Total Tayangan Halaman

Minggu, 29 November 2015

Ucapan Salman al-Farisi selepas memberi bai'ah secara terpaksa di majlis Abu Bakr



Sulaim bin Qais berkata: Maka aku berkata kepada Salman: Wahai Salman! Adakah anda telah memberi bai'ah kepada Abu Bakr tanpa berkata apa-apa? Beliau menjawab: Sesungguhnya aku telah berkata selepas memberi bai'ah: Binasalah untuk kalian sepanjang masa. Adakah kalian mengetahui apa yang kalian lakukan untuk diri kalian? Kalian betul dari satu segi dan bersalah dari satu segi yang lain ? Kalian betul, kerana menepati sunnah orang sebelum kalian yang telah berpecah-belah dan berselisih faham.

Dan kalian telah bersalah kerana menyalahi Sunnah Nabi kalian sehingga kalian mengeluarkan (sunnah) daripada galiannya dan keluarganya. Lantas Umar berkata: Wahai Salman! Justeru sahabat anda telah memberi bai'ah dan anda sendiri telah memberi bai'ah maka cakaplah apa sahaja yang anda mahu dan lakukanlah apa yang terlintas di hati anda. Dan biarlah sahabat anda berkata apa yang terlintas di hatinya. Salman berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: "Sesungguhnya kepada anda dan sahabat anda yang anda bai'ah kepadanya adalah seperti dosa-dosa umatnya sehingga Hari Kiamat dan seperti azab mereka semua".

Maka Umar berkata kepadanya: Katakanlah apa yang anda mahu. Tidakkah anda telah memberi bai'ah? Allah tidak akan mententeramkan dua mata anda jika sahabat anda memegang jawatan khalifah. Maka Salman berkata: Aku naik saksi bahawa sesungguhnya aku telah membaca beberapa kitab Allah yang diturunkan, bahawa anda dan nama anda, keturunan anda dan sifat anda adalah satu pintu daripada pintu-pintu Jahanam. Maka Umar berkata kepadaku: Katakanlah apa yang anda mahu. Tidakkah Allah telah menghilangkan daripada Ahl al-Bait yang kalian telah mengambil mereka sebagai tuhan (arbaban) selain daripada Allah?

Aku berkata kepadanya: Aku naik saksi sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda dan aku telah bertanya kepadanya firman-Nya dalam Surah al-Fajr (89): 25-26 ''Maka pada hari itu tiada seorangpun yang menyiksa seperti siksaaan Allah. Dan tiada seorangpun yang mengikat dengan rantai seperti ikatan Allah" Maka beliau memberitahuku bahawa andalah yang dimaksudkan.

Maka Umar berkata kepadaku: Diam! Allah mendiamkan mulut anda wahai hamba anak lelaki orang yang tidak berkhatan. Lantas Ali a.s. berkata kepadaku: Aku bersumpah ke atas anda wahai Salman supaya diam. Salman berkata: Demi Allah! Sekiranya Ali a.s. tidak memerintahkanku supaya berdiam nescaya aku memberitahunya setiap ayat yang turun mengenainya dan setiap sesuatu yang aku mendengar daripada Rasulullah Saw. tentangnya dan sahabatnya (Abu Bakr). Manakala Umar melihatku dia berdiam seketika kemudian berkata: Anda terlalu mematuhinya!

Apabila Abu Dhar dan al-Miqdad memberi bai'ah dan mereka berdua tidak berkata apa-apa, Umar berkata: Wahai Salman! Tidakkah anda boleh menahan diri anda sebagaimana yang dilakukan oleh kedua-dua sahabat anda? Demi Allah! bahawa sesungguhnya anda bukanlah mencintai Ahl al-Bait ini lebih daripada mereka berdua dan bukan pula lebih membesarkan mereka daripada kedua-duanya.

Sesungguhnya memadailah sebagaimana anda lihat mereka berdua telah memberi bai'ah. Abu Dhar berkata: Adakah anda menghina kami kerana cinta kami kepada keluarga Muhammad dan membesarkan mereka? Allah melaknati dan Dia telah melakukannya kepada orang yang memusuhi mereka, membohongi mereka, menzalimi hak mereka, membuat orang ramai memandang rendah terhadap mereka dan mengembalikan umat ini mundur kebelakang.

Umar berkata: Amin! Allah melaknati orang yang menzalimi hak mereka. Tidak! Demi Allah! mereka tidak mempunyai apa-apa hakpun. Malah manusia adalah sama. Abu Dhar berkata: (Jika begitu) Kenapa kalian bertengkar dengan kaum Ansar tentang hak mereka dan hujah mereka?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar