Total Tayangan Halaman

Minggu, 29 November 2015

Peristiwa yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah Saw. dan urusan bai'ah kepada Abu Bakr



Sulaim bin Qais berkata: Aku telah mendengar al-Barra' bin 'Azib berkata: Aku pernah mencintai Bani Hasyim dengan kuat sekali pada masa Rasulullah Saw. dan selepas kewafatannya. Manakala Rasul Saw. hampir wafat, beliau berwasiat kepada Ali a.s. supaya beliau sahaja yang akan memandikannya. Orang lain tidak boleh melihat auratnya selain daripadanya.

Dan sesungguhnya tidak ada orang yang melihat aurat Rasulullah Saw. melainkan buta matanya. Lantas Ali a.s. berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah yang telah mengambil berat tentangku supaya memandikan anda? Beliau menjawab: Jibra'il dalam barisan tentera Malaikat. Maka Ali a.s. telah memandikanya. Al-Fadhl bin 'Abbas tertutup dua matanya sambil menyiramkan air, para Malaikat membalikkannya apabila Ia kehendaki. Ali a.s. ingin menanggalkan baju Rasulullah Saw. dari badannya, maka kedengaran suara melaung berkata: Janganlah anda menanggalkan baju Nabi anda wahai Ali! Lantaran itu, masukkanlah tangan di bawah bajunya dan mandikanlah beliau. Maka lakulah tahannaut dan kafan. Kemudian ditanggalkan bajunya ketika kafan dan tahnitnya.

Al-Barra' bin 'Azib berkata: Apabila Rasulullah Saw. wafat, aku khuatir bahawa Quraisy akan mengeluarkan Bani Hasyim daripada khilafah. Manakala orang ramai telah melakukan bai'ah kepada Abu Bakr, aku bertambah sedih, kesedihan kewafatan Rasulullah Saw. Aku mulai berulang-alik ke sana ke mari sambil melihat wajah-wajah manusia. Bani Hasyim berada di sisi Rasulullah Saw., memandi dan mentahnitkannya.

Kemudian telah sampai berita kepadaku tentang ucapan Sa'd bin 'Ubadah dan para pengikutnya. Tetapi aku tidak menyukai mereka kerana aku tahu ia tidak sampai kemana- mana. Kemudian aku mulai berulang-alik antara mereka dan Masjid, aku tidak bertemu dengan wajah-wajah Quraisy sebagaimana aku juga tidak bertemu dengan Abu Bakr dan Umar. Selepas beberapa ketika aku terserempak dengan Abu Bakr, Umar dan Abu Ubaidah menuju al-Saqifah .

Mereka telah berlindung di al-Ardh al-San'aniyyah sehingga mereka telah menangkap sesiapa saja yang melalui di hadapan mereka. Apabila mereka mengenalinya, mereka telah menghulurkan tangannya ke atas tangan Abu Bakr sama ada mahu atau pun tidak. Aku telah mengingkari tindakan tersebut, tetapi kerana ketakutan dan memikirkan musibah Rasulullah Saw., maka aku pun segera keluar ke Masjid. Kemudian aku mendatangi Bani Hasyim, pintu telah tertutup selain daripada mereka.

Lantas aku memukul pintu dengan kuat dan berkata: Wahai Ahl al-Bait! Maka keluarlah al-Fadhl bin al-'Abbas, aku berkata: Orang ramai telah memberi bai'ah kepada Abu Bakr, maka al-'Abbas berkata: Ia terlepas daripada kalian selama-lamanya. Aku telah memerintahkan kalian, tetapi kalian menderhakaiku. Aku meneruskan perjuangan dalam diriku, manakala tiba waktu malam, aku keluar ke Masjid. Seperti biasa aku masih teringat bacaan Rasulullah Saw., lalu aku meninggalkan tempatku dan menuju ke arah Fadha' Bani Bayadhah.

Aku mendapati beberapa orang sedang bermunajat. Apabila aku mendekati mereka, mereka terus terdiam seketika. Mereka mengenaliku, tetapi aku tidak mengenali mereka. Ketika aku hendak pulang, lantas mereka memanggilku, aku pun mendatangi mereka. Aku dapati al-Miqdad, Abu Dhar, Salman, Ammar bin Yasir, Ubadah bin al-Samit, Hudzaifah bin al-Yaman dan al-Zubair bin al-Awwam.

Huzaifah berkata: Demi Allah! mereka akan melaksanakan apa yang telah aku beritahu kepada kalian. Demi Allah! aku tidak berbohong dan tidak dibohongi. Mereka ingin mengembalikan urusan khilafah secara syura di antara kaum Muhajirin dan Ansar. Hudzaifah berkata lagi: Marilah kita pergi berjumpa Ubayy bin Ka'ab kerana beliau tahu sebagaimana aku tahu. Kami pun pergi ke rumah Ubayy bin Ka'ab, lalu kami mengetuk pintu rumahnya. Beliau muncul di balik pintu, kemudian berkata: Siapakah kalian? Lalu al-Miqdad berbicara dengannya .

Beliau bertanya: Apakah yang menyebabkan anda datang kemari? Lantas al-Miqdad berkata: Perkara yang kami bawa adalah lebih besar daripada bercakap di balik pintu. Ubayy menjawab: Aku tidak akan membuka pintuku dan sesungguhnya aku telah mengetahui sebab kedatangan kalian. Justeru itu, aku tidak akan membuka pintuku. Seolah-olah kalian ingin mengkaji semula perjanjian khilafah. Kami menjawab: Ya.

Dia bertanya lagi: Adakah Hudzaifah bersama kalian? Kami menjawab: Ya. Dia berkata: Perkara sebenar sebagaimana kata Hudzaifah. Ada pun aku, tidak akan membuka pintuku sehingga berlalu apa yang telah berlalu dan tidak akan berlaku malapetaka yang lebih jahat daripadanya. Hanya kepada Allah tempat merayu. Beliau berkata: Mereka pun kembali kemudian Ubayy bin Ka'ab tetap di rumahnya.

Beliau berkata: Berita ini telah sampai kepada Abu Bakr dan Umar, lalu mereka menghantar perutusan kepada Abu Ubaidah bin al-Jarrah dan al-Mughirah bin Syu'bah untuk bertanya pendapat mereka berdua. Al-Mughirah bin Syu'bah berkata: Aku berpendapat kalian hendaklah berjumpa al-Abbas bin Abd al-Muttalib dan memberi dorongan kepadanya tentang jawatan khilafah untuknya dan keturunannya selepasnya.

Justeru itu, kalian akan memberi pukulan yang hebat kepada Ali bin Abu Talib. Kerana jika al-Abbas bin Abd al-Muttalib bersama kalian, ini akan menjadi hujah ke atas orang ramai dan menjadi senanglah bagi kalian mengendalikan urusan Ali bin Abu Talib.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar