanya telah dijadikan wajib di dalam al-Quran, yang mana untuknya ayat kesucian telah diwahyukan dan yang telah juga terjumlah di dalam Mubahila? Pastinya kamu tahu bahawa Nabi dan wazirnya tidak digerakkan oleh keinginan nafsu, dan bahawa mereka hanya melihat kepada Allah. Dedikasi tersebut adalah benar kepada Rasul yang terakhir. Dia mencintai sesiapa yang dicintai oleh Allah. Perlukah kita menolak hadith sahih yang telah diterima oleh ulama dari kedua golongan dan yang selaras dengan ayat-ayat al-Quran, atau kita menganggap hadith yang kamu sebutkan sebagai palsu? Kamu mengatakan bahawa Nabi telah menyatakan bahawa baginda mencintai Abu Bakr lebih dari mana-mana lelaki. Tetapi tuntutan ini juga telah menyimpang dengan banyak hadith lain yang sahih dan telah disampaikan oleh ulama kamu sendiri, yang telah menekankan bahawa menurut Nabi, yang paling dicintainya adalah Ali.
RASUL MENGUTAMAKAN ALI LEBIH DARI LELAKI LAINNYA.

Sheikh Sulayman Balkhi di dalam ‘Yanabiul-Mawadda’ nya; Bab 55, menyampaikan dari Tirmidhi, dari hadith Buraida bahawa menurut Nabi, wanita yang paling dicintai adalah Fatima, dan lelaki yang paling dicintai adalah Ali. Muhammad bin Yusuf Ghanji shafii di dalam ‘Kifayatut-Talib’ nya, Bab 91, menyebutkan dengan pengesahan dari Ummul-Mukminin Aisha yang berkata: ‘Allah tidak menjadikan sesiapa yang paling dicintainya lebih dari Ali.’ Dia menambah bahawa hadith ini Ibn Jarir tulis di dalam ‘Manaqib’ nya, dan Ibn Asakir Damishqi di dalam terjemahannya telah menyatakan dari Ali. Muhyid-Din dan Imamul-Haramain Ahmad bin Abdullah shafii menyampaikan dari Tirmidhi dalam ‘Dhakhairul-Uqba’ bahawa orang bertanya kepada Aisha, wanita mana yang paling dicintai oleh Nabi, dan dia menjawab ‘Fatima’. Kemudian dia ditanya lagi mengenai lelaki mana yang paling dicintai oleh Nabi, dan dia menjawab, ‘Suaminya Ali Ibn Abi Talib.’ Kemudian dia menyampaikan dari buku ‘Mukhalis’ oleh Dhahabi dan Hafiz Abul-Qasim Damishqi dan dia dari Aisha yang berkata: ‘Saya tidak pernah melihat lelaki yang paling dicintai oleh Nabi lebih dari Ali, dan wanita yang paling dicintai dari Fatima.’ Sebagai tambahan Sheikh menyatakan dari Hafiz Khanjandi dan dia dari Ma’azatul-Ghifariyya bahawa dia berkata: ‘Saya pergi berjumpa dengan Nabi dirumah Aisha sedang Ali berada diluar rumah. Nabi berkata kepada Aisha: ‘Ini [Ali] adalah yang paling aku sayangi dan yang paling aku sanjungi diantara semua lalaki. Iktiraf [akui] haknya dan berilah penghormatan pada kedudukannya.’

Sheikh Abdullah bin Muhammad bin Amir Shabrawi shafii, seorang ulama kamu yang terkenal, merakamkan di dalam ‘Kitabul-Ittihaf bi Hubbil-Ashraf’ ms 9; Sulayman Balkhi di dalam ‘Yanabul-Mawadda’, dan Muhammad bin Talha shafii di dalam ‘Matalibul-Suul’, ms 6, dari Tirmidhi, dan dia dari Jami bin Umar – semua nyatakan yang berikut: ‘Saya pergi ke Ummul-Mukminin Aisha dengan emak saudara saya, dan kami tanya kepadanya, siapa yang paling dicintai oleh Nabi. Dia menjawab, ‘Diantara wanita ianya adalah Fatima dan diantara lelaki, suaminya Ali Ibn Abi Talib.’ Hadith yang sama ini telah disampaikan oleh Mir Seyyed Ali Hamadani shafii di dalam ‘Mawaddatul-Qurba’, Mawadda II, dengan perbezaan bahawa Jami bin Umar berkata bahawa dia menerima jawapan ini dari emak saudaranya.

Begitu juga Khatib Khawarizmi telah sampaikan hadith ini dari Jami bin Umar, dan dia berkata dari Aisha, pada penghujung Bab 4 dari ‘Manaqib’ nya. Ibn Hajar Makki di dalam ‘Sawaiq Muhriqa’, pada penghujung Bab 2, selepas merakamkan 40 hadith pada kemuliaan Ali, menyampaikan hadith yang berikut dari Aisha: ‘Diantara wanita, Fatima adalah wanita yang paling dicintai oleh Nabi Allah dan diantara lelaki, suaminya.’ Muhammad bin Talha shafii di dalam ‘Matalib-us-Suul’, ms 7; selepas merakamkan hadith yang tertentu pada isu ini, menyatakan rumusannya sendiri didalam perkataan yang berikut:

‘Hadith sahih yang mempunyai satu pengertian ini membuktikan bahawa Fatima adalah yang paling dicintai oleh Nabi diatas segala wanita. Dia mempunyai kedudukan yang tertinggi dari semua wanita disyurga dan yang ketua dari ummah ini dan begitu juga ketua dari semua wanita Madina.’ Hadith yang boleh dipercayai ini dengan jelas menunjukkan bahawa dari semua makhluk kejadian, Ali dan Fatima adalah yang paling dicintai oleh Nabi. Bukti yang lain menunjukkan Nabi mengutamakan Ali dari lelaki yang lain adalah ‘hadith pada burung’ [Hadith-e-Tair]. Hadith ini telah terkenal dan diketahui umum yang mana saya tidak perlu mengatakan semua puncanya. Saya akan menyatakan sebahagiannya sahaja.
HADITH MENGENAI BURUNG PANGGANG.

Kebanyakkan dari ulama kamu yang terkenal seperti Bukhari; Muslim; Tirmidhi; Nisai; dan Sijistani di dalam siha mereka, Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad; Ibn Abil-Hadid di dalam ulasannya pada Nahjul-Balagha; Ibn Sabbagh Maliki di dalam Fusulul-Muhimma; dan Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiul-Mawadda; Bab 8, dan dari buku penulis yang dipercayai, telah merakamkan Hadirh-e-Tair di dalam kerja-kerja mereka. Mereka mengesahkan bahawa hadith ini telah disampaikan oleh 24 penyampai hadith dari Anas bin Malik. Ibn Sabbagh Maliki di dalam Fusulul-Muhimma menulis mengenainya dalam perkataan yang berikut: Di dalam buku hadith yang sahih dan penyampaian yang boleh dipercayai, hadith-e-tair dari Anas bin Malik adalah benar dengan tidak dipertikaikan. Sibt Ibn Jauzi; pada ms 23 dari Tadhkira; dan Sunan dari Tirmidhi dan Masudi pada ms 49 Jilid II dari Murujudh-Dhahab, telah menumpukan terutamanya pada bahagian akhir hadith ini, yang mengadungi doa Nabi dan penerimaannya oleh Allah. Imam Abu Abdur-Rahman Nisai, dalam hadith yang ke sembilan dari Khasaisul-Alawi, dan Hafiz bin Iqda dan Muhammad bin Jarir Tabari semuanya telah merujuk kepada rataian penyampai yang tidak putus dan kepada punca kesahihan hadith ini, dengan mengatakan bahawa ianya telah disampaikan oleh 35 para sahabat Nabi dari Anas bin Malik. Secara ringkas semua ulama kamu telah mengesahkan kesahihan hadith ini dan telah dimuatkan kedalam buku mereka. Allama Seyyed Hamid Husain telah memperuntukan satu jilid khas di dalam bukunya Abaqatul-Anwar kepada hadith ini. Dia telah mengumpulkan segala punca yang dipercayai dari ulama terkenal dan dengan jelas membuktikan kesahihan hadith ini.

Menurut hadith ini, satu hari seorang wanita membawa hadiah seekor burung panggang kepada Nabi. Sebelum memakannya, Nabi mengangkat tangan berdoa kepada Allah: ‘Wahai Allah! Dari kesemua kejadian Kamu, hantarkanlah seorang yang kamu dan aku sayangi, supaya dia dapat menikmati burung panggang ini bersama aku.’

Ali kemudian masuk dan menikmati burung panggang itu bersama Nabi.

Sebahagian buku kamu, seperti Fusulul-Muhimma oleh Maliki; Tarikh oleh Hafiz Nishapuri; Kifayatut-Talib oleh Ghanji shafii, dan Musnad oleh Ahmad bin Hanbal dst; yang mana hadith ini yang disampaikan dari Anas bin Malik, telah merakamkan bahawa Anas berkata: ‘Belum selesai Nabi berdoa, Ali telah sampai kerumah, tetapi aku rahsiakan perkara itu. Apabila Ali menghentakkan kakinya pada kali ketiga, Nabi mengarahkan aku untuk mengizinkan dia masuk. Apabila Ali masuk Nabi berkata: ‘Rahmat Allah keatas kamu; apa yang membuat kamu datang kepada ku? Maka Ali memberitahu bahawa dia telah datang tiga kali, tetapi hanya dibenarkan masuk pada kali ini. Nabi bertanya kepada ku, apakah yang membuat aku bertindak sedemikian, dan aku menjawab: ‘Yang sebenarnya, apabila mendengarkan doa kamu, saya berharap supaya penghargaan yang sedemikian akan jatuh kepada sesaorang dari kaum ku.’ Sekarang saya tanyakan kepada kamu yang dihormati, sama ada doa nabi diterima atau ditolak oleh Allah.

Sheikh: Sudah tentu Allah menerimanya, oleh kerana Dia telah berjanji di dalam al-Quran bahawa Dia akan menerima doa Nabi. Lebih-lebih lagi, Allah mengetahui bahawa Nabi tidak akan meminta sesuatu yang tidak wajar. Maka Allah sentiasa mengkabulkan doa baginda.

Shirazi: Allah menghantar Ali, seorang yang paling berhak diantara semua kejadianNya kepada Nabi. Ulama kamu telah mengesahkan peristiwa ini. Muhammad bin Talha shafii di dalam Matalibus-Suul, Bab I, bahagian 5, ms 15, telah menunjukkan tingginya kedudukan Ali sebagai yang dicintai oleh Allah dan Nabi pada pengertian hadith bendera [panji-panji] dan hadith burung. Di dalam pertalian itu dia berkata: ‘Tujuan Nabi adalah supaya manusia mengetahui akan unik dan tingginya kedudukan Ali, yang telah mencapai kedudukan yang tertinggi yang boleh tercapai oleh yang wara’ Begitu juga Hafiz dan Muhammad Yusuf Ghanji [mati 658 Hijrah] menulis di dalam Kifayatut-Talib Bab 33, merujuk kepada kemuliaan Ali Ibn Abi Talib, bahawa hadith ini dengan jelas telah membuktikan bahawa Ali adalah yang paling tercinta dari semua kejadian Allah. Kemudian dia berkata Hakim Abu Abdullah Hafiz Nishapuri menyebut hadith-e-tair oleh Anas dari 86 penyampai dan juga merakamkan nama 86 penyampai tersebut. [Lihat Kifatut-Talib Bab 32] Hadith yang disampaikan oleh kamu di dalam perbandingan dengan hadith yang disampaikan oleh ulama yang berkedudukan tinggi dari kamu [pengecualian terhadap beberapa fanatik yang degil] tidaklah boleh diterima dan hendaklah ditolak oleh mereka yang terpelajar.

Sheikh: Saya takut bahawa kamu telah membuat keputusan untuk tidak menerima apa yang kami katakan.

Shirazi: Bagaimana kamu boleh mengatakan perkara yang sebegitu kepada saya? Bolehkah kamu sebutkan pada saat mana yang kamu telah bentangkan hujah yang bernas dan saya telah menolaknya begitu sahaja? Saya bersumpah bahawa di dalam perbincangan agama dengan Yahudi, Kristian, Hindu, Brahmin dan yang jahil Bahai dari Iran, Qadiani dari India dan yang material – di dalam semua situasi saya tidak pernah bertindak ‘degil’ di dalam hujah-hujah saya. Saya tidak pernah bersikap sedemikian terhadap mereka yang bukan Islam – bagaimana pula dapat melakukannya dengan kamu, saudara saya dalam Islam?

Sheikh: Kami telah membaca mengenai perbincangan awak dengan Hindu dan Brahmin di Lahore di dalam surat khabar. Kami amat tertarik dengannya. Walaupun kami belum berjumpa dengan kamu, kami dapat rasakan betapa berkobarnya semangat kami terhadap kamu. Saya berharap Allah akan memandu kamu dan kami kejalan yang betul. Kami percaya bahawa jika terdapat sebarang keraguan mengenai mana-mana hadith, kami harus, menurut dari cadangan kamu, merujuk kepada al-Quran. Bagaimana pun, jika kamu mempersoal keutamaan khalifa Abu Bakr dan mode [cara] kedudukan khalifa yang utama, dan jika kamu menganggap hadith itu palsu, adakah kamu keberatan pada mempercayai hujah berasaskan kepada al-Quran?

Shirazi: Semoga Allah tidak memberikan hari itu, apabila kita meragukan fakta berasaskan pada al-Quran atau hadith yang sahih. Bagaimana pun, apabila kita memasuki perbincangan agama dengan mana-mana negara atau kommuniti, mereka juga berhujah dari ayat-ayat al-Quran untuk menjelaskan kedudukan mereka. Oleh kerana ayat al-Quran mempunyai berbagai tingkatan pengertian, nabi yang akhir, di dalam menjaga manusia daripada tersalah pengertian, tidak meninggalkan HANYA al-Quran sebagai satu-satunya punca petunjuk. Sebagaimana telah diterima oleh kedua-dua golongan [sunni dan shia], baginda sendiri berkata: ‘Saya tinggalkan bersama kamu dua perkara penting: kitab Allah dan keturunan saya. Jika kamu berpegang kepada kedua-dua ini, kamu tidak akan sesat selepas ku. Sesungguhnya kedua ini tidak akan berpisah sehingga mereka bertemu dengan ku dipancutan Kauthar.’ Atas sebab ini, pengertian pada wahyu al-Quran hendaklah dicari perjelasannya dari Nabi, jurubahasa utama al-Quran atau sesudah baginda dari yang sama seperti al-Quran, keturunan Nabi yang suci. Al-Quran berkata: ‘Maka tanyakan kepada ahli zikir jika kamu tidak tahu.’ [21:7]
ORANG AHLI ZIKIR ADALAH AHLI MUHAMMAD, KETURUNAN NABI YANG SUCI.

Ahli zikir bererti orang yang mengingati, Ali dan Imam-Imam yang suci, keturunannya, adalah yang sama dengan al-Quran. Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiul-Mawadda, Bab 39, menyebutkan dari Tafsir-e-kashful-Bayan oleh Imam Thalabi, disampaikan dari Jabir Ibn Abdullah Ansari, yang berkata: ‘Ali berkata: ‘Kami keturunan Nabi adalah orang ahli zikir.’ Oleh kerana zikir adalah ‘ingatan’ dan salah satu dari nama al-Quran, keluarga ini mengandungi orang al-Quran. Sebagaimana disampaikan oleh ulama kamu, Ali berkata: ‘Tanyalah kepada ku apa saja yang kamu mahu sebelum aku meninggalkan kamu. Tanyalah mengenai al-Quran, oleh kerana aku tahu setiap ayat di dalamnya – sama ada diwahyukan di malam hari atau disiang hari, pada padang dataran atau pada gunung yang tegak. Demi Allah, tidak ada ayat dari al-Quran yang di wahyukan melainkan, akau tahu mengenai apa ia diwahyukan, dimana ia diwahyukan dan mengenai orang macam mana ia diwahyukan. Allah yang Berkuasa telah menganugerahkan kepada ku lidah yang fasih dan akal yang bijak.’

Maka, mengasaskan hujah atas ayat-ayat al-Quran hendaklah menurut pengertiannya yang sahih dan pemahaman yang diberikan oleh mereka, pengulas yang berkemampuan dan dipercayai. Jika tidak, setiap orang akan memberikan interpritasi pada ayat-ayat al-Quran menurut ukuran pengetahuan dan kepercayaannya, dan itu akan menghasilkan pada perbezaan pendapat dan ide yang bertentangan. Dengan ini di dalam fikiran kita, sila nyatakan ayat kamu.
SEBUTAN DARI AYAT AL-QURAN MENGENAI PERLANTIKAN EMPAT KHALIFA, DAN JAWAPANNYA.

Sheikh: Allah dengan jelas berkata di dalam al-Quran, ‘Muhammad adalah Rasul Allah, dan mereka yang bersama dengannya keras terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayang diantara mereka. Kamu akan melihat mereka rukok dan sujud, mengharap kurnia dari Allah dan keridhaanNya. Pada muka mereka terdapat tanda bekas sujud.. …[48:29]

Pertama ayat ini menunjukkan keutamaan Abu Bakr.

Kedua, ia menunjukkan kedudukan empat khalifa, sebagai tentangan pada tuntutan oleh shia yang Ali adalah yang pertama. Ayat ini menyatakan dengan jelas bahawa Ali adalah khalifa keempat.

Shirazi: Pastinya ayat ini tidak menunjukkan sebarang petanda mengenai mode [cara] perlantikkan para khalifa atau mengenai keutamaan Abu Bakr. Makanya, kamu perlulah menunjukkan pada tempat mana diayat ini maksud itu diterangkan.

Sheikh: Pada permulaan ayat ini, rangkap ‘mereka yang bersama dengannya’ merujuk kepada manusia agung, yang bersama dengan Nabi pada ‘malam di dalam gua’, Cara susunan pada kedudukan khalifa juga jelas di dalam ayat ini. ‘Mereka yang bersama dengannya’ bererti Abu Bakr, yang menemani Nabi di dalam gua Thawr pada malam penghijrahan. Rangkap ‘keras terhadap orang kafir’ bererti Umar bin Khattab, yang sangat keras dengan orang-orang kafir. Rangkap ‘berkasih sayang diantara mereka’ merujuk kepada Uthman bin Affan, yang sangat pemurah. Rangkap ‘pada muka mereka terdapat tanda bekas sujud’ merujuk kepada Ali. Adalah jelas bahawa Ali ialah khalifa yang keempat, bukan yang pertama, oleh kerana Allah menyebutnya pada tempat keempat.

Shirazi: Bagaimanakah saya hendak menjawabnya, supaya saya tidak dikatakan berkepentingan diri. Tidak ada pengulas al-Quran, termasuk ulama kamu yang agung, telah menghuraikan ayat ini sebagaimana yang kamu huraikan. Jika ayat ini adalah mengenai susunan khalifa, dihari pertama wafatnya Nabi, apabila Ali, Bani Hashim dan para sahabat Nabi yang ulung menunjukkan bantahan dan enggan memberikan baia’ kepada khalifa, hujah yang tidak berasas tentu tidak diketengahkan. Mereka tentunya telah diberikan dengan jawapan yang akan mensenyapkan mereka dengan membacakan ayat al-Quran ini diketika itu. Maka, ini amatlah jelas bahawa interpretasi kamu ini sesuatu yang datang kemudian. Tidak seorang pun dari pengulas kamu yang unggul seperti Tabari, Imam Tha’labi, Fazil Nishapuri, Jalalu’d-Din Suyuti, Qazi Baidhawi, Jarullah Zamakhshari, Imam Fakhru’d-Din Razi, atau lain yang menghuraikannya seperti tersebut. Saya gagal untuk memahami bagaimana kamu dapat menerbitkan maksud yang sebegitu. Dimana dan oleh siapa maksud yang begitu diberikan? Ayat ini, dari sudut pandangan bahasa dan juga teknik, juga bertentangan dengan apa yang kamu katakan.

Sheikh: Saya tidak menyangka bahawa kamu sebegitu berani menentang maksud yang begitu jelas pada ayat itu. Ya, jika kamu mempunyai apa-apa untuk mengatakan mengenainya, kamu boleh nyatakan, supaya kedudukan yang sebenar dapat diperjelaskan.

Shirazi: Mempertimbangkan dari pembinaan nahu ayat itu, jika kami menghuraikan maksudnya sebagaimana kamu lakukan, ia mungkin bermaksud bahawa Muhammad adalah Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali atau Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali adalah Muhammad. Walaupun pelajar baru tahu bahawa cara penghuraian begini adalah salah secara nahu. Sebaliknya jika ayat ini merujuk kepada empat khalifa, disana perlu ada rangkaikata ‘dan’ untuk menyatukan perkataan pada memberikan pengertian yang kamu maksudkan, tetapi tidak begitu.

Kesemua pengulas dari golongan kamu berkata bahawa ayat ini merujuk kepada semua yang beriman. Lebih-lebih lagi, kualiti yang diterangkan di dalam ayat ini dengan jelas merujuk kepada seorang sahaja, yang tinggal bersama dengan Nabi semenjak dari mula, dan bukannya empat orang. Dan jika kita yang seorang itu adalah Amirul Mukminin Ali, ianya lebih bersesuaian mengikut akal fikiran dan hadith dari disebutkan yang lainnya.
HUJAH DARI ‘AYAT DI GUA’ DAN JAWAPANNYA.

Sheikh: dalah pelik bahawa kamu katakan yang kamu tidak suka pada hujah yang menyelewengkan, walaupun pandangan kamu amat berlainan. Allah berkata di dalam al-Quran: ‘Jika kamu tidak menolongnya, Allah pasti akan menolong dia, apabila mereka yang kafir mengusirnya, dia adalah yang kedua dari dua, apabila mereka berdua di dalam gua, apabila dia berkata kepada sahabatnya: ‘Janganlah bersusah hati, sesungguhnya Allah berserta dengan kita.’ Maka Allah menjadikan ketenteraman keatas mereka dan memperkuatkan mereka dengan yang tidak dapat dilihat. ..’[9:40]

Pertama ayat ini menyokong ayat yang diatas dan membuktikan rangkap ‘dan mereka yang bersama dengannya’ merujuk kepada Abu Bakr, yang bersama Nabi di dalam gua pada malam hijrah.

Kedua, fakta bahawa dia berada bersama Nabi dengan sendirinya adalah bukti yang besar pada kemuliaan Abu Bakr dan keutamaannya kepada semua ummah. Nabi dapat meramalkan bahawa Abu Bakr adalah penggantinya, dan nyawa khalifa selepasnya ini adalah penting. Maka dia sedar bahawa dia perlu menyelamatkan Abu Bakr seperti dia menyelamatkan dirinya. Maka dia membawa Abu Bakr bersama dengannya supaya Abu Bakr tidak ditangkap oleh musuh. Layanan yang sedemikian tidak ditunjukkan kepada muslim yang lain. Ini dengan nyata membuktikan haknya pada khalifa lebih dari yang lain.

Shirazi: Jika kamu lihat pada ayat itu dengan lebih berobjektif, kamu akan nampak rumusan kamu telah salah.

Sheikh: Bolehkah kamu ketengahkan hujah yang menyangkal rumusan yang saya telah berikan?

Shirazi: Saya lebih suka untuk melepaskan isu tersebut pada ketika ini, kerana ucapan akan membuahkan lagi ucapan. Sebahagian manusia yang jahat akan menterjemahkan huraian kami dengan niat yang jahat. Saya tidak berhajat untuk menanamkan benih kebencian. Sesaorang mungkin akan merumuskan bahawa kami berhajat pada menjatuhkan martabat khalifa, walaupun kedudukan bagi setiap individu tersebut telah pun ditentukan, dan tidak ada perlunya pada membuat penghuraian yang tidak ada gunanya.

Sheikh: Kamu cuba mengelakkan diri. Yakinlah bahawa hujah yang bernas tidak akan melahirkan kebencian, ianya akan menghapuskan kekeliruan.

Shirazi: Oleh kerana kamu menggunakan perkataan ‘mengelak’, saya terpaksa memberikan jawapan, supaya kamu tahu yang saya tidak lari dari isu tersebut. Saya cuba mengekalkan kewajaran perbincangan kita. Saya harap kamu tidak mencari kesalahan dari pihak saya. Kamu telah membuat kenyataan yang tidak berakal bahawa Nabi mengetahui Abu Bakr akan menjadi khalifa selepasnya. Maka, adalah perlu untuk baginda menyelamatkan nyawanya, dan maka baginda membawa dia bersama.
FAKTA MENGENAI ABU BAKR BERSAMA DENGAN NABI.

Jawapan kepada kenyataan kamu adalah mudah. Jika Abu Bakr adalah satu-satunya khalifa selepas Nabi, mungkin pandangan yang sedemikian betul, tetapi kamu mempercayai empat khalifa. Jika hujah dari kamu betul, dan jika perlunya Nabi pada menyelamatkan nyawa khalifa, maka Nabi perlulah membawa bersamanya keempat-empat khalifa. Mengapa dia meninggalkan tiga yang lain, seorang darinya di dalam keadaan yang tidak bermaya [hanya berserah] tidur dikatil Nabi, pada malam yang paling bahaya, apabila musuh telah berkumpul untuk membunuh Nabi? Menurut dari Tabari [bahagian III, dari sejarah] Abu bakr tidak mengetahui akan pergerakkan Nabi dari Makah. Apabila pergi berjumpa Ali dan bertanya kepada beliau mengenai Nabi, beliau memberitahunya Nabi telah pergi kegua. Ali memberitahunya jika dia punya utrusan dengan baginda, dia perlulah bergegas menemuinya. Abu bakr lari dan bertemu Nabi diperjalanan. Maka dia bersama baginda.

Dari peristiwa ini menunjukkan Nabi tidak mempunyai maksud untuk membawa Abu Bakr bersama dengannya. Abu bakr bersama dengan Nabi diseparuhan jalan tanpa izin darinya. Menurut dari laporan yang lain Abu Bakr telah dibawa bersama dalam perjalanan ditakuti dia akan membuat kekacauan [onah] dan memberikan maklumat kepada musuh. Ulama kamu sendiri telah percaya kepada fakta ini.

Sebagai contoh, Sheikh Abul-Qasim bin Sabbagh, seorang ulama yang terkenal dari golongan kamu, menulis dalam bukunya AL-Nur wal-Burhan mengenai sejarah hidup Nabi, disampaikan dari Muhammad bin Ishaq, dan dia dari Hasan bin Thabit Ansari, bahawa dia pergi ke Makah untuk mengerjakan umra sebelum hijrahnya Nabi. Dia melihat bahawa kafir Quraish sedang mengumpulkan sahabat Nabi. Nabi mengarahkan Ali untuk tidur dikatilnya, dan khuatiri bahawa Abu Bakr akan membocorkan fakta ini kepada orang kafir, Nabi membawa Abu Bakr bersama dengannya.

Sepatutnya adalah lebih baik jika kamu telah menerangkan apakah bukti pada ayat itu yang menunjukkan keutamaan Abu Bakr atau sama ada bersama dengan Nabi dalam perjalanan adalah bukti bahawa sesaorang itu berhak kepada kedudukan khalifa.

Sheikh: Buktinya ada disana. Pertama persahabatan kepada Nabi, dan bahawa Allah memanggilnya sahabat nabi adalah kelayakkan dengan sendirinya.

Kedua, nabi sendiri berkata: ‘Sesungguhnya Allah bersama kita.’

Ketiga, Turunnya ketenteraman keatas mereka dari Allah, sebagaimana disebutkan di dalam ayat, adalah bukti yang sangat jelas terhadap keutamaan Abu Bakr. Maka, jika kesemua petunjuk itu disatukan, ianya telah menampakkan kecemerlangannya dari yang lain mengenai khalifa.

Shirazi: Tiada siapa yang keberatan untuk mengakui kedudukan Abu Bakr; seorang tua Islam, sahabat yang terkenal, dan bapa kepada isteri Nabi. Bagaimanapun, alasan ini tidak membuktikan keutamaan dia sebagai khalifa. Jika kamu cuba untuk membuktikan tujuan kamu dengan kenyataan yang sedemikian kepada seorang yang saksama [adil] kamu akan mendapat kritikan yang kuat. Mereka akan mengatakan bahawa persahabatan dengan orang yang mulia tidak membuktikan kemuliaan dan keutamaan. Sebagai contoh, kita kerap melihat orang jahat mengiringi orang yang baik, kumpulan orang kafir bersama Muslim di dalam perjalanan. Mungkin kamu telah terlupa apa al-Quran kata mengenai Nabi Yusuf, yang berkata: ‘Wahai kedua sahabatku dalam penjara [Saya tanya kepadamu]: Adakah banyak tuhan yang berbeza diantara mereka lebih baik, atau Allah, yang Esa, yang agung?’ [12:39]

Mengenai ayat ini, pengulas telah berkata bahawa apabila Nabi Yusuf dimasukkan kedalam penjara, pada hari yang sama tukang masak raja dan pembawa arak, kedua mereka adalah kafir, telah dimasukkan kepenjara bersama dengannya. Untuk selama lima tahun ketiga-tiga mereka [yang beriman dan tidak beriman] hidup bersama sebagai sahabat. Apabila menyampaikan agama kepada mereka Nabi Yusuf memanggil mereka sahabatku. Adakah persahabatan dengan nabi telah memberikan tahap kepada kedua orang kafir ini sebagai mulia dan dihormati? Adakah persahabatan mereka dengan nabi memberi kesan pada perubahan di dalam kepercayaan mereka? Semua penulisan dari para pengulas dan ahli sejarah memberitahu kepada kita bahawa selepas lima tahun persahabatan, mereka berpisah dengan keadaan yang sama.

Ayat yang lain dari al-Quran mengatakan: ‘Sahabatnya berkata kepada dia dengan menegaskan: Adakah engkau ingkar kepada Dia yang menjadikan engkau dari tanah, dan dari biji benih, kemudian Dia menjadikan engkau lelaki yang sempurna?’ [18:37] Pengulas bersetuju bahawa ayat ini merujuk kepada dua saudara: seorang beriman, bernama Yahuda. Yang seorang lagi tidak beriman, yang namanya Baratus. Fakta ini telah dinyatakan di dalam Tafsir-e-Kabir oleh Imam Fakhrid-Din Razi, seorang dari ulama kamu. Kedua mereka berkata-kata sesama mereka yang mana khususnya tidak dapat diberikan disini. Allah telah memanggil kedua mereka ‘sahabat’ [beriman dan tidak beriman]. Adakah yang tidak beriman mendapat manfaat dari persahabatannya dengan yang beriman? Pastinya tidak. Maka, persahabatan sahaja tidak punya asas pada menuntut keutamaan sesaorang. Terdapat banyak lagi contoh yang manyokong pandangan ini.
PERKATAAN NABI ‘ALLAH BERSAMA KITA’ TIDAK MEMBUKTIKAN KEUTAMAAN ABU BAKR.

Kamu juga mengatakan bahawa oleh kerana Nabi berkata kepada Abu Bakr, ‘Allah bersama kita’ ini telah membuktikan keutamaan Abu Bakr dan haknya kepada khalifa! Kamu patut memikirkan semula pandangan kamu. Manusia mungkin akan bertanya, sebagai contoh, ‘Adakah Allah bersama dengan mereka yang beriman dan wali sahaja, dan tidak dengan mereka yang tidak beriman?’ Adakah kamu tahu dimana tempat yang Allah tidak ada?’ Tidakkah Allah bersama setiap orang? Katakanlah yang beriman dengan yang tidak beriman bersama di dalam satu perjumpaan maka bagaimana? Al-Quran berkata: ‘Tidakkah engkau tahu bahawa Allah mengetahui apa-apa yang ada dilangit dan apa-apa yang ada dibumi? Tidak ada perbualan yang rahsia diantara tiga orang bahkan Dia adalah yang keempat, tidak juga diantara lima, tetapi Dia juga yang keenam, tidak kurang dari itu dan tidak juga lebih darinya melainkan Dia bersama mereka, walau dimana saja mereka berada……’ [58:7]

Menurut dari ayat ini dan juga dari akal fikiran, Allah bersama semua orang.

Sheikh: Keterangan ‘Allah ada bersama kita’ bermaksud bahawa mereka adalah yang dicintai oleh Allah kerana mereka berhijrah dijalan Allah pada tujuan untuk memeliharakan agamaNya. Rahmat Allah adalah bersama mereka.

Shirazi: Tetapi sudah tentu keterangan itu tidak membuktikan yang sesaorang memilikki rahmat yang berkekalan. Allah melihat kepada amalan sesaorang. Telah kerap berlaku bahawa pada suatu ketika, orang melakukan amalan yang baik dan menerima rahmat dari Allah. Kemudian dia menentang Allah dan menerima kemurkaan tuhan. Syaitan sebagaimana yang kamu tahu, telah menyembah Allah untuk ribuan tahun dan menerima balasan ihsan dari Nya. Bagaimana pun sebaik saja dia melanggar perintah Allah, dia telah dikutuk. Al-Quran telah berkata: ‘Dia berkata: ‘Maka keluarlah darinya, kerana sesungguhnya kamu adalah yang diusir. Dan sesungguhnya keatas kamu kutukkan sehingga ke Hari Pengadilan.’ [15:34 – 35]

Maafkan saya, tidak ada salahnya pada memberikan contoh. Tujuan saya untuk menjelaskan maksud tujuan. Sejarah mengandungi banyak contoh bagi mereka yang dekat dengan Allah, tetapi siapa, setelah diduga, dikutuk. Balam bin Baur, sebagai contoh, hidup dizaman Musa, menjadi begitu hampir kepada Allah sehingga Allah membentangkan kepadanya Ism-e-Azam [nama kebesaran Allah, melaluinya apa saja yang dihajati, dengan segera dikabulkan oleh Allah]. Dia berdoa kepada Allah dengan cara Ism-e-Azam dan menyebab Musa menderita di lembah Tia! Tetapi pada masa diuji, Balam telah ditewaskan oleh cintanya pada dunia material. Dia telah menjejaki syaitan dan dikutuk. Pengulas telah memberikan penghususan yang mendalam pada peristiwa ini. Imam Fakhrud-Din Razi di dalam ulasannya, bahagian IV, ms 463 telah melaporkan perkara ini dari Ibn Abbas, Ibn Masud dan Mujahid. Allah di dalam al-Quran memberitahu kita: ‘Dan bacakan kepada mereka pengkhabaran dari orang yang mana Kami berikan ayat-ayat Kami, tetapi dia menjauhkan diri darinya; maka syaitan menguasai mereka, dan dia adalah bersama mereka yang sesat.’ [7:175]
ABID BARSISA.

Atau pertimbangkan kes Abid Barsisa, yang pada mulanya menyembah Allah dengan banyaknya sehingga dia menjadi Mustajabud-dawa [sesaorang yang doanya dikabulkan] Bagaimana pun pada masa diuji, dia gagal. Disesatkan oleh syaitan, dia melakukan zina dengan seorang wanita, telah digantung, dan mati sebagai seorang kafir.

Al-Quran merujuk kepadanya dalam perkataan ini: ‘Seperti syaitan apabila berkata kepada manusia: ‘kafirlah’ tetapi apabila dia kafir, dia berkata: ‘saya sesungguhnya melepaskan diri dari kamu; sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan sekelian alam.’ Maka, akhir bagi kedua mereka adalah di dalam api dan tinggal kekal di dalamnya, dan itu adalah balasan bagi mereka yang zalim.’ [59: 16 – 17]

Maka jika sesaorang telah melakukan kebajikan pada suatu masa, ini tidak bererti bahawa akhirnya adalah baik juga. Atas sebab inilah kita diarah untuk mengatakan di dalam doa kita: ‘Biarlah semua amalan kita berakhir dengan kebaikkan.’

Sheikh: Saya sesungguhnya tidak menduga seorang yang terhotmat seperti kamu akan mengatakan contoh seperti syaitan, Balam-e-Baur, dan Barsisa.

Shirazi: Maafkan saya, saya telah menyatakan tidak ada salahnya pada menyatakan contoh. Yang sebenarnya, kita perlu menyatakannya di dalam perbahasan pengajaran untuk membuktikan fakta. Biar Allah menjadi saksi saya: Saya mempunyai maksud untuk menghina sesiapa dengan menyatakan contoh tersebut. Tujuan saya hanya untuk membuktikan maksud saya.

Sheikh: Ayat ini dengan jelas membuktikan keutamaan Abu Bakr kerana ia mengatakan: ‘Maka Allah menjadikan ketenteraman keatas mereka…. [9:40] Gantinama disini merujuk kepada Abu Bakr, yang menunjukkan keutamaannya.

Shirazi: Kamu telah salah faham mengenainya. Gantinama yang digunakan setelah sakina [ketenteraman] merujuk kepada Nabi. Keamanan telah dihantarkan kepadanya dan bukan kepada Abu Bakr, sebagaimana petunjuk pada ayat yang terakhir yang mana Allah berkata: ….. dan memperkuatkannya dengan tentera yang kamu tidak dapat lihat.’ [9:40] Ya sebenarnya adalah tentera yang tidak dapat dilihat adalah malaikat untuk membantu Nabi bukan Abu Bakr.

Sheikh: Saya percaya bahawa pertolongan Allah adalah untuk Nabi, kerana bersama Nabi, tidak bererti tanpa rahmat.
PENGHANTARAN KETENTERAMAN ADALAH UNTUK NABI ALLAH.

Shirazi: Jika penganugerahan rahmat tuhan merujuk kepada dua orang, nahu Arab akan memerlukan pada gantinama digunakan sebagai menunjukkan dua orang di dalam semua rangkai kata pada ayat ini. Tetapi gantinama merujuk kepada satu orang, iaitu Nabi, dan rahmat Allah hanya untuk dia sahaja. Jika melaluinya penganugerahan dimaksudkan untuk yang lain juga, nama mereka akan disebut. Makanya, penghantaran ketenteraman di dalam ayat ini hanyalah untuk Nabi sahaja.

Sheikh: Nabi Allah adalah tersendiri dari penganugerahan keamanan dari tuhan. Dia tidak memerlukannya kerana dia telah dipastikan dengan keamanan. Makanya anugerah itu adalah untuk Abu Bakr.

Shirazi: Atas dasar apa kamu katakan bahawa Nabi adalah tersendiri dari rahmat tuhan? Tidak ada siapa – nabi, Imam, atau wali – adalah tersendiri dari rahmat tuhan. Mungkin kamu telah terlupa apa yang dikatakan oleh al-Quran mengenai insiden Hunain. ‘Kemudian Allah turunkan ketenteraman keatas RasulNya dan keatas orang yang beriman.’ Perkara yang sama telah dikatakan di dalam Surah 48 [Fath] ayat 26 dari al-Quran. Yang beriman telah terjumlah selepas Nabi di dalam ayat ini, sama seperti ‘ayat di dalam gua’. Jika Abu Bakr adalah orang beriman yang berhak dianugerahkan keamanan, sama ada sebutan nahu untuk dua orang telah digunakan, atau namanya telah disebutkan secara berasingan. Perkara ini amatlah jelas bahawa ulama kamu sendiri mengesahkan bahawa gantinama yang berkaitan dengan keamanan tidak merujuk kepada Abu Bakr. Kamu boleh merujuk Naqzul-Uthmaniyya, yang di susun oleh Sheikh Abu Jafar Muhammad bin Abdullah Iskafi, seorang ulama yang terkenal dan Sheikh bagi Mutazili. Ilmuan ini menolak sepenuhnya keanehan dari Abu Uthman Jahiz. Ibn Abil-Hadid juga merakamkan sebahagian dari jawapannya itu di dalam Sharh Nahjul-Balagha, jilid III, ms 253 – 281. Sebagai tambahan, terdapat satu rangkap di dalam ayat ini, penekanannya adalah bertentangan pada maksud awak. Nabi berkata kepada Abu Bakr: ‘Janganlah kamu takut.’ Rangkap ini menunjukkan bahawa Abu Bakr takut. Adakah ketakutan ini mendapat sanjungan atau tidak?Jika jawapannya adalah ia, mengapa Nabi tidak menghalang sesiapa dari melakukan amalan yang baik. Wazir Allah mempunyai kualiti tertentu. Yang paling utama darinya, sebagaimana yang ditunjukkan di dalam al-Quran adalah bahawa mereka tidak pernah takut dengan kehilangan nyawa. Mereka mengamalkan sabar dan berserah. Al-Quran berkata: ‘Sesungguhnya wali Allah – mereka tidak mempunyai rasa takut dan tidak juga mereka berdukacita.’ [10:62]

SESSI KE 6

Selasa malam, 28 Rejab 1345 Hijrah.

Mr. Ghulam Imamain, seorang pedagang sunni yang dihormati, datang ketempat perjumpaan ini sebelum matahari terbenam. Dia menyatakan sebab kehadirannya. Dia berkata bahawa dia dan beberapa orang yang lain sangat tertarik dengan penerangan Shirazi. Dia berkata bahawa dia telah mendengarkan fakta yang tidak didengarinya sebelum ini. Dia dan beberapa orang sunni yang lain telah mengadakan perbincangan yang tidak begitu menyenangkan dengan ulama mereka, yang setelah tidak dapat mematahkan hujah-hujah Shirazi tetapi tetap keras berpegang kepada kedudukannya. Apabila waktu solat Magrib tiba, Mr Ghulam Imamain mendirikan kedua solat Magrib dan Isyak dengan dipimpin oleh Shirazi. Apabila perwakilan semuanya tiba, perbincangan bermula dengan ulasan dari Nawab Sahib.

Nawab: Sila sambong tajuk semalam. Penterjemahan pada ayat tersebut belum selesai.

Shirazi: [melihat kepada ulama sunni] Jika kamu mengizinkan.

Hafiz: [sedikit marah] Tidak ada apa salahnya. Jika ada sesuatu yang perlu diperkatakan, kami sedia mendengarnya.

Shirazi: Semalam saya buktikan, dari sudut pandangan nahu [grammer], bahawa kenyataan dari sebahagian pengulas bahawa ayat ini merujuk kepada cara untuk menentukan khalifa tidak dapat diterima. Sekarang saya akan berhujah dari sudut pandangan yang lain pula.

Sheikh Abdus-Salam Sahib berkata semalam bahawa terdapat empat kualiti disebutkan dalam ayat ini. Kualiti ini, dia kata, menunjukkan bahawa ayat ini telah diwahyukan di dalam merujukkan kepada khalifa pertama dari yang empat, dan bahawa ayat ini menunjukkan susunan para khalifa. Jawapan saya pada hujah ini adalah, pertama sekali pengulas yang dipercayai tidak pernah membuat kenyataan yang sedemikian mengenai pengertian ayat tersebut. Kedua, kamu semua tahu bahawa apabila sesuatu kualiti dikatakan kepada sesaorang ianya berkait rapat dengan ciri-ciri kerekternya, maka barulah wajar untuk dipertimbangkan. Jika kita melihat kepada fakta secara objektif, kita akan dapati hanya Ali yang memiliki kemuliaan yang diterangkan di dalam ayat ini. Kualiti-kualiti ini tidak dapat di katakan kepada mereka yang telah dinamakan oleh Sheikh Sahib.

Hafiz: Tidakkah semua ayat-ayat yang telah kamu ucapkan mengenai Ali mencukupi? Adakah sekarang ini kamu berhasrat, dengan kepandaian kamu didalam berbahasa [rhetorical], untuk membuktikan bahawa ayat ini juga diwahyukan pada memuji Ali? Jika begitu, sila maklumkan kepada kami bagaimana ianya tidak sesuai kepada khalifa pertama dari empat khalifa.
300 AYAT AL-QURAN PADA MEMUJI ALI.

Shirazi: Saya tidak berdusta dengan mengatakan ayat-ayat al-Quran pada memuji Ali. Kamu telah keliru. Bolehkah kamu mengabaikan fakta bahawa pengulas dan pengarang buku yang boleh dipercayai dari ulama kamu telah menyebut banyak ayat-ayat pada memuji Ali? Bagaimana kamu boleh menganggapnya sebagai satu tindakkan khas bagi pihak saya sahaja? Adakah Hafiz Abu Naim Ispahani, pengarang buku ‘Ma Nazala minal-Quran Fi Ali’ dan Hafiz Abu Bakr Shirazi, pengarang buku ‘Nuzulul-Quran Fi Ali’, shia? Adakah pengulas agung, seperti Imam Thalabi, Jalalud-Din Suyuti, Tabari, Imam Fakhrud-Din Razi, serta ulama termashur yang lain seperti Ibn Kathir, Muslim, Hakim, Tirmidhi, Nisai, Ibn Maja, Abu Dawud, Ahmad bin Hanbal dan juga yang bias [anti] Ibn Hajar, yang telah mengumpulkan di dalam Sawaiq, ayat-ayat al-Quran yang diwahyukan pada memuji Ali, shia? Sebahagian dari ulama seperti Tabari dan Muhammad Yusuf Ghanji shafii, pada permulaan bahagian 62, menyebut dari pengesahan Ibn Abbas, dan Muhaddith dari Syria di dalam bukunya Tarikh-e-Kabir, dan yang lain telah merakamkan sebanyak 300 ayat al-Quran pada memuji Ali. Adakah mereka ini semua shia atau ulama kamu yang terkenal? Kami tidak perlu berdusta untuk mengatakan terdapatnya banyak ayat-ayat al-Quran pada membuktikan kedudukan Amirul Mukminin, Ali.

Musuh Beliau [Amawis, Nawasib, Khawarij] menyembunyikan kemuliaan beliau dan para sahabat pula keberatan untuk menyampaikan kemuliaannya kerana khuatir akan akibatnya. Namun buku-buku masih penuh dengan kemuliaan beliau, dan mereka telah menunjukkan pada setiap aspek kemuliaan yang beliau milikinya. Sejauh mengenai dengan ayat-ayat ini, saya tidak menggunakan kepandaian dalam ilmu ‘rhetorical’ [asal bahasa arab]. Saya hanya perlu nyatakan yang benar, dengan berhujah menggunakan buku rujukan kamu. Kamu telah lihat sejauh ini bahawa saya belum berhujah menggunakan dari laporan pihak shia. Walaupun dengan mengenepikan buku shia, saya akan terus membuktikan keunikkan keutamaan Ali.

Apa yang saya katakan mengenai ayat ini adalah bertepatan dengan pandangan ulama kamu Muhammad bin Yusuf Ghanji shafii, dia menyebutkan pada ‘Hadith Persamaan’ di dalam bukunya kifayatut-Talib, Bab 23, dari Nabi yang mempunyai maksud bahawa, Ali adalah sama dengan nabi. Dia mengatakan sebab mengapa Ali digelar sama dengan Nuh, di dalam kebijaksanaan adalah bahawa Ali ‘keras terhadap yang kafir dan baik terhadap yang beriman’. Allah telah menyatakannya di dalam al-Quran. Ali, yang selalu bersama dengan nabi, ‘adalah keras terhadap yang kafir dan berkasih sayang kepada yang beriman.’

Dan jika kita katakanlah, sebagaimana Sheikh Sahib katakan, bahawa rangkap pada, ‘dan dia yang berada bersamanya,’ merujuk kepada Abu Bakr kerana dia tinggal beberapa hari dengan nabi di dalam gua.

Maka bolehkah orang yang sedemikian [Abu Bakr]; sama dengan beliau [Ali]; yang telah kekal bersama dengan nabi semenjak kanak-kanak dan menerima arahan dari baginda nabi?
ALI YANG PERTAMA MENGISTIHARKAN KEPERCAYAAN KEPADA NABI ALLAH.

Lebih-lebih lagi, pada ketika yang genting dikala pengistiharan kerasulannya, tiada siapa menyokong Muhammad melainkan Ali. Ulama terkenal kamu, seperti Bukhari dan Muslin, di dalam ‘sahih’ mereka, Imam Ahmad bin Hanbal di dalam musnad, dan banyak yang lain, seperti Ibn Abdil-Birr di dalam Istiab, jilid III, ms 32, Imam Abu Abdur-Rahman Nisai di dalam Khasaisu-Alawi, Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira, ms 63, Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Bab 12, pada pengesahan dari Tirmidhi dan Muslim, Muhammad bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, sub-bahagian I, Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 258, Tirmidhi di dalam Jam’-e-Tirmidhi, jilid II, ms 314, Hamwaini di dalam Fara’id, Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatu’l-Qurba, dan bahkan Ibn Hajar yang fanatik di dalam Sawaiq-e-Muhriqa, dan para ilmuan yang lain dengan sedikit perbezaan pada perkataan yang dikatakan dari Anas bin Malik dan lainnya bahawa ‘Nabi dijadikan Rasul Allah pada hari Isnin dan Ali mengistiharkan kepercayaannya kepada baginda pada hari Selasa.’ Ianya juga telah disebutkan bahawa, ‘Rasul Allah telah diistiharkan pada hari Isnin dan Ali mengerjakan solat dengan Nabi pada hari selasa.’ Dan lagi, ‘Ali adalah lelaki pertama mengistiharkan kepercayaannya kepada nabi.’ Dan juga dari Tabari, Ibn Abil-Hadid, Tirmidhi, dan lainnya menyampaikan dari Ibn Abbas bahawa: ‘Ali adalah yang pertama mengerjakan solat.’
NABI MELATIH ALI DARI KANAK-KANAK.

Saya meminta kamu untuk mempertimbangkan apa yang telah diucapkan oleh ilmuan kamu, Nurud-Din bin Sabbagh di dalam bukunya Fusulul Muhimma, Bab ‘Tarbiatun-Nabi,’ ms 18, Muhammad bin Talha shafii di dalam ‘Matalibus-Suul’ Bab I, ms 11, dan yang lain juga telah sampaikan.

Semasa kelaparan berlaku di Makah, Nabi memberitahu bapa saudaranya, Abbas, yang saudaranya, Abu Talib, mempunyai ramai anak dan mata pencariannya tidaklah lumayan. Muhammad mengutarakan bahawa setiap mereka meminta Abu Talib memberikan seorang dari anaknya untuk dipelihara supaya bebannya dapat diringankan. Abbas bersetuju. Mereka bertemu dengan Abu Talib dengan tawaran mereka, dan dia menerimanya. Abbas mengambil Jafar-e-Tayyar dibawah jagaannya, dan nabi mengambil Ali.

Maliki menyambung, ‘Ali tinggal berterusan bersama nabi sehingga baginda secara rasmi mengistiharkan kerasulannya. Ali menyatakan kepercayaan kepadanya, dan mengikuti baginda sebagai Rasul Allah semenjak berusia 13 tahun. Beliau adalah lelaki pertama menerima Islam. Isteri Nabi, khadijah adalah satu-satunya orang yang telah menerima Nabi sebelum Ali.

Didalam Bab yang sama Maliki menyampaikan bahawa Ibn Abbas, Jabir Ibn Abdullah Ansari, Zaid Ibn Arqam, Muhammad Ibn Munkadar dan Rabiatul-Marai telah berkata bahawa orang yang pertama setelah Khadijah yang mempercayai kepada nabi adalah Ali. Dia mengatakan bahawa Ali, setelah merujuk kepada fakta, yang telah disampaikan oleh ulama kamu. Dia berkata: ‘Muhammad, rasul Allah, adalah saudara saya, dan anak bapa saudara saya; Hamza ketua syuhada, adalah bapa saudara saya; Fatima, anak perempuan nabi, adalah isteri saya; dan kedua anak kepada anak perempuannya, adalah anak saya dari Fatima. Siapa dari kamu yang telah berkongsi kecemerlangan yang sedemikian seperti saya?

Saya adalah yang pertama menerima Islam apabila saya masih lagi kecil. Nabi mengistiharkan pada hari Ghadir-e-Khum bahawa adalah wajib untuk menerima saya sebagai petunjuk. [Kemudian dia berkata tiga kali] ‘Malang bagi dia yang akan menemui Allah esok [pada hari pengadilan], jika dia telah menzalimi saya.’ Muhammad bin Talha shafii di dalam ‘Matalibus-Suul’ Bahagian I, Bab 1, ms 11, dan banyak lagi dari kalangan ilmuan kamu, telah mengatakan bahawa kenyataan itu adalah jawapan pada surat Muawiya kepada Ali, yang mana Muawiya telah berbangga bahawa bapanya adalah ketua kaum, masa jahiliah dan bahawa semasa Islam dia [Muawiya] adalah raja. Muawiya juga berkata bahawa dia adalah ‘bapa saudara sebelah ibu pada yang beriman,’ ‘penulis wahyu’ dan ‘orang yang dimuliakan’ Setelah membaca suratnya, Ali berkata: ‘Manusia kerekter seperti dia – anak dari wanita yang mengunyah hati manusia – menyombong dihadapan ku [di dalam merujuk kepada ibu Muawiya, Hind, setelah peperangan Uhud, dengan perasaan marah, mengoyakkan badan Hamza, merentap hatinya dan terus mengunyah] Muawiya walaupun amat sangat menentang Ali, tetap tidak dapat menafikan kemuliaan beliau.

Lebih-lebih lagi, Hakim Abul-Qasim Haskani, seorang ulama kamu, menyebutkan dari Abdur-Rahman bin Auf, mengenai ayat yang diatas dari sepuluh Quraish yang menerima Islam, bahawa Ali adalah yang mula-mula diantara mereka. Ahmad bin Hanbal, Khatib Khawarizmi, dan Sulayman Balkhi Hanafi menyebutkan dari Anas bin Malik bahawa Nabi telah berkata: ‘Malaikat merahmati saya dan Ali untuk selama tujuh hari, kerana pada masa itu tidak ada suara yang menyatakan ke Esaan Allah melainkan saya dan Ali,’ Ibn Abil-Hadid Mutazali, di dalam Sharh-e-Nahjul-Balagha, jilid I, ms 373 – 5, merakamkan beberapa hadith yang disampaikan melalui ulama kamu yang membawa pengertian bahawa Ali adalah yang mula-mula dari yang lainnya di dalam perkara Islam. Setelah merakamkan berbagai versi dan sebutan, dia menyambung, ‘maka jumlah kesemuanya dari apa yang kami telah sebutkan, adalah Ali lelaki pertama mengenai Islam. Pandangan yang bertentangan dengannya adalah sedikit dan tiada nilai pada memikirkannya.’

Imam Abu Abdur-Rahman Nisai, seorang dari pengarang enam buku hadith yang sahih, telah merakamkan di dalam ‘Khasaisul-Alawi’ hadith enam yang pertama pada tajuk ini, dan telah mengesahkan bahawa orang yang pertama dalam Islam dan yang pertama mendirikan solat dengan Nabi adalah Ali. Sebagai tambahan Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Bab 12, merakamkan 31 hadith dari Tirmidhi, Hamwaini, Ibn Maja, Ahmad bin Hanbal, Hafiz Abu Nu’aim, Imam Tha’labi, Ibn Maghazili, Abu’l-Muwayyid Khawarizmi, dan Dailami, telah merumuskan yang mana Ali adalah yang pertama di dalam ummah ini pada menerima Islam. Bahkan yang anti Ibn Hajar Makki ada di dalam Sawaiq Muhriqa, Bab 2, merakamkan hadith pada isu yang sama, sebahagian darinya telah diterima oleh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiul-Mawadda. Lebih lagi di dalam Yanabiul-Mawadda pada penghujung Bab 12, dia menyampaikan dari Ibn Zubair, Makki dan dia dari Jabir Ibn Abdullah Ansari, hadith mengenai kemuliaan Ali, yang mana saya suka untuk menyampaikannya disini dengan izin kamu supaya dapat menutup hujah saya. Nabi berkata: ‘Allah maha Besar memilih saya sebagai Rasul dan mewahyukan kitab yang suci kepadaku. Saya berkata kepadaNya, ‘Wahai Allah, Tuan ku, Kamu menghantar Musa kepada Firaun, Musa meminta Kamu menjadikan adiknya, Harun, wazirnya untuk memperkuatkan tangannya, supaya perkataannya dapat disaksikan. Sekarang aku meminta kepada Mu, wahai Allah, bahawa Engkau melantik untuk ku dari diantara keluarga ku seorang wazir yang akan memperkuatkan tanganku. Jadikan Ali wazir dan adikku, tanamkan keberanian dalam hatinya, dan berikan dia kuasa diatas musuh. Ali adalah orang yang pertama percaya kepada ku dan menyaksikan kerasulan ku dan orang yang pertama untuk mengistiharkan ke Esaan Allah bersama dengan ku.’ Selepas itu dia meneruskan berdoa kepada Allah.

‘Dari itu Ali adalah ketua bagi pengganti. Untuk mengikutinya adalah rahmat; untuk mati pada taat kepada beliau adalah syahid. Nama beliau ada di dalam taurat bersama dengan nama ku; isterinya adalah manusia yang paling benar, adalah anak perempuan ku; kedua anak-anaknya, ketua remaja di dalam syurga, adalah anakku. Selepas mereka kesemua Imam adalah wazir kepada Allah keatas makhlukNya selepas nabi; dan mereka adalah pintu pengetahuan diantara ummah ku. Siapa yang mengikuti mereka akan terselamat dari api neraka; siapa yang mengikuti mereka mendapat petunjuk kejalan yang benar; siapa yang diberikan oleh Allah pada mencintai mereka sudah pasti akan dimasukkan kesyurga. Maka sedarlah manusia, ambillah pengajaran.’

Saya boleh sebutkan hadith yang sama sepanjang malam, kesemuanya telah dirakamkan oleh ulama kamu. Tetapi saya fikir ini telah mencukupi. Ali sahaja yang bersama dengan nabi dari kecil, dan makanya amatlah sesuai bahawa kita menganggap beliaulah orangnya yang dirujuk dalam perkataan ‘dia yang bersamanya’ dan bukan orang yang bersama nabi untuk beberapa hari dalam perjalanan.
KEIMANAN ALI SEDANG DIA HANYA KANAK-KANAK.

Hafiz: Kamu telah membuktikan maksud kamu, dan tiada siapa pernah menafikan bahawa Ali adalah yang mula-mula di dalam menerima Islam. Tetapi fakta ini tidak melayakkan dia sebagai cemerlang di dalam perbandingan dengan para sahabat lain. Benar, khalifa yang tinggi mengatakan kepercayaan kepada Islam bertahun-tahun selepas Ali, tetapi keimanan mereka berbeza dengan dia dan lebih baik. Sebabnya adalah, Ali hanya kanak-kanak, dan mereka ini dewasa. Pastinya keimanan orang yang lebih dewasa adalah lebih utama dari yang kanak-kanak. Sebagai tambahan, keiman Ali adalah ikutan yang membuta tuli, dan keimanan orang ini adalah berasas pada hujah. Kepercayaan yang didapati dari keterangan adalah lebih baik dari keimanan ikutan. Oleh kerana kanak-kanak, yang tidak lagi dituntut oleh agama untuk melakukan amalan, tidak mempunyai keimanan melainkan ikutan yang buta sahaja, maka Ali, kanak-kanak yang berusia 13 tahun, menyatakan keimanannya melalui ikutan yang membuta tuli.

Shirazi: Ucapan yang begitu sungguh memeranjatkan datang dari seorang yang terpelajar seperti kamu. Saya tidak tahu bagaimana hendak membantah hujah yang sedemikian. Jika saya katakan bahawa kamu mengambil kedudukan itu dari perasaan benci, ianya adalah bertentangan dengan naluri saya untuk menyatakan motif yang sedemikian pada seorang yang terpelajar. Biarlah saya bertanyakan soalan kepada kamu: adakah penerimaan Ali kepada Islam berasaskan pada kehendak peribadinya atau pada ajakan dari Nabi?

Hafiz: Mengapa kamu mengambil pandangan yang begitu teruk pada cara kami bercakap, oleh kerana kami mempunyai keraguan, kita perlu membincangkannya. Sebagai jawapan kepada soalan kamu, saya setuju bahawa Ali menerima Islam pada ajakan nabi yang suci.

Shirazi: Apabila nabi mengajak Ali pada menerima Islam, adakah nabi tahu bahawa kanak-kanak tidak dituntut oleh komitmen agama? Jika kamu katakan nabi tidak tahu, kamu telah mengatakan kebodohan terhadap nabi, dan jika nabi memang tahu dan mengajak Ali juga, maka tidakannya adalah janggal [pelik]. Untuk mengatakan kepelikkan perbuatan ini kepada nabi adalah kafir, kerana nabi adalah ma’sum. Allah berkata mengenai nabi di dalam al-Quran: ‘Tidaklah dia berkata-kata dari kehendaknya. Ini tidak lain dari wahyu yang telah diwahyukan.’ [53:3 – 4]

Nabi menganggap Ali seorang yang bernilai untuk diajak menerima islam. Selain dari itu, remaja tidak semesti tidak mempunyai kebijaksanaan. Kedewasaan diambil kira mengenai menjalankan tugas-tugas amalan beragama, tetapi tidak kepada perkara berkaitan dengan kebijaksanaan. Keimanan adalah mengenai perkara yang berkaitan dengan kebijaksanaan dan bukannya perundangan agama. Maka keimanan Ali semasa kanak-kanak adalah kemuliaan bagi dirinya sebagaimana Allah memberitahu kita di dalam al-Quran mengenai Isa dengan perkataan ini: ‘Dia berkata: ‘Sesungguhnya saya adalah hamba Allah; Dia telah memberikan kepada ku kitab dan menjadikan aku seorang nabi.’ [19:30] Juga di dalam surah ini Dia berkata mengenai nabi Yahya: ‘……… dan Kami berikan kepadanya kebijaksanaan sedang dia masih kanak-kanak.’ [19:12]

Seyyed Ali Humairi Yamani [mati 179 Hijrah] menunjukkan kepada fakta yang sama di dalam syairnya. Dia berkata: ‘Sebagaimana Yahya sampai kedarjah nabi dimasa kecilnya, Ali, pengganti nabi dan bapa kepada anak-anaknya, dan telah diberikan wazir Allah dan penjaga manusia sedang dia masih kanak-kanak.’ Kemuliaan dan kehormatan dianugerahkan oleh Allah tidak bergantung kepada usia. Kebijaksanaan dan kecerdikkan bergantung kepada kecenderungan semula jadi. Saya amat terkejut dengan komen kamu kerana hujah yang sebegitu selalunya dibuat oleh Nasibi dan khariji diatas arahan Umayya. Mereka merendahkan keimanan Ali sebagai pengikut membuta tuli kepada apa yang telah diajarinya.

Bahkan ulama kamu mengakui kemuliaan Ali dalam kedudukan ini. Muhammad bin Talha Shafii, Ibn Sabbagh Maliki, Ibn Abil-Hadid dan lainnya telah menyebutkan rangkap dari Ali. Di dalam satu dari rangkapnya dia berkata: ‘Saya adalah yang mula dan terahulu diantara kamu di dalam memelok Islam apabila saya masih kecil.’ Jika keimanan Ali pada usia yang begitu muda bukannya satu kemuliaan, Nabi tentu tidak mengatakan yang sedemikian. Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiul-Mawadda, Bab 55, ms 202, menyebut dari Ahmad bin Abdullah Shafii, menyebut dari khalifa kedua, Umar bin Khattab, yang berkata: ‘Abu Bakr, Abu Ubaida Jarra dan sebilangan manusia hadir di dalam kumpulan nabi Allah apabila baginda menepuk Ali pada bahunya dan berkata: ‘wahai Ali! Kamu adalah yang pertama dan mula-mula diantara semua yang beriman dan Muslim di dalam memeluk Islam. Engkau adalah kepada ku seperti Harun kepada Musa.’

Juga Imam Ahmad bin Hanbal menyampaikan dari Ibn Abbas, yang mengatakan bahawa dia, Abu Bakar, Abu Ubaida bin Jarra dan lainnya ada bersama nabi, apabila baginda meletakkan tangannya di bahu Ali dan berkata: ‘Kamu adalah yang mula-mula dalam beriman, dan Islam diantara semua Muslim, dan engkau kepada ku seperti Harun kepada Musa, Wahai Ali! Dia yang memikirkan, yang dia adalah sahabat ku sedangkan dia adalah musuh kamu, adalah seorang pendusta.’

Ibn Sabbagh Maliki merakamkan hadith yang sama di dalam Fusulul-Muhimma, ms 125, dari Khasaisul-Alawi sebagaimana yang disampaikan oleh Abdullah bin Abbas, dan Imam Abu Abdur-Rahman Nisai melaporkan di dalam Khasaisul-Alawi bahawa dia berkata: ‘Saya mendengar Umar bin Khattab berkata [Menyebut nama Ali dengan hormat], Saya mendengar nabi berkata bahawa Ali mempunyai tiga kualiti. Saya [Umar] harap saya mempunyai satu darinya kerana setiap dari satu kualiti itu adalah amat berharga kepada saya dari apa-apa didunia ini.

Ibn Sabbagh telah menyampaikan hadith yang berikut sebagai tambahan kepada apa yang lainnya telah rakamkan. Nabi berkata mengenai Ali: ‘Sesiapa yang mencintai kamu, mencintai aku, dan sesiapa yang mencintai aku, Allah mencintai dia, dan sesiapa yang Allah cintai, Dia membawanya kesyurga. Tetapi sesiapa yang bermusuh dengan kamu, adalah bermusuh dengan ku, dan dia yang bermusuh dengan ku, Allah bermusuh dengannya dan mengutuknya kedalam neraka.’

Ali mengistiharkan dirinya sebagai Muslim semasa masih kanak-kanak lagi telah menunjukkan kecemerlangan kebijaksanaan dan kemuliaan, yang mana tidak ada Muslim lain milikinya. Tabari di dalam ‘Tarikh’ nya menyebutkan dari Muhammad bin Saad bin Abi Waqqas yang berkata: ‘Saya bertanya kepada bapa saya sama ada Abu Bakr adalah Muslim yang pertama. Dia berkata: ‘Tidak, lebih dari 50 orang telah memeluk Islam sebelum Abu Bakr; tetapi dia adalah yang lebih utama dari kami Muslim lainnya.’ Dia juga menulis bahawa Umar bin Khattab memeluk Islam selepas 45 lelaki dan 21 wanita. ‘Sebagai yang pertama sekali di dalam perkara Islam dan iman, ianya adalah Ali Ibn Abi Talib.’
KEIMANAN ALI ADALAH SEBAGIAN DARI SEMULAJADI DIRINYA.

Selain dari fakta bahawa Ali adalah yang pertama di dalam memeluk Islam, beliau memeliki kemuliaan lain yang khas untuknya, dan lebih penting dari kemuliaannya yang lain: Islamnya Ali timbul dari semulajadi dirinya, sedangkan bagi yang lain terjadi setelah kefir sebelumnya. Tidak seperti Muslim yang lain dan juga sahabat nabi, Ali tidak pernah kafir. Hafiz Abu Nuaim Ispahani di dalam Ma Nazalul-Quran Fi Ali, dan Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatul-Qurba menyebutkan bahawa Ibn Abbas berkata: ‘Saya bersumpah dengan Allah bahawa tidak ada sesiapa yang tidak menyembah berhala sebelum Islam melainkan Ali. Dia menerima Islam dengan tidak pernah menyembah berhala.’

Muhammad Yusuf Ghanji Shafii di dalam Kifayatut-Talib, Bab 24, menyebutkan nabi sebagai berkata: ‘Mereka yang mula-mula menerima keimanan pada ke Esaan Allah diantara pengikut nabi-nabi adalah tiga orang yang tidak pernah kafir: Ali Ibn Abi Talib, orang yang di dalam surah Yasin, dan orang yang beriman dari golongan Firaun. Yang benar adalah Habib-e-Najjar, diantara keturunan Yasin, Ezekiel diantara orang Firaun dan Ali Ibn Abi Talib yang tertinggi dari mereka semua.’ Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatul-Qurba, Mawadda 7, Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, dan Imam Thalabi di dalam Tafsir nya, menyebut dari khalifa kedua, Umar bin Khattab: ‘Saya menjadi saksi bahawa saya mendengar nabi berkata: ‘Jika ketujuh-tujuh langit diletakkan diatas timbangan dan Ali disebelahnya. Keimanan Ali pasti akan mengalahkannya.’

Maksud yang sama telah dimasukkan di dalam syair yang digubah oleh Sufyan bin Musab sebagai berikut: ‘Demi Allah, saya menjadi saksi bahawa nabi telah berkata kepada kami: Ia tidak seharusnya tidak diketahui oleh sesiapa bahawa jika iman segala ummah didunia ini diletakkan diatas timbangan dan imannya Ali diatas yang lain, iman Ali akan mengalahkan yang lainnya.’
ALI MELEBIHI SEMUA SAHABAT YANG LAIN DAN SEMUA UMMAH DALAM KEMULIAAN.

Mir Seyyed Ali Hamadani Shafii telah merakamkan banyak hadith di dalam Mawaddatul-Qurba, yang menyokong kecemerlangan Ali. Di dalam Mawadda ke 7, dia menyebut dari Ibn Abbas bahawa nabi berkata: ‘Lelaki terbaik pada era saya adalah Ali.’

Kebanyakkan ulama kamu yang berfikiran terbuka telah menerima keutamaan Ali. Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh Nahjul Balagha, jilid II, ms 40, berkata bahawa Abu Jafar Iskafi, ketua golongan Mutazili, mengistiharkan bahawa Bashr bin Mutamar, Abu Musa, Jafar bin Mubashshir dan ulama lain dari Baghdad percaya bahawa, ‘Manusia yang paling cemerlang diantara semua Muslim adalah Ali Ibn Abi Talib, dan selepasnya anak beliau Hasan, kemudian anaknya Husain, selepas dia Hamza, dan selepasnya Jafar Ibn Abi Talib.’ Dia terus menyatakan ketuanya Abu Abdullah Basri, Sheikh Abul-Qasim Balkhi, dan Sheikh Abul-Hasan Khayyat mempunyai kepercayaan yang sama seperti Abu Jafar Iskafi mengenai keutamaan Ali. Dia menerangkan kepercayaan golongan Mutazili berkata: ‘Lelaki terbaik selepas nabi Allah, adalah pengganti nabi, suami Fatima, Ali, selepas dia, kedua anaknya, Hasan dan Husain, setelah mereka Hamza, dan selepas dia, Jafar [Tayyar].

Sheikh: Jika kamu ketahui kenyataan para ulama pada menyokong keutamaan Abu Bakr, kamu tidak akan membuat kenyataan serupa itu.
KEIMANAN ALI LEBIH UTAMA DARI ABU BAKR.

Shirazi: Semua sunni ulama yang dipercayai telah mengesahkan keutamaan Ali. Sebagai contoh, kamu boleh merujuk Ibn Abil-Hadid Mutazali sharhe Nahjul Balagha, jilid III, ms 264, yang mana kenyataan yang sama telah disebut dari Jahiz bahawa keimanan Abu Bakr lebih utama dari Ali. Bagaimana pun, Abu Jafar Iskafi, seorang ulama Mutazili yang terkenal, menolak tuntutan ini, dengan berkata, keimanan Ali lebih utama dari Abu Bakr dan juga dari para sahabat yang lain. Abu Jafar berkata: ‘Kita tidak menafikan kecemerlangan sahabat, tetapi pastinya kami tidak menganggap mana-mana mereka lebih utama dari Ali.’ Ali berkedudukan yang begitu tinggi jika pada menyebutkan nama dia bersama dengan sahabat yang lain adalah tidak wajar. Yang sebenarnya, kemuliaan para sahabat tidak dapat dibandingkan dengan kesucian kemuliaan Ali. Mir Seyyed Ali Hamadani menyebutkan di dalam Mawadda VII, dari Ahmad bin Muhammadul-Karzi Baghdadi, yang mengatakan bahawa dia mendengar dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, yang bertanya pada bapanya Ahmad bin Hanbal mengenai kedudukan para sahabat nabi. Dia menamakan Abu Bakr, Umar dan Uthman dan berhenti. Abdullah kemudian bertanya bapanya: ‘Dimana nama Ali Ibn Abi Talib?’ Bapanya menjawab, ‘Dia tergolong di dalam keturunan suci nabi. Kita tidak boleh menyebut namanya [dengan kemuliaannya] bersama dengan mereka itu.’

Kita lihat dalam al-Quran bahawa di dalam ayat Mubahila, Ali dirujuk sebagai ‘diri’ bagi nabi. Terdapat hadith yang menyokong pandangan ini, yang dirakamkan di dalam Mawadda VII, disebutkan dari Abdullah bin Umar bin Khattab. Dia mengatakan satu hari sedang dia mengira nama-nama sahabat, dia menamakan Abu Bakr, Umar dan Uthman. Seorang berkata: ‘Wahai Abu Abdur-Rahman! Mengapa kamu meninggalkan nama Ali?’ Dia menjawab: ‘Ali adalah seorang dari keturunan nabi. Dia tidak boleh dijumlahkan dengan sesiapa. Dia di dalam kategori yang sama dengan nabi Allah.’

Biar saya nyatakan satu lagi hadith dari Mawadda yang sama. Ianya telah disebutkan dari Jabir bin Abdullah Ansari bahawa satu hari di dalam kehadiran muhajir, dan Ansar nabi berkata kepada Ali: ‘Wahai Ali! Jika sesaorang mengerjakan solat yang sempurna kepada Allah, dan kemudian meragukan bahawa kamu dan keluarga mu adalah yang lebih utama diatas segala kejadian, tempat kediamannya adalah neraka.’

[Setelah mendengarkan hadith ini, semua yang hadir, terutama Mr. Hafiz, menunjukkan telah bertaubat, sekurang-kurangnya mereka di dalam kumpulan yang meragukan]. Saya telah merujuk kepada beberapa hadith sahaja. Pilihan kamu sama ada menolak kesemua hadith yang sahih, yang telah dirakamkan di dalam buku-buku kamu atau mengakui bahawa keimanan Ali lebih utama dari semua para sahabat, termasuk Abu Bakr dan Umar. Saya juga harap kamu pertimbangankan hadith yang telah diterima oleh kedua golongan yang mana nabi berkata pada peristiwa Ghazawa-e-Ahzab [juga dikenali dengan peperangan parit], apabila Ali membunuh Amru Ibn Abd-e-Wudd dengan satu pukulan dari pedangnya: ‘Satu hayunan Ali di dalam peperangan Khandaq, telah mendapatkannya lebih kemuliaan dari segala amalan baik dari keseluruh ummah [jin dan manusia] sehingga kehari Pengadilan.’ Jika satu hayunan pedangnya adalah yang terbaik dari segi kemuliaan daripada segala solat oleh jin dan manusia yang disatukan, tentu sahaja kemuliaannya tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa melaikan fanatik yang jahat.
ALI SEBAGAI DIRI KEPADA NABI.

Jika tidak terdapat apa-apa bukti tentang keutamaan Ali dari segala para sahabat dan ummah amnya, ayat Mubahila telah mencukupi untuk membuktikan keutamaannya. Ia merujuk kepada Ali sebagai ‘diri’ nabi. Nabi telah diterima sebagai yang paling utama kepada semua makhluk dari mula hingga keakhir. Maka perkatan ‘anfusana’ [diri kami] di dalam ayat itu merujuk kepada Ali, ini membuktikan dia lebih utama dari semua makhluk dari mula hingga akhir. Mungkin sekarang kamu akan mengaku bahawa di dalam rangkap ‘dan mereka yang bersama dengannya’ merujuk kepada Ali. Beliau telah bersama dengan nabi sebelum sesiapa pun dari permulaan Islam

Kenapa Ali tidak bersama nabi pada malam baginda hijrah dari Makah, adalah jelas bahawa nabi telah mengamanahkan kepada Ali dengan tugas yang penting. Tiada siapa yang paling amanah dari Ali. Dia telah ditinggalkan untuk memulangkan kepada tuannya segala harta yang telah diamanahkan kepada nabi. [Tugas Ali yang kedua adalah untuk mengantar ahli keluarga nabi dan Muslim yang lain ke Madina. Dan walaupun Ali tidak bersama nabi di dalam gua pada malam itu, beliau melaksanakan tugas yang terpenting ketika beliau baring diatas tempat tidur nabi]
AYAT QURAN MEMUJI ALI KERANA TIDUR DIATAS KATIL NABI PADA MALAM HIJRAH.

Ulama kamu telah menyebutkan kemuliaan Ali di dalam ulasan mereka. Contohnya Ibn Sab’i Maghribi di dalam Shifa’u’s-Sudur, Tibrani di dalam Ausat dan Kabir, Ibn Athir in Usudu’l-Ghaiba, jilid IV, ms 25, Nuru’d-Din Sabbagh Maliki di dalam Fusuli’l-Muhimma Fi Ma’rifati’l-‘aimma, ms 33, Abu Ishaq Tha’labi Fazil Nishapuri, Fakhru’d-Din Razi dan Jalalu’d-Din Suyuti, masing-masing di dalam Tafsir, Hafiz Abu Nu’aim Ispahani, ahli hadith shafii yang terkenal di dalam Ma Nazala’l-Qur’an fi Ali, Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, Sheikhu’l-Islam Ibrahim bin Muhammad Hamwaini di dalam Fara’id, Muhammad bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Bab 62, Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad, Muhammad bin Jarir melalui beberapa punca, Ibn Hisham di dalam Siratu’n-Nabi, Hafiz Muhaddith dari Damascus di dalam Arba’in Tiwal, Imam Ghazali di dalam Ihya’u’l-Ulum, jilid III, ms 223, Abu’s-Sa’adat di dalam Faza’ilu’l-Itrati’t-Tahira, Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, Sibt Ibn Jauzi in Tadhkira dan lainnya dari ulama kamu yang terkenal, menyatakan bahawa apabila nabi berhasrat, dengan arahan Tuhan, untuk meninggalkan Makah ke Madina, baginda menyuruh Ali memakai selimut baginda berwarna hijau dan tidur dikatil baginda. Dengan patuh Ali tidur ditempat nabi. Kemudian Allah memberitahu malaikat Jibril dan Mikail bahawa Dia telah menjadikan mereka berdua bersaudara, dan bahawa seorang dari mereka akan hidup lama dari yang lain. Dia bertanya kepada mereka berdua siapakah yang bersedia untuk memberikan saudaranya umur dia yang lebih, kelebihan umur itu tiada siapa dari mereka yang tahu. Mereka bertanya kepada Dia [Allah] sama ada pilihan itu perlu [wajib]. Mereka diberitahu ianya tidak dipaksakan. Tiada siapa dari mereka yang bersedia untuk berpisah dari kelebihan umur yang telah diberikan oleh Allah. Maka ikutilah kata-kata Tuhan: ‘Saya telah jadikan persaudaraan diantara wazir Ku Ali dengan Rasul Ku Muhammad. Ali telah menawarkan untuk mengorbankan nyawanya demi untuk menyelamatkan nyawa nabi. Dengan tidur diatas katil nabi, dia telah menyelamatkan nyawa nabi. Sekarang kedua kamu diarahkan turun kedunia dan menyelamatkan dia dari tipu daya dan perancangan musuh.’

Dengan patuh, kedua mereka turun kedunia. Jibril duduk dibahagian kepala Ali dan Mikail di bahagian kaki. Jibril berkata: ‘Tahniah, Wahai anak Abu Talib yang mana Allah maha Tinggi telah berbangga dihadapan para malaikat.’ Sesudah ini, ayat yang berikut telah diwahyukan kepada nabi: ‘Dan terdapat manusia yang memberikan nyawanya untuk mendapatkan keridhaan Allah; dan Allah maha pengasih terhadap hambaNya.’ [2:207]

Sekarang saya serahkan kepada kamu, tuan-tuan terhormat, untuk mempertimbangkan ayat ini baik-baik, apabila kamu pulang kerumah pada malam ini dan cuba mendapatkan keputusan kamu sendiri. Adakah keutamaan benar-benar kepunyaan mereka yang bersama nabi untuk beberapa hari dalam perjalanan, menunjukkan ketakutan dan kesedihan, atau dia yang mempetarungkan nyawanya pada malam yang sama dengan berani dan berbesar hati, demi untuk keselamatan nabinya. Imam Jafar Iskafi, seorang ulama terkenal dan ketua golongan Mutazili membuktikan sebagaimana dirakamkan di dalam ulasan Abil-Hadid Nahjul Balagha, jilid III, ms 269-281 bahawa tidurnya Ali diatas katil nabi adalah lebih utama dari bersamanya Abu Bakr dengan nabi pada jangka waktu yang pendek. Dia berkata: ‘Ummah Muslim semuanya percaya, dengan sebenarnya, kemuliaan Ali pada malam itu sungguh tinggi yang mana tiada manusia yang dapat mencapainya melainkan Ishak dan Ibrahim, apabila mereka bersedia untuk mengorbankan diri mereka di dalam ketaatan kepada kehendak Allah. [Kebanyakkan pengulas, ulama, ahli sejarah, semuanya percaya bahawa Ismail yang menawarkan untuk dikorbankan dan bukan Ishak]

Pada ms 271 dari sharh Nahjul-Balagha kenyataan Abu Jafar Iskafi di dalam menjawab kepada Abu Uthman Jahiz Nasibi telah dirakamkan. Dia berkata: ‘Saya telah pun buktikan terdahulu bahawa tidurnya Ali diatas katil nabi pada malam hijrah adalah lebih utama dari bersamanya Abu Bakr dengan nabi di dalam gua. Di dalam menekankan maksud saya, saya akan buktikan dari dua sudut pandangan.

Pertama, nabi Allah yang begitu lama dan terlalu rapat dengan Ali, amat mencintai beliau. Maka dia merasakan kehilangan orang yang dicintai apabila mereka berpisah. Sebaliknya, Abu Bakr menikmati keutamaan berjalan berpergian dengan nabi. Oleh kerana Ali menderita dari kepedihan berpisah, ganjarannya bertambah, kerana lebih besar penderitaan yang ditanggongnya maka lebih banyaklah ganjaran yang diterima untuknya.

Keduanya, oleh kerana Abu Bakar hendak meninggalkan Makah, dan dia pernah meninggalkan Makah dengan sendirian, situasinya sebagai waraga Makah telah bertambah susah. Maka apabila dia meninggalkan Makah bersama dengan nabi, idamannya untuk meninggalkan Makah tercapai. Makanya tidak ada kecemerlangan moral yang perlu baginya jika dibandingkan dengan Ali, yang telah menanggong tekanan di dalam mempertaruhkan nyawanya dihadapan pedang yang tidak bersarong ditangan musuh.

Ibn Sab’a Maghribi berkata di dalam Shifaus-Sudur mengenai keberanian Ali: ‘Terdapat sebulat suara diantara ulama Arab bahawa pada malam hijrah, Ali tidur diatas katil nabi adalah lebih utama dari berpergian dengannya Ali menjadikan dirinya wakil nabi dan mempertarungkan nyawanya kerana nabi. Tujuan ini amat jelas yang tiada siapa boleh menafikannya melainkan mereka yang dihinggapi penyakit gila atau fanatik.’

Saya berhenti disini dan kembali kepada tujuan utama saya. Kamu mengatakan bahawa ayat al-Quran ‘keras terhadap orang kafir’ [48:29] merujuk kepada khalifa kedua, Umar bin Khattab. Tetapi tuntutan ini tidak boleh diterima hanya kerana kamu yang mengatakannya. Kita hendaklah menentukan sifat ini tertakluk kepada dirinya atau tidak. Jika ianya benar, saya besedia untuk menerimanya. Yang pastinya ‘keras’ boleh ditunjukkan dengan dua cara: di dalam perbincangan agama yang mana melalui kekuatan penghujahan, ulama dari pihak lawan akan terdiam. Kedua, ianya boleh ditunjukan dimedan perang.

Sejauh ini mengenai perbincangan ilmiah, tidak terdapat satu ketika di dalam sejarah yang Umar menunjukkan sebarang kekuatan penghujahannya. Tidak, setahu saya. Saya tidak pernah melihat mana-mana rakaman sejarah menunjukkan kerasnya Umar pada perbincangan agama. Saya amat menghargai jika kamu boleh menyatakannya.

Yang sebenarnya, ulama kamu telah bersetuju bahawa adalah Ali yang menyelesaikan masalah perundangan dan agama yang susah semasa era tiga khalifa. Walaupun Umayya dan pengikut Abu Bakar yang membuta tuli telah memalsukan hadith bagi pihak mereka, tetap mereka tidak dapat menyembunyikan fakta bahawa apabila seorang yang beriman datang bertemu Abu Bakr, Umar atau Uthman, untuk menyelesaikan masalah yang susah, khalifa akan merujuk masalah itu kepada Ali. Ali memberikan kepada mereka jawapan yang meyakinkan sehingga ramai yang bukan Islam memeluk Islam. Sebenarnya bahawa Abu Bakr, Umar dan Uthman telah mengesahkan keutamaan Ali adalah mencukupi untuk membutikan maksud saya. Ulama kamu telah menulis bahawa khalifa Abu Bakr berkata: ‘Gantikan saya, gantikan saya, oleh kerana saya tidak mempunyai kelebihan apa-apa daripada kamu, selagi Ali ada bersama kamu.’ Paling kurang tujuh puluh kali khalifa Umar mengaku: ‘Jika Ali tidak ada, Umar pasti akan binasa.’ Kebanyakkan situasi itu melibatkan bahaya telah disebutkan di dalam buku-buku tersebut, tetapi saya tidak mahu memperkatakan pada maksud itu. Mungkin ada tajuk yang lebih mustahak untuk dibincangkan.

Nawab: Tajuk mana yang lebih penting dari ini? Adakah perkara ini disebutkan di dalam buku kami? Jika ada, sila beritahu kepada kami?

Shirazi: Ulama kamu yang adil bersetuju bahawa Umar kerap mengatakan bahawa Ali selalu datang untuk menyelamatkannya.

BUKTI MENGENAI PERKATAAN UMAR ‘JIKA ALI TIDAK ADA DISITU, UMAR PASTI AKAN BINASA.

Qazi Fazlullah Bin Ruzbahan, yang fanatik, di dalam Ibtalu’l-Batil; Ibn Hajar Asqalani di dalam Tihdhibu’l-Tahdid, dicetak di Hyderabad Daccan, ms 337; Ibn Hajar di dalam Isaba, jilid II, dicetak di Egypt, ms 509; Ibn Qutayba Dinawari di dalam Ta’wil-e-Mukhtalafu’l-Hadith, ms 201-202, Ibn Hajar Makki di dalam Sawa’iq-e-Muhriqa, ms 78; Hajj Ahmad Afindi di dalam Hidayatu’l-Murtab, ms 146 dan 152; Ibn Athir Jazari di dalam Usudu’l-Ghaiba, jilid IV, ms 22; Jalalu’d-Din Suyuti di dalam Ta’rikhu’l-Khulafa, ms 66; Ibn Abdu’l-Birr Qartabi di dalam Isti’ab, jilid II, ms 474; Seyyed Mu’min Shablanji di dalam Nuru’l-Absar, ms 73; Shahabu’d-Din Ahmad bin Abdu’l-Qadir A’jili di dalam Zakhiratu’l-Ma’al; Muhammad bin Ali As-Saban di dalam Is’afu’r-Raghibin, ms 152; Nuru’d-Din bin Sabbagh Maliki di dalam Fusulu’l-Muhimma, ms 18; Nuru’d-Din Ali bin Abdullah Samhudi di dalam Jawahiru’l-Iqdain; Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazili di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 6, Allama Qushachi di dalam Sharh-e-Tarid, ms 407, Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, ms 48, 60, Muhammad bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul sub-bahagian 6, ms 29, Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Faza’il dan begitu juga di dalam Musnad; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira, ms 85, 87, Imam Tha’labi di dalam Tafsir Kafshu’l-Bayan, Allama Ibn Qayyim Jauzi di dalam Turuqi’l-Hakim, merakamkan keputusanAli dari ms 41 to page 53; Muhammad bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Bab 57; Ibn Maja Qazwini di dalam Sunan, Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib; Ibrahim bin Muhammad Hamwaini di dalam Fara’id; Muhammad bin Ali bin Hasani’l-Hakim di dalam Sharh-e-Fathi’l-Mubin, Dailami di dalam Firdaus, Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Bab 14, Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Hilyatu’l-Auliya begitu juga di dalam Ma Nazala’l-Qur’an fi Ali, dan banyak lagi dari ulama terkenal kamu, dengan sedikit perubahan di dalam perkataan, telah menyampaikan Umar sebagai berkata: ‘Jika tidak ada Ali, Umar pasti akan binasa.’

Seorang ahli agama Ghanji Shafii, di dalam Bab 57, Kifayatut-Talib Fi Manaqib Ali Ibn Abi Talib, setelah menyebutkan beberapa hadith sahih, menyatakan dari Hudhaifa bin Yaman bahawa, ‘Satu hari Umar berjumpa dia dan bertanya kepada dia: Apakah keadaan kamu apabila kamu bangun pada waktu pagi? Hudhaifa berkata, ‘Saya bangun pada waktu pagi benci kepada yang benar, suka pada keburukan, menjadi saksi kepada perkara yang tidak dilihat; menghafal benda yang tidak dijadikan, menyebut salam di dalam keadaan berhadath, dan tahu bahawa apa yang untuk ku dibumi tidak untuk Allah yang dilangit.’ Umar menjadi marah dengan kenyataan ini dan bermaksud hendak menolak Hudhaifa apabila Ali masuk. Beliau nampak tanda marah pada muka Umar dan bertanya mengapa dia marah sangat. Umar menberitahu beliau, dan Ali berkata: ‘Tidak ada apa-apa yang sirius mengenai kenyataan ini: Apa Hudhaifa katakan adalah betul. Benar bererti mati, yang dibencinya; keburukan bererti kekayaan dan keluarga, yang dia suka; dan apabila dia mengatakan dia menjadi saksi pada apa yang dia tidak lihat, ini bermakna bahawa dia mengaku kepada ke Esaan Allah, mati, hari pengadilan, syurga, neraka, jambatan sira, yang mana semuanya belum dilihat. Apabila dia berkata dia belajar secara hafal apa yang tidak dijadikan, ini merujuk kepada al-Quran; apabila dia berkata bahawa dia menyebut salam tanpa wudu, ini merujuk kepada sebutan salam kepada nabi Allah, yang mana dibolehkan tanpa wudu; apabila dia mengatakan dia dapat untuk dirinya didunia apa yang bukan untuk Allah dilangit, ini merujuk kepada isterinya, kerana Dia tidak mempunyai isteri atau anak.’ Umar kemudian berkata, ‘Umar pasti akan lenyap jika Ali tidak ada.’ Ghanji Shafii barkata bahawa kenyataan Umar telah disahkan menurut laporan dari kebanyakkan penyampai hadith. Pengarang Manaqib berkata khalifa Umar berulang kali berkata: ‘Wahai Abul-Hasan! [Ali]. Saya tidak akan menjadi sebahagian dari ummah tanpa kamu.’ Dia juga berkata: ‘Wanita tidak dapat melahirkan anak seperti Ali.’

Muhammad bin Talha Shafii di dalam Matalibus-Suul dan Sheikh Sulayman Balkhi hanafi di dalam Yanabiul-Mawadda, Bab 14, menyebut dari Tirmidhi, merakamkan laporan yang mendalam dari Ibn Abbas pada akhirnya dia berkata: ‘Para sahabat nabi akan mencari keputusan agama dari Ali, dan mereka menerima keputusannya. Adalah Umar bin Khattab berkata pada beberapa kejadian, ‘Jika tidaklah kerana Ali, Umar pasti akan binasa.’

Didalam perkara agama dan perbincangan pengetahuan Umar tidak menunjukkan sebarang kekerasan. Sebaliknya, dia mengakui ketidak mampuannya dan mengakui Ali sebagai tempat berlindungnya. Bahkan Ibn Hajar Makki didalam Bab III, dari Sawaiq Muhriqa, menyatakan dari Ibn Sa’d, menyebut Umar sebagai berkata, ‘Aku meminta perlindungan dengan Allah, di dalam memutusan masalah yang susah dimana Abul-Hasan tidak ada.’
KEBERANIAN UMAR TIDAK PERNAH DILIHAT DIMANA-MANA MEDAN PEPERANGAN.

Sebagai kekerasan untuk Umar dimedan peperangan, sejarah tidak pernah merakamkannya. Sebaliknya, ahli sejarah dari kedua golongan menyampaikan bahawa setiap kali Umar bertemu musuh yang kuat, dia akan melarikan diri. Begitulah Muslim lain juga lari, dan tentera muslim kerap juga tewas.

Hafiz: Kamu dengan perlahan-lahan telah menambahkan yang tidak baik. Kamu telah menghina khalifa Umar, yang menjadi kebanggaan Muslim, dan di dalam era siapa Muslim mencapai kejayaan besar. Disebabkan Umar, tentera muslim mendapat kejayaan. Kamu mengelar dia penakut dan mengatakan yang dia lari dari medan peperangan dan bahawa kekalahan tentera Islam adalah disebabkan olehnya! Adakah wajar bagi orang seumpama kamu pada menghina khalifa Umar?

Shirazi: Saya takut awak tersalah faham. Walaupun kamu telah bersama saya pada beberapa malam, kamu masih belum dapat memahami saya. Mungkin awak fikir bahawa disebabkan oleh perasaan maka saya mengkritik atau memuji sesaorang. Tidak sekali. Memang terdapat kewajibpan yang besar di dalam perbincangan agama yang telah menjadi punca permusuhan diantara Muslim untuk berabad lamanya. Perbincangan sedemikian kerap menimbul keinginan yang jahat, yang tidak mengikuti dengan arahan al-Quran. Al-Quran dengan jelas mengatakan: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah dari prasangka sebanyak mungkin [yang boleh]: kerana prasangka dalam satu-satu keadaan adalah berdosa.’ [49:12] Kamu menganggap bahawa kenyataan saya digerakkan oleh kebencian. Yang sebenar adalah sebaliknya. Saya tidak mengucapkan satu perkataan pun yang bertentangan kepada apa yang ulama kamu telah tuliskan. Kamu baru mengatakan yang saya telah menghina khalifa Umar. Tetapi tidak terdapat sedikit petunjuk pun kepada menghina. Apa yang saya katakan mengikut dari rekod sejarah. Sekarang saya terpaksa memberikan pandangan yang lebih jelas terhadap fakta supaya dapat meredakan permusuhan.
PENAKLUKKAN TIDAK DISEBABKAN OLEH KEUTAMAAN PERSONALITI UMAR.

Kamu katakan bahawa khalifa Umar bertanggong jawab diatas penaklukkan Muslim. Tiada siapa menafikan bahawa Muslim mendapat kemenangan besar semasa khalifa Umar. Tetapi hendaklah ingat, menurut dari keterangan ulama kamu yang terkenal seperti Qazi Abu bakt Khatib, di dalam sejarah baghdad; Imam ahmad bin Hanbal di dalam Musnad; Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh Nahjul Balagha; dan banyak penulis lainnya, khalifa Umar meminta petunjuk dari Ali di dalam perkara pentadbiran dan juga ketenteraan. Dan dia bertindak diatas nasihat Ali.

Sebagai tambahan, terdapat perbezaan pada kejayaan Islam di dalam era yang berlainan. Kejayaan yang pertama merujuk kepada kejayaan era nabi sendiri, yang menjadi pengerak utamanya adalah keberanian Ali. Setiap orang setuju bahawa Ali adalah yang paling berani dari yang berani. Jika beliau tidak mengambil bahagian di dalam peperangan, kejayaan tidak tercapai. Sebagai contoh, di dalam peperangan Khaibar, beliau mendapat sakit mata, dan mustahil untuk pergi berperang. Tentera Muslim mengalami kekalahan berturut-turut, apabila beliau telah disembuhkan oleh nabi, Ali mara terhadap tentera musuh dan menawan kubu Khaibar. Di dalam peperangan Uhud, apabila Muslim berpecah dan melarikan diri, adalah Ali yang berdiri teguh. Dengan berani, dia menyelamatkan nabi dari serangan musuh, sehingga terdengar suara yang mengatakan: ‘Tidak ada pedang selain Dhul-fiqar, dan tidak ada yang paling berani selain dari Ali.’

Kejayaan kedua adalah mengenai peperangan yang dijayakan selepas nabi. Kejayaan ini adalah disebabkan oleh keberanian tentera Muslim dan perancangan yang baik. Tetapi kita tidak mempertikaikan kejayaan Islam semasa pemerintahan Umar. Topik kita adalah keberanian Umar itu sendiri. Ianya tidak dinyatakan di dalam mana-mana pembuktian sejarah.

Hafiz: Adalah satu penghinaan untuk mengatakan khalifa Umar lari dari medan peperangan dan ini membawa kepada kalahnya tentera Islam.

Shirazi: Jika menyebut fakta sejarah mengenai sesaorang adalah satu penghinaan, maka penghinaan ini adalah oleh ulama kamu.

Hafiz: Dimana terdapat ulama kami menulis khalifa Umar lari dari medan peperangan? Bilakah dia menyebabkan kekalahan terhadap tentera Islam?
ABU BAKAR DAN UMAR TEWAS DI DALAM PEPERANGAN KHAIBAR.

Shirazi: Oleh kerana Ali mengidap penyakit mata pada hari pertama peperangan Khaibar, nabi menyerahkan bendera Islam kepada Abu Bakr, yang memimpin tentera Islam menentang Yahudi. Setelah dikalahkan dengan pantas, dia kembali. Pada hari esoknya bendera muslim diberikan kepada Umar, tetapi sebelum dia sampai kemedan pertemporan dia telah lari dalam ketakutan [panik]

Hafiz: Kenyataan ini adalah pemalsuan shia.

Shirazi: Peperangan Khaibar adalah peristiwa yang penting dalam kehidupan nabi, telah dirakamkan dengan secara khusus oleh ahli sejarah dari kedua golongan. Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam bukunya Hilyatu’l-Auliya, jilid I, ms 62, Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, ms 40, dari Sira oleh Ibn Hisham, Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Bab 14, dan banyak lagi dari ulama kamu yang telah merakamkannya. Tetapi yang paling sahih adalah sampaian dari ulama yang terkenal ini:

Muhammad Bin Isma’il Bukhari, yang menulis di dalam Sahih, jilid II, dicetak di Egypt, 1320 Hijrah, ms 100, dan Muslim Bin Hujjaj, yang menulis di dalam Sahih, jilid II, dicetak di Egypt, 1320 Hijrah, ms 324, ‘bahawa khalifa Umar lari dari peperangan di dua medan pertemporan’ Diantara banyak bukti yang nyatakan pada maksud ini adalah kata-kata yang tidak meragukan dari Ibn Abil-Hadid mutazili, dinamakan sebagai ‘Alawiyyat-e-Sab’a, di dalam memuji Ali. Mengenai ‘Pintu Khaibar’ dia berkata: ‘Telahkah kamu dengar cerita Kejayaan keatas Khaibar? Terlalu banyak misteri telah dikaitkan bersamanya, sehingga mengelirukan akal yang bistari! Mereka berdua ini [Abu Bakar dan Umar] tidak suka kepada, atau tidak biasa dengan, memegang bendera [mengetuai angkatan tentera]. Mereka tidak tahu rahsia pada mengekalkan kehormatan pada bendera, mereka menutupnya dengan keaiban dan lari putih tapak kaki, walaupun mereka tahu yang lari dari medan perang boleh membawa kepada kafir. Mereka melakukannya juga kerana seorang dari tentera Yahudi yang berani, seorang remaja yang tinggi dengan pedang terhunus ditangan, menunggang kuda dengan gagahnya, menyerang mereka, seumpama burung unta [kasuari] jantan, yang telah mendapat tenaga baru dari udara nyaman musim bunga dan makanan. Dia seumpama seekor burung besar yang telah memenuhi dirinya dengan bulu-bulu yang berwarna-warni dan sedang mengejar terhadap yang dicintanya. Kilauan api kematian dari pedang dan tombaknya memancar dan telah menakutkan kedua orang ini. ’Ibn Abdil-Hadid berkata mengenai mereka [Abu Bakr dan Umar] dengan menambah: ‘Saya meminta maaf untuk kamu, kerana kekalahan dan larinya kamu, oleh kerana semua manusia benci kepada kematian dan mencintai kehidupan. Sama seperti yang lain semua, kamu berdua tidak suka kematian walaupun tidak terdapat kekebalan dari mati. Tetapi kamu tidak dapat melamar mati.’

Tujuan saya bukan untuk menghina sesiapa. Saya menyatakan fakta sejarah ini untuk menunjukkan bahawa khalifa tidak mempunyai keberanian sedemikian yang membolehkannya dikatakan seperti pada potongan ayat ‘keras terhadap mereka yang kafir,’ Fakta menunjukkan dia lari dari medan perang. Sifat yang kita katakan ini adalah hak Ali sahaja, yang di dalam setiap peperangan adalah amat keras terhadap mereka ynag kafir. Fakta ini telah diberikan oleh Allah di dalam al-Quran. Dia berkata: ‘Wahai orang yang beriman! Sesiapa yang berpaling dari agamanya, maka Allah akan membawa orang yang lain; Dia mencintai mereka dan mereka mencintai Dia, merendah diri pada yang beriman, keras terhadap yang kafir, berjuang dijalan Allah, dan mereka tidak takut penghinaan dari mereka yang menghina; ini adalah rahmat dari Allah. Dia berikan kepada siapa yang Dia hajati.’

Hafiz: Adalah amat memeranjatkan bahawa kamu cuba untuk mengatakan yang ayat itu untuk Ali. Ianya merujuk kepada orang beriman yang memilikki kualiti tersebut dan Allah akan mencintai mereka.

Shirazi: Adalah lebih baik jika jika kamu tanyakan kepada saya, apakah hujah yang menyokong kenyataan saya. Jawapan saya adalah, jika ayat ini diwahyukan pada memuji orang yang beriman, mereka tidak akan lari dari medan peperangan sama sekali.

Hafiz: Adakah adil untuk menuduh yang beriman dan sahabat nabi yang lari dari bahaya? Mereka ini berperang dengan gagahnya dimedan pertemporan.

Shirazi: Bukanlah saya yang mengatakan mereka ‘pengecut’ Sejarah yang menunjukkan mereka begitu. Mungkin kamu telah terlupa bahawa di dalam peperangan Uhud dan Hunain, kedua-dua mereka yang beriman dan para sahabat secara umum, termasuklah sahabat utama nabi, telah mencari keselamatan diri dengan lari. Sebagaimana yang sampaikan oleh Tabrini dan lainnya, mereka meninggalkan nabi sendirian diantara musyrik. Mungkinkah mereka yang berpaling kebelakang dari menghadap musuh, meninggalkan nabi berseorangan menentang musuh adalah yang dicintai oleh Allah dan RasulNya?

Bukanlah saya seorang yang mengatakan bahawa ayat ini pada memuji Ali. Abu Ishaq Imam Ahmad Thalabi, yang kamu anggap sebagai ketua para penyampai hadith, menulis di dalam bukunya Kashful-Bayan bahawa ayat ini diwahyukan pada memuji Ali kerana tiada siapa yang memilikki sifat yang disebutkan itu. Tidak ada ahli sejarah – dari kita atau orang asing – telah menulis bahawa di dalam mana-mana 36 peperangan yang melibatkan nabi didapati Ali melarikan diri. Di dalam peperangan Uhud, apabila kesemua para sahabat lari, dan 5 000 pihak tentera musuh menyerang Muslim, orang yang tinggal kekal dikedudukannya sehingga kemenangan dicapai, hanyalah Ali. Walaupun luka dibeberapa tempat dan darah mengalir dengan banyaknya, beliau menggumpulkan semula mereka yang lari dan terus berperang sehingga kemenangan dicapai.

Hafiz: Tidakkah kamu merasa malu mengatakan ‘pengecut’ pada sahabat yang agung? Semua sahabat secara umum dan kedua khalifa – Abu Bakr dan Umar – khasnya, dengan gagah menggelilingi nabi dan mempertahankannya.

Shirazi: Kamu tidak mempelajari sejarah dengan teliti. Secara umum, ahli sejarah telah menulis bahawa di dalam peperangan Uhud, Hunain, dan Khaibar kesemua para sahabat lari. Saya telah menyatakan kepada kamu mengenai Khaibar. Dan mengenai Hunain, Hamidi di dalam Jam’-e-Bainus-Sahihain dan Halabi di dalam Siratul-Halabiyya, jilid III, ms 123, berkata bahawa semua para sahabat lari, melainkan empat: Ali dan Abbas berada dihadapan nabi, Abu Sufyan bin Harith memegang tali kuda nabi dan Abdullah bin Masud berdiri disebelah kirinya. Larinya Muslim di Uhud tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Muhammad bin Yusuf Ghanji di dalam kifayatut-Talib, Bab 27, dari punca dia sendiri, menyebut Abdullah bin Masud sebagai berkata bahawa nabi berkata: ‘Bila-bila masa Ali dihantar sendirian dimedan peperangan, saya melihat Jibril disebelah kanannya, Mikail disebelah kirinya, dan awan melindunginya dari atas sehinggalah Allah menjayakan dia.’

Imam Abu Abdur-Rahman Nisai menyatakan hadith 202 di dalam bukunya Khasais-e-Alawi bahawa Imam Hasan, memakai seban hitam, datang kepada manusia dan menyampaikan kualiti bapanya, dengan mengatakan bahawa di dalam peperangan Khaibar, apabila beliau pergi ke kubu, ‘Jibril berperang disebelah kanannya, dan Mikail berperang disebelah kirinya. Dia berhadapan dengan musuh dengan beraninya sehingga dia mencapai kemenangan dan berhak mendapat cinta Allah.’
ALI ADALAH YANG DICINTAI OLEH ALLAH DAN RASUL.

Di dalam ayat ini Allah berkata bahawa Dia mencintai mereka yang mempunyai sifat yang sedemikian dan bahawa mereka juga mencintaiNya. Kualiti ini, dicintai oleh Allah, adalah khas bagi Ali. Terdapat banyak bukti bagi menyokong pandangan saya. Diantara banyak hadith yang berkaitan dengan perkara ini, ada satu yang disampaikan oleh Muhammad bin Yusuf Ghanji Shafii di dalam Kifayatut-Talib, Bab 7, Dia menyampaikan melalui puncanya sendiri, dari Abdullah bin Abbas, yang mengatakan bahawa satu hari sedang dia duduk dengan bapanya, Abbas, dihadapan nabi, apabila Ali masuk dan memberikan salam kepada mereka. Nabi bangun, memeluknya, cium diantara dua matanya dan dudukkan dia disebelah kanannya. Abbas kemudian bertanya kepada nabi sama ada baginda mencintai Ali. Nabi menjawab, ’Wahai bapa saudara yang saya hormati! Demi Allah, Allah mencintai dia lebih dari saya mencintai dia.’
HADITH PADA BENDERA DI DALAM PENAKLUKKAN KHAIBAR.

Bukti yang paling kukuh, Ali adalah yang dicintai oleh Allah, dan keberaniannya dimedan peperangan, adalah Hadith-e-Rayat [hadith pada bendera], yang mana adalah sebahagian dari koleksi hadith kamu yang sahih. Tiada ulama terkenal kamu yang menafikannya.

Nawab: Apa dia hadith-e-rayat? Jika kamu tidak keberatan, sila sebutkannya dengan puncanya sekali.

Shirazi: Ulama terkenal dan ahli sejarah dari kedua golongan telah menyebutkan hadith-e-rayat. Sebagai contoh, Muhammad Bin Isma’il Bukhari, di dalam Sahih, jilid II, Kitabu’l-Jihad Wa’s-Siyar, Bab Du’au’n-Nabi, juga jilid III, Kitabu’l-Maghazi, Bab Ghazawa-e-Khaibar; Muslim Bin Hajjaj di dalam Sahih, jilid 2, ms 324; Imam Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam Khasa’isu’l-Alawi; Tirmidhi di dalam Sunan; Ibn Hajar Asqalani di dalam Isaba, jilid II, ms 508; Muhaddith-e-Sham di dalam Ta’rikh; Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad; Ibn Maja Qazwini di dalam Sunan; Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda Bab 6; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira; Muhammad bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, Hafiz Abu Nu’aim Isfahani di dalam Hilyatu’l-Auliya; Abu Qasim Tibrani di dalam Ausat; dan Abu Qasim Husain bin Muhammad (Raghib Isfahani) di dalam Muhaziratu’l-Udaba, jilid II, ms 212. Secara ringkas boleh dikatakan semua ahli sejarah dan hadith telah merakamkan hadith ini, makanya Hakim berkata: ‘Hadith ini telah sampai pada kedudukan diterima sepenuhnya.’ Tabrini berkata: ‘Kejayaan Ali di Khaibar adalah bukti dengan penerimaan sepenuhnya.’

Apabila tentera Muslim menggepong kubu Khaibar, ia telah menggalami kekalahan sebanyak tiga kali dibawah pemerintahan Abu Bakr dan Umar, dan mereka-mereka ini lari. Para sahabat sungguh kesal [frust, keciwa] Di dalam usaha untuk memberangsang para sahabat, nabi menyatakan bahawa Khaibar akan ditawan. Baginda berkata: ‘Demi Allah esok saya akan menyerahkan bendera kepada sesaorang yang akan kembali dengan kemenangan. Dia adalah seorang yang akan menyerang terus berulang kali dan tidak pernah meninggalkan medan peperangan dan tidak pernah berundur sehingga dia mencapai kemenangan. Dia mencintai Allah dan nabi Allah, dan Allah dan nabi Allah mencintainya.’

Malam itu para sahabat tidak dapat tidur, membayangkan siapakah yang akan diberikan penghormatan khas ini. Pada subuh itu, semua mengenakan pakaian perang dan menampilkan diri mereka dihadapan nabi. Nabi bertanya: ‘Dimana adik saya, dan anak bapa saudara saya, Ali Ibn Abi Talib?’ Mereka memberitahu kepadanya, ‘Wahai Nabi Allah, dia sedang diserang sakit mata, dan tidak dapat bergerak.’ Nabi menyuruh Salman untuk memanggil Ali. Salman memimpin Ali dan membawanya kepada nabi. Dia memberi salam kepada nabi, dan setelah membalas salamnya, nabi bertanya, ‘Bagaimana dirimu, Wahai Abul-Hasan? Dia menjawab: ‘Adalah baik semuanya dengan rahmat Allah. Saya sedang dihinggapi sakit kepala dan sakit teramat sangat pada mata sehingga saya tidak dapat melihat apa-apa.’ Nabi suruh dia menghampiri. Apabila Ali datang hampir, nabi menyapukan air liur dari mulutnya kepada mata Ali dan berdoa untuknya. Sekejap sahaja matanya boleh melihat dan penyakitnya sembuh. Dia menyerahkan bendera kemenangan kepada Ali. Ali terus menuju kekubu Khaibar, menentang tentera Yahudi, membunuh tenteranya yang gagah seperti Harhab, Harith, Hisham dan Alqama, dan akhirnya menawan kubu kebal Khaibar.

Ibn Sabbagh Maliki di dalam bukunya Fusulul-Muhimma, ms 21, telah menyebut laporan ini dari enam buku hadith, sedangkan Muhammad bin Yusuf Ghanji Shafii di dalam kifayatut-Talib, Bab 14, selepas menyebutkan hadith berkata bahawa ketua penyair nabi, Hasan bin Thabit, hadir pada peristiwa itu. Dia mengubah syair pada memuji Ali: ‘Ali sedang menderita sakit mata. Disebabkan tiada tabib, nabi sembuhkannya dengan air ludahnya. Maka keduanya yang sembuh dan menyembuhkan dirahmati. Nabi suci berkata: ‘Hari ini saya serahkan bendera kepada penunggang kuda yang cekap, berani dan perkasa, sahabatku dalam peperangan. Dia mencintai Allah dan Allah mencintainya, maka melalui dia, Dia akan menjadikan kita menawan kubu.’ Selepas ini, meninggalkan semuanya ketepi, dia memilih Ali dan menjadikan dia pengganti.’

Ibn Sabbagh Maliki menyebutkan dari sahih Muslim bahawa Umar bin Khattab berkata: ‘Saya tidak pernah berhajat untuk membawa panji-panji, tetapi hari itu saya berhajat sangat untuknya. Saya berulang kali mempamerkan diri saya dihadapan rasul, berharap semoga baginda memanggil saya, dan bahawa saya akan dirahmati dengan penghormatan ini. Tetapi Ali yang dipanggil oleh nabi dan keistimewaan itu pergi kepadanya.’ Sibt Ibn Jauzi telah merakamkan laporan ini dalam Tadhkira nya, ms 15, dan Imam Abdur-Rahman Ahmad bin Nisai di dalam Khasaisul-Alawi, selepas menyampaikan dua belas hadith pada tajuk Ali membawa panji-panji di Khaibar, menyebutkan laporan yang sama pada hadith ke lapan belas mengenai harapan Umar untuk mendapatkan bendera. Juga Jalalud-Din Suyuti di dalam Tarikhul-Kulafa, Ibn Hajar Makki di dakam Sawaiq, dan Ibn Shirwaini di dalam Firdausul-Akhbar, menyampaikan bahawa Umar bin Khattab berkata: ‘Ali telah dianugerahkan dengan tiga perkara; dan jika saya miliki hanya satu darinya, saya lebih menghargainya dari semua unta yang ada pada ku: Perkahwinan Ali kepada Fatima, boleh berada di dalam masjid dalam apa juga keadaan, dan ini tidak dibolehkan kepada sesiapa melainkan Ali, dan dia pembawa bendera pada penaklukkan Khaibar.’

Hujah saya, berdasarkan dari rekod ahli hadith kamu, membuktikan bahawa rujukan dalam ayat ini – Dia [Allah] mencintai mereka dan mereka mencintai Dia’ – adalah untuk Ali. Muhammad bin Yusuf Ghanji Shafii di dalam Kifayatul-Talib Bab 13, menyatakan bahawa nabi berkata: ‘Jika sesiapa berhasrat untuk melihat kepada Adam, Nuh, dan Ibrahim, lihatlah kepada Ali.’ Dia berkata bahawa: ‘Ali adalah orangnya yang Allah maksudkan di dalam al-Quran, ‘Dan dia yang bersama dengannya, keras terhadap yang kafir, berkasih sayang diantara mereka.’ [48:29]

Sebagai yang kamu katakan bahawa rangkap di dalam ayat ‘berkasih sayang diantara mereka’ merujuk kepada Uthman, dan menunjukkan tempatnya sebagai khalifa ketiga tidak disokong oleh bukti sejarah. Yang sebenar, kerekternya adalah yang berlawanan. Terdapat banyak hujah untuk membuktikan ini, tetapi saya akan berhenti disini. Apa yang dikatakan mungkin akan menggerakkan kebencian.

Hafiz: Jika kamu hadkan diri kamu pada rujukkan yang sahih, tidak ada sebab mengapa kami harus marah.

Shirazi: Saya akan menyebutkan sebahagian darinya.
KEREKTER UTHMAN DAN CARA HIDUPNYA DIBANDINGKAN DENGAN CARA ABU BAKR DAN UMAR.

Ibn Khaldun, Ibn Khallikan, Ibn A’sam Kufi (ianya juka dirakamkan di dalam Siha-e-Sitta), Mas’udi di dalam Muruju’dh-Dhahab, jilid I, ms 435, Ibn Hadid di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid I, dan lainnya dari ulama kamu, mengesahkan bahawa apabila Uthman bin Affan menjadi khalifa, dia bertindak bertentangan dengan contoh yang ditunjukkan oleh nabi dan juga bertentangan dengan cara Abu Bakr dan Umar. Kedua golongan bersetuju bahawa di dalam kaunsel rundingan yang mana dia telah dilantik sebagai khalifa, Abur-Rahman bin Auf telah menawarkan kepada dia bai’ah berdasarkan kepada kitab Allah, hadith nabi, dan cara Abu Bakr dan Umar. Satu syarat bai’ahnya adalah bahawa Uthman tidak akan membenarkan Bani Umayya campur tangan dan tidak juga memberi kepada mereka sebarang penguasaan. Tetapi apabila kedudukannya telah utuh, dia melanggar sumpahnya. Menurut al-Quran dan hadith yang boleh diterima, untuk melanggar perjanjian adalah dosa yang besar. Ulama kamu sendiri yang mengatakan Uthman melanggar sumpahnya. Disepanjang pemerintahan khalifanya, dia bertindak dengan bertentangan pada cara Abu Bakr dan Umar. Dia memberikan Bani Umayya penuh penguasaan keatas nyawa manusia dan juga harta mereka.
HARTA KHALIFA UTHMAN.

Hafiz: Dalam cara bagaimana dia bertindak bertentangan dengan ajaran dan amalan nabi dan juga cara Abu Bakr dan Umar?

Shirazi: Ahli hadith yang terkenal, Mas’udi, di dalam Murujudh-Dhahab, jilid I, ms 433 dan ahli sejarah lainnya telah merakamkan bahawa Uthman telah membina rumah batu yang sofisikated [canggih] dengan pintu diperbuat dari kayu cendana [kayu wangi]. Dia menggumpulkan harta yang banyak, dan yang juga dia berikan kepada Umayyad dengan secara boros. Sebagai contoh, kutipan khums dari Armenia, yang ditawan pada zaman pemerintahan dia, telah dianugerahkan kepada Marwan terkutuk tanpa sebarang sekatan dari agama. Dia juga memberikan kepadanya 100 000 dirham dari baitul-mal. Dia berikan 400 000 dirham kepada Abdullah bin Khalid, 100 000 dirham kepada Hakam bin Abil-As, yang telah dikutuk dan diusir oleh nabi, dan 200 000 dirham kepada Abu Sufyan [sebagaimana yang dirakamkan oleh Abil-Hadid di dalam Sharh Nahjul Balagha, jilid I, ms 68]

Pada hari dia dibunuh, harta peribadinya berjumlah 150 000 dinar dan 20 juta dirham dalam bentuk tunai. Dia memiliki harta di Wadiul-Qura dan Hunain bernilai 100 000 dinar dan gembalaan lembu, kambing dan unta yang besar. Sebagai akibat dari tindakkannya, pemuka-muka Umayyad menggumpul harta yang banyak diatas penderitaan manusia.

Sebagai khalifa Islam untuk menggumpulkan harta yang sebegitu banyak apabila manusia kelaparan sudah pastinya salah. Lebih-lebih lagi, kelakuannya secara total bertentangan dengan cara para sahabatnya, Abu Bakr dan Umar. Uthman mengangkat sumpah pada kaunsel perundingan yang dia akan mencontohi langkah mereka yang terdahulu. Mas’udi di dalam Murujudh-Dhahab berkata mengenai khalifa Uthman, bahawa apabila khalifa Umar pergi bersama anaknya, Abdullah, untuk melakukan haji, perbelanjaan mereka pada perjalanan pergi balik hanya enam belas dinar. Dia [Umar] berkata kepada anaknya bahawa mereka telah boros. Jika kamu bezakan cara berjimat Umar dengan cara berbelanja boros Uthman, kamu akan percaya bahawa cara hidup Uthman adalah bertentangan terhadap sumpahnya kepada kaunsel.
KHALIFA UTHMAN MENGGALAKKAN MEREKA YANG KEJAM DIANTARA UMAYYAD.

Uthman juga memberikan Umayyad penguasaan keatas nyawa dan juga kehormatan manusia. Akibatnya kekacauan telah berlaku ditanah Islam. Dia melantik kesayangan dia kepada kedudukan yang tinggi menyalahi kehendak nabi, Abu Bakr dan Umar. Contohnya, dia berikan kedudukan yang tinggi kepada bapa saudaranya Hakam bin As, anak Hakam, Marwan, keduanya telah diusir dan dikutuk oleh nabi.

Hafiz: Bolehkah kamu buktikan bahawa mereka dikutuk?

Shirazi: Ada dua cara pada membuktikan bahawa mereka adalah terkutuk. Allah memanggil Bani Umayya ‘Pokok Terkutuk’ [The Accursed Tree] di dalam al-Quran [17:60]. Imam Fakhrud-Din Razi, Tabari, Qartabi, Nishapuri, Suyuti, Shawkani, Alusi, Ibn Abi Hakim, Khatib Baghdadi, Ibn Mardawaih, Hakim, Maqrizi, Baihaqi, dan lainnya dari ulama kamu, menyebutkannya dari Ibn Abbas bahawa; ‘Pokok Terkutuk’ di dalam al-Quran merujuk kepada suku Umayya. Di dalam mimpi, nabi melihat monyet memanjat naik, turun dari mimbarnya [dan mengusir manusia dari masjidnya]. Apabila dia terjaga, malaikat Jibril mewahyukan ayat ini dan memberitahu nabi bahawa monyet itu adalah Bani Umayyad, yang akan merampas kedudukan khalifa selepasnya. Tempat dia bersolat dan khutbah akan tinggal di dalam kawalan mereka untuk ribuan tahun. Imam Fakhrud-Din Razi menyampaikan dari Ibn Abbas bahawa nabi menyebut nama Hakam bin As. Maka dia adalah terkutuk kerana tergolong di dalam keturunan terkutuk.

Terdapat banyak hadith dari punca sunni mengenai mereka telah dikutuk. Hakim Nishapuri di dalam Mustadrak, jilid IV, ms 437, dan Ibn hajar Makki di dalam Sawaiq-e-Muhriqa, menyebutkan dari Hakim hadith yang berikut dari nabi: ‘Sesungguhnya, keluarga saya tidak lama lagi bertebaran dan dibunuh oleh ummah saya. Bani Umayya, Bani Mughira dan Bani Makhzum adalah yang paling kejam dari musuh-musuh kami. ’Nabi berkata mengenai Marwan, semasa dia masih kanak-kanak, ‘Ini adalah cicak, anak kepada cicak, yang terkutuk, anak kepada yang terkutuk. Ibn Hajar menyatakan dari Umar bin Murratu’l-Jihni, Halabi di dalam Siratu’l-Halabiyya, jilid I, ms 37; Baladhuri di dalam Ansab, jilid V, ms 126; Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda; Hakim di dalam Mustadrak, jilid IV, ms 481; Damiri di dalam Hayatu’l-Haiwan, jilid II, ms 291; Ibn Asakir di dalam Ta’rikh; Imamu’l-Haram Muhyi’d-Din Tabari di dalam Zakha’iru’l-Uqba, dan yang lain, telah menyampaikan dari Umar bin Murra bahawa Hakam Bin As meminta untuk bertemu dengan nabi. Nabi mengenali suaranya berkata: ‘Izinkan dia masuk. Kutukan keatasnya dan keturunannya, melainkan mereka yang beriman, dan mereka amatlah sedikit.’

Imam Fakrud-Din Razi, dalam jilid V, buku Tafsir-e-Kabir, menulis mengenai ayat ‘Pokok terkutuk … ‘ dan maksudnya, merujuk kepada kenyataan Aisha, yang berkata kepada Marwan: ‘Allah mengutuk bapa kamu apabila kamu hadir di dalam benih dia; maka kamu adalah sebahagian darinya, yang juga dikutuk oleh Allah.’ Allama Mas’udi berkata di dalam bukunya Murujudh-Dhahab, jilid I, ms 435, bahawa Marwan bin Hakam telah dikutuk dan diusir oleh nabi. Dia telah dihalau keluar dari Madina. Dia tidak dibenarkan masuk ke Madina semasa khalifa Abu Bakr dan Umar, tetapi apabila Uthman menjadi khalifa, dia bertindak bertentangan dari yang diajar nabi, Abu Bakr dan Umar dan membenarkan dia masuk ke Madina. Uthman meletakkan dia rapat dengan dirinya bersama dengan semua Umayyad yang lain dan menunjukkan kepada mereka keistimewaan.

Nawab: Siapa dia hakam bin Abi-l-As, dan mengapa dia diusir oleh nabi?

Shirazi: Hakam bin As adalah bapa saudara khalifa Uthman. Menurut Tabari, Ibn Athir dan Baladhuri yang menulis di dalam Ansab, jilid V, ms 17, dia adalah jiran nabi dimasa era jahiliah. Dia menghina nabi terutama selepas pengistiharan kerasulannya. Dia berjalan dibelakang nabi menganggu serta meniru gaya baginda. Walaupun dalam solat, dia menunjuk kearah nabi dengan amat benci. Setelah nabi mengutuk dia, dia kekal dengan sebagaimana yang dia gayakan dan akhirnya dia telah hilang ingatan. Setelah penaklukkan Makah, dia datang ke Madina dan zahirnya telah menerima Islam, tetapi dia selalu menghina nabi. Apabila dia pergi kerumah nabi, nabi kemudian keluar dari rumahnya dan berkata: ‘Tiada siapa yang harus meminta maaf bagi pihak diri orang ini. Sekarang dia dan anaknya Marwan, hendaklah meninggalkan Madina.’ Seterusnya, pihak Muslim mengusirnya dari Madina dan mengeluarkannya dari Taif. Semasa pemerintahan Abu Bakr dan Umar, Uthman menyokong dia, dengan mengatakan bahawa dia adalah bapa saudaranya dan bolehlah dibenarkan untuk kembali ke Madina. Tetapi mereka tidak menerimanya, dengan berkata bahawa dia telah dikutuk dan diusir oleh nabi, mereka tidak akan membenarkan dia kembali.

Apabila Uthman menjadi khalifa, dia memanggil kesemua mereka kembali. Walau ramai yang membantah, Uthman tetap menghujani saudaranya dan yang lain yang disukainya dengan keistimewaan khas. Dia jadikan Marwan penolongnya dan ketua pegawai istana. Dia menggumpulkan disekelilingnya ramai orang-orang yang kejam dari Umayyad dan melantik mereka pada kedudukan yang tinggi. Keputusannya adalah, menurut pada apa yang diramalkan oleh Umar, merekalah penyebab kematian Uthman. Diantara orang yang dilantik oleh Uthman adalah Walid bin Aqaba bin Abi Mu’ith, yang dihantar untuk menjadi gabenor Kufa. Menurut pada laporan dari Mas’udi di dalam Murujudh-Dhahab, jilid I, nabi berkata mengenai Walid: ‘Sesungguhnya , dia adalah seorang daripada mereka yang akan masuk neraka.’ Dia dengan terang-terang melakukan dosa. Menurut dari keterangan Mas’udi di dalam Muruju’dh-Dhahab, Abdu’l-Fida di dalam Ta’rikh, Suyuti di dalam Ta’rikhu’l-Khulafa, ms 104, Abu’l-Faraj di dalam Aghani, jilid IV, ms 128; Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad, jilid I, ms 42; Yaqubi di dalam Ta’rikh, jilid II, ms 142; Ibn Athir juga di dalam Usudu’l-Uqba, jilid V, ms 91, dan lainnya yang berkata, semasa dia gabenor Kufa, Walid menghabiskan sepanjang malam dalam maksiat. Dia datang ke masjid untuk solat subuh dalam keadaan mabok dan mengerjakan empat rakaat solat subuh [sepatutnya dua] dan kemudian memberitahu manusia: ‘Wah betapa pagi yang indah! Saya suka hendak menyambongkan solat ini jika kamu setuju.’ Sebahagian mereka mengatakan dia muntah dibawah kubah masjid yang menyebabkab manusia menjadi benci, dan mengadu kepada khalifa Uthman. Seorang dari mereka yang terkenal ini adalah Muawiya, yang telah jadi gabenor Syria. Walid telah digantikan oleh Sa’id bin As sebagai gabenor Kufa.

Apabila manusia mengetahui polisi Uthman, polisi yang bertentangan dengan ajaran nabi, mereka menjadi marah. Mereka mengambil tindakkan yang akhirnya menyebabkan keputusan yang sirius. Uthman yang bertanggong jawab terhadap pembunuhan dirinya kerana dia tidak mempertimbangkan kesan tindakkannya. Dia menolak nasihat Ali dan telah diselewengkan oleh mereka yang mengampu dia. Ibn Abil-Hadid menyebut perbualan diantara Umar dan Ibn Abbas di dalam Sharh Nahjul Balagha, jilid III, ms 106. Khalifa Umar berkata sesuatu mengenai setiap seorang dari enam ahli kaunsil perundingan dan menunjukkan keburukkan mereka. Apabila nama Uthman disebut, ‘setelah mengeluh tiga kali, Umar berkata bahawa jika kedudukan khalifa sampai kepada dia, dia akan meletakkan anak-anak Abi Mu’it [Umayyad] diatas manusia. Kemudian orang Arab pastinya akan bangun menentang dia dan akhirnya akan membunuhnya.’

Ibn Abil-Hadid bersetuju dengan jangkaan Umar. Apabila Uthman menjadi khalifa, dia kumpulkan disekelilingnya Bani Umayya. Dia melantik mereka sebagai gabenor, dan apabila mereka menyalah gunakan kuasa, dia menoleh ketempat lain. Khalifa Uthman tidak memutuskan dirinya dari Marwan. Rakyat dengan perasaan tidak puas hati, memberontak menentang dia, dan akhirnya membunuh dia.
NABI MENGUTUK ABU SUFYAN, MUAWIYA DAN ANAKNYA YAZID.

Ianya dapat membantu jika kamu membaca sejarah agung oleh Jarir Tabari, seorang ulama terkenal kamu, yang menulis: ‘Nabi melihat Abu Sufyan menunggang kaldai. Muawiya menariknya dihadapan dan Yazid anaknya menolak dari belakang. Nabi berkata: ‘Kutukan terhadap penunggangnya, yang menarik dan yang menolak.’ Ulama kamu yang terkenal seperti Tabari dan Ibn A’sam Kufi, menyalahkan khalifa Uthman kerana tidak menghukum mati Abu Sufyan, apabila dia dimahkamah terbuka menolak Islam, menolak wahyu dan menolak adanya Jibril. Setelah memarahkan Abu Sufyan perkara itu diketepikan. Saya juga meminta kamu mempetimbangkan ucapan 163 dari Nahjul Balagha, dan kata-kata Ibn Abil Hadid di dalam Sharh Nahjul Balagha, jilid II, [dicetak diMesir] ms 582, menyebutnya dari Tabari buku Tafsir-e-Kabir bahawa sebahagian dari para sahabat dibeberapa wilayah menulis surat menyuruh ummah mengistiharkan jihad, untuk melindungi diri mereka dari kekejaman Uthman. Dalam tahun 34 Hijrah ummah dengan aduan terhadap pegawai yang dilantik Uthman datang kepada Ali di Madina dan menyuruhnya campur tangan.
UTHMAN TIDAK MENERIMA NASIHAT ALI.

Ali berjumpa Uthman dan mengingatkan dia akan akibat buruk dari meneruskan polisi yang ada sekarang. Ali berkata: ‘Saya memberitahu engkau hanya kerana Allah, jangan jadikan diri engkau ketua yang dibunuh oleh ummah ini. Telah dikatakan bahawa seorang ketua ummah ini akan dibunuh, yang mana selepasnya pintu pertumpahan darah akan terus terbuka sehingga kehari dibangkitkan semula.’ Tetapi Marwan dan sahabat Umayya menolak nasihat Ali. Setelah Ali pergi, Uthman memerintahkan orang supaya berkumpul dimasjid. Dia naik keatas mimbar dan sepatutnya memujuk mereka, dia menekan mereka lagi. Akhirnya seperti yang Umar ramalkan: Uthman dibunuh oleh pemberontak. Tidak seperti Abu Bakr dan Umar yang mengikut nasihat Ali, Uthman menolak amarannya dan menanggong akibatnya.
UTHMAN MEMUKUL SAHABAT NABI TANPA BELAS.

Lebih lagi Uthman telah memukul sahabat yang menentang penindasannya. Diantara mereka adalah Abdullah bin Mas’ud, seorang hafiz, qari, bendahari baitul-mal, penulis wahyu, dan seorang dari sahabat nabi yang ulung. Dia telah dipandang tinggi oleh Abu Bakr dan Umar, kedua mereka biasa bertanyakan pendapatnya. Ibn Khaldun di dalam sejarahnya mengulas bahawa khalifa Umar menekankan bahawa Abdullah tinggal bersamanya kerana dia mempunyai cukup pengetahuan al-Quran dan kerana nabi memberikan kepujian kepadanya. Ibn Abil-Hadid dan lainnya telah menulis perkara yang sama. Ulama kamu bersetuju bahawa apabila Uthman berhasrat untuk mengumpulkan al-Quran, dia mendapatkan semua salinan dari semua penulis. Dia meminta salinan al-Quran dari Abdullah bin Mas’ud juga. Abdullah tidak memberikan kepadanya. Uthman sendiri pergi kerumahnya dan mendapatkan salinan al-Quran itu darinya secara paksa. Kemudian, apabila Abdullah mengetahui bahawa, seperti salinan al-Quran yang lain, salinan dia juga telah dibakar, dia amat bersusah hati. Di dalam perjumpaan sosial atau agama, dia menyampaikan hadith kutukan yang dia tahu mengenai Uthman. Apabila berita ini sampai kepada Uthman, dia memerintahkan supaya Ibn Mas’ud dipukul dengan teruk oleh hamba-hambanya sehingga gigi dia patah dan perlu tinggal dikatil. Selepas tiga hari beliau meninggal dari sebab lukanya. Ibn Abil-Hadid menulis dengan mendalam mengenai fakta ini di dalam jilid I, ms 67 dan 226 Sharh Nahjul Balagha [dicetak di Mesir] dibawah ‘Ta’n VI] dan meneruskan lagi pada berkata bahawa Uthman pergi berjumpa Abdullah yang sakit. Mereka bercerita seketika. Uthman berkata, ‘Wahai Abdur-Rahman, berdoalah kepada Allah untuk mengampunkan aku.’ Abdullah berkata, ‘Saya berdoa kepada Allah untuk mengambil hak aku dari engkau’ [keadilan hendaklah dilaksanakan]

Apabila Abu Dharr, sahabat karib nabi telah dihalau ke Rabba, Abdullah pergi berjumpa beliau untuk melihat dia pergi, kerana itu dia diberikan 40 kali sebatan. Maka Abdullah menekankan kepada Ammar Yasir bahawa Uthman tidak diizinkan mensolatkan jenazah dia. Ammar Yasir bersetuju, dan setelah Abdullah meninggal, dia mendirikan solat jenazah dengan beberapa orang sahabat. Apabila Uthman mengetahui mengenai perkara ini, dia pergi kekuburan Abdullah dan bertanya kepada Ammar mengapa dia yang mendirikan solat jenazah. Ammar menjawab bahawa dia terpaksa melakukannya kerana itu adalah wasiat dari Abdullah sendiri.
AMMAR DIPUKUL ATAS ARAHAN UTHMAN.

Satu lagi contoh atas kekejaman Uthman adalah pukulannya kepada Ammar Yasir. Ulama dari kedua golongan menyatakan bahawa apabila penekanan Umayya bertambah, sebahagian sahabat nabi menulis surat kepada Uthman menyuruh dia bertaubat. Mereka mengatakan bahawa jika dia meneruskan pada membantu kekejaman gabenor Umayya, dia bukan saja merosakkan Islam, tetapi dia sendiri akan menerima padah dari akibatnya. Mereka menyuruh Ammar untuk mengirimkan surat petision itu, oleh kerana Uthman sendiri mengakui kemuliaan Ammar. Mereka pernah mendengar Uthman berkata, nabi ada berkata bahawa keimanan telah diuli dengan daging dan darah Ammar. Maka Ammar membawa surat itu kepada Uthman. Apabila dia tiba, Uthman bertanya kepada dia, ‘Adakah engkau mempunyai urusan dengan aku?’ Dia menjawab, ‘Saya tidak ada urusan yang bersangkutan dengan hal peribadi. Tetapi sekumpulam sahabat nabi telah menulis dalam surat ini beberapa pendapat dan nasihat untuk kebajikan kamu. Mereka telah menghantarnya kepada engkau melalui aku.’ Setelah membaca beberapa baris, Uthman membalingkan surat itu kebawah.

Ammar berkata, ‘Itu sesuatu yang tidak baik dari kamu. Surat dari sahabat nabi Allah, perlu dihormat. Mengapa engkau membalingnya ketanah? Adalah lebih wajar bagi kamu untuk membaca dan kemudian membalasnya? ‘Kamu pendusta!’ Uthman membentak. Kemudian dia mengarahkan hambanya untuk memukul Ammar, dan Uthman sendiri menendang perut Ammar. Dia jatuh tidak sedarkan diri; saudara mara dia datang dan membawa dia kerumah Ummul-Mukminin Umm Salma [salah seorang dari isteri nabi] Dari tengah hari hingga ketengah malam kekal pengsan. Suku Kaum Hudhail dan Bani Makhzun berpaling menentanmg Uthman disebabkan kezalimannya kepada Abdullah bin Mas’ud dan Ammar Yasir.

Uthman juga telah berlaku kejam kepada Jandab bin Junada, dikenali sebagai Abu Dharr Ghifari, seorang sahabat nabi yang akrab dan juga seorang ilmuan. Ahli sejarah yang agung dan ahli sejarah dari kedua golongan telah merakamkan bahawa orang tua berusia 90 tahun ini dengan zalim telah diusir dari satu tempat kesatu tempat dengan penderitaan yang tidak dapat disebutkan – dari Madina ke Syria dan keMadina semula, dan dari Madina ke Rabza. Dia menunggang unta tanpa lapik dan hanya ditemani oleh anak perempuannya. Dia meninggal di Rabza berseorangan dan terbiar. Ulama kamu yang terkenal dan juga ahli sejarah, termasuk Ibn Sa’d di dalam Tabaqat, jilid IV, ms 168; Bukhari di dalam Sahih, Kitab-e-Zakat; Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh Nahjul Balagha, jilid I, ms 240 dan jilid II, ms 375-87, Yaqubi di dalam sejarah, jilid II, ms 148; Abul-Hasan Ali bin Husain Mas’udi ahli hadith dan sejarah yang terkenal pada abad ke 4, di dalam bukunya Murujudh-Dhahab, jilid I, ms 438, dan banyak lagi yang telah merakamkan kezaliman Uthman. Ianya telah disampaikan secara meluas, bagaimana dia menyiksa yang berhati mulia Abu Dharr, yang dicintai oleh nabi, dan juga bagaimana Abdullah bin Mas’ud, seorang hafiz, penulis wahyu, yang telah diberikan 40 sebatan kerana dia mengucapkan selamat tinggal kepada Abu Dharr Ghifari. Begitu juga layanan yang menghinakan telah diberikan kepada Ali atas sebab yang sama.

Hafiz: Jika penyiksaan telah diberikan kepada Abu Dharr, itu adalah disebabkan pegawai yang tidak bertanggong jawab, khalifa Uthman, adalah seorang yang baik dan lembut hati, tentunya tidak sedar akan perbuatan tersebut.

Shirazi: Pembelaan kamu terhadap khalifa Uthman adalah bertentangan dengan fakta. Penderitaan yang dikenakan kepada Abu Dharr adalah arahan khas dari Uthman sendiri. Untuk membuktikan fakta ini, kita hanya perlu merujuk kepada ulama kamu. Contohnya, kamu boleh lihat Ibn Athir bukunya Nihaya, jilid I dan Tarikh-e-Yaqubi nya; dan khususnya ms 241 dari jilid I, dari Sharh Nanjul Balagha oleh Ibn Abil-Hadid. Ilmuan ini telah merakamkan surat Uthman kepada Muawiya. Apabila Muawiya menghantar laporan durjana terhadap Abu Dharr dari Syria, Uthman menulis kepada nya, ‘Hantar Jundub [Abu Dharr] kepada ku diatas unta yang tidak berlapik, sendirian, dengan seorang yang kasar memandunya siang dan malam.’ Apabila dia sampai ke Madina, kaki Abu Dharr luka-luka dan berdarah.

Dan bahkan ulama kamu juga telah merakamkan hadith, mengatakan bahawa Abu Dharr yang tertentu ini telah disebut oleh nabi sebagai seorang, yang mana semua makhluk perlu mencintainya. Hafiz Abu Nuaim Isfahani di dalam Hilyatul-Auliya, jilid I, ms 172; Ibn Maja Qazwini di dalam Sunan, jilid I, ms 66; Sheikh Sulayman Balkhi Shafii di dalam Yanabiul-Mawadda, Bab 59, merakamkan kelima dari empat puluh hadith ditulis dalam Sawaiq Muhriqa oleh Ibn Hajar Makki sebagai benar, setelah diambilnya dari Tirmidhi dan Hakim, sebagaimana disebutkan oleh Buraida, dan dia dari bapanya; Ibn Hajar Asqalani di dalam Isaba, jilid III, ms 455;Tirmidhi di dalam Sahih, jilid II, ms 213; Ibn Abdi’l-Birr di dalam Isti’ab, jilid II, ms 557; Hakim di dalam Mustadrak, jilid III, ms 130; dan Suyuti di dalam Jam’u’s-Saghir telah merakamkan bahawa nabi berkata: ‘Allah telah mengarah ku untuk mencintai empat orang; dan Dia memberitahu ku bahawa Dia juga mencintai mereka.’ Orang berkata: ‘Wahai nabi Allah! Berilah kami tahu nama mereka.’ Nabi berkata, ‘Mereka adalah Ali, Abu Dharr, Miqdad dan Salman.’ Adakah keadilan namanya yang membenarkan orang dicintai Allah dilayan sedemikian kejam dan mengatakan layanan begitu sebagai kebajikan?

Hafiz: Ahli sejarah telah menyatakan bahawa Abu Dharr adalah seorang yang pengacau. Dia membuat propaganda yang tidak henti-henti di Syria yang berpihak kepada Ali, mengambil perhatian orang Syria terhadap kedudukan Ali, dan mengkatakan bahawa dia telah mendengar nabi berkata bahawa Ali adalah penggantinya. Dimengatakan bahawa yang lainnya adalah perampas dan bahawa Ali adalah khalifa yang sebenar yang dilantik oleh Allah, khalifa Uthman, untuk mengekalkan perpaduan dan mengelakkan kekacauan, terpaksa memanggil dia balik dari Syria. Jika sesaorang cuba untuk menyebabkan pepecahan diantara manusia, adalah tugas khalifa untuk melenyapkan dia dari kawasan tersebut.

Shirazi: Jika sesaorang mengatakan yang sebenar, adakah adil untuk mengusirnya dan menyiksanya kerana dia menyatakan kebenaran? Adakah Islam membenarkan kita memaksa orang tua untuk menunggang unta kurus tanpa lapik, dipandu secara kasar oleh hamba yang panas baran, tanpa berhenti atau rehat, supaya dia sampai kedestinasi dengan luka-luka dan berdarah? Adakah ini menunjukkan kelembutan hati? Selain dari itu, jika Uthman hendak mengekalkan perpaduan dan mengelak kekacauan, mengapa dia tidak melucut Umayya yang tidak berguna, seperti Marwan, yang dikutuk dan diusir nabi, dan sikafir, Walid, yang dengan terang melakukan dosa, mendirikan solat sedang dalam keadaan mabuk dan muntah dibawah kubah masjid? Mengapa dia tidak mengeluarkan ahli politiknya yang rasuah dari kerajaan, orangnya yang menyiksa rakyat, yang akhirnya memberontak dan membunuh Uthman.

Hafiz: Bagaimana kamu boleh mengatakan bahawa Abu Dharr mengatakan yang benar? Bagaimana kamu tahu bahawa apa yang dia katakan berasaskan dari pengetaahuan yang benar dan bahawa dia tidak memalsukan hadith di dalam nama nabi yang suci?

Shirazi: Kami katakan begitu kerana nabi sendiri mengesahkan terhadap kejujuran Abu Dharr. Ulama kamu sendiri telah menulis bahawa nabi berkata: ‘Abu Dharr diantara ummah ku adalah umpama Isa diantara Bani Israel di dalam kejujuran, ketaatan dan wara’. Muhammad bin Sa’d, seorang ulama yang berkedudukan tinggi serta seorang muhadith [penyampai hadith] dari golongan kamu, di dalam Tabaqat, jilid IV, ms 167, 168; Ibn Abdul-Birrdi dalam Istiab, jilid I, Bab Jundab, ms 84, Tirmidhi di dalam Sahih, jilid II, ms 221; Hakim di dalam Mustadrak, jilid III, ms 342; ibn Hajar di dalam Isaba, jilid III, ms 622 Muttaqi Hindi di dalam Kanzu’l-Ummal, jilid VI, ms 169; Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad, jilid II, ms 163 and 175; Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 241; dari Mahidi; Hafiz Abu Nu’aim Isfahani di dalam Hilyatu’l-Auliya dan pengarang Lisanul-Arab, pada asas beberapa pengesahan, telah menyampaikan bahawa nabi bekata: ‘Bumi tidak pernah menanggong dan langit tidak pernah menutupi seorang yang lebih benar dari Abu Dharr.’

Jika nabi Allah mengesahkan kejujuran sesaorang, kita berasa yakin bahawa orang itu berkata benar. Tidak juga Allah akan mengelar orang yang dicintainya, seorang yang pendusta. Jika terdapat Abu Dharr berkata dusta walau sekali, ulama terdahulu dari golongan kamu akan merekodnya, sebagaimana mereka lakukan kepada Abu Huraira dan yang lainnya. Nabi mengesahkan kejujurannya dan juga meramalkan penyiksaan terhadap dirinya. Hafiz Abu Nuaim di dalam Hilyatul-Auliya, jilid I, ms 162, menyebutkan dari puncanya sendiri bahawa Abu Dharr berkata dia sedang berdiri dihadapan nabi, yang mana nabi telah berkata: ‘Kamu adalah seorang yang wara’; tidak lama selepas aku, engkau akan menanggong bencana,’ Saya bertanya; ‘Di dalam jalan Allah? Dia berkata: ‘Ya, di dalam jalan Allah,’ Saya berkata, ‘Saya menyambut arahan Allah,’ Pastinya penderitaan sahabat yang jujur Abu Dharr dipadang pasir dengan arahan Muawiya, Uthman dan Bani Umayya mereka adalah bencana yang telah diramalakan oleh nabi.

HADITH ‘SEMUA SAHABAT ADALAH UMPAMA BINTANG’ TERMASUK JUGA ABU DHARR.

Saya betul-betul hairan dengan keterangan kamu yang dengan sendirinya bertentangan. Pada satu ketika kamu mengatakan hadith dari nabi bahawa ‘Semua sahabat saya adalah umpama bintang; jika kamu ikuti salah seorang dari mereka, kamu akan terselamat.’ Pada ketika yang lain, apabila seorang sahabat nabi yang mulia disiksa dan mati dalam penderitaan, kamu membela orang yang menyiksa!!!

Kamu sama ada menolak kenyataan dari ulama kamu, atau mengaku sifat yang disebutkan di dalam ayat yang diperbincangkan tidak berkait kepada mereka yang dengan zalim menyiksa sahabat nabi.

Hafiz: Abu Dharr memilih untuk pergi ke Rabza dengan kehendaknya sendiri.

Shirazi: Kenyataan begitu membayangkan percubaan ulama kamu yang fanatik untuk menyembunyikan kesalahan orang terdahulu mereka. Abu Dharr diusir dengan paksa ke Rabza adalah sesuatu yang diketahui umum. Sebagai contoh, saya hanya nyatakan satu penyampaian yang telah dirakamkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad, jilid V, ms 156, Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh Nahjul Balagha, jilid I, ms 241 dan Waqidi di dalam sejarah dari Abul-Aswad Duili

Abu Dharr telah ditanya mengenai perjalanannya ke Rabza. Abu Dharr berkata bahawa dia telah diusir dengan paksa dan dihantar ketempat yang tiada manusia. Dia menyambung: ‘Nabi memberitahu saya mengenai ini. Satu hari saya tertidur di dalam masjid. Nabi datang dan bertanya kepada saya, mengapa saya tidur di dalam masjid. Saya kata bahawa saya tertidur dengan tidak saya sedari. Baginda bertanya apa saya akan lakukan jika saya diusir dari Madina. Saya berkata, saya akan pergi ke Syria. Baginda bertanya, apa saya akan lakukan jika saya diusir dari sana juga. Saya berkata, saya akan kembali ke masjid ini. Dia bertanya kepada aku lagi, apa akan saya lakukan jika saya dihalau dari sini juga. Saya berkata, saya akan mengeluarkan pedang dan lawan. Dia bertanya kepada saya, haruskan dia meyatakan sesuatu yang bermanfaat kepada saya. Apabila saya katakan Ya; Dia berkata kepada saya: ‘Pergilah kemana saja tempat yang mereka menghantar kamu.’ Maka saya mendengarkan apa yang dikatanya dan saya patuh. Selepas itu Abu Dharr berkata: ‘Demi Allah, apabila Uthman pergi menghadap Allah, dia akan berdiri sebagai seorang yang berdosa terhadap kes saya.’
KEBAIKAN DAN KEMURAHAN HATI ALI IBN ABI TALIB.

Jika kamu pertimbangkan fakta ini dengan minda yang terbuka, kamu akan bersetuju, bahawa Ali memilikki sifat memaafkan dan kebaikkan ditahap yang tertinggi. Semua ahli sejarah, termasuk Ibn Abil-Hadid, menyatakan bahawa apabila Ali mengambil pemerintahan khalifa, dia mengeluarkan segala penyalahgunaan dan perubahan yang telah diamalkan. Dia menggantikan pegawai tidak beragama Bani Umayya, yang telah mencengkam wilayah-wilayah semasa era khalifa Uthman. Ahli politik yang berkepentingan menasihatkan dia supaya menangguhkan keputusannya pada menggantikan pegawai-pegawai tersebut sehingga kedudukannya lebih kukuh di dalam penguasaan. Imam yang suci berkata: ‘Saya bersumpah dengan Allah bahawa saya tidak akan membenarkan penipuan yang sebegitu licik. Kamu mahukan bahawa saya menggunakan cara yang berperingkat, tetapi kamu tidak tahu bahawa selagi mereka berada ditampok penguasa mewakili saya, mereka akan terus melakukan kezaliman yang berleluasa dimana saya akan dipertanggong jawabkan dimahkamah keadilan ilahi. Saya tidak boleh membiarkan kezaliman ini.’

Penggantian pegawai-pegawai oleh Ali telah membawa permusuhan kepada manusia yang laparkan kuasa, seperti Muawiya, dan menyediakan sebab-sebab pada peperangan Jamal dan Siffin. Jika talha dan Zubair telah dilantik sebagai gabenor, mereka tentu tidak memulakan kekacauan di Basra dan maka terjadinya peperangan Jamal.

Kebajikkan dan kemurahannya telah dihulurkan kepada musuh dan kawan sama sahaja. Uthman lebih keras melayani beliau dari Abu Bakr dan Umar telah lakukan, tetapi apabila pemberontak menggepong istananya, memotong bekalan air dan makanan, Uthman merayu kepada Ali meminta pertolongan. Ali menghantar anaknya Hasan dan Husain, dengan air dan roti kepadanya. Ibn Abil-Hadid menerangkan insiden ini dengan khusus di dalam Sharh Nahjul Balagha. Khlifa Uthman mempunyai reputasi pada memberi derma dan pekerjaan amal, tetapi semuanya hanya untuk keluarga, seperti Abu Sufyan, Hakam bin Abil-As dan Marwan bin Hakam. Dia hujani wang dan hadiah kepada mereka dari harta awam tanpa batasan agama.

Tetapi Amirul Mukminin Ali, tidak pernah memberi lebih dari apa yang perlu, walaupun kepada kerabatnya. Saudara tuanya Aqil, datang menemuinya dan meminta lebih wang dari yang biasa diberinya. Ali tidak memperdulikan permintaannya. Aqil berkeras dan berkata oleh kerana Ali adalah khlifa, dan mempunyai kuasa penuh diatas semua perkara, maka keperluannya mestilah ditunaikan. Sebagai peringatan kepada saudaranya, Ali secara rahsia memanaskan besi, dan meletakkan besi tersebut dekat dengan tubuh Aqil. Dia menjerit seperti orang di dalam kesakitan, takut dirinya akan terbakar. Ali berkata: ‘Biarlah mereka bersedih diatas kematian kamu wahai Aqil! Kamu menjerit apabila besi yang dipanaskan oleh manusia dibawa kedekat kamu, dan bahkan kamu membawa aku kepada api yang Allah telah jadikan dari kemarahannya, adakah adil bahawa kamu mencari perlindungan dari kesakitan yang biasa, dan bahawa aku tidak perlu menyelamatkan diri sendiri dari api neraka?
KEMAAFAN ALI KEPADA MARWAN, ABDULLAH BIN ZUBAIR.

Walaupun setelah mengalahkan musuhnya, Ali masih baik hati. Marwan terkutuk, anak terkutuk Hakam, adalah musuh Ali yang ketat. Tetapi apabila Ali mengalahkan Marwan di dalam peperangan Jamal, dia mengampunkannya. Abdullah bin Zubair seorang lagi musuh ketatnya. Dia menghina Ali secara umum, dan di Basra apabila dia berucap dihadapan khalayak ramai dia berkata: ‘Sesungguhnya Ali Ibn Abi Talib adalah keji, kejam dan kedekut.’ Tetapi apabila Imam memenangi peperangan Jamal dan manusia zalim ini telah dibawa sebagai tawanan dihadapannya, Ali tidak menggunakan bahasa kesat terhadapnya. Ali memalingkan mukanya dari dia dan memaafkan nya.
KEBAIKKAN ALI KEPADA AISHA.

Contoh terbaik kasih sayang Ali, adalah layanan beliau kepada Aisha. Cara dia datang bertemu muka dan berdepan untuk memerangi beliau dan mencaci beliau telah cuup untuk memarahkan orang biasa. Tetapi apabila Ali menewaskannya, beliau melayaninya dengan hormat. Dia mengarahkan Muhammad bin Abu Bakr, adiknya, tugas melihat kepada kebajikannya. Dengan arahannya, 20 wanita yang gagah menyamar sebagai lelaki, mengiring Aisha pulang ke Madina. Apabila dia sampai di Madina, dia menyatakan terima kasihnya kepada wanita-wanita itu dan juga kepada isteri nabi. Dia berkata bahawa dia akan terus berterima kasih kepadanya. Dia mengaku bahawa, walaupun dia telah berlaku kejam kepada beliau dan bertanggong jawab terhadap malapetaka, dia tidak menyebutkan satu perkataan pun yang mencaci dia. Dia berkata, bahawa dia mempunyai satu kompelin [aduan] terhadapnya. Dia tidak tahu mengapa beliau telah menghantarnya ke Madina diiringi oleh lelaki. Hamba-hamba wanita itu terus membukakan pakaian lelaki mereka. Maka telah menjadi nyatalah, helah ini adalah untuk menyelamatkan harta mereka dari dirompak

Di kejadian lain yang menunjukkan kebaikkan Ali, adalah layanannya kepada Muawiya dipeperangan Siffin. Tentera Muawiya 12 000 orang telah mengepong Sungai Euphrates. Apabila tentera Ali dapati bahawa bekalan air mereka telah disekat, Ali menghantar berita kepada Muawiya, mengatakan bahawa Muawiya tidak seharusnya menyekat saluran bekalan air. Muawiya menjawab, dia tidak memberikan mereka menggunakan air. Ali menghantar Malik Ashtar dan tentera berkudanya. Dia telah mengusir tentera Muawiya kebelakang dan menguasai Euphrates. Para sahabat berkata, ‘Wahai Ali! Biarlah kita membalas mereka dengan menafikan air kepadanya, supaya musuh mati kehausan dan peperangan akan berakhir.’ Ali berkata: ‘Tidak! Demi Allah, Saya tidak akan membalas dengan mengikuti contoh mereka. Biarkan tentera mereka mengambil bekalan air mereka.’

Ulama kamu sendiri seperti Tabari, Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh Nahjul Balagha, Sulayman Balkhi di dalam Yanabiul-Mawadda, Bab 51, Masudi di dalam Murujudh-Dhahabi, dan ahli sejarah lainnya telah menulis dengan khusus mengenai kemuliaan Ali. Kamu bolehlah menteliti kejadian-kejadian ini dan kemudian pertimbangkanlah siapa yang dirujuk oleh ayat ‘dan berkasih sayang diantara mereka,’ ayat yang sedang kita dibincangkan. Muhammad, nabi Allah, adalah tajuk utama, dan apa yang mengikut adalah huraiannya. Kesemua sifat itu adalah untuk orang yang sama. Untuk bersama dengan nabi, adalah keras terhadap yang kafir di medan peperangan dan di dalam perbincangan agama, hendaklah berkasih sayang dengan kawan dan musuh – semua kualiti ini merujuk kepada seorang yang tidak pernah meninggalkan nabi atau memikirkan yang sedemikian. Orang itu adalah Ali Ibn Abi Talib. Saya telah sebutkan dahulu bahawa seorang ulama besar; Muhammad bin yusuf Ghanji Shafii telah menulis di dalam bukunya Kifayatut-Talib bahawa ayat ini adalah pada memuji Ali.

Sheikh: Terdapat banyak jawapan kepada kenyataan kamu; tetapi kamu telah mensalah tafsirkan ayat tersebut. Rangkap ‘Dan mereka yang berada dengannya!’ adalah jamaa’ [ramai] dan tidak boleh dirujuk kepada seorang sahaja. Jika sifat yang dinyatakan di dalam ayat itu merujuk kepada seorang, mengapa ianya disebut sebagai ramai?

Shirazi: Pertama kamu katakan bahawa ada banyak jawapan kepada kenyataan saya, jika ianya benar, mengapa tidak dinyatakan semua? Dengan diamnya kamu, ini menunjukkan tidaklah banyak jawapan kepada kenyataan saya. Kedua, apa yang baru kamu katakan adalah mengarut dan tidak ber asas. Kamu tahu bahawa di dalam semua bahasa, Arab dan juga bahasa lainnya, kegunaan jamaa’ ,ramai, untuk seorang adalah petanda hormat. Terdapat banyak kegunaannya di dalam al-Quran, seperti ayat: ‘Hanya Allah sahabat kamu dan malaikatnya dan mereka yang beriman, mereka yang mengerjakan solat dan membayar zakat sedang ianya rukuk.’ [5:55] Ini telah diterima oleh semua sebagai memuji Ali. Pengulas dan para hadith, seperti Imam Fakhru’d-Din Razi di dalam Tafsir Kabir, jilid III, ms 431; Imam Abu Ishaq Tha’labi di dalam Kashfu’l-Bayan; Jarullah Zamakhshari di dalam Tafsir Kashshaf, jilid I, ms 422; Tabari di dalam Tafsir, jilid VI, ms 186; Abu’l-Hasan Rammani di dalam Tafsir; Ibn Hawazin Nishapuri di dalam Tafsir; Ibn Sa’dun Qartabi di dalam Tafsir, jilid VI, ms 221; Nasafi Hafiz di dalam Tafsir, ms 496 (dengan cara mengulas pada Tafsir oleh Khazin Baghdadi); Fazil Nishapuri di dalam Gharibu’l-Qur’an, jilid I, ms 461; Abu’l-Hasan Wahidi di dalam Asbabu’n-Nuzul, ms 148; Hafiz Abu Bakr Jassas di dalam Tafsir Ahkamu’l-Qur’an, ms 542; Hafiz Abu Bakr Shirazi di dalam Fima Nazala Mina’l-Qur’an Fi Amiru’l-Mu’minin; Abu Yusuf Sheikh Abdu’s-Salam Qazwini di dalam Tafsir Kabir; Qazi Baidhawi di dalam Anwaru’t-Tanzil, jilid I, ms 345; Jalalu’d-Din Suyuti di dalam Durru’l-Mansur, jilid II, ms 239; Qazi Shukani San’a’i di dalam Tafsir Fathu’l-Qadir; Seyyed Muhammad Alusi di dalam Tafsir, jilid II, ms 329; Hafiz Ibn Abi Shaiba Kufi di dalam Tafsir; Abu’l-Baraka di dalam Tafsir, jilid I, ms 496; Hafiz Baghawi di dalam Ma’alimu’t-Tanzil; Imam Abu Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam Sahih; Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, ms 31; Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 375; Khazin Ala’u’d-Din Baghdadi di dalam Tafsir, jilid I, ms 496; Sulayman Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, ms 212; Hafiz Abu Bakr Baihaqi di dalam Kitab Musannaf; Razin Abdari di dalam Jam’ Bainu’s-Siha Sitta; Ibn Asakir Damishqi di dalam Ta’rikh Sham; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira, ms 9; Qazi Azuda’iji di dalam Mawaqif, ms 276; Seyyed Sharif Jurjani di dalam Sharhe Mawaqif; Ibn Sabbagh Maliki di dalam Fusulu’l-Muhimma, ms 123; Hafiz Abu Sa’d Sam’ani di dalam Faza’ili’s-Sahaba; Abu Ja’far Askafi di dalam Nagzi’l-Uthmaniyya; Tibrani di dalam Ausat; Ibn Maghazili Faqih Shafi’i di dalam Manaqib; Muhammad bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib; Mulla Ali Qushachi di dalam Sharhe Tajrid; Seyyed Muhammad Mu’min Shablanji di dalam Nuru’l-Absar, ms 77; Muhibu’d-Din Tabari di dalam Riyazu’n-Nuzra, jilid II, ms 247 dan banyak lagi dari ulama kamu yang ternama semua telah menyebutkan dari Sadi, Mujahid Hasan Basri, A’mash, Atba Bin Hakim, Ghalib Ibn Abdullah, Qais Bin Rabi’a, Abaya Bin Rab’i, Abdullah Ibn Abbas, Abu Dharr Ghifari, Jabir Ibn Abdullah Ansari, Ammar, Abu Rafi’, dan Abdullah Bin Salam, dan yang lain, telah mengesahkan bahawa ayat ini telah diwahyukan pada memuji Ali. Ayat ini merujuk kepada masa Ali memberikan chin-chinnya kepada peminta sedekah sedang ia rukuk [dalam solat]. Disini juga ayat itu menunjukkan ramai, hanya sebagai tanda hormat terhadap kedudukan Wilaya [penjaga], dan pada membuktikan bahawa Ali adalah Imam dan pengganti kepada nabi. Penekanan terhadap perkataan ‘innama’ menunjukkan pada maksud – keputusan dari Allah – akhir dan muktamad, i.e. adalah keputusan Allah bahawa penjaga kepada yang beriman adalah Allah, nabi [Muhammad], dan yang beriman yang memberikan zakat sedang ianya solat, ini dirujukkan khas kepada Ali.

Sheikh: Pastinya kamu akan menerima bahawa penghuraian kamu tidaklah begitu jelas oleh kerana terdapat perbezaan pendapat mengenainya. Sebahagian mengatakan bahawa ianya merujuk kepada Ansar, dan sebahagian mengatakan ianya adalah pada memuji cara ibadat Bani Samit, dan sebahagian mengatakan bahawa ia merujuk kepada Abdullah bin Salam.

Shirazi: Adalah amat memeranjatkan bahawa orang terpelajar seperti kamu boleh bertentangan dengan ulama-ulama kamu sendiri. Kamu telah mengambil pandangan beberapa orang yang jahil dan yang tidak boleh dipercayai serta catitkan mereka telah ditolak. Ulama kamu yang agung telah menyatakan dengan jelas pada maksud ini, orang seperti Fazil Taftazani dan Mulla Al Qushachi, yang mengatakan di dalam Sharh Tajrid: ‘Menurut dari sebulat suata pengulas, ayat ini telah diwahyukan di dalam memuji Ali, yang mana, sedang dia rukuk’ di dalam solat telah memberikan chin-chinnya kepada peminta sedekah.’
KEKELIRUAN DAN KERUMITAN MENGENAI ‘AYAT KEPADA PENJAGAAN’ DAN PENJELASANNYA.

Sheikh: Di dalam huraian dari ucapan kamu mengenai ayat ini, kamu telah cuba untuk membuktikan bahawa Ali adalah pengganti selepas nabi, walauppun perkataan ‘wali’ di dalam ayat ini bererti ‘kawan’ atan ‘yang dicintai’ dan bukannya ‘Imam’ atau ‘pengganti’ Jika pandangan kamu diterima bahawa ‘wali’ bererti ‘pengganti’ dan ‘Imam’, maka menurut kepada prinsip yang telah diperseujui, ianya tidak tertakluk kepada seorang, tetapi ramai dengan yang lain terjumlah di dalamnya. Ali adalah seorang dari mereka. Dan juga dalam ayat ‘Sesungguh, penjaga kamu adalah Allah, dan nabiNya, dan mereka yang beriman… ‘ penggunaan kata ramai merujukkan kepada manusia secara umum. Untuk mengatakan bahawa bentuk ramai adalah petunjuk kepada tanda hormat tidak boleh diterima tanpa sebarang hujah yang munasabah dari contoh al-Quran atau penguasa lainnya.

Shirazi: Kamu telah salah mengertikan rangkap’…penjaga kamu…’ ‘Wali’ adalah satu, dan ‘kum’ [kamu] adalah ramai, yang merujuk kepada manusia dan tidak menunjukkan kepada yang satu. Ya sememangnya ‘Wali’ adalah untuk seorang, yang menjadi penjaga terhadap semua ummah pada setiap era.

Kedua, pada ayat yang dibawah pertimbangan, dimana kata ramai telah digunakan, sebahagian dari para fanatik telah berkata bahawa ianya tidak boleh ditafsirkan sebagai satu, seperti di dalam ayat ‘ … mereka yang mendirikan solat… ‘ jawapan saya terhadap bantahan yang lalu. Saya kata bahawa penulis terkemuka selalu menggunakan kata ramai bagi menunjukkan satu. Kamu juga mengatakan bahawa bentuk ramai di dalam ayat itu yang merujuk kepada manusia secara umum. Kami katakan bahawa menurut pada kata penekanan ‘sesungguhnya’ rujukannya adalah kepada Ali, tetapi kami tidak mengatakan bahawa rujukan itu khusus untuk dia seorang. Yang lain dari keturunan nabi terjumlah sekali di dalamnya. Menurut dari hadith yang sahih, kesemua Imam dari keturunan nabi telah terjumlah di dalam ayat ini. Jarullah Zamakhshari menulis di dalam Kashshaf bahawa ayat ini telah diwahyukan khususnya pada memuji Ali, tetapi kata ramai yang digunakan di dalamnya bererti bahawa yang lain juga hendaklah mengikutinya.

Sheikh: Di dalam ayat ini ‘wali’ pastinya bereti ‘penolong’. Jika ianya bererti penjaga, yang termasuk kedudukan pengganti, maka dia seharusnya dilantik pada kedudukan tersebut semasa hayat nabi.

Shirazi: Kedudukan Ali adalah tetap. Pembentukkan nahu di dalam ayat pada perkataan ‘wali’ yang digunakan, adalah sifat, pada membuktikan kedudukan Ali yang tetap [kekal]. Fakta ini disokong oleh nabi yang mengistiharan Ali sebagai wazirnya pada permulaan perjalanannya ke Tabuk dan baginda tidak pernah meriknya semula. Pandangan kami diperkuatkan lagi oleh hadith Manzila, yang mana nabi selalu sebutkan berulangkali: ‘Ali adalah kepada saya seumpama Harun kepada Musa’ yang telah saya terangkan pada malam-malam yang lalu. Ini dengan sendirinya adalah satu lagi bukti Ali adalah wali [penjaga] atau wazir nabi semasa hayat baginda dan juga selepasnya.

Sheikh: Jika kami hendak memberikan pertimbangan kepada perkara ini, kami percaya bahawa ayat ini tidak merujuk kepada Ali. Kedudukannya lebih tinggi dari itu, yang mana kami hendak buktikan dari ayat ini. Ia tidak menunjukkan apa-apa keutamaan kepadanya, malahan ianya merendahkan martabatnya.

Shirazi: Tidak kamu dan juga aku – tidak juga ummah ini – termasuklah para sahabat nabi yang agung, mempunyai apa-apa hak pada mencampuri penterjemahan kepada ayat-ayat tersebut. Ayat al-Quran tidaklah diwahyukan menurut kehendak kita. Jika sebilangan manusia menterjemahkan maksud al-Quran berasaskan pendapat dan maksudnya endiri, diluar kejadian yang mana ayat itu telah diwahyukan, mereka pastilah dianya kafir. Sebagai contoh, pengikut Abu Bakr mengatakan bahawa menurut daripada hadith yang disampaikan oleh yang terkenal pemalsu hadith Akrama, ayat ini diwahyukan mengenai Abu Bakr. Bolehkah kamu memberitahu kami bagaimana ayat ini boleh merendahkan kedudukan Ali?

Sheikh: Satu dari ciri-ciri kehormatan dan kedudukan Ali adalah bahawa apabila bersolat dia tidak pernah mengalihkan tumpuannya kepada lain perkara. Ali pernah sekali luka dimedan pertempuran. Anak panah melekat pada tubuhnya, dan tidak mungkin boleh dikeluarkan tanpa menyebabkab kesakitan yang teramat sangat. Tetapi apabila dia tegak mendirikan solat, anak panah itu dicabut keluar, dan disebabkan oleh tumpuannya yang mendalam di dalam solat kepada Allah, dia tidak merasakan kesakitan itu. Jika di dalam solat dia memberikan chin-chinnya kepada peminta sedekah, maka terdapat banyak kesalahan pada solatnya. Bagaimana sesaorang yang sangat tertumpu kepada kebesaran Allah dan pada masa yang sama mengalihkan tumpuannya kepada selain Allah dalam tindakkannya terhadap suara peminta sedekah?

Lebih-lebih lagi, di dalam melakukan semua amalan baik, dan pada membayar zakat, niat adalah wajib. Sedangkan solat memerlukan kepada tumpuan kehadrat Allah sahaja. Bagaimana mungkin tumpuannya beralih dari solat dan berpaling kepada makhluk? Oleh kerana kami menganggap kedudukan Ali adalah tinggi, kami tidak menerima penghuraian kamu. Dan jika dia ada memberi sesuatu kepada peminta sedekah; sudah pastinya tidak di dalam solat; oleh kerana rukuk bererti, tunduk patuh dan merendahkan diri kepada Allah.

Shirazi: Kamu telah pandai belajar bagaimana untuk membaca, tetapi kamu telah tertinggal bagaimana caranya untuk beramal. Bantahan kamu ini lebih lemah dari sawang labah-labah. Pertama, perbuatan Ali tidak merendahkan dalam bentuk apa juga kedudukankannya. Yang sebenarnya, untuk memberikan perhatian kepada peminta sedekah dan memberikan sedakah, adalah satu dari punca keutamaan. Dalam perkara ini, dia menyatukan amalan zahir dan bathin bersama dengan amalan kebendaan. Kedua-dua amalan ini adalah dijalan Allah. Kawan budiman! Pengalihan yang mengurangkan solat adalah yang menggandungi kebanggaan diri di dalamnya. Perhatian kepada amalan yang lain sedang dia melakukan amalan yang tertentu, adalah tanda kecemerlangan. Sebagai contoh, semasa mengerjakan solat, sesaorang menangis kerana sesaorang yang sangat dicintai, solatnya akan batal. Tetapi jika dia menangis oleh cintanya yang mendalam untuk Dia, atau kerana takut kepada Dia, maka ini adalah tanda utama.

Kamu katakan rukuk bererti ikhlas merendahkan diri kepada Allah. Maksud ini mungkin betul pada keadaan yang lain. Tetapi jika kamu katakan rukuk di dalam solat, yang mana adalah pasti dan termaktub, membawa maksud yang sama, para ilmuan akan metertawakan kamu. Kamu juga cuba untuk membuang atau melindungi maksud ayat ini yang jelas. Kamu memberikan kiasan maksud kepadanya, walaupun kamu tahu maksud yang diterangkan adalah gerakkan yang dilakukan di dalam solat, iaitu menundukkan kepala dengan tapak tangan diletakkan kepada dua lutut. Dan fakta ini telah diakui oleh ulama terkenal kamu, sebagaimana yang telah saya katakan lebih awal lagi. Fazil Qushachi di dalam Sharh Tajrid, menerangkan pandangan pengulas secara umum bahawa Ali, sedang rukuk di dalam solat, memberikan chin-chin kepada peminta sedekah. Dengan mengenepikan segala-galanya ketepi, sila beritahu kepada kami sama ada ayat yang diwahyukan ini pada memuji atau mengutuk?

Sheikh: Sudah tentu pada pujian.

Shirazi: Maka apabila kedua golongan ulama telah mengatakan bahawa ayat ini telah diwahyukan dalam memuji Ali, dan bahawa ianya mengandungi pujian dari Allah, apakah sebabnya kamu membuat bantahan yang amat keras, bersama bersetuju dengan kaum khariji, yang mana pandangan mereka telah ditanamkan kedalam fikiran kamu semenjak dari kecil lagi? Mengapa kamu tidak mahu mengakui kebenaran ini?

Sheikh: Maafkan saya! Oleh kerana kamu seorang yang fasih berkata-kata; kamu kerap menggunakan bayangan dan rujukan yang mana akan menimbulkan pada fikiran mereka yang rendah ide atau pendapat yang tidak menyenangkan. Bukankah lebih baik jika kamu mengawal dari percakapan yang sebegitu.

Shirazi: Di dalam percakapan saya tidak ada yang lain hanyalah kebenaran. Allah menjadi saksi kepada saya. Saya tudak pernah berniat hendak menggunakan bayangan atau rujukan yang menyimpang Tidak ada perlunya untuk itu. Apa sahaja yang hendak saya katakan, saya katakan dengan jelas. Sila beri tahu saya bayangan bagaimana yang kamu maksudkan.

Sheikh: Baru sahaja tadi semasa percakapan kamu didalam perkaitan ayat yang sedang dibincangkan, kamu katakan bahawa sifat yang dikatakan terkandung di dalamnya adalah khas untuk Ali Ibn Abi Talib, yang mana, dari mula hinggalah keakhir hayatnya, tidak pernah meragui keimanannya. Dengan cara ini kamu membayangkan bahawa yang lain berdosa dari murtad. Adakah khalifa yang agung atau sahabat mempunyai keraguan terhadap iman masing-masing? Pastikanlah bahawa para sahabat, samalah seperti Ali, tidak pernah meragui akan kebenaran Islam. Tidak pernah bagi mereka walau seminit terkeluar dari ajaran nabi.

Shirazi: Pertama, saya tidak menggunakan perkataan yang kamu gunakan. Kedua, kamu tahu bahawa membuktikan sesuatu untuk sesaorang tidaklah pula ianya bererti menidakkan perkara yang sama kepada orang lain. Ketiga, walaupun kamu cuba untuk mengkritik saya, saya fikir yang lainnya tidak berfikiran sebegitu. Allah saksi saya. Saya tidak membuat rujukan yang tidak tepat kepada apa-apa pun juga, dan tidak juga saya memikirkan pada melakukannya. Dan jika ada apa-apa yang terlintas di dalam fikiran kamu, kamu bolehlah bertanya kepada saya secara sendirian.

Sheikh: Dari cara kamu bercakap menunjukkan bahawa ada sesuatu tujuan yang mana kamu mendiamkan diri. Saya meminta kamu untuk memberitahu kepada kami apa yang ada di dalam fikiran kamu dan juga berikan rujukan hadith yang sahih dari apa yang kamu katakan.

Shirazi: Sebenarnya kamulah yang telah menimbulkan sesuatu di dalam fikiran saya, kamu yang inginkan isu itu dibincangkan. Sekali lagi saya meminta dari kamu supaya melupakan perkara itu dan jangan didesakkan padanya.

Sheikh: Jika ada apa-apa yang kurang sopan, maka ianya berakhir. Sekarang kamu tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menjawab. Jika kamu tidak memberikan jawapan yang jelas sama ada ia atau tidak. maka saya akan terpaksa merumuskan apa yang kamu katakan adalah tidak berasas.

Shirazi: Tidak ada apa-apa yang tidak bersopan dari kenyataan saya, tetapi oleh kerana kamu mendesak; maka saya tidak punya pilihan malainkan mengatakan yang benar. Ulama kamu yang terkanal bersetuju bahawa para sahabat nabi yang mana iman mereka belum sempurna, kerap melayani keraguan. Sebahagian mereka berkekalan di dalam keraguan itu dan kafir. Beberapa ayat al-Quran telah diwahyukan di dalam mengutukki mereka. Sebagai contoh, terdapatnya para munafik yang kutukkan terhadap mereka, satu surah penuh telah diwahyukan terhadapnya. Tetapi persoalan begini tidaklah boleh dibincangkan dengan cara terbuka. Saya sekali lagi meminta kamu menahan dari meneruskan tajuk ini.

Sheikh: Maksud kamu bahawa khalifa yang agung adalah diantara mereka yang mempunyai keraguan.

Shirazi: Jika jawapan saya menyebabkan tindakkan yang malang dari mereka yang kurang arif, itu adalah tanggong jawab kamu. Kamu baru saja berkata, ‘Kami katakan itu kami katakan ini,’ tetapi sekali lagi, adalah ulama kamu yang telah merakamkan segala fakta tersebut.

Sheikh: Pada tajuk apa yang mereka telah tulis, dan pada peristiwa apa yang khalifa menyatakan keraguannya, dan siapakan dia orangnya yang mempunyai keraguan? Tolong beritahu kepada kami.

Shirazi: Ramai manusia yang mempunyai keraguan yang sirius tetapi kembali semula keagama asal. Sebahagian mereka kekal di dalam keraguan. Ibn Maghazili Shafii di dalam Manaqib; dan Hafiz Abu Abdullah Bin Abi Nasr Hamidi di dalam Jam’ Bainus-Sahihain-e-Bukhari, dan juga Muslim menulis: ‘Umar bin Khattab berkata: ‘Saya tidak pernah meragui nabi Muhammad sebagaimana saya meragukannya pada hari Hudaibiyya.’ Kenyataan ini menunjukkan bahawa dia meragui kanabian Muhammad lebih dari sekali.

Nawab: Maafkan saya. Apakah peristiwa di Hudaibiyya yang menimbulkan keraguan terhadap nabi?

Shirazi: Nabi melihat pada satu malam di dalam mimpi bahawa dia pergi ke Makah bersama dengan para sahabat untuk melakukan umrah. Pada keesokkan harinya, apabila dia menyampaikan mimpinya kepada para sahabat, mereka memintanya untuk menterjemahkan. Nabi berkata: ‘Dengan izin Allah, kita akan pergi ke Makah dan melaksanakan amalan ini.’ Tetapi dia tidak menentukan masa untuknya. Dengan niat untuk melawat rumah Allah, nabi bergerak bersama para sahabat menuju Makah pada tahun yang sama. Apabila mereka sampai di Hudaibiyya [sebuah perigi hampir dengan Makah]; Quraish datang kesana dan menegah mereka dari bergerak maju. Oleh kerana nabi tidak pergi kesana untuk berperang, dia menawarkan untuk berdamai dengan mereka. Satu perjanjian telah ditanda tangani dan nabi pulang ke Madina. Pada peristiwa ini Umar meragui. Dia pergi berjumpa nabi dan berkata: ‘Tidakkah kamu nabi Allah dan orang yang benar? Tidakkah kamu yang memberitahu kami bahawa kamu akan pergi ke Makah dan melakukan Umra dan mencukur rambut dan memotong janggut? Mengapa kamu gagal untuk melakukannya sekarang?

Nabi bertanya kepada dia sama ada baginda telah menetapkan waktunya untuk itu atau jika baginda mengatakan kepada mereka yang mereka akan lakukan pada tahun yang sama. Umar mengakui nabi tidak menetapkan masa. Nabi menyatakan bahawa apa yang dikatakan kepada mereka adalah betul, dengan keizinan Allah, mereka akan pergi ke Makah pada masa akan datang dan mimpinya jadi nyata. Yang pastinya masa untuk memenuhi penghuraian itu, sama ada sekarang atau kemudian bergantung kepada kehendak Allah. Kemudian untuk mengesahkan kenyataan nabi, Jibril datang dan mewahyukan ayat yang berikutnya dari al-Quran: ‘Sesungguhnya Allah telah memperkenankan mimpi nabi dengan kebenaran, bahawa pastinya kamu akan memasuki masjid yang suci, insya Allah, dalam kesejahteraan, dengan bercukur, dan sebahagian bergunting, tanpa ketakutan; kerana Dia mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Dia telah pastikan selain ini adalah kemenangan yang terdekat.’ [48:27] Kejayaan disini bererti penaklukkan Khaibar. Ini adalah secara ringkas, peristiwa Hudaibiyya, yang mana dengan sebenarnya telah menduga keimanan bagi manusia yang belum cukup sempurna imannya.

Pada peringkat ini, terdapat perbincangan sama ada untuk meneruskan perbincangan, kerana terdapat atur cara pelawat sunni dari Afghanistan dan begitu juga Shirazi, akhirnya berkeputusan dengan perbincangan ini akan disambung.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar