Total Tayangan Halaman

Minggu, 29 November 2015

Al-'Abbas dan keturunannya dijanjikan jawatan khalifah jika beliau membai'ah Abu Bakr



Beliau berkata: Maka Abu Bakr, Umar dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah telah memasuki rumah al-Abbas bin Abd al-Muttalib pada malam kedua kewafatan Rasulullah Saw. Beliau berkata: Abu Bakr telah memberi ucapan dengan memuji Allah, kemudian berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutuskan Muhammad sebagai nabi dan bagi Mukminin sebagai wali. Allah telah mencucuri nikmat ke atas mereka dengan keberadaannya sehingga Dia telah memilih untuknya dan meninggalkan kepada orang ramai urusan mereka supaya memilih sendiri urusan mereka untuk kepentingan mereka dalam keadaan muafakat bukan perselisihan. Justeru itu, mereka telah memilih aku sebagai wali bagi mentadbir urusan mereka. Aku tidak takut, dengan pertolongan Allah, akan kelemahan, kesangsian dan kebaculan.

Taufikku hanya kepada Allah. Tetapi aku tidak akan terlepas daripada pencaci yang akan menyampaikan kepadaku kata-kata yang menyalahi kata-kata orang ramai. Lantas mengambil kalian sebagai tempat berlindung. Lantaran itu, kalian menjadi bentengnya yang kukuh dan khutbahnya yang menarik. Untuk mengelakkan kalian berkecimpung bersama mereka atau kalian menentang kehendak mereka, maka kami mendatangi anda. Kami ingin memberi jawatan khalifah untuk anda dan keturunan anda selepas anda. Kerana anda adalah bapa saudara kepada Rasulullah.

Jika orang ramai inginkan kedudukan anda dan kedudukan sahabat anda, nescaya mereka akan memalingkan perkara ini daripada anda berdua. Umar berkata: Ya, betul. Di samping itu Bani Hasyim menghormati anda kerana Rasulullah adalah daripada kami dan kalian. Kami bukanlah datang kerana kami memerlukan anda tetapi kami benci cacian terhadap apa yang dipersetujui oleh Muslimun. Ini akan menyebabkan berterusanlah ucapan-ucapan yang menentang kami daripada kalian dan mereka. Oleh itu, fikirlah untuk diri kalian dan orang ramai.

Al-Abbas telah memberi ucapan dan berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutuskan Muhammad sebagaimana anda katakan sebagai nabi dan bagi Mukminin sebagai wali. Sekiranya anda menuntut urusan khilafah daripada Rasulullah, maka anda telah mengambil hak kami. Sekiranya anda menuntut urusan khilafah daripada Mukminin, maka kami adalah di kalangan mereka. Kami tidak mengutamakan urusan anda.

Kami tidak pun bermesyuarat dan tidak pula merancang. Walau bagaimanapun, kami tidak suka jawatan khilafah dipegang oleh anda kerana kami adalah daripada Mukminin dan kami tidak menyukai anda. Adapun kata-kata anda bahawa jawatan khalifah untukku jika ia dikhaskan untuk anda, maka peganglah. Kami tidak memerlukannya.

Sekiranya ia menjadi hak Muslimin, maka anda tiada hak untuk menghukum mereka mengenai hak mereka. Dan sekiranya ia hak kami, maka kami tidak meridhai hak itu untuk anda. Adapun kata-kata anda wahai Umar! "Sesungguhnya Rasulullah adalah daripada kami dan daripada kalian", maka Rasulullah adalah pokok , kami adalah dahannya dan anda adalah jirannya. Justeru itu, kami adalah lebih layak (aula) daripada kalian. Adapun kata-kata anda bahawa kami takut ucapan akan berterusan dengan kalian, lantaran itu kalian melakukan perkara ini awal-awal lagi. Lalu mereka pun keluar dari sisinya dan al-Abbas berkata:

Aku tidak menduga perkara ini tergelincir

Daripada Bani Hasyim kemudian daripada mereka daripada Abu al-Hasan

Tidakkah beliau orang yang pertama

mengerjakan solat ke arah Qiblat kalian?

Jibril yang membantunya memandi dan mengkafan

Orang yang paling mengetahui dengan Athar dan Sunnah?

Orang yang paling hampir masa dengan Nabi dan Jibril

Membantu, memandi dan mengkafan

Apa yang ada padanya seorang

ada pada semua manusia, apa yang tidak ada

pada manusia lain ada padanya.

Siapakah yang menolak kalian daripadanya

maka kami mengetahuinya

Sesungguhnya bai'ah anda

adalah fitnah yang pertama.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar